Anda di halaman 1dari 102

MODUL

PENDIDIKAN BERKUALITI
INSAN TERDIDIK
GEMILANG
NEGARA SEJAHTERA
2.0

USAHA
TANGGA
KEJAYAAN

(Edisi GURU)
BAHASA MELAYU KERTAS 2
(1103/2) SIRI 2
TINGKATAN 4 & 5/2021
Alhamdulillah, dengan rahmat dan keizinan-Nya jua Modul Gemilang 2.0
SPM bagi tahun 2021 berjaya dihasilkan melalui Projek Kemenjadian Murid Melaka
(KM2). Rakaman penghargaan yang tidak terhingga kepada Unit Bahasa, Sektor
Pembelajaran, pegawai SISC+ Bahasa dan barisan panel pakar yang sentiasa
menghulurkan sokongan dan bantuan kepada jabatan dalam mengimplementasikan
misi dan visi Jabatan Pendidikan Negeri Melaka ke landasan berfokus.

Bersama-samalah kita dengan prinsip membuka lembaran baharu (open the new
horizon) untuk menilai, menganalisis strategi dan taktikal agar dapat melakukan
penambahbaikan dalam pendidikan norma baharu lebih-lebih lagi dengan cabaran
pandemik covid-19. Prinsip ini menjadi batu loncatan dan motivasi untuk kita
melakukan inisiatif dan tindakan yang mencabar proses (challenge the process).
Guru mesti mempunyai hasrat yang tinggi dan penuh keterujaan untuk melihat prestasi
pelajar maju secara holistik. Oleh itu, penghasilan Modul Gemilang 2.0 SPM
merupakan salah satu strategi untuk membantu peningkatan pencapaian para pelajar
negeri Melaka yang berimpak tinggi dan selari dengan slogan kita “Pendidikan
Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera.” Dengan demikian, penerokaan ilmu dan
pengalaman serta sumber dihasilkan, dicipta dan digembleng bagi memastikan
aspirasi sistem bertambah maju dan menyumbang kepada pencapaian aspirasi
murid.

Pihak Jabatan Pendidikan Melaka dengan seikhlasnya merakamkan ucapan


penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada guru-guru pakar yang
telah berusaha dengan begitu gigih untuk menghasilkan modul ini khususnya untuk
dimanfaatkan oleh kelompok sasaran agar pelajar menguasai kemahiran dengan lebih
efektif. Usaha gigih dan komitmen daripada semua yang terlibat menggambarkan
kualiti pendidik di Melaka berada pada tahap yang sungguh cemerlang. Teruskanlah
usaha murni dengan menyediakan modul-modul yang berinovasi serta kompetitif yang
memberi impak tinggi kepada kecemerlangan pelajar di negeri Melaka.

Semoga matlamat dan hasrat murni ini dapat membantu para pelajar menggapai cita-
cita mereka untuk cemerlang dalam peperiksaan SPM nanti walaupun mengharungi
kekangan dalam pendidikan norma baharu. Insya-Allah, semoga Tuhan
mengkabulkan permintaan ke atas hambanya yang telah berusaha.

Sekian, wassalam.

___________________________________________________________________________________________
“Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera”
#jpnmelakajenamakerajaannombor1
Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan kurnia-Nya, penghasilan
Modul Gemilang 2.0 SPM bagi tahun 2021 dapat direalisasikan. Ini merupakan usaha
murni hasil kejayaan kolaboratif akrab antara Jabatan Pendidikan Negeri Melaka
khasnya Sektor Pembelajaran dengan SISC+ Pejabat Pendidikan Daerah Melaka
Tengah, Jasin dan Alor Gajah serta guru-guru pakar negeri Melaka dalam
menterjemahkan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menyediakan dan
melahirkan para pelajar yang menguasai kemahiran serta kelayakan dalam
persaingan dunia realiti.

Pandemik covid-19 pada bulan Mac 2020 hingga kini telah merubah dunia pendidikan
kepada norma baharu iaitu para pelajar melaksanakan pembelajaran sama ada secara
dalam talian, luar talian atau luar kawasan dan lebih dikenali Pengajaran dan
Pembelajaran di Rumah (PdPR). Namun, bagi mengangkat martabat pendidikan
negeri Melaka lebih cemerlang, Projek Kemenjadian Murid Melaka @KM² menyasar
matlamat berfokus bagi mencapai misi dan visi JPN Melaka yang lebih strategik. Para
pegawai di JPN, PPD dan pentadbir sekolah serta warga pendidik akan sentiasa
memastikan pelaksanaan pada peringkat sekolah selari dengan matlamat
Kementerian Pendidikan Malaysia dan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Melaka
iaitu “Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera” dengan memberi
peluang dan ruang mempelajari ilmu melalui pelbagai kaedah dan medium.

Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada para pegawai Sektor
Pembelajaran di JPN dan PPD serta barisan panel pakar yang bergabung tenaga juga
idea dalam penghasilan modul ini. Sesungguhnya besar harapan kita agar Modul
Gemilang 2.0 SPM ini dapat dimanfaatkan oleh para guru dengan sebaik-baik yang
mungkin dan dapat mencipta kejayaan berimpak tinggi kepada kemenjadian murid
Melaka, khususnya dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Sekian, terima kasih.

Haji Ismail bin Haji Alias


Timbalan Pengarah Pendidikan
Sektor Pembelajaran
Jabatan Pendidikan Melaka

___________________________________________________________________________________________
“Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera”
#jpnmelakajenamakerajaannombor1
JAWATANKUASA PANEL MODUL BAHASA MELAYU KSSM SPM 2021
Penaung

YBhg. Dr. Mohd Azam bin Ahmad


Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Melaka

Penasihat

YBrs. Tuan Haji Ismail bin Haji Alias


Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Pembelajaran

Pengarah Projek

Hajah Rubaiya binti Abu Nawas


KPPK Unit Bahasa, Sektor Pembelajaran
Penyelaras Projek
Pembantu Tadbir

Helmi bin Murid Hajariah binti Ghazali Arnita binti Bakri


Pen. Pengarah Bahasa Melayu

Panel Pakar Kawalan Mutu


SISC+ Bahasa

Hajah Reny Azreena Hajah Fadhilah Norasiah Razman bin Noormala


Siti Sabariah
bt Abd Rahman binti Embi binti Ahmad Mohammad binti Tompang
PPD Melaka Tengah PPD Alor Gajah PPD Jasin
___________________________________________________________________________________________
“Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera”
#jpnmelakajenamakerajaannombor1
Ketua Panel (Penyelaras)
Pakar Bahasa Melayu KSSM SPM 2021
Noraini binti Mohd Yusof

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera dari Universiti Malaya tahun


1989 dan Diploma Pendidikan Universiti Malaya. Mula berkhidmat di SMK
Raja Puan Muda Tengku Fauziah, Perlis pada Jun 1990. Kini berkhidmat
di SMK Datuk Bendahara, Jasin, Melaka sebagai guru Bahasa Melayu.

