Anda di halaman 1dari 34

KAJIAN TINDAKAN

TAJUK:

KEBERKESANAN APLIKASI ANDROID JOM SIFIR TERHADAP PENGUASAAN


SIFIR DALAM KALANGAN MURID TAHUN TIGA DI SEKOLAH KEBANGSAAN
BAGAN SERAI

DISEDIAKAN OLEH:

ZAITON BINTI HAMID


MOHAMMAD ROHIMI BIN AHMAD
AZHARUL FAIZ BIN ZAINAL ABIDIN

2018
Isi Kandungan Muka Surat

Abstrak 3

Bab 1 Pengenalan 3
1. Pengenalan 4
2. Penyataan Masalah 5
3. Tujuan Kajian 6
4. Rasional Kajian 6
5. Objektif Kajian 7
6. Soalan Kajian 7
7. Kerangka Konseptual Kajian 7
8. Kepentingan Kajian 8
9. Batasan Kajian 8
10. Definisi Operasional 9

Bab 2 Kajian Literatur 10


1. Pengenalan 10
2. Teori Konstruktivisme 10
3. Kelemahan Buku Teks 12

Bab 3 Metodologi Kajian 14


1. Pengenalan 14
2. Rekabentuk Kajian 14
3. Populasi dan Sampel Kajian 14
4. Instrumen Kajian 15
5. Prosedur Kajian 15
6. Pengumpulan dan Analisis Data 15
7. Kesimpulan 16

Bab 4 Dapatan Kajian 18


1. Pengenalan 18
2. Latar Belakang Responden 18
3. Analisis Kajian 19
4. Kesimpulan 20

Bab 5: Rumusan 21
1. Pengenalan 21
2. Perbincangan Dapatan Kajian 21
3. Implikasi Dapatan Kajian 22
4. Cadangan Kajian Lanjutan 22
5. Kesimpulan 22

Rujukan 24
Lampiran 25

2"
"
Abstrak

Penguasaan sifir merupakan salah satu kemahiran yang harus dikuasai oleh semua murid.

Aplikasi Jom Sifir dibangunkan seiring dengan matlamat agar murid-murid dapat menguasai

sifir melalui kaedah didikhibur. Murid-murid berlumba untuk mendapatkan markah tertinggi

dalam aplikasi ini. Jika tersalah input, jujukan markah terkumpul untuk skor betul akan

kembali ke sifar. Persaingan ini membuatkan murid-murid lebih berhati-hati dalam menjawab

sifir dalam aplikasi ini. Aplikasi ini dibangunkan melalui metodologi RUP (Rational Unified

Process), iaitu sebuah proses pembangunan dilakukan berulang-ulang dalam setiap iterasinya.

Metod ini menggunakan UML (Unified Modelling Language) dalam pemodelan bahasanya.

Dalam pembangunan aplikasi ini, metod yang digunakan berorientasi objek. Seluruh kelas

didefinisikan dalam objek-objek dan saling berhubungan. Penyimpanan media dari aplikasi

ini disimpan melalui sebuah database yang disambung secara langsung ke dalam aplikasinya

(SQLite). Hasil daripada analisis dan perancangan aplikasi ini adalah sebuah aplikasi yang

dapat digunakan untuk menguasai sifir dalam kaedah didikhibur.

Kata kunci: Jom Sifir, Aplikasi Sifir, Aplikasi Pendaraban, Mainan Darab, Mainan Android,

UML dan berorientasi objek

3"
"
Bab 1: Pengenalan

1. Pengenalan

Program pendidikan di negara khususnya bagi peringkat sekolah digubal berlandaskan

kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang menggambarkan bahawa pembangunan

insan itu perlulah seimbang dan menyeluruh perkembangannya dari segi intelek, rohani,

emosi dan jasmani. Dalam usaha untuk membina insan seperti yang dihasratkan, ilmu yang

disampaikan perlu juga sesuai dengan perkembangan semasa dan keperluan negara.

Proses pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) merupakan satu proses yang

sememangnya tidak asing lagi bagi guru dan murid. Kepelbagaian dalam menggunakan alat

bantu mengajar bagi mewujudkan persekitaran yang boleh menarik minat murid semakin

diberi keutamaan. Perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) kini telah

memberi cabaran baru dalam dunia PdPc dalam kalangan guru.

Namun, ledakan ICT ini menjadi beban kepada guru apabila mereka tidak menguasai

kemahiran teknologi terkini dalam proses PdPc yang sememangnya penting pada abad ke-21

ini. Tuntutan mengaplikasi teknologi secara berkesan di dalam bilik darjah telah

menyebabkan kesediaan guru menjadi semakin penting seiring dengan peningkatan cabaran

dalam menggunakan teknologi sebagai alat pengintegrasian kemahiran abad ke-21.

