Anda di halaman 1dari 297

‫ أڬام سكوهل منڠه‬٢‫كومڤيتينيس ڤيداڬوڬي ڤڠوچاڤن معوم ڤنديديقن اسالم دامل اكلڠن ڬورو‬

KOMPETENSI PEDAGOGI PENGUCAPAN UMUM PENDIDIKAN ISLAM


DALAM KALANGAN GURU-GURU UGAMA SEKOLAH MENENGAH

ABDUL WAFI BIN HAJI ABDUL RAHMAN

LATIHAN ILMIAH YANG DIKEMUKAKAN UNTUK MEMPEROLEHI


IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN UGAMA

FAKULTI SYARIAH
KOLEJ UNIVERSITI PERGURUAN UGAMA SERI BEGAWAN
BANDAR SERI BEGAWAN
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
2018

i
PENGESAHAN

KOMPETENSI PEDAGOGI PENGUCAPAN UMUM PENDIDIKAN ISLAM


DALAM KALANGAN GURU-GURU UGAMA SEKOLAH MENENGAH

Disediakan oleh ABDUL WAFI BIN HAJI ABDUL RAHMAN (14SM025) dan
diserahkan kepada Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPUSB)
sebagai memenuhi syarat untuk memperolehi Ijazah Sarjana Muda Perguruan Ugama.

Tandatangan Penyelia :
Nama : Ustaz Prof. Madya Dr. Hj. Misnan bin Jemali
Tarikh Penyerahan :

Tandatangan Penyelaras :
Nama : Ustaz Dr. Hj. Abdul Rauf bin Mohammad Amin
Tarikh :

Tandatangan Dekan :
Nama : Ustazah Datin Dr. Hajah Noor Hira binti Haji Noor Kaseh
Tarikh :

ii
PENGAKUAN

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dari ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan Mahasiswa :
Nama : Abdul Wafi bin Haji Abdul Rahman
No. Pendaftaran : 14SM025
Kursus : Sarjana Muda Perguruan Ugama (Syariah)
Tarikh :

iii
DEDIKASI

Maha Suci Allah & Segala Pujian Hanya UntukNya,


Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih,
Selawat & Salam Buat Junjungan Mulia,
Nabi Muhammad ‫ﷺ‬

Istimewa buat ibu dan ayah yang tercinta…


Hj Abd. Rahman bin Matzin
Hjh Surayah binti Haji Putera
Terima kasih atas segala pengorbananmu,
Sabar mendidikku hingga kini,
Redhakanlah kehidupanku di dunia dan di akhirat...
“Ya Allah, kasihanilah kedua ibu bapaku seperti mana mereka mengasihiku semenjak
kecil”

Buat penyelia yang penuh wibawa dan dedikasi...


Ustaz Prof. Madya Dr. Hj. Misnan bin Jemali
Dekan Fakulti Pendidikan, KUPUSB
Terima kasih kerana banyak membantu,
Dorongan dan sokonganmu,
Menjadi pemangkin kekuatan dan semangat untukku
Bagi meneruskan perjuangan ini…

iv
PENGHARGAAN

Alhamdulillah. Puji syukur ke hadrat Allah ‫ ﷻ‬yang telah memberikan Rahmat,

Hidayah dan KurniaNya jua sehingga penyusunan karya latihan ilmiah yang bertajuk
“Kompetensi Pedagogi Pengucapan Umum Pendidikan Islam Dalam Kalangan Guru-
guru Ugama Sekolah Menengah” dapat selesai tepat pada waktunya.

Penyusunan karya latihan ilmiah ini diajukan untuk memperolehi Ijazah Sarjana Muda
Perguruan Ugama sesi 2014/2015 di Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri
Begawan. Dalam penyusunan karya latihan ilmiah ini, pengkaji telah banyak
mendapatkan bimbingan, sokongan dan petunjuk daripada ibu bapa, sahabat dan
beberapa pihak berkaitan. Ucapan sekalung penghargaan dan ribuan terima kasih ini
juga ditujukan kepada penyelia pengkaji, Yang Mulia, Prof. Madya Dr. Hj. Misnan
bin Jemali selaku Dekan Fakulti Pendidikan, KUPUSB di atas sumbangan idea,
penyemakan, penyeliaan dan segala penat lelah bakti yang dicurahkan sepanjang
tempoh menyiapkan penyelidikan ini. Semoga segala kerjasama dan pengorbanan
masa yang telah diberikan akan mendapat balasan dan ganjaran yang sebaik-baiknya
daripada Allah ‫ﷻ‬.

Harapan pengkaji agar karya latihan ilmiah ini dapat bermanfaat kepada pembaca dan
pengkaji-pengkaji di luar sana untuk menambah wawasan dan pengetahuan tentang
kepentingan pedagogi pengucapan umum dalam Pendidikan Islam.

v
ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk meninjau keberkesanan pedagogi pengucapan umum


dalam pengajaran dan pembelajaran menerusi dari segi Aspek (Audiens, Mesej,
Strategi, Kesan & Personaliti); Komponen (Informatif & Persuasif); Model
(Interaksi & Transaksi); Faktor-faktor Mempengaruhi Keberkesanan Pengucapan
Umum. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif yang melibatkan 160 orang
responden dalam kalangan pelajar, dan menggunakan pendekatan kualitatif yang
melibatkan 6 orang responden guru menerusi soal selidik secara terbuka. Dapatan
kajian menunjukkan bahawa dari segi aspek pengucapan umum, aspek Audiens
merupakan aspek yang mempunyai skor min tertinggi (min = 4.27). Sementara bagi
komponen pengucapan umum pula, skor min Informatif mempunyai nilai min yang
tertinggi (min = 4.43) berbanding skor min Persuasif (min = 4.23). Bagi model
pengucapan umum pula, model Transaksi mendapat skor min yang tertinggi (min
= 4.00) daripada skor min Interaksi (min = 3.66). Hasil kajian juga menunjukkan
bahawa faktor Kesediaan (min = 4.43) menjadi faktor utama dalam mempengaruhi
keberkesanan pengucapan umum. Implikasi kajian ini kepada guru-guru, para
penyelidik pendidikan, pelajar-pelajar, ibu bapa, pihak agensi, badan persatuan,
organisasi dan masyarakat turut dibincangkan.

vi
ABSTRACT

This research aims to identify the effectiveness of public speaking in pedagogy


through Aspects (Audience, Message, Strategy, Effects & Personality);
Components (Informative & Persuasive); Models (Interaction & Transaction) and;
Factors that can influence public speaking. A Quantitative approach was used
which involved 160 respondents among students and a Qualitative approach was
also used which involved 6 respondents among teachers through an open-ended
questionnaire. This study found that in terms of public speaking aspects, the aspect
of audience tend to have the highest mean score (mean = 4.27). Meanwhile, for
public speaking components, the mean score for Informative was higher (mean =
4.43) than the mean score for Persuasive (mean = 4.23). As for the models of public
speaking, study showed a higher mean score in Transactional model (mean = 4.00)
than in Interactional model (mean = 3.66). Lastly, findings proved that the factor
of teachers’ readiness (mean = 4.43) became the main factor in influencing the
effectiveness of public speaking. This study also discussed its implication towards
teachers, education researchers, students, parents, agencies, association bodies,
organizations and societies.

vii
KANDUNGAN

Halaman

HALAMAN JUDUL i

PENGESAHAN ii

PENGAKUAN iii

DEDIKASI iv

PENGHARGAAN v

ABSTRAK vi

ABSTRACT vii

KANDUNGAN viii

SENARAI JADUAL xvi

SENARAI RAJAH xix

SENARAI SINGKATAN / SIMBOL xx

SENARAI LAMPIRAN xxi

BAB I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latarbelakang Kajian 1

1.3 Pernyataan Masalah 3

viii
1.4 Objektif Kajian 6

1.5 Persoalan Kajian 6

1.6 Hipotesis Kajian 7

1.7 Teori Model Kajian 8

1.8 Konseptual Kajian 9

1.8.1 Model CIPP / KIPP (Stufflebeam, 1960) 9

1.8.2 Konsep Interaksi Sehala 12

1.8.3 Konsep Interaksi 2 Hala & Pelbagai Hala 13

1.8.4 Konsep Transaksi 14

1.9 Kepentingan Kajian 15

1.9.1 Kepentingan Umum 15

1.9.2 Kepentingan Khusus 17

1.9.3 Kepentingan Pengucapan Umum Dalam Kalangan


18
Guru Ugama

1.10 Definisi Operasi Kajian 20

1.10.1 Definisi “Kompetensi” 20

1.10.2 Definisi “Pedagogi” 21

1.10.3 Definisi “Pengucapan Umum” 22

1.10.4 Definisi “Pendidikan” 23

1.10.5 Definisi “Islam” 26

ix
1.10.6 Definisi “Pendidikan Islam” 28

1.10.7 Definisi “Guru” 30

1.10.8 Definisi “Guru Ugama” 31

1.11 Skop Kajian 32

1.12 Batasan Kajian 33

1.13 Rangka Kajian 34

1.14 Kesimpulan 35

BAB II KAJIAN PERPUSTAKAAN

2.1 Pengenalan 37

2.2 Kompetensi Guru dari Perspektif Islam 37

2.2.1 Pengenalan 37

2.2.2 Metodologi Pengajaran Rasulullah ‫ﷺ‬ 38

2.2.3 Pendekatan Kontemporari dan Keperluan Dalam


42
Da’wah dan Pengajaran di Alaf Baru

2.2.4 Kepimpinan Insan (Guru) Dalam Islam 46

2.2.5 Kegemilangan Insan dan Komunikasi 47

2.2.6 Rumusan 53

2.3 Kompetensi Pedagogi Secara Am 54

2.3.1 Pengenalan 54

x
2.3.2 Kepentingan Pedagogi kepada Guru 55

2.3.3 Kewujudan Komunikasi dalam Pedagogi 56

2.3.4 Strategi Komunikasi Pembelajaran 57

2.3.5 Kategori Komunikasi dalam Pedagogi 65

2.3.6 Kategori Interaksi dan Transaksi dalam Pedagogi 67

2.3.7 Jenis-jenis Kepimpinan Guru dan Kesannya ke atas


71
Interaksi Kelas

2.3.8 Personaliti Guru 75

2.3.9 Cara-cara Membentuk Interaksi dalam Kelas 82

2.3.10 Rumusan 85

Kompetensi Komunikasi Pengucapan Umum dalam


2.4 85
Kalangan Guru

2.4.1 Pengenalan 85

2.4.2 Teori Komunikasi dalam Islam 86

2.4.3 Prinsip-prinsip Komunikasi Menurut al-Quran dan as-


90
Sunnah

2.4.4 Faedah Pengucapan Umum 100

2.4.5 Faedah Pengucapan Umum dalam Kacamata Islam 101

2.4.6 Model Pengucapan Umum 112

2.4.7 Komponen Pengucapan Umum 116

2.4.8 Rumusan 118

2.5 Konsep Pendidikan Menurut Ulama 119

xi
2.5.1 Tujuan Pendidikan Menurut Ibnu Sina 119

2.5.2 Tujuan Pendidikan Menurut Imam al-Ghazali 120

2.5.3 Tujuan Pendidikan Menurut Ibnu Khaldun 121

2.5.4 Rumusan 123

2.6 Ulasan Kajian Terdahulu 123

2.6.1 Sejarah Metod Pendidikan Rasulullah ‫ﷺ‬ 123

2.6.2 Dalam Negara 125

2.6.3 Luar Negara 125

2.7 Kesimpulan 131

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 133

3.2 Reka bentuk Kajian 134

3.2.1 Kajian Kuantitatif 134

3.2.2 Kajian Kualitatif 135

3.3 Populasi, Sampel dan Pensampelan Kajian 136

3.4 Lokasi Kajian 140

3.5 Instrumen Kajian 141

3.5.1 Soal Selidik Secara Tertutup 142

xii
3.5.2 Soal Selidik Secara Terbuka 147

3.6 Kesahan & Kebolehpercayaan Kajian 148

3.6.1 Kesahan Soal Selidik 150

3.6.2 Kebolehpercayaan Soal Selidik 150

3.7 Kajian Rintis 151

3.8 Prosedur Kajian 153

3.9 Prosedur Pengumpulan Data 154

3.10 Prosedur Penganalisisan Data 155

3.10.1 Kajian Kuantitatif – Soal Selidik Secara Tertutup bagi


155
Responden Guru & Pelajar
3.10.2 Kajian Kualitatif – Soal Selidik Secara Terbuka bagi
156
Responden Guru

3.11 Jadual Perlaksanaan Kajian 157

3.12 Kesimpulan 158

BAB IV DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan 160

4.2 Analisis Deskriptif Latarbelakang Responden 161

4.2.1 Bahagian A : Maklumat Diri Responden Guru 161

4.2.2 Bahagian A : Maklumat Diri Responden Pelajar 165

Analisis Deskriptif Komponen, Model & Faktor Pengucapan


4.3 170
Umum

xiii
4.3.1 Kajian Responden Guru – Data Kualitatif 170

4.3.2 Kajian Responden Guru – Data Kuantitatif 184

4.3.3 Kajian Responden Pelajar – Data Kuantitatif 198

4.3.4 Rumusan 212

4.4 Taburan Data Min Objektif Kajian 213

4.5 Data Persoalan Kajian 215


4.5.1 Sejauhmanakah tahap pengetahuan guru-guru tentang
pengucapan umum dari sudut aspek, komponen dan 251
modelnya?
4.5.2 Sejauhmanakah tahap kompetensi guru-guru dalam
menguasai bidang pengucapan umum dalam pedagogi 219
pengajaran mereka?
4.5.3 Apakah faktor-faktor wujud yang mempengaruhi
220
kompetensi pedagogi pengucapan umum?
4.5.4 Apakah strategi yang digunakan oleh guru dalam
memastikan pedagogi pengucapan umumnya 220
berkesan?

4.6 Pengujian Hipotesis Kajian 221

(HO1) Tidak ada hubungan yang signifikan antara penggunaan


221
komponen pengucapan umum dengan pengajaran guru
(HO2) Corak pedagogi guru lebih ke arah model Interaksi
221
berbanding model Transaksi
(HO3) Kekurangan pengalaman dalam bidang pengucapan
umum mengakibatkan keberkesanan mesej menjadi 222
kurang memberangsangkan
(HO4) Pengalaman, pengetahuan, latarbelakang guru,
personaliti guru, isi pengajaran dan perilaku pelajar-
222
pelajar adalah antara faktor mempengaruhi kompetensi
pedagogi pengucapan umum

4.7 Rumusan 223

xiv
BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 224

5.2 Dapatan Analisis Deskriptif Komponen Pengucapan Umum 225

5.3 Dapatan Analisis Deskriptif Model Pengucapan Umum 226

5.4 Dapatan Analisis Deskriptif Aspek Pengucapan Umum 228

Dapatan Analisis Faktor-faktor Mempengaruhi Keberkesanan


5.5 230
Pengucapan Umum

5.6 Cadangan Implikasi Kajian 232

5.6.1 Guru-guru & Para Penyelidik Pendidikan 233

5.6.2 Pelajar-pelajar 236

5.6.3 Ibu Bapa 237

5.6.4 Pihak-pihak Agensi, Badan Persatuan, Organisasi &


238
Masyarakat

5.7 Penutup 238

BIBLIOGRAFI 240

LAMPIRAN

xv
SENARAI JADUAL

NOMBOR
TAJUK HALAMAN
JADUAL

3.1 Jumlah Guru & Pelajar Kedua-dua Buah Sekolah 136

3.2 Taburan Sampel mengikut Lokasi Kajian 138

3.3 Jumlah Kelas Tahun 11 bagi kedua-dua buah sekolah 138

3.4 Taburan Responden Sekolah Menengah Rimba 1 139

3.5 Taburan Responden Sekolah Menengah Rimba 2 139

Taburan Pembahagian Soalan Soal Selidik Secara


3.6 142
Tertutup

Taburan Pembahagian Item Soalan Dalam Soal Selidik


3.7 143
Secara Tertutup Bagi Responden Guru

Taburan Pembahagian Item Soalan Dalam Soal Selidik


3.8 143
Secara Tertutup Bagi Responden Pelajar

Pembahagian item soalan dalam Bahagian A Soal


3.9 144
Selidik Secara Tertutup Responden Guru

Pembahagian item soalan dalam Bahagian A Soal


3.10 145
Selidik Secara Tertutup Responden Pelajar

Taburan Pembahagian Item Soalan Komponen &


3.11 146
Model Pengucapan Umum

Taburan Pembahagian Item Soalan Faltor-faktor


3.12 146
Pengucapan Umum

3.13 Skala Likert 147

xvi
3.14 Struktur Item Soalan Soal Selidik Secara Terbuka 148

Taburan Skor Min dan Sisihan Piawaian, Jumlah


Keseluruhan Min, Jumlah Sisihan Piawaian, Tahap
3.15 152
Kesahan, Nilai Cronbach Alpha Dan Tahap
Kebolehpercayaan

3.16 Jadual Perancangan Perlaksanaan Kajian 157

4.1 Taburan Umur Responden Guru 161

4.2 Taburan Lama Mengajar Responden Guru 162

4.3 Taburan Jawatan Responden Guru 163

4.4 Taburan Masa Pengajaran Responden Guru 164

4.5 Taburan Bidang Pengajaran Responden Guru 165

Taburan Kekerapan dan Peratus Responden Pelajar


4.6 166
Mengikut Jantina

Taburan Kekerapan dan Peratus Responden Pelajar


4.7 166
Mengikut Kelas

Taburan Kekerapan dan Peratus Responden Pelajar


4.8 168
Mengikut Umur

Taburan Pembahagian Kelas Mengikut Nama


4.9 168
Responden Guru

Dapatan Kajian Soal Selidik Secara Terbuka


4.10 170
Responden Guru Soalan 1

Dapatan Kajian Soal Selidik Secara Terbuka


4.11 172
Responden Guru Soalan 2

Dapatan Kajian Soal Selidik Secara Terbuka


4.12 173
Responden Guru Soalan 3

xvii
Dapatan Kajian Soal Selidik Secara Terbuka
4.13 175
Responden Guru Soalan 4

Dapatan Kajian Soal Selidik Secara Terbuka


4.14 176
Responden Guru Soalan 5

Dapatan Kajian Soal Selidik Secara Terbuka


4.15 177
Responden Guru Soalan 6

Dapatan Kajian Soal Selidik Secara Terbuka


4.16 178
Responden Guru Soalan 7

Dapatan Kajian Soal Selidik Secara Terbuka


4.17 179
Responden Guru Soalan 8

Dapatan Kajian Soal Selidik Secara Terbuka


4.18 180
Responden Guru Soalan 9

Dapatan Kajian Soal Selidik Secara Terbuka


4.19 183
Responden Guru Soalan 10

Taburan Kekerapan, Peratus, Min Dan Sisihan


4.20 198
Piawaian Bagi Model Konteks & Aspek Audiens

Taburan Kekerapan, Peratus, Min Dan Sisihan


4.21 201
Piawaian Bagi Model Input & Aspek Mesej

Taburan Kekerapan, Peratus, Min Dan Sisihan


4.22 204
Piawaian Bagi Model Proses & Aspek Strategi

Taburan Kekerapan, Peratus, Min Dan Sisihan


4.23 207
Piawaian Bagi Model Produk & Aspek Kesan

Taburan Kekerapan, Peratus, Min Dan Sisihan Piawaian


4.24 210
Bagi Model Syakhsiyyah & Aspek Personaliti

Taburan Data Keseluruhan Min Bagi Setiap Objektif


4.25 214
Kajian

xviii
SENARAI RAJAH

NOMBOR
TAJUK HALAMAN
RAJAH
1.1 Teori Model Kajian Shannon & Weaver (1949) 8

1.2 Aspek Pengucapan Umum Menerusi Model CIPP 10

1.3 Konsep Interaksi Sehala 12

1.4 Konsep Interaksi 2 Hala & Pelbagai Hala 13

1.5 Konsep Transaksi 14

2.1 Kategori-kategori percakapan Sistem Flanders 66

2.2 (Situasi 1) Pendekatan memusatkan guru 67

2.3 (Situasi 2) Pendekatan penerangan-perbincangan 68

2.4 (Situasi 3) Pembelajaran secara aktif 68

2.5 (Situasi 4) Kaedah Kumpulan 69

2.6 (Situasi 5) Kaedah perbincangan 70

4.1 Skor Min Aspek Pengucapan Umum 216

4.2 Skor Min Komponen Pengucapan Umum 217

4.3 Skor Min Model Pengucapan Umum 218

xix
SENARAI SINGKATAN / SIMBOL

‫ﷻ‬ - ‘Azza Wa Jalla

‫ﷺ‬ - Sallallahu ‘Alaihi Wasallam

CIPP - Context, Input, Process, Product


FFT - Five-Factor Theory
ICT - Information Centre of Technology
IPTA - Institusi Pengajian Tinggi Awam
IRK - Islamic Religion Knowledge
KIPP - Konteks, Input, Proses, Produk
KUPUSB - Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan
LCD - Liquid Crystal Display
MIB - Melayu Islam Beraja
MIGCB - Modal Insan Generasi Calak Brunei
OCEAN - Openness, Conscientiousness, Extrovert, Agreeable, Neuroticism
PIBG - Persatuan Ibu Bapa Guru
PU - Pengucapan Umum
PUI - Pengetahuan Ugama Islam
SMR - Sekolah Menengah Rimba
SPSS - Statistical Package for Social Science
UNIMAS - Universiti Malaysia Sarawak

xx
SENARAI LAMPIRAN

NOMBOR
TAJUK
LAMPIRAN
Surat Kebenaran Membuat Kajian di Sekolah Menengah Rimba I,
A
Gadong
Surat Kebenaran Membuat Kajian di Sekolah Menengah Rimba II,
B
Gadong
Jadual Penentuan Sampel Kajian Berdasarkan Kajian Krejie dan
C
Morgan (1970)

D Borang Soal Selidik Secara Tertutup Responden Guru

E Borang Soal Selidik Secara Tertutup Responden Pelajar

F Borang Soal Selidik Secara Terbuka Responden Guru

G Dapatan Kajian Rintis

H Dapatan SPSS Responden Guru

I Dapatan SPSS Responden Pelajar

xxi

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Dalam bab ini, pengkaji akan membincangkan mengenai latarbelakang kajian,


pernyataan masalah, objektif kajian, persoalan kajian, hipotesis kajian, teori model
kajian, konseptual kajian, kepentingan kajian,batasan kajian dan skop kajian.
Sepanjang kajian ini, penggunaan perkataan ‘komunikasi’ adalah setaraf
pengertiannya dengan ‘pengucapan umum’.

1.2 Latarbelakang Kajian

Menurut Hunt (1987), proses komunikasi adalah suatu proses yang berkaitan
dengan tindakan manusia terhadap dirinya sendiri, orang lain dan persekitarannya.
Sama halnya dengan tugas seorang guru yang memerlukan proses komunikasi
sebagai wadah pengajaran yang berkesan kerana ia adalah amanah Allah ‫ ﷻ‬yang
perlu dilaksanakan dengan sepenuh perhatian. Firman Allah ‫ﷻ‬:

ً‫وها فَ ُقل ََّّلُْم قَ ْوالً َّمْي ُسورا‬ َ ِ‫ض َّن َعنْ ُه ُم ابْتِغَاء َر ْْحٍَة ِمن َّرب‬
َ ‫ك تَ ْر ُج‬ َ ‫َوإَِّما تُ ْع ِر‬
(28 : ‫)سورة اإلسراء‬

1
Maksudnya:

“Dan jika engkau terpaksa berpaling tidak melayani mereka,


kerana menunggu rezeki dari Tuhanmu yang engkau harapkan,
maka katakanlah kepada mereka kata-kata yang menyenangkan
hati.”
(Surah al-Isra’: 28)

Di dalam Tafsir Ibnu Kathir, menurut pandangan Mujahid, ‘Ikrimah, Sa’id


bin Jubair, al-Hasan al-Bashri, Qatadah dan beberapa ulama lainnya menyatakan,
“Jika kaum kerabatmu dan orang-orang yang Kami perintahkan kamu memberi
mereka, mereka meminta kepadamu sedang kamu tidak mempunyai sesuatu pun,
lalu kamu berpaling dari mereka kerana tidak ada yang dapat dinafkahkan, maka
janjikan kepada mereka dengan perkataan yang menyenangkan hati dan lemah
lembut. Jika rezeki Allah datang, nescaya Kami akan memberitahukan kamu.”

Hal ini menunjukkan bahawa peranan komunikasi dalam bidang pendidikan


memberikan impak yang besar kepada guru dan pelajar. Seseorang guru yang
profesional perlu ada kompetensi pengucapan umum sebagai satu daya tarikan
yang dapat menarik minat pelajar untuk mengikuti proses pengajaran dan
pembelajaran. Bahkan kemahiran berkomunikasi merupakan satu bonus kepada
seorang guru untuk mendampingi pelajar-pelajar sekaligus dapat merapatkan
jurang di antara mereka (Maimunah Osman, 2000).

Aktiviti komunikasi atau pengucapan umum mempunyai kepentingan dan


keistimewaan tersendiri sehingga mendapat perhatian lebih daripada ahli falsafah
Greek dan Roman. Berucap dengan baik di hadapan audiens bukanlah satu warisan
yang boleh diwarisi melalui baka dan keturunan, bahkan ia adalah satu kemahiran
yang boleh diperolehi melalui kesungguhan, latihan yang konsisten dan
pengalaman (Ismail, 2000).

2
Tujuan pengucapan umum ini adalah untuk menghasilkan pemahaman
dalam pelbagai bentuk, baik secara lisan mahupun tidak, misalnya bahasa gerak-
geri, bahasa isyarat, sentuhan, hubungan mata dan penulisan (Abdul Mu’ati, 1994).

Dalam konteks Negara Brunei Darussalam, kajian mendapati terdapat


banyak isu berbangkit yang berkaitan dengan permasalahan pengucapan umum
dalam kalangan guru ugama yang perlu diperhatikan dan ditangani bersama. Hal
ini ada dibincangkan dalam Bab 2, Bab 4 dan Bab 5.

1.3 Pernyataan Masalah

Petikan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji
Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara
Brunei Darussalam sempena Majlis Sambutan Nuzul Al-Qur’an Peringkat Negara
bagi tahun 1435 Hijrah / 2014 Masihi, di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas,
pada hari Isnin (malam Selasa):

“Di Brunei, kita tidak memakai budaya menebuk-


nebuk atau memilih-milih ini tetapi budaya kita
ialah beramal bulat-bulat dengan kebenaran. Apa-
apa yang ugama dan Al-Qur’an suruh itulah yang
kita buat. Kerana itu suka beta mengingatkan
supaya kita jangan sembarangan dalam perkara
menghidangkan da’wah kepada masyarakat.
Biarlah kita berhati-hati dari terjebak kepada sikap
meniru-niru atau menerima pakai resepsi orang
lain secara melulu. Kita elakkan dari mengimport
masalah terutama dalam aspek amalan beragama.”

3
(Petikan titah sempena Majlis Sambutan Nuzul al-
Qur’an Peringkat Negara pada 17 Ramadhan 1435
Hijrah / 14 Julai 2014 Masihi)

Berdasarkan daripada titah baginda ini, menunjukkan bahawa baginda


sangat menekankan agar kita selaku umat Islam sentiasa berwaspada dalam
menyajikan mesej da’wah kepada masyarakat khususnya kepada yang bukan
beragama Islam, dan bukan hanya bertaqlid (mengikut) kepada mana-mana sumber
tanpa mengetahui kebenarannya.

Seterusnya, memetik daripada Pelita Brunei pada 1 Ogos 2012, mantan


Pemangku Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Negara Brunei Darussalam,
Yang Mulia Datin Paduka Dayang Hajah Adina binti Othman mengujarkan, semasa
pertandingan Pidato BELTA ke-6 tahun 2012 yang berlangsung di Pusat Tingkatan
Enam Meragang:

“Sebagai pemimpin masa depan negara ini, para


belia perlu mempelajari dan menguasai
pengucapan awam. Pemimpin masyarakat perlu
mendorong perkara itu melalui agenda nasional
dan untuk melakukannya, kita perlu dapat
meyakinkan orang ramai dan pembuat keputusan
mengenai ide tersebut. Ini adalah di mana
pengucapan awam terus relevan. Sebagai pemimpin
masa depan dan penentu hala tuju yang akan
dicapai oleh Brunei satu hari nanti, awda perlu
mempunyai kemahiran berpidato untuk meyakinkan
orang lain terhadap matlamat awda. Apabila awda
berdiri di hadapan penonton adalah lebih mudah
sekiranya awda percaya pada apa yang awda
katakan kerana ini adalah sangat penting bagi
awda untuk membuat pengucapan yang

4
meyakinkan. Jika awda tidak percaya pada apa
yang awda katakan, awda masih boleh membuat
pengucapan yang baik jika awda tahu seni
berpidato dan pengucapan. Pengucapan jelasnya,
adalah tiga kali sama pentingnya dengan
kandungan, ia mesti mudah, teratur, menyentuh
emosi, nilai, identiti dan harapan pendengar.
Jelasnya, melalui percakapan yang memukau,
penuh keyakinan, awda suatu hari nanti juga sudah
setentunya boleh membantu masyarakat dan negara
dengan mengetengahkan isu-isu penting.
Kemahiran dan seni pengucapan awam, boleh
menjadi alat untuk membawa pembangunan dan
memperkasa negara sambil menekankan bahawa
para peserta pertandingan sudah berada di
landasan yang betul untuk menjadi pemimpin
Negara Brunei Darussalam pada masa akan
datang.”
(Petikan semasa Pertandingan Pidato BELTA ke-6
tahun 2012 di Pusat Tingkatan Enam, Meragang)

Rumusan daripada petikan ini ialah para belia perlu mempunyai kompetensi
pengucapan umum, khususnya dalam arena pidato sebagai pemimpin masa
hadapan dalam meyakinkan orang lain terhadap matlamat ucapan yang hendak
disampaikan. Kompetensi ini boleh membawa ke arah pemesatan negara.

Oleh yang demikian, perlunya diadakan satu kajian tentang bagaimana


pengucapan umum dapat dimanfaatkan dalam kalangan guru-guru untuk dikuasai
sepenuhnya secara ekeftif dan konsisten sebelum ditelusuri terhadap setiap diri
pelajar.

5
1.4 Objektif Kajian

Pengkaji ingin mengkhususkan kajian ini kepada empat objektif utama:


1.4.1 Mengkaji keberkesanan pengucapan umum dalam pengajaran dan
pembelajaran dari aspek Mesej, Personaliti, Audiens, Kesan & Strategi
menerusi model KIPP dan Syakhsiyyah.
1.4.2 Mengenalpasti penggunaan komponen utama dalam pengucapan
umum semasa pengajaran dan pembelajaran guru-guru ugama.
1.4.3 Mengkaji keberkesanan pengucapan umum dalam pengajaran dan
pembelajaran guru-guru dari sudut model interaksi dan transaksi.
1.4.4 Mengetahui faktor-faktor mempengaruhi keberkesanan pengucapan
umum dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru-guru
ugama.

1.5 Persoalan Kajian

Berdasarkan daripada objektif kajian di atas, pengkaji ingin mengetengahkan


beberapa persoalan kajian:
1.5.1 Sejauhmanakah tahap pengetahuan guru-guru tentang pengucapan
umum dari sudut aspek, komponen dan modelnya?
1.5.2 Sejauhmanakah tahap kompetensi guru-guru dalam menguasai bidang
pengucapan umum dalam pedagogi pengajaran mereka?
1.5.3 Apakah faktor-faktor wujud yang mempengaruhi kompetensi pedagogi
pengucapan umum?
1.5.4 Apakah strategi yang digunakan oleh guru dalam memastikan pedagogi
pengucapan umumnya berkesan?

6
1.6 Hipotesis Kajian

Berdasarkan daripada objektif dan persoalan kajian di atas, pengkaji ingin


menyenaraikan empat hipotesis kajian:
(HO1) Tidak ada hubungan yang signifikan antara penggunaan komponen
pengucapan umum dengan pengajaran guru.
(HO2) Corak pedagogi guru lebih ke arah model Interaksi berbanding model
Transaksi.
(HO3) Kekurangan pengalaman dalam bidang pengucapan umum
mengakibatkan keberkesanan mesej menjadi kurang
memberangsangkan.
(HO4) Pengalaman, pengetahuan, latarbelakang guru, personaliti guru, isi
pengajaran dan perilaku pelajar-pelajar adalah antara faktor
mempengaruhi kompetensi pedagogi pengucapan umum.

7
1.7 Teori Model Kajian

MODEL
PENGUCAPAN
UMUM
(Shannon & Weaver,
1949)

Model Interaksi Model Transaksi

(Shannon & Weaver, (Dean Barnlund, 2008)


1949)

Model Interaksi Model Interaksi 2


Sehala hala & Pelbagai hala
(Shannon & Weaver, (Shannon & Weaver,
1949) 1949)

Sumber Mengekod
(Pengucap) (Menerima mesej)
(Shannon & Weaver, (Wilbur Schramm, 1954)
1949)

Saluran Menyahkod
(Komunikasi) (Interpretasi mesej)
(Shannon & Weaver, (Wilbur Schramm, 1954)
1949)

Penerima Menyahkod
(Audiens) (Merespon mesej)
(Shannon & Weaver, (Wilbur Schramm, 1954)
1949)

Rajah 1.1 : Teori Model Kajian Shannon & Weaver (1949)

Rajah di atas merupakan model pengucapan umum yang akan menjadi pegangan
dalam kajian ini. Model ini dipelopori oleh Claude Shannon dan Warren Weaver
(1949), kemudian ia terus berkembang dan telah mengalami improvisasi oleh

8
Wilbur Schramm (1954) dan Dean Barnlund (2008). Huraian rajah ini ada
dibincangkan dalam Bab 2 Kajian Perpustakaan.

1.8 Konseptual Kajian

1.8.1 Model CIPP / KIPP (Stufflebeam, 1960)

Model CIPP (Context, Input, Process, Product) atau KIPP (Konteks, Input,
Proses, Produk) adalah sebuah model penilaian yang dicipta oleh Daniel
Stufflebeam sekitar 1960an yang digunakan untuk menilai keberkesanan
sesebuah pengurusan program dan operasi yang sistematik. Dalam konteks
kajian ini, pengkaji menggunakan model ini bertujuan untuk menerangkan
kelima-lima aspek pengucapan umum dalam pengajaran dan pembelajaran
seperti yang tertera pada rajah 1.2 di bawah ini.

9
Aspek Aspek
Pengucapan Pengucapan
Umum: Umum:
Audiens Mesej
1. 2.
Model Model
Konteks Input

5. 3.
Model Model
Shyakhsiyyah Proses

4.
Aspek
Aspek Model Pengucapan
Pengucapan Produk Umum:
Umum: Strategi
Personaliti

Aspek
Pengucapan
Umum:
Kesan

Rajah 1.2 : Aspek Pengucapan Umum Menerusi Model CIPP

Rajah 1.2 di atas menunjukkan Aspek Pengucapan Umum menerusi


Model KIPP dan model Syakhsiyyah sebagai tambahan elemen kepada model
KIPP. Berdasarkan daripada rajah di atas, terdapat lima penilaian model dan
aspek pengucapan umum; Model Konteks (Aspek Audiens), Model Input
(Aspek Mesej), Model Proses (Aspek Strategi), Model Produk (Aspek Kesan)
dan Model Syakhsiyyah (Aspek Personaliti).

a) Model Konteks:

Dalam model konteks, aspek pengucapan umum yang ditekankan ialah aspek
audiens iaitu pelajar-pelajar, termasuklah lokasi pengajaran dan kaedah

10
komunikasi samada menerusi komponen Informatif atau Persuasif, dan
samada menerusi model Interaksi atau Transaksi. Model Konteks melibatkan
demografi, psikologi, sosiologi, motivasi dan kesediaan pelajar-pelajar.

b) Model Input:

Model Input sangat berkaitrapat dengan aspek Mesej dalam berkomunikasi. Ia


merujuk kepada apa yang disampaikan semasa pengajaran yang juga
melibatkan kedua-dua komponen dan model pengucapan umum. Model Input
melibatkan kuantiti pengajaran, intensiti pelajaran dan aras kesukaran
pelajaran.

c) Model Proses:

Model Proses pula berkaitrapat dengan aspek Strategi komunikasi. Dalam


model ini, penggunaan SPKTA (Strategi, Pendekatan, Kaedah, Teknik &
Aktiviti) pengajaran digunakan. Dalam kajian ini, pengkaji ingin melihat
apakah strategi yang digunakan oleh responden guru dalam memastikan
komunikasi mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran berkesan.

d) Model Produk:

Dalam model Produk, aspek pengucapan umum yang difokuskan ialah aspek
Kesan yang bermaksud bagaimana guru memastikan agar pelajar-pelajar
faham dengan suntikan ilmu yang disampaikan menerusi komunikasi dan
interaksi pengajaran. Aspek Kesan membabitkan apa yang difahami pelajar-
pelajar, kewujudan pengaplikasian pemahaman pelajar-pelajar dan bentuk-

11
bentuk peneguhan yang diterapkan semasa proses pengajaran dan
pembelajaran.

e) Model Syakhsiyyah:

Model yang terakhir ialah model Syakhsiyyah. Model ini merupakan model
tambahan kepada model KIPP. Model ini penting kerana aspek Personaliti
guru merupakan antara aspek yang penting dalam pengajaran dan
pembelajaran. Syakhsiyyah atau personaliti adalah antara kunci utama sesuatu
pengucapan umum itu berkesan. Ketiadaan model ini mengakibatkan
pengucapan umum tidak menepati ciri-ciri khitabah dan kepimpinan Islam.

Kesimpulannya, keberkesanan pengajaran guru bertitik tolak daripada


pengenaan komunikasi semasa mengajar. Model ini membantu memahamkan
kepada kita tentang sekitar perjalanan proses pengucapan umum dalam
konteks pengajaran dan pembelajaran.

1.8.2 Konsep Interaksi Sehala

Sumber Saluran (Komunikasi) Penerima


(Pengucap) (Audiens)

Rajah 1.3 : Konsep Interaksi Sehala

Rajah 1.3 di atas merupakan konsep interaksi sehala. Ia merupakan pecahan


daripada teori model pengucapan umum oleh Shannon & Weaver (1949).
Berdasarkan daripada rajah di atas, dalam konteks pengajaran dan
pembelajaran, guru merupakan sumber yang akan menyampaikan mesej
kepada pelajar-pelajar iaitu penerima menerusi komunikasi guru sebagai
saluran mesej tersebut. Sebagai sumber (guru) perlu menitikberatkan tahap

12
kefahaman audiens dan menganalisis konten mesej untuk dijadikan sebagai
wahana komunikasi (saluran) kepada pelajar-pelajar (audiens).

Kesimpulannya, dalam konteks pengajaran dan pembelajaran, konsep


interaksi sehala ialah apabila guru hanya menyampaikan mesej kepada pelajar-
pelajar seperti bersyarah dan berpidato, manakala pelajar-pelajar hanya
mendengar ucapan guru tanpa memberi respon.

1.8.3 Konsep Interaksi 2 hala & Pelbagai hala

Mengekod Saluran
(Menerima Penerima
(Komunikasi) (Audiens)
Mesej)

(Komunikasi)

Saluran
Sumber
(Pengucap)

Menyahkod Saluran Menyahkod


(Merespon (Interpretasi
Mesej) (Komunikasi) Mesej)

Rajah 1.4 : Konsep Interaksi 2 hala & Pelbagai hala

Rajah 1.4 di atas menunjukkan proses yang berlaku semasa interaksi 2 hala
dan pelbagai hala. Dalam konsep ini, guru sebagai sumber (pengucap)
merupakan pengantar isi komunikasi, sedang proses mengekod merupakan
kaedah pengajaran (yang merangkumi strategi, pendekatan, kaedah, teknik dan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran). Manakala penerima (audiens) merujuk
kepada pelajar-pelajar sebagai orang yang disampaikan isi komunikasinya.
Manakala dalam proses menyahkod (Interpretasi mesej) melibatkan proses

13
kefahaman dan hafalan pelajar-pelajar untuk dinyahkod atau memberi respon
kepada mesej komunikasi tadi.

Kesimpulannya, dalam konteks pengajaran dan pembelajaran, guru perlu


mengenakan beberapa strategi tertentu dalam memastikan interaksi dua dan
pelbagai hala wujud, samada guru dengan pelajar, mahupun pelajar dengan
pelajar.

1.8.4 Konsep Transaksi

Mengekod Saluran
Penerima
(Menerima
(Komunikasi) (Audiens)
Mesej)

(Komunikasi)

Saluran
Sumber Respon diberikan dalam kadar
(Pengucap) segera oleh audiens

Menyahkod Saluran Menyahkod


(Merespon (Interpretasi
Mesej) (Komunikasi) Mesej)

Rajah 1.5 : Konsep Transaksi

Berdasarkan rajah 1.5 menunjukkan bagaimana konsep transaksi berlangsung.


Jika diteliti, konsep transaksi dengan konsep interaksi dua dan pelbagai hala
seakan sama. Hanya sahaja yang membezakannya ialah dalam konsep
transaksi, kadar waktu yang diambil oleh audiens atau pelajar untuk
memberikan respon terhadap mesej komunikasi guru adalah dengan segera,
berbanding dengan konsep interaksi dua dan pelbagai hala.

Kesimpulannya, dalam konteks pengajaran dan pembelajaran,


apabila guru bersyarah dan mengajukan soalan kepada pelajar-pelajar, mereka

14
dengan segera memberikan respon terhadap soalan guru tersebut. Hal ini bukan
hanya terjadi saat guru mengajukan soalan, bahkan semasa tidak mengajukan
soalan juga, konsep transaksi terjadi apabila guru sedang berinteraksi dengan
pelajar-pelajar dan mereka menjeda sebentar pengajaran guru mereka untuk
mengajukan soalan.

1.9 Kepentingan Kajian

Kajian ini berupaya membantu kepada pihak-pihak tertentu. Pengkaji


membahagikan kepentingan kajian pengucapan umum ini kepada dua bahagian;
Kepentingan umum & Kepentingan Khusus.

1.9.1 Kepentingan Umum

Secara umumnya, kajian ini mempunyai banyak kepentingannya terhadap


masyarakat. Pertama ialah kajian ini dapat membina kemahiran berfikir secara
kritis. Dengan adanya pengetahuan yang luas dan mendalam tentang
komponen, model dan aspek pengucapan umum, akan dapat membantu
masyarakat untuk menyesuaikan percakapan mereka sesuai dengan konteks
dan demografi masyarakat sekitar mereka, khasnya dalam menyebarkan
da’wah. Hal ini ada dibuktikan menerusi sabda baginda Rasulullah ‫ ﷺ‬yang

bermaksud:

“Janganlah kamu berbicara kepada suatu kaum tentang sesuatu


yang mana belum sampai akal-akal mereka kepada hal tersebut,
kecuali jika terjadi fitnah diantara mereka”
(Hadith Riwayat Imam al-Muslim, 1/11)

15
Kepentingan seterusnya ialah bagi sesiapa yang mempunyai minat dan
kecenderungan ke arah memperkasa dan memperbaiki kompetensi komunikasi
mereka dengan lebih efektif, maka kajian ini dapat membantu menelaah dan
mengasah kemahiran komunikasi verbal dan bukan verbal. Di dalam kajian ini,
pengucapan umum bukanlah bersifat lokal (hanya digunakan oleh subjek
tertentu sahaja), malah ia bersifat universal.

Ketiga ialah kajian ini dapat membantu mengatasi fobia dalam


pengucapan umum. Tidak diragukan lagi bahawa tidak semua fitrah manusia
dilahirkan dengan wujudnya bakat pengucapan umum yang hebat, tetapi masih
perlu dihalusi dan diperbaiki. Sifat gementar berucap di hadapan khalayak
adalah antara faktor seseorang pengucap berasa tertekan dan seterusnya
menjadi gugup ketika berucap. Kajian ini diperkayakan dengan informasi
tentang bagaimana hendak mengatasi fobia dalam pengucapan umum yang
akan dibahaskan dalam Bab 5 Perbincangan, Rumusan & Cadangan.

Pengucapan umum bukan hanya untuk mengasah bakat berucap di


hadapan khalayak ramai, malah ia juga memberi pendedahan tentang
bagaimana hendak mempengaruhi masyarakat untuk memahami mesej yang
hendak disampaikan. Hal ini dipikul di atas bahu si pengucap yang menjadi
pemimpin kepada masyarakat tertentu. Maka kajian ini adalah penting untuk
membina karakter dan kualiti kepimpinan seorang pemimpin yang syumul
serta dapat melahirkan pemimpin yang mempunyai matlamat teguh dalam
sama-sama memastikan mesej yang dilontarkan mempunyai dampak kepada
masyarakat umumnya.

16
1.9.2 Kepentingan Khusus

Pengkaji mengkhususkan kepentingan kajian ini kepada guru-guru. Antaranya


ialah kajian ini dapat menambah dan mempertingkatkan lagi ilmu pengetahuan
guru-guru tentang pengucapan umum, khusus terhadap tiga fokus utama
(komponen, aspek & model). Guru-guru dapat mengetahui komponen apa
yang mereka lazim gunakan sebelum ini, samada Informatif atau Persuasif dan
seterusnya dapat mengimprovisasikan dan memvariasikan pedagogi
pengajaran mereka lagi.

Kajian ini juga dapat membantu guru-guru mengidentifikasikan


keberkesanan mesej pengajaran yang disampaikan. Ini dapat dibuktikan
menerusi respon atau tindak balas pelajar-pelajar setelah mereka diajar.
Pelajar-pelajar yang faham akan mudah menjawab soalan-soalan guru mereka,
samada berbentuk kuiz atau ujian dan sebagainya. Tatkala wujud segelintir
pelajar yang masih tidak faham, maka guru perlu mengubahsuai lagi bentuk
pedagogi pengajarannya dan kaedah pengucapan umumnya.

Seterusnya, kajian ini dapat menghasilkan guru-guru yang petah


bercakap dan lebih yakin berucap di hadapan pelajar-pelajar. Seperti yang
dinyatakan di atas dalam bahagian penyataan masalah, komunikasi yang
berkesan akan melahirkan graduan yang cemerlang dari segi akademik dan
komunikasi mereka.

Selain daripada aspek pedagogi pengajaran, kajian ini hakikatnya adalah


sebagai medan kepada guru-guru untuk menyalurkan da’wah Islamiyyah di
dalam dan di luar sekolah. Pengajaran bukan semata-mata menulis di papan,
membentang isi pelajaran dan memberi ujian kepada pelajar-pelajar. Guru
yang memikul amanah daripada Allah ‫ ﷻ‬adalah pewaris kepada nabi,
sebagaimana yang disebutkan di dalam hadith Rasulullah ‫ ﷺ‬yang diriwayatkan

daripada Abu Darda radhiallahu ‘anhu:

17
ِْ ‫ وإِ َّن‬.‫الْعلَماء ورثَه ْاْلَنْبِي ِاء‬
‫اْلنْبِيَاءَ ََلْ يُ َوِرثُواْ ِدينَ ًارا َوَال ِد ْرََهًا َوإََِّّنَا َوَّرثُواْ الْعِْل َم فَ َم ْن‬ َ َ ُ ََ َ َ ُ
‫َخ َذ ِبَ ٍٍّظ َوافِ ِر‬
َ ‫َخ َذهُ أ‬ َ‫أ‬
)‫(رواه الرتميذي‬

Maksudnya:

“Sesungguhnya para ulama adalah pewaris para Nabi. Nabi-nabi


pula tidak mewariskan dinar dan dirham. Mereka mewariskan
ilmu. Sesiapa yang mengambilnya, ia telah mendapat bahagian
yang banyak dan sempurna.”
(Hadith Riwayat Imam at-Tirmidzi)

1.9.3 Kepentingan Pengucapan Umum Dalam Kalangan Guru Ugama

Tugas utama seorang guru ugama adalah menjadi mu’allim yang akan
menyampaikan segala isi kandungan yang berkaitan dengan ugama -aqidah,
syari’ah dan akhlaq- dalam usaha untuk memupuk dan menjadikan pelajar-
pelajar menjadi insan yang kamil (sempurna) di dunia dan akhirat. Seorang
guru ugama berperanan dalam menyampaikan maklumat dan ilmu
pengetahuan Islam. Guru ugama, yang juga merupakan seorang khalifah di
muka bumi ini, akan menjadi penerus, peneraju dan penyambung syari’at
Islam yang diperjuangkan oleh Rasulullah ‫ ﷺ‬dalam sama-sama membentuk
aqidah dan syakhsiah pelajar-pelajar.

Tetapi yang menjadi persoalannya di sini ialah bagaimana kata-kata


seorang guru ugama itu akan tetap diingati dan memberikan kesan yang boleh
menusuk ke qalbu setiap pelajar. Di sinilah perlunya kemahiran pengucapan
umum bagi seorang guru ugama. Seorang guru ugama yang hebat adalah yang
dapat meninggalkan implikasi yang jauh mendalam di hati pelajar-pelajar.

18
Rasulullah ‫ﷺ‬, sebagai contoh, bukan sahaja seorang mu’allim, tapi juga

seorang penda’wah yang sangat mahir dalam memberikan ucapan yang


berkesan untuk menyampaikan syari’at Islam kepada umat manusia.

Menurut Abdul Aziz Mohd Zin (2003), menyatakan bahawa metod


pengucapan umum yang berkesan bagi seseorang guru ugama yang efektif
sangat memerlukan pendekatan untuk membolehkan pelajar-pelajar menerima
sesuatu pesanan yang disampaikan dengan kefahaman yang jelas dan
kesedaran yang penuh, tanpa rasa paksaan, tekanan atau tertipu. Berikut adalah
enam prinsip atau pendekatan utama pembinaan pendidikan Islam:
(i) ‫يل التَّ ََك ِل ُيف‬
ُ ‫( تَ ْق ِل‬memperkecilkan beban)
(ii) ‫( عَدَ ُم احل َْر ْج‬menghilangkan kesusahan)
(iii) ‫( التَّدْ ِرجي‬berperingkat-peringkat)
(iv) ‫( ِِبلْ ِح ْْكَ ِة‬dengan hikmah)
(v) ‫( َوالْ َم ْو ِع َظ ِة الْ َح َس نَ ِة‬memberikan pengajaran yang baik)

(vi) َ ِ ‫( َو َجا ِدلْهُم ِِبل َّ ِِت‬berbahas dengan cara yang baik)


‫ِه َأ ْح َسن‬

Seorang guru ugama juga hendaklah sentiasa bersifat fleksibel dalam


ilmu pengetahuan yang disampaikan. Seorang guru ugama boleh menjadi
seorang guru, penda’wah, pakar motivasi dan pemimpin yang hebat kerana di
dalam al-Quran serta sunnah Rasulullah ‫ ﷺ‬serta peribadi yang ada dalam diri

baginda ‫ ﷺ‬itu sendiri adalah inspirasi dan motivasi dalam kehidupan kita untuk

memimpin individu dari seorang pemimpin keluarga, pemimpin di dalam


kelas, di dalam sebuah madrasah, di dalam sebuah jabatan, daerah atau negara.

19
1.10 Definisi Operasi Kajian

Pengkaji akan memberikan definisi bagi istilah perkataan “Kompetensi”,


“Pedagogi”, “Pengucapan Umum”, “Pendidikan”, “Islam”, “Pendidikan Islam”,
“Guru” dan “Guru Ugama”.

1.10.1 Definisi “Kompetensi”

Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, ‘kompetensi’ bermaksud kebolehan,


pengetahuan dan kemahiran untuk melakukan sesuatu dengan cekap atau
dengan kerjayanya. Sementara menurut English Oxford Living Dictionary,
‘kompetensi’ bermaksud kebolehan untuk melakukan sesuatu dengan
berkesan. ‘Kompetensi’ merupakan sinonim dengan ‘kemahiran’ yang berasal
daripada kata terbitan ‘mahir’. Di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat,
menyatakan bahawa ‘mahir’ adalah terlatih untuk mengerjakan sesuatu, cekap,
lancar dan pandai.

Secara bahasa, istilah ‘kompetensi’ berasal dari bahasa


Inggeris "competency" yang bermaksud kecekapan atau kemampuan (Echols
dan Shadily, 1983). Sedangkan menurut Purwadarminta (1982) menjelaskan
‘kompetensi’ sebagai kewenangan atau kekuasaan untuk menentukan atau
membuat sesuatu keputusan. Dengan kata lain bahawa ‘kompetensi’ disebut
sebagai kemampuan.

Berdasarkan definisi-definisi di atas, maka dapat disimpulkan bahawa


“kompetensi” adalah kecekapan atau kemampuan seseorang dalam
melaksanakan tugas atau profesion sesuai dengan jawatan yang disandangnya.

20
1.10.2 Definisi “Pedagogi”

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, ‘pedagogi’ bermaksud ‘kajian tentang


kaedah dan prinsip pengajaran.’ Sementara menurut Concise Encyclopedia
Britannica, ditinjau dari sudut tradisi, pedagogi merupakan suatu seni
pengajaran yang melibatkan penggunaan kaedah dan teknik mengajar.
Manakala menurut Webster’s Third New International Dictionary, ‘pedagogi’
merujuk kepada sains pengajaran terutamanya kajian tentang prinsip-prinsip
dan kaedah-kaedah dalam pendidikan formal.

Dari segi bahasa, perkataan ‘pedagogi’ berasal daripada perkataan


Yunani ‘pedagogue’ yang bermaksud ‘hamba yang bertanggungjawab
terhadap pendidikan anak lelaki tuan mereka termasuklah menghantar dan
mengambil budak-budak itu pergi balik sekolah, menjaganya dan membawa
barang-barang keperluannya’ (Ee Ah Meng, 1993).

Menurut Knowles, perkataan ‘pedagogi’ diambil dari Yunani iaitu ‘paid’


yang bermaksud ‘kanak-kanak’ dan ‘agogus’ yang bermaksud ‘memimpin
atau membimbing’. Maka, ‘Pedagogue’ akan menghantar kanak-kanak itu ke
sekolah muzik dan gimnasium. Dia menyelia aktiviti kanak-kanak, mengajar
nilai-nilai moral seperti kejujuran dan patriotisme juga menghukum mereka
jika perlu (Ee Ah Meng, 1993).

Kini, istilah ‘pedagogi’ merujuk kepada bidang sains yang mengkaji


prinsip-prinsip atau kaedah-kaedah dalam pendidikan formal. Dengan
memahami prinsip-prinsip pengajaran dan pembelajaran dan pelbagai kaedah
pengajaran, guru akan dapat berfungsi secara lebih berkesan lagi. Penyampaian
sesuatu pengajaran berbeza dari strategi pemusatan guru seperti memberi
syarahan, bercerita, memberi penerangan tanpa menggalakkan soal jawab
kepada teknik pemusatan kanak-kanak main peranan, lakonan, perbincangan,
sosiodrama dan bermain (Ibid, 1993).

21
Kesimpulannya, dengan bertambahnya kajian yang bercorak saintifik
terhadap pengajaran dan pembelajaran pada masa kini yang berlandaskan
psikologi perkembangan kanak-kanak, objektif pendidikan serta kurikulum
sekolah, maka konsep pedagogi lebih tepat dikatakan sebagai sains pengajaran
yang melibatkan kajian ke atas prinsip-prinsip dan kaedah-kaedah mengajar
serta proses pengajaran berdasarkan kaedah penyelidikan dengan tujuan
mendapat hasil pengajaran berkesan.

1.10.3 Definisi “Pengucapan Umum”

Perkataan ‘Pengucapan’ adalah kata terbitan ‘ucap’. Menurut Kamus Dewan


Edisi Keempat, menyatakan bahawa ‘ucap’ ialah apa yang dilafazkan, bunyi
lafaz, sebutan kata atau ujar. Manakala ‘pengucapan’ pula ialah perihal
berucap atau perihal berkata-kata atau lisan. Dalam kamus English Oxford
Living Dictionaries, ‘pengucapan umum’ ditakrifkan sebagai perbuatan
praktikal dalam menyampaikan ucapan dalam sesebuah perhimpunan umum .

Menurut Abdul Kadir Ahmad (1984) dalam bukunya “Pengajaran Lisan


di Sekolah : Penekanan Cara Praktik”, ‘Pengucapan’ adalah sinonim dengan
lisan. Lisan adalah percakapan, pertuturan dan melahirkan bahasa melalui
suara sebutan tetapi bukan dengan tulisan.

Menurut Arthur Wise (1986) pula di dalam bukunya “Education Today :


Communication in Speech”, menyatakan, “Speech is a total psychophysical
process involving complex mental and physical activity” yang bermaksud
ucapan adalah satu proses sejumlah psikofizikal yang melibatkan aktiviti
mental dan fizikal yang kompleks.

Menurut Choy Tuck Onn dan Anna Fung Wai Choo (1994) dalam
bukunya “Easy Steps to Public Speaking” menyatakan bahawa “speaking in

22
public serves to refine the general communication abilities of the speaker,
improve the speaker’s social skills and increase self-confidence in
communicative situations” yang bermaksud berucap di khalayak ramai boleh
digunakan untuk memperbaiki kebolehan berkomunikasi umum bagi
penceramah dalam meningkatkan kemahiran sosialisasi sebagai pengucap dan
meningkatkan keyakinan diri dalam situasi komunikatif.

Tambahan lagi, pengucapan umum menggunakan anggota komunikasi


verbal dan bukan verbal. Anggota komunikasi verbal ialah mulut iaitu dalam
proses pembentukan suara dan perkataan. Anggota komunikasi bukan verbal
pula ialah seluruh tubuh pengucap seperti mata, kepala, tangan, badan, nada
suara dan mimik muka (Abdul Mu’ati, 2004). Manakala menurut Maimunah
Osman (2000), pengucapan umum adalah satu interaksi penghantaran mesej
antara seorang pengucap dan sekumpulan pendengar.

Secara keseluruhannya, ‘pengucapan umum’ merupakan suatu proses


mempamerkan diri di hadapan khalayak bertujuan untuk menyampaikan
beberapa bentuk informasi melalui medan komunikasi menerusi cara interaksi
di samping meningkatkan kebolehan diri, keyakinan diri dan gaya
berkomunikasi.

1.10.4 Definisi “Pendidikan”

Di dalam Kamus Umum Bahasa Indonesia, secara bahasa, ‘pendidikan’ bererti


perbuatan (hal, cara dan sebagainya) mendidik; pengetahuan tentang
mendidik, atau pemeliharaan (latihan-latihan dan sebagainya) badan, batin dan
sebagainya.

Pengertian pendidikan menurut Imam al-Ghazali ialah untuk


mendekatkan diri kepada Allah, yang mana ia menunjukkan kepada

23
pentingnya ilmu. Manusia wajib berilmu dan mengajarkan ilmunya sehingga
menjadi insan yang kamil (Syamsul Bahri Andi Galigo, 2013). Konsep
pendidikan Imam al-Ghazali dapat diketahui dengan cara memahami
pemikirannya berkenaan dengan pelbagai aspek yang berkaitan dengan
pendidikan, iaitu tujuan, kurikulum, etika guru, etika pelajar dan metod
(Zainuddin, 1991).

Secara etimologinya, para pakar pendidikan menggunakan kata


‘tarbiyah’ untuk erti pendidikan. Muhammad an-Naquib al-Attas (1994) dalam
bukunya yang berjudul “Konsep Pendidikan Dalam Islam : Suatu Rangka
Fikir Pembinaan Filsafat Pendidikan Islam”, mengatakan bahawa ‘tarbiyah’
dalam konotasinya sekarang merupakan istilah yang relatif baru, yang dapat
dikatakan telah dibuat oleh orang-orang yang mengaitkan dirinya dengan
pemikiran moden. Istilah tersebut dimaksudkan untuk mengungkapkan makna
pendidikan tanpa memperhatikan sifatnya yang sebenar. Lebih lanjut, ia
mengatakan adapun kata-kata Latin “educare” dan “education” secara
konseptual dikaitkan dengan kata-kata dalam Bahasa Inggeris “Educe” yang
bererti menghasilkan dan mengembangkan, mengacu kepada segala sifat
berbentuk fizik dan material.

Dalam pada itu, Abdurrahman an-Nahlawi (1983) dalam kajian


“Pendidikan di Rumah, Sekolah dan Masyarakat”, juga termasuk yang setuju
penggunaan kata ‘tarbiyah’ untuk erti pendidikan. Dalam kaitan ini, ia
mengatakan, jika kita merujuk Kamus Bahasa Arab, kita akan menemukan tiga

akar kata untuk istilah ‘tarbiyah’. Pertama, ‫ب‬


ُ ‫ب يَ ْر‬
َ ‫ َر‬yang ertinya bertambah dan
berkembang. Hal ini sejalan dengan firman Allah ‫ﷻ‬:

24
ُ ‫اَّللِ ۖ َوَما آتَْي تُم ِمن َزَكاةٍ تُِر‬
‫يدو َن‬ ِ ‫َوَما آتَْي تُم ِمن ِرًًب لِيَ ْربُ َواْ ِِف أ َْم َو ِال الن‬
َّ ‫َّاس فَ ََل يَ ْربُواْ ِعن َد‬
‫ضعِ ُفو َن‬ َِّ ‫وجه‬
ْ ‫ك ُه ُم الْ ُم‬ َ ِ‫اَّلل فَأ ُْولََٰئ‬ َْ َ
)39 : ‫(سورة الروم‬

Maksudnya:

”Dan sesuatu riba (tambahan) yang kamu berikan agar dia


bertambah pada harta manusia, maka riba itu tidak menambah
pada sisi Allah”
(Surah ar-Rum ayat 39)

Kedua, َ ‫َرِ َب يَ ْر‬


‫ب‬ yang dibandingkan dengan ‫َخ ِف َى ََيَْفع‬ yang bermaksud

tumbuh dan berkembang. Ketiga, َّ ‫ َر‬yang dibandingkan dengan ‫َم َّد ََيُد‬
‫ب يَ ُرب‬
yang bererti memperbaiki, menguruskan kepentingan, mengatur, menjaga dan
memperhatikan.

Adapun pengertian pendidikan dari segi istilah kita dapat merujuk


kepada pelbagai sumber yang diberikan oleh ahli pendidikan. Dalam kajian
“Undang-undang tentang Sistem Pendidikan Nasional dan Cara
Perlaksanaannya” pada tahun 1989, dinyatakan bahawa pendidikan adalah
usaha untuk mempersiapkan diri pelajar-pelajar melalui kegiatan bimbingan,
pengajaran dan / atau latihan bagi peranannya dimasa akan datang. Menurut
Ki Hajar Dewantara (1962) dalam kajian “Bahagian Pertama Pendidikan”,
‘pendidikan’ bermaksud daya upaya untuk memajukan perkembangan budi
pekerti (kekuatan batin, karakter), fikiran (intelek) dan tubuh anak yang antara
satu dan lainnya saling berhubung agar dapat memajukan kesempurnaan
hidup, iaitu kehidupan anak-anak yang kita didik selaras dengan dunianya.

25
Daripada dua definisi tersebut, dapatlah dirumuskan bahawa pendidikan
adalah merupakan usaha atau proses yang ditujukan untuk membina kualiti
sumber daya manusia seutuhnya agar ia dapat melakukan peranannya dalam
kehidupan secara optimum. Dengan demikian, pendidikan pada intinya dapat
menolong manusia agar dapat menunjukkan kewujudannya di tengah-tengah
kehidupan manusia. Pendidikan demikian akan dapat dirasakan
kemanfaatannya oleh manusia.

1.10.5 Definisi “Islam”

Menurut Nasruddin Razak (1977) dalam kajiannya “Dienul Islam : Penafsiran


Kembali Islam Sebagai Suatu Aqidah dan Way of Life”, menegaskan bahawa
perkataan Islam itu berasal dari Bahasa Arab “Aslama”, “Yuslimu Islaman”,
yang bererti berserah diri, patuh dan tunduk. Kata “aslama” asalnya daripada
perkataan “salima” yang bererti selamat, sentosa dan damai. Dari pengertian
tadi, secara harfiah, ‘Islam’ dapat diertikan patuh, tunduk, berserah diri
(kepada Allah) untuk mencapai keselamatan.

Pengertian Islam dari segi bahasa ini sudah mengacu kepada misi Islam
sendiri iaitu mengajak manusia agar hidup aman, damai dan selamat dunia dan
akhirat dengan cara patuh dan tunduk kepada Allah menerusi ibadah. Firman
Allah ‫ﷻ‬:

ِ ‫اإلنس إَِّال لِي عب ُد‬ ِ ‫وما خلَ ْق‬


‫ون‬ ُ ْ َ َ ِْ ‫ت ا ْْل َّن َو‬
ُ َ ََ
)56 : ‫(سورة الذارايت‬

26
Maksudnya:

“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya


mereka mengabdi kepadaKu”
(Surah ad-Dzariyyat ayat 56)

Secara epistemologi, dalam kajian “Islam Ditinjau Dari Berbagai


Aspeknya”, Islam adalah agama yang ajaran-ajarannya diwahyukan Allah
kepada masyarakat manusia melalui Nabi Muhammad ‫ ﷺ‬sebagai Rasul. Islam

pada hakikatnya membawa ajaran-ajaran yang bukan hanya mencapai satu


segi, tetapi mengenai pelbagai segi dari kehidupan manusia (Harun Nasution,
1979).

Secara kesimpulannya, sebagai agama yang bersumberkan pada wahyu


(al-Quran) dan as-Sunnah, Islam terbukti mempunyai ajaran yang
komprehensif, iaitu ajaran yang tidak hanya ditujukan untuk mencapai
kebahagiaan hidup di dunia ini, melainkan juga di akhirat nanti. Dengan
sifatnya yang sedemikian itu, Islam memiliki ciri ajaran tauhid dan persatuan,
memuliakan manusia, memandang hukum alam sebagai ketentuan Allah,
menghargai akal dan ilmu, memberikan kebebasan, kemerdekaan, keadilan
dan persaudaraan, mengutamakan amal, mendorong terciptanya akhlak yang
mulia, mengajarkan kehidupan sosial, mengutamakan toleransi,
mengutamakan kepimpinan yang beriman dan menghendaki ulama yang ahli
dalam bidangnya (Fadhil al-Jamail, 1992).

27
1.10.6 Definisi “Pendidikan Islam”

Secara terminologinya, ‘Pendidikan Islam’ bermaksud pendidikan yang


berdasarkan ajaran Islam dengan ciri-cirinya sebagaimana tersebut di atas.
Namun, dalam pengertian yang lebih luas lagi, pendidikan Islam mempunyai
pengertian yang pelbagai.

Ada yang mengatakan bahawa Pendidikan Islam ialah proses perwarisan


dan pengembangan budaya manusia yang bersumberkan dan berpedomankan
ajaran Islam sebagaimana termaktub di dalam al-Quran dan terjabar dalam
sunnah Rasulullah ‫( ﷺ‬Zuharini, 1992). Pakar lainnya berpendapat bahawa

Pendidikan Islam merupakan pergaulan yang mengandungi rasa kemanusiaan


terhadap anak dan mengarahkan kepada kebaikan disertai dengan perasaan
cinta dan kasih dengan menyediakan suasana yang baik, di mana bakat dan
kemampuan anak-anak dapat tumbuh dan berkembang dengan lurus (Fadhil
al-Jamail, 1992). Sementara itu, pakar lainnya berpendapat bahawa Pendidikan
Islam adalah bimbingan jasmani dan rohani berdasarkan hukum-hukum agama
Islam menuju kepada pembentukan keperibadian utama menurut ukuran-
ukuran Islam (Ahmad D. Marimba, 1980).

Pendidikan adalah usaha sedar dan terencana untuk mewujudkan


suasana belajar dan proses pembelajaran agar pelajar secara aktif
mengembangkan potensi dirinya untuk memiliki kekuatan spiritual
keagamaan, pengendalian diri, keperibadian, kecerdasan, akhlak mulia, serta
keterampilan yang diperlukan dirinya dan masyarakat. Pendidikan Islam
adalah upaya mengembangkan, mendorong serta mengajak manusia untuk
lebih maju dengan berlandaskan nilai-nilai yang tinggi dan kehidupan yang
mulia sehingga terbentuk peribadi yang lebih sempurna baik yang berkaitan
dengan akal, perasaan mahupun perbuatan (Ahmad D. Marimba, 1980).

28
Selain daripada itu, Pendidikan Islam merupakan suatu perkara yang
amat penting dan mempunyai kedudukan yang tinggi bagi sesebuah negara,
Pada umumnya Pendidikan Islam bertujuan untuk melahirkan al-Mu’min as-
Salih dan dalam masa yang sama berjaya menjadi khalifah Allah di bumi, dapat
hidup bahagia di dunia dan akhirat dan untuk ke arah al-Insan al-Kamil dapat
dicapai melalui ilmu yang bermanfaat dan akhlak yang mulia. Ilmu menjadi
kekuatan dan senjata manakala akhlak pula sebagai perhiasan dan benteng
pertahanan diri bagi membentuk insan yang cemerlang dan digalati (Zelzy
Shahar al-Johary, 2017).

“Pendidikan pada khususnya mestilah jelas,


bahawa keperluan umum tidak akan mengatasi
keperluan ugama. Dalam makna, pendidikan
ugama juga hendaklah sama-sama diutamakan. Di
peringkat asas, pendidikan ugama hendaklah
sempurna, sementara di peringkat tinggi pula
hendaklah mampu melahirkan ulama dan
cendekiawan berwibawa. Jangan sama sekali ia
kurang atau dikurangkan kerana berdasarkan fakta
sejarah di mana-mana sahaja, jika pendidikan
ugama lemah, maka akan lemahlah bangsa.”
(Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka
Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah
Mu’izzaddin Waddaulah Sultan Dan Yang Di-
Pertuan Negara Brunei Darussalam Sempena Majlis
Ilmu pada tahun 2000)

Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji
Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Sultan Dan Yang Di-Pertuan
Negara Brunei Darussalam ini menunjukkan bahawa pendidikan Islam / ugama
juga hendaklah sama-sama diutamakan di peringkat asas, sementara di

29
peringkat tinggi pula hendaklah mampu melahirkan ulama dan cendekiawan
berwibawa.

Secara keseluruhannya, definisi yang berteraskan Pendidikan Islam


mengacu kepada suatu pengertian bahawa yang dimaksudkan dengan
Pendidikan Islam adalah kompetensi membimbing, mengarahkan dan
membina pelajar-pelajar yang dilakukan secara langsung dan terencana agar
terbina suatu keperibadian yang utama, sesuai dengan nilai-nilai ajaran Islam.

1.10.7 Definisi “Guru”

Guru secara umumnya ialah golongan orang yang menjalankan tugas ikhtisas
sebagai pendidik dan pemimpin. Mereka boleh mencorakkan masa depan
masyarakat dan dapat menentukan untung nasib sesebuah bangsa (Ahmad,
2011).

Abdul Halim al-Muhammadi (1991) menegaskan bahawa guru


merupakan agen kepada keberkesanan pendidikan. Kehebatan sistem
pendidikan tidak akan berbuah sekiranya maksud yang ingin disampaikan
tidak mencapai matlamatnya. Apabila peranan dikaitkan dengan guru, guru-
guru yang tidak memainkan peranan atau bertanggungjawab dalam mendidik
anak bangsa akan menyebabkan sesi pengajaran dan pembelajaran tidak
efektif.

Guru juga sebagai faktor yang menentukan kejayaan proses belajar


mengajar mesti memiliki kompetensi (syakhshiyyah) dasar sebagai guru.
Landasan dasar kewajipan guru memiliki kompetensi (wujub al-syakhshiyyah)
(Harapandi Dahri, 2014) sebagaimana disebutkan dalam firman Allah ‫ﷻ‬:

30
ۡ ۡ ۡ ۡ ‫ا‬
‫﴾ َكبُ َر َمقتًا ِعن َد َٰاَّللِ اَن تَ ُق ۡولُ ۡوا َما َال‬2﴿ ‫َٰايَي َها الَّ ِذ ۡي َن اَٰ َمنُ ۡوا َِلَ تَ ُق ۡولُ ۡو َن َما َال تَف َعلُ ۡو َن‬
ۡ
﴾3﴿ ‫تَف َعلُ ۡو َن‬
)3-2 : ‫(سورة الصف‬
Maksudnya:

“Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan apa


yang kamu tidak lakukannya? Sangat besar kebencian dan
kemurkaan di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa yang kamu
tidak lakukannya.”
(Surah as-Saff ayat 2 hingga 3)

Apabila merungkai maksud ayat tersebut, maka dapatlah disimpulkan di


sini bahawa guru bertanggungjawab terhadap setiap patah perkataan dan bait
isi kandungan yang diajarkan itu. Maka, seorang guru hendaklah terlebih
dahulu mengamalkan didikannya sebelum menerapkannya terhadap orang
lain. Jika tidak demikian, maka orang yang pertama kali akan diseksa pada
Hari Kemudian ialah para ahli ilmu yang tidak mengamalkan ilmunya. Ilmu
boleh memberikan kita landasan dalam beribadah, maka hakikatnya semakin
tinggi tingkat ilmu seseorang itu semakin baik pula ibadahnya.

1.10.8 Definisi “Guru Ugama”

Perkataan guru ugama turut didefinisikan oleh ahli-ahlinya. H.M. Arifin


(1996) mendefinisikan ‘guru ugama’ sebagai hamba Allah yang mempunyai
cita-cita Islam yang telah matang rohani dan jasmaninya serta memahami
keperluan perkembangan pelajar bagi kehidupan masa depannya, dia tidak
hanya memindahkan ilmu pengetahuan yang diperlukan oleh pelajar, tetapi
juga memberikan nilai dan aturan yang bersifat islamik ke dalam peribadi

31
pelajar sehingga bersatu serta membentuk peribadi mereka yang berdasarkan
pengajaran Islam.

Zuhairini Dk (2004) pula mentafsir guru ugama sebagai orang yang


mempunyai tanggungjawab terhadap peribadi anak yang sesuai dengan ajaran
Islam. Ertinya, guru ugama bukan sahaja sekadar menyampaikan ilmu
pengetahuan semata-mata serta memberikan kefahaman terhadap
pengajarannya, malahan peranan mereka lebih mendalam iaitu mereka perlu
memastikan pelajar dapat mengaplikasikan dan mengamalkan dalam
kehidupan seharian mereka serta memupuk keperibadian yang tinggi
berdasarkan pendidikan yang diberi. Secara dasarnya, guru pendidikan Islam
itu berperanan dan bertanggungjawab dalam segala aspek seperti aspek
pendidikan, pengajaran, pembangunan akhlak serta menanam keimanan.

Kesimpulan daripada kesemua definisi operasi yang telah dikemukakan


ini, maka maksud tajuk kajian “Kompetensi Pedagogi Pengucapan Umum
Pendidikan Islam dalam kalangan Guru-guru Ugama Sekolah Menengah”
ialah kemahiran guru-guru ugama Sekolah Menengah dalam menyampaikan
sesuatu mesej pengajaran menerusi kaedah pengucapan umum yang tertentu
iaitu model-modelnya, aspek-aspeknya serta komponen-komponennya.

1.11 Skop Kajian

Kajian ini akan dijalankan di Sekolah Menengah Rimba 1, Gadong & Sekolah
Menengah Rimba 2, Gadong sesi pagi. Menurut laporan data daripada ketua-ketua
Jabatan Pengetahuan Ugama Islam bagi kedua-dua buah sekolah tersebut,
menyatakan bahawa jumlah keramaian pelajar bagi Tahun 11 (2018) di Sekolah
Menengah Rimba 1 ialah seramai 155 orang pelajar, dan 116 orang pelajar di
Sekolah Menengah Rimba 2. Maka jumlah populasi pelajar bagi kedua-dua buah
sekolah ialah seramai 286 orang pelajar. Pengkaji akan merekrut seramai 160 orang

32
responden pelajar daripada jumlah populasi tersebut. Taburan sampel akan
dibincangkan dalam Bab 3 Metodologi Kajian.

Pengkaji juga akan menjalankan kajian terhadap 6 orang guru


matapelajaran Pengetahuan Ugama Islam, seramai 3 orang guru di Sekolah
Menengah Rimba 1 dan 3 orang guru lagi di Sekolah Menengah Rimba 2.
Responden guru yang dipilih adalah semuanya yang mengajar Tahun 11.

Tujuan pengkaji menjalankan kajian ke atas guru ugama ialah kerana untuk
mengetahui sejauhmana tahap pengetahuan mereka terhadap pengucapan umum,
khususnya dalam mengajar ilmu Allah, serta apakah faktor-faktor yang
memungkinkan mempengaruhi pedagogi pengucapan umum mereka. Juga ingin
meninjau apakah guru-guru ini menggunakan dan menguasai aspek-aspek
pengucapan umum (strategi, personaliti, mesej, audiens, kesan), dua model
pengucapan umum (interaksi & transaksi) & dua jenis komponen pengucapan
umum (informatif & persuasif). Jelasnya, kajian ini dijalankan sesuai dengan
objektif, persoalan dan hipotesis kajian.

Sementara tujuan pengkaji menjalankan kajian ke atas pelajar-pelajar pula


ialah untuk mencari keselarasan antara jawapan-jawapan daripada soal selidik guru
dengan perlaksanaannnya dan kesan perlaksanaannya terhadap pelajar-pelajar yang
juga merupakan pelajar-pelajar di bawah didikan responden-responden guru
tersebut.

1.12 Batasan Kajian

Untuk mendapatkan data kajian, pengkaji hanya menggunakan soal selidik secara
terbuka bagi responden guru dan soal selidik secara tertutup bagi responden pelajar
dan guru. Pengkaji tidak melakukan observasi terhadap pengaplikasian pengucapan

33
umum guru semasa mengajar, suasana kelas yang diajar, demografi setiap pelajar
dan aras kesukaran matapelajaran yang diajar pada hari kajian dijalankan.

Sementara lokasi kajian hanya tertumpu kepada dua buah sekolah sahaja.
Pengkaji tidak melakukan kajian terhadap beberapa buah sekolah di kawasan
Brunei III atas sebab kekekangan waktu. Responden guru juga hanya terbatas
kepada enam orang sahaja, iaitu kurang memadai untuk mengenalpasti bentuk-
bentuk pengucapan umum yang dijalankan dan tidak dapat dilakukan analisis
inferensi.

Pemilihan responden pelajar juga membataskan sedikit banyak kajian, iaitu


terdiri daripada pelajar-pelajar Tahun 11 sahaja untuk kedua-dua buah sekolah,
tanpa mengambilkira tahap intelektual, demografi, psikologi dan sosiologi pelajar-
pelajar yang setentunya menjadi antara faktor yang mempengaruhi keberkesanan
pengucapan umum guru-guru.

Akhir sekali ialah terdapat segelintir responden pelajar yang kurang


memberikan kerjasama dan tidak hadir semasa menjawab soal selidik tertutup.
Pengkaji hanya menjalankan kajian secara Snapshot iaitu hanya sehari dua sahaja
kajian, tanpa memberikan ruang waktu yang agak panjang agar responden-
responden pelajar yang tidak hadir tersebut berpeluang menjawab soal selidik
tertutup. Termaktub dalam batasan kajian ini juga ialah pengkaji tidak mengambil
tahu tentang sebab musabab segelintir responden pelajar yang tidak menjawab
beberapa soalan dalam soal selidik tersebut.

1.13 Rangka Kajian

Pengkaji membahagikan kajian ilmiah ini kepada lima bab:


 Bab 1 – Pengenalan : bab ini menghuraikan tentang latarbelakang kajian,
pernyataan masalah, objektif kajian, persoalan kajian, hipotesis kajian, teori

34
model kajian, konseptual kajian, kepentingan kajian, definisi operasi kajian,
skop kajian, batasan kajian dan rangka kajian.
 Bab 2 – Kajian Perpustakaan : bab ini membincangkan tentang kompetensi
guru dari perspektif Islam, kompetensi pedagogi guru secara am,
kompetensi komunikasi pengucapan umum dalam kalangan guru, konsep
pendidikan menurut ulama dan ulasan kajian terdahulu.
 Bab 3 – Metodologi Kajian : bab ini memfokuskan kepada reka bentuk
kajian, populasi, sampel dan pensampelan kajian, lokasi kajian, instrumen
kajian, kesahan dan kebolehpercayaan kajian, kajian rintis, prosedur kajian,
prosedur pengumpulan data, prosedur penganalisaan data dan jadual
perlaksanaan kajian.
 Bab 4 – Dapatan Kajian : bab ini membincangkan tentang hasil kajian rintis,
analisis deskriptif latarbelakang responden, analisis deskriptif dan inferensi
komponen, model dan faktor pengucapan umum, taburan data min objektif
kajian, data persoalan kajian dan pengujian hipotesis kajian.
 Bab 5 – Perbincangan, Cadangan dan Rumusan : bab ini pula
mengetengahkan perbincangan terhadap beberapa isu kajian yang dapat
dikenalpasti dalam Bab 4 Dapatan Kajian, serta menyatakan rumusan dan
cadangan keseluruhan kajian.

1.14 Kesimpulan

Tuntasnya, bagi guru-guru yang baru menceburi bidang pengucapan umum,


pengajaran berbentuk hafalan dan manuskrip adalah lebih mudah untuk
disampaikan. Manakala bagi mereka yang sudah berpengalaman luas sebagai guru
dan mereka yang mempunyai ilmu pengetahuan yang mendalam terhadap
pengucapan umum, pengajaran secara spontan dan ekstemporanas memberi peluang
kepada mereka supaya lebih luwes dalam gaya dan pergerakan serta lebih berkesan
dalam penyampaian mereka. Kajian ini menegaskan empat perkara utama dalam
pedagogi pengucapan umum; (i) Komponen (Informatif & Persuasif); (ii) Model

35
(Interaksi & Transaksi); (iii) Aspek (Mesej, Personaliti, Audiens, Kesan & Strategi);
dan (iv) faktor mempengaruhi kompetensi pedagogi pengucapan umum.

36
BAB II

KAJIAN PERPUSTAKAAN

2.1 Pengenalan

Dalam bab ini, pengkaji akan mengetengahkan kompetensi guru dari perspektif
Islam, kompetensi pedagogi guru secara am, kompetensi komunikasi pengucapan
umum dalam kalangan guru, konsep pendidikan menurut ulama dan ulasan kajian
terdahulu.

2.2 Kompetensi Guru dari Perspektif Islam

2.2.1 Pengenalan

Dalam perkembangan dunia alaf baru yang semakin moden dan canggih,
manusia juga menjadi selari mengikut arus perkembangan itu. Nilai manusia
akan bererti sekiranya mereka dapat memanfaatkan segala potensi yang ada
padanya. Sebaliknya, mereka akan menjadi hina dan ketinggalan, sekiranya
gagal menggunakan segala peluang yang terhidang itu (Nasruddin Razak,
1977).

Manusia yang hidup bagi memenuhi kemodenan itu pula, mempunyai


pelbagai ragam. Samada golongan yang menyedari akan kewujudan dirinya,
lalu melakukan segala perkara positif melalui kewajipan kerja-kerja da’wah

37
yang ma’ruf, ataupun sebaliknya hanyut mengikut arus negatif maksiat dan
munkar (Abd. Aziz Mohd. Zin, 2001).

Lantaran segala perubahan dan perkembangan yang pelbagai rencah dan


ragam itu, maka tugas da’wah dan mengajar menjadi semakin rumit dan
mencabar untuk dipikul oleh para da’ie dan mu’allim. Persoalan gejala sosial,
pertambahan kes-kes jenayah, rasuah, permasalahan pelanggaran hukum
syara’ serta kes murtad yang melanda masyarakat kini, khususnya terdiri
daripada golongan pelajar-pelajar, perlu dicari ubat yang ampuh untuk
mengubatinya. Justeru itu, persiapan da’ie dan mu’allim bagi menghadapi
persoalan-persoalan semasa mestilah mantap dan jitu. Relevan dengan
keadaan semasa, malah mampu melampaui batas-batas sempadan masa. Oleh
yang demikian, pendekatan uslub (cara atau jalan) da’wah sebagai mujahadah
dan kompetensi guru yang berkesan perlulah difikirkan bagi memenuhi
persoalan kontemporari kini.

2.2.2 Metodologi Pengajaran Rasulullah ‫ﷺ‬

Menurut Ahmad Izzan dan Salehuddin (2016) dalam kajian mereka “Hadith
Pendidikan: Konsep Pendidikan Berbasis Hadith”, beberapa metod
pembelajaran yang digunakan Rasulullah ‫ ﷺ‬antara lain:

a) Metod dialog (Hiwar)

Metod dialog atau “hiwar” berasal dari bahasa Arab hawwara-yuhawiru-


mahawarah yang ertinya berdebat, bertanya-tanya, perdebatan, atau
percakapan. Menurut An-Nahlawi, dialog atau ‘hiwar” adalah percakapan
silih berganti yang dilakukan antara dua orang atau lebih melalui soaljawab

38
mengenai suatu topik yang mengarah kepada suatu tujuan. Metod dialog
dipraktikkan oleh Rasulullah ‫ ﷺ‬sebagai contoh soaljawab antara Rasulullah ‫ﷺ‬

dengan Jibril ketika Jibril menguji Rasulullah ‫ ﷺ‬tentang Iman, Islam dan Ihsan
(Ahmad Izzan, 2016).

b) Metod ceramah

Metod ceramah adalah penuturan atau penjelasan guru secara lisan. Guru dapat
menggunakan alat bantu mengajar untuk menjelaskan huraian yang
disampaikan kepada pelajar-pelajarnya. Menurut Rosetiyah N.K. (2001) dalam
kajiannya “Strategi Belajar Mengajar” menyatakan bahawa metod ceramah
adalah suatu cara mengajar yang digunakan untuk menyampaikan keterangan,
informasi, huraian tentang suatu pokok persoalan serta masalah secara lisan.
Metod ini merupakan metod paling tradisional dan paling lama dalam sejarah
pendidikan. Metod ini digunakan Rasulullah ‫ ﷺ‬dalam mengembangkan dan
menda’wahkan agama Islam. Contohnya, Rasulullah ‫ ﷺ‬menggunakannya
ketika turun wahyu yang memerintahkan untuk berda’wah secara terang-
terangan.

c) Metod diskusi / perbincangan

Diskusi atau perbincangan ditafsirkan sebagai pertemuan ilmiah untuk


bertukar fikiran tentang suatu permasalahan, cara pengajaran dan pembelajaran
yang melakukan pertukaran buah fikiran antara pelajar dan guru, pelajar
dengan pelajar sebagai peserta diskusi. Menurut Armai Arief (2002) dalam
kajiannya “Pengantar Ilmu dan Metodologi Pendidikan Islam”, metod diskusi
atau perbincangan adalah suatu cara penyajian isi pelajaran yang memberi
kesempatan guru kepada pelajar untuk mengadakan perbahasan ilmiah dengan

39
mengumpulkan pendapat, membuat kesimpulan, atau menyusun pelbagai
alternatif pemecahan atas masalah.

Metod diskusi atau perbincangan sering digunakan Rasulullah ‫ﷺ‬


bersama para sahabat terutama sekali untuk mencari penyelesaian dan kata
sepakat dalam memecahkan pelbagai masalah yang dihadapi. Contohnya
semasa perang Badar, kaum muslimin berhasil menawan 70 orang yang diikat
dengan tali. Rasulullah ‫ ﷺ‬membahagikan mereka sebagai tawanan kepada para
sahabat dan baginda tetap berwasiat untuk berlaku baik kepada mereka. Ketika
sampai di Madinah, Rasulullah ‫ ﷺ‬mengadakan musyawarah berkenaan
tindakan apa yang akan diperlakukan kepada tawanan. Sayyidina Abu Bakar
as-Sidiq mengusulkan agar mereka diberikan kesempatan untuk menebus
dirinya untuk menjadi sumber kekuatan bagi Islam. Sayyidina Umar
berpendapat agar mereka dibunuh. Akhirnya Rasulullah ‫ ﷺ‬menerima pendapat
Abu Bakar (Ahmad Izzan, 2016).

d) Metod keteladanan (Uswah hasanah)

“Al-Uswah” bermaksud orang yang ditiru, sementara hasanah bererti baik.


“Uswah hasanah” dapat diertikan contoh yang baik. Metod keteladanan
menunjukkan tindakan terpuji kepada pelajar-pelajar, dengan harapan agar
mereka mahu mengikuti tindakan terpuji tersebut. Keteladanan guru kepada
pelajar-pelajar adalah dengan menampilkan akhlak mahmudah, kerana guru
sebagai model terbaik dalam pandangan pelajar, yang tindak tanduk dan sopan
santunnya, disedari atau tidak akan mereka imitasikan.

Pendidikan melalui keteladanan sangat berpengaruh dan terbukti efektif


dan berhasil dalam mempersiapkan dan membentuk aspek moral, spiritual, dan
sosial pelajar-pelajar. Contoh keteladanan Rasulullah ‫ ﷺ‬adalah ketika baginda
selesai solat berjemaah, baginda selalu meninjau jemaah yang tidak hadir,

40
kemudian jika sakit, baginda mengajak para sahabat melawat sambil
membawa wang untuk menolong orang yang sakit itu. Semasa dalam
perjalanan, ramai orang yang memperhatikan perbuatan baginda yang baik itu,
sehingga ramai orang yang tertarik dengan ajaran Islam dan langsung memeluk
Islam (Salehuddin, 2016).

e) Metod kisah

Kata kisah berasal dari bahasa Arab ‫ص‬


َّ ‫ال َق‬, yang bererti menceritakan dan
menelusuri jejak. Metod kisah adalah metod yang menggunakan cerita-cerita
yang dapat menghubungkan isi pelajaran dengan kajian masa lampau agar
dapat dan mudah difahami oleh pelajar-pelajar dalam alam yang lebih nyata.
Metod ini sangat dianjurkan dalam upaya pembinaan akhlak pelajar-pelajar.
Melalui kisah diharapkan pelajar-pelajar memiliki akhlak mahmudah sesuai
dengan akhlak yang terdapat pada kisah tersebut. Metod ini juga dianggap akan
lebih membekas dalam jiwa orang-orang yang mendengarkannya serta lebih
menarik perhatian (Abdul Fattah Abu Ghuddah, 2009). Misalnya Rasulullah ‫ﷺ‬
pernah berkisah kepada para sahabat tentang bayi yang boleh berbicara, tiga
orang yang terperangkap dalam gua, kisah ashab al-uhdud, dan lainnya dengan
tujuan agar dapat mengambil ibrah daripada kisah-kisah tersebut.

f) Metod pengulangan

Menurut Syed Muhammad an-Naquib al-Attas (1994), metod pengulangan


dalam proses pembelajaran termasuk ke dalam teori psikologi daya. Menurut
teori ini, belajar adalah proses melatih kompetensi daya yang ada pada manusia
seperti daya mengamati, menganggap, mengingat, mengkhayal, merasakan,

41
berfikir, dan sebagainya. Dengan mengadakan pengulangan, maka daya-daya
tersebut akan berkembang seperti pisau yang selalu diasah akan menjadi tajam,
maka daya yang dilatih dengan mewujudkan pengulangan-pengulangan akan
sempurna (Ramayulis, 1990). Dalam kehidupan seharian Rasulullah ‫ﷺ‬,
baginda sering mengulangi perkataannya sebanyak tiga kali. Hal ini untuk
memperkuatkan isi pelajaran dan ingatan orang yang diajak bicara. Contohnya,
Rasulullah ‫ ﷺ‬pernah menegur dan meminta seorang lelaki untuk mengulangi
solatnya yang masih salah, kemudian Rasulullah ‫ ﷺ‬memberitahu tatacara solat
yang benar. Contoh lain Rasulullah ‫ ﷺ‬pernah memerintahkan seorang lelaki
untuk mengulangi wudhunya yang belum sempurna.

Kesan-kesan daripada metod-metod pengajaran yang telah digunakan


oleh Rasulullah ‫ ﷺ‬adalah sebagai satu hujah yang kukuh dan utuh bahawa
pentingnya seorang guru menerapkan pedagogi pengucapan umum yang
sistematik dan terstruktur sesuai dengan landasan syariat Islam. Metod-metod
di atas merupakan lambang inspirasi yang murni kepada semua profesion
perguruan bahawa tidak ada guru yang lebih unggul, hebat dan sempurna di
dunia ini melainkan junjungan agung Rasulullah ‫ﷺ‬. Maka dapatlah
dirumuskan bahawa untuk menuju ke arah kesempurnaan dan keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran, metodologi pengajaran Rasulullah ‫ ﷺ‬adalah
uslub atau minhaj yang perlu diteladani.

2.2.3 Pendekatan Kontemporari dan Keperluan Dalam Da’wah dan

Pengajaran di Alaf Baru

Seperti yang dinyatakan di atas, keperluan menggunakan pelbagai kaedah yang


terkini dalam da’wah dan pengajaran sebagai kompetensi guru adalah amat
diperlukan apatah lagi dunia kini berada dalam serba kecanggihan, kemodenan
dan global. Kejayaan tidak akan tercapai sekiranya pendekatan da’wah
dilakukan secara stereo type, statik, jumud, walaupun dunia sudah berubah.

42
Memetik daripada kertas kerja yang bertajuk “Uslub Da’wah Temporari :
Persediaan Alaf Baru” ada menghuraikan beberapa pendekatan kontemporari
yang boleh digunakan oleh seseorang da’ie dan mu’allim (Hj. Zaharuddin,
2006). Antaranya seperti berikut:

a) Teknologi Maklumat (ICT):

Dalam perkembangan di alaf baru ini, teknologi maklumat (ICT) telah menjadi
wadah terpenting dalam komunikasi. Dilihat kepada perkembangan Internet
umpamanya, perbezaan nisbah kuantiti laman sesawang dan blog Islam itu
sendiri. Justeru itu, telah menjadi tanggungjawab para da’ie dan mu’allim
untuk membina lebih banyak laman sesawang dan blog, seperti yang dilakukan
oleh Yusuf al-Qardhawi (http://www.Qardawi.com), Ustaz Hasrizal Jamil
(http://www.saifulislam.com) dan lain-lain lagi. Laman sesawang dan blog
seumpama itu, sudah tentu mampu menyampaikan dan mengisi ruang-ruang
maklumat mengenai Islam. Para da’ie dan mu’allim tidak dapat tidak, mestilah
melengkapkan diri dengan ilmu-ilmu yang berkaitan dengan kemahiran
teknologi. Lebih-lebih lagi, kompetensi tersebut akan dapat dipertingkatkan
untuk menghalang dan menjawab segala fitnah, tohmahan dan tuduhan
penghinaan kepada agama Islam.

Dalam kajian tesis Sarjana Sains (Pembangunan Sumber Manusia,


UNIMAS) oleh Azhar Ahmad (1998) yang bertajuk “Penggunaan Komputer
di Kalangan Guru-guru Sekolah Menengah di Bandaraya Kuching Utara,
Sarawak”, kemahiran menggunakan ICT di dalam penyampaian mesej da’wah
akan memberi impak yang cukup besar kepada mad’u. Lantaran itu,
penggunaan seperti komputer riba, LCD, audio dan pelbagai program
komputer seperti PowerPoint dan sebagainya juga merupakan wasilah ke arah
uslub da’wah dan pengajaran yang berkesan. Pakar-pakar psikologi
pendidikan berpendapat bahawa medan ini akan menghasilkan 100%

43
keberkesanan. Di samping itu, penglihatan melalui pendekatan tayangan LCD
akan dapat merangsang mata daripada mengantuk, membuka fikiran daripada
membeku dan memberikan fokus daripada khayalan.

b) Hiburan dan Kesenian Islam:

Seni dan hiburan sebenarnya akan dapat menjadi instrumen kepada


penyampaian da’wah dan pengajaran yang berkesan sekiranya ia dapat
dimanfaatkan secara positif. Kumpulan nasyid dan penampilan aura
keislaman, seperti yang ditampilkan oleh beberapa orang artis ternama,
menjadi bukti bahawa penampilannya dapat diterima oleh audiens.
Pengalaman yang digunakan oleh sesetengah penda’wah di Indonesia juga,
contohnya, boleh dikongsikan bersama. Ini telah membuktikan bahawa
berda’wah melalui hiburan telah dapat diterima oleh khalayak.

Sebenarnya, hukum mengenai seni hiburan tidak perlu lagi dipolemik


dan diperbincangkan. Ini kerana, kebanyakan ulama berpendapat bahawa
hiburan adalah harus hukumnya, selagi terjaga batas-batas syara’ dan tidak
menampilkan budaya maksiat. Ini kerana Rasulullah ‫ ﷺ‬sendiri menyebut
dalam hadith yang mafhumnya bahawa Allah Subhanahu Wa Ta’ala itu cantik
(seni) dan Dia sukakan kecantikan (Yusuf al-Qardhawi, 1998).

c) Qudwah Hasanah:

Hakikat yang lazim diketahui bahawa Rasulullah ‫ ﷺ‬merupakan seorang

kekasih Allah ‫ ﷻ‬yang menjadi cerminan dan pemimpin agung sepanjang

zaman. Jika dipersoalkan semula, kenapa da’wah para Nabi dan Rasul mudah
diterima terutamanya da’wah baginda Rasulullah ‫ ?ﷺ‬Jawapannya sudah tentu

44
disebabkan oleh syakhsiyyah dan penampilan baginda yang menjadi qudwah
hasanah kepada umat manusia.

Seorang da’ie dan mu’allim perlu menyemai sifat dan sikap Rasulullah
‫ ﷺ‬di samping untuk meraih redha Allah ‫ ﷻ‬dan menghidupkan sunnah baginda,

malahan juga untuk memastikan hati setiap masyarakat terpaut erat dengan
kecantikan da’wah dan pengajaran yang disampaikan (Ibid, 1998).

d) Logik:

Penggunaan logik akal telah mula diperkenalkan semasa zaman falsafah Greek
dan terutama sekali Aristotle dan Socrates (M. Zamri Mukhti, 2001).
Walaubagaimanapun, perkembangannya masih lagi dipraktikkan hingga kini.
Manusia sentiasa memikirkan logik atau kerelevanan sesuatu yang dilihat,
dirasai, didengar dan sebagainya. Lantaran itu, seseorang da’ie dan mu’allim
mestilah menguasai ilmu ini, supaya segala mesej pengajaran dapat diterima
masyarakat.

Tuntasnya, menjadi seorang guru yang profesional dan berwawasan


perlu mengharungi banyak perkara sebelum ia menjadi ikutan mutlak kepada
pelajar-pelajar. Penelusuran teknologi maklumat, hiburan dan kesenian Islam,
paparan Qudwah hasanah dan pemikiran logik adalah antara perkara
kontemporari yang perlu menjadi kepekaan tajam terhadap guru-guru. Guru-
guru perlu fleksibel dan luwes dalam pengajaran sesuai dengan tuntutan
peredaran arus globalisasi dan tidak membiarkan diri menjadi seperti “katak
bawah tempurung”. Zaman milenia sekarang menjadikan anak-anak muda
mudah terpengaruh dan terdedah dengan hal-hal dunia luar yang, secara tidak
langsung, semakin menenggelamkan kegemilangan Islam. Maka
tanggungjawwab untuk menyedarkan anak-anak muda daripada terjerumus ke

45
dalam perkara-perkara sebegini terletak di atas bahu guru, khususnya guru-
guru Pendidikan Islam.

2.2.4 Kepimpinan Insan (Guru) dalam Islam

Insan sebagai khalifah di atas muka bumi sebenarnya telah dijanjikan akan
kegemilangannya. Malah Allah ‫ ﷻ‬juga telah menjanjikan bahawa insan ini

adalah sebaik-baik makhluk yang dijadikanNya. Walaubagaimanapun,


lantaran tergelincir daripada landasan iman dan tuntutan agama, segelintir
insan telah kehilangan kegemilangan mereka. Keciciran ini antara lain dapat
dilihat daripada aspek ketidakupayaan mereka berkomunikasi dengan
berkesan sehingga menimbulkan pelbagai macam kerosakan dan masalah
dalam menguruskan kehidupan seharian terutamanya yang berkaitan dengan
kepimpinan umat (Ahmad D. Marimba, 1980).

Hakikatnya, komunikasi dalam Islam berpaksikan kepada dua tunjang


utama iaitu menyeru kepada kebaikan dan melarang kemungkaran.
Kepemimpinan dari kaca mata Barat lebih kepada kebolehan individu
pemimpin mempengaruhi pengikut agar mencapai objektif yang
dihasratkannya, tetapi dari kaca mata Islam, kepemimpinan lebih kepada
amanah dan tanggungjawab untuk menyejahterakan pengikut. Menyeru
kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran adalah cara merealisasikan
kesejahteraan umat (Abdul Mu’ati, 2007).

Kelalaian dan kegagalan insan menjalankan kedua-dua tuntutan


berkomunikasi ini mengakibatkan kualiti kegemilangan insan itu pudar malah
ada ketikanya tenggelam langsung. Contohnya, suri teladan baginda
Rasulullah ‫ ﷺ‬dalam menyeimbangkan dan melaksanakan kedua-duanya

menyebabkan umat Arab Quraisy pada zaman lampau muncul dari segala

46
kejahilan menjadi insan yang paling gemilang dalam sejarah peradaban umat
manusia.

Kesinambungan kegemilangan Islam dapat dilihat dalam zaman


pemerintahan khalifah-khalifah selepas baginda sehingga Islam memerintah
sebahagian besar muka bumi dan membentuk tamadun yang dikagumi di
Timur dan Barat. Namun, kegemilangan tamadun Islam semakin pudar dan
musnah apabila pemimpin-pemimpin empayar Islam semakin renggang
dengan perintah Allah ‫ ﷻ‬dan membelakangkan sunnah Rasulullah ‫ﷺ‬. Sejarah

banyak mencatatkan hakikat ini sebagai pengajaran khususnya apa yang


berlaku di Andalusia dan Turki (Abdul Mu’ati, 2007).

2.2.5 Kegemilangan Insan dan Komunikasi

Memetik daripada jurnal yang bertajuk “Komunikasi Berkesan untuk


Fasilitator” karangan Abdul Mu’ati @Zamri bin Ahmad, Jabatan
Komunikasi, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra
Malaysia, ditulis pada tahun 2007, menyatakan bahawa telah menjadi
sunnatullah di dalam hidup ini manusia perlu berhubung dengan al-Khaliq,
sesama manusia lain di sekelilingnya dan juga alam persekitarannya. Sebagai
peradaban hidup yang sempurna, Islam tentunya mempunyai garis panduan
yang boleh dijadikan dalam berkomunikasi. Antaranya ialah seperti berikut:

47
a) Rancang ide sebelum berkomunikasi:

Komunikasi yang berkesan samalah seperti aktiviti lain yang dijalankan oleh
manusia. Ia memerlukan perancangan yang rapi. Kaedah berkomunikasi yang
terancang dengan baik dan sistematik melambangkan kebijaksanaan pengucap.
Firman Allah ‫ﷻ‬:

ِ ِ ِ ْ ‫ك ًِب ْْلِ ْكم ِة والْمو ِعظَِة‬


ْ ‫اْلَ َسنَة ۖ َو َجاد َّْلُم ًِبلَِِّت ه َي أ‬
‫َح َس ُن‬ َْ َ َ َ ِ‫ْادعُ إِ َ ََٰل َسبِ ِيل َرب‬
)125 : ‫(سورة النحل‬

Maksudnya:

“Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah


kebijaksanaan dan pengajaran yang baik”
(Surah an-Nahl ayat 125)

Berdasarkan daripada ayat ini menekankan bahawa untuk melakukan


sebarang aktiviti berkomunikasi, para komunikator perlulah merancang
perkataan-perkataan yang hendak digunakan, kepada siapa hendak
disampaikan, apakah saluran komunikasi yang digunakan dan adakah
komunikasi tersebut bermanfaat kepada orang yang hendak disampaikan.
Semua ini termasuk dalam perancangan komunikasi yang penuh dengan
hikmah, bijaksana dan mengandungi isi ibrah yang baik.

b) Isi bicara hendaklah benar:

Kebenaran isi bicara amat mustahak apabila kita berkomunikasi, apatah lagi
jika berkomunikasi dengan hasrat untuk mengubah golongan sasaran.

48
Keyakinan dan keintiman pendengar terhadap kita akan hancur sekiranya
terselit kesangsian tentang kebenaran mesej yang kita bawa. Firman Allah ‫ﷻ‬:

ً ‫اَّللَ َوقُولُوا قَ ْوًال َس ِد‬


‫يدا‬ َّ ‫آمنُوا اتَّ ُقوا‬ ِ َّ
َ ‫ين‬
َ ‫َاي أَي َها الذ‬
)70 : ‫(سورة اْلحزاب‬

Maksudnya:

“Hai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah


dan katakanlah perkataan yang benar.”
(Surah al-Ahzab ayat 70)

Kesimpulan daripada ayat ini ialah untuk menjadi seorang komikator


yang diredhai Allah ‫ ﷻ‬hendaklah mempunyai ketaqwaan (takut kepada Allah
‫ )ﷻ‬dan sentiasa berkata benar walaupun isi bicara itu sukar dan pahit untuk
ditelan.

c) Susunan maklumat perlu jelas dan berstruktur:

Mesej yang tersusun dengan jelas mampu memahamkan pendengar dengan


mudah dan tidak mengelirukan. Firman Allah ‫ﷻ‬:

ِ ‫الرس‬
ُ ِ‫ول إَِّال الْبَ ََلغُ الْ ُمب‬
‫ي‬ ُ َّ ‫َوَما َعلَى‬
)54 : ‫(سورة النور‬

49
Maksudnya:

“Dan diwajibkan kepada Rasul hanyalah menyampaikan dengan


terang dan nyata.”
(Surah an-Nur ayat 54)

Dhirran bin Dhamrah al-Kaniy pernah memberitahu Mu’awiyah


tentang keperibadian Saidina Ali radhiallahu ‘anhu. Katanya,
“Ketahuilah bahawa Ali r.a. itu ialah orang yang berpandangan
jauh, orang yang kuat, bila berkata perkataannya jelas (tepat) dan
bila menghukum beliau berlaku adil...”

Berdasaran daripada kedua-dua dalil ini menunjukkan bahawa untuk


menjadikan mesej komunikasi kita mudah difahami dan diamalkan oleh
pendengar, maka perlunya komunikator menyusun maklumat secara jelas dan
terstruktur, bermula dari perkara yang sangat penting hingga kepada perkara
yang penting dan tidak perlu menyampaikan maklumat yang tidak
mendatangkan sebarang faedah dan hikmah kepada pendengar.

d) Ambil kira pendapat orang lain:

Menitikberatkan pendapat orang lain adalah satu keperluan dalam menjaga


adab dan tatasusila komunikasi Islam. Jika perlu dan bersesuaian, para
komunikator perlulah sentiasa bertanya pendapat orang lain yang mungkin
lebih berkepakaran dan berpengalaman dalam sesuatu aspek semasa
merancang komunikasi. Firman Allah ‫ﷻ‬:

ِِ ِ َّ ‫اَّللِ ۚ إِ َّن‬
‫ي‬
َ ‫اَّللَ ُُيب الْ ُمتَ َوكل‬ َ ‫َو َشا ِوْرُه ْم ِِف ْاْل َْم ِر ۖ فَِإ َذا َعَزْم‬
َّ ‫ت فَتَ َوَّك ْل َعلَى‬
)159 : ‫عمران‬-‫(سورة آل‬

50
Maksudnya:

“...dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan


(peperangan dan soal-soal keduniaan) itu...”
(Surah ali-‘Imran ayat 159)

‫ور َٰى بَْي نَ ُه ْم‬


َ ‫َوأ َْم ُرُه ْم ُش‬
)38 : ‫(سورة الشورى‬

Maksudnya:

“...dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama


mereka...”
(Surah asy-Syura ayat 38)

Merujuk kedua-dua ayat ini menunjukkan bahawa seseorang


komunikator tidak boleh bersifat berat sebelah dan endah tak endah dalam
mengambilkira pendapat orang lain. Sebaliknya para komunikator perlulah
sentiasa mengadakan mesyuarat dan perbincangan dengan orang lain agar
maklumat yang dibincangkan semakin jelas, sahih dan bermutu.

e) Mendengar dengan berkesan:

Komunikasi tidak hanya tertumpu kepada mulut yang berbicara tetapi juga
kepada sepasang telinga yang sentiasa tersedia untuk mendengar dan
memahami dengan rasional. Firman Allah ‫ﷻ‬:

51
‫اَّللُ ُُثَّ إِلَْي ِه يُْر َجعُو َن‬
َّ ‫ين يَ ْس َم ُعو َن ۘ َوالْ َم ْوتَ َٰى يَْب َعثُ ُه ُم‬ ِ َّ ‫إََِّّنَا يست ِج‬
َ ‫يب الذ‬
ُ َْ َ
)36 : ‫(سورة اْلنعام‬

Maksudnya:

“Sesungguhnya yang memperkenankan (seruan engkau) hanya


orang-orang yang sebenarnya mendengar. Tetapi orang yang mati
(pelita hatinya) nanti Allah akan membangkitkan mereka
kemudian mereka dikembalikan kepadaNya.”
(Surah al-An’am ayat 36)

‫اَّللِ الصم‬ ِ ‫) إِ َّن َشَّر الدَّو‬21( ‫وَال تَ ُكونُوا َكالَّ ِذين قَالُوا ََِس ْعنَا وُهم َال يسمعو َن‬
َّ ‫اب ِعْن َد‬َ َُ ْ َ ْ َ َ َ
)22( ‫ين َال يَ ْع ِقلُو َن‬ ِ َّ
َ ‫الْبُ ْك ُم الذ‬
)22-21 : ‫(سورة اْلنفال‬

Maksudnya:

“Jangan kamu seperti orang-orang yang berkata: Kami telah


mendengar, tetapi mereka tiada mendengarkan. Sesungguhnya
sejahat-jahat yang melata (di muka bumi) di sisi Allah ialah
orang-orang yang pekak dan bisu, mereka tiada memikir apa-apa
pun.”
(Surah al-Anfal ayat 21 – 22)

52
ٍ ‫َن ِِف أُذُنَْي ِه وقْ را ۖ فَب ِشرهُ بِع َذ‬
َّ ‫آايتُنَا َوَّ ََٰل ُم ْستَ ْكِ ًِبا َكأَ ْن ََلْ يَ ْس َم ْع َها َكأ‬ ِ
‫اب‬ َ ْ َ ًَ َ ‫َوإِ َذا تُْت لَ َٰى َعلَْيه‬
‫أَلِي ٍم‬
)7 : ‫(سورة لقمان‬

Maksudnya:

“Apabila dibacakan ayat-ayat kami kepadanya, ia berpaling


menyombongkan diri, seolah-olah telinganya pekak, sebab itu
berilah dia khabar dengan seksa yang pedih.”
(Surah Luqman ayat 7)

Mendengar bukan hanya tindakan pukulan gelombang bunyi ke atas


gegendang telinga semata-mata. Ianya adalah proses menterjemahkan tindakan
fizikal bunyi tadi kepada pemahaman yang membuahkan respon. Hanya orang
yang benar-benar mendengar sahaja boleh memahami.

Menerusi konsep dalil-dalil yang dikemukakan di atas, dapatlah


disimpulkan bahawa seorang komunikator tidak boleh bersifat sombong
sehingga tidak mahu mendengar pendapat orang lain, tidak menghiraukan
perasaan orang lain dan memperlekehkan maklumat yang sudah diketahuinya.

2.2.6 Rumusan

Ringkasnya, perkara yang menjadi asas dalam interaksi sesama manusia ini
ialah perkongsian makna. Justeru, seseorang manusia yang menjadi sumber itu
hendaklah berusaha menjadikan mesejnya mudah difahami dan dapat
ditafsirkan oleh penerima. Kegagalan pentafsiran mesej mengakibatkan
komunikasi tersebut rosak.

53
Begitu juga halnya tatkala dikaitkan dengan komunikasi guru sebagai
salah satu kompetensi pengajaran yang unggul dan mesti dikuasai. Guru
seharusnya meneliti terlebih dahulu bentuk mesej yang akan disampaikan agar
mudah difahami oleh pelajar-pelajarnya. Ketidakfahaman pelajar-pelajar
terhadap mesej yang disampaikan oleh guru mengakibatkan pelajar-pelajar
gagal dalam berinteraksi dan bertransaksi dengan guru.

2.3 Kompetensi Pedagogi Guru Secara Am

2.3.1 Pengenalan

Menurut Shafritz (1997), pedagogi merupakan satu prinsip dan juga


merupakan kaedah pengajaran. Ia diertikan sebagai kemahiran mengajar yang
digunakan oleh guru untuk menyampaikan pengajaran dan pembelajaran,
khususnya dalam suatu bidang. Untuk memastikan sesi pengajaran dan
pembelajaran tersebut bermakna, seorang guru perlu memiliki ilmu pedagogi
yang amat baik.

Pengetahuan pedagogi merujuk kepada prinsip-prinsip dalam


perancangan, strategi pengurusan dan pengendalian kelas (Shulman, 1987).
Dengan kata lain, cara pengajaran guru dipengaruhi oleh pengetahuan
pedagogi khususnya strategi, pendekatan dan teknik yang digunakan.
Kelemahan guru dalam pedagogi pula berkait dengan kefahaman mereka
tentangnya kerana mereka kurang pengetahuan tentang apa yang diajar.

54
2.3.2 Kepentingan Pedagogi kepada Guru

Menurut Ee Ah Meng (1993) dalam bukunya berjudul ‘Pedagogi : Satu


Pengenalan’ Edisi Ketiga, beliau ada menggariskan beberapa kepentingan
pedagogi kepada guru:
(i) Membantu guru memahami prinsip-prinsip pengajaran dan
pembelajaran.
(ii) Dapat memilih kaedah pengajaran yang lebih sesuai untuk pelajar-
pelajarnya.
(iii) Dapat menyediakan bahan-bahan pembelajaran yang bermakna dan
menarik.
(iv) Dapat melibatkan pelajar-pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran
supaya mereka aktif dalam pelajaran.
(v) Dapat mengembangkan bakat dan potensi pelajar-pelajarnya.
(vi) Guru berusaha untuk mengubah objektif pelajar-pelajar jika kebanyakan
mereka tidak berupaya mencapainya kerana terlalu tinggi arasnya.
(vii) Guru akan lebih mengutamakan ganjaran, pujian dan empati berbanding
hukuman, denda dan kritik-mengkritik.
(viii) Guru akan berusaha ke arah mewujudkan disiplin kendiri di kalangan
pelajar-pelajar, iaitu mereka gemar menjalankan kerja produktif tanpa
kawalan orang dewasa.
(ix) Guru akan berikhtiar untuk menjalankan pendidikan pemulihan untuk
pelajar-pelajar yang lemah dan program pengayaan bagi pelajar-pelajar
lain terutamanya bagi yang menyiapkan tugasan dengan kadar yang
cepat.
(x) Guru akan lebih mengutamakan strategi pengajaran dan pembelajaran
pemusatan pelajar-pelajar daripada strategi pemusatan guru.

Berdasarkan daripada penyataan di atas, dapatlah dirumuskan bahawa


penggunaan pedagogi yang tepat sangat penting ke arah menjana profesion
perguruan yang berkualiti hebat. Jika guru hanya mengajar tanpa

55
menggunakan sebarang pedagogi ataupun menggunakan pedagogi tetapi tidak
tepat akan menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang tidak bermutu dan
pelajar-pelajar tidak dapat meraih sebarang ilmu pengetahuan daripada
pengajaran guru selain waktu mereka telah disalahgunakan oleh guru.

2.3.3 Kewujudan Komunikasi dalam Pedagogi

Menurut Abdul Majid (2013) dalam bukunya berjudul ‘Strategi


Pembelajaran’, ada menyenaraikan enam komponen variasi mengajar. Empat
daripadanya mempunyai kaitan dengan kaedah pengucapan umum:

(i) Membuat kesenyapan sejenak:

Kesenyapan adalah suatu keadaan diam secara tiba-tiba semasa mengajar.


Adanya kesenyapan tersebut merupakan alat yang baik untuk menarik
perhatian pelajar-pelajar. Perubahan stimulus dari adanya suara ke keadaan
tenang atau senyap, atau dari adanya kesibukan kegiatan lalu diberhentikan,
akan mendapatkan perhatian pelajar-pelajar kerana mereka ingin tahu apa yang
akan terjadi. Guru hendaklah memberi ruang waktu untuk mereka berfikir
dengan memberi kesenyapan, supaya mereka dapat mengingat kembali
informasi-informasi yang mungkin mereka hafal, sehingga dapat menjawab
pertanyaan guru dengan baik dan tepat.

(ii) Mengadakan kontak:

Semasa guru mengadakan komunikasi dengan pelajar-pelajar, sebaiknya


pandangan guru menjelajahi seluruh kelas dan melihat ke mata mereka untuk

56
menunjukkan perhubungan yang intim dengan mereka. Kontak mata dapat
digunakan untuk menyampaikan informasi (seperti membesarkan mata
sebagai tanda hairan) atau dapat juga digunakan untuk mengetahui pengertian
dan pemahaman pelajar-pelajar.

Semasa mengajar, guru tidak boleh menunduk atau melihat ke langit-


langit secara terus menerus dan tidak berani mengadakan kontak mata dengan
pelajar-pelajarnya. Tidak boleh juga sekiranya mengadakan kontak mata
secara konsisten dengan seseorang pelajar tanpa memerhatikan pelajar-pelajar
lain. Sebaliknya tatkala mengajar, hendaklah mengarahkan pandangannya ke
seluruh pelajar atau kelas sebab menatap mata setiap pelajar dapat membentuk
hubungan yang positif dan menghindari hilangnya syakhsiyyah dan
profesionalisme perguruan. Bertemunya pandangan di antara mereka yang
berinteraksi, merupakan suatu etika atau sopan santun pergaulan, kerana saling
menunjukkan perhatian di antara mereka.

(iii) Gerakan anggota badan:

Hal ini dapat dilakukan dengan cara mengangguk, menggeleng, mengangkat


atau merendahkan kepala. Guru dapat mengangkat bahu, berdiri diam kaku,
santai, berjalan mendekati atau menjauhi pelajar, dan berdiri siap sedia
membantu.

Gerakan tangan semasa menulis di papan juga memerlukan latihan,


walaupun kelihatan mudah. Pada sekarang ini, ramai guru masih tidak endah
memerhatikan tulisannya di papan tulis, walhal tulisannya kurang jelas dan ini
boleh mempengaruhi konsentrasi pelajar. Beberapa gerakan anggota badan
perlu dijauhi seperti mengajar sambil tangan ke belakang atau di dalam poket
seluar, kerap membetulkan baju atau seluar tanpa alasan, menggosok hidung
tanpa alasan sakit dan sebagainya. Ini bererti, semasa mengajar, setiap

57
pergerakan anggota badan guru itu mestilah relevan dengan isi pelajar dan
tidak bertindak berlebihan.

(iv) Mengubah posisi dengan bergerak:

Guru tidak berada di dalam satu posisi sahaja, melainkan berpindah-pindah.


Perpindahan posisi adalah bermanfaat bagi guru agar pelajar-pelajar dan guru
sendiri tidak jenuh semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Sebaiknya,
pergerakan atau perpindahan posisi guru hendaklah berdasarkan tujuan
tertentu seperti bergerak ke sebelah kanan apabila terdapat pelajar-pelajar yang
membuat bising atau onar. Maka dengan perpindahan posisi ini dapat
mengurangkan atau memberhentikan keonaran tersebut.

Sebaliknya, jika guru hanya bertindak kaku atau tidak mahu bergerak di
dalam kelas, akan mendatangkan kebosanan kepada pelajar-pelajar. Begitu
juga sekiranya guru berlebihan dan bergerak di dalam kelas akan mengganggu
perhatian pelajar-pelajar terhadap pelajaran.

Dapatlah dirumuskan di sini bahawa guru perlu membuat rancangan dan


strategi yang teratur dan terstruktur dalam memastikan bahawa pedagogi
mereka tidak bersifat statik dan jumud. Malah pedagogi mereka perlu diwarnai
dengan komunikasi penguca[an umum yang dapat mendambat minat pelajar-
pelajar untuk belajar.

58
2.3.4 Strategi Komunikasi Pembelajaran

Dalam berkomunikasi, seorang komunikator (guru) perlu dapat menggunakan


perasaan atau emosi dalam menghadapi audiensnya (pelajar) kerana audiens
adalah makhluk yang mempunyai perasaan. Sebagaimana Allah ‫ﷻ‬

menciptakan hati sebagai tempat bersemayamnya perasaan atau emosi ( ‫)لطيفة‬.

Allah ‫ ﷻ‬memberikan manusia dua emosi; baik dan buruk. Sepertimana yang

pernah dinukilkan oleh Sigmund Freud dalam Ellys (2012) iaitu emosi positif
(libido) seperti kasih sayang, haru, senang, gembira dan sebagainya; dan emosi
negatif (thanatos) seperti marah, benci, takut yang berlebihan, sedih yang
berlebihan, dan sebagainya. Lebih lanjut lagi, Ellys (2012) mengemukakan
bahawa emosi pada diri seorang komunikator dapat dikenali dalam beberapa
hal di bawah ini:

(i) Lembut:

Menurut Freud dalam hipotesis “agresi-kekandasan manusia” menyatakan


bahawa orang-orang akan muncul emosi negatifnya (seperti marah) ketika
dihalangi dalam memenuhi keperluannya, dan gembira bila keinginannya
tercapai (Freud, 1950). Seorang komunikator (guru) perlu menghimpunkan
emosi positif dengan mengamalkan sikap pemaaf, berterima kasih,
penghargaan dan kekuatan terhadap audiensnya.

Pada hakikatnya, seorang komunikator bukanlah memiliki kekuasaan


yang tinggi dan kekuatan fizikal yang hebat, tetapi memiliki pengendalian diri
saat marah, sebagaimana firman Allah ‫ﷻ‬:

59
‫اَّللُ ُُِيب‬ ِ َّ‫ي َع ِن الن‬
َّ ‫اس َو‬ ِ َ ‫اظ ِمي الْغَي‬ ِ ِ ِ َّ ‫الَّ ِذين ي ِنف ُقو َن ِِف‬
َ ‫ٍّظ َوالْ َعاف‬ْ َ ‫السَّراء َوالضََّّراء َوالْ َك‬ َُ
‫ي‬ ِِ
َ ‫الْ ُم ْحسن‬
)134 : ‫عمران‬-‫(سورة آل‬

Maksudnya:

“Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa


senang dan susah, dan orang-orang yang menahan
kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan
orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat
perkara-perkara yang baik.”
(Surah ali-‘Imran ayat 134)

Di dalam sebuah hadith Rasulullah ‫ﷺ‬:

ُ ‫الش ِد‬
‫يد ًِبلصَر َع ِة إََِّّنَا‬ َّ ‫س‬ َ َ‫ول هللاِ ﷺ ق‬
َ ‫ال لَْي‬
َّ ‫َع ْن أَِِب ُهَريْ َرَة َر ِضى هللاُ َعْنهُ أ‬
ُ ‫َن َر ُس‬ َ
ِ‫ض‬ ِ ِ ِ ِ
‫ب‬ ُ ‫يد الَّذي َيَْل‬
َ َ‫ك تَ ْف َسهُ عْن َد الْغ‬ ُ ‫الشَّد‬

Maksudnya:

Dari Abu Hurairah r.a., dia berkata, bahawa Rasulullah ‫ﷺ‬

bersabda, “Orang yang kuat bukanlah orang yang menang gulat,


tetapi orang yang mampu menahan diri ketika ia marah”
(Hadith Riwayat Imam al-Bukhari, nombor 5649)

Daripada ayat di atas ini menunjukkan bahawa bersikap lemah mebut


dan menahan sabar dalam menyampaikan sesuatu adalah perkara yang perlu
diteguhkan dalam pendirian setiap komunikator. Sikap ini bukan hanya
terhadap diri seorang komunikator, malah mereka yang menerima komunikasi

60
tersebut juga perlu bersabar dalam menerima mesej komunikasi yang
disampaikan.

(ii) Percaya diri:

Perasaan takut biasanya datang dari gambaran mental tentang adanya tragedi
yang bakal terjadi. Kerana itu, seorang komunikator (guru) perlu mampu
menjelaskan suatu peristiwa yang dapat dibuktikan, tidak bersifat abstrak atau
absurd. Kepercayaan dapat dibina oleh penjelasan bahawa bahaya itu jauh dari
diri kita (Abdul Majid, 2013). Kerana itu pula, seorang komunikator perlu
mampu menghilangkan rasa takut yang tidak beralasan, dan hanya kepada
Allah ‫ ﷻ‬sahaja ia perlu takut. Ketakutan kepada Allah dapat diperkukuhkan

dengan meyakini dan mengimani akan kekuasaanNya. Sebagaimana firman


Allah ‫ﷻ‬:

ً َ‫آايتُهُ َز َادتْ ُه ْم إَِي‬ ِ ِ َّ ‫إََِّّنَا الْمؤِمنو َن الَّ ِذين إِ َذا ذُكِر‬


‫اًن‬ ْ َ‫ت قُلُوبُ ُه ْم َوإِ َذا تُلي‬
َ ‫ت َعلَْي ِه ْم‬ ْ َ‫اَّللُ َوجل‬ َ َ ُ ُْ
‫َو َعلَ َٰى َرّبِِ ْم يَتَ َوَّكلُو َن‬
)2 : ‫(سورة اْلنفال‬

Maksudnya:

“Sesungguhnya orang beriman itu adalah mereka yang apabila


disebut nama Allah, maka gementarlah hati mereka, dan apabila
dibacakan ayat-ayatNya, bertambahlah iman mereka (kerananya)
dan kepada Tuhan mereka jualah mereka bertawakal”
(Surah al-Anfal ayat 2)

Apabila rasa takut kepada Allah ‫ ﷻ‬sudah tertanam dalam hati, maka akan

tegaklah kepercayaan pada diri komunikator (guru). Sikap percaya diri seorang

61
guru menjadi paksi dalam komunikasi yang efektif semasa pembelajaran
berlangsung,

(iii) Rasa malu:

Seorang komunikator (guru) tidak boleh berasa malu terhadap kelemahan dan
kekurangannya. Sebaliknya, setiap kelemahan dan kekurangan itu hendaklah
dijadikan sebagai satu landasan untuk memperbaiki diri. Rasa malu boleh
wujud apabila melakukan hal-hal negatif dan merugikan orang lain. Rasa malu
sangat positif sebagai tali kekang ketika guru bertindak berlebihan dan tidak
sesuai dengan ajaran Rasulullah ‫ ﷺ‬yang tentunya akan memalukan diri sebagai

guru. Diriwayatkan dari Umar bin Hashim, bahawa Rasulullah ‫ ﷺ‬pernah

bersabda:

‫اْلَيَاءُ َال ََيِِْت إَِّال ِِبٍَْي‬


ْ
)‫(رواه البخاري‬

Maksudnya:

“Sifat malu itu tidak akan mendatangkan sesuatu apa pun selain
kebaikan”
(Hadith Riwayat Imam al-Bukhari, nombor 5652)

Tuntasnya, seorang komunikator perlu menyemai rasa sikap malu


sekiranya melakukan kesilapan dan kesalahan yang tidak disenghajakan. Jika
berlaku sedemikian, maka hendaklah terus memohon maaf atas informasi yang
telah salah disebarkan.

62
(iv) Pujian:

Pada diri manusia sebenarnya memiliki sense of fairness (rasa keadilan).


Seorang guru perlu menjadikan iman sebagai benteng kehidupannya, dan ia
tidak akan melontarkan ucapan-ucapan yang berisi kebencian atau penghinaan
kepada orang lain. Allah ‫ ﷻ‬akan menjaga lisannya untuk selalu menebarkan

kata-kata yang diwarnai dengan perasaan hormat dan pujian dari sesama
manusia. Allah ‫ ﷻ‬telah berfirman:

‫اَّللُ فِ ِيه َخْي ًرا‬ ِ


ُ ‫وه َّن ًِبلْ َم ْع ُروف ۚ فَِإن َك ِرْهتُ ُم‬
َّ ‫وه َّن فَ َع َس َٰى أَن تَ ْكَرُهوا َشْي ئًا َوََْ َع َل‬ ِ
ُ ‫َو َعاش ُر‬
‫َكثِ ًيا‬
)19 : ‫(سورة النساء‬

Maksudnya:

“Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu)


dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu (merasai) benci
kepada mereka (disebabkan tingkah lakunya, janganlah kamu
terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan
sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu
benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu).”
(Surah an-Nisa ayat 19)

Dapatlah dirumuskan di sini bahawa ucapan mesej komunikasi


yang diisi dengan pujian (memuji keesaan Allah ‫ ﷻ‬dan memuji kebaikan

manusiadan perkataan yang baik akan mendapat rahmat daripada Allah ‫ﷻ‬.

63
(v) Kasih sayang / Belas kasih:

Guru sebagai komunikator yang mempunyai belas kasihan kepada pelajarnya


akan mendapat atau menerima balasan kasih sayang pula.

َ‫ َخلَ ََ هللاُ ِماََة‬:‫ال‬ َ َ‫ول هللاِ ﷺ ق‬ ُ ‫ت أ ََّن َر ُس‬ ِ


ُ ‫ ََس ْع‬:‫عن أ ب هريره رضى هللا عنه قال‬
ً‫اْحُو َن ِّبَا َو ِعْن َد هللاِ تِ ْس ٌع َوتِ ْسعُو َن َر ْْحَة‬
َ ‫ي َخ ْل ِق ِه يَتَ َر‬ ِ
َ ْ َ‫ض َع َر ْْحَةً َواح َد ًة ب‬
ٍ
َ ‫َر ْْحَة فَ َو‬
)‫(رواه الرتميذي‬

Maksudnya:

Dari Abu Hurairah r.a. berkata: Saya mendengar Rasulullah ‫ﷺ‬

bersabda, “Allah telah menciptakan seratus kasih sayang.


