Anda di halaman 1dari 14

KEMPEN MEMBASUH TANGAN 1 1.

Pendahuluan Mencuci tangan merupakan amalan


kebersihan yang paling penting bagi setiap orang. Justeru, 15 Oktober setiap tahun
telah diadakan sambutan Hari Mencuci Tangan Sedunia bagi menunjukkan
kepentingannya terhadap faktor kebersihan. Hari Mencuci Tangan Sedunia telah
diisytiharkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu sempena dengan Tahun
Sanitasi Antarabangsa 2008.Hari Mencuci Tangan Sedunia bertujuan untuk
meningkatkan kesedaran kepentingan kebersihan diri. Mencuci tangan dengan
sabun adalah cara yang paling berkesan untuk mencegah penyakit seperti cirit-birit
dan pneumonia. Walaupun semua orang mencuci tangan dengan air tetapi tidak
semua orang mecuci tangan dengan sabun selepas menggunakan tandas atau
sebelum mengendalikan makanan. Mencuci tangan dengan sekerap mungkin
dengan sabun satu cara terbaik, paling mudah, murah dan berkesan menghalang
penularan penyakit berjangkit.Tahukah anda tangan antara anggota yang banyak
mengandungi organisama halus sama ada kuman bakteria, virus, alga dan kulat
yang membiak pada tangan yang kotor?. Dalam masa sehari terdapat ratusan
permukaan yang kita sentuh. Di atas permukaan yang kita sentuh ada
mengandungi pelbagai organisma halus kuman bakteria dan virus menjadi punca
penyakit. Penyakit yang mudah tersebar melalui sentuhan adalah seperti jakitan
saluran pernafasan (selesema, influenza, demam), penyakit tangan, kaki dan mulut,
masalah usus dan hepatitis A yang disebabkan masalah makanan tercemar akibat
tidak mencuci tangan dengan bersih. Menurut jurnal perubatan Lancet (2003)
melaporkan bahawa setiap tahun lebih 3.5 juta kanak-kanak berumur di bawah lima
tahun meninggal dunia akibat cirit-birit dan jangkitan akut pada saluran pernafasan.
Kebanyakan banyak berlaku kepada negara yang sedang membangun khususnya
masyarakat berpendapatan rendah. Justeru itu, Malaysia telah menyokong kempen
membasuh tangan sedunia yang diadakan pada setiap tahun yang dianjurkan oleh
pelbagai pihak termasuklah badan kerajaan mahupun swasta serta badan bukan
kerajaan lain yang berganding bahu membuat promosi secara besar-besaran
melalui pelbagai pendekatan media komunikasi. Tumpuan kempen di mulakan
daripada pendidikan di peringkat sekolah rendah dimana pendedahan diberikan
kepada semua pelajar di beberapa buah sekolah rendah yang terpilih bahagian
negeri di seluruh Malaysia. Sempena pelancaran kempen membasuh tangan
dengan betul di sampaikan oleh pakar perubatan yang akan membuat demonstrasi
membasuh tangan di samping pelbagai aktiviti lain-lain seperti seminar, edaran
risalah dan poster di sekolah dan tempat lain-lain. Bila perlu cuci tangan?, Bila-bila
masa yang dirasakan perlu. Lebih kerap adalah lebih baik supaya mengurangkan
jumlah organisma halus berbahaya di tangan kita. Adalah memang agak mustahil
untuk membebaskan tangan daripada kuman tetapi mencuci tangan sekerap
mungkin dapat menghadkan pembiakan bakteria, virus, kulat dan alga. Kenyataan
di bawah menunjukkan bila perlu membasuh tangan dalam mengendalikan sesuatu
pekerjaan seperti berikut: Cuci tangan sebelum: Menyediakan makanan
(memasak) Menghidangkan makanan Makan Menyentuh orang sakit Merawat
luka atau memberi ubat kepada orang lain. Memakai atau menanggalkan kanta
sentuh Menyentuh bayi atau kanak-kanak kecil (di bawah umur lima tahun) atau

golongan tua (melebihi 65 tahun). Cuci tangan selepas Menyediakan makanan


terutama mengendalikan daging, ayam dan ikan. Keluar daripada tandas.
Menukar lampin Menyentuh haiwan peliharaan Menyentuh mainan kanak-kanak.
Menutup mulut dengan tangan apabila bersin atau batuk. Merawat luka
Menyentuh orang sakit. Selepas selesai membuat kerja mengemas rumah.
Setiap kali tangan kotor Apabila tangan terkena darah atau cecair badan. Kerap
membasuh tangan apabila selesema Cara mencuci tangan dengan betul dan
berkesan 1. mencuci tangan menggunakan sabun dan air basahkan tangan dengan
lumurkan sabun. Gosok kedua-dua tangan sekurang-kurangnya 15 minit dengan
tumpuan pada tapak tangan, celah jari, kuku bahagian belakang dan pergelangan
tangan. Akhir sekali, bilas dengan air bersih dan lap hingga kering. 2. Mencuci
tangan dengan cecair pembersih tangan anti bakteria Letakkan beberapa titisan
cecair pembersih di tapak tangan , rapatkan kelima-lima jari dan gosokkan hujung
jari supaya ia mengena pada kuku serta segera gosokkan kedua-dua belah tangan
(depan, belakang dan pergelangan tangan) sehingga cecair pembersih kering.
Ulang untuk kuku sebelah lagi. 3. Penggunaan tisu lembap anti bakteria
Penggunaan tisu lembap juga menjadi pilihan baik terutama ketika anda berada di
luar rumah jauh daripada punca air. Objektif 1) Memupuk dan menyokong budaya
mencuci tangan dengan sabun kepada semua warga Malaysia. 2) Memperkukuhkan
budaya mencuci tangan dengan sabun kepada semua warga Malaysia sebagai
suatu amalan dalam kehidupan. 3) Mendidik masyarakat supaya lebih proaktif dan
positif dalam pencengahan jangkitan penyakit melalaui amalan mencuci tangan
dengan betul dan berkesan. 3 kelompok sasaran I. Pelajar sekolah sejak awal
permulaan kempen membasuh tangan di peringkat Malaysia mensasarkan generasi
muda kanak-kanak sekolah rendah umur tujuh tahun sehingga sepuluh tahun.
Kanak-kanak adalah generasi awal yang diberi penekanan aspek kebersihan tangan.
Ini kerana kanak-kanak adalah golongan yang mudah terdedah kepada wabak
jangkitan virus, kuman dan bakteria. Mereka diberikan maklumat pendedahan
bagaimana mencuci tangan dengan betul. Golongan profesional seperti pakar
kesihatan akan menyampaikan khidmat nasihat kesihatan disamping menunjukkan
cara-cara membasuh tangan dengan betul. Melalui pendekatan ini, kempen
membasuh tangan dengan sabun menjadi amalan kanak-kanak tersebut. Ibu bapa
pelajar juga perlu mengambil berat sikap anak supaya melakukan pembersihan
tangan dengan sabun di rumah. Mencuci tangan dengan sabun adalah cara yang
paling berkesan untuk mencegah jangkitan penyakit seperti cirit birit dan
pneumonia yang merupakan punca utama kematian kanak-kanak di dunia. II.
Komuniti masyarakat terutamanya keluarga dan masyarakat sekitar yang diberikan
pendedahan tentang penjagaan kebersihan adalah melalui Kempen Membersih
Tangan. Ramai dalam kalangan masyarakat tidak mengetahui kepentingan
membasuh tangan dengan betul. Mereka menjalankan kehidupan seharian tanpa
menyedari pembiakan kuman pada setiap masa. Tangan adalah bahagian anggota
yang mengandungi banyak kuman dan bakteria. Tanpa kita sedari kuman merebak
dibahagian tangan walaupun telah mencuci tangan. Namun, masyarakat perlu tahu
dan sedar membasuh tangan dengan air tidak menghapuskan kuman pada tangan.

