Anda di halaman 1dari 112

ANCAMAN LIBERALISME G25 DI MALAYSIA

NUR HUSNA IZZATI BINTI SYED HASSAN

PUSAT PENGAJIAN USULUDDIN


FAKULTI KONTEMPORARI ISLAM
UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN
KAMPUS GONG BADAK
2019
ANCAMAN LIBERALISME G25 DI MALAYSIA

NUR HUSNA IZZATI BINTI SYED HASSAN

LATIHAN ILMIAH INI DIKEMUKAKAN BAGI


MEMENUHI SEBAHAGIAN KEPERLUAN IJAZAH
SARJANA MUDA PENGAJIAN ISLAM
(USULUDDIN) DENGAN KEPUJIAN

PUSAT PENGAJIAN USULUDDIN


FAKULTI KONTEMPORARI ISLAM
UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN
KAMPUS GONG BADAK
2019
PENGAKUAN

Saya akui ini adalah hasil karya kerja saya sendiri kecuali nukilan-nukilan dan
ringkasan-ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

_________________________
Tarikh: Nur Husna Izzati Binti Syed
Hassan@Zulkifli
(043729)

Saya akui ini adalah hasil karya kerja saya sendiri kecuali nukilan-nukilan dan
ringkasan-ringkasan yang tiap-tiap satunya telah dijelaskan sumbernya.

_________________________
Tarikh: Dr. Mohd Hasrul Bin Shuhari
iv

ABSTRAK

Liberalisme merupakan satu serangan pemikiran yang lahir dari Barat


di mana golongan yang mengganggotai gerakan ini ingin
memperjuangkan kebebasan dalam segala tindak tanduk dan kehidupan
seharian mereka. Mereka dinamakan sebagai “Muktazilah Moden”
kerana terlalu berpegang kepada prinsip akal dan rasionalisme
melebihi wahyu itu sendiri iaitu Al-Quran dan Al-Sunnah. Konsep
perluasan pintu ijtihad menyukarkan pihak berkuasa untuk
membendung gejala ini daripada mempengaruhi masyarakat kerana
masyarakat pada hari ini lebih senang dengan perkara yang sesuai
dengan logik akal kecuali mereka yang mempunyai penghayatan agama
yang kukuh dan mantap. Oleh itu, dalam kajian pada kali ini, pengkaji
akan menjelaskan tentang sejarah perkembangan Liberalisme dan akan
menekankan tentang isu Islam Liberalisme G25 di Malaysia yang
konon-kononnya gerakan ini bernaung di bawah prinsip Islam di mana
mereka cuba untuk mempertahankan Maqasid Syariah dalam kerangka
wasatiyyah. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan menggunakan
beberapa bentuk metodologi pengumpulan data seperti tinjauan
perpustakaan, penyelidikan sejarah dan metode dokumentasi untuk
menjelaskan tentang sejarah perkembangan liberalisme manakala
metodologi deskriptif digunakan oleh pengkaji untuk menganalisis
pemikiran. Seterusnya, pengkaji juga memfokuskan tentang keburukan
pemikiran G25 terhadap akidah dan syariat umat Islam, tindakan para
ilmuwan dalam membendung Islam Liberalisme G25 dan memberi
cadangan kepada pihak-pihak yang bertanggungjawab untuk
memelihara Umat Islam di Malaysia daripada terpengaruh dengan
ajaran gerakan ini.
v

ABSTRACT

Liberalism is a thought-provoking attack from the West where people in


this group want to fight for freedom in all their actions and their daily
lives. They are called "Modern Muktazilah" because they are too
clinging to the principle of reason and rationalism beyond the
revelation itself of the Quran and Al-Sunnah. The concept of extension
of the ijtihad door makes it difficult for authorities to curb this
phenomenon from influencing the community as today's society is more
easily compatible with logical thinking than those who have a strong
and steady religious appreciation. Therefore, in this study, researchers
will explain the history of Liberalism development and will emphasize
on the issue of Islamic Liberalism G25 in Malaysia which supposedly
moves under the Islamic principles in which they try to defend the
Syariah Maqasid in the framework of wasatiyyah. The study was
qualitative using several forms of data collection methodology such as
library survey, historical research and documentation method to
explain the history of liberalism development while descriptive
methodology was used by researchers to analyze thought. Furthermore,
the researcher also focused on the disadvantages of the G25 thought to
the Islamic faith and syariat, the actions of scientists in curbing Islam
of G25 Liberalism and giving recommendations to the parties
responsible for preserving the Muslim Ummah in Malaysia rather than
being influenced by the teachings of this movement
vi

KANDUNGAN

Daftar Kandungan Halaman

ABSTRAK iv
ABSTRACT v
KANDUNGAN vi
PENGHARGAAN viii
DAFTAR JADUAL TRANSLITERASI x
AKRONIM xii
BAB 1 1
1.1 Latar Belakang Kajian 1
1.2 Penyataan Masalah 4
1.3 Persoalan Kajian 9
1.4 Objektif Kajian 9
1.5 Kajian Literature 10
1.6 Kepentingan Kajian 12
1.7 Skop Dan Batasan Kajian 13
1.8 Metodologi Kajian 14
1.8.1 Metodologi Pengumpulan Data 16
1.8.2 Analisis Dalam Penyelidikan Kualitatif 18
1.9 Definisi Istilah / Operasional 18
1.10 Susunan Bab 21
BAB 2 23
2.1 Pengenalan 23
2.2 Konsep Islam Liberalisme 23
2.3 Sejarah Islam Liberal 28
2.4 Prinsip Islam Liberal 32
2.5 Ciri-Ciri Pemikiran Fahaman Islam Liberal 33
2.5.1 Ideologi Islam Liberal 38
a) Mempertikaikan hukuman orang yang keluar dari agama Islam 41
2.6 Contoh Ucapan Pejuang Islam Liberal 43
2.7 Kesimpulan 47
BAB 3 50
3.1 Pengenalan 50
3.3 Faktor Penularan Ideologi Liberal Di Malaysia 52
3.4 Definisi G25 54
3.4 Anggota G25 56
3.5 Gagasan G25 Di Malaysia 60
3.5.1 Memansuhkan Khalwat 61
3.5.2 Melaksanakan Transgender 63
3.5.3 Menghapuskan institusi agama Malaysia 64
vii

3.5.4 Kebebasan orang Islam untuk memeluk dan menganut mana-mana agama 67
3.5.1 Tidak bersetuju dengan pelaksanaan RUU 355 68
3.5.2 Menuntut agar mahkamah syariah tidak boleh melampaui batas 71
3.5.3 Menuntut kebebasan Hak Asasi Manusia 73
3.5.4 G25 menganggap Malaysia sebagai negara sekular 73
3.5.5 Denda Makan di Khalayak Ramai Semasa Bulan Ramadhan 74
3.6 Penutup 75
BAB 4 76
4.1 Pengenalan 76
4.2 Tuntutan G25 Menurut Perspektif Islam 76
4.2.1 Larangan Berkhalwat 76
4.2 2 Isu LGBT 80
4.2.3 Hak Asasi Manusia 83
4.3 Tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa ke atas kumpulan G25 87
4.3.1 Pertikaian dan pemansuhan autoriti agama 87
4.3.2 Pengharaman buku yang dikeluarkan oleh gerakan Islam Liberal G25 oleh
kerajaan 91
BAB 5 93
5.1 Pengenalan 93
5.2 Kesimpulan 93
5.2 Cadangan 95
5.2.1 Peranan Institut Agama yang Berautoriti 95
5.4 Penutup 98
Bibliografi 99
viii

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah s.w.t kerana dengan limpah kurnia-Nya dan
selawat serta salam buat junjungan besar nabi Muhammad s.a.w dan seluruh ahli
keluarga baginda, saya berjaya menyempurnakan kajian ilmiah ini yang bertajuk
“Ancaman Liberalisme G25 di Malaysia.”

Oleh itu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih Dr. Mohd Hasrul Bin
Shuhari selaku penyelia bagi kajian ilmiah saya di mana beliau banyak memberi
bimbingan, tunjuk ajar, perkongsian ilmu dan sokongan demi membantu pelajarnya
untuk menyempurnakan Latihan llmiah ini. Beliau juga membantu dalam memberi
sokongan supaya saya teguh pendirian untuk menyempurnakan kajian ilmiah ini, supaya
ia menjadi suatu kajian yang bermanfaat untuk ramai orang.

Teristimewa buat ibunda tercinta, Wan Rafiza binti Wan Abdul Aziz kerana
tidak putus-putus meniupkan semangat dan kata-kata inspirasi tatkala saya tidak
berdaya dan merasa putus asa. Tidak dilupakan juga buat sahabat-sahabat seperjuangan
ISM Usuluddin Semester 7 yang sentiasa ada ketika susah dan senang.

Akhir kalam, saya hanya menumpang ilmu dari pensyarah dan rakan-rakan,
tanpa mereka, siapalah saya. Saya doakan kajian ilmiah ini menjadi rujukan yang
bermanfaat kepada pelajar-pelajar yang akan menyambung penulisan berkaitan
Liberalisme dan juga sebagai bahan rujukan kepada masyarakat.
x

DAFTAR JADUAL TRANSLITERASI

Jadual transliterasi ini adalah berpandukan kepada buku Panduan Penulisan Tesis
Universiti Sultan Zainal Abidin.

Huruf Arab Huruf Rumi Perkataan Asal Versi Rumi


‫ء‬ ’ ‫ِمائَة‬ mi’ah

‫ب‬ B ََ َ‫َكت‬
‫ب‬ Kataba

‫ت‬ T َ‫تَْن ِزل‬ Tanzilu

‫ث‬ Th ‫ثَ ْوَرة‬ Thawrah

‫ج‬ J ‫ََجَال‬ Jamāl

‫ح‬ Ḥ ‫قَب ََح‬ Qabuḥa

‫خ‬ Kh ‫َخالِد‬ Khālid

‫د‬ D ‫ِد َم ْشق‬ Dimashq

‫ذ‬ Dh ‫ذَ َهب‬ Dhahab

‫ر‬ R ‫َر ْْحَن‬ Raḥman

‫ز‬ Z ‫َزْمَزم‬ Zamzam

‫س‬ S ‫س ْوَرة‬ Sūrah

‫ش‬ Sh ‫َش َجََر‬ Shajara

‫ص‬ Ṣ ‫ص َْب‬
َ Ṣabr

‫ضمري‬ ِ
‫ض‬ Ḍ َ Ḍamīr

‫ط‬ Ṭ َ‫طََّوَر‬ Ṭawwara

‫ظ‬ Ẓ ‫ظ ْهر‬ Ẓuhr

‫ع‬ ‘ ‫َعْبد‬ ‘abd

‫غ‬ Gh َ‫َغيَّ َر‬ Ghayyara

‫ف‬ F ََ ‫فَر‬
‫ِح‬ Fariḥa

‫ق‬ Q ‫قَب ََح‬ Qabuḥa

‫ك‬ K َ‫َكثَ َر‬ Kathara

‫ل‬ L ََ َ‫ل‬
‫ك‬ Laka

‫م‬ M ‫َم َّكة‬ Makkah


xi

َ‫ب‬ ِ
‫ن‬ N
‫نَ ي‬ Nabiyy

‫ﻫ‬ H َ َ‫َهب‬
‫ط‬ Habaṭa

‫و‬ W ‫َو َع ََد‬ wa‘ada

‫ي‬ Y ‫يَ َسار‬ Yasār

Vokal Pendek
َََ A َ‫ب‬
َ َ‫َكت‬ Kataba

ََِ I ََ ‫قَ ِو‬


‫س‬ Qawisa

ََ U ‫ولِ ََد‬ Wulida

Vokal Panjang
ْ‫َا‬+ََ Ᾱ ‫ضى‬
َ َ‫َق‬،َ‫اض‬ ٍ َ‫ق‬ qāḍin, qaḍā

َْ َِ
‫ي‬+ Ī ََ ِ‫ق‬
‫يل‬ Qīla

َ‫و‬+
ْ َ Ū ‫م ْؤِمنون‬ mu’minūn

Diftong
َ‫ََ ْو‬ Aw ‫يَ ْوم‬ Yawm

َْ ََ
‫ي‬ Ay َ‫َخ ْري‬ Khayr

َ‫َي‬
‫ْي ي‬ iyy/i ‫َر ْجعِي‬ raj‘iyy/raj‘i

َ‫ْو ي‬
‫َو‬ aww/u ‫َم ْرج يَو‬ marjuww/marju
xii

AKRONIM

1. s.w.t Subhanahu wataala


2. s.a.w Solallahu a’laihi wasallam
3. r.a Radiallahu anhu
4. UniSZA Universiti Sultan Zainal Abidin
5. FKI Fakulti Kontemporari Islam
6. NGO Non Govermental Organization
7. JAKIM Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
8. IKSIM Institut Kajian Strategik Malaysia
9. YADIM Yayasan Dakwah Islam Malaysia
BAB 1

PENDAHULUAN

Pengenalan

Penulisan dalam kajian ini akan mengetengahkan perbincangan mengenai Liberalisme

yang lebih tertumpu pada gerakan Liberalisme G25 di Malaysia. Pada bab pertama,

pengkaji akan menjelaskan dan menerangkan tentang latar belakang kajian, penyataan

masalah, persoalan kajian, objektif kajian, kepentingan kajian, skop kajian, metodologi

kajian, dan juga definisi istilah bagi tajuk kajian yang dijalankan.

1.1 Latar Belakang Kajian

Gerakan pemikir Liberalisme pada awalnya bermula dari negara Barat, namun pada

akhirnya pemikiran ini turut tersebar di negara-negara Islam termasuklah di Malaysia

yang mana gerakan ini lebih mesra dikenali sebagai gerakan Islam Liberal. Gerakan

Islam Liberal adalah salah satu gaya pemikiran dan pemahaman yang memiliki

keinginan untuk mentafsir semula al-Qur’an yang bersesuaian dan bertepatan dengan

misi gagasan perjuangan mereka, lebih-lebih lagi mengenai hukum-hakam yang

dirasakan bersifat out of date atau telah lapuk dek zaman. Rata-rata, ideologi ini

disokong oleh mereka yang mempunyai latar belakang pendidikan yang tinggi yang
2

mana ramai di antara mereka yang pernah melanjutkan pelajaran ataupun pernah

berkhidmat di institut-institut pengajian Barat (Azalina Tatar, 2015 : 197).

Gerakan Islam Liberalisme lebih enteng dan memilih untuk mentafsirkan dan

mengulas ayat Al-Quran mengikut akal dan logik fikiran mereka sahaja dengan alasan

supaya Islam lebih relevan dan sesuai dengan perkembangan zaman. (Farahwahida &

Nur Raihan, 2008: 2)

Kajian yang dijalankan oleh Azalina Tatar (2015: 197), telah menemukan bahawa

kebanyakkan anggota dan penyokong fahaman Islam Liberal terdiri daripada mereka

yang mempunyai intelektual atau kedudukan pendidikan yang tinggi. Ramai juga

anggota Islam Liberalisme ini yang memegang jawatan dan dikategorikan sebagai

golongan kelas menengah. Antaranya ialah pensyarah, peguam, pegawai eksekutif dan

lain-lain (Azalina Tatar, 2015: 197).

Muhammad ‛Uthman el-Muhammady (2005: 7) menyatakan, jika dilihat dari

ruang ilmiah, Islam Liberal merupakan suatu serangan pemikiran dan pemahaman yang

sedang dipropagandakan oleh Barat, maka umat Islam perlu bangkit dari termasuk

dalam tipudaya Islam Liberal di mana gerakan ini bersifat Liberal dalam kehidupan

seharian. Menurut ‛Uthman el-Muhammady:

“Pada asasnya perkataan Liberal dalam kehidupan seharian bukanlah


satu perkataan negatif malah ia adalah suatu kelebihan dan sangat
dianjurkan oleh Islam. Sikap bertoleransi, mengambil kira kepentingan
orang lain dan bersikap mengalah kepada perbalahan adalah sifat Liberal
yang positif.
3

Perkara yang disebut ini berbeza dengan ideologi Liberal yang diperkenalkan

oleh dunia Barat yang mana fahaman tidak memandang ilmu dan prinsip Islam,

tidak akur dan menolak autoriti Islam yang ada seperti ulama Usuluddin dalam

bidang akidah, imam mujtahid dalam menjelaskan ilmu feqah dan ulama sufi dalam

perihal spiritual (Muhammad ‛Uthman, 2005: 7).

Menurut Khalif Muammar (2009: 151), isu yang menjadi kebiasaan dengan

gerakan Liberalisme ialah apabila mereka menuntut persamaan hak antara lelaki dan

wanita dengan menyatakan hasrat mereka untuk membebaskan golongan wanita dari

kongkongan dan memelihara hak wanita supaya adil dan samarata dengan hak yang

diterima oleh lelaki.

Kebanyakkan gerakan Islam Liberal beroperasi untuk mempertahankan hak-hak

wanita dalam Islam melalui pendekatan yang melampaui batasan dan sempadan iaitu

keinginan dan kehendak untuk memperbaharui peraturan dan hukum-hakam Allah, serta

dasar-dasar kesaksamaan dan keadilan yang telah ditetapkan dalam Islam. Di antara isu

yang mereka ketengahkan ialah hak pembahagian harta pusaka, perkahwinan, poligami

iaitu berkahwin melebihi dari seorang wanita, penceraian, kebolehan wanita untuk

memimpin sama ada mengimami solat mahupun memimpin negara, kesaksian wanita

dan isu mengenai hukum aurat bagi wanita yang mana mengikut pandangan mereka,

hukuman ini telah menganiayai dan menindas golongan wanita (Azalina Tatar, 2015 :

197).

Menurut Muhammad Nur (2006 : 6), terdapat beberapa orang tokoh yang sudah

terkenal dalam memperjuangkan kebebasan hak wanita dalam dunia Islam seperti
4

Fatimah Mernisi di Maghribi, Amina Wadud di Amerika Syarikat, Nawal Sacadawi di

Mesir dan Rifac at Hassan di Pakistan. dapat diringkaskan mereka yang menuntut hak

kesamarataan wanita yang muncul hampir di setiap negara mempunyai hubungan yang

rapat dengan kumpulan kelas menengah. Secara universalnya, kumpulan kelas

menengah boleh diertikan sebagai kumpulan yang menghubungi antara golongan atasan

dan bawahan yang mempunyai latar belakang pendidikan dan intelek yang tinggi serta

memegang jawatan yang signifikan dalam sesebuah organisasi sama ada sebagai

peguam, doktor, pensyarah, guru, pengurus, jurutera dan lain-lain.

1.2 Penyataan Masalah

Kebelakangan ini, negara Islam menyanjung budaya Barat dalam segala perkara. Tidak

dilupakan juga perkara-perkara yang termasuk di dalam urusan pendidikan yang

menyentuh tentang pembelajaran Pendidikan Islam. Pelajar-pelajar beragama Islam

yang melanjutkan pelajaran ke luar negara iaitu negara-negara Barat juga kelihatan

memberi impak negatif apabila mereka pulang ke tanah air dengan membawa ideologi

dan pemikiran Liberal yang kemudiannya disebarkan kepada masyarakat Islam. Pada

hari ini, fahaman ini semakin merebak, berkembang luas dan serangan pemikiran ini

seperti tidak mampu disangkal melainkan orang yang telah teguh dan kuat pendirian

akidahnya (Ismail et.al, 2012 : 298).

Liberalisme merupakan salah satu serangan pemikiran yang memperjuangkan

kebebasan mutlak dari segi ekonomi, politik, sosial, pendidikan dan juga agama.

Sebelum abad ke-17, pemikiran Liberalisme telah mula muncul hasil dari tindak balas

kezaliman pihak gereja dan feudalisme terhadap rakyat Barat. Pemikiran dan fahaman

Liberalisme menyangkal kuasa autoriti agama sebagai penilai, penetap dan penentu
5

sesuatu keputusan. Pemikiran ini pada mulanya dianuti oleh masyarakat Barat sahaja,

namun pada akhir-akhir ini, pemikiran Liberalisme telah berjangkit dalam fikiran

orang-orang Islam sehingga wujudnya mereka yang tidak mahu akur terhadap autoriti

agama dan mereka juga turut sama menggesa kesamarataan hak antara lelaki dan wanita

seperti kesamarataan dalam pembahagian harta pusaka, wanita boleh menjadi imam

mahupun ketua negara dan wanita berhak menjadi wali dalam majlis perkahwinan.

(Norsaleha et. al, 2017: 293)

Pandangan ini telah berjaya mengelirukan umat Islam kerana golongan

Liberalisme telah menggabungkan fahaman mengikut konsep Barat sebagai dasar dan

asas kepada sesuatu pemikiran. Kumpulan Liberalisme yang memperjuangkan

pemikiran ini berusaha mentafsirkan semula keterangan wahyu iaitu al-Quran dan

Hadith mengikut rasional dan logik fikiran mereka tanpa mempedulikan penafsiran

yang telah dilakukan oleh para ulama’ yang bersesuaian dengan kehendak al-Quran dan

al-Hadith Rasulullah s.a.w. Ulasan dan pentafsiran semula tentang Islam telah digubal

mengikut konsep Barat yang menuntut Hak Asasi Manusia (HAM) sebagai asas kepada

perjuangan mereka. Pemikiran ini berkehendak kepada gaya pemikiran dan fahaman

yang ditularkan oleh Barat pada zaman perkembangan kemajuan Perancis dan

Renaissance yang meninggikan pemikiran moden dan ilmu falsafah dari ilmu-ilmu lain

(Norsaleha et. al, 2017: 293).

Akhirnya, muncul pelbagai pemikiran seperti humanisme, Liberalisme,

sekularisme, pluralisme, feminisme dan “isme-isme” lain yang menjadikan manusia dan

akal sebagai paksi utama dalam menetapkan sesuatu keputusan. Aliran pemikiran yang

datang dari Barat ini adalah faktor daripada penindasan dan diskriminasi gereja. Para
6

ilmuwan, cendekiawan dan masyarakat yang berpendidikan di negara Barat telah

berjaya mempengaruhi pemikiran umat Islam terutamanya mereka yang selalu

berinteraksi dengan negara Barat dan mereka juga kagum dengan dasar pemodenan

yang diperkenalkan di Barat. Hasilnya, lahirlah orang Islam yang berfikir mengikut

kerangka Barat dan menjadikan konsep Barat sebagai sumber rujukan dalam berfikir.

(Norsaleha et. al, 2017: 293).

Islam Liberal dilihat mampu menguasai pemikiran umat Islam kerana pada hari

ini masyarakat Islam tidak kuat pegangan akidah dan lemah imannya, jadi gerakan ini

menggunakan akal dan rasional sebagai tonggak utama untuk mempengaruhi

masyarakat Islam, sedangkan pada realitinya Islam mengizinkan penggunaan

rasionalisme dan akal untuk mencari kebenaran tetapi dibimbing dengan wahyu iaitu

Al-Quran dan Al-Sunnah. Ideologi Islam Liberalisme menjadikan akal sebagai tunjang

utama. Jadi, pemikiran ini mudah diterima oleh masyarakat. Hal ini membuktikan

bahawa ancaman Islam Liberalisme perlu diambil berat oleh umat Islam. Kelemahan

untuk membendung fahaman ini akan mengundang kekeliruan akidah yang boleh

membawa kepada kesesatan yang nyata. (Ismail et. al, 2012 : 295)

Golongan Islam Liberal seakan-akan berjaya mencipta sebuah agama baru yang

selari dengan kerangka dan susunan pemikiran mereka yang sejajar dengan “worldview”

Barat. Secara ringkasnya, Islam Liberal merupakan salah satu gerakan yang menjadi

petanda kemenangan dalam meliberalisasikan pemikiran umat Islam iaitu beroperasi

untuk mengelirukan dan menghancurkan umat Islam melalui diri umat Islam itu sendiri.