Kemudian Allah bahagikan di antara makhlukNya, dengan satu
kasih sayang tersebut mereka saling mengasihi di antara mereka,
dan sembilan puluh sembilan kasih sayang ada pada Allah.”
(Hadith Riwayat Imam at-Tirmidzi, nombor 3464)

ْ ‫اْلَ َس ِد إِ َذا ا ْشتَ َكى ِمْنهُ ُع‬


‫ض ٌو‬ ْ ‫اْح ِه ْم َوتَ َعاطُِف ِه ْم َمثَ ُل‬
ُِ ‫مثَل الْم ْؤِمنِي ِِف تَو ِاد ِهم وتَر‬
ََ َ َ ُ ُ َ
َّ ‫اْلَ َس ِد ًِب‬
‫لس َه ِر َوا ْْلُ َّمى‬ ْ ‫اعى لَهُ َساَُِر‬ َ ‫تَ َد‬
)‫(رواه البخاري‬

Maksudnya:

Dari Nu’man bin Basyir r.a. berkata: Rasulullah ‫ ﷺ‬bersabda:

“Kamu akan melihat orang-orang mukmin dalam hal saling


mengasihi, mencintai, dan menyayangi bagaikan satu tubuh.
Apabila ada salah satu anggota tubuh yang sakit, maka seluruh

64
tubuhnya akan ikut terjaga dan panas (turut merasakan
sakitnya).”
(Hadith Riwayat Imam al-Bukhari, nombor 5552)

Tuntasnya, untuk menciptakan suasana hubungan baik dan harmoni


antara guru dengan pelajar-pelajar, ada banyak cara yang boleh dilakukan. Di
antaranya ialah dengan mengembangkan proses pembelajaran aktif. Teknik
pembelajaran aktif dibangunkan berdasarkan cara-cara orang belajar secara
alamiah. Mereka belajar secara alami dengan menemukan sendiri melalui ujian
percubaan, baik pengalaman langsung mahupun pengalaman kedua, seperti
dengan membaca dan mendengarkan orang lain. Proses belajar biasanya terjadi
pada saat mereka berinteraksi dan berkomunikasi dengan sesama rakan atau
antara orang yang belajar dengan guru.

2.3.5 Kategori Komunikasi dalam Pedagogi

Ned A. Flanders (1973), seorang profesor Universiti Amerika telah banyak


memberi sumbangan kerana kajiannya dalam analisis interaksi (Ee Ah Meng,
1993). Menurut beliau, komunikasi guru yang berbentuk informatif atau
dominatif boleh digolongkan sebagai gaya percakapan ‘pengaruh langsung’.
Contohnya ialah memberi kuliah, mengkritik serta memberi arahan kepada
pelajar-pelajar. Dalam keadaan seperti ini, suasana kelas adalah tegang dan
pelajar-pelajar berasa terancam dan kurang selamat. Lazimnya, pelajar-pelajar
berasa tergugat, pasif dan mula menarik diri.

Sebaliknya, percakapan guru yang mendorongkan atau persuasif adalah


berbentuk intergrasi. Flanders (1973) melabelkan gaya percakapan ini sebagai
‘pengaruh tidak langsung’. Contohnya ialah seperti menyoal, menerima dan
menggalakkan penglibatan pelajar-pelajar. Dalam keadaan sedemikian,
suasana kelas bertambah tenang, pelajar-pelajar berasa selesa serta ingin

65
mengambil bahagian dalam pengajaran dan pembelajaran, mereka menjadi
aktif dan sedia memberikan pandangan dan bertukar-tukar pendapat dengan
guru dan pelajar-pelajar lain. Pembelajaran menjadi lebih bermakna serta
menyeronokkan pelajar-pelajar.

Berikut ditunjukkan kategori-kategori percakapan berdasarkan sistem


Flanders:
1. Menerima perasaan

{ Pengaruh tidak
langsung
2. Memuji dan mendorong
3. Menerima idea
Percakapan 4. Menyoal
guru 5. Memberi kuliah

{ Pengaruh langsung
6. Memberi arahan

7. Mengkritik

8. Tindak balas pelajar


Percakapan
9. Percakapan pelajar
pelajar
10. Kesenyapan
Rajah 2.1 : Kategori-kategori percakapan Sistem Flanders

Berdasarkan rajah 2.1 di atas, dapatlah dirumuskan bahawa pengajaran


berkonsepkan Persuasif dapat memberikan pengaruh secara tidak langsung
terhadap pelajar-pelajar dari aspek kognitif, afektif dan psikomotor.
Pengajaran ini melibatkan konsep interaksi 2 hala dan transaksi sesama guru
dengan pelajar seperti sikap keterbukaan guru dalam mendengar dan
mengambilkira pendapat dan pertanyaan pelajar, memberikan pujian kepada
pelajar-pelajar dan sebagainya. Hal ini tidak sama dengan pengajaran
berkonsepkan Informatif yang menjadikan pengajaran yang statik, jumud dan
membosankan.

66
2.3.6 Kategori Interaksi & Transaksi dalam Pedagogi

Untuk menambahkan keberkesanan pengajaran, guru seharusnya memahami


pelbagai jenis interaksi dan transaksi kumpulan yang wujud di dalam kelas.
Interaksi ialah perhubungan yang boleh berlaku di antara guru dengan pelajar
atau pelajar dengan pelajar. Strategi serta objektif pengajaran yang berlainan
pasti akan mewujudkan interaksi yang berlainan (Ee Ah Meng, 1993). Berikut
adalah beberapa situasi pembelajaran yang menunjukkan pelbagai corak
interaksi yang berlainan (Adaptasi daripada buku “Pedagogi : Satu
Pengenalan” karangan Ee Ah Meng, 1993)

P P P
Rajah 2.2 : (Situasi 1) Pendekatan memusatkan guru

Dalam situasi di atas, guru mengajar dengan kawalan yang ketat dan
kesemua pelajar adalah pasif. Corak interaksi di dalam situasi ini adalah guru
yang bercakap, manakala pelajar hanya mendengar. Perhubungan pelajar
dengan guru terbatas kepada pendengaran, pengamatan dan asimilasi sahaja.
Yang nyata ialah tiadanya interaksi di antara pelajar-pelajar. Corak interaksi
seperti ini kurang berkesan dalam suatu pengajaran dan pembelajaran.
Pendekatan seperti ini sesuai sekiranya guru sedang memberi taklimat di
peringkat awal.

67
G

P P P
Rajah 2.3 : (Situasi 2) Pendekatan penerangan-perbincangan

Dalam situasi seperti ini, guru cuba menggalakkan komunikasi dua hala
dengan cara mendorongkan penyertaan pelajar dalam pengajarannya. Di sini,
corak interaksi tidak tertumpu pada guru sahaja. Anak-anak panah pada rajah
menunjukkan interaksi di antara guru dengan pelajar-pelajar.

P P P
Rajah 2.4 : (Situasi 3) Pembelajaran secara aktif

Situasi 3 menunjukkan suatu situasi guru membenarkan perbincangan


dan kerjasama di antara pelajar-pelajar. Inilah yang dikatakan sebagai proses
transaksi komunikasi, iaitu adanya proses imbal balik dari komunikator kepada
audiens dan audiens kepada komunikator. Interaksi di antara guru dengan

68
pelajar-pelajar masih dikekalkan. Situasi seperti ini sesuai apabila pelajar-
pelajar sedang menjalankan sesuatu projek atau kerja-kerja amali.

P
P P
P
P P
P P G P P
P P
P
P P
P
Rajah 2.5 : (Situasi 4) Kaedah Kumpulan

Situasi 4 menunjukkan situasi kaedah kumpulan digunakan. Pelajar-


pelajar di dalam setiap kumpulan akan berinteraksi sesama sendiri dengan
pimpinan guru. Suasana kerjasama, toleransi serta tolong-menolong jelas
terwujud.

69
G

P P

P P
Rajah 2.6 : (Situasi 5) Kaedah perbincangan

Situasi 5 menunjukkan satu situasi perbincangan dan guru menjadi


peserta kumpulan. Interaksi yang berlaku adalah di antara semua ahli
kumpulan, iaitu di antara pelajar dengan guru. Pendekatan seperti ini dapat
melibatkan pelajar dengan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran
dan suasana saling membantu dapat dikekalkan. Unsur pertandingan serta
ketegangan dapat dikurangkan. Sebaliknya, sikap sedia untuk berunding di
antara satu sama lain dapat dibentuk.

Sekiranya dibandingkan kesan kelima-lima situasi yang dibincangkan,


situasi 1 seharusnya dielakkan kerana hanya komunikasi sehala sahaja yang
diwujudkan di antara guru dengan pelajar-pelajar. Lagipun, interaksi secara
lisan langsung tidak ada di antara guru dengan pelajar serta pelajar dengan
pelajar.

70
Sebaliknya situasi 4 dan 5 merupakan situasi-situasi yang harus
digalakkan kerana jelas terdapat perhubungan komunikasi yang amat berkesan
di antara guru dengan pelajar-pelajarnya. Interaksi lisan di antara pelajar
dengan pelajar serta guru dengan pelajar dapat dibentuk dan berlangsung
sepanjang perbincangan diadakan. Pendekatan-pendekatan seperti ini juga
menggalakkan pelajar-pelajar menjadi aktif.

Berdasarkan daripada kelima-lima situasi tersebut, maka dapatlah


dirumuskan bahawa untuk menjadikan sesebuah pedagogi pengucapan umum
efisien dan efektif sesuai dengan landasan pendidikan Islam, maka seorang
guru perlulah sentiasa menjadikan gaya pengajarannya sebagai sebuah
pengajaran yang komprehensif, interaktif, kreatif, inovatif dan kondusif yang
melibatkan pelajar-pelajarnya sebagai audiens yang bukan hanya mampu
melihat, mendengar dan memahami, akan tetapi juga dapat merangsanng
pemikiran dan daya kognitif mereka, menyelami dan menghayati
pembelajaran sehingga afektif mereka juga diselaputi dengan sentuhan isi
pelajaran serta dapat merangsang pergerakan otot dan daya psikomotor mereka
untuk terus kekal bergerak aktif dan bersemangat untuk meraih sesuatu ilmu
pengetahuan. Hal ini lebih banyak menyokong kepada pendekatan situasi 2, 3,
4 & 5 di atas.

2.3.7 Jenis-jenis Kepimpinan Guru dan Kesannya ke atas Interaksi Kelas

Jenis kepimpinan yang diamalkan oleh seseorang guru semasa berinteraksi


dengan pelajar-pelajarnya akan menimbulkan kesan-kesan yang berlainan.
Jenis kepimpinan guru adalah berbeza, iaitu mengikut pengalaman, latihan
serta syakhsiyyah guru itu sendiri. Tiga jenis kepimpinan guru biasanya
didapati di dalam kelas ialah kepimpinan autokratik, demokratik dan laissez-
faire (Ee Ah Meng, 1993).

71
Kepimpinan autokratik merupakan amalan dan kesemua dasar aktiviti-
aktiviti kelas serta persatuan ditentukan oleh guru. Setiap aktiviti dan prosedur
hanya diumumkan pada suatu masa tertentu sahaja. Guru seperti ini jarang
sekali mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang dikelolakan selain
daripada menjalankan demonstrasi. Guru yang bersifat autokratik tidak sedia
mendengar pandangan atau pendapat pelajar-pelajar. Oleh sebab sikap seperti
ini, interaksi di antara guru dengan pelajar di dalam kelas akan turut terjejas.
Pelajar-pelajar akan menjadi pasif serta tidak terdorong untuk memberi
pendapat. Interaksi di antara sesama pelajar juga terbantut disebabkan oleh
sikap guru yang autokratik. Suasana sosioemosi yang dipenuhi ketegangan
memang tidak menggalakkan interaksi di antara guru-pelajar dan pelajar
dengan pelajar (Ibid, 1993).

Kepimpinan demokratik ialah situasi yang mana dasar dan keputusan


sesuatu aktiviti adalah hasil daripada perbincangan pelajar-pelajar di dalam
kumpulan dengan bimbingan dan bantuan guru. Guru memainkan peranan
aktif dalam memberi pandangan serta cadangan semasa merancang serta
mengelola satu-satu aktiviti. Setiap pelajar bebas memilih kawannya untuk
bekerja di dalam satu-satu kumpulan. Pembahagian tugas juga terserah kepada
ahli-ahli kumpulan. Pujian dan teguran diberikan oleh guru adalah dengan cara
objektif.

Kesan kepimpinan demokratik adalah positif. Pelajar-pelajar lebih ingin


memberi pendapat kalau guru sedia menerimanya. Ini bermakna interaksi di
antara guru dengan pelajar akan meningkat lagi. Suasana sosioemosi yang
demokratik akan menggalakkan pelajar lebih banyak berinteraksi di antara satu
sama lain. Ini akan menjadikan perhubungan di antara guru dengan pelajar dan
pelajar dengan pelajar bertambah baik lagi. Pembelajaran akan menjadi lebih
bermakna serta berkesan kerana dalam suasana sedemikian, pelajar-pelajar
berani mengemukakan soalan-soalan.

72
Kemahiran bersosialisasi pelajar-pelajar akan meningkat baik kerana
mereka sentiasa berinteraksi dengan pelajar-pelajar lain serta gurunya.
Kepimpinan guru yang demokratik juga mengajar pelajar-pelajar untuk
mendengar dan memahami pendapat dan perasaan individu lain. Pelajar-
pelajar akan menjadi lebih bersabar dan bertoleransi (Ee Ah Meng, 1993).

Kepimpinan laissez-faire merupakan situasi yang mana guru tidak


langsung mengambil bahagian dalam perancangan dan persediaan satu-satu
aktiviti. Kebebasan yang penuh diberikan kepada pelajar-pelajar untuk
memikirkan dan menyusun aktiviti-aktiviti di dalam kelas serta persatuan
mereka. Guru kurang memberikan ide dan tidak menunjukkan inisiatif
terhadap aktiviti yang dijalankan. Guru juga tidak menilai tingkah laku pelajar-
pelajarnya.

Kesan kepimpinan laissez-faire menyebabkan keadaan kelas yang terlalu


‘longgar’ lalu menyebabkan interaksi yang maksimum di antara pelajar-
pelajar. Oleh sebab kurang peraturan, didapati interaksi yang terlalu bebas itu
boleh menimbulkan masalah-masalah disiplin yang mengganggu pengajaran-
pembelajaran. Sikap guru yang mengamalkan kepimpinan ini adalah bersifat
‘tidak apa’. Interaksi di antara guru dengan pelajar tidak bertambah baik jika
guru bersifat demikian. Apabila pelajar mengemukakan sesuatu pendapat, guru
mungkin enggan mengulas atau memberi komen-komen yang membina.
Apabila pelajar-pelajar dibenarkan mengeluarkan apa sahaja pendapat, mereka
cenderung bersifat ekstrovert, iaitu mereka suka berkawan serta bercakap
(Ibid, 1993).

Selain daripada kesan-kesan tersebut (bagi setiap jenis kepimpinan


guru), Kurt Lewin, Lippitt dan White (1984) juga membuat kajian tentang
kesan ketiga-tiga jenis kepimpinan. Di bawah kepimpinan autokratik, dua jenis
gerak balas telah berlaku, iaitu tingkah laku sikap ‘tidak apa’ dan ada yang
menjadi agresif. Kumpulan pelajar bekerja giat di hadapan guru autokratik tapi
kadar pekerjaan merosot dengan cepat apabila guru keluar dari kelas. Kesemua

73
ahli kumpulan amat bergantung kepada guru autokratik serta sentiasa ingin
mendapatkan perhatian daripadanya.

Bagi pelajar-pelajar yang di bawah kepimpinan demokratik, walaupun


guru telah keluar, pelajar-pelajarnya terus bekerja. Mereka juga didapati
berada dalam suasana yang lebih rapat dan mesra. Sifat bekerjasama serta
toleransi juga dapat diperlihatkan.

Di bawah kepimpinan laissez-faire pula, pelajar-pelajar didapati kurang


produktif di hadapan guru. Apabila guru berada di dalam kelas, pelajar-pelajar
menghabiskan sebahagian besar masa mereka untuk bertanya dan meminta
maklumat. Apabila guru keluar dari kelas, kadar pekerjaan pelajar didapati
tinggi sekali jika dibandingkan dengan kepimpinan autokratik dan demokratik.

Oleh yang demikian, adalah jelas jenis kepimpinan yang harus


diamalkan oleh seseorang guru ialah jenis demokratik di mana suasana untuk
pengajaran dan pembelajaran adalah sihat, mesra dan harmonis. Pelajar-pelajar
juga diletakkan di bawah suasana yang lebih tenang dan ini secara langsung
akan menggalakkan mereka agar lebih sedia untuk bekerjasama serta tolong-
menolong. Interaksi antara guru dengan pelajar dan pelajar dengan pelajar juga
sihat dan lebih banyak terdorong. Keadaan seperti ini adalah kondusif dan
dengan itu menjamin berlakunya proses interaksi dalam pengajaran dan
pembelajaran yang lebih berkesan.

Berdasarkan ciri-ciri kepimpinan di atas, dapatlah dirumuskan bahawa


syakhsiyyah seorang guru yang cemerlang berkaitrapat dengan corak
kepimpinan yang diamalkannya. Sebagaimana Rasulullah ‫ ﷺ‬adalah seorang
rasul Ulul Amri dan Ulul Azmi yang perlu diikuti, maka seorang guru perlu
mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang telah diajarkan dan dipamerkan
Rasulullah ‫ ﷺ‬kerana guru merupakan pewaris para Nabi.

74
2.3.8 Personaliti Guru

Personaliti guru yang baik adalah bergantung kepada kebolehan dari segi
penyesuaian iri dengan sekolah dan juga masyarakat. Misalnya guru kena
berdepan pelbagai kehidupan, latar belakang pelajar dan masyarakat yang
mana berbeza dengan cara kehidupannya, maka guru yang berkualiti akan
mudah menyesuaikan dirinya mengikut kehendak setempat. Kepimpinan juga
penting dalam menilai sifat dan kualiti guru sebagai seorang profesional. Gaya
kepimpinan yang baik dan sesuai di semua peringkat dan tahap kemajuan
pelajar, membentuk generasi baru yang berdisiplin, berilmu dan dapat
mengimbangkan kepentingan materialisme dengan spiritualisme ( Mohd
Salleh, 1992).

Sharifah Alwiah Alsagoff (1987) menyatakan bahawa pola personaliti


guru akan mempengaruhi kanak-kanak (pelajar). Seseorang guru yang
bersikap mesra dan menerima pelajarnya akan menggerakkan mereka
membuat kerja sekolah dengan lebih baik. Guru yang suka dan seronok
mengajar, yang suka dan memahami kanak-kanak dan yang bersemangat
tentang perkara-perkara yang diajarnya akan membina iklim sekolah yang
positif. Guru-guru yang memahami dan berkawan mesra dengan pelajarnya
tidak banyak menghadapi masalah disiplin di dalam bilik darjahnya, jika
dibandingkan dengan guru yang tidak suka akan pekerjaannya. Apabila
seseorang guru itu adil, tidak memilih kasih dan menghukum hanya apabila ia
telah benar-benar pasti bahawa perbuatan itu salah dan disengajakan, maka
iklim persekolahan pelajarnya kurang tegang dan tidak begitu
membimbangkan.

Jeff Mc Crace dan Paul Costa (1997) mempelopori teori Personaliti Lima
Faktor (Five-Factor-Theory, FFT). Personaliti Lima Faktor merupakan teori
yang cuba menjelaskan personaliti dengan menggunakan lima dimensi yang lebih
luas, di mana setiap satu dimensi terdiri daripada satu kelompok trait-trait

75
personaliti. Secara umumnya lima personaliti dominan seseorang individu
dibahagikan kepada lima sifat yang asas iaitu mengikut suatu konsep yang
dikenali sebagai OCEAN. Lima sifat yang disebutkan adalah seperti berikut:

a) (O) Openness to Experience – Mempunyai sikap terbuka

Faktor ini digambarkan dengan trait yang ekstrem seperti berimaginasi, ingin
tahu dan kreatif, berlawanan dengan trait seperti berfikiran cetek dan samar-
samar (Colman,2003). Menurut Ma‟rof dan Haslinda (2004) faktor ini
membezakan antara individu-individu yang cenderung mencari pengalaman
baru dan berimaginasi tinggi, sifat ingin tahu dari segi intelektual dan
berfikiran luas, berbanding dengan mereka yang cenderung memiliki
pemikiran yang tertutup dan minat yang sempit.

Golongan yang berada dalam kumpulan ini mempunyai sikap atau minda
yang terbuka terhadap sesuatu idea atau pendapat. Di samping itu mereka ingin
sangat terdedah kepada sesuatu pengalaman yang baru (Ryckman, 2004). Bagi
golongan ini dunia ini merupakan “Tempat Pembelajaran” mereka, dan bagi
golongan ini setiap daripada pengalaman yang diterima atau datang pada
mereka akan di gunakan dengan sepenuhnya.

Mereka mempunyai sifat ingin tahu (intellectually curious) yang begitu


mendalam. Mereka suka pada sesuatu benda yang cantik dan menghargai
kesenian. Golongan ini juga lebih peka terhadap emosi mereka dan suka
membandingkan diri mereka dengan orang yang terdekat dengan mereka.
Mereka bertindak dan berfikir secara tersendiri (individualistic) dan dalam cara
yang kurang berkonfrontasi. Orang yang kurang mempunyai sifat dominan
dalam ciri ini mempunyai daya persepsi dan pemikiran yang cetek dalam
sesuatu hal dan kurang bijak ( John, 1990). Mereka lebih suka pada sesuatu
yang terus terang dan kurang kompleks. Mereka mempunyai tanggapan

76
(prasangka) atau kekhuatiran (wasangka) yang salah tentang perkara yang
berkaitan dengan seni dan sains.

Golongan ini juga lebih bersifat konservatif dan tidak suka pada
perubahan khususnya yang drastik, lemah dalam berfikir dan berimaginasi,
tidak kreatif (Miller, 1991). Sikap terbuka (openess to experience) ini pada
pandangan ramai ahli sosiologi adalah sihat dan lebih matang dari aspek
pemikiran dan tindak-tanduk. Walau bagaimanapun pemikiran terbuka dan
tertutup ini berguna pada situasi atau persekitaran yang berbeza.

b) (C) Conscientousness – Mempunyai kesedaran

Faktor ini digambarkan dengan trait seperti bersungguh-sungguh, boleh


dipercayai dan bersifat wajar serta realistik. Ia berlawanan dengan ciri-ciri
seperti tidak berhati-hati, kecuaian dan tidak realistik (Colman, 2003). Faktor
ini membezakan individu-individu yang suka berdikari, tersusun, boleh
dipercayai, bertanggungjawab, konsisten, bekerja keras dan tabah dengan
mereka yang suka bergantung, kucar kacir, tidak boleh dipercayai, tidak
bertanggungjawab tidak berhati-hati dan malas (Ma‟rof dan Haslinda, 2004).

Individu yang mempunyai trait ini juga mempunyai nilai kesedaran yang
tinggi dan merupakan seorang individu yang amat berhati-hati semasa
membuat sebarang keputusan atau satu kualiti yang wujud dalam diri seorang
manusia yang bertindak mengikut kesedaran mindanya. Ciri ini merujuk
kepada seseorang yang mempunyai kesedaran yang di antaranya merangkumi
kehidupan sehariannya, persekitarannya dan masyarakat sekelilingnya.
Kesedaran seseorang individu itu adalah berdasarkan cara individu tersebut
mengawalnya, mengurus dan cara beliau bertindak berdasarkan impuls yang
diterima.

77
Antara ciri individu yang dimiliki oleh golongan ini adalah
seperti boleh dipercayai, sanggup bekerja keras untuk sesuatu , menepati masa,
kemas dari segi kerjanya dan keperibadian luarannya, berdisiplin, bercita-cita
tinggi dan mempunyai atau suka pada kehidupan yang teratur (organized).
Akan tetapi masalah yang dihadapi oleh golongan ini adalah mereka sering dan
selalu berkerja keras (workoholics) dan dikategorikan dalam satu tingkah laku
yang disebut sebagai “Obsessive Compulsive Perfectionists Behavior.”
Tambahan pula, individu yang tinggi dalam nilai ini ada kalanya
membosankan disebabkan oleh sifat atau sikap mereka yang tidak ingin
mengambil risiko dan kurang ingin terdedah kepada persekitaran (less
adventurous).

Golongan yang kurang mempunyai kesedaran (unconscientiousness)


lazimnya akan dikritik kerana tidak mempunyai cita-cita, kurang di percayai,
dan tidak amanah. Tetapi golongan ini tidak akan dicapkan sebagai orang yang
membosankan. Menurut satu kajian yang di lakukan, kesedaran kita adalah
terletak pada bahagian lateral belakang otak kita dan di katakan orang yang
mempunyai kesedaran yang tinggi mempunyai bentuk kepala yang berbentuk
seakan kubah (domeshaped) manakala orang yang mempunyai kesedaran yang
rendah mempunyai bentuk kepala yang berbentuk seakan bujur (oval shaped).

c) (E) Extrovert – Bersifat sosial (suka bergaul)

Faktor ini bermula dari ekstroversi yang ekstrem, digambarkan dengan trait
seperti bersosial dan tegas serta meyakinkan kepada introversi yang ekstrem,
digambarkan dengan trait seperti pendiam dan pasif (Colman,2003). Pada
masa yang sama Ma‟rof dan Haslinda (2004) turut menyatakan bahawa
dimensi ini cuba membezakan di antara trait-trait seperti bersosial,
berpelesiran, peramah, tegas, petunjuk dan aktif dengan trait-trait seperti
pendiam, pasif dan menyendiri.

78
Golongan yang berada dalam kumpulan ini biasanya bersikap
“outgoing” , penuh bertenaga dan biasanya bersikap positif. Individu yang
tergolong dalam kumpulan ini mempunyai minat terhadap orang lain atau
persekitaran mereka dari dirinya sendiri (Ewen, 1998). Persepsi dan perspektif
mereka terhadap sesuatu perkara itu terutamanya tentang hidup ini pada
kebiasaannya ialah positif. Bagi golongan ini, dunia ini merupakan “Taman
Permainan” mereka. Semasa berada di dalam kumpulan mereka, mereka suka
sangat bercakap, menilai diri mereka dan mendapat perhatian.

Berbanding dengan kumpulan ini terdapat satu kumpulan yang betul-


betul berbeza dari kumpulan Extrovert iaitu kumpulan yang di kenali sebagai
golongan Introvert. Golongan introvert ini kurang dari segala aspek yang di
miliki oleh kumpulan golongan Extrovert. Antara ciri personaliti yang di miliki
oleh golongan ini adalah seperti kurang bertenaga, suka bersendirian, dan
biasanya kurang berhubung dengan masyarakat sekeliling. Namun kurangnya
penglibatan mereka dalam masyarakat bukan bermakna mereka ini
“antisosial‟, sedih (depressed) atau berasa malu, tetapi mereka ini tidak perlu
banyak stimulasi dari persekitaran mereka berbanding dengan yang berada
dalam golongan extrovert dan lebih memilih untuk bersendirian.

d) (A) Agreeable – Berpendapat sama (senang mencapai persetujuan)

Faktor ini merupakan kualiti kegembiraan digambarkan dengan ciri-ciri seperti


baik hati, mudah mesra tidak kedekut dan boleh dipercayai (Colman, 2003).
Menurut Ma‟rof dan Haslinda (2004) faktor ini merupakan koleksi trait-trait
yang terdiri daripada perasaan belas kasihan sehingga kepada perasaan konflik
dengan orang lain. Seseorang yang tinggi dalam persetujuan merupakan
mereka yang seronok didekati, baik hati bersopan santun peramah bersimpati
dan bekerjasama. Manakala mereka yang rendah dalam persetujuan ini adalah

79
mereka yang suka mencari kesalahan orang lain, suka bertengkar dan
bermusuhan.
Seseorang individu mempunyai pendapat yang berbeza tentang sesuatu
perkara yang berkaitan dengan kerjasama dan keharmonian sosial di antara
masyarakatnya. Individu yang mempunyai nilai yang tinggi dalam ciri ini
menghargai perhubungan di antara orang ramai. Jadi lazimnya orang yang
mempunyai nilai yang tinggi dalam ciri ini berperikemanusiaan, peramah, suka
menolong, dermawan dan sanggup berkompromi dengan orang lain walaupun
dengan kepentingan mereka yang mungkin akan tergugat. Individu yang
senang berkompromi ini mempunyai pandangan yang optimistik terhadap
manusia. Mereka senang melihat kebaikan yang ada pada orang lain. Individu
yang senang berkompromi ini senang mendapat dan mengekalkan hubungan
dengan orang lain. Mereka dapat mengekalkan status populariti mereka dengan
baik.

Individu yang kurang mempunyai trait ini pula meletakkan kepentingan


diri sendiri daripada bergaul dengan orang ramai. Mereka tidak mengambil
peduli tentang masalah orang lain dan tidak kisah akan pandangan orang ramai
tentang diri mereka. Kadang- kala mereka berprasangka terhadap motif orang
lain dan ini membuatkan mereka bersifat wasangka, tidak bekerjasama dan
kurang peramah. Tetapi keburukan memiliki trait ini ialah antaranya orang ini
kurang sesuai untuk membuat kerja-kerja yang lasak atau yang
memerlukannya membuat keputusan yang berpendirian yang kukuh contoh
dalam bidang korporat. Individu yang sebaliknya pula boleh menjadi seorang
saintis, pegawai tentera, ahli korporat, pengkritik, ahli perniagaan atau tentera.

e) (N) Neuroticism – Bersifat neurotik (mempunyai emosi)

Merupakan satu keadaan psikologikal yang bersifat neurosis, bermula dari


neurotisisme yang ekstrem termasuk ciri-ciri seperti gelisah, tegang, sugul dan
mudah ghairah kepada satu ekstrem yang berlawanan iaitu emosi yang stabil

80
(Colman, 2003). Individu yang memiliki tahap ini yang tinggi cenderung
berada dalam ketidakstabilan emosi, mengalami kemurungan, resah dan
gelisah. Neurotisme membezakan manusia yang mempunyai kestabilan emosi,
tenang, baik hati dan relaks (Ma’rof dan Haslinda, 2004)

Trait ini merujuk kepada mereka yang kebiasaannya berpandangan


negatif. Mereka yang bertahap tinggi dalam trait ini pada mulanya merasa satu
sifat yang negatif yang spesifik contoh seperti kemarahan, kemuraman
(depression), ketakutan atau kebimbangan pada sesuatu isu, tapi kemungkinan
orang ini akan merasakan lebih dari salah satu emosi-emosi negatif ini pada
satu-satu masa yang tertentu atau pada masa yang sama juga. Mereka yang
berada di dalam golongan ini mempunyai emosi yang reaktif. Ini dikatakan
demikian kerana mereka bertindak dengan lebih beremosi terhadap sesuatu
perkara atau peristiwa yang pada pandangan atau respon orang lain adalah
biasa. Reaksi mereka terhadap perkara-perkara ini adalah lebih tertekan.
Mereka lebih tercenderung untuk memandang sesuatu situasi yang normal
sebagai mengancam nyawa dan kekecewaan yang kecil dalam hidup mereka
sebagai sesuatu yang sangat susah. Disebabkan emosi-emosi yang negatif ini
berpanjangan, pada kebiasaannya golongan ini tertekan sepanjang masa.
Disebabkan oleh faktor-faktor ini, golongan ini tidak dapat berfikir secara
logik.

Taksiran Prodromou (1995) membuktikan bahawa kualiti personaliti


guru mempunyai kelebihan di mana beliau menegaskan satu kebenaran
bahawa perbezaan dan percanggahan kualiti-kualiti trait ini boleh membentuk
pengajaran yang efektif. Ia dapat menggalakkan pelajar untuk tampil ke
hadapan secara tidak berkeseorangan , sejajar dengan sifat guru yang unggul.
Beliau turut mencadangkan guru yang pendiam dan peramah, lemah lembut
dan tegas, suka berjenaka dan sebaliknya, boleh mengawal perhatian kelas
serta dapat menjadikan pembelajaran kepada suatu yang menyeronokkan dan
efektif. Ujar beliau, “ A teacher’s relationship with individual students and

81
different classes will always be unique, and these are crucial to the success of
the teaching process.”
Tuntasnya, setiap diri seorang guru menjadi cerminan besar terhadap diri
setiap pelajar selepas ibu bapa. Pengtingnya seorang guru menyemai
personaliti-personaliti yang positif sehingga dapat meninggalkan kesan yang
mendalam kepada pelajar-pelajar. Personaliti keterbukaan (O), kepekaan (C),
kemesraan (E), kesepakatan (A) dan kestabilan emosi (N) adalah antara
personaliti yang penting wujud dalam setiap diri guru. Kecenderungan untuk
mempunyai lima jenis personaliti ini boleh mewujudkan pengajaran yang
penuh diisi dengan mawaddahw a rahmah, hubungan silaturrahim juga kian
erat dan rapat serta mudah untuk guru-guru menjadikan pengajaran dan
pembelajaran interaktif dan positif.

2.3.9 Cara-cara Membentuk Interaksi dalam Kelas

Dalam buku ‘Pedagogi : Satu Pengenalan’ karangan Ee Ah Meng (1993), ada


menggariskan sepuluh cara untuk membentuk interaksi dalam kelas:
(i) Praktikkan gaya kepimpinan demokratik. Gaya kepimpinan seorang
guru akan mempengaruhi corak interaksi di antara guru dengan pelajar
dan di antara pelajar dengan pelajar. Seorang guru yang autokratik dan
dominan akan menimbulkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang
dipenuhi ketegangan dan tekanan. Suasana emosi seperti ini
menyebabkan pelajar-pelajar menarik diri serta menjadi pasif. Mereka
jarang ingin menyertai pengajaran guru dengan giat.

(ii) Galakkan penglibatan pelajar dengan mengelolakan aktiviti. Sesuatu


pelajaran boleh dirancangkan supaya dapat menampung aktiviti-aktiviti
pelajar. Aktiviti-aktiviti di dalam kelas jelas akan mewujudkan interaksi
di antara pelajar dengan pelajar serta di antara guru dengan pelajar.

82
(iii) Gunakan kaedah kumpulan sekiranya keadaan mengizinkan. Kaedah
kumpulan membenarkan perbincangan di antara ahli-ahli kumpulan.
Dengan cara ini, interaksi di antara pelajar dengan pelajar serta guru
dengan pelajar diperkembangkan.

(iv) Banyakkan penggunaan teknik main peranan, lakonan dan sesi buzz.
Teknik-teknik tersebut jelas akan mewujudkan kesempatan untuk
membolehkan pelajar-pelajar mengambil bahagian yang aktif di dalam
pengajaran guru. Dengan itu, interaksi yang berkesan nyata akan berlaku.

(v) Adakan sesi soal jawab dalam pengajaran. Sesi soal jawab bukan sahaja
menolong pelajar untuk mengingat kembali apa yang telah dipelajari,
tetapi juga meletakkan pelajar-pelajar dalam keadaan yang sentiasa
memberi perhatian. Lebih penting lagi, sesi seperti ini dapat
menggalakkan interaksi lisan di antara guru dengan pelajar-pelajar.

(vi) Gunakan alat bantu mengajar. Alat bantu mengajar seperti pita rakaman,
slaid, carta warna-warni, kad-kad imbasan yang digunakan dengan
berkesan bukan sahaja mempercepatkan penanggapan konsep untuk
pelajar-pelajar, malahan untuk mencungkil minat dan naluri ingin tahu
pelajar-pelajar. Oleh itu, mereka lebih cenderung untuk bertanya dan
mengambil bahagian yang aktif. Interaksi di antara guru dengan pelajar-
pelajar memang akan terdorong.

(vii) Ikhtiarkan penyertaan pelajar. Strategi pengajaran seseorang guru


berbeza mengikut mata pelajaran dan situasi. Sekiranya seseorang guru
mempunyai kesedaran bahawa interaksi antara guru dengan pelajar dan
pelajar dengan pelajar adalah penting, maka dia akan sentiasa berusaha
untuk menggalakkan pelajar-pelajarnya untuk menyertai pengajarannya.

(viii) Adakan sesi kaunseling dengan pelajar bermasalah. Pelajar-pelajar yang


bersifat pendiam dan pemalu, yang tersingkir dan pengasing akan
menjejaskan interaksi di dalam kelas. Guru seharusnya berikhtiar

83
menolong pelajar-pelajar seperti ini dengan merujukkan mereka kepada
kaunselor sekolah supaya dapat dikurangkan atau diatasi masalah
mereka. Selepas beberapa sesi kaunseling, diharapkan mereka akan
pulang ke kelas untuk mengambil bahagian yang aktif dalam
perbincangan atau pengajaran guru. Dengan ini, interaksi di antara
pelajar-pelajar bermasalah dengan pelajar-pelajar lain serta dengan guru
mereka akan bertambah baik lagi.

(ix) Guru hendaklah memberi sokongan kepada pelajar yang


mengemukakan pendapat. Sekiranya pendapat itu kurang tepat, guru
tidak seharusnya menyindir pelajar itu. Sebaliknya, jawapan itu
hendaklah dibetulkan, sama ada oleh pelajar-pelajar lain atau guru itu
sendiri. Cara seperti ini akan menggalakkan pelajar mengemukakan
pandangan.

(x) Pelajar-pelajar hendaklah digalakkan memberi kepujian kepada rakan-


rakan mereka atau menjauhkan diri daripada menyindir atau ketawakan
rakan yang memberi jawapan yang kurang tepat. Suasana seperti ini
tidak menakutkan dan pelajar-pelajar tidak berasa terancam apabila
hendak mengemukakan suatu ide atau pandangan.

Melalui kaedah-kaedah yang dinyatakan di atas dapatlah disimpulkan


bahawa pendekatan humaisme, behaviorisme dan kognitivisme yang tepat
dapat membantu guru membuat improvisasi terhadap pedagogi interaktif dan
transaktif serta sebagai wahana untuk guru menelusuri dan menerapkan nilai-
nilai akhlak terhadap pembentukkan syakhsiyyah Islamiyyah dalam kalangan
pelajar-pelajar.

84
2.3.10 Rumusan

Berdasarkan hujah-hujah diutarakan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa


menunjukkan betapa besarnya dan pentingnya pengaruh pedagogi sehingga
melibatkan kaedah mewujudkan komunikasi efektif, suasana interaksi dan
transaksi, jenis-jenis kepimpinan yang perlu bersesuaian dan personaliti guru
yang bertepatan. Seseorang guru hendaklah menguasai pelbagai jenis
kompetensi pedagogi sebagai satu cerminan kepada pelajar-pelajar bahawa
segala isi pengajaran yang disampaikan adalah hasil daripada kesungguhan
guru dalam memahami dan menelaah isi pelajaran.

2.4 Kompetensi Komunikasi Pengucapan Umum dalam kalangan guru

2.4.1 Pengenalan

Menurut Raminah Hj Sabran & Rahim Syah (1985) dalam “Kajian dan Teknik
Mengajar Bahasa”, kompetensi pengucapan umum ialah satu kemahiran
bahasa yang terpenting dan yang paling asas. Seseorang itu mudah untuk
berhubung dengan orang lain sekiranya dia menguasai kompetensi ini. Dalam
kajian ini, penggunaan istilah ‘komunikasi’ adalah sinonim dengan istilah
‘pengucapan umum.’

Kamus al-Mu’jam al-Wasit (1980) memberi erti , ‫( ا ِل َطاب َة‬berkomunikasi)

iaitu seseorang yang berfikir sesuatu kemudian ia merancang dan menyusun


jalan untuk mencapai matlamat. Jaafar Muhammad (1998) berpendapat
komunikasi ialah satu proses yang melibatkan penghantaran matlamat
daripada individu yang terlibat sehinggalah kepada individu, kumpulan dan
sebagainya. Menurut Baskaran (2005), komunikasi adalah proses dua arah
antara dua pihak. Masing-masing pihak merupakan faktor yang sama dengan

85
yang lain dalam konteks komunikasi, di mana yang satu ialah pengirim pesan
dan yang lainnya penerima pesan yang terlibat dalam konteks. Sementara
Abdullah dan Ainon Mohd (1999) berpendapat bahawa berkomunikasi bukan
setakat bercakap. Tanpa bercakap pun kita boleh berkomunikasi. Sebagai
contoh, perbuatan diam adalah sejenis komunikasi. Pakaian yang kita pakai
pun ialah salah satu cara kita berkomunikasi.

2.4.2 Teori Komunikasi Dalam Islam

Ibrahim at-Taymi berpendapat bahawa ‘komunikasi’ ialah “seorang mukmin


ketika hendak berbicara, dia berfikir dahulu, jika bermanfaat diucapkan, jika
tidak bermanfaat tidak diucapkan. Sedangkan orang kafir (derhaka) lisannya
mengalir sahaja.” (Abdul Majid, 2013)

Manusia dilahirkan untuk berkomunikasi dan bagi seorang Muslim,


komunikasi yang dilakukan seharusnya tidak sama dengan orang lain yang
bukan Muslim. Ini kerana segala sesuatu yang berhubung dengan proses
komunikasi Islam, sama ada secara prinsip, kaedah, mesej, matlamat dan
media hendaklah berasaskan panduan wahyu dan sunnah Rasulullah ‫ﷺ‬.

Malahan, amalan komunikasi ini dikira ibadat dalam kehidupan umat Islam.
Berbeza dengan komunikasi konvensional pula hanya menitik beratkan
persoalan etika dalam penyiaran dan komunikasi sahaja. Hukuman kepada
pelanggaran etika bagi komunikasi konvensional berlaku di dunia sahaja,
sedangkan hukuman bagi pelanggaran terhadap etika komunikasi dalam Islam
berlaku hingga akhirat selagi ia tidak mendapat keampunan daripada Allah ‫ﷻ‬

(Nor Saleha Mohd Saleh, 2012).

86
Terdapat tiga unsur penting yang digambarkan oleh Aristotle dalam
Rhethorics yang dihubungkan dengan perlakuan komunikasi iaitu
komunikator, mesej dan penerima. Daripada perspektif Islam komunikator
memegang kedudukan paling penting dalam komunikasi Islam yang
menekankan beberapa ciri komunikator yang berkualiti seperti kebenaran,
kerendahan hati, kebaikan, keadilan, kejujuran, keikhlasan, niat, kebenaran
mesej yang disampaikan, pengesahan sumber mesej, dan penyiasatan untuk
mengesahkan kejujuran dan ketepatan komunikator (Mohd Yahya Mohamed
Ariffin, 2004).

Selain daripada Nabi Muhammad ‫ ﷺ‬sebagai seorang komunikator yang

hebat, Imam Syafi’e juga terkenal sebagai seorang yang mempunyai


kemahiran seperti ini. Kekuatan yang dimiliki oleh beliau mungkin telah
membantunya menjadi seorang komunikator yang hebat pada zamannya.
Menurut Saodah Wok Narimah Ismail dan Mohd Yusuf Hussain (2003), dalam
kajiannya “Teori-Teori Komunikasi”, kekuatan dan kehebatan Imam Syafi’e
membolehkan pengaruh Imam Syafi’e melalui mazhabnya telah menjadi
ikutan ramai umat Islam hingga kini termasuk di Negara Brunei Darussalam,
Malaysia dan negara-negara lain.

Sebagaimana yang dinyatakan sebelum ini, amalan komunikasi amat


sinonim dengan Islam dan terdapat tiga contoh komunikasi yang terdapat
dalam Al-Qur’an, iaitu (Ibid, 2003):
(i) Komunikasi Allah ‫ ﷻ‬dengan malaikat dan para rasul;

(ii) Komunikasi para rasul dengan manusia; dan


(iii) Komunikasi sesama manusia.

Ini menunjukkan bahawa komunikasi bagi seorang Muslim bukan


sekadar antara manusia dengan manusia yang lain tetapi melibat dua pihak lagi
yang lebih tinggi kedudukannya. Seseorang Muslim itu, akan
dipertanggungjawabkan kepada kuasa yang lebih besar iaitu Allah ‫ ﷻ‬dengan

87
bimbingan baginda Rasul ‫ﷺ‬. Seseorang Muslim berkomunikasi bukan sekadar

untuk menyampaikan maklumat tetapi membawa tanggungjawab sebagai


seorang “da’ie” atau penda’wah yang diwajibkan menyampaikan mesej
mengikut kadar keupayaan masing-masing. Tugas komunikasi adalah suatu
tugas yang penting malah diperlihatkan oleh Rasulullah ‫ ﷺ‬yang menggesa

setiap muslim menyampaikan mesej daripada baginda walaupun hanya satu


ayat.

Menurut Hamid Maulana (2003), dalam kajiannya “Foundation Of


Communication in Islamic Societies”, terdapat banyak dalil di dalam al-Quran
yang menceritakan tentang komunikasi atau “al-ittisal” yang bererti
“sampaikan”. Allah ‫ ﷻ‬telah berfirman:

‫ص ْلنَا ََّلُُم الْ َق ْو َل لَ َعلَّ ُه ْم يَتَ َذ َّك ُرو َن‬


َّ ‫َولََق ْد َو‬
)51 : ‫(سورة القصص‬

Maksudnya:

“Dan demi sesungguhnya Kami telah sampaikan firman-firman


Kami (Al-Quran) kepada mereka supaya mereka beroleh
peringatan (lalu beriman)”
(Surah al-Qasas ayat 51)

Komunikasi yang disampaikan haruslah berbentuk seruan yang berguna


iaitu menyeru kepada kebajikan dan kebaikan, sebagaimana cara yang
digunakan oleh junjungan kita Nabi Muhammad ‫ ﷺ‬ketika menyampaikan

da’wah kepada musyrikin Mekah. Firman Allah ‫ﷻ‬:

88
ِ
َ ِ‫اْلَِْي َو ََيُْم ُرو َن ًِبلْ َم ْع ُروف َويَْن َه ْو َن َع ِن الْ ُمن َك ِر ۚ َوأُوَٰلَئ‬
‫ك‬ ْ ‫َولْتَ ُكن ِمن ُك ْم أ َُّمةٌ يَ ْد ُعو َن إِ ََل‬
‫ُه ُم الْ ُم ْفلِ ُحو َن‬
)104 : ‫عمران‬-‫(سورة آل‬

Maksudnya:

“Hendaklah terdapat sebahagian daripada kamu umat yang


menyeru kepada kebajikan dan menyuruh kepada ma’ruf dan
mencegah kepada kemungkaran dan merekalah orang-orang yang
mendapat keuntungan”
(Surah ali-‘Imran ayat 104)

Dalil lain yang juga merujuk kepada komunikasi supaya berbuat ma’ruf
dan mencegah kemungkaran telah dirakamkan di dalam al-Quran:

ِ‫وف وتَنْ هو َن ع ِن الْمن َك ِر وتُؤِمنو َن ًِب ََّّلل‬


ِ ِ ‫ت لِلن‬ ٍ
ُ ْ َ ُ َ ْ َ َ ‫َّاس ََتْ ُم ُرو َن ًِبلْ َم ْع ُر‬ ْ ‫ُخ ِر َج‬
ْ ‫ُكنتُ ْم َخْي َر أ َُّمة أ‬
)110 : ‫عمران‬-‫(سورة آل‬

Maksudnya:

“Kamu semua adalah sebaik-baik umat yang diutuskan kepada


manusia dengan mengajak manusia supaya berbuat ma’ruf dan
mencegah kemungkaran, dan beriman kepada Allah”
(Surah ali-‘Imran ayat 110)

Berdasarkan daripada konsep dalil-dalil yang dikemukakan di atas


menunjukkan bahawa setiap komunikator yang telah mempelajari sesuatu atau
telah diilhamkan sesuatu berupa ilmu pengetahuan, maka terpikul
tanggungjawab di atas bahunya untuk menyebarkan ilmu terdsebut, berda’wah
dan terus mengajak masyarakat untuk mentauhidkan dan mengabdikan diri

89
mereka kepada Al-Khaliq. Persoalan masyarakat mendapat hidayah itu
hendaklah diserahkan sepenuhnya kepada Allah ‫ ﷻ‬kerana hanya Dialah yang
memberikan hidayah kepada seluruh makhlukNya.

2.4.3 Prinsip-Prinsip Komunikasi Menurut Al-Quran Dan As-Sunnah

Telah difahami bahawa amalan komunikasi merupakan sesuatu yang penting


dalam Islam. Banyak kali disebutkan di dalam al-Quran dan sering diamalkan
oleh baginda melalui Sunnahnya. Maka, sekiranya ditelusuri kedua-dua
sumber yang penting ini, akan terlahirnya tip-tip dan garis pandu komunikasi
yang berkesan.

Menurut Syaukani (2001) dalam Tafsir Fath al-Qadir, di dalam al-


Qur’an ada menyebut komunikasi sebagai salah satu fitrah manusia. Firman
Allah Ta’ala:

)4( ‫) َعلَّ َمهُ الْبَ يَا َن‬3( ‫نسا َن‬ ِ َّ َٰ ْ ‫الر‬


َ ‫) َخلَ ََ ْاإل‬2( ‫) َعل َم الْ ُق ْرآ َن‬1( ‫ْحَ ُن‬ َّ
)4-1 : ‫(سورة الرْحن‬

Maksudnya:

“(Tuhan) yang Maha pemurah, Yang telah mengajarkan Al-


Qur'an. Dia menciptakan manusia. Mengajarnya pandai
berbicara”
(Surah ar-Rahman ayat 1-4)

Al-Syaukani dalam “Tafsir Fath al-Qadir”, jilid 5 halaman 251,


mengertikan “Al-Bayan” sebagai kemampuan berkomunikasi. Untuk
mengetahui bagaimana orang-orang sepatutnya berkomunikasi secara benar

90
(qaulan sadidan), harus difahami kata kunci yang dipergunakan Al-Qur’an
untuk komunikasi. Selain “Al-Bayan”, kata kunci untuk komunikasi yang
banyak disebut dalam Al-Qur’an adalah “Al-Qaul” dalam konteks perintah
(‘amr). Maka dapatlah disimpulkan bahawa ada enam prinsip komunikasi
dalam Al-Qur’an, iaitu:

a) Qaulan Sadidan (Berkata Benar):

Berkata dengan perkataan yang mengandungi kebenaran dan kesahihan. Al-


Quran ada menyatakan bahawa berbicara dengan jujur dan benar,
menyampaikan pesanan yang benar adalah antara prasyarat untuk kebesaran,
kebaikan, kemaslahatan dan amal. Apabila ingin berjaya dan ingin
memperbaiki masyarakat, maka kita harus menyebarkan pesanan yang benar.
Apabila kita menyembunyikan kebenaran, maka masyarakat akan menjadi
terumbang ambing. Allah ‫ ﷻ‬berfirman:

ِ ً‫ولْيخش الَّ ِذين لَو تَرُكوا ِمن خلْ ِف ِهم ذُ ِريَّة‬


َّ ‫ض َعافًا َخافُوا َعلَْي ِه ْم فَلْيَ تَّ ُقوا‬
‫اَّللَ َولْيَ ُقولُوا‬ ْ َ ْ َ ْ َ َ ََْ
ً ‫قَ ْوًال َس ِد‬
‫يدا‬
)9 : ‫(سورة النساء‬

Maksudnya:

“Dan hendaklah takut (kepada Allah) orang-orang yang sekiranya


mereka meninggalkan keturunan yang lemah di belakang mereka
yang mereka khawatir terhadap (kesejahteraan)nya. Oleh sebab
itu, hendaklah mereka bertaqwa kepada Allah dan hendaklah
mereka berbicara dengan tutur kata yang benar.”
(Surah an-Nisa ayat 9)

91
Kemudian, Allah ‫ ﷻ‬menegaskan bahawa kepada sesiapapun kita hendak

berkomunikasi, hendaklah sentiasa berkata dengan benar dan jujur dan sentiasa
memenuhi janji Allah ‫( ﷻ‬balasan bagi orang yang berkata benar):

َّ ‫اَّللِ أ َْوفُوا ۚ ََٰذلِ ُك ْم َو‬


‫صا ُكم بِِه لَ َعلَّ ُك ْم تَ َذ َّك ُرو َن‬ َّ ‫اع ِدلُوا َولَ ْو َكا َن َذا قُ ْرَ َٰب ۖ َوبِ َع ْه ِد‬
ْ َ‫َوإِ َذا قُ ْلتُ ْم ف‬
)152 : ‫(سورة اْلنعام‬

Maksudnya:

“Apabila kamu berbicara, berbicaralah sejujurnya, sekalipun dia


kerabat (mu) dan penuhilah janji Allah. Demikianlah Dia
memerintahkan kepadamu agar kamu ingat.”
(Surah al-An’am ayat 152)

Juga, Allah ‫ ﷻ‬memberi peringatan kepada hamba-hambaNya agar

sentiasa bertaqwa kepadaNya dan salah satu caranya ialah dengan berkata
benar:

ً ‫اَّللَ َوقُولُوا قَ ْوًال َس ِد‬


‫يدا‬ َّ ‫آمنُوا اتَّ ُقوا‬ ِ َّ
َ ‫ين‬
َ ‫َاي أَي َها الذ‬
)70 : ‫(سورة اْلحزاب‬

Maksudnya:

“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada


Allah dan ucapkanlah perkataan yang benar.”
(Surah al-Ahzab ayat 70)

92
Kesimpulannya, seorang komunikator tidak boleh berdusta semasa
berbicara apatah lagi jika diselitkan dengan ghibah dan fitnah. Setiap perkara
yang hendak disampaikan hendaklah dengan penuh kejujuran meskipun
perkara yang hendak disampaikan itu pahit untuk ditelan pendengar.

b) Qaulan Balighan (Berkata dengan berkesan):

Menggunakan hikmah dan nasihat yang baik dan berdialog dengan cara yang
lebih baik serta sampai kepada matlamat yang diingini. Allah ‫ ﷻ‬berfirman:

‫ض َعْن ُه ْم َو ِعظْ ُه ْم َوقُل ََّّلُْم ِِف أَن ُف ِس ِه ْم قَ ْوًال‬ ِِ ِ َّ ِ‫أُوَٰلَئ‬


ْ ‫اَّللُ َما ِِف قُلُوّب ْم فَأ َْع ِر‬
َّ ‫ين يَ ْعلَ ُم‬
َ ‫ك الذ‬ َ
‫بَلِيغًا‬
)63 : ‫(سورة النساء‬

Maksudnya:

“Mereka itu adalah orang-orang yang Allah mengetahui apa yang


di dalam hati mereka. kerana itu berpalinglah kamu dari mereka,
dan berilah mereka pelajaran, dan katakanlah kepada mereka
dengan perkataan yang berbekas pada jiwa mereka”.
(Surah an-Nisa ayat 63)

Sementara di dalam surah an-Nahl ayat 125, Allah ‫ ﷻ‬ada menekankan 3

perkara utama semasa berucap; (1) dengan hikmah bijaksana; (2) memberi
pengajaran yang baik; dan (3) berdebat dengan cara yang baik:

93
ِ ِ ِ ِ ِ ِ ِ َ ِ‫ْادع إِ َ ََٰل سبِ ِيل رب‬
َ َّ‫َح َس ُن ۚ إِ َّن َرب‬
‫ك‬ ْ ‫ك ًِب ْْل ْك َمة َوالْ َم ْوعظَة ا ْْلَ َسنَة ۖ َو َجاد َّْلُم ًِبلَِِّت ه َي أ‬ َ َ ُ
ِ ِ ِِ ِ
‫ين‬
َ ‫ض َّل َعن َسبيله ۖ َوُه َو أ َْعلَ ُم ًبلْ ُم ْهتَد‬ َ ‫ُه َو أ َْعلَ ُم ِِبَن‬
)125 : ‫(سورة النحل‬

Maksudnya:

“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan


pengajaran yang baik, dan berdebatlah dengan mereka dengan
cara yang baik, Sesungguhnya tuhanmu, Dialah yang lebih
mengetahui sesiapa yang sesat dari jalan-Nya dan Dialah yang
lebih mengetahui siapa yang mendapat petunjuk.”
(Surah an-Nahl ayat 125)

Baginda Rasulullah ‫ ﷺ‬sangat menitikberatkan percakapan yang dapat

difahami oleh orang yang mendengar. Perkara ini amat penting untuk
memastikan tidak berlakunya salah faham yang boleh membawa kepada
perkara yang tidak betul, terutama sekiranya ia berkaitan dengan urusan agama
(Muhammad bin Ismail al-Bukhari, 1993). Pesan baginda ‫ﷺ‬:

ِ ِ ِ ِ
ُ ‫ أ َُُتبو َن أَ ْن يُ َكذ‬,‫عن علي َحدثُوا النَّاس ِبَا يَ ْع ِرفُون‬
‫ب هللاَ َوَر ُسولَه‬
)‫(رواه البخاري‬

Maksudnya:

“Berbicaralah kepada manusia dengan apa-apa yang mereka


fahami, apakah kau suka Allah dan Rasul-Nya didustakan?”
(Sahih Imam al-Bukhari, Kitab al-’Ilm, No. Hadith 272)

Tuntasnya, setiap komunikator perlu memastikan bahawa setiap perkara


yang disampaikannya mestilah mempunyai hikmah, ibrah dan manfaat

94
terhadap dirinya, pendengar serta orang ramai. Sebagaimana Rasulullah ‫ﷺ‬
sentiasa memberikan isi da’wah yang mantap, padat dan berhemah meskipun
terhadap musuh-musuh baginda ‫ ﷺ‬yang sentiasa berazam kuat untuk
membunuh baginda ‫ﷺ‬, maka para komunikator juga perlu melakukan seperti
yang sedemikian.

c) Qaulan Maisura (Berkata dengan jelas dan nyata):

Menyusun maklumat dengan jelas, mudah dan ringan. Allah ‫ ﷻ‬berfirman di

dalam surah al-Isra’ ayat 28 bahawa dalam mencari rahmat Allah ‫ ﷻ‬maka

usahlah hirau dengan apa yang manusia katakan yang negatif kepada kita:

ً ‫وها فَ ُقل ََّّلُْم قَ ْوًال َّمْي ُس‬


‫ورا‬ َ ِ‫ض َّن َعْن ُه ُم ابْتِغَاءَ َر ْْحٍَة ِمن َّرب‬
َ ‫ك تَ ْر ُج‬ َ ‫َوإَِّما تُ ْع ِر‬
)28 : ‫(سورة اإلسراء‬

Maksudnya:

“Dan jika kamu berpaling dari mereka untuk memperoleh rahmat


dari Tuhannya yang kamu harapkan, maka katakanlah kepada
ucapan yang mudah”.
(Surah al-Isra’ ayat 28)

Surah an-Nur ayat 54 pula menegaskan bahawa salah satu


tanggungjawab Rasulullah ‫ ﷺ‬ialah menyampaikan kebenaran dengan terang

dan nyata:

ِ ‫الرس‬
ُ ِ‫ول إَِّال الْبَ ََلغُ الْ ُمب‬
‫ي‬ ُ َّ ‫َوَما َعلَى‬
)54 : ‫(سورة النور‬

95
Maksudnya:

“…Dan diwajibkan kepada Rasul hanyalah menyampaikan


dengan terang dan nyata..”
(Surah an-Nur ayat 54)

Tuntasnnya, setiap maklumat yang hendak disampaikan mestilah


disusun berdasarkan kepentingannya, kemudian disampaikan dengan jelas dan
nyata tanpa ada rasa syak, waham dan zhan agar pendengar dapat mendengar
dengan jelas dan yakin terhadap komunikator. Perkara-perkara yang
disampaikan dengan samar-samar akan mengakibatkan pendengar tidak yakin
dan tidak mahu meneruskan untuk mendengar meskipun isi komunikasi
tersebut adalah benar.

d) Qaulan Layyinan (Berkata dengan lemah lembut):

Berbicara dengan perkataan yang lembut akan membuatkan pendengar berasa


tertarik dan memberi perhatian kepada apa yang ingin disampaikan. Firman
Allah ‫ﷻ‬:

‫فَ ُق َوال لَهُ قَ ْوًال لَّيِنًا لَّ َعلَّهُ يَتَ َذ َّك ُر أ َْو ََيْ َش َٰى‬
)44 : ‫(سورة طه‬

Maksudnya:

“Maka berbicaralah kamu berdua kepadanya dengan kata-kata


yang lemah lembut, mudah-mudahan dia sedar atau takut.”
(Surah Taha ayat 44)

96
Kesimpulan daripada ayat ini ialah di samping berkata jujur, berhikmah
dan jelas, bicara komunikasi juga perlu ada “added value” iaitu dengan lemah
lembut. Berbicara dengan lemah lembut, penuh adab dan tatasusila serta peka
dengan demografi pendengar adalah tonggak keberkesanan sesuatu
pengucapan umum yang perlu menjadi satu kompetensi terhadap para
komunikator.

e) Qaulan Ma’rufan (Berkata dengan baik) & Qaulan Kariiman


(Berkata dengan mulia):

Penggunaan perkataan yang baik (Ma’rufan) dan mulia (Kariiman) adalah


amat penting, terutama dalam menyampaikan sesuatu yang mulia. Firman
Allah ‫ﷻ‬:

َّ ‫الص ََلةَ َوآتُوا‬


َ‫الزَكوة‬ َّ ‫يموا‬ِ ِ ‫َوقُولُوا لِلن‬
ُ ‫َّاس ُح ْسنًا َوأَق‬
)83 : ‫(سورة البقرة‬

Maksudnya:

“Dan bertutur katalah yang baik kepada manusia, laksanakan


solat dan tunaikan zakat.”
(Surah al-Baqarah ayat 83)

Kemudian, Allah ‫ ﷻ‬berfirman dalam surah an-Nisa ayat 5 tentang

memberi perbelanjaan kepada mereka yang berada di bawah jagaan kita dan
berkata dengan mereka dengan perkataan yang baik:

97
ِ ُ‫اَّلل لَ ُكم قِياما وارزق‬
‫وه ْم َوقُولُوا‬ ُ ُ ْ َ ً َ ْ َُّ ‫َوَال تُ ْؤتُوا الس َف َهاءَ أ َْم َوالَ ُك ُم الَِِّت َج َع َل‬
ُ ‫وه ْم ف َيها َوا ْك ُس‬
‫ََّلُْم قَ ْوًال َّم ْع ُروفًا‬
)5 : ‫(سورة النساء‬

Maksudnya:

“Dan janganlah kamu serahkan kepada orang yang belum


sempurna akalnya, harta (mereka yang ada dalam kekuasaan)
kamu yang dijadikan Allah sebagai pokok kehidupan. Berilah
mereka belanja dan pakaian (dari hasil harta itu) dan ucapkanlah
kepada mereka perkataan yang baik.”
(Surah an-Nisa ayat 5)

Di samping itu, Allah ‫ ﷻ‬berfirman dalam surah al-Isra’ ayat 23 tentang

mengucapkan kalimah yang baik terhadap kedua-dua ibu bapa:

‫َح ُد َُهَا‬ ِ َ ‫اًن ۚ إَِّما ي ب لُغَ َّن ِع‬


َ ‫ند َك الْكبَ َر أ‬ َْ ً ‫ك أََّال تَ ْعبُ ُدوا إَِّال إِ َّايهُ َوًِبلْ َوالِ َديْ ِن إِ ْح َس‬َ ‫ض َٰى َرب‬
َ َ‫َوق‬
ٍ ‫أَو كِ ََل َُها فَ ََل تَ ُقل ََّّلما أ‬
‫ُف َوَال تَ ْن َه ْرَُهَا َوقُل ََّّلَُما قَ ْوًال َك ِرَيًا‬ َُ َ ْ
)23 : ‫(سورة اإلسراء‬

Maksudnya:

“Dan Tuhanmu telah memerintahkan agar kamu jangan


menyembah selain Dia dan hendaklah berbuat baik kepada ibu
bapa. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya
sampai berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali
janganlah engkau mengatakan kepada keduanya perkataan “ah”
dan jangan engkau membentak keduanya dan ucapkanlah kepada
keduanya perkataan yang baik.”
(Surah al-Isra’ ayat 23)

98
Manakala dalam surah al-Isra’ ayat 53 pula, Allah ‫ ﷻ‬mewajibkan hamba-

hambaNya untuk sentiasa berkata benar dan baik kerana sesungguhnya syaitan
suka terhadap perkataan yang kesat sehingga boleh menimbulkan perselisihan:

‫َح َس ُن ۚ إِ َّن الشَّْيطَا َن يَ َنزغُ بَْي نَ ُه ْم ۚ إِ َّن الشَّْيطَا َن َكا َن‬ ِ ِ ِِ


ْ ‫َوقُل لعبَادي يَ ُقولُوا الَِِّت ه َي أ‬
ِ ‫لِ ِْْلنس‬
‫ان َع ُد ًّوا مبِينًا‬ َ
)53 : ‫(سورة اإلسراء‬

Maksudnya:

“Dan katakanlah kepada hamba-hambaKu, “Hendaklah mereka


mengucapkan perkataan yang lebih baik (benar). Sungguh,
syaitan itu selalu menimbulkan perselisihan di antara mereka.
Sungguh syaitan adalah musuh yang nyata bagi manusia.”
(Surah al-Isra’ ayat 53)

Ringkasnya, berkata dengan baik dan mulia merupakan perkara yang


perlu ditegaskan dalam setiap diri komunikator. Dalam menjadikan sesebuah
mesej komunikasi itu padat dan tepat, perkara yang menjadi pandangan utama
pendengar ialah cara penyampaian yang jelas, lemah lembu, baik dan
meyakinkan. Semua ini bukan hanya tergantung kepada kalimah komunikasi
tersebut, malahan keterampilannya sebagai seorang komunikator yang
berwibawa juga penting untuk dijaga.