Oleh itu, pelbagai produk kesihatan telah mempromosi produk kesihatan (Antibax,
Lifebuoy, Detto,Protexl) kepada komuniti dalam kempen membasuh tangan dengan
sabun. Cara terbaik menghapus kuman adalah dengan membasuhkan tangan
dengan sabun. III. Pekerja perubatan Menurut ketua unit kawalan penyakit
berjangkit Hospital sungai Buloh, Dr Christopher Lee dalam ucapan majlis penutup
kempen Tangan Bersih,Hidup Sihat yang dijalankan dengan kerjasama Antabax
dan Hospital sungai Buloh ada menyatakan bahawa tangan petugas perubatan
seperti doktor, jururawat dan pekerja hospital lain juga boleh tercemar melalui
perlbagai cara termasuklah ketika mengambil darah pesakit, membantu pesakit
bergerak, menyentuh pakaian atau cadar tilam pesakit, memengang peralatan
dalam wad termasuklah katil, lampu meja mahupun pam intravenus (bagi
memasukkan cecair ke dalam saluran darah). Oleh itu, pencucian tangan adalah
sangat penting bagi petugas perubatan kerana mereka boleh memindahkan
bakteria atau virus daripada pesakit kepada pesakit lain atau pada diri sendiri. Jadi
sebagai pesakit kita berhak meminta doktor atau jururawat untuk membersihkan
tangan mereka terlebih dahulu sebelum memberi rawatan atau membuat
pemeriksaan terhadap pesakit. IV. pekerja kaunter industri pengangkutan dan
pelancongan pekerja sektor ini mudah terdedah dengan jangkitan kuman bakteria
disebabkan pekerja menyentuh permukaan yang kerap disentuh oleh orang ramai.
Petugas di bahagian perkhidmatan kaunter adalah penting mengamalkan
pembersihan tangan dengan betul disebabkan kerja tersebut menghadapi risiko
tinggi menerima jangkitan wabak bakteria dan virus. V. penyediaan dan khidmat
makanan kebersihan sepanjang masa dimana sebelum dan selepas mengendalikan
makanan termasuk memasak, makan, mengendalikan bahan makanan dan
sebagainya yang dikatakan menyediakan makanan sama ada untuk diri, keluarga
atau orang lain dimana sahaja berada mahupun di rumah atau di luar rumah.
Individu yang kerap selesema, bersin dan batuk tidak sesuai menyediakan makanan
kerana menghadapi risiko jangkitan kuman bakteria. Perkembangan kempen I.
Peringkat awal Diwartakan pada 15 oktober 2008, Hari membasuh Tangan sedunia
pertama kalinya diadakan lebih 70 buah negara yang merentasi 5 benua. Tujuan
adalah memotivasikan jutaan manusia di seluruh dunia agar membasuh tangan
menggunakan sabun. Di malaysia, usaha didokong menerusi Kempen bulan
Membasuh Tangan Global yang pertama sekali dilaksanakan oleh pihak Uniler (M)
Holding Sdn.Bhd menerusi produk Lifebuoy pada 9 Disember 2008. Kempen
Membasuh Tangan Global Lifebuoy yang berlangsung sepanjang bulan November
lalu berjaya mendidik lebih 62,000 murid sekolah rendah di seluruh negara. Kempen
Membasuh Tangan semakin mendapat sambutan daripada khalayak apabila
timbulnya pelbagai wabak penyakit seperti Virus H1N1, penyakit tangan, kaki dan
mulut jangkitan enterovirus 71, SARS dan wabak penyakit berbahaya lain. Banyak
daripada produk kesihatan tampil menganjurkan promosi gaya hidup sihat melalui
kempen Membasuh Tangan di adakan secara besar-besaran di seluruh negara.
Malaysia juga tidak ketinggalan, mengadakan Kempen Membasuh Tangan. Antara
produk yang menganjurkan kempen ini termasuklah Antabax, Protex, Dettol,
Lifebuoy dengan kerjasama badan kerajan termasuklah Kementerian Kesihatan

