Anda di halaman 1dari 45

Pengajian Perniagaan sem1/2018

BAB 3 PEMASARAN

Definisi dan Peranan Pemasaran

Definisi: Sistem aktiviti perniagaan yg dibentuk untuk merancang dan melaksanakan


produk, penentuan harga, promosi dan pengedaran produk untuk menggalakkan
pertukaran yg dapat memenuhi keperluan pengguna untuk mencapai objektif organisasi

Pengurusan pemasaran: aktiviti menganalisis, merancang, melaksana, mengawal program


yg direkabentuk untuk membina dan menyenggarakan hubungan pertukaran yg berfaedah
dgn matlamat untuk mencapai objektif

Gelagat Pengguna

Faktor-faktor yg mempengaruhi keputusan belian oleh pengguna

Faktor campuran
Faktor pemasaran:
demografi: -produk
-umur -harga
-pendidikan -tempat
-bangsa -promosi
-jantina

KONSUMER
Faktor Faktor luaran
dalaman (social):
(psikologi): -budaya
-motivasi -kelas social
-persepsi -kumpulan
-personaliti rujukan
-sikap -keluarga
Pengajian Perniagaan sem1/2018

i) Model gelagat pengguna

Faktor luaran Memproses Respon

Output
Input (respon/gelagat
(rangsangan) pengguna)
- produk Kotak hitam -pendapat dan
- harga (minda pembeli) sikap
- pengedaran - proses i) suka/tidak suka
- promosi keputusan ii) setuju/tidak
- ekonomi belian setuju
- teknologi -gelagat
- politik i) mencuba
- budaya ii) membeli/tidak
membeli
iii) mengulang
pembelian/ tidak lg
membeli
Pengajian Perniagaan sem1/2018

ii) Faktor yang mempengaruhi gelagat pengguna

iii) Jenis-jenis keputusan pembelian

- Kategori penyelesaian masalah

i) Penyelesaian masalah ekstensif


ii) Penyelesaian masalah terhad
iii) Penyelesaian masalah rutin

- Proses pembelian pengguna

i) Proses pembelian barangan pengguna


a. Proses keputusan pembelian oleh consumer

mengenal pasti keperluan mencari maklumat menilai alternatif

gelagat selepas belian membuat keputusan

ii) Proses pembelian barangan baru


iii) Proses pembelian barangan industri
Pengajian Perniagaan sem1/2018

mengenal pasti masalah/keperluan mencari maklumat/mengenal pasti alternatif

membuat belian menilai alternative

iv) Penyelidikan pemasaran

- Faktor memperolehi maklumat terkini:

a) Tekanan persaingan
b) Meluaskan pasaran
c) Kos pemasaran yang tinggi
d) Mendapat maklum balas daripada consumer

3.1.4 Pemetakan, penyasaran dan peletakan pasaran

i) Pemetakan pasaran

Asas-asas Dimensi Huraian Contoh


Pemetakan

Geografi Lokasi/tempat  Kawasan  Contoh – Siaran Radio


(Pemasar membahagikan  Negeri Televisyen Malaysia
pasar kepada segmen  Negara yang memancarkan
berdasarkan lokasi.)  Daerah programnya mengikut
 Dan lain-lain daerah tempatan
seperti Radio Kedah,
Radio P.Pinang, Radio
Ipoh, Radio 3 Ibukota
dan lain-lain.
Demografi Ciri-ciri penduduk  Umur  Kosmetik dipasarkan
 Jantina mengikut jantina, iaitu
 Bangsa/kaum terdapat kosmestik
 Saiz keluarga bagi kaum lelaki dan
 Pendidikan kosmestik bagi kaum
 Dan lain-lain wanita

Psikografi Ciri-ciri pengguna  Kelas sosial  Minyak wangi


Pengajian Perniagaan sem1/2018

 Personaliti Enchanteur yang


 Gaya hidup mempunyai haruman
 minat yang lembut adalah
ditujukan untuk wanita
berpersonaliti

Gelagat Ciri-ciri penggunaan/  Kekerapan  Kesetiaan kepada


Tindakbalas terhadap sesuatu penggunaan sesuatu jenama, yakin
produk  Volum penggunaan dan terus guna
 Guna atau tak guna
Faedah Kebaikan dan kepuasan  Menyempurnakan  Ubat gigi yang dapat
kehendak memutihkan gigi akan
 menyelesaikan dibeli oleh pengguna
masalah yang inginkan faedah
tersebut

ii) Penyasaran pasaran

- Kriteria untuk penyasaran:

a) Saiz dan pertumbuhan segmen

b) Potensi persaingan

c) Kesesuaian dengan objektif syarikat

- Pemilihan strategi sasaran pasaran:

a) Pemasaran tidak terbeza – strategi pemasaran massa, tawarkan produk kpd


semua segmen menggunakan campuran pemasaran (4p). Contoh: pepsi dan coke

b) Pemasaran tertumpu – memilih satu @ dua segmen yg boleh disasarkan dgn


campuran pemasaran (4p)

c) Pemasaran terbeza – beberapa segmen pasaran dan cuba mereka bentuk


tawaran atau produk yg berbeza bg setiap segmen. Contoh: Proton

Sasaran pasaran
Pengajian Perniagaan sem1/2018

 kumpulan pengguna yang mempunyai keperluan dan kehendak yang serupa,


 kumpulan pengguna yang mempunyai minat terhadap produk yang serupa
 pasaran yang ingin ditumpu perhatian oleh syarikat yang mengeluarkan sesuatu
produk

Strategi sasaran pasaran Huraian /contoh


Pasaran tak terbeza Minuman coca-cola yang sama dipasarkan kepada semua segmen
pasaran dengan menggunakan strategi pamasaran yang sama
Pasaran terbeza Mesin fotostat Canon dipasarkan kepada perniagaan bersaiz kecil,
manakala mesin fotostat Xerox dipasarkan kepada perniagaan
bersaiz besar
Pasaran tertumpu Pasaran tertumpu kepada demografi/geografi tertentu. Kereta
Mercedes hanya dipasarkan kepada golongan pengguna yang
berpendapatan tinggi

iii) Peletakan pasaran

 menonjolkan ciri-ciri produk sesuai dengan persepsi pengguna terhadap kehendak dan
keperluan mereka dan dapat membezakan produk dengan pesaing lain.

 dilakukan selepas aktiviti pemetakan pasaran.

3.1.5 Campuran pemasaran

i) Produk

- Definisi: Produk yang ditawarkan di pasaran yg mempunyai ciri-ciri yg menarik


perhatian, dapat dimiliki, digunakan dan mempunyai faedah psikologi serta faedah fizikal
yg boleh memuaskan kehendak pengguna

- Ciri –ciri produk:

i) Ketara- boleh dilihat (warna, saiz, berat serta harga)

ii) Tidak ketara – tidak boleh dilihat (kepuasan, perkhidmatan)

- 3 komponen utama tahap produk:

i) Produk teras – ciri- ciri yg diinginkn oleh pengguna

ii) Produk ketara – produk sebenar /ciri-ciri yg disediakan oleh pemasar/pengguna

iii) Produk sampingan – faedah2 tambahan. Contoh: jenama, layanan j/jual


Pengajian Perniagaan sem1/2018

- Klasifikasi produk:

i) Produk konsumer/ pengguna akhir

ii) Produk perniagaan/produk perindustrian

- Klasifikasi produk consumer/ pengguna akhir

i) Produk konsumer/ pengguna akhir –

a) Barangan mudah beli

- Barangan asas ( tepung, minyak, gula, beras)

- Barangan kecemasan ( payung ketika hujan, panadol)

- Barangan gerak hati ( baju kerana tawaran jualan murah)

b) Barangan beli belah – barangan yang jarang dibeli (perabot, kereta )

c) Barangan istemewa – barang2 yg mempunyai ciri2 yg unik ( mahal)

d) Barangan tidak dicari – barangan @ perkhidmatan yg tidak diketahui

( insurans)

- Elemen dan keputusan tentang campuran produk

i) Lini produk – barisan produk yg ditawarkn kpd pengguna

ii) Campuran produk:

a) Kelebaran campuran produk


b) Kedalaman/ kepanjangan campuran
c) Ketekalan produk

 Maksud Kelebaran campuran produk


- merujuk kepada bilangan barisan/lini produk yang
ditawarkan kepada pengguna.

