Anda di halaman 1dari 21

APLIKASI PEMBELAJARAN BAHASA PENGATURCARAAN C++ DALAM TAJUK STRUKTUR PILIHAN MELALUI PENDEKATAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK)

DI PERINGKAT MATRIKULASI / PRA UNIVERSITI

KAMELIA BINTI MOHD YUNUS

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

APLIKASI PEMBELAJARAN BAHASA PENGATURCARAAN C++ DALAM TAJUK STRUKTUR PILIHAN MELALUI PENDEKATAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) DI PERINGKAT MATRIKULASI / PRA UNIVERSITI

KAMELIA BINTI MOHD YUNUS

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan (Kimia)

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2006

iii

SETINGGI-TINGGI KESYUKURAN

Allah s.w.t Yang Maha Berkuasa Sesungguhnya tanpa keizinan daripadaMu, hambaMu ini tidak akan berdiri di sini. Ku panjatkan kesyukuran diatas segala-galanya yang telah Kau berikan pada hambaMu ini.

TERISTIMEWA BUAT
Ayahbonda Tercinta Mohd Yunus Mappa & Rohana Mohd Hatib Doa dan pengorbananmu tidak ternilai dan tidak termampu untuk ku membayarnya dengan semua benda di dunia ini. Semoga Allah merahmati dan memberkati mu ayahanda dan bonda.

Kekanda dan Adinda Tersayang Pertolongan dan dorongan yang kalian berikan akan ku jadikan sebagai sumber inspirasiku dalam mengejar cita-citaku.

Pensyarah Pembimbing Cik Zaleha Abdullah & Puan Norah Md Noor Segala tunjuk ajar dan ilmu yang dicurahkan akan digunakan sebaik mungkin di hari muka. Jasa baik kalian tidak akan dilupakan dan kalian tetap di hati ini.

Teman-teman seperjuangan Pandangan, bantuan dan dorongan kalian, memberikan daku semangat untuk terus berusaha bersungguh-sungguh demi mencapai sebuah kejayaan yang bernilai.

Terima kasih diatas segala dorongan dan sokongan yang kalian berikan. Sesungguhnya kejayaan ini adalah kejayaan kita bersama. Tanpa kalian siapalah diri ini.

iv

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya pembangunan perisian PBK ini dapat disiapkan dengan jayanya.

Ucapan penghargaan dan jutaan terima kasih kepada pensyarah pembimbing iaitu Cik Zaleha Binti Abdullah. Terima kasih diatas bantuan dan kerjasama yang diberikan. Segala ilmu dan idea yang dicurahkan tidak akan dilupakan dan akan digunakan dengan sebaik mungkin.

Tidak lupa juga ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Puan Norah Md Noor selaku pensyarah pembimbing kedua. Jasa baik puan tidak akan luput diingatan dan tunjuk ajar yang diberikan akan dijadikan perisai di kemudian hari.

Ucapan terima kasih juga kepada teman-teman seperjuangan yang banyak membantu dalam usaha melengkapkan dan menyiapkan pembangunan perisian PBK ini. Tidak lupa kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau pun tidak langsung sepanjang proses pembangunan perisian PBK ini.

ABSTRAK

Ledakan teknologi maklumat dan komunikasi memberi implikasi kepada kehidupan manusia masa kini termasuk sektor pendidikan. Aplikasi teknologi ini telah digunakan semaksimum mungkin bagi memastikan bidang pendidikan seiring dengan perubahan global. Ini termasuk penggunaan Perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) sebagai salah satu Bahan Bantu Mengajar (BBM). Perisian Berbantukan Komputer (PBK) ini direka khas untuk pelajar-pelajar di peringkat matrikulasi dan juga pra universiti yang mempelajari Bahasa Pengaturcaraan C++. Perisian yang meliputi tajuk kecil Struktur Pilihan (if.., if else..if, & switch) dibangunkan mengikut huraian sukatan Kurikulum Matrikulasi Kebangsaan,