Usaha-usaha harus dijalankan agar guru dapat mempertingkatkan kemahiran

menggunakan teknologi terkini dalam proses PdPc. Ia bertujuan melahirkan guru yang dapat

memanfaatkan ICT selaras dengan Anjakan ke-7 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

4"
"
(PPPM) 2013-2015 iaitu ‘Memanfaatkan ICT bagi Meningkatkan Kualiti Pembelajaran di

Malaysia’. Antaranya adalah dengan menambahkan kandungan atas talian untuk perkongsian

amalan terbaik bermula dengan perpustakaan video guru terbaik menyampaikan pengajaran

dalam mata pelajaran kritikal pada 2013 (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013).

2. Penyataan Masalah

Matematik juga adalah salah satu cabang ilmu yang amat berguna kepada manusia.

Seseorang itu dianggap beruntung jika boleh menguasai ilmu Matematik dengan mendalam

terutamanya pada abad ke-21 ini. Tetapi, dalam masa yang sama ramai orang berpendapat

bahawa Matematik adalah satu mata pelajaran yang susah dan membosankan. Belajar

Matematik dianggap satu beban terutamanya apabila ia melibatkan pengiraan yang rumit dan

angka semata-mata. Norshuhada et al. (2017) menyatakan bahawa Matematik adalah satu

mata pelajaran yang sering ditakuti oleh murid dan mereka selalu mengeluh, risau dan amat

bimbang dengan subjek ini. Kajian yang dibuat oleh Tobias (1980), Zaslavsky (1994),

Elenchoty (2007), Davrajoo (2007), Fulya (2008), berkaitan tahap kebimbangan murid

terhadap Matematik telah banyak dijalankan baik di dalam mahupun di luar negara. Menurut

hasil kajian tersebut, terdapat banyak faktor yang mendorong terhadap kebimbangan dalam

mata pelajaran ini iaitu cara penyampaian guru, kelemahan kurikulum, pengurusan masa,

pengaruh rakan sebaya dan lain-lain.

Pembelajaran Matematik dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

dirancang supaya mencapai matlamatnya, iaitu untuk mempertingkatkan pengetahuan,

ketrampilan dan minat murid dalam Matematik. Murid diharapkan akan berupaya

menggunakan Matematik secara berkesan untuk menyelesaikan masalah serta mempunyai

5"
"
persediaan yang mencukupi bagi melanjutkan pelajaran dan berfungsi secara produktif dalam

kerjaya mereka.

Bagi merealisasikan matlamat dalam pembelajaran Matematik, berbagai-bagai kaedah,

strategi dan teknik PdPc telah direka untuk membangkitkan minat, sikap dan motivasi

terhadap mata pelajaran tersebut, seterusnya ia dapat meningkatkan lagi pencapaian murid.

Jika dilihat kebiasaannya pembelajaran dijalankan secara formal di dalam bilik darjah

menggunakan buku teks dan kaedah pengajaran guru secara ‘chalk and talk’ amatlah

membosankan bagi sesetengah murid terutamanya golongan yang kurang berminat terhadap

mata pelajaran Matematik. Hal ini boleh dilihat dengan jelas pada pencapaian murid-murid

yang lemah dalam mata pelajaran ini terutamanya bagi mereka yang tinggal di luar bandar.

3. Tujuan Kajian

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan penggunaan aplikasi Jom Sifir dalam

proses PdPc mata pelajaran Matematik bagi tajuk Pendaraban yang terkandung dalam

sukatan pelajaran Matematik Tahun Tiga

4. Rasional Kajian

Kajian ini sesuai dilaksanakan terhadap seluruh populasi murid Tahun 3 di Malaysia kerana

murid-murid diperkenalkan dengan tajuk Darab pada Unit 4 buku teks Tahun 3.

6"
"
5. Objektif Kajian

i. Membangunkan aplikasi android Jom Sifir

ii. Mengkaji keberkesanan penggunaan aplikasi android Jom Sifir terhadap penguasaan sifir

dalam kalangan murid tahun 3

6. Soalan Kajian

i. Adakah terdapat perbezaan min pencapaian yang signifikan dalam ujian pra antara

kumpulan yang menggunakan kaedah aplikasi android Jom Sifir dan kumpulan yang belajar

secara konvensional?

ii. Adakah terdapat perbezaan min pencapaian yang signifikan dalam ujian pasca antara

kumpulan yang menggunakan kaedah aplikasi android Jom Sifir dan kumpulan yang belajar

secara konvensional?

7. Kerangka Konseptual Kajian

7"
"
8. Kepentingan Kajian

Kajian seperti ini penting kerana dapatan hasil kajian nanti dijangka dapat membantu guru

membuat refleksi tentang pengajarannya serta memperbaiki kaedah dan teknik pengajaran

agar sesuai dengan tahap kesediaan dan minat murid. Dalam proses pembelajaran Matematik

guru seharusnya menggunakan kaedah pengajaran yang boleh meransang pembelajaran

murid. Kaedah penggunaan aplikasi android akan dapat mengekalkan tumpuan dan perhatian

murid kepada pengajaran guru dan seterusnya akan meningkatkan pencapaian.