Contoh: Pasaraya Tesco menawarkan produk pakaian, susu.mi segera,sos dan lain-
lain.
 Maksud Kedalaman campuran produk
- merujuk kepada bilangan item produk yang terdapat dalam 1 barisan produk.
Pengajian Perniagaan sem1/2018

Contoh: Nestle menawarkan produk tenusu seperti susu pelbagai perasa, vanila,
strawberi, coklat, dan lain-lain.

Ketekalan – konsisten/fungsi yg sama

Kitaran hayat produk

Jualan dan untung

(RM)

i ii iii iv
ks
ud
K
el
eb
ar
an
ca
m
pu
ra
 n
pr
i – peringkat
od pengenalan
uk

K
e
l
e
b
Pengajian Perniagaan sem1/2018

ii- peringkat pertumbuhan

iii – peringkat kematangan

iv – peringkat kemerosotan

ii) Pengedaran

- Saluran agihan- pemindahan barangan dari pusat pengeluaran kepada consumer di


lokasi dan masa yang dikehendaki

- Fungsi2 saluran pengedaran:

a) Pengedaran

b) Penentuan harga

c) Perancangan produk

d) Perkhidmatan pelanggan

e) Promosi

f) Pembelian

g) Penyelidikan pemasaran

- Tingkah laku saluran agihan:

a) Konflik mendatar

b) Konflik menegak

- Reka bentuk saluran agihan

a) Saluran agihan berdimensi menegak

i) Saluran terus/langsung

ii) Saluran tidak langsung

b) Saluran agihan berdimensi mendatar

i) Pengedaran intensif
Pengajian Perniagaan sem1/2018

ii) Pengedaran selektif

iii) Pengedaran ekslusif

- Pengurusan saluran agihan:

a) Memilih ahli saluran

b) Motivasi ahli saluran

c) Menilai ahli saluran

- Pengurusan logistic dan agihan fizikal:

-Logistik- aktiviti-aktiviti yg berkaitan dgn pengaliran atau pemindahan bahan


mentah dr tempat pengeluaran ke tempat pemprosesan

- Sistem logistic:

a) Pengangkutan

b) Pergudangan

c) Kawalan inventori

d) Pengendalian bahan

e) Pemprosesan pesanan

f) Pengangkutan

Peruncitan

Aktiviti jualan atau sewaan barangan consumer dan perkhidmatan secara terus atau
langsung kepada consumer untuk kegunaan peribadi

- Klasifikasi peruncit:

i) Peruncit khidmat penuh

ii) Peruncitan berkedai

- Kedai istemewa
Pengajian Perniagaan sem1/2018

- Kedai berjabatan

- Pasar raya

- Kedai mudah beli

- Superstore

- Hypermarket

iii) Peruncitan tanpa kedai:

- Pemasaran langsung

- Jualan langsung

- Pemasaran secara elektronik

- Peruncitan secara automatic

Pemborong

- Pemborong saudagar – perniagaan persendirian yang menjual produk


kpd pembeli organisasi

- 2 jenis:

i) Pemborong khidmat penuh

ii) Pemborong khidmat terhad

Agen dan broker


Pengajian Perniagaan sem1/2018

- Agen dan broker - Orang tengah yang membantu dan menemukan pembeli dan
penjual dalam urus niaga

- Agen pengeluar- perniagaan persendirian yang menjual berdasarkan kepada


komisen untuk beberapa pengeluar yg berkaitan atau produk yg tidak berasingan

- Broker – agen yg menemukan pembeli dan penjual untuk satu tempoh sementara
dan dibayar komisen untuk perkhidmatan yg dilakukan

iii) Penentuan harga

- Faktor dalaman:

i) Objektif pemasaran

ii) Strategi campuran pemasaran

iii) Kos

iv) Pertimbangan organisasi

- Faktor luaran:

i) Pasaran dan permintaan

ii) Persaingan

iii) Persekitaran

- Penentuan harga umum:

i) Penentuan harga berdasarkan kos

a) Kos seunit = kos berubah + ( kos tetap/ jumlah jualan)

b) Harga tokokan = kos seunit / ( 1- pulangan yang diinginkan ke

atas jualan)

c) Titik pulang modal = kos tetap/ (harga – kos berubah)

ii) Penentuan harga berdasarkan nilai

iii) Penentuan harga berdasarkan pesaing


Pengajian Perniagaan sem1/2018

- Penentuan harga produk baru

i) Harga penarahan pasaran


ii) Harga penembusan pemasaran

- Strategi penentuan harga campuran produk

i) Penentuan harga barisan produk


ii) Penentuan harga produk opsyenal
iii) Penentuan harga produk tawanan
iv) Penentuan harga produk sampingan
v) Penentuan harga pakej atau product bundle

- Strategi penyelarasan harga

i) Penentuan potongan harga, diskaun dan elaun


ii) Harga psikologi
iii) Penentuan harga promosi
iv) Penentuan harga geografi

- Perubahan harga

i) Membuat potongan harga


ii) Menaikkan harga

iv) Promosi

- Promosi- proses mempengaruhi seseorang dengan berkongsi idea, maklumat,


perasaan
- Elemen2 dlm campuran promosi:

i) Pengiklanan
ii) Perhubungan awam
iii) Pemasaran langsung
iv) Jualan peribadi
v) Promosi jualan

- Tujuan promosi:

i) Untuk mendapatkan perhatian pengguna


ii) Untuk mengajar pengguna
iii) Untuk memujuk pengguna
iv) Untuk menyakinkan pengguna
v) Untuk menyedarkan pengguna
Pengajian Perniagaan sem1/2018

vi) Untuk mengingatkan pengguna

- Langkah2 dlm mengembangkan komunikasi yg berkesan:

i) Mengenal pasti sasaran audiens


ii) Menentukan objektif komunikasi
iii) Mereka bentuk mesej
iv) Memilih media
v) Mendapatkan maklum balas

- Penetapan belanjawan promosi;

i) Kaedah mengikut kemampuan


ii) Kaedah peratusan jualan
iii) Kaedah bersaing
iv) Kaedah objektif dan tugas

- Campuran promosi;

i) Jualan peribadi
ii) Promosi jualan
iii) Pengiklanan
iv) Perhubungan awam
Pengajian Perniagaan sem1/2018

BAB 2: PENGELUARAN
2.1 Definisi dan peranan

Definisi : proses mengubah input kepada output melalui proses transformasi atau proses
tambah nilai.

Pengurusan pengeluaran : proses melibatkan perancangan , pengorganisasian,


kepimpinan dan pengawalan segala aktiviti berkaitan proses transformasi input( sumber –
bahan mentah, buruh,mesin) kepada output ( barangan atau perkhidmatan) yang lebih
bernilai yang boleh memuaskan kehendak dan keperluan pengguna.

Kepentingan pengurusan pengeluaran

1. memastikan produk yang dikeluarkan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan.


