Anda di halaman 1dari 12

KARNIVAL KECEMERLANGAN PENDIDIKAN PRASEKOLAH

PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR


TAHUN 2023

1.0 PENGENALAN

Pendidikan Prasekolah menjurus kepada pembangunan insan melalui kaedah pengajaran


dan pembelajaran separa formal. Lantaran itu, pendekatan pedagogi yang sesuai harus dititik
beratkan dan menjadi konsep mudah ubah yang menjadi kunci kepada pelaksanaan
Pendidikan Prasekolah.

Karnival Prasekolah ini merupakan gabungan beberapa aktiviti yang menggabungkan


kesemua tunjang dalam Pendidikan Prasekolah dan diharapkan dapat mencungkil bakat dan
menyerlahkan potensi murid prasekolah.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Mencungkil bakat dan potensi murid prasekolah dalam pelbagai aspek
perkembangan kanak-kanak yang meliputi jasmani, rohani, emosi, intelek dan
sosial.

2.2 Memberi peluang kepada murid prasekolah untuk membina sikap berani, yakin
diri dan berketrampilan.

2.3 Menggalakkan murid prasekolah berinteraksi sesama mereka.

2.4 Mendidik murid prasekolah mempunyai kematangan emosi dan sosial;


disamping membentuk daya kreativiti dan estetika murid prasekolah.

2.5 Memperkenal Pendidikan Prasekolah di mata Masyarakat khususnya di


Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

3.0 KELAYAKAN/SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

3.1 Karnival Prasekolah ini terbuka kepada semua murid prasekolah Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) bawah seliaan Jabatan Pendidikan Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) seperti berikut:
a. Warganegara Malaysia;
b. berumur lima (5) atau enam (6) tahun; dan
c. belajar di kelas prasekolah aliran perdana sahaja.

UPR, SPS, JPWPKL 2023 1


3.2 Aktiviti yang dipertandingkan adalah:
a. Kategori Individu
i. Idola Kecil
ii. Deklamasi Sajak
iii. Hafazan
iv. Fashion Show (Best Costume)
b. Kategori Berpasukan
i. Amalan Terbaik STEM

3.3 Pertandingan berbentuk individu akan disertai oleh seorang (1) murid
prasekolah (lelaki atau perempuan), manakala pertandingan berpasukan akan
disertai oleh dua (2) orang murid prasekolah (lelaki dan/atau perempuan) dari
sekolah yang sama. Tiada peserta simpanan/gantian.

3.4 Penglibatan peserta adalah mewakili sekolah masing-masing. Peserta akan


bertanding di peringkat daerah terlebih dahulu dan satu (1) penyertaan terbaik
(setiap daerah) bagi setiap pertandingan akan bertanding di peringkat negeri.
Satu (1) penyertaan terbaik bagi setiap pertandingan akan mewakili Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur di peringkat kebangsaan.

3.5 Setiap peserta bagi setiap acara perlu diiringi oleh guru/Pembantu Pengurus
Murid (PPM) pengiring sekolah masing-masing. Guru/Pembantu Pengurus
Murid (PPM) pengiring atau wakil kontinjen tidak dibenarkan membantu atau
mengganggu peserta yang sedang membuat persembahan. Markah akan
dipotong oleh Hakim.

3.6 Guru/Pembantu Pengurus Murid (PPM) pengiring sahaja dibenarkan untuk


berurusan dengan pihak Urus setia berkaitan pertandingan yang disertai.

3.7 Penentuan nombor giliran peserta adalah berdasarkan undian yang akan
dijalankan sebelum pertandingan bermula. Penyertaan peserta perlu mengikut
nombor giliran yang ditentukan secara bergilir-gilir.

3.8 Peserta yang tidak mendaftar tidak dibenarkan untuk menyertai pertandingan.

3.9 Peserta yang hadir lewat lima (5) minit ke bilik pertandingan selepas nombor
giliran dipanggil tidak dibenarkan untuk menyertai pertandingan.

3.10 Setiap penyertaan perlu menyelesaikan pertandingan yang disertai dalam


jangkamasa yang ditetapkan. Kegagalan menyelesaikan pertandingan dalam
jangkamasa yang ditetapkan akan menyebabkan markah dipotong oleh Hakim.