99
2.4.4 Faedah Pengucapan Umum

Pengucapan umum adalah salah satu kemahiran mikro yang penting bagi
komunikasi berkesan baik dalam apa bahasa sekalipun (Boonkit, 2010).
Keadaan menjadi bertambah perlu apabila pengucap ingin menyampaikan
sesuatu mesej dalam bahasa yang bukan bahasa ibundanya seperti
menyampaikan ucapan dalam bahasa Inggeris bagi orang Melayu. Ditambah
pula, pada waktu tertentu, kadangkala pengucap perlu bercakap dan
berinteraksi antara satu sama lain untuk menyampaikan suatu maklumat untuk
dikongsi bersama.

Pengucapan umum sangat penting bagi perkongsian maklumat untuk


membantu individu atau anggota komuniti yang lain bersiap sedia menghadapi
sebarang situasi, di samping menyatakan sesuatu maksud yang dihasratkan
dapat difahami oleh individu lain. Respon dan tindakan untuk memahami
orang lain dapat dilihat menerusi reaksi positif atau negatif yang dipamerkan
terhadap sesuatu isu atau perkara yang diperkatakan.

Walaubagaimanapun, berucap di khalayak ramai boleh menjadikan


seseorang mengalami sindrom fobia sosial (Blöte et. al., 2009). Menurut
pendapat American Psychiatric Association (1987), fobia sosial dalam konteks
yang lebih luas adalah sesuatu keadaan yang dialami oleh seseorang yang
menunjukkan dengan tanda-tanda takut dalam pelbagai keadaan interaksi.
Keadaan ini berlaku apabila seseorang berasa takut, ragu-ragu, ucapannya
dinilaikan secara negatif dan dimalukan bila berucap di khalayak ramai. Oleh
itu, perasaan ini perlu diatasi dan diperbaiki dengan pelbagai cara bagi
membolehkan seseorang menjadi pengucap yang baik dan meninggalkan
impak yang tinggi kepada audiensnya.

Semasa menyampaikan sesuatu ucapan, seorang pengucap adalah dalam


keadaan berhadapan dan bersemuka dengan audiens. Segala tindak tanduk,

100
personaliti serta tatacara berucap menjadi titik fokus atau “focal point” kepada
audiens. Terdapat lima perkara utama yang sering menjadi tumpuan audiens
terhadap seseorang pengucap: (1) Personaliti penyampainya; (2) Mesej yang
disampaikan; (3) Kepekaan pengucap terhadap diri audiens; (4) Implikasi atau
kesan daripada mesej; dan (5) Strategi komunikasi yang digunakan. Dengan
adanya kemahiran aspek-aspek pengucapan umum ini apabila berucap di
khalayak ramai sudah pasti akan memberikan impak atau kesan yang sangat
ketara kepada audiens sehinggakan objektif berucap tercapai.

Ringkasnya, pengucapan umum ini sangat berfaedah dalam


menyampaikan satu-satu mesej, Faktor-faktor penghalang keberkesanan
penyampaian mesej komunikasi adalah fitrah yang sering terjadi terhadap diri
komunikator apabila pertama kali berhadapan dengan audiens. Namun,
pengucapan umum mampu membantu mengatasi masalah-masalah fobia
pengucapan umum berdasarkan penggunaan beberapa teori dan praktikal yang
konsisten dan persisten.

2.4.5 Faedah Pengucapan Umum Dalam Kacamata Islam

Dari perspektif Islam, setiap Muslim berperanan menerajui da’wah kepada


lapisan masyarakat, baik keluarga, sahabat-sahabat mahupun orang awam
samada beragama Islam atau tidak. Seorang da’ie yang menggalas amanah
sebagai pengucap perlulah menyampaikan da’wahnya dengan penuh ihsan dan
kebijaksanaan. Allah ‫ ﷻ‬berfirman:

ِ ِ ِ ْ ‫ك ًِب ْْلِ ْكم ِة والْمو ِعظَِة‬


َ َّ‫َح َس ُن ۚ إِ َّن َرب‬
‫ك‬ ْ ‫اْلَ َسنَة ۖ َو َجاد َّْلُم ًِبلَِِّت ه َي أ‬ َْ َ َ َ ِ‫ْادعُ إِ َ ََٰل َسبِ ِيل َرب‬
ِ ِ ِِ ِ
‫ين‬ َ ‫ُه َو أ َْعلَ ُم ِِبَن‬
َ ‫ض َّل َعن َسبيله ۖ َوُه َو أ َْعلَ ُم ًبلْ ُم ْهتَد‬
)125 : ‫(سورة النحل‬

101
Maksudnya:

“Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat


kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahaslah
dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih
baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan
orang yang sesat dari jalanNya, dan Dialah jua yang lebih
mengetahui orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.”
(Surah an-Nahl ayat 125)

Berikut adalah antara perkara yang menjadikan pengucapan umum


sebagai satu perbuatan yang berfaedah dalam lensa Islam:

a) Hikmah:

Apabila kita menyebut hikmah dalam da’wah, sudah tentu ia merujuk kepada
pelbagai sudut. Di antaranya ialah berkaitan dengan diri penda’wah itu sendiri
(aspek personaliti), mesej da’wahnya (aspek mesej), sasaran da’wahnya (aspek
audiens), gaya persembahannya (aspek strategi) dan ekeftiviti da’wahnya
(aspek kesan). Penda’wah yang ideal adalah mereka yang mempunyai
syakhsiyyah, personaliti dan penampilan yang menarik, yang dapat diterima
dengan mudah oleh khalayak umat. Justeru itu, apabila penda’wah disaluti oleh
akhlak yang mulia, penyampaiannya akan mudah diterima. Selain itu, uslub
da’wah yang dibawanya sarat dengan sifat-sifat mahmudah seperti berlaku
benar, sabar, kasih sayang, tawadhu’, dan pergaulan yang baik akan
memberikan kesan kepada mad’u (Abd. Karim Zaydan, 1981).

Penguasaan ilmu, lebih-lebih lagi ilmu-ilmu Islam, adalah


penting kepada seorang da’ie untuk memilikinya. Penguasaan ilmu yang luas,

102
akan memberi kekuatan padanya untuk menyampaikan mesej da’wah. Ilmu
yang dimiliki pula hendaklah diamalkan, sepertimana firman Allah ‫ﷻ‬:

‫اَّللِ أَن تَ ُقولُوا َما َال‬ ِ ِ َّ


َّ ‫ند‬َ ‫) َكبُ َر َم ْقتًا ِع‬2( ‫آمنُوا َلَ تَ ُقولُو َن َما َال تَ ْف َعلُو َن‬
َ ‫ين‬
َ ‫َاي أَي َها الذ‬
)3( ‫تَ ْف َعلُو َن‬
)3 – 2 : ‫(سورة الصف‬

Maksudnya:

“Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa engkau tidak


melakukan apa yang kamu perkatakan. Sungguh besar kemurkaan
Allah bagi orang yang berkata tetapi mereka tidak
melakukannya.”
(Surah as-Saff ayat 2 hingga 3)

Sementara itu, penyampaian ilmunya pula hendaklah diiringi dengan


keikhlasan, kerana ikhlas adalah kayu pengukur Allah Ta’ala, samada
dihisabNya sebagai pahala atau sebaliknya (Abdullah Muhamad Zin, Che
Yusoff Che Mamat & Ideris Endot, 1997)

Diri penda’wah yang berhikmah juga berkait rapat dengan teladan atau
dalam istilah ilmu da’wahnya “Bil-hal”. Teladan akan memberikan nilai
tambah kepada khalayak umum menerima da’wah yang dibawa. Ini kerana,
ianya bersifat praktikal dan berkesan bagi dicontohi dan diikuti oleh khalayak
secara istiqamah dan konsisten.

Hikmah dari sudut mesej pula didasari dengan penyampaian mesej yang
mudah difahami, sesuai dengan mentaliti dan tahap pemikiran khalayak umat,
laras bahasa dan pemilihan kata-kata yang baik sehingga menarik mad’u untuk
mendengarnya. Da’ie yang berjaya menyampaikan mesej da’wahnya berkait

103
rapat dengan hujah yang diyakini oleh mad’u. Justeru itu, seseorang da’ie perlu
menyandarkan dalil naqli dan aqli ketika berhujah menyampaikan mesej
da’wah.

Penda’wah juga perlu memfokus kepada sasaran da’wahnya. Kerana


sasaran selalunya datang dari pelbagai latar belakang manusia, ada yang
cerdik, jahil, kaya, miskin dan sebagainya. Oleh itu, seseorang da’ie perlu
menyesuaikan penyampaiannya mengikut sasaran da’wahnya. Sesuatu yang
paling ideal untuk tarikan mad’u adalah gaya penyampaian yang mudah ketika
menyampaikan mesej da’wah (Fath al-Yakan, 1987).

b) Nasihat yang baik:

Penda’wah perlu menyampaikan uslub da’wahnya secara nasihat dan pujukan.


Pelbagai cara dan teknik boleh dipraktikkan bagi tujuan itu, seperti bentuk
penceritaan, nasihat melalui perbincangan, nasihat dengan perbandingan
samada melalui penulisan dan segala macam teknik yang berkaitan.

Sebaik-baiknya, seorang penda’wah ketika memberi nasihat hendaklah


menjadikan dirinya seperti seorang doktor atau tabib, yang tahu memberi ubat
yang sesuai kepada penyakit yang dihidapi oleh pesakitnya. Nasihat yang baik
ialah nasihat yang sesuai dengan masalah yang dihadapi oleh khalayak (Ibid,
1987).

Memetik intisari daripada surah Luqman ayat 13 hingga 19 tentang 10


nasihat Luqman terhadap anak-anaknya, boleh dijadikan sebagai pedoman,
cerminan, teladan dan pegangan hidup:

104
(i) Nasihat agar tidak syirik terhadap Allah:

ِ ‫ال لُْقما ُن ِالبنِ ِه وهو يعِظُه اي ب َن َال تُ ْش ِرْك ًِب ََّّللِ إِ َّن‬
‫الش ْرَك لَظُلْ ٌم َع ِظ ٌيم‬ ََّ ُ َ ُ َ َ ُ َ ْ َ َ َ‫َوإِ ْذ ق‬
)13 : ‫(سورة لقمان‬

Maksudnya:

“Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, di


waktu ia memberi pelajaran kepadanya: "Hai anakku,
janganlah kamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya
mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman
yang besar".
(Surah Luqman ayat 13)

(ii) Nasihat agar memegang teguh ketauhidan terhadap Allah:

ِ ‫السماو‬ ٍ َ ‫ال َحبَّ ٍة ِم ْن َخرَد ٍل فَتَ ُكن ِِف‬ َ ‫ك ِمثْ َق‬


‫ات‬َ َ َّ ‫ص ْخَرة أ َْو ِِف‬ ْ ُ َ‫َن إِنَّ َها إِن ت‬
ََّ ُ‫َاي ب‬
ٌ‫يف َخبِي‬ ٌ ‫اَّللَ لَ ِط‬ َّ ‫ت ِّبَا‬
َّ ‫اَّللُ إِ َّن‬ ِ ْ‫ض َي‬
َ ِ ‫أ َْو ِِف ْاْل َْر‬
)16 : ‫(سورة لقمان‬

Maksudnya:

“(Luqman berkata): "Hai anakku, sesungguhnya jika ada


(sesuatu perbuatan) seberat biji sawi, dan berada dalam
batu atau di langit atau di dalam bumi, niscaya Allah akan
mendatangkannya (membalasinya). Sesungguhnya Allah
Maha Halus lagi Maha Mengetahui.”
(Surah Luqman ayat 16)

105
(iii) Nasihat agar mendirikan solat, memiliki keberanian memerintah kepada
kebaikan, memiliki keberanian mencegah kepada kemungkaran dan
bersabar terhadap musibah yang menimpa:

ِ َّ ‫َن أَقِ ِم‬


‫ك إِ َّن‬ َ ‫اصِ ِْب َعلَى َما أ‬
َ َ‫َصاب‬ ْ ‫الص ََل َة َوأْ ُم ْر ًِبلْ َم ْع ُروف َوانْهَ َع ِن الْ ُمن َك ِر َو‬ ََّ ُ‫َاي ب‬
‫ك ِم ْن َع ْزِم ْاْل ُُموِر‬ ِ
َ ‫ذَل‬
)17 : ‫(سورة لقمان‬

Maksudnya:

“Hai anakku, dirikanlah shalat dan suruhlah (manusia)


mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) dari
perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa
yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu
termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah).”
(Surah Luqman ayat 17)

(iv) Nasihat agar tidak bersikap sombong terhadap orang lain dan tidak
angkuh dalam menjalani hidup:

‫اَّللَ َال ُُِيب ُك َّل ْخُْتَ ٍال‬


َّ ‫ض َمَرحاً إِ َّن‬
ِ ‫ش ِِف ْاْل َْر‬ ِ ‫َّك لِلن‬
ِ َْ‫َّاس َوَال َت‬ َ ‫صعِْر َخد‬
َ ُ‫َوَال ت‬
‫فَ ُخوٍر‬
)18 : ‫(سورة لقمان‬

106
Maksudnya:

“Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia


(karena sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka
bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai
orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri.”
(Surah Luqman ayat 18)

(v) Nasihat agar menyederhanakan cara berjalan dan melunakkan suara:

‫اْلَ ِم ِي‬
ْ ‫ت‬ ِ ‫ص ْد ِِف م ْشيِك وا ْغضض ِمن صوتِك إِ َّن أَن َكر ْاْل‬
ِ ْ‫واق‬
ُ ‫ص ْو‬
َ َ‫َص َوات ل‬
ْ َ َ َْ ْ ُ َ َ َ َ
)19 : ‫(سورة لقمان‬

Maksudnya:

“Dan sederhanalah kamu dalam berjalan dan lunakkanlah


suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara
keledai.”
(Surah Luqman ayat 19)

c) Dialog dengan cara terbaik:

Memandangkan manusia mempunyai latar belakang yang berbeza, maka


terdapat kekadang khalayak yang membantah, kurang berminat dan
sebagainya. Justeru itu, penda’wah perlulah menggunakan uslub berdialog,
bagi mengatasi segala masalah penerimaan mesej oleh para da’ie (Hj.
Zaharuddin bin Haji Baharuddin, 2007).

107
Ibnu Jarir mengatakan, “Iaitu apa yang telah diturunkan kepada
baginda berupa al-Quran dan as-Sunnah, serta pelajaran yang baik, yang di
dalamnya berwujud larangan dan pelbagai peristiwa yang disebutkan agar
mereka waspada terhadap seksa Allah ‫ﷻ‬.”

Menurut Tafsir Ibnu Kathir, sesiapa yang memerlukan berdialog dan


bertukar fikiran, maka hendaklah dilakukan dengan cara yang baik, lemah
lembut, serta tutur kata yang baik. Hal ini serupa dengan firman Allah ‫ﷻ‬:

‫ين ظَلَ ُموا ِمْن ُه ْم‬ ِ َّ ِ ِ ِ َ‫وَال ُُتَ ِادلُوا أ َْهل الْ ِكت‬
ْ ‫اب إَِّال ًِبلَِِّت ه َي أ‬
َ ‫َح َس ُن إَّال الذ‬ َ َ
)46 : ‫(سورة العنكبوت‬

Maksudnya:

Dan janganlah kamu berdebat dengan Ahli Kitab, melainkan


dengan cara yang paling baik, kecuali dengan orang-orang zalim
di antara mereka”
(Surah al-Ankabut ayat 46)

Dengan demikian, Allah ‫ ﷻ‬memerintahkan untuk berlemah lembut,

sebagaimana Allah ‫ ﷻ‬perintahkan kepada Nabi Musa dan Nabi Harun

‘Alaihimassalam ketika Allah ‫ ﷻ‬mengutuskan keduanya kepada Fir’aun,

melalui firmanNya:

‫فَ ُق َوال لَهُ قَ ْوًال لَّيِنًا لَّ َعلَّهُ يَتَ َذ َّك ُر أ َْو ََيْ َش َٰى‬
)44 : ‫(سورة طه‬

108
Maksudnya:

“Maka berbicaralah kamu berdua dengan kata-kata yang lemah


lembut. Mudah-mudahan dia ingat atau takut”
(Surah Taha ayat 44)

Seterusnya, firman Allah ‫ ﷻ‬di dalam surah Ali-‘Imran ayat 159,

ِ َ ‫نت فَظًّا َغلِي‬ ِ َِّ ‫فَبِما ر ْْح ٍة ِمن‬


ۖ‫ك‬ َ ‫ب َالن َفضوا ِم ْن َح ْول‬ ِ ْ‫ٍّظ الْ َقل‬ َ ‫نت ََّلُْم ۖ َولَْو ُك‬َ ‫اَّلل ل‬ َ ََ َ
َّ ‫اَّللِ ۚ إِ َّن‬
َ‫اَّلل‬ َّ ‫ت فَتَ َوَّك ْل َعلَى‬ ِ ‫فَاعف عْن هم و‬
َ ‫استَ ْغف ْر ََّلُْم َو َشا ِوْرُه ْم ِِف ْاْل َْم ِر ۖ فَِإذَا َعَزْم‬
ْ َ ُْ َ ُ ْ
‫ي‬ ِِ ِ
َ ‫ُُيب الْ ُمتَ َوكل‬
)159 : ‫عمران‬-‫(سورة آل‬

Maksudnya:

“Maka sebab dengan rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah


(kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah
lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan
kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka
lari dari kelilingmu. Oleh itu, maafkanlah mereka (mengenai
kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah
ampun bagi mereka, dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam
urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan itu).”
(Surah ali-‘Imran ayat 159)

Al-Hassan al-Bashri berkata, “Yang demikian itu merupakan akhlak


Nabi Muhammad ‫ ﷺ‬yang dengannya Allah ‫ ﷻ‬mengutusnya.” Ayat ini juga

serupa dengan firmanNya:

109
ِِ ِ ِ ِ ِ ٌ ‫لََق ْد جاء ُكم رس‬
‫وف‬ َ ‫يص َعلَْي ُكم ًِبلْ ُم ْؤمن‬
ٌ ُ‫ي َرء‬ ٌ ‫ول م ْن أَن ُفس ُك ْم َع ِز ٌيز َعلَْيه َما َعنت ْم َح ِر‬ َُ ْ َ َ
‫َّرِح ٌيم‬
)128 : ‫(سورة التوبة‬

Maksudnya:

“Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang Rasul dari


kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat
menginginkan (keinginan dan keselamatan) bagimu, amat belas
kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang yang beriman”
(Surah at-Taubah ayat 128)

Menurut Tafsir Ibnu Kathir, pada kalimah ‫غَ ِليظَ الْقَلْ ِب‬ (Berhati kasar),

berpendapat bahawa “Jika kamu mengeluarkan kata-kata buruk dan berhati


kasar kepada mereka, nescaya mereka akan menjauh dan meninggalkanmu,
tetapi Allah ‫ ﷻ‬menyatukan mereka semua kepadamu. Dan Allah menjadikan

sikapmu lembut kepada mereka dimaksudkan untuk menarik hati mereka.”

‘Abdullah bin ‘Amr berkata, “Aku melihat sifat Rasulullah ‫ ﷺ‬dalam

kitab-kitab terdahulu seperti itu, di mana beliau tidak bertutur kata kasar dan
tidak juga berhati keras, tidak suka berteriak-teriak di pasar, tidak pernah
membalas kejahatan dengan kejahatan, tetapi beliau itu senantiasa
memberikan maaf.”

Aktiviti pengucapan umum adalah aktiviti yang dianggap mulia dalam


Islam. Malah, Allah ‫ ﷻ‬sendiri menyatakan bahawa mereka yang mempunyai

kompetensi pengucapan umum hendaklah digunakannya untuk menyeru


manusia untuk mentauhidkan Allah, mematuhi perintahNya dan pengucap
juga hendaklah melakukannya. Sekiranya penyampai tersebut tidak melakukan

110
apa yang diperkatakannya, maka akan menimbulkan kemurkaan Allah.
Sebagaimana Allah ‫ ﷻ‬berfirman:

‫اَّللِ أَن تَ ُقولُوا َما َال‬ ِ ِ َّ


َّ ‫ند‬َ ‫) َكبُ َر َم ْقتًا ِع‬2( ‫آمنُوا َلَ تَ ُقولُو َن َما َال تَ ْف َعلُو َن‬
َ ‫ين‬
َ ‫َاي أَي َها الذ‬
)3( ‫تَ ْف َعلُو َن‬
)3 – 2 : ‫(سورة الصف‬
Maksudnya:

“Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu


memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! (2) Amat
besar kebenciannya di sisi Allah – kamu memperkatakan sesuatu
yang kamu tidak melakukannya (3)”
(Surah as-Saff ayat 2 hingga 3)

Pada aspek lain, pengucapan umum merupakan arahan daripada Allah ‫ﷻ‬

supaya memberi peringatan dan amaran kepada umat manusia. Arahan ini
sangat jelas di mana Rasulullah ‫ ﷺ‬menuntut supaya melakukan pencegahan

terhadap kemungkaran yang dilihat oleh setiap muslim dengan menggunakan


lidahnya. Baginda sendiri mengklasifikasikan peranan lisan di tempat kedua
selepas tangan menerusi sabda baginda ‫ﷺ‬:

‫ت َر ُس ْو َل هللاِ صلى هللا عليه وسلم‬ ِ َ َ‫عن أَِِب سعِيد ا ْْل ْد ِري ر ِضي هللا عْنه ق‬
ُ ‫ ََس ْع‬: ‫ال‬ َُُ َ َ ُ َْ َْ
‫ فَِإ ْن ََلْ يَ ْستَ ِط ْع‬،‫ فَِإ ْن ََلْ يَ ْستَ ِط ْع فَبِلِ َسانِِه‬،ِ‫ َم ْن َرأَى ِمْن ُك ْم ُمْن َكراً فَلْيُغَِ ْيهُ بِيَ ِده‬: ‫يَ ُق ْو ُل‬
ِ
ِ َ‫َضعف اْ ِإلَْي‬
‫ان‬ ُ َْ ‫ك أ‬ َ ‫فَبِ َقلْبِ ِه َوذَل‬
)‫(رواه أبو داود‬

111
Maksudnya:

Dari Abi Sa’id al-Khudzri radhiallhu ‘anh ia berkata, “Aku telah


mendengar Rasulullah ‫ ﷺ‬bersabda: Apabila kamu melihat
sesuatu kemunkaran, maka cegahlah ia dengan tanganmu. Jika
kamu tidak mampu, maka cegahlah ia dengan lidahmu. Jika kamu
tidak mampu, maka cegahlah ia dengan hatimu dan hati adalah
selemah-lemah iman”
(Hadith Riwayat Imam Abu Daud, nombor 3777)

Daripada firman di atas pengertian yang diberikan adalah berkaitan


dengan profesionalisme perguruan ugama dalam menyampaikan da’wah
menerusi perguruan Islam yang diterapkan di sekolah-sekolah menengah dan
ugama. Ia juga adalah sebagai menyahut seruan titah Kebawah Duli Yang
Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin
Waddaulah, Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang
berhasrat menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai sebuah ‘Negara
Zikir’.

2.4.6 Model Pengucapan Umum

Berdasarkan daripada rajah 1.1 Teori Model Kajian oleh Shannon & Weaver
(1949) yang dinyatakan di dalam Bab 1 Pengenalan, terdapat dua bentuk model
pengucapan umum;

112
a) Pengucapan Umum berasaskan Interaksi:

Dalam bahagian ini mempunyai dua lagi pecahan:

(i) Model Sehala (Linear Model):

Claude Shannon dan Warren Weaver (1949) di dalam kajian mereka


“The Mathematical theory of communication”, telah menyatakan
bahawa di dalam interaksi sehala ini mempunyai tiga komponen primer;
sumber, saluran dan penerima. Teori ini bersumberkan daripada ilham
penggunaan radio dan telefon. Sumbernya ialah pengucap, salurannya
ialah komunikasi verbal dan bukan verbal pengucap, dan penerimanya
ialah audiens yang mendengarkan ucapan pengucap. Jika di dalam
bertelefon, terdapat banyak sekali gangguan (bising) yang boleh
mengganggu fokus pendengar. Mengelak gangguan (bising) atau
menyesuaikan diri dengan gangguan ini adalah cabaran penting kepada
pengucap.

(ii) Model 2 & Pelbagai Hala (Interactional Model):

Wilbur Schramm (1954) dalam kajiannya “The process and effects of


communication” telah menambah tiga komponen lagi daripada model
Shannon dan Weaver:

113
o Mengekod (Mencipta mesej):

Mengekod ialah apabila sumber (pengucap) “mencipta mesej,


menyesuaikannya dengan penerima dan memindahkannya kepada
saluran yang terpilih.” Menurut Wrench & Richmond (2008)
dalam kajian mereka “Human communication in everyday life:
Explanations and applications” mengatakan bahawa jika
pengucap sedang mempersiapkan ucapannya atau berdiri dan
bercakap di hadapan khalayak rakan-rakan kelas, maka si
pengucap telah terlibat dalam proses mengekod.

o Menyahkod (Interpretasi Mesej):

Proses teras komunikasi seterusnya ialah proses Menyahkod


(Interpretasi Mesej), atau “merasai mesej sumber melalui
pancaindera (seperti mendengar atau melihat), menginterpretasi
mesej sumber, menilai mesej sumber dan memberi respon kepada
mesej sumber”. Menurut Wrench & Richmond (2008) dalam
kajian mereka “Human communication in everyday life:
Explanations and applications”, menyahkod (decoding)
merupakan komponen terpenting dalam pengucapan umum. Ini
terjadi apabila kita sebagai audiens, kita akan mendengar setiap
perkataan yang dilontarkan, memberi tumpuan kepada tingkahlaku
pengucap dan mencari tahu alat sokong pengucapan umum yang
digunakan oleh pengucap. Kemudian, kita menginterpretasikan
apa yang dikatakan oleh pengucap.

114
o Menyahkod (Merespon Mesej):

Proses menyahkod (Merespon Mesej) ialah “memberi respon


kepada mesej sumber” yang berlaku apabila penerima (audiens)
mengekodkan mesej tadi untuk dihantar semula kepada sumber
(pengucap). Tatkala ini berlaku, ini dinamakan sebagai proses
maklum balas. Menurut Schramm lagi, ada tiga jenis maklum
balas; secara langsung, separa langsung dan tidak langsung.
Maklum balas secara langsung berlaku apabila penerima (audiens)
terus memberi respon kepada sumber (pengucap).

Sebagai contoh, guru membenarkan pelajar-pelajar untuk


terus bertanya semasa guru masih mengajar. Manakala, maklum
balas secara separa langsung memfokuskan kepada mesej bukan
verbal yang wujud ketika sumber (pengucap) masih berucap,
seperti audiens mengukir senyuman dan menganggukkan kepala
bagi menunjukkan setuju dengan pengucap. Terakhir ialah
maklum balas secara tidak langsung yang lazimnya berlaku jurang
yang panjang antara proses penyampaian mesej dengan proses
memberi maklum balas. Contohnya, guru hanya membenarkan
pelajar-pelajar untuk bertanya soalan di akhir waktu pengajaran.
Salah satu cabaran yang selalu dihadapi oleh pengucap ialah
bagaimana hendak menjawab atau memberi respon secara
berkesan terhadap maklum balas audiens, khususnya pada maklum
balas berbentuk secara langsung dan separa langsung.

b) Pengucapan Umum berasaskan Transaksi:

Model ini dipelopori oleh Dean Barnlund (2008) dalam kajiannya “A


transactional model of communication”. Beliau mengetengahkan bahawa

115
seseorang individu itu mestilah menyampaikan dan menerima mesej pada
masa yang sama. Jika ditinjau di dalam model berasaskan interaksi, model ini
memerlukan individu-individu yang terlibat dalam memainkan peranan
samada sebagai sumber atau penerima. Manakala bagi maksud mesej yang
disampaikan daripada sumber kepada penerima, model ini mengandaikan
bahawa maksud mesej tersebut diusahakan secara bersama-sama oleh interaksi
antara sumber dengan penerima.

Ide pengusahaan maksud mesej ini adalah berdasarkan konsep “field of


experience” atau “bidang pengalaman.” Menurut West dan Turner (2010)
dalam kajian mereka “Introducing communication theory: Analysis and
application” bidang pengalaman melibatkan “bagaimana kebudayaan
seseorang, pengalaman dan keturunan boleh mempengaruhi keupayaannya
untuk berkomunikasi dengan yang lain.” Pendidikan kita, bangsa, jantina,
etnik, agama, personaliti, kepercayaan, tindakan, tingkahlaku, bahasa, status
sosial dan pengalaman lepas semuanya termaktub di dalam “field of
experiences” tadi. Untuk memastikan mesej tersebut sampai dengan berkesan,
kita perlu mengongsikan pengalaman dengan audiens dan ini akan
menyebabkan satu cabaran untuk berucap secara efektif kepada mereka yang
mempunyai pengalaman yang berbeza. Matlamat utama sebagai pengucap
awam ialah untuk membina perkongsian “bidang pengalaman” agar dapat
membantu audiens untuk menginterpretasikan mesej kita.

2.4.7 Komponen Pengucapan Umum

Juga merujuk kepada rajah 1.1 dalam Bab 1 Pengenalan, terdapat dua jenis
komponen Pengucapan Umum. Verdeber (1996) telah membahagikannya
kepada dua bahagian; Penerangan / Informatif (Informative) dan Pemujukan /
Persuasif (Persuasive).

116
a) Komponen Informatif:

(i) Audiens berminat untuk mendengar, memahami dan mengingat


apa yang cuba disampaikan jika pembentangan dibuat secara
kreatif
(ii) Audiens berminat untuk hadir ke ceramah jika mereka suka,
percaya dan yakin dengan diri pengucap
(iii) Audiens akan bersedia untuk mendengar dan memberi perhatian
kepada ucapan pengucap jika mereka menganggap pengucap
mampu memberi rangsangan yang intelektual
(iv) Audiens akan berminat untuk mendengar dan memahami
maklumat yang mereka anggap relevan dan bermakna pada diri
mereka
(v) Audiens akan memahami dan mengingati maklumat yang
ditekankan atau ditawarkan secara khusus dalam pengucapan
umum
(vi) Audiens akan mudah memahami dan mengingat maklumat yang
disampaikan dalam bentuk visual

b) Komponen Persuasif:

(i) Pengucap dikatakan berjaya memujuk audiens apabila reaksi yang


diharapkan daripada audiens boleh dilihat semasa atau selepas
pengucapannya
(ii) Pengucap akan menentukan bentuk-bentuk strategi yang berkesan
apabila pengucap telah mengetahui latar belakang dan demografi
audiens, sikap dan tahap pengetahuan mereka supaya pengucap
dapat mencapai objektif pengucapannya

117
(iii) Pengucap dikatakan berjaya memujuk audiens apabila pengucap
mengemukakan hujah yang logik dan disokong oleh bahan-bahan
sokongan yang konkrit dan kukuh
(iv) Pengucap dikatakan berjaya memujuk audiens apabila pengucap
mampu menyusun bahan mengikut jangkaan atau persepsi audiens
(v) Pengucap dikatakan berjaya memujuk audiens apabila pengucap
mampu menggunakan bahasa yang boleh merangsang minat dan
sensitiviti mereka
(vi) Pengucap dikatakan berjaya memujuk audiens apabila audiens
melihat pengucap sebagai seorang yang berwibawa
(vii) Pengucapan dikatakan berjaya memujuk audiens jika hujah
pengucap mampu menawan pemikiran hadirin

Khusus di dalam konteks perguruan, pengucapan umum


memainkan peranan yang sangat penting bagi guru-guru. Mereka perlu
mempunyai kompetensi-kompetensi tertentu dalam pengucapan umum dengan
tujuan agar anak-anak didikannya faham dengan isi pelajaran yang
disampaikan.

2.4.8 Rumusan

Tuntasnya, di dalam pengucapan umum, pengaplikasian model dan komponen


yang tertentu sesuai dengan tuntutan keadaan dan semasa adalah faktor penting
dalam menjana keberkesanan sesuatu komunikasi dalam interaksi dan
transaksi. Juga, pengucapan umum juga ada disebutkan di dalam Al-Qur’an
dan as-Sunnah yang hakikatnya menyeru setiap manusia menggunakan
kalimat yang baik semasa menyebarkan sesuatu ajaran.

118
2.5 Konsep Pendidikan Menurut Ulama

2.5.1 Tujuan Pendidikan Menurut Ibnu Sina

Menurut Ibnu Sina, tujuan pendidikan harus ke arah pada pengembangan


seluruh potensi yang dimiliki seseorang ke arah perkembangannya yang
sempurna, iaitu perkembangan fizikal, intelektual dan budi pekerti. Selain itu,
tujuan pendidikan menurut Ibnu Sina harus diarahkan pada upaya
mempersiapkan seseorang agar dapat hidup bermasyarakat secara bersama-
sama dengan melakukan pekerjaan atau keahlian yang dipilihnya sesuai
dengan bakat, persiapan, kecenderungan dan potensi yang dimilikinya
(Syamsul & Erwin, 2013).

Menurut Ibnu Sina, ilmu itu terbahagi kepada dua, iaitu ilmu yang tidak
kekal dan ilmu yang kekal (hikmah). Ilmu yang kekal dipandang dari
peranannya sebagai alat yang dapat disebut sebagai logik. Berdasarkan dengan
tujuannya, maka ilmu ini dapat dibahagi kepada dua iaitu Ilmu Praktikal dan
Ilmu Teori. Ilmu Teori itu ialah seperti ilmu kealaman, matematik, ilmu
ketuhanan dan ilmu Kulli. Manakala Ilmu Praktikal seperti ilmu akhlak, ilmu
pengurusan rumahtangga, ilmu kepimpinan dan ilmu syariah (Jalaluddin,
1996).

Ibnu Sina mengatakan bahawa akal itu wajib dikembangkan dan itulah
sebenarnya tujuan akhir dari pendidikan (Hassan Langgulung, 1995). Akal itu
merupakan salah satu sumber pokok dalam menghurai kekusutan fenomena
yang belum ditemukan benang merahnya. Akal itu juga diperlukan untuk
membuka tabir pengetahuan.

119
2.5.2 Tujuan Pendidikan Menurut Imam al-Ghazali

Menurut Imam al-Ghazali, tujuan pendidikan haruslah mengarah kepada


pendekatan diri kepada Allah ‫ ﷻ‬dan menyempurnakan seseorang insan untuk

mencapai tujuan hidupnya supaya bahagia di dunia dan di akhirat. Pendekatan


diri kepada Allah merupakan tujuan pendidikan. Manusia dapat mendekatkan
diri kepada Allah ‫ ﷻ‬hanya setelah memperoleh ilmu pengetahuan. Ilmu

pengetahuan itu sendiri tidak akan dapat diperolehi oleh manusia kecuali
melalui pengajaran.

Dapat difahami bahawa menurut Imam al-Ghazali, tujuan pendidikan


dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu tujuan jangka panjang dan jangka
pendek (Syamsul Bahri Andi Galigo, 2013):

(i) Tujuan Jangka Panjang:

Tujuan pendidikan jangka panjang ialah pendekatan diri kepada Allah. Proses
dalam pendidikan haruslah mengarahkan manusia untuk menuju kepada
pengenalan dan pendekatan diri kepada tuhan pencipta alam iaitu Allah ‫ﷻ‬.

Semakin lama seseorang itu duduk dibangku pendidikan, semakin


bertambahlah ilmu pengetahuannya, maka semakin dekatlah seseorang itu
kepada Allah ‫ﷻ‬.

(ii) Tujuan Jangka Pendek:

Tujuan pendidikan jangka pendek adalah untuk meraih profesi manusia sesuai
dengan bakat dan kemampuan mereka. Syarat untuk mencapai tujuan itu
adalah dengan manusia mengembangkan ilmu pengetahuan fardhu ‘ain dan

120
kifayah. Dengan menguasai ilmu tersebut, manusia akan dapat melaksanakan
tugas-tugas keduniaan dan dapat melakukan pekerjaan dengan sebaik-baiknya.
Ini berdasarkan firman Allah ‫ ﷻ‬tentang tujuan penciptaan manusia:

ِ ‫اإلنس إَِّال لِي عب َد‬ ِْ ‫وما خلَ ْقت‬


‫ون‬ َ ْ َ َ ِْ ‫اْل َّن َو‬ ُ َ ََ
)56 : ‫(سورة الذارايت‬

Maksudnya:

“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya


mereka mengabdi kepadaKu”
(Surah ad-Dzariyat ayat 56)

Dapat dirumuskan bahawa tujuan pendidikan menurut Imam al-Ghazali


ialah mendekatkan diri kepada Allah dengan melakukan segala suruhan dan
meninggalkan segala larangan Allah, menggali dan mengembangkan potensi
atau fitrah manusia, mewujudkan profesionalisme manusia untuk melakukan
tugas keduniaan dengan sebaik-baiknya, membentuk manusia yang berakhlak
mulia, suci jiwanya dari kerendahan budi dan sifat yang tercela, dan
mengembangkan sifat manusia yang utama sehingga menjadi manusia yang
manusiawi.

2.5.3 Tujuan Pendidikan Menurut Ibnu Khaldun

Menurut Ibnu Khaldun, tujuan pendidikan beraneka ragam dan bersifat


universal. Di antara tujuan pendidikan tersebut ialah (Ramayulis & Samsul,
2010):

121
(i) Tujuan Peningkatan Pemikiran:

Ibnu Khaldun memandang bahawa salah satu tujuan pendidikan adalah


memberikan kesempatan kepada akal untuk lebih giat aktif melakukan aktiviti.
Hal ini dapat dilakukan melalui proses menuntut ilmu dan keterampilan.
Dengan kedua-dua itu seseorang akan dapat meningkatkan kegiatan proses
akalnya dan dengan adanya potensi akal itu akan dapat mendorong manusia
untuk memperoleh ilmu pengetahuan.

Melalui proses belajar, manusia sentiasa mencuba dan meneliti


pengetahuan yang diperoleh daripada pengalaman. Manusia mengumpulkan
fakta-fakta yang dikuasainya untuk memperoleh lebih banyak warisan
pengetahuan yang semakin meningkat sepanjang masa sebagai hasil dari
aktiviti akal manusia.

Atas dasar pemikiran tersebut, maka tujuan pendidikan menurut Ibnu


Khaldun adalah peningkatan kecerdasan dan kemampuan manusia berfikir.
Dengan kemampuan tersebut, manusia akan dapat meningkatkan
pengetahuannya dengan cara memperoleh lebih banyak warisan pengetahuan
pada saat belajar.

(ii) Tujuan Peningkatan Kemasyarakatan:

Dari segi peningkatan kemasyarakatan, Ibnu Khaldun berpendapat bahawa


ilmu dan pengajaran adalah lumrah bagi peradaban manusia. Ilmu dan
pengajaran sangat diperlukan untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat
manusia ke arah yang lebih baik. Semakin dinamik budaya suatu masyarakat,
maka akan semakin bermutu dan dinamik pula keterampilan dalam masyarakat
tersebut.

122
Untuk itu, manusia seharusnya sentiasa berusaha memperoleh ilmu dan
berketerampilan sebanyak mungkin sebagai salah satu cara membantunya
untuk dapat hidup dengan baik dalam masyarakat yang dinamis dan berbudaya.
Eksistensi pendidik menurut Ibnu Khaldun merupakan satu sarana yang dapat
membantu individu dan masyarakat menuju kemajuan dan kecemerlangan.

2.5.4 Rumusan

Kesimpulannya, sesungguhnya fitrah setiap manusia itu dilahirkan dalam


keadaan suci seperti kain putih. Maka untuk menjadikan fitrah manusia agar
sentiasa bersih, maka pendidikan adalah satu alat yang wajib disuntik dalam
setiap diri manusia. Para ulama juga telah membahaskan bahawa tujuan utama
pendidikan ialah menggapai redha Allah dalam segenap masa dan tempat.
Maka tugas ini digalas di atas bahu setiap pendidik, termasuklah ibu bapa,
dalam melahirkan insan yang Kamil dan terus dapat mengembangkan ajaran
Islam.

2.6 Ulasan Kajian Terdahulu

2.6.1 Sejarah Metod Pendidikan Rasulullah ‫ﷺ‬

Rasulullah ‫ ﷺ‬dalam menggunakan metod pembelajaran selalu memerhatikan

pelbagai aspek, seperti aspek isi yang ingin disampaikan, tujuan yang ingin
dicapai, anak didik yang dihadapi, keadaan lingkungan, dan sebagainya (Abdul
Ghafur, 2017).

123
Contohnya; Rasulullah ‫ ﷺ‬dalam memberikan isi pengajaran dapat

tergambar dari sikap Rasulullah ‫ ﷺ‬ketika terjadi proses pembelajaran antara

Malaikat Jibril yang berperilaku sebagai murid dan Rasulullah sebagai


pendidik. Konsep tersebut dapat tergambar dari apa yang telah dikemukakan
oleh Najb Khalid Al-Amar (Samsul Nizar, 2009), dengan memetik suatu
hadith yang diriwayatkan oleh Umar bin Khattab. Hadith tersebut
menggambarkan bahawa wibawa, keadaan, situasi, sikap dan sifat, serta posisi
Rasulullah ‫ ﷺ‬sebagai guru menggambarkan imej seorang pendidik yang

menguasai strategi dan metod pendidikan. Rasulullah ‫ ﷺ‬duduk di hadapan

Malaikat Jibril membawa pertanyaan sesuai dengan kemampuannya. Apabila


persoalan tidak diketahui jawapannya secara pasti, maka Rasulullah ‫ ﷺ‬tidak

malu untuk mengatakan tidak tahu. Rasulullah ‫ ﷺ‬mendengarkan secara

saksama dan teliti terhadap pertanyaan yang diajukan oleh Malaikat Jibril,
sehingga baginda mampu menjawabnya dengan tepat pula. Hal ini
menggambarkan keadaan pelaksanaan pendidikan yang kondusif.

Nilai-nilai yang dapat diambil dari sikap pelajar-pelajar terhadap


pendidikan Islam dari hadith tersebut dapat digambarkan dalam skema berikut:
(i) Pertanyaan yang diberikan mestilah jelas;
(ii) Pertanyaan yang disampaikan mestilah singkat;
(iii) Persiapan jasmani dan rohani untuk menuntut ilmu;
(iv) Siap sedia untuk mendengarkan dengan baik setelah menyampaikan
pertanyaan;
(v) Tenang dalam menyampaikan pertanyaan-pertanyaan dan tidak
disampaikan secara sekaligus;
(vi) Pertanyaan yang disampaikan haruslah bermanfaat;
(vii) Pemilihan waktu yang tepat untuk bertemu dengan guru dan duduk
bertalaqqi musyafahah dengan guru;

124
2.6.2 Dalam Negara

Pg. Mahmud bin Pg. Damit (2003) dalam bukunya, “Aspek Kemahiran Lisan
dalam Pengajaran Bahasa Melayu di Sekolah-sekolah Menengah Bawah :
Satu Tinjauan di Daerah Brunei dan Muara, Negara Brunei Darussalam” ada
menyatakan bahawa aspek kemahiran lisan sepatutnya mendapat penekanan di
dalam pengajaran bahasa tanpa mengira sama ada di peringkat sekolah rendah,
menengah mahupun universiti. Hal ini menjelaskan bahawa setiap universiti
perlu ada kursus Kemahiran Pengucapan Umum. Pelajar-pelajar sekolah harus
diberikan kemahiran berbahasa dan menulis. Hal ini ternyata lebih penting di
peringkat sekolah rendah dan seterusnya naik satu anak tangga iaitu peringkat
menengah dan seterusnya.

2.6.3 Luar Negara

Di dalam sebuah jurnal yang bertajuk “Pedagogi Masa Kini” yang


dikemaskinikan oleh penulis Gan Jia Jing pada 16 September 2017, ada
menyatakan bahawa salah satu komponen kemahiran pedagogi yang perlu
dimiliki oleh setiap guru adalah kemahiran berkomunikasi. Ujarnya:

“Antara gagasan komunikasi adalah untuk


menyampaikan berita, mesej dan maklumat kepada
pendengar. Dalam konteks pendidikan, komunikasi
diertikan sebagai suatu proses penyampaian dan
pertukaran maklumat antara
individu kepada individu lain secara
lisan atau bertulis atau bahasa badan. Komunikasi
dalam konteks pengajaran dan pembelajaran boleh
berlaku secara bersemuka atau atas talian dan

125
menggunakan pelbagai media termasuk
menggunakan teknologi digital yang membolehkan
semua ahli berhubung tanpa had masa dan lokasi.
Kemahiran berkomunikasi melibatkan
kemahiran pengucapan lisan, bertulis dan
mendengar serta menaakul. Kemahiran
berkomunikasi tersenarai sebagai kemahiran yang
amat diperlukan dalam pedagogi abad ke-21.
Kemahiran ini juga merujuk kepada kemahiran
intrapersonal dan interpersonal penting dalam
proses pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan terutama apabila melibatkan proses
penyelesaian masalah.”

Terkait dengan ini juga, pengkaji juga telah menelaah sebuah jurnal yang
bertajuk “Tahap Kemahiran Komunikasi Dalam Kalangan Pelajar Sarjana
Muda Pendidikan IPTA Di Utara Semenanjung Malaysia” karangan Mohd
Isha Awang dan Nurul Salmi Mohd Dazali dari Universiti Utara Malaysia yang
diterbitkan pada November 2014. Ujar mereka:

“Antara matlamat Falsafah Pendidikan Negara


ialah menekankan perhubungan yang erat dan ciri-
ciri komunikasi yang berkesan antara pelajar
dengan guru, pihak pentadbiran dengan guru dan
sesama rakan sejawat. Oleh yang demikian, tugas
memahami dan mengaplikasikan komunikasi
berkesan adalah menjadi tanggungjawab semua
pihak yang terlibat dalam institusi pendidikan. Hal
ini kerana, komunikasi yang berkesan adalah
tunjang utama dalam usaha menjadikan pendidikan
yang cemerlang dan bermutu. Maka, seharusnya
pihak pentadbiran peka terhadap kepentingan

126
komunikasi dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.”

Peranan guru adalah sangat besar dalam memastikan graduan yang


dihasilkan mampu menjadi sumber tenaga yang memenuhi keperluan majikan.
Pelajar akan mengalami masalah apabila bergelar graduan kelak sekiranya
kemahiran ini gagal diterapkan ketika di alam pendidikan. Ini terbukti apabila
terdapat maklum balas daripada pihak majikan yang mempertikaikan
ketidakselarasan antara tahap pencapaian akademik dengan tahap kemahiran
komunikasi di kalangan graduan. Apa yang lebih menyedihkan graduan bukan
hanya mempunyai masalah berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris sahaja,
tetapi juga dalam Bahasa Melayu yakni bahasa kebangsaan yang telah menjadi
bahasa pengantar sepanjang 11 tahun di alam persekolahan mereka
(Noorasmahwati, 2008).

Menurut Abdul Rahman (2010), sebab utama kegagalan seseorang


dalam pekerjaannya adalah disebabkan oleh kegagalan mereka mewujudkan
interaksi yang positif dengan persekitaran mereka. Dalam konteks seorang
guru, selain mengajar subjek yang telah ditetapkan, golongan ini juga
dipertanggungjawabkan untuk terlibat secara tidak langsung dalam
pembentukan dan perkembangan personaliti, mental dan fizikal yang baik bagi
anak didiknya (Noran Fauziah & Ahmad Mahdzan, 2008).

Selari dengan peranan yang dimainkan sebagai agen perubahan kepada


pembangunan diri dan sahsiah pelajar, guru seharusnya mempersiapkan diri
dengan penguasaan yang baik dalam konteks komunikasi sebelum memasuki
alam perguruan. Ini sebagai satu persediaan guru untuk menghadapi pelbagai
ragam dan latar belakang yang berbeza di kalangan pelajar mereka. Faktor-
faktor seperti latar belakang, sikap, tahap pendidikan, pengalaman dan
pendedahan akan mewujudkan kepelbagaian pelajar dan jurang sesama mereka
di dalam sesuatu kelas (Yahya & Shahabudin, 2011).

127
Oleh demikian, kebolehan berkomunikasi adalah sangat diperlukan bagi
membolehkan mereka saling mengenali dan berkongsi maklumat dengan baik.
Beberapa kajian yang menunjukkan rasa ketidakpuasan hati para majikan
terhadap tahap kemahiran komunikasi graduan-graduan (IPPTN, 2003; Megat,
2007; Long Muda, 2009; Ismail, 2014) dan akhirnya menyebabkan kadar
pengangguran meningkat (Mazlan, 2011; Mamat, 2011; Jabatan Perangkaan
Malaysia, 2013). Kemahiran komunikasi mencakupi dalam aspek mendengar,
membaca, menulis dan bertutur. Keempat-empat kemahiran asas ini,
memainkan peranan penting untuk memudahkan tugas ketika mengendalikan
proses mengajar. Suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif akan
menggalakkan penglibatan pelajar dalam segala aktiviti yang dilakukan oleh
guru (Najib, 2010).

Berdasarkan pernyataan masalah yang dikemukakan adalah sesuai untuk


dibuat kajian dengan lebih terperinci kerana pengucapan umum yang baik dan
berkesan di kalangan guru amat penting dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Tatkala pedagogi pengucapan umum seseorang guru tidak
berkesan (yang dapat dikenalpasti melalui respon atau tindak balas pelajar-
pelajarnya), maka segala usaha dalam merangka isi, bentuk dan corak
pengajaran adalah sia-sia. Sekiranya masalah ini tidak diatasi dengan
sewajarnya, dibimbangi ia akan mendatangkan kesan kepada pengajaran
mereka.

Menurut Supyan Hussin dan Azhar Jaludin (2004) dalam buku mereka
“Kecemerlangan Dalam Pengucapan Awam” menyatakan bahawa
pengucapan umum adalah satu bidang yang perlu dikuasai bukan sahaja oleh
pemimpin masyarakat, organisasi, agensi-agensi kerajaa dan swasta, tetapi
juga individu yang sering berhadapan dengan orang ramai seperti guru,
jurujual, pegawai perhubungan awam dan sebagainya.

Tambah lagi ujar kedua-dua penulis ini menyatakan bahawa berucap di


hadapan umum merupakan suatu pengalaman yang amat menarik. Setiap

128
individu akan melalui pengalaman ini sama ada dalam bentuk formal mahupun
tidak formal dan sama ada dalam suasana kumpulan kecil atau kumpulan yang
besar. Walau bagaimanapun, kompetensi pengucapan umum bukanlah sesuatu
yang dilahirkan bersama seseorang. Sebaliknya, kompetensi dan bakat
pengucapan umum ini perlu dipelajari, diasah dan dibentuk melalui proses
pembelajaran dan pengalaman. Tidak mustahil seseorang yang tidak mahir
berucap di khalayak ramai mampu menguasai pengetahuan dan kemahiran
pengucapan umum sekiranya dia mahu sesuai dengan pepatah Melayu,
“Belakang parang kalau diasah lagikan tajam.” (Ibid, 2004).

Menurut Smith (1959) dalam bukunya, “Language, Experience and


School” menyatakan bahawa pelajar-pelajar atau pelajar-pelajar hendaklah
diperkembangkan dalam bahasa pertuturan mereka:

“If our boys and girls are to speak now and in later
life in any company without embarrasement to
themselves or their audience, what are then
qualities we should seek to cultivate in their speech?
First, it should be clear, plain pleasant, natural and
sensible, spoken with confidence and spantaneity
and without affectation. We should encourage
fluency and check volubility, speaking order and
clarity, and welcoming all originality or word and
phrase that may replace the out worn formula and
clinche.”

Seterusnya beberapa aktiviti disarankan oleh Smith bagi membina sifat-


sifat yang disebutkan di atas, iaitu haruslah menerusi aktiviti-aktiviti
perbahasan, perbincangan, ucapan, bacaan lisan, penyampaian berita seperti
dalam radio atau televisyen, berjenaka atau berlawak, drama, bercerita dan
laporan mengenai kegiatan-kegiatan yang dilakukan di dalam dan di luar
sekolah.

129
Menurut Asmah (2014) dalam jurnal beliau berjudul, “Strategi Bahasa
dalam Berkomunikasi” mengaitkan komunikasi dengan peranan bahasa
sebagai wadah untuk menjamin keberkesanan pengucapan umum. Penguasaan
bahasa komunikasi merupakan penguasaan pada taraf yang paling tinggi
kerana ia merupakan penguasaan dalam pembentukan ayat (Asmah, 1989).
Kemuncak keupayaan berbahasa itu terletak kepada kebolehan membentuk
ayat-ayat yang unggul dan sempurna mengikut sistem nahu (Chomsky, 1965).
Namun kemahiran komunikasi bukan sahaja terletak pada keupayaan
membentuk ayat secara gramatis, tetapi berupaya menggunakan bahasa itu
dalam konteks sosial, wacana dan strategi dengan betul (Ta’imah, 2006).
Selain itu, kemahiran komunikasi bukan sahaja menuntut supaya mahir dalam
tatabahasa dan kosa kata, tetapi juga mahir dalam peraturan bertutur. Sebagai
contoh, penutur tahu waktu yang sesuai untuk memulakan komunikasi, apa
tajuk yang sesuai dan bagaimana memulakannya (Nessa, 1983).

Daripada aspek komunikasi pula, terdapat kumpulan aktiviti yang


memerlukan seseorang itu menggunakan bahasa. Aspek komunikasi bagi
setiap individu berbeza dengan individu yang lain berdasarkan perbezaan
persekitaran, situasi kehidupan, ciri individu, kefasihan berbahasa sebagai alat
komunikasi, kadar masa komunikasi, dan faktor-faktor perbezaan lain dalam
bidang komunikasi bahasa (Ta’imah, 1989). Secara umum, aspek komunikasi
itu berkisar dalam konteks yang antara lainnya bertujuan untuk membentuk
hubungan sosial, memberi respon terhadap sesuatu perkara, menyembunyikan
niat dan perasaan, meminta dan memberi maklumat, mengajar melakukan
sesuatu, perbualan bahasa melalui telefon, menyelesaikan masalah,
membincang sesuatu idea, permainan bahasa, memainkan peranan
kemasyarakatan, menggembirakan perasaan orang lain dan lain-lain lagi
(River dan Temperley, 1978).

Marton (1988) membuat batasan strategi pembelajaran bahasa sebagai


suatu perangkat prosedur pedagogi yang secara global disusun untuk

130
menentukan suatu strategi pembelajaran yang pasti bagi pelajar yang secara
langsung menuju kepada perkembangan kecekapan dalam bahasa sasaran.

Pendedahan mengenai kepentingan memiliki kemahiran komunikasi


atau pengucapan umum perlu diberikan kepada guru terlatih atau guru pelatih
dengan harapan ilmu tersebut boleh diserapkan pula kepada para pelajar
mereka. Keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran akan terjejas
sekiranya guru gagal mewujudkan komunikasi yang baik. Ini sekali gus akan
memberi kesan kepada pelajar kerana maklumat yang disampaikan akan sukar
difahami dan disalah tafsir. Apa yang lebih merumitkan keadaan jika sekiranya
apa yang difahami oleh pelajar tersebut, dipegang dan diaplikasikan dalam
kehidupan sehariannya tanpa berfikir secara mendalam kesan daripada
kesalahfahaman tadi.

Tuntasnya, berdasarkan daripada ulasan kajian terdahulu, komunikasi


adalah tunggak esensi penting dalam mengendalikan pengucapan umum yang
diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran. Kesemua sorotan literatur
di atas telah mendorong pengkaji untuk membuat kajian lebih intensif terhadap
guru-guru pendidikan Islam sebagai responden-responden pengkaji.

2.7 Kesimpulan

Bab ini telah membincangkan sedikit banyak tentang kajian-kajian yang banyak
berkaitan dengan pedagogi dan pengucapan umum dari sudut Islam, Barat dan
pandangan beberapa pakar profesional.

Seorang guru perlu menyemai pedagogi pengajaran yang betul dalam


memastikan pengajaran dan pembelajaran mereka berhasil dan mencapai objektif
pengajaran yang dihasratkan. Hal ini menunjukkan akan kepentingan kompetensi
pengucapan umum sebagai wadah pedagogi pengajaran yang efektif.

131
Guru ugama, yang memegang jawatan Mu’allim dan Murabbi, mempunyai
peranan yang sangat besar dalam menyebarkan da’wah Islamiyyah sebagai
kesinambungan syi’ar yang dibawa oleh baginda Rasulullah ‫ ﷺ‬berbanding yang

lain. Kompetensi mereka dalam pengucapan umum sebagai sarana kepada


pedagogi pengajaran mereka merupakan kunci utama untuk memastikan pelajar-
pelajar mengetahui, memahami, menyelami, menghayati dan mengaplikasikan
ilmu kerohanian mereka dalam memastikan mereka sentiasa terarah ke jalan yang
diredhai Allah.

Oleh yang demikian, penggunaan komponen (informatif atau persuasif),


model (interaksi atau transaksi) dan penekanan aspek pengucapan umum
(personaliti, mesej, audiens, kesan & strategi) serta faktor-faktor mempengaruhi
keberkesanan pengucapan umum adalah elemen-elemen yang perlu dikuasai oleh
setiap guru ugama.

132
BAB III

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan

Dalam bab ini, pengkaji akan menghuraikan tentang reka bentuk kajian, populasi,
sampel dan pensampelan kajian, lokasi kajian, instrumen kajian, kesahan dan
kebolehpercayaan kajian, kajian rintis, prosedur kajian, prosedur pengumpulan
data, prosedur penganalisisan data dan jadual perlaksanaan kajian.

Menurut Mohd. Najib (2006), metodologi kajian merujuk kepada tatacara


melaksanakan kajian. Metodologi kajian akan menerangkan bagaimana sesuatu
kajian dijalankan yang meliputi beberapa perkara, iaitu reka bentuk kajian,
populasi, sampel dan tempat, instrumen, analisis data dan jadual kajian. Dalam
memilih reka bentuk kajian ini pengkaji perlulah membuat keputusan berdasarkan
kehendak penyelidikan, penaja atau penggunanya.

Menurut Mohd Sobri Ismail (2000) pula, metodologi atau kaedah dalam
penyelidikan adalah satu bentuk kawalan dalam memperolehi maklumat bagi
mencapai matlamat sesebuah penyelidikan yang dijalankan. Setiap perkara ini akan
dijelaskan secara terperinci untuk menggambarkan metodologi yang digunakan.

133
3.2 Reka bentuk Kajian

Menurut Christensen (1988), reka bentuk kajian merujuk kepada garis panduan,
pelan atau strategi yang menyatakan prosedur yang digunakan untuk memperoleh
jawapan kepada soalan kajian. Antara prosedur yang dimaksudkan ialah prosedur
kajian, prosedur pengumpulan data dan prosedur penganalisisan data.

Dalam sesuatu penyelidikan, hasil kajian adalah ditentukan oleh kaedah dan
reka bentuk kajian (Chua Yan Piaw, 2006). Menurut Mohd Najib (1999), reka
bentuk sesuatu kajian adalah teknik dan kaedah tertentu untuk memperolehi
maklumat yang diperlukan untuk menjelaskan objektif kajian. Reka bentuk kajian
merupakan peringkat penting dalam menentukan ketepatan dalam membuat
kesimpulan tentang perkara yang dikaji hasil daripada dapatan kajian (Borden dan
Abbott, 2008).

Pengkaji akan menggunakan pendekatan kaedah kualitatif dan kuantitatif


untuk memperkayakan dan memperkukuhkan lagi dapatan kajian nanti, serta untuk
mencapai objektif kajian, menjawab persoalan-persoalan kajian dan menguji
hipotesis kajian. Dalam bab ini, pengkaji akan menghuraikan secara terperinci reka
bentuk dan instrumen kajian.

3.2.1 Kajian Kuantitatif

Menurut Emzir (2010) dalam bukunya “Metodologi Penelitian Pendidikan


Kuantitatif & Kualitatif”, menyatakan bahawa kajian kuantitatif merujuk
kepada suatu pendekatan penelitian yang secara primer menggunakan
paradigma postpositivis dalam mengembangkan ilmu pengetahuan (seperti
pemikiran tentang sebab akibat, reduksi kepada angkubah, hipotesis dan
pertanyaan spesifik, menggunakan pengukuran dan observasi, serta pengujian

134
teori), menggunakan strategi penelitian seperti eksperimen dan soalan secara
yang memerlukan data statistik. Menurut Chua Yan Piaw (2006), penyelidikan
secara kuantitatif adalah dikaitkan dengan data numerik dan ketepatan.
Masalah kajian dinyatakan dalam bentuk hipotesis dan pengukuran data
mengutamakan kesahan dan kebolehpercayaan.

Dalam konteks kajian ini, pengkaji menggunakan instrumen soalan


secara tertutup. Untuk mendapatkan dan menganalisis data daripada soalan
secara tertutup ini, pengkaji menggunakan Statistical Package for the Social
Sciences (SPSS) 22 For Windows dalam menentukan kesahan dan
kebolehpercayaan kajian. Hal ini ada dibincangkan dalam tajuk “Kesahan dan
Kebolehpercayaan”.

3.2.2 Kajian Kualitatif

Secara alternatif, kajian kualitatif merupakan salah satu pendekatan yang


secara primer menggunakan paradigma pengetahuan berdasarkan pandangan
konstruktivis (seperti makna jamak dari pengalaman individu, makna secara
sosial dan sejarah dibangunkan dengan maksud mengembangkan suatu teori
atau pola) atau pandangan advokasi (seperti orientasi politik, isu, kolaboratif
atau orientasi perubahan) atau keduanya. Pendekatan ini juga menggunakan
strategi penelitian secara naratif, fenomenologi, etnografi, teori dasar
(grounded theory) atau kajian kes (Emzir, 2010). Dalam konteks kajian ini,
pengkaji akan menggunakan Soalan secara Terbuka. Perkara ini ada
dibahaskan nanti.

135
3.3 Populasi, Sampel dan Pensampelan Kajian

Secara am, populasi boleh didefinisikan sebagai semua individu, objek, organisasi,
atau peristiwa dalam kumpulan tertentu yang hendak digeneralisasikan oleh
pengkaji (Lay Yoon Fah & Khoo Chwee Hoon, 2013). Menurut Gay dan Airasian
(2003) “Populasi adalah kumpulan sasaran pengkaji, iaitu kumpulan kepada siapa
hasil kajian akan digeneralisasikan”

Sampel kajian pula ialah responden-responden kajian yang dipilih untuk


mewakili sesuatu populasi. Penetapan populasi kajian adalah penting dalam kajian
disebabkan populasi akan menentukan bagaimana dan berapa ramai sampel yang
akan kita pilih serta perbelanjaan kajian (Gay dan Airasian, 2003).

Populasi dalam kajian ini adalah terdiri daripada 6 orang guru yang
mengajar Pengetahuan Ugama Islam bagi Sekolah Menengah Rimba 1 dan Sekolah
Menengah Rimba 2 yang mengajar Tahun 11, serta seramai 271 orang pelajar
Tahun 11 daripada kedua-dua buah sekolah tersebut bagi sesi 2018. Jadual 3.1
berikut menunjukkan bilangan guru yang mengajar Pengetahuan Ugama Islam dan
jumlah pelajar-pelajar Tahun 11 yang menuntut matapelajaran Pengetahuan Ugama
Islam di kedua-dua buah sekolah tersebut bagi tahun 2018 (Sumber daripada Ketua
Jabatan Pengetahuan Ugama Islam SMR 1 & SMR 2):

Jadual 3.1 : Jumlah Guru & Pelajar Kedua-dua Buah Sekolah


Bil. Guru P.U.I. Bil. Pelajar
Bil Nama Sekolah
(Tahun 11) (Tahun 11)
Sekolah Menengah
1 3 orang 155 orang
Rimba 1
Sekolah Menengah
2 3 orang 116 orang
Rimba 2
JUMLAH KESELURUHAN 6 orang 271 orang

136
Berdasarkan jadual 3.1 di atas, terdapat sejumlah enam orang guru yang
mengajar Pengetahuan Ugama Islam Tahun 11 dan seramai 271 orang pelajar-
pelajar Tahun 11 yang menuntut pelajaran tersebut. Merujuk kepada lampiran C
(Jadual penentuan sampel berdasarkan kajian Krejie dan Morgan, 1970), sampel
bilangan guru yang diperlukan adalah seramai enam orang dan 162 orang pelajar-
pelajar. Pengkaji hanya akan mengambil seramai 160 orang pelajar dan 6 orang
guru sebagai responden kajian.

