Anda di halaman 1dari 82

ULASAN KRITIKAL – MEMAHAMI MEDIA, BUDAYA DAN MASYARAKAT

Pada abad ke 21 ini, media massa telah mengubah landskap dari sudut

penyampian sesuatu maklumat. Kecanggihan teknologi masa kini telah

mengubah media dengan memperluaskan lagi skop sebagai platform penyebar

maklumat yang terbesar sehingga boleh memp engaruhi tingkah laku golongan

masyarakat seterusnya mendorong kepada perubahan sosio budaya.

Globalisasi budaya ialah sebaran sesuatu bentuk budaya menyeberangi

sempadan budaya dan negara. Budaya yang tersebar dalam bentuk kebendaan

dan bukan kebendaan mempunyai pengaruh yang boleh mengubah corak

pemikiran serta menghasilkan tingkah laku dan gaya hidup sesuatu

masyarakat. Pada era mutakhir ini, produk budaya baharu yang bersifat

material dan bukan material mendapat sambutan masyarakat di negara maju

dan negara membangun.


Isu Etika di Media Massa

Perkembangan teknologi komunikasi dan media membolehkan ilmu

pengetahuan dan budaya dikongsi oleh manusia sejagat. Hal ini jelas berlaku

dengan adanya penggunaan internet, telefon, televisyen, radio, surat khabar,

majalah dan juga media yang lain. Keadaan ini membolehkan sesuatu budaya

dan luar seperti budaya transeksualisme, disebarkan secara terus ke serata

dunia dengan mudah. Kesannya, transeksualisme menjadi salah satu identiti

sosial baharu yang membawa kepada perubahan ruang sosial dan budaya

sesuatu masyarakat serta mencetuskan pelbagai konflik,terutama bagi

masyarakat yang budayanya tidak membenarkan transeksualisme (Suriati dan

Azilah, 2012).Beberapa kajian lain melihat media berperanan penting dalam

memberi maklumat tentang budaya ini terhadap masyarakat. Bagi gaya hidup

transeksual, media massa seperti televisyen, radio, video, serta surat khabar,

novel, dokumentari dan biografi seringkali menyiarkan tentang fenomena

transeksual untuk maklumat dan juga hiburan.Umpamanya di Amerika

Syarikat, Kanada dan Britain, pihak media menjelaskan terma untuk

mengklasifikasikan cara berpakaian silang (cross dress), memberi maklumat

tentang pembedahan pertukaran jantina serta mencadangkan cara budaya ini

ditanggapi (King, 1993). Menurut Ekins dan King (1997) telah menjadi menjadi
satu trend bahawa golongan ini menjadi perhatian media melalui filem, drama

dan rencana. Selain memberi maklumat tentang gaya hidup transeksual (Ruan

et. al., 1989), Ringo (2002) telah merumuskan media bertindak sebagai agen

yang membenarkan (actualizing agent) dan menjual budaya ini kepada

masyarakat umum di Barat. Suriati dan Azilah (2012) turut melihat hal yang

sama di negara budaya Timur.Hal ini jelas menunjukkan media berperanan

penting dalam memberi maklumat dan mempromosi gaya hidup transeksual

kepada masyarakat.Kebebasan media amat penting dalam mendapatkan

maklumat yang adil dan juga boleh dipercayai.Ia merupakan hak masyarakat

dalam menentukan penyampaian media itu dari sudut pandang mereka

tersendiri sama ada positif atau sebaliknya.Namun,kebebasan media dilihat

sebagai satu ancaman kerana menyebarkan satu maklumat tanpa tapisan sama

ada di dalam mahupun dari luar negara.Isu kebebasan media merupakan

cabaran kepada pengamal media untuk menerbitkan pelabagai maklumat atau

berita yang sahih dan benar mengikut etika penyiaran dan kewartawanan itu

sendiri.Maka,segala berita yang disampaikan tidak mencetuskan perdebatan

terhadap pihak-pihak yang tidak berpuas hati sehingga menimpulkan

kontroversi yang mencetuskan provokasi terhadap budaya dalam kalangan

masyarakat itu sendiri.


Stereotaip, Peranan yang Ditetapkan, dan Persepsi Masyarakat

Sejak sekian lama media telah menyumbang kepada masyarakat dengan

menyediakan pelbagai maklumat untuk mereka. Ia mempunyai pengaruh dan

peranannya yang tersendiri dalam kalangan masyarakat. Walaupun pada

umumnya sarjana komunikasi bersetuju bahawa media mempunyai pengaruh

dalam masyarakat, namun perdebatan yang masih hangat berlangsung dalam

pengajian komunikasi adalah berkaitan dengan persoalan apakah bentuk

pengaruh media terhadap masyarakat atau khalayaknya.

Penularan Islamofobia (Islamophobia) yang membawa nilai benci, stereotaip

negatif dan prejudis terhadap Islam dan Muslim (umat Islam) menerusi

kandungan media Barat telah membimbangkan pelbagai lapisan masyarakat

Malaysia. Antara yang terbaharu ialah penghasilan filem “Innocence of

Muslims” yang sekali lagi telah membangkitkan kemarahan masyarakat Islam

terhadap golongan yang dilihat sentiasa memprovokasi masyarakat Islam.

Islam dan Muslim seolah-olah menjadi sasaran penerbit kandungan media di

Barat. Berdasarkan penemuan kajian-kajian berkenaan Islamofobia,


sebahagian besar negara-negara di dunia begitu obses dengan kandungan

media yang mengadvokasi Islamofobia daripada pihak Barat (Saaed, 2007;

Ogan et al., 2013 & Ahmed & Matthes, 2016). Pola yang mulai ketara boleh

dilihat dalam industri perfileman masa kini adalah watak-watak jahat dalam

filem-filem Hollywood telah bertukar daripada komunisme kepada terorisme

terutama semenjak peristiwa 11 September 2001.

Berpandukan konteks Malaysia yang merupakan salah satu negara Islam nyata

mempunyai keunikan yang tersendiri. Rakyatnya terdiri daripada masyarakat

majmuk yang berbilang etnik dan mengamalkan kepercayaan agama dan

kebudayaan yang berbeza diambilkira dalam pertimbangan penerbitan media.

Agenda perpaduan kaum sentiasa mendapat perhatian kerajaan dan media di

Malaysia. Peristiwa 13 Mei 1969 sering dijadikan rujukan untuk mengingatkan

rakyat implikasi negatif perseteruan kaum.

Namun, globalisasi yang menyaksikan ketembusan saluran-saluran media asing

ke dalam mediaskap Malaysia telah mewujudkan cabaran baharu kepada

pengusaha kandungan media nasional untuk menepis pengaliran masuk unsur-


unsur negatif menerusi kandungan media. Ini juga bermakna pengusaha media

dalam negara berdepan dengan pesaing daripada dalam dan luar negara.

Pengaruh Islamofobia dalam kalangan rakyat Malaysia boleh dilihat sebagai

rentetan daripada landskap media di Malaysia sendiri yang “kaya media‟.

Misalnya, antara 1963 hingga 1984 hanya terdapat dua saluran televisyen

sahaja iaitu TV1 dan TV2 di Malaysia. Monopoli tersebut mulai dipecahkan

apabila berlaku perubahan dasar kerajaan membenarkan pihak swasta tampil

membekalkan stesen televisyen sebagai pilihan tambahan atau alternatif

kepada rakyat Malaysia. Kesannya, pada hari ini terdapat lebih kurang 80

akhbar harian dan mingguan, lebih 50 saluran radio sama ada kerajaan

mahupun swasta, enam saluran televisyen terestarial iaitu FTA (free-to-air)

yang boleh ditonton secara percuma dibawa oleh Jabatan Penyiaran melalui

Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) dan Media Prima Berhad, 110 saluran

televisyen berbayar oleh All Asia Network (ASTRO) menerusi satelit dan terkini

adalah 79 saluran IPTV oleh TELEKOM Malaysia (TM televisyen – 39 saluran)

dan FINE TV (40 saluran) melalui jalur lebar (broadband), dan ini tidak

termasuk pilihan yang boleh diakses melalui TVRO yang mencecah ribuan

saluran dari seluruh dunia.


Situasi ini meletakkan Malaysia dalam dunia tanpa sempadan atau

“perkampungan global‟ (global village) (McLuhan, 1964) dengan saluran-

saluran media antarabangsa tersebut bertindak sebagai agen pembawa.

Sekaligus, senario ini memaksa media di Malaysia (sebagai sebuah negara

Islam) mempertingkatkan usaha-usaha untuk menangkis dan seterusnya

berusaha membentuk persepsi yang positif dalam kalangan rakyat Malaysia

terhadap Islam dan Muslim, seterusnya mengurangkan unsur Islamofobia

dalam kalangan khalayak media.

Komitmen media, Menyentuh dari aspek pemberitaan, program-program

berita berjadual di TV1 (Berita Nasional, & Berita Wilayah), TV2 (Berita

Mandarin, Berita Inggeris, Berita Tamil), TV3 (Buletin Pagi, Buletin 130, Buletin

Utama, & Nightline), NTV7 (Edisi 7 & 7 Edition), 8TV (8TV Mandarin), dan TV9

(Berita TV9) yang terikat dengan obligasi menggalakkan (mendukung/

memupuk) matlamat dasar dan polisi kerajaan yang mengkehendakkan media

membantu mempromosikan nilai-nilai Islam sesuai (mengambilkira komposisi

etnik) dengan konteks masyarakat majmuk pluralistik Malaysia. Begitu juga

dengan program-program ehwal semasa seperti Selamat Pagi Malaysia, Hujung

Minggu Malaysia, Di Luar Lingkungan, Wadah (Suara Siswa), Khabar Malaysia,

Dialog, Forum Perdana Ehwal Islam, Galeri Nasional, Isu, Apa Kata Wanita, Titik
Sentuhan Terus Bertindak dan Eksklusif oleh TV1 bersama-sama Malaysia Hari

Ini, Wanita Hari Ini, Aduan Rakyat, Bersamamu, 999, Al-Kulliyyah, Majalah3,

Nona, dan Jom Ronda oleh TV3. Pihak pengurusan Astro turut mengimbangi

perspektif-perspektif berita Barat dengan menyediakan saluran berita nasional

seperti Astro Awani dan saluran-saluran TV pendidikan yang mendidik agama

Islam khususnya Astro Oasis, Astro Ria, dan sebagainya. Terbaharu adalah TV

Al-Hijrah oleh Alhijrah Media Corporation. Komitmen daripada kerajaan turut

tidak terkecuali melalui pengenalan saluran berita Bernama TV.


Pengecualian dan Stereotaip Minoriti.

Diskriminasi terhadap kaum minoriti merupakan steriotaip yang sangat

jelas.Golongan minority yang kurang mendapat perhatian media.

Kebanyakkan rancangan yang diterbitkan melalui media massa lebih

mencerminkan kehidupan kaum majorit.Melalui filem, televisyen, media cetak

dan pengiklanan kaum minoriti tidak wujud seolah lenyap.Hal ini terjadi akibat

daripada kurang perhatian dan daya tarikan golongan minoriti tersebut.Selain

itu,penglibatan mereka dalam bidang kewartawanan dan lakonan kurang

menonjol,akibat daripada kurang berkemahiran atau cetek ilmu.Walhal pada

ketika itu terdapat dua golongan etnik iaitu Afrika dan America.Namun,etnik

Afrika seakan lenyap tidak wujud melalui penyiaran media dan hanya etnik

America sahaja yang diadaptasi melalui media massa.Pada ketika itu juga

media dikawal oleh golongan tertentu seperti parti politik,badan-badan bukan

kerajaan yang menguasai bidang penyiaran sepenuhnya.Jelaslah bahawa

media massa dapat membantu kewujudan sesebuah etnik/masyarakat ketika


itu.Hal ini,berlaku diskriminasi pada kelompok minoriti dan ketinggalan dalam

arus global media.

Media Berita dan Etika

Era komunikasi di hujung jari kini perlumbaan dalam penyampaian maklumat

menjadi sesuatu yang sangat menggusarkan. Perubahan ini sebenarnya

memberi cabaran yang hebat dalam dunia kewartawanan kerana terpaksa

menyediakan maklumat yang sensasi kepada masyarakat dalam jangka masa

yang lebih pantas. Berbanding dengan penggunaan media lama sebelum ini.

Perubahan ini juga telah membuktikan penetapan agenda pemberitaan masa

kini lebih menjurus kepada isu semasa yang telah diviralkan di sosial media,

berbanding penetapan melalui media arus perdana yang telah beroperasi lebih

lama di negara ini. Ini menjelaskan kenapa pengguna media sosial kini lebih

gemar merujuk berita melalui sosial media berbanding media arus perdana

memandangkan berita yang disampaikan lebih dekat dan pantas kepada

mereka.
Hal ini,memperlihatkan media arus perdana seolah-olah hanya medium untuk

menjawab segala isu yang dimainkan di dalam media sosial, berbanding

fungsinya dahulu iaitu menyampaikan maklumat. Penyampaian maklumat

melalui media sosial yang lebih pantas inilah menjadikan tugas wartawan lebih

sukar apabila ‘wartawan yang tidak bertauliah’ lebih lantang bersuara

berbanding wartawan yang sebenar apabila berlakunya sesuatu isu.Hal

ini,menjadikan portal berita seperti Malaysiakini, Malaysian Insider dan

sebagainya lebih menjadi pilihan pembaca kerana penyampaian berita melalui

portal ini lebih pantas sejajar dengan kepantasan penyampaian maklumat di

media sosial.