Panel Modul Bahasa Melayu KSSM SPM 2021 Kertas 2 (1103/2)

Berkelulusan Ijazah Sarjana Pendidikan dalam bidang Kurikulum dan Pedagogi,UKM dan
Ijazah Sarjana Muda Sains Pembangunan UKM. Mengambil Kursus Perguruan Lepasan
Ijazah di Maktab Perguruan Kota Bharu dalam bidang Pengajian Melayu dan Sejarah.
Beliau memulakan perkhidmatan di SMK (P) Puterijaya, KL dan berpindah ke SMK Datuk
Bendahara, Jasin, Melaka pada tahun 2003. Berpengalaman 24 tahun mengajar mata
pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah, Beliau merupakan Munsyi Dewan Bahasa dan kini
memegang jawatan GKMP Kemanusiaan di SM Tahfiz Al Quran Chenderah Jasin, Melaka
sejak 2018.

Khadijah binti Ahmad


Ketua Panel Modul Kertas 2

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Bahasa Melayu Kelas Pertama Universiti Malaya
dan mendapat Sijil Perguruan Asas di Maktab Perguruan Perempuan Melayu
Melaka pada 1988. Sekarang bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan
Mansor Shah. Merupakan antara Guru Cemerlang Bahasa Melayu di Melaka.

Khamisah binti Baba

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera, UKM (1992) dan Diploma Pendidikan,
UKM (1993). Mula berkhidmat sebagai pendidik di SMKA Segamat, Segamat
Baru, Johor pada tahun 1993. Kini, berkhidmat di SMK Dato’ Abdul Rahman
Ya’kub, Merlimau Melaka sebagai Guru Kanan Mata Pelajaran Bahasa.

Habibah binti Akob

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dengan Kepujian, UPM


dalam bidang Pengajian Melayu. Memperoleh Sijil Perguruan Asas
daripada Maktab Perguruan Batu Pahat, Johor. Berpengalaman mengajar
selama 26 tahun dan pernah menjadi Guru Cemerlang BM 2014 - 2016
Kini beliau bertugas sebagai GKMP Bahasa di SMK Seri Tanjong, Melaka.

Lis Quraisin binti Dolhalit

___________________________________________________________________________________________
“Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera”
#jpnmelakajenamakerajaannombor1
Berkelulusan Ijazah Pertama Pendidikan (Pengajaran Bahasa Melayu Pertama) dan
Sijil Perguruan Malaysia di Maktab Perguruan Sri Pinang, Pulau Pinang.
Berpengalaman mengajar mulai 1990 hingga sekarang. Bergerak aktif sebagai hakim
pertandingan koakademik Peringkat Daerah Alor Gajah dan Negeri Melaka dan
Penceramah Teknik Menjawab Soalan Bahasa Melayu Kertas 2 dan Kesusasteraan
Melayu SPM serta Pembina Item Bahasa Melayu SPM peringkat Daerah Alor Gajah.

Ariffin bin Mokhtar

Mendapat pendidikan awal di Ipoh dan di Kuala Lumpur. Memiliki Ijazah


Sarjana Muda Rancangan Bahasa Melayu Universiti Malaya 1999, Beliau
memperoleh Diploma Pendidikan melalui pengajian KPLI di Institut Bahasa
Melayu Malaysia 2000. Mula berkhidmat sebagai guru pada tahun 2001.
Bertugas di SM Tahfiz Al-Qur'an Chenderah sejak 2014 hingga sekarang.

Syahiful Kamariah binti Mohamad

Berkelulusan Ijazah Pertama dari Universiti Malaya dalam bidang Pengajian


Melayu dan Diploma Pendidikan di Institut Bahasa Melayu Malaysia (Bahasa
Melayu/ Sejarah). Bergerak aktif sebagai hakim dalam pertandingan koakademik
Bahasa Melayu peringkat daerah dan negeri. Beliau juga merupakan Pengerusi
Teknik Pertandingan Forum Remaja Daerah Jasin.Kini,bertugas sebagai GKMP
Bahasa SMK Tinggi Perempuan Melaka.

Roslan bin Kasim

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan


Kesusasteraan Melayu (Major)/ Bahasa Melayu (Minor)
daripada UPSI. Mula berkhidmat sebagai pendidik di SMK
Dato Abdul Rahman Yassin (SDARY) Johor Bahru pada
tahun 2010 dan sekarang berkhidmat di SMK Nyalas,
Asahan Melaka sebagai guru Bahasa Melayu.

Zamzarina binti Misnan

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kesusasteraan Melayu dari Universiti


Sains Malaysia tahun 1999. Mula berkhidmat di SK Tanjung Puteri, Johor
pada Januari 1988. Kini berkhidmat di SMK Ayer Molek, Melaka sebagai
GPK Kokurikulum dan merupakan Guru Cemerlang Bahasa Melayu.

Hajah Samiah binti Samari

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera dengan


Pendidikan, USM pada tahun 1990 dalam bidang Geografi
dan Kesusasteraan Melayu). Mula berkhidmat pada tahun
1990 dan kini berkhidmat di SMK Seri Pengkalan Alor Gajah.

Hajah Nor Azlina binti Mat Said

___________________________________________________________________________________________
“Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera”
#jpnmelakajenamakerajaannombor1
Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda, Universiti Teknologi Malaysia pada tahun
1995 dan Diploma Pendidikan pada tahun 1996. Mula berkhidmat di SMK
Taman Tun Aminah pada Ogos 1996 dan kini berkhidmat di SMK Gajah Berang
sebagai GKMP Kemanusiaan serta berpengalaman mengajar Bahasa Melayu
selama 18 tahun.

Norhayati binti Parlan

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Bahasa Melayu & Kesusasteraan


Melayu, Universiti Putra Malaysia pada tahun 2002. Mula
berkhidmat di Sek. Men. Kerajaan Kabong Sarawak pada September
2002 dan kini berkhidmat di Sekolah Menengah Sains Muzaffar Shah
serta berpengalaman mengajar Bahasa Melayu selama 18 tahun.