3.11 Guru/Pembantu Pengurus Murid (PPM) pengiring perlu menyerahkan bahan


penyertaan berikut kepada pihak Urus setia sebelum atau pada hari
pendaftaran penyertaan:
a. tiga (3) salinan bait Sajak;
b. tiga (3) salinan sinopsis Amalan Terbaik STEM; dan

UPR, SPS, JPWPKL 2023 2


c. dua (2) salinan Audio Minus One (thumb drive).

3.12 Penampilan peserta hendaklah sesuai dan sopan dari sudut pakaian, solekan
dan hiasan. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan penyertaan
terbatal.

3.13 Semua pertandingan akan dihakimi oleh dua (2) orang Hakim dan seorang (1)
Ketua Hakim. Keputusan Hakim adalah muktamad dan sebarang bantahan
adalah tidak dibenarkan.

3.14 Hadiah akan diberikan kepada:


a. Johan;
b. Naib Johan;
c. Tempat ketiga; dan
d. Tempat keempat (peringkat negeri sahaja).

Urus setia
Karnival Kecemerlangan Pendidikan Prasekolah
Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Peringkat Negeri 2023

UPR, SPS, JPWPKL 2023 3


PERTANDINGAN IDOLA KECIL
KARNIVAL KECEMERLANGAN PENDIDIKAN PRASEKOLAH
PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
TAHUN 2023

SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN

1. Pertandingan ini berbentuk individu yang disertai seorang murid prasekolah.

2. Penampilan peserta semasa pertandingan hendaklah sesuai dan sopan dari sudut
pakaian, solekan dan hiasan.

3. Persembahan hendaklah diiringi oleh muzik minus one (tanpa sebarang vokal).

4. Peruntukan masa adalah tidak kurang daripada tiga (3) minit dan tidak melebihi tujuh
(7) minit persembahan.

5. Dua salinan Audio Minus One untuk kegunaan semasa pertandingan hendaklah diserah
kepada Urus setia sebelum atau semasa pendaftaran penyertaan dalam bentuk thumb
drive.

6. Peserta dibenarkan untuk memilih dan menyanyikan lagu semasa dalam Bahasa
Malaysia atau Bahasa Inggeris sahaja (90’an hingga terkini).

7. Pemilihan lagu Bahasa Malaysia dari negara Indonesia, Singapura dan Brunei adalah
tidak dibenarkan.

8. Setiap lagu tidak boleh mengandungi unsur-unsur negatif atau menyentuh sensitiviti
mana-mana kaum dalam negara ini.

9. Lagu-lagu dialek tempatan, lagu rakyat, serta lagu kanak-kanak juga tidak dibenarkan.

10. Konsep persembahan adalah nyanyian solo dan bantuan instrumen muzik yang
dimainkan sendiri oleh peserta adalah dibenarkan. Walaubagaimanapun, markah tidak
akan dikira untuk bantuan instrumen muzik tersebut.

11. Sebarang pengunaan props berat di atas pentas tidak dibenarkan.

12. Jika berlaku masalah teknikal (audio, muzik, mikrofon), peserta dibenarkan untuk
mengulangi semula persembahan dan permarkahan akan dikira semula.

UPR, SPS, JPWPKL 2023 4


PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK
KARNIVAL KECEMERLANGAN PENDIDIKAN PRASEKOLAH
PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
TAHUN 2023

SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN

1. Pertandingan ini berbentuk individu yang dianggotai seorang (1) murid prasekolah.

2. Penampilan peserta semasa pertandingan hendaklah sesuai dari sudut pakaian,


solekan dan hiasan.

3. Peruntukan masa adalah tidak kurang tiga (3) minit dan tidak melebihi lima (5) minit
persembahan.

4. Loceng akan dibunyikan sebanyak dua (2) kali menunjukkan masa telah melebihi lima
(5) minit persembahan dan markah tidak akan diambil kira.

5. Peserta dibenarkan untuk mendeklamasikan sajak dalam Bahasa Malaysia sahaja dan
tema adalah berdasarkan kepada nilai kasih sayang, keluarga, masyarakat dan alam
sekitar.