Pensampelan merupakan strategi penyelidikan di mana pengkaji boleh


mendapatkan maklumat mengenai sesuatu populasi berdasarkan sebilangan
individu yang menganggotai populasi tersebut (Mohd. Majid, 2000). Manakala
menurut Kamarul (2015), pensampelan merupakan proses
memilih sekumpulan (orang, institusi, tempat, atau fenomena) oleh pengkaji untuk
sesuatu penyelidikan yang mewakili kumpulan besar (orang, institusi, tempat, atau
fenomena) yang dipilih. Tujuan pensampelan adalah untuk memperoleh maklumat
tentang sesuatu populasi. Matlamat pensampelan pula adalah untuk memperoleh
sampel yang mencerminkan populasi dari segi pemboleh ubah yang menjadi
tumpuan pengkaji. Oleh itu, pemilihan sampel yang baik ialah sampel yang boleh
mewakili pemboleh ubah berkenaan dari populasi yang disasarkan.

Dalam kajian ini bagi tujuan pemilihan sampel, kaedah pensampelan bukan
kebarangkalian (secara tidak rawak) dalam kurungan prosedur pensampelan
bertujuan (purposive sampling procedures) telah digunakan. Pensampelan tujuan
atau purposive sampling / judgment sampling merujuk kepada prosedur
pensampelan iaitu sekumpulan subjek yang mempunyai ciri-ciri tertentu sahaja
dipilih sebagai responden kajian berdasarkan pengetahuan dan tujuan khusus
penyelidikan pengkaji (Kamarul, 2015). Ini bermakna tidak semua kajian lain
dalam populasinya dipilih oleh pengkaji sebagai responden.

137
Jadual 3.2 : Taburan Sampel mengikut Lokasi Kajian
Jumlah Jumlah
Sekolah Responden Responden
(Guru) (Pelajar)
Sekolah Menengah Rimba 1, Gadong 3 84
Sekolah Menengah Rimba 2, Gadong 3 76
JUMLAH KESELURUHAN 6 160

Jadual 3.2 di atas menerangkan jumlah responden guru dan responden


pelajar yang akan dikaji untuk kedua-dua lokasi kajian. Berdasarkan daripada
sumber Ketua Jabatan Pengetahuan Islam Sekolah Menengah Rimba 1, terdapat 8
buah kelas bagi Tahun 11. Manakala bagi Sekolah Menengah Rimba 2, terdapat 7
buah kelas bagi Tahun 11, seperti dalam jadual 3.3 di bawah ini:

Jadual 3.3 : Jumlah Kelas Tahun 11 bagi Kedua-dua Buah Sekolah


Sekolah Menengah Sekolah Menengah
Rimba 1 Rimba II
11 Science 11 Science
11 P 11 G1
11 R 11 G2
11 I 11 A1
11 D 11 A2
11 E 11 A3
11 Tech 1 11 A4
11 Tech 2
JUMLAH: 8 buah kelas JUMLAH: 7 buah kelas

Bagi responden guru, pengkaji akan merekrut responden guru yang


mengajar kelas-kelas hadapan, kelas-kelas pertengahan dan kelas-kelas hujung. Ini
kerana pengkaji ingin melihat sejauhmanakah tahap kompetensi pedagogi
pengucapan umum guru dalam mengajar kelas-kelas yang berlainan tahap daya

138
intelektual dan tingkahlaku. Hal ini berkaitan dengan objektif kajian keempat
(1.4.4), persoalan kajian ketiga dan keempat (1.5.3 & 1.5.4) dan hipotesis kajian
keempat (HO4).

Bagi responden pelajar pula, pengkaji akan merekrut kelas 11 Science, 11


R, 11 I, 11 D & 11 E bagi Sekolah Menengah Rimba 1 dan kelas 11 Science, 11
G2, 11 A2, 11 A3 & 11 A4 bagi Sekolah Menengah Rimba 2. Semua kelas yang
dipilih ini adalah di bawah pengajaran setiap responden guru. Ini bertujuan untuk
memudahkan pengkaji mencari keselarasan antara orang yang mengajar (guru)
dengan orang yang diajar (pelajar-pelajar). Tambahan lagi, pengkaji dapat
menganalisis kesan pedagogi pengucapan umum guru terhadap responden pelajar.
Hal ini berkaitan dengan objektif kajian kedua dan ketiga (1.4.2 & 1.4.3), persoalan
kajian kedua dan keempat (1.5.2 & 1.5.4) dan hipotesis kajian pertama, kedua dan
keempat (HO1, HO2 & HO4). Jadual 3.4 dan 3.5 berikut merupakan taburan sampel
mengikut setiap kelas:

Jadual 3.4 : Taburan Responden Sekolah Menengah Rimba 1

Sekolah 11 Sci 11 R 11 I 11 D 11 E
Sekolah Menengah Rimba I 18 18 22 6 20
JUMLAH RESPONDEN 84 orang

Jadual 3.5 : Taburan Responden Sekolah Menengah Rimba 2

Sekolah 11 Sci 11 G2 11 A2 11 A3 11 A4
Sekolah Menengah Rimba II 19 19 15 13 10
JUMLAH RESPONDEN 76 orang

139
3.4 Lokasi Kajian

Kajian ini akan dijalankan pada dua buah sekolah tempatan; Sekolah Menengah
Rimba 1, Gadong dan Sekolah Menengah Rimba 2, Gadong. Antara sebab kajian
dijalankan pada kedua-dua buah sekolah tersebut ialah:

(i) Sekolah Menengah Rimba 1 merupakan antara sekolah yang menerapkan


sistem pentadbiran Islam dengan berpegang teguh kepada falsafah Negara
Brunei Darussalam iaitu Melayu Islam Beraja (MIB). Hal ini dilakukan
menerusi perbarisan pagi MIGCB (Modal Insan Generasi Calak Brunei)
yang antara aktivitinya ialah dengan mengamalkan solat sunat Dhuha,
membaca al-Quran selama 30 minit sebelum memulakan pengajaran dan
pembelajaran, membaca zikir Asmaul Husna, mengamalkan bacaan Surah
Taha ayat 1 hingga 5 sebagai memohon kelapangan dada dan banyak lagi.
Hal ini menarik perhatian pengkaji untuk melakukan kajian dengan harapan
bahawa dengan adanya aktiviti sedemikian mampu mempertingkatkan
kualiti pengajaran yang sentiasa dalam landasan syar’iat Islam dan
seterusnya menjadi acuan utama kepada keberkesanan pedagogi pengucapan
umum Pendidikan Islam.

(ii) Sekolah Menengah Rimba 2 merupakan sekolah yang telah dinobatkan


sebagai “Model School” sejak tahun 2012 hingga tahun 2015. Justeru
dengan penobatan itu, pengkaji berasa terpanggil untuk mengkaji lebih
mendalam tentang sudut manakah yang dapat dikatakan “Model school”
tersebut (samada infrastruktur, pentadbiran, pendidikan, aktiviti atau lain-
lain). Antara harapan pengkaji melakukan kajian di sini ialah dengan adanya
anugerah sedemikian akan dapat menjadikan pentadbiran dan pendidikan
sekolah tersebut terus selaras dengan tuntutan abad ke-21 dan seterusnya
mencorakkan gaya pengajaran dan pengucapan umum Pendidikan Islam
guru-guru menjadi lebih kreatif dan inovatif.

140
(iii) Lokasi kedua-dua buah sekolah tersebut adalah berasingan; Sekolah
Menengah Rimba 1 terletak di kawasan Perumahan Kg. Rimba Gadong dan
Sekolah Menengah Rimba 2 terletak di kawasan Perpindahan Kg. Rimba
Gadong.

3.5 Instrumen Kajian

Menurut Chua Yan Piaw (2006), soalan secara boleh digunakan sebagai rekod
pemerhatian ke atas tingkah laku responden, sebagai soalan sesi temu bual dan juga
sebagai ujian kertas pensel. Soalan secara juga boleh digunakan untuk
mendapatkan maklumat berkenaan fakta-fakta, kepercayaan, perasaan, kehendak
dan sebagainya (Mohd Majid Konting, 2004). Sikap seseorang juga boleh diketahui
dengan menggunakan soalan secara iaitu soalan secara terbuka (bebas-jawab),
senarai semak dan skala kadar.

Menurut Mohd Najib (2009), di dalam menjalankan tinjauan tingkah laku


menggunakan soalan secara apa yang diperlukan oleh pengkaji adalah skor yang
konsisten tentang sesuatu tindak balas atau persepsi.

Dalam kajian ini, pengkaji telah mereka bentuk dua jenis soal selidik;
Soalan secara terbuka terhadap responden guru dan soalan secara tertutup terhadap
responden pelajar dan guru.

141
3.5.1 Soalan Secara Tertutup

Berikut adalah taburan struktur konstruk kajian menerusi model KIPP dan
Syakhsiyyah serta Aspek Pengucapan Umum:

Jadual 3.6 : Taburan Pembahagian Soalan Soalan secara Tertutup


Model KIPP Aspek Pengucapan
Bahagian
(Stufflebeam, 1960) Umum
A Maklumat Diri Responden
B Model Konteks Aspek Audiens
C Model Input Aspek Mesej
D Model Proses Aspek Strategi
E Model Produk Aspek Kesan
F Model Syakhsiyyah Aspek Personaliti

Sejumlah 59 item soalan dalam soalan secara tertutup bagi responden


guru dan sejumlah 53 item soalan dalam soalan secara tertutup bagi responden
pelajar menerusi 6 bahagian. Jadual 3.7 berikut merupakan taburan
pembahagian item soalan dalam soalan secara tertutup bagi responden guru
dan jadual 3.8 adalah bagi responden pelajar:

142
Jadual 3.7 : Taburan Pembahagian Item Soalan Dalam Soalan secara
Tertutup Bagi Responden Guru

Model KIPP Aspek Jumlah


Bahagian (Stufflebeam, Pengucapan Item
1960) Umum Soalan
A Maklumat Diri Responden 9
Model Aspek
B 10
Konteks Audiens
C Model Input Aspek Mesej 10

D Model Proses Aspek Strategi 10

E Model Produk Aspek Kesan 10


Model Aspek
F 10
Syakhsiyyah Personaliti

Jadual 3.8 : Taburan Pembahagian Item Soalan Dalam Soalan secara


Tertutup Bagi Responden Pelajar
Model KIPP Aspek Jumlah
Bahagian (Stufflebeam, Pengucapan Item
1960) Umum Soalan
A Maklumat Diri Responden 3
Model Aspek
B 10
Konteks Audiens
C Model Input Aspek Mesej 10

D Model Proses Aspek Strategi 10

E Model Produk Aspek Kesan 10


Model Aspek
F 10
Syakhsiyyah Personaliti

143
a) Bahagian A : Maklumat Diri Responden Guru

Bahagian A mengandungi 9 soalan (item A1 - A9) yang berkaitan dengan


demografi responden seperti berikut (rujuk Lampiran D):

Jadual 3.9 : Pembahagian item soalan dalam Bahagian A Soalan secara


Tertutup Responden Guru

Kod Item Penyataan Item


A1 Jantina
A2 Umur
A3 Lama Mengajar
A4 Tahap Pendidikan
A5 Tahap Penguasaan Bahasa Melayu
A6 Jawatan
A7 Subjek Diajar
A8 Masa Pengajaran
A9 Bidang Pengajaran

Bahagian ini mengandungi item-item yang berkaitan dengan maklumat


peribadi dan latarbelakang responden. Bagi item “Jantina (A1), Tahap
Pendidikan (A4) & Tahap Penguasaan Bahasa Melayu (A5)”, responden
dikehendaki untuk menandakan {√} dalam ruangan jawapan yang disediakan.
Manakala bagi item “Umur (A2), Lama Mengajar (A3), Jawatan (A6), Subjek
diajar (A7), Masa Pengajaran (A8) & Bidang Pengajaran (A9)”, responden
dikehendaki untuk menulis dalam ruangan jawapan yang disediakan.

144
b) Bahagian A : Maklumat Diri Responden Pelajar

Bahagian A mengandungi 3 soalan (item A1 – A3) yang berkaitan dengan


demografi responden seperti berikut (rujuk Lampiran E):

Jadual 3.10 : Pembahagian item soalan dalam Bahagian A Soalan secara


Tertutup Responden Pelajar

Kod Item Penyataan Item


A1 Jantina
A2 Kelas
A3 Umur

Bahagian ini mengandungi item-item yang berkaitan dengan maklumat


peribadi dan latarbelakang responden. Bagi item “Jantina (A1) & Umur (A3)”,
responden dikehendaki untuk menandakan {√} dalam ruangan jawapan yang
disediakan. Manakala bagi item “Kelas (A2)”, responden dikehendaki untuk
menulis dalam ruangan jawapan yang disediakan.

c) Bahagian B, C, D, E & F:

Merujuk kepada jadual 3.8, bahagian ini merupakan analisis mengenai aspek
pengucapan umum menerusi model Konteks (KIPP). Sebanyak 10 item soalan
untuk setiap bahagian. Setiap bahagian ini mempunyai ujian terhadap
komponen pengucapan umum (Informatif & Persuasif), model pengucapan
umum (Interaksi & Transaksi) dan faktor-faktor mempengaruhi pengucapan
umum. Jadual 3.11 berikut merupakan taburan pembahagian item soalan
komponen & model pengucapan umum:

145
Jadual 3.11 : Taburan Pembahagian Item Soalan Komponen & Model
Pengucapan Umum

Kod Item Pernyataan Item Fokus Item


B1, C1, D1, E1 & F1 Isi
Informatif
B2, C2, D2, E2 & F2 Pedagogi
B3, C3, D3, E3 & F3 Psikologi
Persuasif
B4, C4, D4, E4 & F4 Sosiologi
B5, C5, D5, E5 & F5 Pedagogi
Interaksi
B6, C6, D6, E6 & F6 Psikologi
B7, C7, D7, E7 & F7 Pedagogi
Transaksi
B8, C8, D8, E8 & F8 Psikologi

Manakala untuk meninjau faktor-faktor mempengaruhi pengucapan


umum, jadual 3.12 berikut merupakan taburan pembahagian item soalan
faktor-faktor pengucapan umum:

Jadual 3.12 : Taburan Pembahagian Item Soalan Faktor-faktor Pengucapan


Umum

Kod Item Faktor-faktor Pengucapan Umum


B9 Pengalaman
B10 Kelas / Demografi Pelajar
C9 Ilmu Pengetahuan
C10 Isi Pelajaran
D9 Kesediaan
D10 Tahap Penguasaan Bahasa Melayu
E9 Lokasi
E10 Umur
F9 Jantina
F10 Personaliti

146
Sementara untuk mendapatkan jawapan daripada responden, pengkaji
telah mewujudkan skala likert dari skala 1 hingga skala 5 dengan kata kekunci
masing-masing.

Jadual 3.13 : Skala Likert

Skala Kata Kekunci


1 Sangat Tidak Setuju
2 Tidak Setuju
3 Sederhana
4 Setuju
5 Sangat Setuju

Di antara kelebihan ujian ini ialah soalan-soalannya yang pendek dan


mudah dijawab. Menurut Burisch (1984) soalan yang ringkas bukan sahaja
menjimatkan masa untuk menjalankan kajian, tetapi juga mengelakkan
responden berasa bosan dan letih. Ini bertepatan dengan apa yang dikatakan
oleh Borg dan Gall (1983) iaitu item-item yang pendek lebih mudah difahami
berbanding item-item yang panjang. Dengan item-item soalan yang pengkaji
telah diaturkan ini, adalah mudah bagi pengkaji untuk mengenalpasti skor yang
diraih untuk setiap komponen pengucapan umum. Perkara ini memudahkan
pengkaji untuk melakukan analisis deskriptif dan inferens.

3.5.2 Soalan Secara Terbuka

Pengkaji membuat soalan secara terbuka terhadap responden-responden guru


mengenai pengetahuan mereka tentang pengucapan umum dan kepekaan
mereka dalam menggunakan pengucapan umum sebagai medan pengajaran.
Soalan secara terbuka ini direka untuk mendapatkan maklumat tambahan yang
mendalam bagi beberapa item soalan yang ada di dalam soalan secara tertutup

147
responden guru. Merujuk lampiran F, terdapat 10 item soalan yang berkaitan
dengan aspek pengucapan umum menerusi penggunaan model KIPP
sebagaimana struktur item soalan kajian berikut:

Jadual 3.14 : Struktur Item Soalan secara Terbuka


Fokus Item Soalan
Item
Pernyataan Soalan (Soalan secara
Soalan
Tertutup)
1 Model Input & Aspek Mesej C1 & C2
Model Syakhsiyyah & Aspek
2 F2
Personaliti
3 Model Konteks & Aspek Audiens B6 & B10
4 Model Produk & Aspek Kesan E2, E3, E6 & E8
5 Model Proses & Aspek Strategi D4, D9 & D10
6 Model Konteks & Aspek Audiens B1, B3, B6 & B9
7 Model Produk & Aspek Kesan E4 & E9
8 Model Proses & Aspek Strategi D5
9 Model Proses & Aspek Strategi D7

B9 &B10,
Model Konteks, Input, Proses, Produk, C9 & C10,
10 Syakhsiyyah & Aspek Audiens, Mesej, D9 & D10,
Strategi, Kesan, Personaliti E9 & E10,
F9 & F10

3.6 Kesahan & Kebolehpercayaan Kajian

Kesahan didefinisikan sebagai ketepatan (appropriateness), kebenaran


(truthfulness), bermakna (meaningfulness) dan kebolehgunaan (usefulness)
instrumen yang membolehkan data-data diinferenkan (Fraenkel Jack. R dan
Norman. E. Wallen, 1996: 153). Kesahan juga bermaksud persetujuan antara dua

148
percubaan untuk mengukur trait yang sama secara maksimum dengan kaedah yang
berlainan (Campbell D. & Fiske D., 1959).

Ia juga merujuk kepada sejauh manakah sesuatu instrumen mengukur apa


yang sepatutnya diukur (Alias 1992; Creswell 2002, 2005, 2010; Pallant 2001; Siti
Rahayah 2003; Tuckman 1999). Sesuatu instrumen tersebut dikatakan mempunyai
kesahan yang tinggi jika darjah kebolehannya mengukur apa yang sepatutnya
diukur adalah tinggi (Mohd Majid, 1990).

Ciri utama bagi menentukan kesesuaian dan kebolehgunaan sesuatu


instrumen ialah kesahan dan kebolehpercayaan. Kesahan digunakan untuk
mengukur ketepatan sesuatu ukuran yang digunakan dalam kajian. Kesahan
bertujuan bagi memastikan samada ukuran atau indikator yang digunakan itu
mengandungi semua ciri atau gagasan yang baru adalah dalam konsep yang diukur
itu. Tujuan kesahan instrumen juga ialah bagi menjamin kesahan item-item
(instrumen) agar bersifat (Fraenkel, J.R., and Wallen, N.E., 1996):
(i) Dapat dipertahankan (Defensibility) kerana hasil kajiannya tepat dan
berguna.
(ii) Ketepatan (Accuracy), iaitu dalam menjawab persoalan kajian.
(iii) Kesesuaian (Appropriatetness), iaitu relevan dengan tujuan kajian.
(iv) Bererti (Meaningfulness), iaitu memberi makna terhadap data melalui skor.
(v) Kebolehgunaan (Usefulness), iaitu mampu membuat keputusan berhubung
dengan apa yang cuba dicari atau dihasilkan kerana keputusan dari penilaian
tersebut boleh menyediakan maklumat yang bermakna mengenai tajuk dan
pembolehubah yang hendak diukur untuk menginferenkan data kajian.

Manakala kebolehpercayaan pula ialah satu konsep yang merujuk kepada


ketekalan dan kestabilan sesuatu ukuran atau alat ukur atau kajian atau soalan
secara merentasi masa terhadap sesuatu gagasan. Kebolehpercayaan bertujuan
untuk mengetahui sama ada ukuran itu memberikan jawapan yang sama apabila ia
digunakan untuk mengukur konsep yang sama kepada populasi atau sampel atau
responden yang sama (Sabitha Marican 2005).

149
3.6.1 Kesahan Soal Selidik

Soalan secara dan soalan temu bual yang dibina oleh seseorang pengkaji perlu
diuji kesahan muka dan kesahan kandungannya. Kesahan konstruk sesuatu
soalan secara pula boleh diukur dengan menggunakan nilai korelasi antara skor
setiap item dengan jumlah skor berkenaan. Hal ini dapat dilakukan dengan
menggunakan analisis korelasi Pearson antara skor setiap item dengan jumlah
skor mengikut konstruk yang berkenaan. Kaedah ini adalah bersesuaian
dengan teori yang dikemukakan oleh Abu Bakar (1987) dan Nunnally
(1967). Menurut Abu Bakar (1995) pula, nilai kesahan yang minimum dan
boleh diterima pakai adalah 0.30. Manakala Nunally (1967, 1978) serta
Nunally dan Bernstein (1994) menyatakan bahawa nilai kesahan yang melebihi
0.25 adalah dianggap tinggi.

Bagi Cohen (1988), nilai kesahan antara 0.10 hingga 0.29 dianggap kecil,
nilai kesahan antara 0.30 hingga 0.49 dianggap sederhana dan nilai kesahan
antara 0.50 hingga 1.00 dianggap sebagai tinggi. Selain daripada beberapa
kajian yang dinyatkan di atas, pengkaji juga telah menelaah bersama-sama
dengan penyelia pengkaji berkenaan dengan kosntruk soalan sebagai salah satu
cara untuk mengesahkan soalan-soalan kajian. Dalam konteks kajian ini,
pengkaji merujuk kepada kajian Cohen (1988) dalam menentukan kesahan
kajian.

3.6.2 Kebolehpercayaan Soal Selidik

Kebolehpercayaan pula seringkali dirujuk untuk menggambarkan kestabilan


dan ketekalan dalaman (Creswell 2002, 2005, 2010; Pallant 2001; Sekaran
1992). Nilai Cronbach Alpha pula seringkali dirujuk semasa pengukuran
ketekalan dalaman sesuatu konstruk (Cronbach 1946; Norusis 1977).

150
Nilai Cronbach Alpha yang melebihi 0.60 sering kali diguna pakai sebagai
indeks kebolehpercayaan sesuatu instrumen (Mohd Majid 1990; Pallant 2001;
Siti Rahayah 2003). Bagi Sekaran (1992) pula, nilai kebolehpercayaan yang
kurang daripada 0.60 adalah dianggap rendah dan tidak boleh diterima, nilai
Alfa antara 0.60 hingga 0.80 adalah diterima manakala nilai Alfa yang
melebihi 0.80 adalah dianggap baik. Berdasarkan penerangan di atas, pengkaji
akan menggunakan nilai Cronbach Alpha (1946) bagi menentukan
kebolehpercayaan soalan secara.

3.7 Kajian Rintis

Pengkaji menjalankan kajian rintis terhadap 11 orang mahasiswa Latihan Dalam


Perkhidmatan di Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan dalam program
Sarjana Muda Perguruan Ugama (Usuluddin & Syariah) sesi 2014/2015. Kajian
dijalankan untuk mendapatkan kesahan dan kebolehpercayaan kajian sebelum
menjalankan kajian ke atas responden sebenar. Berikut adalah skor min dan sisihan
piawaian untuk setiap item soalan, jumlah keseluruhan min, jumlah sisihan
piawaian, tahap kesahan, nilai Cronbach Alpha dan tahap kebolehpercayaan (rujuk
Lampiran G untuk pengujian analisis inferens kajian rintis):

151
Jadual 3.15 : Taburan Skor Min dan Sisihan Piawaian, Jumlah Keseluruhan Min,
Jumlah Sisihan Piawaian, Tahap Kesahan, Nilai Cronbach Alpha Dan Tahap
Kebolehpercayaan
Skor Min & Sisihan Piawaian Setiap Bahagian Soalan secara
Tertutup
Item Soalan
Bahagian Bahagian Bahagian Bahagian Bahagian
B C D E F
1
4.73 4.82 4.55 4.36 4.82
(Komponen
(0.97) (0.41) (0.52) (0.67) (0.41)
Informatif)
2
4.73 4.36 4.27 4.18 4.64
(Komponen
(0.65) (1.02) (0.65) (0.75) (0.51)
Informatif)
3 4.73 4.36 4.55 4.55 4.82
(Komponen Persuasif) (0.47) (0.81) (0.52) (0.69) (0.41)

4 4.64 4.55 4.64 4.55 4.73


(Komponen Persuasif) (0.67) (0.69) (0.51) (0.52) (0.47)

5 4.82 3.45 4.82 3.55 3.82


(Model Interaksi) (0.41) (1.37) (0.41) (1.37) (1.25)

6 4.82 4.73 4.27 4.64 4.36


(Model Interaksi) (0.41) (0.47) (0.65) (0.51) (0.67)

7 4.36 4.27 4.55 4.64 4.64


(Model Transaksi) (0.67) (0.47) (0.52) (0.51) (0.51)

8 4.55 4.64 4.27 4.64 4.64


(Model Transaksi) (0.93) (0.51) (0.65) (0.51) (0.51)

9 4.55 4.55 4.82 3.45 3.27


(Faktor PU) (0.69) (0.89) (0.41) (1.21) (1.10)

10 4.64 4.55 4.36 3.73 4.18


(Faktor PU) (0.51) (0.52) (0.81) (1.19) (0.98)

Jumlah Keseluruhan
4.66 4.43 4.51 4.23 4.39
Min

Tahap Min Tinggi Tinggi Tinggi Tinggi Tinggi

Jumlah Sisihan
0.62 0.72 0.57 0.79 0.68
Piawaian

Tahap Kesahan Tinggi Tinggi Tinggi Tinggi Tinggi

Nilai Cronbach Alpha 0.95 0.77 0.89 0.62 0.77

Tahap
Tinggi Sederhana Tinggi Tinggi Sederhana
Kebolehpercayaan

152
Berdasarkan dapatan kajian rintis ini membuktikan bahawa semua item
soalan yang telah dikonstruk dalam borang soalan secara tertutup ini adalah sahih
dan bolehpercaya untuk diteruskan kajian terhadap responden sebenar.

3.8 Prosedur Kajian

Pengkaji terlebih awal telah menelaah kedua-dua soalan secara (terhadap


responden guru dan responden pelajar) bersama dengan penyelia dalam
mengubahsuai laras bahasa dalam setiap item soalan secara agar lebih mudah
difahami, menyelaraskan item soalan dengan objektif kajian serta mengubahsuai
struktur soalan secara kepada bersifat mudah mesra.

Mengenai populasi kajian pula, pengkaji telah berhubung secara atas talian
dengan Ketua Jabatan Pengetahuan Ugama Islam bagi kedua-dua buah sekolah dan
memaklumkan mereka bahawa pengkaji akan melakukan kajian ke atas beberapa
orang guru dan pelajar sebagai sebahagian daripada kajian. Seterusnya, dalam
menentukan jumlah sampel yang perlu direkrut, pengkaji telah mendapatkan
bimbingan dan nasihat daripada penyelia pengkaji. Hasilnya telah dibincangkan di
atas pada jadual 3.2.

Seterusnya pengkaji memohon kebenaran membuat kajian di Sekolah


Menengah Rimba I dan Sekolah Menengah Rimba 2 menerusi surat kebenaran di
Fakulti Syariah, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPUSB).
Setelah mendapat kebenaran, pengkaji menghantarnya kepada pengetua Sekolah
Menengah Rimba 1 dan Sekolah Menengah Rimba 2 bagi memaklumkan tujuan
kajian dijalankan. Setelah itu, pengkaji membuat temu janji dengan ketua Jabatan
Pengetahuan Ugama Islam mengenai pemilihan responden guru Pengetahuan
Ugama Islam (PUI) dan responden pelajar bagi Tahun 11.

153
Kajian ini dijalankan selama beberapa bulan untuk memberi ruang bagi
pengkaji mengumpul dan menganalisis data dan menentukan kesahan dan
kebolehpercayaan skor item. Untuk memastikan kajian ini berjalan dengan lancar,
sistematik dan berstruktur, pengkaji juga sentiasa mendapatkan bimbingan dan
nasihat daripada penyelia pengkaji dan guru-guru berkaitan.

3.9 Prosedur Pengumpulan Data

Pengkaji telah mereka bentuk soalan kajian berdasarkan adaptasi, manipulasi dan
interpretasi daripada kajian McCroskey, J. C. (1970) “Measures of communication-
bound anxiety. Speech Monographs.” Butiran maklumat di dalam borang soalan
secara telah diperolehi daripada perpustakaan, laman sesawang dan daripada
penyelia pengkaji sendiri.

Bagi Komponen Pengucapan Umum, pengkaji memperolehi sumber


daripada buku jurnal“Pengucapan Umum : Strategi dan Kemahiran” dalam bab
“Kecemerlangan dalam Pengucapan Umum” yang dikarang oleh Hj. Selamat pada
tahun 1954. Sementara bagi Model Pengucapan Umum pula, pengkaji
memperolehinya daripada laman sesawang
(https://saylordotorg.github.io/text_stand-up-speak-out-the-practice-and-ethics-of-
public-speaking/s04-02-the-process-of-public-speaking.html). Manakala bagi
Aspek Pengucapan Umum, pengkaji mendapatinya daripada khidmat bimbingan
daripada penyelia pengkaji sendiri.

Objektif kajian telah dikenalpasti bersesuaian dengan latar belakang dan


pernyataan masalah kajian. Penyusunan dan pembahagian item soalan dalam
bahagian soalan secara tertutup dan terbuka adalah disusun berdasarkan model
KIPP dan aspek pengucapan umum yang menjurus ke arah memenuhi objektif
kajian, menjawab persoalan kajian dan menguji hipotesis kajian.. Kaedah yang

154
digunakan untuk menyebarkan soalan secara ialah tadbiran serentak berkumpulan
(Najib, 1999).

Sebelum responden pelajar menjawab borang tersebut, pengkaji terlebih


dahulu memberi penerangan kepada mereka mengenai tujuan kajian dijalankan,
skala yang tertera di dalam soalan secara terperinci dan juga anonimiti status
mereka sebagai responden kajian. Penerangan tentang tiada jawapan yang betul
sebaliknya hanya mengukur kecenderungan responden dalam situasi tersebut
adalah amat ditekankan.

Manakala bagi responden guru pula, setelah mendapat kebenaran dan


keizinan daripada Pengetua Sekolah, Ketua Jabatan Pengetahuan Ugama Islam dan
daripada responden sendiri, pengkaji terus menyerahkan borang soalan secara
kepada tiga orang responden untuk Sekolah Menengah Rimba 1 dan tiga orang
responden lagi untuk Sekolah Menengah Rimba 2.

3.10 Prosedur Penganalisisan Data

3.10.1 Kajian Kuantitatif – Soalan Secara Tertutup Responden Guru &

Pelajar

Data yang dikumpul akan diproses dengan menggunakan program “Statistical


Packages For Social Sciences (SPSS) 22 For Windows‟. Data terkumpul
dianalisis menggunakan kaedah saintifik deskriptif sejajar dengan objektif
kajian.

Setelah mendapatkan semula borang soalan secara tertutup daripada


responden guru dan pelajar, pengkaji memasukkan skor item soalan menerusi
SPSS versi 22. Kajian ini menggunakan dua jenis analisis ketika menganalisis

155
data, iaitu; analisis deskriptif dan analisis inferens. Analisis deskriptif
digunakan untuk menganalisis data responden guru kerana jumlah responden
yang terlibat hanya sedikit (N =6). Analisis ini digunakan untuk menghuraikan
setiap dapatan kajian dalam setiap bahagian soalan secara terbuka. Analisis ini
juga bermanfaat untuk menjadi tambahan maklumat dan eviden yang kukuh
terhadap setiap skor jawapan yang diberikan responden guru dalam soalan
secara tertutup nanti. Jawapan-jawapan responden di dalam soalan secara
terbuka nanti digabungkan sebagai hujah kepada beberapa item soalan di
dalam soalan secara tertutup.

Analisis inferens digunakan untuk membuat pengiraan skor-skor setiap


item soalan untuk mendapatkan min, sisihan piawaian dan nilai Cronbach
Alpha dan carta. Dalam kajian ini, analisis inferens hanya dapat digunakan
dalam mencari dapatan kajian soalan secara tertutup responden pelajar.

3.10.2 Kajian Kualitatif – Soalan Secara Terbuka Responden Guru

Pengkaji memberikan soalan secara terbuka kepada responden-responden guru


secara atas talian untuk dilengkapkan dalam tempoh masa 1 minggu semasa
cuti penggal persekolahan 2018.

Setelah mendapatkan jawapan-jawapan daripada responden-responden


guru, pengkaji kemudian menganalisis jawapan-jawapan responden guru
dengan membuat interpretasi jawapan bagi setiap responden untuk setiap item
soalan yang dikemukakan dalam soalan secara terbuka. Setelah membuat
interpretasi jawapan, pengkaji kemudian menyimpulkan semua jawapan
responden guru untuk setiap item soalan bagi mendapatkan jawapan yang
kukuh terhadap kajian. Jawapan-jawapan interpretasi ini bermanfaat menjadi
sokongan kepada jawapan-jawapan dalam soalan secara tertutup.

156
3.11 Jadual Perlaksanaan Kajian

Berdasarkan daripada penerangan proses kajian dan proses pengumpulan data di


atas, maka jadual 3.16 berikut merupakan jadual perancangan perlaksanaan kajian:

Jadual 3.16 – Jadual Perancangan Perlaksanaan Kajian


AGENDA LOKASI
Januari 2018
Mendapatkan surat kebenaran membuat kajian (rujuk Fakulti Pendidikan,
lampiran A & B) KUPUSB
Perjumpaan dengan Pengetua Sekolah & Ketua Sekolah Menengah
Jabatan Pengetahuan Ugama Islam Rimba 1 & 2
Memberikan soalan secara tertutup kepada responden Sekolah Menengah
pelajar Rimba 1

Memasukkan skor item soalan secara ke dalam SPSS KUPUSB

Memberikan soalan secara tertutup kepada responden Sekolah Menengah


guru Rimba 1

Memasukkan skor item soalan secara ke dalam SPSS KUPUSB

Februari 2018
Memberikan soalan secara tertutup kepada responden Sekolah Menengah
pelajar Rimba 2

Memasukkan skor item soalan secara ke dalam SPSS KUPUSB

Memberikan soalan secara tertutup kepada responden Sekolah Menengah


guru Rimba 2

Memasukkan skor item soalan secara ke dalam SPSS KUPUSB

Mac 2018
Menggabungkan data daripada kedua-dua buah
KUPUSB
sekolah
Memberikan soalan secara terbuka kepada responden Sekolah Menengah
guru Rimba 1 & 2

157
Membuat interpretasi dan rumusan soalan secara
KUPUSB
terbuka responden guru
April 2018
Membuat penganalisisan skor item soalan secara
KUPUSB
tertutup responden guru dan pelajar
Membuat penelitian khas soalan secara terbuka
responden guru terhadap soalan secara tertutup KUPUSB
responden guru
Menyerahkan dapatan kajian kepada penyelia untuk
KUPUSB
penyemakan dan pembetulan

Membuat pembetulan Bab 1, Bab 2 & Bab 3 KUPUSB

Membuat Bab 5 Rumusan dan Cadangan KUPUSB

Mei 2018
Penghantaran pertama kajian yang lengkap (Bab 1 –
KUPUSB
Bab 5) kepada penyelia

Menerima dan membetulkan kajian daripada penyelia KUPUSB

Penghantaran kedua kajian yang sudah diperbetulkan


KUPUSB
(Bab 1 – Bab 5) kepada penyelia
Jun 2018
Penghantaran senaskhah kajian kepada penyelia,
senaskhah kepada Fakulti Syariah dan senaskhah KUPUSB
kepada Perpustakaan

3.12 Kesimpulan

Sebagai kesimpulan, di dalam bab ini pengkaji telah membincangkan metodologi


kajian serta reka bentuk yang dijalankan secara terperinci. Oleh itu adalah
diharapkan agar kajian ini nanti dapat memberikan maklumat-maklumat yang
berguna untuk kajian-kajian yang selanjutnya yang berkaitan dengan kompetensi
pedagogi dan kompetensi pengucapan umum.

158
Pengkaji berharap agar dengan adanya perancangan yang teliti dan teratur,
instrumen-instrumen yang sesuai dengan objektif kajian serta pengumpulan dan
penganalisisan data melalui beberapa metod dapat menyumbang ke arah satu
penemuan yang mutlak; kompetensi pedagogi guru ada perkaitan yang kuat, ampuh
dan bertaut dengan kompetensi pengucapan umum, khususnya dalam Pendidikan
Islam. Ini kerana keberkesanan da’wah terletak kepada kedua-dua kompetensi ini.

159
BAB IV

DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan

Bab ini akan membincangkan tentang keputusan analisis dan dapatan kajian yang
diperolehi melalui soalan secara yang telah diedarkan kepada responden guru dan
pelajar. Data yang diperolehi telah dianalisis dengan menggunakan perisian
Statistical Package for Social Science. Hasil yang telah diperolehi ditunjukkan
dalam bentuk frekuensi (kekerapan), peratus, min, sisihan piawaian, kesahan dan
kebolehpercayaan (menerusi nilai Cronbach Alpha) bagi setiap komponen, model
& faktor pengucapan umum yang dimuatkan dalam model KIPP (Konteks, Input,
Proses, Produk dan Syakhsiyyah sebagai tambahan model) & aspek pengucapan
umum (Audiens, Mesej, Strategi, Kesan & Personaliti).

Pengkaji telah mengkategorikan hasil dapatan kajian ini kepada tiga


bahagian. Bahagian pertama ialah analisis deskriptif latarbelakang responden
(pelajar & guru). Bahagian kedua ialah analisis deskriptif komponen, model dan
faktor pengucapan umum (responden guru & pelajar). Untuk mendapatkan dapatan
dan justifikasi yang kukuh dalam bahagian kedua ini, pengkaji juga mengemukakan
jawapan-jawapan soalan secara terbuka daripada responden-responden guru.
Manakala bahagian ketiga ialah pengujian hipotesis, objektif dan persoalan kajian.

160
4.2 Analisis Deskriptif Latarbelakang Responden

4.2.1 Bahagian A : Maklumat Diri Responden Guru

Dalam bahagian ini, memandangkan jumlah responden guru hanya seramai 6


orang, maka pengkaji tidak menjalankan analisis inferensi, khusus untuk item
(A1) Jantina, (A4) Tahap Pendidikan & (A5) Tahap Penguasaan Bahasa
Melayu. Walaubagaimanapun, untuk mengetahui pernyataan jawapan
responden guru, pengkaji telah membuat analisis deskriptif untuk setiap item
soalan (rujuk lampiran H untuk dapatan SPSS responden guru).

a) (A1) Jantina

Secara umum, dalam kajian ini, seramai 1 orang responden guru adalah lelaki
dan 5 orang responden guru adalah perempuan.

b) (A2) Umur

Jadual 4.1 : Taburan Umur Responden Guru

Responden Umur
R1 40 tahun
R2 42 tahun
R3 37 tahun
R4 39 tahun
R5 37 tahun
R6 37 tahun

161
Jadual 4.1 di atas adalah taburan umur responden guru. Responden 1 berumur
40 tahun dan responden 2 berumur 42 tahun. Manakala responden 3 berumur
37 tahun dan responden 4 pula berumur 39 tahun. Responden 5 dan 6 masing-
masing mempunyai umur yang sama iaitu 37 tahun.

c) (A3) Lama Mengajar

Jadual 4.2 : Taburan Lama Mengajar Responden Guru

Responden Lama Mengajar


R1 14 tahun
R2 12 tahun
R3 17 tahun
R4 12 tahun
R5 10 tahun
R6 11½ tahun

Jadual 4.2 di atas menunjukkan taburan lama mengajar responden guru.


Responden 1 telah lama mengajar selama 14 tahun. Manakala responden 2
telah mengajar selama 12 tahun. Begitu juga responden 3 yang telah mengajar
selama 17 tahun. Bagi responden 4 pula, beliau telah berkecimpung dalam
bidang pengajaran selama 12 tahun. Sementara itu, responden 5 telah
berkhidmat dalam bidang pengajaran selama 10 tahun. Responden 6 pula telah
mengajar selama 11½ tahun. Tuntasnya, responden guru telah mengajar sejak
sekian lama.

162
d) (A4) Tahap Pendidikan

Berdasarkan dapatan yang diperolehi menerusi soalan secara tertutup, semua


responden guru merupakan lepasan peringkat Sarjana Muda. Tidak ada
responden yang mempunyai tahap pendidikan Sarjana dan Diploma Tertinggi.

e) (A5) Tahap Penguasaan Bahasa Melayu

Kajian mendapati seramai 4 orang responden guru dapat menguasai Bahasa


Melayu dengan baik. Manakala seramai 2 orang responden guru pula dapat
menguasainya dengan baik sahaja.

f) (A6) Jawatan

Jadual 4.3 : Taburan Jawatan Responden Guru

Responden Jawatan
R1 Pegawai Pelajaran
R2 Guru Tingkat II
R3 Guru Ugama Terlatiih
R4 Pegawai Pelajaran
R5 Pegawai Pelajarsn
R6 Pegawai Pelajaran

Jadual 4.13 menunjukkan taburan jawatan responden guru. Kajian mendapati


responden 1, 4, 5 dan 6 memegang jawatan sebagai pegawai pelajaran.
Manakala responden 2 merupakan Guru Tingkat II dan responden 3 adalah
Guru Ugama Terlatih.

163
g) (A7) Subjek Diajar

Semua responden guru yang telah dipilih adalah guru-guru yang mengajar
matapelajaran Pengetahuan Ugama Islam dari kalangan Tahun 11.

h) (A8) Masa Pengajaran

Jadual 4.4 : Taburan Masa Pengajaran Responden Guru

Responden Masa Mengajar


R1 9 jam
R2 8 jam 15 minit
R3 10 jam 30 minit
R4 12 jam
R5 12 jam
R6 12 jam

Jadual 4.4 merupakan taburan masa pengajaran responden guru. Responden 1


mempunyai waktu mengajar selama 9 jam. Sementara responden 2 mempunyai
masa mengajar selama 8 jam 15 minit. Manakala responden 3 mempunyai
waktu mengajar selama 10 jam 30 minit. Sementara responden 4, 5 dan 6
mempunyai waktu mengajar selama 12 jam.

164
i) (A9) Bidang Pengajaran

Jadual 4.5 : Taburan Bidang Pengajaran Responden Guru

Responden Bidang Pengajaran


R1 Al-Quran, Hadith, Tauhid, Fiqh & Sejarah
R2 Hadith
R3 Hadith, Tauhid, Fiqh & Sejarah
R4 Hadith, Tauhid, Fiqh & Sejarah
R5 Al-Quran, Hadith, Tauhid, Fiqh & Sejarah
R6 Hadith

Jadual 4.5 di atas menunjukkan taburan bidang pengajaran responden guru.


Kajian mendapati responden 1 dan 5 mempunyai bidang pengajaran yang sama
iaitu al-Quran, Hadith, Tauhid, Fiqh dan Sejarah. Sementara responden 2 dan
6 mempunyai bidang pengajaran yang sama iaitu Hadith. Responden 3 dan 4
pula memiliki bidang pengajaran yang sama iaitu Hadith, Tauhid, Fiqh dan
Sejarah. Kesimpulannya, semua responden memiliki persamaan bidang
pengajaran iaitu Hadith.

4.2.2 Bahagian A : Maklumat Diri Responden Pelajar

Mengenai soalan secara tertutup responden pelajar, pengkaji mendapati


bahawa daripada seramai 160 orang (sasaran responden yang asal), hanya
seramai 149 orang responden pelajar yang dapat memberikan jawapan
terhadap soalan secara tertutup yang telah diedarkan. Maka jumlah responden
yang sahih untuk kajian ini ialah seramai 149 orang. Dengan menggunakan
analisis inferensi dan deskriptif menerusi SPSS, maka berikut adalah hasil
dapatan kajian:

165
a) Jantina

Jadual 4.6 : Taburan Kekerapan dan Peratus Responden Pelajar Mengikut


Jantina

Jantina Kekerapan (f) Peratus (%)


Lelaki 54 36.2
Sahih Perempuan 82 55.1
JUMLAH 136 91.3
JUMLAH KESELURUHAN 149 100.00

Jadual 4.6 menunjukkan taburan kekerapan dan peratus responden mengikut


jantina. Terdapat 54 orang (36.2%) responden pelajar lelaki dan 82 orang
(55.0%) responden pelajar perempuan. Manakala seramai 13 orang responden
(8.7%) tidak menyatakan jantina mereka. Maka jumlah responden yang
menyatakan jantina mereka di dalam bahagian ini ialah seramai 136 orang
(91.3%).

b) Kelas

Jadual 4.7 : Taburan Kekerapan dan Peratus Responden Pelajar Mengikut


Kelas

Sekolah Kelas Kekerapan (f) Peratus (%)


11 Sains 13 16.5
11R 18 22.8
Sekolah 11I 22 27.8
Menengah
11D 6 7.6
Rimba 1,
Gadong 11E 20 25.3

JUMLAH 79 100

166
11 Sains 18 25.7
11G2 19 27.2
Sekolah
Menengah 11A2 15 21.4
Rimba 2, 11A3 8 11.4
Gadong
11A4 10 14.3
JUMLAH 70 100
JUMLAH KESELURUHAN 149 100

Jadual 4.7 di atas menunjukkan taburan kekerapan dan peratus responden


mengikut kelas. Bagi Sekolah Menengah Rimba 1, Gadong, kelas 11 Sains
mempunyai 13 orang (16.5%) responden pelajar, manakala kelas 11 R
mempunyai 18 orang (22.8%) pelajar dan kelas 11I mempunyai 22 orang
(27.8%) responden pelajar. Bagi kelas 11D, seramai 6 orang (7.6%) responden
pelajar dan seramai 20 orang (25.3%) responden pelajar terdiri dari kelas 11E.

Bagi Sekolah Menengah Rimba 2, Gadong, kelas 11 Sains mempunyai


18 orang (25.7%) responden pelajar, kelas 11G2 mempunyai 19 orang (27.2%)
responden pelajar, kelas 11A2 mempunyai 15 orang (21.4%) responden
pelajar. Manakala kelas 11A3 mempunyai 8 orang (11.4%) responden pelajar
dan kelas 11A4 mempunyai 10 orang (14.3%) responden pelajar.

167
c) Umur

Jadual 4.8 : Taburan Kekerapan dan Peratus Responden Pelajar Mengikut


Umur

Umur Kekerapan (f) Peratus (%)


12-14 tahun 1 0.6
15-17 tahun 123 76.9
Sahih
18-20 tahun 3 1.9
JUMLAH 127 79.4
JUMLAH KESELURUHAN 149 100.0

Jadual 4.8 menunjukkan taburan kekerapan dan peratus responden mengikut


umur. Seramai 1 orang (0.6%) responden berusia 12 – 14 tahun. Manakala
seramai 123 orang (76.9%) responden berumur 15 – 17 tahun dan seramai 3
orang (1.9%) berusia 18 – 20 tahun. Sementara itu, seramai 22 orang (14.8%)
tidak menyatakan umur mereka. Maka, jumlah responden yang menyatakan
umur mereka dalam kajian ini ialah seramai 127 orang (79.4%).

d) Nama Guru Pengetahuan Ugama Islam (PUI)

Jadual 4.9: Taburan Pembahagian Kelas Mengikut Nama Responden Guru


Responden Kekerapan Peratus
Sekolah Kelas
Guru (f) (%)
11 Sains 18 25.7
R1
11A4 10 14.3
Sekolah
Menengah 11G2 19 27.2
R2
Rimba II, 11A3 8 11.4
Gadong
R3 11A2 15 21.4
JUMLAH 70 100

168
11R 18 22.8
R4 11D 6 7.6
Sekolah
Menengah 11E 20 25.3
Rimba I, R5 11Sains 13 16.5
Gadong
R6 11I 22 27.8
JUMLAH 79 100
JUMLAH KESELURUHAN 149 100

Jadual 4.9 menunjukkan taburan pembahagian kelas mengikut nama


responden guru. Bagi Sekolah Menengah Rimba II, kelas 11 Sains dan 11A4
berada di bawah kawalan responden guru 1. Kelas 11G2 dan 11A3 pula diajar
oleh responden guru 2. Sementara responden guru 3 mengajar kelas 11A2.
Bagi Sekolah Menengah Rimba 1 pula, kelas 11R, D & E diajar oleh responden
guru 4. Responden guru 5 pula mengajar kelas 11 Sains dan kelas 11I diajar
oleh responden guru 6.

169
4.3 Analisis Deskriptif Komponen, Model & Faktor Pengucapan Umum

4.3.1 Kajian Responden Guru - Data Kualitatif (N = 6)

Jadual 4.10 : Dapatan Kajian Soalan secara Terbuka Responden Guru


Soalan 1

1. Apakah bentuk isi pelajaran Pengetahuan Ugama Islam yang


relevan dan bermanfaat pada pandangan abiskita & bagaimana
cara abiskita menyampaikannya?

Subjek Pengetahuan Ugama Islam memang sudah relevan kerana


kebanyakan sukatan pelajaran Pengetahuan Ugama Islam di sekolah
menengah juga ada dipelajari di sekolah ugama dan sekolah rendah
R1
secara tidak langsung. Cara penyampaiannya ialah dengan
menggunakan pelbagai kaedah dan teknik dan strategi mengikut
sesuatu topik yang diajarkan.

Bentuk isi pelajaran Pengetahuan Ugama Islam yang relevan dan


banyak manfaatnya ialah dalam Bahagian Hadith, ini memandangkan
satu khazanah peninggalan Nabi Muhammad kepada umatnya, tidak
banyak remaja dan belia yang menguasai hadith nabi ini, takut-takut
R2
suatu hari ia akan pupus dan tidak dimanfaatkan. Adapun cara
penyampaian yang lebih sesuai dalam pengajaran hadith ini dengan
cara hafalan matan dan terjemahannya serta mengaitkan isi ceritanya
dengan kehidupan seharian.
 Pelajaran Tauhid iaitu tentang ketuhanan, kepercayaan,
perselisihan pendapat, tanda-tanda kiamat, perkara-perkara samiyat
 Pelajaran Haji dari segi pengalaman dalam melaksanakan ibadah
haji atau umrah
 Pelajaran sejarah mengenai kisah-kisah sejarah para khalifah yang
berkaitan antara satu sama lain terutama riwayat hidup
 Dalam pengajaran hadith dan tafsir yang berkaitan dengan
kehidupan seharian atau keadaan sekeliling.
R3
 Isi-isi yang mengandungi fakta.

CARA PENYAMPAIAN:
 Saya mengarahkan pelajar untuk menyampaikan. (berpusatkan
kepada pelajar)
 Pelajar diberikan tajuk yang bakal mereka pelajari minggu hadapan
 Membaca isi tajuk tertentu
 Menyediakan dengan menyenaraikan isi-isi penting

170
 Membina soalan
 Mengemukakan soalan agar pelajar dapat memberikan isi-isi yang
terkandung.
 Memutar belitkan soalan untuk menguji kefahaman mereka
 Menetapkan masa untuk pelajar menyampaikan
 Memastikan penyampaian pelajar adalah betul dan tidak terkeluar
dari maksud tajuk/isi.
 Jika pelajar tidak dapat menyampaikan dengan betul atau kurang,
saya akan menambah atau membetulkannya.

Bagi pendapat saya, Isi pelajaran Subjek IRK yang ada pada masa ini
adalah relevan kepada pelajar. Cikgu cuba menyampaikankannya
R4 dengan memasukkan Penerapan Nilai dan mengaitkannya dengan
kehidupan pelajar atau isu-isu semasa pada masa sekarang,
terutamanya isu semasa yang berlaku di Brunei Darussalam.

Bentuk isi pelajaran Pengetahuan Ugama Islam yang relevan pada


pendapat saya adalah yang berunsur nasihat dan pengertian yang padat.
R5
Cara menyampaikannya ialah dengan berceramah dan mengadakan
aktiviti.

Pelajaran IRK bahagian Fiqh contoh topik haji untuk menyampaikan


tajuk ini kita banyak mendapat bahan atau maklumat samada segi
R6
praktikal atau gambar untuk di ajar atau di tonton oleh pelajar untuk
memahami dan mengikuti

Jadual 4.10 di atas merupakan dapatan kajian soalan secara terbuka responden
guru bagi soalan 1. Berdasarkan dapatan tersebut, dapatlah disimpulkan
bahawa semua responden sebulat suara menyatakan matapelajaran
Pengetahuan Ugama Islam (Al-Quran, Hadith, Tauhid, Fiqh dan Sejarah)
adalah relevan dan bermanfaat dengan sebab kepentingannya dalam membina
syakhsiyyah seorang Muslim yang unggul melalui kaedah pengajaran yang
bervariasi dari masa ke semasa sesuai dengan tuntutan tajuk yang hendak
diajar, keadaan pelajar dan waktu perlaksanaan.

171
Jadual 4.11 : Dapatan Kajian Soalan secara Terbuka Responden Guru
Soalan 2
2. Bagaimanakah cara abiskita mempamerkan kewibawaan &
keterampilan abiskita semasa menyampaikan pengajaran agar
disukai, dipercayai dan diyakini oleh pelajar?
Mesti yakin, jelas serta menguasai tajuk yang diajarkan atau
R1
disampaikan dan cukup persediaan.
Saya sering menggunakan bahasa yang mudah difahami dengan
R2
menyelitkan cerita-cerita umum.

 Keyakinan diri yang mantap


 Ilmu yang mencukupi
 Penyampaian yang penuh semangat
R3  Dapat memberikan bukti / dalil dan sebagainya
 Sekali sekala membuat lawak yang bersesuaian dengan tajuk
 Berkongsi contoh tauladan atau pengalaman
 Cara berpakaian guru juga memainkan peranan penting

Saya menggunakan Slides untuk memudahkan pelajar memahami


sesuatu Isi Pelajaran. Atau saya mengongsikan gambar-gambar yang
R4 berkaitan dengan tajuk di dalam Slides saya ( supaya pelajar lebih
memahami contoh yang cikgu berikan ). Atau saya mengongsikan
video berkaitan.

Cara saya mempamerkan kewibawaan dan keterampilan saya semasa


menyampaikan pengajaran agar disukai, dipercayai dan diyakini oleh
R5
pelajar adalah dengan lebih konfiden dan dengan mendatangkan
contoh-contoh semasa

1/ Dengan menunujukkan pernampilan seorang guru yang yakin


untuk menyampaikan pengajaran
2/ Mempunyai banyak persediaan dengan keadah pengajaran
R6
pelbagai dengan aktiviti
3/ Melihatkan bahan-bahan bukti yang sahih atau maklumat yang
sahih untuk di percayai pelajar

Jadual 4.11 di atas merupakan dapatan kajian soalan secara terbuka responden
guru bagi soalan 2. Secara keseluruhannya, semua responden menyatakan
bahawa keyakkinan diri, persiapan rapi, potensi menguasai bahan-bahan
pengajaran merupakan perkara-perkara yang mendorong mereka untuk lebih
berwibawa dan berketerampilan agar pengajaran mereka disukai, dipercayai
dan diyakini pelajar-pelajar.

172
Jadual 4.12 : Dapatan Kajian Soalan secara Terbuka Responden Guru
Soalan 3
3. Menurut pandangan abiskita, bagaimana cara abiskita
menyampaikan sesuatu isi pelajaran sesuai dengan tahap
intelektual pelajar-pelajar?
Dengan menggunakan kaedah-kaedah pembelajaran abad ke-21 dan
R1 aktiviti yang dijalankan itu menarik minat pelajar untuk turut serta
dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran mereka

Pandangan saya, ia perlu kepada soal jawab yang berterusan dan


R2
interaksi serta komunikasi yang berkesan dan baik.
 Tahap intelektual pelajar yang tinggi / sederahana :
 Menyampaian ilmu tambahan jika perlu.
 Pelajar membuat kajian sendiri dengan mengikut bimbingan
atau arahan yang guru berikan.
 Pelajar sendiri membina soalan
 Pelajar membuat perbincangan sesama rakan di dalam
kumpulan masing-masing.
 Pelajar bertukar-tukar idea dan isi sesama rakan yang lain.
 Guru memastikan pelajar menyampaikan tidak keluar tajuk.
 Guru hanya sebagai pemudahcara didalam pembelajaran dan
pengajaran di dalam kelas.
R3  Berdebate jika perlu.

 Tahap intelektual pelajar yang rendah:


 Isi-isi penting sahaja yang disampaikan
 Gaya bahasa yang mudah difahami pelajar
 Pelajar diberikan bimbingan / 1:1
 Pelajar diberikan soalan mengikut aras mereka.
 Jika di dalam kumpulan yang bercampur tahap intelektual,
pelajar aras ini dibimbing oleh rakan mereka yang tahap
intelektual tinggi.
 Diberikan pelbagaikan aktiviti kerana tahap pelajar ini lebih
suka kepada aktiviti daripada kaedah syarahan.
Pelajar yang High Ability Students : cikgu kongsikan mereka soalan
Past Year Papers ( dan mereka boleh belajar sendiri dengan sedikit
saja bantuan cikgu )

Pelajar yang Low Ability Students : cikgu banyak menggunakan


R4 teknik : fokus kepada KATA KUNCI/ Keywords . Cikgu juga akan
take my time / tidak tergesa-gesa untuk menghabiskan satu-satu tajuk
jika mereka belum faham. Cikgu akan ulang beberapa kali pelajaran
tersebut sehingga mereka faham pelajaran itu dan mencapai objektif
pengajaran, kemudian baru cikgu berpindah kepada tajuk yang
baharu.

173
R5 Saya perlu memberi pengajaran mengikut kaedah berceramah
Waktu pembelajaran dari situ guru dapat memberi kumpulan pelajar
mengikut tahap-tahap pelajar agar pengajaran itu dapat di ikuti
R6
mengikut tahap kemampuan pelajar dengan mengubah arasan soalan
untuk diajukan

Jadual 4.12 di atas merupakan dapatan kajian soalan secara terbuka responden
guru bagi soalan 3. Secara keseluruhannya, semua responden menyatakan
bahawa mereka menggunakan variasi kaedah dan aktiviti pengajaran sesuai
dengan tahap intelektual pelajar-pelajar.

174
Jadual 4.13 : Dapatan Kajian Soalan secara Terbuka Responden Guru
Soalan 4
4. Bagaimana abiskita dapat memastikan bahawa setiap apa
yang abiskita sampaikan benar-benar difahami dan
diaplikasikan oleh pelajar-pelajar?
R1 Melalui soaljawab, latihan, ujian dan peperiksaan

Melalui latihan kerja kelas, soalan-soalan secara random semasa


R2 pembelajaran dijalankan dan ketika ingin memulakan pengajaran
baru diulang semula pelajaran yang lalu.

 Ditanya kepada pelajar beberapa soalan mengenai apa yang telah


disampaikan
 Diputar belitkan soalan
R3  Dinilai dengan latihan bertulis
 Pelajar dapat mendemokan semula atau melakukan simulasi
 Diberikan satu senario / permasalahan untuk pelajar selesaiakan
 Pelajar dapat memberikan cadangan atau pandangan atau idea
Di dalam kelas, ada dituliskan Langkah Kejayaan ( Steps To
Success ).
R4
Jika pelajar mencapai objektif pada hari tersebut, cikgu berpendapat
pelajar sudah memahami pelajaran pada hari tersebut.
Saya akan memberi sesi soaljawab selepas pembelajaran dan
R5
memberi latihan bertulis
Dengan mengajukan soalan kepada pelajar setelah abis belajar.
Atau dengan mengadakan aktiviti melihat dari hasil aktiviti dan juga
R6
dengan memberi latihan hafalan secara bertulis dengan melihat
merkah yang d perolehi setiap pelajar

Jadual 4.13 di atas merupakan dapatan kajian soalan secara terbuka responden
guru bagi soalan 4. Secara keseluruhannya, semua responden menyatakan
untuk memastikan setiap pengajaran mereka benar-benar dikuasai pelajar-
pelajar ialah dengan menggunakan kaedah soaljawab dan latihtubi.

175
Jadual 4.14 : Dapatan Kajian Soalan secara Terbuka Responden Guru
Soalan 5

5. Apakah bentuk persiapan yang abiskita lakukan dalam


memastikan abiskita menggunakan tatabahasa yang mudah
difahami oleh pelajar-pelajar semasa mengajar?

Persediaan mengajar mesti tersusun kemas, faham akan isi pelajaran


R1
yang hendak diajarkan

Seperti biasa persiapan dalam menyediakan persediaan mengajar


R2
yang teratur dan pengguasaan isi pelajaran yang mantap.

 Merangka dan Mengenal pasti bahan yang akan disampaikan


 Memahami isi-isi pelajaran / kandungan
R3
 Menggunakan bahasa mudah / bahasa pasar dalam penyampaian
 Mengenal pasti keadaan pelajar yang bakal di ajar.

Saya menggunakan slide. Di dalam slide itu, saya bold kan poin
R4 poin penting pelajaran ( supaya pelajar faham dan tatabahasa sya
betul ketika menyampaikan )
Dengan memasukkan bahasa yang mudah difahami oleh pelajar-
R5
pelajar

Dengan menyediakan setiap langkah-langkah pengajaran dengan


R6
menyediakan isi atau tpik yang hendak di utarakan atau di bicarakan

Jadual 4.14 di atas merupakan dapatan kajian soalan secara terbuka responden
guru bagi soalan 5. Secara keseluruhannya, semua responden menyatakan
bahawa dalam memastikan tatabahasa yang akan digunakan semasa
pengajaran nanti dapat difahami pelajar-pelajar, responden-responden ini ada
menyediakan persediaan menagajrn yang rapi yang dilengkapi dengan
langkah-langkah pengajaran agar bahasa pengajaran mereka nanti tidak
tersasar daripada objektif pengajaran.

176
Jadual 4.15 : Dapatan Kajian Soalan secara Terbuka Responden Guru
Soalan 6

6. Bagaimanakah cara abiskita menggunakan kompetensi


pedagogi pengucapan umum terhadap matapelajaran yang
mengandungi banyak fakta seperti Sejarah?
Dengan menggunakan kaedah penceritaan, perbincangan dan perlu
R1
faham akan jalan cerita
Biasanya dilihat kepada pelajar yang petah bercakap, pengguasaan isi
R2
pelajaran dengan cara meringkaskan isi kandungannya.
 Memahami
R3
 Memilih bahan yang sesuai
Saya ada menggunakan kaedah pembentangan. Pelajar
R4
membentangkan isi pelajaran, terutama Sejarah.

R5 Dengan kaedah bercerita


Dengan penggunaan ‘mind-mapping’ atau dengan time line atau
R6
secara coloumn

Jadual 4.15 di atas merupakan dapatan kajian soalan secara terbuka responden
guru bagi soalan 6. Secara keseluruhannya, semua responden menyatakan
bahawa untuk memantapkan kompetensi pedagogi pengucapan umum dalam
mengajar matapelajaran yang banyak fakta, responden-responden ini lebih
menjurus ke arah kaedah bercerita, pembentangan dan pembentangan
berpusatkan pelajar.

177
Jadual 4.16 : Dapatan Kajian Soalan secara Terbuka Responden Guru
Soalan 7

7. Jika abiskita tinggal di kawasan bandar, bagaimana cara


pengajaran persuasif (pemujukan) abiskita terhadap pelajar-
pelajar yang bukan tinggal di kawasan bandar?
Dengan menggunakan kaedah “one-to-one” dan melibatkan mereka
R1
dalam aktiviti di dalam kelas untuk membiasakan mereka

Dengan memperlihatkan keterampilan guru, penggunaan alat bantu


R2 mengajar yang bersesuaian iaitu yang mudah difahami serta dapat
menarik minat pelajar belajar.
 Memberikan kata-kata semangat atau motivasi / token
 Memahamkan keadaan sekeliling mereka dengan keadaan mereka
pada ketika itu.
R3  Mengambil perhatian dan perihatin dengan latar belakang pelajar
 Layanan yang sama diberikan
 Menggunakan bahasa yang halus
 Kepercayaan
Kaitkan pelajaran dengan kehidupan mereka, sebut perkara yang
R4
mereka suka.

R5 Mengajar dengan mengikut tahap kemampuan pemikiran mereka

Memberitahu kepada pelajar betapa pentingan ilmu itu untuk di


R6 tuntut. Dengan ada nya ilmu ianya sebagai pelaburan bagi individu di
masa hadapan.