Media arus perdana seolah-olah hanya medium untuk menjawab segala isu

yang dimainkan di dalam media sosial, berbanding fungsinya dahulu iaitu

menyampaikan maklumat. Penyampaian maklumat melalui media sosial yang

lebih pantas inilah menjadikan tugas wartawan lebih sukar apabila ‘wartawan

yang tidak bertauliah’ lebih lantang bersuara berbanding wartawan yang

sebenar apabila berlakunya sesuatu isu.


Malangnya dalam kepantasan portal berita menyampaikan maklumat melalui

media sosial, tanpa disedari mereka telah mengetepikan etika kewartawanan

yang selama ini menjadi tunjang kepada wartawan media perdana. Pengabaian

etika kewartawanan ini sebenarnya mengkhianati hak pembaca di media sosial

di mana mereka telah diracuni oleh maklumat yang masih belum sahih

ataupun berbaur hasutan sehinggakan maklumat balas dari media arus

perdana tidak dijadikan lagi sebagai sandaran masyarakat dalam menilai

sesuatu.

Merujuk kepada Etika Kewartawanan yang telah dirangka oleh Jawatankuasa

Penggubal Etika Kewartawanan Malaysia dan diisytiharkan pada 20 Mei 1989

di Kuala Lumpur oleh Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Abdul Samad Ismail.

Perkara 1 dalam Etika Kewartawanan menekankan yang seharusnya wartawan

melaporkan kebenaran dan menghormati hak orang ramai untuk mendapatkan

maklumat yang benar. Selain itu, Perkara 3 dan 4, wartawan haruslah

mendapatkan berita, gambar serta dokumen dengan cara yang wajar mengikut

undang-undang dan penyiaran maklumat yang tidak benar perlulah dibetulkan

dengan mengakui kesilapan yang telah dilakukan.


Malangnya merujuk kepada pemberitaan terkini artikel Malaysiakini “Ex-IGP’s

son pours scorn on Khalid for bowing to politicians”, 4 September 2015

(https://www.malaysiakini.com/news/311084) telah menggunakan gambar

peribadi anak bekas Ketua Polis Negara berkenaan melalui laman Facebook

beliau tanpa kebenaran sebagai gambar berita.

Malah lebih menyedihkan wartawan Malaysiakini telah salah menggunakan

gambar ayah mertua kepada anak bekas Ketua Polis Negara berbanding bekas

Ketua Polis Negara yang sebenar. Walaupun pihak Malaysiakini telah menukar

gambar berita yang salah itu sejurus teguran dibuat mereka tetap tidak

melaksanakan sepenuhnya etika Perkara 4 iaitu permohonan maaf sebagai

bukti mengakui kesilapan.Ini sudah jelas telah melanggar Perkara 3 dan 4 Etika

Kewartawanan iaitu mengambil gambar berita yang salah tanpa kebenaran.

Tambahan pula, isu kesilapan mesej pada tajuk artikel Malaysian Insider, 5

September 2015(http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/no-

investigation-against najib-can-be-independent-says-minister) juga jelas

melanggar etika kewartawanan. Pada awalnya tajuk artikel berkenaan ialah

“No Investigation against Najib can be independent, says minister” yang jelas
menunjukkan mesej tiada siasatan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak akan

telus. Sedangkan inti pati penyampaian Datuk Abdul Rahman Dahlan lebih

menjurus kepada persepsi rakyat yang beranggapan jika pihak penyiasat

bertanggungjawab kepada sesiapa pun, orang ramai tetap akan menuduh

pihak penyiasat sebagai tidak telus.

Penyampaian maklumat pada tajuk berita yang salah ini sudah pastinya

melanggar Perkara 1 dalam Etika Kewartawanan. Setelah teguran dibuat oleh

Datuk Abdul Rahman Dahlan sendiri, Malaysia Insider telah menukar tajuk

artikel berkenaan kepada “People always think probes into Najib not

independent, says minister”. Tetapi perubahan ini juga tidak disertakan dengan

permohonan maaf.

Dua isu ini bukanlah sesuatu yang asing lagi dalam kesalahan penyampaian

berita melalui media sosial. Pelbagai lagi berita yang dilaporkan kadang-kala

lebih bersifat persepsi tanpa kupasan bukti yang kukuh sehingga menimbulkan

penyampaian berbentuk hasutan kepada rakyat. Ini juga melanggar etika

kewartawanan Perkara Keenam iaitu penyampaian berita yang berbaur

hasutan dan tuduhan yang tidak berasas.


Hal tersebut telah menimbulkan tanda tanya di manakah etika kewartawanan

yang sepatutnya diangkat dalam kalangan wartawan? Adakah sudah semakin

terhakis akibat media sosial yang menjadikan wartawan lebih bersikap tidak

endah dalam menjalankan profesion mereka? Seharusnya rakyat lebih bijak

menilai dalam mempercayai sesuatu dalam penyampaian berita melalui media

sosial agar wartawan menjadi lebih bertanggungjawab mengikut etika yang

telah ditetapkan.Jangan kerana mengejar kelajuan penyampaian berita kita

mengetepikan hak rakyat untuk mendapatkan sumber maklumat yang baik

melalui etika yang sepatutnya.


Tanggungjawab Sosial Media Berita

Etika kewartawanan merupakan garis panduan kepada pengamal media dalam

mendapatkan dan menyebarkan maklumat kepada masyarakat.Hal

ini,bertujuan bagi memelihara dan memupuk kebebasan akhbar serta

meningkatkan mutu dan profesion kewartawanan.Selain itu,disebut juga

bahawa wartawan harus menyedari pentingnya masyarakat

liberal,toleran,demokratik dan peranan tradisi kewartawanan bebas dan

bertanggungjawab berkhidmat untuk rakyat,dalam memberikan laporan fakta-

fakta yang sahih tanpa rasa ragu-ragu mahupun berat sebelah. Kebebasan itu

tidak harus disalah guna dan media perlu sentiasa mengamalkan etika

kewartawanan yang baik serta bertanggungjawab ke atas setiap laporan yang

dikeluarkan selain tidak memutarbelitkan fakta atau membuat spekulasi

melulu.Adalah menjadi tanggungjawab wartawan dan media untuk

membetulkan sesuatu kesilapan dalam laporannya dengan segera lebih-lebih


lagi kesilapan yang serius sama ada setelah mengetahui kesilapannya itu atau

setelah ada permintaan pihak yang terlibat.Keikhlasan dan kejujuran wartawan

dan medianya menyiarkan sesuatu berita pembetulan dapat diukur dari

kesediaannya mengakui kesilapan yang dilakukan secara tidak sengaja (in good

faith)

Mempersembahkan Cerita dengan Cara yang Menangani Kerumitannya

Istilah berita palsu bukanlah isu baharu yang berlaku kebelakangan ini. Ia

mungkin nampak baru dari segi akronimnya, namun pastinya masyarakat

sudah biasa didedahkan dengan maklumat bersifat propaganda, gosip, fitnah

dan penipuan fakta yang telah wujud sejak manusia mula membina

ketamadunannya. Realitinya, berita palsu muncul sejak sekian lama seiring

dengan perkembangan dunia digital yang membolehkan sesuatu maklumat

mempunyai agenda tertentu ditulis dan disebarkan dengan mudah bertujuan

untuk memburukkan atau membangkitkan persoalan dalam minda kalangan

khalayak. Oleh itu, kesukaran untuk membandingkan dan juga mengesahkan

kebenaran berita dan cerita berkenaan adalah semakin kompleks dan

sukar.Kompleksiti dan masalah kesan kemerosotan pembacaan dan

pengedaran kepada kesahihan berita dan maklumat, kepada taraf fungsi

kewartawanan itu sendiri.Sehubungan dengan itu,pihak media untuk


mengukuhkan praktik etika kewartawanan media yang jujur, tanpa prejudis

terhadap sumber berita yang diperolehnya.Hal ini jelas memberi dorongan

kepada institusi media menilai peranan mereka menyajikan berita yang tepat,

sahih dan lengkap kepada khalayak dengan lebih bertanggungjawab.

Perspektif Berpelbagai Hadir

Wartawan seharusnya memupuk sikap professional dan mengamalkan prinsip

etika kewartawanan.Seseorang wartawan itu perlulah mengikut etika

kewartawanan yang telah ditetapkan bagi mengelakkan kejadian yang tidak

diingini berlaku.Etika bertujuan memelihara dan memupuk kebebasan akhabar

serta meningkatkan mutu profesion kewartawana.Etika amat penting dalam

diri wartawan kerana ia boleh menentukan sama ada wartawan tersebut jujur

atau sebaliknya dalam penyebaran maklumat kepada kepada suatu negara

yang mengamalkan prinsip demokrasi.

Pantau Kerajaan dan Syarikat

Kerajaan mengiktiraf dan tidak menyekat atau menapis media.Menyantuni

semangat keterbukaan kepada ledakan lebuh raya maklumat dari segenap


penjuru dunia, media diberi peluang menikmati kebebasan. Hal Ini akan

memberikan ruang kepada kepada pengamal media/wartawan untuk

menghasilkan berita yang lebih efektif,telus dan secara tidak langsung akan

menjalankan tugas sebagai watchdog kepada kerajaan yang memerintah.

Ketelusan media amat penting bagi sesebuah komuniti masyarakat.Masyarakat

perlu mendapat berita yang benar dan telus daripada pemerintah agar dapat

menjadi pedoman kepada mereka.Melalui isu kebebasan media pihak kerajaan

juga perlu melaksanakan tugas tanpa sebarang penyelewengan kerana

sebarang salahlaku yang melibatkan kerajaan akan dipantau sepenuhnya oleh

media(watchdog). Berita semasa akan terus disampaikan kepada rakyat untuk

menilai prestasi kerajaan semasa agar dapat dinilai oleh rakyat sendiri.

Ciri-ciri Kewartawanan yang Boleh dipercayai

Pengamal media/wartawan mementingkan kesahihan sesuatu berita yang

tersebarkan dengan menjalankan kajian dan siasatan terhadap maklumat yang

menjadi tular sebelum menyiarkan berita tersebut.Hal ini,bagi

memperbetulkan ketidaktepatan dalam penyebaran maklumat

tersebut.Walaupun ia memakan masa untuk membuktikan kesahihannya,ia

memberikan maklumat yang tepat dan tuntas kepada masyarakat

sekeliling.Terdapat lebih daripada 400 kod etika telah dihasilkan oleh pelbagai
persatuan pengamal media/kewartawanan di seluruh dunia.Hal ini,bagi

memastikan wartawan akan menggunakan kaedah yang adil untuk

memperoleh berita, gambar dan dokumen.Selain itu,sebarang maklumat yang

dilaporkan sekiranya didapati tidak tepat, maka wartawan harus berusaha

untuk memperbetulkannya.Wartawan juga,seharusnya bersikap neutral dan

tidak berat sebelah dalam memastikan kemulusan wacana informasi yang

dicanangkan agar terlihat mantap dalam memberikan informasi berguna

kepada masyarakat.

Kesan Bias dalam Pembentangan Berita

Prinsip kewartawanan dalam melaporkan isu harus bersifat neutral.Namun,

Sikap berat sebelah ini wujud dalam media menerusi pemilihan cerita, kisah

atau isu yang ingin disampaikan atau usaha untuk menutupnya.Dapat difahami

bahawa media berat sebelah merupakan satu bentuk masalah yang dihadapi

dalam kalangan pengamal media yang sepatutnya bersikap telus dalam

menyampaikan satu-satu isu atau kisah namun mengambil tindakan berat

sebelah. Hal ini berlaku apabila pihak media berada pada sebelah pihak atau

melebihkan satu pihak namun meminggirkan sebelah pihak yang lain.Melihat

dari isu politik,peranan media seharusnya seimbang dengan laporan yang

disampaikan tengan reatiliti politik yang berlaku masa kini.Namun,media


bersikap berat sebelah dan hanya memaparkan maklumat yang tidak sahih dan

terpesong.

Kebanyakkan stesen televisyen dan penerbitan akhbar mempunyai agenda

tertentu dalam menyampaikan informasi. Hal ini kerana, setiap jawatankuasa

tertinggi dimiliki atau dikawal oleh orang-orang berkepentingan seperti politik

atau ahli kapitalis.Unsur bias dalam penyampaian berita menimbulkan

keraguan pihak umum.Wartawan seharunya lebih bersifat konprihensif dalam

melaporkan berita dengan lengkap dan tepat.Masyarakat umum seharusnya

mengambil inisiatif membuat verifikasi terhadap maklumat yang

disebarkan,jangan hanya mengikut telunjuk media yang melaporkan pelbagai

corak berita sehinggan menimbulkan kekeliruan.Realiti yang berlaku harus

diketahui umum bukan dirahsiakan agar masyarakat dapa membuat

kesimpulan terhadap maklumat yang diterima.Etika kewartawanan yang

diwujudkan sering menjadi persoalan,dimana kejujuran bidang kewartawanan

menyapaikan berita?.Sesebuah negara harus bebas dalam melaporkan media

dan bukan dikawal oleh pihak tertentu bagi kepentingan mereka sendiri.

