Anda di halaman 1dari 68

KAEDAH PEMBELAJARAN SIRAH SECARA DALAM TALIAN

DALAM KALANGAN MURID TAHAP DUA :KAJIAN DI SEKOLAH


RENDAH AGAMA DI IPOH

MUHAMMAD IKRIMAH BIN IDRIS

OPEN UNIVERSITY MALAYSIA


2021
KAEDAH PEMBELAJARAN SIRAH SECARA DALAM TALIAN DALAM KALANGAN
MURID TAHAP DUA :KAJIAN DI SEKOLAH RENDAH AGAMA DI IPOH

MUHAMMAD IKRIMAH BIN IDRIS

Kertas projek yang dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian keperluan Ijazah Sarjana
Muda dalam bidang Pengajian Islam

Fakulti Sains Sosial Gunaan


Open University Malaysia

2021

2
PERAKUAN KEASLIAN

Nama : MUHAMMAD IKRIMAH BIN IDRIS


No Matrik : 940105085021-001

Saya dengan ini memperakukan bahawa Kertas Projek ini adalah hasil kerja saya sendiri,
kecuali untuk petikan dan ringkasan yang telah diperakui.

Tandatangan : Tarikh : 15 / 12 / 2021

3
KAEDAH PEMBELAJARAN SIRAH SECARA DALAM TALIAN DALAM KALANGAN
MURID TAHAP DUA :KAJIAN DI SEKOLAH RENDAH AGAMA DI IPOH

MUHAMMAD IKRIMAH BIN IDRIS

MEI 2021

ABSTRAK

Kaedah pembelajaran sirah yang berkesan bukan sahaja berperanan untuk membantu murid
menguasai kandungan ilmu dalam matapelajaran KAFA dengan baik, malah merupakan
medium untuk menanamkan semangat dan cinta kepada Islam. Pembelajaran sirah yang
berkesan memerlukan kemahiran Guru dalam mempelbagaikan strategi, pendekatan, kaedah
serta teknik agar ilmu dan kemahiran dapat disampaikan dengan baik. Justeru, kajian ini
bertujuan untuk mengenal pasti keberkesanan pembelajaran Sirah secara dalam talian dari aspek
strategi, pendekatan, kaedah serta teknik yang digunakan dalam usaha untuk memupuk
kecintaan murid terhadap perjalanan hidup dan perjuangan Rasulullah S.A.W menegakkan
agama Islam. Metodologi yang digunakan adalah kajian kuantitatif yang melibatkan sampel
kajian yang terdiri daripada 54 orang murid dari tahun 4, 5 dan 6 dan menjalankan soal selidik
sebagai instrumen kajian. Semua data yang telah dikutip dianalisis dengan perisian Statistical
Package Social Science 20 (SPSS 20). Data yang diperolehi dianalisis dan dipersembahkan
dalam bentuk peratusan yang kemudiannya akan diinterpretasikan dalam bentuk jadual .
Dapatan kajian menunjukkan 100% responden termasuk murid lelaki dan perempuan di SRA
Tarbiyyah Islamiyyah memilih untuk menggunakan aplikasi Google Meet berbanding dengan
aplikasi lain
Selain itu, 100% responden termasuk murid lelaki dan perempuan lebih berminat pembelajaran
secara visual berbanding pembelajaran secara auditori dan kinestetik. Latar belakang keluarga
seperti status ekonomi atau pendapatan, pekerjaan, sikap ibu bapa terhadap nilai pendidikan
mempengaruhi pembelajaran murid-murid secara tidak langsung. Seterusnya, rujukan dari
jurnal-jurnal ilmiah, laporan kajian serta tesis yang berkaitan digunakan bagi mengumpul
maklumat dan data tentang strategi, pendekatan, kaedah dan teknik yang diaplikasi oleh Guru
dalam pembelajaran Sirah secara dalam talian.

ONLINE SIRAH LEARNING METHODS AMONG LEVEL TWO STUDENTS: A STUDY IN


RELIGIOUS PRIMARY SCHOOLS IN IPOH
4
MUHAMMAD IKRIMAH BIN IDRIS

MAY 2021

ABSTRACT

An effective sirah learning method not only serves to help students master the content of
knowledge in KAFA subjects well, but also is a medium to instill the spirit and love of Islam.
Effective sirah learning requires Teachers' skills in diversifying strategies, approaches, methods
and techniques so that knowledge and skills can be conveyed well. Thus, this study aims to
identify the effectiveness of learning Sirah online in terms of strategies, approaches, methods
and techniques used in an effort to cultivate students' love for the journey of life and the
struggle of Rasulullah S.A.W to uphold Islam. The methodology used is a quantitative study
involving a study sample consisting of 54 students from years 4, 5 and 6 and conducting a
questionnaire as a research instrument. All data collected were analyzed with Statistical
Package Social Science 20 (SPSS 20) software. The data obtained are analyzed and presented in
the form of percentages which will then be interpreted in tabular form. The findings of the study
showed that 100% of respondents including male and female students at SRA Tarbiyyah
Islamiyyah chose to use the Google Meet application compared to other applications. In
addition, 100% of respondents including male and female students are more interested in visual
learning than auditory and kinesthetic learning. Family background such as economic status or
income, employment, parents 'attitudes towards the value of education affect students' learning
indirectly. Next, references from scientific journals, research reports and related theses are used
to collect information and data on strategies, approaches, methods and techniques applied by
Teachers in online learning of Sirah.

PENGHARGAAN

5
Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurniaNya yang
memberi kemudahan serta kesihatan yang baik sepanjang saya menyediakan kertas projek ini.
Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada penyelia saya, Dr.Mohamad Yusri Bin
Bakir yang telah banyak memberi tunjuk ajar sepanjang proses untuk menyiapkan kertas projek
ini. Selain itu, ribuan terima kasih juga diucapkan kepada pengetua SRA Tarbiyah Islamiyah,
Hj Zainul Kamal bin Abd Raof kerana telah memberi kebenaran kepada saya untuk
melaksanakan kajian di sekolah ini. Seterusnya, tidak dilupakan juga kepada guru-guru yang
memberi kerjasama dalam membantu menyediakan tempat kepada murid-murid untuk saya
melaksanakan kajian kuantitatif ini.

Akhir sekali, terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya Rohana binti Abu
Hanifah, Idris bin Ramli, isteri saya Nur Syahadah binti Zainul Kamal, adik beradik serta ahli
keluarga yang banyak memberi sokongan dan dorongan kepada saya sepanjang tempoh saya
menyiapkan kertas projek ini.

ISI KANDUNGAN

6
TAJUK HALAMAN 2
PERAKUAN 3
ABSTRAK 4
ABSTRACT 5
PENGHARGAAN 6
ISI KANDUNGAN 7
SENARAI JADUAL/ RAJAH/ILUSTRASI 8
SENARAI SINGKATAN 9
SENARAI LAMPIRAN 10

BAB 1 PENGENALAN 12
1.0 Latar belakang kajian 13
1.1 Penyataan Masalah 15
1.2 Persoalan Kajian 17
1.3 Objektif Kajian 17
1.4 Hipotesis 18
1.5 Sumbangan kajian 19
1.6 Had kajian 19

BAB 2 KAJIAN LITERATUR 20


2.0 Pengenalan 20
2.1 Konsep dan teori 20
2.1.1 Kaedah 20
2.1.2 Pembelajaran secara dalam talian 21
2.1.3 Sirah 21
2.2 Landasan Teori 22
2.3 Jurnal berkaitan 24

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 27


3.0 Pengenalan 27
3.1 Reka Bentuk Kajian 27
3.2 Contoh prosedur 28
3.3 Kaedah kajian 29
7
1.6.1 Borang Soal Selidik 29
1.6.2 Pemerhatian 30
1.6.3 Temubual 30

BAB 4 HASIL PENEMUAN DAN PERBINCANGAN 31


4.0 Pengenalan 31
4.1 Hasil Penemuan 31
4.1.1 Pengumpulan Data 31
4.1.1.1 Demografi Responden 32
4.1.1.2 Jantina 33
4.1.1.3 Umur 33
4.1.1.4 Pendapatan Keluarga 34
4.1.1.5 Pekerjaan 35
4.1.2 Menganalisis Data 36
4.2 Perbincangan 44
4.3 Sumbangan Terhadap Kajian 45
4.3.1 Sumbangan terhadap pelajar 48
4.3.2 Sumbangan terhadap sekolah 49

BAB 5 KESIMPULAN 50
5.0 Pengenalan 50
5.1 Kaedah pembelajaran secara dalam talian 51
5.2 Kesesuaian Aras Pengajaran 51
5.3 Cadangan untuk memupuk minat positif murid 52
terhadap mata pelajaran Sirah
5.4 Kepentingan mempelajari Sirah 53
5.5 Cadangan Kajian Pada Masa Hadapan 54

RUJUKAN 55
LAMPIRAN 58

SENARAI JADUAL
8
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

Jadual 4.1.1.2 Jumlah Responden Mengikut Jantina 30

Jadual 4.1.1.3 Jumlah Responden Mengikut Umur 31

Jadual 4.1.1.4 Jumlah Responden Mengikut Pendapatan Keluarga 34

Jadual 4.1.1.5 Jumlah Responden Mengikut Pekerjaan 35

Jadual 4.1.2.2 Jumlah Responden Mengikut Kaedah Pembelajaran


Yang Paling Diminati Atau Digemari 37

Jadual 4.1.2.3 Jumlah Responden Mengikut Perbezaan Gaya


Pembelajaran Sirah Secara Dalam Talian 38
Berdasarkan Jantina

Jadual 4.1.2.4 Jumlah Responden Mengikut Perbezaan Gaya


Pembelajaran Sirah Secara Dalam Talian 40
Berdasarkan Pendapatan Keluarga

Jadual 4.1.2.5 Jumlah Responden Mengikut Perbezaan Gaya


Pembelajaran Sirah Secara Dalam Talian 42
Berdasarkan Pekerjaan Keluarga

SENARAI SINGKATAN

9
SWT – Subhanahu Wa Ta’ala
SAW – Sallallahu ‘alaihi Wasallam
SRA – Sekolah Rendah Agama
PdP – Pengajaran dan Pembelajaran
KAFA – Kelas Agama Fardhu Ain
PdPR – Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah
TMK – Teknologi Maklumat dan Komunikasi

SENARAI LAMPIRAN
10
LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

Lampiran 1 Borang Soal selidik 58

Bahagian A : Makluman Demograsi 60

Bahagian B : Kaedah pembelajaran secara dalam talian 61

Bahagian C : Perbezaan gaya pembelajaran Sirah secara 62


dalam talian berdasarkan jantina

Bahagian D : Perbezaan gaya pembelajaran Sirah secara 63


dalam talian berdasarkan pendapatan keluarga

Bahagian E : Perbezaan gaya pembelajaran Sirah secara 64


dalam talian berdasarkan pekerjaan keluarga

Lampiran 2 Borang Memohon Kebenaran Membuat Kajian 65

11
BAB 1

PENGENALAN

Kehadiran virus Covid-19 telah memberi impak yang besar bukan sahaja terhadap
pembangunan sosial dan kesihatan manusia sejagat, malah struktur proses pengajaran dan
pembelajaran (PdP) seluruh dunia juga terkesan dengan penularan wabak ini. Krisis global
akibat penularan Covid-19 ini bukan sahaja memberikan kesan yang buruk terhadap keadaan
ekonomi negara malah turut menyebabkan aktiviti PdP di semua institusi pendidikan seperti
sekolah, kolej dan universiti terganggu dan tertangguh.