Oleh yang demikian, kajian yang dijalankan oleh Ismail et.al (2012 : 298),

merupakan satu titik eksperimen untuk mengesan pengaruh ideologi Islam Liberal
7

kepada aqidah pelajar. Tuduhan dan kecaman bahawa fahaman Islam Liberalisme ini

boleh merosakkan aqidah telah terbukti kebenarannya. Bahkan, anak-anak muda yang

mempelajari Islam secara rasmi di sekolah turut menjadi mangsanya gerakan ini. Realiti

sebegini perlu diperhati dan dikaji dengan lebih mendalam agar kita tidak terlambat

untuk membendung gejala ini sebelum tersebar dengan lebih meluas. Walau

bagaimanapun, kita sepatutnya mengakui bahawa fahaman ini mampu untuk menjadi

virus yang menggugat aqidah dan akhirnya menghancurkan usaha untuk

mengembalikan umat Islam di Malaysia ke arah yang lebih baik. (Ismail et. al, 2012 :

298)

Gerakan Islam Liberalisme menyebarkan pemikiran mereka melalui penulisan,

media massa dan forum atau dialog antara agama yang di adakan di institusi pendidikan

tinggi dan lain-lain. Tanpa disedari, fahaman ini perlahan-lahan mempengaruhi minda

umat Islam lebih-lebih lagi pemuda-pemudi Islam dengan membawa hujah rasional dan

logik akal sebagai senjata utama. Hasilnya, golongan belia pada hari ini lebih

berkeinginan untuk melakukan sesuatu perkara dengan mengikut kehendak nafsu

syahwat dan logik akal tanpa mempedulikan pendapat agama termasuklah hukum halal

dan haram. Kajian ini membuktikan bahawa, terdapat sesetengah golongan belia Islam

yang berpendapat bahawa seseorang individu mempunyai hak untuk membuat

keputusan walaupun melanggar peraturan agama dan boleh melakukan apa sahaja yang

mereka mahukan seperti berzina, meminum arak, mengamalkan Lesbian Gay

Biosexsual Transgender (LGBT) serta percampuran bebas antara wanita dan lelaki

(Norsaleha et.al, 2015: 294).


8

Ideologi Liberalisme sangat mengancam kedudukan agama Islam di Malaysia.

Pemikiran ini semakin merebak dalam masyarakat Islam yang rata-rata tidak menyedari

mengenai perkembangan Liberalisme ini. Oleh itu, tidak pelik dan tidak hairanlah jika

masih ramai yang memilih untuk melakukan maksiat dan jenayah kerana mereka

berpendapat bahawa mereka layak dan berhak untuk melakukan perbuatan tersebut atas

slogan “kebebasan individu” padahal pada realitinya perbuatan tersebut bercanggah

dengan hukum agama (Ismail et.al, 2012 : 295).

Zamihan Mat (2006 : 56) telah menimbulkan 291 isu dan gagasan yang dituntut

oleh gerakan Islam Liberal. Adapun begitu, kajian yang dijalankan hanya membataskan

kepada dua dasar sahaja iaitu prinsip sekularisme dan pluralisme yang terdapat dalam

aliran Islam Liberal yang mana prinsip ini mampu mempengaruhi pegangan akidah

pelajar yang telah mempelajari Islam secara rasmi di sekolah. Fahaman ini

berkemampuan untuk menguasai pemikiran serta fahaman pelajar seterusnya mampu

melonggarkan pegangan akidah mereka dan akhirnya membawa kepada gejala murtad.

Impak negatif Islam Liberal ialah fahaman ini telah berjaya menggugat

kedudukan dan keharmonian Islam di Malaysia berdasarkan tuntutan-tuntutan yang

didesak oleh mereka untuk dilaksanakan termasuklah isu Artikel 121 (1A), isu

penubuhan Non Govermental Organization (NGO) iaitu Interfaith Council (IFC), isu

yang difatwakan oleh kumpulan “Sisters in Islam”, kewujudan kumpulan G25, dan

perkembangan kumpulan LGBT (Muhammad Nur, 2006 : 6).


9

Kesimpulannya, kita sepatutnya mengakui bahawa Islam Liberal mampu

mengancam dan mengalihkan masyarakat daripada penghayatan Islam yang sebenar.

Hakikatnya pada hari ini, masyarakat tidak cakna dan peka tentang kewujudan dan

ideologi Islam Liberal. Maka, kajian yang dijalankan adalah untuk mengamati dan

mengkaji tahap pengetahuan pelajar tentang Islam Liberal dan tahap kesan fahaman ini

kepada pegangan aqidah pelajar di sekolah (Zamihan Mat, 2006 : 58).

1.3 Persoalan Kajian

Secara khususnya, kajian ini bertujuan adalah untuk mencari jawapan kepada soalan-

soalan kajian berikut. Antara persoalan yang dikaitkan dalam kajian ini ialah:

1. Bagaimanakah sejarah perkembangan Liberalisme?

2. Apakah latar belakang dan pemikiran gerakan Liberalisme G25?

3. Apakah pandangan dan perspektif Islam atas tuntutan Liberalisme G25?

1.4 Objektif Kajian

Dalam kajian yang dijalankan, terdapat beberapa objektif yang ingin dicapai oleh

penyelidik. Antara objektif tersebut adalah seperti berikut :

1. Mengenalpasti sejarah perkembangan Liberalisme.


10

2. Mengkaji latar belakang dan pemikiran gerakan Liberalisme G25.

3. Menganalisis pandangan dan perspektif Islam atas tuntutan Liberalisme G25.

1.5 Kajian Literature

Perbahasan mengenai Liberalisme telah banyak dibincangkan oleh para ilmuan, asatizah

dan pengkaji-pengkaji lepas. Terdapat banyak buku, artikel dan lain-lain yang

menerangkan tentang sejarah perkembangan Liberalisme. Antara artikel, jurnal dan

makalah yang menjadi rujukan pengkaji adalah seperti berikut:

Norsaleha, Noor Hafizah dan Abu Zaki (2017: 1), Pengaruh Pemikiran Liberal

Dalam Media Sosial. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis pengaruh pemikiran

liberal yang terdapat dalam media sosial. Dapatan kajian mendapati bahawa pemuda-

pemudi yang terjebak dengan pemikiran Liberalisme mempunyai rangkaian yang luas,

kuat dan saling membantu antara satu sama lain sama ada dari segi bimbingan moral

dan pendapat. Kajian juga mendapati golongan ini hanya terdiri daripada sekumpulan

kecil anak muda sahaja tetapi mereka berani menyuarakan pendapat secara terbuka dan

juga berani memberi pendapat terhadap isu-isu semasa terutamanya isu-isu yang

melibatkan kebebasan individu, syariat Islam, mahkamah syariah dan institusi agama di

Malaysia. Kajian yang dijalankan dapat membantu kerajaan untuk meletakkan satu

panduan khusus yang melibatkan golongan pemuda dalam menggunakan media sosial.
11

Muhammad Bin Mohd Zin@Zakaria (2017: 2), Penyebaran Fahaman

Liberalisme Dalam Portal Berita Online Di Malaysia. Kajian ilmiah yang dijalankan

adalah bertujuan untuk menyingkapkan pemikiran Liberalisme yang terdapat dalam

penulisan di portal berita online. Pengkaji mengamati, menyelidik dan menganalisis

idea Liberalisme serta metode yang digunakan untuk menyebarkan pemikiran mereka.

Antara medan yang digunakan ialah medium atas talian yang berbentuk portal berita

online. Pengarang-pengarang portal berita online cuba mengusutkan pemikiran umat

Islam dengan membawa idea keterbukaan yang mana pemikiran sebegini lebih mesra ke

arah fahaman Liberalisme. Pengkaji menyatakan harapannya agar masyarakat Islam

lebih cakna dan menyaring penulisan yang diambil dalam portal berita online sebelum

menerimanya secara bulat-bulat.

Mohd Aderi, Khadijah & Asawati Suhid (2015: 23), Guru Muslim dan Cabaran

Ideologi Liberalisme. Kertas kerja ini mengkaji tentang fahaman Liberalisme, konsep

guru Muslim, ideologi fahaman Liberalisme dan cabaran guru Muslim dalam

menghadapi dan membendung ajaran Liberalisme. Kertas konsep ini juga mengesan

tiga dasar utama gerakan untuk mengelirukan umat Islam melalui prinsip logik akal,

prinsip keterbukaan dan kebebasan. Kesan buruk kepada pendidikan sekiranya fahaman

ini tidak dibanteras oleh guru Muslim ialah dapat merosakkan pemikiran para pelajar

yang bakal memimpin negara pada masa akan datang.

Khalif Muammar (2011), Islam dan Liberalisme. Makalah ini diambil dari portal

rasmi Institut Kajian Strategik Malaysia (IKSIM). Makalah ini membincangkan

pengertian kalimah Liberalisme, sejarah Liberalisme dan penulis menekankan rukun

asas yang menjadi pegangan kepada gerakan Liberalisme yang wujud pada hari ini.
12

Adapun begitu, makalah ini tidak memfokuskan tentang metode untuk membanteras

pemikiran Liberalisme kerana penulis lebih tertumpu untuk memberi pendedahan

kepada pembaca tentang Liberalisme secara umum sahaja berserta kritikan Islam

terhadap fahaman Liberalisme.

Wan Adli Wan Ramli (2014) Menangani Cabaran Liberalisme Dalam Kalangan

Muslim Berdasarkan Konsep Ijmak. Artikel ini menyatakan kepentingan masyarakat

untuk memahami Liberalisme itu sendiri bagi menolak dakwaan dan hujah yang dibawa

oleh gerakan Liberalisme. Setelah penulis meneliti teks utama Liberalisme, penulis

mendapati bahawa golongan Liberalisme keterlaluan dalam menggunakan logik akal,

menuntut kebebasan individu dan kebebasan menyatakan pandangan tanpa merujuk

pendapat ulama’ sehingga timbul kekusutan dan salah faham dalam konteks akidah dan

pemikiran Islam.

1.6 Kepentingan Kajian

Pengkaji berharap kajian yang dijalankan ini dapat menyumbang dan memberi manfaat

kepada seluruh umat Islam terutamanya di Malaysia. Terdapat beberapa faedah dan

kepentingan ke atas kajian yang dijalankan. Antaranya ialah pengkaji ingin memberi

gambaran bagaimana sejarah perkembangan Islam Liberal yang datang dari dunia Barat

dan bagaimana fahaman boleh dibawa masuk ke dalam pemikiran masyarakat Malaysia.

Melalui usaha meneliti, menyelidik dan mengkaji berkenaan gerakan Islam Liberal,

pengkaji berharap agar masyarakat Islam lebih peka, cakna dan berhati-hati dengan

ideologi Liberalisme yang menginginkan kelonggaran dalam kehidupan beragama,


13

pengkaji menyeru umat Islam terutamanya di Malaysia membuka minda dan menyedari

kewujudan golongan ini agar tidak terkeliru dengan ideologi yang dibawa.

Selain itu, pengkaji berharap agar kajian ilmiah ini juga dapat membantu pihak

institusi agama sama ada daripada badan kerajaan seperti Jabatan Agama Negeri atau

bukan badan kerajaan (NGO) seperti Jabatan Agama Negeri, Jabatan Kemajuan Islam

Malaysia (JAKIM) Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM), Jabatan Institut

Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) untuk menyelidik impak nrgatif dan keburukan

mentaliti Islam Liberal yang semakin memenangi hati masyarakat Islam atas dasar

kebebasan dan perluasan pintu ijtihad yang dibawa oleh mereka. Di samping itu, pihak

berkuasa sewajarnya memberi amaran dan mengenakan hukuman sekiranya gerakan ini

tidak mengambil tindakan susulan dengan segera seusai amaran diberikan.

Pengkaji juga berharap Latihan Ilmiah ini dapat memberi maklumat yang

bermanfaat untuk pengkaji-pengkaji yang akan meneruskan perbincangan tentang Islam

Liberalisme selepas ini. Kajian seperti ini perlu dibincangkan dengan lebih lanjut kerana

masyarakat perlu diberi didedahkan mengenai bahayanya pemikiran gerakan ini.

Pengkaji risau dan bimbang sekiranya Islam Liberalisme berjaya menakluki pemikiran

masyarakat yang boleh menggugat kedudukan akidah dan syariat umat Islam di

Malaysia.

1.7 Skop Dan Batasan Kajian

Melalui kajian ini fokus pengkaji adalah untuk menjelaskan dan menyelidik isu

dan permasalahan terkini yang ditimbulkan oleh Islam Liberal G25 berserta keinginan
14

mereka untuk menyebarkan pemikiran Liberalisme kepada masyarakat di Malaysia

secara berani dan terbuka dalam mengeluarkan pendapat serta menyebarkan ideologi

mereka. Antara hujah yang digunakan oleh mereka ialah mahu membantu dan

membangunkan masyakarat Islam supaya tidak berfikiran jumud dan ke arah yang lebih

bertamadun. Walhal Liberalisme adalah produk pemikiran Barat yang mahu

melonggarkan pegangan akidah dan pemikiran umat Islam supaya menjauhi agama

Islam. Golongan Islam Liberal G25 ini besar kesan dan impaknya terhadap masyarakat

kerana ramai di antara mereka yang terdiri daripada golongan intelek daripada institusi

pendidikan tinggi dan latar belakang pendidikan mereka kebanyakkannya dari luar

negara. Sebagaimana kita telah sedia maklum bahawa pemikiran golongan muda akan

membentuk bagaimana Islam akan diamalkan di masa akan datang. Skop kajian ini

ialah Islam Liberal G25 di Malaysia sahaja.

1.8 Metodologi Kajian

Keperluan metodologi kajian membantu pengkaji untuk melancarkan proses

pengumpulan data dalam sesuatu kajian. Kajian penyelidikan dibahagikan kepada dua

bahagian iaitu kajian kualitatif dan kajian kuantitatif. Kajian kualitatif ialah kajian yang

dilaksanakan dengan melakukan penelitian dan pengamatan yang cermat dan lebih

berhati-hati, manakala penyelidikan kuantitatif pula merupakan suatu kajian yang

berkait dengan statistik. Kajian penyelidikan kualitatif dan kuantitatif dapat dinilai dan

ditetapkan melalui data primer atau data sekunder. (Ang Kean, 2016: 17)

Data primer pula ialah data yang datang dari sumber asal atau pertama, manakala

data sekunder pula ialah maklumat atau data yang telah dihimpunkan oleh pengkaji lain.
15

Data primer boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu data aktif dan pasif. Data primer

aktif misalnya seperti menemu ramah atau menemu bual secara langsung atau

bersemuka antara penyelidik dan responden manakala menemu bual secara tidak

langsung boleh dilakukan melalui telefon, email mahupun surat. Data primer pasif pula

terbahagi dibahagikan kepada:-

i) berstruktur dan bersifat rahsia

ii) berstruktur dan bersifat terbuka

iii) tidak berstruktur bersifat rahsia

iv) tidak berstruktur dan bersifat terbuka. (Ang Kean, 2016 : 17)

Data sekunder pula terdiri daripada penulisan seperti jurnal, kitab, majalah, rekod-

rekod lepas, laporan dan dokumen, internet, kajian ilmiah, cerpen, surat khabar, serta

melalui pandangan dan pendengaran seperti syarahan, persembahan video dan gambar,

nyanyian, ceritera). Walaupun data sekunder memiliki kebaikan dan kekurangannya

sendiri, namun data sekunder dan data primer saling berkait dan membantu antara satu

sama lain dalam membantu pengkaji menyelesaikan permasalahan kajian melalui

penyelesaian objektif kajian dalam kajian penyelidikan (Ang Kean Hua, 2016 : 17).

Kajian ini berbentuk kajian kualitatif yang akan menggunakan beberapa jenis

metodologi pengumpulan data dan metodologi menganalisis data. Pada awalnya,

pengkaji akan membentangkan sejarah Liberalisme, seterusnya menganalisis pemikiran

kumpulan Islam Liberalisme G25 yang lebih cenderung menafsirkan peraturan dan

hukum hakam Islam mengikut konsep Liberalisme yang datang dari Barat. Melalui
16

kajian ini juga, pengkaji juga akan menjelaskan tentang tuntutan Liberalisme G25

menurut kaca mata Islam.

1.8.1 Metodologi Pengumpulan Data

Berikut adalah metode-metode pengumpulan data yang digunakan oleh pengkaji:-

i- Metodologi Tinjauan Perpustakaan

Pengkaji mendapatkan sumber-sumber rujukan bercetak seperti buku-buku

rujukan, kajian dan dapatan-dapatan lepas dengan melawati beberapa buah

perpustakaan seperti Perpustakaan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA),

Perpustakaan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan juga Perpustakaan

Awam Negeri Terengganu (PPAT). Pengkaji telah menggunakan akses sebagai

pelajar di universiti untuk menggunakan fasiliti dan kemudahan yang ditawarkan

oleh perpustakaan UniSZA secara optimum untuk meminjam dan juga

menggunakan bahan-bahan rujukan untuk kajian yang dijalankan.

Pengkaji juga turut memanfaatkan kemudahan terkini yang disediakan oleh

perpustakaan UniSZA iaitu memperoleh bahan rujukan melalui perpustakaan atas

talian seperti menggunakan laman OPAC UniSZA untuk mencari buku-buku yang

berkaitan dengan tajuk kajian. Kaedah ini juga memudahkan pengkaji untuk

mendapatkan jurnal, artikel, akhbar dan membantu pengkaji untuk mendapatkan

bahan yang lebih banyak lagi. Pengkaji dapat mengembangkan pengetahuan

berhubung dengan tajuk yang dikaji daripada tinjauan perpustakaan yang

dilakukan.
17

ii- Metode Dokumentasi

Kaedah pengumpulan data menggunakan metode dokumentasi adalah dengan

merujuk kepada data yang berautoriti untuk mendapatkan fakta-fakta yang benar.

Menurut Imam Barnadib (1982: 52), data-data dari sumber primer dan sekunder

yang berbentuk dokumen dapat diambil untuk dijadikan sebagai rujukan seperti

dokumen yang berbentuk surat khabar, jurnal, laman web rasmi yang berautoriti

dan sebagainya. Maka, melalui data-data yang dikumpul daripada dokumen-

dokumen tersebut pengkaji dapat menyaring maklumat yang benar-benar sahih

untuk diutarakan sebagai fakta.

Sumber primer yang digunakan oleh pengkaji adalah karya-karya yang

dihasilkan oleh sarjana Islam dan Barat mengenai Liberalisme. Pengkaji juga

menggunakan sumber sekunder iaitu dengan meneliti dan mengkaji akhbar,

penulisan buku, artikel dan juga laman sesawang rasmi yang diiktiraf. Kemudian,

melalui data yang dikumpul pengkaji dapat menapis dan memperoleh fakta yang

benar.

iii- Metode Penyelidikan Sejarah

Kaedah penyelidikan sejarah adalah salah satu cara untuk mendapatkan maklumat

yang sahih melalui data yang mempunyai nilai sejarah. Azizi Yahya (2007: 31)

menyatakan bahawa kaedah ini merupakan satu teknik yang terbaik untuk

menyusun dan menilai data kajian yang berkait dengan kejadian masa lampau.

Melalui kaedah ini, pengkaji dapat mengetahui sejarah dan asal usul Liberalisme

sehingga dapat mengetahui perkembangan dan cara pemikiran Liberalisme yang


18

dapat menguasai pemikiran umat Islam. Kebenaran data sejarah dalam kajian

ilmiah ini bergantung kepada kebenaran dan kesahihan daripada sumber yang

diambil dan dirujuk, sama ada dari sumber premier atau sekunder.

1.8.2 Analisis Dalam Penyelidikan Kualitatif

i- Metode deskriptif

Menurut Nazir (1988: 63), kaedah deskriptif merupakan salah satu cara mengamati

keadaan sekeliling seperti meneliti status sekumpulan manusia, suatu objek, suatu

set masa, suatu prinsip pemikiran mahupun suatu isu atau peristiwa yang berlaku

pada masa sekarang. Kaedah deskriptif membantu pengkaji untuk menghuraikan,

memberi fakta atau auta tentang sesuatu maklumat, serta memberi gambaran

tentang fenomena baru iaitu berkenaan Islam Liberalisme G25 di Malaysia.

1.9 Definisi Istilah / Operasional

Kajian ini bertajuk “Ancaman Liberalisme G25 di Malaysia”. Sebelum menerangkan

mengenai lebih lanjut tentang topik ini, pengkaji terlebih dahulu akan menerangkan

beberapa istilah yang digunakan untuk menyusun tajuk kajian ini. Istilah-istilah

tersebut antaranya ialah perkataan Ancaman, Liberalisme, G25, Malaysia.


19

a) Ancaman

Menurut Tesaurus Bahasa Melayu Dewan Edisi Baharu (2010 : 15), ancaman

bererti ugutan, gertakan dan gugatan, manakala Kamus Bahasa Malaysia (1998 :

15), ancaman pula membawa maksud sesuatu yang mengancam ; perihal atau

perbuatan mengancam.

b) Liberalisme

Muammar (2011 : 4), menjelaskan bahawa Liberalisme dari sudut bahasa

bermaksud suatu keadaan yang bebas. Dapat difahami di sini bahawa Liberalisme

merupakan serangan pemikiran yang bangkit memperjuangkan kebebasan dan

kesamarataan. Golongan Liberal menyatakan bahawa manusia dilahirkan sebagai

individu yang bebas dan merdeka, dengan erti kata lain manusia tidak diciptakan

untuk menjadi hamba kepada orang lain, ini bermaksud seseorang tidak seharusnya

berada dalam peraturan manusia. Di sini kalimah Liberalisme atau liberty adalah

perkara yang bercanggah dengan perhambaan, pengabdian, penganiayaan dan

berada dalam keadaan terperangkap.

Menurut Mohammad Ariffin (2009:8), fahaman Islam Liberal percaya dan

berpegang bahawa agama perlu relevan dan sesuai dengan perkembangan zaman

walaupun mereka terpaksa mempertikaikan dan menafsirkan hukum-hakam agama

yang telah ditetapkan. Golongan ini juga berpegang sekiranya terdapat hukum

agama yang tidak menepati perkembangan semasa seperti hak-hak kebebasan dan

kesamarataan, dan tidak mengikuti tamadun global, maka hukum itu perlu
20

ditafsirkan mengikut apa yang bertepatan dengan pemikiran dan gagasan mereka

atau hukum-hukum tersebut akan dimansuhkan oleh mereka.

c) G25

G25 merupakan “Group” atau kumpulan yang terdiri daripada dari 25 orang

individu. Menurut laman sesawang rasmi gerakan Islam Liberalisme G25, G25

bermaksud sekelompok orang Melayu yang berpengaruh dan mempunyai latar

belakang pengajian dari institusi pendidikan tinggi. G25 merupakan badan sivil dan

sebagai wakil masyarakat dalam menyuarakan pendapat dan hak-hak kebebasan.

G25 terdiri dari ahli yang kaya dengan pengalaman dalam pelbagai bidang serta

memiliki pandangan yang berbeza tetapi memiliki tujuan dan visi yang sama

Kumpulan G25 turut memperjuangkan maqasid syariah menurut kerangka

wasatiyyah (https://www.g25malaysia.org/, diakses pada 22 Disember 2019).

1.9.3 Malaysia

Malaysia merupakan salah satu negara yang mempunyai kelompok masyarakat

yang bersifat pluralistik. Walaupun penduduk Malaysia terdiri daripada pelbagai

kaum, bangsa, etnik dan agama semenjak sebelum kemerdekaan dicapai lagi iaitu

pada tahun 1957, tetapi mereka masih boleh hidup dan berinteraksi sesama mereka

(Muhammad Nazmi et.al, 2016 : 64).


21

Malaysia memiliki penduduk yang terdiri daripada pelbagai bangsa, kaum dan

agama. Walaupun masyarakat plural mempunyai kehendak dan keinginan yang

berbeza tetapi dalam masa yang sama mereka juga mahukan perpaduan yang dapat

memelihara keharmonian dan kedamaian negara. Perpaduan merupakan salah satu

manifestasi yang sering dilaungkan oleh pemimpin sebagai amanah mereka untuk

menjaga dan memelihara ketenteraman dan keselamatan negara. Oleh itu, banyak

perantaraan yang digunakan untuk memantapkan perpaduan terutamanya di

Malaysia sebagai jalan untuk mengelakkan negara daripada permusuhan dan

berlaku salah faham antara kaum. Norayu Basir, 2012 : 1)

1.10 Susunan Bab

Penulisan dalam kajian ilmiah ini akan mengetengahkan perbincangan mengenai

Liberalisme yang lebih tertumpu pada gerakan Islam Liberalisme G25 di Malaysia.

