Anda di halaman 1dari 71

5

APLIKASI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT)


MELALUI PENGGUNAAN PETA PEMIKIRAN I-THINK
DALAM TAJUK RUANG MATEMATIK TAHUN 4

NURUL AIDA SYARAFANA BINTI DAUD

PISMP Matematik
Ambilan Jun 2016

INSTITUT PENDIDIKAN GURU


KAMPUS SULTAN MIZAN

2020
APLIKASI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT)
MELALUI PENGGUNAAN PETA PEMIKIRAN I-THINK
DALAM TAJUK RUANG MATEMATIK TAHUN 4

NURUL AIDA SYARAFANA BINTI DAUD

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi


sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan
Kepujian Pendidikan Matematik

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN

MEI 2020
PENGESAHAN

Saya akui bahawa saya telah membaca laporan penyelidikan ini dan pada
pandangan saya karya ini telah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian
Matematik Pendidikan Rendah

Tandatangan : …………………………………

Nama Penyelia : …………………………………

Tarikh : …………………………………

i
PENGAKUAN

Saya akui laporan kajian ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya

Tandatangan : ……………………………………

Nama Penyelia : ……………………………………

Tarikh : ……………………………………

ii
DEDIKASI

Teristimewa buat ayah dan ibu tersayang,


Daud Bin Taib dan Nora’ini Binti A. Rahman
Sekalung penghargaan diucapkan atas segala sokongan,
semangat dan nasihat yang kalian titipkan.

Kepada pensyarah pembimbing,


Encik Mohd. Zaid bin Mamat
Terima kasih atas bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan,
Tidak akan saya persiakan segalanya.

Buat pensyarah-pensyarah IPGKSM,


Terima kasih atas ilmu yang dicurahkan sepanjang 5 tahun saya belajar di sini,
Ilmu yang diberikan amatlah berharga bagi saya.

Buat sahabat-sahabat, khasnya PISMP Matematik Ambilan Jun 2016.


Terima kasih kerana menjadi teman yang setia, memahami dan menceriakan hidup,
Sesungguhnya memori yang pernah kita cipta bersama akan terabadi di dalam
sanubariku buat selama-lamanya…

Doaku untuk semua agar menjadi pendidik yang cemerlang untuk melahirkan
generasi yang lebih cemerlang.

Terima kasih atas segalanya.

iii
PENGHARGAAN

Bissmillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah. Terima kasih ke hadrat Ilahi dengan


limpah dan kurnianya, dapat saya siapkan penyelidikan saya ini yang bertajuk
“Aplikasi Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam penggunaan Peta Pemikiran
i-Think bagi Tajuk Ruang Matematik Tahun 4”

Kejayaan dalam menyiapkan tesis saya ini bukanlah satu usaha yang
mudah. Ia memerlukan pengorbanan dan tunjuk ajar daripada pensyarah-pensyarah
serta rakan-rakan seperjuangan sekalia. Oleh itu, saya ingin merakamkan setinggi-
tinggi penghargaan buat semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak
langsung dalam membantu saya menyiapkan kajian penyelidikan saya ini.

Penghargaan yang tidak terhingga diberikan kepada Encik Mohd. Zaid bin
Mamat selaku penyelia bagi kajian ini. Tunjuk ajar serta bimbingan yang diberikan
oleh beliau telah membantu saya menyiapkan tesis ini. Tidak lupa juga kepada
pensyarah-pensyarah lain yang sanggup meluangkan masa dalam mencurahkan
ilmu serta menambahbaikan kajian saya ini.

Selain itu, ucapan penghargaan juga dituju buat rakan-rakan sekelas saya
yang banyak memberi pertolongan dan tunjuk ajar, idea serta pandangan dari mula
hingga selesai kajian ini dilaksanakan.

Akhir sekali, terima kasih buat ibu bapa saya serta keluarga tercinta dan
rakan-rakan seperjuangan yang membantu saya dalam aspek sokongan moral serta
motivasu dalam menyiapkan kajian penyelidikan saya ini.

iv
ABSTRAK

Kajian ini adalah bertujuan untuk melihat penggunaan peta pemikiran i-think dalam
membantu murid berfikir secara aras tinggi dalam tajuk Ruang Matematik tahun 4.
Selain itu, pengkaji juga ingin melihat sama ada penggunaan peta i-Think dapat
menarik minat murid dalam tajuk ruang. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan
kaedah kajian kes dan data dianalisis dengan menggunakan kaedah kualitatif dan
kuantitatif, Instrumen kajian ini adalah terdiri daripada analisis dokumen, temubual
separa berstruktur dan borang soal selidik. Sampel kajian terdiri daripada enam
orang murid tahun 4 di sebuah sekolah rendah di Daerah Besut, Terengganu.
Dapatan kajian daripada analisis dokumen dan temu bual telah menunjukkan
penggunaan peta pemikiran i-Think dapat membantu murid berfikir secara aras
tinggi dalam tajuk Ruang. Selain itu, analisis daripada borang soal selidik telah
menunjukkan bahawa penggunaan peta pemikiran I-Think dilihat dapat menarik
minat murid dalam mata pelajaran Matematik. Oleh itu, penggunaan peta pemikiran
i-Think dilihat sebagai satu cara atau kaedah alternatif yang dapat merangsang
murid-murid berfikir aras tinggi seterusnya menjadikan pengajaran dan
pemudahcaraan (PdPc) Matematik menjadi lebih menarik dan tidak berpusatkan
peperiksaan semata-mata.

Kata kunci: Peta pemikiran I-Think, Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), Ruang,
Matematik

v
ABSTRACT

This study aims to see the use of i-think maps in helping students to think with
higher-order thinking skills (HOTS) in the subject of Mathematics Year 4. In addition,
the researchers also wanted to see if the using i-Think thinking maps could enhance
students’ interest in the subject of Space. This study was conducted using case
study method and data was analyzed using qualitative and quantitative method, This
research instrument consisted of document analysis, semi structured interviews and
questionnaire form. The study sample consisted of six year 4 students at an
elementary school in Besut District, Terengganu. Result from document analysis
and interviews have shown that the application of i-Think thinking maps can help
students to think with higher-order thinking skills (HOTS) in the subject of Space. In
addition, analysis of the questionnaire form has shown that the use of I-Think
thinking maps can attract students’ interest in Mathematics subjects. Therefore, the
use of i-Think mapping is seen as an alternative way of stimulating students to think
higher-order thinking skills (HOTS) and to make mathemathic teaching and learning
(PdPc) more interesting and not just focusing on exam-based only.

Keyword: i-Think maps, Higher-order thinking skills (HOTS), Space, Mathematics

vi
KANDUNGAN

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

PENGESAHAN i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL x
SENARAI RAJAH xi
SENARAI LAMPIRAN xii
SENARAI SINGKATAN xiii

BAB 1: PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Kajian 1
1.3 Pernyataan Masalah 2
1.4 Tujuan Kajian 2
1.4.1 Objektif Kajian 3
1.4.2 Persoalan Kajian 4
1.5 Kerangka Konseptual Kajian 4
1.6 Skop dan Batasan Kajian 4
1.7 Kepentingan Kajian 5
1.8 Definisi Operasional Istilah 5
1.8.1 Peta Pemikiran I-Think 6
1.8.2 Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) 6

vii
1.8.3 Tajuk Ruang 6
1.9 Rumusan 7
7

BAB 2: TINJAUAN LITERATUR


2.1 Pengenalan 8
2.2 Teori dan Model Kajian 8
2.3 Peta Pemikiran I-Think 8
2.3.1 Peta Bulatan 9
2.3.2 Peta Buih 10
2.3.3 Peta Buih Berganda 11
2.3.4 Peta Pokok 12
2.3.5 Peta Dakap 13
2.3.6 Peta Alir 14
2.3.7 Peta Pelbagai Alir 15
2.3.8 Peta Titi 16
2.4 Dapatan Kajian Lalu 17
2.5 Fokus Kajian 17
2.6 Rumusan 19
20

BAB 3: METODOLOGI KAJIAN


3.1 Pengenalan 21
3.2 Reka Bentuk Kajian 21
3.3 Persampelan 21
3.4 Instrumen Kajian 22
3.5 Kesahan dan Kebolehpercayaan 22
3.6 Prosedur Pengumpulan Data 23
3.7 Prosedur Penganalisisan Data 23
3.7.1 Analisis Dokumen 24
3.7.2 Temubual 24
3.7.3 Borang Soal Selidik 26
3.8 Rumusan 26
26

viii
BAB 4: DAPATAN KAJIAN
4.1 Pengenalan 27
4.2 Profil Peserta Kajian 27
4.3 Dapatan Kajian 27
4.4 Dapatan Soalan Kajian 1 28
4.4.1 Analisis Dokumen 28
4.3.2 Temubual Separa Berstruktur 29
4.4.3 Rumusan Dapatan Soalan Kajian 1 33
4.5 Dapatan Soalan Kajian 2 36
4.5.1 Soal Selidik 36
4.5.2 Rumusan Dapatan Soalan Kajian 2 37
4.6 Rumusan 40
40

BAB 5: KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI


5.1 Pengenalan 41
5.2 Kesimpulan 41
5.2.1 Kesimpulan Soalan Kajian 1 41
5.2.2 Kesimpulan Soalan Kajian 2 41
5.3 Cadangan Kajian 43
5.4 Implikasi 43
5.5 Rumusan 45
46

RUJUKAN 47

LAMPIRAN XX

ix
SENARAI JADUAL

BIL. JADUAL MUKA SURAT

3.1 Kriteria Bagi Analisis Dokumen 25

4.1 Profil Peserta Kajian 28

4.2 Hasil Analisis Kerja Murid 29

4.3 Kata Kunci Transkrip Temubual 33

4.4 Analisis Borang Soal Selidik 37

x
SENARAI RAJAH

BIL. RAJAH MUKA SURAT

1.1 Kerangka Konseptual Kajian 4

2.1 Model Taksonomi Bloom dan Taksonomi Anderson 9

2.2 Peta Bulatan 10

2.3 Peta Buih 11

2.4 Peta Buih Berganda 12

2.5 Peta Pokok 13

2.6 Peta Dakap 14

2.7 Peta Alir 15

2.8 Peta Pelbagai Alir 16

2.9 Peta Titi 17

3.1 Prosedur Pengumpulan Data 23

xi
SENARAI LAMPIRAN

Lampiran A Surat Kebenaran Pelajar Institut Pendidikan Guru Untuk


Menjalankan Penyelidikan Di Institusi Pendidikan Kementerian
Pendidikan Malaysia Bagi Melengkapkan Pengajian Program
Ijazah Sarjana Muda Perguruan.

Lampiran B Surat Permohonan Mendapatkan Kebenaran Pelajar Institut


Pendidikan Guru Untuk Menjalanlan Penyelidikan Di Institusi
Pendidikan Kpm Bagi Menlengkapkan Pengajian Program Ijazah
Sarjana Muda Perguruan

Lampiran C Borang Soal Selidik Minat

xii
SENARAI SINGKATAN

PPPM Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

KBAT Kemahiran Berfikir Aras Tinggi

i-Think Innovative Thinking

TIMSS Trends In Mathematics and Science Study

IEA International Assosciation for the Evaluation of Educational


Achievement

UPSR Ujian Pencapaian Sekolah Rendah

GPN Gred Purata Nasional

PdPc Pembelajaran dan Pemudahcaraan

DSKP Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran

KPM Kementerian Pendidikan Malaysia

PPD Pejabat Pelajaran Daerah

M1 Murid 1

M2 Murid 2

M3 Murid 3

M4 Murid 4

M5 Murid 5

M6 Murid 6

xiii
BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pendidikan di Malaysia kini mengalami transformasi secara berperingkat dari


semasa ke semasa. Melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)
2013-2025, terdapat penekanan dalam enam aspek utama yang perlu ada pada
setiap murid untuk bersaing di peringkat global bagi memantapkan sistem
pendidikan yang sedia ada. Salah satu unsur yang ditekankan ialah meningkatkan
kemahiran berfikir. Guru mempunyai peranan yang amat besar dalam
merealisasikan hasrat yang digariskan menerusi PPPM ini. Oleh itu, guru hendaklah
mempelbagaikan kaedah serta strategi pengajaran agar dapat membantu
meningkatkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam kalangan murid di
sekolah.

KBAT ialah keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan


nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah,
membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu (Lembaga
Peperikasaan Malaysia, 2013). KBAT juga merupakan aras yang paling tinggi dalam
hierarki proses kognitif. Asas proses kognitif adalah menjana dan
mengorganisasikan maklumat, kemahiran analisis, sintesis serta kreativiti dan
penilaian. Oleh itu, KBAT merupakan sesuatu kemahiran yang amat penting kepada
setiap individu. Menurut Siti Zabidah (2006), KBAT boleh memberi cabaran kepada
seseorang untuk menginterpretasi, menganalisis dan memanipulasi maklumat.
Dengan ini, kita boleh melihat melalui pelbagai sudut dalam menyelesaikan masalah
terutamanya apabila melibatkan masalah-masalah kritikal yang berunsurkan aras
tinggi (Rajendran, 2008).

