Anda di halaman 1dari 22

CAWANGAN SELANGOR, KAMPUS PUNCAK ALAM

FAKULTI PERNIAGAAN DAN PENGURUSAN

FALSAFAH DAN ISU SEMASA


CTU552 - BA36

TAJUK:
ARTIKEL 1: ISU-ISU AGAMA DAN SEKULARISME DALAM RUANG SOSIO-
POLITIK DI MALAYSIA

ARTIKEL 2: SEKULARISME: FAKTOR, PENYEBARAN DAN LANGKAH


MENGATASINYA DARI SUDUT PANDANG ISLAM

DISEDIAKAN OLEH:

NUR ASSIQEN BINTI SELAMAT 2021106059

SITI FARIZA SAFIRA BINTI SAHIBON 2021106073

SITI SYAHIRAH BINTI AHMAD 2021124003

NIK NUR SHALIHAH BINTI KAMAL 2021106683

NUR IZZAH AFRINA BINTI ARSHAD 2021122485


Tugasan Ulasan Artikel dihantar kepada Ustazah Zainur Nadiyah Binti Baharudin dalam
memenuhi sebahagian keperluan untuk

CTU552 (FALSAFAH & ISU SEMASA)

Penilaian Markah Ulasan Artikel

Pengenalan /4

Isi & Huraian /12

Cadangan/Komentar /4

Bibliografi/ Rujukan /5

Etika & Moral Profesional /5

Jumlah /30

Tarikh dihantar:
21 JUN 2021
PENGAKUAN PELAJAR

“Saya akui tugasan kerja kursus ini adalah hasil kerjasama kami bersama, segala hasil
yang dilakukan merujuk disiplin ilmu yang sebenar serta berdasarkan sumber rujukan
yang berautoriti”

BIL NAMA TANDATANGAN CATATAN

1. NUR ASSIQEN BINTI SELAMAT Penghargaan, Isi


2021106059 kandungan, Artikel
1
Hasil kajian dan
Ulasan kritis

2. SITI FARIZA SAFIRA BINTI SAHIBON Pengenalan


2021106073 Artikel 1
Objektif, Teori,
Metodologi

3. SITI SYAHIRAH BINTI AHMAD Cadangan dan


2021124003 komentar, Penutup

4. NIK NUR SHALIHAH BINTI KAMAL Artikel 2


2021106683 Objektif, Teori,
Metodologi
Hasil kajian

5. NUR IZZAH AFRINA BINTI ARSHAD Hubungkait Artikel


2021122485 1 dan Artikel 2

I
PENGHARGAAN

Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi kerana dengan izin kurnianya dapat kami
menyempurnakan tugasan bagi subjek CTU 552 ini dengan jayanya tanpa ada sebarang masalah.

Pertama, kami amat berbesar hati untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada
Ustazah Zainur Nadiyah Binti Baharudin kerana telah meletakkan sepenuh kepercayaan beliau
kepada kami untuk menyempurnakan tugasan ini.

Selain itu, kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada penulis-penulis artikel yang
telah menghasilkan karya-karya yang bermanfaat lagi berilmu untuk kami rujuk dalam
menyiapkan tugasan kami.

Tidak lupa juga ribuan terima kasih kepada ibu bapa kami yang sentiasa memberi
sokongan dan dorongan dari segi fizikal dan mental kepada kami untuk menyempurnakan
tugasan yang diberikan dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Akhir kalam, kami harap tugasan yang disempurnakan oleh kami mencapai standard dan
menepati kriteria-kriteria yang ditetapkan, justeru mendapat markah yang selayaknya.

II
ISI KANDUNGAN

BIL ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

Pengakuan Pelajar I

Penghargaan II

1.0 Pengenalan 1

Isi dan Huraian

Artikel 1: Isu-isu Agama Dan Sekularisme Dalam 2-5


Ruang Sosio-politik Di Malaysia

● Objektif dan Tema


2.0 ● Teori atau Model
● Metodologi
● Hasil Kajian
● Ulasan Kritis

Artikel 2: Sekularisme: Faktor, Penyebaran Dan 6-9


Langkah Mengatasinya Dari Sudut Pandangan
Islam

● Objektif dan Tema


● Teori atau Model
● Metodologi
● Hasil Kajian
● Ulasan Kritis

3.0 Hubungkait Artikel 1 dan Artikel 2 10-12

4.0 Cadangan dan Komentar 13-14

5.0 Penutup 15

Rujukan 16

Lampiran Turnitin 17
1.0 PENGENALAN

Artikel yang pertama bertajuk Isu-Isu Agama dan Sekularisme Dalam Ruang Sosio-
Politik Di Malaysia yang telah diterbitkan oleh Geografia Malaysian Journal of Society and
Space pada 2016. Artikel ini telah ditulis oleh Azmi Aziz. Artikel ini tertumpu kepada
pembahasan tentang isu-isu agama yang berkait-rapat dengan aliran sekularisme yang diterapkan
dalam masyarakat oleh golongan sekular di Malaysia.

Artikel kedua pula bertajuk Sekularisme: Faktor, Penyebaran Dan Langkah Mengatasinya
Dari Sudut Pandang Islam yang diterbitkan oleh International Journal of Humanities,
Philosophy, and Language pada Disember 2019. Artikel ini ditulis Mohd Yusri Bin Ibrahim.
Artikel ini mengupas secara terperinci tentang faktor kebangkitan fahaman sekularisme serta
bagaimana ideologi barat ini disebarkan kepada umum dan usaha yang boleh dilakukan untuk
mengatasi penyebaran ini daripada segi pandangan Islam.