Jadual 4.16 di atas merupakan dapatan kajian soalan secara terbuka responden
guru bagi soalan 7. Secara keseluruhannya, semua responden menyatakan
bahawa cara pengajaran persuasif mereka ialah dengan mengaitkan dan
memahamkan isi pelajaran dengan psikologi kehidupan pelajar, mewujudkan
alat-alat bantu mengajar dan saling mengingati pelajar tentang kepentingan
ilmu pengetahuan.

178
Jadual 4.17 : Dapatan Kajian Soalan secara Terbuka Responden Guru
Soalan 8

8. Bagaimana cara abiskita mewujudkan interaksi terhadap setiap


pelajar semasa mengajar?

Menggunakan dua hala dan melibatkan pelajar dalam aktiviti


R1
pengajaran dan pembelajaran.

Diadakan pelbagai aktiviti seperti kuiz, soal jawab, soalan latih tubi
R2
dan sebagainya.

 Eye contact
 Gesture
 Bagi salam ketika masuk
 Bertanyakan khabar / keadaan / kesihatan / serapan pelajar.
 Bertanyakan keramaian yang hadir dan siapa yang tidak hadir
 Pelajar menyelesaikan kerja yang diarahkan untuk membuat
R3
kajian / ulangkaji dan sebagainya
 Membawa sesuatu barang / objek / benda yang menjadi tanya
pelajar ketika masuk di dalam kelas. (menarik perhatian pelajar)
 Mengemukakan beberapa soalan kepada pelajar yang kurang
mengambil perhatian.
 Menggunakan alat bantu mengajar yang bermacam-macam.

R4 Aktiviti berkumpulan

Saya akan memberi perhatian kepada pelajar dan membawa hal


R5
ehwal semasa

Mewujudkan kemesraan pelajar dengan guru.tidak menunjukkan


R6 garang atau muka serius. Mendengar pendapat pelajar dan memberi
peluang kepada pelajar untuk memberi idea

Jadual 4.17 di atas merupakan dapatan kajian soalan secara terbuka responden
guru bagi soalan 8. Secara keseluruhannya, semua responden menyatakan
bahawa cara mewujudkan interaksi dengan pelajar-pelajar ialah dengan
menggunakan pelbagai kaedah pengajaran abad ke-21 kerana ada unsur
pembelajaran interaktif.

179
Jadual 4.18 : Dapatan Kajian Soalan secara Terbuka Responden Guru
Soalan 9
9. Bagaimana cara abiskita melaksanakan kaedah perbincangan,
berkumpulan dan sumbangsaran semasa mengajar?
R1 Menggunakan kaedah Jigsaw, Carousel atau Gallery Walk

Hendaklah menetapkan waktu yang diperuntukkan lebih awal agar


R2
tidak melebihi masa yang ditetapkan.

 Menerangkan objektif yang akan dicapai


 menerangkan langkah yang perlu pelajar ketahui dan ikuti arahan
 memberikan tajuk / sub-tajuk yang bakal dibincangkan oleh
setiap kumpulan
 Pelajar mengeluarkan / menyenaraikan isi-isi penting.
 Memastikan pelajar memberikan kerjasama di dalam kumpulan
 Perlunya pembahagian tugasan di dalam kumpulan agar semua
R3
terlibat.
 Setiap kumpulan perlu membina beberapa soalan untuk
dikongsikan kepada kumpulan lain.
 Guru hanya menambah dan membetulkan dari hasil
perbincangan dan sebagainya.
 Pelajar berkongsi rakan atau kumpulan lain dengan memberikan
idea, cadangan atau pandangan
Contoh:
Saya pernah mengajar Tajuk : Khalifah Abu Jaafar Al Mansur.
Objektif pengajaran saya ialah : Pelajar membina Akronim dari
Jasa-jasa Khalifah Abu Jaafar Al Mansur dan bentangkan.
{Khalifah Abu Jaafar Al Mansur, jasanya yang utama ialah
membina Round City of BAGHDAD dan membina House of
Wisdom/ Baitul Hikmah }

Pelajar duduk dalam 5 kumpulan [ satu kumpulan 4 orang ]


SET INDUKSI [ 5 minit ]
Saya memulakan pelajaran dengan soalan dari Miss Universe’s
R4
Question and Answer Session.
“What the biggest contribution of your country to the entire world?’
Setiap kumpulan diberikan SATU PAPER MAGNET dan
MARKER
Setiap kumpulan berbincang dan menuliskan Apa sumbangan
terbesar Brunei Darussalam terhadap Dunia. Setelah 3 minit, saya
ambil Paper Magnet dan lekatkan di White Board dan
mengongsikan jawapan mereka
[Kebanyakan jawapan setiap kumpulan hampir sama , iaitu minyak
dan gas ]

180
Kemudian saya kongsikan Jawapan dari salah seorang contestant
Miss Universe 2016
Miss Jamaica : Jamaica is the home for Usain Bolt and Bob
Marley. Usain Bolt is the fastest man on earth and Bob Marley is
the founder of Reaggae Music.

“Nah, kalau Jamaica ada Usain Bolt dan Bob Marley untuk
dibanggakan. Kitani Brunei Darussalam ada siapa untuk
dibanggakan?” Pelajar menjawab : KDYMM
Kemudian cikgu pun mengongsikan jasa-jasa KDYMM terhadap
dunia. Selepas itu cikgu memulakan pengajaran.

PENGAJARAN [ 10 minit ]
Cikgu terangkan Jasa-jasa Khalifah Abu Jaafar Al Mansur, yang
terdapat dalam Buku Teks. Kemudian cikgu mengongsikan SATU
TAYANGAN VIDEO [diambil dari History Channel : “ Ancient
Top 10 : episode ke 9 : Top 10 Ancient Metropolis] mengenai
Khalifah Abu Jaafar Al Mansur .

Kemudian cikgu memberi masa kepada pelajar , untuk membina


AKRONIM dari Jasa-jasa Khalifah Abu Jaafar Al Mansur, dan
selepas itu bentangkan.

AKTIVITI PENGAJARAN
[MEMBUAT AKRONIM 10 minit, PEMBENTANGAN dari lima
kumpulan 25 minit]

Sewaktu pembentangan,setiap kumpulan diberikan satu borang


untuk menilai pembentangan kawan mereka. [ Borang Penilaian
Rakan Sebaya ]
 Saya memilih Set Induksi tersebut ialah kerana : Saya cuba
untuk mengaitkan, pengetahuan sedia ada mereka iaitu mengenai
KDYMM dan Brunei denganPengetahuan mereka yang baru, iaitu
mengenai Abu Jaafar Al Mansur dan Baghdad
 Saya memilih Aktiviti Berkumpulan dan Perbincangan , untuk
menerapkan sifat kerjasama di dalam kumpulan
 Saya memilih Aktiviti Perbincangan , untuk menerapkan
Keyakinan Diri untuk bercakap di khalayak ramai
 Saya memberi pelajar “Borang Penilaian Rakan Sebaya” supaya
mereka 1/tetap fokus dalam Aktiviti, 2/supaya mereka ada
tanggungjawab untuk memberi perhatian di dalam kelas, 3/supaya
mereka boleh memberi maklum balas yang boleh memperbaiki
pembentangan rakan mereka.
 Saya memilih Aktiviti Membina Akronim, supaya menggilap
kreativiti mereka

181
Saya akan mengumpukkan 5-6 orang pelajar dan memberi tajuk dan
R5
memastikan setiap pelajar bekerjasama

Contoh dalam pelajaran hadis : kemudahan dalam islam yang


mempunyai 4 dasar. Membagi pelajar untuk membuat 4 kumpulan
R6 dengan memberikan satu kumpulan 1 topik. Memcari bahan isi poin
bagi setiap topik. Sesi presentation dan perbincangan jawapan yang
diberikan betul atau salah

Jadual 4.18 di atas merupakan dapatan kajian soalan secara terbuka responden
guru bagi soalan 9. Secara keseluruhannya, semua responden menyatakan
bahawa cara melaksanakan kaedah perbincangan, berkumpulan dan
sumbangsaran semasa mengajar ialah dengan menggunakan kaedah-kaedah
pembelajaran abad ke-21 menerusi pembahagian pelajar-pelajar kepada
beberapa kumpulan, kemudian memberikan sub tajuk kepada setiap kumpulan
untuk dibincangkan dan dibentangkan atas bimbingan responden guru.

182
Jadual 4.19 : Dapatan Kajian Soalan secara Terbuka Responden Guru
Soalan 10

10. Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan


pengucapan umum semasa abiskita mengajar?
Intonasi suara mesti jelas, pergerakan tubuh badan juga mestilah
R1 dengan penuh keyakinan, isi pelajaran yang disampaikan itu tidak
terlalu meleret

Kurangnya kawalan disiplin pelajar dalam pengajaran sehingga


R2
menimbulkan konsep tidak hormat sesama rakan lain.

 Keyakinan diri
 Bersedia / siap sedia
 Ilmu pengetahuan yang mencukupi
 Mengaitkan isi dengan keadaan sekeliling atau kehidupan
seharian yang dilalui atau pengalaman.
 Mempelbagaikan teknik penyampaian mengikut keadaan pelajar
 Tekanan suara yang berbeza / antonasi /alunan suara
 Pernafasan yang baik (tidak panik)
R3  Gaya bahasa yang mudah difahami
 Gerak geri badan/ tangan dan experasi muka
 Tentangan mata (eye contact)
 Merangka ucapan yang akan disampaikan
 Menyediakan butiran penyampaian
 Latihan / prakatis
 Hafal (ingat) dan lancar bahan yang disampaikan.
 Dapat memberikan jawapan ketika sesi soal jawab

R4 Kurang kemahiran dalam menyampaikan dalam Bahasa melayu baku

Pelajar memberi kerjasama, pelajar mudah memahami dan pelajar


R5
cepat faham
Keikhlasaan, kejujuran, niat, bertimbang rasa, kondusif yang baik,
R6 keterampilan guru, penyampai yang baik, mewujudkan kemesraan di
dalam kelas

Jadual 4.19 di atas merupakan dapatan kajian soalan secara terbuka responden
guru bagi soalan 10. Secara keseluruhannya, semua responden menyatakan
bahawa faktor-faktor mempengaruhi keberkesanan pengucapan umum semasa
mengajar adalah faktor perwatakan guru yang melibatkan aspek suara, imej
diri, kontak mata. Selain daripada itu, faktor batin juga diambilkira seperti

183
keikhlasan, kejujuran, sifat-sifat mahabbdah dalam mengajar. Faktor pelajar
juga menjadi antara perkara yang boleh mempengaruhi keberkesanan
pengucapan umum.

4.3.2 Kajian Responden Guru – Data Kuantitatif (N = 6)

Dalam meraih jawapan yang kukuh terhadap setiap item soalan dalam soalan
secara tetutup responden guru, pengkaji menggabungkan dapatan kajian soalan
secara tertutup dengan jawapan-jawapan responden guru dalam soalan secara
terbuka sebagai satu eviden dan jawapan sokongan kepada beberapa item
soalan dalam soalan secara terbuka. Dalam bahagian ini, pengkaji tidak
menggunakan analisis inferensi kerana jumlah responden guru hanya sedikit.
Pengkaji menggunakan analisis deskriptif untuk menghuraikan setiap dapatan
kajian. Merujuk lampiran H, berikut adalah hasil dapatan kajian untuk setiap
bahagian:

a) Bahagian B : Model Konteks & Aspek Audiens

Secara keseluruhannya, semua responden menyatakan persetujuan mereka


tentang aspek audiens menerusi kesemua 10 item soalan dalam bahagian ini.
Beberapa item soalan dalam bahagian B soalan secara tertutup ini disokong
kuat oleh jawapan-jawapan responden dalam soalan secara terbuka.

Secara khususnya, pada item soalan B1, semua responden menyatakan


bahawa mereka bersetuju untuk memberikan isi-isi pembelajaran yang penting
agar pelajar-pelajar mudah belajar. Hal ini dapat dikukuhkan melalui soalan
secara terbuka responden guru pada item soalan nombor 6 yang menyatakan
bahawa mereka cenderung untuk menggunakan kaedah bercerita,

184
pembentangan dan pembentangan berpusatkan pelajar sebagai wadah untuk
menekankan isi-isi pembelajaran yang penting. Sementara pada item B2,
semua responden bersetuju bahawa mengajar secara kreatif dapat menyuntik
semangat pembelajaran pelajar-pelajar.

Bagi item B3 pula, semua responden bersetuju bahawa pelajar-pelajar


akan suka belajar jika responden dapat menyelitkan hujah yang logik dan
disokong dengan bahan-bahan tambahan yang konkrit sesuai dengan jawapan
mereka dalam item soalan nombor 3 pada soalan secara terbuka, bahawa
responden guru akan memberikan ilmu tambahan sambil pelajar-pelajar
membuat kajian sendiri dengan mengikut bimbingan guru. Tambahan lagi,
pelajar-pelajar yang tahap kognitifnya rendah akan dibantu oleh rakan-rakan
mereka yang mempunya daya intelektual yang tinggi. Pada item B4, keenam-
enam responden guru menyatakan bahawa mereka setuju untuk mendidik
secara perlahan-lahan, selamat dan sempurna terhadap pelajar-pelajaryang
mempunyai perbezaan ugama dan kepercayaan.

Responden guru juga bersetuju bahawa pengenaan intonasi suara amat


penting dalam menekankan isi pelajaran untuk item B5 dan untuk item B6,
responden bersetuju untuk membantu membentuk kemahiran berfikir dalam
kalangan setiap pelajar. Hal ini dapat dibuktikan menerusi soalan secara
terbuka pada item soalan nombor 6 yang menyatakan bahawa responden guru
menggunakan kaedah peta minda untuk dibentangkan, kemudian memberikan
soalan-soalan mengikut aras kesukaran kognitif untuk dibincangkan sama-
sama di dalam kelas.

Responden juga bersetuju untuk memastikan setiap pelajar bertukar


pendapat sesama mereka setiap kali mengajar sebagaimana hal ini dinyatakan
oleh responden terhadp item soalan B7. Untuk item B8 pula, responden
menyatakan bahawa mereka perlu memberikan ransangan dan ganjaran kepada
mana-mana pelajar yang aktif dalam pembelajaran.

185
Kemudian, pada item B9, semua responden sepakat menyatakan bahawa
guru-guru yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang pengucapan umum
menjadikan pelajar-pelajar lebih mudah faham. Hal ini sejajar dengan jawapan
responden pada item soalan nombor 10 soalan secara terbuka yang menyatakan
bahawa faktor kurang kemahiran penguasaan Bahasa Melayu adalah antara
perkara yang mendorong kepada pertambahan pengalaman dalam pengucapan
umum. Akhir sekali, untuk item B10, semua responden sebulat suara
mengatakan bahawa pedagogi mereka perlu lebih luwes dan fleksibel khusus
terhadap pelajar-pelajar yang berbeza tahap intelektual. Hal ini dapat
dibuktikan menerusi soalan secara terbuka yang diajukan kepada responden
pada item soalan nombor 3. Dalam hal ini, responden-responden menyatakan
bahawa mereka menggunakan kaedah pengajaran berpusatkan pelajar sesuai
dengan tuntutan Sistem Pendidikan Negara abad ke-21, menggunakan kaedah
soal jawab dengan pelbagai aras soalan, menyampaikan ilmu tambahan dan
sebagai pemudahcara kepada pelajar-pelajar yang mempunyai tahap
intelektual yang tinggi, menggunakan gaya bahasa yang mudah difahami dan
memberi bimbingan berterusan terhadap pelajar-pelajar yang mempunyai
tahap intelektual yang rendah dan membahagikan pelajar-pelajar kepada
beberapa kumpulan mengikut daya kognitif mereka agar pengajaran guru dapat
disampaikan secara berkesan kepada setiap kumpulan.

Berdasarkan model KIPP (Stufflebeam, 1960) menerusi elemen


“Konteks” dan aspek pengucapan umum “Audiens”, maka dapatlah
dirumuskan bahawa guru peka dengan intensiti tumpuan pelajar semasa
belajar, mengenakan pedagogi yang bersesuaian dengan keselesaan dan
kefahaman pelajar, mencapai tahap kendiri pelajar dan peka dengan
persekitaran pelajar.

186
b) Bahagian C : Model Input & Aspek Mesej

Secara keseluruhannya, sebanyak 7 item soalan yang dipersetujui oleh semua


responden guru, 1 item soalan mempunyai pelbagai tahap persetujuan dan 2
item soalan mengalami kekurangpastian oleh responden guru.

Secara khususnya, pada item soalan C1, semua responden menyatakan


mereka bersetuju bahawa setiap ilmu ugama yang disampaikan mestilah
relevan dan bermanfaat. Berdasarkan jawapan responden guru dalam soalan
secara terbuka, item soalan nombor 1, mereka menyatakan bahawa
matapelajaran Pengetahuan Ugama Islam adalah relevan dan bermanfaat
dengan sebab kepentingannya dalam membina syakhsiyyah seorang Muslim
yang unggul melalui kaedah pengajaran yang bervariasi dari masa ke semasa
sesuai dengan tuntutan tajuk yang hendak diajar, keadaan pelajar dan waktu
perlaksanaan. Sementara pada item C2, semua responden bersetuju
menggunakan kaedah demonstrasi untuk matapelajaran Fiqh. Berdasarkan
soalan nombor 1 dalam soalan secara terbuka, responden menyatakan bahawa
matapelajaran Fiqh adalah antara matapelajaran yang mudah untuk
dipraktikkan dan mempunyai pelbagai sumber rujukan yang berkaitan.

Bagi item C3 pula, seramai 5 orang responden bersetuju dan 1 orang


responden kurang pasti dalam hal menterjemahkan perkataan-perkataan
Bahasa Arab kepada Bahasa Melayu agar mudah difahami pelajar-pelajar.
Pada item C4, keenam-enam responden guru menyatakan bahawa mereka
setuju untuk memberikan contoh-contoh yang dekat dengan kehidupan pelajar
bagi matapelajaran Tauhid. Kedua-dua item soalan ini dapat dikukuhkan
menerusi jawapan responden pada item soalan nombor 2 soalan secara terbuka
yang menyatakann bahawa mereka sering menggunakan bahasa yang mudah
difahami pelajar-pelajar dengan menyelitkan cerita-cerita umum,
mendatangkan contoh-contoh semasa serta melihatkan bahan-bahan bukti
sahih untuk dipercayai pelajar.

187
Item soalan C5 mengalami perbezaan persetujuan, Seramai 2 orang
responden tidak bersetuju, 1 orang responden kurang pasti dan 3 orang
responden bersetuju menggunakan kaedah syarahan semasa mengajar
matapelajaran Sejarah. Hal ini hakikatnya terdapat sedikit kontradiksi dengan
jawapan responden pada item soalan nombor 6, mereka menyatakan bahawa
antara kaedah pengajaran matapelajaran Sejarah ialah kaedah bercerita,
perbincangan, pemahaman jalan cerita, peta minda, kronologi dan
mengarahkan pelajar untuk membentang. Untuk item C6, seramai 5 orang
responden bersetuju dan 1 orang responden kurang pasti mengenai perubahan
emosi dan tingkahlaku pelajar semasa responden mengajar matapelajaran al-
Quran dan Hadith. Jika merujuk kepada soalan nombor 4 soalan secara
terbuka, jawapan-jawapan responden juga agak bercanggahan dan tidak
bertepatan dengan item soalan C6. Dalam soalan secara terbuka tersebut,
responden menyatakan bahawa mereka mengadakan soal jawab, ujian, latihan,
membuat langkah kejayaan dan menilai aktiviti pelajar-pelajar. Kenyataan-
kenyataan ini sebenarnya tidak mencapai jawapan yang diinginkan kerana
dalam soalan secara terbuka, responden cenderung ke arah perlaksanaan dalam
kelas, bukan di luar kelas.

Kemudian, sejumlah 4 orang responden guru bersetuju dan 2 orang


kurang pasti pada item soalan C7 dalam hal mengarahkan pelajar-pelajar untuk
membaca lebih awal dan menulis beberapa soalan untuk diajukan semasa
mengajar. Merujuk soalan 1, responden 3 menggunakan kaedah Flipped
Classroom iaitu mengarahkan pelajar membaca terlebih dahulu sambil
menyenaraikan beberapa soalan sebelum mempelajarinya. Maka jawapan
responden ini adalah sebagai bukti kukuh kepada item soalan C7. Untuk item
C8 pula, semua responden bersetuju memberikan pujian kepada pelajar-pelajar
yang rajin membaca dan bertanya soalan berkaitan isi pelajaran semasa belajar.

Kemudian, pada item C9, semua responden sepakat menyatakan bahawa


guru-guru yang mempunyai banyak pengetahuan berkaitan pengucapan umum
mampu menyampaikan isi pelajaran dengan mudah dan baik. Akhir sekali,

188
untuk item C10, semua responden sebulat suara mengatakan bahawa pedagogi
mereka akan berkesan tertakluk kepada isi pelajaran yang akan diajar. Kedua-
dua item soalan ini diperkukuhkan lagi menerusi soalan secara terbuka dalam
item soalan nombor 10 yang menyatakan bahawa antara faktor keberkesanan
pengucapan umum semasa mengajar ialah isi pelajaran yang ingin
disampaikan, menyediakan butiran penyampaian dan kurang kemahiran dalam
menyampaikan menggunakan Bahasa Melayu baku.

Berdasarkan model KIPP (Stufflebeam, 1960) menerusi elemen “Input”


dan aspek pengucapan umum “Mesej”, maka dapatlah dirumuskan bahawa
guru perlu meneliti dan mentelaah setiap isi pelajaran agar ia mudah difahami
oleh pelajar-pelajar. Guru juga perlu semaikan sikap mahabbah dalam
pengajaran dengan menggunakan kaedah-kaedah yang bersesuaian.

c) Bahagian D : Model Proses & Aspek Strategi

Secara keseluruhannya, sebanyak 5 item soalan yang dipersetujui oleh semua


responden guru dan 5 item soalan mengalami kekurangpastian oleh responden
guru.

Secara khususnya, pada item soalan D1, 5 orang responden bersetuju


bahawa mereka akan mengeluarkan beberapa hujah penting daripada buku teks
atau nota sekolah sebelum mengajar. Sementara 1 orang responden tidak
menyatakan tahap persetujuan mereka. Merujuk soalan 5 dalam soalan secara
terbuka, responden 3 ada menyatakan bahawa salah satu persiapan sebelum
mengajar ialah dengan merangka, mengenalpasti dan memahami bahan yang
akan disampaikan. Maka hal ini menjadi eviden utuh kepada item soalan D1.
Sementara pada item D2, 4 orang responden bersetuju, 1 orang kurang pasti
dan 1 orang tidak menyatakan persetujuan dalam hal mengenakan beberapa
contoh lazim dalam bentuk visual selepas mengajar.

189
Bagi item D3 pula, seramai 5 orang responden bersetuju dan 1 orang
responden kurang pasti dalam hal mempersembahkan set induksi yang sangat
menarik minat pelajar. Pada item D4, keenam-enam responden guru
menyatakan bahawa mereka setuju untuk menyusun bahasa penyampaian
secara teratur agar dapat merangsang minat pembelajaran pelajar. Hal ini
sejajar dengan soalan 5 soalan secara terbuka yang membuktikan bahawa
responden sentiasa memikirkan dan menggunakan bahasa yang mudah
difahami pelajar-pelajar dan ada yang menggunakan slaid agar pelajar faham
dengan tatabahasa yang digunakan.

Item soalan D5 mengalami perbezaan persetujuan, Seramai 4 orang


responden bersetuju dan 2 orang responden kurang pasti dalam hal
mengadakan kontak mata dan berinteraksi dengan pelajar-pelajar. Bagi
responden yang bersetuju sudah pasti jawapan mereka sejajar dengan jawapan
soalan nombor 8 dalam soalan secara terbuka. Di sini, responden guru
menyatakan bahawa mereka mengenakan pembelajaran dua hala dan
melibatkan pelajar-pelajar dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran seperti
aktiviti kuiz dan soal jawab, mengambilkira sudut kontak mata, gestur badan,
mesra dengan pelajar-pelajar dan sentiasa mendengar pendapat pelajar-pelajar
dalam memberikan mereka peluang untuk mengemukakan ide. Untuk item C6,
seramai 4 orang responden bersetuju dan 2 orang responden kurang pasti dalam
mengarahkan seorang wakil setiap kumpulan untuk mengajukan soalan di
akhir pembelajaran. Bagi responden yang setuju dapat dibuktikan menerusi
soalan nombor 4 soalan secara terbuka bahawa responden guru mengadakan
sesi soal jawab dan latihan di akhir pembelajaran.

Kemudian, semua responden bersetuju pada item soalan D7 dalam hal


membukakan sesi soal jawab dan sumbangsaran sepanjang pengajaran dalam
kelas. Persetujuan ini berdasarkan jawapan soalan nombor 9 soalan secara
terbuka bahawa responden guru menyatakan mereka menetapkan waktu sesuai
dalam melaksanakan kaedah-kaedah ini, kemudian mengagihkan tugasan
kepada setiap ahli kumpulan agar semua memberi kerjasama dan akhirnya

190
pelajar-pelajar berkongsi jawapan sesama rakan kumpulan untuk
mengembangkan ide, cadangan atau pandangan. Untuk item D8 pula, seramai
4 orang responden guru bersetuju, 1 orang kurang pasti dan 1 orang tidak
menyatakan persetujuannya dalam hal menjadikan contoh pelajar terbaik
dalam kelas bagi mana-mana pelajar yang rajin bertanya semasa responden
mengajar.

Kemudian, pada item D9, semua responden sepakat menyatakan bahawa


mereka mesti membuat persiapan rapi sebelum memulakan penngajaran. Ini
terbukti menerusi soalan nombor 5 bahawa responden guru sentiasa
memastikan persediaan mengajar tersusun kemas, menguasai isi secara
mantap, menggunakan bahasa yang mudah difahami pelajar-pelajar,
menggunakan bantuan slaid dan menghuraikan langkah-langkah pengajaran
secara terperinci. Akhir sekali, untuk item D10, semua responden juga sebulat
suara mengatakan bahawa adalah merupakan satu kelebihan bagi mereka
menguasai Bahasa Melayu semasa mengajar. Buktinya, menerusi soalan
nombor 10 soalan secara terbuka, responden guru menyatakan bahawa antara
faktor yang memicu keberkesanan pengucapan umum ialah kemahiran
menggunakan gaya bahasa. Selain itu, kemahiran yang kurang dalam
menyampaikan Bahasa Melayu baku juga antara faktor yang boleh membantut
keberkesanan pengajaran mereka. Hal ini menunjukkan bahawa tahap
penguasaan Bahasa Melayu adalah antara perkara yang perlu disemai dalam
setiap diri responden guru.

Berdasarkan model KIPP (Stufflebeam, 1960) menerusi elemen


“Proses” dan aspek pengucapan umum “Strategi”, maka dapatlah dirumuskan
bahawa guru haruslah mengenakan strategi yang berpatutan dan bersesuaian
semasa mengajar seperti pemilihan kosa kata yang mudah difahami pelajar,
mengaitkan isi pelajaran dengan contoh-contoh realistik, penggunaan teknik
rangsangan dan motivasi kepada setiap pelajar dan mengadakan sesi
soaljawab.

191
d) Bahagian E : Model Produk & Aspek Kesan

Secara umumnya, semua item soalan mempunyai perbezaan persetujuan.


Sejumlah 7 item soalan mengandungi pernyataan setuju dan kurang pasti,
sementara 3 item soalan mengandungi pernyataan setuju, kurang pasti dan
tidak setuju.

Secara khususnya, pada item soalan E1, 5 orang responden yakin bahawa
pelajar-pelajar akan menjadi insan yang berilmu tatkala telah disuntik dengan
pelbagai informasi dalam masa sehari. Sementara 1 orang responden kurang
pasti dengan kenyataan item ini. Manakala pada item E2, 4 orang responden
yakin namun 2 orang kurang pasti bahawa hasil daripada kaedah syarahan,
pelajar-pelajar telah banyak meraih ilmu pengetahuan dan dapat
memahaminya. Berdasarkan kenyataan responden guru pada soalan nombor 4
soalan secara terbuka, responden guru hanya menyatakan penggunaan soal
jawab, latihan, ujian dan peperiksaan sebagai satu teknik untuk mengetahui
kesan pembelajaran terhadap syakhsiyyah pelajar-pelajar. Berdasarkan
kenyataan ini menunjukkan bahawa responden yang bersetuju tadi dapat
memastikan pelajar-pelajar mereka menjadi seorang yang berilmu. Sementara
responden yang meyatakan ketidakpastian mereka, masih menunjukkan
kesamaran mereka terhadap pembentukan ilmu dalam kalangan pelajar-pelajar
mereka.

Bagi item E3 pula, seramai 5 orang responden bersetuju namun 1 orang


responden kurang pasti bahawa setelah memberi ganjaran kepada pelajar-
pelajar yang berdedikasi, pelajar-pelajar lebih bersemangat untuk belajar lagi.
Merujuk kepada soalan nombor 4, responden guru tidak menyatakan sebarang
pengenaan ganjaran setelah menggunakan kaedah soal jawab, latihan, ujian
dan peperiksaan dalam menentukan keberkesanan pengajaran mereka terhadap
pembinaan semangat pembelajaran pelajar-pelajar. Pada hemah pengkaji,
responden-responden guru ini hanya membataskan pengetahuan keberkesanan

192
pengajaran mereka kepada penggunaan kaedah soal jawab, latihan dan
peperiksaan. Bagi item E4, seramai 5 orang responden menyatakan persetujuan
mereka tentang kepekaan terhadap sosiologi pelajar akan menjadikan pelajar
lebih yakin dan percaya terhadap responden guru. Walaubagaimanapun,
terdapat 1 orang responden kasih kurang pasti dengan hal ini. Berdasarkan
jawapan responden dalam soalan nombor 7 soalan secara terbuka, responden
guru menyatakan bahawa mereka perlu faham keadaan sekeliling dengan
keadaan pelajar pada waktu itu, memberikan layanan yang sama rata,
mengaitkan pelajaran dengan kehidupan pelajar dan menyebut perkara-perkara
yang disukai pelajar.

Item soalan E5 mengalami perbezaan persetujuan. Seramai 3 orang


responden bersetuju bahawa pengajaran yang mempunyai unsur interaksi
sehala menjadikan pelajar-pelajar mudah memahami isi pelajar. Namun, 2
orang responden masih kurang pasti dan 1 orang responden tidak bersetuju
mengenai hal ini. Hal ini dibuktikan melalui jawapan responden pada soalan
nombor 8 soalan secara terbuka yang menyatakan bahawa mereka
menggunakan pelbagai aktiviti dua hala dan melibatkan pelajar-pelajar dalam
aktiviti tersebut di samping mengadakan kontak mata, menyoal soalan kepada
pelajar yang kurang fokus, menggunakan variasi alat bantu mengajar dan
membawa hal ehwal semasa. Untuk item E6, seramai 5 orang responden
bersetuju bahawa bertanya soalan di akhir kelas dapat membantu
mengukuhkan pemahaman pelajar-pelajar. Walaubagaimanapun, terdapat 1
orang responden kurang pasti terhadapnya. Hal ini adalah untuk memastikan
bahawa setiap pelajar dapat memahami dan mengaplikasikan apa yang telah
mereka belajar, sebagaimana pernyataan responden dalam soalan nombor 4
soalan secara terbuka.

Kemudian, 5 orang responden bersetuju pada item soalan E7 bahawa


pembelajaran interaktif antara pelajar dengan pelajar dan pelajar dengan guru
dapat memudahkan kefahaman pembelajaran pelajar. Hanya 1 orang
responden sahaja kurang pasti mengenainya. Menerusi kaedah perbincangan,

193
berkumpulan dan sumbangsaran, responden guru menyatakan bahawa mereka
perlu memastikan setiap pelajar memberikan kerjasama berkumpulan,
membina beberapa soalan untuk dikongsikan kepada kumpulan lain dan guru
sebagai pembimbing dan pemudahcara untuk menambah dan membetulkan
dari hasil perbincangan kumpulan, sebagaimana terbukti menerusi soalan
secara terbuka soalan nombor 9. Untuk item E8 pula, seramai 5 orang
responden guru bersetuju, namun 1 orang kurang pasti bahawa mengajukan
soalan semasa pembelajaran dapat meningkatkan kefahaman pelajar-pelajar.
Beberapa orang responden guru menyifatkan kaedah soal jawab, latihan dan
memberikan satu senario permasalahan merupakan antara bukti lazim
kefahaman pelajar-pelajar dapat dipertingkatkan. Hal ini ada dinyatakan di
dalam soalan nombor 4 soalan secara terbuka.

Kemudian, pada item E9, 3 orang responden bersetuju, tetapi 2 orang


kurang pasti dan 1 orang tidak setuju menyatakan bahawa guru-guru yang
tinggal di kawasan perkampungan dengan yang di bandar mempunyai
perbezaan pedagogi. Merujuk soalan nombor 7 soalan secara terbuka, ujar
responden guru bahawa pelajar-pelajar perlu diajar dengan menggunakan
kaedah “one-to-one”, mempamerkan kewibawaan guru, menitikberat
latarbelakang pelajar, mengaitkan pelajaran dengan kehidupan pelajar dan
mengajar mengikut tahap kemampuan pemikiran mereka. Berdasarkan
jawapan ini, jelaslah bahawa responden-responden yang bersetuju
menunjukkan keselarasan pernyataan jawapan mereka, namun responden yang
kurang pasti dan tidak bersetuju menunjukkan sebaliknya. Akhir sekali, untuk
item E10, terdapat perbezaan persetujuan. 3 orang responden bersetuju
menyatakan bahawa guru yang lebih berusia dapat menyampaikan pengajaran
dengan lebih baik berbanding guru yang muda. Sungguhpun begitu, terdapat
seramai 2 orang responden kurang pasti dan 1 orang tidak setuju mengenainya.

Berdasarkan model KIPP (Stufflebeam, 1960) menerusi elemen


“Produk” dan aspek pengucapan umum “Kesan”, maka dapatlah dirumuskan
bahawa setiap pembelajaran yang yang disuntik dalam diri pelajar akan

194
mendatangkan impak yang tertentu. Guru haruslah menggunakan kaedah
pedagogi yang tepat, mudah difahami dan senang untuk dilaksanakan.
Mewujudkan interaksi juga mendatangkan kesan yang positif dan mendalam
terhadap diri pelajar.

e) Bahagian F : Model Syakhsiyyah & Aspek Personaliti

Secara umumnya, beberapa item soalan mempunyai perbezaan persetujuan.


Terdapat 5 item soalan yang dipersetujui oleh semua responden guru, 3 soalan
mengandungi setuju dan kurang pasti, 2 soalan mengandungi setuju, kuranng
pasti dan tidak setuju.

Secara khususnya, pada item soalan F1, semua responden sentiasa


menekankan isi pelajaran penting dalam pengajaran sebagai usaha
memberikan kemudahan kefahaman kepada pelajar-pelajar. Ujar responden
bahawa mereka akan memahami isi pelajaran yang hendak diajar,
menggunakan bahasa penyampaian yang mudah difahami pelajar-pelajar, dan
menggunakan paparan slaid (dengan menerangkan perkataan atau hujah
penting) sebagai agen kefahaman pelajar-pelajar. Manakala pada item F2,
semua responden bersetuju bahawa mereka menyesuaikan gaya pengajaran
mereka agar disukai, dipercayai dan diyakini pelajar-pelajar. Hal ini dapat
dibuktikan menerusi jawapan responden pada soalan nombor 2 bahawa antara
cara mereka mennyesuaikan pedagogi mereka ialah dengan memaparkan
keyakinan, menguasai tajuk penngajaran, mempunyai persediaan yang cukup,
menggunakan bahasa yang mudah difahami, semangat ketika mengajar,
memberi dalil sebagai sokongan hujah, memakai pakaian yang berdisiplin,
mendatangkan contoh-contoh semasa dan berkongsi kisah tauladan.

Bagi item F3 pula, semua responden menyatakan mereka mengambil


berat tentang reaksi pembelajaran pelajar. Sementara item F4, semua

195
responden menyatakan bahawa mereka sentiasa menitikberatkan hal-hal
kehidupan yang boleh mempengaruhi cara pembelajaran pelajar-pelajar. Hal
ini jelas dibuktikan menerusi soalan secara terbuka pada soalan nombor 7
bahawa responden sering memberikan kata-kata semangat, memahami
keadaan sekeliling pelajar dengan keadaan pelajar pada ketika itu, mengambil
perhatian dan prihatin dengan latarbekalang pelajar serta mengaitkan pelajaran
dengan kehidupan pelajar.

Item soalan F5 mengalami perbezaan persetujuan. 3 orang responden


guru bersetuju, 1 orang kurang pasti dan 2 orang tidak bersetuju dalam hal
selalu menggunakan kaedah syarahan kemudian menerangkannya kepada
pelajar-pelajar. Responden yang bersetuju menunjukkan kontradiksi
persetujuan mereka dengan jawapan soalan nombor 6. Sementara responden
yang kurang pasti dan tidak bersetuju menunjukkan keselarasan jawapan
mereka terhadap soalan nombor 6 tadi. Mereka menyatakan bahawa mereka
menggunakan kaedah penceritaan, perbincangan, pembentangan berpusatkan
pelajar dan peta minda, bukan kaedah syarahan. Untuk item F6, seramai 5
orang responden guru menyatakan bahawa kaedah pengajaran mereka mampu
merangsang intelektual pelajar-pelajar. Hanya 1 orang responden yang kurang
pasti dengan pernyataan ini. Hal ini dapat dibuktikan menerusi soalan nombor
3 pada soalan secara terbuka. Responden guru menyatakan bahawa mereka
menggunakan kaedah-kaedah pembelajaran abad ke-21, kaedah soal jawab
yang berterusan, mengarahkan pelajar-pelajar membina sendiri soalan untuk
dibincangkan sesama rakan dalam kumpulan masing-masing bagi pelajar-
pelajar yang mempunyai tahap intelektual tinggi. Sementara pelajar-pelajar
yang rendah tahap intelektual, responden guru hanya menyampaikann isi-isi
penting, menggunakan gaya bahasa yang mudah difahami pelajar dan
mengarahkan pelajar-pelajar yang pandai untuk membimbing rakan-rakan
mereka yang lemah.

Kemudian, seramai 5 orang responden bersetuju pada item soalan F7


bahawa mereka membimbing pelajar-pelajar mencari maklumat yang betul

196
dan sahih semasa sesi perbincangan.. Hanya 1 orang responden sahaja kurang
pasti mengenainya. Untuk item F8 pula, semua responden guru memberikan
ganjaran kepada pelajar-pelajar yang dapat memberikan ganjaran yang betul
semasa sesi kuiz. Pengkaji mendapati kedua-dua item soalan ini tidak
dinyatakan dan tidak diperkukuhkan oleh mana-mana responden guru dalam
soalan secara terbuka.

Kemudian, pada item F9, seramai 2 orang responden bersetuju bahawa


pelajar-pelajar lelaki akan lebih faham dengan gaya dan isi pengajaran guru
perempuan dan sebaliknya. Walaubagaimanapun, terdapat 3 orang responden
kurang pasti mengenainya dan 1 orang responden tidak bersetuju. Faktor
jantina adalah antara perkara yang tidak disentuh dan tidak dinyatakan oleh
mana-mana responden guru dalam soalan secara terbuka sebagai eviden
kepada pernyataan persetujuan mereka terhadap item soalan ini. Akhir sekali,
untuk item F10, seramai 5 orang responden menyatakan persetujuan mereka
tentang perwatakan guru yang peramah dan periang lebih mudah dihormati
pelajar-pelajar, namun masih terdapat 1 orang responden kurang pasti
mengenainya. Terkait dengan ini, menerusi soalan nombor 10, responden guru
menyatakan bahawa keterampilan guru yang baik dan mewujudkan kemesraan
dalam kelas adalah antara perkara yang memberi keberkesanan pengucapan
umum semasa mengajar dan hal ini menjurus ke arah pembentukan disiplin
pelajar yang hormat terhadap responden guru.

Berdasarkan daripada dapatan kajian di atas, dapatlah dirumuskan


bahawa menerusi model Syakhsiyyah dan aspek Personaliti, syakhsiyyah dan
kewibawaan guru adalah penting untuk menjadi cerminan kepada pelajar-
pelajar agar hasrat untuk menyemai Pendidikan Islam dapat disuntik serta
pengucapan umum yang dilantunkan oleh guru-guru juga efesien.

197
4.3.3 Kajian Responden Pelajar - Data Kuantitatif (N = 149)

a) Bahagian B : Model Konteks & Aspek Audiens

Jadual 4.20 : Taburan Kekerapan, Peratus, Min Dan Sisihan Piawaian Bagi
Model Konteks & Aspek Audiens

Piawaian
(f & %)

(f & %)

(f & %)

(f & %)

(f & %)

Sisihan
Kod

Min
STS

KP
TS

SS
Item Soalan

S
Saya lebih mudah belajar jika
1 0 13 52 83
B1 diberikan isi-isi pembelajaran 4.45 0.71
(0.6%) (0%) (8.7%) (32.5%) (51.9%)
yang penting
Saya lebih bersemangat
untuk belajar jika 0 1 20 53 75
B2 4.36 0.74
pembelajaran dilakukan (0%) (0.6%) (12.5%) (33.1%) (46.9%)
secara kreatif
Saya suka belajar jika
diberikan hujah yang logik
0 1 35 61 52
B3 dan disokong dengan bahan- 4.10 0.78
(0%) (0.6%) (21.9%) (38.1%) (32.5%)
bahan sokongan yang mudah
difahami
Bagi rakan-rakan yang bukan
beragama Islam perlu diajar 0 2 19 43 85
B4 4.42 0.76
secara perlahan-lahan, (0%) (1.3%) (11.9%) (26.9%) (53.1%)
selamat dan sempurna
Saya faham isi pelajaran
3 7 34 56 48
B5 berdasarkan intonasi suara 3.94 0.96
(1.9%) (4.4%) (21.3%) (35.0%) (30.0%)
guru yang pelbagai
Untuk membentuk
kemahiran berfikir, saya 0 2 26 43 77
B6 4.32 0.81
perlu menghayati isi (0%) (1.3%) (16.3%) (26.9%) (48.1%)
pelajaran
Saya mesti bertukar pendapat
3 5 53 58 30
B7 dengan rakan-rakan semasa 3.72 0.89
(1.9%) (3.1%) (33.1%) (36.3%) (18.8%)
sesi pembelajaran
Saya perlu diberikan
ganjaran jika aktif semasa 6 10 61 39 33
B8 3.56 1.04
sesi perbincangan (3.8%) (6.3%) (38.1%) (24.4) (20.6%)
berkumpulan
Saya lebih mudah faham
dengan pengajaran guru yang 0 2 31 57 59
B9 4.16 0.80
berpengalaman luas dalam (0%) (1.3%) (19.4%) (35.6%) (36.9%)
pengucapan umum
Gaya pengajaran guru
4 6 38 59 42
B10 mestilah sesuai dengan tahap 3.87 0.96
(2.5%) (3.8%) (23.8%) (36.9%) (26.3%)
intelektual saya

Purata 4.09 0.85

198
Jadual 4.20 menunjukkan analisis deskriptif taburan kekerapan, peratus, min
dan sisihan piawaian bagi Konteks (Model KIPP) dan Audiens (Aspek
Pengucapan Umum). Pernyataan “Saya lebih mudah belajar jika diberikan isi-
isi pembelajaran yang penting” mempunyai nilai min 4.45 dan sisihan
piawaian 0.71 dengan 1 orang (0.6%) sangat tidak setuju, 13 orang (8.7%)
kurang pasti, 52 orang (32.5%) setuju dan 83 orang (51.9%) sangat setuju.
Selain itu, pernyataan “Saya lebih bersemangat untuk belajar jika
pembelajaran dilakukan secara kreatif” mempunyai nilai min 4.36 dan sisihan
piawaian 0.74 dengan 1 orang (0.6%) tidak setuju, 20 orang (12.5%) kurang
pasti, 53 orang (33.1%) bersetuju dan 75 orang (46.9%) sangat setuju.

Di samping itu, pernyataan “Saya suka belajar jika diberikan hujah yang
logik dan disokong dengan bahan-bahan sokongan yang mudah difahami”
mempunyai nilai min 4.10 dan sisihan piawaian 0.78 dengan 1 orang (0.6%)
tidak bersetuju, 35 orang (21.9%) kurang pasti, 61 orang (38.1%) setuju dan
52 orang (32.5%) sangat bersetuju. Seterusnya pernyataan “Bagi rakan-rakan
yang bukan beragama Islam perlu diajar secara perlahan-lahan, selamat dan
sempurna” mengandungi nilai min 4.42 dan sisihan piawaian 0.76. Seramai 2
orang (1.3%) tidak setuju, 19 orang (11.9%) kurang pasti, 43 orang (26.9%)
setuju dan 85 orang (53.1%) sangat setuju.

Bagi pernyataan “Saya faham isi pelajaran berdasarkan intonasi suara


guru yang pelbagai” menunjukkan nilai min 3.94 dan sisihan piawaian 0.96.
Terdapat 3 orang (1.9%) sangat tidak setuju, 7 orang (4.4%) tidak setuju, 34
orang (21.3%) kurang pasti, 56 orang (35.0%) setuju dan 48 orang (30.0%)
sangat setuju. Sehubungan dengan itu, pernyataan “Untuk membentuk
kemahiran berfikir, saya perlu menghayati isi pelajaran” mempunyai nilai
min 4.32 dan sisihan piawaian 0.81 menunjukkan 2 orang (1.3%) tidak setuju,
26 orang (16.3%) kurang pasti, 43 orang (26.9%) setuju dan 77 orang (48.1%)
sangat setuju.

199
Pernyataan “Saya mesti bertukar pendapat dengan rakan-rakan semasa
sesi pembelajaran” memiliki nilai min 3.72 dan sisihan piawaian 0.89 dengan
3 orang (1.9%) sangat tidak setuju, 5 orang (3.1%) tidak setuju, 53 orang
(33.1%) kurang pasti, 58 orang (36.3%) setuju dan 30 orang (18.8%) sangat
setuju. Manakala bagi pernyataan “Saya perlu diberikan ganjaran jika aktif
semasa sesi perbincangan berkumpulan” memiliki nilai min 3.56 dan sisihan
piawaian 1.04 dengan 6 orang (3.8%) sangat tidak setuju, 10 orang (6.3%)
tidak setuju, 61 orang (38.1%) kurang pasti, 39 orang (24.4%) setuju dan 33
orang (20.6%) sangat setuju.

Bagi pernyataan “Saya lebih mudah faham dengan pengajaran guru


yang berpengalaman luas dalam pengucapan umum” mempunyai nilai min
4.16 dan sisihan piawaian 0.80. Hasil kajian mendapati seramai 2 orang (1.3%)
tidak setuju, 31 orang (19.4%) kurang pasti, 57 orang (35.6%) setuju dan 59
orang (36.9%) sangat setuju. Terakhir sekali ialah pernyataan “Gaya
pengajaran guru mestilah sesuai dengan tahap intelektual saya” yang
memiliki nilai min 3.87 dan sisihan piawaian 0.96 dengan 4 orang (2.5%)
sangat tidak setuju, 6 orang (3.8%) tidak setuju, 38 orang (23.8%) kurang pasti,
59 orang (36.9%) setuju dan 42 orang (26.3%) sangat setuju.

Jumlah purata nilai min untuk bahagian ini ialah 4.09 dan nilai sisihan
piawaian 0.85. Berdasarkan model KIPP (Stufflebeam, 1960) menerusi elemen
“Konteks” dan aspek pengucapan umum “Audiens”, maka dapatlah
dirumuskan bahawa responden pelajar lebih bersetuju jika diberikan tumpuan
penuh sebelum, semasa dan selepas pembelajaran dari segi isi pelajaran,
kaedah mengajar secara kreatif dan mudah difahami.

200
b) Bahagian C : Model Input & Aspek Mesej (N = 149)

Jadual 4.21 : Taburan Kekerapan, Peratus, Min Dan Sisihan Piawaian Bagi
Model Input & Aspek Mesej

Piawaian
(f & %)

(f & %)

(f & %)

(f & %)

(f & %)

Sisihan
Kod

Min
STS

KP
TS

SS
Item Soalan

S
Setiap ilmu ugama yang
0 2 18 40 89
C1 diraih adalah relevan dan 4.45 0.76
(0%) (1.3%) (11.3%) (25.0%) (55.6%)
bermanfaat
Guru cenderung untuk
menggunakan kaedah 1 3 45 78 21
C2 3.78 0.74
demonstrasi khusus dalam (0.6%) (1.9%) (28.1%) (48.8%) (13.1%)
matapelajaran Fiqh
Agar saya mudah faham,
guru menterjemahkan 0 1 21 44 83
C3 4.40 0.75
perkataan-perkataan Bahasa (0%) (0.6%) (13.1%) (27.5%) (51.9%)
Arab kepada Bahasa Melayu
Bagi matapelajaran Tauhid,
guru memberikan contoh-
5 11 33 65 35
C4 contoh yang berkaitrapat 3.77 1.00
(3.1%) (6.9%) (20.6%) (40.6%) (21.9%)
dengan latarbelakang
kehidupan saya
Guru menggunakan kaedah
15 9 66 46 13
C5 syarahan semasa mengajar 3.22 1.04
(9.4%) (5.6%) (41.3%) (28.7%) (8.1%)
matapelajaran Sejarah
Emosi dan tingkahlaku saya
berubah setelah mempelajari 4 4 42 65 34
C6 3.81 0.91
matapelajaran al-Quran dan (2.5%) (2.5%) (26.3%) (40.6%) (21.3%)
Hadith
Guru mengarahkan saya
untuk membaca lebih awal 3 10 57 52 27
C7 3.60 0.93
dan menulis beberapa soalan (1.9%) (6.3%) (35.6%) (32.5%) (16.9%)
untuk ditanya dalam kelas
Saya diberikan pujian kerana
rajin membaca dan bertanya 6 15 84 32 12
C8 3.19 0.86
soalan berkaitan dengan isi (3.8%) (9.4%) (52.5%) (20.0%) (7.5%)
pelajaran
Guru yang petah berbahasa
mampu menyampaikan isi 0 4 24 67 54
C9 4.15 0.78
pelajaran dengan mudah dan (0%) (2.5%) (15.0%) (41.9%) (33.8%)
baik
Cara penyampaian dalam
pengajaran guru sentiasa
1 0 36 70 42
C10 berubah tertakluk kepada isi 4.02 0.77
(0.6%) (0%) (22.5%) (43.8%) (26.3%)
pelajaran yang hendak
diajarnya

Purata 3.84 0.85

Jadual 4.21 menunjukkan analisis deskriptif taburan kekerapan, peratus, min


dan sisihan piawaian bagi Input (Model KIPP) dan Mesej (Aspek Pengucapan

201
Umum). Pernyataan “Setiap ilmu ugama yang diraih adalah relevan dan
bermanfaat” mempunyai nilai min 4.45 dan sisihan piawaian 0.76 dengan 2
orang (1.3%) tidak setuju, 18 orang (11.3%) kurang pasti, 40 orang (25.0%)
setuju dan 89 orang (55.6%) sangat setuju. Selain itu, pernyataan “Guru
cenderung untuk menggunakan kaedah demonstrasi khusus dalam
matapelajaran Fiqh” mempunyai nilai min 3.78 dan sisihan piawaian 0.74
dengan 1 orang (0.6%) tidak setuju, 3 orang (1.9%) tidak setuju, 45 orang
(28.1%) kurang pasti, 78 orang (48.8%) bersetuju dan 21 orang (13.1%) sangat
setuju.

Di samping itu, pernyataan “Agar saya mudah faham, guru


menterjemahkan perkataan-perkataan Bahasa Arab kepada Bahasa Melayu”
mempunyai nilai min 4.40 dan sisihan piawaian 0.75 dengan 1 orang (0.6%)
tidak bersetuju, 21 orang (13.1%) kurang pasti, 44 orang (27.5%) setuju dan
83 orang (51.9%) sangat bersetuju. Seterusnya pernyataan “Bagi
matapelajaran Tauhid, guru memberikan contoh-contoh yang berkaitrapat
dengan latarbelakang kehidupan saya” mengandungi nilai min 3.77 dan
sisihan piawaian 1.00. Seramai 5 orang (3.1%) sangat tidak bersetuju, 11 orang
(6.9%) tidak setuju, 33 orang (20.6%) kurang pasti, 65 orang (40.6%) setuju
dan 35 orang (21.9%) sangat setuju.

Bagi pernyataan “Guru menggunakan kaedah syarahan semasa


mengajar matapelajaran Sejarah” menunjukkan nilai min 3.22 dan sisihan
piawaian 1.04. Terdapat 15 orang (9.4%) sangat tidak setuju, 9 orang (5.6%)
tidak setuju, 66 orang (41.3%) kurang pasti, 46 orang (28.7%) setuju dan 13
orang (8.1%) sangat setuju. Sehubungan dengan itu, pernyataan “Emosi dan
tingkahlaku saya berubah setelah mempelajari matapelajaran al-Quran dan
Hadith” mempunyai nilai min 3.81 dan sisihan piawaian 0.91 menunjukkan 4
orang (2.3%) sangat tidak setuju, 4 orang (2.5%) tidak setuju, 42 orang (26.3%)
kurang pasti, 65 orang (40.6%) setuju dan 34 orang (21.3%) sangat setuju.

202
Pernyataan “Guru mengarahkan saya untuk membaca lebih awal dan
menulis beberapa soalan untuk ditanya dalam kelas” memiliki nilai min 3.60
dan sisihan piawaian 0.93 dengan 3 orang (1.9%) sangat tidak setuju, 10 orang
(6.3%) tidak setuju, 57 orang (35.6%) kurang pasti, 52 orang (32.5%) setuju
dan 27 orang (16.9%) sangat setuju. Manakala bagi pernyataan “Saya
diberikan pujian kerana rajin membaca dan bertanya soalan berkaitan dengan
isi pelajaran” memiliki nilai min 3.19 dan sisihan piawaian 0.86 dengan 6
orang (3.8%) sangat tidak setuju, 15 orang (9.4%) tidak setuju, 84 orang
(52.5%) kurang pasti, 32 orang (20.0%) setuju dan 12 orang (7.5%) sangat
setuju.

Bagi pernyataan “Guru yang petah berbahasa mampu menyampaikan


isi pelajaran dengan mudah dan baik” mempunyai nilai min 4.15 dan sisihan
piawaian 0.78. Hasil kajian mendapati seramai 4 orang (2.5%) tidak setuju, 24
orang (15.0%) kurang pasti, 67 orang (41.9%) setuju dan 54 orang (33.8%)
sangat setuju. Terakhir sekali ialah pernyataan “Cara penyampaian dalam
pengajaran guru sentiasa berubah tertakluk kepada isi pelajaran yang hendak
diajarnya” yang memiliki nilai min 4.02 dan sisihan piawaian 0.77 dengan 1
orang (0.6%) sangat tidak setuju, 36 orang (22.5%) kurang pasti, 70 orang
(43.8%) setuju dan 42 orang (26.3%) sangat setuju.

Jumlah purata nilai min untuk bahagian ini ialah 3.84 dan nilai sisihan
piawaian 0.85. Berdasarkan model KIPP (Stufflebeam, 1960) menerusi elemen
“Input” dan aspek pengucapan umum “Mesej”, maka dapatlah dirumuskan
bahawa responden pelajar memerlukan isi pengajaran yang disampaikan
dengan pelbagai kaedah sesuai dengan tuntutan tahap kendiri dan intelektual
mereka.

203
c) Bahagian D : Model Proses & Aspek Strategi (N = 149)

Jadual 4.22 : Taburan Kekerapan, Peratus, Min Dan Sisihan Piawaian


Bagi Model Proses & Aspek Strategi

Piawaian
(f & %)

(f & %)

(f & %)

(f & %)

(f & %)

Sisihan
Kod

Min
STS

KP
TS

SS
Item Soalan

S
Guru mengeluarkan beberapa
hujah penting daripada buku 1 3 8 54 83
D1 4.44 0.75
teks atau nota sekolah agar (0.6%) (1.9%) (5.0%) (33.8%) (51.9%)
saya mudah memahaminya
Guru memberikan beberapa
contoh lazim dalam bentuk 1 4 21 63 60
D2 4.19 0.83
gambaran atau visual selepas (0.6%) (2.5%) (13.1%) (39.4%) (37.5%)
mengajar
Saya berminat untuk belajar
apabila guru memberikan
0 2 10 52 85
D3 bayangan atau gambaran di 4.48 0.68
(0%) (1.3%) (6.3%) (32.5%) (53.1%)
awal pengajaran secara
menarik
Saya minat belajar kerana
guru menggunakan
0 2 17 76 53
D4 tatabahasa secara teratur dan 4.22 0.70
(0%) (1.3%) (10.6%) (47.5%) (33.1%)
menjaga sensitiviti saya
dengan baik
Guru selalu mengadakan
1 1 43 52 51
D5 kontak mata dan berinteraksi 4.02 0.85
(0.6%) (0.6%) (26.9%) (32.5%) (31.9%)
dengan saya

Guru mengarahkan saya


1 5 49 49 44
D6 untuk mengajukan soalan di 3.88 0.90
(0.6%) (3.1%) (30.6%) (30.6%) (27.5%)
akhir pembelajaran

Guru membukakan sesi


0 7 35 47 58
D7 soaljawab sepanjang 4.06 0.91
(0%) (4.4%) (21.9%) (29.4%) (36.3%)
pengajaran dalam kelas
Saya dijadikan sebagai
contoh pelajar terbaik dalam 9 22 83 22 13
D8 3.05 0.94
kelas jika rajin bertanya (5.6%) (13.8%) (51.9%) (13.8%) (8.1%)
semasa guru mengajar
Guru nampak lebih bersiap
0 0 10 51 88
D9 sedia setiap kali sebelum 4.52 0.62
(0%) (0%) (6.3%) (31.9%) (55.0%)
memulakan pengajaran
Penguasaan tatabahasa
Bahasa Melayu guru 1 0 19 57 72
D10 4.34 0.75
menjadikan pembelajaran (0.6%) (0%) (11.9%) (35.6%) (45.0%)
lebih mudah difahami

Purata 4.12 0.79

Jadual 4.22 menunjukkan analisis deskriptif taburan kekerapan, peratus, min


dan sisihan piawaian bagi Proses (Model KIPP) dan Strategi (Aspek
Pengucapan Umum). Pernyataan “Guru mengeluarkan beberapa hujah

204
penting daripada buku teks atau nota sekolah agar saya mudah
memahaminya” mempunyai nilai min 4.44 dan sisihan piawaian 0.75 dengan
1 orang (0.6%) sangat tidak setuju, 3 orang (1.9%) tidak setuju, 8 orang (5.0%)
kurang pasti, 54 orang (33.8%) setuju dan 83 orang (51.9%) sangat setuju.
Selain itu, pernyataan “Guru memberikan beberapa contoh lazim dalam
bentuk gambaran atau visual selepas mengajar” mempunyai nilai min 4.19
dan sisihan piawaian 0.83 dengan 1 orang (0.6%) sangat tidak setuju, 4 orang
(2.5%) tidak setuju, 21 orang (13.1%) kurang pasti, 63 orang (39.4%) setuju
dan 60 orang (37.5%) sangat setuju.

Di samping itu, pernyataan “Saya berminat untuk belajar apabila guru


memberikan bayangan atau gambaran di awal pengajaran secara menarik”
mempunyai nilai min 4.48 dan sisihan piawaian 0.68 dengan 2 orang (1.3%)
tidak bersetuju, 10 orang (6.3%) kurang pasti, 52 orang (32.5%) setuju dan 85
orang (53.1%) sangat bersetuju. Seterusnya pernyataan “Saya minat belajar
kerana guru menggunakan tatabahasa secara teratur dan menjaga sensitiviti
saya dengan baik” mengandungi nilai min 4.22 dan sisihan piawaian 0.70.
Seramai 2 orang (1.3%) tidak bersetuju, 17 orang (10.6%) kurang pasti, 76
orang (47.5%) setuju dan 53 orang (33.1%) sangat setuju.

Bagi pernyataan “Guru selalu mengadakan kontak mata dan


berinteraksi dengan saya” menunjukkan nilai min 4.02 dan sisihan piawaian
0.85. Terdapat 1 orang (0.6%) sangat tidak setuju, 1 orang (0.6%) tidak setuju,
43 orang (26.9%) kurang pasti, 52 orang (32.5%) setuju dan 51 orang (31.9%)
sangat setuju. Sehubungan dengan itu, pernyataan “Guru mengarahkan saya
untuk mengajukan soalan di akhir pembelajaran” mempunyai nilai min 3.88
dan sisihan piawaian 0.90 menunjukkan 1 orang (0.6%) sangat tidak setuju, 5
orang (3.1%) tidak setuju, 49 orang (30.6%) kurang pasti, 49 orang (30.6%)
setuju dan 44 orang (27.5%) sangat setuju.

Pernyataan “Guru membukakan sesi soaljawab sepanjang pengajaran


dalam kelas” memiliki nilai min 4.06 dan sisihan piawaian 0.91 dengan 7

205
orang (4.4%) sangat tidak setuju, 35 orang (21.9%) kurang pasti, 47 orang
(29.4%) setuju dan 58 orang (36.3%) sangat setuju. Manakala bagi pernyataan
“Saya dijadikan sebagai contoh pelajar terbaik dalam kelas jika rajin
bertanya semasa guru mengajar” memiliki nilai min 3.05 dan sisihan piawaian
0.94 dengan 9 orang (5.6%) sangat tidak setuju, 22 orang (13.8%) tidak setuju,
83 orang (51.9%) kurang pasti, 22 orang (13.8%) setuju dan 13 orang (8.1%)
sangat setuju.

Bagi pernyataan “Guru nampak lebih bersiap sedia setiap kali sebelum
memulakan pengajaran” mempunyai nilai min 4.52 dan sisihan piawaian 0.62.
Hasil kajian mendapati seramai 10 orang (6.3%) kurang pasti, 51 orang
(31.9%) setuju dan 88 orang (55.0%) sangat setuju. Terakhir sekali ialah
pernyataan “Penguasaan tatabahasa Bahasa Melayu guru menjadikan
pembelajaran lebih mudah difahami” yang memiliki nilai min 4.34 dan sisihan
piawaian 0.75 dengan 1 orang (0.6%) sangat tidak setuju, 19 orang (11.9%)
kurang pasti, 57 orang (35.6%) setuju dan 72 orang (45.0%) sangat setuju.

Jumlah purata nilai min untuk bahagian ini ialah 4.12 dan nilai sisihan
piawaian 0.79. Berdasarkan model KIPP (Stufflebeam, 1960) menerusi elemen
“Proses” dan aspek pengucapan umum “Strategi”, maka dapatlah dirumuskan
bahawa untuk memastikan responden pelajar faham dengan isi pelajaran,
responden guru hendaklah mempersiapkan beberapa strategi tertentu dari segi
pemetikan isi hujah penting, tatabahasa, kaedah pengajaran yang kreatif dan
kewujudan rangsangan pembelajaran.