1
Fokus utama kerajaan dalam meningkatkan KBAT murid di sekolah adalah
melalui Program I-Think. Program i-Think adalah projek bersama Kementerian
Pelajaran dan Agensi Inovasi Malaysia bertujuan memupuk kemahiran pemikiran
yang tinggi dan inovasi di peringkat sekolah rendah dan menengah. Ia pada
mulanya dilaksanakan di 10 sekolah pada 2012, diperluaskan ke kira-kira 1,000 lagi
sekolah tahun 2013 dan kepada semua sekolah pada 2014. Program ini dapat
menerapkan kemahiran berfikir aras tinggi untuk meningkatkan keupayaan serta
kebolehan sedia ada pada murid di samping membantu mereka memahami sesuatu
konsep dan mengaplikasi dalam menyelesaikan permasalahan. Peta pemikiran i-
Think telah diperkenalkan dalam Program i-Think ini.

Peta Pemikiran i-Think merupakan singkatan kepada “innovative THINKing”


(Pemikiran Inovatif). Berdasarkan kepada kajian kecerdasan yang dijalankan,
proses pembelajaran kognitiF dan persembahan maklumat dalam bentuk visual
mahupun grafik dapat digabungkan melalui peta pemikiran. Peta pemikiran adalah
salah satu cabang alat berfikir yang dikembangkan secara visual yang mudah
diaplikasi dan difahami merentas kurikulum melalui lapan bentuk Peta Pemikiran I-
Think.

Menurut Hyerle & Yeager (2007), penggunaan Peta Pemikiran I-Think dalam
proses pengajaran dan pembelajaran adalah satu teknik pengajaran yang dapat
diperkenalkan untuk menggalakkan murid berfikir dan lebih fokus dalam memahami
tajuk yang dipelajari. Maka kajian ini dijalankan untuk melihat sama ada
penggunaan peta pemikiran i-Think dapat meningkatkan kemahiran berfikir aras
tinggi dalam mata pelajaran Matematik iaitu tajuk ruang bagi murid tahun 4.
Perubahan dalam kefahaman serta minat murid juga dilihat sebelum dan selepas
pengaplikasian peta pemikiran i-Think bagi tajuk ruang mata pelajaran Matematik.

1.2 Pernyataan Masalah

Analisis daripada pencapaian Malaysia dalam Trends in Mathematics and Science


Study (TIMSS), trend telah menunjukkan kejatuhan Malaysia dalam subjek
Matematik. Purata skor pelajar Malaysia dalam TIMSS adalah sebanyak 474 bagi
tahun 2007, 440 (2011) dan 465 (2015) yang berada di bawah purata skor
antarabangsa yang ditetapkan oleh International Assosciation for the Evaluation of
Educational Achievement (IEA) iaitu 500 purata skor (Kementerian Pendidikan

2
Malaysia, 2016). Hasil keputusan ini menggambarkan bahawa murid Malaysia
masih belum bersedia untuk bersaing dengan murid di peringkat umur yang sama
secara antarabangsa.

Melihat kepada pencapaian keseluruhan calon Ujian Pencapaian Sekolah


Rendah (UPSR) 2014 pula, didapati Gred Purata Nasional (GPN) telah menurun
sebanyak 0.02 berbanding tahun 2013. GPN pada tahun 2013 ialah 2.27 mata
manakala GPN tahun 2014 ialah 2.29. Di sini jelas, nilai GPN yang lebih tinggi pada
tahun 2014 menunjukkan pencapaian calon yang semakin merosot. Hasil daripada
analisis keseluruhan keputusan UPSR 2014, ia menunjukkan tahap penguasaan
murid belum berjaya mencapai 40 peratus pemikiran aras tinggi yang disasarkan
oleh pihak Kementerian. Seperti yang dirangka dalam PPPM, pihak Lembaga
Peperiksaan telah menetapkan 40 peratus daripada soalan UPSR tahun 2014
adalah terdiri daripada soalan berbentuk KBAT berbanding 25 peratus pada tahun
2013. Ia juga membawa maksud, menjelang tahun 2014, murid berumur 12 tahun
seharusnya telah mempunyai tahap pemikiran aras tinggi sebanyak 40 peratus.
Namun, hasil analisis UPSR 2014 menggambarkan murid Malaysia belum dapat
mencapai apa yang dihasratkan oleh pihak Kementerian.

Sungguhpun sistem pendidikan negara sedang mengalami perubahan


dalam corak pentaksiran, namun masih ramai guru dan murid yang terikat dengan
sistem pendidikan sedia ada yang berlandaskan kepada sistem peperiksaan.
Keadaan ini mewujudkan kaedah pengajaran yang berorientasikan hafalan bagi
memastikan murid mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Guru
lebih suka memberi fakta untuk dihafal dan murid pula hanya diajar berasaskan
kepada ruang lingkup peperiksaan sahaja (Ismail Sulaiman, 2018). Murid hanya
menumpukan terhadap keputusan peperiksaan yang cemerlang tetapi tidak dapat
memahami sepenuhnya segala pengetahuan yang diperolehi. Perkara ini terjadi
kerana Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) yang diterapkan mementingkan
konsep penghafalan maklumat bagi memudahkan murid mengingati segala ilmu
yang disampaikan (Muhammad Nazri, 2013). Maka pemikiran murid tidak
berkembang dan pemahaman murid terbatas. Pada masa kini, soalan-soalan
berbentuk KBAT mula diperkenalkan di peringkat sekolah rendah terutamanya
dalam Matematik.

Selain itu, kekurangan modul dan bahan bantu belajar sebagai panduan bagi
guru-guru yang tidak berpeluang mengikuti kursus atau bengkel juga dilihat

3
merencatkan usaha penerapan KBAT dalam PdPc (Mohd Nazri Hassan, Ramlee
Mustapha, Nik Azimah Nik Yusuff, Rosnidar Mansor, 2017; James Ang Jit Eng,
2017). Pengabaian terhadap bahan bantu belajar dan modul penerapan KBAT
dalam PdPc ini didapati menjejaskan penglibatan intelektual murid dalam PdPc dan
kualiti latihan dan tugasan yang diberikan kepada murid (Baharuddin Jabar, 2006;
Md. Yusof Dawam, 2006; Yahya Othman, 2009). Kesannya, guru didapati tidak
mempraktikkan strategi PdPc berpusatkan murid untuk mengembangkan KBAT
menerusi aktiviti PdPc di luar bilik darjah seperti perbincangan secara berkumpulan,
permainan atau persembahan (Shamsuddin Muhammad, Ruzlan Md. Ali & Siti Noor
Ismail, 2016). Maka, perubahan dari segi pengajaran guru adalah menjadi fokus
utama yang perlu diberi perhatian. Guru perlu menggunakan strategi serta kaedah
pengajaran yang mampu meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi dalam
kalangan murid.

Selain itu, Menurut Hashim (2004), pembelajaran Matematik seringkali


dianggap sebagai suatu mata pelajaran yang sangat sukar dan membosankan.
Berdasarkan kajian beliau juga telah mendapati bahawa murid-murid sering
menganggap mata pelajaran Matematik ini merupakan mata pelajaran yang sangat
membosankan kerana hanya memfokuskan kepada pengiraan dan pengunaan
rumus- rumus yang kompleks sahaja. Proses pengajaran dan pembelajaran
Matematik juga lebih memberi tumpuan kepada penghafalan formula atau rumus
dan latih tubi, kemahiran menjawab soalan peperiksaan dan pengajaran yang
berpusatkan pada guru juga 5 menyebabkan murid-murid akan merasa takut untuk
mengikuti mata pelajaran ini di dalam bilik darjah (Zainal Abidin, 2008)

Menurut Toh (2009), murid-murid pada masa kini tidak berminat untuk
mendalami ilmu Matematik kerana mereka beranggapan negatif terhadap mata
pelajaran dengan menyatakan Matematik sangat susah dan membosankan. Kajian
beliau menunjukkan ramai murid sanggup ponteng apabila tibanya kelas bagi mata
pelajaran ini. Hal ini berlaku kerana mereka tidak berminat untuk belajar dan
memahami mata pelajaran ini sehinggakan ada di antara mereka tidak menyiapkan
kerja yang diberikan oleh guru dan ada juga yang sengaja tidak membuatnya
dengan alasan tidak mengetahui cara untuk menyelesaikannya. Setiap masalah
yang timbul sudah tentu mempunyai cara penyelesaiannya.

Oleh itu, kajian dijalankan oleh pengkaji bagi melihat kesan penggunaan I-
think dalam aspek KBAT murid. Adakah peta pemikiran I-Think dan KBAT adalah

4
saling berkaitan? Selai n itu, kajian ini juga melihat dari aspek minat murid dengan
pengggunaan I-Think dalam PdPc. Dapatan daripada kajian ini diharap dapat
menyelesaikan masalah-masalah yang timbul seperti dinyatakan di atas.

1.3 Tujuan Kajian

Kajian ini bertujuaan untuk melihat sama ada penggunaan peta pemikiran i-Think
dapat meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi dalam tajuk ruang bagi murid
tahun 4.

1.3.1 Objektif Kajian

Objektif kajian ini dijalankan adalah seperti berikut:

i) Mengenalpasti kefahaman murid dalam Peta Pemikiran i-Think dapat


membantu murid berfikir secara aras tinggi dalam tajuk ruang.
ii) Mengenalpasti minat murid dalam penggunaan Peta Pemikiran I-Think
dalam tajuk ruang.

1.3.2 Persoalan Kajian

Kajian ini akan menjawab persoalan kajian yang berikut:

i) Adakah penggunaan Peta Pemikiran i-Think dapat membantu murid befikir


secara aras tinggi dalam tajuk ruang
ii) Adakah penggunaan Peta Pemikiran i-Think dapat menarik minat murid
dalam tajuk ruang?

5
1.4 Kerangka Konseptual Kajian

Kerangka konseptual kajian adalah rajah yang memberikan gambaran tentang


hubung kait antara pemboleh ubah yang dibincangkan dalam sesuatu teori
(Hamidah, Jamal & Khalip,2015). Ia merupakan satu panduan kepada penyelidik
untuk melaksanakan kajian dan juga penyusunan secara sistematik tentang idea-
idea yang berhubung dengan fenomena yang sedang dikaji. Ia juga menunjukkan
perkaitaan antara pemboleh ubah degan fenomena yang sedang dikaji. Ia juga
menunjukkan perkaitan antara pemboleh ubah yang terlibat. Terdapat dua
pemboleh ubah iaitu pemboleh ubah bersandar dan pemboleh ubah tak bersandar.
Pemboleh ubah tak bersandar dalam kajian ini ialah penggunaan peta pemikiran i-
Think, manakala pemboleh ubah bersandar pula ialah Aplikasi dalam KBAT iaitu
pada tahap mengaplikasi, menganalisis dan menilai. Proses kefahaman dan minat
akan memberi faktor menentukan kejayaan murid sama ada murid dapat berfikir
secara aras tinggi ataupun tidak.

Rajah 1.1: Kerangka Konseptual Kajian

1.5 Skop dan Batasan Kajian

Kajian ini terbatas kepada murid-murid tahun empat di salah sebuah sekolah
kebangsaan di daerah Besut, Terengganu. Tajuk pengajaran dalam kajian ini
adalah berkaitan tajuk ruang mengikut Dokumen Standard Kurikulum dan
Pentaksiran (DSKP) Matematik SK yang telah dikeluarkan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM). Peserta kajian dipilih secara persampelan bertujuan
dan bilangan mereka adalah kecil iaitu enam orang murid tahun empat sahaja.

6
1.6 Kepentingan Kajian

Kajian ini penting dijalankan untuk membantu guru memperbaiki kaedah dan teknik
pengajaran yang bersesuaian dengan tahap kesediaan dan minat murid. Dalam
proses pembelajaran Matematik, guru perlu menggunakan kaedah pengajaran yang
boleh merangsang pembelajaran murid. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini
iaitu penggunaan peta pemikiran i-Think akan dilihat sama ada murid itu mampu
mengekalkan minat mempelajari Matematik kepada pengajaran guru dan
seterusnya akan dilihat dari segi pencapaian akademik murid itu sendiri.

Hasil kajian ini juga penting kepada murid yang berpencapaian rendah dalam
Matematik. Dengan penggunaan kaedah peta pemikiran i-Think juga dilihat sama
ada ianya dapat memudahkan murid dalam memahami konsep, menganalisis
masalah dan mencari penyelesaian dalam tajuk yang dipelajari. Penggunaan i-Think
menuntut murid membina konsep dalam peta pemikiran dengan sendiri atau
bimbingan dari guru.

Selain itu, dapatan kajian ini juga boleh digunakan oleh pentadbir sekolah dan
Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) untuk mengadakan atau menggalakkan penerapan
unsur i-Think dalam pengajaran guru di sekolah. Diharapkan dapatan kajian ini juga
dapat memberi manfaat kepada semua masyarakat terutamanya pengurusan
sekolah, guru serta murid dalam membawa inovasi terhadap dunia pendidikan yang
berkembang pesat kini.

