Anda di halaman 1dari 9

TOKOH :- RAYMOND A.

KROC (MCDONALDS)

PENGENALAN

Perbadanan McDonald's merupakan rangkaian restoran makanan segera yang terbesar di


dunia. Syarikat ini dimulakan pada tahun 1940 dengan sebuah restoran yang dibuka oleh adik-
beradik Dick dan Mac McDonald. Dengan bermodalkan 40 varian makanan yang disajikan,
restoran ini menjadi salah satu restoran paling digemari di California, Amerika. Dimana lokasi
tersebut adalah tempat berdirinya Restoran McDonald's untuk pertama kalinya. Setelah
menjalankan usaha itu selama lapan tahun, dua bersaudara tersebut memperkenalkan layanan
yang mereka sebut Speedee Service System pada tahun 1948, yang kemudian menjadi pinsip
dasar restoran siap-saji modern.

Bagaimanapun, McDonald's pada masa ini mengisytiharkan tarikh "penubuhannya" sebagai


tarikh pembukaan restoran francais pertama oleh Ketua Pegawai Eksekutif Ray Kroc pada
tahun 1955. Sebenarnya, restoran Ray Kroc ini merupakan restoran yang kesembilan bagi
McDonald's.

1
SEJARAH RAYMOND A. KROC

Ray Kroc lahir pada tarikh 5 Oktober 1902 di Oak Park, Chicago, Illinois, Amerika Syarikat,
dengan nama asal Raymond Albert Kroc. Ayah dan ibunya merupakan pendatang dari Republik
Czech. Ray Kroc sejak muda percaya bahwa peluang hanya datang satu kali dan harus diambil
pada kesempatan pertama. Tahun kelahiran Ray Kroc adalah masa ketika aktiviti usahawan
mula berkembang di Amerika Syarikat . Ia hidup pada masa yang sama dengan William Durant
dan Henry Ford , dua peniaga terkenal AS. Ketika berumur 15 tahun, Kroc mendaftar sebagai
pemandu ambulance untuk Palang Merah. Semasa bertugas, dia bertemu dengan Walt
Disney , animator AS, yang ketika itu juga masih berumur 15 tahun. Untuk masuk dalam
perkhidmatan Palang Merah, kedua-duanya terpaksa membohongi penguji tentang umur
mereka, kerana had minimum untuk daftar masuk Palang Merah adalah 17 tahun.

Setelah perang berakhir, ia cuba pelbagai usaha untuk mendapatkan wang, hingga akhirnya ia
memutuskan untuk menjadi seorang salesman. Barang yang dijualnya adalah gelas kertas yang
masih merupakan barang baru ketika itu. Kroc memberikan sumbangan yang sangat besar
dalam perkembangan syarikat ini, ia pun terpilih menjadi salah satu pekerja terbaik di syarikat.
Dalam usahanya menjual gelas kertas, ia bertemu dengan Earl Prince, pengasas mixer yang
boleh digunakan untuk membuat susu kocak. Pada suatu ketika, jualan gelas kertas milik
syarikat Kroc menurun sehingga pengurusan terpaksa memotong gajinya sekitar 10%. Kroc
tidak menerima, kerana ia beranggapan bahawa ia bekerja lebih keras daripada yang lain-dan
memang itu kenyataannya. Merasa takut kehilangan seorang salesman terbaiknya, pengurusan
pun mengabulkan keinginan Kroc. Namun tak lama kemudian, pengurusan malah memotong
gaji anak buah Kroc. Kroc berang dan memutuskan untuk keluar dari syarikat.

Setelah keluar, Kroc berusaha mencari perniagaan lain untuk menampung hidupnya. Ia
menemui Earl Prince, lelaki yang pernah ditemuinya ketika menjual gelas kertas. Kroc
kemudian merayu Earl untuk memberinya hak eksklusif untuk memasarkan formula susu kocak
buatan Earl. Earl mengabulkannya, dan dalam masa 15 tahun, Kroc berjaya memasarkan
produk ini ke seluruh Amerika. Ketika menjual susu kocak ini, ia menyedari bahawa pelanggan
terbesarnya datang dari sebuah restoran yang berpusat di California, yang dimiliki oleh
McDonald bersaudara. Ia pun terbang ke California untuk melihat perniagaan pelanggannya itu.
Di sana, ia mendapati bahawa restoran milik McDonald bersaudara telah berjaya mengamalkan
sistem lini pemasangan untuk membuat burger dan sandwich mereka. Namun sang pemilik,
iaitu McDonald bersaudara, tidak mempunyai keinginan untuk membangunkan lebih jauh.