9. Batasan Kajian

Kajian ini melibatkan 48 orang murid daripada dua buah kelas tahun tiga di Sekolah

Kebangsaan Bagan Serai, Bagan Serai Perak. Sampel dipilih secara bertujuan untuk maksud

kajian. Oleh itu, dapatan kajian ini tidak boleh digeneralisasikan kepada mana-mana

kumpulan lain.

Kajian ini hanya melibatkan tajuk Darab yang terkandung dalam Matematik tahun

tiga. Tajuk ini akan diajarkan dalam masa lapan minggu sahaja. Semasa intervensi

dilaksanakan, pengkaji sendiri yang akan mengajar kedua-dua kumpulan rawatan dan

kumpulan kawalan.

8"
"
10. Definisi Operasional

Keberkesanan – perbezaan skor ujian pasca berbanding dengan ujian pra

Aplikasi android – aplikasi yang dibangunkan untuk peranti android seperti telefon pintar

atau tablet

Jom Sifir – aplikasi Matematik untuk menguji minda murid dalam penguasaan sifir

Penguasaan sifir – perbezaan min skor ujian pasca dan pra

9"
"
Bab 2: Kajian Literatur

1. Pengenalan

Teknologi pendidikan boleh ditafsirkan dalam pelbagai sudut bergantung kepada jenis media

yang digunakan oleh guru. Sungguhpun begitu, Duffy & Mcdonald (2008) mendefinisikan

teknologi pendidikan sebagai apa sahaja media yang digunakan untuk pengajaran guru.

Media yang dimaksudkan adalah seperti model, bahan audio, video, bahan digital dan

komputer yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru di dalam bilik

darjah. Ini bermakna, semua sumber pengajaran yang membantu proses pengajaran guru dan

pembelajaran pelajar boleh dianggap sebagai teknologi.

2. Teori Konstruktivisme

Definisi Teori Konstruktivisme menurut McBrien & Brandt (1997) menyatakan

konstruktivisme adalah satu pendekatan pengajaran berdasarkan kepada penyelidikan tentang

bagaimana manusia belajar. Kebanyakan penyelidik berpendapat setiap individu membina

pengetahuan dan bukannya menerima pengetahuan daripada orang lain. Manakala Briner, M.

(1999) pula menyebut pelajar membina sendiri pengetahuan mereka dengan menguji idea dan

pendekatan berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada, mengaplikasikannya kepada

situasi baru dan mengintegrasikan pengetahuan baru yang diperoleh dengan binaan

intelektual yang sedia wujud.

Teori konstruktif atau konstruktivisme merupakan suatu teori yang digunakan sebagai

panduan dalam pendidikan. Dalam pendidikan konstruktivis, terdapat beberapa prinsip asas

10"
"
iaitu pengetahuan dibina oleh para pelajar, setiap pelajar memiliki idea dan pengetahuan asas,

proses pembinaan pengetahuan melibatkan aspek sosial, dan guru merupakan fasilitator

dalam pembinaan pengetahuan pelajar.

Model pengajaran ini menggalakkan murid melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti

pembelajaran mereka dan guru pula merupakan pemimpin untuk memandu murid-murid

menjalankan aktiviti pembelajaran (Mok Soon Sang, 1993). Dewey sebagai ahli pendidik

menjelaskan proses berorientasi-pelajar mempastikan pelajar-pelajar menganalisa

pengalaman-pengalaman mereka dan menggalakkan pelajar-pelajar menjadi lebih

bertanggungjawab pada diri sendiri dan terarah (Withall, 1991).

Di dalam proses pembelajaran kontruktif, pelajar membina ilmu pengetahuan dengan

melibatkan diri secara aktif, menggunakan cara membandingkan maklumat baharu dengan

pengetahuan sedia ada untuk menyelesaikan sebarang masalah dan mencapai kefahaman

terhadap maklumat baru. Maksudnya pelajar yang hadir ke bilik darjah tidak dianggap

sebagai tin kosong yang perlu dipenuhi tetapi sebagai individu yang membawa pelbagai

pengalaman dan pengetahuan sedia ada yang mereka bawa ke bilik darjah. Premis asas

konstruktivisme adalah:

•! murid membangun, meruntuh (deconstruct), dan mambina semula pengetahuan

mereka sendiri

•! murid meruntuh dan membina semula sesuatu makna, ialah pembelajaran

•! pembelajaran berlaku apabila murid menstruktur semula idea yang sedia ada dengan

menghubungkaitkan idea baru dengan yang lama.

