Anda di halaman 1dari 5

Forum Remaja Vape Ancaman Baharu Negara

AP1 : Cubaan satu.


Pengerusi : Cubaan dua.
AP2 : Cubaan tiga.
AP3 : Cubaan empat.
Pengerusi : Cubaan forum pertama, remaja penjana minda kelas pertama.
AP1 : Cubaan forum kedua, remaja pencetus minda remaja kritis.
AP2 : Cubaan forum ketiga, remaja pencetus minda remaja kreatif.
AP3 : Cubaan forum keempat, remaja penjana generasi berinformasi.
SEMUA : Forum remaja pemangkin kecemerlangan budaya masyarakat berilmu.

Pengerusi : Bismillahhirahmannirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi


Wabarakatuh dan salam satu Malaysia. Hadirin sekalian bersyukur kita terhadap
Tuhan kita kerana diberi kesempatan untuk dipertemukan dalam satu majlis ilmu yang
penuh keberkatan. Warga dewan sekalian, saya(nama pengerusi) selaku pengerusi
forum amat berbesar hati kerana kita dapat bersama-sama membincangkan isu yang
cukup hangat dewasa ini. Hadirin dan warga dewan sekalian, saya pasti anda semua
pernah mendengar atau membaca di laman sosial isu berkenaan dengan kebaikan dan
keburukan vape yang menjadi tanda soal dalam kalangan masyarakat kini yang
mengalami kemusykilan sama ada vape menyelamatkan perokok tegar atau
sebaliknya. Oleh itu, topik yang akan diutarakan pada hari ini ialah, Vape - Ancaman
Baharu Negara. Bersama saya adalah 3 orang ahli panel yang tidak asing lagi.
Jangan ragu dan jangan risau kerana nampaknya warga dewan kita khususnya para
jejaka tidak senang duduk melihat kejelitaan tiga orang ahli panel kita pada hari ini .
Baiklah di sebelah kanan saya, ahli panel pertama, saudari (nama). Selamat datang
saudari. Seterusnya ahli panel kedua, ayu berbaju kurung saudari (nama). Selamat
datang saudari. Dan di hujung sana, nampak pemalu tapi bijak berkata-kata, saudari
(nama). Selamat datang juga buat saudari. Baiklah sebelum saya menyimpang lebih
jauh , untuk itu hadirin saya mempersilakan ahli panel pertama untuk memulakan
forum dan menjawab persoalan saya iaitu bagaimanakah vape ini boleh wujud di
kalangan masyarakat kita pada hari ini ? Dipersilakan saudari.

Ap1 : Terima kasih saudari pengerusi. Yang dihormati rakan-rakan padu seterusnya
hadirin sekalian. Umum mengetahui bagaimana fenomena vape bermula dalam tahun
2003. Ia mula dicipta oleh seorang ahli farmasi China, bernama Hon Lik. Ia hanya
mula dipasarkan di AS sekitar tahun 2007.Ia mula dipasarkan secara kecil-kecilan
melalui jualan atas panggilan (online). Sehinggalah syarikat kapitalis besar
mengambil bahagian dalam jualan vape, baharulah ia mendapat sambutan
hangat.Sejarah yang panjang untuk rokok dan vape menjadi antara sebab pendekatan
menangani kedua-dua perkara ini berbeza. Rokok pada fasa awal dianggap sebagai
sesuatu kebiasaan dan tidak dianggap sebagai ancaman kepada kesihatan. Hanya
selepas ratusan tahun, para doktor dan pengkaji dapat merumuskan bahawa ia boleh
mangakibatkan pelbagai komplikasi kesihatan. Itu sahaja daripada saya, saudari
pengerusi.

Pengerusi : Terima kasih panel pertama. Kita sudah tahu tentang sejarah vape ini
.Sebenarnya, vape bukanlah satu perkara yang positif seperti kata orang ramai. Ramai
yang menggunakan alasan vape adalah ganti kepada rokok untuk membenarkan
tindakan menghisap vape. Memang benar, tujuan asal penciptaan vape ini adalah
untuk menjadi satu kaedah terapi gentian nikotin. Ia juga menepati cita rasa perokok
yang sudah terbiasa dengan aktiviti menghisap rokok. Kajian yang dijalankan
menunjukkan perokok lebih gemar menggunakan vape berbanding nicotine patch.
Dari segi keberkesanannya, vape adalah sama berkesan berbanding nicotine patch.
Pengkaji percaya bahawa, kini semakin jelas bahawa perokok boleh bebas daripada
rokok tetapi akan menjadi ketagih pada vape pula. Hal ini demikian kerana bagi
mereka, tidak akan menyelesaikan masalah. Walaupun kandungan nikotin dalam vape
adalah sedikit berbanding rokok, namun kandungan lain seperti formaldehyde, logam
berat, dan perisa itu boleh membawa kesan penyakit yang banyak. Apakah implikasi
vape kepada kesihatan kita sebagai rakyat malaysia ?

