Anda di halaman 1dari 9

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

GARIS PANDUAN PERTANDINGAN PIDATO


SEMPENA SAMBUTAN HARI INOVASI JABATAN PERANCANGAN
BANDAR DAN DESA 2014
1.0

2.0

PENGENALAN
1.1

Pertandingan Pidato JPBD diadakan sempena Sambutan Hari


Inovasi Jabatan Perancangan Bandar dan Desa 2014 sebagai
salah satu platform bagi warga JPBD untuk menyampaikan
mesej secara lisan yang mengandungi idea, menghuraikan dan
merumuskan secara berkesan dengan menggunakan saluran
yang betul selain dari saluran-saluran yang sedia ada seperti
mesyuarat Bahagian/Jabatan, Majlis Bersama Jabatan dan
sebagainya.

1.2

Garis panduan dan syarat-syarat pertandingan pidato ini


adalah berdasarkan kepada syarat-syarat dan garispanduan
Pertandingan Pidato Kementerian Perumahan dan Kerajaan
Tempatan Tahun 2014.

OBJEKTIF PERTANDINGAN
2.1

Membina keyakinan diri di kalangan warga JPBD;

2.2

Meluaskan pengetahuan;

2.3

Memantapkan kemahiran berkomunikasi;


1

3.0

2.4

Memupuk semangat patriotisme;

2.5

Menjana daya saing secara positif.

PENENTUAN TAJUK DAN TARIKH PERTANDINGAN


3.1

Am
3.1.1 Pertandingan ini dinamakan Pertandingan Pidato
Sempena Sambutan Hari Inovasi JPBD SM 2014.
3.1.2 Peraturan ini diolah berdasarkan kepada syarat-syarat
dan garispanduan Pertandingan Pidato Kementerian
Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tahun 2014.
3.1.3 Tarikh pertandingan adalah pada 7 Ogos 2014 dan
hadiah kepada pemenang akan disampaikan semasa
Sambutan Hari Inovasi Jabatan 2014 yang akan di
adakan pada 18 September 2014.
3.1.4 Tajuk-tajuk pidato akan di sediakan oleh pihak Urus
Setia Pertandingan Pidato, iaitu Bahagian Korporat.
3.1.5 Cabutan undi giliran pemidato dan tajuk akan di adakan
sekurang-kurangnya dua (2) minggu sebelum
pertandingan bermula.
3.1.6 Setiap Jabatan/Bahagian dibenarkan menghantar
maksimum dua (2) orang wakil bagi kategori yang
dipertandingkan.
3.1.7 Peserta yang telah memenangi pertandingan ini adalah
dikecualikan dari mengambil bahagian.

4.0

5.0

SISTEM PERTANDINGAN
4.1

Pertandingan ini akan di adakan dalam Bahasa Melayu.

4.2

Peserta akan menyampaikan Pidato dengan menggunakan


tema Sempena Sambutan Hari Inovasi JPBD SM 2014 yang
akan dimuktamadkan kelak.

SKEMA PEMARKAHAN DAN PENOLAKAN PENYERTAAN


Setiap pemidato akan diberikan markah maksimum seratus (100)
markah berdasarkan kriteria berikut:
5.1

Pembahagian markah
a) Isi (30 markah)
Pemidato akan diadili dari segi pengutaraan isi-isi yang
bernas, data-data yang tepat serta logik termasuk
penghuraian.
b) Bahasa (20 markah)
Pemidato akan diadili dari segi penguasaan bahasa yang
baik, jelas dan tepat (struktur dan sebutan) serta gaya
yang berkesan iaitu tepat kepada maksud yang hendak
disampaikan.
c) Penyampaian (40 markah)
Pemidato akan diadili dari segi persembahan yang
lancar, kesesuaian nada serta persembahan yang
menyakinkan
penonton.
Pemidato
juga
perlu
menunjukkan gaya yang menarik dan susunan idea yang
tertib.

d) Adab (5 markah)
Kritikan terhadap isu-isu sensitif seperti agama, bangsa,
kebudayaan dan peribadi serta perlakuan atau tutur kata
yang kurang sopan akan menyebabkan kehilangan
markah. Perlakuan peserta sepanjang pertandingan juga
akan dinilai.
e) Markah Bonus (5 markah)
Pemidato akan dinilai daripada
persembahan dan perwatakannya.

6.0

segi

keseluruhan

5.2

Skema pemarkahan adalah seperti di Lampiran 1.

5.3

Jika didapati dua atau lebih peserta yang mendapat markah


yang sama, maka pemenangnya akan ditentukan dengan
mengambil kira kombinasi markah tertinggi bagi isi dan cara
penyampaian dan jika masih ada lagi persamaan, hakim akan
mengambil kira kombinasi markah bagi isi, cara penyampaian
dan bahasa sebagai asas penentuan.