Kementerian Pelajaran Malaysia. PBK ini sangat menarik kerana menggunakan bahasa kebangsaan iaitu Bahasa Melayu dan isi pelajaran yang disampaikan mematuhi huraian sukatan pelajaran kebangsaan. Antara perisian yang terlibat dalam pembangunan perisian ini adalah Bahasa Pengarangan Macromedia Authoware 7.0, Borland C++ 5.02, Macromedia Flash MX, SwishMax, Adobe Photoshop 7.0, Sonic Foundry Sound Forge 6.0 dan dibantu oleh Windows XP. PBK ini dihasilkan dengan gabungan elemen teks, grafik, audio dan animasi mampu menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih efektif dan fleksibel.

vi

ABSTRACT

Nowadays, Information & Communication Technology have been giving impact to the human life including the education sector. The applications of these technologies have been used maximally to ensure the education field is equal with globalization improvement. This research include the use of Computer Assisted Teaching Software (CATS) as an acknowledged teaching aid. CATS was specially designed for those students who are taking C++ Programming Language subject at matriculation stage and pre-university. These software is designed under the topic of Conditional Structure (if.., if else..if, & switch) according to the Matriculation National Curriculum syllabus, Ministry of Malaysia Education. It is suitable and attractive because uses Malay language which is known as our national language and the content are similar to standard curriculum syllabus. The software used in these CATS development are Macromedia Authoware 7.0 authoring language, Borland C++ 5.02, Macromedia Flash MX, SwishMax, Adobe Photoshop 7.0, Sonic Foundry Sound Forge 6.0 and supported by Windows XP operating system. The software developed using combination of text, graphics, audio and animation elements which will give effective and flexible impact towards the teaching and learning process.

vii

KANDUNGAN

BAB

PERKARA

MUKA SURAT

JUDUL PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT KANDUNGAN SENARAI RAJAH SENARAI SINGKATAN/SIMBOL SENARAI LAMPIRAN

i ii iii iv v vi vii-x xi xii xiii

PENGENALAN

1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 1.6 1.7

Pendahuluan Latar Belakang Masalah Pernyataan Masalah Objektif Projek Skop Projek Kepentingan Projek Definisi Istilah

1 3 4 5 6 7 9

viii 1.8 Rumusan 12

SOROTAN KAJIAN

13

2.1 2.2 2.3 2.4 2.5 2.6 2.7

Pengenalan Definisi Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) Klasifikasi Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) Jenis-jenis Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) Kelebihan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) Kelemahan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) Teori Pembelajaran 2.7.1 2.7.2 2.7.3 Teori Pembelajaran Konstruktivisme Teori Pembelajaran Behaviorisme Teori Pembelajaran Kognitif

13 14 14 15 16 17 18 19 21 22

2.8

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Dalam Mereka Bentuk Aplikasi PBK 2.8.1 Pembelajaran Koperatif 23 23 24 24

2.9 2.10

Kajian Luar Negara Rumusan

REKA BENTUK PERISIAN

25

3.1 3.2

Pendahuluan Proses Rekabentuk Perisian 3.2.1 Fasa Analisa Keperluan 3.2.1.1 Kumpulan Sasaran 3.2.2 Fasa Rekabentuk 3.2.2.1 Corak

25 26 26 27 27 28

ix 3.2.2.2 Pendekatan 3.2.2.3 Spesifikasi Perkakasan dan Perisian 3.2.2.3.1 3.2.2.3.2 3.2.2.3.3 3.2.3 Perkakasan Perisian Perkakasan Main Semula 28 29 29 30 30 31 31

Fasa Pembangunan dan Perlaksanaan 3.2.3.1 Bahasa Pengarangan 3.2.3.1.1 Ciri-ciri Macromedia Authorware 3.2.3.1.2 3.2.3.1.3 Ikon-ikon Bahasa dan Arahan

32 33 34 35 37

3.3 3.4

Carta Alir Rumusan

PEMBANGUNAN PERISIAN

38

4.1 4.2

Pengenalan Struktur Asas Perisian 4.2.1 Paparan Mula 4.2.2 4.2.3 4.2.4 Paparan Countdown Paparan Menu Utama Paparan Objektif

38 38 38 39 40 41 42 43 44 44 45 45 46 46

4.2.5 Paparan Kuliah 4.2.6 Paparan Tutorial 4.2.7 Paparan Bantuan 4.2.8 Paparan Keluar 4.3 Komponen Perisian 4.3.1 Teks

4.3.2 Grafik 4.3.3 Audio

x 4.4 Pempakejan Perisian 46

KESIMPULAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

48

5.1 5.2

Pendahuluan Masalah Yang Dihadapi 5.2.1 Teknikal 5.2.2 Masa 5.2.3 Kekurangan Kepakaran Penggunaan Perisian

48 48 49 49 49 50 50 50 51 52 53 54 55

5.2.4 Penilaian Perisian 5.2.5 5.3 Rakaman Audio

Kekuatan dan Kelemahan Perisian 5.3.1 Kekuatan Perisian 5.3.2 Kelemahan Perisian

5.4 5.5 5.6

Cadangan Perbincangan Keputusan Borang Penilaian Rumusan

BIBLIOGRAFI

57

LAMPIRAN A-B 60-63

BAB 1

PENGENALAN

1.1

Pendahuluan

Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) atau Computer Assisted Learning (CAL) bukanlah perkara baru dalam dunia pendidikan. PBK mula diperkenalkan di University of Illinois melalui rangkaian sistem PLATO (Program Logic Automated Machine) yang merangkaikan universiti dan sekolah di Amerika Syarikat. PLATO bukan sahaja menyediakan ruang untuk menempatkan perisian PBK, tetapi juga menguruskan permintaan pembelajaran, memantau pembelajaran, memantau perkembangan kemajuan pelajar, dan memberi peluang kepada pelajar dan pensyarah untuk berkomunikasi melalui komputer. Rangkaian sistem PLATO yang menggunakan kerangka komputer utama telah digantikan dengan NOVANet yang menggunakan komputer peribadi pada tahun 1991. Walau bagaimanapun, tidak lama selepas rangkaian ini dilaksanakan, WWW (World Wide Web) mula diperkenalkan dalam dunia teknologi maklumat pada tahun 1993. Rangkaian WWW ini memberikan ruang yang lebih luas kepada PBK untuk digunakan di bilik darjah tanpa sempadan.

Walaupun PBK telah diperkenalkan hampir 30 tahun yang lalu, istilah ini hanya popular pada tahun 1980-an. Dengan adanya komputer peribadi yang semakin mudah didapati, perisian PBK turut bercambah bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Di

2 Malaysia, PBK masih baru. Meskipun perisian PBK sudah berada di pasaran dan dalam internet, penggunaannya masih belum meluas dan belum disepadukan dalam sistem pendidikan di negara ini. Kebanyakan penggunaan perisian PBK kini merupakan inisiatif individu pendidik di sekolah atau di universiti dalam kursus masing-masing atau melalui kelab komputer di sekolah. Dengan kata lain, tidak ada keseragaman dalam penggunaan perisian PBK di sekolah atau di institusi pendidikan.

Meskipun begitu, kerajaan sedang berusaha menyeragamkan penggunaan PBK di sekolah melalui program sekolah bestari. Dengan adanya kerjasama daripada pihak swasta, kerajaan berharap agar PBK yang bermutu dapat dihasilkan dan penggunaannya dapat disepadukan dalam kurikulum sedikit masa lagi. Usaha ini baik, tetapi pemindahan pengetahuan dan kemahiran teknologi kepada guru adalah terhad dan terlalu minimum. Persoalan integrasi PBK dalam pendidikan dan pembangunan perisian PBK merupakan dua perkara yang arus menjadi fokus utama para pendidik dalam alaf baru (Supyan Hussin, 1996).

Sebagai sebuah negara yang pesat membangun, negara ini memerlukan kira-kira 125,000 tenaga yang berpengetahuan (knowledge workers) dalam tempoh lima tahun akan datang. Hal ini menunjukkan bahawa institusi pendidikan haruslah dapat melahirkan pelajar dan graduan yang bukan lagi menjadi pengguna yang pasif dalam era teknologi maklumat, tetapi menjadi pengguna yang aktif. Tajul Ariffin Noordin (1995:360) menekankan bahawa apabila kita memasuki abad ke-21, mutu pelajar dan rakyat yang dikehendaki ialah mereka yang dapat menghasilkan pemikiran, penemuan dan ciptaan yang terbaru dan tulen untuk disumbangkan kepada dunia. Oleh sebab itu, para pendidik di sekolah perlu dilengkapkan dengan kemahiran lanjutan selain kemahiran aplikasi komputer yang hanya tertumpu kepada pemprosesan perkataan (contohnya, Word), pengkalan data (contohnya, Data base, Access), pengkalan elektronik (contohnya, Excel) dan persembahan grafik (contohnya, Powerpoint). Pendidik seharusnya tidak menjadi pengguna (end user atau consumer) semata-mata, tetapi terlibat secara langsung sebagai pencipta atau pereka (producer atau designer)