Setelah mengkaji dan meneliti kandungan kedua-dua artikel ini, kami dapat
mengkonklusikan bahawa artikel-artikel ini adalah kesinambungan antara satu sama lain. Artikel
pertama memfokuskan kepada perbincangan berkaitan sekularisme yang tersemat dalam
kalangan masyarakat khususnya di Malaysia. Manakala, artikel kedua membahaskan sekularisme
secara lebih mendalam seperti dari mana asal-usulnya dan bagaimana ia boleh tersebar secara
meluas di dunia ini dan mengancam kewibawaan agama dalam memberikan seseorang itu
pegangan dalam menjalani kehidupan. Secara keseluruhannya , kedua-dua artikel ini
menekankan pentingnya untuk rakyat mengambil tahu tentang fahaman sekularisme dan isu-isu
semasa yang berlaku di sekeliling. Hal ini supaya, mereka sedar dimanakah kepincangan aliran
ini dalam menentukan hakikat kehidupan ketika golongan sekular cuba memisahkan agama dari
sistem pentadbiran negara.

Disamping itu, artikel ini juga telah membuka mata kami bahawa generasi muda perlu
berganding bahu menangkis aliran ini daripada diterapkan secara menyeluruh dalam sistem
pemerintahan negara. Generasi muda adalah aset negara yang akan menguasai dan mentadbir
negara ini pada masa hadapan. Maka betapa pentingnya untuk mencorakkan generasi muda ini
dengan nilai-nilai keagamaan yang mulia agar negara kita tidak tewas dengan ideologi barat
yang tidak kukuh asas dan jatinya.

1
2.0 ISI DAN HURAIAN

Artikel 1: Isu-isu agama dan sekularisme dalam ruang sosio-politik di Malaysia

OBJEKTIF DAN TEMA

Objektif yang ingin dicapai daripada artikel yang pertama ini ialah untuk menelusuri isu-
isu agama dan sekularisme dalam ruang sosio-politik di Malaysia dan menghimpunkan
huraiannya kepada pembaca. Disamping itu, penulis juga menerangkan secara ringkas apakah itu
sekularisme dan mengapa ideologi ini menolak unsur agama dan tradisi dalam berfikir secara
bebas. Tema yang diwujudkan oleh penulis ialah mengenai adakah isu-isu sekularisme yang
berlaku di Malaysia berjaya menjadikan negara ini mengadaptasikan fahaman sekular ini secara
menyeluruh. Penulis mengetengahkan bagaimana British cuba menerapkan ideologi moden-
sekular dalam urusan sistem pemerintahan di Malaysia

TEORI ATAU MODEL

Teori dan tema yang diaplikasi di dalam kajian ini adalah teori modenisasi. Modenisasi
adalah satu istilah yang digunakan untuk menggambarkan perihal kemajuan dan kemodenan
yang melibatkan masyarakat dunia secara menyeluruh. Modenisasi itu dikata melingkungi semua
aspek kehidupan manusiawi yang meletakkan gaya hidup barat sebagai fokus dan tanpa disedari
mampu memberikan impak yang besar dalam mendominasi masyarakat melalui pelbagai aspek
termasuk gaya pemikiran dan kehidupan, tradisi yang sekian lama dipertahankan serta aspek
sosial.

Teori ini mempunyai perkaitan yang dekat dengan ideologi sekularisme yang diterapkan
secara halus di dalam jiwa segenap masyarakat. Sebelum kedatangan fahaman sekularisme ini
menggoyahkan jati diri masyarakat, mereka sangat berpegang teguh pada budaya dan tradisi
yang diwarisi dan sentiasa sedia mempertahankan tradisi dan agama. Kehidupan mereka sukar
untuk dipengaruhi oleh perubahan yang berlaku di luar ruangan sosial mereka.

Ahli akademik Al-Atas (1972) berpandangan bahwa modernisasi pada masa kini berkait
rapat dengan pembangunan rasionalisme dan aplikasi sains dan teknologi dalam membina
kehidupan masyarakat yang lebih moden. Sekularisme dikatakan adalah satu pendekatan yang

2
sesuai dan bertepatan bagi membentuk masyarakat moden. Golongan sekular percaya dan
berpegang bahawa setiap individu berhak memiliki kebebasan dalam berfikir. Namun apa yang
menggusarkan adalah ideologi yang dipegang memberi kesan yang buruk kepada ekonomi
negara dan rakyat. Kebarangkalian untuk rakyat Malaysia dimonopoli dan didominasi oleh
bangsa penjajah semakin tinggi. Akibat daripada lemahnya pertahanan masyarakat dalam
menangkis fahaman ini terus diterap dalam segenap lapisan sosial.

Pembaratan atau pemodenan adalah dua idea yang mempunyai hubung kait antara satu
sama lain. Proses pembaratan ini sudah lama dijalankan di negara-negara Eropah apabila mereka
cuba untuk mendominasi kuasa dan mengatasi antara satu sama lain. Dalam proses untuk
menguasai kuasa masyarakat bukan barat, tradisi serta identiti yang bercanggah dari pemikiran
barat telah dicabul dan musnah tanpa kompromi. Oleh sebab itu, sejarah menunjukkan betapa
ramai negara-negara bukan barat telah dijajah oleh pihak ini dan merubah sistem serta struktur
sosial mereka. Pemusnahan ini telah membuka ruang bagi Barat untuk menyebarkan pemikiran
mereka dan memberi impak transformasi yang amat besar bagi masyarakat tersebut.

