Anda di halaman 1dari 2

Dalam era globalisasi ini, penyakit berjangkit semakin meningkat di seluruh

dunia. Penyakit berjangkit telah menjejaskan kesihatan manusia dan


menjadi masalah kepada kita. Manusia tidak peka terhadap isu-isu yang
serius ini menyebabkan penyakit berjangkit merebak dengan cepatnya.
Kita mestilah mengambil berat terhadap masalah ini kerana mencegah
penyakit lebih baik daripada mengubatinya. Persoalannya, apakah cara-
cara menjauhi penyakit berjangkit? Perkara ini akan saya huraikan hingga
akar umbi.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa masyarakat mestilah
memakai penutup mulut dan hidung. Hal ini dikatakan demikian kerana
bakteria akan terperangkap dalam penutup itu. Penyakit berjangkit tidak
mudah menular antara satu sama lain. Setiap masyarakat patut
menggunakan penutup mulut dan hidung semasa berada di tempat yang
terbuka. Penutup ini boleh mengelakkan bakteria ini menular kepada orang
lain juga boleh menjaga diri daripada bakteria. Hal ini merupakan sesuatu
perlindungan kepada kita untuk menjaga kesihatan diri. Tegasnya,
memakai penutup mulut dan hidung dapat mengatasi masalah penyakit
berjangkit untuk merebak.
Selain itu, masyarakat boleh menggunakan pensanitasi tangan
semasa berada di luar rumah. Pensanitasi tangan ini dapat membunuh
bakteria yang berada pada tangan kita. Kita haruslah sentiasa memastikan
tangan kita adalah bersih supaya bakteria ini tidak akan menyerang badan
kita. Pihak berkuasa haruslah menyediakan pensanitasi tangan sebagai
kemudahan awam kepada setiap masyarakat. Oleh itu, kita boleh menjaga
kesihatan diri pada bila-bila masa sebelum nasi menjadi bubur. Kita
haruslah mengelakkan tangan kita daripada menyentuh pancaindera
supaya bakteria tidak akan memasuki ke dalam badan kita. Pendek kata,
pensanitasi tangan amat penting kepada kita untuk memastikan tangan kita
sentiasa bersih dan menjauhkan diri daripada penyakit berjangkit.
Di samping itu, manusia haruslah mematuhi penjarakan sosial
antara satu sama lain. Kita mestilah sentiasa menjarakkan diri semasa
berada di luar rumah. Kita mestilah menghentikan semua aktiviti luar untuk
memberikan kerjasama kepada pihak kerajaan. Contohnya, pihak kerajaan
telah menjalankan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Malaysia
sepanjang dua bulan. Penyakit berjangkit dapat dikawal dengan cepat jika
setiap masyarakat mematuhi arahan yang telah diberi oleh pihak berkuasa.
Setiap masyarakat mestilah bersatu padu untuk mengawal penularan
wabak ini kerana bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Jelaslah bahawa,
kita bertanggungjawab mematuhi penjarakan sosial ini untuk menjauhi
penyakit berjangkit.
Kesimpulannya, terdapat banyak cara-cara yang boleh kita lakukan
untuk menjauhkan diri daripada penyakit berjangkit. Pihak kerajaan
haruslah bijak memberikan arahan yang betul kepada masyarakat untuk
mengawal penularan wabak di negara kita. Setiap masyarakat mestilah
berganding bahu bagai aur dengan tebing dan mematuhi segala arahan yang
telah diberikan oleh pihak kerajaan supaya kes penyakit berjangkit dapat
dikurangkan. Saya berharap agar penyakit berjangkit dapat dikawal dengan
cepatnya supaya setiap masyarakat akan hidup dengan gembiranya.
Marilah kita sama-sama mencegah penyakit berjangkit daripada mendadak.

Anda mungkin juga menyukai