Pada bab pertama, pengkaji akan menjelaskan dan menerangkan tentang latar belakang

kajian, penyataan masalah, persoalan kajian, objektif kajian, kepentingan kajian, skop

kajian, metodologi kajian, dan juga definisi istilah bagi tajuk kajian yang dijalankan.

Pada bab kedua, pengkaji akan menerangkan sejarah perkembangan Liberalisme

agama secara umum dan bagaimana pemikiran Liberalisme ini boleh berkembang di

negara kita dan yang lebih hebat lagi apabila wujudnya gerakan-gerakan yang terdiri

daripada orang-orang Islam yang memperjuangkan fahaman Liberalisme.

Pada bab ketiga, pengkaji akan menghuraikan tentang kelahiran gerakan G25,

pemikiran aliran ini dan bahayanya kepada syariat umat Islam. Pengkaji akan
22

menyenaraikan dan menghuraikan dengan lebih lanjut gagasan yang dibawa oleh

gerakan G25 manakala pada bab keempat, pengkaji akan menyediakan hujah-hujah

menurut perspektif Islam untuk menolak pemikiran Islam Liberalisme G25 kerana

gerakan ini membawa fahaman yang bercanggah dengan prinsip agama Islam. Pada bab

terakhir, penulis akan membuat rumusan, cadangan dan penutup terhadap kajian yang

dijalankan.
BAB 2

PENDAHULUAN

2.1 Pengenalan

Bab ini mengutarakan perbincangan mengenai Liberalisme yang lebih tertumpu pada

gerakan Liberalisme G25 di Malaysia. Pada bab ini, pengkaji akan menerangkan sejarah

perkembangan Liberalisme agama secara umum dan bagaimana pemikiran Liberalisme

ini boleh berkembang di negara kita dan apa yang lebih hebat lagi apabila wujudnya

gerakan-gerakan tertentu yang memperjuangkan

2.2 Konsep Islam Liberalisme

Pada akhir abad ke-20 Masihi, umat Islam digemparkan dengan fenomena baru di mana

terdapat satu kumpulan yang mempromosikan diri mereka sebagai Islam Liberal yang

telah menghebohkan dunia Islam dengan persoalan-persoalan kontroversi dan gagasan

yang berani. Aliran Islam Liberal cukup terkenal di Indonesia. Bagaimanapun masih

tidak ramai yang menganggap bahawa fahaman ini mempunyai jaringan dan hubungan

yang luas bukan sahaja di dunia Islam bahkan hampir di seluruh dunia (Muhamad Faiz

Ismail et.al, 2012: 1).

Kalimah ‘Liber’ diambil daripada bahasa Latin yang bermakna bebas mahupun

merdeka. Menurut Kamus Dewan 2013, Liberalisme membawa maksud fahaman yang

liberal, pemikiran dan juga pendirian yang mahukan demokrasi serta kebebasan dalam

kegiatan ekonomi (Mohd Aderi et.al, 2015: 24).


24

Menurut Wan Adli (2012: 7), liberal dari segi bahasa bermaksud longgar, luas,

terdedah, bertimbang rasa, berfikiran bebas, tepat, teliti manakala dari segi istilah,

Liberalisme merupakan salah suatu kerangka aliran pemikiran yang melengkapi

keseluruhan sudut kehidupan manusia.Antaranya ialah sosial, budaya, politik,

pendidikan, ekonomi dan agama. Jadi, boleh disimpulkan bahawa Liberalisme ialah satu

aliran yang meringankan dan melonggarkan dogma keagamaan di mana setiap

hubungan perlu bebas daripada wahyu sama ada melibatkan hubungan sesama manusia,

alam mahupun Tuhan. Maka untuk menjayakan motif ini, pejuang liberal sanggup

membuat penafsiran, perubahan dan juga penghapusan dalam agama.

Istilah Islam Liberal direka oleh pihak Barat dengan helah utama mereka untuk

mengaburkan mata umat Islam seperti Islam Fundamentalisme, Islam Moderate dan

sebagainya. Ghalibnya, istilah-istilah yang dicipta Barat hanya untuk memperdaya umat

Islam termasuklah nama-nama yang digunakan di dalam jurusan pengajian Islam

(Tengku Intan & Muhd Najib, 2013: 83). Sebilangan umat Islam terpedaya dengan

pendekatan yang dibawa gerakan Liberal dalam menghayati dan memahami agama

Islam. Charles Kurzman menyatakan bahawa Asaf Ali Ashgar Fyzee merupakan salah

seorang Muslim yang merancang untuk menamakan dengan nama Islam Liberal dan

Asaf bersetuju bahawa wahyu perlu diubahsuai.

Selain itu, nama lain bagi Islam Liberal ialah modenis, positivis, ijtihadis,

progresif, reformis, neo-modenis, moderat, enlightened Islam, protestan Islam, modenis

dan juga transformasionis. Abdou Filali-Ansary menyatakan sehingga kini, hanya nama

Islam Liberal sahaja diterima dan digunapakai secara meluas. Hal ini jelas menunjukkan

bahawa Liberalisme semakin berkembang pesat sehinggakan penyokong mereka tidak


25

mempunyai sepakat biarpun dalam menentukan nama gerakan mereka. Ebrahim Moosa

bersetuju bahawa aliran ini masih dikaji dan diterokai dan golongan ini lebih tertumpu

pada pentafsiran semula tentang Islam, di mana mereka tidak bersetuju dengan ijmak

mahupun jumhur ulama’ tradisional (Wan Adli, 2012: 9).

Nama Islam Liberal diperoleh daripada buku yang dikarang oleh Charles

Kurzman yang bertajuk Liberal Islam: A Source Book. Charles Kurzman merupakan

seorang ahli akademik dalam bidang sosiologi Carolina Utara di Chapel Hill, Amerika.

Antara ideologi yang diperjuangkan oleh Charles Kurzman di dalam bukunya ialah

berkaitan dengan demokrasi negara, hak-hak kebebasan individu, wanita dan juga hak-

hak orang bukan Islam di mana penyokong dan pengikut beliau bersetuju dengan

ideologi yang diperjuangkan itu (Ramli Awang, 2012: 163 ).

Ahmad Zaki menggambarkan Liberalisme ialah pegangan pengikut agama bahawa

ilmu dan peradaban terkini berkehendakkan kepada penilikan semula peraturan, sistem

agama kepada pandangan baharu yang berakarkan kepada falsafah dan perundangan

semasa. Sistem keagamaan perlu kepada takwilan baharu supaya selari dan seiring

dengan tamadun moden dunia (Tengku Intan & Muhd Najib, 2013: 84).

Liberalisme adalah ideologi Barat yang muncul bersama-sama dengan

gelombang modenisme dan postmodernisme, yang telah mempengaruhi sistem

pemikiran politik, sosial, ekonomi dan agama Barat. Sistem politik, ekonomi,

pendidikan, sosial, budaya Barat diperkenalkan secara sistematik ke dunia Islam,

termasuk sistem pemikiran agama. Sekarang, pemikiran agama Barat sangat pantas
26

mencerobohi wacana agama Islam khususnya dalam teologi dan undang-undang

(Hamid Fahmy, 2012: 184).

Istilah liberal dan Liberalisme berasal dari Latin yang telah mengalami

perubahan konseptual dari masa ke masa. Pada mulanya liberal bermaksud percuma,

bukan hamba atau keadaan ketika seseorang bebas (merdeka) dari pemilikan pihak lain.

Sehingga akhir abad lapan belas perkataan liberal hanya bermaksud "seorang lelaki

yang bebas", tetapi kemudian perkataan liberal ini juga digunakan untuk sifat-sifat akal

(pemikiran) dan watak, yang dianggap kekal menjadi orang-orang yang menduduki

kedudukan sosial yang lebih tinggi berdasarkan kekayaan dan pendidikan mereka.

(Hamid Fahmy, 2012: 184).

Oleh itu, istilah ini digunakan untuk merujuk kepada mereka yang

berpendidikan masyarakat kelas menengah di Barat yang telah membuka ruang berfikir

secara bebas (Liberalisme Lama). Seterusnya, liberal bermakna intelektual yang bebas,

berfikiran luas, jujur, terbuka, terbuka dan ramah. Kini, Liberalisme difahami sebagai

ideologi politik yang berpusat pada kepentingan individu, di mana semua orang

mempunyai hak yang sama untuk menyertai kerajaan, dihormati untuk menyatakan idea

dan bebas bertindak tanpa agama dan sekatan ideologi. Dalam konteks sosial,

Liberalisme ditafsirkan sebagai etika sosial yang membela kebebasan dan kesamaan

umum. Menurut Alonzo L. Hamby, seorang profesor Sejarah Universiti Ohio,

Liberalisme adalah ideologi ekonomi dan politik yang menekankan kebebasan,

kesaksamaan dan peluang (Hamid Fahmy, 2012: 184-185).


27

Definisi di atas menunjukkan bahawa liberal merangkumi politik, sosial,

pemikiran ekonomi dan agama terhadap individu itu. Malah, pada akhirnya abad

kelapan belas, perkataan itu semakin banyak telah diterapkan kepada kecenderungan

dalam intelektual, agama, politik, dan kehidupan ekonomi, yang menekankan

pembebasan manusia dari perintah semula jadi, moral, dan ketuhanan. Kecenderungan

mereka kembali kepada prinsip Revolusi Perancis (1789) yang dianggap sebagai Magna

Charta Liberalisme. Prinsip paling asas menegaskan kebebasan yang mutlak yang tidak

mengawal pemikiran, agama, hati nurani, kepercayaan, ucapan, akhbar, dan politik

(Hamid Fahmy, 2012: 185).

Kesan pemikiran ini adalah pengasingan dan penyisihan agama dari kehidupan

peribadi seseorang secara mutlak dengan mengabaikan ajaran agama Kristian dan gereja

sebagai institusi awam, undang-undang, dan sosial. Sebaliknya, mereka mengamalkan

autonomi mutlak kepada setiap individu. Ini menandakan penafian kuasa mana-mana

pihak (Hamid Fahmy, 2012: 185).

Oleh itu, Liberalisme dari sudut sosial dan politik telah jelas meminggirkan

agama. Agama tidak mempunyai tempat di atas sosial dan politik. Apabila Liberalisme

memasuki pemikiran agama Katolik dan Protestan gereja menjadi subordinat untuk

kepentingan politik dan humanisme. Dalam keadaan ini masalah pertama adalah

masalah konsep ketuhanan. Sebenarnya, Liberalisme adalah semata-mata dengan

pandangan dunia postmodernisme yang didominasi oleh doktrin relativisme (Hamid

Fahmy, 2012: 185).


28

Menurut pendapat yang dikeluarkan oleh Wan Adli (2012), Liberalisme dapat

disimpulkan sebagai pemikiran yang ingin melonggarkan kepercayaan keagamaan

dimana manusia perlu dibebaskan dari kongkongan undang-undang dan peraturan yang

ditetapkan oleh Tuhan. Konsep Liberalisme difahamkan membawa bahaya kepada

akidah dan syariat umat Islam kerana ia meminggirkan agama dan tidak suka hidup

beragama (Shahrul Nazmi & Nurimanah. 2018: 14).

Liberalisme agama dapat dikonstruk sebagai fahaman yang memperjuangkan idea

dan ajaran yang bertentangan dengan Islam di mana mereka mentafsir ayat Al-Quran

dengan megikut hawa nafsu dan harta fikiran nafsu dan mereka tidak mahu

mengamalkan undang-undang Islam yang mana mereka menganggap bahawa undang-

undang Islam hanya menyekat kebebasan manusia di mana apa sahaja undang-undang

yang menyentuh hak privasi dan kebebasan manusia adalah salah dan perlu dihapuskan

walaupun undang-undang it bersumberkan daripada Al-Quran dan Al-Hadith. Mereka

juga beranggapan bahawa urusan dunia mestilah dipisahkan dari urusan keagaamaan

(Shahrul Nazmi & Nurimanah. 2018: 15).

2.3 Sejarah Islam Liberal

Menurut Muhammad (2017: 16), titik awal permulaan sejarah pemikiran Liberalisme

dikenalpasti bermula di Eropah iaitu sekitar abad ke 16 lagi. Kemunculan Islam Liberal

merupakan kesan sampingan dari kelahiran Liberalisme di dunia Barat dimana

Liberalisme wujud selepas wujudnya aliran modensime. Aliran-aliran ini wujud kerana

komplikasi yang dihadapi oleh orang Kristian dan Yahudi (Tengku Intan & Muhd.

Najib. 2013: 84).


29

Wan Adli (2014: 30) menyatakan di dalam makalahnya, mengikut sejarah Barat,

aliran liberal muncul dalam pengalaman sejarah Kristian Protestan. Pemberontakan

Gereja Protestan menyebabkan lahirnya pelbagai gerakan pemikiran modenisme,

sekularisme dan Liberalisme agama dengan menafsirkan isu-isu keagamaan secara

terbuka. Hal ini berlaku rentetan dari gereja yang menyangkal dan memperkecilkan

autoriti keagaamaan yang telah sedia ada. Akhirnya, orang awam dan juga pihak yang

tidak berautoriti mengambil peluang untuk mengeluarkan tafsiran dan hujah-hujah

baharu terhadap prinsip-prinsip agama.

Menurut John Schwarzmantel (1998: 68), pemikiran Liberalisme mula wujud dan

diperjuangkan ketika zaman Renaissance di mana asas kepada aliran Liberalisme ini

ialah kebebasan individu dan juga prihatin serta mengambil berat untuk saling

melindungi dari pihak yang mengganggu kebebasan ini. Kemunculan Liberalisme di

Eropah merupakan tindak balas dan pemberontakan terhadap kuasa gereja yang

melakukan penganiayaan dan penipuan terhadap golongan lemah yang menggunakan

nama Tuhan.

Pada zaman Renaissance terjadi percanggahan pemikiran di antara para

cendekiawan Eropah dengan pendeta Gereja Barat dan juga berlaku perselisihan antara

sains dan agama. Krisis ini yang menyebabkan berlaku pengasingan kehidupan dari

agama di Barat di mana agama sebagai budaya sahaja. Kepercayaan dan sentimen ini

mempengaruhi pemikiran umat Islam sehingga terlahirnya nama Islam Liberal yang

dicipta oleh pihak Barat. Keadaan ini dinyatakan berlaku pada zaman kekalahan

kerajaan Uthmaniyyah dan pada masa sama, perkembangan Eropah menggerakkan

sesetengah Dunia Islam melakukan perpindahan ilmu pengetahuan dari Barat. Pada fasa
30

pertama ianya berlaku dari sudut teknologi namun pada hujungnya terjerumus dalam

politik, kemanusiaan dan juga hasil pemikiran berasaskan Barat. Kemajuan dan

kejayaan negara Eropah telah mempengaruhi Dunia Islam (Tengku Intan & Muhd.

Najib. 2013: 84).

Implikasi dari penaklukan dan penjajahan, Liberalisme tersebar luas di negara

Islam. Umat Islam bukan sahaja dijajah dari segi pemikiran, bahkan mereka

diperkenalkan dengan undang-undang pemerintahan, pentadbiran kerajaan dan juga

sistem pendidikan sekular Barat. Antara punca lain pula ialah kelemahan umat Islam

sehingga berkembangnya usaha untuk memodenkan pemikiran masyarakat Islam.

Realitinya, pertumbuhan modenisme, sekularisme dan Liberalisme agama di Barat turut

melebar luas di negara Islam. Mengikut pendapat Dr. Ahmad Zaki menyatakan

bahawa pengaruh luar telah masuk ke dalam pemikiran umat Islam akibat jelmaan

aliran modenisme dan Liberalisme (Tengku Intan & Muhd. Najib. 2013: 84).

Pihak gereja menyangkal sebarang penemuan sains yang dianggap bertentangan

dengan gereja, bahkan pada waktu itu para saintis dituduh sebagai ahli sihir dan mereka

dibunuh tanpa asbab yang teguh. Selain itu, provokasi dan api kemarahan petani-petani

juga merupakan punca yang membangkitkan masyarakat Eropah secara besar-besaran.

Hal ini kesan dari sikap golongan bangsawan yang suka menganiayai dan mendesak

petani untuk berusaha serta bekerja tanpa diberikan sebarang gaji. Para petani juga turut

dikenakan dengan pelbagai cukai manakala golongan gereja pula mendapat keuntungan

yang besar di samping hidup dalam kemewahan atas penindasan yang dilakukan pada

rakyat bahawa yang secara terang-terang bahawa perbuatan ini menyalahi doktrin dan

prinsip agama Kristian (Muhammad, 2017: 17).


31

Permusuhan terhadap gereja berjaya tersebar luas sehingga keseluruh pelosok

dunia Eropah sehingga ke Amerika. Ideologi yang mereka bawa seperti

memperjuangkan kebebasan individu atas nama Hak Asasi Manusia, memperjuangkan

sistem demokrasi, persamarataan hak antara lelaki dan perempuan (Muhammad, 2017:

17).

Leonard Binder merupakan seorang tokoh yang menelaah pemikiran dan

masalah politik negara Timur Tengah dan negara Islam titik. Beliau telah mengeluarkan

bukunya yang bertajuk Islamic Liberalism: Critique Of Development Ideologies. Besar

kebarangkalian pendukung fahaman Islam liberal mendapat idea dari dua orang tokoh

ini dan mereka cuba menyebarkan ideologi Islam liberal di dalam masyarakat Islam

(Ramli Awang, 2012: 150).

Menurut Marzuki, gerakan Liberalisme tersebar di Tanah Melayu disebabkan

beberapa faktor. Antaranya ialah perkembangan sistem pendidikan moden di mana

sistem ini telah melahirkan tanggapan dan idea baharu terutamanya dari Barat.

Seterusnya, ialah perkembangan dan pertumbuhan teknologi mempengaruhi pentas

penyebaran informasi dalam masyarakat Melayu. Masyarakat mudah menerima sesuatu

maklumat baharu mengikut perasaan dan emosi semata-mata tanpa mencari kebenaran

yang sebenar. Isu-isu semasa seperti pluralisme dan Liberalisme agama turut disebarkan

oleh pengamal media. Akhir sekali, Liberalisme turut mendapat galakan dan Ketiga,

idea liberal ini mendapat dukungan dan galakan dari non-Muslim (Tengku Intan &

Muhd. Najib. 2013: 84).


32

Pengaruh Liberalisme begitu luas tersebar dan berkembang pesat hingga

mencetuskan berbagai pemberontakan kemerdekaan dan perindustrian serta reformasi

sosial dan ekonomi. Ideologi Liberalisme berjaya menyusuk masuk ke dalam seluruh

aspek kehidupan manusia seperti Liberalisme ekonomi, budaya, politik, dan juga agama

(Muhammad, 2017: 18).

Hassan Ahmad (2006) menyatakan bahawa di Malaysia sudah mulai muncul

saranan supaya semua agama itu sama dan hal ehwal agama hendaklah dianggap

sebagai soal peribadi seseorang individu tanpa campur tangan orang lain. Hal ini

menyebabkan aliran pemikiran seperti sekularisme, pluralisme dan Liberalisme turut

tersebar dalam kalangan orang Islam. Antara pejuang Liberalisme ialah ialah Akbar Ali,

Zainah Anwar dan Farish A. Noor (Muhamad Faiz et.al, 2012: 290).

2.4 Prinsip Islam Liberal

Gagasan pemikiran dan teologi liberal moden ini membangkang pegangan tradisional.

Kewujudan Liberalisme ini pada asasnya disebabkan oleh keengganan terhadap

pegangan dan kepercayaan sebelumnya yang menyatakan bahawa agama dan akal wajar

dan berkait antara satu sama lain secara serasi. Namun begitu, zaman Englightenment

(zaman Pencerahan) menjadikan prinsip rasional yang mengikut rasionalisme dan

emperisisme. Kepercayaan ini menolak sentimen mukjizat yang ada dalam ajaran

agama Kristian di mana kepercayaan ini melihat ajaran agama bercanggah dengan akal.

Daniel (2007 : 493), menerangkan bahawa pemikiran Liberalisme memutar belitkan

agar ajaran agama Kristian disusun dan digubah semula agar sejajar dengan penolakan

cerita-cerita mukjizat.
33

Secara adatnya, umat Islam mengatur kehidupan mengikut wahyu iaitu Al-Quran

dan Al-Hadith. Di sini dapat kita fahami bahawa wahyu salah suatu kaedah yang

menyusun atur kehidupan manusia. Masyarakat Islam sedaya upaya mendisiplinkan dan

mencorakkan kehidupan mereka agar selari dengan wahyu yang diturunkan. Adapun

begitu, mereka mengaku dan bersetuju terdapat beberapa keadaan tertentu yang

berkehendakkan kepada sifat bertolak ansur untuk memenuhi tuntutan wahyu.

Contohnya, beransur-ansur dalam merealisasikan peraturan dan hukum-hakam syariat.

Kesimpulannya ialah yang dituruti adalah wahyu, bukan kelaziman dan kebiasaan

manusia; dan yang ditukar adalah kebiasaan dan adat itu (Wan Adli, 2014: 30).

Tujuan utama aliran Liberalisme ialah ingin membentuk tafsiran moden tentang

ajaran Islam. Ajaran baharu ini yang menjadi ukuran dalam menambah dan

mengasingkan pemikiran tradisi yang dikira telah ketinggalan zaman. Apa yang

dimaksudkan dengan pemikiran tradisi ialah pegangan yang dibawa oleh Ahli Sunnah

Wal-Jamaah seperti mana yang kita tahu bahawa gerakan ASWJ ini sudah teguh

menjadi kepercayaan umat Islam (Wan Adli, 2012: 9-10).

2.5 Ciri-Ciri Pemikiran Fahaman Islam Liberal

Kumpulan Islam Liberal ini memiliki pelbagai fahaman yang berbeza yang menjadi

asas perjuangan mereka. Salah satunya ialah ideologi mereka yang menyokong dan

mempertahankan idea fahaman pluralisme agama di mana menurut pendapat yang

dikeluarkan oleh Jaffary Awang dan Kamarudin Salleh di dalam bukunya Pemikiran

Islam dan isu-isu semasa, bahawa kumpulan pluralisme agama merupakan fahaman
34

pemikiran yang bersetuju dengan hak kesamarataan agama di mana semua agama

adalah benar iaitu menuju kepada Tuhan yang satu (Mazlan et.al, 2003: 40).

Islam Liberal sentiasa berkait rapat dengan fahaman Pluralisme kerana penyokong

Islam Liberal menyatakan bahawa pluralisme adalah satu wadah yang paling penting

untuk semua agama di dunia ini. Hal ini menyebabkan pelbagai fenomena baharu ini

menimbulkan pelbagai masalah dalam akidah dan syariat sehingga mereka

mencampuradukkan dengan pelbagai agama (Majlis Agama Islam Selangor, 2015 : 25 ).

Pada awalnya, fahaman pluralisme ini telah dibentuk oleh W.C Smith di Barat

dengan nama “universal theology of religion” dan akhirnya fahaman ini telah

disebarkaan oleh John Hick serta Hans Kung dengan lebih meluas sebelum

diperkenalkan ke dunia Islam. Di sini dapat kita fahami bahawa golongan pluralisme

agama ini yakin bahawa semua agama adalah sama dan benar (Mazlan et.al, 2003: 40).

Islam Liberal sentiasa berkait rapat dengan fahaman Pluralisme kerana penyokong

Islam Liberal menyatakan bahawa pluralisme adalah satu wadah yang paling penting

untuk semua agama di dunia ini. Hal ini menyebabkan pelbagai fenomena baharu ini

menimbulkan pelbagai masalah dalam akidah dan syariat sehingga mereka

mencampuradukkan dengan pelbagai agama (Majlis Agama Islam Selangor, 2015 : 25 ).

Menurut Khalif Muammar (2006), pengikut fahaman Islam Liberal mengkritik

dan menyangkal autoriti agama dan mereka juga berkehendak bahawa seseorang

individu mendapat kebebasan untuk berijtihad mengeluarkan hukum dalam persoalan

agama mengikut akal mereka. Ciri-ciri yang perlu ada mestilah tidak bersifat mutlak
35

iaitu relativisme di mana kebenaran tidak boleh dimiliki oleh mana-mana individu. Oleh

sebab kebenaran untuk bebas berijtihad ini dilaksanakan, maka fahaman ini banyak

mengambil pandangan dan merujuk karya yang dikarang oleh orientalis Barat. Antara

pengasas fahamn ini ialah Leonard Binder dan juga Charles Kurzman. Mereka telah

berusaha berikhtiar memperjuangkan pemikiran mereka seperti autonomi berijtihad

tanpa sebarang halangan daripada mana-mana pihak, hak penyamarataan agama,

penolakan syariah dan lain-lain (Mazlan et.al, 2003: 40-41).

