Anda di halaman 1dari 4

Sajak aku membaca lagi

SAJAK AKU MEMBACA LAGI (Razali Mohd Yussof)


RANGKAP MAKSUD
Aku mendongak langit Penyajak memandang ke langit.
membaca garis dan titik Penyajak berasa dirinya sungguh kerdil
menaakuli kebesaran-Mu melihat kebesaran Illahi yang
di bawahnya gumpulan mega mencipta pelbagai fenomena alam.
hembasan bayu dan banjaran Dengan perasaan penuh kesyukuran,
gunung. dia menghayati keindahan alam yang
diciptakan oleh Tuhan yang
digambarkan melalui awan yang
bergumpal, angin yang berhembus dan
banjaran gunung.
Kuselusuri alam Penyajak meyelusuri pula alam yang
kicauan burung terbentang luas. Kedengaran kicauan
desiran ombak dan wajah pelangi burung, desiran ombak dan keindahan
mewarnai kehidupan umat-Mu. pelangi yang melengkapi kehidupan
manusia dengan pelbagai rencah
kehidupan.
ku mendongak lagi Penyajak mendongak ke langit lagi dan
membaca langit cuba memahami langit. Penyajak
di dalamnya pohon-pohon kayan rapuh mendapati bahawa alam semula jadi
dahan dan ranting terkulai semakin tercemar apabila negara
daun-daun berguguran semakin makmur. Pencemaran alam
helai demi helai semula jadi ini dikaitkan dengan
di lantai tanah airku yang makmur. keadaan bahasa Melayu yang semakin
lama semakin kurang didaulatkan oleh
rakyat walaupun bahasa Melayu
merupakan bahasa kebangsaan. Selain
itu, penyajak mendapati bahawa
kemakmuran negara tidak dapat
menjamin kedaulatan bahasa Melayu.
Aku membaca langit Penyajak masih mahu memahami
Kutemui perkara yang tersurat di langit.
bulan dan bintang menangis Penyajak dapat menyaksikan
meratapi luka nasib bangsa. kekecewaan bulan dan bintang
(pejuang-pejuang bahasa) yang
meratapi akan nasib bahasa Melayu
yang dipinggirkan oleh bangsa di tanah
air sendiri.
Aku mendongak lagi Penyajak kembali mendongak ke langit.
menitis air mata langit Kali ini,penyajak dapat menyaksikan
membasahi bahasa Melayuku kesedihan langit yang turut menangisi
yang berdarah. nasib bahasa Melayu yang kian tenat
dan semakin dilupakan anak bangsa.

TEMA
Bahasa Melayu yang semakin dipinggirkan.

PERSOALAN

1. Keindahan alam semula jadi ciptaan Tuhan


Contoh : Penyajak menghayati keindahan alam yang diciptakan oleh Tuhan yang
digambarkan melalui awan yang bergumpal, angin yang berhembus dan banjaran
gunung.

2. Kedaulatan bahasa Melayu yang kian hilang


Contoh : Penyajak mendapati bahawa semakin lama semakin kurang orang yang
mendaulatkan bahasa Melayu walaupun bahasa Melayu merupakan bahasa
kebangsaan.

3. Kesedihan pejuang bahasa terhadap nasib bahasa Melayu


Contoh : Para pejuang bahasa yang cinta akan bahasa Melayu berasa sedih
melihat nasib bahasa Melayu yang tidak dimartabatkan.

BENTUK SAJAK

1. Terdiri daripada lima rangkap


2. Terdiri daripada empat hingga tujuh baris dalam satu rangkap
3. Terdiri daripada satu hingga enam perkataan dalam satu baris
4. Terdiri daripada empat hingga 12 suku kata dalam satu baris
5. Rima akhir mempunyai bentuk bebas / tidak terikat.
Rangkap pertama : abcde
Rangkap kedua : abcd
Rangkap ketiga : abcdefg
Rangkap keempat : abcd
Rangkap kelima : abcd

GAYA BAHASA

1. sinkope
Contoh :
- Kuselusuri alam
- menekuni kebesaran-Mu
- mewarnai kehidupan umat-Mu

2. personifikasi
Contoh :
desiran ombak dan wajah pelangi
dahan dan ranting terkulai
bulan dan bintang menangis meratapiluka nasib bangsa
menitis air mata langit
membasahi Bahasa Melayuku yang berdarah
3. repitisi
Contoh :
helai demi helai

NILAI

1. Nilai kesyukuran
Contoh : Dengan perasaan penuh kesyukuran, penyajak menghayati keindahan
alam yang diciptakan oleh Tuhan yang digambarkan melalui awan yang bergumpal,
angin yang berhembus dan banjaran gunung.

2. Nilai cinta akan bahasa


Contoh : Para pejuang bahasa yang cinta akan bahasa Melayu berasa sedih
melihat nasib bahasa Melayu yang tidak dimartabatkan.

3. Nilai cinta akan alam sekitar


Contoh : Penyajak menghayati keindahan alam yang diciptakan oleh Tuhan yang
digambarkan melalui awan yang bergumpal, angin yang berhembus dan banjaran
gunung.

PENGAJARAN

1. Kita mestilah bersyukur kepada Tuhan


Contoh : Dengan perasaan penuh kesyukuran, penyajak menghayati keindahan
alam yang diciptakan oleh Tuhan yang digambarkan melalui awan yang bergumpal,
angin yang berhembus dan banjaran gunung.

2. Kita mestilah cinta akan bahasa.


Contoh : Para pejuang bahasa yang cinta akan bahasa Melayu berasa sedih
melihat nasib bahasa Melayu yang tidak dimartabatkan.

3. Kita mestilah cinta akan alam sekitar.


Contoh : Penyajak menghayati keindahan alam yang diciptakan oleh Tuhan yang
digambarkan melalui awan yang bergumpal, angin yang berhembus dan banjaran
gunung.

Anda mungkin juga menyukai