2. memastikan kos pengeluaran dikawal dengan baik agar tidak menjejaskan
keuntungan syarikat.
3. pengeluaran dilakukan dengan cekap, tanpa pembaziran sumber.
4. pengeluaran dilakukan dengan bijak untuk memastikan peningkatan produktiviti.
5. memastikan proses pengeluaran berjalan mengikut jadual yang ditetapkan.

Cabaran yang dihadapi oleh pengurus-pengurus pengeluaran

1. persaingan yang sengit


-pelbagai produk dari pelbagai negara terutamanya yang menikmati kos buruh yang
lebih rendah menyebabkan lebih banyak produk memasuki pasaran dengan harga
yang lebih murah.

2. globalisasi
-ketahanan sesebuah organisasi banyak bergantung kepada amalan pengurusan
pengeluaran, kekukuhan sumber kewangan dan modal. Banyak syarikat antarabangsa
boleh berkembang ke seluruh dunia kerana mengamalkan ekonomi bidangan yang
boleh menjimatkan kos seunit pengeluaran.

3. citarasa pengguna yang pelbagai


- perlu mengeluarkan pelbagai jenis produk bagi menghadapi citarasa pengguna yang
pelbagai.

4. perkhidmatan tambahan
- menawarkan perkhidmatan tambahan seperti pembungkusan, penghantaran yang
cepat dan selamat tanpa kos tambahan akan menambah nilai sesuatu produk
berbanding produk pesaing.
Pengajian Perniagaan sem1/2018

5. peningkatan kualiti secara berterusan


- pengguna semakin mementingkan kualiti , oleh itu kualiti perlu ditingkatkan
secara berterusan bagi menjamin kesetiaan pengguna terhadap sesuatu produk.

6. sistem pengeluaran yang fleksibel.


- rekabentuk produk, campuran produk dan teknologi sentiasa berubah,
memerlukan sistem pengeluaran yang fleksibel agar perubahan yang berlaku
boleh disesuaikan dengan kaedah pengeluaran yang diamalkan.

7. perubahan teknologi
- penggunaan teknologi terkini yang boleh mempercepatkan proses pengeluaran
seperti penggunaan robot, komputer dan jentera dalam pengeluaran perlu diterima
oleh organisasi bagi memastikan mampu bersaing dengan organisasi yang lain.

8. isu alam sekitar


- memastikan proses pengeluaran tidak mencemarkan alam sekitar , di samping
organisasi menyumbang kepada penjagaan alam sekitar seperti proses kitar
semula.

2.2 Proses pengeluaran

Sistem pengeluaran
-Berbagai-bagai bahagian yang saling berkaitan dan bergantungan dalam menjalankan
operasi sesebuah organisasi.

Subsistem pengeluaran
-sistem yang lebih kecil atau khusus dalam system yang besar atau luas.

2.3 Perancangan Pengeluaran

1. lokasi kilang

i.objektif
-memperluas kemudahan sedia ada.
Pengajian Perniagaan sem1/2018

-mengadakan kemudahan di lokasi baru dan pada masa yang sama mengekalkan
kemudahan di lokasi sedia ada.
-pindah ke lokasi baru.

ii.faktor-faktor yang perlu diambilkira dalam penentuan lokasi

a) Ciri-ciri sosial
- pendapatan penduduk, budaya dan kualiti hidup seperti kadar upah, keperluan latihan,
produktiviti pekerja, taraf kesihatan, produktiviti, kesatuan sekerja dll.

b) bekalan tenaga buruh


-kemudahan dapatkan tenaga buruh pada kos yang berpatutan.

c) sistem pengangkutan dan logistik


-mudah berhubung dengan pasaran dan kemudahan penghantaran bahan mentah. Ini akan
menjimatkan kos dan mengurangkan kos menyimpan inventori.

d)pengguna dan pasaran


-kedudukan yang berhampiran dengan pengguna akan meningkatkan permintaan terhadap
produk.

e) jarak lokasi dengan tempat kemudahan


- jarak lokasi dengan kemudahan seperti institusi kewangan, pembekal, pemasar
memudahkan urusan pembayaran dan penerimaan wang, bekalan dan pemasaran produk.

f) politik dan sosiobudaya setempat


-politik dalaman yang stabil membolehkan perniagaan berjalan dengan aman, tiada
gangguan dan perubahan yang kerap terhadap peraturan dan undang-undang berkaitan
perniagaan.

g) iklim dan kos utiliti


-iklim yang sesuai dan bebas dari bencana seperti banjir, gempa bumi membolehkan
pengeluaran berjalan dengan lancar. Kos utiliti seperti tarif air, elektrik dan gas yang
berpatutan mengurangkan kos pengeluaran.

h) peraturan dan kawalan undang-undang


-pengenaan cukai yang tidak membebankan, perlindungan tariff, perlindungan hak milik
mempengaruhi pengeluar memilih lokasi untuk mengembangkan operasi perniagaan.

i) saiz dan kos tanah


Pengajian Perniagaan sem1/2018

-kos tanah yang terlalu tinggi membuatkan pemilik perniagaan mem buat keputusan
membeli atau menyewa sesuatu lokasi. Lokasi perniagaan yang strategic dan menjadi
tumpuan ramai mempunyai kos tanah yang tinggi.

2. susun atur kemudahan kilang


-melibatkan penyusunan terhadap mesin, jentera , stesen kerja , tempat penyimpanan,
kedudukan tempat dan lorong dalam sesebuah lokasi pengeluaran.

i. objektif
a) meminimumkan kos pengendalian – dari segi pergerakan bahan, jentera , mesin dan
buruh.
b) penggunaan ruang secara efisyen dan ekonomik.
c) mengelakkan pembaziran tenaga buruh- memastikan penggunaan tenaga buruh selaras
dengan pengendalian susun atur.
d) mengelakkan kesesakan dan ruang yang sempit yang menyukarkan operasi
pengeluaran.
e) memudahkan interaksi dan komunikasi – antara pekerja dengan majikan dan pekerja
dengan pekerja.

ii.jenis susun atur

i. susun atur tetap

-produk akan diletakkan di satu tempat atau kedudukan yang telah ditetapkan.
-pekerja, bahan mentah,mesin , jentera akan dibawa ke lokasi produk.
-sesuai bagi produk yang mudah rosak, mudah pecah, pukal atau terlalu berat
untuk dialihkan.
-contoh; pembinaan jambatan,empangan, rumah, kapal terbang dan kapal.
-kos berubah adalah tinggi, manakala kos tetap agak rendah.

ii. susun atur proses

- pengumpulan manusia dan alatan yang sama fungsinya dalam satu tempat atau
jabatan.
- Dikenali susun atur fungsian atau ‘jobshop’.
- Peralatan dan mesin boleh dikongsi guna , lebih fleksibel dari aspek alatan dan
manusia.
- Kos pengeluaran lebih rendah kerana peralatan dan mesin boleh dikongsi oleh
sekumpulan tenaga buruh untuk sempurnakan kerja tertentu.
- Masa perlaksanaan yang panjang,penyediaan (set-up) yang kerap, dan inventori
kerja dalam proses yang banyak.
- Contoh; hospital, pejabat pos, bengkel kereta, pasaraya.

iii. susun atur produk


Pengajian Perniagaan sem1/2018

- penyusunan stesen-stesen kerja atau jabatan –jabatan dalam satu barisan .


- stesen kerja disusun mengikut urutan proses pengeluaran bagi memastikan
operasi pengeluaran berjalan dengan lancar dan sistematik.
- biasanya satu jenis mesin atau jentera akan digunakan secara khusus untuk
mengeluarkan sesuatu produk dalam kilang.
-sesuai bagi kilang yang menghasilkan satu jenis produk sahaja secara berulangan
berdasarkan satu piawai yang telah ditetapkan.
-aliran bahan bentuk lini, penyediaan yang tidak kerap,masa kitaran pendek,
inventori kerja dalam proses yang sedikit.
-susun atur mudah difahami, perlaksanaan lebih mudah, kurang pengendalian
bahan.
- susun atur produk boleh berbentuk S, L, U atau O.
- contoh ; pemasangan kereta, produk elektronik, kafeteria.