METODOLOGI

Bagi memastikan objektif kajian tercapai, kaedah yang digunakan adalah kaedah
penyelidikan kualitatif. Secara khususnya, kajian kualitatif merujuk kepada kaedah untuk
mendalami mengapa manusia lebih terdorong ke arah sesuatu karakter dalam berdepan sesuatu
hal. Teknik ini sering kali digunakan untuk menerokai sains kemanusian. Cresswell (2009)
menyatakan penyelidikan kualitatif sebagai ‘tujuan untuk mempelajari dan memahami maksud
sebenar individu atau kumpulan dalam menerangkan masalah sosial atau manusia itu sendiri’.
Dengan mendalami perilaku seseorang individu atau masyarakat akan membantu mencari
dimanakah titik kekuatan bagi menangkis fahaman sekularisme ini serta titik kelemahan yang
membuatkan masyarakat berjaya dipengaruhi.

Disamping itu, kaedah penyelidikan kualitatif ini juga, amat membantu dalam
mengenalpasti masalah dan isu yang timbul daripada penerapan aliran sekularisme ini. Golongan
sekular menyebarkan fahaman pemikiran bebas iaitu bebas daripada terikat dengan apa-apa
unsur seperti agama dan tradisi yang boleh menyebabkan pemikiran mereka dipengaruhi. Tanpa
merujuk kepada sumber-sumber yang diiktiraf seperti Al-Quran dan sunnah bermaksud

3
seseorang yang beragama Islam itu telah menafikan kuasa Allah sebagai kuasa yang mutlak yang
memberikan manusia pegangan dan petunjuk untuk membuat keputusan yang terbaik bukan
sahaja untuk diri sendiri malah bagi kemaslahatan masyarakat dan negara. Jika terdapat aktiviti
sosio-politik yang bercanggah dengan ajaran Islam, maka perlulah dicegah supaya akidah orang
yang beragama dapat dipertahankan.

HASIL KAJIAN

Kemunculan sekularisme dan isu isu agama dan sekularisme dalam ruang sosio politik di
Malaysia adalah dua fokus utama yang dapat kami peroleh berdasarkan kajian ini.

Fokus yang pertama ialah kemunculan sekularisme di Malaysia. Sekularisme telah


bertapak di Malaysia adalah disebabkan oleh kedatangan British. Pada zaman penjajahan British,
British hanya mentadbir kerajaan manakala perkara-perkara berkaitan agama Islam dan adat
resam orang Melayu ditadbir oleh sultan. Kerangka sekularisme telah digunakan dalam
perjanjian antara British dan Tanah Melayu pada ketika itu. Oleh itu, tidak hairanlah terdapat
unsur sekularisme dalam pentadbiran Malaysia, hasil daripada menuntut ilmu pentadbiran
dengan British. Namun demikian, British tidak berjaya menjadikan Malaysia seperti negara-
negara moden yang lain kerana rakyat Malaysia mempunyai identiti yang mesra agama justeru
menyebabkan agama tidak boleh dipisahkan dengan mereka.

Antara isu-isu yang timbul di Malaysia ialah dua falsafah iaitu agama dan sekularisme
cuba merebut ruang konseptual sosio-ekonomi-politik. Ia juga mengakibatkan konflik
konseptual yang tidak berpenghujung dalam kehidupan rakyat Malaysia justeru meninggalkan
kesan terhadap kehidupan ukhrawi. Selain itu, dua falsafah pendidikan yang sangat berlainan
juga turut cuba disatukan oleh Malaysia pada masa kini. Sebagai contoh, tertubuhnya dua
universiti yang berteraskan sains, iaitu universiti sains konvensial dan universiti islam. Telah
wujudnya persoalan tentang perbezaan ilmu sains yang meraka pelajari. Isu yang kedua ialah,
pelajar-pelajar sekarang telah ditetapkan untuk mempelajari mata pelajaran yang berteraskan
falsafah sekular sekaligus menyebabkan mereka menafikan kewujudan Tuhan. Walaupun
mempelajari mata pelajaran tersebut, mereka masih melakukan aktiviti misalnya solat hajat dan
tahlil untuk memohon keberkatan dari Tuhan sempena menduduki peperiksaan. Telah wujud

4
persoalan di dalam isu ini, adakah mereka berhak meminta pertolongan Tuhan sedangkan
mereka mempelajari mata pelajaran yang menolak kewujudan Tuhan.

Dapat disimpulkan, falsafah sekularisme telah menjadi sebati dalam kehidupan rakyat
Malaysia pada masa kini kesan daripada penjajahan British pada dulu kala. Isu isu ini perlu
diberikan perhatian sebelum ia melarat menjadi nanah dalam negara.

ULASAN KRITIS

Objektif kajian ini dilakukan adalah untuk menerangkan bagaimana falsafah sekularisme
diadaptasi di Malaysia dan isu-isu yang berkaitan dengannya. Kesan daripada kajian ini, dapat
dikenal pasti bahawa terdapat satu faktor yang mengakibatkan wujudnya falsafah sekularisme di
Malaysia iaitu penjajahan British di Tanah Melayu.

Selain itu, isu-isu yang diketengahkan juga amat manarik perhatian masyarakat kerana ia
serasi dengan keadaan umat Islam pada masa sekarang yang tidak dapat membezakan falsafah
agama dan sekularisme seterusnya menyebabkan kehidupan seharian menjadi sebati dengan
ajaran sekularisme. Perkara ini amat merbahaya kepada umat Islam kerana jelaslah bahawa
falsafah agama dan sekularisme adalah sesuatu falsafah yang bertentangan dimana falsafah
agama merupakan falsafah yang mempercayai kewujudan Tuhan manakala sekularisme adalah
sebaliknya.