Akibat daripada kebenaran dan kelonggaran dalam berijtihad mengeluarkan

hukum, jadi kumpulan Islam Liberal menginginkan supaya Al-Quran ditafsirkan

kembalu kerana menurut mereka karya tafsiran ulama’-ulama’ tradisional telah

ketinggalan zaman dan tidak relevan dengan situasi dan keadaan sekarang. Mereka juga

berpandangan bahawa untuk mentafsir Al-Quran tidak memerlukan seseorang untuk

mengikuti disiplin dan tatatertib ilmu seperti Asbab Nuzul, Nasikh wa al-Mansuh dan

sebagainya. Selain itu, perkara-perkara yang berkait dengan sunnah Rasulullah juga

dianggap tidak sesuai untuk diamalkan pada zaman sekarang, hanya sesuai diamalkan

pada zaman Rasulullah s.a.w (Mazlan et.al, 2003: 41).

Ciri-ciri ketiga ialah golongan Islam Liberal menyatakan bahawa pelaksanaan

syariah Islam tidak wajar dilaksanakan lagi kerana pelaksanaanya pada waktu ini tidak

lain tidak bukan hanya memberi impak buruk dan negatif kerana mereka menganggap

sistem syariah Oslam bertentangan dengan hak asasi dan keperluan manusia dan tidak

relevan dengan kemajuan masa kini. Dengan menggunakan alasan ini juga, gerakan ini

sewenang-wenanganya ingin mengubah dan menstruktur kembali sistem hukum

perundangan Islam seperti sistem harta pusaka dan warisan, hudud, menyamaratakan
36

hak wanita dan hak lelaki seperti wanita boleh menjadi imam dalam solat dan pemimpin

negara, kewajipan menutup aurat bagi kaum wanita, keharusan poligami, kebenaran

untuk perkahwinan silang agama serta undang-undang agama yang dikatakan

mengganggu hak asasi dan kebebasan manusia (Mazlan et.al, 2003: 41).

Seterusnya, Islam Liberal juga dikatakan berkait dengan idea yang dibawa oleh

aliran modenisme. Motif aliran modenis memadalah untuk memperjuangkan kebebasan

masyarakat daripada kongkongan dan sekatan budaya, hukum syarak dan juga amalan

tradisi yang menghalang kejayaan dan kemajuan sesebuah masyarakat. Gerakan Islam

Liberal yang memberi fokus dalam menjayakan motif dan tujuan pemikiran modenisme

kerana bagi mereka untuk mencapai sesebuah kejayaan dan kemajuan mereka tidak

perlu terikat dengan mana-mana peraturan yang menyempitkan (Mazlan et.al, 2003:

41).

Aliran Islam Liberal turut menyokong dan memperjuangkan aliran gerakan

kemerdekaan atau pembebasan wanita. Gerakan feminisme di Barat berkehendak untuk

membentuk keserupaan iaitu tidak ada perbezaan hak di antara lelaki dan perempuan

(gender equality). Aliran feminisme Islam Liberal lazimnya menginginkan persamaan

hukum-hakam syariah antara lelaki dan wanita. Perbezaan hukum syarak dan hak antara

wanita dan lelaki Islam dianggap tidak adil saksama dan tidak masuk akal kerana

mereka bertanggapan wanita dan lelaki itu dicipta dari perkara yang sama.

Kesimpulannya, setiap perkara yang menjadi hak kaum lelaki, mestilah juga diperoleh

menjadi hak wanita. Sebarang perbezaan sama ada ciri-ciri keistimewaan yang terdapat

di antara lelaki dan wanita mestilah dihapuskan kerana bagi mereka ia bersifat

diskriminasi dan menindas kaum wanita (Mazlan et.al, 2003: 41-42).


37

Apabila fahaman Liberalisme menyusup masuk ke dalam pemikiran keagamaan,

maka konsep dan asas-asas ajaran agama Kristian banyak berubah dan bertukar.

Menurut pendapat Nicholas F. Gier dari University of Idaho, Moscow, ciri-ciri

pemikiran tokoh-tokoh liberal Barat Amerika Syarikat adalah seperti berikut:

Pertama, mereka yakin dan percaya pada Tuhan, tapi bukan Tuhan dalam

kepercayaan Kristian Ortodok. Sifat-sifat Tuhan menurut Kitab Suci dan prinsip agama

ialah Tuhan sebagai manusia dengan ciri-ciri tertentu dan eksklusif telah disangkal oleh

kumpulan liberal karena mereka lebih berkehendak kepada konsep Tuhan yang

bersumberkan dari akal fikiran manusia. Tuhan mengikut kepercayaan golongan ini

dianggap tidak mengetahui kehidupan manusia secara terperinci dan tidak masuk

campur dengan urusan makhluk (Hamid Fahmy. 2009: 8).

Kedua, golongan liberal mengasingkan antara doktrin keagamaan Kristian dan

prinsip moral Kritstian di mana mereka menekankan bahawa seseorang yang beragama

Kristian dan non-Kristian mestilah saling menghormati daan berbuat baik antara satu

sama lain. Dengan membawa penekanan sebegini, mereka seolah-olah ingin

menunjukkan bahawa orang atheist sekalipun dapat menjadi seseorang yang berakhlak

mulia (Hamid Fahmy. 2009: 8-9).

Ketiga, kaum liberal tidak ada yang percaya pada ajaran Kristian Orthodok.

Mereka menolak doktrin-doktrin Triniti, ketuhanan Jesus, wanita yang melahirkan,

kitab suci “Bible” sebagai kalam Tuhan secara literal, alam ghaib seperti takdir, neraka,

setan dan penciptaan dari tiada kepada ada (creatio ex nihilo). Salah satu doktrin selain

percaya akan adanya Tuhan adalah keabadian jiwa (Hamid Fahmy Zarkasyi. 2009: 9).
38

Keempat, golongan liberal mengasingkan pentadbiran gereja dan negara. Mereka

beranggapan bahawa Tuhan dan agama Kristian tidak terdapat dalam undang-undang

kehidupan duniawi manusia (Hamid Fahmy. 2009: 9).

Kelima, mereka berpegang pada kebebasan dan toleransi beragama. Kebebasan

dan toleransi beragama di sini bermaksud seseorang berhak untuk bebas menganut

agama dan bebas untuk tidak beragama (Hamid Fahmy. 2009: 9).

2.5.1 Ideologi Islam Liberal

a) Perihal negara

Islam Liberal mengemukakan idea disamping mengaitkannya dengan ajaran

Islam. Antaranya ialah ideologi yang dibawa yang berkait dengan perihal

kenegaraan. Fahaman ini telah menyatakan bahawa dunia Islam tidak pernah

dikenal di dalam sejarah kerana bagi mereka negara ini adalah merupakan

kehidupan yang bersifat keduniaan semata-mata di mana pembentukan negara

berdasarkan rasional akal dan kemasyarakatan sementara agama pula bersifat

kerohanian dan urusan peribadi. Justeru itu masalah dunia (negara) tidak boleh

dicampur adukkan dengan urusan akhirat (agama). Islam tidak berkait langsung

dengan urusan kenegaraan dimana mereka mendakwa bahawa Islam ini tidak

mempunyai konsep tentang negara dan pemerintahan negara. Rasulullah SAW

sendiri hanya melakukan kerja-kerja dakwah dan menyampaikan risalah Islam


39

sahaja. Baginda juga tidak mengetuai satu institusi politik fahaman (Ramli

Awang, 2012: 162).

Mereka juga mendakwa bahawa Al-Quran dan Sunnah juga tidak pernah

menyuruh untuk mendirikan negara Islam. Di sini jelas tergambar bahawa

fahaman Islam liberal menganut sekularisme di mana mereka ingin memisahkan

kehidupan dunia dengan kehidupan akhirat. Mereka kembali menggunakan

hujah dan ideologi-ideologi murtad yang ditaja oleh Barat berkait dengan Islam

dan kenegaraan. mereka gemar mengutarakan idea-idea lama yang telah

dikeluarkan oleh Syeikh Ali Abdul Raziq (1888 sehinga 1966 Masihi) padahal

para ulama bersepakat untuk menolak pemikiran ini (Ramli Awang, 2012: 163).

b) Menyatakan semua agama adalah sama

Menurut Hartono & Agus (2004: 17), penyokong-penyokong Islam Liberal

menyatakan bahawa semua agama adalah sama di mana mereka menganggap

semua agama menuju jalan kebenaran. Jadi, bukan Islam sahaja agama yang

benar. Di sini sudah jelas, bahawa fahaman ini ragu-ragu dah menolak kenyataan

Al-Quran yang menyatakan bahawa hanya Islam sahaja agama yang benar dan

diredhai di sisi Allah Ta'ala. Firman Allah SWT:

ۚ ِ ِْ ‫َعلَْيكمَنِ ْعم ِِتَور ِضيتَلَكم‬ ِ


َ‫َدينًاَفَ َم ِن‬‫َاْل ْس ََل َم‬ َ َ َ ْ َ ‫الْيَ ْوَمَأَ ْك َم ْلتَلَك ْمَدينَك ْم ََوأَْْتَ ْمت‬
ِ ‫َاَّللَ َغف‬ ِ ٍۙ ِ‫ف ِي‬ ٍ ِ‫اضطَّر َِِفََمَْمص ٍةَ َغْي رَمتَجان‬
َ َ)٣(َ‫يم‬ ٌ ََّ ‫َْل ٍْثَفَإ َّن‬
ٌ ‫ور ََّرح‬ َ َ َ َ ْ
“Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan
Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan
Islam itu menjadi ugama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa
40

kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia


tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia
memakannya), kerana sesungguhnya Allah maha Pengampun, lagi
Maha Mengasihani.”

Surah Al-Maidah (5): 3

Selain itu, dalam Surah Ali ‘Imran ayat 85:-

ِ ْ ‫َاْل ِخرةِ َِمن‬ ِ ِ ِ ِ ِْ ‫ومنَي ب ت ِغَ َغي ر‬


َ ‫َاْلَاس ِر‬
َ ََ)٨٥(ََ‫ين‬ َ َ ْ ‫َاْل ْس ََلمَدينًاَفَلَنَي ْقبَ َلَمْنه ََوه َوَِف‬ َ ْ َ َْ َ َ
“Dan sesiapa yang mencari ugama selain ugama Islam, maka tidak
akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-
orang yang rugi.”

Surah Ali ‘Imran (3): 85

Seterusnya, dalam surah Ali ‘Imran ayat 19 yang berbunyi:-

ِ ِ ِ ‫َاْلس ََل ُۗمَوماَاخت لَفَالَّ ِذينَأوتواَاَلْ ِكت‬ ِ َِّ ‫ند‬ ِ ‫إِ َّنَال يِدين‬
َ ‫ابَإََّّلَمنَبَ ْعد ََم‬
َ‫اَجاءَهم‬ َ َ َ َ َ ْ َ َ ْ ْ ‫َاَّلل‬ َ ‫َع‬ َ
ِ ِ ِ ُۗ
ِ
ََ)١٩(ََ‫َاْل َساب‬ ْ ‫َس ِريع‬ ِ َّ ‫الْعِْلمَبَ ْغيًاَبَْي نَ ه ْم ََوَمنَيَكْف ْرَِب ََيت‬
َّ ‫َاَّللَفَإ َّن‬
َ َ‫َاَّلل‬
ِ

“Sesungguhnya ugama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah


Islam. Dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu
tidak berselisih (mengenai ugama Islam dan enggan menerimanya)
melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah
tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana
hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka. Dan (ingatlah),
sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka
sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya.”
Surah Ali ‘Imran (3): 19

Fahaman Liberalisme membenarkan perkahwinan silang agama di mana

mereka menganggap semua agama adalah sama. Jadi, mereka menggunakan

istilah ahli kitab itu sendiri dengan memasukkan semua agama dalam konsep

ahli kitab dengan alasan bahawa setiap agama mempunyai kitab masing-masing.
41

Oleh itu mereka layak digelar sebagai ahli kitab, di mana gelaran ini bukan

hanya untuk kaum Yahudi dan Nasrani sahaja. Oleh itu, fahaman ini

mengizinkan perkahwinan bukan dari agama yang sama. Contohnya wanita

Islam boleh berkahwin dengan lelaki Ahli Kitab (Ramli Awang, 2012: 170).

a) Mempertikaikan hukuman orang yang keluar dari agama Islam

Golongan Islam liberal menafikan hadis Rasulullah SAW tentang hukuman

orang yang keluar daripada Islam.

ِ ‫َّل‬
َ َ‫َدينَهَفَاقْ ت لوه‬ َ ‫َم ْنَبَد‬
“Sesiapa yang menukar agamanya maka hendaklah dibunuh.”
(Hadis sahih)

Golongan ini menyatakan bahawa hadis di atas bercanggah dengan ayat Al-

Quran yang memberi manusia kebebasan dalam menganut agama.

َ ‫نَشاءََفَ ْلي ْؤِمنَ َوَم‬


َ ََۚ‫نَشاءََفَ ْليَكْف ْر‬ َ ‫فَ َم‬
“Maka sesiapa yang mahu beriman kurma hendaklah yang beriman;
dan sesiapa yang mahu kufur ingkar, biarlah dia mengingkarinya.”
Al-Kahfi (18): 29

ِ‫ََّلَإِ ْكر َاهَِِف ي‬


َ‫َالدي ِن‬ ََ
Terjemahan: Tidak ada paksaan dalam ugama.
Surah al-Baqarah (3): 256
42

Isu kebebasan beragama berbeza dengan isu orang yang keluar daripada Islam.

Sememangnya, Islam tidak mendesak seseorang untuk menganut agama Islam.

Penerimaan seseorang untuk memeluk Islam mestilah bersifat sukarela. Ada pun begitu,

jika seseorang itu telah menganut agama Islam maka dia hendaklah akur dengan

hukum-hukum Islam. Jika seseorang keluar daripada agama Islam, maka hukuman

bunuh akan dijalankan di atas sebab mereka murtad. Di sini jelas bahawa hadith tentang

pelaksanaan hukuman yang setimpal iaitu bunuh terhadap mereka yang keluar daripada

Islam dengan ayat Al-Quran yang membawa maksud kebebasan beragama tidak boleh

ditafsirkan secara zahir malah mempunyai maksud maksud yang tersendiri. (Ramli

Awang, 2012: 154)

Pada zaman Rasulullah SAW sendiri, jika seseorang menolak dan menafikan

perlaksanaan hukuman bunuh bagi orang yang murtad, mereka dianggap menghina

sunnah fi’liyyah yang dilaksanakan oleh Rasulullah SAW dan membawa kepada murtad

nya seseorang dari Islam. (Ramli Awang, 2012: 162) Dari sini kita dapat melihat

dengan jelas bahawa Islam liberal sebenarnya sedang berjalan untuk menjatuhkan dan

merosakkan nilai dan sistem ajaran Islam secara keseluruhan. Hal ini telah diteliti oleh

Hartono Ahmad Jaiz dan Agus Hassan Basri (2004: 54) di mana mereka menyatakan

bahawa gagasan Islam liberal adalah seperti berikut:-

i) Membandingkan Al-Quran dengan kitab agama lain dan memberi

kebebasan dalam mentafsir Al-Quran.

ii) Menyalahgunakan istilah-istilah tertentu yang digunapakai di dalam

Islam seperti iman, mukmin dan kafir.

iii) Merosakkan Syariat Islam dan mengikut jejak langkah Yahudi.


43

iv) Ragu-ragu keabsahan Mushaf uthmani dan mencipta Al-Quran yang

kritis.

2.6 Contoh Ucapan Pejuang Islam Liberal

a) KH Abdul Rahman mantan presiden Republik Indonesia (1999- 2001

Masihi) menyatakan bahawa lafaz Assalamualaikum boleh ditukar

dengan ucapan selamat pagi. (Ramli Awang, 2012: 172)

b) Abdul Rahim merupakan salah seorang senjata himpunan mahas+swa

Islam. Dia menganggap semua agama itu sama sahaja dan syurga yang

dihuni oleh Karl Max setanding dengan syurga Nabi. (Ramli Awang,

2012: 172)

c) Nurcholis Madjid (1939 sehingga 2005 Masihi) merupakan salah

seorang yang terkenal dan memperjuangkan fahaman Islam liberal di

mana dia dikenali dengan gelaran cak Nur. Beliau pernah ditanya tentang

persoalan kekafiran iblis lalu beliau menjawab dengan mengambil

pandangan Ibnu Arabi iaitu iblis kelak akan masuk syurga bahkan di

tempat yang tertinggi kerana dia tidak mahu sujud kecuali Allah sahaja,

dan inilah Tauhid yang murni. (Hartono & Agus, 2004: 76).

Beliau juga beranggapan bahawa semua agama itu sama tiada beza

iaitu sama-sama menyembah yang Maha Esa dan sama-sama redha dan

pasrah iaitu (muslimun) kepadaNya. (Hartono & Agus, 2004: 57),


44

d) Pejuang jaringan Islam liberal yang bernama Ulil Abshar Abdalla pernah

menyatakan bahawa semua agama tiada beza antara satu sama lain iaitu

menuju jalan kebenaran. Jadi Islam bukanlah agama yang paling benar

dan kenyataan beliau bahawa jilbab yang paling penting adalah sekadar

cukup memakai pakaian yang memenuhi standard umum (public

decency), beliau juga pernah mengungkapkan bahawa larangan

berkahwin disebabkan agama yang berbeza sudah tidak relevan lagi.

(Ramli Awang, 2012: 171)

e) “Dalam sebuah forum SIS, mereka menyatakan bahawa

“Islam bermaksud penyerahan diri kepada ketentuan Tuhan dan bukannya


atas ketentuan manusia dan mendakwa bahawa kebebasan beragama
bermaksud kebebasan menukar agama berdasarkan kenyataan mereka.
Bagaimana mungkin umat Islam mempertahankan konsep kebebasan
beragama untuk sesiapa yang ingin menganuti Islam sedangkan pada masa
yang sama menidakkan kebebasan untuk meninggalkan Islam? Keimanan
secara paksaan boleh menimbulkan sifat atau suasana hipokrit

(Mohd Hambali et.al, 2017: 8)

Dapat disimpulkan bahawa gerakan ini memperjuangkan gagasan idea yang

boleh membawa kepada kekufuran dengan menyangkal urusan agama dari

pelbagai sudut iaitu yang berkait dengan pemerintahan negara, menyatakan

bahawa agama selain Islam juga betul dan diredhai di sisi Allah, menggalakkan

agar wanita juga bebas tanpa ada had batasan di mana wanita juga boleh menjadi

ketua negara atau imam, memberi kebebasan berijtihad secara mutlak iaitu sesiapa
45

sahaja boleh menafsirkan Islam walaupun tidak memenuhi syarat-syarat yang

ditentukan.

Di sini jelas bahawa motif Islam liberal hanya untuk memutarbalikkan hakikat

sebenar Islam dan memberi kekeliruan kepada umat Islam dan tujuan yang sebenar

mereka adalah untuk menjauhkan umat Islam daripada ajaran Islam yang sebenar

bahkan pada satu tahap gerakan ini akan berjaya untuk membawa seseorang untuk

keluar daripada Islam dan membawa mereka memeluk pegangan yang baru seperti

sekularisme, humanisme, demokrasi dan lain-lain. (Ramli Awang, 2012: 170)

Demokrasi adalah salah satu wacana yang paling berpengaruh yang disamping

membentuk sejumlah pemikiran asas iaitu derivation seperti kebebasan melahirkan

pendapat dan berfikir, penyamarataan kedudukan agama, kesetaraan dan persamaan

gender, pergaulan antara budaya dan tamadun peradaban. Kurzman sendiri

mengungkapkan:

“ The first trope of Liberal Islam hold that the shariah requires
democracy and the second trope holds that the shariah allows
democracy.”
(Ramli Awang, 2012:170)

Greg Barton memaklumkan bahawa Islam liberal di Indonesia mempunyai

beberapa prinsip:-

1) Pentingnya konstektual dalam ijtihad

2) Komitmen terhadap kerasionalan dan pembaharuan


46

3) Sambutan terhadap pluralisme sosial dan pluralisme agama

4) Pengasingan agama daripada parti politik (Ramli Awang, 2012: 173 )

Tokoh-tokoh Islam liberal di Indonesia menjadikan fahaman sekularisme sebagai

salah satu wacana penting dalam gerakan Liberalisme Islam. gerakan ini ketara

menunjukkan bahawa mereka mahu membina sebuah negara sekular dimana mereka

mengeluarkan pendapat mereka secara terbuka dan mendapat sokongan kuat daripada

tokoh-tokoh Islam di Indonesia. golongan Islam liberal lebih tertarik untuk mendengar

hujah daripada tokoh Liberalisme seperti Muhammad Akaoun, Charles kurzman, Ali

Abdul Raziq dan Ahmad Khan daripada mendengar dan mengambil nas-nas Al-Quran.

bagi mereka Quran sudah tidak relevan lagi, dan perlu dibuat perubahan dengan

mentafsir kembali nas-nas Al-Quran supaya sesuai dengan keadaan semasa yang lebih

menuju kepada gaya kehidupan Barat. hujah-hujah ulama Islam dianggap lapuk dan

jumud tetapi mereka mengalu-alukan dan sangat gembira jika ulama memberi sokongan

kepada idea mereka (Ramli Awang, 2012: 173).

Mereka bangga dan lebih percaya dengan gagasan Islam liberal melebihi

kepercayaan mereka terhadap nas-nas al-quran di mana mereka lebih selesa dengan

gagasan Islam Liberal, Islam Progresif, Islam Hadhari, Islam Moderat dan lain-lain lagi

istilah dan nama-nama yang dicipta oleh mereka demi kepentingan mereka sendiri motif

mereka tidak lain tidak bukan yang pertama ialah ingin mempengaruhi masyarakat

Islam dengan budaya Barat yang dilihat seolah-olah kelihatan seperti berteraskan

prinsip-prinsip ilmu Islam (Ramli Awang, 2012: 173).


47

Mereka ingin menghalang penyebaran Islam daripada terus mara kerana mereka

takut untuk berhadapan dengan kekuatan gerakan Islam dan mengembalikan zaman

kegemilangan Islam. Justeru itu, mereka cuba untuk mempengaruhi pemikiran umat

Islam untuk tertarik dengan gagasan idea Islam liberal kerana idea yang dibawa

kelihatan lebih senang dan mudah. Ajaran-ajaran yang menyimpang daripada syariat

Islam telah berjaya menyerap masuk ke dalam pemikiran umat Islam. Ajaran ini

menggunakan nama-nama yang bersifat Islam dan berselindung dengan amalan-amalan

kerohanian yang sedia ada pada ajaran Islam. Walaubagaimanapun, penyelewengan

tersebut masih dapat dikesan apabila umat Islam menjadikan neraca al-quran dan al-

Sunnah sebagai timbangan dan pengukur sama ada salah atau betulnya sesuatu perkara

(Ramli Awang, 2012: 162).

Kegagalan umat Islam untuk menghayati isi Al-Quran Dan Al-Sunnah telah

mendedahkan mereka kepada penyelewengan daripada syariat Islam yang sebenar.

Gerakan ini berselindung dan bersandar atas nama Islam kerana untuk mempengaruhi

masyarakat Islam titik. Oleh itu pengkaji menyarankan agar kita kembali berpegang

kepada ajaran yang berpandukan Al-Quran As-Sunnah dan mengikuti cara dan

pegangan Salaf As-Soleh (Ramli Awang, 2012: 159).

2.7 KESIMPULAN

Pengaruh kumpulan ini semakin tersebar luas kerana mereka mempunyai

rangkaian antarabangsa dan sering mengadakan pelbagai program bersama masyarakat.

Kebanyakan program adalah yang dianjurkan adalah berbentuk seni dan hiburan bagi

menarik perhatian golongan muda. Manakala, untuk menambat hati golongan


48

profesional serta akademik, mereka akan menganjurkan program bersifat pemikiran dan

juga akademik. Golongan ini semakin bergerak aktif untuk memperjuangkan kebebasan

beragama menerusi blog serta karya seni seperti muzik, filem dan persembahan teater.

