Anda di halaman 1dari 5

3.

0 MATLAMAT

Meningkatkan minat serta kemahiran membaca murid-murid.

4.0 OBJEKTIF

4.1 Mencungkil bakat dan kreativiti murid dalam bercerita secara


berkeyakinan.
4.2 Membina keyakinan diri dan semangat berjuang yang tinggi serta
berdaya saing dalam kalangan murid.
4.3 Meningkatkan kemahiran berbahsasa iaitu mendengar, membaca,
menulis dan bertutur dalam Bahasa Melayu.
4.4 Menggalakkan murid-murid menjana idea secara spontan
berdasarkan bahan rangsangan.
4.5 Menggalakkan murid-murid membaca dan menghayati karya kreatif
penulis-penulis tempatan, karya tradisional dan hasil karya sendiri.

5.0 PENGELOLAAN

Pertandingan ini dianjurkan oleh Panitia Bahasa Melayu. Pertandingan akan


diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 20 Oktober 2021


Hari : Rabu
Masa : 8.00 – 11.00 tengahari
Tempat : Dewan Solar, Sk Saguon, Tongod, Telupid.

9.0 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN BERCERITA

9.1 Penyertaan terbuka kepada murid-murid Tahap Satu


(Tahun 1,2 dan 3) serta Tahap Dua (Tahun 4,5 dan 6)

9.2 Sumber bahan cerita hendaklah dipilih daripada medium berikut:


9.2.1 Buku-buku cerita yang terdapat dalam pasaran.
9.2.2 Cerita-cerita daripada bahan elektronik / internet.
9.2.3 Cerita-cerita dari majalah dan media massa lain.
9.2.4 Hasil karya sendiri.
9.3 Kualiti cerita:
9.3.1 Isi cerita mestilah mengandungi unsur-unsur pengajaran dan nilai-nilai
murni yang tidak menyentuh isu-isu politik, ras dan agama.
9.3.2 Cerita yang dipilih hendaklah sesuai dengan tahap umur murid.
9.4 Panjang cerita hendaklah bersesuaian dengan masa yang diperuntukkan.
Setiap peserta diberi masa antara 6 minit hingga 8 minit untuk bercerita.
9.5 Loceng akan dibunyikan sekali pada minit ke-7 manakala 2 kali pada minit ke-
8, menandakan masa persembahan telah tamat.
9.6 Props, muzik dan kesan bunyi semasa bercerita tidak dibenarkan.
9.7 Unsur puisi, nyanyian dan cakap ajuk dibenarkan untuk mengukuhkan
penceritaan tetapi tidak keterlaluan hingga menjejaskan penceritaan iaitu tidak
melebihi (01) minit daripada keseluruhan cerita.
9.8 Unsur lakonan dan main peranan / watak tidak dibenarkan. Peserta perlu
bercerita dengan gaya penceritaan yang bersahaja, menarik dan memikat
penonton. Pergerakan yang dibenarkan ialah pergerakan anggota badan,
tangan, kepala dan mimik muka. Pergerakan kaki hanya dibenarkan setapak
ke kiri, setapak ke kanan, setapak ke hadapan dan setapak ke belakang.
9.9 Peserta digalakkan memakai kostum.
9.10 Markah akan dipotong sekiranya peserta membuat persembahan cerita
kurang daripada enam (06) minit atau melebihi lapan (08) minit.
Kurang daripada 06 minit.
Dari (minit) Hingga (minit) Markah Dipotong
05.59 05.30 1 markah
05.29 05.00 2 markah
04.59 04.30 3 markah
04.29 04.00 4 markah
< 04.00 ke bawah 5 markah

Lebih daripada 08 minit.


Daru (minit) Hingga (minit) Markah Dipotong
08.01 08.29 1 markah
08.30 08.59 2 markah
09.01 09.29 3 markah
09.30 09.59 4 markah
> 10.00 ke atas 5 markah
*Pemotongan markah hanya dilakukan oleh Ketua Hakim sahaja.

9.11 Penyertaan akan dibatalkan sekiranya peserta:


9.11.1 Menggunakan props, muzik dan kesan bunyi.
9.11.2 Menyentuh isu-isu sensitif tentang politik, ras dan agama.
9.11.3 Membaca teks cerita atau bahan rujukan secara terus menerus.
9.12 Pemenang akan ditentukan melalui kiraan markah oleh juri hakim.
9.13 Keputusan panel hakim adalah muktamad dan markah tidak akan
diumumkan.

10.0 KRITERIA PENGHAKIMAN PERTANDINGAN CERITA


Teknik Persembahan 20 markah
Bahasa dan pertuturan 20 markah
Penghayatan cerita 20 markah
Interaksi dengan audiens 15 markah
Mesej / nilai dalam cerita 05 markah
Tempo penceritaan / perkembangan 10 markah
cerita
Kawalan suara 10 markah
Jumlah 100 markah

11.0 TENTATIF PROGRAM


Tarikh Masa Aktiviti Tindakan
8.00 - 8.15 pagi Ucapan aluan oleh Pengerusi
Program
8.15 - 9.15 pagi Pertandingan Bercerita tahap 1.
9.15 - 9.30 pagi Rehat
9.30 - 10.30 pagi Pertandingan Bercerita tahap 2.
10.30 - 11.00 pagi 1. Rumusan dari komen juri.
2. Ucapan penutup oleh Guru
Besar.
3. Penyampaian hadiah.
4. Bersurai.

12.0 ANGGARAN BELANJAWAN/ KELENGKAPAN YANG DIPERLUKAN

BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH


Makanan / Minuman Peserta
1 - Air Kotak 15 orang RM45.00
- Kuih-muih (2 jenis) x RM3.00
Pertama
Hadiah 6 orang RM180.00
1. Pertama Tahun 1, 2, 3, 4, 5 dan 6 X RM30.00

2 Kedua
6 orang RM120.00
2. Kedua Tahun 1, 2, 3, 4, 5 dan 6 X RM20.00

Ketiga
6 orang RM90.00
3. Ketiga Tahun 1, 2, 3, 4, 5 dan 6 X RM15.00

3 Barner Pertandingan 1 x RM50.00 RM50.00

4 Loceng 2 buah -

5 Jam Randik / Stop Watch 6 buah -

6 PA Sistem 1 set -

JUMLAH RM485.00

13.0 PENUTUP

Diharap Pertandingan Bercerita anjuran Panitia Bahasa Melayu dapat


dijalankan seperti yang dirancang dalam kertas kerja ini dan seterusnya
dapat mencapai objektif utama penganjuran pertandingan ini iaitu untuk
mencungkil bakat dan kreativiti murid dalam bercerita serta memupuk minat
membaca dalam diri murid-murid SK Saguon, Tongod, Telupid.
Disediakan Oleh, Disemak Oleh,

____________________ __________________________
(CHERYL LEE HUI YIE) (AHMAD FAISAL BIN ROSLI)
PENYELARAS KETUA PANITIA BAHASA MELAYU
PERTANDINGAN BERCERITA 2021 SK SAGUON, TONGOD, TELUPID
PANITIA BAHASA MELAYU

Disahkan Oleh,

____________________________________
(PN. ROSLIN @ CYNTIAH BINTI MODIHIN)
GURU BESAR
SK SAGUON, TONGOD, TELUPID.

Anda mungkin juga menyukai