AP2 : Terima kasih saudari pengerusi. Selamat sejahtera saya ucapkan kepada para
hadirin sekalian. Sejak awal penggunaan vape, vape dikritik hebat oleh pakar-pakar-
pakar perubatan dan pengkaji toksikologi. Kandungan utama vape termasuklah
propilena glikol, gliserin sayuran dan bahan perisa serta pewarna. Propilena glikol
boleh menyebabkan kesan jangka pendek dan kesan jangka panjang. Menurut kajian
yang dijalankan, kesan jangka masa pendek meliputi iritasi kepada mata, tekak dan
saluran pernafasan manakala kesan jangka masa panjang boleh menyebabkan
penyakit asma. Kajian ini menyokong bahawa penyedut Propilena glikol boleh
menyebabkan iritasi kepada sistem pernafasan seseorang. Propilena glikol apabila
dipanaskan akan menghasilkan bahan yang membebaskan formaldehid. Formaldehid
ialah sejenis bahan yang boleh menyebabkan kanser. Kajian menunjukkan jumlah
penghasilan formaldehid bergantung kepada tahap kepanasan yang digunakan ketika
mengewap propilena glikol. Bukan itu sahaja warga dewan sekalian, terdapat
kandungan utama vape yang dapat mengancam kesihatan manusia iaitu gliserin.
Sebenarnya, gliserin merupakn suatu bahan yang selamat dan digunakan di dalam
sabun, krimm muka dan sebagainya. Namun begitu, menyedut gliserin ke dalam
saluran pernafasan boleh memberikan kesan jangka masa panjang kepada kesihatan.
Kebanyakan gliserin yang digunakan adalah produk dari sayur-sayuran. Penggunaan
gliserin yang berulang dan berpanjangan boleh mengakibatkan kerosakan kepada
organ dalaman. Seterusnya, para hadirin sekalian telah dimaklumkan bahawa vape
terkenal dengan perisanya yang berbagai-bagai tamsilnya perisa buah-buahan. Indah
khabar dari rupa, perisa tidak seenak yang disangkakan. Pelbagai perisa yang
terkandung dalam vape yang boleh memudaratkan kesihatan. Ia mampu membunuh
sel iaitu sel paru-paru, otak dan lapisan kulit. Terdapat satu kajian yang dikendalikan
oleh Bahl et al pada tahun 2012 telah mengira paras yang mampu membunuh sel-sel
yang dikenali sebagai sitotoksisiti. Cecair vape yang mengandungi pelbagai bahan
perisa telah menunjukkan paras sitotoksisiti yang tinggi. Lain daripada itu,terdapat
juga kehadiran logam berat dalam menggunakan vape. Ini merupakan tindak balas
cecair vape yang terendam di dalam gelungan dawai di dalam bahagian atomiser.
Distribusi saiz partikel dan bilangan partikel yang dikeluarkan oleh vape adalah
serupa dengan rokok konvensional. Hal ini menunjukkan bahawa tiada kebaikan yang
boleh diperoleh dari kedua-dua perosak bangsa iaitu, rokok dan vape.

Pengerusi : Saudari, bagaimana pula dengan hasil tembakau iaitu nikotin? Nikotin
yang sering menjadi buah mulut orang ramai. Adakah vape mempunyai kandungan
nikotin? Minta penjelasan saudari.

AP2 : Baiklah saudari pengerusi. Walaupun vape didakwa tidak mengandungi nikotin,
namun cecair refill yang dijual berkemungkinan besar masih mengandungi nikotin
dalam bentuk cecair. Nikotin merupakan hasil tembakau yang menyebabkan
ketagihan, iaitu sejenis gangguan otak kronik. Pendedahan otak kepada nikotin
semasa remaja amat berbahaya kerana zaman remaja merupakan peringkat kritikal
perkembangan otak lalu menjadi pembuka laluan kepada penyalahgunaan dadah.
Nikotin juga meggalakkan pembekuan darah dan dapat menyerap masuk ke plasenta
ibu mengandung di mana ia akan mengganggu proses perkembangan bayi di dalam
kandungan. Oleh yang demikian, adalah wajar untuk kita menjauhi amal menghisap
vape dan harap kepada mereka yang masih beranggapan bahawa vape adalah lebih
baik daripada rokok dapat menukar persepsi mereka. Maka, itulah penerangan saya
saudari.

