Anda di halaman 1dari 11

(1) Penyediaan hadirin

Perhatian. Hadirin sekalian minta kerjasama


Penuhkan ruang tempat duduk dihadapan

(2) Ketibaan Tuan Pengetua


Mengumumkan ketibaan tuan pengetua, En. Andrew Andau Bin Sanan,
diiringi oleh penolong kanan penolong kanan SMK Nabawan.
Sebagai pembuka tirai, majlis kita pada hari ini, dijemput para hadirin
untuk berdiri dan bersama-sama untuk menyanyikan lagu kebangsaan
lagu Negaraku & seterusnya lagu sekolah.
Terima kasih diucapkan kepada semua atas nyanyian itu tadi. Hadirin
dipersilakan duduk.

(3) Kata Aluan


Dari Dewan Serbaguna SMK Nabawan, mengalu-alukan kehadiran hadirin
sekalian ke
MAJLIS SAMBUTAN TADAU KAAMATAN SMK NABAWAN TAHUN 2014.

(4) Ucapan PK & Pengetua


Hadirin sekalian, seterusnya tirai ucapan pada pagi ini dimulakan dengan
mempersilakan yang berusaha En. Anthony Chong, penolong kanan KoKurikulum SMK Nabawan.Dengan ini,dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada En Anthony Chong di atas ucapan itu tadi.

Kalau tuan sayangkan padi


Jangan patahkan batang jerami
Kepada tuan mandat diberi
Mohon disempurnakan majlis kami

Hadirin dan hadirat yang dihormati, tidak lengkap sekiranya majlis tiada
perasmi. Kita teruskan lagi majlis kita dengan ucapan perasmian. Untuk
itu, majlis menjemput dan mempersilakan, Yang Berusaha Tuan Pengetua
SMK Nabawan,Encik Andau Bin Sanan naik ke pentas untuk
menyampaikan ucapan dan seterusnya menyempurnakan majlis
perasmian. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Bunga selasih di dalam puan


Harum melati penyeri intan
Terima kasih ucapan tuan
Kekal bersemi dalam ingatan
Majlis dengan penuh takzim merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima
kasih kepada tuan pengetua atas kesudian menyampaikan ucapan dan
seterusnya merasmikan Majlis Sambutan Pesta Kaamatan tahun 2014.

(5) Gimik
Hadirin sekalian,seterusnya mari kita bersama-sama menyaksikan gimik
perasmian yang akan disempurnakan oleh tuan pengetua dan penolongpenolong kanan. Marilah sama-sama kita tumpukan perhatian ke pentas.
Oleh yang demikian, majlis mempersilakan tuan pengetua dan penolong2
kanan ke pentas bagi gimik perasmian.

Demikianlah gimik perasmian yang telah disempurnakan sebentar tadi.


(6) Pusingan pengenalan MRK & UN
Hadirin sekalian, kini tiba saat yang dinanti-nantikan oleh kita semua.
Siapakah calon-calon bagi pertandingan Mr. Kaamatan dan Unduk Ngadau
pada tahun ini? Tanpa membuang masa lagi, marilah kita beralih ke
pusingan pengenalan bagi Mr. Kaamatan & Unduk Ngadau 2014!
*Sebut peserta ikut senarai

(7) Bintang kaamatan


*Peserta 1-5

Persembahan 1:

* Peserta 6-10

Persembahan 2:

(8) Persembahan khas guru


Seterusnya,kita akan sama-sama saksikan persembahan khas daripada
guru-guru.Dengan ini,dipersilakan.
Demikianlah persembahan daripada guru-guru sebentar tadi.

(9) Penyampaian cenderahati


Majlis akan diteruskan dengan penyampaian cenderahati kepada hakimhakim pertandingan bintang kaamatan 2014.
Dengan ini,dijemput penolong kanan Ko-kurikulum SMK Nabawan,Encik
Anthony Chong untuk menyempurnakan penyampaian cenderahati
kepada hakim.Dipersilakan.
Demikianlah penyampaian cenderahati
bintang kaamatan 2014 sebentar tadi.