Disebabkan pandemik ini, masyarakat mula mengadaptasi norma baharu kehidupan dalam
usaha membendung peningkatan penularan wabak ini. Pandemik COVID-19 ini sangat
memberi kesan bukan sahaja di Malaysia bahkan di seluruh dunia. Mengambil kira situasi
semasa pandemik COVID-19 serta perbincangan bersama Kementerian Kesihatan Malaysia
(KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
memaklumkan bahawa sesi persekolahan secara Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah
(PdPR) akan diteruskan sehingga ada tarikh yang sesuai untuk pembukaan sekolah yang akan
dimaklumkan kemudian. Ketetapan ini terpakai kepada semua sekolah kerajaan, sekolah
bantuan kerajaan, sekolah swasta dan institusi pendidikan yang berdaftar dengan KPM.

KPM sentiasa bekerjasama rapat dengan Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) bagi
memastikan kadar vaksinasi dalam kalangan guru, pentadbir dan kakitangan sokongan di
sekolah dapat terus ditingkatkan. Sehingga 16 Julai 2021, seramai 253,366 orang guru dan
pentadbir (61.30%) serta 10,876 orang kakitangan sokongan (46.33%) telah menerima
sekurang-kurangnya 1 dos vaksin. KPM akan memaklumkan perincian lanjut mengenai
pembukaan sekolah bagi sesi PdP secara bersemuka selewat-lewatnya seminggu sebelum
sekolah dibuka.

Norma baru dalam PdP dilaksanakan menerusi pelbagai platform seperti Microsoft Team,
Google Classroom, Google Meet, Zoom, Telegram, Whatsapp dan sebagainya agar murid tidak
ketinggalan dalam proses PdP. Suasana PdP secara norma baru terus mendapat perhatian
12
masyarakat terhadap pelaksanaannya dalam konteks pendidikan di Malaysia.

1.0 Latar belakang kajian.

Pada hari ini kurikulum bagi kebanyakan mata pelajaran di Malaysia telah pun beberapa
kali dikemaskini dan diperbaiki bagi tujuan memenuhi kehendak semasa dunia yang
semakin mencabar. Pelbagai pendekatan diperkenalkan bagi melancarkan proses pengajaran
dan pembelajaran murid di sekolah. Guru juga dianggap mempunyai kompetensi tertentu
untuk mengembangkan kemahiran, bakat, potensi dan pengetahuan murid dalam pelbagai
bentuk (Noraini, 2010). Oleh itu, peranan guru dalam melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran sirah secara dalam talian menjadi satu tuntutan pada saat negara melanda
wabak Covid-19 demi membina generasi yang bersedia berhadapan cabaran global di masa
hadapan. Proses pembelajaran di rumah atau secara dalam talian tidak dapat memenuhi
kehendak sukatan pelajaran dan kurikulum yang ditetapkan. Hal ini timbul ekoran
perubahan sikap murid dan perubahan persekitaran masyarakat ketika ini. Antara masalah
yang timbul khususnya dalam mata pelajaran Sirah ialah berkenaan minat murid di dalam
menghadiri kelas secara dalam talian. Tambahan pula dalam topik sirah ada yang
mengatakan topik yang membosankan dan sukar dikuasai oleh murid.

Sharifah Alwiah Alsagoff (1986) mengatakan bahawa kaedah mengajar ialah peredaran
ke arah satu tujuan pengajaran yang telah dirancangkan dengan teratur. Hasan Langgulung
(1981) pula mengatakan bahawa kaedah itu sebenarnya bermaksud jalan untuk mencapai
tujuan. Jadi, apa saja cara yang guru lakukan untuk memberi faham kepada murid bagi
mencapai objektif pengajaran, maka itu adalah kaedah. Kaedah pengajaran yang baik ialah
yang mempunyai langkah-langkah dan strategi yang tersusun serta objektif yang tepat dan
boleh dicapai. Di samping itu, matlamat yang hendak dituju juga mestilah terang dan jelas.
Strategi pengajaran ialah satu yang sangat penting dalam setiap aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Abu Saleh (1988) mengatakan bahawa kaedah itu ialah satu aktiviti
pengajaran yang mengandungi langkah-langkah yang tersusun dan dalam tiap-tiap langkah
itu pula mempunyai kemahiran dan latihan yang terancang. Padanya, kaedah mengajar
bukanlah tujuan utama pengajaran, tetapi ia merupakan wasilah, iaitu satu jalan untuk
mencapai obektif pengajaran. Berdasarkan kepada ini bermakna tidak ada satu kaedah yang
terbaik untuk semua mata pelajaran bagi semua murid dalam semua keadaan. Kaedah harus
13
berubah mengikut keadaan masa, tempat dan murid. Dengan demikian, guru harus pandai
memilih kaedah yang baik, yang sesuai dengan keadaan masa, tempat dan murid.

Secara amnya, pendekatan pelajaran dalam setiap bahagian dalam mata pelajaran
tidak terikat atau tertumpu kepada satu kaedah pembelajaran sahaja. Terdapat pelbagai
kaedah dapat dilaksanakan mengikut pengkhususan tajuk-tajuk yang tertentu.
Memandangkan pelajaran sirah ini boleh dikategorikan amat penting dalam menanam
sifat kecintaan para pelajar terhadap Rasulullah s.a.w dan para sahabat oleh itu perkara
ini tidak boleh dianggap remeh oleh guru yang mengajar pelajaran sirah.

Menurut Maria Chong, proses pengajaran dan pembelajaran sentiasa mengalami


perubahan selaras dengan hasrat negara bagi melahirkan generasi yang bersedia
menghadapi cabaran baru dalam era globalisasi. Tugas seorang pendidik dalam proses
pengajaran dan pembelajaran bukan sahaja menyampaikan ilmu tetapi juga melahirkan
murid yang holistik, berdaya saing dan memenuhi keperluan pasaran. Nilai tambah
dalam matlamat pengajaran dan pembelajaran ini mewajarkan usaha untuk
menambahbaikkan proses pengajaran dan pembelajaran, yang memerlukan pendidik
menggabungkan pelbagai pendekatan pengajaran.

Sirah berasal dari kalimah Arab iaitu As-sirah dari maksud sunnah , perilaku-perilaku,
jalan dan keadaan peristiwa yang berlaku ke atas diri seseorang manusia atau lainnya.
Sirah (‫يرة‬JJ‫ )س‬secara bahasa berarti: Jalan, keadaan atau tingkah laku yang dinisbatkan
kepada manusia atau selainnya. Allah s.w.t sendiri telah memerintahkan di dalam al-
Quran supaya sirah Nabi Muhammad s.a.w dan sunnah-sunnahnya ditulis, melalui
firmanNya :

21. Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang
baik, Iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik)
hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa
susah dan senang)

14
1.1 Pernyataan Masalah

Pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian sudah menjadi norma baharu bagi
institusi pendidikan khususnya sekolah rendah agama di Malaysia kesan pandemik Covid-
19 sejak lebih setahun yang lalu. Kaedah ini menjadi wadah kesinambungan pendidikan di
Malaysia yang mengisi kelompongan kaedah pembelajaran tradisi yang lebih tertumpu
kepada pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka. Turut menjadi hasrat pihak
JAKIM ialah untuk melihat murid-murid yang terhasil daripada kelas KAFA menjadi
murid berakhlak sepertimana yang dianjurkan oleh al-Quran dan as-Sunnah. Hal ini
demikian kerana, murid-murid inilah yang bakal meneruskan kerja-kerja dakwah dan
perkembangan syiar Islam di seluruh dunia suatu masa kelak. Perkara ini amat bertepatan
dengan pandangan Abdul Karim Zaidan di dalam Abd Aziz & Ismail (2018), generasi-
generasi ini semestinya akan menjalankan kerja-kerja dakwah serta menyeru kepada
kebaikan. Walau bagaimanapun, dari segi pengaplikasian didapati terdapat beberapa
cabaran yang dihadapi oleh murid. Antara cabaran terhadap murid adalah capaian kepada
kemudahan internet, tiada kemudahan komputer/telefon bimbit, suasana pembelajaran yang
tidak kondusif, keberkesanan pembelajaran dan penyalahgunaan internet.

Tammbahan itu, pemerhatian ibu bapa juga amat penting dalam menjayakan pembelajaran
secara tidak bersemuka ketika negara sedang melanda wabak Covid-19. Kajian Phillips
(1987) mendapati ibubapa mempunyai pengaruh kuat terhadap anak-anak dalam
perlakuan, sikap dan pencapaian mereka. Pelajaran sirah adalah merupakan pelajaran yang
berkaitan dengan sejarah Nabi Muhammad s.a.w yang mana kebanyakan murid kurang
berminat dengan pengajaran sirah kerana ia susah untuk difahami berbanding mata
pelajaran lain. Selain itu, berkemungkinan murid kurang faham mengenai sirah dan
tamadun Islam kerana fakta yang panjang yang ditulis dalam buku teks KAFA. Murid –
murid sekolah rendah agama di Ipoh yang kebanyakan tinggal di kawasan bandar akan
mudah berasa berasa bosan jika kaedah pengajaran dan pembelajaran yang hanya tertumpu
kepada satu kaedah sahaja dalam pelajaran sirah.

15
Selain itu, berkemungkinan para murid malu untuk berkomunikasi kerana kurang
kefahaman terhadap topik sirah yang diajar di sekolah. Subjek sirah yang kebanyakan
adalah berkaitan fakta akan memberi sedikit sebanyak pengaruh kepada minat murid-
murid dalam subjek ini. Seterusnya, para murid tidak dapat menguasai bahagian-bahagian
tertentu dalam pelajaran sirah kerana mereka lebih berminat dengan pelajaran yang tidak
memerlukan hafalan. Sirah memerlukan kefahaman dan hafalan bagi memberi kefahaman
kepada murid tentang pembelajaran yang disampaikan oleh guru. Menurut Al-Nashmy
(1980) mencadangkan supaya guru memilih kaedah yang boleh memberi kesan yang
mendalam bukan sahaja kepada kefahaman pelajar yang diajar, malah yang memberi
kesan kepada jiwa dan menyentuh perasaan pelajar. Dengan cara ini murid akan memberi
tumpuan yang padu dan dapat mengingati pelajaran dengan lebih cepat dan bertahan lebih
lama.

16
1.2 Persoalan kajian

1. Bagaimanakah kaedah pembelajaran secara dalam talian bagi matapelajaran sirah yang
menjadi pilihan murid-murid ?

2. Adakah wujudnya perbezaan gaya pembelajaran murid di dalam pembelajaran Sirah


berdasarkan jantina?

3. Adakah wujudnya perbezaan gaya pembelajaran murid di dalam pembelajaran Sirah


berdasarkan pendapatan keluarga?

4. Adakah wujudnya perbezaan gaya pembelajaran murid di dalam pembelajaran Sirah


berdasarkan pekerjaan keluarga ?

1.3 Objektif kajian

1. Mengenal pasti kaedah pembelajaran secara dalam talian yang digunakan dalam
matapelajaran sirah.

2. Menganalisis perbezaan gaya pembelajaran murid di dalam mata pelajaran Sirah


berdasarkan jantina, pendapatan keluarga dan pekerjaan keluarga.

