Anda di halaman 1dari 28

PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) AKIDAH TINGKATAN SATU

SITI NORAZHREEN BINTI AMIN

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

APRIL, 2006

ii

PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) AKIDAH TINGKATAN SATU

SITI NORAZHREEN BINTI AMIN

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam)

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

APRIL, 2006

iii

Saya akui bahawa karya ini adalah hasil saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan Nama Penulis Tarikh

: : :

_____________________________ SITI NORAZHREEN BINTI AMIN 3 APRIL 2006

iv

DEDIKASI
Segala puji dan keagunggan pada MU ya Allah...... Sekalung budi... Buat Ustaz Wan Hassan Bin Wan Embong, Puan Norah, Dr Farahwahida Binti Hj.Mohd Yusof, Dr. Jamaluddin Bin Harun, Puan Azean, dan semua pensyarahpensyarah yang pernah mendidik saya Bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan amat berharga

Ayahnda Amin Bin Badra Dan Bonda Marsinah Binti Sobat Terima kasih di atas kerjasama dan bantuan yang telah diberikan. Adik Aizah dan Ziah

Tidak lupa pada

Dan, Buat sahabat-sahabat seperjuangan... Minta maaf di atas segala kelemahan diri... Bersama kalian tidak akan ku lupakan. Hingga ke akhir hayat. Assalamualaikum

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, dipanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia -Nya dapatlah projek perisian ini dapat disiapkan sepenuhnya.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan setinggi penghargaan kepada Ustaz Wan Hassan Bin Wan Embong selaku pensyarah pembimbing, Dr. Farahwahida Binti Hj. Mohd Yusof, Pn. Norah, Dr Jamaluddin Bin Harun dan semua pensyarah yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan dorongan dalam menyiapkan Projek Sarjana Muda ini.

Seterusnya buat iena, k.nuha, ieda, hanan, yati, k.elly, as, aisyah, sarah, serta rakanrakan seperjuangan yang mengenali diri ini diucapkan terima kasih di atas idea-idea dan sumbangan sama ada secara langsung atau tidak. Dorongan dan sokongan dari kalian amat saya hargai selagi masih ada hayat dikandung badan. Semoga segala jasa anda semua diberkati Allah S.W.T seadanya.

vi

ABSTRAK

Kecanggihan teknologi maklumat dunia masa kini yang begitu pesat turut melanda dunia pendidikan yang menyeru golongan pendidik agar mengubah kaedah pengajaran dan cara penyampaian ilmu di dalam bilik darjah agar menjadi lebih menarik dan bermotivasi. Justeru itu, penyelidik mengambil inisiatif untuk membangunkan sebuah perisian PBK yang bertajuk Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) Akidah Tingkatan Satu. Isi kandungan bagi perisian PBK ini diambil dari sukatan pelajaran Pendidikan Islam KBSM tingkatan Satu yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Pembinaan perisian PBK ini berasaskan model reka bentuk ADDIE dan berlandaskan teori pembelajaran Behavirisme dan Kognitivisme. Perisian ini menggabungkan strategi pengajaran tutorial dan latih tubi. Sebuah perisian bahasa gubahan iaitu Macromedia Authorware 7.0 serta beberapa perisian sokongan yang lain seperti Adobe Photoshop CS2, Ulead Video Studio 9.0, SWISHmax 2.0 dan Sound Forge 6.0 telah digunakan membangunkan perisian ini. Antara kelebihan perisian ini ialah mewujudkan suasana pembelajaran yang dapat menarik perhatian pelajar. Namun begitu, terdapat juga beberapa kelemahan dari segi pembinaan dan pempakejan yang perlu diatasi. Secara keseluruhannya, proses pengajaran dan pembelajaran melalui penggunaan perisian PBK ini menjadikan pelajar aktif dengan pembelajaran mereka.

vii

ABSTRACT

The rapid growth of information technology has urged educationalist and teachers to change their traditional way of teaching into a more interactive and motivation may to suit the need to integrated technology in the learning process. These changes are vital as strategy of teaching need to go hand by hand with the changes in the information technology field. Therefore, the researcher takes an initiative to develop Computer Aided Learning (CAL) software which titled Computer Aided Learning (CAL) Akidah Form One. The contents of this CAL software were taken from the syllabus of Pendidikan Islam KBSM form one prepared by the Ministry of Education, Malaysia. This CAL software based on ADDIEs models and also based on Behaviorism, Cognitivsm learning theory. Two strategies of Computer Aided Learning (CAL) such as tutorial and exercise is used in developing this CAL software. The main software used in developing this CAL software is Macromedia Authorware 7.0 and several after supporting software such as Adobe Photoshop CS2, Ulead Video Studio 9.0, SWISHmax 2.0 and Sound Forge 6.0. Some of the advantages of this software is it can make the learning process more attractive to the student. In the development process are a few problems occurred in developing and packaging of this software that needs to be solved. Generally, the teaching and learning process which uses this CAL software can help student to be actively involve in their learning process.

viii

SENARAI KANDUNGAN

BAB

PERKARA

MUKA SURAT

Borang Pengesahan Tesis Judual Perakuan Penyelia Halaman Judul Perakuan Pelajar Dedikasi Penghargaan Abstrak Abstract Senarai Kandungan Senarai Jadual Senarai Rajah Senarai Singkatan Senarai Lampiran i ii iii iv v vi vii viii xii xiii xv xvi

BAB I

PENGENALAN

1.0 1.1 1.2 1.3 1.4

Pendahuluan Latar Belakang Masalah Pernyataan Masalah. Rasional Kajian. Objektif Kajian. 3 9 10 11

ix 1.5 1.6 1.7 Skop Kajian Kepentingan Projek Definisi Istilah 11 12 15

BAB II

SOROTAN PENULISAN

2.0 2.1

Pengenalan Pengajaran Dan Pembelajaran Berkesan 22

2.2

Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran 23 27 31 33 37 43

2.3 2.4 2.5 2.6 2.7 2.8

Kajian-Kajian Lepas Pendidikan Akidah Pengertian PBK Stategi Pengajaran PBK Teori Pembelajaran Aplikasi Teori Pembelajaran Ke Atas PBK

46 48

2.9 2.10

Penggunaan Multimedia Dalam PBK Aplikasi Interaktiviti Multimedia Dalam PBK

52

BAB III

REKABENTUK PERISIAN

3.0 3.1 3.2

Pendahuluan Pengenalan Reka Bentuk Perancangan Pembinaan Perisian Berdasarkan Model Reka Bentuk Dan Teori Pengajaran Dan Pembelajaran 3.2.1 Fasa Analisis (Analysis) 57 55 56

x 3.2.2 Fasa Reka Bentuk (Design) 3.2.3 Fasa Pembangunan (Development) 3.2.4 Fasa Perlaksanaan (Implementation) 3.2.5 Fasa Penilaian (Evaluation) 57 58 58 59

3.3

Pelaksanaan Model ADDIE 3.3.1 Fasa Analisis 3.3.2 Fasa Rekabentuk (Design) 3.3.3 Fasa Pembangunan (Development) 3.3.4 Fasa Perlaksanaan (Implementation) 3.3.5 Fasa Penilaian (Evaluation)

59 59 62 67 67 68

BAB IV

FASA PEMBANGUNAN DAN PENILAIAN PERISIAN

4.0 4.1 4.2 4.3

Pendahuluan Pakej perisian Panduan Pengguna Hasil Pembangunan Perisian 4.3.1 Cartalir Perisian 4.3.2 Skrin paparan 72 72 73 73 74 93 95 96

