Anda di halaman 1dari 39

010607-12-0201

CABARAN UNTUK MENYIAPKAN KERJA KURSUS PENGAJIAN AM DALAM


KALANGAN PELAJAR TINGKATAN ENAM AMBILAN 2019/2020 DI SMK
PINAWANTAI, KUDAT, SABAH.

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji cabaran yang dihadapi untuk menyiapkan
kerja kursus dalam kalangan pelajar tingkatan enam di SMK Pinawantai, Kudat, Sabah.
Kajian ini telah dijalankan di SMK Pinawantai, Kudat, Sabah. Dalam kajian ini, seramai 30
orang responden dipilih secara rawak. Metodologi kajian yang digunakan adalah seperti reka
bentuk, borang soal selidik, pemerhatian, rujukan, cara mendapatkan responden dan cara
mendapatkan maklumat. Dapatan kajian menunjukkan. Kaedah soal selidik digunakan untuk
mengenal pasti cabaran dan langkah mengatasi cabaran untuk menyiapkan kerja kursus
Pengajian Am dalam kalangan pelajar tingkatan enam ambilan 2019/2020 di SMK
Pinawantai, Kudat, Sabah dengan bilangan responden 30 orang sebagai responden sekolah
ini. Data kajian dianalisis dan dipaprkan secara kuantitif dan kualitif. Secara kesimpulannya
cabarn untuk menyiapkan kerja kursus Pengajian Am dalam kalangan pelajar tingkatan enam
ambilan 2019/2020 di SMK Pinawantai, Kudat, Sabah. Melalui kajian ini langkah yang
berkesan perlu diambil untuk mengatasi cabaran ini

i
010607-12-0201

ISI KANDUNGAN

BIL. Butiran Muka Surat


ABSTRAK i
ISI KANDUNGAN ii
PENGHARGAAN iii
1.0 PENGENALAN 1
2.0 OBJEKTIF KAJIAN 2
3.0 LOKASI KAJIAN 3-5
4.0 METODOLOGI KAJIAN 6
4.1 Reka Bentuk Kajian 6
4.2 Instrumen Kajian 6
4.2.1 Soal Selidik 7
4.2.2 Pemerhatian 7
4.2.3 Rujukan 7
4.3 Sampel Kajian 8
4.4 Cara Mendapatkan Maklumat dan Responden 8-9
4.5 Cara Pengumpulan Data 9
4.6 Cara Menganalisis Data 9-10
5.0 DAPATAN DAN PERBINCANGAN 10
5.1 Demografi Responden 11-16
5.2 Analisis Bahagian B: Mengenal Pasti Cabaran Menyiapkan 17-20
Kerja Kursus Pengajian Am Dalam Kalangan Pelajar Tingkatan
Enam Ambilan 2019/2020 Di SMK Pinawantai, Kudat.
5.3 Analisis Bahagian C: Mengkaji Usaha-Usaha bagi Menyiapkan 21-24
Kerja Kursus Pengajian Am Dalam Kalangan Pelajar Tingkatan
Enam Ambilan 2019/2020 Di SMK Pinawantai, Kudat.

6.0 RUMUSAN 25-26


7.0 KESIMPULAN 27
RUJUKAN 28
LAMPIRAN 29-33

PENGHARGAAN

ii
010607-12-0201

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih pihak
pentadbir sekolah SMK Pinawantai,Khasnya pengetua Tuan Abdul Gani bin Haiyun kerana
telah memberi sokongan kepada saya untuk melaksanakan kerja kursus ini.

Dalam usaha menjayakan kerja kursus ini, saya ingin mengucapkan setinggi tinggi
penghargaan kepada cikgu Encik Jorikson bin Jokiri selaku guru Pengajian Am saya.Beliau
telah meluangkan banyak masa dalam memberi tunjuk ajar dan membimbing saya untuk
menyempurnakan kerja kursus ini.Seterusnya,saya juga berterima kasih kepada semua guru
yang telah memberi nasihat dan galakan kepada saya sepanjang penghasilan kerja kursus ini.

Khas untuk ibu bapa saya yang tercinta,iaitu Encik Jomini Korosung dan Puan
Raminah binti Morunting yang telah banyak berkorban untuk saya dari segi tenaga, sokongan
moral serta kewangan bagi memastikan kerja kursus ini berjalan dengan jayanya.

Semasa saya menyiapkan kerja kursus Pengajian Am ini, saya telah menghadapi
banyak kesukaran dalam menyelesaikan kerja kursus ini,namun diatas bantuan sahabat dan
responden yang sudi meluangkan masa menjawab soal selidik dan temubual akhirnya saya
dapat menyelesaikan kerja kursus ini dengan baik.

Akhir kata, seikhlas tulus kata terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu
saya secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan kerja kursus ini pengajian Am
ini

iii
010607-12-0201

1.0 PENGENALAN

Berdasarkan kerja kursus Pengajian Am 900/4 yang telah diberikan kepada pengkaji,
pengkaji telah memilih tema pendidikan: cabaran menyiapkan kerja kursus Pengajian Am
dalam kalangan pelajar tingkatan enam ambilan 2019/2020 di SMK pinawantai. Kudat,
Sabah.

Menurut kamus Dewan Edisi Keempat maksud halangan ialah gangguan, rintangan atau
tegahan, manakala ‘cabaran’ menurut Kamus Dewan Pelajar Edisi Keempat ialah ajakan
berlawan, tantangan atau sesuatu yang mencabar dan maksud masalah ialah sesuatu yang
mesti diselesaikan. Menurut dalam tatabahasa ‘cabaran’ bermaksud sesuatu unsur atau faktor
yang menguji kemampuan seseorang atau sesuatu organisasi, halangan bermaksud perkara
atau keadaan yang menimbulkan kesukaran, contohnya ayat “apakah cabaran yang dihadapi
oleh Malaysia dalam mengatasi kebanjiran pekerja asing di negara ini ?” penggunaan ayat
cabaran dalam ayat ini betul kerana kebanjiran pekerja asing merupakan faktor yang menguji
kemampuan Malaysia menangganinya.

