Anda di halaman 1dari 1

CARA-CARA MENCEGAH PENYAKIT BERJANGKIT

Pada era globalisasi ini, penyakit berjangkit semakin meningkat seantero dunia dan menjadi
sebuah topik yang hangat diperkatakan. Contoh yang paling ketara ialah virus Covid-19 yang giat
disiarkan kerana peningkatan angka kes positif dan kematian yang melonjak tinggi saban hari umpama
duri dalam daging. Hal ini membimbangkan semua pihak kerana penularannya berlaku dengan cepat
bagai cendawan tumbuh selepas hujan tanpa sebarang vaksin yang boleh mengubati penyakit itu
sepenuhnya. Oleh sebab itu, langkah pencegahan perlu diambil supaya penyakit ini dapat dikekang.
Persoalannya, apakah cara-cara mencegah penyakit berjangkit ini?.

Penjagaan kesihatan yang teliti merupakan mangkin utama keberkesanan pencegahan penyakit.
Hal ini boleh direalisasikan melalui membasuh tangan dengan cara yang betul mengikut saranan
Kementerian Kesihatan Malaysia bagi membunuh kuman yang mampu bertahan selama 3 jam
dipermukaan tangan. Amalan kerap membasuh tangan ini perlu dititikberatkan kerana anggota ini
banyak menyentuh pelbagai permukaan setiap hari dan merupakan salah satu pembawa utama
bakteria. Jika dilihat dari sudut yang lain pula, kaedah membasuh tangan yang betul juga mampu
mengurangkan risiko Penyakit tangan,kaki dan mulut atau lebih dikenali sebagai HFMD yang makin
menular dikalangan masyarakat terutamanya golongan kanak-kanak akibat kurang menjaga kebersihan.
Jelaslah bahawa membasuh tangan memang sangat penting kerana tangan kita mungkin kelihatan
bersih tetapi ini tidak bermakna ianya bersih dari sebarang kuman. Oleh itu, mencegah lebih baik
daripada mengubati.

Dalam pada itu, masyarakat juga perlulah memakai pelitup muka sekiranya berada di kawasan
terbuka dan ketika berjumpa dengan orang terutamanya dalam musim penularan virus Covid-19 ini
sebagai pelindungan diri kerana kita tidak tahu sama ada orang tersebut mahupun diri kita sendiri
membawa penyakit berbahaya itu. Bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan. Pemakaian
pelitup muka merupakan norma baharu yang telah diwajibkan terhadap seluruh rakyat Malaysia sebagai
langkah memutuskan rangkaian penyebaran virus tersebut kerana pepatah melayu ada berkata biar titik
jangan tumpah. Oleh sebab itu, produk ini telah banyak dijual dalam pelbagai jenis dan sangat mudah
didapati dengan harga yang berpatutan. Contohnya, pelitup muka boleh didapati di farmasi, pasar raya,
hospital dan malah boleh dibeli di aplikasi dalam talian seperti Shoppee, Lazada dan e-bay dengan
kemudahan Internet. Hal ini dapat memudahkan urusan pembelian pengguna disamping dapat
meningkatkan semula ekonomi negara. Benarlah, pemakaian pelitup muka dengan betul yang menutupi
hidung dan mulut sepenuhnya dapat melindungi seseorang dari terdedah dengan virus yang berbahaya.

https://www.wattpad.com/328735732-contoh-karangan-bm-kesan-kemasukan-pendatang-
asing

Anda mungkin juga menyukai