Pertimbangan Etika Dunia Dalam Talian


Melihat perkembangan media atas talian, ledakan teknologi maklumat dan

media baharu pada masa ini sudah menjadi trend yang perlu diterima dan

sukar untuk dibendung. Penyebaran maklumat melalui media sosial

terutamanya perkongsian menerusi laman blog, Facebook, Twitter, ataupun

Instagram memudahkan sesuatu perkara menjadi sangat popular dan

diketahui dengan pantas. Malah, maklumat tersebut juga boleh diakses oleh

mana-mana individu di seluruh pelosok dunia.Hal ini,wujud isu isu- isu

berkaitan hak reka cipta,hak peribadi individu dan juga pelbagai lagi jenayah

siber.Individu dan masyarakat harus peka dan lebih bertanggungjawab,

berintegriti serta beramanah untuk mengelak berlaku salah faham terhadap

sesuatu maklumat yang dikongsi,pihak kerjaan harus mengambil inisiatif dalam

membendung salah laku individu atau pihak tertentu sehingga mengancam

hak peribadi seseorang yang menimbulkan keraguan umum kini.

Privasi dan Pengawasan

Isu privasi banyak tertumpu kepada pengurusan maklumat peribadi dan

kesediaan pengguna untuk berkongsi maklumat dalam jaringan digital di

Internet. Isu seterusnya adalah berkaitan dengan keselamatan maklumat

ketika berurusan secara dalam talian.Melalui teknologi Internet dan

aplikasi,secara umumnya keselamatan merujuk kepada proses untuk menjaga


kerahsiaan data dan maklumat, pengesahan dan pengenalan data,

mengawalselia akses pengguna dan pelbagai lagi.Oleh yang demikian, semua

pihak baik individu mahupun organisasi melaksanakan pengurusan rekod

dalam talian agar dapat mempertingkatkan ciri-ciri keselamatan bagi

mengurangkan risiko diceroboh.Semua maklumat dan data peribadi yang

dikumpul melalui capaian/carian internet dan juga media sosial akan dapat

memberi gambaran secara jelas berkaitan seseorang. Maklumat tersebut

terdedah kepada pihak-pihak berkepentingan bagi tujuan-tujuan mencari

pelanggan,manipulasi maklumat dan membabitkan empat jenis jenayah

komersial iaitu pembelian atas talian, Parcel Scam, Macau Scam dan pinjaman

wang yang tidak wujud.

Penggunaan dan Penipuan yang Adil

Internet kini kian berperanan sebagai saluran utama untuk pengedaran

maklumat dan hiburan kepada pengguna.Tanpa sempadan, Intenet

membolehkan pengguna untuk menghasilkan video, artikel dan muzik mereka

sendiri dan berkongsikannya dengan khalayak global.Kegiatan memuat turun

hasil karya dari laman web secara tidak meminta kebenaran merupakan salah

satu kegiatan yang melanggarkan hak cipta. Fenomena memuat turun bahan

dari Internet tanpa kebenaran pemegang hak cipta telah membentukkan suatu
norma sosial yang kurang atau tidak sihat.Contohnya, tanggapan orang ramai

bahawa memuat turun muzik dan filem dari internet adalah perkara biasa,

tidak akan melanggar hak cipta serta bukannya kegiatan yang tidak beretika

atau bermoral selaginya muzik dan filem yang dimuat turun tersebut tidak

dikongsikan kepada orang lain dan hanya disimpan atau hanya kegunaan diri

sendiri sahaja. Perkara ini telah menyebabkan kerugian kepada industri

berkenaan dan juga peningkatan jenayah siber.

Penipuan

Penciptaan peralatan komunikasi canggih seperti internet pada zaman ini

menjanjikan satu era baru dalam perkem bangan penyebaran maklumat.

Penggunaan internet dapat memantapkan proses pencarian ilmu dan informasi

seperti pendidikan. Plagiarisme yang merupakan perbuatan seseorang yang

menyatakan sama ada secara bertulis atau medium lain, bahawa sesuatu idea,

yang telah diterbitkan ataupun yang belum terbit, penulisan, karya atau

ciptaan orang lain, merupakan usaha intelektualnya sendiri tanpa memberi

penghargaan atau rujukan jelas tentang pengarang asal atau sumbernya.

Mengapakah perbuatan plagiarisme menerusi internet boleh terjadi? Terdapat

beberapa faktor penyumbang yang dapat dikenalpasti.Antaranya ialah seperti

kaedah ‘cut and paste ’daripada internet didapati lebih mudah daripada

menaip semula bahan-bahan yang diperoleh dari sumber-sumber


rujukan.Selain itu,melalui kemudahan “screeshot”melalui telefon pintar

meluaskan lagi penguasaan terhadap plagiarism.Pengguna dengan mudah

mengambil gambar atau petikan ayat menggunakan kaedah tersebut dan

mempamerkan diruangan media peribadi atau sebagai tujuan lain.Oleh

itu,perisian bagi mencegah amalan plagiarism ini telah dicipta khas,perisian

yang direka bentuk bagi mengesan dan melaporkan peratusan kesamaan,

berasaskan algoritma khusus, yang terdapat sama ada secara komersial atau

sebaliknya. Walau bagaimanapun, peratusan kesamaan tidak menunjukkan

peratusan plagiarisme. Perkara ini mungkin juga boleh dilanjutkan untuk

memasukkan kaedah pengesanan yang lain (katakan, individu yang mahir

dalam bidang ini). Kesemua usaha ini adalah sebagai panduan, bukan satu

penilaian yang muktamad tentang keaslian karya.

Media dan Kerajaan

Facebook berbanding FTC

Ledakan teknologi komunikasi terkini,mewujudkan pelbagai jaringan pantas

merangkumi hubungan sosial masyarakat.Facebook (Muka Buku),merupakan

aplikasi media sosial yang dimiliki dan dikendalikan secara persendirian oleh

Facebook Inc.Pengasasnya Mark Zuckerberg,facebook menawarkan


kemudahan kepada pengguna melalui beberapa tahap.Tahap tersebut

diberikan kepada pengguna secara peribadi seterusnya rakan-rakan dan juga

terbuka kepada umum.Secara ringkasnya melalui aplikasi facebook,pengguna

boleh berkongsi gambar profil,memuat naik gambar,video(live),senarai

kegemaraan peribadi dan pelbagai maklumat lain.Namun,berlaku kepincangan

terhadap facebook,data peribadi pengguna berada dalam keadaan terancam

dan diceroboh bagi tujuan tertentu,melihat daripada masalah yang dihadapi

pengguna menimbulkan rasa keraguan terhadap aplikasi tersebut.Jika diulas

lebih lanjut facebook mengahadapi isu berlaku penyalahgunaan data

pengguna,pengasas aplikasi tersebut mempunyai kerjasama dengan syarikat

lain bagi tujuan untuk mendapatkan maklumat berkaitan latar belakang

pengguna.Fedral Trade Commission, telah menjalankan siasatan terhadap kes

tersebut dan juga memastikan penguatkuasaan terhadap undang- undang

perlindungan data peribadi pengguna.

Peraturan Pemerintah Media

Kebebasan media United State dikawal dan telah diletakkan dibawah naungan

kerajaan persekutuan iaitu Federal Trade Commission, Federal Radio

Commission dan Federal Communications Commission.Agensi ini merupakan


watchdog bagi kebebasan media di United State untuk mematuhi peraturan

yang ditetapkan.

Peraturan Hari Ini

Federal Communications Commission melaksanakan tugas dan tanggungjawab

bagi mengawal saluran media.Suruhanjaya ini terbahagi kepada setiap

bahagian yang berperanan dalam tugas yang berlainan,secara keseluruhannya

bertujuan agar pihak kerajaan dapat mengawal selia industri media.FCC

mengandungi tiga bahagian utama iaitu dalam bidang penyiaran, telegraf, dan

telefon.

Antara tugas FCC adalah memproses permohonan lessen dan menolak,

menganalisis aduan, menjalankan siasatan, membangun dan melaksanakan

program pengawalseliaan, dan mengambil bahagian dalam perbincangan.

Peranan Perundangan Antidadah

Akta Sherman Antitrust pada 1890, akta tersebut menyatakan bahawa mana-

mana gabungan “dalam bentuk amanah atau sebaliknya yang berada dalam

perdagangan dan perdagangan terhadap beberapa negeri, atau dengan negara


asing “adalah haram”.Akta Clayton meluaskan prinsip dan peraturan yang

terkandung pada akta Sherman,bagi memastikan industri media dikawal selia

dan juga kesedaran mengenai bahaya amalan antikompetitif.Khususnya, Akta

Clayton melarang tindakan yang boleh “mengurangkan persaingan dengan

ketara atau cenderung bagi mewujudkan monopoli dalam bidang industri

media.

Penapisan Internet Di Seluruh Dunia

Isu penapisan jaringan atas talian menjadi trend bagi beberapa negara.Trend

ini menjadi satu pengkhususan penguatkuasaan yang dilakukan di beberapa

negara seluruh dunia.Isu penapisan jaringan atas talian ini telah mewujudkan

beberapa aplikasi yang tersedia khas dengan perkhidmatan penapisan

tersebut.Google transparency merupakan aplikasi khas yang memperlihatkan

peta penapisan jaringan atas talian di seluruh dunia.Aplikasi ini juga

menunjukkan bilangan peralihan data keluar dari enjin carian google atas

permintaan negara-negara yang menguatkuasakan penapisan jaringan atas

talian.Menjurus kepada aplikasi siaran video atas talian Youtube,sesetengah

negara juga mengharamkan penggunaan aplikasi tersebut atas faktor-faktor


tertentu.Hal ini,jelas menunjukkan bahawa sesetengah negara yang mengawal

penapisan media terhadap umum membawa impak negative dimana

masyarakat tidak berpuasa hati terhadap sekatan tersebut.Selain itu,negara-

negara tersebut mendakwa bahawa adegan dan permasalahan yang dihadapi

oleh mereka telah tular di media sosial dan maklumat-maklumat yang

mempengaruhi masyarakat di negara mereka juga tidak dibenarkan

dipaparkan.Negara-negara tersebut tidak mengamalkan sifat keterbukaan dan

kebebasan media terhadap umum kerana khuatir akan terima kecaman

natizen seluruh dunia dan segala maklumat penting negara bocor dan

diketahui negara luar.

Hukum dan Mesej Media Massa

Kedudukan media kini dibangunkan dan tujuan asalnya ditetapkan oleh

undang-undang pemerintah.Kebebasan media sering menjadi perdebatan oleh

undang-undang media terhadap perlembagaan sesebuah negara.Undang-

undang industri media Amerika Syarikat menjadi topik dalam perdebatan

terhadap kebebasan media.Secara umumnya undang-undang media terbahagi

kepada dua bahagian iaitu telekomunikasi yang mengawal siaran televisyen

dan radio manakala pencetakkan yang melaksanakan kawalan terhadap

penerbitan sepertu buku,akhbar dan majalah.Melihat dari kandungan yang

terbahagi kepada dua bahagian jelas menunjukkan undang-undang media


memfokuskan kepada perlindungan maklumat peribadi umum atau pengguna

dengan mewujudkan akta peribadi 1974.Akta Peribadi diluluskan dengan

tujuan melindungi maklumat indentiti umum/pengguna.Hal ini jelas

menunjukkan bahawa akta yang diwujudkan bertujuan mengutamakan

kepentingan hak peribadi pengguna agar tidak didedahkan dan digunakan bagi

tujuan eksploitasi tertentu.

Fitnah dan fitnah

Media kini,menjadi platform pihak tertentu untuk menyebarkan fitnah.Apa

yang lebih membimbangkan, maklumat palsu dan berunsur fitnah itu diterima

bulat-bulat tanpa merujuk kepada sumber sahih dan kemudiannya menjadi

tular sehingga mencetuskan perbalahan.Fitnah disebarkan melalui media

dalam bentuk kenyataan bertulis atau secara lisan.Kebebasan media

menggalakkan tindakan netizen menyebarkan berita palsu dengan tujuan

tertentu.Hal ini,jelas ia merupakan perbuatan yang tidak bertanggungjawab

oleh pihak tertentu dengan memutarbelitkan kenyataan,mereka-reka fitnah

dan memberi perspektif tidak tepat tentang perkara sebenar yang


berlaku.Sememangnya masa yang tepat bagi Kerajaan menggubal undang-

undang berita palsu seperti yang dirancang bagi membanteras penyebaran

fitnah dan provokasi secara berleluasa sehingga boleh memecah-belahkan

masyarakat serta menghancurkan keamanan negara.Merujuk kandungan etika

kewartawanan,wartawan dilindungi dalam mencari maklumat dan

menghebahkannya.Oleh itu,wartawan dianjurkan melaksanakan tugas mereka

dengan lebih bertanggungjawab dan memastikan berita yang disampaikan

adalah sahih dan bertanggungjawab ke atas hebahan tersebut yang mana

akan memberikan maklumat kepada masyarakat umum.Wartawan perlu sedar

bahawa lagi tinggi kedudukan atau status seseorang dalam masyarakat akan

lebih mudah ia difitnah.Apabila hal ini berlaku maka kejujuran, keikhlasan dan

sikap objektif yang ada pada wartawan berkenaan boleh diragui.