‘Pendidikan’ merupakan satu aspek yang dititikberatkan oleh masyarakat di seluruh


dunia sejak zaman dahulu. Menurut Vaizey(1967), “education is important, therefore, not
only to help our children, to give them better lives, to improve the society in which we live, to
enable this country to go forward paying its way and competin internationally ; but it is
essential if we are to survive in changing, technical and scientific age”(m.s 12)

Pendidikan bukan sahaja dapat mempengaruhi kita secara invidu bahkan seluruh bangsa
dan negara (Vaizey,1967). Pendidikan merupakan asas pembangunan dan perkembangan
individu yang seterusnya akan membawa inovatif serta kemajuan kepada bangsa dan negara
menuju kearah merelisasikan wawasan negara. Menurut Azizi, Yusof dan Amir Hamzah
(2005), Pendidikan merupakan teras yang dapat menjamin penghasilan sumber manusia
untuk memenuhi pelbagai sektor dalam sebuh negara. Proses Pendidikan juga dapat
melahirkan insan berdisiplin, jujur serta berakhlak mulia.

Falsafah Pendidikan negara yang diumumkan secara rasmi pada 1988 adalah teras serta
paksi utama dasar system Pendidikan negara kita. Falsafah Pendidikan negara ini juga
merupakan landasan kepada Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah satu kumpulan konsep.
Prinsip serta nilai yang menjadi asa kepada amalan-amalan Pendidikan di Malaysia

1
010607-12-0201

(RagbirKaur,2008). Ia menentukan arah Haluan, asas dan sumber inspirasi kepada semua
usaha dan rancangan dalam bidang Pendidikan (Mok Soon,2005)

1.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian merupakan elemen terpenting dalam menghasilkan sesuatu kajian


objektif kajian akan memberi maklumat.

Pengkaji menjalankan kajian berdasarkan dua objektif:

1.Mengkaji cabaran cabaran yang dihadapi untuk menyiapkan kerja kursus Pengajian Am
dalam kalangan pelajar tingkatan enam

2.Mengenal pasti usaha usaha yang dapat diambil untuk menyiapkan kerja kursus Pengajian
Am dalam kalangan pelajar tingkatan enam ambilan 2019/2020 di Smk Pinawantai, Kudat.

2
010607-12-0201

2.0 LOKASI KAJIAN

Peta 1: Peta Negeri Sabah

Negeri Sabah ialah satu daripada 13 negeri yang terdapat di Malaysia dan merupakan
negeri kedua terbesar di Malaysia selepas Sarawak yang terletak di utara pulau Borneo iaitu
pulau ketiga yang terbesar di dunia. Ibu negeri sabah ialah Kota Kinabalu, yang dahulunya
dikenali sebagai Jesselton. Sabah juga sering dirujuk sebagai “negeri di Bawah Bayu” kerana
kedudukan negeri tersebut yang sangat strategik di bawah laluan angin monsun dan tidak
pernah dilanda ribut taufan, kecuali beberapa ribut tropika berskala kecil. Asal-usul nama
“sabah” dikatakan kurang jelas dan terdapat banyak teori ialah ketika Sabah masih di bawah
pemerintahan Kesultanan Brunei, ia dirujuk sebagai “saba’ kerana kehadiran pisang saba,
nama sejenis pisang yang dinamakan “pisang saba” oleh masyarakat Bajau kerana pisang
tersebut banyak sekali ditanam di sekitar pantai barat Sabah.

3
010607-12-0201

Peta 2: Peta bandar Kudat, Sabah

Sumber: google maps

Kudat ialah sebuah bandar dan daerah di negeri Sabah, Malaysia. Bandar kudat terletak
kira-kira 190 km dari ibu negeri Sabah iaitu Kota Kinabalu di bahagian utara negeri Sabah
berhampiran dengan Tanjung simpang Mengayau yang merupakan bahagian paling utara
pulau Borneo. Kudat dikenali dalam kalangan penduduk tempatan sebagai “Tanjong
Berungus”. Kadangkala disebut dengan “Tambarungan”. Penghuni asal kawasan Kudat
adalah suku kaum Rungus. Selain itu, pekan Kudat juga telah dibuka dengan rasminya pada 7
Disember 1881. Semasa kedatangan awal peniaga-peniaga cina di Tanjung Berungus. Mereka
hairan melihat sejenis rumput yang tumbuh di merata-rata tempat. Kehairanan itu telah
memaksa mereka mengetahuinya daripada penduduk tempatan yang terdiri daripada suku
kaum Rungus yang kemudiannya memberitahu bahawa rumput yang menjadi tanda tanya di
Kalangan mereka itu ialah “kutad” yang membawa maksud dalam bahasa rungus ialah
“rumput Lalang”. Oleh sebab “kutad” oleh peniaga-peniaga cina tidak tepat maka lahirlah
nama “kutad” yang asalnya menjadikan pusat pertemuan peniaga-peniaga imigran. Sementara
itu, cerita daripada suku kaum Binadan kudat yang asalnya daripada perkataan “takkudad
aku” yang membawa maksud “terkejut aku” oleh salah seorang daripada suku kaum
berkenaan yang terperanjat dengan bunyi sebuah kapal yang bernama “santi” ketika mereka
berlayar dari Limau-limauan ke Tanjung Berungus. Melalui peristiwa itu memberikan
mereka idea lalu bersetuju untuk menamakan Tanjung Berungus sebagai Kudat.

4
010607-12-0201

Peta 3: Peta SMK Pinawantai Kudat, Sabah

Sumber: google maps

Sekolah SMK Pinawantai Kudat ini terletak dalam daerah Kudat iaitu dalam Kawasan
Daerah kecil Matunggong merupakan pekan yang berhampiran kedudukannya dengan
sekolah SMK Pinawantai. Penubuhan SMK Pinawantai telah dibuka pada 9 Februari 1987
dan hanya dibuka untuk tingkatan satu sahaja pada masa itu. Kerana pada peringkat awal
sekolah SMK Sikuati menumpang di SMK Pinawantai dan apabila SMK Sikuati telah dibuka
pada tahun 1992 SMK Pinawantai telah ditutup kerana pelajarnya dipindahkan ke SMK
Sikuati. Maka pada Januari 1995 SMK Pinawantai telah dibuka semula kerana dorongan
daripada masyarakat setempat kerana kedudukan SMK Sikuati yang terlalu jauh. Pada 4
Januari 1999 SMK Pinawantai telah dikenali dan tidak ada lagi cawangan di SMK Sikuati.
Dan pada masa yang sama sekolah SMK Pinawantai telah mendapat kebenaran dengan
rasminya dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Pinawantai, Kudat. Jumlah pelajar SMK
Pinawantai ketika itu ialah 160 orang dan 16 orang guru. Kod sekolah di Kementerian
Pelajaran Malaysia ialah XEA 5022

5
010607-12-0201

6
010607-12-0201

4.0 METEDOLOGI KAJIAN

Metodologi kajian adalah satu set kaedah yang diaplikasikan untuk melaksanakan kajian
yang tertentu. Bagi mencapai objektif kajian yang ditetapkan, kaedah soal selidik , kaedah
temu bual dan kaedah rujukan telah digunakan dalam kajian ini. Dengan mengaplikasikan
kaedah-kaedah tersebut, kajian dilancarkan dengan tersusun dengan maklumat yang
diperolehi selaras dengan matlamat kajian. Kaedah digunakan dengan betul bagi
memudahkan pengumpulan data dan maklumat dengan tepat dan melengkapkan kajian
dengan sempurna.