Malaysia dan Kementerian Pelajaran Malaysia. Di samping itu, badan bukan


kerajaan (NGO) yang menjayakan program Kempen Membasuh Tangan dengan
sabun supaya masyarakat lebih prihatin serta sedar akan kepentingan menjaga
kebersihan. Program kempen kesedaran ini melibatkan khidmat nasihat kesihatan,
demonstrasi membasuh tangan dengan sabun, seminar dan lain-lain. Kajian Institut
Penyelidikan Tingkah laku, Kementerian Kesihatan pada 2009 mendapati tahap
kesedaran dan amalan mencuci tangan adalah sangat tinggi lanjutan daripada
kempen kebersihan diri yang dijalankan di media massa secara intensif berikutan
wabak H1N1. II. Peringkat pada masa sekarang Program kempen Membasuh Tangan
adalah lanjutan daripada kempen-kempen yang telah diadakan pada sebelum ini.
Pelancaran kempen Membasuh Tangan masih dilancarkan mengunakan pendekatan
yang sama untuk meningkatkan kesedaran orang ramai. Jika kempen ini tidak
dilakukan dari semasa ke semasa amalan masyarakat dalam membudayakan
membasuh tangan dengan sabun tidak menjadi. Kempen membasuh Tangan hanya
tinggal matlamat dan objektif sahaja. Justeru itu, pelbagai pihak kerajaan, swasta
dan bukan badan kerajaan (NGO) berganding bahu memotivasi masyarakat
menjaga kebersihan tangan. Kempen melalui media massa termasuklah edaran
risalah, poster dan iklan dalam televisyen. Tambahan lagi selebriti tempatan
menjadi duta produk kesihatan. Aktiviti-aktiviti dalam Kempen Membasuh Tangan
adalah seperti Pelancaran Doktor Kecil Lifebouy untuk kanak-kanak sekolah rendah,
maskot Germ Buster, lagu kebersihan, pertandingan melukis dan mewarna.
Sambutan kempen bertemakan Kebersihan Tangan 1Malaysia merupakan kempen
yang baharu diadakan pada tahun ini. Reaksi rakyat Malaysia terhadap kempen
basuh tangan dijalankan adalah positif. Hasilnya dapat dilihat melalui tahap
kesedaran tinggi di kalangan orang awam serta trend penurunan pada beberapa
penyakit yang mempunyai hubung kait dengan kebersihan tangan. Sebagai contoh
proxy indicator trend penurunan kejadian kluster penyakit serupa influenza (ILI)
menurun 74 peratus bagi tempoh 1 Januari hingga 15 Oktober lalu berbanding
tempoh sama pada 2010 (iaitu 120 kluster ILI pada 2011 berbanding 471 kluster
pada 2010. komunikasi strategik media interpersonal Menggunakan pendekatan
kemanusiaan dimana individu telah mengaplikasikan komunikasi pembujukan
tujuan supaya menarik minat khalayak terutamanya golongan kanak-kanak dan
dewasa mengikuti program Kempen Membasuh Tangan. Unilever (M) Holding
Sdn.Bhd menerusi produk lifebuoy telah datang ke sekolah kebangsaan Bangsar
untuk mempromosi gaya hidup sihat supaya pelajar sedar akan kepentingan
membasuh tangan. justeru itu, tiga wakil Lifebuoy berdiri di pentas menyampaikan
nasihat bagaimana cara menghapuskan kuman bakteria dengan membasuh keduadua tangan mengunakan air dan sabun Lifebuoy. Ini termasuklah membuat
demonstrasi dan mengesan kuman di bawah cahaya berwarna biru menggunakan
alat yang di beri nama glo-germ demo. Selain daripada itu, produk kesihatan
termasuklah Dettol, Antabax dan Protex dengan kerjasama Kementerian Kesihatan
Malaysia dan badan bukan kerajaan lain membantu meningkatkan usaha Kempen
Membasuh Tangan di peringkat sekolah, agensi kerajaan, swasta mahupun
perkhidmatan kaunter dan sebagainya. Institusi ini memainkan peranan penting

dalam menjalankan tanggungjawab sosial mereka. Sempena kempen membasuh


tangan mereka menganjurkan seminar dan demonstrasi mencuci tangan,
pertandingan melukis dan mewarna poster, menyanyikan lagu kebersihan khas
untuk pelajar-pelajar sekolah rendah. b Media massa Sempena kempen membasuh
tangan di sepanjang kempen tersebut mengadakan promosi besar-besaran
terutamanya media massa termasuklah televisyen, radio, majalah, risalah dan
sebagainya. Kempen membasuh tangan di perhebatkan lagi dengan promosi gaya
kesihatan yang di tunjukkan oleh produk kesihatan Antabax, Dettol, Protex dan
Lifebuoy dengan kerjasama daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. Iklan
kesihatan yang bertujuan menasihati orang ramai supaya menjaga kebersihan
dengan membasuh tangan dengan cara yang betul sama ada menggunakan sabun,
cecair anti bakteria dan tisu lembap anti bakteria. Maklumat yang memberi
pengetahuan kepada khalayak khursusnya masyarakat. Iklan yang memberi
pengetahuan kesihatan ini sentiasa diberi perhatian dimana iklan ini sentiasa di
ulang siar setiap masa di kaca televisyen walaupun bukan sempena kempen
tersebut. Kempen Membasuh Tangan dilihat adalah semakin rancak dengan promosi
produk kesihatan seperti Dettol, Protex, Lifebuoy dan Antabax yang mendapat
sambutan menggalakkan daripada pelanggan. Tambahan pula, iklan di sokong
dengan selebriti terkenal tanah air menarik minat orang ramai terhadap kempen
kesihatan tersebut. Sebagai contoh, selebriti tanah air penghibur dan pelakon Amy
Mastura merupakan duta kepada iklan produk Lifebuoy yang dipaparkan di
televisyen pada masa kini. Selain itu, terdapat juga edaran risalah dan poster
pendidikan kepada sekolah, restoren, hospital, sektor pengangkutan dan lain-lain
seluruh negeri di Malaysia. produk kebersihan (Dettol, Antabax, Protex, Lifebuoy)
Produk kesihatan menjalankan tanggungjawab sosial korporat dengan
menganjurkan Kempen Membasuh tangan menggunakan sabun dengan bersih.
Kempen kesedaran sosial yang dijalankan di peringkat sekolah rendah terpilih di
bahagian seluruh negeri. Agensi ini bertindak sebagai agen perubahan sosial.
Mereka menghantar wakil yang membuat demonstrasi membasuh tangan dengan
sabun serta menggunakan bahan pembelajaran integratif bagi menyampaikan
mesej kesihatan tersebut. Lifebuoy telah menjadikan selebriti Amy Mastura sebagai
duta produk kesihatan tersebut. d. Kementerian Kesihatan Malaysia dan
Kementerian Pelajaran Malaysia Timbalan ketua Pengarah kementerian Kesihatan,
Datuk Dr Hasan Abdul Rahman, berkata tiga bidang keberhasilan utama dikenal
pasti di peringkat kementerian di bawah teras keempat Rancangan Malaysia ke
sepuluh ialah berkaitan kesihatan. Bidang pertama, membabitkan perubahan sektor
kesihatan melalui tahap kecekapan dan keberkesanan dalam sistem penyampaian
perkhidmatan kesihatan. Bidang kedua ialah mebina kesedaran berhubung
kesihatan dan menggalakkan gaya hidup sihat. Bidang ketiga ialah untuk usaha
menggalakkan rakyat Malaysia untuk lebih bertanggungjawab terhadap kesihatan.
Manakala, Kementerian Pelajaran Malaysia turut mengambil bahagian dalam
Kempen Membasuh Tangan peringkat sekolah-sekolah rendah. Kempen ini amat
sesuai kerana mendidik dan mengajar kanak-kanak sekolah berhubung kepentingan
membasuh tangan. Pencapaian KAP Knowlegde, attitude and Practices (KAP)

