Anda di halaman 1dari 84

TINJAUAN PASARAN DI ZON SELATAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA SAINS DAN PENDIDIKAN (MATEMATIK) ANJURAN FAKULTI PENDIDIKAN,

UTM

ERUAN SHAH BIN AMBAR

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan (Pengurusan dan Pentadbiran).

Tandatangan : Nama Penyelia: Tarikh : DR. HAMDAN BIN SAID 1 NOVEMBER 2010

TINJAUAN PASARAN DI ZON SELATAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA SAINS DAN PENDIDIKAN (MATEMATIK) ANJURAN FAKULTI PENDIDIKAN, UTM

ERUAN SHAH BIN AMBAR

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan (Pengurusan dan Pentadbiran)

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

NOVEMBER 2010

ii

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan : Nama Penulis : Tarikh : ERUAN SHAH BIN AMBAR 1 NOVEMBER 2010

iii DEDIKASI

Buat isteri tercinta Shahriza Inna Shahrom Buah hatiku Eirdina Shafwa

Ibu bapa yang disayangi dan dihormati Allahyarham Hj.Ambar @ Tahir Satimin Umi Habibah Marjan Hj.Shahrom Kasnin Siti Zaliha Muhamad

Saudaraku yang diingati Mohamad Murad & Norervina Jailani Shahredza Amini & Shahredza Hanifi Khairun Nasuha & Asmahani Junaidah Ani & Mohamad Ibrahim

Semua pensyarah dan guru-guruku Rakan-rakan seperjuangan dan sekerja

TANPA DIRIMU, SIAPALAH DIRIKU

iv PENGHARGAAN

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah. Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya Projek Sarjana ini dapat disiapkan dengan jayanya. Di kesempatan ini, pengkaji ingin merakamkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Dr. Hamdan bin Said di atas segala kerjasama, tunjuk ajar, bimbingan serta sokongan yang telah beliau curahkan dalam menyiapkan kajian ini. Segala pertolongan beliau memang tak dapat dibalas dengan wang ringgit. Tidak lupa juga jutaan terima kasih kepada para pensyarah yang turut sama menyumbangkan idea dan ilmu mereka sepanjang pengajian saya di Fakulti Pendidikan ini.

Jutaan penghargaan buat ahli keluarga tercinta yang banyak bersabar, memberikan bantuan, memberikan dorongan dan motivasi, jasa kalian tidak ternilai harganya. Buat rakan-rakan SPPTP, Pontian, terima kasih atas segala kerjasama anda semua. Tanpa kerjasama semua, tak mungkin program ini berjaya dijalankan.

Akhir kata, sekalung penghargaan buat semua yang memberikan kerjasama dalam menjayakan kajian yang dijalankan ini. Didoakan agar jasa bakti anda akan dibalas dengan kebaikan yang berlipat ganda oleh Allah S.W.T.

v ABSTRAK

Apakah program Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Matematik) anjuran Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) memenuhi keperluan pasaran? Kajian diskriptif menggunakan kaedah tinjauan ini bertujuan untuk mencari jawapan kepada persoalan ini dan sebagai memenuhi satu syarat Malaysian Quality Assurance. Majikan institusi pendidikan diminta memberikan penilaian terhadap kurikulum program akademik yang meliputi pengisian konsep teori, jangka masa pengajian, peluang kerjaya, penajaan, dan keperluan pasaran pekerjaan. Satu set soal selidik yang dikeluarkan oleh MQA digunakan dalam kajian ini. Sebanyak 180 set soal selidik lengkap telah dikumpulkan dalam masa yang diperuntukkan. Data telah dianalisa menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) dan hasil analisis dipaparkan dalam bentuk frekuensi dan peratusan. Dapatan kajian secara keseluruhannya menunjukkan bahawa majikan berpuas hati terhadap kesesuaian pengisian konsep teori, jangka masa pengajian, peluang kerjaya, dan pasaran pekerjaan program akademik yang dicadangkan.

vi ABSTRACT

To what extent the Bachelor of Science with education (Mathematics) program conducted by Universiti Teknologi Malaysia fulfill the market needs? The

descriptive study used survey method to discover the answer for this issue as to full fill the requirement of Malaysian Quality Assurance (MQA). The educational institution employers have been asked to evaluate the curriculum of academic program included the theory concept, period of completing the program, carrier opportunity and the requirement of employment. A set of questionnaire issued by MQA were used in this study. There were 180 complete sets of questionnaire

returned in appropriate time. The data obtained have been analysed using Statistical Package for Social Science (SPSS) and the findings were exhibit in the form of percentage, frequency and mean. The overall findings showed that the employers were satisfied on the suitability of the theory concept, period of completing the program, carrier opportunity and the requirement of employment for the academic program suggested.

vii KANDUNGAN

BAB

PERKARA

MUKA SURAT

JUDUL PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI LAMPIRAN 1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan 1.2 Latarbelakang Masalah 1.3 Penyataan Masalah 1.4 Objektif Kajian 1.5 Persoalan Kajian 1.6 Kepentingan Kajian 1.7 Definisi Konsep 1.7.1 Tinjauan Pasaran 1.8 Skop Kajian 1.9 Batasan Kajian 1.10 Penutup 2 SOROTAN KAJIAN

i ii iii iv v vi vii xiii xv 1 1 2 4 4 5 5 6 6 7 8 8 10

viii 2.1 Pengenalan 2.2 Modal Insan 2.3 Tinjauan Pasaran 2.4 Kepentingan Tinjauan Pasaran 2.5 Keperluan Tinjauan Pasaran Dalam Program Akademik 2.6 Kaedah Pelaksanaan Tinjauan Pasaran 2.7 Jangkaan Dapatan Dari Tinjauan Pasaran 2.8 Aspek Penilaian Soal Selidik 2.8.1 Teori Asas 2.8.2 Jangkamasa Pengajian 2.8.3 Peluang Kerjaya 2.8.4 Penajaan 2.8.5 Kesesuaian Program 2.9 Latar Belakang Program Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik) 2.10 Penutup 3.0 METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan 23 24 25 25 13 14 17 17 17 19 20 21 22 10 10 11 12

ix 3.2 Rekabentuk Kajian 3.3 Instrumen Kajian 3.4 Populasi Dan Pensampelan 3.5 Prosedur Kajian 3.6 Analisa Data 3.7 Penutup 4.0 ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN 4.1 Pengenalan 4.2 Analisis Item 4.2.1 Bahagian 1 : Kandungan Program Dan Kesesuaian Dengan Keperluan Organisasi 4.2.1.1 Jenis Organisasi 4.2.1.2 Memenuhi Asas Teori 4.2.1.3 Pemakaian Konsep Teori Dalam Keadaan Semasa 4.2.1.4 Mata Pelajaran 4.2.1.5 Mata Pelajaran Yang Perlu 4.2.1.6 Mata Pelajaran Yang Tidak Perlu 4.2.1.7 Kriteria Teori Asas 32 32 33 33 34 30 31 31 25 26 28 28 29 29 30 30 30

x 4.2.1.8 Kriteria Konsep Semasa 4.2.1.9 Kriteria Perundangan / Akta 4.2.1.10Kriteria Penggunaan ICT 4.2.1.11Kriteria Penggunaan Kaedah Kuantitatif 4.2.1.12Kriteria Hubungkait Dengan Pasaran Kerja 4.2.1.13Jangkamasa Pengajian 4.2.1.14Tempoh Latihan Praktikal 4.2.2 Bahagian II : Peluang Kerjaya 4.2.2.1 Kesesuaian Bidang Pekerjaan 4.2.2.2 Kesesuaian Jawatan 4.2.2.3 Jumlah Jawatan 4.2.2.4 Jumlah Pendapatan 4.2.2.5 Kesesuaian Lanjutan Pelajaran 4.2.3 Bahagian III : Lain-lain 4.2.3.1 Penaja Pengajar 4.2.3.2 Galakkan Mengikuti Program 4.2.3.3 Kesesuaian Program 36 37 37 38 38 38 39 40 40 41 41 41 42 36 34 35 35

xi 4.3 Pecahan Analisis Berdasarkan Objektif Kajian 4.3.1 Objektif Pertama 4.3.2 Objektif Kedua 4.3.3 Objektif Ketiga 4.3.4 Objektif Keempat 4.3.5 Objektif Kelima 4.4 Penutup 5.0 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 5.1 Pengenalan 5.2 Rumusan Kajian 5.3 Perbincangan Dapatan Kajian 5.3.1 Pandangan Majikan Terhadap Kesesuaian Pengisian Konsep Teori Dalam Program Yang Ditawarkan 5.3.2 Pandangan Majikan Terhadap Kesesuaian Jangka Masa Pengajian Dan Tempoh Masa Latihan Praktikal 5.3.3 Pandangan Majikan Terhadap Peluang Kerjaya Graduan Dari Program Yang Ditawarkan 52 51 50 43 43 44 45 46 47 48 49 49 49 50

xii 5.3.4 Pandangan Responden Terhadap Kesediaan Penajaan Bagi Membiayai Kakitanganya Mengikuti Pengajian Program 5.3.5 Persepsi Majikan Tentang Kesesuaian Program Dalam Menghasilkan Graduan Yang Memenuhi Kehendak Pasaran 5.4 Implikasi Kajian 5.5 Cadangan 5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 5.7 Kesimpulan RUJUKAN LAMPIRAN A LAMPIRAN B 53 53 54 55 56 57 61 67 52

xiii SENARAI JADUAL

NO. JADUAL 3.1 3.2 3.3 3.4 4.1

TAJUK Jadual Taburan Item Soal Selidik Taburan Item Soalan Bahagian A Taburan Item Soalan Bahagian B Taburan Item Soalan Bahagian C

MUKA SURAT 26 27 27 27

Taburan Responden Mengikut Jenis Organisasi / Industri 31

4.2

Taburan Responden Mengikut Jawapan Memenuhi Aspek Teori 31

4.3

Taburan Responden Mengikut Pandangan Mereka Ke Atas Kesesuaian Pemakaian Konsep Teori 32

4.4

Taburan Responden Mengenai Kekuatan Mata Pelajaran Terhadap Program 32 33 33 34 34 35 35 36 36 37 37 38

4.5 4.6 4.7 4.8 4.9 4.10 4.11 4.12 4.13 4.14 4.15

Program Meliputi Mata Pelajaran Yang Perlu Mata Pelajaran Yang Tidak Perlu Kriteria Teori Asas Kriteria Konsep Semasa Kriteria Perundangan / Akta Kriteria Penggunaan ICT Kriteria Penggunaan Kaedah Kuantitatif Kriteria Hubungkait Dengan Pasaran Kerja Jangkamasa Pengajian Tempoh Latihan Praktikal Kesesuaian Bidang Pekerjaan

xiv 4.16 4.17 4.18 4.19 4.20 4.21 4.22 4.23 4.24 4.25 4.26 4.27 Kesesuaian Jawatan Jumlah Jawatan Jumlah Pendapatan Kesesuaian Lanjutan Pelajaran Penaja Pengajar Galakkan Mengikuti Program Kesesuaian Program Dapatan Mengikut Objektif Pertama Dapatan Mengikut Objektif Kedua Dapatan Mengikut Objektif Ketiga Dapatan Mengikut Objektif Keempat Dapatan Mengikut Objektif Kelima 39 39 40 40 41 42 42 43 45 45 47 47

xv SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN A B

TAJUK Soal Selidik SPSS

MUKA SURAT 61 67

1 BAB 1

PENDAHULUAN

1.1

Pengenalan

Institusi pengajian tinggi (IPT) di Malaysia sentiasa berusaha memperluaskan program pengajaran dan penyelidikan dalam usaha menyediakan tenaga manusia terlatih bagi memenuhi keperluan dalam pelbagai bidang. Oleh itu program akademik yang ditawarkan mestilah dapat melahirkan graduan yang bukan sahaja bermutu tinggi tetapi menepati kehendak pasaran dunia pekerjaan.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam amanat tahun barunya ada menyatakan bahawa selaras dengan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah meletakkan kebolehpasaran graduan sebagai agenda kritikal yang perlu dilaksanakan dan mencapai sasaran sekurang-kurangnya 75% graduan memperoleh pekerjaan yang sesuai dalam tempoh enam bulan setelah menamatkan pengajian. Bagi memenuhi agenda Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) tersebut, pihak IPT juga disarankan agar melakukan perubahan pada kurikulum sedia ada agar usaha untuk menambah nilai pasaran graduan serta penerapan nilai-nilai keusahawanan dalam diri pelajar dapat dilaksanakan.

Zulkifly Osman dan Ishak Yussof (2008) menyatakan bahawa teori ekonomi modal manusia menjelaskan bahawa modal insan yang lebih berkualiti merupakan persediaan terbaik bagi mencapai tujuan menjana pertumbuhan ekonomi yang lebih mapan dan berdaya saing terutamanya dalam suasana cabaran globalisasi semasa. Persaingan antara IPT dalam menawarkan program akademik yang berkualiti dan memenuhi keperluan pasaran sudah tentu akan meningkatkan kecekapan dalam pengeluaran graduan. Walau bagaimanapun, situasi ini juga boleh menimbulkan kemudaratan apabila pesaing yang lemah akan terpaksa keluar daripada pasaran. Ini kerana, dengan jumlah modal tenaga insan yang ada pada masa kini, ditambah pula

2 dengan variasi program dan jumlah IPT di dalam negara, majikan mempunyai pilihan yang banyak dalam memilih kualiti pekerja yang diinginkan.

Perlu diingatkan bahawa besarnya pelaburan yang dilakukan di sektor modal insan tidak akan membawa hasil yang signifikan bagi pertumbuhan ekonomi tanpa disertai peningkatan kualiti yang diperlukan (Yahaya Ibrahim dan Abd. Hair Awang, 2008). Pada masa yang sama, sektor swasta di Malaysia semakin menunjukkan minat terhadap sistem pendidikan tinggi dan pembiayaanya. Pelbagai biasiswa diwujudkan oleh majikan dalam membuktikan komitmen mereka kepada bidang pendidikan dan latihan. Hal ini mungkin tercetus akibat rasa tidak puas hati pihak majikan dengan latihan dan kemahiran yang dihasilkan oleh sistem sedia ada untuk dunia pekerjaan. Malah menurut Siti Alida dan Halimah Ahmad (2007) terdapat juga majikan yang menawarkan biasiswa kepada para pelajar peringkat diploma dan ijazah pertama walaupun pelajar tersebut belum pernah bekerja dengan organisasi mereka.

1.2

Latarbelakang Masalah

Menurut laporan Berita Harian bertarikh 28 Julai 2009, kira-kira 150,000 graduan institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan menamatkan pengajian setiap tahun iaitu meliputi 80,000 lepasan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan baki 70,000 orang dari institusi pengajian tinggi swasta (IPTS). Mengikut Sistem Kajian Pengesanan Graduan yang dicatatkan tahun 2008, daripada 88,220 keseluruhan graduan IPTA tamat pengajian, seramai 44,525 atau 50.5 peratus mendapat pekerjaan selepas enam bulan tamat pengajian, tidak dapat pekerjaan seramai 19,198 atau 21.7 peratus dan selebihnya lain (melanjutkan pelajaran atau mengikuti latihan kemahiran). Kajian yang sama bagi graduan IPTS pula seramai 13,053 atau 62.8 peratus yang mendapat pekerjaan selepas tamat pengajian dan tidak mendapat pekerjaan 4,910 orang atau 19.7 peratus. Bagaimanapun, jumlah bagi IPTS itu tidak menggambarkan data keseluruhan graduan yang mendapat pekerjaan atau menganggur kerana tidak semua IPTS di seluruh negara mendaftar dalam Sistem Kajian Pengesanan Graduan ini.