6. Bait-bait sajak boleh dicipta atau di ambil dari mana-mana sumber.

7. Sajak yang berunsur cinta sesama manusia tidak dibenarkan. Setiap isi kandungan
sajak tidak boleh mengandungi unsur-unsur negatif atau menyentuh sensitiviti mana-
mana kaum dalam negara ini.

8. Konsep persembahan adalah mendeklamasikan sajak secara individu/solo.

9. Sebarang penggunaan props ringan di atas pentas dibenarkan. Walaubagaimanapun,


markah tidak akan dikira pada bantuan props tersebut.

10. Memakai pakaian yang bersesuaian dan sopan.

UPR, SPS, JPWPKL 2023 5


PERTANDINGAN HAFAZAN
KARNIVAL KECEMERLANGAN PENDIDIKAN PRASEKOLAH
PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
TAHUN 2023

SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN

1. Pertandingan ini berbentuk individu yang dianggotai seorang (1) orang murid
prasekolah.

2. Penyertaan terbuka kepada semua murid prasekolah beragama Islam.

3. Setiap peserta perlu membaca Surah Al-Fatihah sebagai surah wajib serta dua (2)
pilihan surah daripada sembilan (9) ayat lazim yang disediakan berdasarkan cabutan
undian pada hari pertandingan.

4. Tidak dibenarkan menukar surah dan markah tidak diambil jika tersalah surah yang
dibaca.

5. Markah akan diambil kira berdasarkan satu (1) surah wajib dan dua (2) surah pilihan.

6. Pengundian surah pilihan dibuat sebelum peserta membaca surah wajib. Peserta perlu
meletakkan kertas cabutan dihadapan hakim sebelum ke tempat duduk di pentas
pertandingan.

7. Peserta tidak boleh menukar nombor giliran serta surah pilihan yang dipilih.

8. Peruntukan masa bagi setiap peserta membaca surah wajib dan surah pilihan adalah
tidak melebihi sepuluh (10) minit. Bacaan yang melebihi sepuluh (10) minit tidak akan
diberi markah.

9. Aturan pembacaan surah bermula dengan surah wajib dan diikuti surah pilihan.

10. Peserta lelaki hendaklah memakai pakaian kebangsaan yang lengkap bersamping,
bersongkok dan berkasut. Baju kurta tidak dibenarkan.

11. Peserta perempuan hendaklah memakai pakaian yang menutup aurat dengan berbaju
kurung, berjubah serta bertudung sempurna dan hiasan yang tidak keterlaluan.

UPR, SPS, JPWPKL 2023 6


Senarai Surah Wajib:

1. Surah Al-Fatihah

Senarai Surah Pilihan:

1. Surah Al-Ikhlas

2. Surah Al-Masad

3. Surah Al-Falaq

4. Surah Quraisy

5. Surah Al-Asr

6. Surah Al-Kafirun

7. Surah Al-Nasr

8. Surah An-Nas

9. Surah Al-Kautha

UPR, SPS, JPWPKL 2023 7


PERTANDINGAN PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK STEM
KARNIVAL KECEMERLANGAN PENDIDIKAN PRASEKOLAH
PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
TAHUN 2023

SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN

1. Setiap sekolah diwakili oleh satu (1) kumpulan sahaja terdiri daripada dua (2) orang
peserta.

2. Pertandingan akan dijalankan dalam satu pusingan.

3. Setiap pasukan perlu menyediakan lima (5) salinan Penulisan Sinopsis Projek
berdasarkan format yang diberikan (tidak melebihi tiga (3) muka surat) untuk diserahkan
kepada Urus setia.

4. Peserta dikehendaki membentangkan hasil amalan terbaik STEM kepada Hakim


pertandingan.

5. Hakim akan menyoal peserta yang membuat pembentangan.

6. Masa yang diperuntukan untuk pembentangan ialah enam (6) minit hingga lapan (8)
minit.

7. Bahan pembentangan (penulisan) perlu diserahkan kepada Urus setia untuk diserahkan
kepada pihak Hakim sebelum hari pembentangan perkongsian pintar dijalankan.