merupakan model kaji selidik yang membawa maksud pengetahuan, sikap dan
amalan. Definisi bagi setiap perkataan dengan contoh daripada Kempen Membasuh
Tangan adalah seperti berikut: K: pengetahuan tetang pemahaman yang diperoleh
daripada sumber maklumat sama ada melalui teknologi komunikasi seperti media
massa dan elektronik. Tahap pengetahuan di ukur melalui tinjauan yang membantu
memperoleh sumber maklumat. Sebagai contoh, dalam penilaian kesihatan
pengetahuan tentang membasuh tangan menggunakan air dengan sabun melalui
kempen kesedaran daripada media massa dan elektronik untuk mencegah sebarang
jangkitan penyakit seperti cirit-birit, H1N1, dan SARS. Persoalan adakah membasuh
tangan menggunakan air sahaja dapat membunuh kuman bakteria pada tangan?
( ya/tidak/tidak diketahui). A: sikap menunjukkan kita bagaimana individu suka atau
tidak suka pada sesuatu perkara dan akhirnya menentukan perilaku individu
tersebut. Pembolehubah diantara situasi dengan tindak balas. Ia cenderung menjadi
suatu amalan dalam sikap individu tersebut. Hubungan yang tidak signifikan
diantara amalan dan sikap. Ini kerana, Amalan tidak mempengaruh sikap individu.
Individu boleh bersikap sama ada peduli atau tidak ambil peduli daripada kempen
Membasuh Tangan tersebut. Contohnya, jika anda didedahkan dengan pengetahuan
membasuh tangan dengan cara yang betul, adakah membasuh tangan dengan
sabun dijadikan amalan dalam kehidupan mereka? (Ya/tidak/tidak mengetahui). P:
amalan sikap yang diperhatikan akibat daripada tindak balas ransangan maklumat.
Individu cenderung bertindak balas terhadap maklumat yang diperolehinya, adalah
tujuan amalan kesihatan. Individu mengumpul maklumat, menganalisis maklumat
dan mengesahkan maklumat. Kemudian sikap dan amalan yang signifikan dimana
sikap mempengaruhi amalan untuk perubahan hidup individu tersebut. Contohnya,
adakah anda melakukan cara membasuh tangan dengan betul? (ya/tidak/tidak
mengetahui). penajaan ncaran Kempen Membasuh Tangan kerjasama di antara
sektor awam dan swasta Sebagai contoh, Kementerian Kesihatan Malaysia, pihak
swasta dan awam bergabung tenaga lancarkan Kempen Tangan Bersih (Oktober
10,2011). Antabax rangkaian penjagaan bahan anti bakteria dan Kementerian
Kesihatan Malaysia kembali bergabung tenaga untuk tahun kedua bagi
mempertingkatkan kesedaran dan menggalakkan tabiat mencuci tangan di
peringkat kebangsaan melalui kempen Kebersihan Tangan 1Malaysia. Bertemakan
Tangan Bersih Rakyat 1Malaysia Sihat. Kementerian Kesihatan malaysia, Antabax
MAHEO (Persatuan Pengawai pendidikan Kesihatan) dengan sokongan Hospital
sungai Buloh dan 10 hospital persendirian. Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk
Rosnah Abdul Rashid Shirlin, berkata Bulan Kebersihan Tangan 1Malaysia
merupakan manifestasi semangat Rakyat Diutamakan sebagaimana visi
1malaysia Perdana Menteri demi membina negara yang lebih sihat melalui tabiat
mencuci tangan yang betul. Tangan Bersih rakyat 1Malaysia sihat ialah tema
kebangsaan yang mencerminkan kepercayaan jenama ini bahawa kerjasama
dengan banyak rakan kongsi boleh menjadi amalan kebersihan tangan yang betul
sebagai tabiat yang boleh memberi persediaan kepada negara untuk
keberangkalian sebarang pandemik.Antabax menyediakan sabun tangan dan
membekalkan mereka dengan bahan-bahan pendidikan seperti poster dan risalah

yang telah disediakan bersama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia. II. Pel
Kempen Kesedaran dengan mempromosi produk kesihatan Sebagai contoh, Antabax
Sasar 2 juta Orang Sertai Kempen kebersihan Tangan 1Malaysia (Oktober 14,
2011). Pengurus Produk Lam Soon, Angeline Sim berkata kempen anjuran bersama
Antabax dan Kementerian Kesihatan Malaysia bertujuan membasmi penularan
wabak penyakit berjangkit. Antabax mengedarkan produk-produk, poster dan
risalah pendidikan kepada sekolah, restoran dan hab pengangkutan. Selain itu,
pengajuran seminar dan demonstrasi mencuci tangan oleh profesional perubatan.
Selain itu, Kempen Membasuh Tangan menggunakan sabun Lifebuoy pada 9
Disember 2011. Di Malaysia, usaha di dokong menerusi kempen Bulan membasuh
Tangan Global yang dilaksanakan oleh pihak Unilever (M) Holdings Sdn.Bhd
menerusi produknya Lifebuoy. Tiga wakil Lifebuoy melakukan demonstrasi cara
membasuh tangan sambil diikuti murid-murid sekolah berkenaan. Penutup Jelas
dilihat kebanyakan kempen Membasuh Tangan telah dilaksanakan di peringkat
sekolah, sektor awam, swasta dan sebagainya. Kempen kesedaran ini telah
membuka mata ramai pihak tentang kepentingan menjaga kebersihan tangan. Ini
kerana tangan yang dibasuh dengan air tidak dapat membunuh kuman bakteria
yang ada pada tangan setiap induvidu. Pelbagai pihak termasuklah agensi kerajaan,
swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) berganding bahu melaksanakan dan
menjayakan kempen Membasuh Tangan secara besar-besaran diadakan di seluruh
negeri. Aktiviti-aktiviti Kempen Membasuh Tangan adalah seperti pelancaran Doktor
Kecil Lifebuoy untuk kanak-kanak sekolah rendah, maskot Germ Buster, lagu
kebersihan, pertandingan melukis dan mewarna. Namun, Adakalanya kita melihat
dari sudut sejauhmana kempen Membasuh Tangan dilaksanakan di kawasan luar
bandar. Adakah pihak kerajaan mengambil tahu dan peduli tentang pengetahuan
penduduk luar bandar tentang kesihatan. Kawasan pedalaman misalnya
perkampungan Orang Asli kurang pendedahan terhadap kepentingan menjaga
kebersihan. Ini kerana faktor ketidak capaian mengakses maklumat daripada media
komunikasi misalnya televisyen, radio dan majalah. Seharusnya, pelbagai pihak
tampil diri mengadakan program kesedaran kepada seluruh warga Malaysia tanpa
ada warga yang ketinggalan dalam kempen tersebut. Bukan hanya setakat
mengadakan di kawasan terpilih terutama kawasan bandar. Malah, di adakan di
seluruh negeri mahupun kawasan bandar dan luar bandar. Kempen Membasuh
Tangan bertemakan Tangan Bersih, 1Malaysia perlu diadakan secara besarbesaran melibatkan keseluruhan warga Malaysia. Keadaan ini dikatakan mencapai
visi rakyat didahulukan. Ini bermakna pencapaian kesihatan penduduk akan
terlaksana dengan jayanya. Selain daripada tujuan utama memotivasikan dan
mempromosikan gaya hidup sihat dengan membasuh tangan menggunakan sabun
dengan betul. Langkah membasuh tangan dengan betul adalah langkah terbaik
untuk mencegahan penyakit berbahaya. Ia dikatakan mencegah penyakit lebih baik
daripada mengubati penyakit. Reference
Copy and WIN : http://bit.ly/copynwinKEMPEN MEMBASUH TANGAN 1 1. Pendahuluan
Mencuci tangan merupakan amalan kebersihan yang paling penting bagi setiap