1.7 Definisi Operasional Istilah

1.7.1 Peta Pemikiran I-Think

Melalui Program i-Think, Peta Pemikiran i-Think telah diperkenalkan. i-Think


merupakan singkatan kepada Innovative THINKing (Pemikiran Inovatif).
Kementerian Pelajaran Malaysia (2012) menjelaskan bahawa penggunaan peta
pemikiran sebagai satu cabang alat berfikir dalam PdPc dapat memupuk murid
untuk berfikir dan menaakul. Terdapat lapan jenis peta pemikiran yang dicadangkan
dalam Progran i-Think ialah Peta Bulatan, Peta Pokok, Peta Buih, Peta Dakap, Peta
Alir, Peta Buih Berganda, Peta Pelbagai Alir dan Peta Titian.

7
1.7.2 Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ialah keupayaan untuk mengaplikasikan


pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi
menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta
sesuatu (Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2013). Manakala Rajendran (2010)
menyatakan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) merupakan aras yang paling
tinggi dalam hirarki proses kognitif. Ini berlaku apabila seseorang mendapat
maklumat baharu, menyimpan dalam memori, menyusun, serta mengaitkannya
dengan pengetahuan sedia ada dan akan memanjangkan maklumat itu untuk
mencapai sesuatu tujuan atau penyelesaian situasi yang rumit. Dalam konteks
kajian ini, KBAT adalah merujuk kepada empat aras KBAT iaitu mengaplikasi,
menganalisis, menilai dan mencipta dalam semakan semula Taksonomi Bloom
yang dikemukakan oleh Anderson dan Krathwohl (2001).

i. Mengaplikasi
Menjalankan atau menggunakan aturan tertentu dengan melaksanakannya atau
menerapkannya. Murid harus menunjukkan, melengkapkan, mengelaskan,
melukiskan, menggunakan dan menyelesaikan.

ii. Menganalisis
Membahagikan bahan atau konsep kepada bahagian kecil, menentukan bagaimana
bahagian kecil berkait antara satu sama lain atau menerangkan keseluruhan bahan
atau maksud. Murid perlu membanding beza, menerangkan, mengenalpasti,
mengelaskan dan menyiasat.

iii. Menilai
Membuat justifikasi berdasarkan kriteria melalui semakan dan kritikan. Murid perlu
membuat penentuan. Menaksir, mencadangkan, menghakimi dan membuat pilihan.

iv. Mencipta
Menggabungkan elemen-elemen berlainan Bersama untuk membentuk suatu yang
bersepadu atau berfungsi sepenuhnya, mengatur semula elemen berlainan menjadi
satu bentuk baru melalui penjanaan, perancangan atau penghasilan. Murid perlu
mereka cipta, mereka bentuk, membina dan membayangkan.

8
1.7.3 Tajuk Ruang

Merujuk kepada DSKP, tajuk ruang bagi murid tahun 4 mengandungi standard
kandungan berkaitan dengan sudut, garis selari dan garis serenjang, perimeter dan
luas serta isi padu pepejal.

1.8 Rumusan

Bab ini telah menghuraikan serta membincangkan perkara yang menjadi asas dan
latar belakang kajian ini, termasuklah penyataan masalah, objektif kajian, persoalan
kajian, hipotesis kajian, kepentingan kajian, skop dan batasan kajian dan definisi
istilah-istilah yang digunakan dalam kajian ini. Bab yang seterusnya akan
membincangkan serta melihat kajian-kajian yang telah dijalankan oleh pengkaji-
pengkaji yang lain terhadap perkaitan dengan kajian ini.

9
BAB 2

TINJAUAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Trend kejatuhan pencapaian Malaysia dalam TIMSS 2007 hingga 2015 serta
keputusan UPSR 2014 menunjukkan murid di Malaysia masih tidak menguasai
KBAT seperti yang dihasratkan oleh KPM. Oleh itu, Peta Pemikiran I-Think
merupakan salah satu alternatif yang dicadangkan agar membantu meningkat
KBAT bagi murid terutamanya dalam matapelajaran Matematik.

2.2 Teori dan Model Kajian

Permulaan kepada penstrukturan KBAT adalah pembentukan Taksonomi Bloom


yang merangkumi enam kategori utama domain kognitif iaitu: pengetahuan,
kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Namun terdapat beberapa
pengubahsuian melalui perubahan nama bagi setiap kategori-kategori ini yang
dilakukan oleh Lorin Anderson (1990) melalui pernyataan bahawa berfikir adalah
suatu proses aktif, maka keperluan menggunakan kata kerja adalah lebih tepat
(Rosnani, 2012). Aras KBAT berfikir adalah bermula daripada aras mengaplikasi,
menganalisis, menilai dan mencipta.

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) kini menjadi fokus utama dalam
Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK 21). Takrifan KBAT digunakan Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) bermaksud keupayaan untuk mengaplikasi
pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi
menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta
sesuatu (KPM, 2012)

10
Rajah 2.1: Model Taksonomi Bloom dan Taksonomi Anderson
(Sumber: KBAT Aplikasi di Sekolah, Bahagian Pembangunan Kurikulum (KPM,2014))

2.3 Peta Pemikiran I-Think

Vishalache et al. (2014) menyatakan bahawa peta pemikiran merupakan perkakas


atau alat berbentuk penyusunan grafik yang digunakan dalam proses pengajaran
dan pembelajaran. Peta pemikiran telah diasas dan dikembangkan oleh Dr. David
Hyerle dari Amerika Syarikat sebagai alat pengajaran visual berdasarkan proses
kerja otak manusia dan cara otak menstrukturkan maklumat. Peta pemikiran
menggabungkan proses kognitif pembelajaran dengan penjelmaan visual dalam
bentuk penyusunan grafik.

Trend kejatuhan pencapaian Malaysia dalam TIMSS 2007 hingga 2015 serta
keputusan UPSR 2014 menunjukkan murid di Malaysia masih tidak menguasai
KBAT seperti yang dihasratkan oleh KPM. Menyedari kelemahan yang wujud, maka
suatu usaha untuk meningkatkan keupayaan berfikir aras tinggi telah dilakukan.
Oleh itu, Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Agensi Inovasi
Malaysia telah membawa masuk peta pemikiran ke Malaysia melalui program i-
Think sebagai suatu alat pengajaran dan pembelajaran yang dapat membantu
meningkatkan keupayaan berfikir aras tinggi. “i‟ membawa maksud inovasi dan
THINK pula bermaksud pemikiran inovatif yang perlu ada pada setiap murid
(Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM 2012). Program i-Think dilaksanakan
kerana peta pemikiran adalah alat berfikir yang digunakan dalam pengajaran dan

11
pembelajaran bagi meningkat keupayaan pemikiran aras tinggi (Vishalache et al.,
2014).

Terdapat lapan peta pemikiran yang telah diperkenalkan oleh Dr David Hyerle.
Berdasarkan kajian Ismail Sulaiman (2018), peta pemikiran I-Think yang
dikemukakan sebagai alat berfikir adalah seperti berikut:

2.3.1 Peta Bulatan

Peta Bulatan terdiri daripada dua bulatan iaitu satu bulatan kecil dan satu bulatan
besar yang berada dalam satu bingkai rujukan. Ia digunakan untuk mendefinisikan
mengikut konteks. Peta Bulatan biasanya digunakan pada awal pembelajaran atau
ketika aktiviti sumbang saran bagi membolehkan murid melahirkan idea atau
menyatakan pengetahuan sedia ada mereka. Terdapat tiga langkah membina Peta
Bulatan seperti dalam rajah 2.2, iaitu:

i. Lukiskan satu bulatan di tengah-tengah kertas dan tuliskan tajuk atau idea yang
hendak dikembangkan dalam bulatan tersebut (A).
ii. Catatkan semua idea atau aspek tentang tajuk dan lukiskan bulatan besar
mengelilinginya (B).
iii. Lukiskan satu segi empat sama di luar kedua-dua bulatan untuk membina
bingkai rujukan. Tuliskan sumber bagaimana sesuatu fakta tersebut diperolehi.

Rajah 2.2: Peta Bulatan

12
2.3.2 Peta Buih

Peta Buih berbentuk seperti sarang labah-labah dan secara ringkasnya digunakan
untuk menerangkan sifat sesuatu benda atau konsep. Ia menerangkan atau
memerihalkan sesuatu menggunakan kata-kata atau frasa adjektif. Dalam
matematik ia boleh digunakan untuk menggalakkan murid memikirkan ciri-ciri
sesuatu konsep atau tajuk matematik. Misalnya bagi tajuk penjelmaan guru boleh
meminta murid memilih salah satu bentuk penjelmaan dan menyenaraikan ciri-
cirinya. Langkah membina Peta Buih seperti rajah 2.3 adalah seperti berikut:

i. Lukiskan sebuah bulatan di bahagian tengah dan labelkan tajuk utama di


dalamnya (A).
ii. Lukiskan beberapa bulatan di sekeliling bulatan utama tadi dan tulis kata sifat
yang mewakili tajuk tersebut (B).
iii. Sambungkan semua bulatan dengan menggunakan garis lurus.

Rajah 2.3: Peta Buih

13
2.3.3 Peta Buih Berganda

Peta Buih Berganda digunakan bagi membuat banding beza. Ia berkesan untuk
menunjukkan perbezaan dan persamaan, sebab dan kesan, atau kebaikan dan
keburukan sesuatu tajuk yang dibincangkan. Ia dapat mengasah kemahiran murid
untuk membuat perbandingan. Dalam matematik Peta Buih Berganda boleh
digunakan untuk mengajar ciri perbezaan dan persamaan antara dua tajuk
matematik yang berlainan. Langkah membina Peta Buih Berganda seperti rajah 2.4
adalah seperti berikut:

i. Lukiskan dua bulatan di tengah-tengah kertas. Tuliskan dua tajuk yang hendak
dibandingkan dalam setiap bulatan tersebut (A dan B).
ii. Di tengah-tengah kedua-dua bulatan tersebut, tuliskan persamaan yang ada
bagi kedua-dua tajuk di dalam bulatan dan sambungkan garis (C, D dan E).
iii. Bagi aspek yang berbeza tuliskan dalam bulatan di sebelah kiri (F, G dan H)
untuk A dan di sebelah kanan (I,J dan K) untuk B. Kemudian sambung garis
masing-masing ke A dan B.

Rajah 2.4: Peta Buih Berganda

14
2.3.4 Peta Pokok

Kemahiran berfikir yang diterapkan dalam Peta Pokok ialah kemahiran membuat
pengelasan iaitu dengan mengasingkan dan mengkategorikan sesuatu bahan atau
idea seperti mengkategorikan tajuk besar kepada tajuk-tajuk kecil. Peta Pokok
sangat berguna untuk mempelajari sesuatu tajuk secara terperinci. Peta Pokok
menguji tahap kefahaman murid tentang sesuatu tajuk, kemahiran membuat
rumusan serta mengaitkan idea utama dengan kategori tajuk, penerangan atau
contoh yang bersesuaian. Langkah membina Peta Pokok seperti rajah 2.5 adalah
seperti berikut:

i. Tuliskan tajuk atau tajuk utama di bahagian paling atas dan gariskannya (A).
ii. Buat garisan untuk mengelaskan tajuk utama kepada beberapa kumpulan atau
kategori.
iii. Pada setiap cabang pengelasan tuliskan kategori masing-masing (B).
iv. Berikan penjelasan atau contoh bagi setiap kategori yang dibuat (C).
v. Buat garisan pada setiap contoh yang ditulis.

Rajah 2.5: Peta Pokok

15
2.3.5 Peta Dakap

Peta dakap digunakan untuk membuat perkaitan seluruh bahagian untuk sesuatu
konsep atau tajuk, ia dapat membantu murid melihat hubungan “sebahagian -
keseluruhan‟‟ sesuatu objek fizikal. Peta dakap hampir sama dengan peta pokok.
Perbezaannya ialah peta dakap hanya digunakan untuk objek maujud atau konkrit
sahaja manakala peta pokok boleh digunakan untuk benda maujud dan juga
abstrak. Dalam matematik peta dakap boleh digunakan untuk membuat rumusan
atau kesimpulan sesuatu konsep atau tajuk matematik. Peta dakap seperti rajah 2.6
boleh dibina dengan mengikut langkah berikut:

i. Tuliskan nama objek pada bahagian kiri peta (A)


ii. Senaraikan bahagian atau perkara yang membina struktur tersebut (B)
iii. Sekiranya perlu atau berkaitan maka tuliskan sub bahagian (C).

Rajah 2.6: Peta Dakap

16
2.3.6 Peta Alir

Proses pemikiran yang terlibat dalam Peta Alir ialah urutan. Peta Alir menunjukkan
peristiwa atau prosedur dan urutan langkah yang terlibat dalam sesuatu aktiviti.
Penggunaan Peta Alir dalam matematik akan memudahkan murid melihat dan
mengetahui setiap langkah yang perlu diikuti dalam proses penyelesaian masalah.
Peta Alir dapat menunjukkan prosedur matematik secara ringkas, sistematik, jelas
dan tepat. Ini membolehkan murid memahami prosedur matematik dengan lebih
mudah. Langkah yang terlibat dalam membina Peta Alir seperti rajah 2.7 adalah
seperti berikut:

i. Tuliskan Tajuk di bahagian atas (A).


ii. Mulakan peta pertama di bahagian kiri dan tuliskan langkah pertama yang terlibat
dalam prosedur atau berkenaan (B).
iii. Lukiskan anak panah mengarah ke kanan dan lukiskan petak kedua di hujung
anak panah tersebut.