4.1 Reka bentuk kajian


Reka bentuk kajian membawa maksud pelan tindakan yang memperlihatkan secara
terperinci bagaimana sesuatu kajian itu dijalankan. Kajian ini telah menggunakan cara
meninjau pendapat dan pemahaman daripada responden. Kajian ini bertujuan mengenal pasti
cabaran-cabaran menyiapkan kerja kursus Pengajian Am dalam kalangan pelajar tingkatan
ambilan 2019/2020 dan mengkaji usaha-usaha bagi menyiapkan kerja kursus Pengajian Am
dalam Kalangan pelajar tingkatan enam ambilan 2019/2020 di Smk Pinawantai, kudat.
Instrumen yang digunakan dalam kajian ini untuk mengumpulkan data berkaitan dengan
persepsi dan perspektif responden adalah boring soal selidik.

4.2 Instrumen Kajian


Instrumen kajian ialah alat yang digunakan oleh pengkaji untuk mengumpulkan data yang
dikehendaki bagi menjawab soalan penyelidikan yang telah dirancang. Terdapat pelbagai
instrumen atau alat yang digunakan untuk mengumpulkan data bergantung kepada kesesuaian
ataupun keperluan sesuatu kajian. Instrumen kajian boleh disesuaikan untuk kaedah
penyelidikan secara kuantitatif dan kualitatif.

7
010607-12-0201

8
010607-12-0201

Jadual: Kaedah instrumen Kajian

Kaedah Instrumen

Kuantitatif Borang soal selidik

Kualitatif Rujukan dan pemerhatian

Sumber:Kajian Lapangan 2020


4.2.1 Soal Selidik
Instrumen soal selidik ialah alat pengukur yang popular dalam kajian untuk mengukur
konsep yang berkaitan dengan sikap, persepsi dan pandangan selain dari keterangan latar
belakang. Kajian ini menggunakan borang soal selidik dengan berdasarkan objektif kajian
iaitu jenis cabaran dan usaha-usaha bagi menyiapkan kerja kursus Pengajian Am dalam
kalangan pelajar tingkatan enam ambilan 2019/2020 di SMK Pinawantai, Kudat, Sabah.
Pengkaji telah mengedarkan borang soal selidik kepada 30 orang responden dalam kalangan
pelajar tingkatan enam di SMK Pinawantai. Data yang dikutip daripada responden terhadap
cabaran dan usaha-usaha pelajar dalam menyiapkan kerja kursus Pengajian Am di SMK
Pinawantai, Kudat, Sabah.

4.2.2 Pemerhatian
Seorang pengkaji biasanya menjalankan pemerhatian ke atas tingkah laku, objek atau
peristiwa. Tujuan pemerhatian adalah untuk mendapat gambaran sebenar atau secara
langsung ke atas perkara-perkara yang sedang dikaji

4.2.3 Rujukan
Instrumen rujukan utama yang diperolehi oleh pengkaji ialah melalui bahan ilmiah
seperti kamus dan sumber internet yang berkaitan dengan tajuk yang dikaji iaitu definisi dan
maksud tentang tajuk yang dikaji dan maksud tentang tajuk yang dikaji. Pengkaji
menggunakan bahan-bahan bertulis yang diterbitkan seperti Kamus Dewan Bahasa dan
Pustaka, buku sumber dari internet bagi mendapatkan maklumat berkenaan sumber rujukan
yang banyak dan tepat amat penting dalam membantu pengkaji dalam menghasilkan hasil
kajian yang tepat dan sempurna. Pengkaji juga memperoleh maklumat lain yang berkenaan di
laman web rasmi kerajaan bagi memudahkan lagi pengkaji menjalankan penyelidikan.

9
010607-12-0201

4.3 Sampel Kajian


Persampelan ialah prosuder pemilihan sampel atau responden daripada sekumpulan
populasi sesuatu tempat. Persampelan merujuk kepada kumpulan (orang, tempat, atau
fenomena) yang menjadi sumber informasi yang diperlukan oleh pengkaji. Pemilihan sampel
dalam kajian tinjauan adalah rawak daripada sesuatu populasi yang dikenal pasti. Responden
terdiri daripada 30 pelajar-pelajar tingkatan enam SMK Pinawantai.

4.4 Cara Mendapat Maklumat Data Responden


4.4.1 Data primer

Data primer merupakan sumber data yang diperolehi secara langsung dari sumber asli
seperti dari laporan kajian melalui mengkaji dan pemerhatian. Metod yang digunakan untuk
mendapat dan primer iaitu kaedah soal selidik dan pemerhatian.

i. Kaedah soal selidik

Borang soal selidik terdiri daripada 3 bahagian A Demografi responden. Manakala


Bahagian B, 6 soalan mengenai jenis cabaran menyiapkan kerja kursus Pengajian Am dalam
kalangan pelajar tingkatan enam ambilan 2019/2020 di SMK Pinawantai, Kudat. Manakala
Bahagian C terdapat 6 soalan yang perlu dijawab oleh responden mengenai usaha-usaha
menyiapkan kerja kursus Pengajian Am dalam kalangan pelajar tingkatan enam ambilan
2019/2020 di SMK Pinawantai, Kudat. Pengkaji mengedarkan borang soal selidik kepada 30
orang responden.
Bahagian A adalah tentang maklumat demografi seperti jantina, suku kaum, agama
dan kelas pelajar. Seterusnya, Bahagian B adalah tentang mengenal pasti jenis cabaran dalam
kalangan pelajar tingkatan enam ambilan 2019/2020 untuk menyiapkan kerja kursus
Pengajian Am di SMK Pinawantai, Kudat. Manakala Bahagian C mengkaji usaha-usaha
menyiapkan kerja kursus Pengajian Am dalam kalangan pelajar tingkatan enam ambilan
2019/2020 di SMK Pinawantai, Kudat. Selain itu, Bahagian B dan C kajian ini menggunakan
skala likert 5 laras. Dengan ini, pengkaji dapat mengumpul dan menganalisis data dengan
lebih jelas dan mudah difahami. Pengkaji akan menunggu responden bukan sahaja dapat
mengumpul semua borang soal selidik malah boleh memberikan bantuan jika responden tidak
memahami soalan dalam borang soal selidik. Semua responden telah memberikan kerjasama
yang baik.

