Anda di halaman 1dari 5

Panduan Menjawab Sejarah STPM

FORMAT ESEI SEJARAH


1.
Pendahuluan

Perlu menulis nombor soalan terlebih dahulu.

Ditulis dalam satu perenggan awal karangan.


Jangan campur dengan isi. Jika berlaku, calon akan kehilangan markah komunikasi
Mesti padat dan ringkas dan sekurang-kurangnya 8-10 baris
2.

Isi / fakta
Mempunyai isi yang mencukupi iaitu 4-5 isi (4-5 Perenggan)
Setiap perenggan mempunyai isi, huraian dan contoh (8-10 Baris)
Perlu memahami soalan yang mempunyai DUA bahagian mengikut kehendak
soalan

3.

Penutup
Ditulis dalam satu perenggan akhir. Rumusan kepada soalan dan mesti padat
dan ringkas(8-10 Baris)
Gunakan
perkataan Kesimpulannya,
Konklusinya dan akhirnya sebagai
menunjukkan calon telah menutup esei.
PANDUAN JAWAPAN YANG BAIK
1. Jawapan mengikut format yang telah ditetapkan iaitu mempunyai Pendahuluan, Isi
dan Penutup bagi setiap soalan.
2.
Baca sekurang-kurangnya DUA kali dan fahami kehendak soalan
3.
Gariskan Jenis dan kata kunci soalan pilihan yang hendak dijawab
4.
Penggunaan perkataan dan ayat bagi menegaskan kehendak soalan
5. Catatkan isi penting terlebih dahulu bagi soalan yang hendak dijawab bagi
mengelak perulangan isi. Gunakan masa 2 5 minit untuk memilih dan merangka
isi. Kesemua soalan yang dipilih hendaklah dirangka terlebih dahulu bagi
memudahkan pelajar menjawab esei yang seterusnya.
6.
Jika berasa was-was baca soalan sekali lagi untuk mengelak keluar tajuk
7. Jawapan yang ditulis mesti mempunyai kesinambungan antara satu perenggan
dengan perenggan yang lain. Gunakan penanda wacana seperti seterusnya,
selain itu, sebaliknya, justeru itu, akhirnya, kesimpulannya dll.
8.
Anggaran panjang 2 hingga 3 muka surat (Tulisan Biasa).
9.
Gunakan masa 30 Minit untuk menjawab setiap satu soalan
10. Elakkan daripada

Mengulang isi / fakta


Isi yang bercampur aduk dalam satu perenggan
Tidak menulis Bahagian dan Nombor soalan pada kertas jawapan calon
Sedikit atau banyak perenggan lebih daripada 5 perenggan isi.
Tulisan buruk yang sukar dibaca
Menulis ruang garisan sebelah kanan kertas
JENIS-JENIS SOALAN
Aras Pengetahuan

1.
2.
3.
4.
5.

Takrifkan - definisi
Bincangkan aspek pro dan kontra, positif dan negatif
Huraikan aspek yang dinyatakan
Perihalkan memerihalkan tanpa sebab
Galurkan menghurai mengikut kronologi

6.

Nyatakan menyebutkan
Aras Kefahaman

7.
8.

Jelaskan aspek yang perlu dijelaskan


Terangkan menerangkan tentang sesuatu perkara
Aras Penggunaan

9.
Tunjukkan menunjukkan tentang sesuatu perkara
10. Dengan menggunakan .... jelaskan menggunakan maklumat dalam satu situasi
bagi menerangkan satu situasi yang lain
11. Bagaimanakah menjelaskan sebab bagi sesuatu fenomena
Aras Analisis
12.

Analisiskan memecahkan sesuatu kepada bahagian-bahagian dan jelaskan


bahagian itu
13. Bezakan menerangkan aspek perbezaaan sahaja
14. Bandingkan menerangkan aspek persamaan dan perbezaan
15. Mengapakah mengenalpasti masalah secara khusus
Aras Sintesis
16.
17.

Kategorikan menyusun sesuatu mengikut kelas berdasarkan kriteria tertentu


Rumuskan membuat kesimpulan dengan alasan-alasan daripada fakta /
maklumat
Aras Penilaian