4.4 4.5 4.6

Ciri-ciri multimedia yang digunakan Ciri-Ciri Interaktif Hasil Dapatan Penilaian

BAB V

PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.0 5.1 5.2 5.3

Pendahuluan Perbincangan Rumusan Cadangan 99 100 102

xi SENARAI RUJUKAN LAMPIRAN A LAMPIRAN B LAMPIRAN C 103-106 107-117 118-119 120-121

xii SENARAI JADUAL

NO JADUAL 2.1 3.1

TAJUK Langkah dan penyelesaian masalah Konfigurasi Asas Sistem Komputer Untuk Pengarangan Perisian PBK

MUKA SURAT 41 65

4.1

Hasil Penilaian Perisian: Kumpulan Pelajar 95

xiii SENARAI RAJAH

NO RAJAH

TAJUK

MUKA SURAT

2.1 3.1

Model Shanon & Weaver Aliran Kerja Berdasarkan Reka Bentuk Model ADDIE

23 57

3.2

Isi Kandungan Pelajaran Akidah Tingkatan 1 61 73

4.1

Cartalir (flowchart)

4.2 4.3 4.4 4.5 4.6 4.7 4.8 4.9 4.10 4.11 4.12 4.13 4.14 4.15 4.16 4.17 4.18 4.19

Skrin montaj Skrin Masukan Nama Skrin Loading Pengenalan Tajuk Isi Pelajaran Skrin Paparan Objektif Menu Utama Menu pilihan nota Pilihan Latih Tubi Arahan soalan Soalan Objektif Soalan Subjektif Respon Soalan Padanan Respon Soalan Objektif Benar Respon Jawapan Subjektif Benar Respon Jawapan Padanan Benar Respon Soalan Objektif Salah Respon Jawapan Subjektif Salah Respon Jawapan Padanan Salah

74 75 75 76 77 77 78 79 79 80 80 81 81 82 82 83 83 83

xiv 4.20 4.21 4.22 4.23 4.24 4.25 4.26 4.27 4.28 4.29 4.30 4.31 4.32 4.33 Rekod Markah Penilaian Uji Minda Sesi Uji Minda Keputusan Markah Kedudukan markah Penutup Sesi Uji Minda Menu Pilihan Info Sukatan Pelajaran Paparan Bantuan Paparan Pilihan Online Pembangun Perisian Menu Pilihan Glosari Contoh Pilihan Huruf A Rehat Minda Skrin pilihan tamat 84 85 85 86 86 87 87 88 88 89 90 90 91 92

xv

SENARAI SINGKATAN /TATANAMA

PBK

Pembelajaran Berbantukan Komputer

KBSM

Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

KBSR

Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

KPM

Kementerian Pelajaran Malaysia

xvi

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN

TAJUK

MUKA SURAT

A B C

CARTA ALIR PERISIAN PENILAIAN PAKAR SOAL SELIDIK PENILAIAN

113-117 118-119 120-121

2 Menurut Zaidatun Tasir (2004: 1) perubahan yang dialami dalam dunia pendidikan dari masa ke semasa mengikut perubahan zaman seiring perkembangan yang dibawa oleh teori pembelajaran dan teknologi khususnya teknologi komputer. Perubahan yang dialami ini merupakan satu usaha yang murni iaitu ke arah memartabatkan bidang pendidikan itu sendiri.

Situasi ini dapat digambarkan melalui proses pendidikan yang dahulunya berasaskan kepada penerangan yang berbantukan papan kapur berubah kepada penggunaan alat berasaskan teknologi. Secara tidak langsung, pengajaran selama ini hanya berpusatkan guru berubah kepada berpusatkan pelajar. (Ahmad Muhaimin: 2004: 3).