Kesimpulannya, isu-isu yang dikupas oleh penulis amat bernas dan realistik kerana ia
membuktikan realiti umat Islam di Malaysia pada zaman sekarang. Dengan kewujudan kajian-
kajian seperti ini, ia sedikit sebanyak memberikan kesedaran kepada umat Islam tentang
ancaman falsafah sekularisme di sesebuah negara dan masyarakat. Tuntasnya, kajian-kajian yang
dijalankan oleh penulis dapat diambil dan dijadikan rujukan kepada golongan yang
mempersoalkan tentang fahaman sekularisme yang berleluasa sekarang.

5
Artikel 2: Sekularisme: Faktor, Penyebaran Dan Langkah Mengatasinya Dari Sudut
Pandangan Islam

OBJEKTIF & TEMA

Objektif yang ingin dicapai daripada artikel ini ialah untuk menyiasat kewujudan
serangan fahaman Barat terhadap fikiran Muslim terutamanya tentang sejarah dan memahami
kemunculan sekularisme di Barat, ciri-ciri dan ajaran doktrin, bentuk penyerapan dalam bidang
kehidupan dan implikasi atau kesan ke atas agama dan langkah mengatasi dari perspektif Islam.
Tema yang diwujudkan ialah adakah hasil daripada penjajahan Barat telah melahirkan pelbagai
fahaman terbuka yang bertentangan dengan nilai-nilai Islam yang luhur dan murni yang
menafikan kewujudan sistem Islam dalam mengatur kehidupan ummah?

TEORI ATAU MODEL

Teori dan model yang diaplikasi dalam artikel ini, antaranya ialah teori dari Martin
Luther yang meminta agar tugas yang berkaitan dengan pentadbiran diserahkan kepada “Kaisar”.
Selain itu, beliau juga meminta agar membiarkan tugas berkaitan dengan agama dilakukan oleh
para paderi di gereja sahaja. Masyarakat dunia pada hari ini yang menganggap agama hanyalah
sebahagian daripada disiplin ataupun hanyalah aspek yang setara dengan sejarah, ekonomi dan
politik adalah salah satu amalan penyisihan agama.

Teori ajaran sekularisme juga telah melatih para menganutnya agar tidak mementingkan
hal-hal akhirat yang mana secara tidak langsung melatih mereka untuk mencari kehidupan di
dunia semata mata. Hal ini kerana, mereka menganggap bahawa urusan akhirat adalah perkara
yang kedua selepas hal berkaitan kehidupan di dunia. Oleh itu, sekularisme telah membawa
penganutnya kepada beberapa ideologi lain yang berbeza dengan agama lain yang
mementingkan kehidupan di dunia dengan mengenepikan unsur kehidupan agama sebagai
masalah individu, umpamanya ideologi materialisme, individualisme, kapitalisme dan
individualistik, komunisme, Feminisme.

6
Seterusnya adalah teori Machiavelli. Teori Machiavelli ini merupakan dasar yang
dipegang oleh ideologi “Ends Justify The Means” yang memberi maksud matlamat
menghalalkan cara. Ini bersesuaian dengan ciri sekularisme yang memperjuangkan ciri-ciri yang
bersifat kebebasan, kebahagiaan dan kebebasan yang tiada bersempadan. Sekularisme
mempunyai teori yang bercirikan tidak tetap dan tidak mutlak. Sistem perundangan dan
pemerintahan secara sekuler tidak mempunyai teras yang tetap dan mutlak, malah sentiasa
berubah-ubah mengikut kepentingan dan masa tanpa ada sebarang garis panduan yang mutlak.
Sebagai contoh, pandangan sekular terhadap perbuatan zina sentiasa berubah sejak dari abad ke-
15 masihi sehinggalah kini.

METODOLOGI

Kaedah kajian yang digunakan untuk mencapai objektif kajian ini ialah dengan
menggunakan kaedah dokumentasi. Hal ini kerana, perkara yang berkaitan dengan fahaman
sekularisme akan mudah untuk diperolehi melalui tulisan jurnal dan kitab tafsir. Melalui kaedah
ini, maklumat yang diperolehi dapat membantu dalam proses mengkaji dan meneliti sejarah
kemunculan sekularisme di barat. Selain itu, maklumat berkaitan dengan faktor fahaman
sekularisme yang bertentangan dengan agama Islam juga akan diperolehi melalui kaedah ini.
Dengan maklumat yang diperolehi melalui kaedah ini tentang sejarah kemunculan dan faktor
fahaman sekularisme disimpulkan bahawa pemikiran mengenai kewujudan sesuatu perkara itu
dari fitrah manusia sendiri. Oleh itu, umat Islam haruslah berjaga-jaga dalam menangani
fahaman-fahaman yang bertentangan dengan Islam terutamanya hal yang berkaitan dengan
fahaman sekularisme. Hal ini kerana fahaman tersebut bertentangan dengan ajaran islam yang
mampu menyesatkan mereka.

Selain itu, kaedah dokumentasi juga amat membantu dalam mengenalpasti ciri-ciri dan
doktrin ajaran sekularisme serta bidang penyebaran dan bentuk penyerapan sekularisme dalam
kehidupan yang bertentangan dengan ajaran agama Islam. Antara ciri-ciri fahaman sekularisme
ialah berkaitan dengan pemisahan antara agama dan nilai kerohanian. Fahaman yang kedua ialah
kekuasaan sebagai kebebasan mutlak dan institusi agama hanya khusus untuk urusan ketuhanan
semata-mata. Antara bidang penyerapan sekularisme dalam kehidupan ialah bidang Pendidikan,
bidang penulisan media massa dan bidang undang undang. Dengan adanya maklumat seperti ini,
masyarakat akan lebih memahami berkaitan isu sekularisme ini agar dapat membendung diri

7
daripada percaya dengan fahaman-fahaman negatif pada masa kini dan akhirnya menyebabkan
mereka terikut untuk mengamalkan ajaran ini.