Hanita binti Rahim


Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pengajian
Kesusasteraan Melayu, Universiti Pendidikan
Sultan Idris pada tahun 2007. Mula berkhidmat di
SMK Subang Jaya pada November 2007 dan kini
berkhidmat SMK Seri Bemban serta berpengalaman
mengajar Bahasa Melayu selama 13 tahun.

Rafidah binti Hashim


Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Melayu
Linguistik, Universiti Putra Malaysia pada tahun 1998.
Mula berkhidmat di SMK Tenom, Sabah pada November
Julai 1999 dan kini berkhidmat SMK Ghafar Baba sebagai
GKMP Bahasa serta berpengalaman mengajar Bahasa
Melayu selama 20 tahun.

Nasruddin bin Abdullah

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Bahasa Melayu, Universiti


Sains Malaysia pada tahun 2017. Mula berkhidmat di SMK
Seri Pengkalan pada Oktober 2018 hingga kini.

Shaidatul Amirah binti Salim

***HAK CIPTA JABATAN PENDIDIKAN NEGERI MELAKA***


***Kegunaan Untuk Sekolah-sekolah Negeri Melaka***
*Dilarang dijual bagi kepentingan peribadi*
*Penggunaan pihak luar sama ada membuat salinan aatau sebagainya perlulah
mendapatkan kebenaran rasmi daripada
Unit Bahasa, Sektor Pembelajaran, Jabatan Pendidikan Negeri Melaka.
***********************************************************************************************
Terbitan Julai 2021

___________________________________________________________________________________________
“Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera”
#jpnmelakajenamakerajaannombor1
ISI KANDUNGAN
BIL TAJUK M.S TARIKH MARKAH CATATAN
1. Bahagian A (SISTEM DAN APLIKASI
BAHASA)
Soalan 1 (MORFOLOGI)
Set 3 4
Set 4 5
Set 5 6
Set 6 7
Set 7 8

Soalan 2 (SINTAKSIS)
Set 3 9
Set 4 10
Set 5 11
Set 6 12
Set 7 13

Soalan 3 (PENYUNTINGAN)
Set 3 14
Set 4 16
Set 5 17
Set 6 18
Set 7 19

Soalan 4 (BAHASA MELAYU STANDARD)


Set 3 20
Set 4 21
Set 5 22
Set 6 23
Set 7 24

Soalan 5 (PERIBAHASA)
Set 3 25
Set 4 26
Set 5 27
Set 6 28
Set 7 29

2. BAHAGIAN B (PEMAHAMAN)
Soalan 6 (PETIKAN UMUM)
Set 3 30
Set 4 33
Set 5 36
Set 6 39
Set 7 42
Soalan 7 (PETIKAN SASTERA)
Set 3 46
Set 4 49
Set 5 52
Set 6 56
Set 7 59

2
Soalan 8 (NOVEL)
Set 3 62
Set 4 67
Set 5 72
Set 6 76
Set 7 81

3. BAHAGIAN C : SOALAN 9 (RUMUSAN)


Set 3 84
Set 4 87
Set 5 90
Set 6 93
Set 7 96

3
BAHAGIAN A (SISTEM DAN APLIKASI BAHASA)
SOALAN 1 (MORFOLOGI)
SET 3

SK: 5.1 Memahami dan menggunakan bentuk kata yang sesuai dalam pelbagai
bidang.

SP: 5.13 Mengenal pasti dan menggunakan bentuk kata ganda dan akronim
dengan betul mengikut konteks.

Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan tiga akronim. Kemudian anda dikehendaki
membina satu ayat anda sendiri daripada setiap akronim untuk menunjukkan bahawa anda faham
akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukar imbuhan atau
menukarkan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

Karnival kerjaya yang dianjurkan oleh Yayasan Anak Watan Malaysia (Yawam) dan
Persatuan Mahasiswa Muda (Permam) telah memberikan peluang kepada anak muda untuk
mendapatkan maklumat pekerjaan.Program yang berjalan lancar pada 2 Mac 2020 ini
menyediakan lebih 3000 peluang pekerjaan dalam pelbagai bidang.
Pengerusi Yawam, Encik Muhammad Zaki bin Zahid, mengatakan bahawa program itu
turut dijayakan oleh 50 buah organisasi termasuklah syarikat swasta, kementerian, jabatan
kerajaan, Universiti Awam (UA), Universiti Swasta (US), dan Pusat Latihan Kemahiran Awam
( PLKA).
Dipetik dan diubah suai daripada
Harapan Setinggi Gunung (Alam Kerjaya Terbentang Luas)
Buku Teks Tingkatan 4, Dewan Bahasa dan Pustaka ( 2019)
[ 6 markah ]

Jawaban:

Kata Majmuk Ayat

Yawam Penubuhan Yawam bertujuan untuk memberi pendedahan


( Yayasan Anak Watan kepada golongan penganggur tentang peluang pekerjaan
Malaysia) dalam pelbagai sektor.
UA Universiti Malaya merupakan salah sebuah universiti yang
( Universiti Awam) cemerlang dan setanding dengan universiti lain yang
bertaraf dunia.
US Yuran yang perlu dibayar di universiti swasta biasanya
( Universiti Swasta ) mencecah ratusan ribu ringgit untuk sesuatu kursus yang
diambil.

4
SET 4

SK: 5.2 Memahami dan menggunakan golongan kata yang sesuai dalam
pelbagai bidang.

SP: 5.2.4 Mengenal pasti dan menggunakan golongan kata tugas dengan betul
mengikut konteks.

Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan empat kata hubung. Kemudian anda dikehendaki
membina satu ayat anda sendiri daripada setiap kata hubung untuk menunjukkan bahawa anda faham
akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukar imbuhan atau
menukarkan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

Kad pengenalan pada mulanya diperkenalkan oleh pemerintah Inggeris di Malaya melalui
Emergency [Registration Areas] Regulations 1948 bagi membendung ancaman pengganas
komunis pada tahun 1948. Kad pengenalan ini digunakan untuk tujuan pengecaman dan
pengagihan beras pada zaman darurat. Oleh yang demikian, kad pengenalan yang pertama ini
juga dikenali sebagai ‘kad beras’ kerana catuan makanan pada zaman darurat memerlukan
bukti pengenalan diri untuk mendapatkan beras. Walau bagaimanapun, kad pengenalan telah
melalui pelbagai perubahan selari dengan peredaran zaman.
Dipetik dan diubah suai daripada
Identitiku ( Evolusi Kad Pengenalan)
Buku Teks Tingkatan 4, Dewan Bahasa dan Pustaka ( 2019)
[ 8 markah ]

Jawaban:

Kata Hubung Ayat

bagi Wartawan itu sedang membuat laporan berkaitan tanah


runtuh di Kuala Klawang bagi akhbar Saturday Review.

untuk Ketua kampung itu menyarankan agar penduduk


kampungnya hidup bekerjasama untuk kemakmuran
kampung tersebut.

5
dan Tentera Jepun dan tentera Inggeris pernah menjajah negara
kita suatu masa dahulu.

kerana Kanak-kanak kecil itu menangis kerana telah terjatuh


daripada kerusi tanpa disedari oleh ibunya.

SET 5

SK: 5.1 Memahami dan menggunakan bentuk kata yang sesuai dalam pelbagai
bidang.

SP: 5.13 Mengenal pasti dan menggunakan pelbagai kata terbitan dengan betul
mengikut konteks

Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan empat kata terbitan. Kemudian anda
dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap kata terbitan untuk menunjukkan
bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan,
menukar imbuhan atau menukarkan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

Hadirin dan hadirat yang dihormati,


Sebelum meneruskan pidato ini, saya terlebih dahulu akan menjelaskan maksud
perkataan yang menjadi mauduk pidato saya. Bilik darjah bermaksud bilik atau tempat untuk
belajar, manakala masa hadapan pula merujuk gambaran tentang kehidupan kita pada masa akan
datang. Pengajaran berkesan pula bermaksud proses terancang yang menyediakan dan
mewujudkan suasana yang sihat bagi menggalakkan murid untuk terus belajar. Ringkasnya bilik
darjah masa hadapan ialah bilik darjah yang memenuhi keperluan generasi masa hadapan.
Dipetik dan diubah suai daripada
Membawa Dunia ke Bilik Darjah ( Bilik Darjah Masa Hadapan)
Buku Teks Tingkatan 4, Dewan Bahasa dan Pustaka ( 2019)
[ 8 markah ]
Jawaban
Kata Terbitan Ayat
terlebih Pada tahun 2003 Presiden Mubarak mahu Amerika Syarikat
menyelesaikan konflik antara Israel dan Palestin terlebih
dahulu sebelum campur tangan di negara lain.
menjelaskan Dia telah menjelaskan bil elektrik yang sudah tertunggak
selama tiga bulan.

bermaksud Gelaran khalifah bermaksud pengganti atau pemimpin


selepas kewafatan Nabi Muhammad.

gambaran Pulmonari Angiogram atau Sinar X menunjukkan gambaran


jelas tentang perjalanan darah di dalam arteri dan paru-paru
seorang pesakit yang mengalami Pulmonary Embolism.

6
SET 6

SK: 5.1 Memahami dan menggunakan golongan kata yang sesuai dalam pelbagai
bidang.
SP: 5.1.1 Mengaplikasikan bentuk kata tunggal kata majmuk dalam pelbagai laras bahasa
dengan betul mengikut konteks.

Baca panduan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata tunggal dan dua kata majmuk.
Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap kata tunggal dan
kata majmuk untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda
tidak boleh menambahkan imbuhan, menukar imbuhan atau menukarkan perkataan itu sebagai
peribahasa atau nama khas.

Berikutan dengan penularan wabak penyakit seperti COVID-19, Influenza A, dan


H1N1,semua kakitangan syarikat dinasihati agar mengambil langkah berjaga-jaga. Antara
langkah yang perlu diambil adalah seperti berikut:
a. Pakai pelitup muka dan cuci tangan dengan sabun atau gunakan pensanitasi
tangan.
b. Gunakan sapu tangan atau tisu semasa batuk dan bersin.
c. Dapatkan rawatan segera jika anda mengalami demam, batuk, dan sukar untuk
bernafas.
d. Jangan meludah di merata-rata tempat.
Semoga para pekerja syarikat dapat memberikan kerjasama untuk mematuhi garis panduan
yang diberikan.
Dipetik dan diubah suai daripada
Kawal Sebelum Tular ( Panduan Menghadapi Wabak Penyakit)
Buku Teks Tingkatan 5, Dewan Bahasa dan Pustaka ( 2020)
[ 8 markah ]

Kata Tunggal Ayat


Wabak Rakyat Malaysia dinasihatkan supaya berjaga-jaga
berikutan penularan wabak Covid-19.
syarikat Syarikat kewangan swasta itu memberikan kemudahan
pinjaman dengan kadar faedah yang tinggi berbanding bank
perdagangan yang lain.
Kata Majmuk Ayat
kakitangan Kakitangan syarikat kewangan itu tekun bekerja sehingga
lewat malam.
Pelitup muka Setiap orang diwajibkan memakai pelitup muka disebabkan
penularan Covid-19.

7
SET 7

SK: 5.1 Memahami dan menggunakan golongan kata yang sesuai dalam pelbagai bidang.

SP: 5.13 Mengenal pasti dan menggunakan golongan kata dalam pelbagai laras bahasa dengan
betul mengikut konteks.

Baca maklumat di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata kerja dan dua kata adjektif.
Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap kata kerja dan kata
adjektif untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak
boleh menambahkan imbuhan, menukar imbuhan atau menukarkan perkataan itu sebagai
peribahasa atau nama khas.

Malaysia merupakan sebuah negara yang berpegang teguh kepada norma diplomasi
berteraskan keamanan dan kestabilan. Strategi pelaksanaan dihuraikan secara lebih
komprehensif melalui prinsip-prinsip Dasar Luar Negeri yang bersifat sejagat seperti:
√ penyelesaian konflik melalui perundingan dan menolak pendekatan secara kekerasan dan
paksaan;
√ mengamalkan pendekatan jalinan hubungan diplomatik dan kerjasama dengan negara-
negara lain; dan
√ mendukung prinsip hidup bersama secara aman dan harmoni serta berpegang pada prinsip
menghormati kemerdekaan, serta keutuhan sesebuah wilayah melalui pendekatan tidak
campur tangan dalam hal ehwal dan masalah dalaman negara lain.
Dipetik dan diubah suai daripada
Wisma Putra ( Sentuhan Diplomasi Negara)
buku teks tingkatan 5, Dewan Bahasa dan Pustaka ( 2020)
[ 8 markah ]

Kata Kerja Ayat


berteraskan Nabi Muhammad telah berjaya menyatukan ketiga-tiga
kaum Arab itu berteraskan prinsip dan ajaran Islam.
menolak Tiga orang penduduk Kampung Tekun telah menolong
Ahmad menolak keretanya yang pancit hingga ke bengkel
kereta.
Kata Adjektif Ayat

aman Malaysia merupkan sebuah nengara yang aman dan bebas


daripada peperangan.

harmoni Suami isteri itu hidup dalam keadaan yang harmoni dan
bahagia walaupun mereka berada dalam kemiskinan.

