Anda di halaman 1dari 1

Tajuk: KARANGAN CARA – CARA MENCEGAH PENYAKIT BERJANGKIT

Dalam era globalisasi ini, penyakit berjangkit semakin menular di seluruh dunia. Penyakit berjangkit
telah memberi banyak masalah kepada kita. Hal ini demikian kerana masyarakat yang tidak peka
terhadap isu-isu serius yang boleh menyebabkan penyakit berjangkit merebak dengan cepat. Secara
realitinya, terdapat banyak cara untuk mencegah penyakit berjangkit.

Antara cara mencegah penyakit berjangkit ialah membasuh tangan dengan cara yang betul. Hal ini
dikatakan demikian kerana dengan itu kita dapat memastikan tangan kita dalam keadaan bersih dan
bebas dari bakteria yang merbahaya. Oleh itu, kita boleh mengelakkan bakteria berbahaya menyerang
tubuh badan kita. “sebelum nasi menjadi bubur”kita haruslah sentiasa menjaga kebersihan diri. Jelaslah,
menjaga kebersihan diri amatlah penting.

Selain itu, untuk mencegah penyakit berjangkit kita haruslah memakai pelitup muka. Hal ini
dikatakan demikian kerana bakteria akan terperangkap dalam pelitup muka dan pelitup muka juga boleh
melindungi diri kita daripada bakteria berbahaya. Jelaslah memakai pelitup muka dapat membantu kita
dalam mencegah penyakit berjangkit dari merebak.

Di samping itu, untuk mencegah penyakit berjangkit kita juga hendaklah menutup hidung dan mulut
apabila batuk atau bersin. Hal ini dikatakan demikian kerana dengan menutup mulut apabila batuk atau
bersin kita dapat mengelakkan bakteria berbahaya merebak kepada orang lain. Hal ini demikian kerana
bakteria merebak melalui air liur atau hingus iaitu cecair dalam badan manusia. Jelaslah dengan
menutup hidung dan mulut apabila batuk atau bersin kita dapat mengelakkan penyakit berjangkit
merebak kepada masyarakat lain.

Akhir kata, sebagai masyarakat yang bertanggungjawab kita haruslah sentiasa mencegah penyakit
berjangkit dari menular.Jelaslah,terdapat banyak cara untuk mencegah penyakit berjangkit. Kesan
sekiranya masyarakat tiada usaha untuk mencegah penyakit berjangkit dalam diri ialah ini boleh
mendatangkan kemusnahan ekonomi negara yang mampu membuatkan masyarakat lain menderita
akibat kehilangan pekerjaan. Kita haruslah sama-sama mencegah penyakit berjangkit daripada menular
supaya masyarakat hidup dengan gembira dan aman.

Anda mungkin juga menyukai