Akhir sekali, kaedah ini juga dapat menggariskan pelbagai implikasi dan kesan
sekularisme terhadap keluhuran beragama di kalangan umat islam serta langkah-langkah untuk
mengatasi fahaman sekularisme dari sudut pandangan islam. Fahaman sekularisme ini secara
tidak langsung telah menimbulkan banyak pengaruh negatif berbanding positif kepada dunia
Islam, terutamanya dari aspek pemikiran akidah. Maklumat yang terdapat di dalam jurnal,
artikel dan buku ini sedikit sebanyak dapat membantu untuk menyenaraikan implikasi dan kesan
sekularisme terhadap keluhuran agama di kalangan umat islam dan langkah-langkah untuk
mengatasi fahaman sekularisme dari sudut pandangan islam.

HASIL KAJIAN

Bidang penyebaran sekularisme dan langkah mengatasi fahaman sekularisme dari sudut
pandangan islam adalah antara dua fokus utama dalam meneliti artikel ini.
Antara bidang penyebaran sekularisme ialah bidang Pendidikan. Bidang Pendidikan telah
meringankan sukatan pembelajaran agama atas nama kemajuan akademik yang juga merupakan
faktor bidang dan bentuk penyerapan sekularisme. Hal ini bertujuan untuk melemahkan
kepribadian para pelajar Islam dengan hanya menjalankan pengajian islam yang tertumpu kepada
pengajian bersifat spiritual sahaja. Selain itu, menggalakkan percampuran jantina lelaki dan
perempuan ketika pengajian juga salah satu faktor penyebaran sekularisme. Hal ini berlaku
kerana, mereka mendakwa bahawa percampuran ini akan dapat mematangkan pemikiran akan
tetapi telah menjadi salah salah satu faktor terjadinya masalah sosial antara pelajar yang bahaya
akibat dari percampuran ini.
Selain itu, penyebaran sekularisme melalui media massa. Media massa seharusnya
memainkan peranan penting dalam menyampaikan perkara agar tidak menjatuhkan martabat,
maruah dan minda seseorang. Hal ini kerana, media massa adalah saluran pilihan ramai untuk
mendengar, membaca dan menonton melalui program-program yang disediakan. Media massa
memainkan peranan yang penting untuk menyeru manusia melakukan perbuatan yang baik serta
menyampaikan kebenaran. Malah, media massa pada hari ini amat mengecewakan kerana
mereka telah menjadi salah satu medan untuk perkara negatif seperti maksiat, fitnah dan juga

8
agen perosak sosial masyarakat. Oleh itu, media massa seharusnya kerap untuk menyiarkan
tentang perkara-perkara baik seperti rancangan berkaitan dakwah dan nilai-nilai murni agar dapat
membantu perkembangan minda dan pengamalan dengan akhlak Islam.

Akhir sekali ialah langkah mengatasi fahaman sekularisme dari sudut pandangan islam.
Antaranya ialah ahli ahli yang menerima fahaman sekularisme mestilah menelaah ajaran Islam
dengan lebih mendalam agar mereka dapat memahami semula semua suruhan dan kewajiban
sebagai hamba Allah SWT. Selain itu, golongan ilmuan Islam haruslah mengadakan kelas
pengajian agama. Melalui kelas ini, mereka perlu berusaha untuk menyedarkan pelajar mereka
tentang bahayanya sekularisme. Hal ini kerana, dengan melalui pengajaran ini, para pelajar dapat
mempelajari ilmu dan prinsip-prinsip Islam yang sebenar supaya mereka tidak melakukan
perkara yang bercanggah dengan ajaran Islam.

ULASAN KRITIS

Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk mengenalpasti fenomena serangan pemikiran
Barat terhadap fikiran Muslim khususnya sejarah dan memahami kemunculan sekularisme di
Barat, ciri-ciri dan ajaran doktrin, bidang dan bentuk penyerapannya dalam kehidupan, implikasi
atau kesan ke atas supremasi agama dan langkah mengatasi dari perspektif Islam.

Isu berkaitan sekularisme ini sangat menarik kerana fenomena serangan pemikiran Barat
ke atas umat Islam pada masa kini amat membimbangkan. Ideologi yang menyesatkan (ghazwah
al-fikr) yang melanda fikiran Muslim di kebanyakan negara Islam selepas fasa kolonialisme
Barat. Hasil daripada penjajahan Barat dalam dunia Islam telah melahirkan pelbagai fahaman
terbuka yang bertentangan dengan nilai-nilai Islam yang luhur dan murni yang menafikan
kewujudan sistem Islam dalam mengatur kehidupan ummah.

Akhir sekali, kandungan kandungan yang diutarakan oleh penulis dalam kajian ini sangat
relevan kerana dapat memberi ilmu pengetahuan kepada para pembaca. Dengan adanya kajian
seperti ini, ia dapat menyedarkan umat Islam tentang bahayanya fahaman seperti sekularisme
yang bercanggah dengan konsep agama Islam. Oleh itu, kajian yang dilakukan oleh penulis dapat
membantu mereka yang masih keliru berkaitan dengan fahaman sekularisme.