206
d) Bahagian E : Model Produk & Aspek Kesan (N = 149)

Jadual 4.23 : Taburan Kekerapan, Peratus, Min Dan Sisihan Piawaian Bagi
Model Produk & Aspek Kesan

Piawaian
(f & %)

(f & %)

(f & %)

(f & %)

(f & %)

Sisihan
Kod

Min
STS

KP
TS

SS
Item Soalan

S
Saya menjadi seorang yang
berilmu apabila telah 3 2 29 73 42
E1 4.00 0.85
diberikan pelbagai informasi (1.9%) (1.3%) (18.1%) (45.6%) (26.3%)
dalam masa sehari
Hasil daripada kaedah
syarahan guru, saya telah
3 3 37 65 41
E2 banyak meraih ilmu 3.93 0.89
(1.9%) (1.9%) (23.1%) (40.6%) (25.6%)
pengetahuan dan dapat
memahaminya
Setelah saya diberi ganjaran,
1 2 42 44 60
E3 saya lebih bersemangat untuk 4.07 0.89
(0.6%) (1.3%) (26.3%) (27.5%) (37.5%)
belajar lagi

Keyakinan dan kepercayaan


1 7 48 58 34
E4 terbina apabila guru peka 3.79 0.86
(0.6%) (4.4%) (30.0%) (36.3%) (21.3%)
terhadap latarbelakang saya

Saya mudah memahami isi


0 4 34 58 52
E5 pelajaran apabila berinteraksi 4.07 0.83
(0%) (2.5%) (21.3%) (36.3%) (32.5%)
sehala dengan guru
Bertanya soalan di akhir
kelas dapat membantu 0 4 32 55 58
E6 4.12 0.84
mengukuhkan kefahaman (0%) (2.5%) (20.0%) (34.4%) (36.3%)
saya
Interaksi antara saya dengan
rakan dan saya dengan guru 0 1 19 60 69
E7 4.32 0.72
menjadikan pembelajaran (0%) (0.6%) (11.9%) (37.5%) (43.1%)
lebih senang untuk difahami
Bertanya soalan semasa
pembelajaran dapat 0 2 19 60 68
E8 4.30 0.74
membantu meningkatkan (0%) (1.3%) (11.9%) (37.5%) (42.5%)
kefahaman saya
Guru-guru yang tinggal di
kawasan kampung dengan
12 7 80 26 22
E9 kawasan bandar mempunyai 3.27 1.04
(7.5%) (4.4%) (50.0%) (16.3%) (13.8%)
cara penyampaian yang
berbeza
Guru yang lebih berusia
dapat menyampaikan 16 16 60 32 25
E10 3.23 1.18
pengajaran lebih baik (10.0%) (10.0%) (37.5%) (20.0%) (15.6%)
berbanding guru yang muda

Purata 3.91 0.88

Jadual 4.23 menunjukkan analisis deskriptif taburan kekerapan, peratus, min


dan sisihan piawaian bagi Produk (Model KIPP) dan Kesan (Aspek
Pengucapan Umum). Pernyataan “Saya menjadi seorang yang berilmu

207
apabila telah diberikan pelbagai informasi dalam masa sehari” mempunyai
nilai min 4.00 dan sisihan piawaian 0.85 dengan 3 orang (1.9%) sangat tidak
setuju, 2 orang (1.3%) tidak setuju, 29 orang (18.1%) kurang pasti, 73 orang
(45.6%) setuju dan 42 orang (26.3%) sangat setuju. Selain itu, pernyataan
“Hasil daripada kaedah syarahan guru, saya telah banyak meraih ilmu
pengetahuan dan dapat memahaminya” mempunyai nilai min 3.93 dan sisihan
piawaian 0.89 dengan 3 orang (1.9%) sangat tidak setuju, 3 orang (1.9%) tidak
setuju, 37 orang (23.1%) kurang pasti, 65 orang (40.6%) setuju dan 41 orang
(25.6%) sangat setuju.

Di samping itu, pernyataan “Setelah saya diberi ganjaran, saya lebih


bersemangat untuk belajar lagi” mempunyai nilai min 4.07 dan sisihan
piawaian 0.89 dengan 1 orang (0.6%) sangat tidak setuju, 2 orang (1.3%) tidak
bersetuju, 42 orang (26.3%) kurang pasti, 44 orang (27.5%) setuju dan 60
orang (37.5%) sangat bersetuju. Seterusnya pernyataan “Keyakinan dan
kepercayaan terbina apabila guru peka terhadap latarbelakang saya”
mengandungi nilai min 3.79 dan sisihan piawaian 0.86. Seramai 1 orang
(0.6%) sangat tidak setuju, 7 orang (4.4%) tidak bersetuju, 48 orang (30.0%)
kurang pasti, 58 orang (36.3%) setuju dan 34 orang (21.3%) sangat setuju.

Bagi pernyataan “Saya mudah memahami isi pelajaran apabila


berinteraksi sehala dengan guru” menunjukkan nilai min 4.07 dan sisihan
piawaian 0.83. Terdapat 4 orang (2.5%) tidak setuju, 34 orang (21.3%) kurang
pasti, 58 orang (36.3%) setuju dan 52 orang (32.5%) sangat setuju.
Sehubungan dengan itu, pernyataan “Bertanya soalan di akhir kelas dapat
membantu mengukuhkan kefahaman saya” mempunyai nilai min 4.12 dan
sisihan piawaian 0.84 menunjukkan 4 orang (2.5%) tidak setuju, 32 orang
(20.0%) kurang pasti, 55 orang (34.4%) setuju dan 58 orang (36.3%) sangat
setuju.

Pernyataan “Interaksi antara saya dengan rakan dan saya dengan guru
menjadikan pembelajaran lebih senang untuk difahami” memiliki nilai min

208
4.32 dan sisihan piawaian 0.72 dengan 1 orang (0.6%) tidak setuju, 19 orang
(11.9%) kurang pasti, 60 orang (37.5%) setuju dan 69 orang (43.1%) sangat
setuju. Manakala bagi pernyataan “Bertanya soalan semasa pembelajaran
dapat membantu meningkatkan kefahaman saya” memiliki nilai min 4.30 dan
sisihan piawaian 0.74 dengan 2 orang (1.3%) tidak setuju, 19 orang (11.9%)
kurang pasti, 60 orang (37.3%) setuju dan 68 orang (42.5%) sangat setuju.

Bagi pernyataan “Guru-guru yang tinggal di kawasan kampung dengan


kawasan bandar mempunyai cara penyampaian yang berbeza” mempunyai
nilai min 3.27 dan sisihan piawaian 1.04. Hasil kajian mendapati seramai 12
orang (7.5%) sangat tidak setuju, 7 orang (4.4%) tidak setuju, 80 orang (50.0%)
kurang pasti, 26 orang (16.3%) setuju dan 22 orang (13.8%) sangat setuju.
Terakhir sekali ialah pernyataan “Guru yang lebih berusia dapat
menyampaikan pengajaran lebih baik berbanding guru yang muda” yang
memiliki nilai min 3.23 dan sisihan piawaian 1.18 dengan 16 orang (10.0%)
sangat tidak setuju, 16 orang (10.0%) tidak setuju, 60 orang (37.5%) kurang
pasti, 32 orang (20.0%) setuju dan 25 orang (15.6%) sangat setuju.

Jumlah purata nilai min untuk bahagian ini ialah 3.91 dan nilai sisihan
piawaian 0.88. Berdasarkan model KIPP (Stufflebeam, 1960) menerusi elemen
“Produk” dan aspek pengucapan umum “Kesan”, maka dapatlah dirumuskan
bahawa responden pelajar dapat meraih sesuatu yang sangat bermanfaat hasil
daripada pembelajaran apabila responden guru memahami dan memenuhi
tahap kendiri pelajar dengan cara mengenakan kaedah pembelajaran yang
sesuai dengan kehidupan pelajar, mewujudkan interaksi dan mahabbah guru
semasa belajar serta kematangan guru dalam bidang pengucapan umum.

209
e) Bahagian F : Model Syakhsiyyah & Aspek Personaliti (N = 149)

Jadual 4.24 : Taburan Kekerapan, Peratus, Min Dan Sisihan Piawaian Bagi
Model Syakhsiyyah & Aspek Personaliti

Piawaian
(f & %)

(f & %)

(f & %)

(f & %)

(f & %)

Sisihan
Kod

Min
STS

KP
TS

SS
Item Soalan

S
Guru sentiasa menekankan
0 0 10 44 95
F1 isi pelajaran yang penting 4.57 0.62
(0%) (0%) (6.3%) (27.5%) (59.4%)
semasa mengajar
Guru sentiasa menyesuaikan
gaya pengajaran agar saya 0 3 28 66 52
F2 4.12 0.78
suka, yakin dan percaya (0%) (1.9%) (17.5%) (41.3%) (32.5%)
terhadapnya
Guru sentiasa mengambil
0 3 38 56 52
F3 berat tentang reaksi 4.05 0.83
(0%) (1.9%) (23.8%) (35.0%) (32.5%)
pembelajaran saya
Guru sentiasa
menitikberatkan hal-hal
1 1 55 56 36
F4 kehidupan yang boleh 3.84 0.82
(0.6%) (0.6%) (34.4%) (35.0%) (22.5%)
mempengaruhi cara
pembelajaran saya
Guru lazim menggunakan
kaedah syarahan, kemudian 12 6 66 44 21
F5 3.38 1.04
menerangkannya kepada (7.5%) (3.8%) (41.3%) (27.5%) (13.1%)
saya
Kaedah pengajaran guru
2 4 47 66 30
F6 dapat membina daya 3.79 0.84
(1.3%) (2.5%) (29.4%) (41.3%) (18.8%)
intelektual saya
Semasa sesi perbincangan
berkumpulan, saya
0 4 47 66 32
F7 dibimbing guru untuk 3.85 0.79
(0%) (2.5%) (29.4%) (41.3%) (20.0%)
mencari maklumat yang betul
dan sahih
Guru memberikan ganjaran
kepada saya jika dapat 5 9 41 54 40
F8 3.77 1.02
menjawab soalan kuiz (3.1%) (5.6%) (25.6%) (33.8%) (25.0%)
dengan betul
Gaya dan isi pengajaran guru
yang berlawanan jantina 10 12 67 33 26
F9 3.35 1.08
dengan saya lebih mudah (4.3%) (8.1%) (41.9%) (20.6%) (16.3%)
difahami
Saya mudah menghormati
guru yang mempunyai 2 5 15 32 95
F10 4.43 0.90
perwatakan peramah dan (1.3%) (3.1%) (9.4%) (20.0%) (59.4%)
periang

Purata 3.91 0.87

Jadual 4.24 menunjukkan analisis deskriptif taburan kekerapan, peratus, min


dan sisihan piawaian bagi Syakhsiyyah (Tambahan Model KIPP) dan
Personaliti (Aspek Pengucapan Umum). Pernyataan “Guru sentiasa

210
menekankan isi pelajaran yang penting semasa mengajar” mempunyai nilai
min 4.57 dan sisihan piawaian 0.62 dengan 10 orang (6.3%) kurang pasti, 44
orang (27.5%) setuju dan 95 orang (59.4%) sangat setuju. Selain itu,
pernyataan “Guru sentiasa menyesuaikan gaya pengajaran agar saya suka,
yakin dan percaya terhadapnya” mempunyai nilai min 4.12 dan sisihan
piawaian 0.78 dengan 3 orang (1.9%) tidak setuju, 28 orang (17.5%) kurang
pasti, 66 orang (41.3%) setuju dan 52 orang (32.5%) sangat setuju.

Di samping itu, pernyataan “Guru sentiasa mengambil berat tentang


reaksi pembelajaran saya” mempunyai nilai min 4.05 dan sisihan piawaian
0.83 dengan 3 orang (1.9%) tidak bersetuju, 38 orang (23.8%) kurang pasti, 56
orang (35.0%) setuju dan 52 orang (32.5%) sangat bersetuju. Seterusnya
pernyataan “Guru sentiasa menitikberatkan hal-hal kehidupan yang boleh
mempengaruhi cara pembelajaran saya” mengandungi nilai min 3.84 dan
sisihan piawaian 0.82. Seramai 1 orang (0.6%) sangat tidak setuju, 1 orang
(0.6%) tidak bersetuju, 55 orang (34.4%) kurang pasti, 56 orang (35.0%) setuju
dan 36 orang (22.5%) sangat setuju.

Bagi pernyataan “Guru lazim menggunakan kaedah syarahan, kemudian


menerangkannya kepada saya” menunjukkan nilai min 3.38 dan sisihan
piawaian 1.04. Terdapat 12 orang (7.5%) sangat tidak setuju, 6 orang (3.8%)
tidak setuju, 66 orang (41.3%) kurang pasti, 44 orang (27.5%) setuju dan 21
orang (13.1%) sangat setuju. Sehubungan dengan itu, pernyataan “Kaedah
pengajaran guru dapat membina daya intelektual saya” mempunyai nilai min
3.79 dan sisihan piawaian 0.84 menunjukkan 2 orang (1.3%) sangat tidak
setuju, 4 orang (2.5%) tidak setuju, 47 orang (29.4%) kurang pasti, 66 orang
(41.3%) setuju dan 30 orang (18.8%) sangat setuju.

Pernyataan “Semasa sesi perbincangan berkumpulan, saya dibimbing


guru untuk mencari maklumat yang betul dan sahih” memiliki nilai min 3.85
dan sisihan piawaian 0.79 dengan 4 orang (2.5%) tidak setuju, 47 orang
(29.4%) kurang pasti, 66 orang (41.3%) setuju dan 32 orang (20.0%) sangat

211
setuju. Manakala bagi pernyataan “Guru memberikan ganjaran kepada saya
jika dapat menjawab soalan kuiz dengan betul” memiliki nilai min 3.77 dan
sisihan piawaian 1.02 dengan 5 orang (3.1%) sangat tidak setuju, 9 orang
(5.6%) tidak setuju, 41 orang (25.6%) kurang pasti, 54 orang (33.8%) setuju
dan 40 orang (25.0%) sangat setuju.

Bagi pernyataan “Gaya dan isi pengajaran guru yang berlawanan


jantina dengan saya lebih mudah difahami” mempunyai nilai min 3.35 dan
sisihan piawaian 1.08. Hasil kajian mendapati seramai 10 orang (4.3%) sangat
tidak setuju, 12 orang (8.1%) tidak setuju, 67 orang (41.9%) kurang pasti, 33
orang (20.6%) setuju dan 26 orang (16.3%) sangat setuju. Terakhir sekali ialah
pernyataan “Saya mudah menghormati guru yang mempunyai perwatakan
peramah dan periang” yang memiliki nilai min 4.43 dan sisihan piawaian 0.90
dengan 2 orang (1.3%) sangat tidak setuju, 5 orang (3.1%) tidak setuju, 15
orang (9.4%) kurang pasti, 32 orang (20.0%) setuju dan 95 orang (59.4%)
sangat setuju.

Jumlah purata nilai min untuk bahagian ini ialah 3.91 dan nilai sisihan
piawaian 0.87. Berdasarkan model KIPP (Stufflebeam, 1960) menerusi elemen
“Syakhsiyyah” dan aspek pengucapan umum “Personaliti”, maka dapatlah
dirumuskan bahawa responden pelajar berjaya disuntik dengan pendidikan
Islam apabila responden guru mempamerkan kewibawaannya, sentiasa peka
dengan kehidupan pelajar dan sentiasa menyuntik elemen-elemen motivasi
kepada pelajar-pelajar.

4.3.4 Rumusan

Berdasarkan daripada dapatan-dapatan kajian di atas, dapatlah dirumuskan


bahawa hampir semua responden menyatakan persetujuan mereka terhadap
item-item soalan yang telah dikemukakan kepada menerusi, baik menerusi

212
soalan secara tertutup mahupun secara terbuka. Ini menunjukkan bahawa
aspek, komponen dan model pengucapan umum sangat dititikberatkan oleh
para responden kajian. Begitu juga dengan faktor-faktor pengucapan umum
yang menjadi kepekaan responden-responden guru dalam memastikan
pedagogi pengucapan umum mereka berkesan.

4.4 Taburan Data Min Objektif Kajian

Berdasarkan daripada dapatan kajian soalselidik tertutup dan terbuka daripada


responden guru dan pelajar, serta merujuk kepada jadual-jadual dapatan kajian di
atas, maka jumlah min keseluruhan bagi objektif-objektif kajian adalah seperti
berikut:

213
Jadual 4.25 : Taburan Data Keseluruhan Min Bagi Setiap Objektif Kajian

Responden Responden Jumlah Min


Objektif Kajian
Pelajar Guru Keseluruhan

Audiens 4.09 4.45 4.27

Mesej 3.84 4.25 4.01


Aspek
Pengucapan Strategi 4.12 4.40 4.26
Umum
Kesan 3.91 4.20 4.01

Personaliti 3.91 4.02 3.97

Komponen Informatif 4.20 4.65 4.43


Pengucapan
Umum Persuasif 4.09 4.37 4.23

Model Interaksi 3.40 3.92 3.66


Pengucapan
Umum Transaksi 3.69 4.3 4.00

Pengalaman 4.16 4.50 4.33

Kelas 3.87 4.50 4.19


Ilmu
4.15 4.67 4.41
Pengetahuan
Isi Pelajaran 4.02 4.17 4.10
Faktor-faktor
Mempengaruhi Kesediaan 4.52 4.33 4.43
Keberkesanan
Pengucapan Tahap B.M. 4.34 4.17 4.26
Umum
Lokasi
3.27 3.67 3.47
Pengajaran
Umur 3.23 3.33 3.28

Jantina 3.35 3.33 3.34


Personaliti
4.43 4.17 4.30
Guru

214
Berdasarkan daripada jadual 4.25 di atas, maka dapatlah dirumuskan bahawa
untuk:
(i) Aspek Pengucapan Umum: jumlah skor min tertinggi ialah pada aspek
Audiens (min = 4.27), kemudian diikuti dengan aspek Strategi (min = 4.26),
aspek Mesej dan Kesan (min = 4.01) dan diakhiri dengan aspek Personaliti
(min = 3.97).
(ii) Komponen Pengucapan Umum: jumlah skor min tertinggi ialah pada
komponen Informatif (min = 4.43) berbanding komponen Persuasif (min =
4.23).
(iii) Model Pengucapan Umum: jumlah skor min tertinggi ialah pada model
Transaksi (min = 4.00) berbanding model Interaksi (min = 3.66)
(iv) Faktor-faktor mempengaruhi keberkesanan Pengucapan Umum: jumlah
skor tertinggi ialah pada faktor Kesediaan (min = 4.43), diikuti dengan
faktor Ilmu Pengetahuan (min = 4.41), faktor Pengalaman (min = 4.33),
faktor Personaliti Guru (min = 4.30), faktor Tahap Penguasaan Bahasa
Melayu (min = 4.26), faktor Kelas (min = 4.19), faktor Isi Pelajaran (min =
4.10), faktor Lokasi Pengajaran (min = 3.47), faktor Jantina (min = 3.34)
dan diakhiri dengan faktor Umur (min = 3.28)

4.5 Data Persoalan Kajian

4.5.1 Sejauhmanakah tahap pengetahuan guru-guru tentang pengucapan

umum dari sudut aspek, komponen dan modelnya?

Berdasarkan daripada jawapan-jawapan responden guru dalam soalan secara


terbuka (rujuk Jadual 4.10 hingga 4.19) dan jadual 4.25 dalam kurungan
responden guru, maka dapatlah disimpulkan seperti berikut:

215
Aspek Pengucapan Umum;

ASPEK PENGUCAPAN UMUM


4.15 4.12
4.09
4.1

4.05

4 3.97
3.95
3.91
3.9
3.84
3.85

3.8

3.75

3.7
Audiens Mesej Strategi Kesan Personaliti

N=6 Rajah 4.1 : Skor Min Aspek Pengucapan Umum

Berdasarkan jadual 4.25 dan rajah 4.1 menunjukkan bahawa aspek Audiens
menunjukkan skor min yang tinggi (M = 4.09). Manakala aspek Mesej
mencatatkan skor min yang sederhana tinggi (M = 3.84). Kemudian aspek
Strategi pula mencatatkan skor min yang juga tinggi (M = 4.12), diikuti pula
dengan aspek Kesan yang merekodkan jumlah skor min sederhana tinggi (M =
3.91). Terakhir ialah aspek Personaliti yang mempunyai skor min yang
sederhana tinggi (M = 3.97). Ini menunjukkan semua responden guru
mengetahui tentang aspek pengucapan umum.

216
Komponen Pengucapan Umum:

KOMPONEN PENGUCAPAN UMUM


4.22
4.2
4.2
4.18
4.16
4.14
4.12
4.1 4.09

4.08
4.06
4.04
4.02
Informatif Persuasif

Informatif Persuasif

N=6 Rajah 4.2 : Skor Min Komponen Pengucapan Umum

Berdasarkan jadual 4.25 dan rajah 4.2 menunjukkan bahawa komponen


Informatif meraih jumlah skor min yang tinggi (M = 4.20). Sementara
komponen Persuasif menunjukkan jumlah skor min yang juga tinggi (M =
4.09). Ini menunjukkan bahawa semua responden guru mengetahui tentang
komponen pengucapan umum, khusus bagi komponen Informatif.

217
Model Pengucapan Umum:

MODEL PENGUCAPAN UMUM


3.75
3.69
3.7

3.65

3.6

3.55

3.5

3.45
3.4
3.4

3.35

3.3

3.25
Interaksi Transaksi

N=6 Rajah 4.3 : Skor Min Model Pengucapan Umum

Berdasarkan jadual 4.25 dan rajah 4.3 menunjukkan bahawa model Interaksi
meraih jumlah skor min yang sederhana tinggi (M = 3.40). Sementara model
Transaksi menunjukkan jumlah skor min yang juga sederhana tinggi (M =
3.69). Ini menunjukkan bahawa semua responden guru mengetahui tentang
model pengucapan umum, khusus bagi model Transaksi.

Kesimpulannya, semua responden guru menunjukkan mereka


mengetahui tentang pengucapan umum dari segi aspek (audiens, mesej,
strategi, kesan dan personaliti), komponen (informatif dan persuasif) dan
model (interaksi dan transaksi).

218
4.5.2 Sejauhmanakah tahap kompetensi guru-guru dalam menguasai
bidang pengucapan umum dalam pedagogi pengajaran mereka?

Merujuk kepada jadual 4.15 (item soalan 6 soalan secara terbuka responden
guru), semua responden menyatakan bahawa mereka cenderung untuk
menggunakan kaedah bercerita, pembentangan dan pembentangan
berpusatkan pelajar sebagai salah satu teknik penguasaan pengucapan umum
dalam pedagogi pengajaran mereka.

Begitu juga item soalan 7 soalan secara terbuka bagi responden guru,
semua responden guru menggunakan komponen Persuasif pengucapan umum
(seperti menggunakan pendekatan talaqi musyafahah, menggunakan alat bantu
menngajar, memberi kata-kata semangat) dalam mengaitkan isi pelajaran
dengan demografi dan psikologi pelajar.

Seterusnya bagi item soalan 8 soalan secara terbuka bagi responden guru,
semua responden mewujudkan interaksi dengan pellajar-pelajar menerusi
kaedah pembelajaran interaktif abad ke 21.

Jadual 4.25 juga merupakan antara bukti ampuh menunjukkan semua


responden guru mempunyai kompetensi pedagogi pengucapan umum yang
tinggi berdasarkan jumlah skor min yang diraih daripada dapatan kajian soalan
secara tertutup dan soalan secara terbuka.

219
4.5.3 Apakah faktor-faktor wujud yang mempengaruhi kompetensi
pedagogi pengucapan umum?

Merujuk kepada jadual 4.19, antara faktor yang mempengaruhi kompetensi


pedagogi pengucapan umum pada pendapat responden guru adalah perwatakan
guru (seperti suara, imej diri dan kontak mata), faktor dalaman (seperti
keikhlasan dan kejujuran) dan faktor demografi pelajar.

Manakala merujuk jadual 4.25, pengkaji telah menyenaraikan 10 aspek


yang boleh mempengaruhi kompetensi pengucapan umum. Daripada jadual
ini, faktor kesediaan sebelum mengajar merupakan faktor yang tertinggi (M =
4.52) kemudian disusuli dengan faktor personaliti guru (M = 4.43) dan faktor
tahap penguasaan Bahasa Melayu (M = 4.34). Manakala faktor lokasi
pengajaran (M = 3.27 dan faktor umur guru (M = 3.23) adalah antara faktor
yang kurang mempengaruhi kompetensi pedagogi pengucapan umum guru.

4.5.4 Apakah strategi yang digunakan oleh guru dalam memastikan


pedagogi pengucapan umumnya berkesan?

Merujuk jadual 4.14, semua responden guru menyatakan bahawa antara


strategi yang lazim digunakan ialah dengan menyediakan persediaan mengajar
yang rapi dan sempurna, menitikberatkan hal ehwal pelajar terlebih dahulu,
menggunakan slaid pembentangan, menyusun bahasa yang bersesuaian
dengan kefahaman pelajar-pelajar dan menghuraikan isi-isi pelajaran untuk
dilaksanakan. Ini menunjukkan bahawa semua responden guru sangat teliti
dalam mengenakan satu-satu strategi dalam memastikan pedagogi pengucpan
umum mereka berkesan.

220
4.6 Pengujian Hipotesis Kajian

(HO1) Tidak ada hubungan yang signifikan antara penggunaan

komponen pengucapan umum dengan pengajaran guru

Memandangkan jumlah responden guru yang sedikit, maka pengkaji tidak


dapat menjalankan ujian korelasi dan membuat analisis inferensi dalam
menguji hipotesis ini. Walaubagaimanapun, menerusi jadual 4.25
menunjukkan bahawa kedua-dua komponen pengucapan umum mempunyai
jumlah skor min yang tinggi, iaitu komponen Informatif sebanyak 4.20 dan
komponen Persuasif sebanyak 4.09. Hal ini menunjukkan bahawa pengajaran
responden guru sememangnya mempunyai hubungan yang amat signifikan
dengan penggunaan komponen pengucapan umum. Ini bermaksud hipotesis
nol pertama (H01) berjaya ditolak iaitu terdapat hubungan yang signifikan
antara komponen pengucapan umum dengan gaya pengajaran guru.

(HO2) Corak pedagogi guru lebih ke arah model Interaksi berbanding


model Transaksi

Berdasarkan jadual 4.25, jumlah keseluruhan min Interaksi ialah 3.66 dan
sejumlah 4.00 dibawa oleh min Transaksi. Berdasarkan daripada jumlah
keseluruhan min kedua-dua model pengucapan umum tersebut, maka model
Transaksi merangkul jumlah min yang lebih tinggi berbanding model Interaksi
dengan jarak 0.34. Maka hipotesis nol kedua ini berjaya ditolak. Corak
pedagogi guru lebih ke arah model Transaksi berbanding model Interaksi.

221
(HO3) Kekurangan pengalaman dalam bidang pengucapan umum
mengakibatkan keberkesanan mesej menjadi kurang
memberangsangkan

Merujuk dapatan pernyataan item soalan B9 soalan secara tertutup responden


guru, semua responden guru sangat setuju bahawa guru yang berpengalaman
luas dalam pengucapan umum menjadikan pelajar-pelajar lebih mudah faham
dengan pengajaran guru. Walaubagaimanapun, merujuk jadual 4.19, tidak ada
seorang responden guru yang menyifatkan kekurangan pengalaman dalam
bidang pengucapan umum sebagai perkara yang mengakibatkan mesej menjadi
kurang memberangsangkan.

Sementara jadual 4.20 item soalan B9 pula menunjukkan semua


responden pelajar setuju menyatakan bahawa mereka lebih mudah faham
dengan pengajaran guru yang berpengalaman luas dalam pengucapan umum.

Dapatlah disimpulkan bahawa guru yang kurang pengalaman dalam


bidang pengucapan umum akan menjadikan mesej pengajaran kurang berkesan
dan kurang memberangsangkan. Maka hipotesis nol ketiga ini tidak ditolak.

(HO4) Pengalaman, pengetahuan, latarbelakang guru, personaliti guru,


isi pengajaran dan perilaku pelajar-pelajar adalah antara faktor
mempengaruhi kompetensi pedagogi pengucapan umum

Berdasarkan jadual 4.25, jumlah keseluruhan min bagi setiap faktor


mempengaruhi keberkesanan pengucapan umum telah dipaparkan. Mengikut
susunan jumlah keseluruhan min dari tertinggi hingga terendah, faktor
kesediaan guru untuk mengajar telah menduduki tangga teratas, diikuti dengan
faktor ilmu pengetahuan tentang pengucapan umum, faktor pengalaman guru
dalam bidang pengucapan umum, faktor personaliti guru, faktor tahap

222
penguasaan Bahasa Melayu guru, faktor latarbelakang pelajar-pelajar (kelas),
faktor isi pelajaran, faktor lokasi pengajaran, faktor jantina guru dan terendah
diakhiri dengan faktor umur guru. Kesimpulannya, hipotesis nol keempat ini
tidak ditolak berdasarkan data statistik yang dikemukakan.

4.7 Rumusan

Secara kesimpulannya, bab ini telah membincangkan hasil dapatan kajian rintis dan
kajian sebenar terhadap responden guru dan responden pelajar. Berdasarkan
dapatan kajian ini telah membuktikan bahawa semua responden guru mempunyai
bidang pengetahuan yang luas dalam pengucapan umum, khusus dalam model
Transaksi walaupun tidak menunjukkan hubungan yang signifikan antara
komponen pengucapan umum dengan gaya pengajaran guru. Sementara dalam
mengenalpasti faktor-faktor mempengaruhi pengucapan umum, bab ini telah
berjaya mengetengahkan 10 faktor yang sering menjadi perhatian utama. Pengkaji
juga telah menganalisis setiap aspek pengucapan umum menerusi model KIPP.

223
BAB V

PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan

Bab ini akan membincangkan dan merumus dapatan kajian yang telah
dibincangkan dalam Bab 4 Dapatan Kajian. Perbincangan dan rumusan dibuat
berdasarkan analisis deskriptif dan inferens. Perbincangan dapatan analisis secara
deskriptif dijalankan ke atas maklumat diri responden guru dan pelajar, komponen
pengucapan umum, model pengucapan umum, aspek pengucapan umum dan
faktor-faktor mempengaruhi keberkesanan pengucapan umum.

Perbincangan hasil dapatan kajian akan dibahagikan kepada lima bahagian utama;
(i) Dapatan analisis deskriptif komponen pengucapan umum (Perbincangan &
Rumusan)
(ii) Dapatan analisis deskriptif model pengucapan umum (Perbincangan &
Rumusan)
(iii) Dapatan analisis deskriptif aspek pengucapan umum (Perbincangan &
Rumusan)
(iv) Dapatan analisis deskriptif faktor-faktor mempengaruhi keberkesanan
pengucapan umum (Perbincangan & Rumusan)
(v) Cadangan implikasi kajian

224
5.2 Dapatan Analisis Deskriptif Komponen Pengucapan Umum

Berdasarkan analisis deskriptif komponen pengucapan umum dalam jadual 4.25,


komponen Informatif merupakan komponen paling tinggi yang dikuasai oleh
responden guru dengan catatan min 4.43 berbanding dengan komponen Persuasif
dengan memiliki catatan min sebanyak 4.23.

Pernyataan ini bertepatan dengan pendapat Abdullah Hassan dan Ainon


Mohd (1999) yang berpendapat dengan berkomunikasi mereka berharap dapat
memahami alam sekeliling dan kehidupan ini. Walaubagaimanapun, terdapat juga
kajian lain seperti pendapat Abdullah Hassan dan Ainon Mohd (1999) yang
menjelaskan bahawa apabila lebih banyak mereka bercakap, maka lebih banyak
mereka menyakitkan hati dan tidak disukai oleh orang lain. Ini menunjukkan
bahawa semakin banyak input pengisian dalam sesuatu gagasan komunikasi, maka
semakin banyaklah harapan, pengamatan dan rintangan yang sedia difikirkan oleh
audiens.

Berkaitan dengan model KIPP dan Syakhsiyyah, komponen pengucapan


umum dapat dilaksanakan secara berperingkat-peringkat bermula dari Konteks,
Input, Proses, Produk dan Syakhsiyyah. Contohnya, seorang komunikator perlulah
mengetahui siapakah audiens yang hendak disampaikannya (demografi,
pendidikan, umur, jantina) untuk model Konteks, seterusnya menentukan apakah
bentuk mesej yang hendak disampaikannya dan bagaimana hendak meyakinkan
audiens, samada secara Informatif ataupun Persuasif (model Input) kemudian
menyampaikannya berdasarkan pemilihan komponen tadi (model Proses), lalu
meninjau keberkesanan mesej tersebut (model Produk) serta bagaimana mesej
tersebut dapat membentuk karakter audiens yang disampaikannya (model
Syakhsiyyah).

Tuntasnya, seorang guru perlu membuat persiapan rapi dan menjangkakan


pelbagai perkara yang boleh menyebabkan keberkesanan pengucapan umum

225
mereka terbantut. Apabila guru lebih banyak menggunakan kaedah syarahan atau
ceramah dalam pengajaran, hendaklah mereka peka dengan kesediaan, sosiologi,
psikologi dan motivasi pelajar-pelajar agar setiap isi dan gaya pengajaran yang
bersifat informatif dapat diguna pakai dan diimitasikan oleh pelajar-pelajar.

5.3 Dapatan Analisis Deskriptif Model Pengucapan Umum

Secara umumnya, keputusan kajian ini menunjukkan penolakan hipotesis nol kedua
kajian yang mengandaikan bahawa corak pedagogi guru lebih ke arah model
Interaksi berbanding ke arah model Transaksi. Hasil dapatan kajian menunjukkan
bahawa penggunaan model Transaksi pengucapan umum meraih jumlah min yang
tinggi (M = 4.00) berbanding model Interaksi (M = 3.66). Ini menunjukkan bahawa
kaedah pengucapan umum responden guru lebih menjurus ke arah kewujudan
pembelajaran berpusatkan pelajar dan menggunakan kaedah kumpulan,
perbincangan, sumbangsaran dan soal jawab.

Pernyataan ini menyokong kajian yang dilakukan oleh Fauziah dan Faridah
dalam Che Su Mustaffa (2007) yang menyatakan proses ini tidak semestinya
dianggap berjaya apabila individu lain gagal untuk menerima maklumat ataupun
gagal memahami maklumat yang telah disampaikan. Selain itu juga, pernyataan ini
juga bertepatan dengan pendapat Charles Osgood dalam Che Su Mustaffa (2007)
bahawa kejayaan sesuatu komunikasi bergantung kepada bagaimana penghantar
mesej itu berjaya untuk mempengaruhi tingkahlaku sedia ada penerima. Ini
menunjukkan bahawa proses komunikasi menerusi model transaksi pengucapan
umum berhubung rapat antara penyampai dan penerima mesej untuk memastikan
sesuatu mesej itu berjaya disampaikan dengan baik dan lengkap.

Hal ini berkaitan dengan model pengajaran berunsur transaksi seperti yang
lazim dinyatakan oleh responden guru seperti kaedah soal jawab. Kaedah soal
jawab merupakan antara kaedah yang sering digunakan oleh responden guru dalam

226
perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran. Kaedah ini antara penyumbang
tertinggi kepada skor min model Transaksi pengucapan umum. Hal ini bersesuaian
dengan kajian Sulaiman Ngah Razali (2001) yang menyatakan bahawa kaedah soal
jawab bukan sahaja untuk menilai kefahaman pelajar terhadap isi kandungan
pengajaran, bahkan terdapat beberapa tujuan lain seperti menggerakkan minda,
membetulkan kesilapan pelajar, merentas kandungan pembelajaran, menggalakkan
mutu pemikiran yang tinggi, mengekalkan perhatian pelajar, menggerakkan
interaksi menyelesaikan masalah, mengaitkan dengan tajuk sebelumnya dan
memberi kesedaran. Kaedah yang melibatkan penglibatan pelajar ini juga berupaya
membina rasa percaya dan yakin pada diri pelajar (Zawawi Ismail et al. 2011).

Meninjau penggunaan model KIPP dan Syakhsiyyah sebagai pegangan


pengkaji dalam kajian ini, model KIPP sebenarnya juga dapat dikaitkan dengan
model pengucapan umum. Contohnya, seorang guru hendak menyampaikan
pengajaran kepada pelajar-pelajar yang kurang bersemangat untuk belajar. Maka
pertama sekali guru hendaklah mengidentifikasikan bagaimanakah tahap motivasi
pembelajaran pelajar-pelajar, mengkaji punca-punca pelajar kurang bersemangat
dan membuat ikhtiar untuk mengatasinya (model Konteks). Kemudian membentuk
isi-isi penyampaian agar dapat menarik minat mereka (model Input). Seterusnya
menyampaikannya di dalam kelas samada melalui Interaksi (seperti kaedah
syarahan dan ceramah) atau melalui Transaksi (seperti kaedah perbincangan
berkumpulan, aktiviti-aktiviti kelas dan sebagainya). Setelah melakukannya, guru
meninjau keberkesanan interaksi atau transaksi pengajaran yang telah
dilakukannya; samada pelajar-pelajar semakin bersemangat atau masih sahaja tidak
bersemangat (model Produk) dan melihat samada interaksi atau transaksi tersebut
dapat membina syakhsiyyah pelajar-pelajar tersebut (model Syakhsiyyah).

Tuntasnya, seorang guru Pendidikan Islam hendaklah melibatkan setiap


pelajar di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran mereka tanpa mengecualikan
seorang pun. Guru juga hendaklah peka dengan tahap kemampuan dan intelektual
pelajar-pelajar supaya mereka dapat dikelompokkan ke dalam kumpulan yang
mempunyai tahap kognitif yang setaraf dengan mereka. Pengajaran yang

227
melibatkan keaktifan dan kewujudan diri pelajar akan menjadikan pelajar-pelajar
bertambah yakin, mesra, percaya dan hormat terhadap guru tersebut kerana pelajar-
pelajar berasa dihargai potensi mereka.

5.4 Dapatan Analisis Deskriptif Aspek Pengucapan Umum

Merujuk jadual 4.25 dan rajah 4.1 menunjukkan bahawa semua responden guru
peka dengan aspek pengucapan umum yang boleh menentukan keberkesanan
pengucapan umum mereka. Hal ini secara tidak langsung telah menjawab persoalan
kajian yang pertama. Skor min untuk aspek Strategi merupakan skor yang tertinggi
antara semua aspek, iaitu sebanyak 4.12. Kemudian diikuti oleh aspek Audiens (M
= 4.09), aspek Kesan (M = 3.91) dan aspek Personaliti (M = 3.91) dan terakhir ialah
aspek Mesej (M = 3.84).

Hal ini disokong oleh kajian Abdul Karim Zaydan (1981) yang menyatakan
bahawa seorang penda’wah yang profesional ialah mereka yang mempunyai
syakhsiyyah, personaliti dan penampilan yang menarik, yang dapat diterima
dengan mudah oleh khalayak umat. Justeru itu, apabila penda’wah disaluti oleh
akhlak yang mulia, penyampaiannya akan mudah diterima. Selain itu, uslub da’wah
yang dibawanya sarat dengan sifat-sifat mahmudah seperti berlaku benar, sabar,
kasih sayang, tawadhu’, dan pergaulan yang baik akan memberikan kesan kepada
mad’u.

Dapatan kajian ini juga sesuai dengan teori yang dikemukakan oleh Abdul
Ghafir (2017) yang menyatakan bahawa Rasulullah ‫ ﷺ‬dalam menggunakan metod

pembelajaran selalu memperhatikan pelbagai aspek, seperti aspek isi yang ingin
disampaikan, tujuan yang ingin dicapai, anak didik yang dihadapi, keadaan
lingkungan, dan sebagainya. Contohnya; Rasulullah ‫ ﷺ‬dalam memberikan isi

pengajaran dapat tergambar dari sikap Rasulullah ‫ ﷺ‬ketika terjadi proses

228
pembelajaran antara Malaikat Jibril yang berperilaku sebagai murid dan Rasulullah
sebagai pendidik. Konsep tersebut dapat tergambar dari apa yang telah
dikemukakan oleh Najb Khalid Al-Amar (Samsul Nizar, 2009), dengan memetik
suatu hadith yang diriwayatkan oleh Umar bin Khattab. Hadith tersebut
menggambarkan bahawa wibawa, keadaan, situasi, sikap dan sifat, serta posisi
Rasulullah ‫ ﷺ‬sebagai guru menggambarkan imej seorang pendidik yang menguasai

strategi dan metod pendidikan. Rasulullah ‫ ﷺ‬duduk di hadapan Malaikat Jibril

membawa pertanyaan sesuai dengan kemampuannya. Apabila persoalan tidak


diketahui jawapannya secara pasti, maka Rasulullah ‫ ﷺ‬tidak malu untuk

mengatakan tidak tahu. Rasulullah ‫ ﷺ‬mendengarkan secara saksama dan teliti

terhadap pertanyaan yang diajukan oleh Malaikat Jibril, sehingga baginda mampu
menjawabnya dengan tepat pula. Hal ini menggambarkan keadaan pelaksanaan
pendidikan yang kondusif.

Berdasarkan petikan hadith tersebut, dapatlah dikaitkan dengan konteks


pengajaran dan pembelajaran yang sebenar menerusi model KIPP dan
Syakhsiyyah. Contohnya, seorang guru hendaklah membuat strategi dan persiapan
yang rapi sebelum masuk ke dalam kelas agar pengajarannya tidak bersifat jumud
dan membosankan pelajar-pelajar (model Konteks). Kemudian, guru perlu
menyediakan soalan-soalan kepada beberapa orang pelajar sesuai dengan tahap
kemampuan akal fikiran mereka dan soalan-soalan tersebut hendaklah mengikut
proses aras kesukaran (Higher Order Thinking Skills atau Lower Order Thinking
Skills) untuk model Input. Seterusnya, melakukan pengajaran dan pembelajaran di
dalam kelas dengan berlandaskan strategi dan pendekatan yang telah dirancang
awal tadi (model Proses). Akhir sekali guru membuat penilaian kendiri terhadap
matapelajaran yang telah disampaikannya kepada pelajar-pelajar; samada pelajar-
pelajar dapat menguasai tajuk tersebut atau belum (model Produk) dan samada
pengajarannya tadi telah dapat membentuk syakhsiyyah pelajar-pelajar atau tidak
(model Syakhsiyyah).

229
Maka dapatlah dirumuskan bahawa seorang guru dikatakan sebagai satu
pakej Pendidikan Islam yang lengkap dan syumul apabila memerhatikan pelbagai
aspek pengucapan umum semasa mendidik ummah. Guru Pendidikan Islam tidak
boleh tidak memikirkan pelbagai aspek dalam memastikan anak-anak didikan
menyelami, memahami dan menghayati setiap perkara yang dilantunkan oleh guru
kepada mereka. Kepekaan dan keprihatinan guru terhadap pelajar-pelajar (aspek
audiens), penghayatan isi pengajaran (aspek mesej), penggunaan strategi
pengajaran dan pembelajaran yang padu (aspek strategi), memedulikan terhadap
pembinaan karakter dan syakhsiyyah pelajar-pelajar (aspek kesan) dan
mempamerkan kewibawaan dan profesionalisme perguruan (aspek personaliti)
adalah antara perkara yang melengkapkan kualiti perguruan.

5.5 Dapatan Analisis Faktor-faktor Mempengaruhi Keberkesanan


Pengucapan Umum

Merujuk jadual 4.25, antara skor min faktor pengucapan umum yang tertinggi
dalam kalangan guru ialah faktor kesediaan sebelum mengajar tertinggi (min =
4.52) kemudian disusuli dengan faktor personaliti guru (min = 4.43) dan faktor
tahap penguasaan Bahasa Melayu (min = 4.34). Manakala faktor lokasi pengajaran
(min = 3.27 dan faktor umur guru (min = 3.23) adalah antara faktor yang kurang
mempengaruhi kompetensi pedagogi pengucapan umum guru. Begitu juga dalam
jadual 4.19, antara faktor yang mempengaruhi kompetensi pedagogi pengucapan
umum pada pendapat responden guru adalah perwatakan guru (seperti suara, imej
diri dan kontak mata), faktor dalaman (seperti keikhlasan dan kejujuran) dan faktor
demografi pelajar.

Perkara ini disokong oleh teori komunikasi yang dibuat oleh Amir Aris &
Ahmad Rozelan Yunus (2016) yang menyatakan bahawa antara faktor yang
mempengaruhi penghantaran dan penerimaan maklumat itu termasuklah
personaliti, motif, pelajaran dan pengetahuan, sikap, emosi, kemahiran konsepsi,

230
kebolehan bertutur dan perasaan atau sikap menyembunyikan pihak penghantar
dan penerima. Selain itu, masa, lambakan tugas, perhubungan perseorangan, norma
kelompok dan struktur organisasi juga memberikan kesan kepada keberkesanan
komunikasi dan cara mengendalikannya.

Seterusnya, berdasarkan kajian Buntat dan Hassan (2003) juga menyatakan


bahawa tahap penguasaan bahasa seseorang individu turut menyumbang kepada
faktor kegagalan komunikasi. Menurut mereka, kegagalan untuk mewujudkan
interaksi yang positif menjadi sebab utama kegagalan dalam pekerjaan. Graduan
bukan hanya mempunyai masalah berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris sahaja
tetapi juga dalam Bahasa Melayu (Nurul Salmi & Mohd Isha, 2014; Zainuddin &
Ziadatul, 2006). Masalah atau gangguan yang menghalang proses pengucapan
adalah halangan yang boleh berlaku sama ada dalam bentuk tersirat mahupun
tersurat. Selain daripada itu, perkembangan pedagogi dalam pembelajaran
cenderung untuk menekankan peranan akademik dan menetapkan apa yang
pendidik harus lakukan untuk menjadi lebih baik dalam mengajar kemahiran cara
berkomunikasi pelajar, termasuk mendengar (Stone, Lightbody & Whait, 2013).
Manakala faktor yang mempengaruhi dan menghalang seseorang daripada
bercakap dengan baik adalah dengan melihat signifikan latar belakang responden
dalam kecekapan berkomunikasi. Kajian tersebut menunjukkan terdapat 30 orang
daripada 400 orang responden mengalami gangguan atau masalah dalam berucap
(lelaki dan wanita secara nisbah 1.7:1). Sebanyak 7.5% responden mempunyai
masalah dalam pertuturan walaupun tidak mempunyai sebarang masalah dalam
pendengaran.

Faktor-faktor pengucapan umum hakikatnya juga dapat dikaitkan dengan


model KIPP dan Syakhsiyyah. Contohnya, dalam model Konteks, seorang guru
perlu peka samada pelajar-pelajarnya orang-orang yang tinggal di kawasan bandar
atau kampung, menjaga sensitiviti sosial pelajar-pelajar dan samada semua pelajar
faham dengan penggunaan Bahasa Melayu sebagai wadah komunikasi atau hanya
segelintir sahaja. Bagi model Input pula, guru juga perlu peka dengan jumlah isi
pengajaran yang dapat difahami oleh pelajar-pelajar, tahap kesukaran isi pelajaran

231
dan hubungan isi pelajaran dengan realiti kehidupan pelajar-pelajar. Manakala bagi
model Proses pula, guru juga perlu tahu keadaan kesihatan fizikal dan mental
pelajar-pelajar, waktu pengajaran tidak boleh melebihi had waktu yang telah
ditetapkan sekolah dan kesesuaian penggunaan alat bantu mengajar, kaedah-
kaedah pengajaran dan aktiviti kelas terhadap pelajar-pelajar. Bagi model Produk
dan Syakhsiyyah pula, guru perlu tahu apakah faktor-faktor yang boleh mendorong
pelajar-pelajar untuk berubah ke arah lebih baik, bagaimana hendak menjadikan
pelajar-pelajar belajar secara kreatif dan inovatif serta memastikan pengajarannya
benar-benar meninggalkan kesan terhadap personaliti dan kognitif pelajar-pelajar.

Berdasarkan daripada perbincangan di atas, dapatlah dirumuskan bahawa


seorang guru haruslah mengambil tahu perkara-perkara yang boleh menghalang
kualiti pedagogi pengucapan umum mereka. Keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran serta pengucapan umum bukan hanya terletak kepada isi pelajaran,
malah dari segi kesihatan pelajar, latarbelakang pelajar, waktu pengajaran,
penguasaan Bahasa Melayu dan sebagainya. Sekiranya guru-guru tidak peka
terhadap faktor-faktor ini, maka pengucapan umum yang disematkan di dalam
pedagogi tidak akan mendatangkan sebarang kesan yang positif.

5.6 Cadangan Implikasi Kajian

Dalam bahagian ini, pengkaji membahagikan cadangan kajian kepada 4 bahagian;


Guru & Penyelidik, Pelajar-pelajar, Ibu Bapa, Pihak-pihak Agensi, Badan
Persatuan, Organisasi & Masyarakat.

232
5.6.1 Guru-guru & Para Penyelidik Pendidikan

(i) Mengadakan bengkel pengucapan umum terhadap guru-guru setiap


bulan dan setiap tahun. Tujuannya ialah untuk mengasah dan menggilap
cara penyampaian supaya menjadi lebih baik. Bengkel hendaklah
difokuskan kepada aspek-aspek pengucapan umum. Sebagai misal,
bagaimana hendak menjadikan pengajaran dan pembelajaran tidak
jumud, statik dan membosankan terhadap pelajar-pelajar (aspek
audiens), bagaimana hendak menelaah isi-isi penting daripada buku teks,
nota sekolah, kitab-kitab termasyhur atau laman sesawang kemudian
dijadikan sebagai bahan pengajaran yang menarik dan efektif (aspek isi),
bagaimana hendak memantapkan syakhsiyyah pelajar-pelajar setelah
mempelajari sesuatu tajuk di dalam Pendidikan Islam, samada semasa
dalam kelas mahupun di luar kelas (aspek kesan), bagaimana hendak
menguruskan tatabahasa pengantar pengucapan umum agar sesuai,
bertepatan, tidak melebihi had waktu pengajaran dan memahat impak
positif dalam qalbu pelajar-pelajar (aspek strategi) dan bagaimana
hendak menjadi seorang pemimpin Islam yang profesional, berwibawa
dan berwawasan tinggi untuk menjadi ikutan terbaik atau role model
kepada pelajar-pelajar (aspek personaliti).

(ii) Setiap pengajaran guru perlu ada gabungan komponen Informatif dan
Persuasif sesuai dengan waktu, isi pelajaran, tempat yang diajar dan
keadaan pelajar-pelajar. Ini bertujuan untuk menjadikan isi pelajaran
menjadi sebati dengan gaya dan konteks pengajaran. Misalnya,
bagaimana hendak mengajar matapelajaran Sejarah agar mudah
difahami, dihayati, diselami dan dicintai oleh pelajar-pelajar (Informatif
ke dalam Persuasif).

(iii) Setiap pengajaran guru perlu diperkayakan model Transaksi seperti


melaksanakan kaedah berkumpulan, perbincangan, koperatif,

233
kolaboratif dan sumbangsaran agar dapat memupuk sifat-sifat seorang
pemimpin yang mempunyai tahap keberanian yang mantap, mempunyai
keyakinan yang utuh dan mengasah kreativiti pelajar-pelajar dalam
menyampaikan sesuatu di masa akan datang. Kepekaan guru adalah
diperlukan dalam hal ini agar tidak berlaku terlepas pandang atau
sebarang kecuaian. Manakala pengajaran Interaktif boleh dilakukan
semasa guru-guru menjumpai pelajar-pelajar atau di sebaliknya semasa
perjumpaan kendiri atau rehabilitasi prestasi pelajar-pelajar sesuai
dengan tuntutan dan gagasan pengajaran abad ke-21.

(iv) Mengadakan klinik Pengucapan Umum atau latihan intensif pengucapan


umum untuk setiap tajuk dalam matapelajaran Pengetahuan Ugama
Islam sebelum disampaikan di dalam kelas. Ia bertujuan untuk
membentuk sebuah pedagogi yang mantap dan mempunyai cara
penyampaian yang berkesan sehingga objektif pengajaran dan
pembelajaran tercapai.

(v) Mempraktikkan amalan-amalan Islam dalam kalangan guru-guru


Pendidikan Islam, diikuti dengan guru-guru matapelajaran lain dan
seterusnya diikuti oleh pelajar-pelajar. Sebelum menjadi imitasi kepada
pelajar-pelajar, perlaksanaan akhlak berbasis Islam adalah amat penting
agar kehidupan setiap umat Islam tidak terpesong daripada landasan
yang sebenar.

(vi) Mengadakan program kendiri kepimpinan pelajar-pelajar selama 1 bulan


sebagai percubaan (probation). Tujuannya ialah untuk mewujudkan
sikap berani dan yakin berucap di hadapan khalayak ramai. Pelajar-
pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan
diberikan satu tajuk berkaitan dengan Pendidikan Islam seperti peristiwa
agung Rasulullah ‫ﷺ‬, sahabat-sahabat baginda ‫ﷺ‬, penghayatan Islam,
tazkirah dan sebagainya. Selepas sebulan, diadakan ujian diagnostik.
Dinilai dari sudut isi penyampaian, cara penyampaian, penggunaan gaya

234
bahasa, bahasa badan, penguasaan isi, penguasaan pentas, kerjasama
dengan ahli kumpulan, kepetahan berucap dan kecerdasan menjawab
soalan-soalan. Bagi kumpulan yang mendapat skor tertinggi, mereka
dijadikan sebagai tutor atau pembimbing kepada kumpulan-kumpulan
yang mendapat skor terendah. Kemudian, guru dan penyelidik menilai
lagi sekali cara bimbingan tutor tadi terhadap kumpulan yang
diajarkannya sambil menilai kumpulan yang mendapat skor terendah
tadi. Jika mendapat sambutan yang menggalakkan, program ini
diteruskan. Pada akhir sesi di hujung tahun, semua kumpulan diberikan
hadiah, sijil dan plak penghargaan.

(vii) Pengetua sekolah hendaklah sentiasa memantau, menilai, mencerap atau


mengadakan observasi yang kerap terhadap guru-guru Pendidikan Islam
agar pengajaran mereka sentiasa berbasis Islam. Tujuannya ialah untuk
dijadikan sebagai refleksi kehidupan dalam kalangan setiap pentadbir,
guru-guru dan pelajar-pelajar. Kemudian diadakan sesi kongsi sama
antara guru dengan pengetua. Guru mengongsikan pengajaran seharian
mereka kepada ketua jabatan untuk dijadikan fail rekod dan catatan
prestasi guru kemudian diserahkan fail tersebut kepada pengetua untuk
tindakan selanjutnya.

(viii) Mengadakan kajian tindakan terhadap pengajaran yang kurang


memuaskan dari segi cara pedagogi pengucapan umum mereka. Perkara
ini dinilai oleh ketua jabatan atau pengetua. Namun, kajian tindakan
dilaksanakan oleh guru itu sendiri. Selepas kajian tindakan, diadakan
pemantauan oleh guru-guru lain, ketua-ketua jabatan, pengetua, nazir-
nazir sekolah atau pihak Kementerian Pendidikan. Tujuannya ialah
untuk rehabilitasi pengajaran agar menuju ke arah pengajaran dan
pembelajaran abad ke-21 dan menjana wawasan negara 2035.

(ix) Mengadakan program inovasi pedagogi pengucapan umum. Terbuka


kepada warga perguruan dan pengkaji pendidikan. Tujuannya ialah

235
untuk menaiktaraf kualiti pengucapan umum di samping menekankan
aspek pedagogi guru-guru. Hasil daripada inovasi tersebut kemudiannya
dijadikan satu inspirasi, aspirasi dan imitasi kepada guru-guru dan
pelajar-pelajar sehingga prestasi pengajaran guru da pembelajaran
pelajar kian meningkat saban tahun.

5.6.2 Pelajar-pelajar

(i) Sentiasa membuat perbincangan berkumpulan terhadap setiap tajuk yang


telah dipelajari seperti mengadakan pembelajaran berkumpulan (group
study). Caranya ialah dengan melantik 1 orang ketua untuk menguasai 1
tajuk perbincangan. Kemudian, mengajar kepada rakan-rakannya.
Setelah selesai menguasai 1 tajuk, lantik 1 lagi ketua lain untuk
menguasai tajuk lain sehingga semua pelajar berpeluang untuk mengajar
rakan-rakan mereka. Tujuannya ialah untuk mengasah bakat pengucapan
umum dan bimbingan pengajaran dari peringkat awal lagi dalam
kalangan pelajar-pelajar.

(ii) Menghadirkan inisiatif sendiri dalam membuat latihan pembentangan di


hadapan guru sebelum membentang di hadapan kelas pada hari sebenar.
Guru perlu memberi ruang waktu untuk memperdengarkan dan menilai
latihan pembentangan pelajar dan membimbing mereka cara menguasai
penyampaian.

(iii) Persatuan Pelajar hendaklah membuat satu pertandingan pengucapan


umum seperti Pidato, Debat, Syarahan, Tazkirah atau Ceramah yang
dibukakan kepada wakil pelajar dari setiap kelas mengikut tahun (Tahun
7, Tahun 8, Tahun 9, Tahun 10 & Tahun 11) dan kluster 6 (Tingkatan 6
Atas dan 6 Bawah). Tujuannya untuk melatih petah dan fasih berkata dan
berani berkata di hadapan khalayak ramai sejak dari awal lagi agar kelak
sudah dapat membentang dengan baik.

236
5.6.3 Ibu Bapa

(i) Memberikan galakan kepada anak-anak untuk sentiasa berani bercakap


dengan petah di hadapan khalayak ramai, seperti mengadakan tazkirah
pendek selepas solat Maghrib di hadapan keluarga setiap hari. Latihan
dan didikan dari peringkat awal mampu membentuk keperibadian anak-
anak ke arah kesempurnaan akhlak.

(ii) Melibatkan anak-anak dalam program-program kepimpinan dan khidmat


masyarakat seperti program amal kebajikan, program mari bercerita,
program Ihya Ramadhan dan sebagainya sebagai pendedahan awal
kepada dunia pengucapan umum. Tujuannya ialah untuk membiasakan
anak-anak sentiasa melakukan amar ma’ruf terhadap keluarga, bangsa,
agama dan negara sambil meningkatkan keyakinan dan keberanian anak-
anak.

(iii) Membantu guru-guru melibatkan anak-anak dalam kegiatan-kegiatan


yang dilakukan di dalam sekolah dan tidak terlalu mengekang kebebasan
anak-anak. Ini kerana anak-anak yang terlalu dikawal ketat oleh ibu bapa
(autokratik) menjadi tidak berani menghadapi dunia luar yang semakin
mencabar. Dengan adanya kerjasama antara pihak ibu bapa dengan guru-
guru seperti Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG), anak-anak akan terus
patuh dengan arahan ibu bapa dan guru-guru dan seterusnya berani
membuat pengucapan umum di hadapan khalayak ramai seperti
membentang satu-satu perkara di hadapan guru-guru dan rakan-rakan.

237
5.6.4 Pihak-pihak Agensi, Badan Persatuan, Organisasi & Masyarakat:

(i) Membukakan peluang kepada masyarakat khususnya kepada belia-belia


negara terhadap kegiatan-kegiatan berkaitan dengan pengajaran dan
pengucapan umum seperti Khairat Ta’lim, bengkel pengacaraan,
peraduan mari bercerita, pertandingan pidato kebangsaan dan
antarabangsa dan sebagainya. Hal ini sememangnya mendorong ke arah
keberkesanan pengucapan umum kepada peserta-peserta yang ikut serta
walaupun ada yang tidak berjaya mara ke peringkat lebih tinggi.

(ii) Membuat kaji selidik dan maklum balas daripada pihak masyarakat
tentang kemajuan pengucapan umum dalam sesebuah tempat. Tujuannya
ialah untuk mengetahui sejauhmana pengucapan umum diiktiraf oleh
masyarakat sebagai satu elemen penting dalam kehidupan. Sekiranya ada
segelintir masyarakat memberikan respons dan galakan, maka
pandangan mereka hendaklah dititikberatkan. Sekiranya ada yang tidak
mempersetujui tentang keperluan pengucapan umum, maka pihak yang
menyelidik hendaklah mencari alternatif lain dalam rangka memastikan
pengucapan umum dapat diperkasakan ke persada dunia.

5.7 Penutup

Berdasarkan rumusan dari kajian ini adalah diharapkan agar dapat memberi
gambaran yang jelas berkaitan pedagogi dengan pengucapan umum. Semoga
dengan adanya hasil kajian ini dapat dijadikan panduan kepada semua pihak yang
terlibat secara langsung dalam membentuk komuniti sesebuah sekolah seperti guru,
pihak pentadbir, Pihak Pejabat Pelajaran Daerah dan Negeri dan warga pendidikan
di universiti, untuk mengambil langkah-langkah yang sewajarnya dalam merangka
strategi, pendekatan dan program-program pendidikan yang lebih jitu dan
berkesan. Melalui program pemantapan ini nanti diharapkan akan dapat

238
melahirkan generasi guru yang lebih mapan dan tegar dalam mengharungi arus
perubahan pendidikan, isu, konflik dan krisis seterusnya mampu bergerak seiring
dengan peredaran masa dalam memenuhi pelbagai tuntutan dan komitmen dalam
bidang ini. Pedagogi pengucapan umum merupakan suatu aset untuk menarik
perhatian pelajar sebagai penerajuan dan kesinambungan da’wah yang diwasiatkan
oleh baginda Rasulullah ‫ﷺ‬.

239
‫ِ‬ ‫ْ‬ ‫َصدَ َق ُ‬
‫هللا أل َعظمي‬
BIBLIOGRAFI

Al-Qur’an al-Karim.

Abd. Aziz Mohd. Zin. (2001). Metodologi Dakwah. Kuala Lumpur: Penerbit
Universiti Malaya.

Abdul Majid. (2013). Strategi Pembelajaran. Bandung: PT Remaja Rosdakarya


Offset.

Abdul Mu’ati @Zambri Ahmad. (1994). Panduan Pengucapan Awam. Dewan


Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur.

Abdurrahman an-Nahlawi. (1983). Pendidikan di Rumah, Sekolah dan Masyarakat.


(terj.) Shihabuddin dari judul asal, Ushul at-Tarbiyyah al-Islamiyyah wa
Asalibuha. Jakarta: Gema Insani Press.

Ahmad D. Marimba. (1980). Pengantar Filsafat Pendidikan Islam. Bandung: al-


Ma’arif.

Emzir. (2008). Metodologi Penelitian Pendidikan Kuantitatif & Kualitatif. Jakarta:


Kharisma Putra Utama Offset.

Fadhil al-Jamail. (1992). Menerabas Krisis Pendidikan Dunia Islam. (terjemahan)


Jakarta: Golden Trayon Press.

Fadhil al-Jamail. (1992). Menerabas Krisis Pendidikan Islam. Jakarta: Golden


Trayon Press.

240
Hamid Maulana. (2003). Foundation Of Communication in Islamic Societies.
London : T&T Clark LTD.

Harapandi Dahri. (2014). Keperibadian Guru dan Murid. (terjemahan)


Syakhshiyyat al-Mudarris wa at-Thalib. Pusat Penerbitan Kolej Universiti
Perguruan Ugama Seri Begawan.

Harun Nasution. (1979). Islam Ditinjau Dari Berbagai Aspeknya. Jilid I. Jakarta:
UI Press.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. (2006). Jurnal Pusat Latihan Sarawak. Budaya
Kerja Islam : Tuntutan Beretika Dalam Profesion.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. (2007). At-Tadrib : Jurnal Pusat Latihan


Sarawak. Uslub Da'wah Kontemporari : Persediaan Alaf Baru.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. (2007). At-Tadrib : Jurnal Pusat Latihan


Sarawak. Keberkesanan Penyampaian : Penilaian Dari Sudut Metode.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. (2007). At-Tadrib : Jurnal Pusat Latihan


Sarawak . Komunikasi Berkesan Untuk Fasilitator.

Jerry Wellington. (2015). Educational Research : Contemporary Issues and


Practical Approaches. New York: Bloomsbury Publishing Ptc.

Ki Hajar Dewantara. (1962). Bahagian Pertama Pendidikan. Yogyakarta: Majlis


Luhur Taman Siswa.

Lay Yoon Fah & Khoo Chwee Hoon. (2013). Pengenalan kepada Pendekatan
Kuantitatif dalam Penyelidikan Pendidikan. Universiti Malaysia Sabah:
Percetakan Keningau Sdn Bhd.

241
Lay Yoon Fah, Khoo Chwee Hoon & Ley Chit Moy. (2016). Pengenalan Kepada
Analisis Data Dengan IBM SPSS STATISTICS 19 Dalam Penyelidikan
Sains Sosial. Kota Kinabalu, Sabah: Percetakan Keningau Sdn. Bhd.

Loius Cohen, Lawrence Manion & Keith Morrison. (2011). Research Methods in
Education. United States of America: Ashford Colour Press Ltd.

M. Abdul Ghoffar E.M. (2004). Tafsir Ibnu Kathir. Bogor: Pustaka Imam asy-
Syafi'e.

Maimunah Osman. (2000). Pengucapan Awam Yang Berkesan. Dewan Bahasa dan
Pustaka Kuala Lumpur.

Muhammad bin Ismail al-Bukhari. (1993). Sahih al-Bukhari, Kitab al-‘Ilm, Bab
man lam Khassa bi al-‘Ilm Qaum Duna Qau Karahiyyah an la Yafham.
No.hadis 272. Dar Ibn Kauthar : Beirut.

Nasruddin Razak. (1977). Dienul Islam: Penafsiran Kembali Islam Sebagai Suatu
Aqidah dan Way of Life. Bandung: Al-Ma’arif.

Nor Saleha Mohd Saleh. (2012). Komunikasi Pendekatan Islam. Melaka : Pejabat
Pembangunan Persekutuan Negeri Melaka.

Pg. Mahmud bin Pg. Damit. (2003). Aspek Kemahiran Lisan dalam Pengajaran
Bahasa Melayu di Sekolah-sekolah Menengah Bawah : Satu Tinjauan di
Daerah Brunei dan Muara, Negara Brunei Darussalam. Tesis Sarjana.

Saodah Wok Narimah Ismail dan Mohd Yusuf Hussain. (2003). Teori-Teori
Komunikasi. Kuala Lumpur. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

242
Smith. (1959). English in the Modern School, London: Edward Arnold
(Publications) Ltd.

Syed Muhammad an-Naquib al-Attas. (1994). Konsep Pendidikan Dalam Islam:


Suatu Rangka Pikir Pembinaan Filsafat Pendidikan Islam. (terj.) Haidar
Bagir, dari judul asli, The Concept of Education in Islam: Framework for
an Islamic Philosophy of Education. Bandung: Mizan.

W.J.S., Poerwadarminta. (1991). Kamus Umum Bahasa Indonesia, Jakarta: Balai


Pustaka.