8
BAHAGIAN A (SISTEM DAN APLIKASI BAHASA)
SOALAN 2 (SINTAKSIS)

SET 3
Tema 13 : Segalanya Bermula Di sini.
Standard Pembelajaran
5.3.3 Mengenal pasti dan menggunakan ayat tunggal susunan biasa dan
(Ting. 4) susunan songsang dan ayat majmuk yang betul mengikut konteks.
5.3.3 Memahami dan menggunakan ayat majmuk betul mengikut konteks.
(Ting. 5)

Baca petikan di bawah dengan teliti, kenal pasti dan tulis satu ayat majmuk gabungan, dua ayat
majmuk pancangan dan satu ayat majmuk campuran yang terdapat dalam petikan. Anda perlu
menyalin ayat yang berkenaan dengan melabelkan jenis ayat tersebut.

Anda pernah menyaksikan diodrama dasar laut? Jika anda berhasrat untuk menyaksikannya,
silalah berkunjung ke Akuarium dan Muzium Marin Universiti Malaysia Sabah (AMUMS).
AMUMS mempunyai pelbagai tarikan. Panorama di kompleks AMUMS yang terletak di
kawasan pinggir laut sungguh mengagumkan. Pembinaan AMUMS ini untuk
menginspirasikan pemuliharaan hidupan laut.
Pemuliharaan ini dilakukan melalui pendidikan, penyelidikan, inovasi dan penerokaan. Di
sini, mereka dapat menyaksikan sifat-sifat unik karang hidup, kima, timun laut, landak laut,
udang, penyu, rumput laut, dan hidupan lain yang begitu menghiburkan.
(8 markah)

Jawaban

Ayat majmuk gabungan i. Pemuliharaan ini dilakukan melalui


pendidikan, penyelidikan, inovasi dan penerokaan.
Ayat majmuk pancangan i. Jika anda berhasrat untuk menyaksikannya, silalah
berkunjung ke Akuarium dan Muzium Marin Universiti
Malaysia Sabah (AMUMS).
ii. Panorama di kompleks AMUMS yang terletak di
kawasan pinggir laut sungguh mengagumkan.

Ayat majmuk campuran i. Di sini, mereka dapat menyaksikan sifat-sifat unik


karang hidup , kima, timun laut, landak laut, udang,
penyu, rumput laut, dan hidupan lain yang begitu
menghiburkan.

9
SET 4

Tema 11 : Ekonomi Dinamik, Negara Berwibawa


Standard Pembelajaran
5.3.4 Mengenal pasti dan menggunakan ayat penyata, ayat tanya, ayat
(Ting. 4) perintah dan ayat seruan yang betul mengikut konteks.
5.3.4 Memahami dan menggunakan ayat majmuk yang betul mengikut
(Ting. 5) konteks.

Berdasarkan petikan di bawah, bina enam ayat yang lengkap dengan menggunakan kata tanya yang
betul. Kata tanya yang digunakan hendaklah bersesuaian dengan frasa yang berhuruf condong.

Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) merupakan satu skim simpanan wang yang telah
direka khas oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPN). Pendeposit melantik
PTPTN untuk menguruskan pendeposit mereka bagi tujuan pelaburan. Melalui skim ini Akaun
SSPN-I boleh dibuka secara dalam talian atau berurusan di kaunter PTPN dan bank-bank
terpilih. Akaun ini boleh dibuka oleh ibu bapa untuk anak mereka seawal usia satu hari hingga
berumur 29 tahun.
Dipetik dan diubah suai daripada
buku teks tingkatan 4 halaman 154
Kementerian Pendidikan Malaysia.
(8 markah)

Jawaban

Bil. Ayat

1. Apakah yang dimaksudkan dengan Skim Simpanan


Pendidikan Nasional(SSPN-i)?

2. Mengapakah pendeposit melantik PPTN?

3.
Bagaimanakah cara akaun SSPN-I ini boleh dibuka?

4.
Bilakah ibu bapa boleh membuka akaun ini untuk anak-anak mereka?

10
SET 5
Tema 6 : Dunia Pelancongan
Standard Pembelajaran
5.3.3 Mengenal pasti dan menggunakan ayat tunggal susunan biasa dan
(Ting. 4) susunan songsang dan ayat majmuk yang betul mengikut konteks.
5.3.3 Memahami dan menggunakan ayat majmuk betul mengikut konteks.
(Ting. 5)

Berdasarkan petikan di bawah, cerakinkan ayat-ayat majmuk tersebut kepada ayat-ayat tunggal.

Rakyat Malaysia amat bangga akan keindahan Pulau Pangkor dan Pulau Langkawi yang
terdapat di Malaysia. Penduduk di negara kita boleh ke sana pada waktu cuti dengan
menggunakan pelbagai jenis pengangkutan awam yang disediakan. Di sana kita dapat
menikmati makanan laut yang lazat di samping pemandangan yang indah.
(12 markah)

Bil. Ayat tunggal

1. Rakyat Malaysia amat bangga akan keindahan Pulau Pangkor


yang terdapat di Malaysia.

2. Rakyat Malaysia amat bangga akan keindahan Pulau Langkawi


yang terdapat di Malaysia.

3. Penduduk di negara kita boleh ke sana pada waktu cuti.

4. Penduduk di negara kita boleh ke sana menggunakan


pelbagai jenis pengangkutan awam yang disediakan.

5. Di sana kita dapat menikmati makanan laut yang lazat.

6. Di sana kita dapat menikmati pemandangan yang indah.

11
SET 6

Tema 8 : Dalam Lipatan Kenangan


Standard Pembelajaran
5.3.3 Mengenal pasti dan menggunakan ayat tunggal susunan biasa dan
(Ting. 4) susunan songsang dan ayat majmuk yang betul mengikut konteks.
5.3.3 Memahami dan menggunakan ayat majmuk betul mengikut konteks.
(Ting. 5)

Baca petikan di bawah dengan teliti. Tukarkan ayat bersusunan biasa yang bergaris kepada ayat
bersusunan songsang tanpa mengubah maksud asalnya.