3. Mengkaji hubungan gaya pembelajaran dengan pencapaian murid dalam mata pelajaran
Sirah dalam kalangan murid SRA Tarbiyyah Islamiyyah.

17
1.4 Hipotesis kajian

Hipotesis ialah jangkaan awal yang hendak diuji oleh penyelidik dengan
menghubungkan dua atau lebih pemboleh ubah dalam satu kajian. Menurut Mohd. Majid
Konting (2005),hipotesis digunakan sebagai panduan untuk menjalankan penyelidikan dan
menerangkan kaedah untuk melaksanakan sesuatu kajian. Hipotesis memberi jangkaan
pengkaji mengenai hubungan antara pembolehubah – pembolehubah. Menurut Abu Hassan
(2003), mendapati guru tidak memberi peluang pelajar terlibat secara aktif dalam
proses pembelajaran. Guru kurang memberi peluang pelajar mengembangkan pemikiran
kritis dan kreatif dalam matapelajaran yang diajar. Guru mengikut prosedur yang terdapat
dalam buku teks tanpa mengambil kira keadaan pelajar. Beberapa hipotesis telah
dibina untuk diuji bagi mendapatkan keputusan kajian yang lengkap. Hipotesis tersebut
adalah :

H1 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap kaedah pembelajaran secara dalam
talian dan mata pelajaran sirah.

H2 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap gaya pembelajaran Sirah


berdasarkan jantina.

H3 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap gaya pembelajaran Sirah


berdasarkan pendapatan keluarga.

H4 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara gaya pembelajaran Sirah dan
pencapaian murid.

18
1.5 Sumbangan kajian

Kajian yang dijalankan ini dapat dimanfaatkan oleh semua masyarakat dan umumnya.
Kajian yang dijalankan ini mempunyai beberapa kepentingan iaitu:

 Memberi pendedahan kepada murid-murid akan kepentingan matapelajaran sirah.

 Menggalakkan guru-guru untuk menggunakan kaedah pembelajaran secara dalam talian


yang lebih menarik.

 Kajian ini dapat dimanfaatkan oleh Guru tahap dua agar dapat membuat perancangan
jangka pendek dan jangka panjang bagi menarik minat murid-murid dalam mata
pelajaran sirah.

1.6 Had kajian

Kajian-kajian yang sedia ada mengkaji tentang hubungan kaedah pembelajaran dan
pencapaian akademik bagi pelajar-pelajar di universiti, politeknik, sekolah menengah
aliran perdana dan sekolah rendah, tetapi tiada kajian dibuat di sekolah-sekolah rendah
Agama di Malaysia. Sekolah rendah Agama adalah dibawah Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia iaitu JAKIM. Tujuan utama sekolah rendah Agama didirikan adalah untuk
memberi pegetahuan yang lebih meluas berkaitan Fardhu Ain kepada murid-murid di
peringkat sekolah rendah. Bagi mencapai tujuan utama ini iaitu kaedah pembelajaran
secara dalam talian berkaitan matapelajaran sirah di sekolah rendah Agama, inilah ‘gap’
yang ingin dikaji oleh pengkaji pada kali ini. Kajian ini terhad kepada para murid tahap
dua iaitu tahun 4,5 dan 6 di SRA Tarbiyah Islamiyah. Kajian ini dikaji melalui kajian

19
tindakan dengan menggunakan borang soal selidik. Ini bertujuan agar mereka dapat
menilai serta memberi komen terhadap kajian yang dijalankan.

20
BAB 2

Kajian Literatur

2.0 Pengenalan

Dalam bab ini, pengkaji melaksanakan sorotan kajian literatur yang ada hubungan
dengan kaedah yang dilaksanakan dalam pembelajaran . Kajian-kajian yang lepas yang
berkaitan dengan tajuk dibincangkan adalah berdasarkan faktor-faktor yang dikaji. Perkara
yang dibincangkan turut mengandungi pendapat, pandangan serta teori-teori daripada
tokoh-tokoh. Model yang sesuai juga digunakan untuk membantu kajian ini serta menjadi
panduan.

2.1 Konsep dan teori

2.1.1 Kaedah

Kaedah mengikut kamus dewan bermaksud cara atau aturan ( membuat sesuatu), hukum
atau prinsip. Justeru kaedah terdiri daripada sesuatu siri tindakan yang sistematik dan
tersusun untuk mencapai sesuatu matlamat.

21
2.1.2 Pembelajaran secara dalam talian

Pembelajaran atas talian merupakan pembelajaran yang menggunakan teknologi TMK


terkini bagi meningkatkan mutu dan tahap pembelajaran. Pembelajaran ini merupakan proses
pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang menggunakan rangkaian elektronik (LAN, WAN
atau Internet) untuk menyampaikan kandungan, maklumat dan juga berinteraksi
melaluinya.Menurut Edward M. Anthony mendefinisikan teknik adalah satu muslihat atau
strategi atau taktik yang digunakan oleh guru yang mencapai hasil segera yang maksimum
pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu.

2.1.3 Sirah

Sirah bermaksud Sirah dari segi bahasa bererti jalan (at-thariq). Secara amnya,
perkataan Sirah ini dikaitkan dengan kumpulan berita-berita yang diriwayatkan untuk
menceritakan tentang kisah hidup Rasulullah SAW (as-Sirah an-Nabawiyah) yang meliputi
nasab,keadaan baginda semasa didalam kandungan ibunya, kelahirannya dan lain-lain lagi
keadaanyang berkaitan.

22
2.2 Landasan teori

Beberapa kajian literatur yang mempunyai hubungan dengan tema kajian ini,
membuktikan bahawa gaya pembelajaran VAK (Visual Auditori Kinestetik)
menunjukkan kesan yang positif kepada pembelajaran bagi individu yang berbeza.
Gaya pembelajaran VAK (Visual, Auditori Kinestetik) mengandungi tiga aspek, iaitu
gaya pembelajaran visual, auditori dan kinestetik. Ketiga-tiga gaya pembelajaran ini
akan digunakan dalam kajian ini.

2.2.1 Gaya Pembelajaran Visual

Dalam gaya pembelajaran ini, murid belajar lebih baik dengan melihat
sesuatu teks berbentuk perkataan dalam buku, di papan hitam atau paparan
komputer. Mereka lebih mengingati dan memahami arahan dan penerangan
menerusi pembacaan ayat atau teks berkenaan. Murid “visual” tidak memerlukan
penerangan lisan seperti murid “auditori” tetapi mereka selalunya dapat belajar
melalui pembacaan. Murid “visual” selalunya menulis nota syarahan dan arahan
lisan jika mereka hendak mengingati sesuatu (Murdoch Teacher Center, 1984).

2.2.2 Gaya Pembelajaran Auditori

Dalam gaya pembelajaran ini, murid “auditori” belajar dengan mendengar


perkataan yang disebut dan juga arahan lisan. Mereka boleh mengingati penerangan
melalui bacaan kuat atau menggerakkan bibir ketika membaca terutama apabila
mempelajari sesuatu yang baru. Murid dapat mengukuhkan ingatan dengan mendengar
semula rakaman pita audio, mengajar murid lain dan berbincang dengan guru
(Murdoch Teacher Center, 1984).

23
2.2.3 Gaya Pembelajaran Kinestetik

Dalam gaya pembelajaran ini, murid “kinestetik” belajar dengan baik melalui
pengalaman dan mengambil bahagian secara fizikal dalam aktiviti bilik darjah . Mereka
dapat mengingati sesuatu dengan baik apabila mencuba terus aktiviti melalui hands-on.
(Murdoch Teacher Center, 1984).

Berdasarkan teori berkaitan ilmu dan amal serta perhubungan dengan kedua-duanya,
seorang sarjana Islam seorang sarjana Islam terkemuka iaitu al-Ghazali (1993:18) telah
memberi penegasan kepada murid-muridnya bahawa ilmu yang dipelajari tanpa diamalkan
adalah suatu perbuatan yang terpesong, seterusnya beramal tanpa ilmu akan sia-sia dan tiada
berfaedah. Oleh itu, perbuatan yang sedemikian itu mengundang malapetaka dan jauh dari
rahmat Allah SWT. Justeru, di dalam kitabnya yang lain pula, al-Ghazali (1964:7) telah
memberi penegasan bahawa hubungan ilmu dan amal sangat erat sehingga menjadikan usaha
menuntut ilmu tanpa tujuan untuk meningkatkan kualiti amalan atau beramal tanpa adanya
ilmu adalah perbuatan yang sia-sia. Beliau turut menyatakan bahawa hanya dengan amalan
yang berkualiti iaitu berdasarkan ilmu sahaja yang akan membawa kebahagiaan di dunia dan
di akhirat. Kesimpulan dari penjelasan para sarjana Islam di atas menunjukkan bahawa amalan
yang sempurna mestilah didasari dengan pengetahuan yang mencukupi bagi menghasilkan
sesuatu amalan yang berkualiti.

24
2.3 Jurnal berkaitan

Dalam kajian ini, pengkaji mengambil beberapa kajian lepas yang berkaitan dengan tajuk
kajian “Kaedah pembelajaran Sirah secara dalam talian dalam kalangan pelajar tahap
dua:kajian di sekolah rendah Agama di Ipoh”. Tujuan pengkaji mengambil kajian lepas
adalah untuk menguatkan kajian yang akan dijalankan dan secara tidak langsung ia
membantu pengkaji menjalankan kajian tersebut.

2.3.1 Halangan PJJ

Sim Pei Wah (2013), kajian ini mengkaji apakah halangan-halangan yang dihadapi
oleh pelajar PJJ dalam melibatkan diri mereka dalam pembelajaran dalam talian dan
hubungan antara halangan-halangan ini dengan aspek demografi iaitu umur, etnik, jenis
pekerjaan dan juga bidang pengajian. Di samping sumbangan daripada perspektif teori,
dapatan daripada kajian ini dijangka dapat membantu institusi dalam mengenal pasti aspek-
aspek halangan yang menghalang penglibatan pelajar dalam pembelajaran atas talian dan
seterusnya mengambil tindakan yang sesuai untuk mengatasinya. Intervensi daripada institusi
adalah penting untuk menentukan bahawa semua pelajar dapat manfaat sama rata daripada
pembelajaran atas talian dan tidak ada pelajar yang tercicir disebabkan oleh faktor-faktor yang
dikenal pasti dan aspek-aspek demografi mereka.

2.3.2 Konsep pembelajaran.

Menurut Noor Hisham (2011) Pembelajaran adalah proses interaksi peserta didik
dengan pendidik agar berlakunya proses pemerolehan ilmu dan pengetahuan atau penguasaan
kemahiran atau pembentukan sikap dan kepercayaan pada peserta didik. Pembelajaran
seharusnya menghasilkan perubahan yang agak kekal (tidak termasuk perubahan yang
disebabkan proses pertumbuhan) hasil daripada penglibatannya dalam sesuatu pengalaman
pendidikan.

25
2.3.3 Proses pengajaran.