Kumpulan seni ini juga semakin hari semakin berani menghasilkan yang mesej secara

terang-terang bahawa inti patinya bertentangan dengan nilai-nilai Islam dan adat

ketimuran melalui karya seni dan penulisan seperti buku, artikel dan juga puisi (Majlis

Agama Islam Selangor, 2015 : 70-71).

Dalam masa yang sama, aktivis atau pengikut kumpulan berkenaan gigih untuk

menonjolkan imej dan paparan yang berbeza supaya kelihatan mereka seperti seorang

pemikir intelektual. Mereka menyanjung tinggi pemikiran dan karya beberapa tokoh

falsafah Barat seperti Karl Marx, Soren Kierkegaard, Friedrich Nietzshe dan Lord

Byron yang terkenal dengan ideologi anti ketuhanan dan komunisme sebagai ‘kitab’

ajaran mereka (Majlis Agama Islam Selangor, 2015 : 70-71).

Umumnya, kumpulan ini menyokong perlu diberi pemikiran Liberalisme dan

pluralisme dengan alasan bahawa setiap individu hak kebebasan termasuk hal ehwal

kepercayaan seseorang. Mereka juga menyatakan bahawa peraturan dan undang-undang

yang menghalang seseorang memilih prinsip adalah sesuatu yang sia-sia kerana

kepercayaannya pada zahirnya golongan tersebut akur pada undang-undang tersebut

tetapi jiwa, pemikiran dan hidup mereka memilih sebaliknya (Majlis Agama Islam

Selangor, 2015 : 71).

Individu yang menetap di negara-negara sekular dan liberal, bebas untuk

mengamalkan mana-mana agama atau fahaman. Mereka berpendapat bahawa negara-


49

negara yang menonjolkan imej agama melakukan penindasan dan ketidakadilan pada

agama atau fahaman minoriti dalam negara berkenaan (Majlis Agama Islam Selangor,

2015 : 73).
BAB 3

SEJARAH PERKEMBANGAN LIBERALISME

3.1 Pengenalan

Bab ini mengetengahkan perbincangan mengenai Liberalisme yang lebih tertumpu pada

gerakan Liberalisme G25 di Malaysia yang mana pengkaji akan menghuraikan secara

terperinci kelahiran gerakan G25 dan bahayanya gagasan yang dibawa oleh gerakan

G25 kepada syariat umat Islam.

3.2 Liberalisme di Malaysia

Kumpulan G25 bukanlah merupakan satu fenomena dan isu baru yang terjadi di

Malaysia, tetapi fenomena ini adalah kesinambungan dari sifat mereka yang tidak

enteng terhadap ajaran Islam dan pelaksanaannya. Dasar pemikiran Sekularisme-

Liberalisme di mana golongan ini beranggapan bahawa Islam mesti diceraikan dari

ruang awam (http://www2.bharian.com.my/node/106648, diakses pada 16 Disember

2018).

Sebenarnya, pelbagai gerakan pemikiran telah wujud semenjak 1980 lagi.

Contohnya gerakan Anti Hadith, namun pada tahun 2000 gerakan Muktazilah Moden

mula bangkit untuk memperjuangkan isu-isu tertentu terutamanya isu yang menyentuh
51

syariat Islam. Manakala pada 2005, muncul gerakan yang bernama Malaysians Against

Moral Policing (MAMP) yang muncul untuk menentang Jabatan Agama Islam Wilayah

Persekutuan (JAWI) kerana menjalankan operasi menahan pengunjung Muslim di

sebuah disko di Kuala Lumpur pada 13 Januari 2005. Kumpulan ini menuntut agar

kerajaan menghapuskan undang-undang kerana mereka merasa pihak berkuasa

menafikan dan mengancam hak-hak asasi mereka

(http://www2.bharian.com.my/node/106648, diakses pada 16 Disember 2018).

Seterusnya, munculnya sekumpulan individu Melayu yang beragama Islam yang

terdiri daripada 221 orang anggota. Kumpulan ini mewakilkan kepada seorang

jurucakap untuk memohon kepada Yang Di-Pertuan Agung untuk menggubal semula

undang-undang agama Islam yang dianggap kasar dan zalim .

(http://www2.bharian.com.my/node/106648, diakses pada 16 Disember 2018).

Namun begitu, pada 15 April 2005, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi

sebagai Perdana Menteri telah bersetuju dan menandatangani tuntutan mereka ini

kerana Tun berpendirian bahawa undang-undang untuk memelihara nilai dan moral

rakyat Malaysia perlulah diteruskan dengan sistem penguatkuasaan yang lebih baik

(http://www2.bharian.com.my/node/106648, diakses pada 16 Disember 2018).

Selain itu, pembentukan kumpulan Sisters in Islam (SIS) pada tahun 1990. NGO

ini ditubuhkan kerana tidak berpuas hati dengan hukum Islam di mana mereka

merasakan perundangan Islam tidak adil terhadap kaum wanita. Dr Amina Wadud

sebagai ketua bagi kumpulan ini bersama-sama dengan penyokongnya bersepakat untuk
52

membentuk sebuah persatuan supaya dapat menegakkan hak yang didakwa mereka.

Antara motif yang paling penting pertubuhan NGO ini adalah untuk memperjuangkan

kebebasan beragama tanpa sekatan dan halangan daripada mana-mana pihak (Mohd

Hambali et. al, 2017: 8). Akhir-akhir ini pula wujud aliran COMANGO yang turut

menghentam dan mengkritik institusi agama Islam seperti Mahkamah Syariah

(http://www2.bharian.com.my/node/106648, diakses pada 16 Disember 2018).

3.3 Faktor Penularan Ideologi Liberal Di Malaysia

Golongan ekstrimis Islam Liberal bergerak melalui pelbagai cara dan rangkaian untuk

masuk ke dalam negara Malaysia. Salah satunya adalah melalui jaringan internet, buku-

buku yang dibawa masuk ke dalam Malaysia dari luar negara yang menceritakan perihal

Islam Liberal dan juga dari golongan-golongan yang menganut fahaman Liberalisme

(Mohd Hambali et. al, 2017: 9-10).

Kurang penghayatan ilmu agama terutamanya ilmu pegangan akidah

menyebabkan fahaman ini semakin berkembang dalam masyarakat Melayu kerana

seperti yang kita faham bahawa fahaman Liberalisme lebih mendahulukan akal dari

wahyu di mana mereka menyangkal penggunaan al-Quran dan al-Hadis yang dikatakan

tidak lagi relevan untuk diamalkan pada zaman sekarang dan perlu ditafsirkan kembali

dengan lebih luas supaya selaras dengan peredaran zaman. Agenda ini adalah untuk

meruntuhkan sistem ajaran Islam yang membawa kebenaran dan autoriti ilmu

pengetahuan sebagai dasar yang paling penting bagi pegangan akidah, syariat dan juga

akhlak (Mohd Hambali et. al, 2017: 10)


53

Media sosial juga merupakan salah satu medan strategik golongan berfahaman

Liberalisme untuk menyebarkan fahaman mereka. Mereka berani untuk menyatakan

pendapat secara bebas dan terbuka. Mereka mengutarakan ideologi untuk menuntut

kebebasan mutlak yang keluar dari sumber dan keterikatan agama, mempertikai

undang-undang syariah, menolak peraturan Islam, mahkamah syariah dan institusi

agama di Malaysia (Norsaleha et. al, 2017: 293).

Fahaman Liberalisme bergiat dengan subur walaupun telah diharamkan oleh pihak

berkuasa. Fahaman ini masih disebarkan kerana tiada had batasan untuk menerima

maklumat melalui jaringan internet yang hanya berada di hujung jari lebih-lebih lagi

golongan belia bebas mencari apa sahaja maklumat yang disebarkan oleh golongan

Liberal di mana apabila mereka kekurangan penghayatan dan pendidikan ilmu agama

sudah pasti mereka akan menganggap ilmu yang disampaikan oleh puak Liberalisme

adalah ilmu yang betul , up to date serta menerimanya secara bulat-bulat. (Mohd

Hambali et. al, 2017: 10).

Selain itu, faktor perkembangan Islam Liberal ialah masyarakat yang terlampau

mengejar kemajuan dan kemodenan. Alasan ini digunakan puak liberal untuk

menghampiri masyarakat Tanah Melayu. Mengikut pandangan yang telah dikeluarkan

oleh Muhammad Razak Idris (2006), Liberalisme dan Modenisme saling berkait antara

satu sama lain di mana golongan Modenisme menekankan kebebasan tanpa sebarang

sekatan dan halangan sama ada dari agama mahupun budaya warisan tradisional yang

merupakan penghalang kepada kemajuan. Propaganda ini mengaburkan mata

masyarakat kerana mereka menganggap bahawa pejuang liberal adalah sebagai tokoh
54

yang dapat membimbing mereka dan negara ke arah yang lebih baik iaitu maju dan

lebih moden sesuai dengan kemahuan mereka (Mohd Hambali et. al,, 2017: 10).

Menurut Bharuddin Che Pa (2008), golongan liberal terdiri daripada golongan

cerdik pandai terutamanya dalam bidang penulisan. Mereka menyebarkan fahaman

liberal melalui bahan-bahan yang berunsur akademik seperti jurnal, artikel dan makalah

yang dapat menguasai dan mengawal pemikiran masyarakat (Mohd Hambali et. al,

2017: 11).

Selain itu, kebebasan bersuara untuk menyatakan pandangan dan pendapat

juga diperjuangkan oleh puak Liberalisme. Hal ini menunjukkan kepada masyarakat

bahawa apa yang dibawa oleh mereka dapat membimbing Islam ke arah yang lebih

bertamadun dan selaras dengan perkembangan semasa (Mohd Hambali et. al,2017: 11).

3.4 Definisi G25

Golongan G25 dibentuk oleh sekumpulan orang Melayu yang beragama Islam pada 7

Disember 2014 di mana ahlinya terdiri daripada 25 orang anggota iaitu dari golongan

yang berpendidikan tinggi, penjawat awam, termasuk juga dari golongan profesional.

Pada awalnya mereka menggelarkan kumpulan mereka sebagai G25 iaitu Group yang

mempunyai keahlian seramai 25 orang. Walaupun sekarang ahli kumpulan mereka

semakin bertambah dan terus bertambah, namun mereka tetap menggunakan nama G25

sebagai nama kumpulan mereka kerana nama itu telah dikenali dan menjadi kebiasaan

bagi rakyat Malaysia (Nur Farhana & Nur Solehah. 2018: 75-76).
55

Menurut Norhasliza (2014), G25 terdiri daripada 25 ahli yang menggelarkan diri

mereka sebagai ‘Muslim Moderate’ di mana kumpulan ini cuba untuk mengeluarkan

perutusan dan pendapat secara terbuka berkait dengan sistem perundangan Malaysia,

hak institusi agama, pentafsiran hukum fiqh dan teks tanpa sempadan, menghidupkan

budaya debat termasuk dalam urusan agama dan banyak lagi (https://www.ismaweb.net/

diakses pada 17 Mac 2019).

Norhasliza menyatakan bukan itu sahaja yang menjadi tuntutan mereka, tetapi

beliau menganggap bahawa ini adalah permulaan kepada tuntutan yang akan

mendatang. Bahkan mungkin sahaja permintaan mereka akan melampaui batasan

sebagai seorang Muslim. Golongan Liberalisme, Pluralisme, Feminisme, LGBT,

Kristianisasi, Evangelisme dan kumpulan isme-isme yang lain mengambil kesempatan

menggunakan slogan Islam sebagai agama Rahmatan Lil ‘Alamin dan adil demi

memperjuangkan tuntutan-tuntutan mereka seperti kebebasan bersuara, kebebasan

individu, hak asasi manusia dan lain-lain (https://www.ismaweb.net/ diakses pada 17

Mac 2019).

Menurut Azizan Baharuddin (2018: 9), kumpulan G25 adalah kumpulan pesara-

pesara kerajaan yang menamakan diri mereka sebagai Melayu Terulung di mana mereka

bangkit untuk mempertahankan Maqasid Syariah dalam kerangka wasatiyyah.

Kumpulan G25 tidak bersetuju dengan pelaksanaan syariat Islam, institusi berautoriti

agama Islam dan mereka juga mempertikai undang-undang Persekutuan Perkara 3(1)

iaitu agama Islam merupakan agama Persekutuan.


56

Manakala, menurut akhbar berita harian, G25 merupakan salah satu kumpulan

yang membawa aliran pemikiran Liberalisme di Malaysia yang terdiri daripada pesara

kerajaan, ahli akademik, golongan profesional yang menggelarkan diri mereka selaku

golongan Melayu terulung dan bijak cemerlang di samping mendakwa kumpulan

mereka berusaha untuk memperjuangkan Maqasid Syariah dalam kerangka wasatiyyah

(http://bharian.com.my/node/106648 , diakses pada 16 Disember 2018)

G25 bangkit mempertahankan agar Malaysia menjadi sebuah negara yang

saksama, sentosa, bebas dan juga bersederhana walaupun terdiri daripada pelbagai

bangsa, peradaban, kepercayaan yang progresif dengan dasar-dasar Islam Wasatiyyah

dan Maqasid Syariah (Mohd Hambali et.al, 2017: 8- 9).

3.4 Anggota G25

G25 terdiri daripada sekumpulan individu yang mempunyai pelbagai latar belakang

dalam pelbagai bidang dan jawatan. Mereka mempunyai tujuan yang sama walaupun

mereka memiliki pendapat yang berbeza antara satu sama lain di mana ahli anggota

mereka membawa nilai yang sama. Mereka sedar bahawa Malaysia mempunyai

bilangan penduduk yang ramai, dan mereka juga bersetuju bahawa Islam sebagai agama

rasmi, jadi mereka menganggap pentadbiran negara mestilah selaras dengan

perlembagaan Malaysia yang menjaga hak asasi manusia, kebenaran untuk

menyuarakan pendapat dan kebebasan memeluk mana-mana agama yang dimahukan.

(https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2014/12/08/25-bekas-pegawai-tinggi-

kerajaan-dan-swasta-melayu-tulis-surat-terbuka diakses pada 18 April 2019)


57

G25 merupakan kumpulan yang bangkit untuk menyuarakan pendapat-pendapat

keagamaan dalam bentuk kerangka wasatiyyah, di mana ahlinya terdiri daripada orang-

orang Melayu. Mereka juga menyatakan bahawa mereka percaya bahawa mereka boleh

menjana nafas baru untuk mempertahankan perundangan negara dan meninggikan nilai

dan kualiti pentadbiran negara.

Antara anggota G25 ialah:-

1. Tan Sri Ahmad Kamil Jaafar, bekas Ketua Setiausaha, Kementerian Luar

Negeri. Tan Sri Ahmad Kamil Jaafar menyertai Perkhidmatan Asing selepas

tamat pengajian pada tahun 1962. Berkhidmat dalam pelbagai kapasiti di dalam

dan di luar negara, di PBB di New York dan di Geneva. Dilantik menjadi duta

ke Vietnam, dan seterusnya Switzerland, China dan Jepun sebelum pulang ke

Malaysia untuk memegang jawatan sebagai Setiausaha Agung. Semasa bersara

pada tahun 1996 beliau telah dilantik sebagai Duta Khas Tun Mahathir

Mohamad, kemudian kepada Tun Abdullah Badawi dan Dato Seri Najib Abdul

Razak. Bersara pada bulan November 2013. Beliau membentangkan secara

ringkas kepada Tunku Abdul Rahman untuk menubuhkan Sekretariat Islam,

dengan Tun Abdul Razak untuk menubuhkan ZOPFAN. Terlibat dalam usaha

damai di Somalia, dan Sudan, Bosnia dan Kosovo.

2. Datuk Redzuan Kushairi, bekas Duta.

Beliau adalah Dato Shah Bandar dan Ahli Majlis Diraja Negeri Perak. Beliau

lulus dalam Hubungan Antarabangsa dan Sejarah dari Universiti Malaya.

Dididik di Moscow State University dalam Kajian Bahasa Rusia. Dari tahun
58

1972 - 1996, berkhidmat di Perkhidmatan Diplomatik Malaysia. Beliau kini

memegang jawatan sebagai Pengerusi, Pengarah dan Penasihat di dunia

korporat, Timbalan Pengerusi Kumpulan Kajian Dasar Luar Negara, Timbalan

Ketua Setiausaha Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu Malaysia (UNAM), dan ahli

Lembaga Eksekutif Yayasan Pengaman (Yayasan Peacemaker).

3. Tan Sri Dato' Mohd Sheriff bin Mohd Kassim, bekas Ketua Setiausaha,

Kementerian Kewangan. Beliau adalah graduan ekonomi dari Universiti

Malaya. Beliau juga memiliki diploma dalam Pembangunan Ekonomi dari

Oxford University dan Ijazah Sarjana dalam bidang ekonomi dari Vandebilt

University, Tennessee, Amerika Syarikat. Beliau bersara dari perkhidmatan

awam pada tahun 1994 sebagai Ketua Setiausaha, Kementerian Kewangan, dan

merupakan Pengarah Urusan utama kekayaan kerajaan Khazanah Nasional

Berhad. Beliau aktif dalam G25 dan sering menulis kepada media mengenai

kepentingan awam.

4. Datuk Abdul Kadir bin Mohd Deen, bekas Duta.

Beliau berada di Kementerian Luar Negeri, Wisma Putra, selama 33 tahun.

Beliau menyertai Perkhidmatan Diplomatik pada tahun 1971, dan merupakan

lulusan Universiti Lancaster, England. Antara penyiaran asingnya ialah:

Pesuruhjaya Tinggi ke Sri Lanka; Pesuruhjaya Tinggi ke Afrika Selatan; dan,

Duta Besar ke Jerman. Beliau bersara dari Perkhidmatan Asing pada tahun 2003.

5. Datuk Latifah Merican Cheong, bekas Penolong Gabenor, Bank Negara.


59

Penasihat organisasi antarabangsa mengenai kestabilan kewangan dan dasar

makroekonomi, pembaharuan struktur dan program pembangunan yang

berorientasikan pertumbuhan; pengarah bebas bank pelaburan; dan mengurus

pendidikan Foundationon untuk mempengaruhi perubahan dalam komuniti.

Berpengalaman sebagai Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia, Pengarah

Program dalam kerja sektor kewangan Bank Dunia, di bahagian Panel Strategik

UNDP Asia, Penasihat Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan memberikan input

substantif ke dalam Model Ekonomi Baru yang dikeluarkan oleh Majlis

Penasihat Ekonomi Negara.

6. Tan Sri Datuk Abdul Rahim Bin Haji Din, bekas Ketua Setiausaha, Kementerian

Dalam Negeri.

7. Tan Sri Dr Aris Othman, bekas Ketua Setiausaha, Kementerian Kewangan.

8. Tan Sri Dr Ismail Merican, bekas Ketua Pengarah, Kementerian Kesihatan.

9. Tan Sri Dato' Dr Mustaffa Babjee, bekas Ketua Pengarah, Perkhidmatan

Veterinar.

10. Tan Sri Nuraizah Abdul Hamid, bekas Ketua Setiausaha, Kementerian Tenaga,

Komunikasi dan Multimedia.

11. Tan Sri Dr Yahya Awang, Pakar Bedah Kardiotorasik dan Pengasas, Institut

Jantung Negara.

12. Datuk Seri Shaik Daud Md Ismail, bekas Hakim Mahkamah Rayuan.

13. Datuk Anwar Fazal, bekas Penasihat Kanan Serantau, Program Pembangunan

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP).

14. Datuk Dali Mahmud Hashim, bekas Duta.

15. Datuk Emam Mohd Haniff Mohd Hussein, bekas Duta.


60

16. Datuk Faridah Khalid, wakil Suara Wanita.

17. Lt. Jen (R) Datuk Maulob Maamin, bekas Leftenan Jeneral ATM.

18. Datuk Noor Farida Ariffin, bekas Duta.

19. Datuk Ranita Hussein, bekas Pesuruhjaya Suhakam.

20. Datuk Dr Sharom Ahmat, bekas Timbalan Naib Canselor, Universiti Sains

Malaysia.

21. Datuk Syed Arif Fadhillah, bekas Duta.

22. Datuk Zainal Abidin Ahmad, bekas Ketua Pengarah, Lembaga Perindustrian

Kayu Malaysia.

23. Datuk Zainuddin Bahari, bekas Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian

Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

24. Datin Halimah Mohd Said, bekas Pensyarah, Universiti Malaya dan Presiden,

Association of Voices of Peace, Conscience and Reason (PCORE).

25. Puan Hendon Mohamad, bekas Presiden Badan Peguam Malaysia.

(https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2014/12/08/25-bekas-pegawai-tinggi-
kerajaan-dan-swasta-melayu-tulis-surat-terbuka diakses pada 22 Januari 2019)

3.5 GAGASAN G25 DI MALAYSIA

Di Malaysia, G25 adalah salah satu golongan pemikir yang bangkit untuk menolak

autoriti agama Islam supaya diselidik dan dikaji semula. Golongan pemikir ini

menyatakan beberapa gagasan untuk diperjuangkan dan gagasan tersebut telah

menimbulkan kekecohan dan mencalar maruah Islam sebagai agama yang berautoriti di

Malaysia seperti yang telah termaktub dalam perundangan Malaysia. Antara gagasan

yang mereka ingin perjuangkan ialah:


61

3.5.1 Memansuhkan Khalwat

Menurut Mohd (2006: 1), G25 berpendapat bahawa pelaksanaan yang dijalankan

oleh mahkamah syariah untuk menyerbu mereka yang berkhalwat boleh

menyebabkan sistem keadilan di Malaysia dipandang serong. Lebih-lebih lagi

apabila Jabatan Agama Islam Selangor telah membentuk Polis Moral dengan

bantuan PDRM yang mana merasa merasakan bahawa pembentukan Polis Moral

ini telah menggugat kebebasan umat Islam di Malaysia. Susulan itu, serbuan

khalwat yang dilakukan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pernah

menyebabkan kematian beberapa orang anggota polis yang sedang menjalankan

tugas apabila pesalah melarikan diri daripada ditangkap. Golongan G25

menganggap hukuman yang dikenakan sangat ekstrimis dan hukuman tersebut

bukanlah ajaran Islam (Nur Farhana & Nur Solehah. 2018: 80).

G25 mengusulkan supaya penyerbuan dan serangan kepada golongan yang

berkhalwat dikaji semula kerana telah menceroboh hak peribadi dan hak

kebebasan seseorang individu (Shahrul Nazmi & Nurimanah Seman, 2018: 3).

G25 mendatangkan alasan bahawa negara-negara Arab tidak membentuk Polis

Moral untuk menyerbu dan mencampuri privasi sehinggakan menyerang mereka

ke dalam rumah mahupun di bilik-bilik hotel. Pelaksanaan serbuan khalwat juga

dianggap tidak adil dan berat sebelah kerana hukuman ini sukar untuk berkuat

kuasa kepada mereka yang mempunyai kuasa dan kebanyakan sasaran pesalah

khalwat terdiri daripada golongan bawahan sahaja. (Nur Farhana & Nur

Solehah. 2018: 80)


62

Golongan G25 menganggap bahawa hukuman khalwat telah mengganggu

dan melanggar hak peribadi seseorang individu. Mereka juga ingin menghantar

perunding supaya dapat berbincang dengan pihak atasan untuk menghapuskan

hukum-hukum Islam yang tidak lagi sesuai untuk diamalkan pada zaman

sekarang. Kumpulan ini juga berpendapat bahawa hukuman hudud bukanlah

hukuman dari Allah dan wujudnya autoriti dalam sesebuah agama dilihat

sebagai suatu yang ekstrimisme. Kumpulan G25 juga menggesa agar Jabatan

Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dimansuhkan. (Nur Farhana & Nur Solehah.

2018: 73)

Rodelio menyatakan salah seorang dari anggota G25 telah mengeluarkan

pendapat supaya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dihapuskan dan

mereka memohon agar apa-apa sahaja aktiviti peribadi tidak dicampuri dan

diganggu oleh mana-mana pihak seperti mana hukuman yang dikenakan atas

kesalahan dan dosa peribadi yang tidak mengganggu keamanan dan hak orang

lain. (Nur Farhana & Nur Solehah. 2018: 80)

Menurut Mohd (2006: 1), G25 bercadang dan menggesa agar kerajaan

mengatur semuka pentadbiran Islam di Malaysia supaya lebih bersederhana

(tidak terlalu ekstrim) dan sesuai dengan jalan kehidupan belia yang sentiasa

moden dan maju ke hadapan kerana mereka merupakan generasi yang akan

menerajui negara. Penguatkuasaan sistem Islam hanya menyempitkan ruang

untuk berinovasi dan berkreativiti terutamanya dalam sistem pendidikan negara

dan juga di tempat kerja kerana perlu lebih berhati-hati untuk menjaga batas

pergaulan mereka di antara mereka yang mempunyai jantina yang berbeza dan
63

sudah tentu hal ini menyebabkan kurangnya pergaulan antara lelaki dan

perempuan (Nur Farhana & Nur Solehah. 2018: 80).

3.5.2 Melaksanakan Transgender

Mengikut kumpulan G25, hak untuk menukar jantina iaitu transgender adalah

satu hak kebebasan dan pilihan peribadi seseorang individu. Jadi, mereka

berhak untuk memilih cara hidup dan gaya pemakaian menurut personaliti dan

identiti yang mereka mahukan. Mereka menentang sekeras-kerasnya institusi

agama yang mengenakan hukuman kepada golongan transgender sama ada

wanita berpakaian lelaki atau sebaliknya. Oleh itu, G25 mengkritik tindakan

jabatan agama yang meletakkan denda dan hukuman ke atas kesalahan golongan

transgender lelaki yang berpakaian wanita atau sebaliknya. Mereka menganggap

bahawa hukuman yang diletakkan ke atas golongan transgender sebagai

halangan dan sekatan ke atas seseorang individu untuk menjalani kehidupan

seharian dengan bebas (Nur Farhana & Nur Solehah. 2018: 79-80).

Menurut golongan Liberalisme, undang-undang Malaysia berhubung

dengan Kebebasan Diri (Liberty of The Person), Perkara 5 menyatakan bahawa

autonomi dan kebebasan seseorang dalam Perlembagaan Persekutuan membawa

maksud yang lebih umum dan luas di mana perkara ini bukan hanya terbatas

dengan hak kebebasan seseorang untuk hidup dan juga melindungi diri daripada

dibunuh dan dipenjarakan, bahkan mereka juga berhak untuk memutuskan gaya

dan jalan hidup sendiri untuk memperoleh kejayaan berserta karakter kehidupan

yang dimahukan di mana kita boleh melihat isu ini dalam tuntutan isu pertukaran
64

jantina (Transgender). Mengikut golongan ini, Enakmen Syariah Negeri

Sembilan telah menyangkal hak golongan Gender Identity Disorder (GID) untuk

hidup dengan bebas tanpa sekatan dan mengamalkan kehidupan seperti biasa

kerana Enakmen ini telah menghukum kesalahan bagi lelaki yang berpakaian

meniru gaya wanita mahupun sebaliknya (Nur Farhana & Nur Solehah. 2018:

76).

Antara persoalan yang dikritik mereka ialah kritikan terhadap kenyataan

Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang mengeluarkan keputusan agar kumpulan

yang menukar jantina mereka “transgender” untuk mengenakan pakaian

berdasarkan identiti dan keperibadian yang mereka pilih dan Datuk Jamil turut

menamakan isu itu sebagai satu Gelombang Baru untuk Menyerang Agama

Islam (New Wave of Assault on Islam). Mereka menganggap bahawa kenyataan

dan teguran yang dikeluarkan oleh Datuk Jamil sangat keras dan merosakkan

imej Islam sebagai agama wasatiyyah dan sederhana. Lalu, mereka menerangkan

bahawa tuntutan dan gagasan mereka ini tidak lain tidak bukan hanya untuk

membantu undang-undang Islam di Malaysia agar dapat diamalkan oleh semua

golongan dengan harmoni dan aman damai (Nur Farhana & Nur Solehah. 2018:

76).

3.5.3 Menghapuskan institusi agama Malaysia

Setelah kumpulan ini meminta agar Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

agar dimansuhkan, mereka kemudian mengusulkan agar hukuman khalwat

dihapuskan kerana mereka menganggap bahawa hukuman ini menyalahi hak


65

kebebasan individu seperti yang telah termaktub dalam perlembagaan. Mereka

juga bercadang untuk mengkaji semula undang-undang syariah yang telah

melampaui batasan perlembagaan (http://bharian.com.my/node/106648 , diakses

pada 16 Disember 2018).

Hasliza Hassan dan Mona Ahmad sebagai wartawan Berita Harian telah

menemu bual Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kajian Strategik Islam Malaysia

(IKSIM), Prof Datuk Mahamad Naser Disa yang merupakan seorang Peguam

Kanan Persekutuan serta Ketua Eksekutif Pusat Penyelidikan dan dan Azril

Mohd Amin sebagai Advokasi Hak Asasi Manusia (CENTHRA) untuk

meminta pandangan mereka tentang isu terbaru pemikiran Liberalisme yang

disebarkan oleh G25 di Malaysia baru-baru

ini(http://bharian.com.my/node/106648 , diakses pada 16 Disember 2018).

Mahamad Naser dan Azril menyatakan bahawa kumpulan G25 tidak

memahami fungsi dan tanggungjawab institusi agama untuk memelihara Islam

di mana Islam merupakan satu-satunya agama bagi persekutuan seperti yang

termaktub dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan yang perlu dibaca dengan

Jadual Keempat (Perkara 37 Perlembagaan Persekutuan) iaitu YDPA bersumpah

dengan menyebut nama Allah untuk menjaga agama Islam setiap masa. Tugasan

ini diwakili oleh menteri-menteri diketuai Perdana Menteri Malaysia

(http://bharian.com.my/node/106648 , diakses pada 16 Disember 2018).


66

Oleh itu, JAKIM berada di bawah naungan Jabatan Perdana Menteri dan

dibentuk menteri agama yang bertanggungjawab untuk menguruskan dan

memelihara perihal keagamaan dalam pemerintahan dan pentadbiran. Anggota

G25 juga terdiri daripada hakim dan peguam, tetapi mereka tidak mempunyai

kefahaman tentang autoriti dan kedudukan agama Islam kerana mereka

menganggap bahawa Islam tidak lagi relevan untuk diamalkan. Jadi, mereka

mengambil pendekatan untuk tidak update kefahaman mereka dengan perkara

yang diiktiraf oleh Mahkamah Persekutuan.

(http://bharian.com.my/node/106648 , diakses pada 16 Disember 2018)

Berdasarkan temu bual yang telah dijalankan oleh Nur Farhana dan Nur

Solehah (2018: 82) bersama anggota G25, mereka menyatakan terdapat dua

pendorong kritikan kumpulan G25 ke atas autoriti agama. Antaranya ialah apabila

institusi agama menjalankan Pendakwaan Terpilih (Selective Prosecution) di mana

mereka hanya mengenakan tindakan kepada rakyat bawahan sahaja. Namun,

apabila sesuatu kesalahan dan jenayah dilakukan oleh pihak atasan yang

mempunyai kuasa politik, pihak autoriti agama tidak mengambil tindakan yang

sewajarnya. Oleh itu, kumpulan G25 memandang bahawa pihak agama

menjalankan tugas dengan tidak adil dan bersifat memilih kasih.

Selain itu, kumpulan G25 menganggap bahawa prosedur institusi agama

tidak bersifat mesra pada masyarakat di mana sistem pihak beragama lebih

cenderung menghukum masyarakat bukannya ke arah mendidik masyarakat seperti

mana yang kita sedia tahu bahawa Islam itu sendiri agama rahmat dan penuh kasih

sayang. Ketika sesi temu bual Nur Farhana dan Nur Solehah (2018: 82), mereka
67

mendapati bahawa pihak G25 banyak menggunakan istilah teokrasi dan autokrasi

agama di mana mereka ingin menggambarkan bahawa G25 memandang institusi

agama di Malaysia terlalu keras dan berkuasa ke atas masyarakat. (Nur Farhana &

Nur Solehah. 2018: 82)

3.5.4 Kebebasan orang Islam untuk memeluk dan menganut mana-mana

agama

Golongan Liberal turut mengkritik Perkara 11 (Freedom of Religion) di mana

mereka menganggap walaupun penyebaran dakyah agama lain terhadap orang

Islam adalah terbatas, namun begitu tidak sewajarnya ada sekatan dan gangguan

untuk orang Islam untuk memeluk mana-mana agama sebagaimana yang telah

ditetapkan oleh kebanyakkan negeri bahawa tindakan dan perbuatan untuk keluar

dari agama Islam merupakan satu kesalahan dan jenayah yang besar. Golongan

Liberalisme menyatakan bahawa orang Islam berhak untuk keluar dari agama Islam

dan boleh menentukan mana-mana agama yang mereka mahu. (Nur Farhana & Nur

Solehah. 2018: 76-77)

G25 mengecam tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang

menyerang markas Syiah dan menawan 50 orang pengikut Syiah ketika mereka

sedang mengadakan Majlis Hari Asyura. G25 menyatakan bahawa di dalam

Perlembagaan Persekutuan Perkara 11(1) sudah termaktub bahawa setiap orang

berhak untuk menganut mana-mana agama dan mengamalkan apa yang dianutinya.

Mengenai isu ini, G25 berpandangan bahawa Syiah merupakan antara aliran yang

diterima dalam Islam dan segala persidangan dan perkumpulan di antara ahli-ahli
68

mazhab Syiah tidak boleh dipandang serong. (Nur Farhana & Nur Solehah. 2018:

82)

G25 menggunakan hujah ‘The Amman Message’ sebagai bukti bahawa

aliran Syiah merupakan salah satu mazhab yang diterima dalam Islam. The Amman

Message merupakan salah satu dokumentasi yang mengandungi persetujuan oleh

200 ulama’ yang mengiktiraf lapan mazhab di dalam Islam ataranya ialah alirah

ahli Sunnah Wal Jamaah, Salafi, Syiah dan juga aliran tarekat-tharikat tasawwuf

Islam. Dokumen ini diketuai oleh Raja Jordan, Raja Abdullah II dan ditandatangani

di Amman. (Nur Farhana & Nur Solehah. 2018: 82)

Kesimpulannya, G25 beranggapan pihak berautoriti agama perlu berbincang

secara harmoni dengan kumpulan Syiah, saling menghormati antara satu sama lain

dan menerima perbezaan pandangan dan juga pendapat. Jadi, tidak sepatutnya

golongan Syiah ditentang dan dihukum dengan pelbagai undang-undang dan

menyekat kebebasan mereka untuk menganut kepercayaan Syiah. Maka, JAIS perlu

sedar perbezaan aliran bukanlah suatu kesalahan yang melanggar Perlembagaan

Persekutuan dan JAIS perlu ingat bahawa Malaysia merupakan negara yang

mengamalkan demokrasi yang meletakkan Perlembagaan Persekutuan sebagai

peraturan dan undang-undang yang tertinggi di negara ini. (Nur Farhana & Nur

Solehah. 2018: 82)

3.5.1 Tidak bersetuju dengan pelaksanaan RUU 355


69

Menurut Perkara 4 Perlembagaan, bidang kuasa mahkamah syariah adalah terbatas

dalam Perlembagaan Persekutuan. Kumpulan G25 memberi tindak balas terhadap

tuntutan Rang Undang-Undang 355 (RUU 355) yang dibentang dan dibahaskan

bahawa mereka menolak undang-undang yang diusulkan. Mereka membawa

beberapa keterangan dan alasan untuk menolak pelaksanaan RUU355 dari

dilaksanakan di Mahkamah Syariah Malaysia. (Nur Farhana & Nur Solehah. 2018:

77)

Kumpulan ini mahu menghalang agar RUU 355 dari dilaksanakan dengan

membawa hujah bahawa kuasa dan autoriti mahkamah syariah hanya layak berada

dalam Perlembagaan Persekutuan sahaja Rang Undang-Undang 355: Dari

perspektif G25, kumpulan ini menolak agar RUU 355 dilaksanakan dengan

beralasan bahawa bidang kuasa mahkamah syariah terhad dalam Perlembagaan

Persekutuan dan usaha meninggikan taraf mahkamah syariah ak an mencelarukan

penguatkuasaan dan menimbulkan kekeliruan terhadap pelaksanaan undang-undang

mahkamah sivil dengan mahkamah syariah (G25 2017: 1). (Nur Farhana & Nur

Solehah. 2018: 73)

Menurut mereka, pelaksanaan Rang Undang-Undang 355 hanya membuka

peluang untuk meninggikan kedudukan mahkamah syariah. Namun begitu, hal ini

hanya menimbulkan kekeliruan dan kekusutan undang-undang negara Malaysia.

Impak negatif dari pelaksanaan RUU 355 juga menjauhkan peniaga dan pelabur

dari luar dan memberi kemunduran kepada ekonomi negara Malaysia. Jika

Malaysia mengamalkan sistem undang-udang Islam maka Malaysia akan dilihat

sebagai sebuah negara yang ekstrimis, tidak produktif dan tidak maju seiring
70

dengan tuntutan-tuntutan nilai kehidupan moden. (Nur Farhana & Nur Solehah.

2018: 77)

Maka, dapat kita gambarkan bahawa pihak G25 mempunyai pandangan

yang serong terhadap autoriti agama Islam di Malaysia, lalu mereka membawa

ideologi, gagasan dan tuntutan yang kelihatan relevan digunakan pada masa

sekarang. Namun begitu, pihak ini menyatakan bahawa mereka tidak berniat untuk

mengkeji mahupun mencaci agama Islam dan pihak berkuasa di Malaysia dengan

tuntutan bahawa undang-udang Islam di Malaysia perlu dikaji dan diselidik

kembali. (Nur Farhana & Nur Solehah. 2018: 73-74)

Kumpulan G25 menganggap bahawa pelaksanaan RUU 355 sebagai salah

satu langkah yang membawa kepada pelaksanaan hukuman hudud. Pandangan

mereka, walaupun pembangkang kerajaan menyatakan bahawa pindaan Rang

Undang-Undang 355 ini bukan berniat untuk melaksanakan hudud, namun begitu

penafian dan penyangkalan ini diragui dan ditolak kerana negeri Kelantan sendiri

telah menggubal, meluluskan dan mengiznkan Rang Undang-Undang Kanun

Jenayah Syariah II (1993) pada tahun 2015 di mana undang-undang ini telah

mencadangkan hukuman hudud bagi jenayah-jenayah seperti berzina, mencuri,

merompak, meliwat, murtad dan juga bagi kesalahan meminum arak. (Nur Farhana

& Nur Solehah. 2018: 77)

G25 mengajak kerajaan untuk lebih memberi keutamaan kepada

pentadbiran dan pengurusan kerajaan dan juga institusi awam supaya lebih
71

bermutu dan berguna kepada masyarakat untuk mengurangkan kadar kemiskinan

dalam negara dan mempertahankan hak mereka yang kurang bernasib baik dan hal

ini dapat membantu ekonomi dan sosial negara dipandang tinggi oleh negara luar.

Malah, bagi mereka, perkara ini dilihat lebih baik dan lebih Islamik daripada

pelaksanaan hukuman hudud. (Nur Farhana & Nur Solehah. 2018: 77)

3.5.2 Menuntut agar mahkamah syariah tidak boleh melampaui batas

Pada tahun 2016, kumpulan G25 telah mengadakan sebuah forum yang bernama

Islam in A Constitutional Democracy di mana forum tersebut telah dihadiri oleh 19

ahli panel. Kumpulan ini menumpukan kepada lima tajuk utama yang berkait

dengan Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan undang-undang Syariah yang

dilaksanakan di Malaysia, kekecohan dan pertembungan antara undang-undang

sivil dan undang-undang syariat Islam. (Nur Farhana & Nur Solehah. 2018: 76).

Kumpulan ini melihat bahawa negara Malaysia tidak sepatutnya

mempunyai dua undang-undang sekali gus kerana kedua-dua undang-undang ini

boleh membawa kepada perselisihan dalam bidang kuasa dan juga dilema dalam

beberapa isu, contohnya seperti tuntutan hak perlindungan, penjagaan dan

pemiliharaan anak-anak dan sebagainya. Kumpulan G25 juga turut mengecam dan

mendakwa bahawa pegawai dan penguatkuasa undang-undang-undang syariah

Islam melampau dalam menjalankan tugas dan tindakan autoriti agama hanya

menyekat hak asasi manusia dan kebebasan masyarakat Malaysia (Nur Farhana &

Nur Solehah. 2018: 76).


72

Berdasarkan Perkara 4 Perlembagaan menunjukkan bahawa bidang kuasa

mahkamah syariah adalah terhad dalam Perlembagaan Persekutuan. Jadual

Kesembilan Senarai Negeri Item 1, berkaitan bidang kuasa mahkamah syariah ke

atas penghukuman kesalahan telah menyatakan bahawa adanya kuasa meletakkan

hukuman ke atas orang-orang Islam tetapi bidang kuasa tersebut adalah terhad

setakat yang diberikan oleh undang-undang Persekutuan. Tujuan peruntukan ini

supaya Parlimen dapat mengawasi pelaksanaan penghukuman kesalahan, termasuk

tatacara penghukuman yang dirangka oleh enakmen negeri agar Badan

Perundangan Negeri tidak terbuka untuk memperuntukkan penghukuman kesalahan

serta menjatuhkan hukuman. (Nur Farhana & Nur Solehah. 2018: 77)

Hasil dari sesi temu bual antara Nur Farhana dan Nur Solehah (2018: 80)

dengan pihak G25 ialah wujud perselisihan faham antara anggota G25 di mana

terdapat sebahagian dari anggota mereka ada yang menyangkal dan menafikan

apabila ada anggota mereka yang menggesa supaya institusi agama seperti JAKIM

dihapuskan. Nur Farhana dan Nur Solehah menjelaskan bahawa kumpulan ini

tidaklah membangkang seratus peratus institusi agama d Malaysia, cuma mereka

menolak jalan dan pendekatan yang digunakan oleh pihak autoriti agama dalam

mengenakan tindakan ke atas pesalah dan kebanyakan hukuman hanya dijalankan

kepada rakyat bawahan. Pihak autoriti agama juga pernah melakukan kesilapan

apabila melaksanakan serbuan khalwat ke atas pasangan suami isteri. Apabila

berlakunya kejadian seperti ini, kumpulan G25 seolah-olah hilang kepercayaan

terhadap autoriti agama. (Nur Farhana & Nur Solehah. 2018: 81)
73

3.5.3 Menuntut kebebasan Hak Asasi Manusia

Kumpulan G25 telah menulis beberapa surat untuk rakyat Malaysia di laman

sesawang rasmi pada tahun 2014 mereka yang berjudul Champion Open Debate

and Discourse on Islamic Law. Melalui surat dan artikel yang mereka keluarkan ini,

mereka menunjukkan rasa hampa terhadap undang-undang Islam kerana mereka

mengangap bahawa undang-undang yang dilaksanakan ini hanya mendiskriminasi

Hak Asasi Manusia (HAM) dan juga bersifat mengganas. Jadi, mereka mengajak

masyarakat Melayu untuk mengatur sebuah perdebatan untuk membicarakan dan

menjernihkan segala pertanyaan dan persoalan yang terjadi dalam pentadbiran dan

autoriti agama di Malaysia (Nur Farhana & Nur Solehah. 2018: 76).

Selain itu, G25 turut menerbitkan buku yang berjudul Breaking the Silence:

Voices of Moderation yang telah ditulis oleh 21 orang ahli akademik yang

berpendidikan tinggi. Dalam buku tersebut, mereka membicarakan dan mengkritik

undang-udang perlembagaan Islam di Malaysia. Antaranya ialah, tuntutan hak

kebebasan asasi dalam Perlembagaan Persekutuan (Fundamental Liberties in

Federal Constitution) (Nur Farhana & Nur Solehah. 2018: 76)

3.5.4 G25 menganggap Malaysia sebagai negara sekular

Pemberontakan G25 ke atas usul RUU 355 adalah kerana mereka menganggap

bahawa Malaysia tidak lain tidak bukan hanya sebuah negara sekular yang

mengasingkan kehidupan dan pentadbiran negara dari urusan keagamaan.


74

Penghujahan yang digunakan diambil daripada petikan ucapan Tunku Abdul

Rahman yang menyatakan bahawa Malaysia merupakan negara sekular. Perjanjian

yang diikat dan dipersetujui oleh Tunku Abdul Rahman bersama ahli-ahli

Perikatan, Sultan dan British sebenarnya berniat dan mempersetujui untuk

menjadikan Perlembagaan Malaysia sebagai sebuah negara sekular sejak awal lagi

dan mereka tidak pernah menyebut dan bersetuju untuk menjadikan Malaysia

sebagai sebuah negara yang didasari dengan Perlembagaan Islam (Nur Farhana &

Nur Solehah. 2018: 77-78).

Kesimpulannya, golongan ini menganggap bahawa Malaysia adalah salah

satu negara sekular semenjak zaman awal kemerdekaan lagi dan mereka bertegas

bahawa pelaksanaan RUU 355 hanya akan memberi kekuatan undang-undang

Syariah yang boleh merubah dan menghentikan sistem sekular kepada sistem Islam

dalam Perlembagaan lebih-lebih lagi terhadap pelaksanaan hukum-hukum hudud.

(Nur Farhana & Nur Solehah. 2018: 77-78)

3.5.5 Denda Makan di Khalayak Ramai Semasa Bulan Ramadhan

G25 mengaku bahawa umat Islam perlu menjaga adab dan tingkah laku ketika

bulan Ramadhan agar tidak makan di khalayak kerana menghormati masyarakat

yang sedang berpuasa. Namun begitu, serbuan tangkapan dan denda yang

dikenakan kepada pesalah iaitu mereka yang tidak berpuasa lalu makan di hadapan

orang ramai bukanlah satu cara dan jalan yang terbaik. Seeloknya, untuk mengawal

masalah ini, semua pihak terutamanya autoriti agama perlu membimbing dan

memupuk masyarakat Islam mengenai komitmen dan tanggungjawab mereka

sebagai seorang Muslim, bukannya dengan cara menghukum mereka dengan


75

undang-undang yang keras. Seperti mana yang kita ketahui bahawa dalam

masyarakat Islam pasti wujudnya golongan yang kurang penghayatan agama dan

melakukan kesilapan. Oleh itu, tidak akur dan tidak menuruti ajaran agama

mestilah dianggap sebagai hal peribadi masing-masing tanpa gangguan daripada

autoriti agama. . (Nur Farhana & Nur Solehah. 2018: 80)

Ini adalah kerana Malaysia ialah sebuah negara yang mengamalkan

demokrasi dan kita perlu ketahui bahawa untuk menghukum seseorang yang

melakukan jenayah dan kesalahan ialah apabila tindak tanduk individu tersebut

mengancam harta kekayaan, kehidupan, dan hak kebebasan orang lain. Jadi,

bukanlah satu kesalahan perbuatan tidak berpuasa dan makan di khalayak kerana

tidak mengganggu dan menggugat keselamatan kepada masyarakat lebih-lebih lagi

pada negara (Nur Farhana & Nur Solehah. 2018: 80).

3.6 Penutup

Kumpulan G25 masih keras kepala hendak menyebarkan salah faham mereka kerana

Pelbagai tuntutan dan isu yang disentuh oleh Islam Liberalisme G25 sehingga mampu

mencetuskan kontroversi dan mengelirukan pemikiran umat Islam. Kesimpulannya,

fahaman ini sepatutnya dibanteras dengan segera oleh pihak berkuasa.


BAB 4

KESIMPULAN, PENUTUP DAN CADANGAN

4.1 Pengenalan

Bab ini mengetengahkan perbincangan tentang hujah-hujah untuk menolak pemikiran

Islam Liberalisme G25 menurut perspektif Islam dan tindakan yang diambil oleh pihak

berkuasa dalam menghadapi G25 kerana gerakan ini membawa pemikiran yang

bercanggah dengan prinsip agama Islam.

4.2 Tuntutan G25 Menurut Perspektif Islam

4.2.1 Larangan Berkhalwat

Jurucakap G25, Datuk Noor Farida Ariffin berkata, kumpulan mereka menentang

sebarang hukuman terhadap perbuatan khalwat jika dilakukan di rumah persendirian

kerana pihak agama tidak sepatutnya mengganggu privasi setiap individu.