10
010607-12-0201

ii. Pemerhatian
kaedah pemerhatian merupakan kaedah terawal dalam penyelidikan. Kaedah kaedah ini
dijalankan bertujuan memahami dan mengetahui bahan kajian dan memperolehi maklumat
secara langsung. Secara lain, gambar-gambar menggunakan telefon pintar akan diambil
semasa pengkaji membuat pemerhatian sebagai bukti dalam kajian ini.

4.4.2. Data Sekunder


Data sekunder merupakan sumber dan penelitian yang diperolehi melalui media
perantara atau secara tidak langsung yang berupa buku, catatan, dan bukti yang telah ada.
Dengan kata lain, penelitian memerlukan pengumpulan data secara berkunjung ke pusat
sumber, tempat kajian atau membaca banyak buku yang berkaitan dengan tajuk. Pengkaji
telah menggunakan kaedah rujukan sebagai data sokongan pengkaji.

iii.Rujukan
kaedah rujukan merupakan satu kaedah di antara objek-objek dalam mana satu objek
dirangka dengan mengaitkan dengan objek yang lain. Pengkaji telah mencari pelbagai bahan
rujukan seperti Kamus Dewan Edisi Keempat digunakan untuk mencari definisi perkataan
dalam kajian ini.

4.5 Cara Pengumpulan Data


i.Borang soal selidik
selepas borang soal selidik siap dikumpul, pengkaji akan menganalisis dan dalam borang
soal selidik. Bahagian A telah dikhaskan kepada demograii responden mengikut jantina, suku
kaum, agama dan kelas pelajar. Bahagian B dan C adalah kaedah statistik deskriptif
digunakan untuk menganalisis data yang berbentuk skala likert. Seterusmya, pengkajian
mempersembahkan data dalam bentuk jadual statistik, carta pai dan graf.

4.6 Cara Menganalisis Data


Pada peringkat akhir kajian ini, pengkajian telah menganalisis secara deskriptif untuk
mendapatkan data daripada soal selidik dan penilaian untuk menghasilkan laporan kajian.
Data yang telah diperolehi daripada analisis ini menggunakan kekerapan, peratusan, jadual,
graf dan carta. Pengkaji juga menganalisis data bagi pernyataan yang menggunakan skala
likert 5 aras seperti berikut :

11
010607-12-0201

Jadual: Skala Likert

Skala Tanda (/)

Tidak Setujus Sangat Tidak Setuju 1

Tidak Setuju 2

Tidak Pasti 3

Setuju 4

Sangat setuju 5

Sumber: Borang soal Selidik Kerja Kursus Pengajian Am 2020

5.0 DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Bahagian ini menerangkan keputusan analisis data berdasarkan tindak balas responden
dan dapatan pengkaji tentang cabaran dan usaha-usaha menyiapkan kerja kursus Pengajian
Am dalam kalangan pelajar tingkatan enam di SMK Pinawantai Kudat, Sabah. Kaedah soal
selidik yang dijalankan oleh pengkaji berdasarkan tiga objektif. Objektif yang pertama ialah
mengenal pasti cabaran-cabaran untuk menyiapkan kerja kursus Pengajian Am dalam
kalangan pelajar tingkatan enam ambilan 2019/2020 di SMK Pinawantai, Kudat, Sabah.
Objektif yang kedua ialah usaha-usaha bagi menyiapkan kerja kursus Pengajian Am dalam
kalangan pelajar tingkatan enam ambilan 2019/2020 di SMK Pinawantai, Kudat, Sabah.
Selain itu, kaedah pemerhatian, kaedah rujukan juga dijalankan oleh pengkaji. Data
yang telah dimasukkan diproses bagi mendapatkan statistik seperti nilai peratus dan
kekerapan.

12
010607-12-0201

5.1 Demografi Responden


Seramai 30 orang responden dari kalangan pelajar tingkatan enam SMK Pinawantai
Kudat, Sabah telah diberikan soalan soal selidik. Huraikan analisis latar belakang responden
melibatkan aspek jantina, suka kaum, agama dan kelas pelajar telah dipersembahkan dalam
bentuk jadual dan rajah

Jadual 1: menunjukkan peratusan jantina bagi pelajar tingkatan enam di SMK


Pinawantai Kudat, Sabah.

Jantina Kekerapan(orang) Peratus (%)

Lelaki 11 37

Perempuan 19 63

Jumlah 30 100

Sumber: Kajian Lapangan 2020

13
010607-12-0201

Carta 1: Menunjukkan peratusan jantina bagi pelajar tingkatan enam di SMK


Pinawantai, Kudat, Sabah.

Jantina

37%

63%

Lelaki Perempuan

Sumber: Kajian Lapangan 2020

Dapatan kajian ini menunjukkan daripada 30 orang responden yang dipilih pengkaji
telah memilih seramai 11 orang lelaki atau 37% dari tingkatan enam. Seterusnya, dari
kalangan perempuan pengkaji telah memilih seramai 19 orang atau 63%.

5.1.1 Suku kaum

Suku kaum Kekerapan (orang) Peratus (%)

Rungus 25 83

Dusun 2 7

Bajau 2 7

Lain-lain 1 3

Jumlah 30 100

Jadual 2: Menunjukkan peratusan suku kaum bagi pelajar tingkatan enam di SMK
Pinawantai, Kudat, Sabah.

Sumber:kajian lapangan 2020

14
010607-12-0201

Carta 2: Menunjukkan peratusan suku kaum bagi pelajar tingkatan enam di SMK
Pinawantai.