8. Bahan/peralatan untuk pembentangan dan pameran perlu disediakan di dewan


pameran sebelum pertandingan bermula.

9. Guru Prasekolah dan Pembantu Pengurusan Murid (PPM) dibenarkan untuk membuat
penyediaan di atas pentas sebelum peserta memulakan pertandingan.

10. Guru pengiring atau Pembantu Pengurusan Murid (PPM) dikehendaki berada di ruang
khas (bahagian tepi) yang disediakan.

UPR, SPS, JPWPKL 2023 8


Tatacara Persembahan

1. Murid bebas menyampaikan hasil kerja (projek) dalam pelbagai cara yang berunsurkan
STEM (Science, Technology, Engineering and Mathmatics).

2. Peserta perlu menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.

3. Hakim akan bersoal jawab dengan peserta semasa pembentangan berlangsung.

4. Guru Prasekolah, Pembantu Pengurusan Murid (PPM) atau ibu bapa/penjaga tidak
dibenarkan berada bersama-sama pembentang semasa pembentangan dijalankan.

Tema Perkongsian Pintar

Bebas dan perlu mengikut KSPK Semakan 2017 dan mestilah berunsurkan maklumat yang
diambil daripada PdPc, media massa serta tidak menyentuh mana-mana isu sensitif, agama,
ras dan keturunan mana-mana kaum di negara ini.

UPR, SPS, JPWPKL 2023 9


PERTANDINGAN PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK STEM
KARNIVAL KECEMERLANGAN PENDIDIKAN PRASEKOLAH
PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
TAHUN 2023

BORANG PENULISAN SINOPSIS PROJEK

(Disediakan dalam Bahasa Melayu)

TEMA :

TAJUK :

NAMA MURID (1) :

NAMA MURID (2) :

SEKOLAH :

DAERAH : BANGSAR / PUDU

Panduan Penulisan Sinopsis Projek

A. SINOPSIS : Pengenalan

B. PENGUMPULAN BAHAN : 1. Perbincangan Bersama-sama Guru dan PPM

2. Pebincangan Bersama-sama Ibu bapa dan


murid

C. PENGHASILAN PROJEK :

D. BAHAN :

E. IMPAK :

UPR, SPS, JPWPKL 2023 10


PERTANDINGAN FASHION SHOW (BEST COSTUME)
KARNIVAL KECEMERLANGAN PENDIDIKAN PRASEKOLAH
PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
TAHUN 2023

SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN

Penyertaan

1. Setiap Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) diwakili oleh seorang (1) peserta sahaja yang
terdiri daripada murid prasekolah.

2. Peserta (Model) dikehendaki memperagakan costume yang direka.

3. Rekaan costume adalah berdasarkan pilihan tema-tema yang terdapat di prasekolah.

4. Rekaan costume wajib menggunakan tiga (3) jenis peralatan atau alat bantu mengajar
yang terdapat di kelas prasekolah serta menggunakan bahan terbuang atau tumbuh-
tumbuhan atau kedua-duanya sekali.

5. Aksesori tambahan dibenarkan namun tidak boleh mengganggu keseluruhan konsep


utama.

6. Bahan-bahan yang digunakan adalah bebas.

Syarat Pertandingan dan Strategi Pelaksanaan

1. Juruacara akan menerangkan syarat-syarat dan peraturan kepada peserta atau


pengiring.

2. Masa persembahan tidak kurang tiga (3) minit dan tidak melebihi lima (5) minit
persembahan di atas pentas.

3. Pakaian/prop/costume hendaklah disediakan oleh pasukan masing-masing.

4. Model atau peserta dikehendaki memperagakan costume masing-masing di atas pentas


berdasarkan kreativiti masing-masing (catwalk).

UPR, SPS, JPWPKL 2023 11


5. Hanya muzik latar yang disediakan oleh urusetia sahaja akan mengiringi peserta/model
sepanjang persembahan.

6. Pihak urusetia tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa perbelanjaan peserta atau
pasukan di dalam pertandingan ini.

UPR, SPS, JPWPKL 2023 12

Anda mungkin juga menyukai