Buktinya pada 1996, Kementerian Pendidikan telah menubuhkan Sekolah Bestari merupakan salah satu daripada tujuh aplikasi flagship dalam Koridor Raya Multimedia (Multimedia Super Corridor atau MSC). Sekolah Bestari merupakan satu inovasi dalam pendidikan. Sekolah ini bukan hanya untuk mereka yang pintar tetapi pelaksanaanya dengan cara bestari. Keadaan ini memberi peluang setiap pelajar membina potensi intelek dengan cara yang paling sesuai mengikut pedagogi yang dapat kita aplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran untuk membentuk pembangunan Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek (JERI) sebagaimana yang digariskan dalam Falsafah Pendidikan Negara (Teng Lung Kiu dan Zaidatol Aklamiah Lope Phie: 2004: 15).

Pelaksanaan Sekolah Bestari telah memberi penekanan kepada penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Seterusnya perubahan berlaku pada pendekatan guru dan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Bahan-bahan pengajaran yang digunakan dalam bentuk perisian komputer yang dirancang khas untuk memenuhi keperluan para pelajar mengikut tahap kebolehan, pengetahuan dalam jangka masa tertentu. Ini jelas menunjukkan bahawa penggunaan komputer sangat dititikberatkan dalam mempertingkatkan mutu pendidikan negara kita.

3 Fungsi komputer dalam pendidikan, di antaranya ialah komputer bertindak sebagai medium untuk membantu proses pengajaran guru dan pembelajaran pelajar (Baharuddin Aris et al.: 2000: 3). Beberapa pendekatan dan strategi yang boleh digunakan oleh semua guru bagi memaksimumkan penggunaan komputer dalam pendidikan agar proses pendidikan lebih bersifat interaktif. Teknologi komputer dalam pendidikan merupakan istilah yang berkaitan dengan multimedia. Ianya dicapai daripada perkembangan teknologi komputer itu sendiri. Perkembangan dalam teknologi multimedia menjanjikan potensi besar untuk mengubah cara seseorang belajar, cara mendapatkan maklumat, cara menyesuaikan setiap maklumat yang diperolehi dan sebagainya. Sumber maklumat tidak lagi terikat dengan penulisan buku semata-mata tetapi ianya lebih luas lagi. Oleh itu, ianya perlu dipelajari dan dikuasai oleh setiap golongan yang terlibat dalam bidang pendidikan supaya ianya dapat dimanfaatkan dengan lebih berkesan (Jamaluddin Harun dan Zaidatun Tasir: 2003: 23).

BAB I akan diteruskan dengan latar belakang masalah kajian, masalah yang hendak dikaji (pernyataan masalah), Skop isi kandungan pelajaran yang dibangunkan, objektif yang menjadi perkara penting yang hendak dicapai dan seterusnya definisi maksud istilah-istilah yang sering digunakan sepanjang penulisan.

1.1

Latar Belakang Masalah

Sistem pendidikan di negara kita tidak dapat mengelak dari mengalami perubahan apabila kemerdekaan dicapai. Bermula dengan sistem Pendidikan Pondok dan Madrasah yang menekankan pendidikan Islam telah menjadi tumpuan utama bagi orang Melayu dalam memberikan Pendidikan kepada anak-anak mereka. Manakala sistem pendidikan di arus perdana lebih banyak meraikan keperluan pihak penjajah.

4 Menurut Prof. Dr. Sidek Baba (2005: 18-19), apabila Akta Pendidikan 1961 telah digubal. Bermulalah Pendidikan Islam diperkenalkan secara formal pada awal tahun 70an sehingga kini. Kesedaran mengenai agama Islam di kalangan orang Melayu semakin meningkat. Kegiatan dakwah dari kerajaan, badan-badan bukan kerajaan dan individu muslim semakin nyata sama ada dalam bentuk seminar ataupun bengkel. Islam tidak hanya dibicarakan sebagai agama semata-mata tetapi ianya meliputi sifat cara hidup muslim yang semakin berkembang subur. Kecenderungan melihat Islam sebagai sumber ketamadunan menyebabkan sistem pendidikan negara memberikan refleksi yang positif terhadap kebangkitan ini.

Menurutnya lagi, pada tahun 1987, sistem pendidikan negara telah mempunyai falsafah Pendidikan sendiri yang amat unik dan pendekatan bersepadu dalam pendidikan mula di perkembangkan. Matlamat menghasilkan insan seimbang dan harmonis menjadi tunjang falsafah dan pendidikan Islam mula mendapat dokongan nyata dengan terbinanya berpuluh-puluh sekolah menengah kebangsaan agama (SMKA), SekolahSekolah Tahfiz, Maahad-Mahaad pengajian Islam secara khusus, pengenalan subjek agama Islam yang bersifat menjurus seperti Tasawwur Islam, Syariah Islam dan sebagainya. Selain itu muncul institusi pendidikan yang bercorak agama yang dibangunkan oleh pihak Swasta.

Istilah pendidikan yang dikaitkan dengan pendidikan Islam ialah talim, tadib dan tarbiyyah, sebagaimana pendekatan yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w (Hassan Langgulung: 1991: 5). Namun pendapat yang lain mengatakan bahawa Pendidikan Islam adalah proses mendidik dan melatih akal, jasmani, rohani dan emosi manusia yang bersumberkan wahyu al-Quran dan al-Sunnah (Abdul Halim El-Muhammady: 1993: 14). Manakala menurut Hassan Langgulung (1997: 8), proses pendidikan sebenarnya ditinjau dari dua aspek. Pertamanya aspek kemasyarakatan yang melihat proses pendidikan kemsyarakatan. Proses ini menekankan pendidikan warisan bererti ilmu itu berpindah dari satu generasi ke satu generasi yang lain mengandungi nilai kemasyarakatan yang terpelihara. Keduanya pendidikan individu iaitu proses pengembangan potensi yang dimiliki dalam diri individu.

5 Apabila pertembungan tradisi dalam dunia pendidikan dengan kemajuan teknologi menyebabkan berlakunya perubahan dalam beberapa aspek yang menjadi amalan dan rutin normal dalam sesebuah corak pendidikan. Inilah perkembangan yang berlaku dalam dunia pendidikan yang sentiasa berkembang seiring dengan perkembangan zaman. Oleh itu, penekanan aspek method dan teori pengajaran serta pembelajaran perlu diberi perhatian yang sewajarnya. Pelbagai usaha digembeling bersama untuk merealisasikan falsafah Pendidikan Islam yang menekankan bahawa pendidikan adalah satu usaha yang berterusan. Untuk itu Abdullah Ishak (1995: 211), berpendapat bahawa menyampaikan ilmu pengetahuan, kaedah pengajaran dan pembelajaran merupakan alat penyambung atau penggerak dua hala iaitu dari pihak pengajar dan pelajar.

Kini isu kesepaduan ilmu dalam Pendidikan Islam telah lama diperdebatkan sama ada melalui media cetak mahupun media elektronik. Menurut Tajul Ariffin Bin Nordin (1993: 37), proses Pendidikan Islam tidak boleh dianggap sebagai satu mata pelajaran agama semata-mata yang hanya membincangkan khusus perkara-perkara yang berkaitan dengan aspek agama sahaja seperti Tauhid, Ibadah, Akhlak. Akan tetapi ianya perlu dikaitkan dengan kehidupan manusia sehari-hari. Maka, dengan itu manusia akan sentiasa berusaha menggunakan kebaikkan yang ada di dunia untuk mencari keredhaan Allah S.W.T. di akhirat.