Suku kaum
3%
7%

7%

83%

Rungus Dusun Bajau Lain-lain

Sumber: Kajian Lapangan 2020


Jadual 2 dan carta 2 di atas menunjukkan dapatan yang diperolehi daripada soal selidik yang
telah dijalankan oleh pengkaji di SMK Pinawantai, Kudat, Sabah. Berdasarkan dapatan
tersebut terdapat 28 orang atau 83% responden yang tergolong dari suku kaum rungus dan
terdapat 2 orang atau 7% responden yang tergolong dari suku kaum rungus. Seterusnya 2
orang atau 7% responden dari suku kaum Bajau dan 1 orang atau 3% responden dari suku
kaum Lain-lain.

15
010607-12-0201

5.1.2
Jadual 3: menunjukkan peratusan agama bagi pelajar tingkatan enam di SMK
Pinawantai Kudat, Sabah.

Agama Kekerapan (orang) Peratus (%)

Kristian 26 87

Islam 4 13

Jumlah 30 100

Sumber: Kajian Lapangan 2020

Carta 3: Menunjukkan peratusan Agama bagi Pelajar tingkatan enam di SMK


Pinawantai, Kudat, Sabah.

Agama
Islam
13%

Kristian
87%

Kristian Islam

Sumber: Kajian Lapangan 2020

Jadual 3 dan carta 3 di atas menunjukkan peratusan agama bagi pelajar tingkatan
enam di SMK Pinawantai, Kudat, Sabah. Terdapat seramai 26 orang atau 87% responden
yang beragama Kristian, seterusnya terdapat seramai 4 orang atau 13% responden yang
beragama Islam.

16
010607-12-0201

5.1.3 Kelas pelajar

Jadual 4: menunjukkan peratusan kelas pelajar bagi pelajar tingkatan enam di SMK
Pinawantai, Kudat, Sabah.

Kelas pelajar Kekerapan (orang) Peratus (%)

6 Atas 1 3 10

6 Atas 2 15 50

6 Atas 3 12 40

Jumlah 30 100

Sumber: Kajian Lapangan 2020

17
010607-12-0201

Carta 4: Menunjukkan peratusan kelas pelajar tingkatan enam di SMK Pinawantai,


Kudat, Sabah.

Kelas pelajar
10%

40%

50%

6 Atas 1 6 Atas 2 6 Atas 3

Sumber: Kajian Lapangan 2020

Dapatan kajian menunjukkan daripada 30 responden yang dipilih pengkaji telah


memilih seramai 3 orang atau 10% responden dari kelas 6 Atas 1 dan 15 orang atau 50%
responden dari kelas 6 Atas 2. Selain itu, dari kelas 6 Atas 3 pengkaji telah memilih seramai
12 orang atau 40%.

18
010607-12-0201

5.2 Analisis Bahagian B: MENGENAL PASTI CABARAN MENYIAPKAN KERJA


KURSUS PENGAJIAN AM DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN ENAM
AMBILAN 2019/2020 DI SMK PINAWANTAI, KUDAT.

JADUAL 5: menunjukkan analisis peratusan responden berkaitan Cabaran


menyiapkan kerja kursus pengajian Am dalam kalangan pelajar tingkatan enam
ambilan 2019/2020 di SMK Pinawantai, Kudat.

Bil Skala likert

Perkara Sangat tidak Tidak setuju Tidak pasti Setuju(s) Sangat


setuju(ss)
setuju

F (%) f (%) F (%) f (%) f (%)

1. Pelajar tidak 0 0 1 3 1 3 17 57 11 37
mempunyai komputer
riba untuk
menyiapkan kerja
kursus

2. Pelajar tidak 2 7 7 23 8 27 5 16 8 27
bersungguh sungguh
dalam menyiapkan
kerja kursus

3. Pelajar tidak 1 3 4 13 13 43 8 27 4 13
mempunyai masa
yang cukup untuk
menyiapkan kerja
kursus

4. Pelajar mempunyai 0 0 0 0 11 37 16 53 3 10
masalah kewangan
bagi membeli bahan
yang digunakan untuk

19
010607-12-0201

menyiapkan kerja
kursus

5. Pelajar kurang 2 7 5 17 8 27 15 50 0 0
membuat rujukan di
internet

6. Pelajar malu untuk 1 3 4 13 7 23 12 40 6 20


bertanya kepada guru
mata pelajaran
mengenai kerja kursus

Rajah 5: Cabaran menyiapkan kerja kursus pengajian Am dalam kalangan pelajar


tingkatan enam ambilan 2019/2020 di SMK Pinawantai, Kudat.

20
010607-12-0201

CABARAN MENYIAPKAN KERJA KURSUS PENGAJIAN AM DALAM


KALANGAN PELAJAR TINGKATAN ENAM AMBILAN 2019/2020 DI SMK
PINAWANTAI, KUDAT.

60
50 57
53 50
40 43
37 37 40 37
30
20 27 27 27 27
23 23
10 16 17
13 13 13
7 10 7
0 3 3 3 3
0 0 0 0

Sangat tidak setuju Tidak setuju Tidak pasti Setuju Sangat setuju

Sumber: Kajian Lapangan 2020

Jadual 5 dan rajah 5 di atas menunjukkan cabaran menyiapkan kerja kursus Pengajian
Am dalam kalangan pelajar tingkatan enam ambilan 2019/2020 di SMK Pinawantai, Kudat.
Berdasarkan jadual dan rajah 5 tersebut bagi pernyataan pelajar tidak mempunyai komputer
riba untuk menyiapkan kerja kursus terdapat 0 orang atau 0% responden yang menandakan
sangat tidak setuju manakala responden yang menandakan tidak setuju ialah 1 orang atau 3%
responden. Selain itu terdapat 1 orang atau 3% responden yang menandakan tidak pasti dan
terdapat 17 orang atau 57% responden yang menandakan setuju. akhir sekali terdapat sramai
11 orang atau 37% responden yang menandakan sangat setuju

Bagi pernyataan pelajar tidak bersungguh sungguh dalam menyiapkan kerja kursus
pula seramai 2 orang atau 7% responden yang menandakan sangat tidak setuju. seterusnya
seramai 7 orang atau 23% responden yang menandakan tidak setuju dan seramai 8 orang atau
27% responden yang menandakan tidak pasti. Selain itu seramai 5 orang atau 16% responden

21
010607-12-0201

yang menandakan setuju manakala responden yang menandakan sangat setuju ialah seramai 8
orang atau 27% responden.