18. Ulaskan menghuraikan fakta dan menilai fakta tersebut


19. Sejauh manakah menilai faktor yang dinyatakan dan terdapat faktor lain selain
yang dinyatakan
20. Adakah menilai fakta untuk menjawab ya atau tidak / kombinasi ya dan tidak
21. Nilaikan menimbang sesuatu perkara berdasarkan kriteria
22. Bincangkan menyatakan pro/kontra
23. Yang manakah menilai fakta-fakta untuk memilih yang mana satu
PERBEZAAN PENDAHULUAN DAN KONSEP
1. Soalan berkaitan dengan KONSEP akan dikeluarkan jika soalan tersebut
memerlukan pemahaman tentang sesuatu konsep.
2. Kebiasaannya sebanyak 3 Markah diperuntukkan kepada calon yang dapat
menjelaskan konsep dengan baik
3. Sekiranya calon tidak mentakrifkan konsep, maka konsep tidak dianggap sebagai
pendahuluan. Lihat contoh Soalan 1 dan 2 yang berikut:
Contoh Soalan 1:
Takrifkan konsep negara bangsa dan ciri-ciri negara bangsa England
Cara menjawab:
I.
Pendahuluan huraikan latarbelakang Negara England
II.
Perenggan kedua menerangkan konsep Negara bangsa
III. Calon yang mentakrif konsep di awal perenggan atau perenggan pendahuluan,
maka
pendahuluannya
dianggap
sebagai
konsep
dan
markah
pendahuluannya 0 markah.

Contoh Soalan 2:
Huraikan ciri-ciri negara bangsa dengan merujuk kepada negara England
Cara menjawab:
I.
II.

Pendahuluan Calon boleh huraikan konsep negara bangsa


Perenggan kedua dan seterusnya Calon menerangkan ciri-ciri negara
bangsa sebagai isi
TEKNIK MENYUSUN FAKTA

1.
Markah maksima bagi isi yang lengkap ialah 20 markah
2. Isi bergantung kepada pemberat tajuk dan bahagian mengikut kehendak soalan
3. Susun dan letakkan isi mengikut kepentingan. Isi penting diletakkan di bahagian
atas dan sebaliknya. Calon perlu kemukakan sekurang-kurangnya 5 Isi (5
Perenggan) yang mengandungiisi, huraian dan contoh. Markah penuh bagi
setiap perenggan isi adalah 3 markah jika memenuhi kriteria yang disebutkan.
4.
Gunakan Kaedah Induktif dalam menulis esei iaitu Isi diletakkan di atas dan
diikuti huraian dan contoh.
5. Gunakan penanda wacana bagi menunjukkan saling pertautan di antara
perenggan. Contoh: Selain daripada itu, Justeru itu dll.
6.
Cara memeriksa adalah bergantung kepada pemberat setiap isiisi
TEKNIK PEMARKAHAN
1. Pemeriksa membaca sepintas lalu bagi mendapatkan Impresion
2.
Pemeriksa akan mendapatkan gambaran sama ada karangan tersebut:
a)
Sangat Cemerlang
(18-20 Markah)
b)
Cemerlang
(14-17 Markah)
c)
Baik
(10-13 Markah)
d)
Lemah
(06-09 Markah)
e)
Amat
Lemah
(01-05
Markah)
3. Pemeriksa
akan
memeriksa
dengan
menggunakan
simbol P,
T dan K iaitu Pengetahuan 8M, Taakulan 6M dan Komunikasi 6M. Jumlah 20
Markah
PENGGUNAAN KAEDAH MENJAWAB 5W1H
Contoh Soalan: Huraikan struktur masyarakat Feudal yang diamalkan di
England pada abad ke-16 hingga ke-17.
KAEDAH MENGEMBANGKAN PENDAHULUAN
Apa (What)

Kenapa
(Why)

Bagaimana
(How)

Konsep feudalisme adalah satu istilah atau konsep


yang terbentuk di Eropah Barat selepas kejatuhan
empayar Charlemagne dan berlanjutan sehingga abad
ke-14 M. Istilah feudal digunakan bagi menerangkan
seluruh kelakuan dan adat yang meliputi perjanjian
secara bertulis yang didominasi kekuasaan golongan
atasan.
Kedudukan seseorang individu dalam sistem
feudal adalah mengikut sistem kelas bersusun lapis
mengikut hierarki yang terikat dengan aturan yang
ditetapkan oleh kerajaan atau golongan pemerintah ke
atas golongan bawahan.
Penerimaan pemerintahan berkuasa mutlak ini
menyebabkan masyarakat England berada dalam
sistem masyarakat feudal. Masyarakat feudal di

England terbahagi kepada dua golongan, iaitu


Pemimpin dan yang dipimpin.
Catatan sejarah mengatakan bahawa feudalism yang
terbentuk di Eropah Barat seperti England dan
Jerman bermula
selepas
kejatuhan
empayar
Charlemagne dan berlanjutan sehingga abad ke- 14 M.

Siapa (who)
Bila (When)
&
Dimana(wh
ere)
Ulasan /
Penyata
Soalan

Terdapat struktur masyarakat Feudal diamalkan


di England pada abad ke-16 hingga ke-17 yang terdiri
daripada golongan pemerintah dan yang diperintah.