2
Ray Kroc mencadangkan agar McDonald 's membangunkan sistem francais atau franchise. Ada
dua istilah yang biasa digunakan dalam sistem ini, iaitu franchisor (pemberi francais) atau
pemilik rasmi hak atas kekayaan intelektual, atau penemuan khas seperti resipi, jenis, dan
bentuk produk McDonald 's. Istilah kedua adalah franchisee (penerima francais) atau boleh juga
disebut francais. Di sinilah Ray Kroc mengajukan diri menjadi francais bagi McDonald.
Cadangan ini diluluskan Dick dan Mac McDonald 's. Pada tahun 1954 , Ray Kroc membuka
McDonald 's pertamanya di Des Plaines, Illinois . Dari pengalaman dan pengamatannya selama
bertahun-tahun, ia menyedari bahwa para pekerja tidak punya masa untuk makan siang,
apalagi jika mereka perlu bergerak, dari satu tempat ke tempat lain, atau dari satu kunjungan
perniagaan ke kunjungan perniagaan lainnya. Idea Fast Food inilah yang dikembangkannya.
Bisnes tumbuh memberangsangkan, dan Kroc segera membuka outlet yang lain. Yang kedua
dan yang ketiga, keduanya di California, dibuka pada tahun 1955. Dalam lima tahun seterusnya
berkembang jadi 228, dan pada tahun 1961 dia membeli restoran itu dari McDonald's
bersaudara.

Pencapaian Di Bawah Kepimpinan

Dalam apa yang seharusnya menjadi tahun emasnya, Raymond Kroc, pemilik dan pembangun
McDonalds Corporation, membuktikan dirinya sebagai seorang pelopor industri yang tidak
kalah kemampuannya dengan Henry Ford. Dia merevolusikan industri restoran dengan
memberi fokus atas produksi hamburger, kentang goreng, dan susu kocok. Dengan
mengembangkan sistem operasi dan perkakasam yang maju, dia memastikan bahwa kentang
goreng yang dibeli oleh pelanggan di Topeka akan sama dengan yang dibeli di New York City.
Konsistensi seperti ini menjadikan McDonalds nama mereka yang mendefinisikan fast food
Amerika. Pada tahun 1960, terdapat lebih dari 200 saluran McDonalds di seluruh Amerika,
perluasan cepat yang dikobarkan oleh biaya franchise yang rendah. Pada tahun 1961 , ia
berjaya membeli McDonald 's Corporation seharga $ 2.7 juta daripada McDonald bersaudara.

Untuk meningkatkan profit, Ray Kroc mendirikan Franchise Reality Corporation yang bertugas
membeli tanah dan menjualnya kepada franchisee McDonald 's dengan sistem kredit. Akhir
1961, Ray Kroc mula merekurt franchisee secara besar-besaran. Strateginya berjaya,
keuntungan syarikat meningkat. Besarnya pendapatan yang didapatkan McDonald 's
mengakibatkan naiknya saham syarikat di pasaran kewangan. Modal yang didapatkannya dari

3
pasaran kewangan kemudian digunakannya untuk mencipta kempen iklan yang memberi
tumpuan memperkenalkan maskot syarikat-Ronald McDonald.

Kroc melaksanakan prosedur operasi standard (Standart Pemerhatian Checklist) untuk


membuat hamburger dengan spesifikasi yang diduga sangat ketat, iaitu lemak di bawah 19%,
berat 1.6 ounce, diameter 3,873 inci, dan onion 0,23 auns. Selain melayan setiap francais
secara strategik, Kroc juga memberikan suatu sistem operasi kepada partner-partner barunya.
Sistem inilah yang memberikan kepastian semua produk yang disajikan adalah sama. Untuk
itulah profesionalisme harus diterapkan. Dalam paradigma yang baru setiap operator dan
francais bertindak seperti seorang pengurus kilang yang harus melaksanakan pengurusan
professional.