Menurut Alis (2008), kajian ini dijalankan di dua buah sekolah menengah, di
Tingkatan 1 dan Tingkatan 3 dalam subjek Bahasa Melayu dan Sains. Tujuan kajian ialah
untuk melihat teknik penyoalan dalam proses P&P. Kaedah kajian ialah melalui pemerhatian di
dalam bilik darjah.Sepanjang pemerhatian yang dilakukan didapati soalan-soalan guru adalah
jenis aras rendah yang tidak memerlukan pelajar untuk berfikir. Guru hanya menyoal pelajar
lelaki yang aktif dari pelajar perempuan. Selain dari itu, soalan kerap diajukan kepada pelajar-
pelajar di hadapan yang aktif sahaja manakala pelajar- pelajar di bahagian belakang tidak
memberi perhatian kepada soalan guru. Guru ada memberi masa untuk berfikir semasa menyoal
tetapi masa tersebut digunakan untuk bersembang dan berdiam diri. Mereka mengharapkan
guru akan memberi jawapan.

Pujian yang diberikan oleh guru kepada pelajar-pelajar yang berjaya menjawab juga
tidak dihiraukan oleh para pelajar. Guru juga menggalakkan para pelajar menjawab secara
beramai-ramai. Hasil dari dapatan kajian menunjukkan guru gagal menggunakan teknik
penyoalan yang betul dan berkesan. Guru juga harus kreatif dalam menggalakkan para
pelajar untuk bertanya. Penggunaan teknik penyoalan yang berkesan mendorong kepada proses
P&P yang efektif.

2.3.4 Kaedah pengajaran dan pembelajaran

Harun Baharudin (2016), Aplikasi Youtube merupakan salah satu medium dalam
pembelajaran bahasa. Kegunaannya yang meluas, pelbagai, mudah dan cepat mampu
merangsang minat para pelajar terhadap pembelajaran bahasa khususnya Bahasa Arab sekaligus
mampu meningkatkan kemahiran bahasa pelajar khususnya kemahiran mendengar pelajar.
Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap penggunaan aplikasi youtube dalam
kemahiran mendengar Bahasa Arab. Seterusnya,mengenalpasti sejauhmana aplikasi youtube ini
mampu meningkatkan minat pelajar terhadap Bahasa Arab. Reka bentuk kajian merupakan
kajian tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik. Instrumen soal selidik digunakan bagi
26
mengukur tahap penggunaan youtube dalam kemahiran mendengar Bahasa Arab dikalangan
pelajar dan minat pelajar. Kajian dijalankan ke atas 30 orang pelajar yang dipilih menggunakan
kaedah persampelan rawak daripada institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia. Pengumpulan
data dilakukan menggunakan set soal selidik yang merangkumi pelbagai item penggunaan
aplikasi youtube dalam kemahiran Bahasa Arab.

27
Bab 3

Metodologi kajian

3.0 Pengenalan

Bab ini membentangkan secara terperinci berkaitan reka bentuk kajian, sampel kajian,
lokasi kajian, kutipan data, serta analisis data yang akan dijalankan dalam kajian ini melalui
rajah yang berikut.

3.1 Rekabentuk kajian

Menurut Sabitha (2005), Reka bentuk kajian merupakan pelan tindakan yang akan
memperlihatkan secara terperinci sebagaimana sesuatu kajian dijalankan. Menurut Kerlinger
(1970), rekabentuk kajian adalah merupakan satu tatacara yang mengolah data yang telah
dikutip berdasarkan perancangan yang sistematik dan khusus terhadap konsep pembentukan
antara pemboleh ubah yang terlibat dalam sesebuah kajian. Selain itu, menurut Sabitha (2005),
Penyelidikan kuantitatif akan digunakan dalam kajian ini kerana penyelidikan kuantitatif adalah
digunakan sekiranya persoalan kajian memerlukan penjelasan yang jitu iaitu dalam bentuk
numerik. Menurut Babbie (2008), Perkara ini adalah kerana, soal-selidik merupakan satu alat
untuk mengukur yang sangat baik bagi mengkaji sikap dan orientasi manusia di dalam
sekumpulan manusia yang mempunyai kelompok yang besar.

28
3.2 Contoh prosedur

Menurut Kamarul, (2015) contoh prosedur adalah satu proses memilih sebilangan
subjek daripada sesuatu populasi untuk dijadikan sebagai responden kajian. Ia adalah
merupakan antara aspek penting dalam penyelidikan kerana menentukan kesahan,
kebolehpercayaan dan kualiti asal penyelidikan. Konsep persampelan adalah mengambil satu
bahagian daripada populasi dan membuat cerapan terhadap kumpulan yang lebih kecil tersebut.
Teknik prosedur terbahagi kepada dua iaitu contoh prosedur keberangkalian dan contoh
prosedur tidak kebarangkalian. Selain itu, menurut Majid, (1998) contoh prosedur adalah
merupakan persampelan secara tidak rawak kerana memberi tumpuan terhadap ciri-ciri tertentu
dan sesuai dengan fokus penyelidikan yang ingin dilakukan.

Menurut Reinard (2001), penyelidik perlu menggunakan pertimbangannya sendiri untuk


memilih responden yang paling sesuai dengan kajiannya. Lazimnya individu yang dipilih itu
akan meningkatkan maklumat nilai maklumat yang dikehendaki oleh penyelidik terhadap
situasi dan perilaku individu yang dikehendaki oleh penyelidik. Dalam hal ini individu yang
dipilih oleh penyelidik untuk ditemubual atau diperhatikan mempunyai maklumat, perspektif
kontak, atau apa sahaja tujuan yang hendak dikaji oleh penyelidik itu, sampel dalam kajian ini
menggunakan persampelan bertujuan dan sampel tersebut adalah murid tahap dua iaitu tahun
4,5, dan 6 di SRA Tarbiyah Islamiyah Ipoh. Responden dalam kajian ini akan dipilih secara
rawak seramai 54 murid sahaja.

29
3.3 Kaedah kajian

3.3.1 Borang Soal Selidik

Satu set borang soal selidik akan dibina dengan melibatkan soalan-soalan yang dapat
memenuhi segala aspek keperluan kajian. Soal selidik ini terdiri daripada 5 bahagian berikut
iaitu :
a) Demografi
b) Kaedah pembelajaran secara dalam talian
c) Perbezaan gaya pembelajaran murid di dalam pembelajaran Sirah berdasarkan jantina.
d) Perbezaan gaya pembelajaran murid di dalam pembelajaran Sirah berdasarkan
pendapatan keluarga.
e) Perbezaan gaya pembelajaran murid di dalam pembelajaran Sirah berdasarkan pekerjaan
keluarga.

Setelah borang soal-selidik dibina, ia akan dimaklumkan kepada murid-murid tahap dua
iaitu tahun 4,5 dan 6 di SRA Tarbiyyah Islamiyyah Ipoh serta Ibu Bapa mereka yang akan turut
serta dalam kajian ini. Responden dikehendaki menjawab semua soalan soal-selidik pada hari
yang telah ditetapkan. Terdapat 2 kaedah kajian yang digunakan iaitu kaedah pemerhatian dan
kaedah temubual.

30
3.3.2 Pemerhatian

Untuk makluman, kajian ini banyak dikaji melalui kaedah pemerhatian dan temubual.
Kajian dibuat kepada tahun 4,5 dan 6 di SRA Tarbiyah Islamiyah Ipoh berdasarkan prestasi
pembelajaran sirah secara dalam talian mereka. Pemerhatian ini dibuat secara langsung ketika
berlaku sesi pembelajaran dan pengajaran di rumah secara dalam talian.

3.3.3 Temubual

Kajian ini dibuat berdasarkan temu bual juga kepada murid tahun 4,5 dan 6 di SRA
Tarbiyah Islamiyah Ipoh. Temubual ini dilakukan untuk mendapatkan maklum balas
berdasarkan pemerhatian saya semasa pembelajaran sirah sedang berlangsung, temubual selalu
saya lakukan selepas selesai pembelajaran sirah secara dalam talian, sebagai contoh saya
bertanya tentang perkara yang mempengaruhi minat murid terhadap mata pelajaran Sirah, kesan
pembelajaran hari tersebut dan sebagainya.

31
BAB 4

HASIL PENEMUAN DAN PERBINCANGAN

4.0 Pengenalan

Dalam bab ini dapat menjelaskan secara terperinci melalui hasil penemuan dan
perbincangan yang telah dibuat apabila metodologi kajian telah dianalisis. Melalui hasil
penemuan dapat mengumpulkan data dan menganalisis data. Melalui perbincangan juga
terdapat sumbangan dibuat kepada pelajar dan sekolah.

4.1 Hasil Penemuan

4.1.1 Pengumpulan data

Apabila data telah didapati melalui soal-selidik yang dijalankan, peratusan


(54%) dan bilangan (n) data bagi setiap item tersebut secara berkumpulan dan individu
akan dikira. Di dalam bab ini akan dijelaskan secara terprinci berkaitan maklumat yang
diperolehi melalui data yang telah di analisis dengan menggunakan aplikasi perisian
versi 23. Dalam konsep ini datapan dijelaskan dalam bentuk bilangan murid (n) dan
peratus (%), serta ianya akan dijelaskan secara terperinci melalui soalan kajian yang
telah dibentuk pada awal kajian ini.

32
4.1.1.1 Demografi Responden

Demografi Responden pula akan diketahui melalui soal-selidik yang telah


diedarkan kepada responden di SRA Tarbiyyah Islamiyyah,Ipoh, terdapat 13 soalan
tertutup yang ditanyakan kepada responden. Dapatan kajian yang berikutnya adalah
berdasarkan bilangan (n) dan peratus (%) yang telah diperolehi untuk setiap item
demografi.

4.1.1.2 Jantina

Item seperti yang tertera di dalam soal-selidik di jalankan kepada responden


lelaki dan perempuan yang terdiri dari tahun 4,5 dan 6. Jadual 4.1.1.2 menunjukkan bagi
bilangan (n) dan peratus (%) responden.

Jadual 4.1.1.2 Jumlah Responden Mengikut Jantina.

Jantina Bilangan (n) Peratus (%)

Lelaki 20 20.0

Perempuan 34 34.0

JUMLAH 54 54.0

Merujuk kepada Jadual 4.1.1.2, majoriti responden terdiri daripada murid


perempuan (34%) daripada responden yang diwakili oleh murid lelaki iaitu (20%) .

33
4.1.1.3 Umur

Item bagi umur pula telah dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu 10 tahun, 11
tahun dan 12 tahun.

Jadual 4.1.1.3 Jumlah Responden Mengikut Umur

Umur Bilangan (n) Peratus (%)

10 tahun 18 18.0

11 tahun 16 16.0

12 tahun 20 20.0

Jumlah 54 54.0

Berdasarkan Jadual 4.1.1.3 memberi gambaran bahawa jumlah responden


didominasikan kepada responden yang berusia 12 tahun, iaitu jumlah peratusan
sebanyak 20% serta jumlah peratus bagi responden yang berusia 10 tahun sebanyak
18% dan diikuti responden berusia 11 tahun sebanyak 16% sahaja.

34
4.1.1.4 Pendapatan Keluarga

Dari sudut pendapatan keluarga responden pula, ianya telah dibahagikan kepada
lima tahap pendapatan iaitu kurang RM1,000.00 diikuti RM 1,000.00- Rm 3000.00 dan
melebihi RM 3,000.00 seperti yang tertera pada jadual 4.3 dibawah.

