Anda di halaman 1dari 3

REFLEKSI

Dengan nama Allah yang amat Pemurah lagi amat Mengasihani


Saya amat bersyukur kepada Allah SWT kerana dengan limpah kurnianya telah
menganugerahi kudrat kepada

saya untuk menyiapkan tugasan ini sebelum tarikh

akhir. Tugasan ini adalah sejenis pengaliran ilmu yang secara langsung dan berkesan. Saya
dapat mencapai pemahaman yang lebih mendalam mengenai pengaplikasian ilmu yang telah
saya perolehi dalam topik-topik tertentu yang telah saya pelajari. Lantaran adalah amat berguna
untuk saya sebagai seorang guru yang berjaya di masa hadapan.
Sebagai seorang pelajar, saya sememangnya tidak pernah lari daripada berhadapan dengan
masalah semasa menyiapkan tugasan yang diberikan. Antara masalah utama saya adalah dari
segi perancangan masa yang tidak begitu efisyen. Oleh kerana penyerahan tugasan ini
bertindih dengan tugasan kerja kursus yang lain, saya semakin sukar untuk membuat
perancangan masa dengan baik. Tambahan lagi, proses pelaksanaan tugasan ini kerana
memerlukan saya membuat pelbagai rujukan.
Selepas berbincang dengan rakan, saya melakukan tugasan yang diberikan tanpa
sebarang masalah. Secara tidak langsung proses membuat kerja kursus ini juga dapat
mewujudkan ikatan silaturahim antara saya dan rakan kumpulan serta memberikan kesedaran
kepada saya tentang betapa pentingnya pengetahuan tentang Seni Dalam Pendidikan. Oleh itu,
saya telah mendapat beberapa nilai yang sangat bermakna iaitu kita perlu berusaha dengan
gigih serta berfikiran positif semasa melakukan satu kerja seperti kata-kata hikmat daripada
Dharmawijaya, iaitu sekiranya kita memikirkan sesuatu yang positif maka kita akan mendapat
sesuatu yang positif tetapi sekiranya kita memikirkan sesuatu yang negatif, kita akan mendapat
sesuatu yang negatif.
Di samping itu, kerja kursus ini menggalakkan lagi guru pelatih untuk kerap membuat
rujukan dalam apa jua tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Kekerapan membuat rujukan
membolehkan seseorang itu memahami suatu topik dengan lebih mendalam. Selain itu, sikap
ingin tahu secara lebih mendalam juga dapat dipupuk dalam kalangan pelatih. Contohnya,

apabila seseorang pelatih mengalami kekeliruan semasa menyiapkan tugasan, pelbagai


persoalan akan timbul dan ini akan meningkatkan lagi sikap ingin tahu dan sikap suka bertanya
dalam kalangan pelajar. Ilmu yang kita dapat juga bertambah dan berguna untuk masa
hadapan. Saya telah membuat banyak rujukan melalui pelbagai media contohnya laman
sesawang dan buku contohnya mencari maklumat tentang maklumat berkaitan dengan
tugasan. Kesemua rujukan tersebut telah memudahkan lagi proses pembuatan kerja kursus ini.

Saya

berjaya menyempurnakan tugasan Kerja Kursus PENTAKSIRAN DAN

PENGURUSAN MATAPELAJARAN PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH ( ELM


3033) dengan menghasilkan tugasan kumpulan.
Mujurlah, pensyarah kami iaitu Pn Siti Fatihah Binti Osman banyak membantu
saya agar saya tidak akan menghadapi masalah dalam melaksanakan tugasan yang
seterusnya. Di sini, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kawan
seperjuangan saya Noraini Bt Hamdan, Fazlyshah B. Kamal serta Fazilawati Bt
Samsudin, di atas kerjasama yang telah diberikan ketika saya mencari bahan sebagai
rujukan.
Oleh yang demikian, saya merasakan tugasan yang telah diberikan ini banyak
memberi pengetahuan dan manfaat yang berguna kepada kami yang saya yang
sememangnya

warga pendidik . Di samping itu juga, melalui tugasan ini, ia

memberikan pengalaman yang baru kepada saya, dimana dapat melihat

dan

memahami peringkat perkembagan seorang guru dalam menjadi warga pendidik yang
Berjaya. Akhir kata, saya berharap agar tugasan ini dapat dikekalkan pada tahun
tahun yang berikutnya kerana ia banyak memberi manfaat kepada para pelajar sebagai
persediaan untuk menjadi bakal guru dan sekali lagi saya mengucapkan ribuan terima
kasih kepada Pn Siti Fatihah Binti Osman dan juga kepada rakan seperjuangan saya di
atas kerjasama yang telah diberikan. Sekian.
NUR AINANI BINTI ALI
RBT 3
831129-06-5516
PPG Ambilan 2011

Anda mungkin juga menyukai