kepada

hakim

pertandingan

(10) Penyampaian sijil & Hadiah


Diminta semua peserta bintang kaamatan untuk naik ke pentas bagi
upacara penyampaian hadiah. Dipersilakan.
Dijemputi tuan pengetua,En Andau Sanan untuk menyampaikan sijil dan
hadiah kepada para pemenang bagi pertandingan bintang kaamatan
2014.Dengan segala hormatnya,dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada tuan pengetua kerana sudi menyampaikan


hadiah.Tahniah kepada pemenang dan kepada yang tidak bernasib
baik,cuba lagi di tahun mendatang. Demikianlah keputusan bagi
pertandingan bintang kaamatan 2014.
Hadirin sekalian, siapakah yang akan dinobatkan sebagai mr kaamatan
dan unduk ngadau SMK Nabawan 2014? Sama-samalah kita ketahui
pemenangnya petang ini bermula pada jam 2.00 petang ini.
Kita juga akan mengetahui pemenang untuk Mr.Kaamatan favourite 2014
dan Miss favourite 2014 yang diundi oleh para guru dan staf sekolah sejak
beberapa hari yang lepas, dan guru-guru masih boleh like peserta
favourite mereka. Oleh itu, guru2 jangan lepaskan peluang mengundi
sementara masa undian masih dibuka.
Guru-guru yang dikasihi, jamuan makan kaamatan diadakan di bilik
gerakan. Dipersilakan penolong kanan ko-kurikulum En Anthony Chong
mengiringi tuan pengetua ke bilik gerakan sekolah untuk jamuan tadau
kaamatan. Guru-guru dan staf juga dijemput ke jamuan kaamatan
tersebut.
Perhatian kepada semua pelajar, sila kembali ke dewan sekolah sebelum
jam 2.
Terima kasih.

Sesi petang
(1) Ketibaan pengetua
Mengumumkan ketibaan tuan pengetua dan penolong kanan-penolong
kanan SMK Nabawan.
Hadirin sekalian, sebentar lagi kita akan memulakan pertandingan Mr
Kaamatan dan Unduk Ngadau SMK Nabawan 2014.
Adakan anda semua bersedia!?
(2) Persembahan Naib Johan Bintang Kaamatan
Sebelum kita memulakan pertandingan Mr kaamatan dan unduk ngadau,
kita akan menyaksikan terlebih dahulu satu persembahan daripada Naib
Johan
Pertandingan
Bintang
Kaamatan
SMKN
2014
dengan
mempersembahkan
lagu.Dipersilakan

Demikianlah
persembahan

daripada

(3) Pengenalan Hakim


Sebelum itu, izinkan kami memperkenalkan hakim yang bertugas petang
ini.
Hakim pertama : Puan Zainun Sumpoh. Merupakan unduk ngadau
Nabawan 1998 dan kini bertugas di sk pekan nabawan.

Hakim Kedua selaku ketua hakim, Cik Theresa Agas dan merupakan unduk
ngadau Sook 2001 dan kini merupakan pengerusi unduk ngadau
Nabawan.

(4) Pusingan Pertama MRK


Nampaknya keadaan semakin hangat petang ini. Tanpa melengahkan
masa,kita mulakan pertandingan Mr Kaamatan pusingan pertama.

(5) Pusingan pertama UN


Kita beralih kepada pertandingan unduk ngadau 2014 pusingan yang
pertama. Dipersilakan.
Untuk pengetahuan semua, pusingan pertama mr kaamatan dan unduk
ngadau dinilai dari segi kekemasan pakaian, kesegakkan dan kecantikan.

(6) Persembahan Johan Bintang Kaamatan


Sementara kita menunggu keputusan top 5, kita akan berhibur dengan
persembahan daripada Johan pertandingan bintang kaamatan 2014
iaitu.. dengan lagunya

Demikianlah persembahan daripada ..


Kita teruskan persembahan petang ini dengan menjemput

Demikianlah persembahan daripada

(7) Keputusan top 5


Nampaknya keputusan top 5 sudah di tangan kami. Sebelum itu, bagi
pusingan akhir ini seramai 5 orang peserta MR kaamatan dan 5 orang
peserta bagi unduk ngadau yang mempunyai markah tertinggi layak ke
pusingan akhir ini.
Di pusingan akhir ini, para peserta top 5 akan diuji dalam bentuk
komunikasi iaitu setiap seorang akan mencabut soalan yang telah

disediakan secara rawak. Mereka harus menjawab soalan tersebut dengan


penuh keyakinan.

*TOP 5 MRK
Baiklah, kita mulakan pusingan akhir mr. kaamatan. Peserta pertama yang
layak, dipersilakan. Peserta bernombor ..

*TOP 5 UN

(8) Persembahan khas


Pusingan akhir telah pun selesai dan kita sedang menunggu keputusan
rasmi daripada hakim. Bagi meredakan debaran, marilah sama-sama kita
saksikan
persembahan
khas
daripada.

(9) Penyampaian cenderahati


Sebelum kita menyampaikan hadiah bagi pemenang, terlebih dahulu
majlis menjemput penolong kanan ko-kurikulum, Encik Anthony Chong
bagi menyampaikan cenderahati kepada hakim. Dipersilakan.
Dipersilakan Pn Zainun Sumpoh. Untuk pengetahuan semua, sash bagi
pemenang mr kaamatan ditaja oleh Pn Zainun Sumpoh.
Seterusnya dipersilakan Cik Theresa Agas dan untuk pengetahuan semua
crown pemenang unduk ngadau ditaja oleh beliau.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada En Anthony
penyampaian cenderahati kepada hakim sebentar tadi.

(10) Keputusan Akhir

Chong

atas

Nampaknya keputusan telah kami perolehi, oleh yang demikian diminta


semua peserta mr kaamatan dan unduk ngadau naik ke pentas untuk
penyampaian hadiah.
* Saguhati
Kita mulakan penyampaian hadiah saguhati kepada peserta mr kaamatan.
Dijemput penolong kanan kokurikulum dan pn Zainun untuk
menyampaikan hadiah.
Penerima saguhati adalah
Kita teruskan dengan penyampaian hadiah saguhati kepada peserta
unduk ngadau 2014.Dengan itu,dijemput tuan pengetua dan Cik Theresa
Agas bagi menyempurnakan majlis penyampaian hadiah.
Penerima saguhti adalah.

* MR. Kaamatan Favourite & Miss Favourite


Nampaknya tinggal 5 peserta yang belum mendapat hadiah bagi setiap
kategori. Kita mulakan dengan kategori mr. kaamatan favourite smk
nabawan
2014
dan
pemenangnya
ialah
. Seterusnya, pemenang bagi miss
favourite
smk
nabawan
2014.
Pemenangnya
ialah

* Top 5 MRK
Kita teruskan dengan penyampaian hadiah utama, kita dahulukan dengan
kategori
mr
kaamatan.
Tempat
kelima
jatuh
kepada.. dan seterusnya tempat ke4
....
tempat
ke-3
Hanya tinggal 2 peserta,
siapakah yang akan dinobatkan sebagai mr kaamatan smk nabawan
2014?
Kami akan mengumumkan pemenang dan seterusnya yang tidak disebut
nama merupakan naib johan mr kaamatan smk nabawan 2014. Johan mr

kaamatan smk nabawan 2014 jatuh kepada ..


.. Tahniah & syabas kami ucapkan.

*Top 5 UN
Hadirin sekalian, kita teruskan dengan penyampaian hadiah utama, kita
dahulukan dengan kategori unduk ngadau. Tempat kelima jatuh
kepada. .dan seterusnya tempat ke4
...
tempat
ke3. Hanya tinggal 2 peserta,
siapakah yang akan dinobatkan sebagai unduk ngadau smk nabawan
2014?

Kami akan mengumumkan pemenang dan seterusnya yang tidak disebut


nama merupakan naib johan unduk ngadau smk nabawan 2014.Johan
unduk ngadau smk nabawan 2014 jatuh kepada.

Syabas dan tahniah kepada para pemenang dan majlis mengucapkan


ribuan terima kasih kepada tuan pengetua,penolong kanan kokurikulum,
Pn Zainun dan Cik Theresa di atas kesudian menyampaikan hadiah
sebentar tadi.

Diminta pemenang kekal di atas pentas untuk acara sesi bergambar


bersama pentadbir sekolah dan jemputan.
Sebelum mengakhiri majlis ini, terimalah 2 rangkap pantun dari kami
Madah diungkap santun bicara
Pantun dilantun mengusik hati
Salah dan silap tutur bicara
Pohon diampun seikhlas hati

Kain yang carik cuma dihujung


Dibuat alas mengelap kendi
Budi yang baik tetap dijunjung
Tahun hadapan berjumpa lagi

Sekian dan jumpa lagi!

Anda mungkin juga menyukai