Anda di halaman 1dari 11

PERTANDINGAN BERCERITA AS SYAKIRIN

KERTAS KERJA

KERTAS KERJA
PERTANDINGAN BERCERITA KISAH NABI
SURAU AS SYAKIRIN

1.0 PENDAHULUAN

Bercerita telah menjadi tradisi budaya manusia sejak zaman-berzaman untuk


memberi pengajaran, pengetahuan dan berkongsi pengalaman. Aktiviti cerita dalam
pengajaran bahasa adalah salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk
membina kecekapan berbahasa kanak-kanak iaitu kemahiran mendengar, bertutur,
membaca dan menulis.

Seterusnya, kemahiran kefahaman dan pelaporan turut dicapai melalui aktiviti


membaca dan bercerita ini. Aktiviti bacaan perlu dibudayakan kepada kanak-kanak.
Dengan ini, aktiviti bercerita sangat sesuai untuk dipertandingkan. Justeru,
Pertandingan Cerita Kisah Nabi (Kategori Tahap 1 & 2) wajar dijadikan aktiviti
pertandingan di peringkat komuniti, daerah, negeri dan kebangsaan.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Mencungkil bakat dan kreativiti kanak-kanak bercerita secara bersahaja dan
menyakinkan.

2.2 Menggalakkan kanak-kanak membaca dan menghayati karya kreatif penulis-


penulis tempatan, karya tradisional islamik dan hasil karya sendiri.

2.3 Membina keyakinan diri dan semangat juang yang tinggi serta berdaya saing
dalam kalangan peserta.

2.4 Meningkatkan kemahiran berbahasa iaitu mendengar, bertutur, membaca dan


menulis dalam bahasa Melayu.

2.5 Menggalakkan kanak-kanak menjana idea secara spontan, meyakinkan


berdasarkan bahan rangsangan.

2.6 Mencungkil bakat dan kretiviti kanak-kanak bercerita secara spontan dan
meyakinkan.

2.7 Menggalakkkan kanak-kanak untuk memupuk cita-cita menjadi daie dan


pendakwah dari peringkat awal.

2.8 Menggalakkan kanak-kanak untuk memahami perjuangan dan pengorbanan


nabi agar ianya menjadi inspirasi, teladan dan pedoman hidup.

2.9 Menggalakkan kanak-kanak dan penjaga untuk mendekati tempat ibadah


serta dapat mengembangkan syiar islam.
JAWATANKUASA
AS SYAKIRIN 1
TAMAN MUTIARA
PERTANDINGAN BERCERITA AS SYAKIRIN
KERTAS KERJA

3.0 PENGELOLAAN

Pertandingan ini dianjurkan oleh jawatankuasa As Sykirin. Pertandingan akan


diadakan seperti tetapan berikut:

Tarikh : 20 Oktober 2019


Hari : Ahad
Masa : 1.00 – 4.00 petang
Tempat : Surau As Syakirin, taman Mutiara, Labuan

4.0 PENYERTAAN

Pertandingan ini terbahagi kepada dua kategori iaitu Kanak-kanak Kategori Tahap 1
(Tahun 1, 2 dan 3) dan Kategori Tahap 2 (Tahun 4, 5 dan 6) dan ianya terbuka
kepada penghuni Taman Mutiara, Labuan. Ibu bapa dan penjaga kanak-kanak
tersebut adalah bertanggungjawab untuk mengurus dan melatih peserta yang
terlibat.Penyertaan adallah terhad kepada 15 peserta bagi setiap kategori dan
penyertaan adalah percuma.

Pertandingan dijalankan dalam dua bahagian iaitu:

4.1 Bahagian Pertama : Tajuk yang telah disediakan oleh peserta.


4.2 Bahagian Kedua : Tajuk spontan berdasarkan bahan rangsangan
bergambar.

5.0 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN BAHAGIAN SATU

5.1.1 Penyertaan terbuka kepada kanak-kanak Tahap Satu (Tahun 1, 2 dan


3) dan Tahap Dua (Tahun 4, 5 dan 6)

5.1.2 Sumber bahan cerita hendaklah dipilih daripada medium berikut :

5.1.2.1 Buku-buku cerita yang terdapat dalam pasaran.

5.1.2.2 Cerita-cerita dari majalah dan media massa lain.

5.1.2.3 Cerita-cerita daripada bahan elektronik / internet.

JAWATANKUASA
AS SYAKIRIN 2
TAMAN MUTIARA
PERTANDINGAN BERCERITA AS SYAKIRIN
KERTAS KERJA

5.1.2.4 Hasil karya sendiri.

5.2.1 Kualiti cerita

5.3.4.1 Isi cerita mestilah mengandungi unsur-unsur ketokohan


perjuangan nabi, pengajaran islamik, dan nilai-nilai murni
sejagat yang tidak menyentuh isu-isu politik.

5.3.4.2 Cerita yang dipilih perlulah bersesuaian dengan tahap umur


peserta.

5.3.5 Panjang cerita hendaklah bersesuaian dengan masa yang


diperuntukkan. Setiap peserta diberi masa untuk bercerita antara 6
minit hingga 8 minit.

5.3.6 Loceng akan dibunyikan 2 kali pada minit ke-8, menandakan masa
persembahan telah tamat.

5.3.7 Props,muzik dan kesan bunyi semasa bercerita tidak dibenarkan.

5.3.8 Pelajar perlu dikuarantin untuk cerita Bahagian Dua.

5.3.9 Element sumber hadis dan petikan ayat Al-Quran, unsur puisi, nyanyian
dan cakap ajuk dibenarkan untuk mengukuhkan penceritaan tetapi tidak
keterlaluan hingga menjejaskan penceritaan. (Tidak melebihi satu
(01) minit daripada keseluruhan cerita untuk kedua-dua unsur tersebut).

5.3.10 Unsur lakonan dan main peranan / watak dibenarkan. Peserta perlu
bercerita dengan gaya penceritaan yang bersahaja, menarik dan
memikat penonton. Pergerakan yang dibenarkan ialah pergerakan
anggota badan, tangan, kepala dan mimik muka.

5.3.11 Peserta digalakkan memakai kostum yang menutup aurat.

5.3.12 Teks cerita hendaklah dihantar kepada pihak pengelola sebelum atau
semasa pendaftaran.

5.3.13 Sepuluh markah maksimum akan dipotong sekiranya peserta membuat


persembahan cerita kurang daripada enam (06) minit atau melebihi
lapan (08 ) minit.

JAWATANKUASA
AS SYAKIRIN 3
TAMAN MUTIARA
PERTANDINGAN BERCERITA AS SYAKIRIN
KERTAS KERJA

* kurang daripada 6.00 minit dipotong 10 markah

Dari (minit) Hingga (minit) Markah Dipotong


05.59 05.30 1 markah
05.29 05.30 2 markah
04.59 04.30 3 markah
04.29 04.00 4 markah
< 04.00 ke bawah 5 markah

* Lebih daripada 08 minit

Dari (minit) Hingga (minit) Markah Dipotong


08.01 08.29 1 markah
08.30 08.59 2 markah
09.01 09.29 3 markah
09.30 09.59 4 markah
>10.00 ke atas 5 markah

 Pemotongan markah hanya dilakukan oleh Ketua Hakim sahaja.

5.3.14 Penyertaan akan dibatalkan sekiranya peserta :

5.3.14.1 menyentuh isu-isu sensitif tentang politik;

5.3.14.2 membaca teks cerita atau bahan rujukan secara terus


menerus;

5.3.14.3 dibantu oleh orang lain;

5.3.14.4 menggunakan ‘props’, ‘back-drops’, muzik atau kesan bunyi.

5.3.15 Pemenang akan ditentukan melalui kiraan markah dan juri hakim.

5.3.16 Sekiranya berlaku seri, kriteria berikut harus diambil kira untuk
menentukan pemenang:
i) teknik persembahan
ii) bahasa dan pertuturan
iii) penghayatan cerita
JAWATANKUASA
AS SYAKIRIN 4
TAMAN MUTIARA
PERTANDINGAN BERCERITA AS SYAKIRIN
KERTAS KERJA

5.3.17 Keputusan panel hakim adalah muktamad dan markah tidak akan
diumumkan.

6.0 SYARAT-SYARAT BERCERITA BAHAGIAN DUA (SPONTAN)

6.1 Peserta akan menyampaikan cerita secara spontan berdasarkan bahan


rangsangan yang akan dikemukakan oleh Pengerusi Pertandingan melalui
cabutan undi. Pertandingan ini diadakan selepas pertandingan cerita
Bahagian Pertama.

6.2 Peserta perlu dikuarantin.

6.3 Peserta diberi masa selama satu (01) minit untuk persediaan dan tidak
melebihi tiga (03) minit untuk persembahan.

6.4 Loceng akan dibunyikan pada minit ketiga menandakan masa persembahan
tamat.

6.5 Props,muzik dan kesan bunyi semasa bercerita tidak dibenarkan.

6.6 Unsur puisi dan cakap ajuk dibenarkan untuk mengukuhkan penceritaan
tetapi tidak keterlaluan hingga menjejaskan penceritaan. (Tidak melebihi
satu (01) minit daripada keseluruhan cerita untuk kedua-dua unsur
tersebut).

6.7 Element sumber hadis dan petikan ayat Al-Quran, unsur lakonan dan
main peranan / watak dibenarkan. Peserta perlu bercerita dengan gaya
penceritaan yang bersahaja, menarik dan memikat penonton. Pergerakan
yang dibenarkan ialah pergerakan anggota badan,
tangan, kepala dan mimik muka.

7.0 KRITERIA PENGHAKIMAN PERTANDINGAN CERITA BAHAGIAN SATU

7.1 Teknik Persembahan 20 markah


7.2 Bahasa dan pertuturan 20 markah
7.3 Penghayatan cerita 20 markah
7.4 Interaksi dengan audiens 15 markah
7.5 Mesej/nilai dalam cerita 05 markah
7.6 Penggunaan sumber hadis dan Al-Quran 10 markah
7.7 Kawalan suara 10 markah
Jumlah 100 markah

JAWATANKUASA
AS SYAKIRIN 5
TAMAN MUTIARA
PERTANDINGAN BERCERITA AS SYAKIRIN
KERTAS KERJA

8.0 KRITERIA PENGHAKIMAN BAHAGIAN DUA (SPONTAN)

8.1 Persembahan dan kreativiti 25 markah


8.2 Bahasa dan Pertuturan 25 markah
8.3 Penghayatan cerita 20 markah
8.4 Interaksi dengan audiens 15 markah
8.5 Tempo penceritaan/Perkembangan cerita 15 markah
Jumlah 100 markah

9.0 ANGGARAN BELANJAWAN/KELENGKAPAN YANG DIPERLUKAN.

BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH


Makanan / Minuman Peserta
30 orang
1 - Air Kotak RM 90.00
x RM 3.00
- Kuih-muih @ mee hoon ( 2 jenis )

Pertama
Hadiah 2 orang RM 200.00
X RM100.00
1. Pertama (Tahap 1 dan Tahap 2)
Kedua
2 2 orang RM 100.00
2. Kedua (Tahap 1 dan Tahap 2) X RM 50.00

Ketiga
3. Ketiga (Tahap 1 dan Tahap 2) 6 orang RM 60.00
X RM30.00

3 Banner Pertandingan 2 x RM 60.00 RM 120.00

4 Loceng 1 buah -

5 Jam Randik / Stop Watch 6 buah -

JAWATANKUASA
AS SYAKIRIN 6
TAMAN MUTIARA
PERTANDINGAN BERCERITA AS SYAKIRIN
KERTAS KERJA

6 PA Sistem 1 set -

JUMLAH RM392.00

10.0 JAWATANKUASA KERJA

PENGERUSI 1 : En. Ramlee bin Patta


(Pengerusi)

TIMBALAN PENGERUSI : En. Ismail bin Abdul Rahim


(Timbalan Pengerusi)

SETIAUSAHA : En. Fazdhley Hafiz bin A Wahid

BENDAHARI : En. Mohd. Sapirin

PENYELARAS PERTANDINGAN :

1. En. Esmit bin Amat

HAKIM PERTANDINGAN

1. En. Ismail bin Abdul Rahim (K)

PENGACARA MAJLIS : En. Amirullah bin Syaharudin

PENJAGA MASA : En. Fazdhley Hafiz bin A Wahid

PENDAFTARAN/PENYELIAAN PESERTA

1. En. Jasri bin Marjiman

JAWATANKUASA
AS SYAKIRIN 7
TAMAN MUTIARA
PERTANDINGAN BERCERITA AS SYAKIRIN
KERTAS KERJA

HADIAH & SIJIL

1. En. Iznan bin Andah


2. En. Mohd. Sapirin

DOKUMENTASI / FOTOGRAFI

1. En. Hasrun bin Saharullah

PERSEDIAAN TEMPAT/ HIASAN

1. En. Lamit bin Mohd. Yusof

SIAR RAYA
1. En. Mohd. Sapirin

11.0 PENUTUP

Diharap Pertandingan Bercerita Kisah Nabi anjuran surau As Syakirin, Taman


Mutiara, Labuan dapat dijalankan seperti yang dirancang dalam kertas kerja ini
sekaligus mencapai objektif utama penganjuran pertandingan ini iaitu untuk
mencungkil bakat dan kreativiti peserta dalam bercerita serta memupuk minat
membaca dalam diri kanak-kanak.

Disediakan Oleh, Disemak oleh,

……………………………….............. ....................................................
(EN. FAZDHLEY HAFIZ BIN A WAHID) (ENCIK ESMIT BIN AMAT)
Setiausaha Biro Kebajikan
Surau As Syakirin, Taman Mutiara, Labuan Surau As Syakirin, Taman Mutiara,

Disahkan Oleh,

……………………………..
(EN. RAMLEE BIN PATTA)
Pengerusi
Surau As Syakirin, Taman Mutiara, Labuan
JAWATANKUASA
AS SYAKIRIN 8
TAMAN MUTIARA
PERTANDINGAN BERCERITA AS SYAKIRIN
KERTAS KERJA

BORANG PENYERTAAN
PERANDINGAN BERCERITA KISAH NABI
SURAU AS SYAKIRIN, TAMAN MUTIARA, LABUAN

Nama Penjaga :________________________________________________


No. Telefon :________________________________________________

(Tahap 1 : Umur 7 hingga 9 tahun)


Bil Nama Jantina No. MyKid

(Tahap 2 : Umur 10 hingga 12 tahun)


Bil Nama Jantina No. MyKid

JAWATANKUASA
AS SYAKIRIN 9
TAMAN MUTIARA
PERTANDINGAN BERCERITA AS SYAKIRIN
KERTAS KERJA

Hadiah bagi pemenang setiap kategori :


Pertama RM100.00
Kedua RM 50.00
Ketiga RM 30.00

Untuk Pertanyaan lanjut, sila hubungi:

SYARAT PENYERTAAN.
BAHAGIAN SATU

Penyertaan terbuka kepada kanak-kanak Tahap Satu (Tahun 1, 2 dan 3) dan Tahap Dua (Tahun 4, 5 dan 6)

Isi cerita mestilah mengandungi unsur-unsur ketokohan perjuangan nabi, pengajaran islamik, dan nilai-nilai murni sejagat
yang tidak menyentuh isu-isu politik.

Cerita yang dipilih perlulah bersesuaian dengan tahap umur peserta.

Panjang cerita hendaklah bersesuaian dengan masa yang diperuntukkan. Setiap peserta diberi masa untuk bercerita
antara 6 minit hingga 8 minit.

Loceng akan dibunyikan 2 kali pada minit ke-8, menandakan masa persembahan telah tamat.

Props,muzik dan kesan bunyi semasa bercerita tidak dibenarkan.

Pelajar perlu dikuarantin untuk cerita Bahagian Dua.

Element sumber hadis dan petikan ayat Al-Quran, unsur puisi, nyanyian dan cakap ajuk dibenarkan untuk mengukuhkan
penceritaan tetapi tidak keterlaluan hingga menjejaskan penceritaan.

Unsur lakonan dan main peranan / watak dibenarkan. Peserta perlu bercerita dengan gaya penceritaan yang bersahaja,
menarik dan memikat penonton. Pergerakan yang dibenarkan ialah pergerakan anggota badan, tangan, kepala dan mimik
muka.

Peserta digalakkan memakai kostum yang menutup aurat.

Teks cerita hendaklah dihantar kepada pihak pengelola sebelum atau semasa pendaftaran.

Sepuluh markah maksimum akan dipotong sekiranya peserta membuat persembahan cerita kurang daripada enam (06)
minit atau melebihi lapan (08 ) minit.

Penyertaan akan dibatalkan sekiranya peserta :


menyentuh isu-isu sensitif tentang politik;
membaca teks cerita atau bahan rujukan secara terus menerus;
dibantu oleh orang lain;
menggunakan ‘props’, ‘back-drops’, muzik atau kesan bunyi.

Keputusan panel hakim adalah muktamad dan markah tidak akan diumumkan.

BAHAGIAN DUA (SPONTAN)

JAWATANKUASA
AS SYAKIRIN 10
TAMAN MUTIARA
PERTANDINGAN BERCERITA AS SYAKIRIN
KERTAS KERJA

Peserta akan menyampaikan cerita secara spontan berdasarkan bahan rangsangan yang akan dikemukakan oleh
Pengerusi Pertandingan melalui cabutan undi. Pertandingan ini diadakan selepas pertandingan cerita Bahagian Pertama.

Peserta diberi masa selama satu (01) minit untuk persediaan dan tidak melebihi tiga (03) minit untuk persembahan.Loceng
akan dibunyikan pada minit ketiga menandakan masa persembahan tamat.

KRITERIA PENGHAKIMAN PERTANDINGAN CERITA BAHAGIAN SATU

Teknik Persembahan 20 markah


Bahasa dan pertuturan 20 markah
Penghayatan cerita 20 markah
Interaksi dengan audiens 15 markah
Mesej/nilai dalam cerita 05 markah
Penggunaan sumber hadis dan Al-Quran 10 markah
Kawalan suara 10 markah
Jumlah 100 markah

JAWATANKUASA
AS SYAKIRIN 11
TAMAN MUTIARA

Anda mungkin juga menyukai