(http://m.utusan.com.my/berita/nasional/g25-mahu-hukuman-khalwat-dimansuh-

1.166423 diakses pada 1 Mac 2019)

Menurut Noor Farida lagi, tindakan mengenakan hukuman ke atas mereka

yang berkhalwat adalah suatu perkara yang bertentangan dengan ajaran agama Islam

itu sendiri. Pegawai agama tidak berhak untuk mengetuk pintu rumah orang yang
77

berkhalwat pada pukul 3 pagi dan menahan mereka kerana perkara ini bersalahan

dengan prinsip perundangan Islam bahawa dosa peribadi adalah antara diri sendiri

dengan Allah. (http://m.utusan.com.my/berita/nasional/g25-mahu-hukuman-khalwat-

dimansuh-1.166423 diakses pada 1 Mac 2019)

Datuk Syeikh Muhamad Baderudin Ahmad merupakan Mufti

Kedah memberi amaran dan menyarankan agar kumpulan bekas penjawat awam G25

dihapuskan. Hal ini berdasarkan kepada beberapa tuntutan yang dikemukakan oleh

kumpulan yang tidak logik dan tidak masuk akal malah tuntutan yang diminta itu

bertentangan dengan agama. Datuk Syeikh Muhamad Baderudin menggalakkan agar

anggota kumpulan ini G25 agar tidak menangguhkan taubat dan pulang ke pangkal

jalan mengikut wasiat yang ditinggalkan Nabi Muhammad SAW iaitu Al-Quran dan

Sunnah memandangkan mereka ‘telah mengeluarkan pendapat dan tuntutan yang

bercanggah dengan hukum perundangan Allah SWT. (IKIM, 2015: 1)

(http://ikimfm.my/mufti-kedah-saran-g25-dibubar/ diakses pada 1 Februari 2019)

Seperti yang kita sedia maklum bahawa kumpulan G25 telah meminta agar

tidak mengenakan hukuman khalwat kepada pesalah yang melakukannya di rumah

persendirian kerana telah mengganggu dan mencerobohi privasi individu tersebut

dan mereka menganggap bahawa tempat peribadi merupakan dosa peribadi antara

pesalah laku dengan Allah melainkan jika mereka melakukannya di kawasan awam.

(http://ikimfm.my/mufti-kedah-saran-g25-dibubar/ diakses pada 1 Februari 2019)

a. Dalil Pengharaman Khalwat


78

Islam melarang dan tidak membenarkan khalwat kerana perbuatan ini boleh

mendorong pelakunya merapatkan hubungan sesama mereka, antara lelaki dan

wanita yang bukan ajnabi dan boleh membawa pasangan tersebut untuk berkelakuan

tidak sopan dan boleh terjerumus ke dalam perzinaan. (Ainul Bashirah et.al, 2014:

66)

Sudah jelas bahawa terdapat beberapa dalil di dalam Al-Quran dan Al-Sunnah

yang mengharamkan perbuatan khalwat di antara lelaki dan wanita yang bukan

mahram. Hal ini dapat dibuktikan dalam surah Al-Isra’ ayat 32. Firman Allah SWT

ِ ِ ِۖ
َ ََ)٣٢(ََ‫َسبِ ًيَل‬‫اء‬‫س‬‫َو‬ً
َ َ ََ َ‫ة‬ ‫ش‬ ‫اح‬َ‫ف‬ َ‫ن‬َ ‫ا‬ ‫ك‬
َ َ ‫َّه‬
‫ن‬ ‫إ‬َ‫َن‬
َ‫اَالز‬
‫َوََّلَتَ ْقَربو ي‬
“Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah
satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa
kerosakan.”
Surah Al-Isra’(17): 23

Dalam Islam, apabila sesuatu perkara diharamkan dengan dalil-dalil qati’e, maka

Islam turut mengharamkan perkara-perkara yang boleh mendorong seseorang dari

terjerumus kepada perbuatan haram tersebut. Kesalahan berkhalwat merupakan salah

satu siri yang boleh membawa perbuatan zina, sedangkan zina merupakan perbuatan

yang telah diharamkan oleh Allah secara total.

Di dalam hadis, terdapat juga larangan berkaitan khalwat.


79

ٍ ِِ ِ ِ ِ
َ ‫َرجلَ ِاب ْمَرأَةَإََِّّل‬
َ‫َد َخ َلَالشَّْيطَان‬ َ ‫إَيكَواْللوةََابلنساءَوالَّذيَنَ ْفسيَبِيَده ََم‬
ٌ ‫اَخ ََل‬ َ
ََ‫بَْي نَ ه َما‬
Maksudnya:- Janganlah kamu berkhalwat dengan wanita. Demi Allah
yang jiwaku ada di tangan, tidak boleh terkumpul seorang lelaki dan
seorang perempuan di satu tempat (bersendirian) kecuali syaitan
mendampinginya (menggoda).
al-Haithami: 4/329

b. Antara hikmah larangan berkhalwat ialah:-

i) Menghalang dari berlaku perbuatan zina

Perlakuan khalwat boleh mendorong kepada perbuatan zina, kelahiran anak hasil

dari sumbang mahram dan akhirnya menggugat institusi keluarga dan

masyarakat. Bukan itu sahaja, khalwat juga boleh mengundang pelbagai

penyakit seperti AIDS, HIV dan pelbagai penyakit kelamin yang lain

Islam melarang zina kerana perbuatan ini merupakan salah satu daripada dosa

besar da sudah tentu perbuatan ini boleh menggugat keharmonian masyarakat

jika tiada sekatan daripada pihak berkuasa. Melalui pengharaman berdua-duaan

antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim di tempat yang sunyi daripada

orang awam sama ada berada di rumah persendirian atau di bilik-bilik hotel,

maka terhindarlah perbuatan zina di dalam masyarakat. (Ainul Bashirah et.al,

2014: 79)

ii) Elak dari gejala pembuangan bayi


80

Khalwat merupakan pendorong utama perbuatan zina. Apabila perbuatan zina

semakin merebak, maka gejala sosial pembuangan anak semakin berleluasa.

Gejala ini merupakan tekanan hawa nafsu akibat pesalah laku sudah terlibat

dengan perbuatan zina kesan daripada pergaulan bebas masyarakat hari ini.

Menurut data statistik yang dilaporkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)

sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008, jumlah kelahiran bayi yang

didaftarkan tanpa nama bapa terdapat lebih dari 257,000 orang. Kiraan secara

purata mendapati bahawa jumlah kes anak luar nikah sebanyak 2500 selama 30

hari (Ainul Bashirah et.al, 2014: 79)

4.2 2 Isu LGBT

Pada hari ini, Lesbian, Gay, Biseksual, Transgender (LGBT) mempunyai jaringan

yang luas sehingga ke seluruh dunia. Melalui jaringan ini, mereka selalu “keep in

touch” untuk saling bertukar pendapat dan memperkenalkan ideologi-ideologi

mereka. Jika kita perhatian, LGBT juga telah muncul di Malaysia dan terus tersebar

melalui perantaraan NGO yang ditubuhkan dalam memperjuangkan hak-hak

kebebasan (Noor Hafizah et.al, 2016: 103). Antaranya ialah, Inter-Faith Council

(IRF), Sister In Islam (SIS), G25 dan sebagainya.

Jika kita amati bahawa gaya hidup dan tuntutan kumpulan tersebut berbeza

dengan ajaran Islam dan piawaian hidup manusia seseorang yang normal, namun

begitu aktiviti dan kegiatan LGBT semakin tersebar dalam masyarakat Malaysia.

Antara metode yang terbaik untuk mengawal kegiatan LGBT ialah melalui
81

dakwah. Kesimpulannya, setiap pendakwah seharusnya cakna dengan info-info dan

perkembangan LGBT dengan menggunakan pendekatan yang berhemah supaya

dakwah yang hendak disampaikan benar-benar diterima oleh madʿu iaitu golongan

LGBT. (Noor Hafizah et.al, 2016: 103).

ِ ‫َواملتشبِها‬،‫َالرج ِالَابلنِيس ِاء‬


َ‫ت َِم َن‬ ِ ‫َاَّللَِصلَّىَهللاَعليهَوسلَّمَاملتَ َشبِ ِه‬
َ‫َ َي‬ َ َ ِ‫نيَم َن ي‬
َ ‫َ ي‬ َ َّ ‫لَ َع َن ََرسول‬
َ )‫الَ(رواهَالبخاري‬ ِ‫النِيس ِاء ي‬
َِ ‫َابلر َج‬ َ
“Daripada Ibnu ‘Abbas, katanya, “Rasulullah s.a.w mela‘nat lelaki
yang meniru-niru gaya perempuan, dan perempuan yang meniru-
meniru gaya lelaki.”
al-Bukhari: .tt,5885

ٍ ِ ِ َ ‫اتَو ْاْلَر‬ ِ َّ ‫َاَّللَالَّ ِذيَخلَق‬ َّ ‫إِ َّن ََرَبَّكم‬


َ‫َعلَىَالْ َع ْر ِش‬ ْ َّ‫ض َِِفَستَّةَأ َََّيمَث‬
َ ‫َاستَ َو ٰى‬ ْ َ ‫َالس َم َاو‬ َ َ
َْ ‫اتَ ِِب َْم ِرُۗهَِأَََّلَلَه‬
َ‫َاْلَْلق‬ ٍ ‫ي ْغ ِشيَاللَّيلَالنَّهارَيطْلبهَحثِيثاَوالشَّمسَوالْ َقمرَوالنُّجومَمس َّخر‬
َۚ َ َ َ َ َ َ َ ْ َ ً َ َ ََ َْ
ِ ‫بَالْمعت‬ ِ ِ ِ ُۗ
ََ‫ين‬ ‫د‬
َ َْ ُّ ‫َُي‬ ‫ََّل‬
َ ‫َّه‬
‫ن‬ ‫إ‬َ‫ة‬ ‫ي‬ ‫ف‬
ْ ‫خ‬‫اَو‬ ‫ع‬‫ر‬
ُّ ‫ض‬
ًَ َ ً َ َ ْ َ ْ ‫ت‬ َ ‫م‬ ‫ك‬ ‫ب‬
‫اَر‬
َّ ‫و‬ ‫ع‬‫)َاد‬ ٥٤(ََ ‫ني‬ ‫م‬
َ َ َ‫ل‬
َ ‫ا‬‫ع‬ ‫ل‬
ْ ‫َا‬‫ب‬ ُّ ‫َر‬ ‫َاَّلل‬
َّ ‫ك‬َ ‫ار‬
َ ََ ‫َو ْاْل َْم‬
َ
‫ب‬ ‫َت‬‫ر‬
ََ)٥٥(
“Dan Nabi Lut juga (Kami utuskan); (ingatlah peristiwanya) ketika ia
berkata kepada kaumnya: "Patutkah kamu melakukan perbuatan yang
keji sedang kamu nampak kejinya?”(54) Sesungguhnya kamu
mendatangi lelaki, bukan perempuan, kerana memuaskan nafsu
syahwat kamu. (Perbuatan kamu itu amatlah keji) bahkan kamu kaum
yang jahil (yang tidak mengetahui akan akibatnya)". (55)
Surah Al-A’raf (7) : 54-55

Allah s.w.t. telah menerangkan di dalam al-Quran tentang peristiwa dan azab

seksa ke atas kaum Nabi Lut a.s. Kaum Nabi Lut a.s yang tidak akur dan ingkar arahan

Allah di mana mereka melakukan hubungan sejenis (homoseksual) lalu mereka

dibinasakan oleh Allah. Namun golongan seperti itu tetap muncul dan pada zaman

sekarang. Jelas di sini, mereka tidak mengambil pengajaran dari kisah kaum Nabi Lut
82

ini, malah apa yang lebih yang menyedihkan ialah apabila perbuatan ini dilakukan oleh

umat Islam sendiri yang percaya dan yakin akan adanya hari pembalasan.

Nabi Muhammad s.a.w juga mengeji perbuatan songsang ini dalam rangkaian

hadis-hadis baginda. Abū Mūsā al-Ash’arī meriwayatkan (Ahmad bin Hanbal, t.t : 266),

ِ ‫َإَّلَومهاَز‬
َ‫انيان‬ َّ ‫َالرجل‬ ِ ‫انيتانَوَّلَي‬
ِ ‫َإَّلَومهاَز‬ ِ ‫َّلَت‬
َّ ‫باش ِرَاملرأةَاملرأ َة‬
َ َّ ‫َالرجل‬
َّ ‫باشر‬
“Maksudnya: Tidaklah seorang wanita itu bersedap-sedapan dengan
seorang wanita melainkan mereka adalah berzina, dan tidaklah
seorang lelaki bersedap-sedapan dengan seorang lelaki melain mereka
juga (sedang berzina)”
(at-Thabrani, Mu’jam Al-Ausat: 4/266)

Untuk membendung aktiviti puak LGBT, pendakwah seharusnya

menggunakan pendekatan yang berhemah agar tujuan dakwah tercapai. Di Malaysia,

Pertubuhan Amal Firdausi (PAFI) merupakan satu perbadanan bukan kerajaan Non

Governmental Organization(NGO) yang berusaha dalam memfokuskan penyampaian

dakwah kepada golongan terbiar dan terpinggir, golongan yang telah diskriminasikan

oleh masyarakat seperti kumpulan LGBT. (Noor Hafizah et.al, 2016: 110).

Berdasarkan temubual yang telah dijalankan oleh Noor Hafizah dan

rakan-rakannya bersama penggerak dakwah dan presiden Pertubuhan Amal

Firdausi (PAFI) iaitu Mohd Rafi Bin Jaafar pada 7 Julai 2015 dan Hamli bin

Hamdan pada 14 Februari 2016, terdapat beberapa kaedah yang telah dijalankan

oleh PAFI dalam usaha menyeru dan mendakwah golongan LGBT iaitu kaedah

dakwah bi al-ḥāl, metodologi dakwah melalui hiburan, metodologi dakwah melalui


83

pembinaan sosial dan metodologi dakwah melalui pembangunan sahsiah. (Noor

Hafizah et.al, 2016: 110)

4.2.3 Hak Asasi Manusia

Secara lumrahnya, istilah hak asasi manusia dinamakan sempena hak-hak yang ada

pada manusia sejak lahir. Tanpa hak asasi manusia, maka mustahil bagi seseorang

individu untuk hidup secara sempurna. Hak-hak ini meliputi setiap manusia tanpa

ada sebarang kayu pengukur seperti bangsa, agama, warna, kasta, kepercayaan,

jantina, atau kewarganegaraan. (Mohd Fauzi. tt: 50)

Apabila seseorang individu menuntut sesuatu yang dikatakan haknya, dengan

berniat bahawa perbuatan tersebut adalah untuk tidak patuh kepada perintah Allah

s.w.t dan tanpa mahu sebarang keterikatan terhadap undang-undang syariat, mereka

sebenarnya telah menjatuhkan maruah dan juga kemuliaan diri sendiri jika tuntutan

yang diminta itu diberi, yang mana Islam itu sendiri melarang keras ke atas

perbuatan ini. Oleh itu, pihak berkuasa tidak sepatutnya memberi peluang kepada

mereka yang menuntut hak-hak tersebut kerana sudah tentu perbuatan ini akan

merosakkan kehormatan agama Islam dan individu itu sendiri terutamanya mereka

yang beragama Islam. (Mohd Fauzi. tt: 53)

Islam mengiktiraf dan menerima konsep Hak Asasi Manusia (HAM) tetapi

dengan prinsip dan peraturan yang telah ditetapkan oleh syariat Islam. Menurut

Islam, kebebasan merupakan kemerdekaan seseorang individu dari keterikatan


84

perhambaan serta pengabdian kepada makhluk selain daripada Allah (Laila

Rahmawati, 2017 : 198).

Menurut Sudjana, (2001:4),Eggi Sudjana menyatakan bahawa hakikat hak

asasi manusia yang wujud secara fitrahnya di dalam diri manusia terbahagi kepada

dua bahagian iaitu hak kebebasan dan yang kedua adalah hak persamaan. Kemudian,

hak-hak lain bertambah dan berkembang dari kedua-dua hak ini iaitu hak-hak asas

dalam kehidupan seperti hak untuk hidup, hak menyuarakan pendapat dan

pandangan, hak menganut agama, hak persamaan di mahkamah, hak pendidikan dan

lain-lain. (Laila Rahmawati, 2017 : 198-199)

Hak asasi manusia yang berbentuk perlindungan pada seseorang individu yang

terdiri daripada beberapa bahagian:-

1. Perlindungan terhadap nasab keturunan manusia.

2. Perlindungan akal.

3. Perlindungan maruah diri

4. Perlindungan nyawa.

5. Perlindungan harta kekayaan

6. Perlindungan terhadap agama.

7. Perlindungan untuk merasa aman sejahtera.

8. Perlindungan terhadap batas negara (Laila Rahmawati, 2017 : 208 ).

Abul A’la Al-Maududi juga menyebur tentang hak-hak asasi manusia sebagai

berikut:

1. Perlindungan jiwa, maruah dan harta.


85

2. Kebebasan menyuarakan pendapat dan pandangan

3. Kebebasan untuk bergera di seluruh wilayah negara.

4. Kebebasan berserikat dan berkumpul.

5. Kebebasan dalam bekerja untuk memiliki kekayaan

6. hak kesamarataan dalam memanfaatkan fasiliti yang disediakan untuk

kegunaan umum (Laila Rahmawati, 2017 : 208).

Mengamati pemahaman tentang hak asasi manusia menurut pandangan

Islam dan tafsiran cendikiawan Islam, dapat difahami bahawa konsep Hak Asasi

Manusia adalah hadiah dari Allah yang mesti dipelihara kerana berkait dengan

kemuliaan manusia sebagai makhluk Allah, sebagai hamba kepadaNya dan

sebagai khalifah untuk membina kemakmuran di dunia. Oleh itu, semua tuntutan

yang bercanggah dengan nilai-nilai kemanusiaan dan konsep-konsep teologi

dalam Islam tidak dapat dilakukan walaupun dinamakan atas nama hak asasi

manusia (Laila Rahmawati, 2017 : 210-211).

Perkara pertama yang paling penting dalam memahami Hak Asasi Manusia

(HAM) ialah mengenal kebenaran diri manusia itu sendiri kerana apabila

seseorang kenal dan tahu tentang kedudukan dirinya, maka dia akan berbicara

mengikut batasan dirinya sendiri.

ِ ‫َح‬ ِ ِ ‫ىَاْلنس‬
َ‫نسا َن‬
َ ‫اَاْل‬ َ ‫)َإَِن‬١(ََ‫ورا‬
ِْ َ‫ََّخلَ ْقن‬
ً ‫اَم ْذك‬ َ ‫َّه ِرَ ََلَْيَك‬
َّ ً‫نَشْي ئ‬ ْ ‫َم َنَالد‬
‫ني ي‬
ٌ ‫ان‬ َ ْ َ‫َعل‬
ِ َ ‫﴿هلَأَتَ ٰى‬
َْ
َ ﴾َ)٢(ََ‫ص ًريا‬ ِ ‫ََسيعاَب‬ِ ِ ِ ٍ ‫ِمنَنُّطْ َف ٍةَأ َْم َش‬
َ ً َ ‫اجَن َّْب تَليهَفَ َج َع ْلنَاه‬
“Bukankah telah berlalu kepada manusia satu ketika dari masa (yang
beredar), sedang ia (masih belum wujud lagi, dan) tidak menjadi
sesuatu benda yang disebut-sebut, (maka mengapa kaum musyrik itu
86

mengingkari hari akhirat)? (1). Sesungguhnya Kami telah aturkan cara


mencipta manusia bermulanya dari air mani yang bercampur (dari pati
benih lelaki dan perempuan), serta Kami tetap mengujinya (dengan
kewajipan-kewajipan); oleh itu maka Kami jadikan dia berkeadaan
mendengar dan melihat. (2)”

Surah Al-Insan: 76 1-2

Kesimpulannya, Hak Asasi Islam menurut manusia dengan bermaksud bahawa manusia

sebagai makhluk dan hamba Allah SWT yang bersesuaian dengan lumrah kehidupan

seseorang manusia.

ِ ‫َاَّللَِالَِِّتَفَطَرَالنَّاسَعلَي ه ۚا َََّلَتَب ِد‬


ِ َِۚ َّ ‫َْل ْل ِق‬ ِ‫﴿فَأَقِمَوجهكَلِل يِدي ِنَحنِي ًف ۚاَف‬
َ ‫َاَّللَ َٰذل‬
َ‫ك‬ َ ‫يل‬ َ ْ َ ْ َ َ َ َّ ‫ت‬َ ‫ر‬
َ ‫ط‬
ْ َ َ َْ َ ْ
﴾َ)٣٠(ََ‫َّاس َََّلَيَ ْعلَمو َن‬ ِ ‫ال يِدينَالْ َقيِيم ََوٰلَ ِك َّنَأَ ْكثَ َرَالن‬
َ
(Setelah jelas kesesatan syirik itu) maka hadapkanlah dirimu (engkau
dan pengikut-pengikutmu, wahai Muhammad) ke arah ugama yang
jauh dari kesesatan; (turutlah terus) ugama Allah, iaitu ugama yang
Allah menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari
semulajadinya) untuk menerimanya; tidaklah patut ada sebarang
perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah ugama yang betul lurus,
tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.

Surah Ar-Rum (30): 30

Dr. Zulkifli Al-Bakri sebagai mufti Wilayah Persekutuan menjelaskan, menurut

kitab Huriyyah al-Insan fi Zill ‘Ubudiyyatih Lillah, Hak Asasi Manusia menurut

perspektif Islam bermaksud “al-hurriyyah” dan juga” al-” fitriyyah yang bermaksud

kebebasan manusia menurut fitrah. Seperti yang telah dijelaskan oleh Said Ramadhan

al-Buti bahawa kebebasan menurut fitrah tidak akan bertentangan dengan sifat

perhambaan manusia kepada Allah SWT, malah dengan memperhambakan diri kepada

Allah SWT, semakin tinggilah nilai fitrah kemanusiaan seseorang.


87

(http://muftiwp.gov.my/ms/artikel/tashih-al-mafahim/2897-tashih-al-mafahim-7-islam-

tolak-hak-asasi-manusia diakses pada 18 Mac 2019)

Manakala HAM mengikut pandangan Barat ialah meletakkan dan meninggikan

akal manusia sebagai sumber rujukan yang utama. Kesimpulannya, tidak dapat

dinafikan lagi bahawa perjuangan menuntut Hak Asasi Manusia dipengaruhi oleh

budaya pemikiran Barat. (http://muftiwp.gov.my/ms/artikel/tashih-al-mafahim/2897-

tashih-al-mafahim-7-islam-tolak-hak-asasi-manusia diakses pada 18 Mac 2019)

4.3 Tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa ke atas kumpulan G25

Pada tahun 2014, Jawatankuasa Fatwa bagi Negeri Selangor telah memfatwakan

golongan yang berpegang dengan pemikiran Liberalisme sebagai sesat dan

menyeleweng daripada agama Islam. (Norsaleha et.al, 2017 : 293)

4.3.1 Pertikaian dan pemansuhan autoriti agama

Mufti Kedah Datuk Syeikh Muhamad Baderudin Ahmad mempertahankan Jabatan

Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) daripada dimansuhkan kerana beliau menyatakan

bahawa JAKIM merupakan salah satu pusat berautoriti agama yang menjadi tunggak

kepercayaan masyarakat Islam dalam mengendalikan isu-isu yang berkait dengan

agama Islam di mana apabila sesuatu masalah timbul maka pihak JAKIM akan

mengambil alih untuk menguruskan permasalahan tersebut dan akan memberi

penjelasan dan status permasalahan tersebut. Pegawai-pegawai JAKIM mampu untuk

berbuat sedemikian kerana anggota-anggota JAKIM terdiri daripada mereka yang


88

pakar dan berpengalaman dalam bidang agama.Beliau juga berharap agar pihak

kerajaan, Non-Governmental Organization (NGO) dan juga masyarakat Malaysia

agar memberi kerjasama untuk membasmi fahaman Liberalisme Agama ini dari terus

tersebar dengan meluas. (IKIM, 2015: 1)

4.3.2 G25 beranggapan bahawa undang-undang syariah di Malaysia bertentangan


dengan Perlembagaan Persekutuan

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM),

Prof Datuk Mahamad Naser Disa, yang telah bekerja 25 tahun sebagai Peguam Kanan

Persekutuan, kes seperti ini terjadi kerana mereka tidak memahami fungsi institusi

agama sebagai sumber yang berautoriti untuk menjaga dan memelihara kesucian agama

Islam itu sendiri iaitu agama Islam merupakan agama Persekutuan seperti yang telah

diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 3 yang perlu dibaca dengan

Jadual Keempat (Perkara 37 Perlembagaan Persekutuan) di mana terdapat sumpah oleh

Yang di-Petuan Agong (YDPA) dengan nama Allah SWT untuk memberi komitmen

untuk menjaga agama Allah SWT pada setiap masa. Apabila sumpah telah diangkat

oleh oleh Yang di-Petuan Agong (YDPA), maka tugas-tugas tersebut akan diteruskan

dan diperjuangkan oleh jemaah menteri dan diketuai oleh Perdana Menteri.