9
3.0 HUBUNGKAIT ARTIKEL 1 DAN ARTIKEL 2

Setelah selesai meneliti dan mendalami kajian hubungan diantara kedua dua artikel ini, kami
bersetuju bahawa kemerosotan moral dan akhlak umat Islam juga berpunca daripada kewujudan
berbagai-bagai ideologi dan fahaman Barat, salah satunya ialah fahaman sekularisme. Secara
tidak langsung, perkara ini juga telah meningkatkan kesedaran dalam diri kami tentang
bahayanya fenomena ini terhadap pemikiran Muslim dengan adanya serangan pemikiran Barat
atau khususnya lebih dikenali dengan istilah sekularisme seperti yang berlaku di Malaysia
mahupun di seluruh dunia. Artikel satu telah mengupas berkenaan isu- isu agama dan
sekularisme dalam ruang sosio-politik di Malaysia. Artikel satu ini lebih tertumpu kepada
pembahasan tentang isu-isu agama yang berkait-rapat dengan aliran sekularisme yang diterapkan
dalam masyarakat oleh golongan sekular di Malaysia. Manakala, artikel dua pula menyentuh
perbincangan menyeluruh, mengenai sekularisme bermulanya daripada faktor, penyebaran
sehinggalah ke langkah- langkah mengatasi dari sudut perspektif Islam. Artikel yang kedua ini
mengupas secara terperinci tentang faktor kebangkitan fahaman sekularisme serta bagaimana
ideologi barat ini disebarkan kepada umum dan usaha yang boleh dilakukan untuk mengatasi
penyebaran ini daripada segi pandangan Islam.

Melalui sudut pandangan dari segi teori atau modal, terdapat perbezaan yang telah digunakan
dalam kedua-dua kajian ini. Dalam artikel satu, teori atau model yang diaplikasi di dalam kajian
ini adalah teori modenisasi. Dalam artikel dua pula, terdapat pelbagai teori ataupun model yang
digunapakai dalam kajian artikel ini, seperti teori dari Martin Luther dan teori Machiavelli. Teori
dalam kajian artikel satu ia berpandangan bahwa modernisasi pada masa kini berkait rapat untuk
membina kehidupan masyarakat yang lebih moden dalam segi pembangunan rasionalisme dan
aplikasi sains serta teknologi. Justeru itu, peratus untuk pemikiran rakyat Malaysia dikuasai dan
dimonopoli oleh agenda pembaratan bangsa penjajah semakin tinggi apabila diselitkan juga
penyebaran fahaman sekularisme demi mencapai teras kemodenan. Manakala, teori dalam kajian
artikel dua pula iaitu teori Martin Luther dan teori Machiavelli masing-masing menjadikan
pegangan fahaman sekularisme sebagai prinsip hidup mereka dengan melatih para menganutnya
supaya tidak memikirkan dan mementingkan perihal berkaitan akhirat malah dengan secara
tidak langsung dapat menarik tumpuan mereka untuk lebih mencari kehidupan hanya di dunia
semata mata walhal yang bersifat sementara sahaja.

10
Metodologi kajian yang diaplikasikan dalam kedua-dua artikel ini turut mempunyai
perbezaan. Kajian dalam artikel satu menggunakan kaedah penyelidikan kualitatif. Kajian
kualitatif ini merupakan kaedah untuk lebih menyelami mengapa manusia mudah terjerumus ke
arah sesuatu karakter dan sifat dalam mendepani sesuatu hal. Manakala kajian dalam artikel dua
pula dijalankan dengan menguna kaedah dokumentasi iaitu melalui pencarian jurnal dan
pembacaan kitab tafsir. Hal ini kerana perkara-perkara yang berkaitan dengan ideologi mudah
diperolehi melalui kaedah dokumentasi. Walaubagaimanapun, kedua-dua artikel ini mempunyai
persamaan apabila kedua-duanya membincangkan tentang perihal yang sama iaitu ancaman
sekularisme yang boleh membawa kepada kemudaratan dalam sesebuah agama yang berlaku di
luar negara mahupun Malaysia. Cumanya, kajian dalam artikel satu ini lebih tertumpu kepada
pembahasan tentang isu-isu agama yang berkait-rapat dengan aliran sekularisme yang diterapkan
dalam masyarakat oleh golongan sekular di Malaysia manakala kajian dalam artikel dua pula
mengupas secara lebih terperinci tentang faktor kebangkitan fahaman sekularisme serta
bagaimana ideologi barat ini disebarkan kepada umum dan usaha yang boleh dilakukan untuk
mengatasi penyebaran ini daripada segi pandangan Islam. Oleh hal yang demikian, kupasan
daripada kedua-dua artikel ini, dapat kita saksikan bahawa kajian yang dijalankan adalah
bertujuan untuk menepis dan menghindari segala ancaman dan fahaman sekularisme dalam
pemikiran manusia terutamanya Muslimin dan Muslimah diseluruh dunia ataupun di Malaysia
agar tidak terpengaruh dengan fahaman-fahaman yang bercanggah dengan ajaran Islam dan
berpegang teguh pada ajaran yang benar dan nyata.

Melalui dari segi hasil kajian pula, kajian dalam artikel satu dapat menyaksikan bahwa
kedatangan si penjajah British di tanah melayu ini telah menjadi salah satu asbab dan punca
mengapa fahaman sekularisme ini boleh tersebar di Malaysia. Malah, dalam perjanjian antara
British dengan kerajaan di Tanah Melayu juga Kerangka sekularisme telah digunakan. Maka,
terdapatlah unsur- unsur sekularisme dalam pentadbiran Malaysia melalui perolehan ilmu
pentadbiran dengan British. Walaubagaimanapun, nasib menyebelahi rakyat Malaysia kerana
negara ini mempunyai identiti yang mesra agama justeru itu, British tidak berjaya menjadikan
Malaysia seperti negara-negara moden yang lain disebabkan rakyat Malaysia tidak boleh
berpisah dengan agama mereka. Selain itu, hasil daripada kajian artikel satu ini juga mendapati
timbulnya konflik konseptual yang tidak berkesudahan apabila wujudnya perebutan untuk
mengisi ruang konseptual sosio-ekonomi-politik antara dua falsafah iaitu agama dan