Namun apa yang berlaku ialah sistem pendidikan masa kini bersifat terpisah di antara ilmu akademik dengan ilmu agama. Sehingga kini, di sekolah-sekolah harian mempunyai dua aliran yang berbeza iaitu aliran Sains dan aliran Sosial. Ilmu agama diletakkan di bawah aliran Sosial. Keadaan ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa berlaku pemisahan di antara ilmu agama Islam dengan ilmu Sains. Corak pendidikan ini telah mempengaruhi kefahaman pemikiran masyarakat Islam di sini khususnya. Oleh itu, kefahaman seperti ini haruslah diperbetulkan. Pendidikan Islam haruslah diberikan nafas baru dimana perlunya membuat kesepaduan ilmu. Maksud kesepaduan ilmu di sini ialah pendidikan Islam haruslah diserapkan di dalam ilmu-ilmu lain seperti ilmu Sains, Matematik, Geografi dan sebagainya. Inilah reformasi yang perlu dilakukan dalam dunia

6 pendidikan Islam agar bersedia menyahut cabaran yang terkandung di dalam wawasan 2020.

Kemajuan demi kemajuan yang kita rasai membuatkan struktur kehidupan manusia juga berubah. Ini bermakna setiap apa yang dicapai ianya saling berkaitan dan saling mempengaruhi antara satu sama lain. Kemajuan teknologi yang dicapai telah memudahkan sebahagian urusan kehidupan manusia. Contohnya Pelajar sekolah masa kini terdedah dengan penggunaan komputer, internet sama ada di rumah, sekolah mahupun di Siber Cafe. Menurut Zoraini Wati Abas (1993: 107), keadaan sekarang jauh berbeza. Dahulu kita dilahirkan dalam dunia serba mekanikal tidak seperti sekarang di mana anak-anak dilahirkan dalam dunia serba elektronik. Anak-anak sudah sebati dengan komputer dalam hidup mereka. Maka seharusnyalah golongan pendidik mengkaji bagaimana kemajuan teknologi dapat kita seiringkan dengan keperluan dalam dunia pendidikan masa kini. Iaitu penggunaan komputer dalam dunia pendidikan. Pendekatan yang dapat kita gunakan dalam Pendidikan Islam ini dapat dipelbagaikan sesuai dengan kecanggihan yang terdapat dalam teknologi komputer itu sendiri. Contohnya penggunaan Video untuk menerangkan cara-cara menunaikan solat dengan tertib yang betul.

Pengajaran guru bersifat sehala membuatkan pelajar pasif dengan suasana pengajaran dan pembelajaran. Pembelajaran hanya berpusatkan pelajar. Pelajar hanya menerima konsep dan menghafal apa yang diterima oleh guru. Ini terbukti apabila kebanyakan guru-guru Pendidikan Islam lebih selesa mewarisi tradisi pengajaran yang disampaikan oleh guru-guru sejak turun temurun. Sedangkan suasana dan persekitaran berbeza seiring dengan perubahan zaman dari masa kesemasa. Oleh itu, guru pendidikan Islam khususnya perlu melakukan anjakan paradigma terutamanya dari aspek metode pengajaran. Desakan dari kemajuan teknologi komputer menjadi satu keperluan kepada guru-guru ini untuk merubah situasi pengajaran kepada metode yang lebih bersifat interaktif. Sekiranya guru-guru masih berada ditakuk yang lama pastilah keadaan ini akan menimbulkan perasaan kurang minat pelajar terhadap ilmu yang hendak disampaikan oleh guru. Justeru sesuatu konsep yang sepatutnya mudah dikuasai oleh

7 pelajar menjadi sukar. Selain kecerdasan yang pelbagai berbeza setiap individu pelajar dalam kelas menjadikan pengajaran sehala yang disampaikan oleh guru hanya boleh diterima oleh sesetengah pelajar sahaja.

Tanggapan bahawa pendidikan Islam hanya sekadar untuk memberi pengetahuan semata-mata haruslah ditolak. Apa yang lebih penting ialah pelajar-pelajar perlu diajak berfikir mengenai apa yang dipelajarinya dengan melibatkan pelajar secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Apabila pelajar terlibat secara aktif, kognitif pelajar juga aktif dalam usaha memahami isi pelajaran. Seterusnya pelajar dapat mengaitkan apa yang yang dipelajari dengan kehidupan mereka.