Hak Cipta dan Harta Intelek

Harta intelek merupakan karya hasil kreativiti atau ciptaan yang datang

daripada daya intelektual atau minda seseorang.Pemilik harta intelek diberi

hak eksklusif serta perlindungan terhadap harta intelek hasil ciptaannya, oleh

undang-undang harta intelek.Hak eksklusif adalah hak untuk memiliki dan hak

untuk mengeksploitasi sesuatu harta intelek tanpa sebarang ancaman daripada

pihak lain.Ancaman termasuklah ancaman cetak rompak, barangan tiruan,


penyalahgunaan, penggunaan tanpa kebenaran dan sebagainya.Penggubalan

undang-undang harta intelek,mengandungi akta dimana pemilik harta intelek

diberi hak-hak eksklusif terhadap pelbagai jenis harta tidak ketara seperti

muzik, penulisan, lukisan, penemuan dan ciptaan, perkataan, simbol dan reka

bentuk. Undang-Undang Harta Intelektual (IP) atau Hak Harta Intelektual

memberi kuasa secara eksklusif kepada pencipta atau pemilik harta intelektual,

yang diberikan hak secara sah dari segi undang-undang terhadap ciptaan

mereka untuk mengelakkan orang lain dari membuat atau menggunakan

ciptaan yang dilindungi tanpa kebenaran.Undang-undang harta intelek ini

kebanyakannya dikendali dan ditadbir di peringkat antarabangsa oleh World

Intellectual Property Organization (WIPO).Undang-Undang hakcipta (copyright

law) adalah hak esklusif yang diberikan bagi tempoh masa tertentu kepada

pencipta karya iaitu bagi mengawal keaslian karya seseorang. Antara karya

yang dilindungi oleh hak cipta adalah bahan-bahan bercetak seperti novel,

puisi, surat khabar, artikel dalam majalah dan manual perisian, muzik atau

kesan audio seperti lagu iklan dan lagu instrumental, pantomin seperti tarian

moden dan tarian jazz, gambar dan grafik seperti gambar foto, poster, peta,

lukisan dan kartun, audio visual seperti tayangan filem, rancangan televisyen,

dan iklan, rakaman suara seperti rakaman muzik, bunyi dan perkataan serta

program-program komputer seperti perisian komputer termasuk perisian


multimedia.Antara contoh perlanggaran terhadap hakcipta adalah apabila

seseorang yang bukan pemilik hasil karya hakcipta tersebut melakukan hak-hak

eksklusif pemilik hakcipta tanpa kebenaran beliau. Sebagai contoh,

pembangun perisian multimedia mengambil gambar yang mempunyai hakcipta

untuk digunakan dalam perisian multimedia yang digunakan tanpa kebenaran

pemilik hakcipta gambar tersebut.Timbul persoalan,berkenaan penggunaan

bahan-bahan yang tidak mempunyai notis hakcipta padanya.Melalui akses

enjin carian goggle,goggle telah memaparkan pelbagai bahan tanpa maklumat

hakcipta. Walaupun undang-undang terkini menunjukkan bahan-bahan yang

tidak mempunyai hakcipta itu tidak semestinya tidak dilindungi oleh undang-

undang, namun persoalannya ialah bagaimana untuk membezakan antara

bahan-bahan yang dilindungi atau tidak dilindungi sedangkan bahan-bahan

tersebut tidak mempunyai notis hakcipta.Hal ini memberikan gambaran kurang

jelas dan adakah pengguna yang mengambil bahan tanpa maklumat hakcipta

dianggap melanggar akta hakcipta.Globalisasi teknologi komunikasi dan

multimedia mempunyai keupayaan dalam mengubah,menstruktur,mengabung

dan memanipulasikan yang akan mewujudkan banyak persoalan mengenai

status hakcipta ke atas karya-karya asal.Oleh itu,pihak yang bertanggungjawab

sepeti badan-badan yang menguatkuasakan akta hakcipta seluruh dunia harus

mengkaji semula undang-undang harta intelek dan menetapkan satu


kandungan bahan yang diwajibkan memaparkan maklumat hakcipta serta

menguji keberkesanan sistem hak harta intelek yang dibangunkan kelak .agar

karya pencipta tidak mudah diekploitasi

Akta Kebebasan Maklumat

Akta Kebebasan Maklumat (FOIA) pada amnya memperuntukkan bahawa

mana-mana orang berhak untuk memohon akses terhadap rekod agensi atau

maklumat persekutuan kecuali rekod tersebut dilindungi daripada

pendedahan oleh mana-mana sembilan pengecualian yang terkandung dalam

undang-undang atau oleh salah satu daripada tiga pengecualian rekod

penguatkuasaan undang-undang khas.Melalui Akta Kebebasan Maklumat

(FOIA),media dapat mengakses secara bebas dan menjadi pemantau

(watchdog) berkaitan maklumat kerjaan.Hal ini jelas menunjukkan bahawa

masyrakat dan media dapat mengakses pelbagai maklumat melalui Akta

Kebebasan Maklumat (FOIA),segala maklumat dapat diperoleh dengan telus

melalui kebenaran akta tersebut dan pihak kerjaan tidak dapat berselindung

daripada sebarang salahlaku mahupun keliptokrasi yang membawa

kepincangan dalam pentadbiran sebuah kerajaan.


Penapisan dan Kebebasan Bersuara

Isu penapisan media, menjadi bahan perbincangan.Penguatkuasaan dalam isu

penapisan media menimbulkan persoalan tentang kebebasan media.Hal ini

dilakukan kerana setiap negara mempunyai budaya dan latar belakang politik

yang berbeza.Penapisan media banyak menyekat maklumat atau adegan

berunsur keganasan yang mengundang steriotaip terhadap masyarakat dan

negara.Namun,isu ini menjadi perdebatan tentang kebebasan media yang

telah dilemahkan daripada memainkan peranan sebagai saluran maklumat

yang berwibawa dan pandangan yang berbeza-beza dalam sebuah negara yang

mengamalkan sistem demokrasi.Hal ini jelas menunjukkan bahawa media

dikawal oleh tampuk pemerintahan sesebuah negara.Sekatan yang dilakukan

oleh pihak kerajaan menyebabkan peranan media sebagai pemantau dan

pengkritik kepada kerajaan tidak akan terlaksana.

Isu Harta Intelek di Media Massa

Pelanggaran mengeksploitasi hak cipta berlaku apabila seseorang

menggunakan dan mengambil hasil ciptaan tanpa mendapat persetujuan

daripada pemilik atau media yang memaparkannya.Hal ini, sememangnya

telah melanggar hak-hak eksklusif yang diberikan kepada setiap pemilik karya
tersebut. Pelanggaran hak cipta merupakan satu jenayah kerana pelanggaran

yang berlaku adalah berkaitan hak-hak eksklusif dan bukannya melibatkan

masalah tidak beretika.Pihak kerajaan telah memperkenalkan undang- undang

untuk memastikan tidak berlaku kesalahan cetak rompak dalam media

massa.Seperti Akta Hak Cipta yang merupakan perlindungan hak cipta

terhadap hak-hak kepada pemilik terjamin daripada berlaku sebarang

penyalahgunaan.Selain itu pencipta aplikasi video sosial seperti Youtube

mengamalkan sistem aduan yang teliti terhadap aduan pencabulan hak cipta

dan telah menyediakan satu borang “Copyright Complaint Webform” di

lamannya untuk pengisian oleh pihak empunya hak cipta.Borang tersebut

hanya boleh diisikan oleh empunya hak cipta terlibat atau agen yang diberi

kebenaran.Hal ini jelas menunjukkan kemajuan teknologi terkini merupakan

faktor berlakunya jenayah mengekploitasi hak cipta individu dan pihak-pihak

tertentu melalui media.

Kreativiti Dalam Talian dan Hak Kekayaan Intelektual

Isu menciplak dan menggunakan bahan-bahan di media amat sukar

ditangani.Isu ini bukan isu baru kerana ledakan teknologi memudahkan

pengguna mencuri hasil karya dan mengekploitasi untuk dijadikan sebuah

inovasi baru.Harta intelek dikenali sebagai harta tidak ketara. Harta intelek
merujuk kepada hasil kreativiti atau ciptaan yang datang daripada daya

intelektual atau minda seseorang.Pemilik harta intelek diberi hak eksklusif

serta perlindungan terhadap harta intelek hasil ciptaannya, oleh undang-

undang harta intelek.Namun,harta intelek merupakan harta tidak ketara dan

sukar untuk dibuktikan kesahihannya kerana terlalu ramai yang menciplak

sehingga bukti tidak dapat dikesan.Akta hak cipta meperuntukkan undang-

undang terhadap kandungan maklumat atau baha-bahan media tersebut bagi

tujuan melindungan hasil karya penciptanya.Pengahasilan sebuah karya dan

inovasi kreatif seharusnya ditapis terlebih dahulu agar tidak berlaku

pertindihan dan isu menciplak hasil karya pencipta lain.Isu ini sering terjadi

apabila sesetengah pihak mengeluarkan kenytaan di media bahawa hasil

rekaan mereka telah diciplak dan di inovasikan kepada rekaan baru.Hal ini jelas

menunjukkan tiada bukti kukuh yang dinyatakan dalam kenyataan sesetengah

pihak bahawa karya mereka diciplak oleh orang lain.

Jenayah di Internet

Jenayah siber merupakan jenayah komputer yang baharu pada abad ini.

Kemunculan Internet sebagai alat komunikasi terkini menjanjikan satu wadah

penyebaran maklumat yang memantapkan ilmu dan maklumat.Jenayah siber

ini termasuk penipuan dalam talian, penipuan kad kredit, kecurian identiti dan
pencerobohan data.Oleh sebab tiada siapa yang dapat mengawal perjalanan

maklumat di dunia siber, berjuta-juta laman web telah dihidupkan. Bermacam-

macam maklumat sama ada benar atau salah, idea, ideologi, propaganda dan

tidak kurang juga pornografi disebarkan melalui Internet.Perkara ini perlu

diambil perhatian dan kerjaan seharusnya mengambil inisiatif dengan menaik

taraf system bagi mengesan alamat Protokol Internet (IP) yang digunakan oleh

‘scammer’ atau penjenayah siber.

Demokrasi Digital dan Kesannya yang Mungkin

E-demokrasi merupakan ledakan media baru, e–demokrasi dapat ditakrifkan

sebagai cara bagaimana menggunakan aplikasi sistem teknologi maklumat

untuk membimbing, memperbaiki dan melaksanakan prinsip-prinsip amalan

demokrasi. Komunikasi politik melalui internet telah mentransformasikan

wacana politik, penyertaan politik dan kaedah kempen pilihan raya sesebuah

negara seterusnya mewujudkan suasana berpendapat yang bebas dan

demokratik.Namun begitu,rakyat yang dianggap sebagai “pelanggan” hanyalah


merupakan salah satu aspek hubungan interaksi antara kerajaan dan rakyat

dalam e-demokrasi.Penggunaan media secara aktif dipercayai dapat

mengujudkan warga yang bermaklumat dan berpengetahuan serta ruang

penyertaan yang luas dalam proses politik seperti yang dianjurkan oleh prinsip

demokrasi. media ditafsirkan sebagai ‘geopolitik popular’ yang dapat

mempengaruhi pemikiran dan pilihan politik seseorang.Pengguna ternyata

lebih mempercayai akan maklumat yang disiarkan oleh media sosial lebih-lebih

lagi selepas media arus perdana dilabelkan sering dikuasai oleh pihak kerajaan

melalui laporannya yang agak berat sebelah.Media sosial telah digunakan

sebagai landasan untuk menyampaikan maklumat secara pantas dan bebas

kepada rakyat.Walau bagaimanapun kebebasan tersebut telah dibatasi dengan

kewujudan perlembagaan dan akta yang diguna pakai untuk menjaga

keharmonian dan keamanan negara.Isu kini, sama ada demokrasi ditemui di

ruang siber atau tidak bukan menjadi suatu isu yang penting tetapi bagaimana

teknologi baru memberi kesan demokrasi terutama dalam sebuah negara di

mana hak untuk kebebasan bersuara adalah terhad.Hal ini jelas

memperlihatkan bahawa kebebasan yang diberikan oleh kerajaan kepada

pengamal media telah disekat sama sekali melalui kewujudan pelbagai akta

yang boleh dikaitkan dengan media konvensional mahupun media baru kini.
Kempen Digital Presiden Obama

Penguasaan dunia teknologi maklumat (IT) dalam kehidupan sedikit sebanyak

mengubah corak pemikiran serta gaya hidup masyarakat masa kini.Fenomena

penggunaan dunia IT sebagai platform kempen pilihan raya menerusi media

sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram dan blog bukan lagi suatu yang

janggal. Dunia teknologi dilihat sebagai salah satu wadah yang berkesan serta

mudah untuk mendekati rakyat.Selain daripada mudah untuk menyasarkan

kumpulan tertentu, calon-calon yang bertanding juga boleh berinteraksi secara

terus dengan individu mahupun rakyat tanpa sebarang halangan.