W.J.S., Poerwadarminta. (1993). Undang-undang Tentang Sistem Pendidikan


Nasional dan Peraturan Perlaksanaannya, Jakarta: Sinar Grafika.

Zelzy Shahar al-Johary, Usang Anak Ngrambang, Norapizah Zalani & Julian Simon
Peter. (2017). Pengenalan kepada Pengajaran dan Pemudahcaraan Guru
(Kaedah dan Strategi). Brunei Darussalam.

Zuharini et al. (1992). Sejarah Pendidikan Islam. Jakarta: Bumi Aksara.

243
LAMPIRAN C:
JADUAL PENENTUAN SAMPEL KAJIAN BERDASARKAN KAJIAN
KREJIE DAN MORGAN (1970)

N S N S N S
10 10 220 140 1200 291
15 14 230 144 1300 297
20 19 240 148 1400 302
25 24 250 152 1500 306
30 28 260 155 1600 310
35 32 270 159 1700 313
40 36 280 162 1800 317
45 40 290 165 1900 320
50 44 300 169 2000 322
55 48 320 175 2200 327
60 52 340 181 2400 331
65 56 360 186 2600 335
70 59 380 191 2800 338
75 63 400 196 3000 341
80 66 420 201 3500 346
85 70 440 205 4000 351
90 73 460 210 4500 354
95 76 480 214 5000 357
100 80 500 217 6000 361
110 86 550 226 7000 364
120 92 600 234 8000 367
130 97 650 242 9000 368
140 103 700 248 10000 370
150 108 750 254 15000 375
160 113 800 260 20000 377
170 118 850 265 30000 379
180 123 900 269 40000 380
190 127 950 274 50000 381
200 132 1000 278 75000 382
210 136 1100 285 100000 384
N = Nombor Populasi
S = Sukatan jumlah sampel
LAMPIRAN D:
INSTRUMEN SOALAN SECARA TERTUTUP (RESPONDEN GURU)

Responden No:

INSTRUMEN KAJIAN
SY4202 LATIHAN ILMIAH

“KOMPETENSI PEDAGOGI PENGUCAPAN UMUM PENDIDIKAN ISLAM DALAM KALANGAN GURU-GURU


UGAMA SEKOLAH MENENGAH”

Daripada:
(14SM025) ABDUL WAFI BIN HAJI ABDUL RAHMAN
Sarjana Muda Perguruan Ugama (Syariah) 2014/2015
Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan

‫السالم عليكم ورمحة اهلل تعاىل وبركاته‬

Borang soal selidik ini adalah untuk mendapatkan maklumat daripada awda mengenai tajuk kajian, “Kompetensi Pedagogi
Pengucapan Umum Pendidikan Islam dalam Kalangan Guru-guru Ugama Sekolah Menengah”. Segala maklumat yang awda
berikan adalah sulit dan hanya digunakan untuk kajian ini sahaja. Kesudian awda untuk memberikan maklum balas dengan ikhlas
dan jujur adalah sangat-sangat diharapkan.

Borang soal selidik ini mengandungi 6 bahagian (Bahagian A, Bahagian B, Bahagian C, Bahagian D, Bahagian E & Bahagian F).
Setelah borang soal sellidik ini lengkap dijawab, pengkaji akan menjalankan kajian terhadap responden menerusi Soalan secara
Terbuka.

BAHAGIAN A : MAKLUMAT DIRI RESPONDEN GURU

Arahan : Sila tandakan {√} bagi mana-mana bahagian yang berkenaan

(A2)
{ } Lelaki _____ tahun
(A1) Umur
Jantina
{ } Perempuan { } Sarjana

(A4)
(A3)
_____ tahun Tahap { } Sarjana Muda
Lama Mengajar
Pendidikan

{ } Sangat Baik { } Diploma Tertinggi

(A6)
(A5) { } Baik
Jawatan
Tahap
Penguasaan (A8)
Bahasa Melayu { } Sederhana Masa _____ jam
Pengajaran

{ } Kurang Baik (A9)


Bidang
(A7) Pengajaran
Subjek Diajar
BAHAGIAN B BAHAGIAN C
(SOALSELIDIK TERTUTUP) (SOALSELIDIK TERTUTUP)

Arahan : Di bawah ini terdapat 10 item soalan berkaitan dengan gaya pengajaran awda. Arahan : Di bawah ini terdapat 10 item soalan berkaitan dengan gaya pengajaran awda.
Sila bulatkan 1 = Sangat Tidak Setuju, 2 = Tidak Setuju, 3 = Kurang Pasti, 4 = Setuju, atau Sila bulatkan 1 = Sangat Tidak Setuju, 2 = Tidak Setuju, 3 = Kurang Pasti, 4 = Setuju, atau
5 = Sangat Setuju untuk pernyataan yang awda percaya menepati diri awda. 5 = Sangat Setuju untuk pernyataan yang awda percaya menepati diri awda.

Kod Item Soalan Skala Kod Item Soalan Skala

Pelajar-pelajar lebih mudah belajar jika diberikan isi-isi Setiap ilmu ugama yang disampaikan mestilah relevan dan
B1 1 2 3 4 5 C1 1 2 3 4 5
pembelajaran yang penting bermanfaat

Pembelajaran secara kreatif menjadikan pelajar-pelajar terus Saya cenderung untuk menggunakan kaedah demonstrasi
B2 1 2 3 4 5 C2 1 2 3 4 5
semangat untuk belajar khusus dalam matapelajaran Fiqh

Pelajar-pelajar suka belajar jika diberikan hujah yang logik Saya menterjemahkan perkataan-perkataan Bahasa Arab
B3 1 2 3 4 5 C3 1 2 3 4 5
dan disokong dengan bahan-bahan sokongan yang konkrit kepada Bahasa Melayu yang mudah difahami pelajar

Sebilangan pelajar yang berbeza ugama dan kepercayaan perlu Bagi matapelajaran Tauhid, saya memberikan contoh-contoh
B4 1 2 3 4 5 C4 1 2 3 4 5
diajar secara perlahan-lahan, selamat dan sempurna yang berkaitrapat dengan latarbelakang kehidupan pelajar

Menjadi kelaziman saya untuk menggunakan kaedah


B5 Intonasi suara saya penting dalam menekankan isi pelajaran 1 2 3 4 5 C5 1 2 3 4 5
syarahan semasa mengajar matapelajaran Sejarah

Setiap pelajar perlu menghayati isi pelajaran untuk Matapelajaran al-Quran dan Hadith dapat merubah emosi dan
B6 1 2 3 4 5 C6 1 2 3 4 5
membentuk kemahiran berfikir mereka tingkahlaku pelajar-pelajar saya
Saya mengarahkan pelajar-pelajar untuk membaca lebih awal
Menggalakkan untuk bertukar pendapat dalam kalangan
B7 1 2 3 4 5 C7 dan menulis beberapa soalan untuk diajukan semasa 1 2 3 4 5
pelajar-pelajar adalah satu kemestian dalam pembelajaran
mengajar
Ransangan dan ganjaran perlu diberikan kepada pelajar- Saya memberi pujian kepada pelajar-pelajar yang rajin
B8 1 2 3 4 5 C8 1 2 3 4 5
pelajar yang aktif semasa sesi perbincangan berkumpulan membaca dan bertanya soalan berkaitan isi pelajaran

Pelajar-pelajar lebih mudah faham dengan pengajaran guru Guru yang berpengetahuan banyak dalam pengucapan umum
B9 1 2 3 4 5 C9 1 2 3 4 5
yang berpengalaman luas dalam pengucapan umum mampu menyampaikan isi pelajaran dengan mudah dan baik

Gaya pengajaran perlu lebih fleksibel khususnya terhadap Cara penyampaian dalam pengajaran akan berkesan tertakluk
B10 1 2 3 4 5 C10 1 2 3 4 5
pelajar-pelajar yang berbeza tahap intelektual kepada isi pelajaran yang akan diajar
BAHAGIAN D BAHAGIAN E
(SOALSELIDIK TERTUTUP) (SOALSELIDIK TERTUTUP)

Arahan : Di bawah ini terdapat 10 item soalan berkaitan dengan gaya pengajaran awda. Arahan : Di bawah ini terdapat 10 item soalan berkaitan dengan gaya pengajaran awda.
Sila bulatkan 1 = Sangat Tidak Setuju, 2 = Tidak Setuju, 3 = Kurang Pasti, 4 = Setuju, atau Sila bulatkan 1 = Sangat Tidak Setuju, 2 = Tidak Setuju, 3 = Kurang Pasti, 4 = Setuju, atau
5 = Sangat Setuju untuk pernyataan yang awda percaya menepati diri awda. 5 = Sangat Setuju untuk pernyataan yang awda percaya menepati diri awda.

Kod Item Soalan Skala Kod Item Soalan Skala

Saya akan mengeluarkan beberapa hujah penting daripada Pelajar-pelajar menjadi orang yang berilmu apabila telah
D1 1 2 3 4 5 E1 1 2 3 4 5
buku teks atau nota sekolah sebelum mengajar diberikan dengan pelbagai informasi dalam masa sehari

Saya akan mengenakan beberapa contoh lazim dalam Hasil daripada kaedah syarahan, pelajar-pelajar telah banyak
D2 1 2 3 4 5 E2 1 2 3 4 5
bentuk visual selepas mengajar meraih ilmu pengetahuan dan dapat memahaminya

Saya mempersembahkan set induksi yang sangat menarik Setelah memberi ganjaran kepada pelajar-pelajar yang
D3 1 2 3 4 5 E3 1 2 3 4 5
minat pelajar berdedikasi, mereka lebih bersemangat untuk belajar lagi

Menyusun bahasa penyampaian secara teratur dapat Peka terhadap latarbelakang pelajar menjadikan pelajar lebih
D4 1 2 3 4 5 E4 1 2 3 4 5
merangsang minat dan menjaga sensitiviti pelajar-pelajar yakin dan percaya terhadap guru

Saya selalu mengadakan kontak mata dan berinteraksi Pengajaran yang mewujudkan interaksi sehala menjadikan
D5 1 2 3 4 5 E5 1 2 3 4 5
dengan pelajar-pelajar pelajar-pelajar mudah memahami isi pelajaran

Saya mengarahkan seorang wakil daripada setiap Bertanya soalan di akhir kelas dapat membantu mengukuhkan
D6 1 2 3 4 5 E6 1 2 3 4 5
kumpulan untuk mengajukan soalan di akhir pembelajaran pemahaman pelajar-pelajar

Saya membukakan sesi soaljawab dan sumbangsaran Interaksi antara pelajar dengan pelajar dan pelajar dengan guru
D7 1 2 3 4 5 E7 1 2 3 4 5
sepanjang pengajaran dalam kelas menjadikan pembelajaran lebih senang untuk difahami

Pelajar-pelajar yang rajin bertanya semasa saya mengajar Bertanya soalan semasa pembelajaran dapat membantu
D8 1 2 3 4 5 E8 1 2 3 4 5
akan dijadikan sebagai contoh pelajar terbaik dalam kelas meningkatkan kefahaman pelajar-pelajar

Saya mesti membuat persiapan rapi setiap kali sebelum Guru-guru yang tinggal di kawasan kampung dengan kawasan
D9 1 2 3 4 5 E9 1 2 3 4 5
memulakan pengajaran bandar mempunyai cara penyampaian yang berbeza

Menguasai tatabahasa Bahasa Melayu merupakan satu Guru yang lebih berusia dapat menyampaikan pengajaran
D10 1 2 3 4 5 E10 1 2 3 4 5
kelebihan dalam pengucapan umum semasa mengajar dengan lebih baik berbanding guru yang muda
BAHAGIAN F
(SOALSELIDIK TERTUTUP)

Arahan : Di bawah ini terdapat 10 item soalan berkaitan dengan gaya pengajaran awda.
Sila bulatkan 1 = Sangat Tidak Setuju, 2 = Tidak Setuju, 3 = Kurang Pasti, 4 = Setuju, atau
5 = Sangat Setuju untuk pernyataan yang awda percaya menepati diri awda.

Kod Item Soalan Skala

F1 Saya sentiasa menekankan isi pelajaran yang penting dalam pengajaran 1 2 3 4 5

Saya akan menyesuaikan gaya pengajaran yang disukai, dipercayai dan diyakini
F2 1 2 3 4 5
pelajar-pelajar

F3 Saya sentiasa mengambil berat tentang reaksi pembelajaran pelajar-pelajar 1 2 3 4 5

Saya sentiasa menitikberatkan hal-hal kehidupan yang boleh mempengaruhi cara


F4 1 2 3 4 5
pembelajaran pelajar-pelajar

Saya selalu menggunakan kaedah syarahan, kemudian menerangkannya kepada


F5 1 2 3 4 5
pelajar-pelajar

F6 Kaedah pengajaran saya mampu merangsang intelektual pelajar-pelajar 1 2 3 4 5

Semasa sesi perbincangan berkumpulan, saya bimbing pelajar-pelajar untuk mencari


F7 1 2 3 4 5
maklumat yang betul dan sahih

Saya memberi ganjaran kepada pelajar-pelajar yang dapat memberikan jawapan yang
F8 1 2 3 4 5
betul semasa sesi kuiz

Pelajar-pelajar lelaki lebih faham dengan gaya dan isi pengajaran guru perempuan dan
F9 1 2 3 4 5
sebaliknya

Guru yang mempunyai perwatakan peramah dan periang mudah dihormati pelajar-
F10 1 2 3 4 5
pelajar

~ Sekian, Terima Kasih. Didoakan sentiasa mendapat keberkatanNya jua, Aamiin Ya Rab
LAMPIRAN E: BAHAGIAN B
INSTRUMEN SOALAN SECARA TERTUTUP (RESPONDEN PELAJAR)
SOALSELIDIK TERTUTUP
‫بسم هللا الرمحن الرحمي‬
Arahan: Di bawah ini terdapat 10 item soalan objektif tentang gaya pengajaran guru awda. Sila
bulatkan 1=Amat Tidak Setuju, 2 = Tidak Setuju, 3 = Kurang Pasti, 4 = Setuju, atau 5 Sangat Setuju
INSTRUMEN KAJIAN
untuk pernyataan yang awda percaya menepati diri awda.
(SOALSELIDIK TERBUKA & TERTUTUP)
PD 4204 LATIHAN ILMIAH
No. Item Soalan Skala
“KOMPETENSI PEDAGOGI PENGUCAPAN UMUM PENDIDIKAN ISLAM DALAM Saya lebih mudah belajar jika diberikan isi-isi pembelajaran
KALANGAN GURU UGAMA SEKOLAH MENENGAH” B1 1 2 3 4 5
yang penting

Daripada: Saya lebih bersemangat untuk belajar jika pembelajaran


(14SM025) ABDUL WAFI BIN HAJI ABDUL RAHMAN B2 1 2 3 4 5
dilakukan secara kreatif
Sarjana Muda Perguruan Ugama (Syariah) 2014/2015
Saya suka belajar jika diberikan hujah yang logik dan
‫السالم عليكم ورمحة اهلل تعاىل وبركاته‬ B3 disokong dengan bahan-bahan sokongan yang mudah 1 2 3 4 5
difahami
Borang soal selidik ini adalah untuk mendapatkan maklumat daripada awda mengenai tajuk kajian, Bagi rakan-rakan yang bukan beragama Islam perlu diajar
“Kompetensi Pedagogi Pengucapan Umum Pendidikan Islam dalam Kalangan Guru Ugama B4
secara perlahan-lahan, selamat dan sempurna
1 2 3 4 5
Sekolah Menengah”. Segala maklumat yang awda berikan adalah sulit dan hanya digunakan untuk
kajian ini sahaja. Kesudian awda untuk memberikan maklum balas dengan ikhlas dan jujur adalah
Saya faham isi pelajaran berdasarkan intonasi suara guru yang
sangat-sangat diharapkan. B5 1 2 3 4 5
pelbagai
Borang soal selidik ini mengandungi 6 bahagian (Bahagian A, Bahagian B, Bahagian C, Bahagian
D, Bahagian E & Bahagian F). Sila pastikan semua item soalan bagi setiap bahagian dijawab. Untuk membentuk kemahiran berfikir, saya perlu menghayati
B6 1 2 3 4 5
isi pelajaran

Saya mesti bertukar pendapat dengan rakan-rakan semasa sesi


BAHAGIAN A : MAKLUMAT DIRI RESPONDEN PELAJAR B7 1 2 3 4 5
pembelajaran
Arahan: Sila tandakan {√} bagi mana-mana bahagian yang berkenaan.
Saya perlu diberikan ganjaran jika aktif semasa sesi
B8 1 2 3 4 5
perbincangan berkumpulan
Lelaki Nama Guru IRK:
Jantina
Perempuan Saya lebih mudah faham dengan pengajaran guru yang
B9 1 2 3 4 5
berpengalaman luas dalam pengucapan umum
Kelas
12 – 14 tahun No. Responden: Gaya pengajaran guru mestilah sesuai dengan tahap
B10 1 2 3 4 5
intelektual saya
Umur 15 - 17 tahun
18 – 20 tahun
BAHAGIAN C BAHAGIAN D

SOALSELIDIK TERTUTUP SOALSELIDIK TERTUTUP

Arahan: Di bawah ini terdapat 10 item soalan objektif tentang gaya pengajaran guru awda. Sila Arahan: Di bawah ini terdapat 10 item soalan objektif tentang gaya pengajaran guru awda. Sila
bulatkan 1=Amat Tidak Setuju, 2 = Tidak Setuju, 3 = Kurang Pasti, 4 = Setuju, atau 5 Sangat bulatkan 1=Amat Tidak Setuju, 2 = Tidak Setuju, 3 = Kurang Pasti, 4 = Setuju, atau 5 Sangat
Setuju untuk pernyataan yang awda percaya menepati diri awda. Setuju untuk pernyataan yang awda percaya menepati diri awda.

No. Item Soalan Skala No. Item Soalan Skala

Guru mengeluarkan beberapa hujah penting daripada buku


C1 Setiap ilmu ugama yang diraih adalah relevan dan bermanfaat 1 2 3 4 5 D1 1 2 3 4 5
teks atau nota sekolah agar saya mudah memahaminya

Guru cenderung untuk menggunakan kaedah demonstrasi Guru memberikan beberapa contoh lazim dalam bentuk
C2 1 2 3 4 5 D2 1 2 3 4 5
khusus dalam matapelajaran Fiqh gambaran atau visual selepas mengajar

Agar saya mudah faham, guru menterjemahkan perkataan- Saya berminat untuk belajar apabila guru memberikan
C3 1 2 3 4 5 D3 1 2 3 4 5
perkataan Bahasa Arab kepada Bahasa Melayu bayangan atau gambaran di awal pengajaran secara menarik

Bagi matapelajaran Tauhid, guru memberikan contoh-contoh Saya minat belajar kerana guru menggunakan tatabahasa
C4 1 2 3 4 5 D4 1 2 3 4 5
yang berkaitrapat dengan latarbelakang kehidupan saya secara teratur dan menjaga sensitiviti saya dengan baik

Guru menggunakan kaedah syarahan semasa mengajar Guru selalu mengadakan kontak mata dan berinteraksi dengan
C5 1 2 3 4 5 D5 1 2 3 4 5
matapelajaran Sejarah saya

Emosi dan tingkahlaku saya berubah setelah mempelajari Guru mengarahkan saya untuk mengajukan soalan di akhir
C6 1 2 3 4 5 D6 1 2 3 4 5
matapelajaran al-Quran dan Hadith pembelajaran

Guru mengarahkan saya untuk membaca lebih awal dan Guru membukakan sesi soaljawab sepanjang pengajaran
C7 1 2 3 4 5 D7 1 2 3 4 5
menulis beberapa soalan untuk ditanya dalam kelas dalam kelas

Saya diberikan pujian kerana rajin membaca dan bertanya Saya dijadikan sebagai contoh pelajar terbaik dalam kelas jika
C8 1 2 3 4 5 D8 1 2 3 4 5
soalan berkaitan dengan isi pelajaran rajin bertanya semasa guru mengajar

Guru yang petah berbahasa mampu menyampaikan isi Guru nampak lebih bersiap sedia setiap kali sebelum
C9 1 2 3 4 5 D9 1 2 3 4 5
pelajaran dengan mudah dan baik memulakan pengajaran

Cara penyampaian dalam pengajaran guru sentiasa berubah Penguasaan tatabahasa Bahasa Melayu guru menjadikan
C10 1 2 3 4 5 D10 1 2 3 4 5
tertakluk kepada isi pelajaran yang hendak diajarnya pembelajaran lebih mudah difahami
BAHAGIAN E BAHAGIAN F

SOALSELIDIK TERTUTUP SOALSELIDIK TERTUTUP

Arahan: Di bawah ini terdapat 10 item soalan objektif tentang gaya pengajaran guru awda. Sila Arahan: Di bawah ini terdapat 10 item soalan objektif tentang gaya pengajaran guru awda. Sila
bulatkan 1=Amat Tidak Setuju, 2 = Tidak Setuju, 3 = Kurang Pasti, 4 = Setuju, atau 5 Sangat bulatkan 1=Amat Tidak Setuju, 2 = Tidak Setuju, 3 = Kurang Pasti, 4 = Setuju, atau 5 Sangat
Setuju untuk pernyataan yang awda percaya menepati diri awda. Setuju untuk pernyataan yang awda percaya menepati diri awda.

No. Item Soalan Skala No. Item Soalan Skala

Saya menjadi seorang yang berilmu apabila telah diberikan Guru sentiasa menekankan isi pelajaran yang penting semasa
E1 1 2 3 4 5 F1 1 2 3 4 5
pelbagai informasi dalam masa sehari mengajar

Hasil daripada kaedah syarahan guru, saya telah banyak Guru sentiasa menyesuaikan gaya pengajaran agar saya suka,
E2 1 2 3 4 5 F2 1 2 3 4 5
meraih ilmu pengetahuan dan dapat memahaminya yakin dan percaya terhadapnya

Setelah saya diberi ganjaran, saya lebih bersemangat untuk Guru sentiasa mengambil berat tentang reaksi pembelajaran
E3 1 2 3 4 5 F3 1 2 3 4 5
belajar lagi saya

Keyakinan dan kepercayaan terbina apabila guru peka Guru sentiasa menitikberatkan hal-hal kehidupan yang boleh
E4 1 2 3 4 5 F4 1 2 3 4 5
terhadap latarbelakang saya mempengaruhi cara pembelajaran saya

Saya mudah memahami isi pelajaran apabila berinteraksi Guru lazim menggunakan kaedah syarahan, kemudian
E5 1 2 3 4 5 F5 1 2 3 4 5
sehala dengan guru menerangkannya kepada saya

Bertanya soalan di akhir kelas dapat membantu mengukuhkan


E6 1 2 3 4 5 F6 Kaedah pengajaran guru dapat membina daya intelektual saya 1 2 3 4 5
kefahaman saya

Interaksi antara saya dengan rakan dan saya dengan guru Semasa sesi perbincangan berkumpulan, saya dibimbing guru
E7 1 2 3 4 5 F7 1 2 3 4 5
menjadikan pembelajaran lebih senang untuk difahami untuk mencari maklumat yang betul dan sahih

Bertanya soalan semasa pembelajaran dapat membantu Guru memberikan ganjaran kepada saya jika dapat menjawab
E8 1 2 3 4 5 F8 1 2 3 4 5
meningkatkan kefahaman saya soalan kuiz dengan betul

Guru-guru yang tinggal di kawasan kampung dengan kawasan Gaya dan isi pengajaran guru yang berlawanan jantina dengan
E9 1 2 3 4 5 F9 1 2 3 4 5
bandar mempunyai cara penyampaian yang berbeza saya lebih mudah difahami

Guru yang lebih berusia dapat menyampaikan pengajaran Saya mudah menghormati guru yang mempunyai perwatakan
E10 1 2 3 4 5 F10 1 2 3 4 5
lebih baik berbanding guru yang muda peramah dan periang

~ Sekian, Terima Kasih. Didoakan sentiasa mendapat keberkatanNya jua, Aamiin Ya Rabb~
LAMPIRAN F:
INSTRUMEN SOALAN SECARA TERBUKA (RESPONDEN GURU)

INSTRUMEN KAJIAN
SY4202 LATIHAN ILMIAH

“KOMPETENSI PEDAGOGI PENGUCAPAN UMUM PENDIDIKAN ISLAM DALAM KALANGAN


GURU-GURU UGAMA SEKOLAH MENENGAH”

Daripada:
(14SM025) ABDUL WAFI BIN HAJI ABDUL RAHMAN
Sarjana Muda Perguruan Ugama (Syariah) 2014/2015
Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan

‫السالم عليكم ورمحة اهلل تعاىل وبركاته‬


Borang soal selidik ini adalah untuk mendapatkan maklumat daripada awda mengenai tajuk kajian, “Kompetensi
Pedagogi Pengucapan Umum Pendidikan Islam dalam Kalangan Guru-guru Ugama Sekolah Menengah”. Segala
maklumat yang awda berikan adalah sulit dan hanya digunakan untuk kajian ini sahaja.

Borang soal selidik ini mengandungi 10 item soalan. Sila berikan respon terhadap setiap item soalan dalam ruangan
kosong yang diberikan. Kesudian awda untuk memberikan maklum balas dengan ikhlas dan jujur adalah sangat-
sangat diharapkan.

Nama Sekolah

(A2)
{ } Lelaki _____ tahun
(A1) Umur
Jantina
{ } Perempuan { } Sarjana

(A3)
(A4)
Lama _____ tahun { } Sarjana Muda
Tahap Pendidikan
Mengajar

{ } Sangat Baik { } Diploma Tertinggi

(A5) (A6)
Tahap { } Baik
Jawatan
Penguasaan
Bahasa (A8)
{ } Sederhana _____ jam
Melayu Masa Pengajaran

{ } Kurang Baik
(A9)
(A7) Bidang Pengajaran
Subjek
Diajar
ITEM-ITEM SOALAN

1. Apakah bentuk isi pelajaran Pengetahuan Ugama Islam yang relevan dan bermanfaat pada pandangan
abiskita & bagaimana cara abiskita menyampaikannya?

2. Bagaimanakah cara abiskita mempamerkan kewibawaan & keterampilan abiskita semasa menyampaikan
pengajaran agar disukai, dipercayai dan diyakini oleh pelajar?

3. Menurut pandangan abiskita, bagaimana cara abiskita menyampaikan sesuatu isi pelajaran sesuai dengan
tahap intelektual pelajar-pelajar?

4. Bagaimana abiskita dapat memastikan bahawa setiap apa yang abiskita sampaikan benar-benar difahami
dan diaplikasikan oleh pelajar-pelajar?

5. Apakah bentuk persiapan yang abiskita lakukan dalam memastikan abiskita menggunakan tatabahasa yang
mudah difahami oleh pelajar-pelajar semasa mengajar?

6. Bagaimanakah cara abiskita menggunakan kompetensi pedagogi pengucapan umum terhadap


matapelajaran yang mengandungi banyak fakta seperti Sejarah?

7. Jika abiskita tinggal di kawasan bandar, bagaimana cara pengajaran persuasif (pemujukan) abiskita
terhadap pelajar-pelajar yang bukan tinggal di kawasan bandar?

8. Bagaimana cara abiskita mewujudkan interaksi terhadap setiap pelajar semasa mengajar?

9. Bagaimana cara abiskita melaksanakan kaedah perbincangan, berkumpulan dan sumbangsaran semasa
mengajar?

10. Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan pengucapan umum semasa abiskita mengajar?

RUANG JAWAPAN:
LAMPIRAN G:
DAPATAN KAJIAN RINTIS

BAHAGIAN B : MODEL KONTES & ASPEK AUDIENS

(B1) Konteks, Audiens, Informatif, Isi


Kekerapan Peratus (B9) Konteks, Audiens, Pengalaman
Sah Setuju 3 27.3 Kekerapan Peratus
Sangat Setuju 8 72.7 Sah Kurang Pasti 1 9.1
JUMLAH 11 100.0 Setuju 3 27.3
Sangat Setuju 7 63.6
(B2) Konteks, Audiens, Informatif, Pedagogi JUMLAH 11 100.0
Kekerapan Peratus
Sah Kurang Pasti 1 9.1 (B10) Konteks, Audiens, Kelas
Setuju 1 9.1 Kekerapan Peratus
Sangat Setuju 9 81.8 Sah Setuju 4 36.4
JUMLAH 11 100.0 Sangat Setuju 7 63.6
JUMLAH 11 100.0
(B3) Konteks, Audiens, Persuasif, Psikologi
Kekerapan Peratus
Sah Setuju 3 27.3 Statistik Kebolehpercayaan
Sangat Setuju 8 72.7 Cronbach's Alpha
JUMLAH 11 100.0 Based on
Standardized
(B4) Konteks, Audiens, Persuasif, Sosiologi Cronbach's Alpha Items N of Items
Kekerapan Peratus .951 .961 10
Sah Kurang Pasti 1 9.1
Setuju 2 18.2
Sangat Setuju 8 72.7
JUMLAH 11 100.0

(B5) Konteks, Audiens, Interaksi, Pedagogi


Kekerapan Peratus
Sah Setuju 2 18.2
Sangat Setuju 9 81.8
JUMLAH 11 100.0

(B6) Konteks, Audiens, Interaksi, Psikologi


Kekerapan Peratus
Sah Setuju 2 18.2
Sangat Setuju 9 81.8
JUMLAH 11 100.0

(B7) Konteks, Audiens, Transaksi, Pedagogi


Kekerapan Peratus
Sah Kurang Pasti 1 9.1
Setuju 5 45.5
Sangat Setuju 5 45.5
JUMLAH 11 100.0

(B8) Konteks, Audiens, Transaksi, Psikologi


Kekerapan Peratus
Sah Tidak Setuju 1 9.1
Setuju 2 18.2
Sangat Setuju 8 72.7
JUMLAH 11 100.0
BAHAGIAN C : MODEL INPUT & ASPEK MESEJ

(C1) Input, Mesej, Informatif, Isi (C10) Input, Mesej, Isi Pelajaran
Kekerapan Peratus Kekerapan Peratus
Sah Setuju 2 18.2 Sah Setuju 5 45.5
Sangat Setuju 9 81.8 Sangat Setuju 6 54.5
JUMLAH 11 100.0 JUMLAH 11 100.0

(C2) Input, Mesej, informatif, Pedagogi


Kekerapan Peratus
Sah Tidak Setuju 1 9.1 Statistik Kebolehpercayaan
Kurang Pasti 1 9.1 Cronbach's Alpha
Setuju 2 18.2 Based on
Sangat Setuju 7 63.6 Cronbach's Alpha Standardized Items N of Items
JUMLAH 11 100.0 .774 .842 10

(C3) Input, Mesej, Persuasif, Psikologi


Kekerapan Peratus
Sah Kurang Pasti 2 18.2
Setuju 3 27.3
Sangat Setuju 6 54.5
JUMLAH 11 100.0

(C4) Input, Mesej, Persuasif, Sosiologi


Kekerapan Peratus
Sah Kurang Pasti 1 9.1
Setuju 3 27.3
Sangat Setuju 7 63.6
JUMLAH 11 100.0

(C5) Input, Mesej, Interaksi, Pedagogi


Kekerapan Peratus
Sah Sangat Tidak Setuju 1 9.1
Tidak Setuju 2 18.2
Kurang Pasti 2 18.2
Setuju 3 27.3
Sangat Setuju 3 27.3
JUMLAH 11 100.0

(C6) Input, Mesej, Interaksi, Psikologi


Kekerapan Peratus
Sah Setuju 3 27.3
Sangat Setuju 8 72.7
JUMLAH 11 100.0

(C7) Input, Mesej, Transaksi, Pedagogi


Kekerapan Peratus
Sah Setuju 8 72.7
Sangat Setuju 3 27.3
JUMLAH 11 100.0

(C8) Input, Mesej, Transaksi, Psikologi


Kekerapan Peratus
Sah Setuju 4 36.4
Sangat Setuju 7 63.6
JUMLAH 11 100.0

(C9) Input, Mesej, Ilmu Pengetahuan


Kekerapan Peratus
Sah Kurang Pasti 1 9.1
Setuju 3 27.3
Sangat Setuju 7 63.6
JUMLAH 11 100.0
BAHAGIAN D : MODEL PROSES & ASPEK STRATEGI

(D1) Proses, Strategi, Informatif, Isi Statistik Kebolehpercayaan


Kekerapan Peratus Cronbach's Alpha
Sah Setuju 5 45.5 Based on
Sangat Setuju 6 54.5 Cronbach's Alpha Standardized Items N of Items
JUMLAH 11 100.0 .888 .890 10

(D2) Proses, Strategi, Informatif, Pedagogi


Kekerapan Peratus
Sah Kurang Pasti 1 9.1
Setuju 6 54.5
Sangat Setuju 4 36.4
JUMLAH 11 100.0

(D3) Proses, Strategi, Persuasif, Psikologi


Kekerapan Peratus
Sah Setuju 5 45.5
Sangat Setuju 6 54.5
JUMLAH 11 100.0

(D4) Proses, Strategi, Persuasif, Sosiologi


Kekerapan Peratus
Sah Setuju 4 36.4
Sangat Setuju 7 63.6
JUMLAH 11 100.0

(D5) Proses, Strategi, Interaksi, Pedagogi


Kekerapan Peratus
Sah Setuju 2 18.2
Sangat Setuju 9 81.8
JUMLAH 11 100.0

(D6) Proses, Strategi, Interaksi, Psikologi


Kekerapan Peratus
Sah Kurang Pasti 1 9.1
Setuju 6 54.5
Sangat Setuju 4 36.4
JUMLAH 11 100.0

(D7) Proses, Strategi, Transaksi, Pedagogi


Kekerapan Peratus
Sah Setuju 5 45.5
Sangat Setuju 6 54.5
JUMLAH 11 100.0

(D8) Proses, Strategi, Transaksi, Psikologi


Kekerapan Peratus
Sah Kurang Pasti 1 9.1
Setuju 6 54.5
Sangat Setuju 4 36.4
JUMLAH 11 100.0

(D9) Proses, Strategi, Kesediaan


Kekerapan Peratus
Sah Setuju 2 18.2
Sangat Setuju 9 81.8
JUMLAH 11 100.0

(D10) Proses, Strategi, Tahap Penguasaan Bahasa Melayu


Kekerapan Peratus
Sah Kurang Pasti 2 18.2
Setuju 3 27.3
Sangat Setuju 6 54.5
JUMLAH 11 100.0
BAHAGIAN E : MODEL PRODUK & ASPEK KESAN

(E1) Produk, Kesan, Informatif, Isi (E10) Produk, Kesan, Umur


Kekerapan Peratus Kekerapan Peratus
Sah Kurang Pasti 1 9.1 Sah Tidak Setuju 2 18.2
Setuju 5 45.5 Kurang Pasti 3 27.3
Sangat Setuju 5 45.5 Setuju 2 18.2
JUMLAH 11 100.0 Sangat Setuju 4 36.4
JUMLAH 11 100.0
(E2) Produk, Kesan, Informatif, Pedagogi
Kekerapan Peratus
Sah Kurang Pasti 2 18.2 Statistik Kebolehpercayaan
Setuju 5 45.5 Cronbach's Alpha
Sangat Setuju 4 36.4 Based on
JUMLAH 11 100.0 Cronbach's Alpha Standardized Items N of Items
.624 .811 10
(E3) Produk, Kesan, Persuasif, Psikologi
Kekerapan Peratus
Sah Kurang Pasti 1 9.1
Setuju 3 27.3
Sangat Setuju 7 63.6
JUMLAH 11 100.0

(E4) Produk, Kesan, Persuasif, Sosiologi


Kekerapan Peratus
Sah Setuju 5 45.5
Sangat Setuju 6 54.5
JUMLAH 11 100.0

(E5) Produk, Kesan, Interaksi, Pedagogi


Kekerapan Peratus
Sah Sangat Tidak Setuju 1 9.1
Tidak Setuju 2 18.2
Kurang Pasti 1 9.1
Setuju 4 36.4
Sangat Setuju 3 27.3
JUMLAH 11 100.0

(E6) Produk, Kesan, Interaksi, Psikologi


Kekerapan Peratus
Sah Setuju 4 36.4
Sangat Setuju 7 63.6
JUMLAH 11 100.0

(E7) Produk, Kesan, Transaksi, Pedagogi


Kekerapan Peratus
Sah Setuju 4 36.4
Sangat Setuju 7 63.6
JUMLAH 11 100.0

(E8) Produk. Kesan, Transaksi, Psikologi


Kekerapan Peratus
Sah Setuju 4 36.4
Sangat Setuju 7 63.6
JUMLAH 11 100.0

(E9) Produk, Kesan, Lokasi Pengajaran


Kekerapan Peratus
Sah Sangat Tidak Setuju 1 9.1
Tidak Setuju 1 9.1
Kurang Pasti 3 27.3
Setuju 4 36.4
Sangat Setuju 2 18.2
JUMLAH 11 100.0
BAHAGIAN F : MODEL SYAKHSIYYAH & ASPEK
PERSONALITI

(F1) Syakhsiyyah, Personaliti, Informatif, Isi (F10) Syakhsiyyah, Personaliti, Personaliti Guru
Kekerapan Peratus Kekerapan Peratus
Sah Setuju 2 18.2 Sah Tidak Setuju 1 9.1
Sangat Setuju 9 81.8 Kurang Pasti 1 9.1
JUMLAH 11 100.0 Setuju 4 36.4
Sangat Setuju 5 45.5
JUMLAH 11 100.0
(F2) Syakhsiyyah, Personaliti, Informatif, Pedagogi
Kekerapan Peratus
Sah Setuju 4 36.4 Statistik Kebolehpercayaan
Sangat Setuju 7 63.6 Cronbach's Alpha
JUMLAH 11 100.0 Based on
Cronbach's Alpha Standardized Items N of Items
.769 .842 10
(F3) Syakhsiyyah, Personaliti, Persuasif, Psikologi
Kekerapan Peratus
Sah Setuju 2 18.2
Sangat Setuju 9 81.8
JUMLAH 11 100.0

(F4) Syakhsiyyah, Personaliti, Persuasif, Sosiologi


Kekerapan Peratus
Sah Setuju 3 27.3
Sangat Setuju 8 72.7
JUMLAH 11 100.0

(F5) Syakhsiyyah, Personaliti, Interaksi, Pedagogi


Kekerapan Peratus
Sah Tidak Setuju 3 27.3
Setuju 4 36.4
Sangat Setuju 4 36.4
JUMLAH 11 100.0

(F6) Syakhsiyyah, Personaliti, Interaksi, Psikologi


Kekerapan Peratus
Sah Kurang Pasti 1 9.1
Setuju 5 45.5
Sangat Setuju 5 45.5
JUMLAH 11 100.0

(F7) Syakhsiyyah, Personaliti, Transaksi, Pedagogi


Kekerapan Peratus
Sah Setuju 4 36.4
Sangat Setuju 7 63.6
JUMLAH 11 100.0

(F8) Syakhsiyyah, Personaliti, Transaksi, Psikologi


Kekerapan Peratus
Sah Setuju 4 36.4
Sangat Setuju 7 63.6
JUMLAH 11 100.0

(F9) Syakhsiyyah, Personaliti, Jantina


Kekerapan Peratus
Sah Tidak Setuju 3 27.3
Kurang Pasti 4 36.4
Setuju 2 18.2
Sangat Setuju 2 18.2
JUMLAH 11 100.0
LAMPIRAN H:
DAPATAN SPSS RESPONDEN GURU
BAHAGIAN B : MODEL KONTEKS & ASPEK AUDIENS

(B1) Konteks, Audiens, Informatif, Isi (B5) Konteks, Audiens, Interaksi, Pedagogi
Kekerapan Peratus Kekerapan Peratus
Sah Setuju 3 50.0 Sah Setuju 3 50.0
Sangat Setuju 3 50.0 Sangat Setuju 3 50.0
JUMLAH 6 100.0 JUMLAH 6 100.0
(B9) Konteks, Audiens, Pengalaman
(B2) Konteks, Audiens, Informatif, Pedagogi (B6) Konteks, Audiens, Interaksi, Psikologi Kekerapan Peratus
Kekerapan Peratus Kekerapan Peratus Sah Setuju 3 50.0
Sah Setuju 2 33.3 Sah Setuju 4 66.7 Sangat Setuju 3 50.0
Sangat Setuju 4 66.7 Sangat Setuju 2 33.3 JUMLAH 6 100.0
JUMLAH 6 100.0 JUMLAH 6 100.0
(B10) Konteks, Audiens, Kelas
(B3) Konteks, Audiens, Persuasif, Psikologi (B7) Konteks, Audiens, Transaksi, Pedagogi Kekerapan Peratus
Kekerapan Peratus Kekerapan Peratus Sah Setuju 3 50.0
Sah Setuju 3 50.0 Sah Setuju 5 83.3 Sangat Setuju 3 50.0
Sangat Setuju 3 50.0 Sangat Setuju 1 16.7 JUMLAH 6 100.0
JUMLAH 6 100.0 JUMLAH 6 100.0

(B4) Konteks, Audiens, Persuasif, Sosiologi (B8) Konteks, Audiens, Transaksi, Psikologi
Kekerapan Peratus Kekerapan Peratus
Sah Setuju 4 66.7 Sah Setuju 3 50.0
Sangat Setuju 2 33.3 Sangat Setuju 3 50.0
JUMLAH 6 100.0 JUMLAH 6 100.0
BAHAGIAN C : MODEL INPUT & ASPEK MESEJ

(C1) Input, Mesej, Informatif, Isi (C6) Input, Mesej, Interaksi, Psikologi (C10) Input, Mesej, Isi Pelajaran
Kekerapan Peratus Kekerapan Peratus Kekerapan Peratus
Sah Setuju 2 33.3 Sah Kurang Pasti 1 16.7 Sah Setuju 5 83.3
Sangat Setuju 4 66.7 Setuju 2 33.3 Sangat Setuju 1 16.7
JUMLAH 6 100.0 Sangat Setuju 3 50.0 JUMLAH 6 100.0
JUMLAH 6 100.0
(C2) Input, Mesej, Informatif, Pedagogi
Kekerapan Peratus (C7) Input, Mesej, Transaksi, Pedagogi
Sah Setuju 5 83.3 Kekerapan Peratus
Sangat Setuju 1 16.7 Sah Kurang Pasti 2 33.3
JUMLAH 6 100.0 Setuju 3 50.0
Sangat Setuju 1 16.7
(C3) Input, Mesej, Persuasif, Psikologi JUMLAH 6 100.0
Kekerapan Peratus
Sah Kurang Pasti 1 16.7
Setuju 2 33.3
Sangat Setuju 3 50.0 (C8) Input, Mesej, Transaksi, Psikologi
JUMLAH 6 100.0 Kekerapan Peratus
Sah Setuju 2 33.3
(C4) Input, Mesej, Persuasif, Sosiologi Sangat Setuju 4 66.7
Kekerapan Peratus JUMLAH 6 100.0
Sah Setuju 3 50.0
Sangat Setuju 3 50.0 (C9) Input, Mesej, Ilmu Pengetahuan
JUMLAH 6 100.0 Kekerapan Peratus
C5) Input, Mesej, Interaksi, Pedagogi Sah Setuju 2 33.3
Kekerapan Peratus Sangat Setuju 4 66.7
Sah Sangat Tidak Setuju 1 16.7 JUMLAH 6 100.0
Tidak Setuju 1 16.7
Kurang Pasti 1 16.7
Setuju 2 33.3
Sangat Setuju 1 16.7
JUMLAH 6 100.0
BAHAGIAN D : MODEL PROSES & ASPEK STRATEGI

(D9) Proses, Strategi, Kesediaan


(D1) Proses, Strategi, Informatif, Isi Kekerapan Peratus
Kekerapan Peratus (D5) Proses, Strategi, Interaksi, Pedagogi Sah Setuju 4 66.7
Sah Setuju 3 50.0 Kekerapan Peratus Sangat Setuju 2 33.3
Sangat Setuju 2 33.3 Sah Kurang Pasti 2 33.3 JUMLAH 6 100.0
9 1 16.7 Setuju 2 33.3
JUMLAH 6 100.0 Sangat Setuju 2 33.3 (D10) Proses, Strategi, Tahap Bahasa Melayu
JUMLAH 6 100.0 Kekerapan Peratus
(D2) Proses, Strategi, Informatif, Pedagogi Sah Setuju 5 83.3
Kekerapan Peratus (D6) Proses, Strategi, Interaksi, Psikologi Sangat Setuju 1 16.7
Sah Kurang Pasti 1 16.7 Kekerapan Peratus JUMLAH 6 100.0
Setuju 3 50.0 Sah Kurang Pasti 2 33.3
Sangat Setuju 1 16.7 Setuju 3 50.0
9 1 16.7 Sangat Setuju 1 16.7
JUMLAH 6 100.0 JUMLAH 6 100.0

(D3) Proses, Strategi, Persuasif, Psikologi (D7) Proses, Strategi, Transaksi, Pedagogi
Kekerapan Peratus Kekerapan Peratus
Sah Kurang Pasti 1 16.7 Sah Setuju 3 50.0
Setuju 3 50.0 Sangat Setuju 3 50.0
Sangat Setuju 2 33.3 JUMLAH 6 100.0
JUMLAH 6 100.0
(D8) Proses, Strategi, Transaksi, Psikologi
(D4) Proses, Strategi, Persuasif, Sosiologi Kekerapan Peratus
Kekerapan Peratus Sah Kurang Pasti 1 16.7
Sah Setuju 4 66.7 Setuju 4 66.7
Sangat Setuju 2 33.3 9 1 16.7
JUMLAH 6 100.0 JUMLAH 6 100.0
BAHAGIAN E : MODEL PRODUK & ASPEK KESAN

(E1) Produk, Kesan, Informatif, Isi


Kekerapan Peratus (E5) Produk, Kesan, Interaksi, Pedagogi
Sah Kurang Pasti 1 16.7 Kekerapan Peratus (E9) Produk, Kesan, Lokasi
Setuju 2 33.3 Sah Sangat Tidak Setuju 1 16.7 Kekerapan Peratus
Sangat Setuju 2 33.3 Kurang Pasti 2 33.3 Sah Tidak Setuju 1 16.7
9 1 16.7 Setuju 1 16.7 Kurang Pasti 2 33.3
JUMLAH 6 100.0 Sangat Setuju 2 33.3 Setuju 1 16.7
JUMLAH 6 100.0 Sangat Setuju 2 33.3
(E2) Produk, Kesan, Informatif, Pedagogi JUMLAH 6 100.0
Kekerapan Peratus (E6) Produk, Kesan, Interaksi, Psikologi
Sah Kurang Pasti 2 33.3 Kekerapan Peratus (E10) Produk, Kesan, Umur
Setuju 3 50.0 Sah Kurang Pasti 1 16.7 Kekerapan Peratus
9 1 16.7 Setuju 1 16.7 Sah Sangat Tidak Setuju 1 16.7
JUMLAH 6 100.0 Sangat Setuju 4 66.7 Kurang Pasti 2 33.3
JUMLAH 6 100.0 Setuju 2 33.3
(E3) Produk, Kesan, Persuasif, Psikologi Sangat Setuju 1 16.7
Kekerapan Peratus (E7) Produk, Kesan, Transaksi, Pedagogi JUMLAH 6 100.0
Sah Kurang Pasti 1 16.7 Kekerapan Peratus
Setuju 2 33.3 Sah Kurang Pasti 1 16.7
Sangat Setuju 3 50.0 Setuju 2 33.3
JUMLAH 6 100.0 Sangat Setuju 3 50.0
JUMLAH 6 100.0

(E4) Produk, Kesan, Persuasif, Sosiologi (E8) Produk, Kesan, Transaksi, Psikologi
Kekerapan Peratus Kekerapan Peratus
Sah Kurang Pasti 1 16.7 Sah Kurang Pasti 1 16.7
Setuju 1 16.7 Setuju 2 33.3
Sangat Setuju 4 66.7 Sangat Setuju 3 50.0
JUMLAH 6 100.0 JUMLAH 6 100.0
BAHAGIAN F : MODEL SYAKHSIYYAH & ASPEK PERSONALITI

(F1) Syakhsiyyah, Personaliti, Informatif, Isi


Kekerapan Peratus (F6) Syakhsiyyah, Personaliti, Interaksi, Psikologi (F10) Syakhsiyyah, Personaliti, Personaliti Guru
Sah Setuju 2 33.3 Kekerapan Peratus Kekerapan Peratus
Sangat Setuju 4 66.7 Sah Kurang Pasti 1 16.7 Sah Kurang Pasti 1 16.7
JUMLAH 6 100.0 Setuju 4 66.7 Setuju 3 50.0
Sangat Setuju 1 16.7 Sangat Setuju 2 33.3
(F2) Syakhsiyyah, Personaliti, Informatif, Pedagogi JUMLAH 6 100.0 JUMLAH 6 100.0
Kekerapan Peratus
Sah Setuju 4 66.7 (F7) Syakhsiyyah, Personaliti, Transaksi, Pedagogi
Sangat Setuju 2 33.3 Kekerapan Peratus
JUMLAH 6 100.0 Sah Kurang Pasti 1 16.7
Setuju 5 83.3
(F3) Syakhsiyyah, Personaliti, Persuasif, Psikologi JUMLAH 6 100.0
Kekerapan Peratus
Sah Setuju 4 66.7 (F8) Syakhsiyyah, Personaliti, Transaksi, Psikologi
Sangat Setuju 2 33.3 Kekerapan Peratus
JUMLAH 6 100.0 Sah Setuju 5 83.3
Sangat Setuju 1 16.7
(F4) Syakhsiyyah, Personaliti, Persuasif, Sosiologi JUMLAH 6 100.0
Kekerapan Peratus
Sah Setuju 4 66.7 (F9) Syakhsiyyah, Personaliti, Jantina
Sangat Setuju 2 33.3 Kekerapan Peratus
JUMLAH 6 100.0 Sah Tidak Setuju 1 16.7
Kurang Pasti 3 50.0
(F5) Syakhsiyyah, Personalliti, Interaksi, Pedagogi Setuju 1 16.7
Kekerapan Peratus Sangat Setuju 1 16.7
Sah Sangat Tidak Setuju 1 16.7 JUMLAH 6 100.0
Tidak Setuju 1 16.7
Kurang Pasti 1 16.7
Setuju 3 50.0
JUMLAH 6 100.0
LAMPIRAN I:
DAPATAN SPSS RESPONDEN PELAJAR

BAHAGIAN B : MODEL KONTEKS & ASPEK AUDIENS

(B1) Konteks, Audiens, Informatif, Isi (B4) Konteks, Audiens, Persuasif, Sosiologi (B7) Konteks, Audiens, Transaksi, Pedagogi
Kekerapan Peratus Kekerapan Peratus Kekerapan Peratus
Sah Sangat Tidak Setuju 1 .6 Sah Tidak Setuju 2 1.3 Sah Sangat Tidak Setuju 3 1.9
Kurang Pasti 13 8.1 Kurang Pasti 19 11.9 Tidak Setuju 5 3.1
Setuju 52 32.5 Setuju 43 26.9 Kurang Pasti 53 33.1
Sangat Setuju 83 51.9 Sangat Setuju 85 53.1 Setuju 58 36.3
JUMLAH 149 93.1 JUMLAH 149 93.1 Sangat Setuju 30 18.8
JUMLAH 149 93.1
(B2) Konteks, Audiens, Informatif, Pedagogi (B5) Konteks, Audiens, Interaksi, Pedagogi
Kekerapan Peratus Kekerapan Peratus (B8) Konteks, Audiens, Transaksi, Psikologi
Sah Tidak Setuju 1 .6 Sah Sangat Tidak Setuju 3 1.9 Kekerapan Peratus
Kurang Pasti 20 12.5 Tidak Setuju 7 4.4 Sah Sangat Tidak Setuju 6 3.8
Setuju 53 33.1 Kurang Pasti 34 21.3 Tidak Setuju 10 6.3
Sangat Setuju 75 46.9 Setuju 56 35.0 Kurang Pasti 61 38.1
JUMLAH 149 93.1 Sangat Setuju 48 30.0 Setuju 39 24.4
JUMLAH 148 92.5 Sangat Setuju 33 20.6
(B3) Konteks, Audiens, Persuasif, Psikologi JUMLAH 149 93.1
Kekerapan Peratus (B6) Konteks, Audiens, Interaksi, Psikologi
Sah Tidak Setuju 1 .6 Kekerapan Peratus
Kurang Pasti 35 21.9 Sah Tidak Setuju 2 1.3
Setuju 61 38.1 Kurang Pasti 26 16.3
Sangat Setuju 52 32.5 Setuju 43 26.9
JUMLAH 149 93.1 Sangat Setuju 77 48.1
JUMLAH 148 92.5
(B9) Konteks, Audiens, Pengalaman
Kekerapan Peratus
Sah Tidak Setuju 2 1.3
Kurang Pasti 31 19.4
Setuju 57 35.6
Sangat Setuju 59 36.9
JUMLAH 149 93.1

(B10) Konteks, Audiens, Kelas


Kekerapan Peratus
Sah Sangat Tidak Setuju 4 2.5
Tidak Setuju 6 3.8
Kurang Pasti 38 23.8
Setuju 59 36.9
Sangat Setuju 42 26.3
JUMLAH 149 93.1
BAHAGIAN C : MODEL INPUT & ASPEK MESEJ

(C1) Input, Mesej, Informatif, Isi (C4) Input, Mesej, Persuasif, Sosiologi (C7) Input, Mesej, Transaksi, Pedagogi
Kekerapan Peratus Kekerapan Peratus Kekerapan Peratus
Sah Tidak Setuju 2 1.3 Sah Sangat Tidak Setuju 5 3.1 Sah Sangat Tidak Setuju 3 1.9
Kurang Pasti 18 11.3 Tidak Setuju 11 6.9 Tidak Setuju 10 6.3
Setuju 40 25.0 Kurang Pasti 33 20.6 Kurang Pasti 57 35.6
Sangat Setuju 89 55.6 Setuju 65 40.6 Setuju 52 32.5
JUMLAH 149 93.1 Sangat Setuju 35 21.9 Sangat Setuju 27 16.9
JUMLAH 149 93.1 JUMLAH 149 93.1
(C2) Input, Mesej, Informatif, Pedagogi
Kekerapan Peratus (C5) Input, Mesej, Interaksi, Pedagogi (C8) Input, Mesej, Transaksi, Psikologi
Sah Sangat Tidak Setuju 1 .6 Kekerapan Peratus Kekerapan Peratus
Tidak Setuju 3 1.9 Sah Sangat Tidak Setuju 15 9.4 Sah Sangat Tidak Setuju 6 3.8
Kurang Pasti 45 28.1 Tidak Setuju 9 5.6 Tidak Setuju 15 9.4
Setuju 78 48.8 Kurang Pasti 66 41.3 Kurang Pasti 84 52.5
Sangat Setuju 21 13.1 Setuju 46 28.7 Setuju 32 20.0
JUMLAH 148 92.5 Sangat Setuju 13 8.1 Sangat Setuju 12 7.5
JUMLAH 149 93.1 JUMLAH 149 93.1
(C3) Input, Mesej, Persuasif, Psikologi
Kekerapan Peratus (C6) Input, Mesej, Interaksi, Psikologi (C9) Input, Mesej, Ilmu Pengetahuan
Sah Tidak Setuju 1 .6 Kekerapan Peratus Kekerapan Peratus
Kurang Pasti 21 13.1 Sah Sangat Tidak Setuju 4 2.5 Sah Tidak Setuju 4 2.5
Setuju 44 27.5 Tidak Setuju 4 2.5 Kurang Pasti 24 15.0
Sangat Setuju 83 51.9 Kurang Pasti 42 26.3 Setuju 67 41.9
JUMLAH 149 93.1 Setuju 65 40.6 Sangat Setuju 54 33.8
Sangat Setuju 34 21.3 JUMLAH 149 93.1
JUMLAH 149 93.1
(C10) Input, Mesej, Isi Pelajaran
Kekerapan Peratus
Sah Sangat Tidak Setuju 1 .6
Kurang Pasti 36 22.5
Setuju 70 43.8
Sangat Setuju 42 26.3
JUMLAH 149 93.1
BAHAGIAN D : MODEL PROSES & ASPEK STRATEGI

(D7) Proses, Strategi, Transaksi, Pedagogi


(D1) Proses, Strategi, Informatif, Isi (D4) Proses, Strategi, Persuasif, Sosiologi Kekerapan Peratus
Kekerapan Peratus Kekerapan Peratus Sah Tidak Setuju 7 4.4
Sah Sangat Tidak Setuju 1 .6 Sah Tidak Setuju 2 1.3 Kurang Pasti 35 21.9
Tidak Setuju 3 1.9 Kurang Pasti 17 10.6 Setuju 47 29.4
Kurang Pasti 8 5.0 Setuju 76 47.5 Sangat Setuju 58 36.3
Setuju 54 33.8 Sangat Setuju 53 33.1 JUMLAH 147 91.9
Sangat Setuju 83 51.9 JUMLAH 148 92.5
JUMLAH 149 93.1 (D8) Proses, Strategi, Transaksi, Psikologi
(D5) Proses, Strategi, Interaksi, Pedagogi Kekerapan Peratus
(D2) Proses, Strategi, Informatif, Pedagogi Kekerapan Peratus Sah Sangat Tidak Setuju 9 5.6
Kekerapan Peratus Sah Sangat Tidak Setuju 1 .6 Tidak Setuju 22 13.8
Sah Sangat Tidak Setuju 1 .6 Tidak Setuju 1 .6 Kurang Pasti 83 51.9
Tidak Setuju 4 2.5 Kurang Pasti 43 26.9 Setuju 22 13.8
Kurang Pasti 21 13.1 Setuju 52 32.5 Sangat Setuju 13 8.1
Setuju 63 39.4 Sangat Setuju 51 31.9 JUMLAH 149 93.1
Sangat Setuju 60 37.5 JUMLAH 148 92.5
JUMLAH 149 93.1 (D9) Proses, Strategi, Kesediaan
(D6) Proses, Strategi, Interaksi, Psikologi Kekerapan Peratus
(D3) Proses, Strategi, Persuasif, Psikologi Kekerapan Peratus Sah Kurang Pasti 10 6.3
Kekerapan Peratus Sah Sangat Tidak Setuju 1 .6 Setuju 51 31.9
Sah Tidak Setuju 2 1.3 Tidak Setuju 5 3.1 Sangat Setuju 88 55.0
Kurang Pasti 10 6.3 Kurang Pasti 49 30.6 JUMLAH 149 93.1
Setuju 52 32.5 Setuju 49 30.6
Sangat Setuju 85 53.1 Sangat Setuju 44 27.5
JUMLAH 149 93.1 JUMLAH 148 92.5
(D10) Proses, Strategi, Tahap Bahasa Melayu
Kekerapan Peratus
Sah Sangat Tidak Setuju 1 .6
Kurang Pasti 19 11.9
Setuju 57 35.6
Sangat Setuju 72 45.0
JUMLAH 149 93.1
BAHAGIAN E : MODEL PRODUK & ASPEK KESAN

(E4) Produk, Kesan, Persuasif, Sosiologi (E7) Produk, Kesan, Transaksi, Pedagogi
(E1) Produk, Kesan, Informatif, Isi Kekerapan Peratus Kekerapan Peratus
Kekerapan Peratus Sah Sangat Tidak Setuju 1 .6 Sah Tidak Setuju 1 .6
Sah Sangat Tidak Setuju 3 1.9 Tidak Setuju 7 4.4 Kurang Pasti 19 11.9
Tidak Setuju 2 1.3 Kurang Pasti 48 30.0 Setuju 60 37.5
Kurang Pasti 29 18.1 Setuju 58 36.3 Sangat Setuju 69 43.1
Setuju 73 45.6 Sangat Setuju 34 21.3 JUMLAH 149 93.1
Sangat Setuju 42 26.3 JUMLAH 148 92.5
JUMLAH 149 93.1 (E8) Produk, Kesan, Transaksi, Psikologi
(E5) Produk, Kesan, Interaksi, Pedagogi Kekerapan Peratus
(E2) Produk, Kesan, Informatif, Pedagogi Kekerapan Peratus Sah Tidak Setuju 2 1.3
Kekerapan Peratus Sah Tidak Setuju 4 2.5 Kurang Pasti 19 11.9
Sah Sangat Tidak Setuju 3 1.9 Kurang Pasti 34 21.3 Setuju 60 37.5
Tidak Setuju 3 1.9 Setuju 58 36.3 Sangat Setuju 68 42.5
Kurang Pasti 37 23.1 Sangat Setuju 52 32.5 JUMLAH 149 93.1
Setuju 65 40.6 JUMLAH 148 92.5
Sangat Setuju 41 25.6 (E9) Produk, Kesan, Lokasi
JUMLAH 149 93.1 (E6) Produk, Kesan, Interaksi, Psikologi Kekerapan Peratus
Kekerapan Peratus Sah Sangat Tidak Setuju 12 7.5
(E3) Produk, Kesan, Persuasif, Psikologi Sah Tidak Setuju 4 2.5 Tidak Setuju 7 4.4
Kekerapan Peratus Kurang Pasti 32 20.0 Kurang Pasti 80 50.0
Sah Sangat Tidak Setuju 1 .6 Setuju 55 34.4 Setuju 26 16.3
Tidak Setuju 2 1.3 Sangat Setuju 58 36.3 Sangat Setuju 22 13.8
Kurang Pasti 42 26.3 JUMLAH 149 93.1 JUMLAH 147 91.9
Setuju 44 27.5
Sangat Setuju 60 37.5
JUMLAH 149 93.1
(E10) Produk, Kesan, Umur
Kekerapan Peratus
Sah Sangat Tidak Setuju 16 10.0
Tidak Setuju 16 10.0
Kurang Pasti 60 37.5
Setuju 32 20.0
Sangat Setuju 25 15.6
JUMLAH 149 93.1
BAHAGIAN F : MODEL SYAKHSIYYAH & ASPEK
PERSONALITI

(F1) Syakhsiyyah, Personaliti, Informatif, Isi (F4) Syakhsiyyah, Personaliti, Persuasif, Sosiologi (F7) Syakhsiyyah, Personaliti, Transaksi, Pedagogi
Kekerapan Peratus Kekerapan Peratus Kekerapan Peratus
Sah Kurang Pasti 10 6.3 Sah Sangat Tidak Setuju 1 .6 Sah Tidak Setuju 4 2.5
Setuju 44 27.5 Tidak Setuju 1 .6 Kurang Pasti 47 29.4
Sangat Setuju 95 59.4 Kurang Pasti 55 34.4 Setuju 66 41.3
JUMLAH 149 93.1 Setuju 56 35.0 Sangat Setuju 32 20.0
Sangat Setuju 36 22.5 JUMLAH 149 93.1
(F2) Syakhsiyyah, Personaliti, Informatif, Pedagogi JUMLAH 149 93.1
Kekerapan Peratus (F8) Syakhsiyyah, Personaliti, Transaksi, Psikologi
Sah Tidak Setuju 3 1.9 (F5) Syakhsiyyah, Personalliti, Interaksi, Pedagogi Kekerapan Peratus
Kurang Pasti 28 17.5 Kekerapan Peratus Sah Sangat Tidak Setuju 5 3.1
Setuju 66 41.3 Sah Sangat Tidak Setuju 12 7.5 Tidak Setuju 9 5.6
Sangat Setuju 52 32.5 Tidak Setuju 6 3.8 Kurang Pasti 41 25.6
JUMLAH 149 93.1 Kurang Pasti 66 41.3 Setuju 54 33.8
Setuju 44 27.5 Sangat Setuju 40 25.0
(F3) Syakhsiyyah, Personaliti, Persuasif, Psikologi Sangat Setuju 21 13.1 JUMLAH 149 93.1
Kekerapan Peratus JUMLAH 149 93.1
Sah Tidak Setuju 3 1.9 (F9) Syakhsiyyah, Personaliti, Jantina
Kurang Pasti 38 23.8 (F6) Syakhsiyyah, Personaliti, Interaksi, Psikologi Kekerapan Peratus
Setuju 56 35.0 Kekerapan Peratus Sah Sangat Tidak Setuju 10 6.3
Sangat Setuju 52 32.5 Sah Sangat Tidak Setuju 2 1.3 Tidak Setuju 13 8.1
JUMLAH 149 93.1 Tidak Setuju 4 2.5 Kurang Pasti 67 41.9
Kurang Pasti 47 29.4 Setuju 33 20.6
Setuju 66 41.3 Sangat Setuju 26 16.3
Sangat Setuju 30 18.8 JUMLAH 149 93.1
JUMLAH 149 93.1
(F10) Syakhsiyyah, Personaliti, Personaliti Guru
Kekerapan Peratus
Sah Sangat Tidak Setuju 2 1.3
Tidak Setuju 5 3.1
Kurang Pasti 15 9.4
Setuju 32 20.0
Sangat Setuju 95 59.4
JUMLAH 149 93.1

Anda mungkin juga menyukai