Rajah 2.7: Peta Alir

17
2.3.7 Peta Pelbagai Alir

Peta pelbagai Alir sesuai digunakan apabila guru ingin menunjukkan dan
menganalisis sebab dan akibat bagi sesuatu situasi kepada murid. Ia boleh
membantu murid memahami akibat tindakan-tindakan yang diambil dan cara untuk
mengubahnya. Ia sesuai dan berguna bagi mata pelajaran yang melibatkan sebab
dan akibat seperti Sejarah dan Sains. Langkah bagi membina Peta Pelbagai Alir
seperti rajah 2.8 adalah seperti berikut:

i. Lukiskan kotak di bahagian tengah dan tuliskan situasi atau tajuk yang dikaji
(A).
ii. Di sebelah kiri kotak utama bina kotak dan tuliskan sebab-sebab berlakunya
situasi tersebut (B).
iii. Sambungkan setiap sebab dengan anak panah mengarah kepada situasi
utama.
iv. Tuliskan kesan atau akibat dalam kotak di sebelah kanan kotak utama (C).
v. Lukiskan anak panah mengarah ke kotak sebelah kanan iaitu akibat.

Rajah 2.8: Peta Pelbagai Alir

18
2.3.8 Peta Titi

Proses pemikiran yang digunakan dalam Peta Titi ialah proses analogi iaitu proses
mencari hubung kait persamaan hubungan atau faktor penghubung sesuatu perkara
contohnya mencari perkataan yang sinonim. Peta Titi dapat melatih pemikiran murid
untuk mengenal pasti perkaitan dan membuat kesimpulan bagi kesetaraan sesuatu
situasi atau tajuk. Langkah membina Peta Titi seperti rajah 2.9 adalah seperti
berikut:

i. Lukiskan satu garisan yang dipecahkan kepada muncung segit tiga dan tuliskan
faktor penghubung di bahagian kiri (A).
ii. Lukiskan garisan dan tulisan di bahagian atas dan bawahnya pasangan yang
berkaitan (B).
iii. Ulang langkah yang sama untuk pasangan yang seterusnya hingga tamat.
iv. Perkataan “seperti” perlu ada pada peta titi.

:
Rajah 2.9: Peta Titi

2.4 Dapatan Kajian Lalu

Terdapat banyak kaijan yang telah dilakukan menunjukkan perkaitan antara


penggunaan peta pemikiran seperti Peta Pemikiran I-Think dengan kemahiran
berfikir aras tinggi. Berdasarkan kajian oleh Zohar (2004), penggunaan peta
pemikiran berjaya meningkatkan pelaksanaan aktiviti bagi Kemahiran Berfikir Aras
Tinggi (KBAT). Menurutnya lagi, pelajar mempunyai kemudahan yang konsisten
terhadap kemahiran berfikir aras tinggi. Melalui cara tersebut, mereka akan
cenderung untuk berkongsi apa yang difikirkan secara visual.

19
Selain itu, Laura (2011) dalam kajiannya telah menunjukkan penggunaan
peta pemikiran i-Think dapat meningkatkan tahap pencapaian dan kefahaman
pelajar serta berjaya meningkatkan keupayaan pelajar menggunakan KBAT dalam
kalangan pelajar. Responden beliau adalah seramai 70 orang murid yang berumur
16-18 tahun. Tahap pemikiran aras tinggi responden telah diukur melalui keupayaan
untuk membuat banding beza dan skor markah esei sebelum dan selepas
pembelajaran menggunakan peta pemikiran. Hasil kajian menunjukkan bahawa
keupayaan banding beza murid selepas menggunakan peta pemikiran telah
meningkat sebanyak 69%, manakala skor markah esei pula meningkat sebanyak
16%. Hasil temu bual yang dilakukan oleh beliau juga menunjukkan berlakunya
perubahan positif dalam sikap dan cara belajar responden.

Dalam kajian Mona (2008) pula mendapati peta pemikiran adalah alat yang
berguna untuk membantu pelajar dengan lebih mudah dalam proses membina dan
kefahaman konsep dan kandungan serta menggalakkan pencapaian. Selaras
dengan hasil dapatan kajian Savich (2009) membuktikan peningkatan kemahiran
berfikir secara kritikal dengan memberi tumpuan kepada “pemikiran kritis dan
kreatif” dilaksanakan dengan berkesan oleh guru-guru dengan memaksimumkan
penglibatan pelajar dalam kelas melalui peta pemikiran i-Think. Hickie (2006) dalam
kajiannya “An examination of student performance after two years of thinking map
implementation in three Tennessee school” telah menunjukkan terdapat hubungan
positif antara pelaksanaan program Thinking Maps dengan peningkatan
pembelajaran pelajar dalam aspek membaca dan berbahasa.

Hyerle, D. & Yeafer, C (2007) mengatakan peta pemikiran dapat


memudahkan murid memahami konsep, menganalisis masalah dan mencari
penyelesaian kerana penekanannya kepada aktviti yang berpusatkan murid dan
menggalakkan mereka bekerja secara kolaboratif selain daripada hubungan antara
guru dan murid menjadi lebih rapat kerana guru lebih cenderung berperanan
sebagai fasilitator.

Dalam kajian Chiew Wye Mei (2015) mendapati latih tubi menggunakan peta
pemikiran i-Think dalam pengajaran perniagaan yang dilakukan dengan bimbingan
guru telah meningkatkan peratus kelulusan dan gred pelajar di Tingkatan 6 Atas
Sastera. Kepentingan kaedah ini bertepatkan dengan kajian Lee & Gan (2012) peta
pemikiran dapat membantu murid dalam mengorganisasi pemikiran mereka,

20
memudahkan pemahaman serta membantu pelajar membentangkan idea-idea
bernas dan baru.

Penggunaan peta pemikiran I-Think dalam PdPc dilihat mampu


meningkatkan minat murid dan mendapati murid lebih seronok, aktif dan
bersemangat ketika belajar. Menurut Zamri (2014), murid tidak semestinya
menggunakan semua peta pemikiran I-Think bagi setiap tajuk atau mata pelajaran
tetapi perlu menyesuaikan mengikut tajuk pembelajaran dan guru perlu mengambil
inisiatif untuk memikirkan teknik yang lebih berkesan untuk menyumbangkan
perbezaan individu di dalam kelas.

Menurut kajian Linawati & Sharifah (2017), mendapati bahawa pengetahuan


tentang peta pemikiran I-Think dalam kalangan murid akan dapat meningkatkan
kualiti pendidikan murid. Selain itu, peta pemikiran ini dapat menyumbang kepada
peningkatan tingkah laku murid di dalam kelas kerana kaedah yang menarik dapat
mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokan. Kajian Rohaida dan
Zamri (2015) mendapati bahawa penggunaan Peta Pemikiran I-Think dapat menarik
minat pelajar untuk belajar dan meningkatkan pencapaian murid tahun enam dalam
pembelajaran Bahasa Melayu Penulisan.

Berdasarkan kajian Norfarahin dan Tengku Zawawi (2014), murid dapat


menguasai kemahiran mengukur perimeter gabungan bentuk dua dimensi dengan
berbantukan peta pemikiran i-Think. Begitu juga kajian yang dilaksana oleh Mohd
Aliff dan Mas Nobany (2013) yang mendapati bahawa peta pemikiran i-Think telah
berjaya membantu murid dalam menggunakan Peta Alir bagi menyelesaikan
masalah bahagi dengan pembahagi dua digit.

2.5 Fokus Kajian

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) merupakan perkara yang semakin ditekan
dalam dunia pendidikan selari dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013-2025. Kemerosotan keputusan UPSR menunjukkan bahawa murid-murid
sekolah rendah terutamanya tidak mampu lagi berfikir secara aras tinggi. Oleh itu,
kerajaan telah memperkenalkan lapan peta pemikiran I-Think dalam usaha
menggalakkan murid berfikir secara aras tinggi.

21
Pemasalahan yang berlaku seperti yang dibincangkan menunjukkan kepada
keperluan pengkaji melakukan satu kajian untuk mengatasiya. Fokus utama kajian
adalah untuk melihat sama ada murid dapat menggunakan peta pemikiran I-Think
dalam PdPc Matematik tajuk Ruang. Jika murid dapat menggunakan peta pemikiran
I-Think dengan betul, maka murid tersebut boleh dikatakan dapat berfikir secara
aras tinggi. Hal ini demikian kerana untuk menghasilkan satu Peta Pemikiran I-
Think, kemahiran berfikir asas tinggi perlu digunakan seperti mengaplikasi,
menganalisis dan menilai. Selain itu, pengkaji juga ingin melihat sama ada
penggunakan peta pemikiran I-Think dapat meningkatkan minat murid terhadap
PdPc.

2.6 Rumusan

Rumusan yang dapat dibuat berdasarkan dapatan daripada tinjauan literatur


menunjukkan hasil pembelajaran yang positif dalam pelbagai mata pelajaran dan
tajuk pengajaran apabila Peta Pemikiran I-Think digunakan dalam PdPc. Selain itu,
terdapat beberapa kajian yang menunjukkan peningkatkan kemahiran berfikir aras
tinggi murid setelah mengaplikasikan peta pemikiran i-Think. Maka, pengajaran guru
juga adalah tidak hanya terhad kepada konsep menghafal formula dan latih tubi
sahaja dalam mata pelajaran matematik namun guru juga boleh menggunakan Peta
Pemikiran I-Think dalam PdPC matematik agar KBAT murid dapat ditingkatkan.

22
BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan

Kajian yang dilaksanakan adalah untuk melihat minat dan kefahaman murid
terhadap Peta Pemikiran i-Think untuk berfikir aras tinggi mata pelajaran Matematik
di sebuah sekolah di daerah Besut, Terengganu. Sehubungan dengan itu, bab ini
akan memperjelaskan tentang reka bentuk kajian, persampelan, instrumen kajian,
cara pengumpulan data dan juga analisis data.

3.2 Reka Bentuk Kajian

Reka bentuk kajian kes digunakan dalam kajian ini. Bentuk kajian ini dipilih kerana
berfokuskan kepada proses mengumpul maklumat serta dapat daripada murid
tentang kefahaman penggunaan Peta Pemikiran I-Think terhdap KBAT serta minat
murid apabila menggunakan Peta Pemikiran I-Think dalam pembelajaran
Matematik. Dalam kajian kes ini, saiz sampel adalah kecil iaitu empat orang murid
yang dipilih secara bertujuan sahaja. Pendekatan kajian ini menggunakan kaedah
kualitatif dan kuantitatif untuk menganalisis instrumen seperti analisis dokumen, soal
selidik dan temu bual. Oleh kerana kajian ini berbentuk kualitatif dan tidak
melibatkan peserta yang ramai, maka analisis dibuat dengan teliti secara huraian
berdasarkan data yang diperolehi daripada peserta kajian yang dipilih oleh pengkaji.

23
3.3 Persampelan

Kajian ini dijalankan ke atas enam orang murid tahun empat yang mempunyai
pencapaian tinggi dan lemah dalam mata pelajaran Matematik di salah sebuah
sekolah kebangsaan di daerah Besut, Terengganu. Teknik persampelan bertujuan
digunakan untuk memilih peserta yang mempunyai pencapaian yang tinggi dan
lemah. Seramai tiga orang murid dengan pencapaian yang tinggi dan tiga orang
murid yang berpencapaian rendah telah dipilih. Peserta kajian terdiri daripada tiga
orang murid lelaki dan tiga orang murid perempuan daripada sebuah kelas yang
sama.

3.4 Instrumen Kajian

Menurut Chua (2006), alat kajian yang sesuai diperlukan untuk memperolehi
maklumat yang berkenaan. Tiga kaedah pengumpulan data yang digunakan dalam
kajian ini ialah analisis dokumen, temu bual dan soal selidik. Setiap kaedah
pengumpulan data disediakan instrument kajian seperti berikut:

3.4.1 Analisis Dokumen

Dokumen yang digunakan dalam instrumen analisis dokumen ialah hasil kerja murid
dalam menghasilkan peta pemikiran i-Think dalam tajuk ruang. Tajuk bagi peta
pemikiran I-Think yang perlu dihasilkan oleh murid ialah jenis-jenis sudut. Hasil kerja
murid ini akan dianalisis menggunakan kriteria-kriteria yang ditetapkan. Antara
kriteria yang ditekankan ialah jenis peta yang digunakan, penerangan isi, lakaran
peta dan kekemasan peta.

3.4.2 Temu Bual Separa Berstruktur

Temu bual separa berstruktur dijalankan bagi memahami dengan lebih lanjut
penerangan mengapa murid menghasilkan peta tersebut. Ia dijalankan terhadap
enam peserta kajian dan dianalisis secara kualitatif. Soalan temu bual separa
berstruktur ini bersifat fleksibel untuk membolehkan peserta menghurai apa-aoa
yang difikirkannya kepada pengkaji. Oleh sebab idea dan pandangan setiap peserta

24
tidak sama, maka soalan-soalan dalam temu bual ini ditentukan terlebih dahulu
tetapi jawapan kepada soalan-soalan ini adalah terbuka. Soalan temu bual adalah
berdasarkan peta pemikiran I-Think yang dihasilkan oleh murid. Temu bual
dijalankan bagi menyokong data daripada analisis dokumen bagi menjawab
persoalan kajiian 1.

3.4.3 Soal Selidik

Instrumen soal selidk yang digunakan adalah dalam bentuk borang soal selidik
dengan pilihan jawapan ya atau tidak bagi mendapatkan data mengenai minat murid
berkenaan peta pemikiran i-Think yang digunakan dalam PdPc Matematik Borang
soal selidik digunakan setelah selesai pengajaran menggunakan peta pemikiran i-
Think. Ianya diberikan dalam bentuk. Soalan soal selidik ini diadaptasi dan
diubahsuai daripada kajian Muhammad Zakwan (2014) mengikut kesesuaian kajian.
Bagi menentukan kebolehpercayaan dan kesahan soal selidik ini, pengesahan
daripada beberapa orang pakar yang mempunyai kemahiran dan pengalaman yang
meluas dalam bidang ini telah menilai item soal selidik tersebut.

3.5 Kesahan dan Kebolehpercayaan

Pelbagai cara digunakan bagi menentukan kesahan dan kebolehpercayaan bagi


instrumen-instrumen yang digunakan. Bagi memastikan kesahan terhadap
instrumen temu bual dan kesesuaian item soalan yang dibina, pengkaji membina
instrumen temu bual untuk menjawab persoalan kajian. Seterusnya instrumen temu
bual ini disemak oleh pensyarah daripada Jabatan Matematik di sebuah Institut
Pendidikan Guru. Soalan temu bual dinilai oleh pensyarah dari segi bahasa, struktur
ayat dan hendaklah bersesuaian dengan murid.

Maklum balas peserta dan segala perbualan antara pengkaji dan peserta
direkodkan dengan menggunakan perakam suara supaya mendapatkan satu
perbualan yang asal daripada peserta di samping membuktikan keaslian, kesahan
dan kebolehpercayaan temu bual.

Bagi Instrumen soal selidik, soalan soal selidik telah diadaptasi dan
diubahsuai daripada Rosnidar et. al (2015) mengikut kesesuaian bagi menjawab

25
persoalan kajian yang telah dinyatakan. Pada peringkat awal kajian, soal selidik
telah ditadbir oleh empat orang murid tahun 4 di sebuah sekolah di daerah Besut. Ia
dijalankan bagi menilai kefahaman murid berdasarkan laras bahasa pada borang
soal selidik yang diedarkan.

3.6 Prosedur Pengumpulan Data

Sebelum melaksanakan kajian sebenar, pengkaji membuat perancangan yang rapi


untuk memastikan kajian dapat dijalankan dengan lancar dan teratur seperti yang
ditujukkan dalam Rajah 3.1. Setelah mendapat kelulusan daripada pihak sekolah
untuk menjalankan kajian di sekolah, langkah pertama pengkaji ialah mengenalpasti
peserta kajian yang hendak dipilih.

Setelah peserta kajian dipilih, pengkaji akan meminta peserta untuk


menghasilkan Peta Pemikiran I-Think berdasarkan tajuk yang telah diberikan iaitu
tajuk Ruang umumnya dan jenis-jenis sudut tajuk khususnya. Setiap peserta boleh
memilih daripada 8 jenis Peta Pemikiran i-Think untuk menghasilkan satu atau lebih
Peta i-Think yang sesuai dan tepat dengan tajuk yang diberikan. Hasil kerja murid

Temu bual secara separa berstruktur dijalankan bagi melihat sejauh mana
kefahaman peserta kajian terhadap peta yang dihasilkan. Soalan-soalan temubual
adalah untuk mengetahui sebab dengan lebih mendalam dan penerangan terperinci
bagi setiap peta yang dihasilkan oleh peserta. Ia digunakan bagi mengukuhkan lagi
data daripada analisis dokumen. Temu bual ini dirakam supaya memudahkan kerja
penganalisisan.

Kemudian, borang soal selidik diedarkan kepada peserta kajian. Soal selidik
ini mengandungi 10 item soalan berkaitan minat peserta terhadap penggunaan Peta
Pemikiran i-Think dalam PdPc Matematik dalam tajuk ruang. Borang soal seliidk ini
dianalisis secara kuantitatif.

Jadual 3.1

26
Peserta
Perancangan Pemilihan peserta menghasilkan
awal kajian Peta Pemikiran I-
Think

Borang soal
Temu bual Analisis Data
selidik diedarkan

Dapatan

Rajah 3.1 Prosedur Pengumpulan Data

3.7 Prosedur Penganalisaan Data

Data-data yang diperolehi daripada analisis dokumen dan temu bual dianalisis
secara kualitatif manakala data daripada instrument soal selidik akan dianalisis
secara kuantitatif.

3.7.1 Analisis Dokumen

Dokumen daripada hasil kerja murid akan dianalisis menggunakan kriteria-kriteria


yang telah ditetapkan. Hasil kerja murid ialah Peta Pemikiran I-Think yang
dihasilkan oleh murid.

27
Jadual 3.1

Kriteria Bagi Analisis Dokumen

Jenis Peta Isi/Penerangan Lakaran Peta Kekemasan

Jelas Tepat Kemas


Sesuai
- Pemilihan - Penerangan isi - Peta dilukis - Tulisan yang
peta yang yang jelas dan dengan tepat tanpa kemas dan mudah
bersesuaian tepat kesilapan dibaca
dengan tajuk - Tiada kesilapan berdasarkan Buku - Lakaran peta yang
yang dipilih isi Panduan I-Think kemas
- Disertakan (BPK,2012)
contoh yang jelas

Kurang Jelas Kurang Tepat Kurang Kemas


Kurang Sesuai
- Pemilihan - Ada penerangan - Peta dilukis kurang - Tulisan yang jelas
peta yang namun perlu tepat berdasarkan namun boleh
kurang sesuai ditambahbaik Buku Panduan I- dikemaskan lagi
dengan tajuk - Terdapat Think (BPK, 2012) - Lakaran peta yang
yang dipilih beberapa kurang kemas
kesilapan isi
- Disertakan contoh

Tidak Jelas Tidak Tepat Tidak Kemas


Tidak Sesuai
- Pemilihan peta - Tiada penerangan - Peta dilukis tidak - Tulisan yang tidak
yang tidak isi tepat dan tidak kemas
sesuai dengan - Banyak kesilapan berpandukan Buku - Lakaran peta yang
tajuk yang pilih isi Panduan I-Think tidak kemas
- Tidak disertakan (BPK,2012)
contoh

3.7.2 Temubual

Temu bual separa struktur dianalisis dengan meletakkan kata kunci bagi setiap
soalan ke dalam jadual agar mudah untuk dianalisis. Aspek-aspek yang ditekankan
ialah aspek mengaplikasi, menganalisis, menilai dan cadangan peta pemikiran lain

28
yang sesuai digunakan. Kemudian, pengkaji membuat rumusan berdasarkan
transkrip temubual bagi setiap peserta kajian sama ada peserta tersebut dapat
berfikir secara aras tinggi mahupun tidak.

3.7.3 Borang Soal Selidik

Borang soal selidik dianalisis secara deskriptif dengan nilai peratus sahaja diambil
kira. Kemudian, pengkaji menghurai persamaan dan perbezaan jawapan bagi setiap
item soalan secara kualitatif bagi membuat rumusan tentang minat murid terhadap
penggunaan peta pemikiran I-Think dalam tajuk Ruang matematik tahun 4.

3.8 Rumusan

Berdasarkan penerangan yang terperinci yang telah dinyatakan dalam bab ini,
pengkaji telah berusaha untuk mengikuti metodologi dan prosedur yang telah
digariskan dengan sebaik mungkin. Ini untuk memastikan kajian yang dijalankan ini
mencapai objektif yang telah digariskan.

29
BAB 4

DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan

Dalam bab ini, perbincangan ditumpukan kepada dapatan data berdasarkan kepada
tiga cara pengumpulan data yang telah digunakan iaitu analisis dokumen, soal
selidik dan temu bual semi berstruktur. Bahagian ini juga membincangkan dapatan
bagi setiap persoalan kajian yang dikaji. Bagi menjawab dua persoalan kajian,
pengkaji telah menetapkan dua instrumen bagi setiap soalan kajian. Soalan kajian
pertama dibuktikan dengan cara analisis dokumen dan temu bual manakala soalan
kajian kedua dibuktikan dengan menggunakan instrument soal selidik yang
disokong dengan temu bual.

4.2 Profil Peserta Kajian

Seramai 6 orang responden telah dipilih berdasarkan pencapaian Matematik


kategori lemah dan tinggi. Tiga orang murid daripada kategori lemah dan tiga orang
murid daripada kategori pencapaian yang tinggi telah dipilih. Berdasarkan Jadual
4.1 peserta kajian terdiri daripada tiga orang lelaki dan tiga orang perempuan.
Kesemua peserta kajian berada dalam lingkungan umur 10 tahun iaitu berada
dalam kelas Tahun 4 di sebuah sekolah kebangsaan di daerah Besut, Terengganu.

30
Jadual 4.1
Profil Peserta Kajian

Jantina Bilangan Peratus


Lelaki 3 50%
Perempuan 3 50%
Jumlah 6 100%

4.3 Dapatan Kajian

Data-data yang telah dikumpulkan, dianalisis dan diinterprestasikan secara kualitatif


berdasarkan persoalan kajian yang ditetapkan. Proses menganalisis data ini
dijalankan menggunakan beberapa instrument iaitu analisis dokumen, temu bual
separa berstruktur dan borang soal selidik. Hasil dapatan kajian yang dilakukan
adalah untuk menjawab persoalan kajian yang telah dikemukakan melalui analisis
secara kualitatif seperti berikut:

i. Adakah penggunaan Peta Pemikiran I-Think dapat membantu murid berfikir


secara aras tinggi dalam Matematik
ii. Adakah penggunaan Peta Pemikiran I-Think dapat menarik minat murid
dalam tajuk ruang?

4.4 Dapatan Soalan Kajian 1

Bagi menjawab persoalan kajian pertama, kajian dianalisis temu bual separa
berstruktur dan analisis dokumen terhadap murid-murid untuk mengenalpasti sama
ada penggunaan peta pemikiran I-Think dapat membantu murid berfikir secara aras
tinggi dalam tajuk Ruang Matematik tahun 4.

Analisis dokumen telah dipilih sebagai salah satu insturmen kajian ini.
Melalui analisis dokumen, pengkaji dapat menganalisis kefahaman murid dalam
menggunakan KBAT bagi menghasilkan satu peta pemikiran I-Think yang betul dan
sesuai dengan tajuk yang diberikan. Jika murid dapat menghasilkan peta pemikiran
I-Think dengan betul, ini bermakna murid tersebut dapat berfikir secara aras tinggi.

31
Bagi mengukuhkan lagi hasil dapatan kajian, pengkaji juga menggunakan kaedah
temu bual separa struktur. Temu bual ini mempunyai beberapa soalan yang
menekankan aspek mengaplikasi, menganalisis, menilai dan cadangan peta lain
yang sesuai. Aspek ini ditekankan untuk menguji tahap berfikir aras tinggi murid
dalam menghasilkan satu peta pemikiran I-Think. Murid ditemu bual berdasarkan
peta pemikiran I-Think yang dihasilkan oleh mereka. Hasil analisis daripada kedua-
dua instrumen ini digunakan untuk menjawab persoalan pertama.

4.4.1 Analisis Dokumen

Analisis dokumen yang dijalankan oleh pengkaji ialah menerusi hasil kerja murid
dalam membuat nota berbentuk Peta Pemikiran I-Think bagi subtajuk jenis-jenis
sudut dalam tajuk ruang.