Kain telepuk dianggarkan telah mula diusahakan sejak abad ke-17 hingga abad ke-18. Kain ini
diperkenalkan ke Tanah Melayu melalui pedagang Bugis yang datang dari Sulawesi. Pada masa
ini kesenian telepuk masih dihidupkan, walaupun tidak secara besar-besaran. Kain telepuk ini
dapat bertahan lama. Kain telepuk milik koleksi perseorangan ada yang berusia antara 60 hingga
250 tahun.
Dipetik dan diubah suai daripada
buku teks tingkatan 4 halaman 109
Kementerian Pendidikan Malaysia.
(6 markah)

Jawaban:

Bil Ayat

1. Sejak abad ke-17 hingga abad ke-18 kain telepuk dianggarkan


telah mula diusahakan.

2. Walaupun tidak secara besar-besaran pada masa ini kesenian telepuk masih
dihidupkan.
3. Ada yang berusia antara 60 hingga 250 tahun kain telepuk milik
koleksi perseorangan.

12
SET 7
Tema 1 : Merealisasikan Impian.
Standard Pembelajaran
5.3.2 Mengenal pasti dan menggunakan ayat dasar yang betul.
(Ting. 4)
5.3.2 Memahami dan menggunakan ayat terbitan dengan betul mengikut
(Ting. 5) konteks.
Berdasarkan petikan di bawah, kenal pasti dan tulis subjek dan predikat yang lengkap bagi setiap
ayat yang bergaris.

E-sukan ialah satu bentuk permainan video yang dipertandingkan dan dimainkan dengan penuh
semangat kesukanan. E-sukan telah berkembang di serata dunia dan menjadi sumber pendapatan
yang lumayan. Di Malaysia, e-sukan semakin popular dan melahirkan atlet e-sukan yang
berdaya saing pada peringkat antarabangsa.
Atlet e-sukan perlu menjadikan disiplin umpama akar tunjang dan mengamalkan gaya hidup
sihat untuk berjaya dalam sukan ini. Nur Amirul bin Afandi merupakan atlet e-sukan bagi
permainan FIFA 19. Beliau pernah menjuarai Asia Tenggara bagi AGNES 2016 dan Cyber fest
2017. Pada tahun 2018, beliau menjuarai Virtuelle Bundesliga Asia Tenggara seterusnya mara
ke pertandingan dunia di Jerman.

Dipetik dan diubah suai daripada


buku teks tingkatan 4 halaman 6-7
Kementerian Pendidikan Malaysia.
(8 markah)

Jawaban
Subjek Predikat
1. E-sukan ialah satu bentuk permainan video yang
dipertandingkan dan dimainkan dengan
penuh semangat kesukanan.
2. E-sukan di Malaysia semakin popular dan negara kita
telah melahirkan atlet e-sukan yang berdaya
saing saing pada peringkat antarabangsa
3. Nur Amirul bin Afandi merupakan atlet e-sukan bagi pemainan FIFA
19.
4. Beliau pada tahun 2018 menjuarai Virtuelle
Bundesliga Asia Tenggara seterusnya mara
ke pertandingan dunia di Jerman.

13
BAHAGIAN A (SISTEM DAN APLIKASI BAHASA)
SOALAN 3 (PENYUNTINGAN)
SET 3

SK : 3.6 Mengedit dan memurnikan pelbagai teks.


SP : 3.6.1 Menganalisis kesalahan bahasa dan kejituan idea dalam pelbagai teks.

Dalam petikan 1, terdapat enam kesalahan bahasa manakala petikan 2 terdapat lima kesalahan
bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap petikan anda tidak boleh
menyenaraikan lebih daripada jumlah kesalahan yang dinyatakan dalam arahan soalan. Anda tidak
perlu menyalin petikan-petikan tersebut.

PETIKAN 1
Dalam ledakan ilmu pengetahuan tanpa sempadan dalam era ini, semua pihak mesti
sentiasa cakna kepada perubahan dan bersedia untuk mendalami ilmu. Jika kita tidak cakna
terhadap perubahan ini, kita akan ketinggalan di dalam arus perkembangan dunia sains dan
teknologi. Hal ini dikatakan demikian oleh kerana saban hari pelbagai teori, penemuan dan
ciptaan yang canggih dicipta manusia di seantero dunia. SEAMEO RECSAM yang berpusat
di Pulau Pinang telah melaksanakan pelbagai program. Program yang dianjurkan oleh
SEAMEO RECSAM ini tidak terhad kepada murid-murid tetapi melibatkan golongan pendidik
termasuk ibu dan bapa. [6 markah]

14
PETIKAN 2

SEAMEO RECSAM telah ditubuhkan pada 1967. Misi penubuhan pertubuhan ini adalah
untuk mempromosi dan meningkatkan pendidikan Sains dan Matematik di kalangan ahli negara -
negara SEAMEO. Setelah mendapat mandat ini, SEAMEO RECSAM berusaha melaksanakan
mandat dan kini telah berjaya menarik perhatian pelbagai pihak termasuk para-para pendidik lain-
lain negara di dalam dan di luar rantau Asia Tenggara. Keadaan ini mencerminkan kualiti inovasi
pendidikan yang dilaksanakan oleh pusat serantau ini. [5 markah]

Jawapan:

Petikan 1 Petikan 2
1. dalam - pada 1. pada 1967 – pada tahun 1967
2. di dalam - dalam 2. Misi - objektif
3. oleh kerana - kerana 3. di kalangan – dalam kalangan
4. di – dari 4. para-para pendidik – para pendidik
5. tetapi - malahan 5. lain-lain negara – negara-negara lain
6. ibu dan bapa – ibu bapa

SET 4

SK : 3.6 Mengedit dan memurnikan pelbagai teks.


SP : 3.6.1 Menganalisis kesalahan bahasa dan kejituan idea dalam pelbagai teks.

Dalam petikan di bawah terdapat lapan kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-
kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada jumlah kesalahan yang dinyatakan
dalam arahan soalan. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut.

Kenali SALAM

Yayasan Salam Malaysia atau ringkasnya SALAM ialah badan bukan kerajaan yang
ditubuhkan pada tahun 1997. Penubuhannya bertujuan untuk menanamkan lagi semangat
sukarelawan dalam kalangan masyarakat. Para sukarelawan SALAM menganjurkan pelbagai
jenis program-program kebajikan. Untuk menjalankan program ini SALAM mendapat
sumbangan dari badan korporat, kerajaan, dan orang ramai.

