Anda di halaman 1dari 10

2021

PERTANDINGAN REKODER SEKOLAH


RENDAH PERINGKAT NEGERI
SARAWAK TAHUN 2021
PERTANDINGAN REKODER SEKOLAH RENDAH PERINGKAT NEGERI SARAWAK
TAHUN 2021
PERTANDINGAN REKODER SEKOLAH RENDAH
PERINGKAT NEGERI SARAWAK TAHUN 2021

1.0 PENDAHULUAN

Muzik dalam permainan rekoder adalah untuk mendidik murid agar


berdisiplin serta menikmati muzik dalam membuat persembahan dan
membentuk insan yang mempunyai emosi seimbang, kreatif dan inovatif.
Permainan alat muzik rekoder ini dapat memberi penekanan ke arah
pembentukan kualiti diri dan sahsiah murid merangkumi aspek perasaan,
kreativiti, nilai sosialisasi, estetika dan etika.

Pertandingan ini juga sebagai pendorong yang berfungsi sebagai


penggerak minda untuk berfikir ke arah peningkatan diri, penglibatan dalam
aktiviti muzik memerlukan komitmen dan disiplin diri yang tinggi.

2.0 LATAR BELAKANG

Rekoder merupakan alat muzik yang telah diperkenalkan ke sekolah-


sekolah sejak pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) melalui
mata pelajaran Pendidikan Muzik pada tahun 1983. Pembelajaran Muzik
secara formal dengan menggunakan rekoder kepada murid Tahap 2 telah
bermula pada tahun 1986.

Pertandingan ini disyorkan sebagai satu aktiviti sokongan dan


pengukuhan kepada aktiviti di bilik darjah (kurikulum) di samping dapat
mencungkil bakat murid dalam permainan alat. Ianya sebagai alternatif bagi
pertandingan yang sedia ada.

3.0 MATLAMAT

Dalam mendepani kekangan penularan COVID-19 yang melanda


negara kita pada ketika ini, pertandingan ini adalah sebagai platform
mempelbagaikan pameran bakat dan kebolehan murid dalam permainan alat
muzik rekoder sebagai cara mempelbagaikan aktiviti membolehkan murid
mempunyai disiplin dalam membuat persembahan dan menikmati muzik ke
arah membantu insan yang mempunyai emosi seimbang, kreatif dan inovatif.

4.0 OBJEKTIF

4.1 Memberi peluasan pengalaman muzikal dan kesedaran estetik murid;


4.2 Memperkembangkan daya komunikasi dan interaksi melalui
persembahan;

1
KARnivAL eMAS 2.0
PERTANDINGAN REKODER SEKOLAH RENDAH PERINGKAT NEGERI SARAWAK
TAHUN 2021
4.3 Memupuk disiplin dalam permainan alat muzik khasnya rekoder.
4.4 Sebagai alternatif mengisi masa lapang murid;dan
4.5 Memperkembangkan bakat murid dalam permainan alat muzik.

5.0 MOD PROGRAM

5.1 Pertandingan Peringkat Negeri di bawah kelolaan Pejabat Pendidikan


Daerah Meradong.
5.2 Pertandingan secara berperingkat; pertandingan Peringkat Daerah/
Negeri/ Kebangsaan.
5.3 Pertandingan dijalankan secara dalam talian.
5.4 Dua kategori di pertandingkan iaitu Kategori Solo dan Kategori Duo.
5.5 Video yang terpilih bagi mewakili PPD masing-masing perlu dimuat naik
ke pautan pendaftaran yang disediakan oleh PPD pengelola.

6.0 KUMPULAN SASARAN PENYERTAAN

6.1 Pertandingan ini terbuka kepada semua sekolah rendah kerajaan dan
sekolah rendah bantuan kerajaan sahaja.
6.2 Pertandingan ini terbuka kepada semua murid sekolah rendah (Tahun
4 hingga Tahun 6).

6.3 Penyertaan peringkat negeri adalah mengikut dua (2) kategori:


6.3.1 Kategori Sekolah Rendah (SOLO)
Satu (1) penyertaan sahaja daripada setiap PPD.
6.3.2 Kategori Sekolah Rendah (DUO)
Satu (1) penyertaan sahaja daripada setiap PPD.

6.4 Pasangan DUO boleh terdiri daripada murid (perempuan, perempuan);


(lelaki, lelaki) atau (lelaki, perempuan).

7.0 FORMAT PERSEMBAHAN

7.1 Setiap perserta diwajibkan mempersembahkan sebuah lagu sahaja;


(Medley adalah tidak dibenarkan).
7.2 Perserta boleh menggunakan rekoder jenis soprano atau semua jenis
rekoder (sopranino, alto, tenor, bass);
7.3 Lagu yang dipersembahkan dalam PELBAGAI BAHASA dan pelbagai
genre lagu atau bebas.
7.4 Perserta dibenarkan menggunakan muzik iringan tanpa suara (minus
one) atau secara rakaman.

2
KARnivAL eMAS 2.0
PERTANDINGAN REKODER SEKOLAH RENDAH PERINGKAT NEGERI SARAWAK
TAHUN 2021
8.0 MASA PERSEMBAHAN

Masa persembahan yang diperuntukkan untuk setiap penyertaan video


persembahan adalah tidak kurang dari 3 minit dan tidak melebihi 5 minit
(termasuk montaj persembahan).

9.0 FORMAT PERTANDINGAN DAN RAKAMAN VIDEO

9.1 Rekorder Solo / Duo perlu dirakam di keberadaan masing-masing


mengikut Standard Operation Procedures (SOP) yang ditetapkan oleh
Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Garis Panduan Pembukaan
Sekolah 2.0 yang dibaca sekali bersama Garis Panduan Pelaksanaan
Aktiviti Kokurikulum;
9.2 Rakaman perlu dilakukan di kawasan berlainan dan teknik kolaj mesti
digunakan bagi penghasilan video duo;
9.3 Rakaman hendaklah dilakukan dalam format MP4 dengan minima 720
(HP) dan maksima 1080 (HD) dengan view landscape;
9.4 Rakaman video juga dibenarkan menggunakan apilkasi yang lain seperti
Smule, BandLab, StarMaker dan lain lain yang sesuai;
9.5 Pastikan semua muzik yang digunakan berstatus bebas royalti. Pihak
penganjur tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan akibat
pelanggaran hasil hak cipta;
9.6 Pihak penganjur berhak menggunakan hasil karya yang dihantar untuk
tujuan promosi;
9.7 Sebarang pelanggaran syarat-syarat di atas akan membatalkan
penyertaan;
9.8 Sijil penyertaan hanya diberikan kepada peserta yang menghantar
penyertaan lengkap dan memenuhi syarat sahaja; dan
9.9 Persembahan perlu diakhiri dengan

“Motto Seni Untuk Semua” & #kitajagakita

10.0 ETIKA PAKAIAN

Peserta hendaklah berpakaian sopan dan bersesuaian.

3
KARnivAL eMAS 2.0
PERTANDINGAN REKODER SEKOLAH RENDAH PERINGKAT NEGERI SARAWAK
TAHUN 2021
11.0 PEMARKAHAN PERTANDINGAN

Kualiti ton - 25 markah


( kawalan pernafasan / Penglidahan / Kejelasan)

Imbangan/teknik - 25 markah
( Imbangan muzik / Penjarian / Dinamik )

Melodi/Irama - 25 markah
Tempo - 15 markah
Kualiti Audio /Kreativiti Persembahan Video - 10 markah

12.0 PENGHAKIMAN

12.1 Lantikan panel hakim Peringkat Negeri di bawah penyelarasan dari Unit
Pembangunan Bakat Murid (Kokurikulum), SPbM, JPN Sarawak.
12.2 Keputusan hakim adalah MUKTAMAD.

13.0 PROSUDER PENYERTAAN

13.1 Semua pendaftaran mesti dibuat melalui dalam talian.


13.2 Semua butiran dalam pendaftaran dalam talian mesti diisi dengan lengkap
dan betul.
13.3 Video yang terpilih bagi mewakili Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)
masing-masing perlu dimuat naik ke Google Forms pendaftaran yang
disediakan oleh PPD pengelola.
13.4 Fail video perlu dinamakan dengan caption
NamaPPD_NamaSekolah_TajukPersembahan sebelum dimuat naik ke
pautan pendaftaran (boleh ditulis guna singkatan).
13.5 Borang penyertaan hendaklah diisi dengan lengkap dan disahkan oleh
sekolah.

13.6 Senarai borang/dokumen yang perlu dilengkapkan dan dimuat naik ke


Google Forms pendaftaran:
13.6.1 Borang Penyertaan (Lampiran 1a untuk SOLO, Lampiran 1b
untuk DUO)
13.6.2 Borang Kebenaran Ibu Bapa/Penjaga (Lampiran 2)
13.6.3 Gambar peserta (JPG)
13.6.4 Karya Video (MP4)

14.0 PENGESAHAN PENYERTAAN

Senarai peserta peringkat negeri hendaklah mendapat pengesahan daripada


PPD masing-masing melalui surat iringan yang dimuat naik ke Google Forms
pendaftaran.

4
KARnivAL eMAS 2.0
PERTANDINGAN REKODER SEKOLAH RENDAH PERINGKAT NEGERI SARAWAK
TAHUN 2021
15.0 TUNTUTAN HAK CIPTA

Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak memiliki


hak cipta sepenuhnya terhadap hasil karya yang dihasilkan.

16.0 TARIKH DAN TEMPAT

Tarikh : 16 Ogos hingga 3 September 2021**


(**Tarikh pendaftaran ditetapkan oleh PPD Pengelola)
Tempat : Secara dalam talian
PPD Pengelola : PPD Meradong

17.0 HADIAH/ SIJIL

BIL PERKARA CATATAN


1. Johan Hadiah dan Sijil Pencapaian
2. Naib Johan Hadiah dan Sijil Pencapaian
3. Tempat ke-3 Hadiah dan Sijil Pencapaian
4. Tempat ke-4 Hadiah dan Sijil Pencapaian
5. Tempat ke-5 Hadiah dan Sijil Pencapaian
6. Tempat ke-6 hingga ke-10 Hadiah dan Sijil Penyertaan
7. Penyertaan Sijil penyertaan

5
KARnivAL eMAS 2.0
PERTANDINGAN REKODER SEKOLAH RENDAH PERINGKAT NEGERI SARAWAK
TAHUN 2021
18.0 AM

18.1 Konsep pertandingan peringkat negeri ini adalah selaras dengan konsep
pertandingan peringkat kebangsaan Tahun 2021.
18.2 Sebarang pindaan adalah tertakluk kepada Jabatan Pendidikan Negeri
Sarawak.
18.3 Maklumat pertandingan turut dihebahkan melalui Facebook pages
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dan Facebook pages Unit Koku
JPN Sarawak.
18.4 Sebarang pertanyaan boleh hubungi:

NOOR ZAIMAH BINTI BAKAR


Penolong Pengarah (Kesenian)
Unit Pembangunan Bakat Murid (Kokurikulum)
Sektor Pembangunan Murid
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak
082-473654/ 013-8211621

MOHAMAD AL-BARR BIN YAHYA


Pegawai Teknikal Negeri Kesenian (Muzik)
013-5273177

TENGKU NASRUL HAIZAL BIN MOHD


Pegawai Teknikal Negeri Kesenian (Muzik)
014-964344

Kelolaan:
Unit Pembangunan Bakat Murid
Sektor Pembangunan Murid
Pejabat Pendidikan Daerah Meradong

Anjuran:
Unit Pembangunan Bakat Murid (Kokurikulum)
Sektor Pembangunan Murid
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak

6
KARnivAL eMAS 2.0
PERTANDINGAN REKODER SEKOLAH RENDAH PERINGKAT NEGERI SARAWAK
TAHUN 2021
Lampiran 1a

PERTANDINGAN REKODER SEKOLAH RENDAH


PERINGKAT NEGERI SARAWAK TAHUN 2021

BORANG PENYERTAAN
(SOLO)

PPD
NAMA SEKOLAH
TAJUK LAGU
MAKLUMAT MURID
NAMA MURID
NO KAD PENGENALAN / MYKID
TAHUN (4/5/6)
KAUM
MAKLUMAT GURU PEMBIMBING
NAMA GURU
NO. TELEFON
Dengan ini, saya / kami mengesahkan bahawa penyertaan ini adalah hasil karya asal
saya / kami. Saya / kami setuju dengan syarat – syarat pertandingan ini.

(Tandatangan Guru) Tarikh :

Pengesahan Guru Besar: Cop rasmi sekolah:

7
KARnivAL eMAS 2.0
PERTANDINGAN REKODER SEKOLAH RENDAH PERINGKAT NEGERI SARAWAK
TAHUN 2021
Lampiran 1b

PERTANDINGAN REKODER SEKOLAH RENDAH


PERINGKAT NEGERI SARAWAK TAHUN 2021

BORANG PENYERTAAN
(DUO)
PPD
NAMA SEKOLAH
TAJUK LAGU
MAKLUMAT MURID 1
NAMA MURID
NO KAD PENGENALAN / MYKID
TAHUN (4/5/6)
KAUM
MAKLUMAT MURID 2
NAMA MURID
NO KAD PENGENALAN / MYKID
TAHUN (4/5/6)
KAUM
MAKLUMAT GURU PEMBIMBING
NAMA GURU
NO. TELEFON
Dengan ini, saya / kami mengesahkan bahawa penyertaan ini adalah hasil karya asal saya / kami.
Saya / kami setuju dengan syarat – syarat pertandingan ini.

(Tandatangan Guru) Tarikh :

Pengesahan Guru Besar: Cop rasmi sekolah:

8
KARnivAL eMAS 2.0
PERTANDINGAN REKODER SEKOLAH RENDAH PERINGKAT NEGERI SARAWAK
TAHUN 2021
Lampiran 2

PERTANDINGAN REKODER SEKOLAH RENDAH


PERINGKAT NEGERI SARAWAK TAHUN 2021

BORANG KEBENARAN IBU BAPA/PENJAGA

Saya (Ibu,Bapa,Penjaga)
No. Kad Pengenalan membenarkan anak
jagaan saya No. Kad
Pengenalan menyertai PERTANDINGAN
REKODER SEKOLAH RENDAH PERINGKAT NEGERI SARAWAK TAHUN 2021.
Sekian, Terima Kasih.

Tandatangan:

(Ibu Bapa/ Penjaga)

Tarikh:

9
KARnivAL eMAS 2.0

Anda mungkin juga menyukai