3.2.4 Jenis-jenis pengeluaran

1.mengikut tempahan

- penghasilan produk yang unik dalam kuantiti yang kecil apabila ada tempahan
dari pelanggan.
- melibatkan penggunaan tenaga pakar yang memiliki kepakaran dalam bidang
berkenaan.
- contoh ; pembinaan bangunan, tempahan pakaian.

2.secara massa

- pengeluaran secara berterusan, melibatkan operasi 24 jam.


- aktiviti berjalan secara automatik kerana melibatkan penggunaan jentera yang
dikawal oleh komputer.
- biasanya digunakan untuk menghasilkan barangan keperluan harian yang
dikeluarkan secara besar-besaran.
-contoh ; pengeluaran minyak masak, gula, sabun basuh.

3.secara berkelompok

- penghasilan beberapa jenis barang yang mempunyai fungsi yang sama.


- Penghasilan satu kelompok diikuti dengan satu kelompok yang lain.
- Kemudahan dan tenaga kerja yang ada disusun bagi mengeluarkan barangan yang
berbeza.
- Contoh; pemasangan komponen barangan elektronik , pencetakan buku, kedai kek.
Pengajian Perniagaan sem1/2018

3.2.5 Kawalan Kualiti

1. Definisi
- proses pemeriksaan produk yang dihasilkan bagi memastikan produk menepati standard
atau piawai yang telah ditetapkan.

Kepentingan
-mengurangkan kos pengeluaran.
- mengelakkan liabiliti produk terhadap pengguna.
- meningkatkan keyakinan dan kepuasan pelanggan.
-membentuk imej perniagaan yang baik.

2. objektif
- menghasilkan produk berkualiti tinggi dan dapat memuaskan kehendak dan keperluan
pengguna.
- mengelakkan kecacatan pada produk.
- mengelakkan kesilapan semasa proses pengeluaran.
-mengurangkan kos dan perbelanjaan organisasi.
- meningkatkan daya saing perniagaan.

3.alat kawalan kualiti

kawalan proses secara statistic (SPC)

-proses pengawalan kualiti berdasarkan kaedah statistic yang dijalankan sepanjang


sesuatu aktiviti pengeluaran.
- sampel akan diambil secara rawak daripada keseluruhan produk bagi memastikan
kualitinya.
- carta kawalan akan dibentuk secara grafik . Ia mempunyai garisan tengah ,had kawalan
atas dan had kawalan bawah.

pemeriksaan
a) pemeriksaan menyeluruh
- pengawalan kualiti terhadap semua produk yang dikeluarkan.
- setiap produk melalui proses pemeriksaan.
-sesuai untuk produk yang dihasilkan dalam kuantiti yang kecil.
- tidak sesuai untuk pengeluaran secara besar-besaran kerana masa yang panjang,
penggunaan sumber yang banyak.

b) pelan persampelan
-beberapa sampel produk diambil secara rawak bagi mewakili satu kumpulan atau
satu lot produk.
- sekiranya sampel yang diperiksa mematuhi piawai yang ditetapkan, lot produk
tersebut akan diterima.
- jika didapati sampel mempunyai kecacatan , lot produk akan ditolak.
Pengajian Perniagaan sem1/2018

3.2.6 Kawalan Inventori

1. definisi
Inventori – bahan mentah , barang separa siap atau barang siap yang disimpan untuk
kegunaan pada masa hadapan.
Kawalan inventori –

2. objektif

a) memastikan stok berada pada tahap optimum.


b) memastikan aktiviti pengeluaran dijalankan secara berterusan.
c) memenuhi keperluan pasaran apabila diperlukan.
d) mengelakkan risiko kerosakan dan kecurian inventori.
e) meminimumkan kos pemegangan inventori.

3. pengurusan inventori

Analisis ABC
- satu kaedah mengkelas tahap kepentingan inventori dalam sesebuah perniagaan.
- item dikelaskan kepada tiga iaitu kelas A, B dan C.
- item kelas A, 70% - 80% penggunaan daripada jumlah ringgit penggunaan.
- item kelas B, 15% - 25% penggunaan.
- item kelas C, 5% jumlah ringgit penggunaan.

Peratus nilai ringgit


penggunaan
80

Kelas
A

15
Kelas B Peratus jenis item
Kelas C inventori
0
50 100
Pengajian Perniagaan sem1/2018

b) EOQ (Economic Order Quantity)


- kuantiti pesanan ekonomi- menentukan kuantiti pesanan optimum yang
meminimumkan jumlah kos berubah mengikut saiz pesanan apabila permintaan dapat
diramalkan.
- andaian – andaian dalam EOQ;
i. kadar permintaan diketahui dan konsisten.
ii. item diterima sekaligus.
iii. keputusan item tidak bergantung antara satu sama lain.
iv. masa menunggu diketahui dengan pasti dan bersifat malar.
v. hanya dua kos terlibat, kos pesanan dan kos pegangan.

Kos inventori
Kos tahunan (rm) tahunan Kos
pegangan

Kos
pesanan

Saiz lot (Q)

EOQ

EOQ = Q = √2DS
√h
Pengajian Perniagaan sem1/2018

c) JIT (Just In Time)

- system tepat pada masa, dikenali sebagai system inventori sifar, atau kanban.
- Ia mengkehendaki pembekal menghantar bekalan kepada pelanggan tepat pada
masanya dengan saiz inventori seberapa minimum yang mungkin dan barang
yang dikeluarkan diedarkan terus ke pasaran.

Kebaikan JIT
i. mengurangkan kos penyimpanan inventori.
ii. Mengelakkan pembaziran masa, tenaga dan kos.
iii. Meningkatkan kecekapan pengeluaran.
iv. Membolehkan keluaran dihasilkan tepat pada waktu.

Ciri penting JIT


i. pengeluar mempunyai hubungan yang rapat dengan pembekal.
ii. Masa penyediaan yang pendek.
iii. Pengekalan kualiti tinggi yang berterusan
iv. Pengekalan saiz lot yang kecil.
v. Keseragaman stesen kerja.
vi. Penggunaan komponen dan kaedah kerja yang sama.
vii. Masa bekerja fleksibel.
viii. Penyenggaraan peralatan yang baik.
ix. Mengamalkan sistem penarikan.

3.2.7 Penyenggaraan peralatan

1. definisi
- aktiviti pembaikpulihan yang dijalankan bagi memastikan semua peralatan yang
digunakan dalam aktiviti pengeluaran mereka berada dalam keadaan baik dan
sempurna.

2. objektif
a) memastikan mesin dan jentera berada dalam keadaan baik dan selamat digunakan.
b) Meminimumkan kerosakan terhadap mesin dan jentera semasa operasi
pengeluaran.
c) Memaksimumkan pengeluaran seperti perancangan.
d) Membaiki kerosakan mesin dan jentera yang rosak supaya tidak mengganggu
operasi pengeluaran.
e) Meminimumkan kos dan risiko kerosakan.
Pengajian Perniagaan sem1/2018

3. kaedah penyenggaraan
-aktiviti pembaikpulihan yang dijalankan bagi memastikan semua peralatan yang
digunakan dalam pengeluaran berada dalam keadaan baik dan sempurna.

