Anda di halaman 1dari 4

pengajianperniagaan semII

Jenis keputusan

• Keputusan rutin
- bergantung kepada polisi/peraturan/prosedur dalam organisasi
- digunakan untuk masalah berstruktur seperti pesanan inventori ketika paras inventori
jatuh
- dianggar 90% keputusan dalam organisasi bersifat rutin dan berlaku di peringkat
bawah organisasi

• Keputusan tak rutin


- perantaraan antara keputusan yang dirancang dan tidak dirancang
- keputusan yang diambil mestilah diberi pertimbangan tentang kepentingan dan
kesesuaiannya
- merujuk kepada penemuan/pengenalpastian/penentuan masalah yang tidak berstruktur
- perlu alternatif penyelesaian yang unik dan kreatif
- melibatkan kumpulan profesional yang memiliki pengalaman/kemahiran/pengetahuan
yang cukup luas
- untuk membangunkan sesuatu yang tidak dijangka
- mengurangkan kesan buruk kepada organisasi
- contoh perubahan dasar kerajaan berkaitan sektor industri tertentu maka keputusan
adaptif perlu dibuat untuk sesuaikan dengan situasi

Keadaan persekitaran dalam pembuatan keputusan

• Keadaan kepastian
- andaian maklumat yang diperolehi lengkap dan dipercayai
- pembuat keputusan pasti dan tahu dengan tepat tindakan yang perlu diambil serta
kesan tindakan berkenaan
- jarang berlaku kerana terdapat banyak faktor yang mempengaruhi keadaan tetapi luar
kawalan pembuat keputusan

• keadaan risiko
- mungkin mempunyai maklumat tetapi tahap pengetahuan berkaitan sesuatu perkara
belum mencukupi
- jangkaan kemungkinan sesuatu keadaan berlaku dapat ditentukan melalui
kebarangkalian objektif
- dibantu dengan model matematik bersama pengalaman/pertimbangan

• keadaan ketidakpastian
- wujud apabila kebarangkalian bagi sesuatu keadaan yang berlaku pada masa hadapan
tidak dapat diketahui/sukar ditentukan
- tiada data/maklumat yang boleh dirujuk
- terpaksa guna pengalaman/pertimbangan untuk membuat penilaian yang subjektif
- contoh: kesan sampingan penggunaan ubat baru
pengajianperniagaan semII

Faktor-faktor yang mempengaruhi proses membuat keputusan

• Sifat masalah :
- keputusan rutin hanya sesuai untuk masalah berstruktur
- keputusan adaptif dan inovasi lebih sesuai untuk masalah tidak berstruktur

• Jangkamasa untuk membuat keputusan :


- jumlah masa akan mempengaruhi jumlah maklumat yang dapat dikumpulkan
- masa yang diperuntukkan akan menentukan kualiti keputusan yang dibuat

• Pengalaman pengurus :
- sekiranya pengurus pernah menyelesaikan sesuatu masalah, maka dengan pengalaman yang
ada padanya, keputusan yang dibuat akan lebih baik

• Maklumat dan data yang diperolehi


- maklumat dan data yang mencukupi dan lengkap maka keputusan yang dibuat lebih sempurna

• Tekanan dari luar


- perubahan polisi kerajaan/peraturan kerajaan menyebabkan pengurus terpaksa berdepan dengan
tekanan untuk membuat keputusan

4.3 Alat-alat membuat keputusan

Alat kuantitatif
- keputusan dalam bentuk angka yang membolehkan analisis secara statistik dilakukan.
Contoh : pembuatan keputusan pembinaan kilang baru

1) statistik deskriptif
- min, median, mod, julat, sisihan piawai,varian

2) pokok keputusan
- bentuk grafik mengenai alternatif tindakan yang boleh diambil
- turutan kejadian akibat suatu tindakan dilukis untuk beri gambaran menyeluruh
tentang masalah yang wujud
- harus dilihat dari kanan ke kiri (aruhan ke belakang)
- terdapat cabang tindakan atau cabang kemungkinan/kebarangkalian
pengajianperniagaan semII

Alat kualitatif
- tidak melibatkan maklumat berangka tetapi cenderung berbentuk idea berdasarkan
pengalaman/budi bicara/gerak hati atau pengundian sahaja. Contoh : masalah kesalahan
pada tiket penerbangan

1) gambarajah tulang ikan (analisis sebab dan akibat)


- untuk kenalpasti punca yang menyebabkan masalah
- bahagian kanan dipanggil akibat
- lukis anak panah dari kiri ke kanan
- tulis sebab-sebab utama iaitu manusia/mesin/bahan/kaedah
- gunakan teknik sumbang saran untuk mendapatkan sub sebab bagi setiap kategori sebab
utama
- bincangkan kesahihan sebab-sebab berkenaan
- pertimbangkan sebab-sebab yang dikenalpasti dan susun mengikut prioriti
- pilih sebab yang betul-betul dapat menyelesaikan masalah dan laksanakan

Mesin
Bahan mentah
Hayat
Tidak cukup guna
pembekal
rosak
Keluaran tidak
berkualiti

Manual Kemahiran
rendah
Tradisional sikap

Kaedah Manusia
pengajianperniagaan semII

2) kreativiti dan inovasi


- kreativiti merujuk kepada penghasilan idea-idea baru
- inovasi merangkumi penghasilan idea baru, penerimaannya serta perlaksanaan idea
- proses kreatif melibatkan lima tahap :
i) persediaan
ii) konsentrasi
iii) inkubasi
iv) iluminasi
v) verifikasi

- rintangan kreativiti dan inovasi :


i) pembuat keputusan kurang yakin dan tidak sanggup menanggung risiko
ii) tatatertib dan peraturan organisasi yang menghadkan kebebasan berfikir
dan bertindak
iii) pembuat keputusan gagal melihat kekuatan yang ada pada diri dan
sekelilingnya
iv) sikap menganggap keputusan/penyelesaian semasa adalah cara terbaik dan
tidak ingin mengubah cara semasa
v) terlalu mengharapkan ganjaran berbentuk hadiah/pengiktirafan

Anda mungkin juga menyukai