11
sekularisme.yang boleh dikaitkan sebagai isu-isu yang berlaku di Malaysia. Namun
begitu,berbeza pula dengan kajian dalam artikel 2, penyebaran sekularisme serta langkah
mengatasi fahaman sekularisme dari sudut pandangan islam lebih diketengahkan dalam hasil
kajian artikel ini. Antaranya ialah penyebaran sekularisme melalui bidang Pendidikan dan media
massa. Hal ini kerana,di seluruh negara Islam terjadinya kelonggaran dalam sukatan pendidikan
dan pengajian berkaitan agama yang juga bertujuan untuk melemahkan akhlak para pelajar
beragama Islam. Seterusnya, dari segi media massa yang kini lebih kepada maksiat, medan fitnah
dan agen perosak sosial masyarakat yang menyumbang kepada penyerapan sekularisme dalam
jati diri umat Islam itu sendiri. Dengan itu, langkah bagi mengatasi fahaman sekularisme dari
sudut pandangan islam ialah ke semua Muslim tidak mengira lapisan umur dan negara haruslah
menelaah dengan lebih mendalam tentang ilmu agama Islam untuk dijadikan sebagai garis
panduan hidup supaya mereka tidak terjerumus dengan perkara yang berlawanan dengan
kehendak Islam seperti ancaman sekularisme ini. Ahli ahli yang menerima fahaman sekularisme
ini hendaklah sedar akan kemudaratan yang telah mereka lakukan di sisi Allah SWT dengan
segera bertaubat dan menuju ke jalan yang soleh dan solehah.

Oleh yang demikian, terjawablah fungsi di antara perbezaan kedua- dua artikel ini,dalam hasil
kajian yang dijalankan iaitu untuk memahami bagaimana falsafah sekularisme telah diadaptasi di
Malaysia kesan daripada penjajahan British di tanah Melayu suatu ketika dahulu serta isu-isu
yang berkaitan dengannya, dan yang seterusnya untuk mengenalpasti fenomena serangan
pemikiran Barat terhadap fikiran Muslim khususnya sejarah kemunculan sekularisme di Barat,
ciri-ciri serta ajaran doktrin, bentuk penyebarannya dalam kehidupan, implikasi ke atas
supremasi agama dan langkah- langkah mengatasi dari sudut pandangan Islam. Rakyat Malaysia
haruslah jelas bahawa falsafah agama dan sekularisme adalah sesuatu falsafah yang bertentangan
dimana falsafah agama merupakan falsafah yang mempercayai kewujudan Tuhan manakala
sekularisme adalah sebaliknya, demi menjamin keharmonian negara dapat dicapai. Keseluruhan
isu mengenai sekularisme dari pelbagai sudut ini sangatlah membimbangkan kerana fenomena
serangan pemikiran Barat ke atas umat Islam pada masa kini amatlah berleluasa. Maka, semua
umat Islam haruslah berganding bahu dalam menyebarkan bahayanya ancaman sekularisme yang
bercanggah dengan konsep agama Islam agar dapat menjalankan kehidupan yang lebih baik dan
dirahmati Allah SWT sepanjang hayat.

12
4.0 CADANGAN DAN KOMENTAR

Setelah meneliti dan membuat ulasan tentang artikel ini, kami sangat bersetuju dengan
penulisan kedua-dua artikel ini. Pada artikel pertama, kami berpendapat bahawa ia sangat
memberi manfaat kepada pembaca kerana penulisannya padat dengan ilmu pengetahuan tentang
isu sekularisme di Malaysia. Penulis telah menghuraikan isi yang sangat padat iaitu dengan
menjelaskan apa itu sekularisme, dari mana asalnya sekularisme tersebut. Pembaca yang
mempunyai sifar ilmu pengetahuan tentang isu sekularisme juga dapat memahami dengan jelas
tentang isu tersebut. Artikel ini juga tidak sangsi lagi dengan kebenarannya kerana penulis juga
telah jadikan Al Quran sebagai rujukan semasa mengkaji isu tersebut. Kajian ini juga sesuai
untuk dijadikan rujukan kepada individu yang mempersoalkan tentang fahaman sekularisme.

Dari artikel pertama itu tadi jelaslah bahawa perkara ini sememangnya sudah terjadi di
negara kita sejak dari dahulu lagi ketika British menjajah negara Malaysia dan isu tersebut masih
aktif sehingga kini. Kita sebagai umat Islam bahkan seorang rakyat Malaysia haruslah
mengambil tahu tentang isu yang berkaitan dengan agama dan negara kita. Hal ini telah menjadi
tanggungjawab kita jika terjadinya sesuatu yang tidak diingini pada agama dan juga negara kita
pada masa akan datang. Bahkan jika kita lihat umat Islam di negara kita masa kini, apa yang
saya dapat katakan adalah akidah umat islam pada era ni banyak yang telah tersasar dari akidah
ahli sunnah wal jamaah.

Ini kerana masyarakat kini telah terdedah dengan pengaruh barat yang mengakibatkan
akidah dan akhlak mereka semakin lama semakin nipis. Perkara ini sepatutnya tidak harus
berlaku kerana akidah ahli sunnah wal jamaah adalah akidah yang benar yang berasaskan akidah
Rasulullah s.a.w. Sekiranya akidah ahli sunnah wal jamaah tidak dipupuk sejak awal lagi dalam
diri generasi kini, mereka akan mudah terpengaruh dengan fahaman yang negatif terutamanya
dengan fahaman sekularisme ini.

Pada artikel kedua pula, kami sangat berpuas hati dengan isi yang telah penulis berikan
kerana kami dapat melenyapkan segala tanda tanya tentang isu sekularisme ini. Antara penulisan
yang kami harapkan dan ianya terdapat pada artikel tersebut ialah apakah faktor yang telah
membawa fahaman sekularisme ini berada di Malaysia. Penulis telah menjelaskan dengan

13
terperinci faktor faktor tersebut. Yang kedua ialah langkah untuk mengatasi isu tersebut.
Penulis telah memberikan huraian untuk langkah mengatasi isu tersebut dengan sangat jelas dan
membantu kita untuk mengelakkan pertambahan kumpulan fahaman sekularisme ini.

Selain itu, metodologi yang telah digunakan dalam kajian ini amat bersesuaian untuk
menjawab persoalan penulis. Hal ini demikian kerana, penulis telah membuat pencarian
mengenai hal-hal ideologi melalui jurnal-jurnal dan rujukan buku. Oleh sebab metodologi kajian
yang telah digunakan adalah sahih, saya percaya dan yakin akan hasil dapatan kajian ini. Hal ini
demikian kerana, kajian ini melibatkan sumber-sumber yang dikarang oleh orang yang
berpengetahuan dan hebat dalam bidang yang dikaji.

Kedua dua artikel ini telah mengubah dan memberi kesan terhadap cara kami berfikir
tentang isu yang telah dibangkitkan. Sebelum ini, saya menganggap tidak mengapa jika tidak
mengambil tahu tentang isu yang berlandaskan fahaman sesat ini. Tapi selepas meneliti tentang
isi kandungan mengenai isu sekularisme di dalam artikel tersebut, ia telah membuka mata saya
tentang pentingnya ilmu pengetahuan yang benar dan sahih supaya kita tidak akan terjebak
dengan fahaman yang tidak betul sama sekali itu.

Saya berharap dan bercadang agar penulis dapat mengembangkan lagi penulisan mereka
agar orang ramai yang tiada pengetahuan tentang isu isu berkenaan agama akan menyedari dan
dapat mengelakkan diri mereka dari menghampiri fahaman fahaman sesat tersebut.

14
5.0 PENUTUP

Secara keseluruhannya dalam artikel pertama kami dapat menyimpulkan bahawa penulis
telah berjaya mencapai objektif di mana penulis ingin menjelaskan dan menghuraikan secara
terperinci tentang apa itu sekularisme, isu isu agama yang berkaitan dengan sekularisme dalam
ruang sosio-politik di malaysia dan juga bagaimana British cuba menerapkan ideologi moden-
sekular dalam urusan sistem pemerintahan di Malaysia kepada pembaca. Di akhir perbincangan
ini juga kami dapat menyimpulkan bahawa terdapat satu faktor yang menyebabkan wujudnya
falsafah sekularisme di Malaysia iaitu penjajahan British di Tanah Melayu. Pada artikel pertama
penulis telah mengaplikasikan kaedah penyelidikan kualitatif di dalam kajian ini. Ia dapat
membantu penulis untuk lebih mengenal pasti masalah dan isu yang timbul daripada penerapan
aliran sekularisme ini.
Pada artikel kedua pula, kami telah membuat kesimpulan bahawa penulis ingin
menerapkan pemahaman pembaca tentang kemunculan sekularisme di Barat, fenomena serangan
pemikiran Barat terhadap fikiran Muslim, bentuk penyerapan yang digunakan oleh penjajah
Barat dalam bidang kehidupan masyarakat di Malaysia dan kesan ke atas supremasi agama.
Penulis juga telah memberi penyelesaian untuk mengatasi masalah sekularisme ini dari
perspektif Islam. Kaedah yang digunakan oleh penulis untuk mengkaji isu ini adalah
dokumentasi. Penulis telah memperoleh ideologi melalui pencarian jurnal dan pembacaan kitab
tafsir. Maklumat yang diperolehi melalui kaedah ini juga amat membantu dalam proses meneliti
dan mengkaji sejarah kemunculan sekularisme di barat dan faktor-faktor fahaman sekularisme
yang jelas bertentangan dengan agama Islam.
Akhir sekali, kami berasa sangat beruntung kerana dapat diberikan peluang untuk
menambah ilmu pengetahuan yang amat bernilai tentang isu sekularisme ini. Kita sebagai umat
Islam haruslah sentiasa peka dengan isu isu yang berkaitan dengan agama kita sendiri. Hal ini
kerana jika terjadi sesuatu pada agama kita, siapa lagi yang akan bangun untuk mempertahankan
agama melainkan penganut itu sendiri. Dengan pengetahuan itu sendiri kita dapat membantu
agama kita contohnya dengan menyebarkan isu ini di media sosial. Dengan itu, orang orang
yang tidak mengetahui isu ini akan mendapat tahu tentang kebenaran agama islam serta
membuka mata orang bukan Islam tentang kehebatan yang telah kita kecapi. Kami berharap
ulasan yang dijalankan ini dapat juga membantu semua pembaca yang lain sama ada seorang
yang beragama islam atau sebaliknya.

15
RUJUKAN

1. Ahmad bin Khairuddin & Nur Amalina bt Mohd Azman.Penyelenggara(2014), Akal


Siapa Tuhan Kamu? Semenyih: Humaira Publications.

2. Ibrahim, M. Y. (2019). Sekularisme: Faktor, Penyebaran Dan Langkah Mengatasinya


Dari Sudut Pandang Islam. International Journal of Humanities, Philosophy and
Language, 2(8), 202-216.

3. Ghazali Darussalam (1998), Dakwah Islam dan Ideologi Moden. Utusan Publications and
Distributors Sdn Bhd.

4. Tamim Ansary (2014) Sejarah Dunia Dari Sudut Pandang Islam.Terj. Asmadi Zain.
Kajang: JS Adiwarna Publications &Distributors Sdn Bhd.

16
TURNITIN

17

Anda mungkin juga menyukai