Jadual 4.1.1.4 Jumlah Responden Mengikut Pendapatan Keluarga

Pendapatan Keluarga Bilangan (n) Peratus (%)

Kurang RM 1,500.00 5 5.0%

RM 1,500.00-3,000.00 18 18.0%

Melebihi 3, 000.00 31 31.0%

Jumlah 54 54.0%

Mengikut rajah 4.1.1.4, jumlah bagi responden mengikut pendapatan keluarga


mendapati bahawa sebanyak 31 % pendapatan keluarga melebihi Rm 3,000.00 adalah
yang terbanyak berbanding pendapatan keluarga RM 1,000.00 – RM 3,000.00 iaitu
sebanyak 18% serta diikuti dengan pendapatan keluarga kurang daripada RM 1,000.00
yang mewakili 5% sahaja.

35
4.1.1.5 Pekerjaan

Item bagi pekerjaan dibahagikan kepada tiga kategori iaitu penjawat kerajaan, swasta
dan bekerja sendiri.

Jadual 4.1.1.5 Jumlah Responden Mengikut Pekerjaan Keluarga

Pekerjaan Bilangan (n) Peratus (%)

Kerajaan 25 25.0

Swasta 19 19.0

Bekerja Sendiri 10 10.0

Jumlah 54 54.0

Bagi sampel kajian di jadual 4.1.1.5 yang mengikut pekerjaan ibu bapa responden di dapati
sebanyak 25% (25) terdiri daripada kakitangan kerajaan, manakala sebanyak 19% (19)
pula adalah terdiri daripada kakitangan swasta dan bekerja sendiri sebanyak 10% (10).

36
4.1.2 Menganalisis data

Analisis ini dilaksanakan bertujuan untuk menjawab soalan-soalan kajian yan


dikemukan kepada murid-murid di awal kajian. Selain itu kajian dijelaskan dalam
bentuk bilangan (n) dan peratus (%).

4.1.2.1 Dapatan Soalan Tertutup

Dapatan soalan tertutup ini merujuk kepada dapatan Soalan Kajian 1 hingga 5
yang telah dikumpul berdasarkan soalan tertutup di mana responden hanya perlu
memilih di antara setuju, tidak setuju dan tidak pasti. Terdapat beberapa jawapan
yang telah ditetapkan untuk dipilih oleh responden. Seterusnya dapatan yang
diperolehi dipaparkan dalam bentuk jadual di mana bilangan (n) dan peratus (%)
yang dikira.

37
4.1.2.2 Soalan Kajian 1 : Apakah kaedah pembelajaran secara dalam talian dalam

mata pelajaran sirah ?

Sejak penularan wabak Covid-19, kaedah pembelajaran Sirah secara dalam talian
semakin berkembang. Hal ini disebabkan oleh masyarakat tidak dibenarkan untuk
berkumpul beramai-ramai di dalam satu-satu masa. Berdasarkan soalan pertama, murid-
murid dinilai melalui kaedah pembelajaran Sirah secara dalam talian yang paling diminati
atau digemari iaitu sama ada secara Facebook Live, Youtube Live, Telegram dan Google
Meet .

Jadual 4.1.2.2 Jumlah Responden Mengikut Kaedah Pembelajaran Yang


Paling Diminati Atau Digemari

Berapa kali solat fardhu Bilangan (n) Peratus (%)

Google Meet 54 54.0%

Telegram 0 0.0%

Youtube Live 0 0.0%

Facebook Live 0 0.0%

Jumlah 54 54.0%

38
39
4.1.2.3 Soalan Kajian 2 : Adakah wujudnya perbezaan gaya pembelajaran

Sirah berdasarkan jantina ?

Perbezaan jantina murid sama ada mempengaruhi gaya pembelajaran para murid
terhadap pelajaran Sirah boleh dilihat melalui 9 item yang disediakan di bawah. Jadual
4.1.2.3 di bawah ini menunjukkan perbezaan jantina murid mempengaruhi gaya
pembelajaran para murid terhadap pelajaran Sirah mengikut item-item yang telah dibina
berdasarkan murid SRA Tarbiyah Islamiyah Ipoh.

Jadual 4.1.2.3 Jumlah Responden Mengikut Perbezaan Gaya Pembelajaran

Sirah Berdasarkan Jantina

Setuju Tidak Tidak Jumlah


Item Setuju Pasti

n % n % n % n %

Saya suka apabila guru membuat 51 51.0 3 3.0 0 0 54 54.0


kuiz atau teka-teki secara online

Saya amat berminat sekiranya guru 49 49.0 9 9.0 0 0 54 54.0


bercerita dalam mata pelajaran
Sirah

Saya suka apabila guru membuat 45 45.0 9 9.0 0 0 54 54.0


sesi soal jawab kepada murid

Saya tidak suka sekiranya guru 50 50.0 4 4.0 0 0 54 54.0


hanya membaca dari buku teks

Saya rasa bosan apabila guru selalu 50 50.0 3 3.0 1 1.0 54 54.0
menyuruh untuk menyalin nota

Saya rasa sangat menarik sekiranya 46 46.0 4 4.0 4 4.0 54 54.0

40
guru meringkaskan kisah dari buku
teks dan memberi nota ringkas
kepada murid

Saya suka apabila guru mengajar 54 54.0 0 0 0 0 54 54.0


sambil membuat jenaka-jenaka
supaya tidak membosankan
pembelajaran

Saya rasa amat membosankan 50 50.0 3 3.0 1 1.0 54 54.0


sekiranya hanya guru yang
bercakap tanpa melibatkan murid-
murid untuk memberi respon

Saya rasa menarik sekiranya guru 54 54.0 0 0 0 0 54 54.0


mengajar menggunakan slide
persembahan,video-video dan carta
bergambar

JUMLAH 449 449.0 35 35.0 6 6.0 486 486.0

Jadual 4.1.2.3 di atas menjelaskan berkaitan perbezaan jantina mempengaruhi gaya


pembelajaran responden terhadap pelajaran Sirah secara terperinci. Analisis yang diperolehi
daripada kajian ini menunjukkan terdapat beberapa perkara yang mempengaruhi
pembelajaran murid dalam mata pelajaran Sirah. Oleh yang demikian analisis memperolehi
terdapat 51% yang menyatakan bahawa murid suka apabila guru membuat kuiz atau teka-teki
secara online serta diikuti 3% yang menyatakan tidak pasti. Seterusnya sebanyak 49% yang
menyatakan amat berminat sekiranya guru bercerita dalam mata pelajaran Sirah dan 9% bagi
penyataan salah dan tidak pasti.

Walaubagaimanapun tidak kesemua responden menyatakan suka apabila guru


membuat sesi soal jawab kepada murid mewakili 45% setuju dan 9% tidak setuju. Selain itu,
sebanyak 50% juga reponden yang bersetuju menyatakan tidak suka sekiranya guru hanya
membaca dari buku teks dan 4% tidak setuju. Bagi penyataan seterusnya iaitu rasa bosan

41
apabila guru selalu menyuruh untuk menyalin nota dari buku teks sebanyak 50% responden
yang menyatakan benar,3% yang menyatakan salah dan 1% menyatakan tidak pasti.
Manakala sebanyak 54% responden yang menyatakan rasa sangat menarik sekiranya guru
meringkaskan kisah dari buku teks dan memberi nota ringkas kepada murid. 54% juga yang
menyatakan suka apabila guru mengajar sambil membuat jenaka-jenaka supaya tidak
membosankan pembelajaran.

Namun begitu sebanyak 50% responden yang menyatakan rasa amat membosankan
sekiranya hanya guru yang bercakap tanpa melibatkan murid-murid untuk memberi respon
dan 3% tidak setuju serta 1% menyatakan tidak pasti. Dan bagi penyataan terakhir sebanyak
54% yang menyatakan bahawa rasa menarik sekiranya guru mengajar menggunakan slide
persembahan,video-video dan carta bergambar.

4.1.2.4 Soalan Kajian 3 : Adakah wujudnya perbezaan gaya pembelajaran

Sirah berdasarkan pendapatan keluarga ?

Perbezaan pendapatan keluarga sama ada mempengaruhi gaya pembelajaran Sirah


secara dalam talian ditentukan dengan berpandukan berpandukan bilangan dan peratusan.
Dapatan ini dijelaskan dalam jadual 4.1.2.4 seperti yang berikut:

Jadual 4.1.2.4 Jumlah Responden Mengikut Perbezaan Gaya Pembelajaran


Sirah Secara Dalam Talian Berdasarkan Pendapatan Keluarga

Item Ya Tidak Jumlah


n % n % n %
Adakah anda setuju mudah untuk 54 54% 0 0% 54 %
menggunakan aplikasi google meet dalam
pembelajaran Sirah
Adakah anda setuju sekiranya guru 54 54% 0 0% 54 %
mempelbagaikan teknik dan kaedah
pembelajaran secara dalam talian agar
murid tidak bosan

42
Adakah anda mempunyai telefon pintar 44 44% 10 10% 54 54%
sendiri untuk menyertai kelas-kelas secara
dalam talian
Adakah anda setuju masalah capaian 23 23% 31 31% 54 54%
internet yang tidak laju menyebabkan
murid malas untuk menghadiri kelas
dalam talian
Pembelajaran Sirah secara dalam talian 54 54% 0 0% 54 54%
boleh direkod atau diulang semula pada
luar waktu pembelajaran amat seronok
dan memudahkan murid. Adakah anda
setuju?
JUMLAH 229 229% 41 41% 270 270%

Di dalam jadual 4.1.2.4 mengambarkan perbezaan pendapatan keluarga mempengaruhi


pembelajaran Sirah secara dalam talian di mana sebanyak 54% menyatakan ya berkenaan
adakah anda setuju mudah untuk menggunakan aplikasi google meet dalam pembelajaran
Sirah. Seterusnya, 54% juga yang menyatakan ya bagi penyataan adakah anda setuju
sekiranya guru mempelbagaikan teknik dan kaedah pembelajaran secara dalam talian agar
murid tidak bosan. Manakala terdapat 44% sahaja responden setuju bagi soalan adakah anda
mempunyai telefon pintar sendiri untuk menyertai kelas-kelas secara dalam talian dan 10%
menyatakan tidak. Selain itu, responden menyatakan adakah anda setuju masalah capaian
internet yang tidak laju menyebabkan murid malas untuk menghadiri kelas dalam talian dan
23% menyatakan ya serta 31% menyatakan tidak. Manakala, 54% responden mengatakan ya
bagi penyataan yang terakhir iaitu pembelajaran Sirah secara dalam talian boleh direkod atau
diulang semula pada luar waktu pembelajaran amat seronok dan memudahkan murid.

43
4.1.2.5 Adakah wujudnya perbezaan gaya pembelajaran Sirah berdasarkan

pekerjaan keluarga

Perbezaan pekerjaan keluarga mempengaruhi pembelajaran Sirah secara


dalam talian telah dijelaskan dalam bentuk bilangan (n) dan peratus (%). Dapatan ini
paparkan di dalam jadual 4.1.2.5 seperti di bawah:

Jadual 4.1.2.5 Jumlah Responden Mengikut Perbezaan Gaya Pembelajaran


Sirah Secara Dalam Talian Berdasarkan Pekerjaan Keluarga

Item Ya Tidak Jumlah

n % n % n %

Adakah anda mampu untuk 45 45.0% 9 9% 54 54.0%


mempelajari Sirah secara kendiri
tanpa pemantauan daripada ibu bapa

Adakah anda merasa akan mendapat 50 50.0% 4 4.0% 54 54.0%


keputusan yang cemerlang dalam
ujian sekiranya mempelajari Sirah
secara dalam talian bersama guru
sahaja dan tanpa bantuan atau
sokongan daripada ibu bapa

Adakah ibu bapa menyemak tugasan 48 48.0% 6 6.0% 54 54.0%


kerja yang dibuat oleh anda pada

44
setiap hari

JUMLAH 143 143.0% 19 19.0% 162 162.0%

Jadual 4.1.2.5 di atas menjelaskan mengenai perbezaan pekerjaan keluarga


mempengaruhi pembelajaran Sirah secara dalam talian, di mana dalam jadual terdapat
45% responden menyatakan ya dan 9% tidak terhadap pernyataan adakah anda
mampu untuk mempelajari Sirah secara kendiri tanpa pemantauan daripada ibu bapa.
Manakala 50% responden menyatakan ya adakah anda merasa akan mendapat
keputusan yang cemerlang dalam ujian sekiranya mempelajari Sirah secara dalam
talian bersama guru sahaja dan tanpa bantuan atau sokongan daripada ibu bapa serta
4% menyatakan tidak.