Maka pada tahun 1961, Kroc melancarkan program latihan yang kemudian dinamakan sebagai
Hamburger University di restoran yang baru iaitu di Elk Village, Illinois. Di sana para francais
terus dididik dalam cara-cara ilmiah dalam menjalankan restoran yang berjaya dan dilatih dalam
aspek-aspek operasi McDonald 's berupa kualiti, perkhidmatan, kebersihan dan nilai (Quality,
Service, Cleanliness, and Value). Para graduan akan mendapat gelaran Bachelor of
Hamburgerology. Kroc kemudian memperkenalkan program periklanan nasional untuk
mendukung franchise yang tersebar dengan cepat; dan setelah tampak bahwa pertumbuhan di
wilayah asal perusahaan ini melambat pada awal tahun 1970-an, dia mulakan dengan
dorongan yang penuh semangat dan sukses untuk membuat kehadiran global bagi McDonalds.

Walaupun restoran cepat-saji McDonald 's sudah tersebar ke seluruh negeri, Ray Kroc kurang
puas dan berniat mengembangkan pasaran ke luar negeri. Ia kemudian membuka cawangan di
lebih daripada 65 negara. Di pasaran luar negeri, McDonald 's menyesuaikan diri dengan
budaya setempat. Misalnya, agar nama restoran mudah diucapkan oleh pelanggan Jepun,
nama McDonald 's diubah menjadi Makudonaldo. Di India dan Timur Tengah, daging babi tidak
dimasukkan ke dalam menu.

Sejak itulah McDonald 's terus melakukan pengembangan, termasuk ke berbagai negara tidak
terkecuali di Indonesia. Majalah Time memasukkan nama Kroc dalam senarai 100 orang
pengasas industri raksasa paling berpengaruh di dunia.

Di masa tuanya, Kroc yang juga penggemar baseball cuba menikmati hidupnya dengan
caranya sendiri. Tahun 1974, atau ketika berumur 72 tahun, Ray menubuhkan kelab baseball
San Diego Padres

4
CARA PERKEMBANGAN ORGANISAI DAN STRATEGIK DIBAWAH KEPIMPINAN TOKOH

a) Dunia tanpa sempadan

Dunia tanpa sempadan memperlihatkan pergerakan dan perkembangan sesebuah perniagaan


merentasi sempadan negara.Negara-negara di dunia telah mula mewujudkan sempadan yang
lebih besar, mengadakan blok-blok perdagangan yang ebih bebas.Blok perdagangan bebas ini
ditubuhkan bagi membebaskan negara terbabit daripada belenggu yang diwujudkan oleh
sempadan politik terhadap kegiatan perdagangan bebas. Melalui blok perdagangan bebas ini,
aktiviti pengeluaran, pemasaran, pengagihan, dan keseluruhan organisasi perniaaan bebas
dipindahkan ke mana-mana sahaja dalam lingkungan sempadan negara-negara ahli tanpa
dikenakan sebarang tariff dan sekatan lain. Syarikat perusahaan McDonald menjalankan aktiviti
perniagaan perusahaan jenama makanan segera di serata dunia tanpa dikenakan tarif atau
sekatan bagi memperluaskan empayar McDonald ke seluruh dunia.

b) Pasaran menimbul (Emerging market)

Pasaran menimbul merupakan pasaran baharu yang muncul ekoran peningkatan kuasa beli
pengguna dalam pasaran tersebut. Sebagai pasaran menimbul negara-negara di asia mula
menjadi pembeli utama keluaran baharu yang dihasilkan oleh negara-negara maju. McDonald,
salah satu standard emas untuk pengembangan makanan segera dalam pasaran baru muncul
serta memberikan contoh yang baik untuk bagaimana jenama (makanan segera dan lain-lain)
rayuan kepada pengguna di negara-negara ini.Kuncinya adalah menerima semula strategi
individu untuk setiap pasaran. McDonald dan jenama global yang lain perlu membangunkan
strategi mereka untuk menyesuaikan tabiat yang berbeza tempatan dan imej jenama. Mereka
juga perlu mencari cara-cara baru untuk mencapai pelanggan mereka berjuta-jutaakan datang,
sama ada melalui saluranmenarik, tawaran unik, atau gabungan kedua-duanya. Satu perkara
yang pasti, peluasan berterusan, ia akan menjadi menarik untuk menonton strategi baru
terungkap.