orang. Justeru, 15 Oktober setiap tahun telah diadakan sambutan Hari Mencuci
Tangan Sedunia bagi menunjukkan kepentingannya terhadap faktor kebersihan. Hari
Mencuci Tangan Sedunia telah diisytiharkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa
Bersatu sempena dengan Tahun Sanitasi Antarabangsa 2008.Hari Mencuci Tangan
Sedunia bertujuan untuk meningkatkan kesedaran kepentingan kebersihan diri.
Mencuci tangan dengan sabun adalah cara yang paling berkesan untuk mencegah
penyakit seperti cirit-birit dan pneumonia. Walaupun semua orang mencuci tangan
dengan air tetapi tidak semua orang mecuci tangan dengan sabun selepas
menggunakan tandas atau sebelum mengendalikan makanan. Mencuci tangan
dengan sekerap mungkin dengan sabun satu cara terbaik, paling mudah, murah
dan berkesan menghalang penularan penyakit berjangkit.Tahukah anda tangan
antara anggota yang banyak mengandungi organisama halus sama ada kuman
bakteria, virus, alga dan kulat yang membiak pada tangan yang kotor?. Dalam masa
sehari terdapat ratusan permukaan yang kita sentuh. Di atas permukaan yang kita
sentuh ada mengandungi pelbagai organisma halus kuman bakteria dan virus
menjadi punca penyakit. Penyakit yang mudah tersebar melalui sentuhan adalah
seperti jakitan saluran pernafasan (selesema, influenza, demam), penyakit tangan,
kaki dan mulut, masalah usus dan hepatitis A yang disebabkan masalah makanan
tercemar akibat tidak mencuci tangan dengan bersih. Menurut jurnal perubatan
Lancet (2003) melaporkan bahawa setiap tahun lebih 3.5 juta kanak-kanak berumur
di bawah lima tahun meninggal dunia akibat cirit-birit dan jangkitan akut pada
saluran pernafasan. Kebanyakan banyak berlaku kepada negara yang sedang
membangun khususnya masyarakat berpendapatan rendah. Justeru itu, Malaysia
telah menyokong kempen membasuh tangan sedunia yang diadakan pada setiap
tahun yang dianjurkan oleh pelbagai pihak termasuklah badan kerajaan mahupun
swasta serta badan bukan kerajaan lain yang berganding bahu membuat promosi
secara besar-besaran melalui pelbagai pendekatan media komunikasi. Tumpuan
kempen di mulakan daripada pendidikan di peringkat sekolah rendah dimana
pendedahan diberikan kepada semua pelajar di beberapa buah sekolah rendah
yang terpilih bahagian negeri di seluruh Malaysia. Sempena pelancaran kempen
membasuh tangan dengan betul di sampaikan oleh pakar perubatan yang akan
membuat demonstrasi membasuh tangan di samping pelbagai aktiviti lain-lain
seperti seminar, edaran risalah dan poster di sekolah dan tempat lain-lain. Bila perlu
cuci tangan?, Bila-bila masa yang dirasakan perlu. Lebih kerap adalah lebih baik
supaya mengurangkan jumlah organisma halus berbahaya di tangan kita. Adalah
memang agak mustahil untuk membebaskan tangan daripada kuman tetapi
mencuci tangan sekerap mungkin dapat menghadkan pembiakan bakteria, virus,
kulat dan alga. Kenyataan di bawah menunjukkan bila perlu membasuh tangan
dalam mengendalikan sesuatu pekerjaan seperti berikut: Cuci tangan sebelum:
Menyediakan makanan (memasak) Menghidangkan makanan Makan
Menyentuh orang sakit Merawat luka atau memberi ubat kepada orang lain.
Memakai atau menanggalkan kanta sentuh Menyentuh bayi atau kanak-kanak
kecil (di bawah umur lima tahun) atau golongan tua (melebihi 65 tahun). Cuci
tangan selepas Menyediakan makanan terutama mengendalikan daging, ayam

dan ikan. Keluar daripada tandas. Menukar lampin Menyentuh haiwan


peliharaan Menyentuh mainan kanak-kanak. Menutup mulut dengan tangan
apabila bersin atau batuk. Merawat luka Menyentuh orang sakit. Selepas
selesai membuat kerja mengemas rumah. Setiap kali tangan kotor Apabila
tangan terkena darah atau cecair badan. Kerap membasuh tangan apabila
selesema Cara mencuci tangan dengan betul dan berkesan 1. mencuci tangan
menggunakan sabun dan air basahkan tangan dengan lumurkan sabun. Gosok
kedua-dua tangan sekurang-kurangnya 15 minit dengan tumpuan pada tapak
tangan, celah jari, kuku bahagian belakang dan pergelangan tangan. Akhir sekali,
bilas dengan air bersih dan lap hingga kering. 2. Mencuci tangan dengan cecair
pembersih tangan anti bakteria Letakkan beberapa titisan cecair pembersih di
tapak tangan , rapatkan kelima-lima jari dan gosokkan hujung jari supaya ia
mengena pada kuku serta segera gosokkan kedua-dua belah tangan (depan,
belakang dan pergelangan tangan) sehingga cecair pembersih kering. Ulang untuk
kuku sebelah lagi. 3. Penggunaan tisu lembap anti bakteria Penggunaan tisu lembap
juga menjadi pilihan baik terutama ketika anda berada di luar rumah jauh daripada
punca air. Objektif 1) Memupuk dan menyokong budaya mencuci tangan dengan
sabun kepada semua warga Malaysia. 2) Memperkukuhkan budaya mencuci tangan
dengan sabun kepada semua warga Malaysia sebagai suatu amalan dalam
kehidupan. 3) Mendidik masyarakat supaya lebih proaktif dan positif dalam
pencengahan jangkitan penyakit melalaui amalan mencuci tangan dengan betul
dan berkesan. 3 kelompok sasaran I. Pelajar sekolah sejak awal permulaan kempen
membasuh tangan di peringkat Malaysia mensasarkan generasi muda kanak-kanak
sekolah rendah umur tujuh tahun sehingga sepuluh tahun. Kanak-kanak adalah
generasi awal yang diberi penekanan aspek kebersihan tangan. Ini kerana kanakkanak adalah golongan yang mudah terdedah kepada wabak jangkitan virus, kuman
dan bakteria. Mereka diberikan maklumat pendedahan bagaimana mencuci tangan
dengan betul. Golongan profesional seperti pakar kesihatan akan menyampaikan
khidmat nasihat kesihatan disamping menunjukkan cara-cara membasuh tangan
dengan betul. Melalui pendekatan ini, kempen membasuh tangan dengan sabun
menjadi amalan kanak-kanak tersebut. Ibu bapa pelajar juga perlu mengambil berat
sikap anak supaya melakukan pembersihan tangan dengan sabun di rumah.
Mencuci tangan dengan sabun adalah cara yang paling berkesan untuk mencegah
jangkitan penyakit seperti cirit birit dan pneumonia yang merupakan punca utama
kematian kanak-kanak di dunia. II. Komuniti masyarakat terutamanya keluarga dan
masyarakat sekitar yang diberikan pendedahan tentang penjagaan kebersihan
adalah melalui Kempen Membersih Tangan. Ramai dalam kalangan masyarakat
tidak mengetahui kepentingan membasuh tangan dengan betul. Mereka
menjalankan kehidupan seharian tanpa menyedari pembiakan kuman pada setiap
masa. Tangan adalah bahagian anggota yang mengandungi banyak kuman dan
bakteria. Tanpa kita sedari kuman merebak dibahagian tangan walaupun telah
mencuci tangan. Namun, masyarakat perlu tahu dan sedar membasuh tangan
dengan air tidak menghapuskan kuman pada tangan. Oleh itu, pelbagai produk
kesihatan telah mempromosi produk kesihatan (Antibax, Lifebuoy, Detto,Protexl)

