Anda di halaman 1dari 3

Negara kita turut menerima tempias akibat wabak selesema burung dan penyakit

Sindrom Pernafasan Akut yang Teruk (SARS) yang berlaku di kebanyakan negara
di dunia baru-baru ini.
Sarankan langkah-langkah yang perlu diambil oleh negara kita dan negara-
negara yang terlibat.

Rangka Karangan

Pendahuluan
- Wabak penyakit berjangkit di negara ini terkawal - kerajaan mengambil langkah-
langkah untuk mengatasi masalah penyakit berjangkit.

Isi-isi Penting
i. Pesakit-pesakit dikuarantin daripada orang awam supaya tidak berjangkit.
ii. Jangan melancong atau berkunjung ke negara-negara yang dilanda oleh
penyakit tersebut.
iii. Gunakan mesin pengimbas - sekat kemasukan pelancong asing dari negara yang
terlibat memasuki negara Malaysia.
iv. Penyediaan ubat-ubatan seperti vaksin untuk ketahanan tubuh badan melawan
penyakit.
v. Memusnahkan punca penyakit yang berpunca daripada unggas (ayam, burung
dan lain-lain).

Penutup
- Kerajaan dan rakyat perlu sentiasa peka dengan keadaan sekeliling aspek
penjagaan kebersihan dan kesihatan perlu diutamakan - meyakinkan pelancong
asing.

Karangan Contoh

Industri pelancongan negara terjejas sedikit akibat wabak selesema burung


dan penyakit Sindrom Pernafasan Akut yang Teruk (SARS) yang berlaku di
kebanyakan negara di dunia baru-baru ini. Namun demikian, wabak penyakit itu
berjaya dikawal dan tidak memberikan kesan yang serius terhadap industri
pelancongan dan kesihatan rakyat negara ini. Hal ini demikian kerana, pihak
kerajaan telah mengambil langkah-langkah yang efektif untuk menangani penyakit
tersebut. Berdasarkan langkah mencegah lebih baik daripada mengubati, penyakit
tersebut tidak merebak kepada rakyat negara ini. Seterusnya rakyat negara ini
perlu berasa bimbang akan wabak yang menular di seluruh dunia itu.
Negara kita dan negara-negara yang terlibat sepatutnya mengambil langkah
seperti mengasingkan pesakit yang menghidap wabak tersebut. Dengan perkataan
lain, pesakit perlu dikuarantin dan diasingkan daripada orang awam agar penyakit
tersebut tidak merebak kepada orang lain iaitu sebelum nasi menjadi bubur. Jika
tindakan ini diambil sudah pasti penyakit ini dapat dikawal dan tidak akan
disebarkan kepada orang lain dan juga ke negara-negara lain. Seterusnya, keadaan
ini tidak akan menjejaskan kesihatan manusia malahan industri pelancongan juga
tidak terjejas.

Langkah lain yang perlu dijalankan adalah dengan mengelakkan diri daripada
melancong ke negara-negara yang terlibat. Rakyat negara kita atau negara lain
perlu membatalkan rancangan buat sementara waktu untuk pergi melancong ke
negara-negara yang sedang dilanda wabak itu seperti negara China, Hong Kong, dan
Indonesia. Langkah yang dikatakan sebagai menyediakan payung sebelum hujan,
sudah pasti dapat mengelakkan seseorang itu daripada dijangkiti oleh penyakit
yang berbahaya itu.

Pihak berkuasa setiap negara juga perlu membuat pemeriksaan yang ketat dan
menyediakan alat pengimbas di pintu-pintu masuk utama negara masing-masing.
Sebagai contohnya, alat pengimbas tersebut perlu diletakkan di lapangan-lapangan
terbang antarabangsa seperti di KLIA, Kuching, dan Bayan Lepas. Alat pengimbas
tersebut berupaya untuk mengesan pelancong yang masuk sekiranya mereka
dijangkiti oleh penyakit tersebut. Sekiranya mereka telah dijangkiti oleh penyakit
tersebut, maka mereka perlu di bawa ke hospital untuk diberikan rawatan dan juga
dikuarantin.

Selain itu, pihak berkuasa perlu menyediakan ubat-ubatan dan vaksin yang boleh
melawan virus H5N1 dan mencegah virus tersebut daripada menyerang manusia.
Seseorang yang perlu ke luar negara atas urusan yang penting perlu diberikan
suntikan vaksin yang dapat mencegah seseorang itu daripada dijangkiti penyakit
tersebut. Hal ini demikian kerana, vaksin yang berkesan akan berupaya untuk
melawan virus penyakit itu daripada menyerangnya. Orang yang sudah dijangkiti
oleh penyakit ini pula, perlu diberikan rawatan yang rapi dan ubat-ubatan yang
benar-benar berkesan untuk mengubati pesakit tersebut.

Langkah seterusnya ialah pihak berkuasa perlu memusnahkan haiwan yang telah
dijangkiti dan menjadi punca penyakit ini merebak kepada manusia pula. Unggas
seperti burung dan ayam yang telah dijangkiti perlulah dihapuskan segera agar
wabak tersebut tidak menjangkiti manusia pula. Hal ini demikian kerana, penyakit
ini sebenarnya berpunca daripada unggas seperti ayam dan burung yang dijangkiti
oleh virus tersebut dan seterusnya memindahkannya kepada manusia yang
memeliharanya atau terlibat secara langsung dengan unggas tersebut setiap hari.

Sebagai kesimpulannya, pihak kerajaan dan rakyat hendaklah peka terhadap


keadaan di sekeliling mereka. Aspek penjagaan kebersihan dan kesihatan perlulah
diberikan perhatian yang utama dalam kehidupan seharian. Janganlah sudah
terhantuk baru nak tengadahkerana sekiranya aspek kebersihan diabaikan sudah
pasti penyakit itu akan mudah menyerang mangsanya. Jadi, langkah awal penting
untuk menghindarkan seseorang itu daripada dijangkiti oleh wabak yang berbahaya
ini. Seterusnya, perkara ini juga akan dapat meyakinkan pelancong yang hendak
melancong ke negara kita.

Anda mungkin juga menyukai