11"
"
Teori ini juga mengenai pembelajaran yang terbentuk hasil daripada pembinaan

pengetahuan berdasarkan pengalaman. Pembelajaran terbina hasil pencantuman maklmat

dengan pengetahuan sedia ada. Contoh dalam mata pelajaran perdagangan, manusia

mempunyai keperluan dan kehendak. Bagi keperluan, Manusia perlu tahu keperluan utama

dalam menjalani kehidupan (pengetahuan sedia ada) seperti makanan. Makanan diperlukan

oleh manusia untuk terus hidup.

Teori ini mengetengahkan pendapat bahawa murid mempelajari sesuatu itu

berdasarkan pengalaman sedia ada mereka. Oleh yang demikian, menurut teori ini, guru perlu

menyediakan aktiviti yang sesuai dengan pengalaman sedia ada murid serta dapat mengaitkan

pengalaman itu dengan pembelajaran yang bakal diajar.

3. Kelemahan Buku Teks

Buku teks merupakan salah satu sumber belajar dan bahan ajar yang banyak digunakan dalam

pembelajaran. Buku teks memang merupakan bahan ajar konvensional sekaligus sumber

belajar bagi murid. Namun meskipun konvensional dan sudah dipergunakan cukup lama dan

banyak yang menganggap tradisional, buku teks pelajaran masih cukup mampu memberikan

sumbangan yang baik pada pembelajaran.

Walau bagaimanapun, sikap murid terhadap buku teks seperti kurang berminat,

kurang membaca, kurang merujuk, meninggalkan buku teks di merata-rata tempat serta

kurang menghargai. Murid kadang-kadang lebih menghargai buku rujukan berbanding buku

teks.

12"
"
Cabaran baru dalam dunia pendidikan era teknologi maklumat memerlukan

penglibatan guru-guru dan aktiviti-aktiviti pembelajaran sepenuhnya yang menjurus kearah

pengajaran dan pembelajaran yang berterusan. Mungkin sudah tiba masanya untuk sistem

pendidikan di negara kita melangkah setapak ke hadapan. Penggunaan teknologi harus

diperluaskan. Kelemahan dalam penggunaan buku teks perlu dibaharui dengan integrasi

teknologi.

13"
"
Bab 3: Metodologi Kajian

1. Pengenalan

Kajian ini adalah mengenai kaedah penggunaan aplikasi android Jom Sifir dalam mata

pelajaran Matematik bagi tajuk Darab. Dalam bab ini, pengkaji menyatakan kaedah kajian

yang akan digunakan dalam kajian ini. Kaedah kajian yang akan digunakan dalam kajian ini

pula menerangkan reka bentuk kajian, populasi dan sampel, alat kajian yang digunakan,

tatacara pengumpulan data dan seterusnya tatacara penganalisaan data.

2. Rekabentuk Kajian

Kajian dijalankan secara kuantitatif.

Jadual 3.1
Rekabentuk Kajian
Kumpulan Ujian Pra Rawatan Ujian Pasca
Eksperimen O1 ---------- X ---------- → O2
Kawalan O3 ---------- - ----------- → O4
Kekunci:
O = menggambarkan pemerhatian, sama ada ujian pra atau ujian pasca untuk
pembolehubah bersandar
X = Kaedah Aplikasi Jom Sifir
- = Kaedah Buku Teks

3. Populasi dan Sampel Kajian

Populasi : 49 orang murid tahun 3 di Sekolah Kebangsaan Bagan Serai

Sampel : 49 orang murid tahun 3 Cekal

14"
"
4. Instrumen Kajian

Soalan Ujian Pra dan Pasca (sila lihat lampiran)

5. Prosedur Kajian

6. Pengumpulan dan Analisis Data

Kajian akan dilakukan di Sekolah Kebangsaan Bagan Serai melibatkan 48 sampel yang

dibahagikan kepada kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Kedua-dua kumpulan

dikehendaki menduduki ujian pra. Pengkaji menguruskan sendiri ujian pra tersebut dan

pengkaji menyemak skor yang diperolehi oleh sampel bagi kedua-dua kumpulan tersebut.

Kumpulan kawalan diajar menggunakan kaedah konvensional sementara kumpulan rawatan

menggunakan kaedah aplikasi Jom Sifir. Kedua-dua kaedah pengajaran ini akan dijalankan

15"
"
dalam masa lapan minggu. Pada hari terakhir intervensi, semua murid dalam kumpulan

rawatan dan kumpulan kawalan akan menduduki ujian pasca. Seterusnya skor ujian pasca

akan dikumpulkan untuk dianalisis oleh pengkaji.

Untuk menjawab persoalan kajian, pengkaji menggunakan ujian-t dan ujian F. Ujian-t

digunakan untuk melihat perbezaan min pencapaian, manakala ujian-F digunakan untuk

melihat keseragaman varians kumpulan.

Analisis data dilakukan dengan menentukan markah skor bagi kedua-dua ujian iaitu

ujian pra dan ujian pasca. Skor maksimum dalam setiap ujian ialah 100. Skor-skor yang

diperoleh dikategorikan kepada tahap-tahap pencapaian murid iaitu sangat baik, baik,

sederhana, lemah dan sangat lemah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 3.1. Gred, tahap

pencapaian dan skor ini dipetik dari Lembaga Peperiksaan Malaysia dan Unit Penilaian dan

Peperiksaan Sekolah Kebangsaan Bagan Serai Perak.

Jadual 3.2
Skor Markah Ujian dan Tahap Pencapaian Murid
Gred Tahap Pencapaian Skor
A Sangat Baik 80-100
B Baik 65-79
C Sederhana 50-64
D Lemah 40-49
E Sangat Lemah 0-39

Sumber : Lembaga Peperiksaan Malaysia dan Unit Penilaian dan Peperiksaan SK Bagan
Serai, Perak

7. Kesimpulan

Secara keseluruhannya, dalam bab ini penyelidik menjelaskan tentang kaedah penyelidikan

yang digunakan dari segi reka bentuk kajian, pemilihan populasi dan sampel, instrumen

penyelidikan, kaedah pengumpulan data dan kajian rintis serta prosedur analisis data. Semua

16"
"
kaedah ini dilakukan secara berurutan bagi memudahkan penyelidik mencapai objektif kajian

ini.

17"
"
Bab 4: Dapatan Kajian

1.! Pengenalan

Keberkesanan aplikasi android Jom Sifir terhadap penguasaan sifir dalam kalangan murid

Tahun Tiga adalah penting untuk dikaji. Pencapaian pelajar kumpulan rawatan dan kumpulan

kawalan akan diperolehi melaui analisis data. Data pencapaian akan dianalisis melalui min,

ujian F dan ujian-t. Ujian f digunakan untuk menentukan kesetaraan varian dan ujian-t

digunakan untuk menentukan sama ada terdapat perbezaan antara skor pencapaian

penguasaan sifir sebelum dan selepas penggunaan aplikasi android Jom Sifir.

2. Latar Belakang Responden

Jadual 4.1
Jantina kumpulan kawalan

Jantina Frekuensi Peratus


Lelaki 7 25.0
Perempuan 21 75.0
Jumlah 28 100.0

Responden adalah seramai 49 orang yang terdiri daripada murid-murid Tahun 3 dari dua

buah kelas (3 Tekun dan 3 Cekal) dari sekolah SK Bagan Serai.

Jadual 4.2
Jantina kumpulan eksperimen

Jantina Frekuensi Peratus


Lelaki 13 61.9
Perempuan 8 38.1
Jumlah 21 100.0

18"
"
3. Analisis Kajian

Jadual 4.3
Perbandingan keputusan ujian pra antara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan

Kumpulan N Min Sisihan Nilai –t Tahap


Piawai Signifikan
Skor Kawalan 21 41.19 22.52 3.604 .001
Ujian Rawatan 28 65.64 24.21
Pra
Signifikan pada tahap p<0.05

Berdasarkan keputusan Jadual 4.3, ujian t sampel tidak bersandar telah dilakukan

terhadap skor pencapaian ujian pra terhadap kaedah pengajaran yang telah dilakukan untuk

menentukan nilai min sama ada nilai min adalah berbeza secara signifikan di antara kaedah

aplikasi Jom Sifir dan buku teks. Nilai min bagi kumpulan kawalan (M=41.19, SD=22.52,

n=21) manakala kumpulan rawatan (M=65.64, SD=24.21, n=28) di mana nilai t(3.604),

p<0.05. Dapatan analisis yang signifikan di mana p<0.05 dengan jelas membuktikan bahawa

terdapat perbezaan yang signifikan dalam pencapaian murid antara kumpulan kawalan dan

kumpulan rawatan dalam ujian pra. Oleh itu hipotesis null ditolak.

Jadual 4.4
Perbandingan keputusan ujian pasca antara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan

Kumpulan N Min Sisihan Nilai –t Tahap


Piawai Signifikan
Skor Kawalan 21 45.05 22.38 4.048 .000
Ujian Rawatan 28 72.07 23.66
Pasca
Signifikan pada tahap p<0.05

Berdasarkan keputusan Jadual 4.4, ujian t sampel tidak bersandar telah dilakukan

terhadap skor pencapaian ujian pasca terhadap kaedah pengajaran yang telah dilakukan untuk

menentukan nilai min sama ada nilai min adalah berbeza secara signifikan di antara kaedah

aplikasi Jom Sifir dan buku teks. Nilai min bagi kumpulan kawalan (M=45.05, SD=22.38,

n=21) manakala kumpulan rawatan (M=72.07, SD=23.66, n=28) di mana nilai t(4.048),

p<0.05. Dapatan analisis yang signifikan di mana p<0.05 dengan jelas membuktikan bahawa

19"
"
terdapat perbezaan yang signifikan dalam pencapaian murid antara kumpulan kawalan dan

kumpulan rawatan dalam ujian pra. Oleh itu hipotesis null ditolak.