3 Keupayaan IPT di negara ini dalam melahirkan kuantiti graduan yang diperlukan oleh pasaran tenaga kerja dalam negara tidak dapat dinafikan. Namun demikian, sejauh manakah kualiti graduan yang dihasilkan sebenarnya berupaya menepati kualiti yang diperlukan oleh pihak majikan? Mungkinkah sebenarnya antara punca kepada permasalahan pengangguran di negara ini sebenarnya disebabkan oleh ketidaksesuaian program yang dianjurkan oleh IPT berbanding dengan keperluan pihak majikan? Selain daripada masalah pengangguran, isu mengenai gaji graduan yang diterima bekerja juga perlu diberi perhatian. Adakah kesan daripada pendidikan yang diterima oleh graduan mempengaruhi

pendapatanya? Menurut Jacob Mincer (1974), di Amerika Syarikat umpamanya mendapati tempoh persekolahan dan pengalaman bekerja (sebagai proksi modal insan) dapat menerangkan sebanyak 30% daripada perubahan yang berlaku ke atas perolehan atau upah pekerja. Majikan masa kini, menilai para graduan melalui pengalaman program yang diikutinya sebelum ini. Adakah program yang diikuti itu tadi menggunakan tempoh masa yang bersesuaian dan mempunyai latihan praktikal yang mencukupi?

Masalah kekangan tenaga kerja yang berlaku dalam tempoh RMKe-6 dan separuh penggal pertama perlaksanaan RMKe-7 jelas menunjukkan kegagalan sistem pembangunan dan perancangan modal insan bertindak balas terhadap perkembangan pasaran (Zulkifly Osman dan Ishak Yussof, 2008). Dalam tempoh berkenaan, ekonomi Malaysia menghadapi masalah kekurangan tenaga kerja yang sangat ketara kerana dikatakan dalam tempoh berkenaan pendidikan dan latihan yang diterima oleh pekerja tempatan tidak bersesuaian dengan permintaan majikan. Masalah lebih ketara terutamanya dalam bidang profesional dan teknikal sehingga menyebabkan ekonomi negara menjadi kaku. Majikan akhirnya mengambil jalan kedua iaitu dengan mendapatkan tenaga kerja asing. Namun demikian, dengan beberapa masalah yang timbul akibat dari pengambilan pekerja asing, majikan mula mengorak langkah dengan menggalakkan peningkatan tahap pendidikan pekerja masing-masing (Norzamzila Mustafa, 2005). Ini dilakukan dengan memberikan latihan kepada pekerja, membiayai perbelanjaan pendidikan pekerja ataupun dengan memberikan cuti bergaji kepada pekerja yang menyambung pengajian. Kerana hal inilah, maka majikan akan menentukan program pendidikan yang sesuai dengan keperluan industri / organisasi mereka.

Walaupun strategi pembangunan ekonomi negara telah mengambil kira aspek pembangunan modal insan yang menyeluruh, namun dari segi keberkesanannya masih lagi menjadi persoalan. Misalnya, masalah kekurangan tenaga kerja profesional, mahir dan separuh mahir khususnya dalam bidang teknikal yang berlaku sebelum ini dan masalah mismatch yang masih wujud mungkin merupakan manifestasi daripada kelemahan perancangan yang dibuat. Oleh itu, penilaian terhadap program pembangunan modal insan semasa amat penting dilakukan, sekurang-kurangnya bagi menolong mengenal isu-isu penting yang menjadi penghambat kepada kejayaan pelaksanaan program-program pembangunan modal insan yang lebih berkesan pada masa hadapan (Zulkifly Osman dan Ishak Yussof, 2008).

1.3

Penyataan Masalah

Kajian ini bertujuan untuk melihat semula program Ijazah Sarjana Muda Sains & Pendidikan (Matematik) yang dianjurkan oleh Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia dalam melahirkan graduan yang bersesuaian dengan keperluan semasa majikan. Kajian ini juga penting dalam memastikan program yang dianjurkan oleh UTM adalah sentiasa bukan sahaja menepati kualiti yang pihak UTM tetapkan, namun pada masa yang sama mendapat pengiktirafan dari semua pihak. Melalui kajian ini, pihak universiti dapatlah membuat penilaian dan mendapatkan kekuatan atau kekurangan yang ada dalam program yang telah mereka anjurkan.

1.4

Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah untuk meninjau persepsi majikan terhadap Program Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Kajian ini melihat secara khusus perkara-perkara utama berikut: a) Mengenalpasti kesesuaian pengisian konsep teori dalam program yang ditawarkan.

5 b) Mendapatkan maklum balas mengenai kesesuaian jangka masa pengajian dan tempoh masa latihan praktikal. c) Mendapatkan gambaran tentang peluang kerjaya graduan dari program yang ditawarkan. d) Mengenalpasti kesediaan penaja dalam membiayai kakitanganya bagi menyambung pengajian dalam bidang ini. e) Mengenalpasti kesesuaian program dalam menghasilkan graduan yang memenuhi kehendak pasaran.

1.5

Persoalan Kajian

Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan jawapan kepada persoalan-persoalan berikut: a) Apakah konsep teori yang dimasukkan ke dalam program memenuhi keperluan organisasi? b) Apakah tempoh masa menjalankan program dan latihan praktikal bersesuaian? c) d) Bagaimanakah peluang kerjaya bagi graduan program ini? Adakah organisasi berminat membiayai pengajian kakitanganya dalam bidang ini? e) Adakah graduan dari program ini mendapat permintaan dalam pasaran kerja?

1.6

Kepentingan Kajian

Kepentingan kajian ini bagi Universiti Teknologi Malaysia dapat dihuraikan seperti berikut :

a)

Mencerminkan kekuatan program Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik), UTM yang telah dijalankan selama ini sama ada ianya dapat memenuhi keperluan semasa majikan atau sebaliknya dari segi pengisian teori asasnya.

6 b) Memastikan konsep semasa yang diterapkan dalam program selari dengan perubahan semasa alam pekerjaan. c) Aspek perundangan yang disampaikan melalui program Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik), UTM adalah memenuhi keperluan majikan. d) Penggunaan ICT dalam program ini bersesuaian dengan keperluan kemahiran ICT semasa. e) Penggunaan kaedah kuantilatif dalam pelaksanaan program memenuhi keperluan majikan. f) Program yang ditawarkan senantiasa mempunyai hubungkait dengan pasaran / industri yang berkaitan.

1.7

Definisi Konsep

Berikut adalah definisi istilah dan operasi yang digunakan dalam kajian ini.

1.7.1

Tinjauan Pasaran

Tinjauan pasaran menurut McQuarrie, (2007) merujuk kepada usaha untuk mendapatkan maklumat tentang pasaran atau pelanggan. Paul Hague, 1998 menyifatkan tinjauan pasaran sebagai satu usaha yang mempunyai tujuan yang jelas dan berstruktur. Tinjauan pasaran dilihat oleh Paul Hague sebagai langkah yang perlu dilakukan secara sistematik bagi mengurangkan risiko apabila membuat keputusan dalam pemasaran.

Carl McDaniel dan Roger Gates (2007) pula menggambarkan tinjauan pasaran sebagai memainkan peranan dalam tiga fungsi utama, iaitu deskriptif, diagnostik dan prediktif. Fungsi deskriptif melibatkan penyatuan dan persembahan penyataan serta fakta. Sebagai contoh, apakah pandangan serta sambutan pelanggan terhadap produk yang sudah dihasilkan sebelum ini? Fungsi yang kedua ialah sebagai fungsi diagnostik. Fungsi diagnostik adalah usaha di mana data dan tindakan yang dilakukan dihuraikan. Contohnya ialah apakah perubahan yang berlaku apabila sesuatu perubahan dilakukan ke atas produk yang dihasilkan? Manakala fungsi yang

7 ketiga ialah fungsi prediktif. Fungsi prediktif merujuk kepada tindakan yang dijangkakan terbaik dapat dilakukan oleh sesebuah organisasi dalam usaha bersaing dalam pasaran di masa hadapan.

Dalam kajian ini, fungsi deskriptif adalah berdasarkan maklum balas majikan mengenai program yang telah diikuti para graduan yang bekerja di dalam organisasi majikan yang menjadi responden kajian. Bagi fungsi diagnostik pula, program yang dikaji akan dinilai berdasarkan perubahan semasa kehendak majikan pada masa kini. Manakala fungsi prediktif bagi kajian ini adalah merujuk kepada rumusan dan cadangan yang terbaik ilham dari tinjauan pasaran yang dilakukan keseluruhanya terhadap Program Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik) keluaran Universiti Teknologi Malaysia. Cadangan yang dihasilkan dari tinjauan pasaran diharapkan dapat digunakan untuk memantapkan lagi program yang ada di Fakulti Pendidikan UTM. Majikan dalam kajian ini ditakrifkan sebagai pelanggan kepada UTM di mana graduan dari lulusan Program Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik) UTM diambil atau berkemungkinan diambil bekerja. Manakala graduan dari program ini pula dikenali sebagai produk keluaran.

1.8

Skop Kajian

Aspek yang dikaji dalam kajian ini meliputi enam aspek utama dalam Garis Panduan Program Akademik yang digariskan oleh Jawatankuasa Pendidikan Tinggi (JKPT) Kementerian Pendidikan Tinggi. Enam aspek tersebut ialah:-

a) b) c) d) e) f)

Teori asas Konsep Semasa Perundangan Penggunaan ICT Penggunaan kaedah kuantilatif Hubungkait dengan pasaran / industri

8 1.9 Batasan Kajian

Kajian ini dihadkan kepada berikut:

a)

Kajian ini hanya melibatkan persepsi organisasi pendidikan terhadap program Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik), UTM sahaja. Persepsi dan pandangan pihak-pihak lain, misalnya graduan dan ibu bapa, tidak diambil kira.

b)

Program yang dinilai hanyalah program Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik), UTM sahaja. Ianya tidak menggambarkan persepsi responden terhadap program-program lain Fakulti Pendidikan atau programprogram dari Universiti yang lain.

Kajian ini menjadikan persepsi responden yang terdiri dari kalangan majikan yang mempunyai atau memerlukan pekerja lepasan graduan Sarjana Muda Pendidikan (Matematik) UTM. Majikan yang dipilih pula adalah terdiri daripada sekolah-sekolah, Kolej Komuniti, Pusat Matrikulasi, Pejabat Pendidikan Daerah dan Politeknik. Lingkungan kawasan kajian hanya meliputi zon selatan sahaja (Johor, Negri Sembilan dan Melaka). Di dalam zon selatan, terdapat 393 buah sekolah menengah, 17 buah Kolej Komuniti dan 6 buah Politeknik. Tempoh masa kajian dijalankan adalah dari bulan Julai 2009 sehingga Mac 2010.

1.10

Penutup

Bagi memastikan program yang ditawarkan oleh sesebuah institusi pengajian tinggi sentiasa mendapat pengiktirafan dan permintaan dari kalangan majikan, satu kajian yang berbentuk penilaian dari kacamata majikan perlulah dijalankan. Persaingan antara graduan dari pelbagai institusi dalam merebut peluang pekerjaan yang terhad juga mendesak kepada usaha tersebut. Penggubalan kurikulum dalam melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual memang menjadi hasrat utama dalam falsafah pendidikan negara. Kejayaan dalam melahirkan

9 pelajar yang seimbang dan berpengetahuan tinggi juga perlu disusuli dengan tahap kebolehpasaran dan kecekapanya dalam mengharungi alam pekerjaan. Sebagai sebuah institusi pendidikan, pihak universiti perlu mempunyai satu mekanisma pengukuran tahap kesesuaian program mereka berbanding dengan kemahuan dan keperluan majikan masa kini. Maka, dengan adanya kajian seperti ini, diharapkan pihak Universiti dan pihak majikan dapat bersama-sama berganding bahu dalam usaha membentuk program akademik yang berupaya melahirkan pelajar yang berjaya dalam pelajaran dan kariernya.

10 BAB 2

SOROTAN KAJIAN

2.1

Pengenalan

Bahagian ini membincangkan dengan lebih mendalam tentang tinjauan pasaran program pendidikan. Aspek yang dibincangkan melibatkan aspek modal insan, tinjauan pasaran, kepentingan tinjauan pasaran, keperluan tinjauan pasaran dalam program akademik, kaedah pelaksanaaan tinjauan pasaran, dan jangkaan dapatan dari tinjauan pasaran. Aspek penilaian soal selidik pula menjurus kepada teori asas, jangkamasa pengajian, peluang kerjaya, penajaan dan kesesuaian program. Akhir sekali, latar belakang Program Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik) dibentangkan.

2.2

Modal Insan

Modal insan merupakan aset yang dominan bagi sesebuah negara yang sedang membangun. Pembangunan modal insan memainkan peranan yang penting dalam menjana dan meningkatkan pencapaian ekonomi negara. Proses migrasi antarabangsa modal insan ekoran daripada keperluan terhadap tenaga kerja sama ada yang profesional, terlatih dan tidak terlatih telah membuka ruang transformasi yang lebih luas berasaskan kepada permintaan pasaran global (Ab. Aziz Yusof, 2008).

Corak persaingan masa kini sesebuah negara, sangat bergantung kepada kelebihan dari segi modal insan yang berkualiti iaitu mereka yang mempunyai pengetahuan, kemahiran dan teknologi yang terkini. Untuk membolehkan sesebuah negara mencapai pertumbuhan dan pembangunan ekonomi yang berterusan dua isu penting perlu diberi perhatian. Pertama, keperluan tenaga kerja yang mencukupi dan yang kedua kualiti sumber tenaga kerja berkenaan untuk menjamin kecekapan penggunaanya (Ishak & Mohd. Yusof 2002).

11

Di peringkat industri, pembangunan modal insan bukan sahaja penting tetapi amat kritikal kepada ketahanan sesebuah syarikat. Syarikat yang kekurangan modal boleh meminjam tetapi syarikat yang kekurangan modal insan yang diperlukan mempunyai peluang yang tipis untuk bertahan mahupun jangka panjang. Menurut sama ada dalam jangka pendek

Becker (1975) teori modal manusia lebih

memfokuskan kepada keperluan pelaburan modal insan untuk mencapai dan mengekalkan daya saing sesebuah negara. Pengeluaran modal insan yang tidak efektif sudah tentu akan meningkatkan kos pengeluaran dan mengurangkan daya saing negara berkenaan.