Pengerusi : Terima kasih saudari. Penerangan saudari begitu jelas dan mudah
difahami. Harap para hadirin boleh memanfaatkan apa yang diperkatakan oleh ahli
panel kedua sebentar tadi. Sudah terang lagi bersuluh, terbuktilah bahawa vape
membawa padah dan tiada bezanya dengan rokok tembakau. Janganlah kita bersikap
sudah terhantuk baru terngadah. Seterusnya, marilah lah kita berfikiran jauh sejenak,
apakah kesan vape terhadap negara? Adakah disebabkan agen perosak ini iaitu vape
yang semakin hari semakin popular dalam kalangan masyarakat terutamanya
golongan belia dan remaja boleh memundurkan negara? Mungkin ahli panel ketiga
boleh menjelaskan dan memberi pendapat terhaadap persoalan tersebut. Dipersilakan
saudari.

AP3 : Terima kasih saudari pengerusi. Selain membahayakan kesihatan diri,


kemorosoton produktiviti negara juga akan menjadi salah satu daripada
implikasi vape terhadap negara. Hal ini demikian kerana vape memberi impak
yang besar terhadap kesihatan rakyat di negara kita. Barangkali, majoriti
penduduk negara masih mempunyai anggapan bahawa vape ialah lebih baik
berbanding dengan rokok yang telah wujud sejak berkurun lamanya. Walau
bagaimanapun, vape membinasakan kualiti dan peradaban masyarakat. Hal ini
demikian kerana negara akan menghadapi kekurangan tenaga mahir dan tenaga
professional yang amatlah diperlukan oleh negara yang bercita-cita untuk
bersaing dengan negara maju yang terkemuka. Justeru, tanpa bilangan tenaga
mahir dan pakar-pakar yang mencukupi, negara akan gagal menyediakan
kemudahan perubatan dan perkhidmatan yang mustaid kepada masyarakat. Di
samping itu, vape juga boleh merosakkan akhlak, sahsiah, sosial dan kehidupan
masyarakat setempat terutamanya golongan remaja. Merujuk kepada sebuah
artikel yang dipetik dari Majalah Dewan Siswa keluaran bulan Februari yang
mengatakan bahawa penggemar vape merupakan mereka yang berada dalam
kelompok remaja iaitu daripada usia 15 tahun hingga 25 tahun.

Pengerusi : Saya mempunyai beberapa pertanyaan. Adakah vape menjadi


budaya baru dalam kalangan masyarakat kini? Patutkah kita biarkan mereka
terjebak dengan budaya hedonisme yang boleh mengecam kepentingan negara?

AP1 : Maafkan saya. Bolehkah saya mengemukakan pendapat?

Pengerusi : Silakan saudari.

AP1 : Terima kasih saudari pengerusi. Pada pandangan saya, kini, budaya
cool dan berani cuba digambarkan dengan menghembuskan wap
vape dengan penuh bangga dan disebarkan di media sosial demi
memaparkan bahawa mereka telah mengikut peredaran masa.
Kebelakangan kini, terdapat beberapa video viral di laman sosial
termasuklah sebuah video seorang ibu merakam aksi menghisap
vape lalu membenarkan anak-anaknya satu per satu menghisap
vape di hadapan kamera telefon pintar. Bukan itu sahaja, terdapat
banyak golongan belia yang tidak putus menyebarkan video mereka
menghembus gumpalan asap berwarna putih yang mengelilingi
mereka. Kita juga menyaksikan anak gadis sudah mula menghisap
vape tanpa rasa segan-silu. Trend ini merebak ke peringkat kanak-
kanak dan pelajar sekolah. Pembudayaan yang datangnya dari Barat
tidak semestinya membawa kebaikan kepada kita. Anak muda perlu
diasuh kembali supaya menghayati akar budi bangsa. Kajian
mendapati bahawa, individu yang mempunyai jati diri yang kuat
sukar untuk dipengaruhi faktor luaran. Kebejatan moral anak muda
adalah punca mereka amat mudah terikut-ikut dengan budaya vape
bawaan Barat. Hal ini jelas menunjukkan bahawa vape telah pun
meruntuhkan akhlak dan rohani seseorang dan impak vape boleh
dilihat dengan pantasnya iaitu beberapa bulan selepas vape
diperkenalkan di negara kita. Sehubungan dengan itu, jika negara
gagal melahirkan remaja yang berkeperibadian mulia dan
berkepimpinan, maka negara akan hilang pelapis pemimpin yang
berkaliber pada masa hadapan kerana pemuda harapan bangsa,
pemudi tiang negara. Remaja merupakan aset negara yang sangat
bernilai dan berharga yang wajar dilindungi dan dididik dengan
mapannya. Menurut Prof. Dr. Haji Abdul Malik Karim Amrullah,
seorang ulama berbangsa Indonesia yang berpengaruh mengatakan
bahawa beliau hairan melihat setiap hari orang menyisir rambutnya,
tetapi tidak pernah menyisir otaknya, memperkemaskan dadanya
tetapi tidak mencuci hatinya. Digosok kasutnya tetapi tidak
akalnya. Perungkapan tersebut dapat dikaitkan dengan golongan
remaja yang tidak sedar tentang keseronokan mereka adalah
merugikan dan mereka hanya tahu bergaya tetapi tiada ilmu yang
berguna. Tuntasnya, vape menjadi ancaman baharu negara. Itulah
sahaja daripada saya saudari pengerusi.