Seterusnya bagi pelajar tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk menyiapkan
kerja kursus. Terdapat seramai 1 orang atau 3% responden yang menandakan sangat tidak
setuju. Seterusnya terdapat seramai 4 orang atau 13% responden yang menandakan tidak
setuju. Selain itu seramai 13 orang atau 43% responden yang menandakan tidak pasti
manakala responden yang menandakan setuju seramai 8 orang atau 27% responden. Akhir
sekali seramai 4 orang atau 13% responden yang menandakan sangat setuju.

Bagi pernyataan pelajar mempunyai masalah kewangan bagi membeli bahan yang
digunakan untuk menyiapkan kerja kursus terdapat 0 orang atau 0% responden yang
menandakan sangat tidak setuju dan terdapat 0 orang atau 0% responden yang menandakan
tidak setuju. Seterusnya terdapat seramai 11 orang atau 37% responden yang menandakan
tidak pasti dan seramai 16 orang atau 53% responden yang menandakan setuju. Akhir sekali
terdapat seramai 3 orang atau 10% responden yang menandakan sangat setuju

Selain itu bagi pernyataan pelajar kurang membuat rujukan di internet seramai 2
orang atau 7% responden yang menandakan sangat tidak setuju dan seramai 5 orang atau
17% responden yang menandakan tidak setuju. Seterusnya terdapat seramai 8 orang atau 27%
responden yang menandakan tidak pasti dan seramai 15 orang atau 50% responden yang
menandakan setuju. Akhir sekali terdapat 0 orang atau 0% responden yang menandakan
sangat setuju.

Akhir sekali bagi pernyataan pelajar malu untuk bertanya kepada mata pelajaran
mengenai kerja kursus seramai 1 orang atau 3% responden yang menandakan sangat tidak
setuju dan seramai 4 orang atau 13% responden yang menandakan tidak setuju. Seterusnya
bagi responden yang menandakan tidak pasti ialah seramai 7 orang 23% responden. Selain itu
seramai 12 orang atau 40% responden yang menandakan setuju dan bagi responden yang
menandakan sangat setuju terdapat seramai 6 orang atau 20% responden

22
010607-12-0201

5.3 Analisis Bahagian C: MENGKAJI USAHA-USAHA BAGI MENYIAPKAN KERJA


KURSUS PENGAJIAN AM DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN ENAM
AMBILAN 2019/2020 DI SMK PINAWANTAI, KUDAT.

Jadual 6: menunjukkan analisis peratusan responden berkaitan usaha-usaha bagi


menyiapkan kerja kursus pengajian Am dalam kalangan pelajar tingkatan enam
ambilan 2019/2020 di SMK Pinawantai, Kudat.

Bil Skala likert

Perkara Sangat tidak Tidak setuju Tidak pasti Setuju(s) Sangat


setuju(ss)
setuju

F (%) f (%) F (%) f (%) f (%)

1. Meminjam komputer 0 0 0 0 0 0 16 53 14 47
riba yang disediakan
dalam makmal
komputer sekolah

2. Membahagikan masa 0 0 1 3 1 3 9 30 19 63
untuk menyiapkan
kerja kursus dengan
membuat jadual waktu

3. Mencari maklumat di 0 0 1 3 1 3 14 47 14 47
dalam internet

4. Sering meminta 0 0 1 3 0 0 7 23 22 73
tunjuk ajar daripada
guru mata pelajaran

5. Menambahkan 0 0 1 3 7 23 11 37 11 37
kemudahan printer di
sekolah

23
010607-12-0201

6. Pelajar hendaklah 1 3 1 3 0 0 17 57 11 37
saling tunjuk ajar
kepada pelajar yang
kurang
berpengetahuan dalam
membuat kerja kursus

24
010607-12-0201

Rajah 6: Usaha-usaha bagi menyiapkan kerja kursus Pengajian Am dalam kalangan


pelajar tingkatan enam ambilan 2019/2020 di SMK Pinawantai, Kudat.

USAHA-USAHA BAGI MENYIAPKAN KERJA KURSUS PENGAJIAN AM DALAM


KALANGAN PELAJAR TINGKATAN ENAM AMBILAN 2019/2020 DI SMK
PINAWANTAI, KUDAT.

60
63 73 57
50 53
40 47 47 47
30 37 37 37
30
20 23 23
10
0
0 0 0 0 3 3 0 3 3 0 3 0 0 3 3 3 0

Sangat tidak setuju Tidak setuju Tidak pasti Setuju Sangat setuju

Sumber: Kajian Lapangan 2020

Jadual 6 dan rajah 6 di atas menunjukkan usaha-usaha bagi menyiapkan kerja kursus
Pengajian Am dalam kalangan pelajar tingkatan enam ambilan 2019/2020 di SMK
Pinawantai, Kudat. Berdasarkan jadual 6 dan rajah 6 di atas bagi pernyataan meminjam
komputer yang disediakan dalam makmal sekolah terdapat 0 orang atau 0% responden yang
menandakan sangat tidak setuju manakala responden yang menandakan tidak setuju ialah 0
orang atau 0% responden. Seterusnya, terdapat 0 orang atau 0% responden yang menandakan
tidak pasti. Selain itu seramai 16 orang atau 53% responden yang menandakan setuju dan
terdapat seramai 14 orang atau 47% responden yang menandakan sangat setuju

Seterusnya pernyataan membahagikan masa untuk menyiapkan kerja kursus dengan


membuat jadual waktu. terdapat 0 orang atau 0% responden yang menandakan sangat tidak
setuju dan seramai 1 orang atau 3% responden yang menandakan tidak setuju. Seterusnya
terdapat 1 orang atau 3% responden yang menandakan tidak pasti. Selain itu terdapat 9 orang
atau 30% responden yang menandakan setuju dan seramai 19 orang atau 63% responden
yang menandakan sangat setuju.

25
010607-12-0201

Bagi pernyataan mencari maklumat di dalam internet terdapat 0 orang atau 0%


responden yang menandakan sangat tidak setuju dan terdapat orang atau 3% responden yang
menandakan tidak setuju. Selain itu terdapat 1 orang atau 3% responden yang menandakan
tidak pasti. Seterusnya seramai 14 orang atau 47% responden yang menandakan setuju dan
seramai 14 orang atau 47% responden yang menandakan sangat setuju.

Selain itu bagi pernyataan sering meminta tunjuk ajar daripada guru mata pelajaran
terdapat 0 orang atau 0% responden yang menandakan sangat tidak setuju dan terdapat 1
orang atau 3% responden menandakan tidak setuju. Seterusnya seramai 0 orang atau 0%
responden menandakan tidak pasti dan terdapat seramai 7 orang atau 23% responden yang
menandakan setuju. Selain itu seramai 22 orang atau 73% responden yang menandakan
sangat setuju.