kepada komuniti dalam kempen membasuh tangan dengan sabun. Cara terbaik
menghapus kuman adalah dengan membasuhkan tangan dengan sabun. III. Pekerja
perubatan Menurut ketua unit kawalan penyakit berjangkit Hospital sungai Buloh,
Dr Christopher Lee dalam ucapan majlis penutup kempen Tangan Bersih,Hidup
Sihat yang dijalankan dengan kerjasama Antabax dan Hospital sungai Buloh ada
menyatakan bahawa tangan petugas perubatan seperti doktor, jururawat dan
pekerja hospital lain juga boleh tercemar melalui perlbagai cara termasuklah ketika
mengambil darah pesakit, membantu pesakit bergerak, menyentuh pakaian atau
cadar tilam pesakit, memengang peralatan dalam wad termasuklah katil, lampu
meja mahupun pam intravenus (bagi memasukkan cecair ke dalam saluran darah).
Oleh itu, pencucian tangan adalah sangat penting bagi petugas perubatan kerana
mereka boleh memindahkan bakteria atau virus daripada pesakit kepada pesakit
lain atau pada diri sendiri. Jadi sebagai pesakit kita berhak meminta doktor atau
jururawat untuk membersihkan tangan mereka terlebih dahulu sebelum memberi
rawatan atau membuat pemeriksaan terhadap pesakit. IV. pekerja kaunter industri
pengangkutan dan pelancongan pekerja sektor ini mudah terdedah dengan
jangkitan kuman bakteria disebabkan pekerja menyentuh permukaan yang kerap
disentuh oleh orang ramai. Petugas di bahagian perkhidmatan kaunter adalah
penting mengamalkan pembersihan tangan dengan betul disebabkan kerja tersebut
menghadapi risiko tinggi menerima jangkitan wabak bakteria dan virus. V.
penyediaan dan khidmat makanan kebersihan sepanjang masa dimana sebelum
dan selepas mengendalikan makanan termasuk memasak, makan, mengendalikan
bahan makanan dan sebagainya yang dikatakan menyediakan makanan sama ada
untuk diri, keluarga atau orang lain dimana sahaja berada mahupun di rumah atau
di luar rumah. Individu yang kerap selesema, bersin dan batuk tidak sesuai
menyediakan makanan kerana menghadapi risiko jangkitan kuman bakteria.
Perkembangan kempen I. Peringkat awal Diwartakan pada 15 oktober 2008, Hari
membasuh Tangan sedunia pertama kalinya diadakan lebih 70 buah negara yang
merentasi 5 benua. Tujuan adalah memotivasikan jutaan manusia di seluruh dunia
agar membasuh tangan menggunakan sabun. Di malaysia, usaha didokong
menerusi Kempen bulan Membasuh Tangan Global yang pertama sekali
dilaksanakan oleh pihak Uniler (M) Holding Sdn.Bhd menerusi produk Lifebuoy pada
9 Disember 2008. Kempen Membasuh Tangan Global Lifebuoy yang berlangsung
sepanjang bulan November lalu berjaya mendidik lebih 62,000 murid sekolah
rendah di seluruh negara. Kempen Membasuh Tangan semakin mendapat sambutan
daripada khalayak apabila timbulnya pelbagai wabak penyakit seperti Virus H1N1,
penyakit tangan, kaki dan mulut jangkitan enterovirus 71, SARS dan wabak
penyakit berbahaya lain. Banyak daripada produk kesihatan tampil menganjurkan
promosi gaya hidup sihat melalui kempen Membasuh Tangan di adakan secara
besar-besaran di seluruh negara. Malaysia juga tidak ketinggalan, mengadakan
Kempen Membasuh Tangan. Antara produk yang menganjurkan kempen ini
termasuklah Antabax, Protex, Dettol, Lifebuoy dengan kerjasama badan kerajan
termasuklah Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Pelajaran Malaysia.
Di samping itu, badan bukan kerajaan (NGO) yang menjayakan program Kempen

Membasuh Tangan dengan sabun supaya masyarakat lebih prihatin serta sedar
akan kepentingan menjaga kebersihan. Program kempen kesedaran ini melibatkan
khidmat nasihat kesihatan, demonstrasi membasuh tangan dengan sabun, seminar
dan lain-lain. Kajian Institut Penyelidikan Tingkah laku, Kementerian Kesihatan pada
2009 mendapati tahap kesedaran dan amalan mencuci tangan adalah sangat tinggi
lanjutan daripada kempen kebersihan diri yang dijalankan di media massa secara
intensif berikutan wabak H1N1. II. Peringkat pada masa sekarang Program kempen
Membasuh Tangan adalah lanjutan daripada kempen-kempen yang telah diadakan
pada sebelum ini. Pelancaran kempen Membasuh Tangan masih dilancarkan
mengunakan pendekatan yang sama untuk meningkatkan kesedaran orang ramai.
Jika kempen ini tidak dilakukan dari semasa ke semasa amalan masyarakat dalam
membudayakan membasuh tangan dengan sabun tidak menjadi. Kempen
membasuh Tangan hanya tinggal matlamat dan objektif sahaja. Justeru itu, pelbagai
pihak kerajaan, swasta dan bukan badan kerajaan (NGO) berganding bahu
memotivasi masyarakat menjaga kebersihan tangan. Kempen melalui media massa
termasuklah edaran risalah, poster dan iklan dalam televisyen. Tambahan lagi
selebriti tempatan menjadi duta produk kesihatan. Aktiviti-aktiviti dalam Kempen
Membasuh Tangan adalah seperti Pelancaran Doktor Kecil Lifebouy untuk kanakkanak sekolah rendah, maskot Germ Buster, lagu kebersihan, pertandingan melukis
dan mewarna. Sambutan kempen bertemakan Kebersihan Tangan 1Malaysia
merupakan kempen yang baharu diadakan pada tahun ini. Reaksi rakyat Malaysia
terhadap kempen basuh tangan dijalankan adalah positif. Hasilnya dapat dilihat
melalui tahap kesedaran tinggi di kalangan orang awam serta trend penurunan
pada beberapa penyakit yang mempunyai hubung kait dengan kebersihan tangan.
Sebagai contoh proxy indicator trend penurunan kejadian kluster penyakit serupa
influenza (ILI) menurun 74 peratus bagi tempoh 1 Januari hingga 15 Oktober lalu
berbanding tempoh sama pada 2010 (iaitu 120 kluster ILI pada 2011 berbanding
471 kluster pada 2010. komunikasi strategik media interpersonal Menggunakan
pendekatan kemanusiaan dimana individu telah mengaplikasikan komunikasi
pembujukan tujuan supaya menarik minat khalayak terutamanya golongan kanakkanak dan dewasa mengikuti program Kempen Membasuh Tangan. Unilever (M)
Holding Sdn.Bhd menerusi produk lifebuoy telah datang ke sekolah kebangsaan
Bangsar untuk mempromosi gaya hidup sihat supaya pelajar sedar akan
kepentingan membasuh tangan. justeru itu, tiga wakil Lifebuoy berdiri di pentas
menyampaikan nasihat bagaimana cara menghapuskan kuman bakteria dengan
membasuh kedua-dua tangan mengunakan air dan sabun Lifebuoy. Ini termasuklah
membuat demonstrasi dan mengesan kuman di bawah cahaya berwarna biru
menggunakan alat yang di beri nama glo-germ demo. Selain daripada itu, produk
kesihatan termasuklah Dettol, Antabax dan Protex dengan kerjasama Kementerian
Kesihatan Malaysia dan badan bukan kerajaan lain membantu meningkatkan usaha
Kempen Membasuh Tangan di peringkat sekolah, agensi kerajaan, swasta mahupun
perkhidmatan kaunter dan sebagainya. Institusi ini memainkan peranan penting
dalam menjalankan tanggungjawab sosial mereka. Sempena kempen membasuh
tangan mereka menganjurkan seminar dan demonstrasi mencuci tangan,

pertandingan melukis dan mewarna poster, menyanyikan lagu kebersihan khas


untuk pelajar-pelajar sekolah rendah. b Media massa Sempena kempen membasuh
tangan di sepanjang kempen tersebut mengadakan promosi besar-besaran
terutamanya media massa termasuklah televisyen, radio, majalah, risalah dan
sebagainya. Kempen membasuh tangan di perhebatkan lagi dengan promosi gaya
kesihatan yang di tunjukkan oleh produk kesihatan Antabax, Dettol, Protex dan
Lifebuoy dengan kerjasama daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. Iklan
kesihatan yang bertujuan menasihati orang ramai supaya menjaga kebersihan
dengan membasuh tangan dengan cara yang betul sama ada menggunakan sabun,
cecair anti bakteria dan tisu lembap anti bakteria. Maklumat yang memberi
pengetahuan kepada khalayak khursusnya masyarakat. Iklan yang memberi
pengetahuan kesihatan ini sentiasa diberi perhatian dimana iklan ini sentiasa di
ulang siar setiap masa di kaca televisyen walaupun bukan sempena kempen
tersebut. Kempen Membasuh Tangan dilihat adalah semakin rancak dengan promosi
produk kesihatan seperti Dettol, Protex, Lifebuoy dan Antabax yang mendapat
sambutan menggalakkan daripada pelanggan. Tambahan pula, iklan di sokong
dengan selebriti terkenal tanah air menarik minat orang ramai terhadap kempen
kesihatan tersebut. Sebagai contoh, selebriti tanah air penghibur dan pelakon Amy
Mastura merupakan duta kepada iklan produk Lifebuoy yang dipaparkan di
televisyen pada masa kini. Selain itu, terdapat juga edaran risalah dan poster
pendidikan kepada sekolah, restoren, hospital, sektor pengangkutan dan lain-lain
seluruh negeri di Malaysia. produk kebersihan (Dettol, Antabax, Protex, Lifebuoy)
Produk kesihatan menjalankan tanggungjawab sosial korporat dengan
menganjurkan Kempen Membasuh tangan menggunakan sabun dengan bersih.
Kempen kesedaran sosial yang dijalankan di peringkat sekolah rendah terpilih di
bahagian seluruh negeri. Agensi ini bertindak sebagai agen perubahan sosial.
Mereka menghantar wakil yang membuat demonstrasi membasuh tangan dengan
sabun serta menggunakan bahan pembelajaran integratif bagi menyampaikan
mesej kesihatan tersebut. Lifebuoy telah menjadikan selebriti Amy Mastura sebagai
duta produk kesihatan tersebut. d. Kementerian Kesihatan Malaysia dan
Kementerian Pelajaran Malaysia Timbalan ketua Pengarah kementerian Kesihatan,
Datuk Dr Hasan Abdul Rahman, berkata tiga bidang keberhasilan utama dikenal
pasti di peringkat kementerian di bawah teras keempat Rancangan Malaysia ke
sepuluh ialah berkaitan kesihatan. Bidang pertama, membabitkan perubahan sektor
kesihatan melalui tahap kecekapan dan keberkesanan dalam sistem penyampaian
perkhidmatan kesihatan. Bidang kedua ialah mebina kesedaran berhubung
kesihatan dan menggalakkan gaya hidup sihat. Bidang ketiga ialah untuk usaha
menggalakkan rakyat Malaysia untuk lebih bertanggungjawab terhadap kesihatan.
Manakala, Kementerian Pelajaran Malaysia turut mengambil bahagian dalam
Kempen Membasuh Tangan peringkat sekolah-sekolah rendah. Kempen ini amat
sesuai kerana mendidik dan mengajar kanak-kanak sekolah berhubung kepentingan
membasuh tangan. Pencapaian KAP Knowlegde, attitude and Practices (KAP)
merupakan model kaji selidik yang membawa maksud pengetahuan, sikap dan
amalan. Definisi bagi setiap perkataan dengan contoh daripada Kempen Membasuh

