Anda di halaman 1dari 6

RAYMOND A.

KROC (McDONALD’S

Pengenalan

McDonald's merupakan satu rangkaian restoran makanan segera yang terbesar di dunia.Syarikat ini
telahbermula pada tahun 1940 dengan sebuah restoran yang telah dibuka oleh adik-beradik Dick dan
Mac McDonald. Dengan bermodalkan 40 jenis  makanan yang disajikan, restoran telah menjadi salah
satu restoran yang paling digemari oleh masyarakat California, Amerika. Di situlah lokasi tersebut
tempat berdirinya Restoran McDonald's yang pertama kalinya.

Hasil usaha itu telah dijalankan selama lapan tahun, dua bersaudara tersebut telah memperkenalkan
konsep layanan yang mereka sebut “Speedee Service System” pada tanggal 1948, yang kemudian telah
menjadi pinsip dasar restoran siap-saji modern.

Walau bagaimanapun, McDonald's pada masa ini telah mengisytiharkan tarikh "penubuhannya" sebagai
tarikh pembukaan restoran francais pertama oleh Ketua Pegawai Eksekutif Ray Kroc pada tanggal
1955.Pada asalnya, restoran Ray Kroc ini merupakan restoran yang kesembilan bagi McDonald's.

Siapakah Raymond A. Kroc ?

Ray Kroc lahir pada tanggal 5 Oktober 1902 di Oak Park, Chicago, Illinois, Amerika Syarikat, Namaasal
beliau adalah Raymond Albert Kroc. Ayah dan ibunya merupakan seorang pendatang dari Republik
Czech. Ray Kroc sejak muda percaya bahawa peluang hanya datang sekali dan harus diambil pada
kesempatan yang pertama. Tahun kelahiran Ray Kroc pada masa itu adalah aktiviti usahawan mula
berkembang di Amerika Syarikat .Beliau hidup pada masa yang sama dengan William Durant dan Henry
Ford , dua peniaga yang terkenal AS pada ketika itu.

Setelah  berumur 15 tahun, Kroc telah mendaftar sebagai seorang pemandu ambulance untuk Palang
Merah. Semasa bertugas, dia telah bertemu dengan Walt Disney , animator AS, yang ketika itu sebaya
dengan Ray Kroc . Untuk masuk dalam perkhidmatan Palang Merah, mereka  terpaksa membohongi
pemeriksa tentang umur mereka, kerana had minimum untuk daftar masuk Palang Merah adalah 17
tahun.
Setelah peperang tamat, ia cuba pelbagai usaha untuk memperoleh wang, hingga akhirnya ia telah
memutuskan untuk menjadi seorang salesman. produk yang dijual adalah gelas kertas yang masih
merupakan barang baru ketika itu. Kroc telah memberikan sumbangan yang amat besar dalam
perkembangan syarikat ini, ia pun terpilih menjadi salah satu pekerja yang terbaik di syarikat. Dalam
usahanya untuk menjual gelas kertas, iatelah bertemu dengan Earl Prince, pengasas mixer yang boleh
digunakan untuk membuat susu kocak.

Jualan gelas kertas milik syarikat Kroc telah menurun sehingga pengurusan terpaksa memotong gajinya
sekitar sepuluh peratus. Kroc tidak menerima tentang pemotongan gajinya, kerana ia beranggapan
bahawa ia bekerja amat keras daripada yang lain dan memang itu adalah kenyataannya. Merasa
takutakan  kehilangan seorang salesman terbaiknya, pengurusan pun menunaikan keinginan Kroc.
Namun tak lama kemudian, pengurusan malah memotong gaji anak-anak buah Kroc.Kroc berasa berang
dan memutuskan untuk berhenti dari syarikat.

Setelah berhenti dari syarikat, Kroc berusaha untuk mencari perniagaan lain untuk menampungkos sara
hidupnya. Iatelah menemui Earl Prince, lelaki yang pernah ditemui ketika menjual gelas kertas. Kroc
kemudian merayu kepada Earl untuk memberinya hak-hak eksklusif bagi memasarkan produksusu kocak
buatan Earl. Earl telah menunaikan, dan dalam masa hampir 15 tahun, Kroc telah berjaya memasarkan
produk ini ke seluruh Amerika. Ketika menjual susu kocak ini, ia menyedari bahawa setiap pelanggan
terbesarnyaadalah  datang dari sebuah restoran yang berpusat di California, yang dimiliki oleh
McDonald bersaudara.

Kroc pun terbang ke California untuk melihat sendiri perniagaan pelanggannya itu. Di sana, ia mendapati
bahawa restoran McDonald bersaudara telah berjaya mengamalkan sistem lini pemasangan untuk
membuat burger dan sandwich mereka. Namun pemilik, iaitu McDonald bersaudara, tidak mempunyai
keinginan untuk membangunkan syarikatnya untuk lebih jauh.