2.3

Tinjauan Pasaran

Mencipta nilai dan memuaskan pelanggan merupakan teras dan kunci kejayaan sesebuah syarikat atau organisasi. Secara umumnya matlamat pemasaran adalah untuk memuaskan pelanggan dan mencapai objektif organisasi. Pemasaran ditakrifkan sebagai proses sosial dan pengurusan di mana individu dan kumpulan memperolehi apa yang diperlukan dan dikehendakki melalui penciptaan dan pertukaran nilai antara satu sama lain. American Marketing Association pula memberi definisi pemasaran yang lebih jelas sebagaimana berikut: Pemasaran merupakan proses perancangan dan pelaksanaan konsepsi, penentuan harga, promosi dan pengagihan idea, barangan dan perkhidmatan untuk mencapai pertukaran yang memuaskan individu dan objektif organisasi.

Sebelum melakukan aktiviti pemasaran, sesebuah organisasi sepatutnya melakukan tinjauan pasaran terlebih dahulu agar kehendak dan corak keperluan pasarannya diketahui. Tinjauan pasaran menggambarkan falsafah sesuatu perniagaan, dan oleh kerana falsafah di sini berfokus kepada pendidikan, perubahan organisasi mungkin diperlukan apabila sesebuah organisasi mahu meningkatkan prestasinya hasil dari tinjauan pasaran yang telah dilakukanya (McQuarrie 2006).

Dalam melaksanakan tinjauan pasaran, Boone, Kurtz, MacKenzie dan Snow (2009) menyatakan terdapat enam langkah yang perlu diikuti. Pertama ialah

12 mengenal pasti masalah. Apakah masalah yang yang sebenarnya dihadapi oleh organisasi. Kedua ialah melakukan kajian eksplorasi bagi mengenal pasti punca permasalahan. Ketiga ialah mencipta hipotesis. Penciptaan hipotesis dilakukan bagi menetapkan dan mengecilkan lagi skop tumpuan tinjauan pasaran yang ingin dijalankan. Keempat ialah mereka bentuk kajian tinjauan pasaran yang bakal dijalankan. Kelima ialah pengumpulan data sama ada data primer dan data sekunder. Yang terakhir sekali yang keenam ialah menganalisis, mentafsir dan

mempersembahkan hasil dari kajian tinjauan pasaran yang dilaksanakan itu.

2.4

Kepentingan Tinjauan Pasaran

Tinjauan pasaran adalah penting bagi sesebuah organisasi. Tinjauan pasaran boleh dilihat memainkan tiga peranan utama iaitu deskriptif, diagnostik dan prediktif (McDaniel & Gates, 2005). Fungsi deskriptif sesebuah tinjauan pasaran adalah meliputi proses menyatukan dan pembentangan kenyataan atau fakta sebenar. Sebagai contoh, apakah kehendak majikan terhadap graduan pada masa kini? Persoalan berbentuk deskriptif ini dapat dijawab melalui tinjauan pasaran.

Peranan kedua tinjauan pasaran iaitu sebagai pengukur diagnostik. Melalui peranan ini, setiap data atau tindakan dapat dihuraikan dan diperjelaskan. Sebagai contoh, apakah impak terhadap graduan selepas perubahan kurikulum dilaksanakan? Peranan ketiga tinjauan pasaran pula iaitu sebagai fungsi prediktif pula akan dapat memberikan gambaran kepada organisasi tentang apakah tindakan yang perlu dilakukan selepas tinjauan dilaksanakan.

Tinjauan pasaran bukanlah perkara yang baru terutamanya di dalam dunia perniagaan. Philip Kotler (2003) menyatakan jika pemasaran adalah enjin kepada ekonomi Amerika Syarikat, maka tinjauan pasaran adalah merupakan penggerak kepada enjin tersebut. Pada waktu dahulu, tinjauan pasaran dibuat lebih menjurus kepada tujuan meningkatkan pengeluaran berbanding memahami kehendak pengguna. Namun bila waktu semakin berubah, organisasi yang menjalankan tinjauan pasaran mendapati bahawa tinjauan pasaran adalah mekanisma terbaik dalam memahami kemahuan dan kehendak semasa pengguna (Philip Kotler, 2003).

13

Paul Christ (2009) menyatakan proses tinjauan bukanlah satu pembelajaran semata-mata untuk sesebuah organisasi tetapi ianya adalah komponen kritikal yang diperlukan dalam membuat keputusan. Tinjauan pasaran berperanan dalam membantu sesebuah organisasi dalam membuat keputusan dengan menunjukkan situasi sebenar yang akan dan bakal berlaku dalam pasaran. Tinjauan pasaran yang dijalankan dengan baik akan memberikan pilihan yang pelbagai kepada organisasi dalam membuat keputusan yang terbaik untuk organisasinya.

McDaniel & Gates (2005) menyatakan tinjauan pasaran adalah penting bagi mengenal pasti mana-mana kelemahan yang terdapat pada produk atau

perkhidmatan. Sebagai contoh, syarikat PEPSI pernah melancarkan produk minuman PEPSI AM di Amerika Syarikat pada lewat 1980an. Setelah mendapati terdapat kelemahan pada jualan minuman itu satu tinjauan pasaran telah dilakukan oleh syarikat tersebut. Hasilnya didapati nama minuman tersebut telah disalah ertikan pengguna sebagai minuman yang hanya sesuai diminum pada waktu pagi sahaja. Oleh itu pengeluaranya dihentikan serta merta bagi mengelakkan kerugian berterusan.

2.5

Keperluan Tinjauan Pasaran Dalam Program Akademik

Terdapat beberapa kajian dan pandangan tentang keperluan tinjauan pasaran dalam sesuatu program akademik. Perdebatan mengenai keperluan melakukan penyelidikan seumpama ini memberikan beberapa gambaran tentang keperluanya dalam sistem pendidikan negara secara amnya. Knapp & Siegel (2009) menyatakan pada zaman pengajianya di Southern Adventist University di tahun 1960-an, tinjauan pasaran pada mulanya dikenali sebagai kajian perhubungan awam. Pada waktu tersebut kepentingan tinjauan pasaran bagi pihak universiti digambarkan mampu membantu pihak universiti bagi mencapai objektif strategik dalam merekrut pelajar, menambahkan dana universiti, membina hubungan baik dengan universiti-universiti lain dan menjalinkan hubungan baik dengan masyarakat.

14 John L.Pulley (2003) di dalam penulisannya di akhbar The Chronicle of Higher Education menyatakan institusi pendidikan sedang bersaing antara satu sama lain dan juga dengan institusi bukan pendidikan dalam mendapatkan penghargaan, peruntukkan kerajaan dan sumbangan sektor swasta. Persaingan dalam melahirkan pelajar yang cemerlang, membentuk cendiakawan yang terbaik dan mendapatkan rangking tertinggi dalam kedudukan antara institusi adalah cabaran institusi pendidikan masa kini. Oleh itu, tinjauan pasaran bagi sesebuah institusi pendidikan adalah perkara yang perlu dilakukan meskipun perkara tersebut menyebabkan pengeluaran sejumlah kos tertentu.

Terdapat beberapa isu yang ditimbulkan oleh sesetengah pihak, bahawa penyelidikan seperti tinjauan pasaran ini adalah tidak sesuai dijalankan kerana ratio pelajar-staf yang semakin tinggi, masalah infrastruktur pendidikan yang perlu dimajukan dan masalah kewangan institusi pendidikan dilihat lebih perlu diutamakan. Jadi, adakah tinjauan pasaran benar-benar perlu dalam program pendidikan? Mark Tennant, Cathi McMullen dan Dan Kaczynski (2009), memberikan kita satu gambaran yang menarik mengenai keperluan penyelidikan dalam program pendidikan. Menurut mereka Persoalanya ialah bukan sama ada kita mampu atau tidak untuk melabur dalam melakukan penyelidikan, tetapi persoalanya ialah, adakah kita mampu menanggung akibat dari tidak melakukanya (penyelidikan).

2.6

Kaedah Pelaksanaan Tinjauan Pasaran

Terdapat beberapa kaedah dan jenis pelaksanaan tinjauan pasaran. Menurut Rick Shuttle dalam laman sesawang ehow.com, tinjauan pasaran adalah satu cara di mana maklumat mengenai pelanggan dan bukan pelanggan atau perniagaan diperolehi. Bagaimana pelanggan dan pengguna melihat kepada produk syarikat / organisasi atau perkhidmatan berbanding produk pesaing yang lain. McDaniel & Gates (2005) menyatakan tinjauan pasaran boleh dilakukan melalui dua kaedah, iaitu melalui kaedah kualitatif dan kaedah kuantitatif. Bagi syarikat komersil, biasanya kaedah kualitatif digunakan untuk mendapatkan maklumat bagi tinjauan ke atas skala kecil

15 manakala kaedah kuantitatif digunakan ke atas tinjauan yang lebih menggambarkan populasi yang besar dan umum.

Beberapa teknik yang biasa digunakan dalam pelaksanaan tinjauan pasaran adalah seperti tinjauan kumpulan fokus. Melalui tinjauan kumpulan fokus, kaedah yang biasa digunakan adalah kaedah kualitatif. Temubual boleh dilakukan ke atas responden dari pelbagai kumpulan demografik seperti berasaskan umur, pendapatan ataupun jantina. Objektif tinjauan berasaskan kumpulan ini adalah untuk mendapatkan corak jawapan responden dari segi perbezaan pendapat mengikut kumpulan mereka. Ahli kumpulan mebincangkan semua topik yang relevan secara mendalam dan bertumpu pada satu isu yang diutarakan. Individu yang berada dalam kumpulan itu haruslah mempunyai pengetahuan dan pengalaman mengenai topik yang dibincangkan. Penemubual dalam kumpulan fokus dikenali sebagai pemudahcara atau dikenali juga sebagai moderator. (Krueger, 1988)

Kaedah pelaksanaan tinjauan pasaran yang kedua yang dikenal pasti ialah kaedah tinjauan satu dengan satu. Kaedah satu dengan satu (one-on-one surveys) adalah satu lagi kaedah tinjauan yang menggunakan teknik kualitatif. Kebiasaanya tinjauan jenis ini digunakan untuk mendapatkan maklum balas terhadap produk atau perkhidmatan baru. Soalan yang digunakan biasanya menjurus kepada pendapat pelanggan tentang pengalaman dan pandangan mereka terhadap produk dan perkhidmatan yang baru dilancarkan tersebut. Apabila mahu mendapatkan maklum balas dari pelanggan utama yang jumlahnya tidak ramai dan merupakan antara penentu masa depan organisasi, tinjauan satu dengan satu adalah kaedah yang terbaik. Hal ini kerana melalui tinjauan jenis ini, pelanggan akan lebih rasa dihargai kerana merasakan hubungan yang terjalin adalah lebih mesra (Clive Shearer 2006). Kesulitan dalam menjalankan tinjauan jenis ini ialah dalam menetapkan temujanji untuk sesi soal jawab. Oleh itu, penyediaan jadual bagi sesi soal selidik akan menjadi satu perkara yang amat sulit sekali. Tinjauan jenis satu dengan satu ini juga perlulah dijalankan oleh individu yang berkecuali (tiada kepentingan dengan hasil tinjauan). Individu yang berkecuali diperlukan kerana tinjauan jenis kualitatif ini jika dijalankan oleh individu yang berkepentingan dalam organisasi, sudah tentu membataskan kejujuran jawapan dari reponden. Responden akan merasa bimbang dengan reaksi yang bakal diterima jika memberikan jawapan yang jujur mengenai

16 produk atau perkhidmatan yang diberikan oleh organisasi pengkaji (Clive Shearer 2006).

Selain daripada tinjauan berbentuk satu dengan satu dan tinjauan berfokuskan kumpulan, terdapat juga kaedah pelaksanaan tinjauan pasaran menggunakan kaedah tinjauan telefon. Kaedah tinjauan telefon biasanya digunakan untuk mengukur tahap kepuasan responden. Kaedah tinjauan jenis ini juga hanya sesuai untuk jumlah responden terhad sahaja. Ini kerana, kaedah tinjauan jenis ini walaupun dapat mengeratkan hubungan antara organisasi dan klien, namun kos pelaksanaanya adalah tinggi. Kaedah tinjauan ini selalunya dijalankan dalam bentuk kuantitatif. Kaedah kuantitatif digunakan kerana melalui cara ini, jawapan soal selidik adalah terus menjurus kepada kelemahan atau kekuatan aspek-aspek yang diukur (Clive Shearer 2006). Kaedah kuantitatif juga dipilih kerana dengan itu, jawapan akan dapat diberikan dengan pantas oleh responden. Menjimatkan masa bermakna menjimatkan wang.

Selain dari kaedah tinjauan melalui telefon, kaedah tinjauan melalui kiriman pos juga boleh dilakukan. Syarikat yang berorientasikan perniagaan biasanya menggunakan kaedah ini apabila mereka mendapati produk atau perkhidmatan mereka mula tidak digunakan lagi oleh pengguna. Menurut laman sesawang ehow.com, terdapat juga syarikat yang menyertakan insentif kewangan kepada

responden dalam jumlah yang kecil sebagai balasan tanda terima kasih kerana membantu mengisi borang soal selidik. Kaedah tinjauan pasaran jenis ini juga biasanya sangat berinformatif kerana responden diberikan ruang untuk menulis pendapat dan cadangan di ruang yang disediakan.

Kaedah yang popular masa kini bagi mendapatkan maklum balas responden dari kumpulan generasi muda pula adalah melalui kaedah tinjauan atas talian (online surveys). Kaedah tinjauan atas talian selalunya disertakan di dalam laman web rasmi sesebuah organisasi. Kebaikan kaedah tinjauan jenis ini ialah, tinjauan boleh dilakukan pada bila-bila masa dan statistik jawapan dari responden boleh diperolehi serta merta. Kebiasaanya kaedah tinjauan jenis ini tidak menetapkan had masa kerana agak sukar untuk menentukan bilakah jumlah soal selidik yang telah dijawab akan mencukupi bilangannya. Kelemahan yang ketara dari kaedah tinjauan jenis ini

17 ialah, pengkaji sukar untuk mengawal jenis kumpulan responden dari segi demografik dan latar belakang mereka.

2.7

Jangkaan Dapatan Dari Tinjauan Pasaran

Menurut Abu Bakar Abdul Hamid (2002), penyelidikan pemasaran menghasilkan maklumat harian berhubung perkembangan dalam persekitaran yang mampu menolong pengurus menyediakan, mengumpul, mengubahsuai rancangan pemasaran, mengumpul sistem lakaran, laporan maklumat dan menyampaikan hasil dan implikasi kajian. Melaui tinjauan pasaran yang akan dijalankan, pengkaji menjangkakan akan mendapat gambaran mengenai kekuatan program yang dianjurkan oleh pihak penganjur program.

Mcquarrie (2006) pula memberikan pendapat, oleh kerana tinjauan pasaran memberikan refleksi mengenai falsafah perniagaan tertentu, dan oleh kerana falsafah itu juga berfokus pada pembelajaran, perubahan dalam organisasi mungkin diperlukan jika organisasi mahu meningkatkan prestasinya bergantung pada hasil tinjauan pasaran tersebut. Oleh itu, sekiranya tinjauan pasaran ini mendapati, terdapat kelemahan dalam aspek tertentu tentang program yang dianjurkan, cadangan usaha penambahbaikan dapat diutarakan.

2.8

Aspek Penilaian Soal Selidik

Kajian yang dilaksanakan ini mengukur lima aspek penilaian program yang utama. Aspek pengukuran tersebut adalah aspek teori asas, jangkamasa pengajian, peluang kerjaya, penajaan, dan kesesuaian program.

2.8.1

Teori Asas

Teori ialah prinsip kasar yang menjadi dasar pembentukan sesuatu ilmu pengetahuan. Teori juga merupakan satu rumusan daripada pengetahuan sedia ada yang memberi

18 panduan untuk menjalankan penyelidikan dan mendapatkan maklumat baru. Sulaiman Masri (2003) menyatakan teori ialah dasar dan rangka suatu ilmu pengetahuan. Ia merupakan sekumpulan binaan konsep, definisi, dan dalil yang saling berkait yang menghadirkan suatu pandangan yang sistematis bagi maksud menjelaskan dan meramalkanfenomena. Pakar-pakar penyelidikan berpendapat bahawa teori yang dipandang ilmiah atau berguna untuk penyelidikan ilmiah, perlu berupaya menilai data yang sesuai atau yang bertentangan dengannya.

Terdapat perbezaan antara teori yang berbentuk tak formal dan teori yang berbentuk formal. Teori tak formal, banyak diperhatikan pada teori-teori pendidikan yang menggunakan bahasa sehari-hari terutama dalam ilmu kemasyarakatan. Teori yang berbentuk formal pula membezakan postulat hipotesis, kesimpulan dan generalisasi dengan sesuatu masalah (atau pemboleh ubah/variabel) diperlihatkan dengan jelas, sehingga penyelidik mampu mengukur setiap pemboleh ubah untuk menguji kebenaran teori (Sulaiman Masri, 2003).

Kegagalan menguasai teori asas boleh menyumbangkan masalah kepada para pelajar dan juga bakal majikan. Dalam kajian Keberkesanan Program Pengalaman Berasaskan Sekolah Berdasarkan Persepsi Guru Pelatih KPLI Sekolah Rendah, MPPM Ambilan 2003: Satu Tinjauan, didapati Program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) telah berjaya mendedahkan budaya sekolah kepada guru pelatih KPLI sekolah rendah tetapi mereka masih kurang berjaya mengaitkan aspek teori dan praktis semasa menjalani program PBS (Ab. Latip dan Abd Ghani, 2003). Ini menunjukkan kebolehan menterjemah pengetahuan aspek teori juga bakal menentukan kebolehan graduan dalam mengaplikasikan ilmu pengetahuanya ke dalam alam pekerjaan kelak.

Sebagai bakal pendidik yang berkemahiran tinggi, terdapat beberapa teori asas yang mesti dikuasai oleh pelajar Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. Antara ilmu asas yang perlu dikuasai oleh pelajar adalah teori pedagogi. Pedagogi ialah kajian mengenai pengajaran, khususnya pengajaran dalam pendidikan formal. Dengan kata lain, ia adalah sains dan seni mengenai cara mengajar di sekolah. Secara umumnya pedagogi merupakan mata pelajaran yang wajib bagi mereka yang ingin menjadi guru di sekolah. Sebagai satu bidang kajian yang luas,

19 pedagogi melibatkkan kajian mengenai proses pengajaran dan pembelajaran, pengurusan bilik darjah, organisasi sekolah dan juga interaksi guru-pelajar

Pedagogi moden selalunya membahagikan fungsi pengajaran kepada tiga bidang, iaitu apa yang dimaksudkan sebagai Taksonomi Bloom. Menurut Taksonomi Bloom, pengajaran boleh terbahagi kepada tiga iaitu bidang kognitif, bidang afektif dan bidang psikomotor. Bidang kognitif adalah berkenaan dengan aktiviti mental seperti kefahaman, pengetahuan dan analisa. Bidang afektif pula adalah berkaitan dengan sikap dan sahsiah diri. Manakala Bidang psikomotor adalah berkenaan dengan aktiviti fizikal seperti kemahiran hidup, pertukangan dan sukan (Noraini Idris, 2001). Walaupun slogan di laman web Fakulti Pendidikan berbunyi Teaching is Our Core Business, ini tidak bermakna graduan dari fakulti ini hanya diterapkan dengan teori asas pengajaran semata-mata. Sebaliknya teori asas yang berkaitan dengan bimbingan dan kaunseling, teknologi ICT, komunikasi, keusahawanan dan ko-kurikulum juga turut sama diterapkan. Justeru itulah maka mata pelajaran yang diajarkan kepada para graduan program ini meliputi juga mata pelajaran yang bakal melengkapkan diri graduan menjadi individu yang seimbang dari aspek pengetahuan, kemahiran, sikap profesionalisme dan kemahiran insaniah.

2.8.2

Jangkamasa Pengajian

Jangkamasa pengajian adalah jangka waktu maksimum yang diperuntukkan oleh pihak Universiti sebagai syarat bagi seseorang siswazah menamatkan pengajianya. Bagi Program Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik), jangka masa pengajian yang diperuntukkan adalah selama 4 tahun (minimum) dan 6 tahun sekiranya perlu (maksimum). Dalam tempoh tersebut, satu semester dicadangkan sebagai tempoh masa latihan praktikum. Tempoh masa pengajian ini adalah selaras dengan kehendak Malaysian Qualifications Agency (MQA).

Mesyuarat Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya pada 21 Disember 2005 telah bersetuju dengan pelaksanaan Kerangka Kelayakan Malaysia (Malaysian

20 Qualifications Framework atau MQF) sebagai landasan sistem jaminan kualiti pengajian tinggi dan titik rujukan standard dan kriteria program pengajian. MQF merupakan alat yang membangun dan mengklasifikasikan kelayakan berdasarkan satu set kriteria yang dipersetujui kebangsaan dan ditanda aras amalan antarabangsa yang menjelaskan tahap-tahap pembelajaran yang dicapai, hasil pembelajaran bidang pengajian dan sistem kredit yang berasaskan beban pembelajaran pelajar. Kriteria ini diguna pakai bagi semua kelayakan yang dianugerah pembekal pendidikan tinggi yang diiktiraf , justeru MQF menyatupadukan semua kelayakan negara.

Menyentuh tentang kepelbagaian program pendidikan perguruan pra perkhidmatan di IPTA dan IPG, apa pun bentuk kursus dan jenis pengajian, komponen latihan mengajar dilihat sebagai teras dalam penghasilan guru-guru novis melalui pendedahan pengalaman dalam situasi sebenar. Aspek ini diberi penekanan oleh KPT dan KPM (2006) di mana semasa latihan mengajar, pengalaman yang diperolehi dianggap sebagai sumber paling berpengaruh dalam sosialisasi seorang guru novis. Lanjutan daripada itu, semua guru pelatih diwajibkan menjalani latihan praktikum.

2.8.3

Peluang Kerjaya

Peluang kerjaya graduan keluaran Program Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik) dijadikan satu lagi pengukur kepada keupayaan dan kekuatan program di mata majikan. Peluang kerjaya dipilih kerana, melalui tahap kebolehpasaran graduan program ini di pasaran tenaga kerja negara, ianya bakal melambangkan permintaanya dalam sektor pekerjaan semasa. Malah, tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa graduan yang mempunyai peluang kerjaya yang luas adalah datangnya dari program akademik yang baik. Dalam era globalisasi kini, pencapaian tahap akademik yang tinggi sahaja tidak mencukupi untuk para graduan diterima terus ke pasaran pekerjaan. Prof. Dato Dr. Hassan Said dalam ucapanya sempena pelancaran Modul Pembangunan Kemahiran Insaniah Untuk IPT pada 2006 berkata Dengan ekspektasi majikan dan cabaran pekerjaan yang semakin meningkat, graduan perlu memilikki bukan sahaja kelayakan akademik tetapi kebolehan dan kemahiran yang memberikan nilai tambah yang mampu menarik minat majikan.

21 Janet Fine (2005) menyatakan graduan lepasan program pendidikan seperti guru sebenarnya adalah juga merupakan seorang ahli psikologi, pemimpin dalam aneka bidang dan pada masa yang sama mampu menyelami hati orang lain. Ini kerana latihan perguruan mensasarkan kepada pembinaan sifat ingin tahu dan meningkatkan pembinaan diri, maka sebenarnya di sinilah bermulanya titik permulaan untuk pelbagai jenis karier, baik untuk karier perguruan mahupun karier dalam bidang-bidang yang lain. Berdasarkan fakta ini, tidak hairanlah sekiranya terdapat majikan yang bukan terlibat dengan bidang pendidikan, namun mahu mendapatkan graduan dari fakulti pendidikan akibat dari mutu keluaran tinggi yang dapat dihasilkan fakulti.

2.8.4

Penajaan

Penajaan oleh majikan untuk menyambung pelajaran adalah boleh dilihat sebagai persefahaman antara dua pihak yang menguntungkan kedua-duanya. Pekerja yang ditaja oleh majikan akan mendapat kelulusan pendidikan yang lebih baik, pengetahuan tinggi yang terkini, kos pengajian yang lebih rendah berbanding tajaan sendiri dan pekerjaanya selepas pengajian telah disediakan. Bagi pihak majikan pula, keuntunganya adalah dari segi pelaburan jangka panjang. Pekerja yang ditaja oleh majikan, kebiasaanya adalah pekerja yang telah dikenal pasti sebagai cekap dalam menjalankan tugasnya dan mampu membawa keuntungan pada organisasi di masa hadapan. Berbanding dengan mengambil pekerja baru yang tinggi kelayakan tetapi cetek pengalaman bekerja, kebanyakkan majikan yang berpandangan jauh lebih gemarkan idea pelaburan dalam pembangunan modal insan.

Pelaburan dalam modal manusia mempunyai dua bentuk iaitu pelaburan yang berlaku di tempat kerja dan yang berlaku di luar tempat kerja (Rahmah, 1996). Pelaburan modal manusia yang berkaitan dengan tempat kerja terdiri daripada latihan secara formal dan tidak formal. Manakala, pelaburan modal manusia yang berkaitan kegiatan di luar tempat kerja boleh dikategorikan seperti persekolahan, kesihatan dan mencari pekerjaan. Selain itu, pelaburan modal manusia dapat dilihat sebagai keputusan pelaburan di mana individu mengagihkan beberapa bahagian pendapatan

22 mereka bagi tujuan pendidikan dan latihan demi meningkatkanperolehan masa hadapan (Blundell R., Powell J., 2000).

Sementara itu, Maimunah Aminuddin (1995) dalam bukunya yang Panduan Pengurusan Personel telah memberikan tiga kepentingan program latihan dan

pembangunan modal insan. Pertama, program latihan dan pembangunan dapat menjimatkan wang. Apabila pekerja mengetahui bagaimana melakukan kerja mereka dengan cara yang betul, kos akan kurang dan keuntungan menjadi lebih tinggi. Kedua, ialah bertujuan untuk mengekalkan pekerja supaya mengurangkan kadar pusing ganti. Ketiga, program latihan dan pembangunan secara tidak langsung dapat mengekalkan pelanggan kerana pelanggan akan berasa gembira apabila mendapat hasil kerja atau perkhidmatan yang lebih berkualiti.

Kasim Mansur, Gusni Saat & Said Effendi (2009) dalam Kajian Kes Pelaburan Pendidikan Modal Insan Di Kalangan Suku Kaumsama-Bajau Di Kota Kinabalu: halatuju Dan Cabaran menyatakan proses urbanisasi dan globalisasi turut memberikan tekanan dan ancaman kepada individu masa kini. Ini kerana, tahap pendidikan yang rendah di kalangan masyarakat akan menyebabkan individu gagal bersaing dalam arus tersebut dan gagal mendapat manfaat sepenuhnya daripada pembangunan yang berlaku di persekitaran mereka. Oleh itu, adalah amat penting bagi menyediakan halatuju yang jelas dalam pelaburan modal insan untuk membolehkan individu menghadapi cabaran urbanisasi dan globalisasi yang semakin mencabar pada abad ini.

2.8.5

Kesesuaian Program

Kesesuaian program akademik yang dianjurkan oleh pihak Universiti dengan kehendak semasa majikan atau pasaran kerja adalah penting dalam memastikan program tersebut mendapat pengiktirafan semua pihak. Terdapat kajian lalu yang menunjukkan kegagalan dalam pengisian program, kursus atau kurikulum yang baik akhirnya menimbulkan masalah kepada pelajar selepas tamat pengajianya. Soo Wee Leng dan Jumayah (2001) mendapati kurikulum yang ditawarkan oleh institusi vokasional tidak mengikut permintaan pasaran indutri yang mengakibatkan

23 kemahiran lepasan vokasional tidak memenuhi keperluan pihak industri. Ini bermakna institusi pendidikan vokasional tidak menjurus kepada pasaran kerja. Maka timbul masalah di kalangan pelajar-pelajar yang tidak dapat mengaplikasikan apa yang dipelajari dengan keperluan pekerjaanya dan tidak dapat menyesuaikan diri di alam pekerjaan baru.

Noah dan Eckstein (1988) pula dalam satu kajiannya mendapati bahawa di England, Jerman, dan Perancis, para majikan industri masih tidak berpuas hati dan sering mengkritik pihak sekolah kerana mereka merasakan pihak sekolah tidak berupaya menyediakan para pelajar dengan latihan kemahiran pekerjaan secukupnya untuk membolehkan mereka memasuki dunia pekerjaan. Para majikan industri juga menyatakan bahawa kurikulum sekolah terlalu menekankan perkara akademik sahaja dan kurang mengambil berat terhadap pelajar yang mempunyai bakat praktikal.

2.9

Latar Belakang Program Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

(Matematik)

Program Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik) adalah salah satu program yang ditawarkan oleh Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. Bahasa pengantar yang digunakan dalam program ini adalah menggunakan Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu sahaja. Jangkamasa pengajian yang diperuntukkan adalah minimum 4 tahun dan maksimum selama 6 tahun. Syarat kemasukan ke dalam program ini adalah melalui 3 laluan iaitu bagi pelajar lepasan matrikulasi, diploma atau STPM. Syarat minimum bagi penganugerahan ijazah adalah mencapai jumlah 123/122 jam kredit dengan mendapat minimum CPA 2.0, lulus latihan praktikum dan menyiapkan projek sarjana muda pada tahun empat. Lepasan dari program ini boleh memohon pekerjaan sebagai tenaga pengajar di institusi pendidikan kerajaan mahupun swasta atau pensyarah di institusi pengajian tinggi.

Terma matematik pada asalnya diambil dari istilah Greek iaitu mathematikos yang datang dari perkataan mathanein yang membawa maksud untuk belajar. Dari pandangan masyarakat Greek, perkataan matematik memberi maksud untuk mempelajari atau mendapatkan semua pengetahuan. Masyarakat Babylon pula

24 menganggap matematik sebagai pengetahuan tentang pertimbangan dan pengukuran. Manakala masyarakat Mesir purba pula menggunakan matematik dalam kajian astronomi mereka. Sehingga ke hari ini, pelbagai maksud digunakan dalam menjelaskan maksud matematik. Untuk sesetengah individu, matematik berkaitan dengan struktur, penyusunan, ketepatan, logik dan masalah. Namun bagi para pelajar, mereka mungkin menganggap matematik sebagai sesuatu yang mereka perlu pelajari sebagai syarat untuk lulus dalam peperiksaan sahaja (Noraini Idris, 2006).

Noor Azlan dan Norhayati (2010) menyatakan para pendidik mungkin mempunyai pandangan berbeza mengenai bagaimana seseorang itu boleh dilatih untuk mengajar. Walau bagaimanapun, kesemua mereka bersetuju bahawa kebolehan mengajar perlu dilatih dan tidak boleh dianggap sebagai sesuatu bakat yang berkembang secara semulajadi. Fakulti Pendidikan UTM melatih graduan supaya mereka mampu menjalankan proses pengajaran yang berkesan kerana ia bukannya proses yang mudah. Proses membentuk pengajar memerlukan bentuk latihan yang sistematik dalam aspek teori dan praktikal. Di sinilah dapat dilihat besarnya sumbangan Program Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik), UTM dalam melahirkan tenaga pengajar subjek matematik seluruh negara.

2.10

Penutup

Secara keseluruhanya tinjauan pasaran dilakukan untuk melihat kesesuaian program yang dijalankan dalam memenuhi kehendak semasa majikan. Penilaian yang dilakukan oleh majikan terhadap program yang dikaji adalah menjurus kepada lima aspek penilaian yang dipilih. Aspek penilaian yang dipilih ialah kesesuaian konsep teori, kesesuaian jangka masa pengajian dan tempoh latihan praktikal, peluang kerjaya graduan, kesediaan penajaan dan juga kesesuaian program secara keseluruhan dalam menghasilkan graduan yang memenuhi kehendak pasaran.

25 BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1

Pengenalan

Bab ini bertujuan membincangkan kaedah atau metodologi kajian tinjauan pasaran program Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik) dari pandangan majikan. Pandangan yang diberikan oleh para majikan yang mempunyai kakitangan graduan program ini atau berkemungkinan mendapatkan khidmat graduan dari

program ini akan mencerminkan kebolehan program dalam membentuk tenaga kerja yang berkemahiran tinggi di alam pekerjaan nanti. Seterusnya dari hasil kajian ini, segala kekuatan dan kelemahan program akan dapat dikenal pasti dan cadangan terhadap langkah penambahbaikan dapat dikemukakan.

3.2

Rekabentuk Kajian

Rekabentuk kajian ini ialah kajian deskriptif jenis tinjauan iaitu berdasarkan objektif kajian untuk melihat kekuatan program Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik) UTM. Majikan yang telah dan mungkin akan menggunakan tenaga kerja graduan dari program ini dikenal pasti terlebih dahulu. Tujuan pemilihan bakal responden dilakukan adalah agar tidak berlaku keadaan di mana responden memberikan jawapan dalam keadaan yang tidak jelas mengenai kehendak soalan. Ketidakfahaman mengenai kehendak soalan bakal memberikan jawapan yang tidak signifikan dengan kehendak kajian dilakukan.

26 3.3 Instrumen Kajian

Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah tinjauan. Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik dalam Bahasa Melayu yang mengandungi tiga bahagian. Jenis soalan soal selidik adalah menggunakan set soal selidik yang dikeluarkan oleh MQA (Malaysian Qualifications Agency). Taburan item soalan dan nombor item soalan adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 3.1.

Jadual 3.1 : Jadual Taburan Item Soal Selidik Bahagian A. Kandungan Program dan Kesesuaian Dengan Keperluan Organisasi B. Peluang Kerjaya C. Lain-Lain B1 B5 C1 C3 Item A1 A14

Instrumen kajian soal selidik telah diubahsuai sedikit oleh pengkaji dari set soalan yang dikeluarkan oleh MQA (Malaysian Qualifications Agency). Perubahan ini tidak menjejaskan set soalan yang asal, sebaliknya hanya nombor item soalan dan pengkhususan kepada program yang dikaji lebih diperincikan.

Secara khususnya, instrumen bagi item di bahagian A lebih memperincikan maklumat mengenai kandungan program dan kesesuaian dengan keperluan organisasi. Item A1, merujuk kepada jenis organisasi responden (sama ada tempatan atau milik asing). Manakala item A2 A7 adalah mengenai kesesuaian konsep teori dan mata pelajaran yang ditawarkan melalui program Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik) UTM. Item A7 A12 juga merupakan penilaian berdasarkan kekuatan program dari segi kekuatanya memenuhi kriteria yang ditetapkan. Kandungan item A1 A14 dapat ditunjukkan dalam jadual 3.2.

27

Jadual 3.2 : Taburan Item Soalan Bahagian A Aspek Soalan a. b. c. d. e. f. g. h. i. Jenis Organisasi Konsep teori Matapelajaran Konsep Semasa Perundangan / Akta Penggunaan ICT Penggunaan Kaedah Kuantitatif Kaitan Pasaran Kerja Jangkamasa Pengajian / Latihan Praktikal No. Item A1 A2, A3 & A7 A4, A5 & A6 A8 A9 A10 A11 A12 A13 & A14

Bagi item yang terkandung dalam Bahagian B, aspek soalan adalah menjurus kepada peluang kerjaya kepada bakal graduan Program Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik) UTM. Ini dapat ditunjukkan dalam Jadual 3.3.

Jadual 3.3 : Taburan Item Soalan Bahagian B


Aspek Soalan a. b. c. Peluang Kerjaya Pendapatan Pengajian Lanjutan No. Item B1, B2 & B3 B4 B5

Dalam Bahagian C, soalan-soalan tentang hal-hal lain diutarakan. Aspek soalan dalam hal-hal lain adalah berkenaan penajaan dan kesesuaian program. Ini dapat ditunjukkan melalui Jadual 3.4.

Jadual 3.4 : Taburan Item Soalan Bahagian C


Aspek Soalan a. b. Penajaan Kesesuaian Program No. Item C1 & C2 C3

28

3.4

Populasi Dan Persampelan

Populasi kajian ini adalah majikan yang mempunyai kakitangan atau mempunyai prospek mendapatkan kakitangan yang terdiri daripada graduan Program Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik) UTM di sekolah-sekolah menengah, kolej komuniti, kolej / pusat matrikulasi dan politeknik di kawasan Zon Selatan Semenanjung Malaysia iaitu yang terletak di Negeri Sembilan, Negeri Melaka dan Negeri Johor. Semua majikan daripada 419 buah organisasi pendidikan diberikan soal selidik. Namun begitu hanya 180 sahaja yang dikembalikan dalam masa yang diperuntukkan. Justeru itu kajian ini terbatas dari segi bilangan responden.

3.5

Prosedur Kajian

Untuk memastikan kajian dijalankan dengan lancar, prosedur kajian yang melibatkan langkah-langkah berikut telah diikuti sepanjang kajian dilakukan :

Langkah pertama :

Maklumat

mengenai

populasi

kajian

diperolehi

daripada pihak Jabatan Pelajaran Negeri, Kolej Komuniti dan Politeknik. Langkah kedua Langkah ketiga : : Bilangan sampel saiz ditentukan. Mendapatkan kebenaran untuk melakukan kajian ke atas responden yeng telah dipilih. Langkah keempat : Melakukan kajian rintis dengan mengedarkan soal selidik ke atas 30 orang majikan di daerah Kulai untuk melihat kebolehpercayaan soal selidik. Langkah kelima : Melakukan kajian sebenar dengan mengedarkan soal selidik kepada para responden. Data yang dikumpulkan hanyalah data yang diperolehi dalam sela masa yang ditetapkan. Langkah keenam : Data yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS). Langkah ketujuh : Perbincangan dibuat ke atas dapatan kajian.

29 3.6 Analisa Data

Analisa terhadap data dijalankan dengan menggunakan analisa deskriptif iaitu melihat kepada peratusan dan kekerapan bagi mendapatkan kepastian tentang pandangan majikan terhadap kekuatan program yang dikaji. Analisa data adalah menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS).

3.7

Penutup

Bab ini membincangkan metodologi kajian. Ini meliputi reka bentuk kajian, instrumen kajian, populasi dan persampelan, prosedur kajian dan analisis data yang teratur dan sistematik. Penentuan terhadap elemen yang dinyatakan di atas dapat menjamin kualiti kesahan dan kebolehpercayaan kajian yang jitu.

30 BAB 4

ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN

4.1

Pengenalan

Bab ini memaparkan analisa data kajian. Dapatan kajian daripada seramai 180 orang responden dapat menerangkan kekuatan dan kelemahan berkaitan program yang ditawarkan oleh Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. Kajian pasaran adalah merujuk kepada maklum balas dari majikan mengenai program yang dilaksanakan oleh pihak universiti.

4.2

Analisis Item

Bagi mengenalpasti kekuatan program Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan Matematik (SPM) di Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. Soal selidik telah dibahagikan kepada tiga bahagian. Bahagian I diletakkan di bawah skop kandungan program dan kesesuaian dengan keperluan organisasi. Bahagian II pula ialah mengenai peluang kerjaya manakala Bahagian III ialah tentang soalan lain-lain. Jumlah keseluruhan soalan adalah 22. Analisis dibentangkan dalam bentuk frekuensi dan peratusan.

4.2.1

Bahagian I : Kandungan Program dan Kesesuaian Dengan Keperluan

Organisasi

Bahagian ini mengandungi 14 item soalan yang berkaitan dengan jenis organisasi, kandungan program dan kesesuaian program dengan keperluan sesebuah organisasi.

31 4.2.1.1 Jenis Organisasi

Bahagian ini terdiri dari satu soalan berkaitan jenis organisasi / industri responden. Jadual 4.1 menunjukkan taburan jenis organisasi seramai 180 responden yang

terlibat dalam kajian ini, 180 (100 peratus) adalah terdiri daripada organisasi / industri tempatan.

Jadual 4.1 : Taburan Responden Mengikut Jenis Organisasi / Industri


Item A1 Tempatan Milik Asing

A1

Nyatakan jenis organisasi / industri anda

180 (100%)

0 (0%)

4.2.1.2 Memenuhi Asas Teori

Jadual 4.2 menunjukkan taburan pandangan responden terhadap aspek teori. Kesemua 180 responden menyatakan bahawa asas teori di dalam Program Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik), UTM adalah memenuhi keperluan yang mereka mahukan.

Jadual 4.2 : Taburan Responden Mengikut Jawapan Memenuhi Aspek Teori Item A2
Memenuhi sepenuhnya Adakah program yang A2 dicadangkan memenuhi asas-asas teori dalam bidang berkenaan? 180 (100%) 0 (0%) 0 (0%) Memenuhi sebahagian Tidak Memenuhi Langsung

32 4.2.1.3 Pemakaian Konsep Teori Dalam Keadaan Semasa

Jadual 4.3 menunjukkan taburan pandangan responden terhadap kesesuaian pemakaian konsep teori dengan keadaan semasa. Kesemua 180 responden (100 peratus) menyatakan, konsep teori yang diterapkan di dalam program adalah bersesuaian dengan keadaan semasa.

Jadual 4.3 : Taburan Pandangan Responden Terhadap Kesesuaian Pemakaian Konsep Teori

Item A3
Adakah pemakaian konsep teori sesuai dengan keadaan semasa?

Ya

Tidak

A3

180 (100%)

0 (0%)

4.2.1.4 Mata Pelajaran

Jadual 4.4 menunjukkan taburan pandangan responden terhadap mata pelajaran yang menyumbang kepada kekuatan program. Kesemua 180 responden (100 peratus) menyatakan, mata pelajaran yang ditawarkan adalah menyumbang kepada kekuatan program.

Jadual 4.4 : Taburan Pandangan Responden Mengenai Kekuatan Mata Pelajaran Terhadap Program

Item A4
Adakah mata pelajaran yang A4 ditawarkan ini menyumbang kepada kekuatan program?

Ya

Tidak

180 (100%)

0 (0%)

33 4.2.1.5 Mata Pelajaran Yang Perlu

Jadual 4.5 menunjukkan taburan pandangan responden terhadap mata pelajaran keperluan untuk program ini. Kesemua majikan yang menjadi responden dalam kajian ini sebulat suara menyatakan bahawa program ini meliputi semua mata pelajaran yang perlu.

Jadual 4.5 Program Meliputi Mata Pelajaran Yang Perlu

Item A5
Adakah program yang A5 dicadangkan ini meliputi semua mata pelajaran yang difikirkan perlu?

Ya

Tidak

180 (100%)

0 (0%)

4.2.1.6 Mata Pelajaran Yang Tidak Perlu

Jadual 4.6 menunjukkan taburan pandangan responden terhadap mata pelajaran yang dirasakan tidak perlu. Melalui tinjauan atas kemungkinan terdapat mata pelajaran yang dirasakan tidak perlu, semua responden memilih jawapan tidak ada.

Jadual 4.6 Mata Pelajaran Yang Tidak Perlu Item A6


Adakah mata pelajaran yang A6 dicadangkan ini meliputi mata pelajaran yang difikirkan tidak perlu? 0 (0%) 180 (100%) Ya Tidak

34 4.2.1.7 Kriteria Teori Asas

Jadual 4.7 menunjukkan taburan pandangan responden terhadap program dalam memenuhi kriteria teori asas. 175 responden (97.2 peratus) memilih jawapan

memenuhi keperluan, manakala 5 responden (2.8 peratus) memilih jawapan memenuhi sebahagian keperluan.

Jadual 4.7 Kriteria Teori Asas Item A7


Memenuhi keperluan Sila nyatakan A7 program untuk memenuhi kriteria berikut : teori asas 175 (97.2%) 5 (2.8%) 0 (0%) 0 (0%) Memenuhi sebahagian keperluan Gagal sebahagian keperluan Ulasan (jika ada)

4.2.1.8 Kriteria Konsep Semasa

Jadual 4.8 menunjukkan taburan pandangan responden terhadap kriteria konsep semasa program ini. Seramai 5 orang responden (2.8 peratus) menganggap program ini hanya memenuhi sebahagian dari keperluan konsep semasa yang dimahukan majikan. Manakala selebihnya iaitu 175 orang (97.2 peratus) pula menganggap program ini telahpun memenuhi keperluan konsep semasa.

Jadual 4.8 Kriteria Konsep Semasa Item A8


Memenuhi keperluan Sila nyatakan program untuk A8 memenuhi kriteria berikut : Konsep semasa 175 (97.2%) 5 (2.8%) 0 (0%) 0 (0%) Memenuhi sebahagian keperluan Gagal sebahagian keperluan Ulasan (jika ada)

35 4.2.1.9 Kriteria Perundangan / Akta

Jadual 4.9 menunjukkan taburan pandangan responden terhadap kriteria perundangan / akta pendidikan. Melalui maklum balas dari reponden, 111 (61.7 peratus) responden berpendapat program ini memenuhi sepenuhnya keperluan kriteria perundangan / akta. Manakala 69 (38.3 peratus) lagi menganggap ianya hanya memenuhi sebahagian keperluan sahaja.

Jadual 4.9 Kriteria Perundangan / Akta Item A9


Memenuhi keperluan Sila nyatakan program untuk A9 memenuhi kriteria berikut : Perundangan / Akta Pendidikan 111 (61.7%) 69 (38.3%) 0 (0%) 0 (0%) Memenuhi sebahagian keperluan Gagal sebahagian keperluan Ulasan (jika ada)

4.2.1.10 Kriteria Penggunaan ICT

Jadual 4.10 menunjukkan taburan pandangan responden terhadap kriteria penggunaan ICT di dalam program. Melalui maklum balas dari reponden, 175 (97.2 peratus) responden berpendapat program ini memenuhi sepenuhnya keperluan kriteria penggunaan ICT. Manakala 5 (2.8 peratus) lagi menganggap ianya hanya memenuhi sebahagian keperluan sahaja.

Jadual 4.10 Kriteria Penggunaan ICT Item A10


Memenuhi keperluan Sila nyatakan program A10 untuk memenuhi kriteria berikut : Penggunaan ICT 175 (97.2%) 5 (2.8%) 0 (0%) 0 (0%) Memenuhi sebahagian keperluan Gagal sebahagian keperluan Ulasan (jika ada)

36

4.2.1.11 Kriteria Penggunaan Kaedah Kuantitatif

Jadual 4.11 menunjukkan taburan pandangan responden terhadap penggunaan kaedah kuantitatif. 117 (65 peratus) dari responden menyatakan program ini memenuhi keperluan kriteria penggunaan kaedah kuantitatif. Manakala 63 (35 peratus) lagi menganggap ianya hanya memenuhi sebahagian keperluan sahaja.

Jadual 4.11 : Kriteria Penggunaan Kaedah Kuantitatif Item A11


Memenuhi keperluan Sila nyatakan program untuk A11 memenuhi kriteria berikut : Penggunaan kaedah kuantitatif 117 (65%) 63 (35%) 0 (0%) 0 (0%) Memenuhi sebahagian keperluan Gagal sebahagian keperluan Ulasan (jika ada)

4.2.1.12 Kriteria Hubungkait Dengan Pasaran Kerja

Jadual 4.12

menunjukkan taburan pandangan responden terhadap hubungkait

dengan pasaran kerja. 175 (97.2 peratus) reponden menyatakan program ini memenuhi sepenuhnya kriteria hubungkait dengan pasaran kerja. Manakala 5 (2.8 peratus) responden menyatakan program ini hanya memenuhi sebahagian kriteria hubungkait dengan pasaran kerja sahaja.

Jadual 4.12 Kriteria Hubungkait Dengan Pasaran Kerja Item A12


Memenuhi keperluan Sila nyatakan program A10 untuk memenuhi kriteria berikut : Hubungkait dengan pasaran kerja 175 (97.2%) 5 (2.8%) 0 (0%) 0 (0%) Memenuhi sebahagian keperluan Gagal sebahagian keperluan Ulasan (jika ada)

37

4.2.1.13 Jangkamasa Pengajian

Jadual 4.13 menunjukkan taburan pandangan responden terhadap kesesuaian jangkamasa pengajian. Dilihat di sini kesemua majikan sependapat dengan menyatakan jangkamasa pengajian untuk program adalah mencukupi. Seramai 180 (100 peratus) responden memilih jawapan yang sama.

Jadual 4.13 Jangkamasa Pengajian

Item A13
Adakah anda berpendapat A13 program yang dicadangkan ini mencukupi dari segi: jangkamasa pengajian

Ya

Tidak

180 (100%)

0 (0%)

4.2.1.14 Tempoh Latihan Praktikal

Jadual 4.14 menunjukkan taburan pandangan responden terhadap kesesuaian tempoh latihan praktikal. Kesemua responden memilih untuk mengatakan tempoh latihan praktikal bagi program ini adalah bersesuaian.

Jadual 4.14 Tempoh Latihan Praktikal

Item A14
Adakah anda berpendapat A6 program yang dicadangkan ini mencukupi dari segi: tempoh latihan praktikal

Ya

Tidak

180 (100%)

0 (0%)

38 4.2.2 Bahagian II : Peluang Kerjaya

Bahagian kedua dalam soal selidik ini, merangkumi soalan yang menjurus kepada persoalan tentang peluang kerjaya para graduan dari program ini dari kaca mata majikan.

4.2.2.1 Kesesuaian Bidang Pekerjaan

Jadual 4.15 menunjukkan taburan pandangan responden terhadap kesesuaian bidang pekerjaan graduan program Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik) UTM. Analisis menunjukkan graduan dari bidang ini sesuai di ambil bekerja dalam bidang Matematik sahaja, dengan 180 (100 peratus) responden memilih bidang Matematik sahaja.

Jadual 4.15 Kesesuaian Bidang Pekerjaan

Item B15
Adakah graduan program ini sesuai B15 bekerja di organisasi anda? Jika ya, sila nyatakan dalam bidang apa?

Matematik

Kimia

Fizik

Lain-lain

180 (100%)

0 (0%)

0 (0%)

0 (0%)

4.2.2.2 Kesesuaian Jawatan

Jadual 4.16 menunjukkan taburan pandangan responden terhadap jawatan bagi graduan

kesesuaian

program Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

(Matematik) UTM. Dari maklum balas tinjauan yang dilakukan, 176 (96.7 peratus) responden memilih jawatan Guru Siswazah sebagai jawatan yang sesuai untuk para

39 graduan keluaran program ini manakala selebihnya pula 6 (3.3 peratus) merasakan graduan dari program ini lebih sesuai diberi jawatan sebagai Pensyarah.

Jadual 4.16 Kesesuaian Jawatan


Guru Pegawai Pelajaran Daerah Pegawai Kegiatan Guru Pensyarah

Item B16
Apakah jawatan yang sesuai di B16 organisasi anda bagi graduan program ini?

Siswazah

174 (96.7%)

0 (0%)

0 (0%)

6 (3.3%)

4.2.2.3 Jumlah Jawatan

Jadual 4.17 menunjukkan taburan pandangan responden terhadap

jumlah

kekosongan jawatan yang sesuai diisi oleh graduan program kajian. Jumlah kekosongan jawatan di dalam organisasi / industri majikan bagi graduan dari program ini adalah dari satu hingga tiga kekosongan sahaja. Ini kerana kesemua responden 180 (100 peratus) memilih jawapan kekosongan jawatan yang sesuai diisi pada kumpulan 1-3.

Jadual 4.17 Jumlah Jawatan

Item B17

1-3 Jawatan

4-6 Jawatan

7-9 Jawatan

Lain-lain

Berapakah banyak (jumlah) jawatan B17 yang sesuai diisi dalam organisasi anda oleh graduan program ini? 180 (100%) 0 (0%) 0 (0%) 0 (0%)

40 4.2.2.4 Jumlah Pendapatan

Jadual 4.18 menunjukkan taburan pandangan responden terhadap jumlah pendapatan yang dicadangkan oleh majikan untuk graduan program kajian. Jumlah pendapatan di sini adalah merujuk kepada jumlah gaji permulaan yang akan dibayar kepada graduan baru lulusan program ini jika diambil bekerja. Kesemua responden 180 (100 peratus) menyatakan jumlah pendapatan yang sesuai ditawarkan kepada graduan program ini ialah antara RM 1,500 hingga RM 2,000.

Jadual 4.18 Jumlah Pendapatan Item B18


Apakah pendapatan B18 (income) yang sesuai ditawarkan kepada graduan ini? 0 (0%) 0 (0%) 180 (100%) 0 (0%) 0 (0%) < RM 1,000 RM 1k 1.5k RM 1.5 2k RM 2k 2.5k Lainlain

4.2.2.5 Kesesuaian Lanjutan Pelajaran

Jadual 4.19 menunjukkan taburan pandangan responden terhadap kesesuaian program ini untuk dilanjutkan ke peringkat yang lebih tinggi. Analisis menunjukkan kesemua responden beranggapan graduan dari program ini sesuai untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Jadual 4.19 Kesesuaian Lanjutan Pelajaran Item B19


Adakah program ini sesuai B19 untuk dilanjutkan ke peringkat yang lebih tinggi? 180 (100%) 0 (0%) Ya Tidak

41 4.2.3 Bahagian III : Lain-lain

Dalam bahagian ketiga soal selidik ini, hanya dua soalan diutarakan iaitu tentang penaja pengajar dan kesimpulan pandangan majikan tentang kebolehan program dalam menghasilkan graduan yang diingini.

4.2.3.1 Penaja Pelajar

Jadual 4.20 menunjukkan taburan pandangan responden terhadap penaja kepada program kajian. Analisis menunjukkan 144 (80 peratus) menyatakan bahawa

organisasi responden mempunyai penaja pelajar dalam bidang berkaitan manakala 20 peratus lagi menyatakan tidak ada.

Jadual 4.20 Penaja Pelajar

Item C20

Ya

Tidak

C20

Adakah organisasi anda menaja pelajar dalam bidang ini?

144 (80%)

36 (20%)

4.2.3.2 Galakkan Mengikuti Program

Jadual 4.21 menunjukkan taburan pandangan responden terhadap galakkan daripada majikan kepada kakitangan untuk mengikuti bidang ini. Kesemua 180 responden (100 peratus) menyatakan bahawa mereka menggalakkan kakitangan mereka mengikuti program ini.

42 Jadual 4.21 Galakkan Mengikuti Program

Item C21

Ya

Tidak

Adakah anda akan C21 menggalakkan kakitangan anda untuk mengikuti program ini? 180 (100%) 0 (0%)

4.2.3.3 Kesesuaian Program

Jadual 4.22 menunjukkan taburan pandangan responden terhadap kesesuaian program dalam menghasilkan graduan yang diingini. Analisis menunjukkan semua responden menyatakan bahawa program ini bersesuaian dan dapat menghasilkan graduan yang mereka ingini.

Jadual 4.22 Kesesuaian Program

Item C22

Ya

Tidak

Pada pendapat anda, adakah C22 program ini dapat menghasilkan graduan yang diingini? 180 (100%) 0 (0%)

43 4.3 Pecahan Analisis Berdasarkan Objektif Kajian

Hasil analisis yang berikut dikelompokkan mengikut objektif yang ingin diperolehi dalam kajian ini. Analisis dikelompokkan semula agar bentuk jawapan dari responden dapat dilihat dari aspek menyempurnakan objektif yang telah ditetapkan.

4.3.1

Objektif Pertama

Jadual 4.23 menunjukkan taburan pandangan responden terhadap dapatan mengikut objektif kajian pertama. Berdasarkan objektif pertama iaitu mengenalpasti kesesuaian pengisian konsep teori dalam program yang ditawarkan, rujukan dilakukan berdasarkan dapatan dari item soal selidik yang berikut:-

Jadual 4.23 Dapatan Mengikut Objektif Pertama Item A2


Memenuhi sepenuhnya Adakah program yang A2 dicadangkan memenuhi asas-asas teori dalam bidang berkenaan? 180 (100%) 0 (0%) 0 (0%) Memenuhi sebahagian Tidak Memenuhi Langsung

Item A3
Adakah pemakaian A3 konsep teori sesuai dengan keadaan semasa?

Ya

Tidak

180 (100%)

0 (0%)

Item A4
Adakah mata pelajaran yang ditawarkan ini A4 menyumbang kepada kekuatan program?

Ya

Tidak

180 (100%)

0 (0%)

44 Item A5
Ya Adakah program yang dicadangkan ini A5 meliputi semua mata pelajaran yang difikirkan perlu? 180 (100%) 0 (0%) Tidak

Item A6
Adakah mata pelajaran yang dicadangkan ini A6 meliputi mata pelajaran yang difikirkan tidak perlu?

Ya

Tidak

0 (0%)

180 (100%)

Item A7

Memenuhi keperluan

Memenuhi sebahagian keperluan

Gagal sebahagian keperluan

Ulasan (jika ada)

Sila nyatakan A7 program untuk memenuhi kriteria berikut : teori asas 175 (97.2%) 5 (2.8%) 0 (0%) 0 (0%)

Dari analisis item A1 hingga A7, secara keseluruhanya majikan yang merupakan responden dalam kajian ini berpendapat bahawa konsep teori yang ditawarkan dalam program Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik) anjuran UTM adalah bersesuaian.

4.3.2

Objektif Kedua

Jadual 4.24 menunjukkan taburan pandangan responden terhadap dapatan mengikut objektif kajian yang kedua. Objektif kajian yang kedua iaitu mendapatkan maklum balas mengenai kesesuaian jangka masa pengajian dan tempoh masa latihan praktikal pula adalah berdasarkan analisis item yang berikut:-

45 Jadual 4.24 Dapatan Mengikut Objektif Kedua Item A13


Adakah anda berpendapat A13 program yang dicadangkan ini mencukupi dari segi: jangkamasa pengajian 180 (100%) 0 (0%) Ya Tidak

Item A14
Adakah anda berpendapat A14 program yang dicadangkan ini mencukupi dari segi: tempoh latihan praktikal

Ya

Tidak

180 (100%)

0 (0%)

Analisis item A13 dan A14 menunjukkan bahawa satu jawapan yang mutlak diperolehi iaitu 100 peratus responden menjawab bahawa program yang dijalankan oleh UTM ini adalah menggunakan masa pengajian dan tempoh latihan praktikal yang bersesuaian sekali.

4.3.3

Objektif Ketiga

Jadual 4.25 menunjukkan taburan pandangan responden terhadap dapatan kajian mengikut objektif ketiga. Bagi mendapatkan objektif kajian ketiga analisis item B15 hingga B18 digunakan. Objektif kajian ketiga adalah mendapatkan gambaran tentang peluang kerjaya graduan dari program yang ditawarkan.

Jadual 4.25 Dapatan Mengikut Objektif Ketiga

Item B15
Adakah graduan program ini sesuai B15 bekerja di organisasi anda? Jika ya, sila nyatakan dalam bidang apa?

Matematik

Kimia

Fizik

Lain-lain

180 (100%)

0 (0%)

0 (0%)

0 (0%)

46
Pegawai Pelajaran Daerah Pegawai Kegiatan Guru Pensyarah

Item B16

Guru Siswazah

Apakah jawatan yang B16 sesuai di organisasi anda bagi graduan program ini? 174 (96.7%) 0 (0%) 0 (0%) 6 (3.3%)

Item B17
Berapakah banyak (jumlah) jawatan B17 yang sesuai diisi dalam organisasi anda oleh graduan program ini?

1-3 Jawatan

4-6 Jawatan

7-9 Jawatan

Lain-lain

180 (100%)

0 (0%)

0 (0%)

0 (0%)

Item B18

< RM 1,000

RM 1k 1.5k

RM 1.5 2k

RM 2k 2.5k

Lain-lain

Apakah pendapatan B18 (income) yang sesuai ditawarkan kepada graduan ini? 0 (0%) 0 (0%) 180 (100%) 0 (0%) 0 (0%)

Dari analisis item B15-B18, satu gambaran yang jelas dapat dinyatakan di sini bahawa kesemua majikan bersetuju bahawa graduan dari program ini hanya sesuai bekerja dalam bidang Matematik (Item B15) dengan tawaran pendapatan antara RM 1,500 RM 2,000 (Item B18) sebagai permulaan. Kesemua responden juga menyatakan terdapat 1-3 jawatan yang sesuai diisi oleh graduan dari program ini (Item B17). 96.7% responden menyatakan graduan dari program ini sesuai menyandang jawatan Guru Siswazah manakala selebihnya menyatakan graduan program ini sesuai menyandang jawatan sebagai Pensyarah (Item B16).

4.3.4

Objektif Keempat

Jadual 4.26 menunjukkan taburan pandangan responden terhadap dapatan mengikut objektif kajian yang keempat. Mengenalpasti kesediaan penaja dalam membiayai

47 kakitanganya bagi menyambung pengajian dalam bidang ini merupakan objektif kajian yang keempat. Bagi mencapai objektif keempat ini, item B19 dan C20 dianalisis. Jadual 4.26 Dapatan Mengikut Objektif Keempat Item B19
Adakah program ini sesuai B19 untuk dilanjutkan ke peringkat yang lebih tinggi? 180 (100%) 0 (0%) Ya Tidak

Item C20
C20 Adakah organisasi anda mempunyai penaja pelajar dalam bidang ini?

Ya

Tidak

144 (80%)

36 (20%)

Dari analisis item di atas, kesemua responden menyatakan bahawa program ini sesuai dilanjutkan ke peringkat yang lebih tinggi (Item B19). Walau bagaimanapun hanya 80% responden menyatakan bahawa mereka mempunyai penaja bagi tujuan pengajian dalam program ini (Item C20).

4.3.5

Objektif Kelima

Jadual 4.27 menunjukkan taburan pandangan responden terhadap dapatan kajian mengikut objektif kajian yang kelima. Bagi tujuan mencapai objektif kelima, iaitu mengenalpasti kesesuaian program dalam menghasilkan graduan yang memenuhi kehendak pasaran, analisis C21 dan C22 digunakan.

Jadual 4.27 Dapatan Mengikut Objektif Kelima Item C21


Adakah anda akan menggalakkan C21 kakitangan anda untuk mengikuti program ini? 180 (100%) 0 (0%) Ya Tidak

Item C22
C22 Pada pendapat anda, adakah program ini dapat menghasilkan graduan yang diingini?

Ya 180 (100%)

Tidak 0 (0%)

48 Dari analisis C21 dan C22, didapati program ini adalah sangat memenuhi kehendak pasaran. Ini kerana kesemua responden bukan sahaja menganggap program ini telah berjaya menghasilkan graduan yang mereka ingini, malah para majikan sebagai responden kajian ini juga turut menggalakkan kakitanganya untuk mengikuti program Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik) anjuran UTM ini.

4.4 Penutup

Bab ini menjelaskan tentang analisis data yang diperolehi daripada 180 responden kajian. Data demografi yang diperolehi dianalisis secara statistik deskriptif iaitu menggunakan frekuensi dan peratus. Dapatan kajian menunjukkan bahawa Program Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia adalah satu program yang dianggap baik oleh para majikan. Pengujian ke atas lima kriteria pemilihan objektif mendapati hampir semua responden memberikan jawapan yang seragam. Perbincangan, rumusan, cadangan dan saranan untuk kajian lanjutan yang berkaitan dengan dapatan akan dijelaskan dalam Bab 5.

49 BAB 5

PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1

Pengenalan

Bab ini merumuskan dapatan kajian yang dilakukan berdasakan persoalan dan objektif kajian. Bab ini seterusnya menunjukkan perbincangan persepsi responden (majikan) terhadap Program Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik) yang dikendalikan Fakulti Pendidikan UTM. Penilaian dilakukan menggunakan satu set soal selidik yang dikeluarkan oleh MQA (Malaysian Qualifications Agency).

5.2

Rumusan Kajian

Tujuan kajian ini adalah melihat penilaian yang diberikan oleh majikan terhadap Program Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik) yang dikendalikan Fakulti Pendidikan UTM. Penilaian yang diberikan oleh pihak majikan adalah penting kepada semua pihak kerana melalui tinjauan seperti ini, kekuatan dan kelemahan dalam penghasilan graduan yang memenuhi pasaran pekerjaan dapat dikenalpasti. Responden yang terlibat terdiri daripada 180 majikan yang mempunyai atau mahukan pekerja dari lulusan program ini. Responden terdiri dari tiga negeri di selatan tanahair iaitu Johor, Negeri Sembilan dan Melaka. Dari tinjauan yang dilakukan, secara keseluruhanya majikan memberikan maklum balas yang sangat positif terhadap pengisian dan cara program ini dijalankan. Rumusan dari kajian ini dapat ditunjukkan seperti berikut :

1.

Pengisian konsep teori dalam program yang ditawarkan adalah bersesuaian dengan kehendak majikan.

2.

Kesesuaian jangka masa pengajian dan tempoh masa latihan praktikal adalah menepati kehendak semasa majikan.

50 3. Dari respon majikan, graduan dari program ini sesuai bekerja sebagai guru / pensyarah Matematik dengan pendapatan RM 1,500 RM 2,000. Serta

terdapat 1-3 jawatan itu di organisasi mereka. 4. Kesemua majikan menyatakan program ini sesuai untuk dilanjutkan ke peringkat yang lebih tinggi. Namun kesediaan dalam penajaan hanya meliputi 80% sahaja. 5. Program ini sangat digalakkan oleh majikan untuk diikuti oleh kaktitanganya dan penilaian dari majikan mendapati program ini berjaya menghasilkan graduan yang diingini.

5.3

Perbincangan Dapatan Kajian

Bahagian ini akan memaparkan perbincangan dari dapatan kajian berdasarkan objektif dan persoalan kajian.

5.3.1

Pandangan Majikan Terhadap Kesesuaian Pengisian Konsep Teori Dalam Program Yang Ditawarkan

Dari kajian yang dilakukan ini, didapati majikan sebagai responden sangat berpuas hati dengan pengisian konsep teori yang diterapkan di dalam program. Dengan bacaan 100 peratus bersetuju dicatatkan pada persoalan sama ada program memenuhi pengisian konsep asas teori dan kesesuaiannya dengan keadaan semasa. Maka pihak UTM seharusnya berbangga dengan kejayaan pihak universiti dalam menganjurkan program yang dapat memenuhi kehendak majikan pada aspek pengisian teori. Malah, semua responden juga menganggap semua mata pelajaran yang ditawarkan juga adalah bersesuaian dan tidak ada satu pun mata pelajaran yang diajar dalam program ini dianggap tidak perlu.

Pengisian konsep teori merupakan antara perkara asas yang perlu dilihat dalam pembangunan sesuatu program akademik. Kepincangan atau kelemahan dalam penyediaan konsep teori asas yang baik, boleh menyebabkan graduan yang dilahirkan bukan sahaja kekurangan dari segi aspek teori, malah boleh menyebabkan

51 peluang pekerjaan mereka terjejas. Menurut satu kajian yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan Pengajian Tinggi Negara (IPPTN) pada tahun 2003 tentang masalah pengangguran dalam kalangan siswazah, didapati antara punca siswazah menganggur adalah kerana banyak kemahiran yang diperolehi selepas tamat pengajian di IPT adalah tidak selari dengan penggunaan kemahiran semasa bekerja.

5.3.2

Pandangan Majikan Terhadap Kesesuaian Jangka Masa Pengajian Dan

Tempoh Masa Latihan Praktikal.

Dapatan kajian mendapati kesemua responden (100 peratus) bersetuju dengan tempoh masa pegajian (program dijalankan) dan juga dengan tempoh masa latihan praktikal yang perlu dilalui pelajar. Tempoh masa pengajian yang bersesuaian dengan pengisian program akan dapat memastikan proses pembelajaran yang dilalui oleh pelajar adalah mencukupi bagi mereka untuk mahir dalam setiap subjek. Menurut Noor Azlan dan Norhayati (2010) menyatakan penguasaan pelajar terhadap topik-topik yang diajar juga menjadi punca kejayaan pelajar semasa menjalani latihan mengajar.

Tempoh masa pengajian yang pendek boleh menyebabkan graduan yang dihasilkan dari sesuatu program kekurangan dari aspek kecemerlangan, pengalaman dan kematangan. Dalam kajian tentang masalah pengangguran siswazah yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan Pengajian Tinggi Negara (IPPTN) pada tahun 2003, tiga isu mengenai tempoh pengajian dan tempoh latihan praktikal dibangkitkan. Antara isu tersebut ialah, pemendekkan tempoh pengajian dari 4 tahun kepada 3 tahun akan menyebabkan universiti tidak memberikan tumpuan kepada latihan praktik, latihan ilmiah dan kokurikulum.

Latihan praktikal adalah salah satu syarat wajib bagi Program Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik) bagi memenuhi syarat penganugerahan ijazah. Tujuan latihan praktikal adalah untuk mendedahkan pelajar kepada alam pekerjaan yang sebenar, mempertingkatkan pengetahuan pelajar mengenai fungsi organisasi dan memberi peluang kepada mereka melaksanakan pekerjaan sebenar dalam suasana yang lebih mencabar. Nina Katajavuori, Sari Lindblom-Ylnne dan Jouni

52 Hirvonen (2006), menyatakan bahawa latihan praktikal dapat meningkatkan kefahaman pelajar tentang aspek teori yang dipelajari dan meningkatkan lagi motivasi mereka untuk belajar.

5.3.3

Pandangan Majikan Terhadap Peluang Kerjaya Graduan Dari Program

Yang Ditawarkan

Dari kajian ini, didapati kesemua responden (100 peratus) berpendapat bahawa graduan dari program ini sesuai untuk diambil bekerja di dalam bidang Matematik di organisasi mereka. Ini disebabkan oleh kerana program ini menjuruskan kepada bidang pendidikan Matematik sahaja. Dari segi jawatan yang sesuai disandang pula, didapati 96.7 peratus responden berpendapat bahawa graduan dari program ini sesuai untuk bekerja dalam sebagai guru siswazah. Manakala selebihnya pula berpendapat mereka ini sesuai untuk bekerja sebagai pensyarah. Jawatan sebagai guru siswazah dilihat lebih berseuaian sebagai bidang pekerjaan graduan dari program ini kerana pertama, kekosongan guru siswazah dalam bidang ini paling sesuai diisi oleh graduan dari program ini. Kemungkinan yang kedua pula ialah sebilangan graduan yang mengikuti program ini adalah pelajar tajaan Kementerian pelajaran yang mana mereka ini terikat untuk mengajar di sekolah selepas tamat pengajian mereka.

Kesemua responden juga berpendapat graduan dari program ini sesuai ditawarkan pendapatan permulaan dari kumpulan pendapatan RM 1,501 hingga RM 2,000. Jumlah tawaran pendapatan ini terletak dalam kumpulan tersebut kerana ianya dilihat sinonim dengan gaji pokok yang diterima oleh seorang guru baru yang diambil bertugas.

5.3.4

Pandangan Responden Terhadap Kesediaan Penajaan Bagi Membiayai

Kakitanganya Mengikuti Pengajian Program.

Walaupun terdapat 20 peratus responden yang tidak menyediakan penajaan bagi graduanya mengikuti program ini, namun jumlah tersebut dilihat kecil jika dibandingkan dengan jumlah yang menyediakan penajaan. Dengan keadaan ekonomi

53 semasa yang tidak menentu, kesediaan penajaan dari kalangan 80 peratus dari kalangan majikan dilihat sebagai satu angka yang besar. Dari segi refleksinya, ternyata keperluan dari pihak organisasi bagi memilikki kakitangan yang memilikki ijazah dalam bidang ini adalah tinggi.

Pengetahuan yang dimilikki selepas menamatkan pengajian di peringkat ijazah adalah dilihat penting bagi para majikan bagi memastikan organisasi mereka dapat terus bersaing antara satu sama lain. Persaingan yang sihat ini akan dapat memastikan bahawa output yang dikeluarkan oleh organisasi masing-masing akan berada pada tahap kualiti yang tertinggi. Tidak mustahil satu masa kelak, para majikan berlumba-lumba menyediakan penajaan bagi kakitanganya untuk

menyambung pengajian di peringkat sarjana pula kerana mungkin pada waktu tersebut keperluan terhadap kakitangan yang mempunyai sarjana adalah mendesak.

5.3.5

Persepsi Majikan Tentang Kesesuaian Program Dalam Menghasilkan

Graduan Yang Memenuhi Kehendak Pasaran

Dari kajian ini, didapati semua majikan yang menjadi responden berpendapat bahawa program ini telah berjaya melahirkan graduan yang memenuhi kehendak pasaran. Malah jika dilihat pada aspek penilaian C21, para majikan menggalakkan kakitanganya untuk mengikuti program ini. Ini adalah satu bukti yang jelas bahawa program Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik) anjuran UTM adalah satu program yang berjaya bukan sahaja dari segi pengisianya tetapi dalam memenuhi pasaran kerja yang ada di negara kita.

5.4 Implikasi Kajian

Dapatan dari kajian ini menyumbangkan satu persepsi yang jelas dari kalangan majikan tentang penilaian mereka terhadap Program Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik) keluaran UTM. Pandangan dari majikan adalah sangat penting bagi memastikan program yang dijalankan ini senantiasa berdaya saing dan memenuhi kehendak pasaran pekerjaan semasa. Dari kajian ini, pihak fakulti dapat

54 membuat refleksi terhadap kekuatan program mereka dan sejauh manakah pula sambutanya dari pihak majikan yang bakal menerima graduan kelahiran program mereka.

Bagi pihak majikan, kajian seperti ini merupakan antara platform kepada mereka dalam melahirkan pandangan dan pendapat mengenai program akademik yang dijalankan di UTM. Kerjasama antara majikan dan universiti yang baik akan dapat memastikan usaha penambahbaikan program dapat diteruskan. Naib Canselor UTM, Prof. Dato Ir. Dr. Zaini Ujang dalam ucapannya semasa menyempurnakan majlis penganugerahan ijazah / diploma program kerjasama UTM pada 2008 ada menyatakan bahawa pihak universiti akan terus komited untuk meningkatkan kualiti program-program yang ditawarkan dan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan. UTM juga akan sentiasa mengemaskini keperluan pihak Kementerian Pengajian Tinggi, industri malah dalam memenuhi keperluan melahirkan modal insan dengan minda kelas pertama.

Bagi pelajar yang sedang atau bakal mengikuti program ini, kajian ini sebenarnya mencerminkan keupayaan yang bakal mereka perolehi apabila menamatkan pengajian kelak. Kesedaran tentang sambutan dari pihak majikan terhadap mereka boleh memberikan mereka motivasi untuk memperbaiki mana-mana kelemahan diri sendiri dalam mengikuti program yang sedia ada ini. Oleh kerana di dalam kajian ini, didapati program ini dinilai dengan sangat positif oleh pihak majikan, maka sudah tentu ini akan memberikan satu cabaran baru kepada bakal graduan untuk memastikan semua yang diajarkan dapat dihayati dan diamalkan sebaik mungkin.

5.5

Cadangan

Beberapa cadangan dapat diutarakan disini:

1)

Majikan diberikan peluang untuk membuat lawatan dan pemerhatian ke atas perjalanan program bagi mendapatkan gambaran sebenar perjalanan program.

55 2) Penilaian semula ke atas pendapatan yang ditawarkan oleh majikan kepada graduan yang diambil bekerja dalam organisasi mereka perlu dibuat. Ini kerana dikhuatiri berlakunya kekeliruan antara maksud pendapatan dengan gaji pokok. Jika sesuatu program mendapat pengiktirafan majikan, sepatutnya pendapatan yang ditawarkan adalah lebih baik.

3)

Mendedahkan kehendak pasaran dan majikan kepada bakal graduan dan pensyarah agar mereka dapat membuat penambahbaikan dalam pembelajaran dan pengajaran seharian.

4)

Memberikan pendedahan yang lebih mendalam dan berterusan kepada bakal majikan tentang sejarah, perjalanan dan objektif program agar setiap perubahan yang berlaku semasa proses penambahbaikan program adalah dalam pengetahuan bakal majikan.

5.6

Cadangan Kajian Lanjutan

Cadangan untuk kajian lanjutan adalah seperti berikut:

1.

Kajian perbandingan antara program yang sama dari universiti yang berbeza dilakukan. Hasil kajian ini akan dapat mencerminkan kekuatan antara universiti yang menganjurkan program yang sama. Kelemahan dan kekuatan dari pelbagai universiti akan dapat dikesan dan seterusnya penambahbaikan dapat dilakukan.

2.

Kajian terhadap kebolehan graduan lepasan program ini yang telah bertugas dari penilaian para pelajar mereka di sekolah / kolej boleh dijalankan. Kajian seperti ini akan dapat memberikan gambaran kejayaan program dalam memupukkan aspek teori dan kesesuaian latihan praktikal yang telah mereka jalani.

56 3. Kajian tentang program ini dilakukan serentak dengan beberapa program lain yang juga dianjurkan oleh UTM. Maka dengan ini, perbandingan terhadap persepsi majikan dapat dikesan. Pihak fakulti / universiti juga seterusnya dapat mengesan mana-mana programnya yang disukai atau kurang diminati oleh pihak majikan.

5.7

Kesimpulan

Dari tinjauan pasaran yang dilakukan ke atas majikan ke atas graduan program ini, didapati maklum balasnya secara keseluruhanya adalah positif dengan semua aspek yang dikaji menyokong sepenuhnya perjalanan dan pengisian di dalam program ini. Walaupun demikian, masih terdapat ruang untuk penambahbaikan yang dapat dilakukan oleh pihak universiti. Selain daripada menjalin hubungan dua hala dengan para majikan dalam menetapkan satu tahap piawai program yang cemerlang, pihak universiti juga boleh meningkatkan lagi strategi pemasaran mereka agar penajaan untuk mana-mana individu yang mahu mengikuti program ini menjadi lebih banyak dan mudah dikeluarkan. Selain dari faktor penajaan, usaha juga boleh dilakukan demi memperjuangkan pendapatan yang lebih baik bagi graduan yang lahir dari program ini. Dengan keadaan ekonomi semasa, gaji permulaan di bawah paras RM 2,000 dilihat tidak sepadan dengan apa yang dimilikki oleh graduan ini. Pastinya satu yang menghairankan di sini apabila satu program yang mendapat sambutan positif dari majikan dan diiktiraf sebagai bertepatan dengan kehendak semasa pasaran tetapi tidak pula ditawarkan dengan gaji yang setimpal.

57 RUJUKAN

Ab. Aziz Yusof (2008). Pengurus Glokal: Menerjah Pengurusan Global. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd . Ab. Latip Idris dan Abd Ghani Taib (2003). Keberkesanan Program Pengalaman Berasaskan Sekolah Berdasarkan Persepsi Guru Pelatih KPLI Sekolah Rendah, MPPM Ambilan 2003: Satu Tinjauan. Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka. Abd. Majid Konting (2000). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Abu Bakar Abd. Hamid (2002). Prinsip Pemasaran, Teori Dan Praktis. Kuala Lumpur: McGraw Hill. Aniha Mat Soh (2003). Keperluan Kemahiran Generik kepada Industri. Universiti Teknologi Malaysia : Projek Sarjana Muda. Barry R. Chiswick (2003). Jacob Mincer, Experience and the Distribution of Earnings. University of Illinois : Discussion Paper. Bhasah Abu Bakar (2007). Kaedah Analisis Data Penyelidikan Ilmiah. Kuala Lumpur: Utusan Publications And Distributors Sdn. Bhd. Becker G.S. (1993). Human Capital, Third Edition. Chicago: The Chicago University Press. Blundell R. dan Powell J. (2000). Endogeneity in nanoparametric regression

models. Invited Lecture. Econometric Society World Meeting Seattle. Boone L. E., Kurtz D. E., Mckenzie H. F. and Snow K. (2009). Contemporary Marketing (2nd Canadian Ed). US: Nelson Education Ltd. Bruner, J. (1996). The Culture of Education. Cambridge: Harvard University Press. Carl McDaniel Jr and Roger Gates (2007). Marketing Research. New Jersey: John Wiley And Sons, Inc. Clive Shearer (2006). Everyday excellence: creating a better workplace through attitude, action, and appreciation. Milwaukee: American Society for Quality. Farah Zulkifli (2003). Persepsi Majikan Terhadap keperluan Kemahiran Generik di Kalangan Pekerja Industri Kecil Sektor Pemprosesan Makanan di daerah Hulu Langat, Selangor. Universiti Teknologi Malaysia : Projek Sarjana Muda Ibrahim Saat (1995). Isu Pendidikan Di Malaysia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

58 Jacob Mincer (1974). Schooling, Experience and Earnings. New York : Columbia University Press. Jamiah Shukri (2009). Lulusan Universiti Perlu Keterampilan Untuk Meraih Keperluan Pasaran Pekerjaan Selepas Tamat Pengajian. Berita Harian, 28 Julai 2009. Janet Fine (2005). Opportunities in Teaching Careers. US: McGraw-Hills Co. John L. Pulley (2003). Tainted Gift. The Chronicle of Higher Education. 3 Januari 2003. Jumrang Mendeng (2004). Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Matematik Dalam Bahasa Inggeris. Tinjauan Persepsi Pelajar 3 Buah Sekolah Daerah Kota Kinabalu, Sabah. Universiti Teknologi Malaysia : Tesis Sarjana Muda. Kasim Mansur, Gusni Saat & Said Effendi (2009) Kajian Kes Pelaburan Pendidikan Modal Insan Di Kalangan Suku Kaumsama-Bajau Di Kota Kinabalu: Halatuju Dan Cabaran. Jurnal Kemanusiaan. Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia. Universiti Teknologi Malaysia. Knapp J. C. & Siegel D. J. (2009). The Business Of Higher Education. California: ABC Clio. Maimunah Aminuddin (1995). Panduan Pengurusan Personel. Kuala Lumpur: Fajar Bakti. Mark Tennant, Cathi McMullen & Dan Kaczynski (2009). Teaching, Learning, and Research in Higher Education. Kentucky: Routledge. McQuarrie, E. F. (2006). The Market Research Toolbox. (Edisi Kedua). California : Sage Publications, Inc. Mohd. Najib Abdul Ghafar (2003). Reka Bentuk Tinjauan Soal Selidik Pendidikan, Johor: Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Mok Soon Sang (1994). Psikologi Pendidikan 2. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman. Noah H. J. dan Eckstein M. (1988). Dependency Theory in Comparative Education: Twelve Lessons from the Literature. dalam J. Schriewer ed., Theories and
Methods in Comparative Education: Frankfurt-am-Main: Peter Lang.

Nina Katajavuori, Sari Lindblom-Ylnne dan Jouni Hirvonen (2006). The significance of practical training in linking theoretical studies with practice. Helsinki: University Of Helsinki.

59 Noor Azlan Ahmad Zanzali dan Norhayati Abdul Rahman (2010). Keberkesanan Pengajaran Mikro Dalam Latihan Mengajar Guru Pelatih Matematik Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Universiti Teknologi Malaysia. Noraini Idris (2001). Pedagogi Dalam Pendidikan Matematik. Kuala Lumpur: Utusan Publications And Distributors Sdn. Bhd. Noraini Idris (2006). Teaching And Learning Of Mathematics. Kuala Lumpur: Utusan Publications And Distributors Sdn. Bhd. Norzamzila Mustafa (2005). Pengambilan Pekerja Asing Dalam Industri Pembinaan, Universiti Teknologi Malaysia : Projek Sarjana. Paul Christ (2009). Know This: Marketing Basic. Pennsylvania: Know This Media. Philip Kotler (2003). Marketing Insights From A to Z . New Jersey: John Wiley & Sons Inc. Krueger R. A. (1988). Focus groups: A practical guide for applied research (3rd ed.) California: Sage Publications. Rahmah Ismail. 1996. Modal Manusia dan Perolehan Buruh. Siri Teks Ekonomi Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Robiah Sidin (1998). Pemikiran Dalam Pendidikan. Shah Alam: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Rozanis Mustafa (2006). Kepentingan Kemahiran Generik di Kalangan Bakal Pendidik. Kajian Kes: Pelajar Tahun 4,Pendidikan Teknik Vokasional, Fakulti Pendidikan, UTM.Projek Sarjana Muda, Universiti Teknologi Malaysia. Soo Wee Leng, dan Jumaayah Salleh. 2001. Hubungan Industri dan Pendidikan Vokasional: Isu dan Strategi. Seminar Kebangsaan Pendidikan Teknik dan Vokasional. Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor. Sekaran, U. (2003), Research Methods for Business: A Skill Building Approach (4th Edition). New York: John Wiley & Sons Inc. Siti Alida John Abdullah dan Halimah @ Nasibah Ahmad (2007), Kewangan Dan Pelajar IPT. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd . Sulaiman Masri (2003). Kaedah Penyelidikan dan Panduan Penulisan. Kuala Lumpur: Utusan Publications And Distributors Sdn. Bhd. Sutyastie Soemitro (2002). Kemiskinan dan Ketidakmerataan Di Indonesia (Satu Analisis Awal). Jakarta : Rineka Cipta.

60 Yahaya Ibrahim dan Abd. Hair Awang (2008). Pembangunan Modal Insan Isu Dan Cabaran. Bangi : Penerbit UKM.Yukl, Gary A. 1981. Leadership in Organization. New York: Prentice-Hall Inc. Zulkifly Osman & Ishak Yussof. 2008. Dasar dan Masalah Guna Tenaga di Malaysia: Pengalaman Khusus Isu Pekerja Asing dan Pengangguran Siswazah. Jurnal Tepak Manajemen Bisnes, Vol. 1. No. 1: 3-24, UNRI, Riau. [ISSN 1979-3294]

61 LAMPIRAN A

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA SKUDAI, JOHOR


BORANG SOAL SELIDIK
TINJAUAN PASARAN PROGRAM SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (MATEMATIK), FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Borang soal selidik ini adalah bertujuan untuk mendapatkan maklumbalas mengenai kajian yang saya jalankan. Saya berharap mendapat kerjasama daripada saudara / saudari sekalian untuk menyertai saya sebagai responden kajian.

Sila berikan jawapan anda dengan ikhlas. Maklumat yang diperolehi diharapkan dapat membantu memberikan dan mewujudkan satu variasi kepada sistem pendidikan semasa di Malaysia.

Segala maklumat adalah RAHSIA dan hanya untuk kajian sahaja. Kesudian saudara / saudari sekalian melibatkan diri dalam kajian ini, saya dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih.

Disediakan oleh :

.. (ERUAN SHAH BIN AMBAR) Sarjana Pendidikan (Pengurusan & Pentdabiran) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

62
KAJIAN PASARAN PROGRAM SARJANA MUDA PENDIDIKAN (MATEMATIK) BAHAGIAN I : KANDUNGAN PROGRAM DAN KESESUAIAN DENGAN KEPERLUAN ORGANISASI

[Sila tandakan ( / ) di mana sesuai]

A.1)

Nyatakan jenis organisasi / industri anda :

I. Organisasi / industri milik tempatan II. Organisasi / industri milik asing

a. Pengisian Konsep Teori

A.2) Adakah program yang dicadangkan memenuhi asas-asas teori dalam bidang berkenaan? Memenuhi sepenuhnya Memenuhi sebahagian Tiada memenuhi langsung

A.3)

Adakah pemakaian konsep teori sesuai dalam keadaan semasa? Ya Tidak

A.4)

Adakah subjek-subjek yang ditawarkan menyumbang kepada kekuatan program?

Ya Tidak

63

A.5) Adakah program yang dicadangkan ini meliputi semua mata pelajaran yang difikirkan perlu? Ya Tidak Jika TIDAK, sila nyatakan subjek yang perlu ditambahkan. a. . b. .

A.6) Adakah mata pelajaran yang dicadangkan ini meliputi mata pelajaran yang difikirkan tidak perlu? Ya Tidak Jika YA, apakah subjek-subjek yang perlu dikeluarkan? a. . b. .

Sila nyatakan program ini dapat memenuhi kriteria berikut : Memenuhi Keperluan A7) Teori Asas Memenuhi sebahagian Gagal Memenuhi Ulasan (Jika ada)

A8) Konsep Semasa

A9) Perundangan

A10) Penggunaan ICT

A11) Penggunaan Kaedah Kuantitatif A12) Hubungkait Dengan Pasaran Kerja

64

Adakah anda berpendapat program yang dicadangkan ini mencukupi dari segi: A13) a. Jangkamasa pengajian Ya

Tidak Jika tidak, nyatakan jangkamasa pengajian yang sesuai. Sila jelaskan. ____________________________________________________________________ ____________________________________________________________________

A14)

b. Tempoh latihan praktikal

Ya

Tidak Jika tidak, nyatakan tempoh latihan praktikal yang sesuai. Sila jelaskan. ____________________________________________________________________ ____________________________________________________________________

BAHAGIAN II: B1)

PELUANG KERJAYA

Adakah graduan program ini sesuai bekerja di organisasi anda? Jika ya, nyatakan dalam bidang apa? Contoh i. ii. iii. iv. Matematik Kimia Fizik Lain-lain (sila nyatakan)

1. ________________________________________________________________ 2. ________________________________________________________________ 3. ________________________________________________________________ B2) Apakah jawatan yang sesuai di organisasi anda bagi graduan program ini? Contoh i. ii. iii. Guru Siswazah Pegawai Pelajaran Daerah Pegawai Kegiatan Guru

1. ________________________________________________________________ 2. ________________________________________________________________ 3. ________________________________________________________________

65

B3)

Berapa banyakkah (jumlah) jawatan yang sesuai diisi dalam organisasi anda oleh graduan program ini? 1 3 jawatan 4 6 jawatan 7 9 jawatan Lain-lain. Sila nyatakan _____________

B4)

Berapakah pendapatan (income) yang sesuai ditawarkan kepada graduan ini? Kurang dari RM 1,000 RM 1,001 1,500 RM 1,501 2,000 RM 2,001 2,500 Lain-lain. Sila nyatakan _____________

B5)

Adakah program ini sesuai untuk dilanjutkan ke peringkat yang lebih tinggi? Ya Tidak Jika ya, sila nyatakan peringkat-peringkat pengajianya?

Peringkat Ijazah Peringkat Sarjana Peringkat Kedoktoran

66

BAHAGIAN III : Penaja C1.

LAIN-LAIN

Adakah organisasi anda menaja pelajar dalam bidang ini?

Ya Tidak

C2.

Adakah anda akan menggalakkan kakitangan anda untuk mengikuti program ini?

Ya Tidak Jika tidak, sila nyatakan alasanya. _____________________________________________________________ _____________________________________________________________

Kesesuaian Program C3. Adakah anda akan menggalakkan kakitangan anda untuk mengikuti program ini?

Ya Tidak Jika ya, sila nyatakan alasanya. _____________________________________________________________ _____________________________________________________________ Jika tidak, sila nyatakan alasanya. _____________________________________________________________ _____________________________________________________________

Anda mungkin juga menyukai