Menjadikan komputer sebagai alat yang boleh membantu pengajaran dan pembelajaran lebih bermakna bukanlah membawa kefahaman masyarakat, mengenai pendidikan Islam sebelum ini kurang baik. Sebenarnya usaha yang perlu dilakukan oleh golongan pendidik ialah menyahut cabaran dunia masa kini lebih terdedah dengan arus globalisasi yang begitu membimbangkan. Terutamanya banyaknya unsur negatif yang diperolehi pelajar sehingga boleh membawa kepada kerosakan akidah. Maka, salah satu usaha yang dapat membendung keadaan tersebut adalah dengan menggunakan kecanggihan teknologi ke arah yang lebih bermanfaat kepada kehidupan umat Islam itu sendiri.

Menyentuh permasalahan akidah umat Islam masa kini, semakin meruncing dengan munculnya pelbagai ajaran, kefahaman serta pegagangan yang membawa kepada kesesatan. Semua yang berlaku bertujuan untuk mencemarkan kesucian agama Islam dari landasan yang sebenarnya. Sekiranya umat Islam alpa dan tidak berpegang teguh pada akidah Islam sudah pasti diri umat islam mudah terpengaruh dengan perkaraperkara yang boleh merosakkan akidah mereka.

Selain itu, masalah sosial yang yang melibatkan umat Islam umpama cendawan tumbuh selepas hujan. Apa yang dibuat oleh golongan ini sangat bertentangan dengan akidah Islam. Bagaimana keadaan generasi akan datang sekiranya generasi muda Islam

8 kini tidak menghayati Islam dalam kehidupannya. Penghayatan akidah Islam yang sebenar amat penting dan perlu ditekankan dalam diri individu muslim. Sekolah merupakan salah satu cara untuk memberikan kefahaman dan penghayatan akidah Islam yang sebenar.

Di Malaysia salah satu institusi yang bertanggungjawab untuk membendung masalah berlaku adalah sekolah. Oleh itu sistem pendidikan haruslah bijak menghadapi masalah ini. Salah satu sudut, tindakan yang diambil oleh pihak guru-guru pendidikan Islam khusunya. Guru-guru haruslah menggunakan pelbagai kaedah, strategi dan pendekatan serta teknik agar pelajar terlibat secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran sehingga tercapai objektif pengajaran yang telah ditetapkan. Sekiranya guru gagal menarik perhatian pelajar untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran, maka pengajaran guru itu tidak dapat meninggalkan kesan. Apabila pelajar tidak menghayati apa yang dipelajarinya sudah tentu pelajar tidak mengaitkan apa yang dipelajari dalam pembentukan diri seorang muslim. Selain itu, mudah terpengaruh dengan anasir-anasir negatif yang diperolehi dari persekitaran, pengaruh rakan sebaya dan sebagainya. Maka dengan sebab itu pendidikan akidah merupakan pendidikan yang sangat penting yang perlu diberikan peringkat awal kanak-kanak lagi.

Jestru, segala kelemahan haruslah dikenalpasti dan difikirkan bersama untuk mencari jalan bagaimana teknologi masa kini dapat membantu pengajaran guru lebih interaktif supaya guru dapat mengembangkan afektif (kefahaman), kognitif (pemikiran) dan Psikomotor (tingkah laku) pelajar. Seterusnya menjadikan situasi pembelajaran yang sukar difahami oleh pelajar boleh membawa kepada mudah dan lebih bermotivasi (Ee Ah Meng: 2002: 69).

Kesepaduan ilmu yang telah dibincangkan tadi membawa kefahaman kita bahawa Pendidikan Islam adalah sesuai sepanjang zaman dan meliputi seluruh aspek kehidupan manusia. Ini bermakna pengajaran dan pembelajaran tidak hanya tertumpu pada penggunaan papan kapur sahaja malah dengan adanya penggunaan komputer dengan

9 gabungan elemen-elemen multimedia ini ianya lebih kepada pembentukan imej pendidikan bersifat fleksibel, inovatif dan kreatif.