KAEDAH MENGEMBANGKAN ISI, HURAIAN DAN CONTOH


Apa (What)

Raja mempunyai Kedudukan tertinggi dalam era pemerintahan Dinasti d


England. Dinasti Tudor (1485-1603) mengamalkan sistem pemerintahan beraja
mutlak tetapi masih berpegang kepada tradisi politik England yang telah wujud
sejak Zaman Pertengahan.

Kenapa (Why)

Raja hanya bertanggungjawab dalam menjalankan pemerintahan kepada


rakyat. Rakyat tidak mempunyai hak dan suara dalam pemerintahan kerana
kuasa raja adalah anugerah suci yang diperturunkan oleh Tuhan. Rakyat member
taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada raja.
Raja-raja
masih
menghormati
prinsip
pembatasan
kuasa
pemerintah yang terdapat dalam Magna Carta. Maka, pemerintahan raja-raja
tidak sepenuhnya membelakangi parlimen. Pembatasan kuasa pemerintah in
memperlihatkan bahawa rakyat England pada abad ke-16 menerima idea
bahawa raja dilantik atas kehendak Tuhan.
Era pemerintahan Raja Henry VII (1485-1509) di England menduduk
hierarki tertinggi dalam masyarakat feudal dan berkuasa mutlak terhadap rakya
dan negara. Tindakan berikut dilakukan oleh Raja Henry VII untuk mengukuhkan
pemerintahan beraja berkuasa mutlak antaranya Meluluskan undang-undang
menentang pemakaian pakaian khas (livery) dan Pengekalan tentera
persendirian.

Bagaimana
(How)

Contoh
(who, where,
when)

KAEDAH MENGEMBANGKAN KESIMPULAN


Apa
(What)
Huraian
Apa?

Kesimpulannya, Sistem masyarakat feudal di England


terbahagi kepada 2 golongan iaitu pemerintah dan yang
diperintah.
Golongan ini adalah terdiri daripada raja dan
bangsawan manakala golongan diperintah pula terdiri
daripada golongan knight dan rakyat biasa.

Kenapa
(Why)

kedudukan seseorang individu dalam sistem feudal


adalah mengikut sistem kelas bersusun lapis mengikut
hierarki yang terikat dengan aturan yang ditetapkan
oleh kerajaan atau golongan pemerintah ke atas
golongan bawahan di England.

Futuristik
atau
sosial.

Susun lapis masyarakat ini telah mengalami perubahan


apabila masyarakat terlibat secara langsung dalam
revolusi perindustrian yang berlaku di Britain
Panduan Menjawab Sejarah STPM 940

Jawapan Calon Perlu merangkumi Isi PES iaitu Politik, Ekonomi dan Sosial.
(terutamanya bagi soalan: faktor-faktor, kesan-kesan, ciri-ciri, perubahanperubahan, langkah-langkah, perbandingan, persamaan, perbezaan, sumbangan,
kemajuan,
pembangunan,
perkembangan,
tujuan,
peranan,
pengaruh,

perlaksanaan, hikmah, kepentingan dll). Elemen-elemen utama utama dalam


Politik, Ekonomi dan Sosial.
Politik
Sistem Pemerintahan dan Peranan Pemerintah Beraja, Feudal, Empayar, Negara
Kota, Negara Bangsa
Pentadbiran sistematik dan tersusun
Penaklukan dan penjajahan wilayah / tanah jajahan dll
Penguasaan / perubahan politik / Peranan Perang
Peranan Raja / Putera Raja / Bangsawan
Hubungan diplomatik
Ekonomi
Sistem ekonomi perdagangan, pertanian, Sistem Barter, sara diri, kewangan dan
perbankan
Kemudahan Infrastruktur gudang, pengumpulan, Pelabuhan
Perhubungan dan pengangkutan
Cukai, Pengurusan perdagangan
Kesatuan Dagang, Peranan pedagang
Kedudukan strategik, laluan perdagangan
Sistem mata wang dan penggunaannya
Penghasilan barangan dan perkhidmatan
Pentadbiran perniagaan, perdagangan
Sosial
Organisasi sosial, struktur sosial, susun lapis, etnik
Gaya Hidup, Nilai-nilai, norma-norma sosial, peraturan sosial
Hubungan Sosial, kuasa, status sosial
Pengkhususan kerja, Petempatan kekal dan urbanisasi
Institusi Kebangsaan bahasa, budaya, tentera dll
Doktrin, Kepercayaan dan agama
Sistem, Dasar dan Institusi Pendidikan
Kemajuan dan Pembangunan pendidikan
Sumbangan Perkembangan dan Intelektual: Falsafah, Undang-undang, perubatan,
seni bina, seni muzik, kesusasteraan
Kemajuan Sains dan teknologi
Kemajuan Pemikiran, idea dan aliran
Idea-idea dan pemikiran agung
Peranan Tokoh, sarjana, ahli Intelektual

Anda mungkin juga menyukai