Media baru dijadikan instrumen untuk merangkaikan Obama dengan para

pengundi.Sebagai contoh, presiden Amerika Syarikat (AS) tersebut telah

menerima jumlah Like di Facebook hampir 30.8 juta berbanding lawannya Mitt

Romney yang hanya menerima jumlah Like sebanyak 9.3 juta.Di laman sosial

Twitter contohnya, Obama memiliki hampir 20.8 juta pengikut berbanding

Romney seramai 1.4 juta.Obama telah memanfaatkan dan menggerakkan

strategi berkempen dengan menggunakan media digital dan mampu

mempengaruhi dan meningkatkan sokongan rakyat kepadanya.Hal ini jelas

menunjukkan bahawa selain daripada kempen bercorak fizikal, calon-calon

pilihan raya juga boleh mendekati pengundi mereka menerusi laman sosial
secara lebih meluas, malah pengundi juga berpeluang mengenali calon yang

bakal dipilih dengan lebih rapat.

Laman Web Tradisional

Kewujudan laman web rasmi calon presiden semasa kempen banyak

membantu bekasa presiden Obama pada ketika itu.Laman web rasmi seperti

https://barackobama.com/ menghubungkan rakyat secara terus kepada bekas

calon presiden itu.Hal ini meningkatkan kepercayaan pengundi kepada calon

bekas presedit itu. Laman web AFB menerusi artikelnya 2012 US Election

Campaign a Digital Battlegroundyang ditulis oleh Rob Lever menyatakan pilihan

raya di Amerika Syarikat (US) yang menyaksikan penyandang presiden negara

Uncle Sam tersebut, Barack Obama mengakui media sosial turut memainkan

peranan penting.

Media interaktif seperti penggunaan blog dan media sosial merupakan antara

platfom pengiklan dan pemasar untuk menyampaikan maklumat periklanan

menggunakan Facebook dan Instagram.


Keberkesanan penyampaian mesej menggunakan media ini dilihat dari

keberkesanan kempen media sosial yang agrasif dan sukses dalam pemilihan

calon presiden Amerika Syarikat pada 2008 yang dilakukan Barack Obama

menggunakan media sosial. Pemilihan tersebut adalah kali pertama dalam

sejarah dimana media sosial memainkan peranan penting dalam

mempengaruhi masyarakat. Kesannya, sepanjang kempen tersebut, Obama

dapat meluaskan kempen beliau kepada hampir 1.45 bilion penonton di

Youtube (Learmonth dalam Elizabeth et. al, 2010).

Jangkauan E-mel

Bekas calon presiden Obama menggunakan pautan email dalam

berkempen.Beliau menggunakan pautan email dengan menulis agenda serta

melontar manifesto beliau kepada seluruh warga Amerika Syarikat.Melalui

kempen menggunakan media digital dia telah mewujdukan laman rasmi iaitu

MyBarackObama.com dan calon presiden tersebut mendapat begitu banyak

undian.Beliau juga mendapat sokongan melalui sumbangan dari warga AS,


Obama berjaya mengumpul derma bernilai AS$639 juta dalam melancarkan

kempen sebelum belangsungnya pilihan raya tersebut.

Pemesejan Teks

Seperti sedia maklum ledakan teknologi mewujudkan pelbagai kaedah melalui

media, penggunaan khidmat pesanan ringkas (SMS) bagi tujuan berkempen

juga memberikan pengaruh yang kuat kepada rakyat.Hal ini dikaitan dengan

kaedah yang digunakan oleh Bekas calon presiden iaitu Obama ketika

berkempen.Kaedah ini tidak perlu mengeluarkan suara menjerit menggunakan

pembesar suara,mungkin hanya perlu menyediakan peruntukan untuk

membayar perkhidmatan tertentu.SMS mungkin suatu yang sukar dilakukan

untuk penduduk di kawasan luar bandar yang belum mempunyai liputan

perkhidmatan telekomunikasi telefon bimbit secara meluas.SMS menjadi

kaedah alternatif yang boleh mengambil alih kaedah konvensional.

E-Demokrasi

Tidak dinafikan melalui penggunaan video adalah satu kaedah yang

mengukuhkan keberkesanan dalam berkempen.Melalui kaedah ini bekas calon

presiden Obama dapat meningkatkan lagi sokongan rakyat terhadapnya. Video


adalah alat sangat berpengaruh bagi ahli politik untuk melonjakkan populariti

mereka. Kempen Presiden Barack Obama menerusi slogan Yes We Can adalah

contoh terbaik di dalam YouTube. Kem Obama menyiarkan hampir 800 video

berbanding pesaingnya, John McCain hanya lebih 100.

Khabar angin Politik Dalam Talian

Terdapat pro dan kontra dalam penggunaan media digital masa kini,jelas

memeperlihatkan bahawa kewujudan media digital membawa pelbagai

propaganda bagi tujuan mahupun kepentingan politik atau sebaliknya. Media

elektornik kini dilihat menjadi platform pihak tertentu untuk menyebarkan

fitnah.Salah satu daripada jenis fitnah tersebut adalah penyebaran berita

bohong, gambar palsu serta video provokasi rekaan yang bertujuan


mencemarkan kredibiliti pemimpian mahupun calon parti politik berkenaan.

Satu jenis lagi fitnah yang akan turut dihamparkan adalah pengumuman-

pengumuman palsu yang sengaja dibuat awal seolah-olah kemenangan telah

dicapai. Suasana boleh bertukar menjadi tegang sekiranya rakyat dipengaruhi

dengan provokasi-provokasi kemenangan awal pembangkang telah ‘diragut’

sedangkan perkara berkenaan adalah dakwaan-dakwaan palsu.Oleh itu, rakyat

bijak guna akal dan harus teliti dalam membuat penilaian rasional serta

matang agar tidak mudah terpengaruh dengan tsunami fitnah yang disebarkan

melalui jaringan atas talian.

Pengaruh Media terhadap Undang-undang dan Kerajaan

Media berperanan sebagai ‘alat kuasa’ yang paling berpengaruh dalam sistem

demokrasi kerana media sosial menyediakan ruang umum (public sphere) bagi

rakyat untuk menzahirkan penyertaan politik mereka secara bebas dan tanpa

sebarang tekanan. kewujudankini,ianya boleh memberi sumbangan kepada

pengguna terutamanya kepada marhaen yang dahagakan berita yang lebih

‘transparency’ dan tidak bias kepada sesetengah pihak saja.Media sebagai


pemerhati yang mengawasi sebarang peristiwa yang berlaku disekitar kita.

Konsep pemerhati ataupun Watchdog ialah media yang berfungsi sebagai

pengawal kerajaan.Media dianggap sebagai pemerhati aktiviti-aktiviti di dalam

negeri, terutamanya memerhati pihak kerajaan.Bagi peranan pemantau, ia

akan memerhati lebih jauh baik dari aspek masyarakat mahupun pemerintah

kerajaan. Media sebagai pemerhati yang kuat, yang digunakan untuk

mendedahkan ketidakadilan pihak berkuasa, khususnya dalam melindungi hak-

hak demokratik dan perlembagaan rakyat.Hal demikian kerana, media

diibaratkan sebagai Watchdog yang sememangnya menjalankan pengawasan

terhadap pelbagai organisasi sosial, politik, mahupun organisasi kerajaan

supaya tidak berlaku sebarang monopoli kekuasaan sama ada dalam bidang

politik, budaya, serta ekonomi negara.

Politik, Media Penyiaran, dan Internet

Peranan media dalam politik banyak digunakan untuk menyebarkan ideologi-

ideologi parti politik yang bertanding dalam pilihan raya.Dalam arena politik

khususnya, kebergantungan rakyat kepada berita media adalah sesuatu yang

tidak dapat dinafikan. Malah,dalam sistem negara demokrasi, keterbukaan

serta keterbegantungan kepada media massa terhadap politik menjadi lebih

kiritikal.
Ini disebabkan sistem yang sedemikian membuka peluang kepada

warganegara yang cukup umur untuk menentukan pucuk pimpinan dalam

sesuatu pilihanraya bagi sesebuah negara yang mengamalkan sistem dan

budaya demokrasi.Media kini banyak digunakan untuk tujuan propaganda

politik khususnya dalam pilihan raya. Institusi media amat berpengaruh dalam

bidang politik khususnya terhadap pilihan raya sesebuah negara. Para

wartawan dan ahli politik mempunyai perkaitan rapat antara satu sama lain

dan berinteraksi dalam lingkungan komunikasi politik. Ahli politik

menggunakan media untuk tujuan menyempurnakan matlamat politik

terutama isu-isu yang bakal dipertengahkan dalam pilihan raya bagi

memancing undi rakyat. Senario politik di negara ini menggunakan media

massa sebagai satu medium untuk meraih sokongan daripada rakyat

khususnya ketika menjelang pilihan raya umum.Kawalan ke atas media melalui

pemilikan sama ada secara langsung dan tidak langsung oleh pemerintah dan

kewujudan (gatekeeper) yang mengawasi arah aliran pengeluaran berita

akhirnya mendorong kepada kewujudan media alternatif seperti blog dan

internet yang diguna pakai oleh parti-parti pesaing. Kewujudan media

alternatif ini dilihat mula mengubah pandangan politik masyarakat secara tidak

langsung mengubah landskap politik.Platform media sosial semakin hari


semakin menjadi tumpuan sebagai ‘pusat maklumat’ rakyat terutama pada

kempen Pilihan Raya. Berikutan kemajuan dalam teknologi maklumat dan

komunikasi yang dibawakan oleh proses globalisasi. Ia mengubah cara

menyampai dan mendapatkan maklumat.

Usaha pengawalan dan penapisan maklumat di dunia maya didapati sukar

dilakukan oleh pemerintah. Oleh yang demikian, internet dan media sosial

menjadi alternatif kepada rakyat. Blog dan berita yang disampaikan melalui

internet dan media sosial dapat memuaskan kehendak rakyat yang mahukan

maklumat yang bebas dari pengawalan pemerintah,dianggap adil dan tidak

berpihak. Berikutan itu, ia mewujudkan tuntutan yang lebih kuat terhadap

demokrasi di kalangan rakyat yang kian tertarik dengan idea-idea demokrasi

seperti tadbir urus yang baik, keadilan dan kesaksamaan.

Masa Depan Media Massa

January 27, 2010 telah dimulakan dengan pengenalan iPad daripada syarikat

Apple Inc yang telah membawa satu dimensi baru kepada perkembangan

dunia digital masa kini. Peranti ini wujud dari cetusan idea menggabungkan

komputer dan telefon pintar bagi mewujudkan peranti dengan paparan,storan


dan bateri yang berkapasiti besar.Pengkomputeran tablet/ipad kini semakin

diterima baik oleh para penggemar gajet digital moden. Kemunculan iPad

disambut dengan reaksi yang berbeza. Walaupun peminat Apple

menyambutnya dengan reaksi positif, ramai penganalisis dan media ragu

dengan keupayaan iPad untuk mengembalikan kegemilangan komputer tablet

yang menyepi dari arena pengkomputeran. iPad dianggap sebagai iPhone yang

telah diperbesarkan. Harga yang ditetapkan juga dianggap tinggi.Seperti juga

dengan iPhone, setiap kali versi baru iPad mula dijual,fenomena dimana

peminat beratur panjang sebelum kedai dibuka boleh dilihat di beberapa buah

negara. Sejak kemunculan ipad pertama pada 2010, arena pengkomputeran

dan gaya hidup banyak berubah.Pelbagai laman sesawang mula dibangunkan

untuk komputer tablet, perisian seperti perisian membeli-belah secara dalam

talian, menu digital, fotografi mula membanjiri Apps Store. Bagi syarikat

komersial, iPad dianggap sebagai satu penyelesaian murah dalam bidang

aplikasi elektronik. Pada Jun 2010, Penerbangan Malaysia memperkenalkan

MHkiosk yang membolehkan pengguna membeli tiket penerbangan

menggunakan kiosk yang dilengkapi iPad.Selain itu,ipad juga digunakan dalam

bidang pendidikan,seperti Trinity College adalah salah satu dari institusi

pertama di dunia yang melaksanakan program penggunaan iPad dalam sistem

pengajaran dan pembelajaran.Hal ini jelas menunjukkan


bahawa,perkembangan dunia digital membawa kepada penciptaan peranti

mudah alih seperti Ipad,diaplikasikan oleh pengguna di seluruh dunia dalam

kehidupan seharian.Ini menunjukkan bahawa pengguna seluruh dunia telah

maju seiring dengan globalisasi yang semakin mengembang dimana segala

maklumat mahupun komunikasi berada dihujung jari.

Perubahan Media Sepanjang Abad Terakhir

Era abad ke-20 telah memperlihatkan perubahan dan perbezaan manusia pada

era abad ke-19, kita sedia maklum tentang corak perubahan yang berlaku

dalam segenap lapisan masyarakat kesan daripada teknologi media yang


semakin canggih.Kemunculan peranti mudah alih yang semakin canggih,

membawa kepada terciptanya aplikasi-aplikasi sosial seperti Whatsapp,

Wechat, Facebook Messenger, Skype, Navigation, Office Suite dan

sebagainya.Semua aplikasi tersebut membolehkan pengguna berkomunikasi

antara satu sama lain dan mendapatkan maklumat dengan pantas tanpa

mengira jarak dan waktu. Tahun demi tahun, corak penggunaan media

bergerak dan mengalami perubahan dalam masyarakat terutamanya dalam

hubungan sosial keluarga,masyarakat serta struktur sistem demokrasi

sesebuah negara.Kemunculan media baru mewujudkan pelbagai spekulasi

yang membawa kepada pro dan kontra yang telah dibawa oleh media baru

tanpa sepadan dan halangan dari pelabagai aspek.Kecanggihan media

merubah jarak sempadan antara pencipta dan pengguna,pencipta sentiasa

mengahsilkan pelabagai inovasi terhadap peranti melalui citarasa pengguna

seiring dengan kecangihan teknologi kiniserta.Corak perubahan penggunaan

media tersebut bergantung kepada akses terhadap jalur lebar.Globalisasi

teknologi komunikasi merubah cara pengguna dengan lebih tuntas dan pantas

dalam mengendalikan penggunaan teknologi terbaru.

