Anda di halaman 1dari 3

07.

45pm : Ketibaan semua warga lorong


Majlis mengumumkan ketibaan
07.50pm : Ketibaan YBhg. SI(B) Khalid b. Wahab - Pengerusi SNI
Majlis mengumumkan ketibaan
07.55pm : Ketibaan YDH SM Haslizam b. Ahmat (Pengerusi PPKPP)
8.00pm : Bacaan Yasin, Tahlil & Doa 8.34pm : Solat Isyak berjemaah
Tanpa melengah dan membuang masa kita teruskan dengan majlis bacaan yasin,tahlil
dan doa selamat serta solat isyak berjemaah yang dipimpin oleh ketua lorong 8 iaitu
HJ. RAZLEE BIN ASMAT

9.00pm : Ucapan Aluan Pengacara Majlis


DARI RAUB, KE PONTIAN
TERUS PULA KE KUALA PERLIS
HARAP SEMUA BERI PERHATIAN
MOHON SAYA MULAKAN MAJLIS

MELAYANG SERINDIT DI ATAS PERMATANG


MERBAH BERKICAU DI HUJUNG MUARA
PEMANIS KATA SELAMAT DATANG 
AWAL BISMILLAH PEMBUKA BICARA.
 
SARUNG KETUPAT BERISI INTI
DIBAWA BUDAK SAMBIL BERLARI
KEHADIRAN SEMUA SANGAT DIHARGAI MOGA MAJLIS
BERTAMBAH SERI.

9.05pm : Ucapan K/Lrg HJ. RAZLEE BIN ASMAT


TAK MOLEK JIKA ADA ALU TIADA LESUNGNYA
TAK BERGUNA JIKA ADA DAYUNG TIADA PERAHUNYA
TAK BERKAT ILMU TANPA AMALNYA
TAK LENGKAPLAH MAJLIS JIKA TIDAK ADA YANG BERBICARA.
 
Untuk itu, Majlis dengan ini ingin mempersilakan kepada  tuan HJ. RAZLEE BIN ASMAT
 untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Majlis dengan hormatnya mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Tuan KPPD atas ucapan yang telah disampaikan
sebentar tadi.

9.15pm : Ucapan Pengerusi PPKPP

Hadirin dan hadirat yang dimuliakan,


 
Majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada tetamu kita pada malam ini. Oleh itu, majlis
dengan sukacita dan hormatnya menjemput dan SM Haslizam b. Ahmat (Pengerusi
Persatuan Penduduk Kompleks Perumahan Polis taman desa baiduri) untuk
tampil memberikan ucapan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada SM Haslizam b. Ahmat atas
ucapan yang disampaikan sebentar tadi

9.25pm : Ucapan En. Muhammad Asri Bin Jamil


Untuk itu, Majlis dengan ini ingin mempersilakan kepada  En. Muhammad Asri Bin Jamil
 untuk menyampaikan ucapan dan pesanan. Majlis dengan hormatnya mempersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada En. Muhammad Asri Bin Jamil
atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi

PENYAMPAIAN SIJIL DAN CENDERAMATA

Hadirin dan hadirat yang di Rahmati Allah sekalian, Majlis diteruskan dengan penyampaian
cenderahati kepada sahabat kita yang bertukar ke pulau pinang
 
Oleh itu Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan Yang Berbahagia
SM Haslizam b. Ahmat (Pengerusi PPKPP) diiringi oleh HJ. RAZLEE BIN ASMAT, tampil
ke hadapan untuk menyampai cenderahati. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.

Jamuan
Hadirin dan hadirat yang dimuliakan,

Kita telah sampai dipenghujung majlis. Saya bagi pihak lorong 8 mengucapkan ribuan terima
kasih sekali lagi kepada semua tetamu kehormat dan para hadirin yang sudi meluangkan
masa bersama-sama memeriahkan majlis pada malam ini. 

Dijemput  SM Haslizam b. Ahmat (Pengerusi PPKPP), SI(B) Khalid b. Wahab - Pengerusi SNI, HJ.
RAZLEE BIN ASMAT dan semua tetamu jemputan untuk menikmati sedikit hidangan yang telah
disajikan oleh pihak kami. Majlis mempersilakan. Sekian sahaja dari saya, salam hormat ,selamat
menunaikan ibadah puasa diakhiri dengan wa bilLahit Taufiq walHidayah wassalamu `alaikum wa
Rahmatullahi wa Barakatuh.

Anda mungkin juga menyukai