(http://bharian.com.my/node/106648 , diakses pada 16 Disember 2018)

Oleh sebab itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah dibentuk di bawah

Jabatan Perdana Menteri yang mengelolakan hal ehwal yang berkait dengan agama.

JAKIM berfungsi sebagai organisasi yang memelihara agama Islam dalam pentadbiran

negara Malaysia. Anggota G25 itu sendiri juga terdiri dari golongan peguam dan juga

hakim, namun pengetahuan mereka tidak “up to date” tentang kedudukan agama Islam
89

yang terkini yang telah diikitiraf oleh Mahkamah Persekutuan.

(http://bharian.com.my/node/106648 , diakses pada 16 Disember 2018)

Menurut Prof Datuk Mahamad Naser Disa lagi, pemahaman zaman dahulu ialah

apabila mereka menganggap Islam sebagai agama rasmi sahaja, bukan sebagai agama

Persekutuan. Maka, kumpulan ini berpandangan bahawa agama hanya digunakan

apabila terdapat majlis atau upacara tertentu sahaja. Adapun begitu, fahaman dan

tanggapan sebegini telah diperjelas dan diperbetul bahawa agama Islam bukan hanya

pada upacara, prinsip, amalan mahupun sekadar dogma, malah Islam merupakan agama

yang menyeluruh termasuklah pentadbiran, ekonomi, sosial dan juga merupakan agama

bagi negara Malaysia. Fahaman G25 berbeza kerana mereka masih berpendirian dengan

teori dan prinsip kenegaraan yang lama seperti kes Tun Mohamed Salleh Abas dan Lina

Joy yang pernah berlaku sebelum ini. (http://bharian.com.my/node/106648 , diakses

pada 16 Disember 2018).

Prof Datuk Mahamad Naser Disa menasihatkan agar perkara yang berkait

dengan agama dibawa kepada pihak berkuasa untuk mengendalikannya seperti mufti.

Beliau menyatakan bahawa beliau pernah menguruskan kes penyokong dan penganut

ajaran Ayah Pin yang menentang kerajaan negeri Terengganu termasuklah kes Abdul

Kahar Ahmad yang mendakwa dirinya sebagai Rasul Melayu. Institusi fatwa berjaya

mengalahkan mereka. Kes seperti ini telah kerap kali berlaku tetapi mereka tetap

mengaku bahawa mereka Melayu Terulung seperti kumpulan G25, jadi mereka tidak

dapat menerima pendapat orang lain, dan mereka tidak menyedari kejahilan serta

kurangnya pengetahuan tetapi masih degil untuk menerima pendapat orang lain dan

tidak mahu belajar menuntut ilmu.(http://bharian.com.my/node/106648 , diakses pada

16 Disember 2018).
90

Kumpulan G25 memahami perundangan dengan pendekatan yang lama iaitu

pemahaman yang ingin memisahkan pentadbiran negara dari agama. Fahaman sebgini

boleh membawa kepada pemikiran sekular dan mereka juga beranggapan bahawa

negara kita sekular dan demokrasi sedangkan kedua-dua kalimah ini tidak pernah wujud

dalam perlembagaan negara kita, yang ada hanyalah pendekatan demokrasi. Malaysia

hanya mengamalkan demokrasi apabila hendak mengadakan Pilihan Raya, undang-

undang di Parlimen, kebebasan rakyat bersuara dan kewujudan Parlimen. Istilah

demokrasi yang kumpulan G25 turut perjuangkan ialah Hak Asasi Manusia (HAM) di

mana seseorang individu berhak ke atas hak mereka walaupun hak itu bertentangan

dengan ajaran Islam (http://bharian.com.my/node/106648 , diakses pada 16 Disember

2018).

Hak yang bertentangan dengan ajaran agama tidak diiktiraf oleh perlembagaan.

Lesbian Gay Biosexsual Transgender (LGBT), khalwat dan kebebasan yang dituntut

bertentangan dengan Islam tidak layak dipanggil sebagai hak kerana ia merupakan satu

kesalahan. Perkara ini bukan sahaja termaktub dalam Perkara 3, malah perkara ini telah

diangkat sumah oleh YDPA tetapi bagi kumpulan G25 mereka memandang rendah

terhadap Perkara 3 daripada perkara-perkara lain yang termaktub dalam perlembagaan

(http://bharian.com.my/node/106648 , diakses pada 16 Disember 2018).

Perkara 3 ialah menempatkan agama Islam sebagai agama negara di mana

penganut agama lain bebas mengamalkan agama mereka tetapi mereka perlu patut pada

Sultan sebagai ketua agama di Malaysia. Jadi, kumpulan G25 tidak berhak

mendatangkan isu atau undang-undang lain untuk menjatuhkan Perkara 3 di mana


91

termaktubnya kedudukan Sultan dalam perudangan itu.

(http://bharian.com.my/node/106648 , diakses pada 16 Disember 2018)

Pihak berautoriti agama dan orang awam boleh menjalankan hak mereka untuk

melaporkan kepada pihak berkuasa agar melakukan siasatan ke atas kumpulan G25 jika

merasakan kumpulan ini bersifat menghasut dan menggugat keharmonian umat Islam di

Malaysia. Menurut Ketua Eksekutif Pusat Penyelidikan Dan Advokasi Hak Asasi

Manusia (CENTHRA), Azril Mohd Amin, kumpulan ini mengancam kedudukan

agama Islam di Malaysia, beerti mereka juga turut menyerang dan mengancam Yang

Dipertuan Agong sebagai Ketua Agama Islam di negara ini.

(http://bharian.com.my/node/106648 , diakses pada 16 Disember 2018)

Terdapat satu Non-Govermental Organization (NGO) Islam yang dengan

menggabungkan dengan NGO-NGO Islam yang lain, NGO tersebut bernama

PEMBELA, di mana PEMBELA telah dianggotai sebanyak 80 NGO Islam di mana

NGO ini telah memenangi permasalahan dan isu-isu yang berkaitan dengan memberi

penjelasan kepada masyarakat dari semasa ke semasa tentang ajaran Islam.

4.3.2 Pengharaman buku yang dikeluarkan oleh gerakan Islam Liberal G25 oleh

kerajaan

Menurut Seksyen 16, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa sebarang

buku yang mengandungi isi kandungan yang bertentangan dengan ajaran Islam

akan dirampas.
92

Berdasarkan laporan e-Warta Persekutuan Pejabat Peguam Negara, pada 14 Jun

2017, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi telah berjaya

meluluskan pengharaman buku G25 yang bertajuk Breaking the Silence: Voices

of Moderation - Islam in a Constitutional Democracy yang telah menyentuh

kedudukan Islam dalam Perlembagaan Malaysia . Buku tersebut disekat kerana

telah menggugat dan memecahbelah keharmonian masyarakat.

Buku ini turut menyentuh isu politik dan ekonomi-kebudayaan masyarakat

Malaysia. Adapun begitu, buku ini mengandungi beberapa artikel dan telah

dipaparkan oleh oleh Marshall Cavendish International (Asia) Pte Ltd di

Singapura pada tahun 2015 buat kali pertama.

22 orang yang telah menyumbang untuk buku Breaking the Silence: Voices of

Moderation - Islam in a Constitutional Democracy, dan penyumbang itu terdiri

daripada sarjana terkenal Dr Shad Saleem Faruqi dan Chandra Muzaffar yang

merupakan profesor undang-undang Universiti Malaya, Azmi Sharom dan Ratna

Osman yang merupakan bekas pengarah eksekutif Sisters in Islam (SIS).


BAB 5

KESIMPULAN, SARANAN DAN PENUTUP

5.1 Pengenalan

Bab ini mengetengahkan perbincangan mengenai kesimpulan, saranan dan penutup ke

atas kajian yang dijalankan

5.2 Kesimpulan

Liberalisme salah satu serangan pemikiran yang ingin menguasai pemikiran umat

Islam seterusnya mengancam kedudukan Islam itu sendiri di sesebuah negara. Tanpa

kita sedari, fahaman ini semakin merebak ke dalam pemikiran umat Islam di Malaysia

yang mana pemikiran ini kelihatan lebih senang dan mudah diterima kerana wujudnya

prinsip kelonggaran dalam berijtihad iaitu dalam mentafsir dan mengulas tentang

keterangan Al-Quran dan juga Al-Hadith sama ada dalam bidang akidah dan juga

syariah mengikut pemahaman dan logik akal mereka. Bukan itu sahaja, fahaman ini

juga cuba mendominasi keseluruhan hidup manusia sama ada dari segi politik, ekonomi

mahupun sosial.

Secara amnya, kumpulan Islam Liberal tidak menunjukkan diri mereka sebagai

orang yang menyangkal agama, tetapi mereka berselindung dan bernaung di bawah

nama Islam dengan gagasan pemikiran yang menyeru kepada penyelidikan semula

agama, pentafsiran semula al-Qur’an serta penetapan semula syariat dan hukum-hukum

fiqh. Mereka memperkecil tafsiran dan ajaran daripada Rasulullah, para sahabat, tabi’
94

tabi’in serta ulama mujtahid yang menurut mereka bahawa ajaran-ajaran yang diajarkan

tidak lagi relevan dan tidak sesuai mengikut perkembangan zaman.

Fahaman Islam Liberal juga turut tersebar luas di Indonesia. Kumpulan ini

telah mencetuskan kontroversi dengan menimbulkan persoalan-persoalan yang berkait

dengan isu-isu dan hal-hal keagamaan. Mereka bangkit memperjuangkan gagasan

mereka secara berani.dan terbuka.

Di Malaysia pula, golongan G25 merupakan kumpulan yang terdiri dari 25 orang

ahli yang mana mereka mendakwa mereka sebagai wakil kepada rakyat dalam

memperjuangkan kebebasan dan Maqasid Syariah mengikut kerangka wasatiyyah.

Terdapat beberapa gagasan yang mereka perjuangkan di Malaysia. Antaranya ialah:-

1) Memansuhkan hukuman khalwat

2) Kebebasan untuk menukar jantina

3) Menghapuskan institusi agama

4) Menuntut agar kuasa mahkamahkan syariah dihadkan

5) Menuntut kebebasan hak asasi manusia mengikut logik akal mereka

6) Menolak pelaksanaan ruu 355

7) Menuntut agar pihak berautoriti agama dihapuskan

Seterusnya, pengkaji mendatangkan hujah dan dalil-dalil untuk menolak tuntutan

G25 mengikut perspektif dan pandgan Islam. Di mana tuntutan yang diminta

bercanggah dengan Al-Quran dan Al-Sunnah.


95

5.2 Cadangan

Terdapat beberapa cadangan daripada pengkaji kepada pihak-pihak yang

bertanggungjawab untuk menangani dan membanteras Islam Liberalisme G25 atas hasil

daripada kajian ilmiah yang dijalankan.

5.2.1 Peranan Institut Agama yang Berautoriti

Pengkaji mencadangkan agar pihak Institut Agama yang Berautoriti sama ada dari

badan kerajaan ataupun dari perbadanan bukan kerajaan Non-Govermental

Organization (NGO) saling bergabung dalam memastikan penyebaran agama Islam

semakin berkembang dan meluas di samping menyekat ajaran-ajaran yang bercanggah

dengan prinsip agama Islam yang boleh menggugat keharmonian umat Islam seperti

ajaran Liberalisme G25.

a. JAKIM dan Jabatan Agama Negeri

Pengkaji mencadangkan agar Jabatan Agama Kemajuan Islam Malaysia dan Jabatan

Agama Negeri seperti Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) dan yang

seangkatan dengannya yang mempunyai beberapa bahagian-bahagian kecil

dibawahnya boleh ditugaskan untuk tujuan penyekatan fahaman Liberalisme dari

terus tersebar dalam minda masyarakat Melayu seperti Bahagian Dakwah, Bahagian

Penyelidikan, Bahagian Masjid, Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang dan lain-

lain bahagian mahupun jabatan yang bertanggungjawab mengelola hal-hal

keagamaan.
96

Pihak institusi agama juga perlu bersemuka dengan golongan Liberalisme G25

dan juga aliran-aliran fahaman lain yang muncul di Malaysia ini untuk membantu

dan menyembuhkan kepercayaan mereka dek mereka lebih cenderung dan

berkeinginan untuk mengatasi batas keagaamaan dengan menerangkan dan mengulas

Islam mengikut logik akal mereka serta membantah syariat Allah, hukum-hukum

fiqh dan juga undang-undang moral agama. Pemikiran Liberalisme G25 dan yang

seangkatan dengannya yang menggugat aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ)

perlulah diselesaikan segera.

i) Mengadakan seminar

Pihak perbadanan kerajaan dan NGO boleh mengadakan forum, ceramah,

seminar, bengkel, pengajian-pengajian agama tentang serangan pemikiran yang

mengganggu keharmonian umat Islam pada masa kini dengan menjemput

penceramah, panel-panel yang berkelayakan untuk menerangkan isu ini kepada

masyarakat.

5.2.2 Pihak Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Swasta (IPTS)

Saya bercadang agar pihak IPT terutamanya Universiti Sultan Zainal Abidin

(UniSZA) sendiri memperbanyakkan bahaya rujukan tentang ideologi pemikiran

Barat lebih-lebih lagi fahaman Liberalisme kerana jika kita perhatikan bahawa

golongan belia pada hari ini mudah terpengaruh dengan budaya Barat dan mereka

cuba untuk meniru gaya kehidupan Barat. Golongan belia juga mudah

terpengaruh dan terjebak dengan slogan-slogan yang memberi kebebasan kepada


97

seseorang individu dengan tiada keterikatan dengan sebarang peraturan dan

undang-undang tradisional. Buku-buku boleh dijadikan sebagai bahan bacaan dan

pendedahan awal tentang bahaya fahaman Liberalisme.

5.2.3 Media Massa

Pada hari ini, media massa memainkan pengaruh yang sangat penting kepada

masyarakat terutamanya golongan belia yang langsung tidak boleh dipisahkan dengan

gadjet dan sentiasa mencari maklumat dengan melayari internet maklumat. Lebih

parah lagi apabila mereka mencari ilmu-ilmu agama melalui melayari internet sahaja,

sudah pasti mereka mencampur adukkan antara ajaran Islam yang benar dan juga yang

salah kerana mereka tidak mempunyai penghayatan agama dan penapis untuk

membezakan mana satu ajaran yang benar dan yang salah.

Pembabitan media massa sangat penting dalam mendedahkan maklumat

penularan fahaman Liberalisme yang menggugat akidah dan syariat umat Islam kerana

jika dibiarkan, fahaman ini terus merebak dan mempengaruhi masyarakat. Ini kerana

media mempunyai kebolehan untuk menyampaikan maklumat dengan lebih jauh

kepada seluruh peringkat umur. Dalam masa yang sama, pihak media perlu

mengurangkan program-program yang bersifat hiburan dan melalaikan dengan

memperbanyakkan rancangan-rancangan yang lebih Islamik yang boleh mendorong

umat Islam untuk mempunyai kefahaman yang mendalam terhadap ilmu agama.
98

5.4 Penutup

Melalui kajian ilmiah yang dijalankan ini, pengkaji berharap agar kertas kerja ini dapat

dimanfaatkan sepenuhnya oleh pengkaji-pengkaji yang akan melanjutkan perbincangan

mengenai Islam Liberalisme dan pengkaji berharap agar pihak berkuasa memainkan

peranan penting dalam membasmi fahaman Liberal sebelum pemikiran fahaman ini

berkembangan dengan lebih luas lagi di Malaysia.


99

Bibliografi

al-Quran

al-Hadis

Ang Kean Hua. 2016. Pengenalan Rangkakerja Metodologi dalam Kajian


Penyelidikan: Satu Kajian Kes. Faculty of Environmental Studies. Universiti
Putera Malaysia (UPM). Serdang, Selangor.

Azalina Tatar. 2015. E-Proceeding of the 2nd International Conference on Arabic


Studies and Islamic Civilization (KUL). Fahaman Islam Liberal Dan
Hubungannya Dengan Golongan Kelas Menengah. Jabatan Pengajian Umum,
Kolej Poly-Tech Mara, Alor Setar.

Azizi Yahya. 2007. Menguasai penyelidikan dalam pendidikan Islam. Kuala Lumpur.
PTS.

Daniel von Wachter. 2007. Protestant Theology. London

Farahwahida Mohd Yusof & Nur Raihan Nordin. 2008. Pandangan Gerakan Islam
Liberal Terhadap Hak Asasi Wanita Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi
Malaysia.

Hamid Fahmy Zarkasyi. 2012. Liberalism, Liberalization and Their Impacts of Muslim
Education: Special Case of Indonesian Intellectuals. Institut Studi Islam
Darussalam (ISID) Gontor Ponorogo. Indonesia.

Hartono Ahmad Jaiz & Agus Hasan Bashori. 2004. Menangkal Bahaya JIL Dan FLA.
Pustaka Al-Kautsar.

http://bharian.com.my/node/106648 , diakses pada 16 Disember 2018

http://ikimfm.my/mufti-kedah-saran-g25-dibubar/ (1 Februari 2019)

http://m.utusan.com.my/berita/nasional/g25-mahu-hukuman-khalwat-dimansuh-
1.166423 (1 Mac 2019)

https://www.g25malaysia.org/ ( 12 Disember 2018)

Ismail, M. F., Tamuri, A. H., & Jasmi, Kamarul Azmi. 2012. Pengaruh Elemen Islam
Liberal Terhadap Aqidah Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan: Satu Tinjauan
Awal in International Conference on Research in Islamic and Arabic Language
Education 2012 at Elaf Kinda Hotel Mecca, Saudi Arabia, on 1st-2nd June 2012,
p. 289-300, ISBN: 978- 967-10160-3-9.
100

John Schwarzmantel. 1998. The Age Of Ideology : Political Ideologies From The
American Revolution To Postmodern Times. London.
Kamus Bahasa Malaysia. 1998. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian Pelajaran
Malaysia. Kuala Lumpur.

Khalif Muammar. 2011. Islam dan Liberalisme. Institut Kajian Strategik Malaysia
(IKSIM). Kuala Lumpur.

Laila Rahmawati, 2017. Hak Asasi Manusia Dalam Islam. Jurnal Transformatif.
Volume 1, nombor 2, Oktober 2017. Pascasarjana IAIN Palangka Raya.
Indonesia.

Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). 2015. Gejala Agnostik Satu Ancaman Akidah,
Perpustakaan Negara Malaysia.

Mazlan Ibrahim, Latifah Abdul Majid, Jaffary Awang, Muhd Najib Abdul Kadir,
&Fadlan Mohd Othman.2003. Islamic Studies In Malaysia IPT In Addressing
Liberal. Universiti Kebangsaan Malaysia, Selangor, Malaysia

Mohammad Ariffin Ismail. 2009. Cabaran Akidah Pemikiran Islam Liberal. Kuala
Lumpur: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Mohd Aderi Che Noh, Khadijah Abdul Razak & Asmawati Suhid. 2015. Guru Muslim
dan Cabaran Ideologi Muslim: International Journal Of Islamic Studies And
Arabic Language Education.

Mohd Aderi Che Noh, Khadijah Abdul Razak. Asawati Suhid. 2015. Guru Muslim dan
Cabaran Ideologi Liberalisme. Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Putera
Malaysia.

Mohd Hambali Rashid, Siti Suhaila Ihwani, Nik Mohd Zaim Ab Rahim, Zaharah
Mustaffa, Aminuddin Hehsan, Zulkifli Tukiman. 2017. Pengaruh Liberalisme
Terhadap Masyarakat Islam Di Lembah Klang: Tinjauan Awal Pengaruh Dan
Faktor Penularan. Ayer Keroh. Melaka.

Mohd Shairawi Mohd Noor. 2017. Pengaruh Pemikiran Liberal Dalam Media Sosial.
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, Selangor.

Muammar Khalif. 2009. Atas Nama Kebenaran-Tanggapan Kritis Terhadap Wacana


Islam Liberal. Kajang, Selangor: Institut Alam Dan Ketamadunan Melayu
(ATMA) Universiti Kebangsaaan Malaysia. Selangor.

Muhammad Bin Mohd Zin@Zakaria (2017). Penyebaran Fahaman Liberalisme Dalam


Portal Berita Online Di Malaysia. Jabatan Dakwah Dan Usuluddin Fakulti
Pengajian Peradaban Islam Kolej Universiti Islam Antarabangsa, Selangor.

Muhammad Bin Mohd Zin@Zakaria. 2017. Penyebaran Fahaman Liberalisme Dalam


Portal Berita Online Di Malaysia. Jabatan Dakwah Dan Usuluddin. Kolej
Universiti Islam Antarabangsa Selangor.
101

Muhammad Nazmi Abdul Halim, Jaffary Awang, Muhammad Helmy bin Abdul Gapar.
2016. Tahap Pengetahuan Rakyat Malaysia Terhadap Asas Agama-Agama
Dominan Di Malasyia: Kajian Lapangan di Negeri Kedah dan Selangor.

Muhammad Nur Manuty. 2006. Fenomena Pemikiran Islam Liberal Dan Implikasinya
Kepada Kedudukan Islam Dan Penganutnya Di Malaysia: Beberapa Refleksi.
Pusat Kajian Modeniti dan Masyarakat Sivil (CESMACS), Kuala Lumpur.

Norayu Basir Universiti Malaysia Perlis. 2012. Perpaduan Etnik Menerusi Penggunaan
Bahasa Melayu.

Nur Farhana Abdul Rahman & Nur Solehah Shapiee. 2018. Autoriti Agama Di
Malaysia: Kedudukan Dan Kritikan. International Journal Of Islamic Thought.
Vol. 14: (Dec.) 2018. Selangor

Ramli Awang. 2012. Akidah Kehidupan Muslim Analisis Aspek-Aspek Penyelewengan.


Universiti Teknologi Malaysia

Shahirah Abdu Rahim & Mohd Safri Ali . 2018. Liberalisme Agama Di Malaysia: Satu
Sorotan Literatur. Prosiding Seminar Antarabangsa Al-Quran Dalam Masyarakat
Kontemporari 2018.

Shahrul Nazmi Sannusi & Nurimanah Seman. 2018. Pembingkaian Isu Liberalisme
Agama Dalam Portal Berita Di Malaysia.

Tengku Intan Zarina Tengku Puji & Muhd. Najib Abdul Kadir. 2013. Kritikan Muslim
Liberal Terhadap Ulum al-Quran: Suatu Kecenderungan Baru dalam Tafiran al-
Quran. Jurnal Islamiyyat

Tesaurus Bahasa Melayu Dewan Edisi Baharu. 2010. Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kuala Lumpur.

Wan Adli Wan Ramli. 2012. Bahaya Liberalisme Dan Pluralisme Agama. Majlis
Agama Islam Negeri Johor, Johor.

Wan Adli Wan Ramli. 2014. Menangani Cabaran Liberalisme dalam Kalangan Muslim
Berdasarkan Konsep Ijmak. Program Wacana Ilmu Siri 1/2013. Universiti Putra
Malaysia.Tengku Intan Zarina Tengku Puji & Muhd. Najib Abdul Kadir. 2013.
Kritikan Muslim Liberal Terhadap Ulum al-Quran: Suatu Kecenderungan Baru
dalam Tafiran al-Quran. Jurnal Islamiyyat 35(2): 83-88.

Zamihan Mat Zin. (2006). Ancaman Liberalisme Dan Pluralisme. Kertas Kerja Seminar
300 Wacana Ahli Sunnah Wal Jamaah. Anjuran Jabatan Agama Islam Pahang, 21
Jun.

Anda mungkin juga menyukai