Pengerusi : Terima kasih saudari. Apabila dikaitkan dengan kesan


terhadap negara, hendaklah juga dikaitkan dengan ekonomi negara.
Boleh minta keterangan daripada ahli panel kedua forum kita.
Apakah persepsi saudari tentang kesan vape terhadap ekonomi
negara?

AP2 : Dari segi ekonomi, yang menjadi tanda soal ialah wajarkah
kita menganggap vape sebagai penyelamat ekonomi negara?
Kewujudan kedai penjualan rokok elektronik tumbuh bagaikan
cendawan selepas hujan di negara ini. Industri rokok elektronik di
Malaysia merupakan yang kedua terbesar di Malaysia selepas
Amerika Syarikat selain dianggap sebagai industri terbesar di Asia.
Perkara itu didedahkan oleh Ibrahim Mohamed, penganjur bersama
Konvesyen Vaporizer Kuala Lumpur 2015 malah beliau percaya
terdapat satu juta vaper di seluruh negara dengan kira-kira 10
peratus daripadanya berusia di bawah 18 tahun. Persoalannya,
adakah ini satu tidakan terancang oleh pihak tertentu, terutamanya
pemimpin-pemimpin kerajaan? Jika ia adalah benar, maka begitu
malangnya bangsa ini memiliki pemimpin yang tidak berpandangan
jauh dan berwawasan. Hal ini demikian kerana mencapai
keuntungan dengan cara yang tidak benar adalah salah. Ia bukan
sahaja akan membahayakan pengusaha-pengusaha vape, bahkan
semua pembeli akan turut dirosakkan. Ia bukanlah isu pembayaran
cukai, tetapi lebih kepada permasalahan etika. Seorang yang
berintegriti tidak akan melakukan sesuatu yang boleh melanggar
etika kemanusiaan. Apabila dilihat dari perspektif lain, mahukah kita
digelar sebagai negara pengeluar vape pertama di dunia yang
mencemarkan imej negara serta merosakkan gagasan negara yang
ingin berkembang maju dan negara yang boleh duduk sama rendah,
berdiri sama tinggi dengan negara maju di seantero dunia?
Sesungguhnya, ternyatalah bahawa vape yang menjadi duri dalam
daging dalam usaha pembangunan negara ke arah pemodenan dan
pencapaian yang luhur.

Pengerusi: Terima kasih saya ucapkan kepada ketiga-tiga ahli panel kita kerana
sudi hadir dan berani menyuakan pendapat masing-masing. Moga apa yang kita
dapat hari ini tidak sekadar masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Nampaknya
masa amat mencemburui kita, sebelum berakhir mari kita sama-sama menepuk
tangan untuk diri sendiri kerana berjaya dan tekun mendengar perbincangan
kita hari ini. Kesimpulannya, vape perlu diharamkan kerana ia bukan sahaja
menjejaskan kesihatan diri kita tetapi juga orang lain. Pengayuh sudah ditangan
perahu sudah di air fikir-fikirkan dan jangan sekali berhenti berfikir dan menjana
minda. Usah menepuk dada menanya selera tetapi tepuklah dahi, bukalah minda,
dan fikir-fikirkanlah! Vape ialah ancaman baharu negara! Penyalahgunaan dadah
tidak bersendirian dalam keluarga perosak bangsa. Akhir kata, sebelum
menamatkan diskusi ini, terimalah serangkap pantun indah daripada saya

Di atas dahan burung tempua,


Melihat rusa tepi perigi;
Salam perpisahan untuk semua,
Dilain masa bersua lagi.

Salam hormat, ceria-ceria selalu. Akhir kalam,

Orang putih, orang Pakistan,


Terima kasih syukran jaziilan.

Wabillah hitaufiq Walhidayah Assalamualaikum Warahmatullahhiwabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai