Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA

_______________________________________________________

MEMOHON PERUNTUKAN MENYERTAI PERTANDINGAN WORLDSKILLS


MALAYSIA BELIA 2023 ( WSMB 2023)

________________________________________________________

TARIKH :

25 - 28 MEI 2023

TEMPAT :

CIAST SHAH ALAM

ANJURAN :

JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN


KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA, MALAYSIA
1.0 TUJUAN

Kertas kerja ini di kemukakan untuk mendapatkan kelulusan daripada Pengarah Kolej
Vokasional Kemaman dan peruntukan kewangan daripada Persatuan Ibubapa dan Guru
(PIBG) bagi menyertai Pertandingan WorldSkills Malaysia Belia ( WSMB) Tahun 2023 yang
akan diadakan pada 25 – 28 Mei 2023 bertempat CIAST Shah Alam, Selangor. Sehubungan
dengan itu, rentetan dari kelulusan kertas kerja ini dapat melancarkan urusan semasa
pertandingan.

2.0 PENGENALAN

Pertandingan WSMB merupakan pertandingan kemahiran peringkat kebangsaan yang


dianjurkan setiap tahun bertujuan untuk memilih dan mengiktiraf belia atau pekerja mahir
yang mempunyai kemahiran unggul. Pertandingan ini terbuka kepada belia yang berumur 21
tahun ke bawah kecuali beberapa bidang kemahiran dengan syarat umur 23 tahun dan ke
bawah. Penganjuran pertandingan ini membantu meningkatkan tahap kemahiran tenaga
manusia di Malaysia yang bertaraf dunia. Selain itu, ia dapat memberi kesedaran dan
kefahaman kepada masyarakat tentang pentingnya bidang kemahiran kepada pembangunan
negara.

Pertandingan ini mula dianjurkan pada tahun 1989. Seramai 359 belia daripada Institut
Latihan Kemahiran Awam dan Institut Latihan Kemahiran Swasta telah menyertai sesi pra-
kelayakan dan daripada jumlah tersebut, seramai 82 peserta telah berjaya mara ke peringkat
akhir.

Pertandingan World Skills Malaysia Belia (WSMB) 2023 meneruskan objektifnya


mencungkil bakat kemahiran belia negara untuk pertandingan kemahiran peringkat
antarabangsa iaitu Pertandingan Kemahiran ASEAN (ASEAN Skills Competition – ASC),
World Skills Asia (WSA) dan Pertandingan Kemahiran Sedunia (World Skills Competition –
WSC).

3.0 OBJEKTIF
Objektif program ini adalah seperti berikut :

3.1 Mendedahkan pelatih kepada teknik kerja sebenar yang diiktiraf oleh
kumpulan pekerja mahir diperingkat antarabangsa.

3.2 Memberikan persediaan terhadap teknik dan kaedah yang betul dalam
prosedur kerja amali yang akan dinilai oleh hakim pertandingan.

3.3 Mendedahkan kepada peserta terhadap suasana serta psikologi persekitaran


sebenar semasa pertandingan ulung ini berlangsung

3.4 Para pelatih dapat meningkatkan pengetahuan kemahiran diluar konteks


pengisian pembelajaran secara eksklusif.

4.0 TARIKH, HARI, DAN TEMPAT PROGRAM DIJALANKAN


Tarikh : 25 – 28 Mei 2023 (Khamis - Jumaat)
Masa : 8.00 pagi – 5.00 ptg
Tempat : Teknologi Automotif - Centre of Instructor Advanced Skill
Training (CIAST), Shah Alam

5.0 KUMPULAN SASARAN/PESERTA

Melibatkan 3 orang peserta dari Kursus Teknologi Automotif dan juga 2 orang pensyarah
yang terlibat dalam pertandingan WSMB 2023 yang akan dikelolakan oleh Jabatan
Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia.

6.0 TENTATIF PROGRAM


Rujuk lampiran 1

10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

10.1 SUMBANGAN PERBELANJAAN


BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH

1 PERUNTUKKAN PIBG RM 750.00 + RM 100.00 RM 850.00

2 PERUNTUKAN PCG RM 160.00 RM 160.00

JUMLAH: RM 1,010.00

10.2 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH SUMBER

1. Penginapan (Automotif) RM 250 x 3 malam RM 750.00 PIBG

2. T-shirt
( WSMB 2023) RM 50.00 (Pelajar) RM 100.00 PIBG
RM 50.00 (Pelajar)

3. Wang Saku
25 Mei 2023 RM 20.00 x 2 orang RM 40.00
26 Mei 2023 RM 20.00 x 2 orang RM 40.00 PCG
27 Mei 2023 RM 20.00 x 2 orang RM 40.00
28 Mei 2023 RM 20.00 x 2 orang RM 40.00

ANGGARAN PERBELANJAAN JUMLAH : RM 1,010 .00

# Kos Makan, Minum, Penginapan dan Pengangkutan adalah


tanggungjawab sendiri.

11.0 PENUTUP
Besarlah harapan kami jika peruntukan ini dapat diluluskan oleh pihak PIBG KV
Kemaman. Peruntukan ini adalah untuk memastikan kelancaran semasa pertandingan
memandangkan penganjur tidak menyediakan penginapan, makanan dan pengangkutan..
Diharapkan pihak kolej dapat mempertimbangkan kelulusan kertas kerja ini. Jasa baik
daripada pihak tuan/puan amat kami dahulukan dengan ribuan terima kasih.

DI SEDIAKAN OLEH,

___________________
(EN.MOHAMAD FAIZ BIN MUNIR)
KETUA PROGRAM
PROGRAM TEKNOLOGI AUTOMOTIF
JABATAN MEKANIKAL DAN PEMBUATAN
KOLEJ VOKASIONAL KEMAMAN

DISOKONG OLEH

____________________________
(TN.Hj. ZURAIMI BIN ALI)
KETUA JAMINAN KUALITI
KOLEJ VOKASIONAL KEMAMAN.

DILULUSKAN OLEH

………………………………………………………….
( )

SENARAI PESERTA/GURU PENGIRING PERTANDINGAN


WORLDSKILLS MALAYSIA BELIA 2023
BIL NAMA JAWATAN CATATAN
1 EN. MOHD SHAHROL HAFIZ BIN KAMARUDDIN PENSYARAH PENGIRING

2 EN. MOHAMAD FAIZ BIN MUNIR PENSYARAH PENGIRING

2 MUHAMMAD AIMAN NAIM BIN ZAMRI PELAJAR

3 MUHAMMAD AQIF ASYRAAF BIN MOHAMAD PELAJAR


AYUB

Anda mungkin juga menyukai