Jadual 4.2

Hasil Analisis Kerja Murid

Hasil kerja murid Analisis


Murid 1 (M1)
• Jenis peta: Peta Pokok
(Sesuai)
• Isi/penerangan yang
kurang jelas kerana
terdapat satu kesalahan isi
• Lakaran peta yang tepat
• Tulisan dan lukisan peta
yang kemas

(bersambung)

32
Jadual 4.2 (sambungan)

Hasil kerja murid Analisis


Murid 2 (M2)
• Jenis peta: Peta Buih
(Tidak Sesuai)
• Isi/penerangan yang
kurang jelas
• Lakaran peta yang kurang
tepat
• Tulisan yang kemas,
manakala lukisan kurang
kemas

Murid 3 (M3)
• Jenis peta: Peta Buih
(Kurang sesuai)
• Isi/penerangan yang
kurang jelas
• Lakaran peta yang kurang
tepat
• Tulisan yang kemas,
manakala lukisan kurang
kemas

Murid 4 (M4)

• Jenis peta: Peta pokok


(sesuai)
• Isi penerangan yang jelas
• Lakaran peta yang tepat
• Tulisan dan lukisan peta
yang kemas

(bersambung)

33
Jadual 4.2 (sambungan)

Hasil kerja murid Analisis

Murid 5 (M5) • Jenis peta: Peta pokok


(sesuai)
• Isi penerangan yang kurang
jelas kerana tidak
disertakan contoh
• Lakaran peta yang tepat
• Tulisan dan lukisan peta
yang kemas

Murid 6 (M6) • Jenis peta: Peta pokok


(sesuai)
• Isi penerangan yang tidak
jelas
• Lakaran peta yang kurang
tepat
• Tulisan yang kemas tapi
lukisan peta yang tidak
kemas

Berdasarkan Jadual 4.2, hasil analisis hasil kerja Murid 1 (M1) didapati
bahawa jenis Peta Pemikiran I-Think yang dipilih adalah bersesuaian dengan tajuk
iaitu peta pokok. Isi-isi serta penerangan berkenaan jenis-jenis sudut ditulis dengan
jelas. Namun, terdapat satu kesalahan isi dalam sudut tirus yang dinyatakan. M1
juga menyatakan contoh bagi ketiga-tiga jenis sudut berserta gambar dengan jelas.
Lakaran peta juga dilukis dengan format yang betul dan tepat. Hasil kerja M1 juga
sangat kemas dari aspek tulisan dan lukisan peta.

Seterusnya bagi M2, peta buih dipilih dengan menyatakan ketiga-tiga jenis
sudut iaitu sudut tegak, sudut cakah dan sudut tirus. Pemilihan peta adalah tidak
sesuai kerana peta buih digunakan bagi menerangkan menggunakan kata/frasa
adjektif. Penerangan bagi setiap sudut dinyatakan dengan kurang jelas kerana tidak
disertakan contoh. Lakaran Peta Pemikiran I-Think bagi M2 adalah kurang tepat

34
kerana terdapat gambar bentuk-bentuk ditulis di bawah setiap bulatan buih.
Mengikut format yang BPK (2012), tiada penulisan lain ditulis selain daripada buih-
buih dalam peta buih. Dari aspek kekemasan, kekemasan tulisan adalah kemas
namun kekemasan lukisan adalah kurang kemas. Analisis bagi M3 pula, peta yang
digunakan ialah peta buih yang lebih spesifik kepada sudut tirus. Peta ini kurang
sesuai digunakan kerana ia menyatakan ciri-ciri bagi sudut tirus yang tidak bersifat
adjektif. Penerangan dan contoh bagi sudut tirus dinyatakan dengan kurang jelas.
Lakaran bagi peta buih kurang tepat kerana terdapat satu gambar yang tidak
dibulatkan sebagai buih dalam peta tersebut. Kekemasan tulisan bagi peta yang
dihasilkan oleh M3 adalah kemas, namun kekemasan lukisan adalah kurang kemas.

Seterusnya analisis hasil kerja M4 ialah peta pokok yang digunakan adalah
bersesuaian. Penerangan isi juga adalah jelas dan lengkap dengan contoh. Lakaran
peta juga adalah tepat serta kemas dari aspek tulisan dan lukisan peta. Hasil kerja
murid M5 adalah peta pokok. Ianya adalah bersesuaian dengan tajuk yang dipililh.
Isi penerangan adalah kurang jelas kerana tidak disertakan contoh bagi setiap
sudut. Lakaran peta pokok yang dihasilkan adalah tepat. Tulisan dan lukisan peta
adalah kemas. Bagi M6 pula, peta pokok telah dipilih dan ianya adalah bersesuaian
denga tajuk. Namun, penerangan isi adalah tidak jelas kerana tiada huraian
berkenaan isi yang ditulis dalam peta tersebut. Terdapat contoh bagi sudut namun
ianya tidak dinyatakan dengan jelas. Lakaran peta adalah kurang tepat. Tulisan M5
adalah kemas namun lukisan bagi peta tersebut adalah tidak kemas.

Berdasarkan analisis dokumen yang dilakukan, empat daripada enam orang


peserta iaitu M1, M4, M5 dan M6 telah menghasilkan peta pokok. Maka, selebihnya
menghasilkan peta buih yang kurang sesuai dengan tajuk jenis-jenis sudut. Ini dapat
menunjukkan bahawa empat daripada enam peserta dapat mengaplikasi peta yang
sesuai dengan tajuk yang diberi. Daripada empat peserta yang menghasilkan peta
pokok, hanya dua peserta iaitu M1 dan M4 yang menghasilkan peta dengan baik
dengan penerangan isi dan contoh yang lengkap.

35
4.4.2 Temubual Separa Berstruktur

Temu bual dijalankan bagi menyokong dapatan daripada analisis dokumen hasil
kerja murid. Kata kunci daripada transkrip temu bual disusun dalam jadual seperti di
bawah.

Jadual 4.3

Kata Kunci Transkrip Temubual

Peserta Mengaplikasi Menganalisis Menilai Cadangan

M1 Peta pokok Sebab boleh Betul Peta buih


kelaskan sudut
kepada tiga iaitu
sudut tegak, sudut
tirus, sudut cakah.
M2 Peta buih Tidak tahu Mungkin Peta pokok. Sebab
betul boleh letak tiga
bahagian
M3 Peta buih Sebab nak buat satu Sesuai Peta pokok. Sebab
je boleh gunakan
tiga-tiga jenis
sudut
M4 Peta pokok Sebab ada tiga jenis Sesuai Tiada yang sesuai.
sudut Peta pokok je
susuai
M5 Peta pokok Tidak tahu Betul Peta buih. Buat
tiga peta. Satu
peta untuk satu
jenis sudut
M6 Peta pokok Tidak tahu Tidak Peta bulatan
dapat
menilai

A. Murid 1 (M1)

Berdasarkan temubual yang dijalankan, M1 tahu mengaplikasikan peta yang


sesuai dengan tajuk yang diberi. M1 juga tahu bahawa peta pokok digunakan
untuk membuat pengelasan dan sesuai digunakan untuk mengelaskan sudut

36
kepada tiga jenis iaitu sudut tegak, sudut tirus dan sudut cakah. Selain itu, M1
menilai dan yakin dengan isi dan penerangan yang ditulisnya. Secara
keseluruhannya, M1 dapat berfikir secara aras tinggi dalam menghasilkan satu
Peta Pemikiran I-Think yang sangat baik

B. Murid 2 (M2)

Berdasarkan temubual M2, murid ini tidak faham dan tahu untuk mengaplikasi
Peta Pemikiran I-Think yang sesuai dengan tajuk yang diberi. M2 juga kurang
yakin untuk menilai sama ada isi dan penerangan yang ditulisnya adalah betul.
Namun, M2 dapat mencadangkan bahawa peta pokok adalah sesuai digunakan
untuk tajuk jenis-jenis sudut. Kesimpulannya daripada temubual yang dijalankan,
tahap berfikir aras tinggi bagi M2 adalah berada di tahap yang sederhana ke
lemah.

C. Murid 3 (M3)

Berdasarkan temubual yang dijalankan, M1 telah menggunakan peta buih kerana


dia sememang ingin memilih satu jenis sudut sahaja untuk membuat nota. M1
mengaplikasi peta yang kurang sesuai kerana peta buih perlu digunakan untuk
mencirikan sesuatu berdasarkan sifat adjektif. Jika M1 menghuraikan ciri jenis
sudut dalam sifat adjektif, maka penggunaan peta adalah sesuai dna tepat. M1
berfikir secara aras tinggi kerana menganlisis dahulu peta yang ingin digunakan,
namun M1 membuat pemilihan yang kurang tepat. M1 juga dapat memberi
cadangan peta lain yang boleh digunakan iaitu peta pokok. Kesimpulannya, M3
tahap berfikir aras tinggi bagi M3 adalah berada di tahap sederhana ke tinggi dan
memerlukan bimbingan daripada guru untuk membuat penilaian.

D. Murid 4 (M4)

Berdasarkan temubual, M4 dapat mengaplikasi peta berdasarkan tajuk dengan baik.


Murid ini juga tahu mengapa dia memilih untuk menggunakan peta tersebut. M4
dapat menilai kesesuaian isi yang ditulisnya adalah sesuai. Pada pandangan M4,

37
hanya peta pokok sahaja yang sesuai digunakan untuk membuat nota bagi tajuk
jenis-jenis sudut ini.

E. Murid 5 (M5)

Hasil analisis daripada temubual yang dijalankan ke atas M5, peserta menggunakan
peta yang sesuai dengan tajuk yang dipilih. Namun, M5 tidak dapat memberikan
justifikasi mengapa dia memilih peta tersebut. M5 menilai bahawa penerangan isi
yang dinyatakan dalam peta tersebut adalah sesuai dan betul. Pada pendapat M5,
peta buih juga boleh digunakan dalam tajuk jenis sudut ini. Setiap satu sudut boleh
dilukiskan satu peta buih dengan ciri-ciri sudut tersebut.

F. Murid 6 (M6)

Berdasarkan temubual yang telah dijalankan, M6 telah mengaplikasi peta pemikiran


i-Think yang sesuai iaitu peta pokok. Namun begitu, M6 tidak dapat menyatakan
justifikasi mengapa pemilihan peta tersebut. Murid 6 ini tidak menulis apa-apa
penerangan mahupun isi dalam peta yang dilukis. Hanya gambar-gambar sudut
ditampal pada peta pokok tersebut. Apabila disoal, murid ini tidak dapat menyatakan
sebab mengapa berbuat sedemikian. M6 mencadangkan peta bulatan boleh
digunakan selain daripada peta pokok untuk tajuk jenis sudut ini. Kesimpulannya,
tahap berfikir aras tinggi M6 adalah berada di tahap sederhana lemah.

G. Kesimpulan

Berdasarkan Jadual 4.3, beberapa analisis mengikut aspek dapat dibuat. Bagi
aspek aplikasi, empat daripada enam peserta mengaplikasi peta pokok yang
bersesuaian dengan tajuk jenis-jenis sudut. Dua peserta yang lain mengaplikasi
peta yang kurang sesuai dengan tajuk jenis-jenis sudut. Bagi aspek kedua iaitu
analisis, tiga daripada enam peserta iaitu M1, M3 dan M4 memberi justifikasi
mengapa mereka memilih peta tersebut untuk digunakan. Tiga lagi peserta
dikenalpasti tidak menganalisis peta yang digunakan oleh mereka. Seterusnya bagi
aspek menilai, hampir semua peserta dapat menilai isi dan penerangan yang ditulis
dalam peta pemikiran yang dihasilkan. Namun terdapat seorang peserta iaitu M6

38
tidak dapat menilai kesesuaian isi kerana tiada penerangan isi ditulis pada peta
yang dihasilkan. Bagi aspek cadangan peta lain yang bersesuaian, hampir kesemua
peserta dapat memberi cadangan peta pemikiran I-Think lain yang dirasakan
sesuai. Hanya satu peserta iaitu M4 yang berpendapat bahawa tiada peta pemikiran
I-Think lain yang dirasakan sesuai untuk digunakan bagi tajuk jenis-jenis sudut.

Hasil dapatan daripada analisis temu bual menunjukkan hampir semua


peserta kajian dapat menjawab soalan yang menekankan aspek aplikasi, menilai
dan memberi cadangan peta pemikiran i-Think lain yang bersesuaian. Hanya M6
dikenalpasti kurang dapat menjawab soalan temu bual terutamnya dalam aspek
menganalisis dan menilai. Melalui temu bual ini, secara keseluruhannya dapat
dilihat bahawa peserta kajian ini berfikir secara aras tinggi untuk menghasilkan peta
pemikiran i-Think.

4.4.3 Rumusan Dapatan Soalan Kajian 1

Berdasarkan dapatan daripada analisis dokumen dan temu bual, dapat dirumuskan
bahawa penggunaan Peta Pemikiran I-Think dapat membantu murid berfikir secara
aras tinggi dalam tajuk Ruang. Hal ini dapat dilihat bahawasanya semua peserta
kajian dapat menghasilkan satu Peta Pemikiran I-Think dengan baik. Namun,
terdapat beberapa tahap yang menunjukkan aras pemikiran aras tinggi untuk
kesemua peserta adalah berbeza. Hanya dua peserta kajian iaitu M1 dan M4 yang
dapat menghasilkan Peta Pemikiran I-Think yang amat tepat dan dapat dihuraikan
dengan baik. Manakala peserta M2, M3, M5 dan M6 walaupun tidak menghasilkan
peta yang sempurna, kesemua peserta ini dilihat menggunakan aras pemikiran aras
tinggi dalam proses menghasilkan satu Peta Pemikiran I-Think.

4.5 Dapatan Soalan Kajian 2

Soalan kajian 2 ialah untuk mengenalpasti minat murid terhadap penggunaan Peta
Pemikiran i-Think dalam tajuk ruang. Instrumen yang digunakan untuk menjawab
persoalan ini ialah menggunakan jawapan daripada borang soal selidik seperti
LAMPIRAN C yang telah diberi kepada peserta.

39
4.5.1 Soal Selidik

Borang soal selidik diberikan selepas murid menghasilkan peta pemikiran I-Think. Ianya bertujuan untuk mengenalpasti minat murid terhadap
penggunaan peta pemikiran I-Think dalam mata pelajaran Matematik terutamanya dalam tajuk Ruang. Berdasarkan borang soal selidik yang
diedarkan, jadual berikut merupakan hasil analisis yang diperolehi.

Jadual 4.4

Analisis Borang Soal Selidik

Penyataan item M1 M2 M3 M4 M5 M6 % %
Y T Y T Y T Y T Y T Y T YA TIDAK
Item 1 / / / / / / 50 50
Item 2 / / / / / / 67 33
Item 3 / / / / / / 50 50
Item 4 / / / / / / 83 17
Item 5 / / / / / / 83 17
Item 6 / / / / / / 67 33
Item 7 / / / / / / 83 17
Item 8 / / / / / / 67 33
Item 9 / / / / / / 67 33
Item 10 / / / / / / 50 50

Y: Ya T: Tidak 40
Berdasarkan analisis borang temu bual tersebut, peratusan peserta menjawab “YA”
bagi kesemua 10 item soalan adalah tidak kurang daripada 50%. Item soalan yang
mendapat peratusan 50% adalah pada item 1, item 3, dan item 10. Soalan bagi
item-item tersebut adalah seperti berikut:

Item 1 Saya minat belajar Matematik dengan menggunakan kaedah


Peta pemikiran I-Think
Item 3 Mata pelajaran Matematik dengan menggunakan Peta Pemikiran
I-Think tidak membosankan
Item 10 Saya mudah faham dengan pengajaran guru apabila
menggunakan kaedah peta pemikiran I-Think

Berdasarkan item-item yang memperoleh peratusan yang sama ini, ia menunjukkan


bahawa sebahagian daripada peserta minat dalam penggunaan peta pemikiran I-
Think dalam pengajaran Matematik. Manakala, sebahagian lagi tidak berminat dan
kurang faham dengan pengajaran guru ketika menggunakan kaedah peta pemikiran
I-Think di dalam kelas. Mereka juga menganggap bahawa penggunaan peta
pemikiran I-think adalah membosankan.

Selain itu, terdapat tiga item soalan yang mendapat peratusan “YA” yang tertinggi
iaitu sebanyak 83% atau lima daripada enam peserta memilih jawapan ya. Item-item
tersebut adalah soalan item 4, item 5 dan item 7. Soalan-soalan bagi item-item ini
adalah seperti berikut.

Item 4 Saya lebih berminat guru mengajar dengan menggunakan peta


pemikiran i-Think berbanding dengan kaedah lain
Item 5 Saya suka memberikan perhatian semasa guru mengajar
dengan menggunakan peta pemikiran i-Think
Item 7 Saya berasa puas belajar Matematik dengan kaedah peta
pemikiran I-Think

Sekiranya dianalisis secara individu, dapat diperhatikan bahawa M1, M2 dan M4


lebih cenderung seronok dan berminat untuk belajar Matematik dengan
menggunakan kaedah Peta Pemikiran I-Think. Hal ini demkian kerana murid
tersebut memilih jawapan “YA” pada item 1 hingga item 5.

41
Item 1 Saya minat belajar Matematik dengan menggunakan kaedah
Peta pemikiran I-Think
Item 2 Saya seronok belajar Matematik dengan menggunakan kaedah
peta pemikiran I-Think
Item 3 Mata pelajaran Matematik dengan menggunakan Peta
Pemikiran I-Think tidak membosankan
Item 4 Saya lebih berminat guru mengajar dengan menggunakan peta
pemikiran i-Think berbanding dengan kaedah lain
Item 5 Saya suka memberikan perhatian semasa guru mengajar
dengan menggunakan peta pemikiran i-Think

Seterusnya M3 dan M5 mempunyai persamaan yang dikenalpasti iaitu tidak


berminat, tidak seronok dan menganggap pembelajaran menggunakan kaedah peta
pemikiran I-Think dalam Matematik adalah membosankan kerana telah memilih
jawapan “TIDAK” pada borang soal selidik di item soalan 1, item 2 dan item 3.
Namun M3 dan M5 juga suka memberi perhatian dan berminat dangan pengajaran
guru dengan menggunakan Peta Pemikiran I-Think. Maka, dapat disimpulkan
bahawa M3 dan M5 masih dalam kategori berminat mempelajari Matematik dengan
menggunakan Peta Pemikiran I-Think.

Manakala M6 pula dilihat sememangnya langsung tidak berminat dan suka akan
PdPc dengan unsur Peta Pemikiran I-Think. Majoriti jawapan yang ditanda oleh M6
dalam borang soal selidik adalah menjurus kepada tidak berminat dengan
penggunaan peta pemikiran I-Think dalam mata pelajaran matematik.

4.5.2 Rumusan Dapatan Soalan Kajian 2

Rumusan yang dapat dilakukan setelah menganalisis borang soal selidik, dilihat
bahawa M1, M2 dan M4 amat berminat dengan pengajaran menggunakan peta
pemikiran I-Think. Manakala, M3 dan M5 dilihat berminat dengan penggunaan peta
pemikiran I-Think dalam PdPc matematik. Akhir sekali, M6 dikenalpasti langsung
tidak berminat dengan penggunaan peta pemikiran I-Think dalam PdPc matematik.
Maka persoalan kajian 2 dapat dijawab iaitu penggunaan Peta Pemikiran I-Think
dapat menarik minat murid dalam tajuk Ruang

42
4.6 Rumusan

Bab ini merupakan analisis dapatan kajian yang mengandungi profil peserta kajian
dan dapatan-dapatan kajian. Dalam bab yang seterusnya, perbincangan,
kesimpulan dan cadangan akan diperbincangkan.

43
BAB 5

KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI

5.1 Pengenalan

Bab ini membincangkan hasil analisis data kajian yang diperolehi. Hasil dapatan
akan menjawab persoalan kajian. Seterusnya, bab ini akan membuat rumusan
kepada keseluruhan hasil kajian ini. Hasil kajian yang diperolehi juga akan
membawa kepada beberapa implikasi yang akan dibincangkan dalam bab ini. Akhir
seklai, pengkaji akan membuat cadangan-cadangan untuk organisasi kajian dan
juga untuk kajian masa depan.

5.2 Kesimpulan

Berdasarkan dapatan yang diperolehi, beberapa penemuan yang ditemui daripada


dapatan soalan kajian 1 dan soalan kajian 2.

5.2.1 Kesimpulan Soalan Kajian 1

Dapatan kajian telah dianalisis berdasarkan prosedur analisis dapatan yang telah
ditetapkan. Berdasarkan dapatan yang diperolehi, dapat disimpulkan bahawa
penggunaan peta pemikiran i-Think dapat membantu murid berfikir secara aras
tinggi dalam Matematik. Namun secara jelasnya akan diperincikan pada perenggan
seterusnya.

44
Bagi soalan kajian pertama, analisis yang digunakan ialah analisis dokumen
dan temu bual untuk melihat sama ada penggunaan Peta Pemikiran I-Think dapat
membantu murid berfikir secara aras tinggi dalam Matematik.

Hasil analisis dokumen menunjukkan hampir kesemua peserta kajian dapat


menghasilkan peta pemikiran I-Think dengan betul. Terdapat dua peserta yang
dilihat sememangnya dapat menghasilkan Peta Pemikiran I-Think dengan tepat dan
sangat lengkap. Peserta selebihnya pula walaupun tidak dapat menghasilkan peta
pemikiran I-Think dengan sempurna. Kesemua peserta menggunakan kemahiran
berfikir aras tinggi dalam proses untuk menghasilkan Peta Pemikiran I-Think
mereka. Antara tahap berfikir aras tinggi yang diperlukan dalam menghasilkan peta
pemikiran I-Think ialah mengaplikasi, menganalisis dan menilai. Aras mencipta tidak
digunakan kerana peta pemikiran I-Think sememangnya mempunyai format yang
telah ditetapkan dan dipatenkan oleh KPM. Namun, kreativiti dan kekemasan murid
juga diambil kira semasa menganalisis dokumen peserta kajian.

Analisis temu bual digunakan untuk mengukuhkan dapatan kajian yang


diperolehi melalui analisis dokumen. Temu bual separa berstruktur dijalankan bagi
memahami dengan lebih lanjut penerangan mengapa murid menghasilkan peta
tersebut. Hasil dapatan daripada analisis temu bual menunjukkan peserta kajian
dapat menjawab soalan yang menekankan aspek aplikasi, menilai dan memberi
cadangan peta pemikiran I-Think lain yang bersesuaian. Namun, terdapat tiga
peserta kajian yang tidak dapat menjawab soalan berkenaan aspek menganalisis.
Namun begitu, melalui temu bual ini, dapat dilihat bahawa peserta kajian ini berfikir
secara aras tinggi untuk menghasilkan peta pemikiran I-Think.

Secara keseluruhannya, semua peserta dapat menghasilkan peta pemikiran


I-Think, maka secara kasarnya peserta tersebut dapat berfikir secara aras tinggi.
Hal ini demikian kerana Peta Pemikiran I-Think merupakan salah satu daripada alat
untuk menggalakkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Hasil dapatan
daripada kedua-dua instrumen yang digunakan menunjukkan perkembangan positif
dimana penggunaan Peta Pemikiran I-Think dapat membantu murid berfikir secara
aras tinggi dalam tajuk Ruang, Matematik tahun 4. Berdasarkan kajian lepas oleh
Zohar (2004), menyokong penggunaan Peta Pemikiran I-Think berjaya
meningkatkan pelaksanaan aktiviti KBAT. Selain itu, David (2011) dan Laura (2011)
dalam kajiannya telah menunjjukkan penggunaan peta pemikiran I-Think dapat
meningkatkan tahap pencapaian dan kefahaman murid serta berjaya meningkatkan

45
keupayaan murif menggunakan kemahiran berfikir aras tinggi seperti yang
ditunjukkan dalam kajian ini.

5.2.2 Kesimpulan Soalan Kajian 2

Bagi soalan kajian kedua iaitu borang soal selidik digunakan dalam mengumpul
data iaitu mengenalpasti minat murid dalam penggunaan Peta Pemikiran I-Think
dalam tajuk Ruang.

Borang soal selidik telah diedarkan dan dianalisis secara deskriptif. Hasil
daripada analisis menunjukkan perkembangan positif iaitu penggunaan Peta
Pemikiran I-Think dapat menarik minat murid dalam tajuk Ruang. Lima daripada
peserta menunjukkan minat yang positif terhadap penggunaan Peta Pemikiran I-
Think dalam PdPc Matematik. Tiga daripada lima peserta tersebut menunjukkan
minat yang amat positif manakala dua peserta yang selebihnya hanya menunjukkan
minat yang sederhana. Selain itu, terdapat seorang peserta yang sangat tidak
berminat dengan Peta Pemikiran I-Think yang digunakan dalam PdPc Matematik
tersebut. Dapatan kajian ini dikukuhkan lagi dengan dapatan kajian Aminah et.al
(2015) dan Rohaida dan Zamri(2015) yang mengatakan penggunaan peta i-Think
dapat menarik minat pelajar untuk belajar dan meningkatkan pencapaian pelajar.

5.3 Cadangan Kajian

Kajian ini telah menunjukkan bahawa penggunaan Peta Pemikiran I-Think dapat
membantu murid berfikir secara aras tinggi dalam Matematik iaitu berkaitan tajuk
jenis-jenis sudut. Selain itu, penggunaan Peta Pemikiran I-Think juga dilihat dapat
menarik minat murid terutamanya dalam mata pelajaran Matematik. Namun begitu,
terdapat beberapa cadangan yang dirasakan sesuai digunaan bagi kajian lanjutan
untuk mendapatkan dapatan yang lebih baik.

Dapatan kajian ini menunjukkan keputusan yang positif terhadap penggunaan


Peta Pemikiran I-Think dalam pemikiran aras tinggi murid, namun begitu kajian ini
adalah berbentuk kajian kes yang mempunyai sampel yang sedikit. Oleh itu,
cadangan yang pertama ialah menjalankan satu kajian menggunakan metadologi
kajian kuasai-experimental. Pengkaji dapat melihat kesan penggunaan Peta

46
Pemikiran I-Think murid dalam meningkatkan KBAT terhadap pencapaian sebenar
murid. Kajian tersebut juga dapat menunjukkan adakah penggunaan peta pemikiran
akan mampu membantu murid lebih memahami masalah dan melahirkan pelbagai
idea atau alternatif penyelesaian berbanding murid yang tidak menggunakan alat
berfikir. Kajian berbentuk kuasai-experimental berkenaan Peta Pemikiran I-Think
dan KBAT ini sudah banyak dilaksanakan dalam matapelajaran Sains dan Sejarah,
namun bagi matapelajaran Matematik, kajian sebegini masih lagi terhad.