5.4

Urus setia berhak MENOLAK sebarang penyertaan yang


melanggar peraturan dan mengubah sebarang syarat yang
dirasakan perlu dari masa ke semasa.

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
6.1

Pidato hendaklah disampaikan dalam Bahasa Melayu.

6.2

Pemidato-pemidato diberi masa 8 (lapan) minit sahaja.

7.0

6.3

Loceng akan dibunyikan sekali pada awal minit pertama


sebagai menandakan peserta sudah boleh memulakan pidato
dan pada permulaan minit terakhir menandakan peserta
mempunyai SATU (1) minit lagi untuk berpidato. Loceng akan
dibunyikan dua kali bagi menandakan masa untuk berpidato
sudah tamat. Sebarang penyampaian selepas loceng penamat
dibunyikan tidak akan diberikan markah.

6.4

Pemidato-pemidato yang membaca nota-nota atau teks-teks


mereka semasa berpidato akan dipotong markah.

6.5

Kritikan terhadap isu-isu sensitif yang berkaitan dengan politik,


agama, bangsa dan kebudayaan atau terhadap keperibadian
seseorang adalah dilarang.

6.6

Penggunaan bahasa atau tuturkata yang kurang sopan adalah


dilarang.

6.7

Pemidato-pemidato tidak dibenarkan menundingkan jari


mereka atau menunjukkan genggaman tangan mereka kepada
penonton untuk melahirkan emosi mereka atau menepuk meja
semasa berpidato.

6.8

Pengerusi Pidato berhak menegur pemidato-pemidato yang


melanggar peraturan-peraturan di atas. Peserta diwajibkan
berpakaian kemas semasa pertandingan.

HAKIM
7.1

Pemilihan hakim terdiri daripada hakim yang berkecuali.

7.2

Tiga (3) orang hakim untuk menghakimi pertandingan ini.


Salah seorang daripadanya dilantik sebagai ketua.

7.3

Keputusan panel hakim adalah MUKTAMAD dan markah yang


dicatatkan adalah sulit dan rahsia.
5

8.0

HADIAH PERTANDINGAN
8.1

9.0

Pemenang-pemenang akan menerima pengiktirafan seperti


berikut:
i. Tempat Pertama
: Wang Tunai RM1,000.00, Piala
dan Sijil Penghargaan
ii. Tempat Kedua
: Wang Tunai RM 800.00 dan Sijil
Penghargaan
iii. Tempat Ketiga
: Wang Tunai RM 500.00 dan Sijil
Penghargaan

TARIKH TUTUP PERTANDINGAN


9.1

Semua penyertaan hendaklah menggunakan borang seperti di


Lampiran 2 dan perlu dikemukakan kepada pihak Urus setia
selewat-lewatnya pada 4 JULAI 2014 (JUMAAT) sebelum
jam 5.00 petang.

9.2

Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut akan


DITOLAK.

9.3

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi :


En. Abu Bakar Bin Mat
(abubakar@townplan.gov.my)

Tel : 03-26992169

Pn. Fauziah bt. Abd. Jalil


(fauziah@townplan.gov.my)

Tel : 03-26992168

Pn. Hasnida bt. Soaid


(hasnida@townplan.gov.my)

Tel : 03-26992180

Alamat :
Urus Setia Pertandingan Pidato
Sempena Sambutan Hari Inovasi Jabatan 2014
Bahagian Korporat,
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa
Semenanjung Malaysia
(Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan),
Jalan Cenderasari,
50646 Kuala Lumpur
Tel : 03 2698 9211
Faks : 03 2694 7824

LAMPIRAN 1

SKEMA PEMARKAHAN
PERTANDINGAN PIDATO
SEMPENA SAMBUTAN HARI INOVASI
JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 2014
Aspek Yang Dinilai

Markah (%)

1. Isi

30

2. Bahasa

20

3. Penyampaian

40

4. Adab

5. Markah Bonus

JUMLAH

100

LAMPIRAN 2
BORANG PENYERTAAN
PERTANDINGAN PIDATO
SEMPENA SAMBUTAN HARI INOVASI
JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 2014
Maklumat Peserta
1

2.

Nama

Jabatan/Bahagian

No. Tel

(o) _______________

No. Fax

Emel ____________________________________

(h/p) ______________

Pengesahan Ketua Jabatan


Saya dengan ini bersetuju membenarkan peserta-peserta seperti nama di
atas untuk menyertai pertandingan ini. Mereka juga akan memberikan
kerjasama sepenuhnya dengan menghadirkan diri pada hari pertandingan
atau dalam mana-mana aktiviti yang berkaitan dengan pertandingan ini.

Tandatangan Ketua Jabatan/Bahagian


Nama
:
Jabatan
:

Cop
Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai