Anda di halaman 1dari 5

Tajuk: norma baharu parca wabak covid-19

Covid-19? Nama Covid-19 itu tidak lagi asing kepada masyarakat pada zaman sekarang atau
pada tahun 2020 ini. Corona virus atau Covid-19 ini adalah salah satu daripada jenis virus yang
digeruni oleh masyarakat di seluruh dunia. Hal ini dikatakan demikian kerana virus ini tidak
dapat dilihat dengan mata kasar dan kita tidak tahu bahawa virus ini ada di dalam badan
seseorang itu atau tidak. Statistik dalam laporan Berita Harian Online pada 16 Julai 2020
menunjukkan bahawa jumlah kes positif di Malaysia adalah sebanyak 8737 orang dan jumlah
keseluruhan kes yang telah sembuh daripada kes ini adalah sebanyak 8538 orang. Angka ini turut
menunjukkan bahawa virus ini telah bermula bermaharajalela di negara kita yang mula daripada
tiga orang warga asing yang telah melancong ke Malaysia semasa perayaan Tahun Baru Cina.
Mereka terus masuk ke Malaysia melalui Johor pada 23 Januari 2020 selepas berkunjung
Singapore. Kesudahan daripada penyebaran itu bermula, kerajaan Malaysia mengambil tindakan
yang pantas dengan mengumumkan satu gerakan yang dikenali sebagai Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) pada 16 Mac 2020 yang dipaparkan di dalam televisyen seluruh Malaysia.
PKP ini bermula pada 18 Mac 2020 dan pada masa yang sama semua rakyat Malaysia tidak
dibenarkan untuk keluar dari rumah jika tiada hal-hal yang munasabah seperti berjalan-jalan,
makan di luar rumah, dan sebagainya. Kendatipun, kerajaan telah melonggarkan kepada
masyarakat untuk pergi keluar ke rumah bagi menyelesaikan hal-hal seperti urusan bank
membeli-belah untuk keperluan dapur dan sebgainya. Oleh itu, pelbagai jenis norma baharu yang
patut dipatuhi dan diterapkan oleh masyarakat agar dapat memutuskan tali penyebaran Covid-19
ini. Persoalannya apakah norma baharu menjadi panduan kepada masyrakat dalam
menyelesaikan masalah wabak Covid-19 ini? Buka tirai, kita diskusikan.

Kebersihan dijaga bersama, kesejahteraan hidup terjamin baiknya menjadi satu norma
baharu yang harus diterapkan oleh oleh masyarakat sekarang ini. Demi memutuskan ikatan
penyebaran virus ini kita patut mencuci tangan dengan sabun dan air. Virus ini akan berada di
tangan kita sepanjang masa jika kita tidak mengambil tindakan yang pantas untuk mencuci
tangan dengan sabun. Namun sedemikian, jika air dan sabun tidak dibekalkan di mana-mana
tempat seperti di pusat membeli belah, kedai makan tepi jalan dan sebagainya, sanitasi tangan
adalah satu inisiatif yang lain untuk membunuh virus ini. Sanitasi tangan yang mengandungi
sekurang-kurangnya 70 peratus alkohol dapat membunuh 99.9 peratus kuman dan virus yang
terdapat di tangan atas tapak tangan kita semua. Tindakan ini patut diterapkan kerana orang
ramai terbiasa untuk menyentuh kawasan yang berisiko seperti mata, hidung dan mulut
menggunakan tangan kita tidak yakin kebersihannya. Bukan itu sahaja, kita digalakkan untuk
menjaga kebersihan diri dengan mandi selepas keluar daripada rumah ataupun selepas
menjalankankan sepenuhnya masa di sekolah. Hal ini dikatakan demikian kerana kita
berkemungkinan akan membawa virus itu ke dalam rumah dan akan menyebabkan orang
kesayangan kita di rumah akan dijakiti oleh virus itu. Barang yang dibeli juga haruslah
disanitasikan dulu dengan alkohol sebelum membawanya ke dalam rumah kita agar barang itu
dijamin selamat untuk dipegang oleh ahli keluarga kita. Kita juga disarankan untuk menjaga
kebersihan ruang rumah dengan bersih selepas sesiapa yang telah memasuki rumah kita seperti
orang yang membaiki penghawa dingin, pekerja yang membaiki saluran air dan sebagainya
untuk menjaga keselamatan alhi keluarga kita. Oleh itu, kita patut mengutamakan kebersihan diri,
rumah dan sebagainya untuk memastikan kita tidak dijangkiti oleh virus yang sedang
bermaharajalela di dunia kita ini.

Mempraktikkan penjarakan sosial adalah sangat penting dalam mengurangkan kes Covid-19
dan mengelakkan daripada wabak ini terus merebak dari satu sama lain. Kita disarankan untuk
menjarakan sosial ketika ingin bercakap dengan kawan, berdiri antara satu sama lain dan
sebagainya sebanyak 1 meter bagi menangani virus itu merebak ke kita. Datuk Dr. Noor Hisham
bin Abdullah merangkap Ketua Pengarah Kesihatan malaysia menyatakan slogan “kita jaga kita”
telah membuktikan bahawa kita patut menjarakan sosial antara orang sekeliling kita bagi
mengelakkan penularan wabak ini berterusan. Tujuan kerajaan mengesa orang ramai untuk
menjarakkan sosial adalah untuk memberikan amaran kepada orang ramai kerana kita tidak tahu
bahawa seseorang itu telah dijangkiti oleh covid-19 itu atau tidak. Melalui penjarakan sosial ini
kita dapat untuk mengelakkan diri kita ketika seseorang itu berjegala seperti batuk, bersin,
persentuhan tanggan dan melali perbualan antara satu sama lain. Namun, laporan dari Dato' Sri
Dr. Adhman Baba merangkap Menteri Kementerian Kesihatan Malaysia menyatakan bahawa
virus ini sangat cepat bermutasi dan kadang-kadang virus ini terdapat di dalam badan seseorang
itu tetapi tiada simptom. Oleh sebab itu, kiita harus menerapkan norma baru ini dimana-mana
sahaja seperti dik sekolah, di pusat beli belah, dan sebagainya. Bukan itu sahaja, kita haruslah
mengelakkan diri daripada melakukan 3C iaitu tempat yang banyak orang, tempat yang tertutup,
dan membuat perbualan yang terlalu dekat. Jika kita tidak dapat menerapkan norma baharu ini,
masalah wabak ini tidak dapat untuk kita elakkan dari semasa ke semasa. Tuntannya, penjarakan
sosial adalah salah satu norma baharu untuk kita amalan bagi mengurangkan bilangan kes covid-
19 di Malaysia.

Seterusnya, penggunaan penutup hidung dan mulut juga menjadi norma baharu kepada
semua masyarakat di dunia terutamanya kepada rakyat Malaysia tercinta dengan menggunakan
penutup hidung dan mulut ini, kita dapat menghalang virus tersebut memasuki dari rongga
hidung dan mulut kita. Penggunaan penutup hidung dan mulut ini juga dapat menghalang dariada
pesakit yang telah dijangkiti oleh virus ini daripada terus merebak ke orang ramai. Pemilihan
penutup hidung dan mulut ini adalah bertepatan dengan pernyataan yang dikeluarkan oleh
kementerian malaysia. Tamsilnya, rakyat malaysia digalakkan untuk memakai penutup hidung
yang bagus seperti N95 dan topeng bedah yang mempunyai tiga lapis bagi menghalang daripada
kemasukan virus dan bendasing yang tidak diingini. Hal ini patut dijadikan kebiasaan untuk
menggunakan penutup hidung dengan mulut yang jenis efektif dalam menghalang virus untuk
masuk ke dalam badan kita. Bukan itu sahaja, kita patut menggunakan penutup hidung dan mulut
ini sepanjang kita tidak berada didalm rumah seperti ke pusat membeli-belah, sekolah, dan ke
tempat kerja yang mempunyai jumlah orang yang ramai. Kita disarankan tidak menggunakan
penutup hidung dan mulut di bawah dagu kerana kita akan berpeluh dan menghasilkan bateria
yang mampu membuat kita sakit dan kita juga akan mudah untuk dijangkiti oleh Covid-19 ini.
Secara totalnya, kita haruslah menggunakan penutup hidung dan mulut ini sepanjang masa kita
tidak berada di rumah agar kita dapat mengelakkan diri dari dijangkit oleh virus ini dan
bertepatan dengan peribahasa sediakan payung sebelum hujan.

