Anda di halaman 1dari 2

1.

terangkan konsep norma budaya baharu berhubung pandemik covid-19

Seperti yang kita tahu, pandemic covid-19 telah menyebabkan begitu banyak
perubahan yang berlaku secara drastic. Hal ini kerana pandemic ini amat berbahaya dan
mampu merebak dengan lebih pantas. Apa yang lebih membimbangkan ialah pandemic ini
merebak tanpa boleh dilihat dengan mata kasar. Ia juga boleh menyebabkan kematian dengan
pantas. Berhubung dengan itu, kerjaan telah memikirkan satu cara dan melaksanakan norma
budaya baharu berkenaan pandemic covid-19 ini. Hal ini bagi mencegah dan mengurangkan
penularan wabak covid-19 ini.

2. (soalan)

Kewujudan pandemic baharu ini telah menyebabkan begitu banyak kekangan dan
halangan bagi semua negara terlibat. Antara halangan yang terdapat adalah hilang pekerjaan.
Hal ini kerana begitu banyak syarikat yang mengalami kerugian secara drastic akibat
daripada penularan pandemic tersebut. Seterusnya, jumlah pembeli dalam sesuatu premis
dikurangkan. Apabila ramai pembeli yang datang ke sesuatu premis tersebut untuk membeli
barang, ianya boleh menyebabkan pandemik itu berjangkit dengan wujudnya kontak rapat.
Selain itu, pemakaian pelitup separuh muka. Kekangan yang terdapat ialah mampu
menyebabkan kesukaran seseorang untuk bernafas tambahan bagi orang yang mempunyai
penyakit asma. Seterusnya, banyak sekolah-sekolah ditutup. Hal ini dapat menyebabkan
pelajaran dan akademik pelajar terjejas.

3. (soalan)

Walaubagaimanapun, setiap permasalahan juga pasti terdapat penyelesaiannya. Oleh


yang hal demikian, masyarakat juga telah memikirkan strategi untuk mengatasi masalah
pandemik ini. Antaranya ialah kemajuan teknologi. Kewujudan teknologi moden ini dapat
memberikan impak yang positif terhadap masyarakat. Sebagai contoh, kemajuan dalam
penggunaan Google Meet yang mana ianya dapat menjalankan kelas pembelajran secara atas
talian. Ia juga dapat menjalankan segala aktiviti berkenaan perjumpaan atau perbincangan
secara maya. Kesannya, pembelajaran atau kerja dapat diteruskan walaupun tidak dapat untuk
diteruskan secara bersemuka. Kemajuan teknologi juga dapat dibuktikan lagi dengan
wujudnya pelbagai pekerjaan secara atas talian. Antaranya ialah penjualan barangan secara
atas talian melalui aplikasi seperti shopee, lazada, amazon dan sebagainya. Pekerjaan lain
seperti trading yang berkenaan bisnes juga dapat diteruskan kerana wujudnya teknologi yang
kian maju. Selain itu, wujudnya sesuatu norma baharu iaitu penjarakan sosial. Norma ini
dilaksanakan agar virus ini tidak dapat merebak dengan mudah serta tidak menyebabkan
seseorang itu berjangkit dengan sewenag-wenangnya. Sepertimana yang kita ketahui, virus
atau penyakit ini dapat merebak melalui udara. Contohnya ialah percakapan dalam jarak yang
dekat. Selepas beberapa saintis membuat kajian, virus ini tidak sampai kepada seseorang
ketika mereka bercakap dalam jarak yang agak jauh iaitu berjarak satu meter. Walaupun agak
menyukarkan seseorang untuk berkomunikasi antara satu sama lain, namun ianya bagi
mengambil langkah berjaga-jaga agar pandemik ini tidak mudah untuk merebak dan
menyebabkan jangkitan terhadap seseorang tersebut. Selain itu, antara strategi yang dapat
dilaksanakan bagi menangani masalah ini ialah pemakaian pelitup separuh muka. Ianya
memang akan menyukarkan seseorang namun lebih banyak kesan positifnya berbanding
kesan negatifnya. Contohnya batuk atau bersin daripada seseorang. Setiap cecair yang
terkeluar daripada mulut ketika batuk atau bersin, terdapat begitu banyak virus dalam cecair
tersebut. Walhal, percakapan antara satu sama lain turut mampu menyebabkan penyakit ini
merebak dan berjangkit. Kewujudan pelitup separuh muka ini dapat menyekat virus daripada
terus tersebar terhadap orang lain. Apabila pelitup separuh muka tersebut telah digunakan,
ianya mesti dibuang terus ke dalam tong sampah atau tempat pembuangan. Kita tidak
digalakkan untuk mencuci dan menggunakan semula pelitup separuh muka itu kerana virus
yang terksesan pada pelitup separuh muka itu tida menjamin sepenuhnya virus itu akan
hilang dari pelitup itu dengan hanya cucian. Perkara ini harus dicegah agar tidak berlaku
penambahan virus akibat daripada sikap ini.

Anda mungkin juga menyukai