Ray Kroc telah mencadangkan kepada pengurusMcDonald 'ssupaya membangunkan sistem francais atau
franchise. Ada 2 istilah yang biasa digunakan didalam sistem ini, iaitu adalah franchisor (pemberi
francais) atau pemilik rasmi hak atas kekayaan intelektual, atau penemuan khas seperti resipi, jenis, dan
bentuk produk McDonald 's.

Istilah yang kedua adalah franchisee (penerima francais) atau boleh juga disebut francais.Di sinilah
bermulanya Ray Kroc mengajukan diri menjadi francais bagi McDonald. Cadangan ini pun diluluskan Dick
dan Mac McDonald 's. Pada tanggal1954 , Ray Kroc telah membuka McDonald 's buat pertamanya di Des
Plaines, Illinois .
Pengalaman dan pengamatannya selama beberapa tahun, ia telah menyedari bahawa setiap pekerja
tidak mempunyai masa untuk makan siang, jika mereka perlu bergerak, dari satu tempat ke tempat lain,
atau dari satu kunjungan perniagaan ke kunjungan perniagaan lainnya. Idea Fast Food inilah yang telah
dikembangkannya. Bisnes ini telah tumbuh memberangsangkan, dan Kroc segera membuka outlet yang
lain. Yang kedua dan yang ketiga, keduanya di California, dibuka pada tanggal 1955. Dan dalam masa5
tahun seterusnya berkembang jadi 228, dan pada tahun 1961 kroc telah membeli restoran ini daripada
McDonald's bersaudara.

Pencapaian Di Bawah Kepimpinan

Raymond Kroc, pemilik dan pembangun McDonald’s Corporation, telah membuktikan bahawa dirinya
sebagai seorang pelopor industri yang tidak kalah kemampuannya dengan Henry Ford. Dia telah
merevolusikan industri restoran dengan memberi fokusterhadap produksi hamburger, kentang goreng,
dan susu kocok. Dengan perkembangan sistem operasi dan perkakasan yang maju, dia memastikan
bahawa kentang goreng yang dibeli oleh pelanggan di Topeka akan sama dengan yang dibeli di New York
City. Konsisten seperti ini telah menjadikan McDonald’s nama mereka yang mendefinisikan sebagai fast
food Amerika.

Pada tanggal 1960, terdapat 200 saluran McDonald’s di seluruh Amerika, franchise yang rendah dapat
dikembangkan dengan cepat .Pada tahun 1961 , ia berjaya membeli McDonald 's Corporation sejumlah $
2.7 juta daripada McDonald bersaudara.

Untuk menambahkan profit, Ray Kroc mendirikan Franchise Reality Corporation yang bertugas
sebagaipembeli tanah dan menjualnya kepada franchisee McDonald 's dengan sistem kredit. Akhir tahun
1961, Ray Kroc mula melatih franchisee secara besar-besaran.Strateginya amat berjaya, keuntungan
syarikat semakain meningkat.Keuntungan  pendapatan yang diperoleh McDonald 's mengakibatkan
peningkatan saham syarikat di pasaran kewangan. Modal yang diperoleh dari pasaran kewangan
kemudian digunakannya untuk mencipta iklan yang memberikan tumpuan bagi memperkenalkan
maskot syarikat-Ronald McDonald.

Kroc telah melaksanakan prosedur operasi standard (Standart Pemerhatian Checklist) untuk membuat
hamburger dengan spesifikasi yang diduga sangat ketat, iaitu lemak di bawah 19%, berat 1.6 ounce,
diameter 3,873 inci, dan onion 0,23 auns. Selain dari melayan setiap francais secara strategik, Kroc juga
memberikan suatu sistem operasi yang baru kepadarakan kongsi barunya. Sistem inilah yang
memberikan semua produk yang disajikan adalah sama. Untuk itulah profesionalisme harus
diterapkan.Dalam paradigma baru, setiap operator dan francais bertindak seperti seorang pengurus
kilang yang harus melaksanakan pengurusan yang professional.

Maka pada tanggal 1961, Kroc telah melancarkan program latihan yang kemudian dinamakan sebagai
Hamburger University di restoran yang baru iaitu di Elk Village, Illinois. Di sana para francais terus dilatih
dalam tatacara ilmiah dalam menjalankan restoran yang berjaya dan dilatih dalam aspek-aspek operasi
McDonald 's berupa kualiti, perkhidmatan, kebersihan dan nilai (Quality, Service, Cleanliness, and
Value). Para graduan akan mendapat gelaran Bachelor of Hamburgerology.

Kroc kemudian memperkenalkan satu program periklanan nasional untuk mendukung franchise yang
tersebar dengan cepat,dan setelah nampak bahawa pertumbuhan di wilayah asal perusahaan ini
ketinggalan pada awal tahun 1970-an, dia memulakan dengan dorongan yang penuh semangat dan
dedikasi untuk membuat kehadiran global bagi McDonald’s.

Walau bagaiman pun restoran cepat-saji McDonald 's sudah tersebar ke seluruh negeri, Ray Kroc kurang
puas dan berniat untuk mengembangkan pasaran ke luar negeri. Ia kemudian telah membuka cawangan
di lebih daripada 65 negara. Di pasaran luar negeri, McDonald 's menyesuaikan diri dengan budaya
setempat. Sebagai contoh, agar nama restoran mudah diucapkan oleh pelanggan Jepun, nama
McDonald 's diubah menjadi Makudonaldo. Di India dan Timur Tengah, daging babi diharamkan 
dimasukkan ke dalam menu.

Sejak itulah McDonald 's terus melakukan pengembangan, termasuk ke setiap negara tidak terkecuali di
malaysia. Majalah Time menyenaraikannama Kroc dalam senarai 100 orang pengasas industri raksasa
paling berpengaruh di dunia.

Semasa  tuanya, Kroc yang juga penggemar baseball cuba menikmati hidupnya dengan caranya sendiri.
Pada tahun 1974, atau ketika berumur 72 tahun, Ray menubuhkan kelab baseball San Diego Padres.
Pertumbuhan Organisasi Sehingga Sekarang

Ray Kroc meninggal dunia pada tarikh 14 Januari 1984 berumur 81 tahun, atau hanya 10 bulan sebelum
McDonald 's mencetak rekod menjual hamburger ke-50 bilion, yang sebenarnya dirancang sekaligus
untuk meraikan ulang tahunnya yang ke-82 pada 5 Oktober 1984.

Dua dekad selepas pemergiannya, atau tahun 2017, McDonald’s  memberikan perkhidmatan kepada
lebih daripada 69 juta pelanggan setiap hari di 36,000 cawangan restorannya di seluruh
dunia. 80% daripada jumlah cawangan restoran McDonald’s ini dimiliki dan dikendalikan oleh pemilik
francais yang terdiri daripada usahawan tempatan di negara-negara berkenaan.Mereka ini sentiasa peka
dalam mengatur strategi bagi memenuhi permintaan pasaran bahkan sentiasa berusaha untuk
memperkembangkan lagi potensi perniagaan mereka. Lebih kurang 70 daripada lebih 260 buah restoran
McDonald’s di Malaysia dimiliki dan dikendalikan oleh usahawan tempatan secara francais. Selain
daripada itu, McDonald’s Malaysia turut berurusan dengan lebih daripada 400 pembekal tempatan.Apa
yang lebih menarik, pembekal utama McDonald’s di Malaysia iaitu MacFood Malaysia, turut
membekalkan hasil keluaran mereka ke 14 buah negara lain di rantau Asia Pasifik dan Timur Tengah

McDonald 's kini telah menjelma menjadi restoran makanan segera terbesar di dunia. Semuanya ini tak
lain hasil kerja keras, melalui penghabluran keringat dan fikiran cerdas Ray Kroc.Kisah kejayaan Ray Kroc
ini sangat memberi inspirasi, di mana 

seseorang yang sudah tua pun masih boleh meraih kejayaan, selama dia mahu belajar dan terus
mencipta inovasi-inovasi baru.kata-kata Ray Kroc “Jika Anda menyukai apa yang Anda lakukan, dan
selalu menempatkan pelanggan sebagai priotitas pertama, maka kesuksesan akan menjadi milik
Anda”.  (Ray Kroc)

Penutup 
Setelah menjalankan kajian terhadap tokoh usahawan berjaya ray kroc,sy mendapati bahawa perlulah
ada azam yang tinggi untuk mencapai matlamat,sentiasa mengejar peluang perniagaan dan sanggup
menghadapi risiko dalam perniagaan.Untuk menjadi seorang pengurus yang Berjaya perlulah ada sikap
toleransi antara perkerja dan pengurus,serta memberi peluang kepada pekerja tentang idea-idea baru
bagi mengembangkan syarikat.keyakinan dan kesabaran perlu ada dalam diri seorang pengurus bagi
mencapai sasaran kerja

Rujukan

Gross, Daniel.  (1996).  Forbes greatest business stories of all times. John Wiley & Sons, Inc. Retrieved
November 2, 2004, from http://www.wiley.com/legacy/products/subj ect/business/forbes/kroc.html

Kroc, R. & Anderson R. (1977). Grinding it out. Chicago: Comptemporary Books, Inc.

Love, J. F. (1986). McDonald’s: Behind the arches.  Bantam Books, Inc.

McDonald’s corporation.Retrieved November 2, 2004, from http://www.mcdonalds.com

/corp.html

Pepin, Jacques (1998). The Time 100. Retrieved November 1, 2004, from http://www.tim

e.com/time/time100/builder/profile/kroc.html

Anda mungkin juga menyukai