Nabi Muhammad s.a.w. pernah berkata “tuntutlah ilmu walau di negara China sekalipun”.
Seseorang individu digalakkan menuntut ilmu walaupun berada dalam keadaan yang susah. Oleh
itu, pendidikan maya yang berlandaskan penggunaan perkhidmatan Internet dan gajet turut
dipraktikkan sepanjang PKP dijalankan. Para guru bertungkus lumus untuk memastikan silibus
yang diajar oleh mereka dapat dihabiskan pada akhir tahun terutama kepada anak murid mereka
yang akan menduduki ujian SPM pada bulan Junuari 2021. Semasa PKP berlangsung, pelbagai
aplikasi yang digunakan oleh guru untuk memastikan murid dapat menghadam dan mengatam
segala maklumat yang diberi oleh guru setiap subjek yang lain. Sebagai contoh, aplikasi yang
selalu digunakan oleh guru semasa PKP berlangsung ialah Whatsapp, Telegram, Zoom,
mahupun Google meet. Bukan sekadar hanya menghabiskan silibus semata-mata, murid juga
dapat menguasai dunia teknologi yang kita tahu bahawa selama ini mereka tidak mendalami
bidang tersebut. Murid dan guru juga tidak akan ketinggalan zaman yang serba moden ini ibarat
katak di bawah tempurung yang tidak mengetahui perkembangan dunia mereka sendiri . Dengan
ada penguasaan bidang sains dan teknologi ini, murid dapat menghayati dan mendalami bidang
tersebut dan sekali gus dapat memberikan impak yang besar kepada daya pemikiran luar kotak
selaras dengan wawasan 2030 yang inginkan murid-murid Malaysia menguasai Kemahiran
Berfikir Aras Tinggi (KBAT) sehingga melahirkan seorang murid ataupun generasi Y produktif
neegara maju. Ketika negara maju dalam bidang sains dam teknologi ini, tanpa disedari bahawa
kita dapat melawan virus-virus yang ada dipermukaan bumi kita dengan mencipta pelbagai
penawar ataupun vaksin bagi menyembuhkan sesorang dari penyakit tersebut. Emmanual Rist,
pakar dalam bidang sains dan teknologi Denmark berkata bahawa negara yang maju akan dicapai
sekiranya graduasi ataupun generasi-generasi akan datang dapat menguasi sepenuhnya dalam
bidang sains dan teknologi. Oleh itu, membuat kerja sekolah dan belajar dalam talian adalah
salah satu daripada norma baharu dalam kalangan murid yang masih belajar di alma mater
mahupun institusi pengajian tinggi.

Akhir sekali, norma yang baharu selepas penyebaran wabak ini ialah orang ramai disarankan
untuk tidak pergi ke luar rumah. Warga emas, kanak-kanak, dan ibu yang mengandung haruslah
duduk dirumah ketika wabak ini merebak secara berterusan dari semasa ke semasa. Hal ini
dikatakan kerana golongan ini amatlah berisiko untuk dijangkit oleh virus ini dan berisiko untuk
mengalami masalah kritikal ketika dijangkiti oleh virus ini. Ketika masa ini, ramai orang sering
menempah makan melalui aplikasi Grab Food, Food Panda dan sebagainya. Bukan itu sahaja,
semasa duduk dirumah juga kita boleh membeli barang dari aplikasi Shoppe, Lazada, Amazon
dan sebagainya untuk mengelakkan pembelian barang di luar rumah. Ini salah salah satu
daripada inisiatif untuk mengurangkan penyebaran wabak ini dan sekali gus juga akan
memberikan pendapatan kepada mereka yang menjual barang di aplikasi tersebut. Hubungan
silatuharim antara ahli keluarga juga akan lebih rapat dari sebelum ini kerana pelbagai aktiviti
yang dapat dijalankan semasa duduk di rumah. Sebagaimana yang kita sedia maklum, kita dapat
menjalankan aktiviti dengan keluarga seperti mengemas bilik, memasak, bersenam, menanam
bersama dengan ahli keluarga sekali gus kita dapat mengetatkan hubungan kekeluarga kita.
Natijahnya, duduk di rumah ataupun tidak keluar dari rumah adalah salah satu norma yang
baharu yang memberikan impak postif kepada kita dalam menanani penyebaran wabak ini.

Sudah terang lagi bersuluh, norma yang baharu ini haruslah diterapkan dalam kehidupan kita
semasa penyebaran wabak Covid-19 agar berlakunya refromasi terhadap jumlah kes Covid-19
ini. Mata tabloid juga haruslah memainkan peranan yang penting dalam menangani masalah
Covid-19 ini. Dengan ada nya norma baharu ini, pelbagai maslahat yang kita dapat lihat dari
semasa ke sesama sama ada dalam bentuk positif atau negatif. Sinergi daripada rakyat kepada
kerajaan adalah penting dalam memutuskan ikatan wabak Covid-19 ini bertepatan dengan
peribahasa bagai aur dengan tebing. Sikap kerajaan Malaysia amat mementingkan rakyat dalam
mengelakkan kesusahan kepada mereka dan pelbagai bentuk bantuan yang diberi seperti wang
ringgit, makanan, tempat perindungan dan sebagai nya. Kita haruslah mematuhi segala peraturan
yang telah ditetapkan oleh kerajaan dalam menghalang penyebaran wabak ini agar kita dapat
hidup dalam keadaan sejahtera dan aman seperti dahulu lagi

(1679 patah perkataan)

Anda mungkin juga menyukai