Selain itu, 48% responden menyatakan ya bagi penyataan adakah ibu bapa
menyemak tugasan kerja yang dibuat oleh anda pada setiap hari dan 6% menyatakan
tidak mengenai penyataan tersebut.

45
4.2 Perbincangan

Perbincangan kajian ini telah dibuat dengan berpandukan kepada soalan kajian yang
telah dibuat pada awal kajian.

4.2.1 Soalan Kajian 1 : Apakah kaedah pembelajaran secara dalam talian dalam
mata pelajaran Sirah yang menjadi pilihan murid-murid?

Kaedah pembelajaran yang menjadi pilihan keseluruhan responden di SRA Tarbiyyah


Islamiyyah ialah dengan menggunakan aplikasi Google Meet berbanding dengan aplikasi
lain. Kelebihan Google Meet ialah ia membolehkan guru menggunakan alat-alat Google
melalui fungsi Screen Sharing untuk mengajar secara langsung. Selain itu, murid juga boleh
menunjukkan skrin mereka semasa pengajaran berlangsung. Menurut Valentina Arkorful dan
Nelly Abaido (2014) kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam talian pula lebih
berpusatkan pelajar dan masa pembelajaran adalah lebih fleksibel. Penggunaan teknologi
adalah satu kaedah alternatif dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran
yang berkesan terhadap murid. Hal ini membuktikan, sekiranya guru berusaha untuk
menyampaikan ilmu kepada muridnya objektif PdPR akan berjaya dicapai. Guru perlu
berusaha untuk menyampaikan pelajaran sesuai dengan tahap penerimaan murid kerana
setiap murid mempunyai tahap kognitif yang berbeza. Oleh itu, dalam mendidik murid-
muridnya guru perlu bersikap adil.

46
4.2.2 Soalan Kajian 2 : Adakah wujudnya perbezaan gaya pembelajaran Sirah

berdasarkan jantina ?

Melalui analisis data yang dibuat berkaitan dengan perbezaan jantina mempengaruhi
gaya pembelajaran Sirah secara dalam talian, sebahagian besar daripada responden minat
sekiranya pembelajaran yang melibatkan penggunaan carta bergambar, slide persembahan,
kaedah bercerita, permainan kuiz-kuiz online dan sesi soal jawab antara murid dengan guru.
Keupayaan guru menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi menjadi pendekatan
yang berkesan sejajar dengan minat generasi kini yang mesra gajet dan alat komunikasi
(Maimun Aqsha et al. 2017). Kaedah slide persembahan atau tayangan video ini sebenarnya
merangkumi pembelajaran yang pelbagai. Murid akan menggunakan mata untuk melihat,
telinga untuk mendengar dan menggunakan tangan untuk menulis isi-isi penting.
Pembelajaran seperti ini akan membuatkan murid lebih peka dan lebih berkemahiran . Pelajar
visual lebih mudah untuk menyerap dan menerima maklumat sekiranya maklumat tersebut
dipersembahkan dalam bentuk gambar, carta dan gambarajah. Dapatan kajian menunjukkan
54% responden termasuk murid lelaki dan perempuan lebih berminat pembelajaran secara
visual.

Menurut Suppiah Nachiappan (2009), dua pengajaran yang asas ialah intruksi
langsung iaitu informasi berfakta disampaikan melalui kuliah, demontrasi, dan menghafal.
Pelajar auditori lebih mudah untuk menyerap dan menerima maklumat melalui pendengaran.
Mereka lebih suka mendengar sesebuah pembentangan oleh guru mahupun kerja
berkumpulan. Mengulang semula ayat dengan mulut sendiri juga membantu dalam
pembelajarannya. Dapatan kajian menunjukkan kaedah auditori secara guru membaca buku
teks sahaja 50% murid tidak bersetuju 3% setuju dan 1% tidak pasti. Oleh itu, dapat
disimpulkan murid perempuan majoritinya iaitu sebanyak 34% tidak menguasai
pembelajaran secara auditori dan 16% daripadanya murid lelaki. Namun, sekiranya guru

47
menggunakan kaedah bercerita secara kreatif 49% responden bersetuju dan 9% tidak setuju.

Asas yang kedua ialah pengajaran terbuka, iaitu perbincangan secara aktif oleh guru dan
murid ditekankan. Sepanjang tayangan video , dua asas pengajaran ini juga ditekankan
apabila, murid menonton sambil mendengar penerangan guru. Apabila tayangan video tamat,
guru akan mengadakan perbincangan bersama murid tentang perkongsian isi penting yang
terkandung dalam video yang ditayangkan. Melalui kaedah ini juga, murid dapat melihat
bukti peristiwa lampau riwayat hidup seseorang tokoh dan peristiwa peperangan melalui
gambaran sebenar. Tambahan itu, Guru seharusnya menerima idea dan pandangan murid
semasa pembelajaran Sirah secara dalam talian. Penglibatan murid semasa proses membuat
keputusan dan menyelesaikan sesuatu masalah dapat memberikan motivasi kepada murid
untuk belajar (Wan Hasmah & Nur Munirah, 2013). Pelajar kinestetik lebih sukakan
pengalaman yang melibatkan anggota fizikal. Mereka sukakan sesuatu yang lebih praktikal
berbanding teori, lebih-lebih lagi yang melibatkan sentuhan ataupun alatan . Dapatan kajian
menunjukkan kaedah kinestetik dengan membuat kuiz secara online 51% murid setuju dan
3% tidak setuju yang terdiri daripada murid perempuan. Manakala, pembelajaran secara soal
jawab 45% murid setuju dan 9% tidak setuju juga terdiri daripada murid perempuan. Ini
menunjukkan murid-murid lelaki lebih menguasai pembelajaran secara kinestetik.

4.2.3 Soalan Kajian 3 : Adakah wujudnya perbezaan gaya pembelajaran Sirah

berdasarkan pendapatan keluarga ?

Berdasarkan analisis, dapat dilihat bahawa pendapatan keluarga mempengaruhi


kaedah pembelajaran Sirah secara dalam talian. Penggunaan Google Meet sebagai platform
dalam talian yang sangat mudah digunakan dan digemari oleh murid-murid. Namun begitu,
terdapat juga kekangan dalam pelbagai kemudahan dan infrastruktur dalam meneroka
pembelajaran dalam platform digital ini terutama dalam masalah capaian internet. PdP secara
dalam talian boleh menjadi pilihan utama bagi murid yang tidak mempunyai masalah peranti
dan capaian internet. Bagi murid yang mempunyai kekangan daripada segi peranti dan
capaian internet, meraka menjadi kurang berminat atau tidak dapat menyertai kelas-kelas
yang telah ditetapkan.

48
Keluarga yang kurang berkemampuan menghadapi masalah untuk membeli telefon pintar dan
internet, membayar yuran sekolah, tambang bas, dan membeli cermin mata dan sebagainya.
Ada juga keluarga kurang berkemampuan yang mengharapkan anak-anak untuk bekerja bagi
membantu keluarga. Keluarga miskin juga kurang mampu menyediakan rumah yang selesa
untuk seisi keluarga menyebabkan suasana tidak kondusif untuk menjadi tempat belajar.

4.2.4 Soalan Kajian 4 : Adakah wujudnya perbezaan gaya pembelajaran Sirah

berdasarkan pekerjaan keluarga ?

Menurut analisis data, pekerjaan keluarga mempengaruhi gaya pembelajaran Sirah


secara dalam talian. Sebahagian besar responden yakin mampu untuk mendaptkan keputusan
yang cemerlang dalam ujian Sirah sekiranya pembelajaran dalam talian akan berterusan
sehingga wabak covid-19 ini berakhir. Sebahagian besar responden juga menyatakan ibu
bapa mereka menyemak tugasan kerja yang dibuat oleh mereka pada setiap hari.

Dalam pembelajaran secara atas talian ini, komitmen ibu bapa sangat penting dari segi
pemantaun kerja atau kehadiran anak mengikuti kelas secara dalam talian. Ibu bapa perlu
pandai dalam membahagikan masa antara tanggungjawab kerja dan juga tanggungjawab
kepada anak-anak mereka. Sejak dilahirkan pembentukan sahsiah, sikap serta persepsi
seseorang individu terhadap kehidupan akan datang banyak dipengaruhi oleh keluarganya.
Rasulullah s.a.w. bersabda, “Setiap anak itu dilahirkan dalam keadaan yang suci (fitrah), ibu
bapanyalah yang akan menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi.”

Latar belakang keluarga seperti status ekonomi, pegangan agama, budaya keluarga, sikap ibu
bapa terhadap nilai pendidikan akan menjadi asas pembentukan identiti individu murid.
Pendidikan pada peringkat awal yang diperolehi di rumah serta sokongan dan dorongan
keluarga akan menjadi asas kepada kejayaan murid pada peringkat persekolahan seterusnya.

49
4.3 Sumbangan Terhadap Kajian

Kajian ini dapat memberikan sumbangan yang berguna kepada dua pihak iaitu kepada
murid dan juga kepada sekolah yang bertanggungjawab dalam memberikan pendidikan
agama kepada murid.

4.3.1 Sumbangan Terhadap Pelajar

Kajian ini merupakan salah satu bentuk kaedah atau cara dalam menentukan
kaedah pembelajaran Sirah secara dalam talian yang paling berkesan secara umumnya
dan secara khusus dapat mengingatkan mereka bahawa mata pelajaran Sirah itu
merupakan kewajipan untuk setiap murid mempelajari dan memahaminya. Dari kajian
ini juga dapat memberi kesedaran dan membuka mata murid-murid berkaitan
pentingnya menghayati sunnah Nabi Muhammad S.A.W dalam kehidupan seharian
mereka dalam aspek adab-adab dengan keluarga, menuntut ilmu, adab dengan
masyarakat dan sebagainya.

Menurut Prof. Dr. Zaid Bin Abd Karim, Sirah Nabawiiyah adalah merupakan
cerminan praktikal Nabi saw terhadap Al-Quran Al-Karim. Oleh sebab itu,
mempelajari Sirah Nabawiyyah penting dan sangat dituntut di dalam agama kita.
Allah SWT berfirman yang bermaksud:
 

“Sesunnguhnya telah ada pada diri Rasulullah s.a.w suri tauladan yang baik
bagimu.”

