Anda di halaman 1dari 1

Langkah-langkah mengatasi penyakit berjangkit

Industri pelancongan negara terjejas sedikit akibat wabak selesema Namun begitu,
wabak penyakit itu berjaya dikawal dan tidak memberikan kesan yang serius. Pihak kerajaan
telah mengambil langkah-langkah yang efektif untuk menangani penyakit tersebut. Berdasarkan
langkah mencegah lebih baik daripada mengubati, penyakit tersebut tidak merebak kepada
rakyat negara ini.

Negara kita dan negara-negara yang terlibat sepatutnya mengambil langkah seperti
mengasingkan pesakit yang menghidap wabak tersebut. Pesakit perlu dikuarantin dan
diasingkan daripada orang awam agar penyakit tersebut tidak merebak kepada orang lain iaitu
sebelum nasi menjadi bubur. Jika tindakan ini diambil sudah pasti penyakit ini dapat dikawal
dan tidak akan disebarkan kepada orang lain dan juga ke negara-negara lain.

Langkah lain yang perlu dijalankan adalah dengan mengelakkan diri daripada
melancong ke negara-negara yang terlibat. Rakyat negara kita atau negara lain perlu
membatalkan rancangan buat sementara waktu untuk pergi melancong ke negara-negara yang
sedang dilanda wabak itu seperti negara China, Hong Kong, dan Indonesia.

Pihak berkuasa setiap negara juga perlu membuat pemeriksaan yang ketat dan
menyediakan alat pengimbas di pintu-pintu masuk utama negara masing-masing. Sebagai
contohnya, alat pengimbas tersebut perlu diletakkan di lapangan-lapangan terbang
antarabangsa. Alat pengimbas tersebut berupaya untuk mengesan pelancong yang masuk
sekiranya mereka dijangkiti oleh penyakit tersebut. Sekiranya mereka telah dijangkiti oleh
penyakit tersebut, maka mereka perlu ditahan di hospital.

Sebagai kesimpulannya, pihak kerajaan dan rakyat hendaklah peka terhadap keadaan
di sekeliling mereka. Aspek penjagaan kebersihan dan kesihatan perlulah diberikan perhatian
yang utama dalam kehidupan seharian. Janganlah sudah terhantuk baru nak tengadah kerana
sekiranya aspek kebersihan diabaikan sudah pasti penyakit itu akan mudah menyerang
mangsanya. Jadi, langkah awal penting untuk menghindarkan seseorang itu daripada dijangkiti
oleh wabak yang berbahaya ini. Seterusnya, perkara ini juga akan dapat meyakinkan pelancong
yang hendak melancong ke negara kita.

Anda mungkin juga menyukai