Misi SALAM

Para sukarelawan SALAM yang mampu mewujudkan kesejahteraan dalam komuniti denga n
cara memupuk etika perkongsian, sikap saling bantu-membantu serta saling
menyayangi. Rakyat Malaysia akan berpeluang untuk memberikan sumbangan ke arah

15
melahirkan masyarakat madani dengan berkhidmat seperti sukarelawan SALAM. Oleh itu,
rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun di atas dialukan untuk menjadi sukarelawan SALAM.

Dipetik dan diubah suai daripada


Yayasan Salam buku teks tingkatan 4,
Dewan Bahasa dan Pustaka (2019)
[8 markah]

Jawapan:

1. sukarelawan - kesukarelawanan 5. saling bantu-membantu – saling


membantu/bantu-membantu
2. pelbagai jenis program-program – pelbagai 6. berpeluang untuk memberikan –
jenis program berpeluang memberikan

3. Untuk menjalankan program ini – untuk 7. di atas – ke atas


menjalankan program ini,

4. yang - juga 8. dialukan – dialu-alukan

16
SET 5

SK : 3.6 Mengedit dan memurnikan pelbagai teks.


SP : 3.6.1 Memurnikan kesalahan bahasa dan menganalisis kejituan serta kesinambungan
idea dalam pelbagai teks.
Dalam petikan di bawah terdapat lima kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-
kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada jumlah kesalahan yang dinyatakan
dalam arahan soalan. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut.

Perangkap Hutang Sambung Bayar

Encik Ahmad: Saya telah menerima notis pembayaran tertunggak daripada pihak bank.
Saya begitu ditekan kerana situasi ini boleh membawa kepada
kebankerapan jika tidak diselesaikan segera.

Puan Nurul Fadzlin: Mengapakah hal ini boleh berlaku?

Encik Ahmad: Dua tahun sudah, saya dihimpit masalah kewangan. Dalam keadaan
terpaksa, saya telah menyerahkan kereta kepada seorang rakan. Dia
menggunakan kereta tersebut dengan menyambung bayaran kepada
pihak bank. Malangnya saya tidak bertukar nama saya sebagai pemilik
asal. Kini, dia pula tidak dapat dihubungi.

Puan Nurul Fadzlin: Oh begitu! Pihak AKPK akan cuba membantu Encik Ahmad.

Dipetik dan diubah suai daripada


Perangkap Hutang Sambung Bayar
Buku Teks Tingkatan 5,
Dewan Bahasa dan Pustaka (2020)

[ 5 markah]

Jawapan:
1. ditekan – tertekan

2. kebankerapan – kebankrapan

3. Mengapakah – bagaimanakah

4. sudah – lepas

5. bertukar – menukar

17
SET 6

SK : 3.6 Mengedit dan memurnikan pelbagai teks.


SP : 3.6.1 Memurnikan kesalahan bahasa dan menganalisis kejituan serta kesinambungan
idea dalam pelbagai teks.

Dalam petikan di bawah terdapat enam kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-
kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada jumlah kesalahan yang dinyatakan
dalam arahan soalan. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut.

Panduan Menghadapi Wabak


Penyakit

Berikutan dengan pentularan wabak penyakit seperti COVID-19, Influenza A, dan H1N1, semua
kaki tangan syarikat dinasihati agar mengambil langkah berjaga-jaga. Antara langkah yang perlu
diambil adalah seperti yang berikut:

1. Pakai penutup muka dan cuci tangan dengan sabun atau gunakan pensanitasi tangan

2. Jangan hantar anak yang menghidapi penyakit berjangkit ke pusat jagaan kanak-kanak.

3. Tinggal di rumah sehingga penyakit sembuh jika diberi cuti sakit.

4. Bersihkan pemukaan lantai dan meja yang terkena cecair hidung dan mulut.

5. Gunakan sapu tangan atau tisu semasa batuk dan bersin.

6. Dapatkan rawatan dengan segera jika mengalami demam, batuk dan sukar hendak bernafas.

Dipetik dan diubah suai daripada


Panduan Menghadapi Wabak Penyakit
buku teks tingkatan 5,
Dewan Bahasa dan Pustaka (2020)

[6 markah]

Jawapan:

1. pentularan - penularan 4. menghidapi - menghidap

2. kaki tangan – kakitangan 5. sehingga - hingga

3. penutup - pelitup 6. pemukaan - permukaan

18
SET 7

SK : 3.6 Mengedit dan memurnikan pelbagai teks.


SP : 3.6.1 Memurnikan kesalahan bahasa dan menganalisis kejituan serta kesinambungan
idea dalam pelbagai teks.

Dalam petikan di bawah terdapat lima kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-
kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada jumlah kesalahan yang dinyatakan
dalam arahan soalan. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut.

1. menjalani – menjalankan 3. setiapkali – setiap kali

2. saling hormat-menghormati – hormat 4. bertanggung jawab – bertanggungjawab


menghormati/saling menghormati

5. negative – negatif

19
BAHAGIAN A (SISTEM DAN APLIKASI BAHASA)
SOALAN 4 (BAHASA MELAYU STANDARD)

SET 3

SK: 4.1 Memahami dan mengapresiasi karya sastera.


SP: 4.1.1 Memahami dan mengapresiasi prosa moden dan prosa tradisional dengan menyatakan
respons peribadi yang sesuai terhadap karya.

Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut
dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.

Setelah itu maka Paduka Seri Maharaja pun kembalilah ke istana baginda. Maka sembah
Orang Besar-besar, “Tuanku, akan budak itu terlalu sekali besar akalnya. Sedang ia lagi budak
sekian ada akalnya, jikalau sudah ia besar betapa lagi? Baiklah ia kita bunuh, tuanku.” Maka titah
raja, “Benarlah bagai kata tuan hamba sekalian itu, bunuhlah ia!”
Dipetik dan diubah suai daripada
‘Singapura Diserang Todak’
Buku Teks Tingkatan 4,
Dewan Bahasa dan Pustaka (2019)

[6 markah]

Jawaban:

Setelah itu, Paduka Seri Maharaja kembali ke istana baginda. Orang Besar-besar
menyembah, “Tuanku, budak itu amat cerdik akalnya. Budak lagi sudah begitu
akalnya. Bagaimanakah jika sudah besar? Lebih baik dia dibunuh, tuanku.” Raja
bertitah, “Jika benar kata kamu, bunuhlah dia!”