1.2

Pernyataan Masalah.

Pembelajaran subjek akidah di sekolah kebanyakannya masih bersifat sehala dan berpusatkan guru. Guru-guru Pendidikan Islam khususnya juga gemar mengekalkan cara penyampaian yang bersifat sehala sedangkan pelajar-pelajar masa kini mempunyai peribadi yang aktif dan lebih berminat dengan suasana pembelajaran aktif. Selain itu, pelajar kini sudah terdedah dengan sumber teknologi seperti penggunaan komputer dan akses internet untuk mendapatkan sesuatu maklumat.

Suasana pembelajaran masa kini telah berubah. Sumber teknologi dijadikan sebagai salah satu alat untuk menyampaikan maklumat. Kebanyakan guru-guru Pendidikan Islam tidak berpeluang untuk membuat perubahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka. Perkara ini disebabkan oleh kurangnya kesedaran dan maklumat mengenai keberkesanan serta pentingnya pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer. Ditambah dengan kelemahan memiliki kepakaran dan kemahiran dalam perisian tertentu untuk menghasilkan perisian pembelajaran berbantukan komputer.

Atas alasan inilah pembangun cuba untuk membangunkan sebuah perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) sabagai salah satu usaha untuk mengatasi sedikit sebanyak masalah yang timbul dalam peroses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam khususnya pembelajaran subjek akidah Islam.

10 1.3 Rasional Kajian.

Kesedaran menggunakan kemajuan teknologi komputer dalam pendidikan semakin meluas di kalangan pengurusan akademik, guru-guru-guru mahupun pelajar di sekolah. Terhasilnya perisian pembelajaran interaktif yang berada di pasaran masa kini telah mendapat sambutan yang baik oleh masyarakat. Keadaan ini ditambah dengan kesibukan ibu bapa bekerja sudah pasti masa lebih untuk pendidikan anak-anak menjadi terhad. Di antara usaha dilakukan untuk pendidikan anak-anak mereka ialah memanfaatkan kemudahan teknologi dengan membeli perisian yang berasaskan pembelajaran di pasaran.

Suasana ini membuktikan bahawa pembelajaran melalui perisian telah mendapat tempat di dalam masyarakat Malaysia khususnya. Namun, kebanyakkannya perisian yang terdapat di pasaran masa kini adalah berasaskan kepada pembelajaran Bahasa Inggeris, Sains, Matematik tetapi masih kurang terdapatnya perisian pembelajaran pendidikan Islam.

Seterusnya pelaksanaan sesi pembelajaran berbantukan komputer akan memberi galakkan ke atas golongan pendidik untuk mengoptimumkan penggunaan teknologi komputer sebagai alat pembelajaran berbantukan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran matapelajaran pendidikan Islam. Namun realiti yang berlaku sekarang ialah penggunaan komputer dalam Pendidikan Islam di sekolah masih belum meluas lagi penerokaanya. Hanya sebilangan sekolah sahaja yang aktif dengan PBK khususnya sekolah yang mempunyai kelengkapan dan kemudahan komputer.

11 1.4 Objektif Kajian.

a. Memabangunkan sebuah perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) tajuk Asas Akidah Islam Tingkatan satu mengikut sukatan pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) berdasarkan Model Reka Bentuk Perisian Berbantukan Komputer (PBK).

1.5

Skop Kajian

Pendidikan Islam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) Tingkatan Satu Bahagian Ulum Syariah perkara Akidah meliputi empat tajuk utama iaitu:

i. ii. iii. iv. v.

Konsep Akidah Asas Akidah Islam Konsep Mukmin Dan Muslim Rukun Iman Teras Akidah Islam Dalil Kewujudan Allah S.W.T.

Pembangun perisian hanya memfokuskan dua tajuk sahaja iaitu Konsep Akidah dan Asas Akidah Islam.

Anda mungkin juga menyukai