3 perisian komputer serta mampu menilai perisian yang sesuai bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran. Pembangunan dan penilaian haruslah menjadi kerja yang berterusan di kalangan pendidik.

1.2

Latar Belakang Masalah

Pembelajaran berkesan adalah pembelajaran yang menyeronokkan (Dick & Reiser, 1989). Keseronokan belajar adalah sesuatu yang diharapkan oleh semua golongan guru terhadap pelajar-pelajarnya. Keseronokan membawa implikasi pelajar tertarik dan berminat hendak belajar, manakala guru pula mempunyai strategi yang boleh mendorong pelajar-pelajarnya memberi tumpuan serta mengambil bahagian yang menyeluruh dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Situasi ini dapat diwujudkan sekiranya guru dapat menyampaikan pengajarannya dengan bantuan bahan atau media lain. Perkembangan teknologi telah dapat mempelbagaikan perkakasan dan perisian dalam sistem penyampaian. Bermula dengan interaksi secara lisan, manusia mula berkomunikasi dengan mencatat di atas bahan yang bermula dengan daun hinggalah berlakunya perkembangan teknologi kertas dan percetakan. Seterusnya teknologi fotografi telah berkembang yang menyebabkan terdapatnya gambar-gambar yang dapat digunakan sebagai satu rujukan disusuli pula dengan media elektronik seperti radio, televisyen (TV), filem, video, VCD, DVD dan perkembangan terakhir dengan adanya teknologi maklumat seperti telesidang dan komputer terutamanya dalam bidang multimedia.

Walaupun perkembangan seumpama ini banyak memberi sumbangan terhadap dunia hiburan tetapi tidak dapat disangkal dalam bidang pendidikan perkembangan ini dapat memberi kesan yang positif dalam proses pembelajaran. Sebagai seorang guru perkembangan yang begitu mencabar ini harus dianggap sebagai satu peluang ke arah

4 mempelbagaikan strategi dan mempermantapkan sistem penyampaian ke arah yang lebih berkesan, dinamik, menyeronokkan dan menghiburkan.

Walaupun banyak perisian yang berada di pasaran pada masa kini namun, ia tidak menepati kehendak kurikulum kebangsaan, tidak sesuai dengan budaya dan pemikiran tempatan, tidak menepati pedagogi suatu disiplin, dan tidak sesuai dengan cita rasa pendidik (Supyan Hussin 1996). Justeru, penghasilan perisian pembelajaran berbantukan komputer (PBK) seperti ini, amat dialu-alukan sebagai pendekatan baru dalam proses pengajaran dan pembelajaran di negara kita. PBK ini direka bentuk bagi tujuan pembelajaran dalam mata pelajaran Bahasa Pengaturcaraan C++ dan ia lebih khusus kepada tajuk Struktur Pilihan if, if else if dan switch.

1.3

Pernyataan Masalah

Berdasarkan pemerhatian yang dijalankan didapati agak sukar untuk menarik minat pelajar dalam mempelajari tajuk ini kerana pelajar perlu berdepan dengan kod-kod pengaturcaraan dan logik algoritma yang agak baru bagi mereka. Selain itu, proses pengaturcaraan bukan sahaja memakan masa tetapi juga membosankan kerana banyak aspek-aspek teknikal yang perlu diketahui oleh pelajar. Pada kebiasaannya, subjek ini dipelajari pada peringkat matrikulasi mahupun pra universiti dan pelajar perlu menguasai mata pelajaran ini dalam masa yang singkat.

Selain itu, kebanyakan perisian-perisian yang terdapat di pasaran pada masa kini dibangunkan menggunakan Bahasa Inggeris dan ini menjadi penghalang kepada pelajar yang kurang menguasai bahasa tersebut. Di samping itu, ia menjadikan penggunaan Bahasa Melayu dalam dunia pendidikan terpinggir ekoran daripada seruan kerajaan untuk menerapkan Bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Sains dan Matematik. Kurikulum ini telah dilaksanakan pada tahun 2003, namun begitu ia tidak bermakna Bahasa Melayu diabaikan terus penggunaannya dalam

5 Bahan Bantu Mengajar (BBM). Kebanyakkan pelajar bersikap positif terhadap rujukan yang sedia ada sebaliknya mengalami kesukaran dalam menggunakannya kerana bahasa yang digunakan ialah Bahasa Inggeris (Mohd Samsol, 1999). Pelajar yang tidak dapat menggunakan sepenuhnya potensi dan kefahaman terhadap bahan tersebut akan mengalami perasaan kecewa dan tertekan (Richard, 1999).

Justeru, pembangun ingin membangunkan sebuah perisian yang menarik dimana ia boleh digunakan sebagai salah satu Bahan Bantu Mengajar (BBM) bagi mata pelajaran Bahasa Pengaturcaraan C++. Diharap perisian ini dapat menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik disamping dapat menghabiskan sukatan pelajaran dalam masa yang telah ditetapkan. Ini kerana perisian ini dibangunkan dengan ciri-ciri yang lebih interaktif dimana pelajar boleh mempelajari tajuk tersebut secara berulang-ulang mengikut kesesuaian masa masing-masing.

1.4

Objektif Projek

Tujuan utama projek ini direka bentuk ialah untuk membangunkan satu aplikasi Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) di bawah satu tajuk kecil iaitu Struktur Pilihan dalam mata pelajaran Bahasa Pengaturcaraan C++. Selain itu, antara lain objektif ini ialah untuk :

i)

Membangunkan satu perisian multimedia yang interaktif dalam bentuk CD-Rom yang sesuai bagi pelajar-pelajar dalam lingkungan umur 18 hingga 20 tahun yang berada di peringkat matrikulasi dan pra universiti untuk belajar tentang Struktur Pilihan if, if else if dan switch dalam versi Bahasa Melayu.

6 ii) Menyediakan satu Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang interaktif, menarik dan menyeronokkan untuk tenaga pengajar di pusat matrikulasi mahupun universiti.

1.5

Skop Projek

Kemunculan sekolah bestari di Malaysia telah menyebabkan berlakunya perubahan dalam pendekatan guru dan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Bilangan penggunaan perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer, (PBK) dan multimedia dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah dan institusi pendidikan yang lain semakin meningkat. Guru dan pelajar mula dilatih untuk menguasai kemahiran menggunakan komputer untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Ini diharap dapat memudahkan lagi proses penyampaian isi pelajaran disamping menarik minat pelajar dengan aplikasi kecanggihan teknologi sistem berkomputer. Aplikasi pembelajaran berbantukan komputer ini dibangunkan bagi subjek Bahasa Pengaturcaraan C++ dengan tajuk kecil Struktur Pilihan if, if else if dan switch. Tajuk ini adalah berdasarkan sukatan pelajaran kebangsaan iaitu bagi pelajar di peringkat matrikulasi dan pra universiti yang berada dalam lingkungan umur 18 hingga 20 tahun. Berikutan itu, pendekatan kaedah pengajaran yang digunakan bagi proses pengajaran tajuk ini dirasakan sesuai untuk mengaplikasikan konsep pembelajaran berkomputer. Aplikasi ini dibangunkan bagi pembelajaran berkelompok dimana guru atau pensyarah boleh membincangkan tajuk ini bersama kelompok kecil pelajar dengan menggunakan nota langkah demi langkah yang disediakan. Tenaga pengajar boleh menunjukkan secara terus penggunaan kod-kod aturcara kepada pelajar. Selain itu, aplikasi pembelajaran ini juga sesuai untuk pengajaran individu iaitu, pelajar digalakkan menjawab soalan-soalan yang disediakan bagi menguji kefahaman mereka terhadap tajuk yang dibincangkan.