50
(Surah Al-Ahzab, ayat 21)

4.3.2 Sumbangan Terhadap Sekolah

Sumbangan yang diperolehi pihak sekolah adalah guru-guru dapat mengetahui


dengan lebih terperinci berkaitan perkembangan murid-murid dalam pembelajaran
Sirah, samada kaedah pembelajaran secara dalam talian yang digunapakai diterima
atau tidak oleh murid-murid menerusi analisis yang dijalankan. Dapat dilihat
kebanyakan murid-murid di SRA Tarbiyyah Islamiyyah, Ipoh memberikan respon
yang baik dalam pembelajaran Sirah secara dalam talian hanya sebilangan kecil iaitu
4% responden yang menyatakan kesukaran untuk mendapat keputusan cemerlang
sekiranya pembelajaran secara dalam talian ini berterusan.

Namun begitu, terdapat juga sebahagian kecil responden yang tidak berapa
mengetahui berkaitan kepentingan mempelajari Sirah. Selain itu, di sini guru-guru
dapat mengetahui kelemahan murid-murid berdasarkan soal selidik yang dijawab dan
analisis yang dibuat. Berdasarkan kajian yang telah dijalankan dapat dilihat bahawa
murid-murid memerlukan bantuan dan kreativiti guru-guru dalam mempelbagaikan
kaedah pembelajaran supaya dapat memberikan kesan yang baik kepada ingatan
murid. Oleh yang demikian, guru harus memberi peranan yang amat penting untuk
memberi keutamaan pada yang lemah dalam bidang agama diajar dengan cara yang
lebih sistematik.

Berdasarkan hadith daripada Abdullah bin Amr radhuyallahu ta’ala ‘anhu, bahawa
Nabi Muhammad shallallaahu’alaihi wa sallam bersabda:

51
“Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat”

(HR. Bukhari)

BAB 5

KESIMPULAN

5.0 Pengenalan

Dalam bab ini, akan dibincangkan tentang rumusan dan cadangan daripada hasil
kajian. Kemudian perbincangan ditumpukan kepada implikasi, langkah menambahbaikkan
kaedah pembelajaran Sirah secara dalam talian, kepentingan mempelajari Sirah dan
cadangan yang berkaitan dengan kajian-kajian akan datang.

5.1 Kaedah pembelajaran secara dalam talian

Dalam amalan pembelajaran Sirah secara dalam talian mengikut pandangan atau
minat murid, guru perlulah merancang pembelajaran terlebih dahulu sebelum
mengajar. Ini termasuklah hal yang berkaitan dengan penyediaan buku rekod mengajar
dan memastikan isi pelajaran dan kandungan yang disampaikan tepat. Kaedah
pembelajaran Sirah adalah berorientasikan sejarah. Oleh kerana itu guru perlu
menguasai beberapa kemahiran mengajar supaya pembelajaran tersebut menarik dan
berkesan. Kaedah visual ialah salah satu kaedah pembelajaran secara dalam talian yang
paling digemari oleh murid-murid. Kaedah visual akan menjadi sangat berkesan
sekiranya guru dapat menguasai kemahiran-kemahiran sampingan yang dapat menarik
minat murid untuk menghayati cerita yang disampaikan. Antara kemahiran sampingan
itu termasuklah menyanyi (nasyid dan qasidah), melakonkan watak, menukarkan nada

52
serta intonasi suara. Bahan bantu mengajar juga boleh digunakan seperti carta
bergambar, gambar-gambar pegun, slaid persembahan,klip video dan sebagainya.

5.2 Kesesuaian Aras Pengajaran

Mengikut minat murid, guru yang berkesan apabila mengajar akan memastikan
muridnnya mempunyai sikap dan kemahiran untuk belajar. Selain itu, guru juga akan
mengajar mengikut aras kebolehan dan keupayaan murid dan memastikan kesemua isi
pelajaran dalam sukatan pelajaran atau buku teks KAFA diajar dan dihabiskan pada akhir
tahun. Guru berkesan mengumpulkan murid berdasarkan kebolehan dan penguasaan
sesuatu kemahiran. Setiap kali guru berkesan mengajar mengikut minat murid, secara
tidak langsung guru akan memberi motivasi dan insentif kepada murid supaya tekun dan
belajar bersungguh-sungguh.

5.3 Cadangan untuk memupuk minat positif murid terhadap mata pelajaran
Sirah

Tanggungjawab untuk mendidik atau menanam sifat kecintaan kepada agama bukanlah
hanya terletak pada bahu seorang guru Sirah. Dalam hal ini, ibu bapa, keluarga dan
masyarakat juga berperanan besar dalam menentukan dan menanam minat murid terhadap
mata pelajaran Sirah. Guru Sirah juga haruslah sedar bahawa untuk menanam dan
memupuk minat murid terhadap Sirah, mereka perlu mempelbagaikan kaedah
pembelajaran Sirah secara dalam talian yang lebih menarik. Pandangan negatif terhadap
mata pelajaran Sirah seterusnya akan memberi persepsi terhadap pendekatan dan
pengajaran guru. Ini kerana, jika seseorang murid tidak berminat terhadap sesuatu mata
pelajaran, tentunya murid akan kurang memberikan komitmen terhadap pelajaran tersebut
dan sekaligus pengajaran guru.

Dalam hal ini, pengkaji telah mencadangkan beberapa langkah agar mata pelajaran Sirah

53
lebih diminati dan menjadi mata pelajaran yang digemari oleh murid. Antaranya ialah :

 Seorang guru Sirah itu perlulah memastikan bahan-bahan pengajaran dan


pembelajaran yang akan disampaikan secara dalam talian distrukturkan secara
sistematik supaya murid mudah mempelajarinya dan agar pembelajaran lebih
teratur dan tersusun.

 Penggunaan ABM adalah amat penting dalam sesuatu pengajaran dan


pembelajaran. Hal ini demikian kerana, dengan adanya alat bantu mengajar,
murid akan mudah memahami dan lebih berminat untuk mempelajari sesuatu
pelajaran itu. Jika dilihat kepada hasil kajian ini, kebanyakan murid
menyatakan guru mereka banyak menggunakan strategi berpusatkan guru dan
kaedah pembelajaran tradisional seperti kaedah kuliah, penerangan dan
syarahan dalam pembelajaran Sirah secara dalam talian. Ini menimbulkan
kebosanan dan kurang minat murid untuk mempelajari mata pelajaran ini.

 Seorang guru juga perlulah memberikan motivasi dan galakan kepada murid
supaya belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai kecemerlangan akademik
dan ahlak. Guru juga perlu menasihatkan dan memasukkan unsur tarbiah dalam
diri murid, tidak hanya setakat mengajar untuk menghabiskan sukatan pelajaran
sahaja tetapi di samping mengajar, perlulah mendidik akhlak pelajar agar
mereka mengenali Allah dan mengikut Sunnah Rasulullah S.A.W.

 Guru perlu mengajar mengikut aras kebolehan murid, menggunakan masa


mengajar secara dalam talian dengan sepenuhnya dan juga memberikan masa
secukupnya kepada murid untuk menyiapkan tugasan serta latihan.

 Guru perlulah mengamalkan proses pengajaran dan pembelajaran secara dalam


talian yang sesuai dan selari dengan gaya pembelajaran seorang murid dan
menggunakan kecerdasan pelbagai muridnya. Ini kerana, setiap murid
mempunyai kebolehan dan tahap kecerdasan dan kognitif yang berbeza antara

54
satu sama lain.

 Guru juga perlu bijak menarik minat muridnya dengan membentuk suasana
pembelajaran yang menyeronokkan terhadap mata pelajaran Sirah dengan
menyelitkan unsur-unsur jenaka,imiginasi dan kreatif. Seorang guru yang
efektif adalah guru yang mempunyai sifat-sifat imiginasi kreatif yang tinggi
yang membolehkan seorang guru itu memberi pelbagai contoh sesuai yang
dapat membantu murid untuk memahami atau mengingati kisah dengan mudah
dan tepat.

 Guru Sirah diharapkan agar banyak memberi latihan kepada muridnya.

5.4 Kepentingan mempelajari Sirah

Terdapat beberapa kepentingan mempelajari Sirah Nabawiyyah seperti berikut:

 Untuk mengambil tauladan dan contoh Nabi Muhammad s.a.w iaitu dengan
mengetahui sirah dan petunjukknya serta mengambil iktibar dan pengajaran
daripadanya.

 Dengan mempelajari sirah Nabi bermakna kita mempelajari sirah semulia-mulia


manusia kerana baginda adalah manusia yang paling agung di atas muka bumi ini.

 Dapat memahami ayat-ayat Al-Quran dengan makna yang sebenar dan tepat kerana
kebanyakan ayat-ayat Al-Quran  diturunkan mempunyai “Asbabun Nuzul” yang
tertentu yang berkait-rapat dengan Sirah Rasulullah saw.

55
 Ilmu Sirah ini merupakan satu ilmu yang sangat luas. Ia menjadi sumber bagi ilmu-
ilmu akidah, hukum hakam, akhlak, metodologi dakwah dan lain-lain.

Oleh itu, sebagai seorang yang beriman kepada Allah dan RasulNya, kita hendaklah
menjadikan sirah atau perjalanan hidup baginda s.a.w ini sebagai petunjuk dan ikutan
dalam setiap perkara dalam kehidupan kita kerana bagindalah insan mulia yang
selayaknya kita contohi dan teladani.

5.5 Cadangan Kajian Pada Masa Hadapan

 Pengkaji mencadangkan agar menjalankan kajian rintis terlebih dahulu sebelum


membuat kajian atau penyelidikan.

 Kajian ini perlu dilakukan dan diperluaskan kepada sikap murid terhadap mata
pelajaran ini berdasarkan pengaruh tempat tinggal.

 Pengkaji mencadangkan agar kajian akan datang dibuat berdasarkan kepada cabaran-
cabaran yang dihadapi oleh para murid terhadap mata pelajaran ini.

 Mengkaji persepsi murid terhadap mata pelajaran Sirah dan aplikasinya kepada
amalan kehidupan seharian mereka.

 Pengkaji mencadangkan agar meluaskan kajian ini kepada murid tahun 2 dan 3 pula.

56
RUJUKAN

al-Quran al-Karim.

Abu Saleh, Muhibuddin Ahmad (1988).  Asasiyat fi turuq at-tadris al-`ammah. Riyadh: Dar


Al-Huda.

Apa itu kajian Kuantitatif. (t.t.) [On-Line]. Available.


http://www.scribd.com/doc/46914896/Apa-Itu-Kajian-Kuantitatif#scribd

Arthur, C. & Brafi, P.O. 2013. Internet use among students in tertiary institutions in the
Sunyani Municipality, Ghana. Library Philosophy and Practice (e-journal). Paper 859.

Al-Nashmy, Ajil Jasim. 1980. Ma'alim fi Tarbiyah. Kuweit: Maktabah al-Manar.

Alis Bin Puteh. (2008). Proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah luar bandar:
satu analisis kajian tindakan. Kedah: UUM.

Harun Baharudin. (2016). Penggunaan aplikasi youtube dalam kemahiran mendengar bahasa
arab pelajar. Selangor: UKM Bangi.

Hasan Langgulung (1981). Beberapa tinjauan dalam pendidikan Islam. Kuala Lumpur:


Pustaka Antara Sdn Bhd.

Kamarul Shukri Bin Mat The (2017). Kaedah Persempelan. [On-Line]. Available. Dipetik
dari https://www.slideshare.net/wmkfirdaus/pensempelan.