- terdapat dua bentuk penyenggaraan;


i. penyenggaraan pencegahan
langkah berjaga-jaga dan pemeriksaan berkala yang dijalankan sebelum
sesuatu kerosakan berlaku.
ii. penyenggaraan kerosakan
tindakan pembetulan segera yang diambil bagi membaiki kerosakan yang
telah berlaku.
Objektif penyenggaraan

i. meminimumkan kerosakan.
ii. Membaiki kerosakan.
iii. Memaksimumkan pengeluaran.
iv. Mengurangkan kos dan risiko kerosakan.

Kaedah penyenggaraan

i. kaedah simulasi
- cuba mensimulasi atau ‘menduplikasi’ dengan menggunakan model tertentu
sebagai sumber penyenggaraan.
- Simulasi kerap menggunakan menggunakan bantuan komputer untuk menilai
keseluruhan sistem pengeluaran tanpa mengganggu operasi sistem pengeluaran
sebenar.

ii. sistem pakar


- penggunaan logik pengaturcaraan komputer membantu mengesan dan memperbaiki
pelbagai jenis kerosakan pada mesin dan peralatan.

3.2.8 Konsep pengurusan pengeluaran moden

1. Pengurusan kualiti menyeluruh (TQM)

Definisi
- satu proses pengurusan kualiti yang berasaskan falsafah kualiti berorientasikan
pelanggan, penambahbaikan secara berterusan , penglibatan semua orang , setiap
bahagian dan proses dalam organisasi serta penyelesaian masalah secara
berpasukan.
Pengajian Perniagaan sem1/2018

Objektif
i. meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem operasi
ii. meningkatkan kepuasan dan kehendak pelanggan.

Prinsip-prinsip

i. Merangkumi keseluruhan organisasi, produk, perkhidmatan dan seluruh


pengurusan organisasi(sumber manusia).
ii Merupakan satu proses tanpa titik tamat, menekankan penambahbaikan
berterusan.
iii. Melibatkan seluruh organisasi dari peringkat atasan sehingga bawahan.
iv. Tumpuan memuaskan kehendak pelanggan.
v. Pendekatan kerja berpasukan
vi. Sokongan pihak atasan sangat penting.
vii. Berkaitan dengan pencegahan.

Kebaikan
i. menghasilkan produk yang berkualiti pada kos yang rendah.
ii. Memenuhi kehendak dan keperluan pengguna.
iii. Meningkatkan daya saing organisasi
iv. Mengurangkan pembaziran.
v. Pengurusan komunikasi berkesan.
vi. Mengelakkan kesilapan/kecacatan dalam pengeluaran.

2. ISO 9000 (International Organisation for Standardisation)

Maksud ISO 9000


- satu standard/piawai yang didokumentasikan yang menekankan elemen asas yang
perlu ada dalam system pengurusan kualiti dan perlu dipatuhi.
- ia tidak menggambarkan standard produk yang dihasilkan dan menekankan aspek
pencegahan, bukan membaiki kesilapan.

Cara-cara untuk mendapat ISO 9000


i. membina komitmen pengurusan atasan.
ii. Mengenalpasti proses utama yang terlibat dalam pelaksanaan ISO
9000.
iii. Memberi latihan kemahiran kepada pasukan pelaksana.
iv. Melakukan analisis varians.
v. Menyediakan dokumen.
vi. Melatih pegawai dan staf untuk melaksanakan prosedur yang telah
didokumentasikan.
vii. Melaksanakan ISO 9000.
viii. Pengiktirafan dan pensijilan.
Pengajian Perniagaan sem1/2018

3. Merekayasa (reengineering)

Definisi
-mereka bentuk semula proses-proses teras yang kritikal, sistem, polisi atau
struktur organisasi secara radikal untuk mencapai kemajuan besar dalam
perniagaan.

Objektif
i. kemajuan dan kejayaan besar dalam organisasi yang boleh meningkatkan
daya saing.
ii. Mereka bentuk produk yang mampu bersaing bagi membolehkan
organisasi kekal di pasaran.
iii. Mengenalpasti kaedah yang lebih berkesan yang meningkatkan kecekapan
dan keberkesanan.
iv. Memfokuskan pada proses perniagaan yang penting supaya menghasilkan
produk yang lebih kreatif dan inovatif.

Kebaikan
i. menghasilkan produk yang berkualiti pada kos yang lebih rendah.
ii. Menguruskan aktiviti yang dapat membantu mengurangkan kos operasi
dan pengendalian organisasi.
iii. Menikmati keuntungan besar dalam jangka panjang.

4. Rekabentuk Bantuan Komputer/pembuatan Bantuan Komputer


(Computer aided design/computer aided manufacturing)/[CAD /CAM]

Definisi
CAD – system perisian yang menggunakan ilustrasi grafik computer untuk
menghasilkan rekabentuk baru atau melakukan pengubahsuaian terhadap sesuatu
proses pengeluaran.

CAM – menggunakan automasi yang boleh diprogramkan dengan bantuan


komputer dalam proses pembuatan sesuatu produk.

Objektif
i. Menjimatkan masa pengurusan pengeluaran.
ii. Memastikan aktiviti pengeluaran dijalankan mengikut jadual.
iii. Memudahkan proses pemeriksaan dan pemantauan.
iv. Memudahkan pengubahsuaian terhadap rekabentuk proses pengeluaran
dan produk.
v. Mengawal kualiti proses dan produk semasa transformasi.
Pengajian Perniagaan sem1/2018

Kebaikan
i. mengurangkan masa menunggu (‘lead time’) dalam perkenalkan produk
baru.
ii. Aktiviti penyemakan dan pengubahsuaian rekabentuk dijalankan dengan
lebih cepat.
iii. Memudahkan menghasil rekabentuk baru.
iv. Mempercepat proses pemasaran produk dalam pasaran.
v. Sebarang kekurangan dan kelemahan pada dapat dikenalpasti dan diatasi
dengan segera.
vi. Meningkatkan produktiviti.
vii. Mempercepat tindak balas organisasi terhadap perubahan dalam pasaran.

5. Pembuatan luwes
Satu sistem pengeluaran yang boleh mengeluarkan pelbagai produk dengan cepat
Kebaikan

i. Tidak memerlukan ramai pekerja maka dapat mengurangkan kos buruh


ii. Masa penyediaan yang pendek maka mengurangkan kos penyediaan dan
memungkinkan campuran produk dilakukan
iii. Kerja-kerja penjadualan dan jalan laluan bahan dikendalikan oleh komputer
iv. Dapat meningkatkan penggunaan mesin-mesin
v. Output dengan kualiti yang lebih konsisten dapat dihasilkan
Pengajian Perniagaan sem1/2018

BAB 4: KEWANGAN
Definisi dan peranan

DEFINISI

PERANAN PENGURUS KEWANGAN

PENYATA KEWANGAN

PENYATA PENDAPATAN
Pengajian Perniagaan sem1/2018

KUNCI KIRA-KIRA

PENYATA ALIRAN DANA

OBJEKTIF KEWANGAN
memaksimumkan keuntungan syarikat
- syarikat menggunakan sumber yang ada dalam syarikat untuk meningkatkan

Memaksimumkan kekayaan pemegang saham syarikat


- meningkatkan perolehan per saham yang dibuat oleh

SUMBER DANA

Pembiayaan ekuiti
Pengajian Perniagaan sem1/2018

Pembiayaan hutang
Pembiayaan hutang jangka panjang

Pembiayaan hutang jangka pendek


Pengajian Perniagaan sem1/2018

amaun terhutang
akan dijelaskan.
- pemfaktoran – kemudahan pembelian akaun penghutang oleh syarikat
pemfaktor daripada syarikat yang memberi kemudahan kredit kepada
pelanggan mereka.

3.3.2 Penggunaan Dana


- untuk membiayai keperluan modal kerja, aset tetap.
- pelaburan jangka panjang

3.3.3 Perancangan Kewangan (belanjawan)


Belanjawan Tunai
- suatu perancangan kewangan yang menganggarkan penerimaan tunai dan
pembayaran tunai bagi beberapa tempoh yang telah ditetapkan.
- pengurus boleh membuat perancangan untuk mendapatkan pembiayaan
tambahan.

Belanjawan Modal
- perancangan pelaburan ke atas / suatu projek jangka panjang.

3.3.4 Insurans
Definisi – suatu kontrak ganti rugi antara si diinsurans dan penginsurans.
Pengajian Perniagaan sem1/2018

Peranan insurans
- memberi perlindungan kepada peniaga daripada risiko kecurian, pecah
amanah, tuntutan pihak ketiga.
- memberi sumbangan kepada negara sebagai penyumbang dana untuk
memajukan sektor-sektor ekonomi.
- memberi perlindungan kepada individu dan keluarga.

Prinsip insurans

Prinsip kepentingan boleh diinsuranskan


- sidiinsurans mesti mempunyai kepentingan ke atas harta/ nyawa yang
diinsuranskan.

Prinsip penuh percaya


- merujuk sikap jujur antara sidiinsurans dan penginsurans.
- si diinsurans mesti memberi maklumat yang benar dan penginsurans perlu
menyatakan syarat-syarat perlindungan.

Prinsip ganti rugi


- menegaskan bahawa tujuan ganti rugi dibayar kepada si diinsurans yang
mengalami kerugian adalah untuk memulihkan kedudukan kepada keadaan
asal.

Prinsip doktrin punca terdekat


- ganti rugi akan dibayar apabila berlaku kemalangan akibat risiko yang
diinsuranskan.

Jenis-jenis insurans
- insurans kemalangan
- insurans kebakaran
- insurans perkapalan/penerbangan

3.4 PENGURUSAN SUMBER MANUSIA (PSM)

3.4.1 Definisi, Fungsi & Cabaran

Definisi:

- fungsi yang dilaksanakan oleh organisasi


- membantu memudahkan penggunaan sumber manusia secara efektif
- untuk capai matlamat organisasi dan individu
- berkait dengan falsafah, polisi, program yang mempengaruhi pekerja
Pengajian Perniagaan sem1/2018

Fungsi Jabatan Sumber Manusia :

Perancangan SM

Pengambilan Tenaga Kerja

Latihan & Pembangunan

Penilaian Prestasi

Faedah/Ganjaran

Penyenggaraan Pekerja

Perhubungan Industri

Cabaran

1. Perubahan teknologi
2. Peningkatan peranan wanita dalam sektor pekerjaan
3. Globalisasi
4. Migrasi buruh
5. Faktor ekonomi/politik/perundangan
6. Kemahiran pekerja
7. Kepelbagaian tenaga kerja
8. Pengstrukturan semula organisasi

3.4.2 Perancangan Sumber Manusia

Proses menilai keperluan sumber manusia berdasarkan matlamat organisasi


bagi pastikan organisasi memiliki kumpulan tenaga kerja yang cekap dan berkemahiran

Proses Perancangan Sumber Manusia

Imbasan persekitaran

Unjuran permintaan buruh

Unjuran Penawaran Buruh


Pengajian Perniagaan sem1/2018

Analisis Jurang/Lompang

Pelaksanaan

Penilaian & Kawalan

3.4.3 Pengambilan Sumber Manusia

Analisis Kerja

Teknik untuk mengumpul maklumat kerja secara sistematik


- berkaitan tugas, tanggungjawab dan keperluan kemahiran/pengalaman
- yang perlu ada untuk melakukan kerja dengan baik
- terbahagi kepada huraian kerja dan spesifikasi kerja
- huraian kerja memberi maklumat seperti:
• senarai tugas/tanggungjawab
• kewajipan/kepada siapa laporan perlu dibuat
• Kontek kerja: keadaan tempat kerja/jadual kerja
• Aktiviti tugas/cara bekerja
• Tahap prestasi yang dikehendaki
- spesifikasi kerja mengandungi maklumat seperti:
• penerangan bertulis tentang pengetahuan/kemahiran/keupayaan/sifat
• kelayakan minimum seperti tahap pendidikan/pengalaman/sifat
• personaliti/keupayaan fizikal

Pengrekrutan/Sumber Tenaga Manusia

Maksud pengrekrutan

 menarik minat calon yang berkelayakan utk memohon jawatan kosong

(1) Mengenalpasti keperluan jawatan


 huraian kerja
- jawatan, tanggungjawab/bidang tugas, terma(sementara/tetap)

 spesifikasi kerja.
- kelayakan dan pengalaman
Pengajian Perniagaan sem1/2018

(2) Mengenalpasti sumber pengrekrutan calon

(a) Sumber dalaman


- Sumber dalaman merujuk kepada pekerja-pekerja yang sedia ada dalam syarikat
- memilih calon yang ada dalam simpanan data mengenai para pekerja yang wujud dalam
sesebuah organisasi

(b) Sumber luaran


 Sumber calon adalah daripada luar organisasi
Sumber luaran diperoleh daripada
- calon fresh – kolej / sekolah / institusi latihan
- kakitangan syarikat lain
- calon bekerja sendiri
- calon yang wujud dalam pasaran / sedang mencari pekerjaan
 terdiri daripada pekerja di luar organisasi/organisasi lain
 pelajar-pelajar IPT yang telah lulus/praktikal

(3) Mengenal pasti kaedah pengrekrutan

Kaedah pengrekrutan dalaman


 Inventori kemahiran tenaga kerja
mengandungi maklumat-maklumat terkini para pekerja seperti latar belakang, pengalaman,
kemahiran, dan sebagainya
 pemilihan berdasarkan kenaikan pangkat/pindahan jawatan
melihat kesesuaian pekerja yang ada dengan jawatan

 Pengiklanan dalaman
- calon digalakkan memohon
- penyebaran maklumat mengenai jawatan di dalam organisasi melalui pelbagai cara

Kaedah Pengrekrutan luaran


 kaedah dapatkan sumber luaran:
• pengiklanan – di surat khabar/televisyen/radio/jurnal dll.
• rujukan - kepada agensi pekerjaan/Jabatan Tenaga Buruh
• pertemuan/kerjasama - dengan persatuan profesional atau universiti bagi
kenalpasti calon yang boleh dihubungi
• pengrekrutan – pelajar yang sedang menjalani latihan praktikal di organisasi
• permohonan langsung – oleh calon yang berminat
• perhubungan – dengan agensi pekerja sementara
Pengajian Perniagaan sem1/2018

Kebaikan dan kelemahan sumber dalaman:

Kebaikan Kelemahan
• pekerja dikenali – prestasi boleh dijangka • tiada calon yang benar-benar layak
• kos orientasi dan latihan boleh • pengisian jawatan baru akan
dikurangkan meninggalkan kekosongan jawatan lain
• masa penyesuaian dan sosialisasi dapat • tiada idea dan budaya baru dibawa masuk
dikurangkan • sukar untuk bawa perubahan
• lebih mudah – untuk buat
perancangan/pembangunan kerjaya
• meningkatkan kesetiaan pekerja – dapat
kurangkan kadar lantik henti

Kebaikan dan kelemahan sumber luaran

Kebaikan Kelemahan
• terdapat idea baru • perlukan masa untuk penyesuaian dan
• pengalaman lain yang boleh dikongsi sosialisasi
bersama • meningkatkan Kos untuk latihan dan
• calon dari pelbagai bidang dan kemahiran orientasi
• lebih mudah untuk membawa perubahan • pekerja baru mungkin tidak disukai oleh
pekerja sedia ada
• mengurangkan kesetiaan pekerja

Pemilihan

Proses memilih calon yang paling layak untuk mengisi kekosongan daripada senarai
calon yang memohon. Langkah-langkah yang terlibat dalam proses pemilihan:

• Borang Permohonan
- langkah awal dalam proses pemilihan
- mengandungi maklumat peribadi/latar belakang akademik/pengalaman kerja
- calon yang layak boleh dibuat semakan rujukan atau dipanggil temuduga

• Semakan rujukan
- untuk mengetahui dan mendapatkan maklumat lanjut tentang calon
Pengajian Perniagaan sem1/2018

- seperti sikap/personaliti
- untuk mengesahkan ketetapan maklumat yang diberikan oleh calon
- untuk tapisan keselamatan

• Temuduga
- proses pertukaran maklumat antara organisasi dengan calon
- dapat maklumat lanjut mengenai pengalaman/kemahiran
- untuk menentukan calon layak untuk jawatan yang dipohon
- peluang majikan melihat gelagat/personaliti calon secara bersemuka

• Ujian pemilihan
- bantu organisasi buat keputusan yang betul siapa yang layak
- mengukur samada calon dapat melakukan kerja dengan betul atau tidak
- bertujuan untuk menapis calon
- contoh ujian pemilihan ialah ujian kecerdasan/ujian bakat/ujian personaliti/ujian
kecekapan/ujian poligraf/ujian perwatakan/dll.

3.4.4 Latihan & Pembangunan

Perbezaan latihan & pembangunan

Perkara Latihan Pembangunan


Fokus Pekerjaan sekarang Pekerjaan sekarang dan
masa hadapan
Skop Individu Sekumpulan pekerja
Jangkamasa Segera/semasa Jangka panjang
Matlamat Baiki kelemahan kemahiran Persediaan bagi keperluan
sekarang dan meningkatkan pekerjaan pada masa
prestasi hadapan/kenaikan pangkat
Contoh kemahiran - komunikasi - kepemimpinan
- program komputer - pembuatan
- pemasaran dll. keputusan dll.
Pengajian Perniagaan sem1/2018

Faedah Program Latihan & Pembangunan

Kepada individu Kepada organisasi


- meningkatkan produktiviti pekerja - dapat mengekalkan pekerja yang
- meningkatkan kepuasan kerja terbaik
- meningkatkan motivasi pekerja - membentuk reputasi sebagai
- merasakan bahawa mereka dihargai organisasi yang pentingkan aspek
pembangunan pekerja
- mengurangkan kesilapan pekerja

Proses Pembentukan & Perlaksanaan Program Latihan

Penilaian keperluan

Keperluan Keperluan Keperluan


Organisasi Pekerjaan individu
-keseluruhan -pengetahuan dan -kecekapan dan
-berkaitan gelagat kemahiran gelagat pekerja
kumpulan/budaya -merujuk kepada -rujuk fail peribadi
kerja huraian dan atau inventori
spesifikasi kerja kemahiran
berdasarkan
permintaan pasaran
Pengajian Perniagaan sem1/2018

Objektif latihan
hasil yang dikehendaki/perubahan yang perlu
dilakukan selepas pekerja menjalani program latihan
serta perubahan gelagat/tahap piawai yang ingin dicapai

Pelaksanaan program latihan


-memilih pelatih
-menentukan kurikulum
-Menetapkan belanjawan
-pemilihan jurulatih

Penilaian
untuk mengetahui samada program yang dijalankan
mencapai objektif atau tidak

Jenis-Jenis Latihan

1. Latihan sambil kerja


Belajar sambil bekerja
- pelatih mempelajari sesuatu pekerjaan dengan melakukan sendiri kerja
- sokongan penyelia sangat penting untuk memastikan pekerja memahami
pekerjaannya dengan berkesan
- pelatih dapat mengetahui kesilapan

Pusingan kerja
- menukarkan pekerja kepada pekerjaan yang lain
- selepas melakukan pekerjaan yang sama selama beberapa bulan/tahun
Melakukan tugas-tugas khas
- pekerja diberi tugas-tugas tertentu
- yang boleh mencabar kemahiran semasa pekerja

2. Latihan perantisan
- pekerja baru akan bekerja dengan pekerja yang mahir dan melihat bagaimana
mereka bekerja
- sesuai untuk kerja sebagai juruteknik/kerja berkait dengan seni/kraf

3. Latihan di luar kerja


- hadiri latihan di luar waktu kerja
- hadiri kursus atau seminar seperti motivasi/kepemimpinan/teknologi maklumat
Pengajian Perniagaan sem1/2018

- mengadakan permainan perniagaan kepada pengurus untuk meningkatkan


kemahiran
- kaedah simulasi/tayangan video dengan pelajari cara kerja sebenar menggunakan
model dll.

3.4.5 Penilaian Prestasi

Tujuan Penilaian Prestasi

1. memberi maklum balas tentang tahap prestasi/pencapaian kepada pekerja


2. membentuk data yang sah bagi tujuan pemberian gaji dan kenaikan pangkat
3. membantu pengurus membuat keputusan berkaitan pemberhentian dan amaran
kepada pekerja yang potensinya kurang memuaskan
4. menjadi asas yang kukuh kepada kes industri yang dibawa ke makhamah
5. memberi nasihat/bimbingan kepada pekerja
6. membentuk komitmen pekerja kepada organisasi/peluang kerjaya
7. memberi dorongan kepada pekerja untuk berusaha
8. memberi pengiktirafan kepada kejayaan pekerja
9. mengukuhkan hubungan pengurus dengan pekerja
10. menetapkan jangkaan prestasi baru terhadap pekerja
11. menegaskan gelagat yang dikehendaki dan yang perlu dielakkan

Ciri-ciri Penilaian yang Berkesan

1. dilakukan secara berterusan – sepanjang tahun


2. dibentuk berdasarkan huraian kerja
3. dibuat dengan adil dan dianggap adil oleh pekerja
4. penilai tahu apa yang patut dinilai
5. penilai tahu teknik menilai dengan betul
6. bebas dari sifat berat sebelah

Masalah dalam Penilaian Prestasi Pekerja

• Jenis pekerjaan
- ada pekerjaan yang hasil akhirnya sukar diukur/tidak jelas disebabkan oleh sifat
pekerjaan itu sendiri
- kadang kala penilai sendiri tidak pasti apakah yang perlu dinilai
- prestasi bagi kerja bukan rutin juga sukar diukur
- cara atasi : melalui pembentukan satu sistem penilaian prestasi yang lebih teratur
yang mengukur/menilai dari pelbagai sudut

• Manusia
- cara penilaian manusia adalah subjektif
- masing-masing memberi takrifan sendiri/berbeza perspektif kerana berlainan
jantina/bangsa/budaya dll.
Pengajian Perniagaan sem1/2018

- cara pemerhatian manusia juga kadangkala kurang tepat


- penyelia gagal membuat penyeliaan yang berterusan
- sikap berat sebelah
- takut untuk menyatakan perkara yang benar
- cara penilaian yang tiada kebolehpercayaan/kesahan
- cara atasi: penilai perlu dilatih untuk menjalankan tugas supaya lebih
pengalaman dan seterusnya dapat mengurangkan kesilapan

• Organisasi atau sistem penilaian


- organisasi gagal untuk menukar sistem penilaian apabila huraian
kerja/teknologi/objektif berubah
- kaedah penilaian yang dilaksanakan tidak bersesuaian dengan pekerjaan
- tiada sokongan/komitmen daripada pihak pengurusan/kerja sambil lewa
- proses penilaian mengambil masa yang lama/panjang
- penilaian tidak dibuat secara berterusan
- pekerja tidak diberitahu tahap prestasi yang perlu dicapai
- pekerja tidak faham isi penilaian borang penilaian
- cara atasi: pihak pengurusan perlu konsisten dalam penilaian prestasi/penilaian
perlu dilakukan secara berkala mengikut jadual/yakin terhadap sistem penilaian
prestasi yang akan dilakukan terhadap pekerja