7 Selain itu, tajuk ini agak sukar untuk disampaikan secara pembelajaran tradisional. Ini kerana penggunaan kod-kod aturcara yang diperkenalkan ini lebih mudah disampaikan menggunakan komputer dan kesilapan yang dilakukan dapat dikesan dengan serta merta melalui respon daripada sistem komputer.

Pelajar akan lebih mudah mempelajari tajuk Struktur Pilihan kerana aplikasi pembelajaran ini dibangunkan dengan elemen-elemen multimedia yang interakif dan menyeronokkan. Dengan adanya elemen seperti grafik, animasi, audio, teks dan kombinasi warna yang menarik akan menimbulkan sifat inkuiri, perasaan suka meneroka dan menjelajah serta memberi pengalaman baru kepada pelajar yang akan memberi penekanan kepada minat dan bersemangat untuk belajar. Maka, ia amat bersesuaian dengan keperluan dan kehendak proses pembelajaran pelajar-pelajar di peringkat matrikulasi dan juga pra universiti.

1.6

Kepentingan Projek

Ledakan teknologi maklumat dan komunikasi telah membawa perubahan kepada kehidupan manusia masa kini termasuk sektor pendidikan, jika dahulu proses pengajaran dan pembelajaran berkonsepkan 'chalk and talk' tetapi kini komputer dapat menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih interaktif dan menarik. Menurut Heinich, Molenda dan Rusell (1993) banyak perisian komputer boleh digunakan dalam setiap aspek pendidikan. Di Malaysia, PBK telah mula diperkenalkan pada tahun 1993 melibatkan 60 buah sekolah menengah yang masing-masing dibekalkan dengan 20 buah komputer diikuti dengan 15 buah sekolah rendah pada tahun 1994. Suatu bahan perisian yang dinamakan ComIL telah diperkenalkan dengan kerjasama MIMOS dan Kementerian Pelajaran Malaysia. Tumpuan awal PBK melibatkan empat subjek utama iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.

8 Penglibatan pendidik dalam pembangunan perisian ini memberikan implikasi penting, iaitu perubahan budaya pengajaran dan pembelajaran di sekolah atau di universiti. Jika sebelum ini pengajaran dan pembelajaran sains, misalnya, mengambil masa lima jam seminggu, maka dengan perubahan peranan pendidik daripada penyampai ilmu yang mutlak bertukar kepada fasilitator ilmu, pendidik tidak perlu bersama dengan pelajar selama enam jam seminggu lagi. Mungkin pertemuan di bilik darjah atau di dewan kuliah dapat dihadkan kepada tiga jam seminggu, sementara pembelajaran berbantukan komputer bersama pendidik untuk tempoh sekurangkurangnya sejam seminggu sama ada di makmal atau di bilik darjah (pendidik sebagai fasilitator atau pemerhati), dan pembelajaran kendiri oleh pelajar (yang pada ketika yang sama tenaga pengajar sains berkenaan akan terlibat dengan kerja menghasilkan bahan perisian komputer). Pengubahsuaian beban kerja dan peranan pendidik ini perlu dibuat bagi memastikan sekolah atau institusi berkenaan mencapai objektif yang telah digariskan.

Seperti yang diketahui, pelajar lebih mudah menerima sesuatu konsep baru yang disampaikan dengan kaedah yang menarik. Kesinambungan daripada itu, proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih berkesan jika menggunakan suatu koswer pembelajaran berbantukan komputer yang bersifat interaktif.

Justeru, pereka perlu menghasilkan suatu aplikasi pembelajaran yang sesuai untuk digunakan oleh pelajar iaitu aplikasi yang mesra pengguna, menarik, boleh digunakan mengikut kesesuaian masa pelajar dan mudah alih. Penghasilan aplikasi pembelajaran berbantukan komputer ini direkabentuk bagi teknik pengajaran dan pembelajaran berkelompok dan ia juga boleh digunakan untuk pembelajaran individu. Oleh itu, perisian pembelajaran berbantukan komputer yang dihasilkan dalam bentuk CD-Rom ini diharap dapat mengatasi masalah yang dinyatakan di atas.

Anda mungkin juga menyukai