Anda di halaman 1dari 15
ABSTRAK Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menganalisa ketepatan hukum bunuh ke atas pengedar dadah berasaskan kepada siasah syar‘iyyah Pertama, tinjauan secara kritikal dilakukan tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan siasah syar‘iyyah seperti definisi, matlamat dan kaedah-kaedah siasah syar‘iyyah. Ini termasuk juga konsep hukum bunuh dalam kesalahan ta‘zir Untuk menilai kesan bahaya dadah serta aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengannya, maklumat mengenai jenayah pengedaran dadah termasuk bilangan mereka yang dijatuhkan hukuman gantung serta data-data yang berkaitan dengan penagihan dadah akan diketengahkan di dalam disertasi ini. Semua data-data tersebut diperolehi daripada Agensi Dadah Kebangsaan Malaysia. Penggunaan data-data berkenaan adalah penting untuk memberi gambaran yang sebenar tentang bahayanya aktiviti pengedaran dadah terhadap masyarakat. Seterusnya kajian juga dibuat mengenai bahaya dadah serta jenayah-jenayah yang timbul hasil daripada kegiatan penagih dan pengedar dadah. Mengenai jenayah yang melibatkan pengedaran dadah, kes-kes yang berlaku di Amerika Syarikat akan diketengahkan. Penggunaan data-data dari luar negara diperlukan memandangkan Pihak Jabatan Penjara Malaysia tidak membenarkan data dari Malaysia dijadikan bahan kajian. Ini kerana maklumat tersebut adalah sulit dan tidak boleh didedahkan kepada orang ramai Berpandukan kepada kajian ini, hukum bunuh terhadap pengedar dadah adalah bertepatan dengan siasah syar‘iyyah kerana kesan jenayah tersebut amat merbahaya terhadap orang ramai. Berdasarkan kepada huraian yang diterangkan di dalam bab keempat, jelas menunjukkan bahawa jenayah pengedaran dadah bukan sahaja boleh membunuh penagih tetapi turut menggugat ketenteraman dan keselamatan masyarakat. Kajian juga menunjukkan bahawa akibat daripada jenayah terbabit, orang ramai telah berada dalam ketakutan dan tidak tenteram ekoran daripada timbulnya kes pembunuhan, rompakan, pelacuran, pecah rumah dan sebagainya. Memandangkan tujuan perlaksanaan siasah syar‘iyyah adalah untuk menjamin kebaikan kepada masyarakat dan mencegah segala bentuk kerosakan, maka didapati hukum bunuh ke atas pengedar dadah bertepatan dengan definisi, matlamat dan kaedah-kaedah siasah syar‘iyyah. Hukum tersebut juga turut memenuhi kehendak hukum bunuh dalam kesalahan ta‘zir. Walaupun == hukum berkenaan dibolehkan, namun untuk memantapkan lagi perlaksanaannya pihak pemerintah Islam mestilah melakukan langkah-langkah pencegahan dan pemulihan yang bersifat sepadu dan menyeluruh. ABSTRACT This research is carried out to analyze the appropriateness of mandatory death penalty by hanging to drug trafficker based on siasah syar‘iyyah Firstly, a critical review was carried out regarding the definition, aim and methodology of siasah syar‘iyyah. It is then followed by the survey on the provision of death penalty under category of ta‘zir. In order to comprehend the significance of problem related to illicit drugs, statistical results on crimes associated with drug addict and drug trafficker are presented. This also includes the number of drug traffickers that had been hanged. All these information was obtained from National Drug Agency. Based on this information, one can gauge the complexity of the problem derived from drug trafficking Literature review was conducted on various types of crimes committed by drug trafficker in United State’s of America. This is done because it is difficult to get the information from our Prison Department. All those information are confidential and cannot be showed to public. Based on this work, it is found that imposing death penalty to drug trafficker is in accordance with siasah syar‘iyyah. This is due to the malign effect derived from drug trafficking activities. As shown in chapter four, these activities not only generate lethal effects to drug addict, it also poses serious risk to the security and peace of the society. From the information gathered, drug trafficking activities have resulted to people live in grip of fear and full inimical conditions such as murder, robbery, prostitution and burglary. Since the purpose of siasah syar‘iyyah is to spur goodness and eliminate evil activities in society, it is found that implementation of death penalty to the offence is accordance with the definition, objectives and methodology of siasah syar‘iyyah. It also fulfill the provision of death penalty under ta‘zir. Besides harsh punishment on drug traffickers, an Islamic government can effectively solve these drug related problems if it is done in such a way that it involves every segment of society. SINOPSIS Penyelidikan ini dijalankan untuk meneliti ketepatan hukum bunuh ke atas pengedar dadah mengikut siasah syari‘yyah. Ia mengandungi lima bab dan dimulai dengan bab pertama iaitu pendahuluan yang menerangkan secara umum tentang kajian ini termasuklah perbincangan tentang latar belakang kajian, pengertian tajuk, skop, objektif dan metodologi kajian. Bab kedua menerangkan tentang definisi, matlamat dan kaedah-kaedah siasah syar‘iyyah serta perlaksanaannya di zaman Rasilullah s.a.w dan para sahabat ra. Penghuraian tentang perkara di atas adalah perlu bagi menggariskan satu teori yang jelas tentang cara penggunaan siasah syar‘iyyah. Hasil daripada penerangan tersebut, satu penilaian yang kritikal akan dibuat mengenai ketepatan perlaksanaan hukum bunuh terhadap pengedar dadah berdasarkan siasah syari‘yyah. Bab ketiga pula membincangkan tentang hukuman ta‘zir dan penekanan diberikan terhadap hukum bunuh sahaja. Ia merupakan satu landasan penting untuk membantu calon dalam menyelesaikan persoalan kajian ini. Oleh kerana hukuman ta‘zir adalah satu proses perlaksanaan hukuman dalam siasah syar‘iyyah, maka kajian dilakukan untuk melihat sejauhmana syari‘at Islam memberi kuasa kepada pihak pemerintah bagi menjatuhkan hukum bunuh terhadap kesalahan mengedar dadah. Seterusnya perselisihan di kalangan para fugaha’ dan pendapat yang paling rajih mengenai keharusan perlaksanaan hukum bunuh juga turut diulas. Ini bertujuan untuk mendapat gambaran yang jelas tentang kebolehan hukuman yang sama dijatuhkan terhadap mereka yang terlibat dengan jenayah pengedaran dadah Bab keempat menerangkan tentang jenis-jenis dadah serta kemerbahayaannya terhadap diri, masyarakat dan juga negara. Bab ini merupakan asas penting untuk menentukan bentuk hukuman yang sesuai ke atas pengedar dadah. Penerangan di dalam bab ini meliputi tentang jenayah-jenayah yang dilakukan oleh penagih dan pengedar dadah yang mana kesannya telah terbukti boleh menggugat keamanan masyarakat. Analisa tentang status penagih dibuat berdasarkan kepada tahap umur, jenis pekerjaan dan bangsa. Di samping itu, data mengenai bilangan pengedar yang digantung juga diketengahkan. Kesemua data-data tersebut adalah berdasarkan kepada perangkaan dari tahun 1993 sehinggalah ke tahun 1999 yang diambil daripada Buletin Statistik Dadah, terbitan Agensi Dadah Kebangsaan Kementerian Dalam Negeri. Dalam bab yang terakhir, analisa hukum bunuh ke atas pengedar dadah dikemukakan berasaskan kepada siasah syar‘iyyah. Bab ini adalah kemuncak kepada perbincangan dan kajian yang telah dibuat dalam empat bab terdahulu. Melalui bab ini, satu analisa yang mendalam telah dibuat terhadap kesalahan pengedaran dadah berdasarkan kepada data-data dan asas-asas yang telah dikemukakan. Justeru itu, bab ini meliputi aspek definisi, matlamat, kaedah-kaedah siasah syari‘yyah, kedudukan hukum bunuh dalam kesalahan ta‘zir dan kegiatan pengedaran dadah serta kemerbahayaannya terhadap individu, masyarakat dan juga negara. Hasil daripada analisa yang dibuat, hukum bunuh ke atas pengedar dadah adalah bertepatan dengan siasah syari‘yyah, Kajian ini diakhiri dengan penutup di mana ianya mengandungi analisa, rumusan dan kesimpulan terhadap apa yang telah diperbincangkan serta beberapa saranan yang perlu diberi perhatian untuk kajian seterusnya. xvii SYNOPSIS The aim of this research is to analyze the appropriateness of imposing death penalty by hanging to drug traffickers based on siasah syar‘iyyah. This thesis consists of five chapters starting with the first chapter which is the introduction that includes research background, definition, objectives, the importance of this investigation and lastly the methodology of the research The second chapter discuss the definition, objective and methodology of siasah syar‘iyyah and its implementation during the time of Prophet Muhammad (p.b.u.h) and his companions. The purpose is to understand the theory and application of siasah syar‘iyyah and how it was implemented. Based on that understanding, it will be use to critically analyze whether the imposition of death penalty to drug trafficker is in accordance with siasah syar‘iyyah. Chapter three explains the death penalty under the category of ta‘zir and the emphasis is given on death penalty only. The above discussion is of paramount importance since it will guide the researcher on the path of solving the cornerstone of this work. Punishment under ta‘zir is part of siasah syar‘iyyah, therefore the discussion of this topic will reveal the level of authority that an Islamic ruler has in imposing a death penalty for such offence. It also reviews conflicting and consensus opinions held by scholars regarding to death penalty under ta‘zir. This is done in order to extract the most appropriate arguments concerning the implementation of death penalty to drug traffickers, Chapter four elaborates on various kinds of illicit drugs and its deadly effects towards individual and society. This exposure will significantly influence the severity of the punishment that should be imposed to drug traffickers. Besides, it also exposes various types of felonious and non-felonious crimes that are normally associated to drug addict and drug trafficker. Statistical graphs from 1993 to 1999 based on age, occupations, race of drug addicts are also presented. All these data including the number of drug traffickers that had been hanged are obtained from Buletin Statistik Dadah, published by Agensi Dadah Kebangsaan Kementerian Dalam Negeri. Having mentioned all aspects encompassing siasah syar‘iyyah such as the definition, methodology of siasah syar‘iyyah, the status of death penalty under ta‘zir and the evil of illicit drug, the last chapter concentrates on the analysis of the sentence whether it is in accordance with siasah syar‘iyyah and the punishment imposed commensurates with the offence committed. In conclusion, it is found that imposing death penalty to drug traffickers is inline with siasah syar‘iyyah Finally, the summing-up of the work includes the conclusions that have been derived from and suggestions for future undertaking, xix SENARAI KEPENDEKAN Singkatan Makna et.al et alia, dan pengarang-pengarang lain hal. Halaman hj Haji Ibid Ibidiem, pada tempat yang sama Op.Cit Opere citato, dalam karya yang dirujuk sebelumnya Dr. Doktor Prof. Profesor ra Radiallahu ‘anhu/‘anhum s.a.w Sallallahu ‘alahi wasallam swt Subhanahu wa ta‘ala (tt) Tiada tarikh vol Volume ed. Editor xx SENARAI GRAF DAN JADUAL, GRAF 3.1: Bilangan Penagih Mengikut Tahun dan Jenis Dadah GRAF 3.2: _ Bilangan Penagih Mengikut Tahun dan Umur GRAF 3.3: _ Bilangan Penagih Mengikut Tahun dan Kelulusan GRAF 3.4: __ Bilangan Penagih Mengikut Tahun dan Bangsa GRAF 3.5: _ Bilangan Penagih Mengikut Tahun dan Pekerjaan GRAF 3.6: _ Bilangan Tangkapan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya Mengikut Tahun JADUAL 3.1: Jenis-jenis Dadah, Cara Penggunaan dan Kesannya ke atas Penagih JADUAL 3.2: Jenis dan Peratusan Jenayah yang dilakukan oleh Penagih dan Bukan Penagih JADUAL 3.3: Bentuk dan Peratusan Jenayah yang dilakukan oleh Penagih Wanita LAMPIRAN A: LAMPIRAN B: LAMPIRAN C: LAMPIRAN D: SENARAI LAMPIRAN Surat permohonan daripada penulis untuk mendapatkan data- data mengenai jenayah yang dilakukan oleh penagih dan juga pengedar dadah kepada Pihak Jabatan Penjara Malaysia Surat maklum balas daripada Pihak Jabatan Penjara Malaysia tentang permohonan untuk mendapatkan data-data mengenai jenayah yang dilakukan oleh penagih dan pengedar dadah Akta Dadah Berbahaya, 1952 (Akta 234) & Peraturan- Peraturan (Hingga 1Shb Ogos 2000). Prosiding tentang jumlah dadah yang membolehkan mana-mana individu dijatuhkan hukum bunuh Akta Dadah Berbahaya, 1952 (Akta 234) & Peraturan- Peraturan (Hingga 1Shb Ogos 2000). Jadual mengenai dadah berbahaya xxii KAEDAH TRANSLITERASL & C = gt j c h é kh 2 d 3 dh 2 r 5 z wo s Ze sy xxiii G ch 2.Vokal a. Pendek b. Panjang c. Diftong a a ay ——i et aw u a 3. Huruf (g)“ ya” yang mewakili vokal panjang ditransliterasikan sebagai i Catatan Penggunaan alif lam Qamariah ditekankan pada setiap bentuk perkataan “Arab. Sumber: Pedoman Transliterasi Huruf ‘Arab ke Huruf Rumi, (1988), Selangor Dewan Bahasa dan Pustaka, him. 1-2.

Anda mungkin juga menyukai