Tangan adalah seperti berikut: K: pengetahuan tetang pemahaman yang diperoleh


daripada sumber maklumat sama ada melalui teknologi komunikasi seperti media
massa dan elektronik. Tahap pengetahuan di ukur melalui tinjauan yang membantu
memperoleh sumber maklumat. Sebagai contoh, dalam penilaian kesihatan
pengetahuan tentang membasuh tangan menggunakan air dengan sabun melalui
kempen kesedaran daripada media massa dan elektronik untuk mencegah sebarang
jangkitan penyakit seperti cirit-birit, H1N1, dan SARS. Persoalan adakah membasuh
tangan menggunakan air sahaja dapat membunuh kuman bakteria pada tangan?
( ya/tidak/tidak diketahui). A: sikap menunjukkan kita bagaimana individu suka atau
tidak suka pada sesuatu perkara dan akhirnya menentukan perilaku individu
tersebut. Pembolehubah diantara situasi dengan tindak balas. Ia cenderung menjadi
suatu amalan dalam sikap individu tersebut. Hubungan yang tidak signifikan
diantara amalan dan sikap. Ini kerana, Amalan tidak mempengaruh sikap individu.
Individu boleh bersikap sama ada peduli atau tidak ambil peduli daripada kempen
Membasuh Tangan tersebut. Contohnya, jika anda didedahkan dengan pengetahuan
membasuh tangan dengan cara yang betul, adakah membasuh tangan dengan
sabun dijadikan amalan dalam kehidupan mereka? (Ya/tidak/tidak mengetahui). P:
amalan sikap yang diperhatikan akibat daripada tindak balas ransangan maklumat.
Individu cenderung bertindak balas terhadap maklumat yang diperolehinya, adalah
tujuan amalan kesihatan. Individu mengumpul maklumat, menganalisis maklumat
dan mengesahkan maklumat. Kemudian sikap dan amalan yang signifikan dimana
sikap mempengaruhi amalan untuk perubahan hidup individu tersebut. Contohnya,
adakah anda melakukan cara membasuh tangan dengan betul? (ya/tidak/tidak
mengetahui). penajaan ncaran Kempen Membasuh Tangan kerjasama di antara
sektor awam dan swasta Sebagai contoh, Kementerian Kesihatan Malaysia, pihak
swasta dan awam bergabung tenaga lancarkan Kempen Tangan Bersih (Oktober
10,2011). Antabax rangkaian penjagaan bahan anti bakteria dan Kementerian
Kesihatan Malaysia kembali bergabung tenaga untuk tahun kedua bagi
mempertingkatkan kesedaran dan menggalakkan tabiat mencuci tangan di
peringkat kebangsaan melalui kempen Kebersihan Tangan 1Malaysia. Bertemakan
Tangan Bersih Rakyat 1Malaysia Sihat. Kementerian Kesihatan malaysia, Antabax
MAHEO (Persatuan Pengawai pendidikan Kesihatan) dengan sokongan Hospital
sungai Buloh dan 10 hospital persendirian. Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk
Rosnah Abdul Rashid Shirlin, berkata Bulan Kebersihan Tangan 1Malaysia
merupakan manifestasi semangat Rakyat Diutamakan sebagaimana visi
1malaysia Perdana Menteri demi membina negara yang lebih sihat melalui tabiat
mencuci tangan yang betul. Tangan Bersih rakyat 1Malaysia sihat ialah tema
kebangsaan yang mencerminkan kepercayaan jenama ini bahawa kerjasama
dengan banyak rakan kongsi boleh menjadi amalan kebersihan tangan yang betul
sebagai tabiat yang boleh memberi persediaan kepada negara untuk
keberangkalian sebarang pandemik.Antabax menyediakan sabun tangan dan
membekalkan mereka dengan bahan-bahan pendidikan seperti poster dan risalah
yang telah disediakan bersama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia. II. Pel
Kempen Kesedaran dengan mempromosi produk kesihatan Sebagai contoh, Antabax

Sasar 2 juta Orang Sertai Kempen kebersihan Tangan 1Malaysia (Oktober 14,
2011). Pengurus Produk Lam Soon, Angeline Sim berkata kempen anjuran bersama
Antabax dan Kementerian Kesihatan Malaysia bertujuan membasmi penularan
wabak penyakit berjangkit. Antabax mengedarkan produk-produk, poster dan
risalah pendidikan kepada sekolah, restoran dan hab pengangkutan. Selain itu,
pengajuran seminar dan demonstrasi mencuci tangan oleh profesional perubatan.
Selain itu, Kempen Membasuh Tangan menggunakan sabun Lifebuoy pada 9
Disember 2011. Di Malaysia, usaha di dokong menerusi kempen Bulan membasuh
Tangan Global yang dilaksanakan oleh pihak Unilever (M) Holdings Sdn.Bhd
menerusi produknya Lifebuoy. Tiga wakil Lifebuoy melakukan demonstrasi cara
membasuh tangan sambil diikuti murid-murid sekolah berkenaan. Penutup Jelas
dilihat kebanyakan kempen Membasuh Tangan telah dilaksanakan di peringkat
sekolah, sektor awam, swasta dan sebagainya. Kempen kesedaran ini telah
membuka mata ramai pihak tentang kepentingan menjaga kebersihan tangan. Ini
kerana tangan yang dibasuh dengan air tidak dapat membunuh kuman bakteria
yang ada pada tangan setiap induvidu. Pelbagai pihak termasuklah agensi kerajaan,
swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) berganding bahu melaksanakan dan
menjayakan kempen Membasuh Tangan secara besar-besaran diadakan di seluruh
negeri. Aktiviti-aktiviti Kempen Membasuh Tangan adalah seperti pelancaran Doktor
Kecil Lifebuoy untuk kanak-kanak sekolah rendah, maskot Germ Buster, lagu
kebersihan, pertandingan melukis dan mewarna. Namun, Adakalanya kita melihat
dari sudut sejauhmana kempen Membasuh Tangan dilaksanakan di kawasan luar
bandar. Adakah pihak kerajaan mengambil tahu dan peduli tentang pengetahuan
penduduk luar bandar tentang kesihatan. Kawasan pedalaman misalnya
perkampungan Orang Asli kurang pendedahan terhadap kepentingan menjaga
kebersihan. Ini kerana faktor ketidak capaian mengakses maklumat daripada media
komunikasi misalnya televisyen, radio dan majalah. Seharusnya, pelbagai pihak
tampil diri mengadakan program kesedaran kepada seluruh warga Malaysia tanpa
ada warga yang ketinggalan dalam kempen tersebut. Bukan hanya setakat
mengadakan di kawasan terpilih terutama kawasan bandar. Malah, di adakan di
seluruh negeri mahupun kawasan bandar dan luar bandar. Kempen Membasuh
Tangan bertemakan Tangan Bersih, 1Malaysia perlu diadakan secara besarbesaran melibatkan keseluruhan warga Malaysia. Keadaan ini dikatakan mencapai
visi rakyat didahulukan. Ini bermakna pencapaian kesihatan penduduk akan
terlaksana dengan jayanya. Selain daripada tujuan utama memotivasikan dan
mempromosikan gaya hidup sihat dengan membasuh tangan menggunakan sabun
dengan betul. Langkah membasuh tangan dengan betul adalah langkah terbaik
untuk mencegahan penyakit berbahaya. Ia dikatakan mencegah penyakit lebih baik
daripada mengubati penyakit. Reference
Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin

Anda mungkin juga menyukai