3.4.6 Faedah,Ganjaran & Tindakan Disiplin

Faedah/Ganjaran
Definisi  ganjaran kewangan merujuk kepada bayaran kewangan yang
dibayar kepada para pekerja

a)Ganjaran kewangan

1. gaji asas - upah yang dibayar pada satu tempoh tertentu; minggu / bulan / hari

2. elaun-elaun tertentu; elaun lebih masa, elaun pengangkutan

3. EKA, perumahan / kritikal

4. KWSP dibayar oleh majikan

5. Pencen

6. SOCSO / PERKESO

7. Bonus
Pengajian Perniagaan sem1/2018

8. kemudahan pinjaman perumahan


[6]

(b) Ganjaran bukan dalam bentuk kewangan


1. kemudahan cuti – cuti sakit, cuti rehat, cuti bersalin dsb

2. faedah perubatan- pemeriksaan doktor, ubat, pergigian, pemeriksaan mata,


pembedahan

3. kemudahan meningkatkan kerjaya- cuti belajar, peluang kenaikan pangkat,


peluang meningkatkan kemahiran (kursus)

4. kemudahan tempat tinggal/perumahan/kuarters

5. kemudahan tempat penjagaan anak

6. kemudahan pengangkutan/kenderaan- bas kilang, kereta syarikat

7. pengiktirafan / penghargaan - anugerah kecemerlangan, sijil penghargaan

8. kebajikan lain seperti pakaian seragam dan diskaun warga mas

Penentu-penentu ganjaran

1. kemampuan syarikat
2. permintaan dan penawaran buruh
3. ekuiti dalaman dan luaran
ekuiti dalaman – kesetaraan ganjaran kepada semua ahli dalam organisasi yang
sama. Semua pekerja menerima gaji yang adil berasaskan kemahiran/pengalaman
dan kelayakan akademik
ekuiti luaran – kesetaraan dengan pekerja di organisasi lain dalam industri yang
sama. Pekerja bagi jawatan yang sama dengan kelayakan yang sama dalam
organisasi berlainan harus menerima ganjaran yang sama
4. bentuk tugas
tugas yang rumit dan perlukan kemahiran yang tinggi akan mendapatkan ganjaran
yang lebih berbanding dengan kerja rutin. Ganjaran ditentukan oleh nilai sesuatu
pekerjaan kepada organisasi. Pekerjaan yang dianggap penting oleh organisasi,
ganjarannya adalah tinggi
5. peraturan dan undang-undang kerajaan
Pengajian Perniagaan sem1/2018

Tindakan Disiplin

Dikenakan kepada pekerja yang melanggar peraturan. Disiplin boleh diberi dalam bentuk
positif atau negatif bergantung kepada keadaan. Disiplin positif ialah cara pembetulan
melalui nasihat/kaunseling/beri peluang kepada pekerja mengubah tingkah lakunya yang
tidak baik. Disiplin negatif/progresif diberikan kepada pekerja yang gagal mengubah
gelagat ke arah positif.

Hukuman yang biasa diberikan kepada pekerja yang melanggar peraturan adalah seperti
berikut:

i) teguran – secara lisan kepada pekerja yang membuat kesalahan kali pertama
ii) amaran bertulis – amaran yang akan direkodkan di dalam fail pekerja.
iii) Hilang faedah kerja – seperti kemudahan kenderaan/mel elektronik akan
ditarik balik
iv) Penurunan pangkat – jika kesalahan terlalu teruk
v) Pemecatan – jika teguran dan amaran gagal mengubah gelagat pekerja yang
terlibat

3.4.7 Penyelengaraan Pekerja

Apabila kes-kes kemalangan berlaku di tempat kerja, maka aspek keselamatan dan
kesihatan pekerja perlu diberi perhatian oleh majikan. Terdapat tiga akta penting yang
melibatkan aspek penyelenggaraan pekerja iaitu Akta Kilang & Mesin 1967, Akta Kualiti
Persekitaran 1974 dan Akta Keselamatan dan Kesihatan 1994 (OSHA).

Objektif utama OSHA ialah:


i) memastikan keselamatan/kesihatan/kebajikan pekerja yang melakukan
pekerjaan merbahaya
ii) melindungi individu-individu lain yang berada di kawasan tempat
kerja, selain yang melakukan pekerjaan tersebut
iii) mengadakan persekitaran tempat kerja yang selamat

Keselamatan

- bermaksud melindungi pekerja daripada kecederaan/kemalangan yang berkaitan


dengan kerja. Di antara langkah-langkah penyelenggaraan yang boleh diambil
oleh pihak pengurusan bagi mengurangkan kemalangan di tempat kerja ialah :
i) membentuk sikap yang mementingkan aspek keselamatan di tempat kerja
melalui kempen kesedaran/peka kepada undang-undang kesihatan dan
keselamatan
ii) memastikan persekitaran tempat kerja sentiasa selamat
iii) membuat polisi dan peraturan keselamatan serta menguatkuasakannya
Pengajian Perniagaan sem1/2018

iv) membentuk prosedur melapor dan menyiasat kemalangan


v) membentuk dan menyediakan latihan keselamatan
vi) memilih pekerja yang sesuai
vii) mengadakan sistem insentif/ganjaran sebagai galakan untuk mementingkan
keselamatan
viii) menyediakan pakaian/peralatan keselamatan
ix) memberi cuti rehat yang mencukupi kepada pekerja
x) mengadakan amaran-amaran yang jelas seperti “AWAS”/”KAWASAN
LARANGAN”/dll.

Kesihatan

- melindungi pekerja daripada gangguan emosi dan penyakit fizikal yang


disebabkan oleh kerja. Antara program kesihatan yang boleh diambil oleh pihak
pengurusan ialah:
i) memberi kesedaran kepada pekerja tentang pentingnya penjagaan kesihatan
melalui ceramah/program kesihatan dan sebagainya
ii) membuat pemeriksaan kesihatan terhadap pekerja terutamanya pekerja yang
terdedah kepada bahan kimia/merbahaya
iii) menggalakkan pekerja untuk menghentikan amalan merokok dan
pengambilan alkohol serta bahan-bahan larangan
iv) menggalakkan pekerja untuk mengambil rehat yang secukupnya

Jaminan kerja

- aspek yang sangat penting bagi memastikan pekerja boleh bekerja dengan aman
dan tenteram. Antara bentuk jaminan kerja yang diperlukan oleh pekerja ialah:
i) jaminan keselamatan fizikal
ii) jaminan aspek kesihatan
iii) ganjaran yang memuaskan
iv) layanan yang baik daripada majikan
v) tidak akan diberhentikan tanpa sebarang sebab

3.4.8 Perhubungan Industri

Definisi

Merujuk kepada perhubungan antara majikan dengan para pekerja. Biasanya pekerja
akan diwakili oleh kesatuan sekerja yang memperjuangkan hak mereka.
Pengajian Perniagaan sem1/2018

Fungsi Kesatuan Sekerja

i) mengatur perhubungan antara majikan dengan majikan; antara pekerja


dengan pekerja atau antara pekerja dengan majikan
ii) mewakili pekerja atau majikan dalam pertikaian perindustrian
iii) mengendalikan pertikaian perusahaan
iv) menganjurkan/mengendalikan/membiayai pemogokan bagi pekerja
atau penutupan pintu bagi majikan

Anda mungkin juga menyukai