57
Kerlingar, F.N. (1970). Foundation Of Behavional Research. New York: Holt, Rinehart And
Winston.

Majid (2005). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Maimun Aqasha Lubis, WAN Nurul Syuhada Wan Hassan, Mohd Isa Hamzah. 2017. Tahap
pengetahuan dan kesediaan guru-guru pendidikan Islam sekolah menengah di
Selangor terhadap penggunaan multimedia dalam pengajaran pendidikan Islam.
ASEAN Comparative Education Research Journal on Islam Civilization (ACER-J)
Volume 1 (1) 1-13.

Mohammad, N. & Mohamad Yasin, R. (2011). Pembangunan Model Pengajaran Kreatif


Dalam Bidang Reka Bentuk dan Teknologi di Sekolah Menengah. In Prosiding
Seminar Penyelidikan Siswazah Universiti Kebangsaan Malaysia. Jil. 2, No.1
Februari 2011. ISSN: 2180-1525. (pp. 50–63).

Murdoch Teacher Center (1984). Pengurusan Masa dan Gaya Pembelajaran. Wichita:
Kansas. http://myschoolnet.ppk.kpm.my/bhn_pnp/modul/bcb9.pdf

Noraini Idris (2010). Penyelidikan dalam pendidikan. Kuala Lumpur: McGraw-Hill


Education.

Reinard, J. (2001). Introduction To Communication Research (3rd ed). New York: McGraw
Hill.

Sabitha Marican (2005). Kaedah Penyelidikan Sosial. Edisi Pertama Petaling Jaya: Prentice
Hall Pearson Malaysia.

Sharifah Alwiah Alsagoff (1986). Ilmu pendidikan : pedagogi. Kuala Lumpur: Heinemann,


ctk. 4.

58
Siti Azura Binti Abu Hassan, Suzana Binti Zainol Abidin, Zulkurnain Bin Hassan (2021).
Keberkesanan Pembelajaran Dan Pengajaran Dalam Talian (E-Pembelajaran)
Terhadap Pembelajaran Pelajar Di Kolej Komuniti Hulu Langat.

Sim Pei Weh (2013). Faktor-faktor penghalang penglibatan pelajar pendidikan jarak jauh
dalam pembelajaran atas talian. Penang: USM.

Suppiah Nachiappan et. al (2009). Pembelajaran dan Perkembangan pelajar. Shah Alam :

Oxford Fajar.

Wan Hasmah Wan Mamat, & Nur Munirah Teoh Abdullah. 2013. Pembelajaran aktif. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

59
LAMPIRAN 1

FAKULTI SAINS SOAIAL GUNAAN


SOAL SELIDIK
KAJIAN TERHADAP KAEDAH PEMBELAJARAN SIRAH SECARA
DALAM TALIAN DALAM KALANGAN MURID TAHAP DUA:KAJIAN DI
SEKOLAH RENDAH AGAMA DI IPOH.

Assalamualaikum wrh.wbkh.
Murid yang dikasihi sekalian,
Terima kasih atas kesudian anda kerana telah memberi kerjasama dalam menjayakan
penyelidikan ini. Soal selidik ini dirangka untuk mengenalpasti kaedah pembelajaran Sirah
secara dalam talian dalam kalangan murid SRA Tarbiyyah Islamiyyah Ipoh.
Akan tetapi soal-selidik ini dijalankan bukan bertujuan untuk menilai diri murid secara
peribadi atau mencari kekurangan dari diri setiap murid, akan tetapi kajian ini dilaksanakan
adalah untuk melengkap thesis. Oleh yang demikian jawapan yang telah diberi akan
DIRAHSIAKAN dari mana-mana pihak.
Tiada jawapan betul atau salah bagi jawapan yang anda berikan. Namun kejujuran dan
keikhlasan anda amatlah diperlukan bagi memberi respon yang paling tepat tentang perkara
yang berkaitan dengan diri anda.
Soal-selidik ini dibahagikan kepada lima bahagian, iaitu:
Bahagian A : Makluman Demograsi
Bahagian B : Kaedah pembelajaran secara dalam talian
Bahagian C : Perbezaan gaya pembelajaran murid di dalam pembelajaran Sirah berdasarkan
jantina.
Bahagian D : Perbezaan gaya pembelajaran murid di dalam pembelajaran Sirah berdasarkan

60
pendapatan keluarga.
Bahagian E : Perbezaan gaya pembelajaran murid di dalam pembelajaran Sirah berdasarkan
pekerjaan keluarga.

SEMUA soalan perlu dijawab di dalam boring soal selidik yang telah disediakan. Masa yang
diperlukan untuk menjawab semua soalan adalah 20 ke 30 minit sahaja. Semoga segala
sumbangan,kerjasama dan kejujuran yang anda beri akan mendapat ganjaran pahala dan
kebaikan oleh Allah SWT.
Sekian, terima kasih

Yang Benar,

MUHAMMAD IKRIMAH BIN IDRIS


Pelajar,
Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam,
Fakulti Sains Sosial Gunaan, Universiti Terbuka Malaysia,
Cawangan Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

61
BAHAGIAN A

Arahan: sila tandakan ( / ) pada maklumat yang tepat mengenai diri anda pada tempat kosong
yang berkenaan.

Jantina Lelaki
Perempuan

Umur 10 tahun
11 tahun
12 tahun

Pendapatan keluarga Kurang RM 1,500.00


RM 1,500.00 – 3,000.00
Melebihi RM 3,000.00

Pekerjaan Kerajaan
Swasta
Bekerja Sendiri

62
BAHAGIAN B

Arahan: Soalan ini adalah berkaitan kaedah pembelajaran Sirah yang diminati anda. Sila
tandakan ( / ) pada maklumat yang tepat mengenai diri anda dan isikan termpat kosong
dibawah.

1. Apakah kaedah pembelajaran Sirah yang menjadi Google Meet

pilihan anda ? Telegram

Youtube Live

Facebook Live

63
BAHAGIAN C

Arahan: Soalan yang diajukan dalam bahagian ini adalah mengenai perbezaan gaya
pembelajaran Sirah secara dalam talian berdasarkan jantina. Sila tandakan ( / ) pada kotak
yang disediakan berpandukan 3- skala jawapan, iaitu ( 1 ) Setuju, ( 2 ) Tidak setuju dan ( 3 )
Tidak pasti.

Bil Soalan 1 2 3
Setuju Tidak setuju Tidak pasti
1 Saya suka apabila guru membuat kuiz
atau teka-teki secara online
2 Saya amat berminat sekiranya guru
bercerita dalam mata pelajaran Sirah
3 Saya suka apabila guru membuat sesi soal
jawab kepada murid
4 Saya tidak suka sekiranya guru hanya
membaca dari buku teks
5 Saya rasa bosan apabila guru selalu
menyuruh untuk menyalin nota dari buku
teks
6 Saya rasa sangat menarik sekiranya guru
meringkaskan kisah dari buku teks dan
memberi nota ringkas kepada murid
7 Saya suka apabila guru mengajar sambil
membuat jenaka-jenaka supaya tidak

64
membosankan pembelajaran
8 Saya rasa amat membosankan sekiranya
hanya guru yang bercakap tanpa
melibatkan murid-murid untuk memberi
respon
9 Saya rasa menarik sekiranya guru
mengajar menggunakan slide
persembahan,video-video dan carta
bergambar

BAHAGIAN D

Arahan: Soalan ini adalah berkaitan perbezaan gaya pembelajaran Sirah secara dalam talian
berdasarkan pendapatan keluarga. Sila tandakan ( / ) pada maklumat yang tepat mengenai diri
anda.

1. Adakah anda setuju mudah untuk menggunakan aplikasi Ya


google meet dalam pembelajaran Sirah Tidak

2. Adakah anda setuju sekiranya guru mempelbagaikan Ya


teknik dan kaedah pembelajaran secara dalam
talian agar murid tidak bosan Tidak

3. Adakah anda mempunyai telefon pintar sendiri untuk Ya


menyertai kelas-kelas secara dalam talian
Tidak

4. Adakah anda setuju masalah capaian internet yang tidak Ya


laju menyebabkan murid malas untuk
menghadiri kelas dalam talian Tidak

65
5. Pembelajaran Sirah secara dalam talian boleh direkod Ya
atau diulang semula pada luar waktu pembelajaran
amat seronok dan memudahkan murid. Tidak
Adakah anda setuju?

BAHAGIAN E

Arahan; Soalan ini adalah berkaitan perbezaan gaya pembelajaran Sirah secara dalam talian
berdasarkan pekerjaan keluarga. Sila tandakan ( / ) pada maklumat yang tepat mengenai diri
anda.

1. Adakah anda mampu untuk mempelajari Sirah secara Ya


kendiri tanpa pemantauan daripada ibu bapa Tidak

2. Adakah anda yakin akan mendapat keputusan Ya


yang cemerlang dalam ujian sekiranya Tidak
mempelajari Sirah secara dalam talian bersama guru sahaja
dan tanpa bantuan atau sokongan dari ibu bapa

3. Adakah ibu bapa menyemak tugasan kerja yang Ya


dibuat oleh anda pada setiap hari. Tidak

66
LAMPIRAN 2

FAKULTI APLIKASI SAINS SOSIAL

Muhammad Ikrimah Bin Idris


No 8, Dataran Perpaduan 12,
Taman Bercham Raya, 31150 Ulu Kinta,
Perak.

Dr.Mohamad Yusri Bin Bakir


Institut Pendidikan Guru Kampus Hulu Kinta
Ipoh, Perak
13 Disember 2021
Tuan,
PER: MEMOHON KEBENARAN UNTUK MEMBUAT THESIS ( KERTAS
PROJEK ) DI SRA TARBIYYAH ISLAMIYYAH PERAK

Perkara diatas adalah dirujuk. Saya, Muhamad Ikrimah bin Idris adalah seorang guru
Sirah dari SRA Tarbiyyah Islamiyyah Perak. Seterusnya, saya merupakan seorang
pelajar Semester VIII di OUM Perak yang sedang mengikut pengajian Ijazah Sarjana
Muda Pengajian Islam dengan Pengurusan. Saya ingin memohon kebenaran dari Tuan
untuk membuat Thesis kajian untuk semester ini di SRA Tarbiyyah Islamiyyah Perak.
Tajuk Kajian saya ialah “Kaedah pembelajaran Sirah secara dalam talian dalam
kalangan murid tahap dua: Kajian di sekolah rendah agama di Ipoh”. Selain itu, saya

67
duduk dibawah penyelia Dr.Mohamad Yusri Bin Bakir.
Untuk makluman Tuan kajian saya dimulakan pada Mei 2021 dan akan berakhir pada
Disember 2021.
2. Sehubungan dengan itu, saya ingin memohon kebenaran dari pihak Tuan agar dapat
meluluskan permohonan ini agar dapat menjalankan kajian tersebut di SRA Tarbiyyah
Islamiyyah Perak mulai Mei 2021 hingga Disember 2021 ke atas murid sekolah ini.
Kajian ini akan dilaksanakan tanpa menganggu waktu PnP dan dijalankan secara
dalam talian.
3. Oleh yang demikian, saya harap pihak Tuan dapat meluluskan permohonan ini. Jutaan
terima kasih juga diucapkan di atas kebenaran dalam menjayakan kertas projek ini.
Sekian, terima kasih.

Yang Benar.

………………………..
(Muhammad Ikrimah bin Idris)

68

Anda mungkin juga menyukai