Tambahan lagi bagi pernyataan menambahkan kemudahan printer di sekolah


pelajaran terdapat 0 orang atau 0% responden yang menandakan sangat tidak setuju dan
terdapat 1 orang atau 3% responden menandakan tidak setuju. Seterusnya seramai 7 orang
atau 23% responden menandakan tidak pasti dan terdapat seramai 11 orang atau 37%
responden yang menandakan setuju. Selain itu seramai 22 orang atau 73% responden yang
menandakan sangat setuju.

Bagi pernyataan pelajar hendaklah saling tunjuk ajar kepada pelajar yang kurang
berpengetahuan dalam membuat kerja kursus terdapat 1 orang atau 3% responden yang
menandakan sangat tidak setuju dan terdapat 1 orang atau 3% responden yang menandakan
tidak setuju. Selain itu terdapat 0 orang atau 0% responden yang menandakan tidak pasti
Seterusnya seramai 17 orang atau 57% responden yang menandakan setuju dan seramai 11
orang atau 37% responden yang menandakan sangat setuju.

26
010607-12-0201

6.0 RUMUSAN

Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti cabaran menyiapkan kerja kursus
Pengajian Am dan usaha_usaha bagi menyiapkan kerja kursus Pengajian Am dalam kalangan
pelajar tingkatan enam ambilan 2019/2020 di SMK Pinawantai, Kudat, Sabah. Untuk
mencapai objektif kajian tersebut seramai 30 orang pelajar dari kalangan tingkatan enam di
SMK Pinawantai telah dipilih secara rawak sebagai responden untuk menjawab borang soal
selidik. Melalui kajian ini, pengkaji dapat mengetahui cabaran bagi menyiapkan kerja kursus
Pengajian Am dan usaha-usaha bagi menyiapkan kerja kursus Pengajian Am dalam kalangan
pelajar tingkatan enam ambilan 2019/2020 di SMK Pinawantai, Kudat.

6.1 mengenal pasti cabaran bagi menyiapkan kerja kursus Pengajian Am dalam
kalangan pelajar tingkatan enam ambilan 2019/2020 di SMK Pinawantai, Kudat,
Sabah.

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, ternyata cabaran bagi menyiapkan kerja kursus
pengajian Am dalam kalangan pelajar tingkatan enam ambilan 2019/2020 di SMK
Pinawantai, Kudat ialah didapati bahawa pelajar tidak mempunyai komputer riba untuk
menyiapkan kerja kursus merupakan cabaran yang mendapat bilangan responden sebanyak
11 orang atau 37% responden yang menyatakan sangat setuju dengan pernyataan ini.

Seterusnya cabaran bagi menyiapkan kerja kursus pengajian Am dalam kalangan


pelajar tingkatan enam ambilan 2019/2020 di SMK Pianawantai, Kudat yang mendapat
jumlah sangat setuju kedua tertinggi ialah pelajar tidak bersungguh-sungguh dalam
menyiapkan kerja kursus iaitu sebanyak 8 orang atau 27% responden

Seterusnya pelajar malu untuk bertanya kepada guru mata pelajaran mengenai kerja
kursus mendapat bilangan sangat setuju ketiga tertinggi iaitu 6 orang atau 20% responden
menyatakan sangat setuju dengan pernyataan ini

Tambahan lagi pelajar tidak mempunyai masa yang cukup untuk menyiapkan kerja
kursus mendapat jumlah sangat setuju keempat tertinggi iaitu sebanyak 4 orang atau 13%
responden yang menyatakan sangat setuju

27
010607-12-0201

Seterusnya pelajar mempunyai masalah kewangan bagi membeli bahan yang


digunakan untuk menyiapkan kerja kursus mendapat jumlah sangat setuju kelima tertinggi
iaitu sebanyak 3 orang atau 10% responden yang menyatakan sangat setuju dengan
pernyataan ini.

Akhir sekali pelajar kurang membuat rujukan di internet mendapat jumlah sangat setuju
yang terendah iaitu keenam tertinggi dengan jumlah 0 orang atau 0% responden yang
menyatakan sangat setuju dengan pernyataan ini

6.2 Mengkaji usaha-usaha bagi menyiapkan kerja kursus Pengajian Am dalam


kalangan pelajar tingkatan enam ambilan 2019/2020 di SMK Pinawantai, Kudat,
Sabah.

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, ternyata usaha bagi menyiapkan kerja kursus
Pengajian Am dalam kalangan pelajar tingkatan enam ambilan 2019/2020 di SMK
Pinawantai, Kudat ialah sering meminta tunjuk ajar daripada guru mata pelajaran yang
mendapat bilangan responden sebanyak 22 orang atau 73% responden yang menyatakan
sangat setuju dengan pernyataan ini.

Seterusnya bagi usaha bagi menyiapkan kerja kursus pengajian Am dalam kalangan
pelajar tingkatan enam ambilan 2019/2020 di SMK Pianawantai, Kudat yang mendapat
jumlah sangat setuju kedua tertinggi ialah membahagikan masa untuk menyiapkan kerja
kursus dengan membuat jadual waktu iaitu sebanyak 19 orang atau 63% responden

Seterusnya meminjam komputer yang disediakan dalam makmal komputer sekolah


mendapat bilangan sangat setuju ketiga tertinggi iaitu 14 orang atau 47% responden
menyatakan sangat setuju dengan pernyataan ini

Tambahan lagi mencari maklumat di dalam internet mendapat jumlah sangat setuju
keempat tertinggi iaitu sebanyak 14 orang atau 47% responden yang menyatakan sangat
setuju

Seterusnya pelajar hendaklah saling tunjuk ajar kepada pelajar yang kurang
berpengetahuan dalam membuat kerja kursus mendapat jumlah sangat setuju kelima tertinggi

28
010607-12-0201

iaitu sebanyak 11 orang atau 37% responden yang menyatakan sangat setuju dengan
pernyataan ini.

Akhir sekali Menambahkan kemudahan printer di sekolah mendapat jumlah sangat setuju
yang terendah iaitu keenam tertinggi dengan jumlah 11 orang atau 37% responden yang
menyatakan sangat setuju dengan pernyataan ini

29
010607-12-0201

7.0 KESIMPULAN

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti cabaran-cabaran yang dihadapi untuk menyiapkan
kerja kursus Pengajian Am dalam kalangan pelajar tingkatan enam di SMK Pinawantai,
Kudat, Sabah. Pengkaji telah membentuk dua objektif kajian iaitu untuk mengkaji cabaran-
cabaran yang dihadapi untuk menyiapkan kerja kursus Pengajian Am dalam kalangan pelajar
tingkatan enam dan mengenal pasti usaha-usaha yang dapat diambil untuk menyiapkan kerja
kursus Pengajian Am dalam kalangan pelajar tingkatan enam ambilan 2019/2020 di SMK
Pinawantai, Kudat, Sabah. Dalam mencapai objektif tersebut, seramai 30 orang responden
yang terdiri daripada pelajar tingkatan enam atas 1 sehingga enam atas 3 di SMK Pinawantai,
Kudat, Sabah telah dipilih secara rawak sebagai responden kajian ini.

Hasil daripada dapatan kajian ini, pengkaji mendapati bahawa cabaran utama yang dihadapi
oleh pelajar tingkatan enam ambilan 2019/2020 di SMK Pinawantai, Kudat, Sabah dalam
menyiapkan kerja kursus Pengajian Am ialah pelajar tidak mempunyai komputer riba untuk
menyiapkan kerja kursus merupakan cabaran yang mendapat bilangan responden sebanyak
11 orang atau 37% responden yang menyatakan sangat setuju dengan pernyataan ini. Cabaran
yang kedua ialah pelajar tidak bersungguh-sungguh dalam menyiapkan kerja kursus iaitu
sebanyak 8 orang atau 27% responden. Cabaran yang ketiga tertinggi ialah pelajar malu
untuk bertanya kepada guru mata pelajaran mengenai kerja kursus mendapat bilangan sangat
setuju ketiga tertinggi iaitu 6 orang atau 20% responden menyatakan sangat setuju dengan
pernyataan ini

Berdasarkan hasil kajian ini, dicadangkan agar pelajar dan guru-guru haruslah berganding
bahu agar setiap setiap langkah-langkah yang terdapat pada pernyataan dapat membantu
pelajar menyiapkan kerja kursus Pengajian Am dalam kalangan pelajar tingkatan enam di
SMK Pinawantai, Kudat, Sabah.

30
010607-12-0201

8.0 Rujukan

Bahagian Perancangan dan penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia


(2008) Buku Manual Kajian Tindakan Edisi Ketiga, Putrajaya. BPPDP, KPM.

Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat

Peta- Google Image

http://studentsrepo.um.edu.my/3568/1/bab1-bab5,_rujukan.pdf

https://www.mapquest.com/malaysia/kudat-283527462

https://www.google.com.my/maps

31
010607-12-0201

9.0 LAMPIRAN

LAMPIRAN 1

BORANG SOAL SELIDIK


KERJA KURSUS PENGAJIAN AM (900/4) STPM 2018
SMK PINAWANTAI, KUDAT
===================
TAJUK KAJIAN: CABARAN MENYIAPKAN KERJA KURSUS PENGAJIAN AM
DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN ENAM AMBILAN 2019/2020 DI SMK
PINAWANTAI, KUDAT.

Borang soal selidik ini dibuat untuk mendapatkan data sekunder daripada responden yang
terpilih sahaja. Data yang diperolehi ini hanyalah untuk kegunaan dalam penulisan Kerja
Kursus subjek Pengajian Am (900/4) STPM 2020 sahaja. Oleh itu, kesudian rakan pelajar
untuk mengisi borang soal selidik ini adalah amat dihargai dan diucapkan ribuan terima
kasih.

BAHAGIAN A: DEMOGRAFI RESPONDEN


Isikan ruang kosong atau tandakan (/) pada petak yang berkenaan.

1. Jantina: Lelaki [ ] Perempuan [ ]

2. Suku kaum:

Rungus:[ ]
Dusun:[ ]
Bajau: [ ]
Lain-lain (nyatakan): --------------------

3. Agama: Islam [ ] Kristian [ ]

32
010607-12-0201

4.Kelas pelajar :

6 Atas 1: [ ]

6 Atas 2: [ ]

6 Atas 3: [ ]

33
010607-12-0201

BAHAGIAN B: MENGENAL PASTI CABARAN MENYIAPKAN KERJA KURSUS


PENGAJIAN AM DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN ENAM AMBILAN
2019/2020 DI SMK PINAWANTAI, KUDAT.

Arahan: Sila tandakan ( / ) pada kotak berdasarkan skala yang telah disediakan di bawah.

Skala:

1.Sangat tidak setuju 2.Tidak Setuju 1 – Tidak pasti 4.setuju 5.sangat setuju

Bil. Skala

Soalan 1 2 3 4 5

1. Pelajar tidak mempunyai komputer riba untuk menyiapkan kerja


kursus

2. Pelajar tidak bersungguh-sungguh dalam menyiapkan kerja kursus

3. Pelajar tidak mempunyai masa yang cukup untuk menyiapkan kerja


kursus

4. Pelajar mempunyai masalah kewangan bagi membeli bahan yang


digunakan untuk menyiapkan kerja kursus

5. Pelajar kurang membuat rujukan di internet

6. Pelajar malu untuk bertanya kepada guru mata pelajaran mengenai


kerja kursus

34
010607-12-0201

BAHAGIAN C: MENGKAJI USAHA-USAHA BAGI MENYIAPKAN KERJA KURSUS


PENGAJIAN AM DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN ENAM AMBILAN
2019/2020 DI SMK PINAWANTAI, KUDAT.

Arahan: Sila tandakan (/) dalam kotak berdasarkan skala yang telah disediakan di bawah.

Skala:

1.Sangat tidak 2.Tidak setuju 3.tidak pasti 4.setuju 5.Sangat setuju


setuju

Bil. Skala

Soalan 1 2 3 4 5

1. Meminjam komputer yang disediakan dalam makmal komputer


sekolah

2. Membahagikan masa untuk menyiapkan kerja kursus dengan membuat


jadual waktu

3. Mencari maklumat di dalam internet

4. Sering meminta tunjuk ajar daripada guru mata pelajaran

5. Menambahkan kemudahan printer di sekolah

6. Pelajar hendaklah saling tunjuk ajar kepada pelajar yang kurang


berpengetahuan dalam membuat kerja kursus

35
010607-12-0201

LAMPIRAN 2

BILIK KULIAH TINGKATAN ENAM

36

Anda mungkin juga menyukai