Setelah ujian pra dan pasca dijalankan terhadap kumpulan kawalan dan kumpulan

rawatan, didapati terdapat peningkatan yang amat ketara terhadap kumpulan rawatan.

Perbezaan min bagi kumpulan rawatan adalah lebih besar berbanding kumpulan kawalan.

Peningkatan min menunjukkan rawatan yang diberikan adalah berkesan.

4. Kesimpulan

Berdasarkan dapatan daripada analisa skor pencapaian ujian pasca yang dijalankan, didapati

bahawa penggunaan aplikasi android Jom Sifir adalah positif, dimana penggunaan aplikasi

ini dapat meningkatkan penguasaan dan pencapaian dalam sifir. Disamping itu juga, kaedah

ini juga merupakan salah satu kaedah pengajran dan pembelajaran yang menyeronokkan dan

dapat menarik minat pelajar.

20"
"
Bab 5: Rumusan

1.! Pengenalan

Bab ini akan membincangkan mengenai rumusan dan cadangan yang didapati berdasarkan

kajian dan analisis dapatan yang telah dijalankan. Rumusan yang dibuat adalah merangkumi

kajian-kajian dan hasil dapatan yang diperoleh.

2.! Perbincangan Dapatan Kajian

Setelah analisis data dilakukan terhadap ujian pra dan ujian pasca bagi kumpulan kawaln dan

juga kumpulan rawatan, kesimpulan dibuat berdasarkan hasil ujian-t yang dilakukan.

a.! Hasil daripada analisis yang dijalankan menunjukkan di mana p>0.05 dengan jelas

membuktikan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam pencapaian murid

antara kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan dalam ujian pra.

b.! Dapatan analisis kajian mendapati bahawa murid yang menggunakan aplikasi android

Jom Sifir mendapat skor yang tinggi berbanding murid yang menggunakan kaedah

konvensional. Nilai p<0.05 dengan ini jelas membuktikan bahawa terdapat perbezaan

yang signifikan dalam pencapaian murid antara kumpulan kawalan dan kumpulan

rawatan dalam ujian pasca.

21"
"
3. Implikasi Dapatan Kajian

Berdasarkan dapatan kajian yang dilakukan, beberapa implikasi dapat dilihat iaitu:

a.! Guru perlu mempelbagaikan kaedah pengajaran agar pembelajaran menjadi lebih

bermakna.

b.! Guru Matematik disarankan menggunakn aplikasi android Jom Sifir sebagai alat

bantu mengajar bagi tajuk sifir. Hasil dapatan kajian keberkesananya telah pun

terbukti.

4. Cadangan Kajian Lanjutan

Penggunaan aplikasi dalam PdPc adalah satu usaha yang amat baik. Kajian terhadap topik-

topik lain selain sifir boleh dijalankan disamping penggunaan bahan yang menarik dan

interaktif dengan pelbagai media juga boleh dihasilkan dengan menghubungkan pelbagai

teori dan strategi pembelajaran. Pengkaji juga boleh menjalankan kajian di beberapa buah

sekolah dan pemilihan sampel mestilah berlainan bangsa, tahap pencapaian, tahap

penguasaan kemahiran untuk dibuat perbandingan. Pengkaji juga boleh mempelbagaikan

kaedah kajian seperti soal selidik dengan kaedah temubual dan sebagainya.

5. Kesimpulan

Penggunaan aplikasi android Jom Sifir dapat membantu guru menjalankan PdPc yang

berkesan dan mencapai objektif. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lebih

berpusatkan murid akan mendatangkan hasil yang lebih positif. Murid akan lebih

berkeyakinan dan melibatkan diri secara aktif sepanjang aktiviti pengajaran dan pembelajaran

22"
"
berlangsung. Penggunaan kaedah baru seperti penggunaan aplikasi android Jom Sifir

diharapkan dapat membantu murid mengusai sifir dengan lebih baik.

23"
"
RUJUKAN

Davrajoo, E. (2007). Kebimbangan matematik dan hubungan pencapaian pelajar tingkatan


empat di Daerah Klang, Malaysia (Tesis Sarjana). Universiti Putra Malaysia.

Duffy, J.L. dan Mcdonald J.B. (2008). Teaching and Learning with Technology. Unites
States of America: Pearson Education, Inc.

th th
Fulya, Y.S. (2008). Mathematics anxiety among 4 and 5 grade Turkish elementary school
students. International Electronic Journal of Mathematics Education, 3(3).

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Malaysia Education Blueprint 2013-


2025.Executive Summary. Putrajaya.

Norsuhada Samsudin, Wan Nurshaziayani Wan Mohd Rosly, Ahmad Zia U-Saufi Mohamad
Japeri, Shakirah Mohd Abd. Rahman & Sharifah Sarimah Syed Abdullah. (2017).
Keberkesanan Permainan Interaktif dalam Mengatasi Masalah Kebimbangan terhadap
Mata Pelajaran Matematik di Kalangan Pelajar. International Academic Research
Journal of Social Science, 3(1), 202-207.

Tobias, S. (1980). Maths Anxiety: what can we do about it. Today’s Education, 69, 26-29.

Zaslavsky, C. (1994). Fear of maths “How to Get Over it and Get on With Your Life. New
Brunswick: Rutgers University Press.

Teori Pengajaran Konstruktif, https://upsi-kpt4033-s.wikispaces.com/


Teori+pengajaran+konstruktif

24"
"
LAMPIRAN

1. Instrumen Kajian
2. Gambar Aktiviti

25"
"
Ujian((
PRA/PASCA(

"
"
SEKOLAH(KEBANGSAAN(BAGAN(SERAI(
34300(BAGAN(SERAI(PERAK(
(
UJIAN(PENILAIAN(
MATEMATIK(TAHUN(3(
(
"
"
ARAHAN:(
(
1." Jawab"semua"soalan."
"
2." Bulatkan"satu"jawapan"sahaja"(Soalan"1"hingga"20)."
"
3." Tulis"jawapan"anda"dalam"ruangan"yang"disediakan"(Soalan"21"hingga"30)."
"
4." Penggunaan"kalkulator"tidak"dibenarkan."
"
"
"
"
"
"
"
Disediakan"oleh," " " " " Disahkan"oleh,"
"
"
………………………………." " " " " ………………………………."
(AZHARUL"FAIZ"ZAINAL"ABIDIN)" " " (SAHRUL"NIZAM"MOHD"SAID)"
Guru"Matematik"Tahun"3" " " " Ketua"Panitia"Matematik"
SK"Bagan"Serai,"Perak"" " " " SK"Bagan"Serai,"Perak"
" " " " " " " Komen:"…………………………………….."
" " " " " " " " "………………………………………"
" " " " " " " "…………………………………….."
"
"
Soalan"ini"mengandungi"4"helaian"bercetak"termasuk"muka"surat"ini"
"
JANGAN"BUKA"KERTAS"SOALAN"SEHINGGA"DIBERITAHU"
" "

26"
"
PENILAIAN(BERTULIS(
UNIT(4:(DARAB"

EVIDENS(MURID( "
NAMA(:( TARIKH(
KELAS(:( PENTAKSIRAN(
Pilih"satu"jawapan."Bulatkan"jawapan"anda:" "
" 1)"..…"/"....."/....."
1)( """""""9"" 2)( """""""2"" "
x"""""4" x"""""5" LULUS/GAGAL"
"
" "
"
A" 31" C" 36" A" 10" C" 15" 2)"..…"/"....."/....."
"
B" 46" D" 33" B" 17" D" 20" "
"
"
LULUS/GAGAL"
3)( """""""3"" 4)( """""""7"" "
x"""""8" x"""""7" 3)"..…"/"....."/....."
"
" "
LULUS/GAGAL"
A" 26" C" 54" A" 49" C" 89" "
"
B" 24" D" 34" B" 59"
"
D" 46" 4)"..…"/"....."/....."
"
LULUS/GAGAL"
5)( """""""8"" 6)( """""""1"" "
x"""""9" x"""""9" 5)"..…"/"....."/....."
"
" "
LULUS/GAGAL"
A" 77" C" 32" A" 9" C" 1" "
"
B" 71" D" 72" B" 3"
"
D" 6" 6)"..…"/"....."/....."
"
LULUS/GAGAL"
7)( """""""8"" 8)( """""""7"" "
x"""""6" x"""""8" 7)"..…"/"....."/....."
LULUS/GAGAL"
" "
"
A" 49" C" 18" A" 86" C" 58" 8)"..…"/"....."/....."
"
B" 48" D" 58" B" 56"
"
D" 96" "
LULUS/GAGAL"
9)( """""""8"" 10)( """""""5"" "
x"""""8" x"""""4" 9)"..…"/"....."/....."
"
" "
LULUS/GAGAL"
A" 64" C" 54" A" 90" C" 24" "
"
B" 69" D" 63" B" 29"
"
D" 20" 10)"..…"/"....."/....."
"
LULUS/GAGAL"
Semua"maklumat"mesti"dilengkapkan"oleh"murid"kecuali"pengesahan"oleh"pentaksir"sekolah."