Selain itu, kajian tentang kesediaan guru matematik bagi mengaplikasikan


Peta Pemikiran I-Think secara kualitatif dirasakan perlu dilaksanakan. Hal ini
demikian kerana penggunaan Peta Pemikiran I-Think di dalam kelas memerlukan
kepada kesediaan, kefahaman dan kepakaran guru untuk menerapkannya di dalam
kelas. Berdasarkan pemerhatian saya semasa di sekolah, penggunaan Peta
Pemikiran I-Think kurang diterapkan dalam PdPc terutamanya dalam matapelajaran
Matematik.

Di samping itu, guru-guru perlu diberikan lebih banyak pendedahan


berkenaan Peta Pemikiran I-Think. Guru perlu menghadiri kursus dan seminar peta
pemikiran ini agar dapat membangunkan profesionalisme diri dalam bidang
tersebut. Melalui bengkel-bengkel yang dijalankan, guru dapat belajar membuat
lapan Peta Pemikiran I-Think secara Hands-on dan cara menggunaan peta-peta
yang bersesuaian denga mata pelajaran Matematik. Matapelajaran Matematik
sememangnya dikenali dengan nombor dan pengiraan semata-mata. Namun begitu,
Peta Pemikiran I-Think boleh digunakan untuk memudahkan pemahaman murid
terhadap konsep-konsep asas Matematik.

Seterusnya, sebuah modul boleh dirangka bagi memberikan panduan kepada


guru-guru Matematik sekolah rendah bagi menggunakan Peta Pemikiran I-Think
dalam mata pelajaran Matematik. Modul tersebut hendaklah terdiri daripada peta-
peta yang sesuai digunakan bagi setiap tajuk yang terkandung dalam DSKP. Modul
ini mungkin dapat menjadi pemangkin untuk guru-guru melaksanakan PdPc
menggunakan Peta Pemikiran I-Think. Secara tidak langsung, modul ini dapat
mengurangkan beban guru untuk menerapkan Peta Pemikiran I-Think yang masih
lagi asing di sekolah walaupun telah diperkenalkan sejak 2012 lagi.

47
5.4 Implikasi

Hasil dapatan menunjukkan penggunaan Peta Pemikiran I-Think dalam KBAT


memberikan kesan yang positif terhadap kefahaman dan minat murid. Oleh itu,
kajian ini memberikan beberapa implikasi yang boleh dijadikan panduan kepada
murid, guru, sekolah dan PPD.

Implikasi pertama kajian adalah terhadap murid terutamanya kepada murid


yang berpencapaian rendah dalam Matematik. Penggunaan peta pemikiran i-Think
dapat menjadi alternatif kepada murid untuk berfikir secara aras tinggi. Ia juga
memudahkan murid dalam memahami konsep, menganalisis masalah dan mencari
penyelesaian dalam tajuk yang dipelajari. Penggunaan i-Think menuntut murid
membina konsep dalam peta pemikiran dengan sendiri atau bimbingan dari guru.

Kajian ini penting dalam memberi implikasi kepada guru. Ia dapat membantu
guru memperbaiki kaedah dan teknik pengajaran yang bersesuaian dengan tahap
kesediaan dan minat murid. Dalam proses pembelajaran Matematik, guru perlu
menggunakan kaedah pengajaran yang boleh merangsang pembelajaran murid.
Penggunaan peta pemikiran i-Think dilihat mampu mengekalkan minat mempelajari
Matematik serta menggalakkan pemikiran aras tinggi murid sesuai dengan PPPM
yang sedang dilaksanakan sekarang.

Selain itu, kajian ini juga memberikan implikasi kepada guru kerana ianya
penting sebagai bukti bagi memberi keyakinan kepada guru-guru untuk menerima
perubahan yang berlaku dalam dunia pendidikan dengan menggunakan peta
pemikiran i-Think sebagai suatu alat untuk membantu melahirkan murid yang
mempunyai pemikiran berfikir aras tinggi, bukan hanya berfokus kepada
peperiksaan semata-mata hingga mengenepikan pengetahuan dan ilmu yang
sepatut dikuasai oleh anak-anak kita. Itulah juga sebabnya pihak kementerian
memperkenalkan kelas alaf ke -21.

Di samping itu, implikasi kajian ini juga boleh digunakan oleh pentadbir sekolah dan
Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) untuk mengadakan atau menggalakkan penerapan
unsur i-Think dalam pengajaran guru di sekolah. Diharapkan dapatan kajian ini juga
dapat memberi manfaat kepada semua masyarakat terutamanya pengurusan
sekolah, guru serta murid dalam membawa inovasi terhadap dunia pendidikan yang
berkembang pesat kini

48
5.5 Rumusan

Bab ini telah membincangkan kesimpuan, cadangan penambahbaikan dan implikasi


dalam kajian ini. Adalah diharapkan hasil kajian ini akan memberi manfaat kepada
sesiapa sahaja yang terlibat.

49
RUJUKAN

Abi El-Mona. (2008). The influence of Mind Mapping On Eight Graders’ Science
Achievement.

Anderson, L.W., & Krathwohl, D.R. (Eds.) (2001). A Taxonomy for Learning,
Teaching and Assessing: A Revision of Bloom’s Taxonomy of Educational
Objective. New York: Addison Wesley Longman.

Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2014). Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Aplikasi


di Sekolah. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia

Chiew Wye Mei. (2015). Peta ke arah kejayaan dalam pengajian perniagaan.The
Development Of Pedagogical Education From The Perpective Of The 21st
Century and Cooperation ASEAN Education Community.

Chua Yan Piaw. (2006). Kaedah dan Statistik Penyelidikan: Kaedah Penyelidikan
(Tesis Ijazah Sarjana Muda yang tak diterbitkan). Selangor: Universiti Putra
Malaysia.

Hickie, Katharine Mabie. (2006) "An Examination of Student Performance in


Reading/Language and Mathematics after Two Years of Thinking Maps®
Implementation in Three Tennessee Schools”. Electronic Theses and
Dissertations.2243. http://dc.etsu.edu/etd/2243

Hyerle, D. & Yeager, C. (2007). A Language for learning: Thinking Maps


Incorporated. North Carolina; Thinking Maps. Inc.

Ismail Sulaiman. (2018). Pembinaan dan pengujian kebolehgunaan modul


pengajaran berasaskan peta pemikiran bagi tajuk nisbah, kadar dan kadaran.
Tanjung Malim: Fakulti Sains dan Matematik, Universiti Pendidikan Sultan
Idris.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2012). Draf Buku I-Think. Putrajaya: Bahagian


Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia

50
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2016). Laporan TIMSS 2015. Bahagian
Perancangan dan Penyelidikan Dasar. Kementerian Pendidikan Malaysia.

Laura A. W. (2011). The effect of thinking maps on students’ higher order thinking
skills. US: California State University & Northridge University.

Lee Hou Yew & Gan We Ling. (2012). Penggunaan peta pemikiran i-Think dalam
pengajaran Inovatif melalui ‘thinking maps’.Kertas kerja dibentangkan di
Seminar PenyelidikanPendidikan antarabangsa MalaysiaIndonesia (Malindo),
IPGKIK, Kuala Lumpur, 4-6 Okt 2012

Lembaga Peperiksaan Malaysia (2013). Elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi


(KBAT) dalam Instrumen Pentaksiran. Putrajaya: Kementerian Pendidikan
Malaysia.

Lembaga Peperiksaan Malaysia (2013). Pentaksiran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi.


Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Penerbit Surya Sdn Bhd.

Linawati Adiman dan Sharifah Nor Puteh (2017). Pelaksanaan Peta Pemikiran
IThink dalam kalangan guru, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan
Malaysia. Dipetik daripada:
https://seminarserantau2017.files.wordpress.com/2017/09/58-linawati-lina-
adiman.pdf

Muhammad Aliff Abdul Rahman & Mas Norbany Abu Samah. (2013). Penggunaan
Sifir Tulang Ikan Dan Peta Alir I-Think Dalam Meningkatkan Kemahiran Murid
Menyelesaikan Masalah Bahagi Dengan Pembahagi Dua Digit. Penyelidikan
Tindakan PISMP 2013 2.1 (2013).

Muhammad Nazri. (2013). Kemahiran Berfikir Kritis Dalam Kalangan Pelajar


Kejuruteraan Di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Laporan projek Ijazah
Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional, Universiti Tun Hussein Onn
Malaysia.

Muhammad Zakwan. (2011). Peta i-Think: Meningkatkan minat dan prestasi


pembelajaran murid bagi tajuk Prasejarah dalam mata pelajaran Sejarah
Tahun Empat.

Norfarahin Izzati & Tengku Zawawi. (2014). Penggunaan Peta Alir i-Think dan Kit
“Pat-Pat Kup” Dalam Membantu Murid Menguasai Kemahiran Mengukur
Perimeter Gabungan Bentuk Dua Dimensi. Penyelidikan Tindakan PISMP
2014 1.2 (2014).

Rajendran Nagappan (2008). Teaching & acquiring higher-order thinking skills:


theory & practice. Malaysia: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

51
Rajendran, N.S. (2010). Teaching & Acquiring Higher-Order Thinking Skills: Theory
& Practice. Tanjung Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Rohaida & Zamri. (2015). Keberkesanan peta pemikiran (i-Think) dalam


meningkatkan pencapaian penulisan Bahasa Melayu murid Tahun 6. Jurnal
Pendidikan Bahasa Melayu-JPBM. Vol. 5 Bil.2 (Nov 2015), 31-37.

Rosnani Hashim. (2012), Rethinking Islamic Education in Facing the Challenges of


the Twenty-first Century. American Journal of Islamic Social Sciences, 22(4):
133-147.

Savich, Carl. (2009). Improving Critical Thinking Skills in History. Networks Online
Journal for Teacher Research, 11, 1-12. Dipetik daripada:
https://doi.org/10.4148/2470-6353.1106

Siti Zabidah Mohamed (2006). Kesan Pendekatan Penyebatian Kemahiran Berfikir


Kreatif Dalam Pengajaran Karangan Deskriptif dan Karangan Imaginatif dalam
Kalangan Pelajar Tingkatan IV. Disertasi Doktor Falsafah yang tidak
diterbitkan. Skudai, Johor: Universiti Sains Malaysia.

Vishalache Balakrishnan. (2014). Aplikasi i-think dalam pendidikan. Kuala Lumpur:


Dewan Bahasa Pustaka.

Yahya Othman & Azmey Othman. (2012). Keberkesanan Penggunaan Peta Minda
Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Karangan Argumentatif di Sebuah
Sekolah Menengah Arab di Negara Brunei. Jurnal Pendidikan Bahasa
Melayu- JPBM (Malay Language Educational Journal – MyLEJ), 2, 32-45.

Zamri Mahamod, (2014). Inovasi P&P dalam pendidikan Bahasa Melayu. Cetakan
ketiga. Tanjung Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Zohar, A. (2004). Elements of teachers’ pedagogical knowledge regarding


instruction of higher order thinking. Journal of Science Teacher Education,
15(4), 293-312.

Zakaria, N., Ali, A., Hamidon, N. I., & Abd Rasap, S. (1). Aplikasi Peta Pemikiran I-
Think Dalam Meningkatkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Online
Journal for TVET Practioners. Dipetik daripada:
https://publisher.uthm.edu.my/ojs/index.php/oj-tp/article/view/4795

Zakaria , N. (2018). Aplikasi peta pemikiran i-Think dalam meningkatkan Kemahiran


Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Advanced Center for Technical and Vocational
Education (ACTiVE)

52
LAMPIRAN A

53
LAMPIRAN B

54
55
LAMPIRAN C
BORANG SOAL SELIDIK MINAT

PENGGUNAAN PETA I-THINK DALAM PdPc MATEMATIK TOPIK RUANG


TAHUN 4

Nama: _____________________________________Jantina: _________________

Sila baca dengan teliti setiap pernyataan di bawah. Anda diminta untuk
menandakan (/) pada ruangan YA atau TIDAK. Sila pastikan anda menanda pada
setiap pernyataan.

BIL SOALAN YA TIDAK

Saya minat belajar Matematik dengan menggunakan kaedah


1
peta pemikiran i-Think.

Saya seronok belajar Matematik dengan menggunakan kaedah


2
peta pemikiran i-Think.

Mata pelajaran Matematik dengan menggunakan peta


3
pemikiran i-Think tidak membosankan.

Saya lebih berminat guru mengajar dengan menggunakan peta


4
pemikiran i-Think ” berbanding kaedah lain.

Saya suka memberikan perhatian semasa guru mengajar


5
dengan menggunakan peta pemikiran i-Think.

Kadang-kadang penggunaan peta pemikiran i-Think


6
menyusahkan saya mempelajari Matematik

Saya berasa puas belajar Matematik dengan kaedah peta


7
pemikiran i-Think.

Saya bersemangat membuat nota dan latihan yang


8
menggunakan kaedah peta pemikiran i-Think..

Saya belajar bersungguh-sungguh mata pelajaran Matematik


9 melalui kaedah pembelajaran dengan menggunakan peta
pemikiran i-Think.

Saya mudah faham dengan pengajaran guru apabila


10
menggunakan kaedah peta pemikiran i-Think.

56

Anda mungkin juga menyukai