Kaedah Penyampaian Maklumat

Kewujudan laman portal dan media sosial sedikit sebanyak menjejaskan

kredibiliti dunia kewartawanan masa kini. Malah perkembangan mediayang


semakin pesat menyebabkan media tempatan hilang identiti akibat daripada

kewujudan mediasosial yang semakin menjadi pilihan masyarakat masa kini.

Penyampaian maklumat melalui internet juga kini adalah lebih pantas dan juga

meluas menyebabkan masyarakat lebih cenderung mempercayai berita

disampaikan menerusi media sosial termasuk mempertikaikan berita yang

disiar akhbar atau televisyen.Namun,penyampian maklumat yang begitu

meluas telah menimbulkan persoalan terhadap kesahihan dan ketelusan

kandungan maklumat tersebut.Melalui hebahan berita kematian Michael

Jackson sebelum ini telah menggemparkan seluruh masyarakat dunia dan juga

tersebarnya konpirasi bahawa ada media yang menyatakan “King Of Pop” itu

masih hidup dan gambar-gambar mendiang muncul di khalayak ramai juga

tersebar.Media yang membuat liputan maklumat dan menyiarkan berita

berkaitan kematian Michael Jackson tersebut mendapat sambutan yang

hangat.

Pada ketika itu industri media menyiarkan gambar-gambar dan menyayangkan

kembali video lagu mendiang tersebut di seluruh dunia sejurus itu mendapat

keuntungan yang tinggi kerana berita tersebut sangat popular yang melibatkan

selebriti terkemuka dunia.Hal ini,jelas menunjukkan penyampian melalui

media sosial dan portal berita atas talian lebih pantas.namun,terdapat unsur
kepincangan dimana maklumat tersebut mewujudkan persoalan terhadap

kandungan maklumat yang disampaikan samada tulen atau sekadar menarik

perhatian audiens.kebebsan media menyebarkan maklumat melalui atasu

talian dan platform sosial menajdi belenggu audiens dan menjadi tokok

tambah dalam kalangan masyarkat sehinggu menimbulkan isu hangat.Selain

itu,populariti sebuah industri media bergantung pada kehidupan sosial

mahupun situasi yang tejadi masa kini terhadap selebriti terkenal dan orang

kenamaan.Populariti mereka menjadi bahan penyampai yang cukup utuh bagi

industri berkenaan untuk menarik minat audiens.Namun,kecangihan teknologi

masa kini,melahirkan satu platform media yang bebas menyebarkan maklumat

tanpa kawalan sehinggan ia boleh menarik perhatian masyarakat untuk

cenderung bergantung pada media baru tersebut.

Penyampaian Media Moden: Kebaikan dan Kekurangan


Ledakan teknologi maklumat masa kini, meletakkan kita dalam dunia tanpa

sempadan.Kewujudan media baru merubah landskap penyampian kepada

masyarakat.oleh itu terdapat kebaikkan dan keburukkan penyampaian media

terhadap masyarkat dan seluruh dunia.Media sosial mendapat tempat dalam

kalangan masyarakat seantero dunia kerana jaringan sosialnya yang luas tanpa

batasan. Tidak dapat dinafikan, banyak manfaat yang wujud daripada

penciptaan laman rangkaian sosial ini atau lebih dikenali sebagai SNS (social

networking sites) seperti penjimatan kos dan kuasa akses tanpa had waktu.

Secara ringkasnya, laman rangkaian sosial merujuk kepada penggunaan laman

web sosial bagi memudahkan komunikasi dan mengembangkan persahabatan

sosial di alam maya.Selain itu media sosial menjadi alternatif penyampaian

maklumat kepada masyarakat mengenai isu semasa yang hangat diperkatakan

dan hal-hal berkiatan pentadbiran negara.

Media juga memberi rungan kepada masyarakat untuk melontarkan pendapat

dan cadangan bagi menaiktaraf sistem pentadbiran kerjaan masa kini.Walau

bagaimanapun,terdapat juga penyalahgunaan dan mengekplotasi

media.Penyebaran berita palsu menajdi isu utama dalam penyebaran

maklumat yang meluas.Sikap masyarakat yang terlalu bergantung dengan


maklumat yang disampaikan melalui media membuatkan mereka

mempercayai maklumat tersebut tanpa mencari tahu sumber tersebut.

Penyebaran berita palsu berkaitan isu politik bagi menjatuhkan sesetengah

pihak semakin membimbangkan.Hal ini kerana masyarakat marhaen menerima

sepenuhnya maklumat tersebut dan menyebarkannya.Hal ini menyebabkan

timbul masalah yang menggugat struktur sistem demokrasi rakyat.Selain itu

jenayah siber yang wujud di laman sosial membabitkan penipuan

telekomunikasi (termasuk Macau Scam), pinjaman tidak wujud (African

Scam),sindiket minta nombor TAC bank dan penipuan berkaitan pembelian

dalam talian. Selain itu, termasuk penipuan dalam talian, penipuan kad kredit,

kecurian identiti dan pencerobohan data.

Individu serta masyarakat marhean harus berwaspada dalam menggunakan

media sosial atau melayari mana-mana laman perniagaan dala urusan jual beli

serta menerima pesanan ringkas (SMS) yang mencurigakan.Individu dan

masyarakat mengambil inisiatif dengan menjadikan media sosial sebagai satu

daripada platform penyaluran maklumat kegiatan jenayah kepada

polis.Mengenai isu pencerobohan data peribadi,pihak kerjaan harus


menguatkuasakan undang-undang penyebaran atau pencerobohan data

peribadi yang semakin berleluasa yang mengakibtkan berlakunya jenayah

sosial masa kini.

Seperti kerjaan Malaysia dibawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia

melaksanakan satu inisiatif dengan menaik taraf sistem syarikat telekomunikasi

bagi membantu pihak polis mengesan alamat Protokol Internet (IP) yang

digunakan oleh ‘scammer’ atau penjenayah siber.Selain itu,melalui

pendaftaran pelanggan prabayar yang mana syarikat telekomunikasi

mengemas kini pangkalan data pelanggan prabayar mereka untuk memastikan

semua nombor yang aktif disahkan dan mengandungi maklumat terkini

pengguna.Merungkai kecanggihan teknologi masak kini,ia mewujudkan pro

dan kontra.Namun pengguna seharusnya bijak dalam menggunakan ruang

serta platform yang tersedia.Pihak kerjaan perlua memantau dan menaik taraf

sistem keselamatan agar tidak berlaku pencerobohan maklumat yang

mengancam keselamatan masyarakat dan negara tersebut.


Trend Semasa dalam Media Elektronik

Media elektronik menjadi tumpuan dunia setelah banyak maklumat mudah

diperoleh hanya berada dihujung jari.Kemunculan pelbagai teknologi dan

aplikasi baharu berasaskan Internet konvergens ini, termasuklah media sosial

seperti jaringan sosial dan dunia maya,menyaksikan pilihan pengguna semakin

pelbagai. Dengan jumlah pengguna Internet di dunia sebanyak 2,095 juta

orang (www.internetworldstats.com), ruang siber kini menjadi tempat untuk

orang ramai berkumpul dan membentuk kumpulan berdasarkan kepentingan

dan minat masing-masing sehingga terbentuknya komuniti dalam

talian.Melalui, perkembangan teknologi pengkomputeran dan jaringan

internet serta pelbagai aplikasi baharu,media sosial yang semakin tidak dapat

diketepikan oleh orang ramai kerana sifat interaktifnya sehingga menjadi

fenomena global pada masa kini, dan Asia merupakan pasaran terbesar dari

segi partisipasi pengguna. Jaringan sosial mula tersebar luas dengan

kemunculan Facebook,laman rangkaian sosial ini telah dilancarkan pada bulan

Februari 2004 yang dimiliki oleh Facebook, Inc. Ia telah diasaskan oleh Mark

Zuckerberg.

Sehingga kini Facebook mempunyai lebih daripada 500 juta pengguna aktif

yang mewakili individu, organisasi, pertubuhan dan apa sahaja yang boleh
digunakan untuk berhubung dengan orang lain.Sehubungan dengan itu,

syarikat Facebook telah mengumpulkan maklumat berkenaan untuk dianalisis

bagi tujuan perniagaan yang akan disalurkan kepada syarikat- syarikat

tertentu.Melalui pengumpulan maklumat berkenaan pihak syarikat yang

menjalankan perniagaan akan dapat menjejaki pelanggan yang sesuai dan

berkemungkinan cenderung berminat terhadap produk mereka seperti

Lazada,Shopee.Terdapat juga maklumat peribadi pengguna laman sosial ini

yang dijual kepada syarikat bagi tujuan penjualan produk.

Facebook sebagai alat pemasaran paling murah kerana ia adalah percuma

untuk mengiklankan barangan, mempromosi produk mahupun servis

terkini.Terdapat puluhan ribu aplikasi yang disediakan oleh Facebook untuk

memudahkan golongan profesional menggerakkan jentera perniagaan mereka.

Metodologi yang sangat mendapat sambutan adalah seperti FB Pages, FB

Groups, FB Ads, FB Platform dan FB Insights.Malah promosi melalui Faceboook

dilihat sebagai alat pemasaran yang amat berkesan kerana ianya boleh

berkembang dan membina satu rangkaian dan komuniti bisnes yang

besar.Selain itu, enjin carian internet juga menyimpan pelbagai maklumat

berkaitan laman dan juga maklumat carian yang dikunjungi oleh pelanggan dan

maklumat ini juga boleh digunakan bagi tujuan- tujuan tertentu.


Lebihan Aplikasi

Pelbagai aplikasi media telah dicipta bagi memudahkan kehidupan harian

pengguna.Appel Inc dan Samsung telah membangunkan aplikasi seperti Apps

Store dan Play Store.Platform tersebut dibangunkan dan dibina khas bersama

telefon pintar yang menggunakan perisian Ios dan Android.Platform ini

mengandungi 2.1 juta aplikasi yang bertujuan untuk memudahkan pengguna

memuat turun aplikasi sosial seperti Facebook,Whatsapp,waze youtube dan

lain-lain lagi.Platform yang dibangunkan memberikan impak yang

memberangsangkan kepada industri dan syarikat yang terlibat kerana platform

tersebut menerima pelbagai aplikasi yang mempunyai aspek yang berbeza

bergantung kepada pengguna.

Undang-undang Privasi dan Kesan Pengawasan Digital

Globalisasi teknologi, dan gaya hidup yang semakin maju, minda dan perilaku

masyarakat juga berubah.Kebebasan yang terkandung dalam media sosial

seperti aplikasi live dan ruangan gambar yang boleh dimuat naik merupakan

satu trend baru terhadap pengguna. Ditambah pula kecanggihan peranti dan

gajet menjadikan mesej mampu disampaikan secara pantas.Hal


ini,menyebabkan fenomena viral wujud dalam kalangan masyarakat di seluruh

dunia.Ia merupakan trend terkini dengan mengambil gambar atau memuat

naik video ke media sosial bagi tujuan menyebarkan tentang suatu isu bagi

tujuan tertentu pengguna itu sendiri.Aplikasi sosial yang popular seperti

Facebook, Twitter, Instagram, WhatsApp adalah medium yang sering

digunakan dan mempunyai ramai pengguna berdaftar berbanding beberapa

aplikasi lain dalam menggalakkan fenomena ini merebak.

Bentuk penyebaran yang tidak dapat dibendung itu menjadikan bahan yang

disebarkan kadangkala tidak sahih. Jika sekadar lawak jenaka yang

diperkatakan,mungkin ia boleh dianggap hiburan ringan di kala menghilangkan

tekanan, tetapi jika membabitkan unsur-unsur penghinaan, fitnah dan cacian,

ia langsung memberi impak negatif kepada imej individu dan negara. Boleh

dikatakan semua perkara berpotensi untuk dijadikan viral, cerita manusia

bermula dengan seorang bayi hinggalah kepada pemimpin negara, tokoh-

tokoh politik, usahawan hinggalah kepada binatang, perangai manusia, dan

pelbagai elemen boleh mencetuskan viral.Pendek kata, viral tidak mengenal

sesiapa, jika ada yang mencipta, dan ada pula tukang sebar, ia menular

bagaikan virus menyerang. Isu pengawasan melalui aplikasi media merupakan

aspek yang perlu diberi perhatian kepada semua pengguna. Pengguna mungkin
tidak menyedari wujudnya pengawasan secara digital atau pengawasan sosial

sewaktu berada di dalam sesuatu aplikasi media sosial untuk berkongsi hal

peribadi, pendapat, ilmu dan sebagainya dengan niat untuk

bersosial.Pengguna harus berwaspada dan berhenti seketika untuk dari

kerancakan berinteraksi dan berkomunikasi untuk berfikir sejenak tentang isu

ini.Selain itu,pihak kerajaan perlu mengkaji dan juga menggubal dasar-dasar

tertentu untuk menangani masalah ini agar tidak berleluasa.

Rangkaian Sosial: Kekaburan Peribadi dan Profesional

Segala maklumat dan latar belakang pengguna dapat dikenalpasti melalui

media sosial. Umumnya, isu privasi ini tertumpu kepada pengurusan maklumat

peribadi dan juga kesediaan pengguna untuk berkongsi keadaan sekeliling

serta situasi semasa mereka dengan jaringan kenalan mereka di Internet

ataupun media sosial.Melalui media sosial seperti Facebook,twitter dan

instagram pengguna boleh mencipta profil dengan gambar, senarai kegemaran

peribadi, maklumat hubungan dan lain-lain.Namun,pengaruh media sosial

memberikan impak terhadap pengguna sehingga mereka tidak dapat

membezakan hal peribadi dan pekerjaan mereka sendiri.Segala permasalahan

peribadi mengenai stress di tempat kerja atau sebaliknya dikongsikan di laman

sosial.Hal ini jelas menunjukkan pengguna tidak sedar segala posting dilihat
oleh rakan sosial mereka dan menjadi viral.Ia mengakibatkan wujud sterotaip

terhadap majikan mahupun syarikat tersebut.Hal ini memberi impak terhadap

reputasi syarikat tersebut dan ekerja sehingga dibuang kerja akibat daripada

maklumat yang tular di media sosial tersebut.

Jika dilihat dari sudut hak peribadi pengguna,laman sosial tersebut milik

peribadi.Pengguna berhak menyuarakan pandangan dan sikap tidak puas hati

terhadap sistem pentadbiran mahupun pengurusan terhadap sesebuah

syarikat mahupun firma.Namun,isu tersebut menjadi viral kerana terdapat

pengguna memanipulasi dan menajdikan maklumat tersebut sebuah kecaman

sehingga menjadi kontrovesi. Sehubungan dengan itu, segala perkongsian di

media sosial boleh memberikan kesan kepada kehidupan seseorang individu

berkenaan. Seharusnya pihak pengendali laman sosial perlu dipantau agar

tidak berlaku sebarang pelanggaran hak privasi seseorang individu

berkenaan.Hal ini menjadi isu yang hangat kerana terdapat pengendali laman

sosial telah menyalurkan maklumat pengguna laman sosial mereka kepada

pihak – pihak tertentu bagi tujuan perniagaan.Hal ini,sudah pasti melanggar

hak asasi privasi individu berkenaan.


Media Massa, Teknologi Baru, dan Orang Awam

Perkembangan teknologi yang berlaku sejak beberapa dekad yang lalu telah

banyak mengubah keadaan persekitaran industri penciptaan peralatan

elektornik.Hal ini, telah memberi kelebihan visibiliti kepada syarikat-syarikat

yang menjalankan aktiviti perniagaan yang mana mereka boleh membina dan

menghasilkan pelbagai model peralatan elektornik yang canggih mengikut arus

pemodenan teknologi terkini.Melalui idea tersebut,ia dapat meningkatkan

pembangunan jenama bagi perniagaan syarikat penghasilan peralatan

elektronik tersebut yang dapat menarik minat pelanggan untuk menggunakan

dan membeli peralatan elektronik berkenaan.

Teknologi maklumat telah mewujudkan pelbagai kemudahan dan

sememangnya dapat meningkatkan taraf hidup masyarakat dari segi

pendidikan, ekonomi, hiburan, perubatan dan sebagainya. Seiring dengan itu,

teknologi maklumat memberi impak yang positif dari segi meningkatkan kualiti

hidup, menjalin dan mengeratkan hubungan antara manusia, melindungi

manusia serta memajukan pendidikan. Manusia juga perlu terus berusaha


untuk memajukan teknologi agar taraf hidup masyarakat semakin meningkat

dan berkembang maju.

Di samping itu, perkembangan teknologi maklumat menjadikan komunikasi

dan perhubungan antara manusia mudah dan cepat. Penggunaan teknologi

membolehkan pelbagai maklumat dan informasi dalam bentuk digital dan

boleh disalurkan kepada media massa sepantas kilat. Ciptaan satelit serta alat

teknologi seperti telefon bimbit, telefaks, internet dan sebagainya untuk

tujuan hiburan dan perhubungan telah berjaya membatasi had masa dan

tempat, sekali gus menjimatkan masa, tenaga, dan kos pengguna secara

berlipat ganda. Selain itu, hubungan antara manusia dapat dirapatkan

walaupun mereka berkomunikasi dari jarak yang jauh. Dalam bidang

penyiaran, kejadian dan acara-acara yang berlaku di negara-negara lain boleh

ditonton secara langsung melalui satelit dengan berterusan. Hal ini

meningkatkan tahap ilmu dan budaya sesuatu masyarakat sejajar dengan

perkembangan teknologi.

Justeru itu, teknologi maklumat adalah nadi pembangunan masyarakat dan

negara untuk mempertingkatkan taraf hidup yang lebih sempurna.


Perkembangan teknologi yang semakin canggih telah mengubah cara hidup

manusia dan membantu negara untuk meningkatkan taraf hidup sesebuah

masyarakat.

Berikut adalah 5 kategori penerimaan teknologi dalam kehidupan sesebuah

masyarakat iaitu :

a) Inovator – seseorang yang berminat untuk mengetahui secara lanjut

mengenai teknologi internet.

b) Pengguna awal – seseorang yang telah menggunakan teknologi internet

dalam menyelesaikan masalah dan juga kehidupan seharian.

c) Early majority – Seseorang yang sentiasa membawa teknologi baru internet

dalam penggunaan seharian.

d) Late majority – seseorang yang tidak yakin dan tidak selesa dengan

penggunaan teknologi internet dan juga bersikap skeptikal.

e) Laggards – seseorang yang menolak untuk menggunakan teknologi internet.

Melihat dari gambar rajah tersebut.Pengembangan awal teknologi pada

permulaan tidak begitu ketara sehingga segelintir masyarakat mula


menngunakannya.Setelah penggunaa teknologi baru mula tersebar ia berlaku

peningkatan dan pada ketika itu ramai golongan masyarakat mula

mendominasi penggunaan teknolgi tersebut.Majoriti tertumpu kepada

pengguna yang menggunakan kemudahan teknologi pada kehidupan

seharian,iaitu golongan yang ingin memodoenkan penghasilan dalam

pertanian atau perindustrian.Penggunaan teknologi tidak tertumpu kepada

golongan minoriti,hal ini kerana mereka mungkin lebih selesa menggunakan

kaedah konvensional dan tidak mahu keluar dari kepompong amalan

tradisional atau kurang pendidikan tentang penggunaan teknologi tersebut.

Outlet Media Massa dan Teknologi Baru

Teknologi memainkan peranan yang penting dalam kehidupan manusia. Pada

masa kini teknologi maklumat bukan sahaja melibatkan literasi komputer

malahan ia juga digunakan dalam proses komunikasi dan proses penyelesaian

masalah dalam tugasan. Ia berfungsi sebagai media yang menyampaikan

maklumat dalam pelbagai bidang. Kemajuan teknologi dalam beberapa dekad

yang lalu telah banyak meningkatkan daya saing dalam perniagaan dan

ekonomi di seluruh dunia. Kebanyakan syarikat telah menggunakan perisian,

komputer,internet dan penciptaan peranti pintar untuk meluaskan perniagaan

mereka dari pasaran tempatan ke pasaran nasional dan global.Teknologi juga


mewajibkan untuk kekal fleksibel dan menyesuaikan dan operasi mereka

selaras dengan teknologi yang semakin maju ini.Melihat revolusi teknologi iaitu

penciptaan peranti pintar telah menarik minat ramai orang di dunia, dengan

fungsi dan kelebihannya dalam memenuhi keperluan seharian pengguna. Jika

dibandingkan dengan era penghasilan peranti mudah alih terdahulu, banyak

perubahan yang berlaku antaranya adalah dari aspek reka bentuk, jenama, dan

harga. Namun pada era kini, harga untuk memiliki peranti pintar tidak sama

seperti dahulu yang murah dan mudah untuk dibeli oleh masyarakat.

Penciptaan revolusi telefon pintar pada kini menetapkan harga yang sangat

tinggi atau mahal bagi pengguna kerana mengikut jenama dan kualiti telefon

tersebut. Antara jenis-jenis peranti pintar sekarang adalah Apple iPhone,

Samsung,Asus dan pelbagai peranti.Secara tidak langsung, kewujudan

teknologi peranti pintar telah mengubah corak hidup bagi menggunakan

maklumat dan berkomunikasi dengan lebih mudah.Tambahan lagi, kewujudan

teknologi peranti pintar mampu mengubah pola pekerjaan pengguna di mana

mereka menjadi lebih produktif.Hasil daripada revolusi teknologi mudah

alih,peranti pintar tersebut dipercayai telah memanjangkan hari dan

menjadikan pengguna tersedia tidak kira di mana sahaja berada.


Penggunaan komputer yang berkuasa dan bersaiz poket ini membolehkan

pengguna menyelesaikan beberapa perkara walau di mana kita berada seperti

memeriksa e-mel, menyemak fail atau persidangan video. Dengan ini, pekerja

akan lebih produktif walaupun mereka berada di mana jua.Perkembangan

teknologi merancakkan lagi penggunaan media baru,menjangkau abad ke 20-

12 jaringan komunikasi kini berada di hujung jari.Pelabagai maklumat

diperoleh melalui media sosial dan masyarakat kini tidak tertumpu pada media

konvensional.Seiring dengan penyebaran maklumat yang cukup

luas,masyarakat lebih cenderung ke arah mengaplikasikan media baru.Hal ini

permintaan terhadap penghasilan teknologi peranti yang canggih kian

meningkat.

Pelabagai syarikat/outlet kini meningkat naik bagai cendawan tumbuh bagi

memastikan kepesatan pertumbuhan industri telekomunikasi dan

menggalakkan penggunaan teknologi baru. Hal ini menjadi pemacu kepada

persaingan dalam penciptaan peranti canggih dan memenuhi kehendak

pengguna masa kini. Ia juga menjadi salah satu faktor penting yang

memaksimumkan hasil sesebuah syarikat dan menggalak kepada peningkatan

ekonomi sesebuah negara.


Internet & Media Sosial

Evolusi Internet

Bermula sebagai alat komunikasi ketenteraan pasca perang dunia ke-dua,

internet telah melalui evolusi yang besar menjadikannya sebagai alat

komunikasi terpenting pada abad ke-21. Desentralisasi internet membolehkan

perkongsian maklumat yang tiada batasan sehingga membentuk satu komuniti

online yang ratanya terdiri daripada blogger, influencer sosial media dan

sebagainya. Golongan mereka juga menggunakan laman web sebagai tunjang

ekonomi komuniti yang tiada tolok bandingannya.

Evolusi teknologi internet mendorong kepada penghasilan aplikasi-aplikasi web

2.0 seperti:-

Myspace – golongan muda

Facebook – sambungkait profil teman


Twitter – Berita terkini

Linkedin – golongan professional

Youtube – Perkongsian Video

Flicker – Perkongsian photo

Digg – Perkongsian perisian

Wikipedia – Ensiklopedia dunia internet

Blogging telah mengubah cara maklumat disebarkan dalam dunia internet.

Pada dahulunya kewartawanan menjadi sumber utama segala maklumat untuk

mengetahui info dan isu semasa, blog telah menjadi sumber yang baru di mana

wartawan sendiri mendapatkan maklumat. Ini kerana blog secara natijahnya

bersifat bebas dan tidak terbatas oleh mana mana badan atau organisasi yang

besar seperti Media Prima dan sebagainya. Ini menyumbang kepada

penyebaran maklumat dengan begitu pantas sekali. Organisasi besar akan

mengawal maklumat yang akan disiarkan untuk mengawal mutu dan kadar

keuntungan yang biasanya akan mengambil masa. Secara umumnya, blogging

menjadi amat popular kerana perkongsian seperti foto, muzik dan video clip

amat mudah sekali dan pantas serta bersifat terkini. Kandungannya yang

bersifat berurutan yang juga disebabkan oleh kawalan individu berbanding


syarikat gergasi turut menarik minat pembaca yang sukakan maklumat yang

sentiasa ada hubungkait dengan isu yang dibangkitkan. (McLean, 2009)

PENDIDIKAN, INTERNET & MEDIA SOSIAL

Aplikasi laman web 2.0 seperti Facebook menurut satu kajian mampu

menggangu tumpuan pelajar dalam pelajaran di mana majoriti pelajar yang

mendapat CGPA yang rendah didapati memberi lebih tumpuan kepada

Facebook berbanding mereka yang mempunyai CGPA yang tinggi. Walaupun

begitu, Internet dan sosial media mempunya kelebihannya yang positif Dengan

teknologi wifi yang semakin berleluasa, Pendidikan di luar bilik darjah

merupakan satu realiti yang nyata. Contohnya: bas sekolah yang menyediakan

wifi memberikan peluang kepada pelajar untuk akses ke internet berkisar

pendidikan sambil menunggu untuk sampai ke destinasi. Ini memberikan

kelebihan kepada mereka untuk belajar dengan segera tanpa perlu

mengeluarkan buku yang tebal. Disamping itu media sosial juga membantu

proses pembelajaran dua hala di mana rangkaian sosial boleh membantu

pelajar untuk berinteraksi dengan penyelia Pendidikan (Peter Vervaan, 2012).

Seperti contoh Duolingo, adalah satu aplikasi untuk membantu pembelajaran


pelbagai Bahasa. Pelajar hanya akan mara kepringkat seterusnya sekiranya

mereka bejaya mengharungi peringkat semasa melalui kuiz atau soalan pendek

untuk menguji tahap kecekapan mereka dalam satu masa.

MASALAH PRIVASI DENGAN RANGKAIAN SOSIAL

Rangkaian sosial secara umumnya adalah platform, laman web atau aplikasi

yang membolehkan pengguna membuat dan berkongsi kandungan atau

menyertai rangkaian sosial. Contoh rangkaian sosial adalah Facebook. Aplikasi

seperti Facebook membolehkan sesiapa sahaja untuk berkongsi foto dan apa-

apa jua isi kandungan iaitu status untuk ditatapi oleh umum. Isu privasi sdalah

isu yang sentiasa timbul untuk pengguna rangkaian sosial. Antaranya adalah

perlombongan maklumat ataupun data dimana teks, foto dan video yang

dikongsi dihalaman rangkaian sosial peribadi digunakan oleh pihak ketiga

melalui apikasi sedia ada dalam rangkaian sosial untuk memahami perlakuan

dan gerak geri pemilik akaun pengguna rangkaian sosial tersebut (Serap Sahin,

2018). Maklumat yang diperoleh itu kemudiannya dijual kepada syarikat

korporat untuk digunakan bagi merangka strategi pasaran mereka. Cara ini
cukup kos efektif bagi membantu syarikat korporat membuat keputusan

perniagaan.

KESAN MEDIA SOSIAL TERHADAP E-COMMERCE

Menurut sebuah kajian yang dijalankan oleh sebuah Institusi di Saudi Arabia,

rangkaian sosial dapat membantu perkembangan e-dagang (Mahmoud Abdel,

2014). E-Dagang adalah urusniaga komersial yang dijalankan secara elektronik

di internet. Urusniaga E-Dagang berbeza dengan urusniaga tradisional dimana

perusahaan tradisional memerlukan sewa bangunan modal dan kelengkapan

yang sempurna untuk menjalankan perniagaan manakala e-dagang hanya

memerlukan laman web dan platform di internet. Urusniaga e-dagang semakin

popular dengan perkembangan internet. Rangkaian sosial membantu e-dagang

kerana kajian mendapati pengguna lebih percaya kepada cadangan daripada

rakan-rakan di rangkaian sosial yang pernah berurusan beli di e-dagang untuk

sesuatu produk. Nilai kepercayaan tersebut adalah penting bagi membantu


pembeli membuat keputusan sama ada untuk berurusan melalui e-dagang

ataupun tidak ( Saad Yaasin & Bashir, 2004)

MEDIA SOSIAL SEBAGAI ALAT UNTUK PERUBAHAN SOSIAL

Rangkaian sosial juga mempunyai impak yang besar kepada perubahan sosial.

Ini dapat dibuktikan oleh insiden Arab Spring yang berlaku pada tahun 2010

akibat ketidakpuasan hati gologan belia terhadap rejim yang menindas dan

taraf kehidupan yang rendah yang bermula di Tunisia (Noueihed, 2011; Maleki,

2011) apabila seorang peniaga muda menjual sayur ditarik peralatannya oleh

kerajaan tempatan kerana didapati berniaga tanpa permit. Beliau bersetuju

untuk membayar denda tetapi ditolak lalu dirampas barangnya. Tidak puas hati

terhadap tindakan yang dilakukan keatasnya, beliau memberontak dihadapan

bangunan kerajaan tempatan lalu membakar diri sebagai tanda protes (Fahim

& Kareem, 2011). Peristiwa tersebut tersebar meluas dengan begitu pantas

hasil daripada kelajuan rangkaian sosial terutamanya Facebook & Twitter


(Howard, 2011). Kesan dan impak yang berlaku di Tunisia dirasai oleh negara-

negara jiran yang lain di wilayah Arab terutamanya di Mesir, Libya, Yaman dan

Bahrain apabila kerajaan di wilayah tersebut bertukar dan pemimpin seperti

Muammar Ghadaffi, Hosni Mubarak dan Ali Abdullah Salleh digulingkan pada

tahun berikutnya.

KESAN INTERNET DAN GLOBALISASI TERHADAP BUDAYA POPULAR DAN


KOMUNIKASI INTERPERSONAL

Internet melalui perkembangan globalisasi yang cukup mendadak. Kerana

ianya tidak mengenali sempadan dan daerah, monopoli internet terhadap

media cukup besar sehingga ianya boleh mempengaruhi budaya masyarakat

yang menjadi pengguna dan penerima internet disamping menjadi ancaman

kepada kepelbagaian dan kedaulatan sesebuah negara (Vineet Kaul, 2011). Ini

kerana internet dimonopoli oleh negara yang berpengaruh dan budaya

termasuk nilai daripada negara tersebut tersebar melalui media ke negara

yang menjadi penerima. Kebanyakan negara penerima adalah negara-negara

yang kategori membangun dan memiliki taraf hidup yang rendah. Akibatnya,

budaya dan nilai daripada negara2 yang tidak berpengaruh menjadi tidak

relevan kerana kebanyakan nilai Barat yang ditayangkan di internet dan media
adalah dominan (Vineet Kaul, 2011). Contohnya: Disneyfikasi atau

McDonalization, MTV, CNN dan sebagainya.

MEDIA BARU, PERBANDINGAN INTERNET DAN MASYARAKAT AMERIKA

SUMBER INTERNET HANYA

Media sedang melalui fasa evolusi sehaluan dengan perkembangan internet

sebagai medium perantaraan maklumat di zaman kini. Ini dapat dilihat dimana

sambutan terhadap media bertulis seperti surat khabar, majalah dan

sebagainya semakin merudum hasil ancaman daripada lonjakan populariti

internet. Dahulunya, surat khabar, majalah dan sebagainya dibaca dalam

medium cetakan terpaksa beralih kepada medium online untuk memastikan

ianya masih relevan. Dengan ini, internet telah mengancam populariti cetakan

bertulis kerana ianya menawarkan ruang berita untuk penerbitan teks berita

dan iklan – dua sumber utama pendapatan untuk cetakan (Saksena &

Hollifield, 2002). Walaupun ada syarikat penerbit masih lagi bergantung


kepada media cetakan sebagai sumber utama pendapatan, kebanyakan

daripada mereka terpaksa menerima hakikat dan akur terhadap realiti bahawa

syarikat penerbit internet lain telahpun mengambil inisiatif untuk

memperkembangkan sayap mereka melalui platform online untuk disampaikan

jenama dan produk mereka kepada pengguna (Kolo & Vogt, 2004). Majoriti

syarikat penerbit juga mencatatkan hasil jualan iklan yang tinggi melalui online

berbanding dengan cetakan (State of the News Media, 2011). Ini menunjukkan

makin betapa popularnya cetakan media secara online.

Menurut kajian yang dilakukan oleh Carnegie Knight Task Force yang berpusat

di Amerika Syarikat, mereka mendapati bahawa 2/3 guru telahpun kerap

menggunakan berita dan media berasaskan internet daripada laman web

penerbit terkemuka (Joan, 2007). Ini kerana mereka menyatakan majoriti

daripada anak murid mereka kerap menggunakan internet untuk mendapatkan

maklumat di dalam kelas pembelajaran. Faktor ini mendorong mereka untuk

mengajar murid2 berasaskan maklumat yang bukan sahaja asalnya daripada

buku teks tetapi melalui internet untuk mempelbagaikan sumber yang boleh

diperolehi.
PERANAN INTERNET DALAM PENGECUALIAN SOSIAL

Pengunaan internet mempunyai pelbagai kelebihan dalam menyelesaikan

masalah harian di rumah dan juga di tempat kerja. Tetapi, pengunaan internet

memiliki cabaran dan stigmanya yang tersendiri. Antaranya adalah internet

merupakan platform yang paling digemari oleh golongan remaja untuk

mengelakkan diri daripada berinteraksi secara sosial. Ini dikenali sebagai

pengasingan sosial. Menurut definisi sarjana (Heikkinen, R & Kauppinen, M,

2004), pengasingan sosial dapat dikenalpasti melalui kurangnya interaksi

bersama dengan anggota masyarakat yang lain. Ini menyebabkan kemurungan,

memberi impak kepada kesejahteraan psikologi (Cardak M, 2013) dan

merendahkan keupayaan kognitif (Wilson, et al., 2007). Kebiasaanya, golongan

remaja akan beralih kepada internet apabila mereka tidak mempunyai sebab

atau motivasi untuk berkomunikasi dengan anggota masyarakat. Oleh itu,


mereka mencari internet agar dapat dijadikan sebagai platform untuk

berkomunikasi secara virtual dengan rakan-rakan maya. Ini membantu mengisi

kekosongan hubungan dan interaksi yang mereka alami di dunia realiti (Sourav

et al.). Contohnya, Facebook. Namun, tidak semua yang bersetuju dengan

pandangan ini kerana menurut Joseph M. Newcomer daripada Carnegie

Mellon University, beliau berpendapat bahawa pegunaan internet hanya

adalah seperti hobi yang lain seperti bermain catur atau alat muzik.

THE INTERNET PARADOX & FACEBOOK

Seperti yang diutarakan oleh Joseph M. Newcomer daripada Carnegie Mellon

University bahawa pengunaan internet hanya adalah satu hobi, ada pendapat

lain yang menyatakan bahawa pengunaan sosial media dan internet seperti

Facebook boleh mengembangkan modal sosial seseorang individu. Menurut

sarjana (Bourdieu & Wacquant, 1992), modal sosial didefinisikan sebagai

jumlah sumber sebenar atau maya yang terkumpul ekoran memiliki rangkaian

atau hubungan kenalan yang lain. Peneingkatan modal sosial memberikan

impak yang postive kepada masyarakat. Pengunaan Facebook dapat

meningkatkan jaring rangkaian kawan ataupun ‘friends’ dimana apabila

individu itu berinteraksi secara postif melalui platform ini, mereka dapat

menyelesaikan masalah atau cabaran yang dialami di dunia sebenar. Erti kata,

mereka menambahkan modal sosial yang sedia ada. Seperti contoh: Ali tidak
pandai memasak. Ali mengambil inisiatif untuk menyertai kumpulan belajar

memasak ‘Good Cooking’ di Facebook. Ini membolehkan Ali untuk mendapat

idea dan belajar daripada ‘friends’ yang pandai memasak.

Menurut kajian apabila internet disalahgunakan, maka modal sosial akan

berkurangan. Kurangnya modal sosial akan menyumbang kepada gangguan

sosial dan pengurangan penglibatan dalam aktiviti sivik yang berfaedah.

Peningkatan modal sosial akan mendorong individu untuk lebih komited untuk

menyumbang kepada masyarakat. Secara umumnya, modal sosial dilihat dapat

memberikan kebaikan yang lebih besar kepada anggota masyarakat (Helliwel &

Putnam, 2004).

ISU & TREND

Dengan internet, apa jua maklumat boleh diakses dengan begitu mudah sekali

Menurut kajian, 70% responden bersetuju bahawa kita boleh mencari

maklumat dari politik, kesihatan kepada membeli-belah di internet.


Akses kepada maklumat menjadi universal di mana-mana sahaja

Internet semakin popular dan menjadi perpustakaan global kepada semua

tidak mengira, kaum, agama, bangsa dan lokasi. Walaupun seseorang itu

menetap di pelosok dunia, asalkan ada internet maka mereka boleh

mendapatkan maklumat semudah petikan jari. Golongan penduduk luar

bandar tidak perlu lagi bersusah payah berjalan kaki mencari perpustakaan

yang jauh.

Lonjakan populariti Wikipedia

Penerimaan terbuka terhadap ensiklopedia global, Wikipedia menunjukkan

bahawa dunia terbuka terhadap teknologi internet yang bersifat percuma dan

ilmu boleh diperoleh sesiapa sahaja. Dalam konteks wikipedia, sesiapa sahaja

boleh menerbit dan mengedit maklumat yang terkandung dalam laman web

tersebut namun isu ketepatan maklumat yang diterbitkan menjadi tanda

tanya. Siapakah penulisnya?

Isu kredibiliti

Internet adalah medan perkongsian maklumat dan bukan rumah penerbitan.

Tiada penerbit yang akan mengesahkan kesahihan dan ketepatan data yang di
kongsi di laman internet. Sesiapa sahaja walaupun penulis amatur yang tiada

kepakaran boleh menulis di internet.

Keselamatan maklumat

Internet menyatukan masyarakat dunia sekaligus membolehkan perkongsian

maklumat dengan begitu pantas sekali. Ini menyebabkan maklumat tidak kira

apa jua, sulit atau tidak sulit sentiasa terapung di alam maya. Ini menjadikan

laman internet diminati penggodam internet global. Contoh: pembocoran

maklumat dan data ‘Panama paper leaks’. Secara kesimpulannya, risiko

keselamatan maklumat di alam internet sentiasa terdedah kepada ancaman

serangan siber.

Anda mungkin juga menyukai