c) Globalisasi

Globalisasi bermaksud pembentukan operasi syarikat di serata tempat di dunia, di samping


membangunkan standard produk dan pemasaran. Globalisasi merupakan sesuatu yang amat
perlu bagi sesebuah syarikat untuk mempertingkatkan keuntungan dan mencari kelebihan
persaingan. Konsep globalisasi ini termasuklah dari aspek pemasaran, pembuatan, sumber
manusia dan teknologi. Pengeluaran McDonald adalah operasi yang global. Produk dihasilkan

5
di Amerika Syarikat dan hampir setiap masa apabila syarikat-syarikat yang dikendalikan
sebahagian besarnya dieksport ke tempat-tempat lain. Pengeluaran kini merupakan
pengeluaran globalisasi, dengan negara-negara yang berbeza tumpuan kepada bahagian-
bahagian yang berbeza daripada proses bergantung kepada apa yang mereka mahir, atau
boleh melakukan yang paling berkesan atau murah.

d) Lokalisasi

Lokalisasi merupakan satu strategi perniagaan yang menumpukan sesuatu keluaran terhadap
sesuatu pasaran di kawasan tertentu.Lokalisasi melibatkan tindakan sesebuah syarikat
mengubah anak syarikatnya daripada sesebuah subsidiari organisasi asing kepada sesebuah
organisasi perniagaan yang mempunyai ciri-ciri tempatan.Meskipun kekhuatiran beberapa
negara tentang imprealisme budaya, pada umumnya McDonald diterima di negara-negara
tersebut kerana McDonald menawarkan idea lokalisasi global dimana item menu disesuaikan
dengan kebiasaan dan selera masing-masing negara sehingga tidak mengikis kebudayaan asli
negara mereka. Untuk menu di Rusia bahannya tidak berbeza jauh dengan Amerika iaitu
daging dan kentang.Namun jika di kebanyakan negara Asia, McDonald menawarkan menu nasi
dan ayam goreng yang sesuai dengan budaya makan beberapa negara di Asia. McDonald
melakukannya dengan dukungan dari pemerintah daerah dan penduduk lokal dengan bekerja
sama dengan pengedar pertanian untuk mengembangkan sumber pasukan tempatan untuk
daging sapi, kentang, dan produk susu. Hal lain yang membantu McDonald diterima di negara
berkembang adalah negara berkembang cenderung mengikuti trend negara maju.

Rahsia kejayaan McDonald terletak pada strategi 4P Marketing Mix yang meliputi Product
(produk), Price (harga), Place (tempat) dan Promotion (promosi).

a) Produk (Product)

Produk McDonald boleh diseragamkan dan disesuaikan dengan budaya dan selera masyarakat
setempat, sehingga McDonald dapat bersaing dengan restoran lainnya di seluruh dunia.Produk-
produk McDonaldjuga sangat terkenal di seluruh dunia berkat keseragaman menu yang
dijunjung tinggi oleh McDonald.

b) Harga (Price)

Dalam memasarkan produknya, McDonald mengutamakan harga.Harga yang dimaksudkan


dikait dengan nilai. Di Malaysia, produk McDonald kurang mendapat kunjungan daripada

6
masyarakat tempatan kerana harga yang mahal, namun disebabkan McDonald telah membuat
kajian tentang makanan kesukaan masyarakat malaysia terhadap ayam, maka syarikat
McDonald pun mencipta menu chicken burger yang lebih murah.

c) Tempat (Place)

Setiap restoran McDonald sama ada di Amerika atau di negara lain selalu ditempatkan di
tempat yang strategik. Dalam hal ini, Lokasi yang strategik sangat mempengaruhi minat
pelanggan untuk singgah di McDonald. Maka tempat-tempat perniagaan McDonald pun dibina
berdekatan dengan jalan-jalan utama, shopping mall serta berdekatan dengan tempat
pekerjaan masyarakat.

d) Promosi (Promotion)

Promosi juga memegang peranan penting dalam kejayaan McDonald. Logo golden arches,
tokoh Ronald McDonal, dan slogan Im Lovin It berjaya membawa McDonald dikenali oleh
seluruh masyarakat di seluruh dunia.Dalam kalangan masyarakat muda, McDonald
memperkenalkan tokoh badut Ronald McDonald yang juga berjaya menjadi daya tarikan bagi
pelanggan anak-anak muda. Logo golden arches McDonald yang sederhana dan berwarna
kuning sangat mudah diingat dan sekarang sudah menjadi salah satu logo yang paling mudah
dikenali di dunia. Logo golden arches tersebut telah menjadi ikon yang sangat identik dengan
McDonald dan menjadi tolak ukur tingginya eksistensi McDonald dalam kalangan masyarakat
dunia.

Pertumbuhan Organisasi Sehingga Sekarang

Ray Kroc meninggal dunia pada tarikh 14 Januari 1984 dalam usia 81 tahun, atau hanya 10
bulan sebelum McDonald 's mencetak rekod menjual hamburger ke-50 bilion, yang sebenarnya
dirancang sekaligus untuk meraikan ulang tahunnya yang ke-82 pada 5 Oktober 1984. Dua
dekad selepas kematiannya, atau tahun 2004, McDonald 's sudah mempunyai 30,000 restoran
di seluruh dunia, dengan jumlah pengunjung rata-rata 50.000.000 orang per hari, atau 1.700
orang per restoran per hari.

McDonald 's kini telah menjelma menjadi restoran makanan segera terbesar di dunia.
Semuanya ini tak lain hasil kerja keras, melalui penghabluran keringat dan fikiran cerdas Ray
Kroc. Kisah kejayaan Ray Kroc ini sangat memberi inspirasi, di mana seseorang yang sudah

7
tua pun masih boleh meraih kejayaan, selama dia mau belajar dan terus mencipta inovasi-
inovasi baru.

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, kesimpulan yang diperolehi daripada tugasan ini ialah semua
usahawan yang baik perlu mempunyai ciri-ciri usahawan untuk menjadi garis panduan untuk
berjaya. Hal ini kerana, usahawan yang mempunyai ciri-ciri itu dapat menjadi seorang
usahawan yang berjaya. Kebanyakan usahawan yang berjaya pernah mengalami saat
kegagalan untuk mencapai kejayaan yang sebenar. Ini menunjukkan, usahawan perlu berani
mengambil risiko dan semangat tidak putus asa itu mampu menghasilkan kejayaan yang
lumayan kepada usahawan. Seseorang usahawan yang baik juga tidak perlu bermatlamatkan
keuntungan semata-mata malah mereka turut perlu menjaga kebajikan masyarakat. Akhir
sekali, jika kita ingin menjadi seorang usahawan yang berjaya kita mesti mempunyai ciri-ciri
seorang usahawan yang baik dan perlu diaplikasikan dalam diri kita jika kita mahu menjadi
usahawan yang berjaya.

8
RUJUKAN

McDonald'shttp://ms.wikipedia.org/wiki/McDonald's. (8 ogos 2014)

Sejarah McDonald'shttp://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_McDonald's(8 ogos 2014)

McDonald'shttp://en.wikipedia.org/wiki/McDonald's (8 ogos 2014)

Francais McDonald's Usahawan Malaysiahttp://usahawanmalaysia.com/francais-mcdonalds (8


ogos 2014)

Program Perniagaan Francais McDonaldshttp://www.usahawan.com/perniagaan-


francais/program-perniagaan-francais-mcdonalds.html (8 ogos 2014)

Kisah Bagaimana 25 Jenama Terkenal Antarabangsa Bermula


http://www.usahawan.com/sejarah/kisah-bagaimana-25-jenama-terkenal-antarabangsa-
bermula.html (8 ogos 2014)

McDonalds lambang globalisasihttp://www.sinarharian.com.my/bisnes/mcdonald-s-lambang-


globalisasi-1.32333 (8 ogos 2014)

Rahsia Kejayaan Perniagaan McDonalds


http://balannambiar.wordpress.com/2011/11/26/rahsia- kejayaan-peniagaan-mcdonalds/ (8 ogos
2014)

McDonald'shttp://simple.wikipedia.org/wiki/McDonald's (13 ogos 2014)

Marketing Pemasaran Analisa Swot & Marketing Mix 4P McDonald


http://www.spocjournal.com/ekonomi/marketing/452-marketing-pemasaran-analisa- swot-
marketing-mix-4p-mc-donald%E2%80%99s.html (15 ogos 2014)

Anda mungkin juga menyukai