Anda di halaman 1dari 10

PERTANDINGAN BINTANG IRAMA MALAYSIA

SEKOLAH RENDAH & MENENGAH


PERINGKAT NEGERI SELANGOR TAHUN 2021
(NORMA BAHARU DALAM TALIAN)

ANJURAN
UNIT PEMBANGUNAN BAKAT MURID,
SEKTOR PEMBANGUNAN MURID,
JABATAN PENDIDIKAN SELANGOR

TARIKH PELAKSANAAN
1 OGOS 2021 – 11 OKTOBER 2021
KERTAS KONSEP
PERTANDINGAN BINTANG IRAMA MALAYSIA
SEKOLAH RENDAH & MENENGAH
PERINGKAT NEGERI SELANGOR TAHUN 2021
(NORMA BAHARU DALAM TALIAN)

1.0 MATLAMAT

Pertandingan Bintang Irama Malaysia ini adalah Pertandingan Nyanyian Solo


dan Duo bertemakan Irama Malaysia yang dilaksanakan secara dalam talian.
Pertandingan ini bertujuan memberi pendedahan dan memupuk penghargaan
pendidikan seni muzik dalam bidang nyanyian lagu-lagu Irama Malaysia
kepada murid peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah serta
meningkatkan ilmu pengetahuan tentang nilai-nilai kesenian bangsa sebagai
teras pembentukan masyarakat berbudaya.

2.0 RASIONAL

2.1 Mengembangkan bakat seni nyanyian lagu-lagu Irama Malaysia


yang ada di dalam jiwa murid ke arah hobi yang berfaedah;
2.2 Mempunyai pilihan kerjaya pada masa akan datang; dan
2.3 Memberi pendedahan kepada masyarakat tentang aktiviti muzik yang
dijalankan di peringkat sekolah secara terancang.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Dapat melahirkan generasi yang seimbang berdasarkan Falsafah


Pendidikan Kebangsaan yang menjurus kepada jasmani, emosi, rohani
dan intelektual (JERI) di dalam aktiviti muzik yang sihat serta bermoral
3.2 Menarik minat murid dan orang ramai amnya terhadap nilai estetika dalam
muzik dalam bidang nyanyian irama malaysia.
3.3 Menarik minat masyarakat untuk menghargai bakat seni muzik dari
golongan murid sekolah, ibubapa dan komuniti setempat.
3.4 Memberi peluang murid untuk mengembangkan seni yang ada pada
mereka.
3.5 Meningkatkan kemahiran dan kreativiti dalam penggunaan teknologi.
4.0 MOD PROGRAM

4.1 Pertandingan Peringkat Negeri.


4.2 Pertandingan secara berperingkat pemilihan ke peringkat kebangsaan
melalui pemilihan di peringkat negeri.

5.0 PAUTAN PENYERTAAN PERTANDINGAN


Penghantaran penyertaan video dan borang-borang penyertaan perlu
dimuatnaik ke pautan https://forms.gle/NHZAbkoneaV3vMoL7

6.0 KUMPULAN SASARAN PENYERTAAN

6.1 Pertandingan ini terbuka kepada semua murid sekolah menengah (Ting.
Peralihan hingga Ting.6) dan semua murid sekolah rendah (Tahun 1
hingga Tahun 6) sekolah kerajaan / bantuan kerajaan.
6.2 Penyertaan adalah mengikut dua kategori:
6.2.1 Kategori Sekolah Rendah (SOLO & DUO)
6.2.2 Kategori Sekolah Menengah (SOLO & DUO)
6.3 Hanya 3 (TIGA) penyertaan terbaik bagi setiap kategori akan mewakili
negeri ke peringkat kebangsaan

7.0 FORMAT PERSEMBAHAN & RAKAMAN VIDEO

7.1 Video penyertaan dan borang penyertaan hanya boleh dihantar SEKALI
sahaja;
7.2 Nyanyian boleh menggunakan aplikasi nyanyian sedia ada masa kini
seperti smule, wesing, starmaker atau rakaman live tanpa suntingan;
7.3 Rakaman video boleh mengikut kreativiti masing-masing (bebas) dengan
menggunakan HANYA SATU PERANTI SAHAJA (contoh : DSLR,
handphone, webcam, handycam dan sebagainya);
7.4 Video mestilah dirakamkan dalam bentuk LANDSCAPE;
7.5 Nyanyian vokal boleh diiringi muzik secara LIVE atau MINUS ONE;
7.6 Setiap penyertaan video persembahan diwajibkan mempersembahkan
sebuah lagu Irama Malaysia sahaja (Joget, Inang, Zapin dan Asli
SAHAJA);
7.7 Satu lagu dengan vokal penuh atau medley dalam BAHASA MELAYU
sahaja;
7.8 Penyertaan video persembahan adalah mengikut kategori penyertaan;
7.9 Lagu-lagu yang DILARANG ialah lagu-lagu yang menyentuh mana-mana
sensitiviti kaum dan lagu yang DIHARAMKAN di Malaysia;
7.10 Lagu yang dipertandingkan mestilah dicipta, diterbit dan dirakamkan di
negara Malaysia sahaja;
7.11 Hasil karya hendaklah sesuai untuk diterbitkan dan dipaparkan dalam pelbagai
bentuk media video. Format yang dibenarkan adalah AVI, WMV, MOV, FLV
dan MP4;
7.12 Format video hendaklah menggunakan saiz 1920 x 1080 FHD atau 1280 x 720
HD, frame rate 24/30/60;
7.13 Pihak urusetia tidak bertanggungjawab di atas kecuaian dalam penghasilan
video. Penilaian berdasarkan kualiti video yang dihantar;
7.14 Penggunaan layar hijau tidak dibenarkan; dan
7.15 Persembahan perlu diakhiri dengan motto “Seni Untuk Semua” &
#kitajagakita (Disebut atau dalam bentuk tulisan)

8.0 MASA PERSEMBAHAN


Masa persembahan yang diperuntukkan untuk setiap penyertaan video
persembahan adalah tidak melebihi 6 minit (termasuk montaj persembahan).

9.0 ETIKA PAKAIAN


Peserta hendaklah berpakaian sopan dan bersesuaian.

10.0 PEMARKAHAN
10.1 Nyanyian Solo :
Vokal 50 markah

Ekspresi 20 markah
Persembahan 15 markah
Teknikal Audio / Video 15 markah
Jumlah keseluruhan 100 markah

10.2 Nyanyian Duo :

Vokal 50 markah
Harmoni/keseragaman 15 markah
Ekspresi 10 markah
Persembahan 10 markah
Teknikal Audio/Video 15 markah
Jumlah keseluruhan 100 markah
11.0 PENGHAKIMAN

11.1 Lantikan panel hakim di bawah penyelarasan Unit Pembangunan Bakat Murid,
Jabatan Pendidikan Negeri Selangor

11.2 Keputusan hakim adalah muktamad.

12.0 TARIKH TUTUP PENYERTAAN

12.1 Tarikh tutup penyertaan ialah sebelum atau pada 11 Oktober 2021, tepat jam
12.00 tengahari.

13.0 TUNTUTAN HAK CIPTA

13.1 Kesemua penyertaan adalah menjadi hak milik penganjur (UPBM, JPN
Selangor) dan penganjur berhak mengguna pakai video bagi tujuan promosi
dan komersial tanpa meminta kebenaran daripada peserta.
13.2 Pihak penganjur berhak untuk menerbitkan, mengeluarkan, memapar,
mengedar, menyunting dan menayangkan pada skrin mana-mana video yang
menang atau tidak di laman web, pameran, mana-mana media yang lain atau
media sosial untuk tujuan penganjur.

14.0 HADIAH/SIJIL

BIL PERKARA CATATAN

1 Johan Hadiah berupa trofi dan sijil


2 Naib Johan Hadiah berupa trofi dan sijil
3 Tempat ke-3 Hadiah berupa trofi dan sijil
4 Tempat ke-4 Hadiah berupa trofi dan sijil

5 Tempat ke-5 Hadiah berupa trofi dan sijil

15.0 KRITERIA BORANG PENYERTAAN (BOLEH DIDAPATI DALAM


PAUTAN https://forms.gle/NHZAbkoneaV3vMoL7 UNTUK
MENGISI BORANG PENYERTAAN SECARA ATAS TALIAN).
15.1 KATEGORI NYANYIAN SOLO DAN DUO SEKOLAH RENDAH DAN
MENENGAH
(1) Kategori Sekolah (Rendah / Menenegah)
(2) Nama Sekolah
(3) Nama Pegawai / Guru Pembimbing
(4) Nombor Telefon Bimbit Pegawai / Guru Pembimbing
(5) Emel Guru Pembimbing
(6) MAKLUMAT MURID
(a) Nama Murid (Solo / Duo)
(b) Nombor Kad Pengenalan Murid (Solo / Duo)
(c) Salinan Kad Pengenalan Murid Depan Belakang (Solo/ Duo)
(d) Nama Sekolah Murid (Solo/Duo)
(e) Nama/Judul Lagu Murid (Solo/Duo)
(f) Rentak Lagu Murid (Solo/Duo)

16. PEGAWAI / TEKNIKAL YANG BOLEH DIHUBUNGI

16.1 Pegawai di Unit Pembangunan Bakat Murid, Jabatan Pendidikan Negeri


Selangor

Siti Dewi Marsitah binti Ismail / Mahindran a/l Rajagopal


Tel : 03-55138242 / Emel : jpn-selangor-cm50@moe-dl.edu.my

16.2 Teknikal

16.2.1 En. Mohamad Khamidon bin Sadi (012-3173850)


16.2.2 En. Ahmad Suizuddeen bin Mohamed (013-9347877)
LAMPIRAN A

BORANG PENYERTAAN
PERTANDINGAN BINTANG IRAMA MALAYSIA SEKOLAH RENDAH & MENENGAH PERINGKAT
NEGERI SELANGOR TAHUN 2021
(NORMA BAHARU DALAM TALIAN)
(Borang ini mesti diisi dengan bertaip dan huruf besar Font Arial 10)

DAERAH

KATEGORI ( ) SEKOLAH RENDAH SOLO


( ) SEKOLAH RENDAH DUO

( ) SEKOLAH MENENGAH SOLO


( ) SEKOLAH MENENGAH DUO

*Tandakan √ pada mana yang berkenaan


TAJUK LAGU
PENYANYI ASAL
NAMA GURU PEMBIMBING

ALAMAT SEKOLAH

NO. TEL. BIMBIT

ALAMAT EMEL GURU


PEMBIMBING
KAUM JANTINA
BIL. NAMA PESERTA NO.KP / SB M C I LL L P

1. PENYANYI

2. PENYANYI

Diakui benar oleh:

Tandatangan Pengetua / Guru Besar /


wakil dan cap sekolah

Tarikh
LAMPIRAN B

BORANG KEBENARAN IBU BAPA / PENJAGA


PERTANDINGAN BINTANG IRAMA MALAYSIA SEKOLAH RENDAH & MENENGAH PERINGKAT
NEGERI SELANGOR TAHUN 2021
(NORMA BAHARU DALAM TALIAN)
(Ditulis / ditaip (Arial Font 10) menggunakan huruf besar dan nama yang lengkap)

BORANG KEBENARAN IBU BAPA / PENJAGA

Saya __________________________________________ ( ibu/bapa/ penjaga*) No. Kad

Pengenalan ______________________________membenarkan anak / anak jagaan saya

___________________________________________________ No. Kad. Pengenalan

________________________________menyertai Pertandingan Bintang Irama Malaysia

Sekolah Rendah dan Menengah Peringkat Negeri Selangor Tahun 2021 (Norma Baharu Dalam

Talian).

Sekian, terima kasih.

Tandatangan : ...........................................

(Ibu Bapa/ Penjaga)

Tarikh : ..............

Diisi oleh setiap ibu bapa / penjaga peserta (murid yang mengambil bahagian)

*Potong mana yang tidak berkenaan.


LAMPIRAN C

SYARAT-SYARAT DAN TEKNIKAL


PERTANDINGAN BINTANG IRAMA MALAYSIA SEKOLAH RENDAH & MENENGAH PERINGKAT
NEGERI SELANGOR TAHUN 2021
(NORMA BAHARU DALAM TALIAN)

1. KUMPULAN SASARAN PENYERTAAN :

1.1 Pertandingan ini terbuka kepada semua murid sekolah menengah (Ting. Peralihan hingga
Ting.6) dan semua murid sekolah rendah (Tahun 1 hingga Tahun 6) sekolah kerajaan /
bantuan kerajaan;
1.2 Penyertaan adalah mengikut 2 (DUA) kategori :
1.2.1 Kategori Sekolah Rendah (Solo & Duo)
1.2.2 Kategori Sekolah Menengah (Solo & Duo)
1.3 Hanya 3 (TIGA) penyertaan terbaik dari setiap kategori akan mewakili negeri ke peringkat
kebangsaan

2. FORMAT PERSEMBAHAN

2.1 Nyanyian boleh menggunakan aplikasi nyanyian sedia ada masa kini seperti smule, wesing,
starmaker atau rakaman live tanpa suntingan;
2.2 Rakaman video boleh mengikut kreativiti masing-masing (bebas) dengan menggunakan HANYA
SATU PERANTI SAHAJA (contoh : DSLR, handphone, webcam, handycam dan sebagainya);
2.3 Video mestilah dirakamkan dalam bentuk LANDSCAPE;
2.4 Nyanyian vokal boleh diiringi muzik secara LIVE atau MINUS ONE;
2.5 Setiap penyertaan video persembahan diwajibkan mempersembahkan sebuah lagu Irama
Malaysia sahaja (Joget, Inang, Zapin dan Asli SAHAJA).
2.6 Satu lagu dengan vokal penuh atau medley dalam BAHASA MELAYU sahaja;
2.7 Penyertaan video persembahan adalah mengikut kategori penyertaan;
2.8 Lagu-lagu yang DILARANG ialah lagu-lagu yang menyentuh manamana sensitiviti kaum dan
lagu yang DIHARAMKAN di Malaysia; dan
2.9 Lagu yang dipertandingkan mestilah dicipta, diterbit dan dirakamkan di negara Malaysia
sahaja.

3. RAKAMAN VIDEO

3.1 Hasil karya hendaklah sesuai untuk diterbitkan dan dipaparkan dalam pelbagai bentuk media
video. Format yang dibenarkan adalah AVI, WMV, MOV, FLV dan MP4;
3.2 Format video hendaklah menggunakan saiz 1920 x 1080 FHD atau 1280 x 720 HD, frame rate
24/30/60;
3.3 Pihak urusetia tidak bertanggungjawab di atas kecuaian dalam penghasilan video. Penilaian
berdasarkan kualiti video yang dihantar;
3.4 Penggunaan layar hijau tidak dibenarkan;
3.5 Persembahan perlu diakhiri dengan Motto “Seni Untuk Semua” & #kitajagakita
3.6 Masa persembahan yang diperuntukkan untuk setiap penyertaan video persembahan adalah tidak
melebihi 6 minit (termasuk montaj persembahan).

4. ETIKA BERPAKAIAN
Peserta hendaklah berpakaian sopan dan bersesuaian.
5. PAUTAN PENYERTAAN PERTANDINGAN
Penghantaran penyertaan video dan borang-borang penyertaan perlu dimuatnaik ke pautan
https://forms.gle/NHZAbkoneaV3vMoL7 . Borang-borang dan maklumat yang perlu dimuat naik dan
dilengkapkan adalah seperti berikut:

5.1 Kategori : (Sekolah Menengah / Sekolah Rendah) (Solo / Duo)


5.2 Nama sekolah
5.3 Daerah
5.4 Nama Guru Pembimbing
5.5 No telefon bimbit Guru Pembimbing
5.6 Alamat emel Guru Pembimbing
5.7 Lampiran A : Borang Penyertaan
5.8 Nama Murid
5.9 No kad pengenalan murid
5.10 Tajuk / Judul lagu
5.11 Rentak lagu (Joget / Zapin / Inang / Asli)
5.12 Lampiran B : Borang Kebenaran Ibu Bapa / Penjaga
5.13 Video persembahan

6. PEMARKAHAN

6.1 Nyanyian Solo :

Vokal 50 markah

Ekspresi 20 markah

Persembahan 15 markah

Teknikal Audio / Video 15 markah

Jumlah keseluruhan 100 markah

6.2 Nyanyian Duo :

Vokal 50 markah

Harmoni/keseragaman 15 markah

Ekspresi 10 markah

Persembahan 10 markah

Teknikal Audio/Video 15 markah

Jumlah keseluruhan 100 markah

Anda mungkin juga menyukai