Anda di halaman 1dari 2

SUB TOPIK KEWANGAN

TABUNG KECEMASAN ATASI WAKTU SUKAR


Penulis: Siti Aishah Ahmad Shah

Setiap individu, pastinya mempunyai perancangan menyimpan wang untuk pelbagai tujuan
seperti percutian, perkahwinan, pendidikan, pelaburan dan lain lain lagi. Kebanyakan kita
berazam untuk tidak berbelanja BESAR dan membuat simpanan untuk memastikan wang
gaji yang disimpan melebihi dari tahun sebelumnya untuk merealisasikan impian bersama
keluarga tetapi pernahkah anda terfikir akan melalui situasi pandemik seperti hari ini?

Sejak bermulanya pandemik covid19 yang melanda seluruh dunia, corak kehidupan
masyarakat mulai berubah dari segi aktiviti sosial dan pengurusan kewangan. Walaupun kita
beralih dari fasa pandemik ke fasa endemik, kecekapan mengurus kewangan adalah sangat
penting untuk memastikan anda mempunyai wang kecemasan sekiranya berlaku situasi luar
jangka. Bagi mengatur kewangan, seseorang perlu bijak menyesuaikan gaya hidup dengan
situasi kewangan semasa dan perlu memiliki asas kewangan yang kukuh bagi menjamin
kelangsungan hidup era pandemik ini. Dalam keadaan semasa kini, pengurusan kewangan
yang cekap dan berhemat membantu kita untuk mengharungi kehidupan seperti biasa. Ini
adalah kerana hidup akan menjadi sukar apabila tiada sumber kewangan yang mencukupi
untuk menampung rutin keperluan harian dan komitmen setiap bulan. Keadaan pandemik ini,
membentuk kesedaran mengenai pengurusan kewangan yang lebih baik agar kita dapat
menangani waktu-waktu kritikal sebagai persediaan menghadapi hari mendatang.

Melihat ketidakseimbangan lanskap ekonomi global berikutan pandemik Covid19,


sedikit sebanyak telah menjejaskan kehidupan dan kewangan keluarga masa kini. Menurut
Kaji selidik AKPK yang dilaksanakan, menemui bahawa 88 peratus daripada responden
mengambil moratorium yang mana 48 peratus daripada mereka mengatakan ia adalah
sebagai simpanan kecemasan. Walau bagaimanapun, sorotan kajian daripada Bank Negara
pula mendapati, 75 peratus daripada rakyat negara ini tidak mempunyai simpanan sebanyak
RM1,000. Selari kajian Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun 2017, menunjukkan jangka
hayat di Malaysia adalah kira-kira 74.8 tahun. Ini jelas memperlihatkan perancangan
kewangan jangka panjang dalam kalangan rakyat Malaysia perlu ditambahbaik supaya
mereka dapat mencapai matlamat kewangan jangka sederhana dan jangka panjang, serta
mempunyai dana yang mencukupi bagi menghadapi pelbagai peristiwa kehidupan,
termasuklah perkahwinan, membina keluarga dan hari persaraan.

MENABUNG DI MUSIM PANDEMIK

Kita semua ingin bersedia untuk hari esok, tetapi bolehkah kita membuat tabungan
kecemasan di tengah-tengah pandemik? Beberapa tips merancang tabungan kecemasan
yang boleh dipraktikkan dalam keluarga anda.
SUB TOPIK KEWANGAN
Pertama, kenal pasti tahap kewangan sebenar keluarga anda. Kekalkan dana
kecemasan yang mencukupi. Sebagai contoh, pertimbangkan membuat Tabung Kecemasan
sebanyak 3 hingga 6 bulan jumlah perbelanjaan bulanan anda dan keluarga, untuk sebarang
perbelanjaan yang tidak disangka. Dengan cara ini, anda dapat menjauhkan diri daripada
bebanan hutang apabila tiba-tiba memerlukan wang. Namun, jangan gunakan wang dari
dana tersebut untuk memenuhi perbelanjaan harian atau untuk memenuhi impian kewangan
anda.

Kedua, bina tabung kecemasan berpandukan pendapatan sedia ada. Sebagai


contoh, anda memerlukan RM20,000 untuk memmulakan simpanan tabung kecemasan dan
anda hanya boleh menyimpan RM500 sebulan. Ini bermakna anda memerlukan 40 bulan
untuk mengumpulkannya. Oleh itu semak semula kewangan sebenar anda untuk
memaksimumkan simpanan tabung kecemasan berdasarkan tempoh yang rasional dan
praktikal.

Ketiga, pastikan tabung kecemasan anda berada di tempat yang selamat dalam
pengetahuan anda. Contohnya, simpan dana tersebut dalam akaun simpanan atau akaun
cair berisiko rendah yang memberi pulangan faedah kepada anda dan keluarga. Pastikan
anda tidak memasukkan dana tersebut ke dalam akaun simpanan tetap bagi mengelakkan
tabungan anda terkunci.

Pengurusan kewangan yang bijak akan membentuk masa depan yang lebih terjamin.Ini
adalah kerana sekiranya terjadi sesuatu di kemudian hari, anda dan keluarga sudah bersedia
untuk mendepani hari- hari sukar dengan lebih tenang! Walaupun ini mungkin bukan
matlamat kewangan yang menarik tetapi tabung kecemasan merupakan asas kepada
kesihatan kewangan keluarga dan perlindungan kredit anda. Ia memastikan kestabilan
kewangan dan keselamatan emosi anda. Ambil iktibar dari masa pandemik ini dan jika anda
masih belum melakukannya, binalah simpanan tabung kecemasan keluarga dari awal atau
mulakan sekarang untuk mengelakkan musibah kewangan berlaku pada masa akan datang.
Kita tidak merancang masa yang tepat tetapi kita merancang masa-masa dimana kita tidak
tahu apa yang akan berlaku hari esok. Lindung Diri, Lindung keluarga.

Anda mungkin juga menyukai