27"
"
PENILAIAN(BERTULIS(
UNIT(4:(DARAB"

EVIDENS(MURID( "
NAMA(:( TARIKH(
KELAS(:( PENTAKSIRAN(
Pilih"satu"jawapan."Bulatkan"jawapan"anda:" "
" 11)"..…"/"....."/....."
11)( """""""4"" 12)( """""""5"" "
x"""""3" x"""""9" LULUS/GAGAL"
"
" "
"
A" 2" C" 82" A" 46" C" 45" 12)"..…"/"....."/....."
B" 22"
"
D" 12" B" 40" D" 47" "
"
"
LULUS/GAGAL"
13)( """""""3"" 14)( """""""6"" "
x"""""3" x"""""2" 13)"..…"/"....."/....."
"
" "
LULUS/GAGAL"
A" 8" C" 9" A" 18" C" 12" "
B" 7"
"
D" 4" B" 15"
"
D" 13" 14)"..…"/"....."/....."
"
LULUS/GAGAL"
15)( """""""6"" 16)( """""""6"" "
x"""""9" x"""""4" 15)"..…"/"....."/....."
"
" "
LULUS/GAGAL"
A" 58" C" 52" A" 25" C" 34" "
B" 59"
"
D" 54" B" 24"
"
D" 74" 16)"..…"/"....."/....."
"
LULUS/GAGAL"
17)( """""""5"" 18)( """""""3"" "
x"""""6" x"""""2" 17)"..…"/"....."/....."
LULUS/GAGAL"
" "
"
A" 39" C" 10" A" 0" C" 6" 18)"..…"/"....."/....."
B" 30"
"
D" 38" B" 4"
"
D" 1" "
LULUS/GAGAL"
19)( """""""4"" 20)( """""""4"" "
x"""""8" x"""""2" 19)"..…"/"....."/....."
"
" "
LULUS/GAGAL"
A" 36" C" 12" A" 5" C" 2" "
B" 32"
"
D" 35" B" 0"
"
D" 8" 20)"..…"/"....."/....."
"
LULUS/GAGAL"
Semua"maklumat"mesti"dilengkapkan"oleh"murid"kecuali"pengesahan"oleh"pentaksir"sekolah."

28"
"
PENILAIAN(BERTULIS(
UNIT(4:(DARAB"

EVIDENS(MURID( "
NAMA(:( TARIKH(
KELAS(:( PENTAKSIRAN(
Jawab"semua"soalan"berikut:" "
" 21)"..…"/"....."/....."
21)( """""""3"" 22)( """""""3"" "
x"""""7" x"""""5" LULUS/GAGAL"
"
" "
22)"..…"/"....."/....."
____" ____" "
" "
LULUS/GAGAL"
23)( """""""6"" 24)( """""""1"" "
x"""""6" x"""""3" 23)"..…"/"....."/....."
LULUS/GAGAL"
" "
"
____" ____" 24)"..…"/"....."/....."
" " "
LULUS/GAGAL"
25)( """""""2"" 26)( """""""9" "
x"""""1" x"""""1" 25)"..…"/"....."/....."
"
" "
LULUS/GAGAL"
____" ____" "
" " 26)"..…"/"....."/....."
"
LULUS/GAGAL"
27)( """""""7"" 28)( """""""5"" "
x"""""2" x"""""8" 27)"..…"/"....."/....."
LULUS/GAGAL"
" "
"
____" ____" 28)"..…"/"....."/....."
" " "
LULUS/GAGAL"
29)( """""""8"" 30)( """""""5"" "
x"""""1" x"""""5" 29)"..…"/"....."/....."
"
" "
LULUS/GAGAL"
____" ____" "
" " 30)"..…"/"....."/....."
"
LULUS/GAGAL"
Semua"maklumat"mesti"dilengkapkan"oleh"murid"kecuali"pengesahan"oleh"pentaksir"sekolah."

29"
"
GAMBAR(AKTIVITI(
"

GAMBAR( PENERANGAN(
Aktiviti"PdPc"
menggunakan"
aplikasi"Jom"
Sifir"secara"
berkumpulan"

(
Aktiviti"PdPc"
menggunakan"
aplikasi"Jom"
Sifir"secara"
berkumpulan"

30"
"
Aktiviti"PdPc"
menggunakan"
aplikasi"Jom"
Sifir"secara"
berkumpulan"

(
Aktiviti"PdPc"
menggunakan"
aplikasi"Jom"
Sifir"secara"
berkumpulan"

31"
"
Wakil"kumpulan"
tampil"ke"
hadapan"untuk"
mengumpul"
markah"
maksimum"
dalam"tempoh"
suatu"masa"
yang"ditetapkan"

32"
"
Pelaksanaan"
Ujian"Pra/Pasca"
di"dalam"darjah"

(
Pelaksanaan"
Ujian"Pra/Pasca"
di"dalam"darjah"

(
Aplikasi"Jom"
Sifir"boleh"
didapati"dalam"
Google"
Playstore"

33"
"
https://play.goo
gle.com/store/a
pps/details?id=
com.skbaganser
ai.jomsifir""

34"
"

Anda mungkin juga menyukai