20
SET 4

SK: 4.1 Memahami dan mengapresiasi karya sastera.


SP: 4.1.1 Memahami dan mengapresiasi prosa moden dan prosa tradisional dengan menyatakan
respons peribadi yang sesuai terhadap karya.

Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut
dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.

Maka ia bertanya pada Tun Mamad, katanya, “Orang mana kamu ini, dan hendak ke mana
kamu?” Maka kata Tun Mamad, “Kami ini orang Melaka, nama hamba Tun Mamad, dititahkan
oleh Sultan Mahmud Syah meminang Puteri Gunung Ledang, Laksamana dan Sang Setia ada di
bawah gunung ini, tiada boleh naik, akan hamba disuruhnya; dan tuan hamba, siapa nama tuan
hamba?”
Maka sahut perempuan itu, “Nama hamba Dang Raya Rani, hambalah pengetua Puteri
Gunung Ledang; nantilah hamba di sini, biar hamba persembahkan segala kata tuan hamba itu
pada tuan puteri.”
Dipetik dan diubah suai daripada
‘Sulalatus Salatin Sejarah Melayu Edisi Pelajar’
Buku Teks Tingkatan 4,
Dewan Bahasa dan Pustaka (2019)

[6 markah]

Jawaban:

Dia bertanya kepada Tun Mamad, “Kamu dari mana dan hendak ke mana?” Tun
Mamad berkata, “Kami dari Melaka. Nama saya Tun Mamad. Sultan Mahmud
Syah menitahkan saya meminang Puteri Gunung Ledang. Laksamana dan Sang
Setia ada di bawah gunung ini. Mereka menyuruh saya disebabkan mereka tidak
boleh naik. Siapakah awak?”
Perempuan itu berkata, “Nama saya Dang Raya Rani. Saya penjaga Puteri
Gunung Ledang. Awak duduk di sini. Biar saya bertanya kepada tuan puteri hajat
awak.”

21
SET 5

SK: 4.1 Memahami dan mengapresiasi karya sastera.


SP: 4.1.1 Memahami dan mengapresiasi prosa moden dan prosa tradisional dengan menyatakan
respons peribadi yang sesuai terhadap karya.

Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut
dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.

Maka oleh ibunya segala hal-ehwal dari mulanya datang kesudahnya diceritakannya pada
anaknya. Setelah Kertala Sari mendengar ceritera ibunya demikian itu, maka Kertala Sari pun
terlalu sangat amarahnya, “Ceh, Ratu Melaka dan Laksamana! Mati engkau olehku! Tanpa kedep
tembung laku. Syahadan negeri Melaka pun habis kubinasakan. Jikalau tiada kuperbuat
demikian, bukanlah aku anak penjurit yang berani dan kepetangan.”

Dipetik dan diubah suai daripada


Kepimpinan Melalui Teladan
dalam Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul
Kementerian Pendidikan Malaysia

[6 markah]

Jawapan:

Lalu ibu Kertala Sari menceritakan semua perkara dari mula hingga akhir kepada
anaknya. Setelah Kertala Sari mendengar cerita ibunya, Kertala Sari terlalu marah,
“Cis, Ratu Melaka dan Laksamana! Mati kau olehku! Tanpa menghiraukan orang
lain. Seterusnya negeri Melaka habis aku binasakan. Jika aku tidak berbuat demikian,
aku bukanlah anak pejuang yang berani dan cerdik berbuat helah.

22
SET 6

SK: 4.1 Memahami dan mengapresiasi karya sastera.


SP: 4.1.1 Memahami dan mengapresiasi prosa moden dan prosa tradisional dengan menyatakan
respons peribadi yang sesuai terhadap karya.

Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut
dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.

Maka Patih Gajah Mada pun fikir dalam hatinya. ‘Adapun negeri Melaka itu sukar binasa
maka puas hatiku. Adapun seperti khabar penjurit tujuh bersaudara yang di Bukit Cina itu, jika
tiada ia mati, nescaya alahlah Melaka itu.’
Setelah sudah ia fikir, maka Patih Gajah Mada pun ingat akan Petala Bumi itu. Maka Patih
Gajah Mada pun segera menyuruh kepada bini Petala Bumi bertanyakan anaknya yang bernama
Kertala Sari pergi mencuri ke Daha itu, sudahkah datang dari Daha atau belumkah.

Dipetik dan diubah suai daripada Antologi Teks KOMSAS,


Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan Bahasa dan Pustaka (2014)

[6 markah]

Jawaban:

Kemudian Patih Gajah Mada berfikir di dalam hatinya. ‘Andai kata negeri
Melaka yang sukar dikalahkan itu binasa, barulah hatiku puas. Sesungguhnya berita
tujuh orang penjurit bersaudara yang berada di Bukit Cina itu, jika mereka tidak
meninggal dunia, Melaka pasti akan kalah.’
Setelah dia berfikir, Patih Gajah Mada teringat kepada Petala Bumi.
Kemudian, Patih Gajah Mada segera menyuruh orang berjumpa dengan isteri Petala
Bumi untuk bertanya sama ada anaknya yang bernama Kertala Sari yang pergi
mencuri di Daha itu sudah pulang dari Daha atau belum.

23
SET 7

SK: 4.1 Memahami dan mengapresiasi karya sastera.


SP: 4.1.1 Memahami dan mengapresiasi prosa moden dan prosa tradisional dengan menyatakan
respons peribadi yang sesuai terhadap karya.

Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut
dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.

Telah kedengaran ke benua Siam bahawa Melaka negeri besar yang tiada takluk kepadanya, maka
Paduka Bubunnya pun menyuruh ke Melaka hendak minta surat sembah. Maka Sultan Muzaffar
Syah tiada mahu menyembah ke benua Siam. Maka Raja Benua Siam terlalu marah, lalu menyuruh
berlengkap akan menyerang Melaka; Awi Cakri nama panglimanya, membawa rakyat terlalu
banyak tiada terpermanai lagi.
Dipetik dan diubah suai daripada
Burung Terbang Dipipiskan Lada
dalam Antologi Sejadah Rindu
Kementerian Pendidikan Malaysia

[8 markah]

Jawaban:

Telah kedengaran sehingga benua Siam bahawa Melaka merupakan sebuahnegeri


yang berkuasa yang tidak dapat ditakluki olehnya. Lalu Paduka Bubunnya menyuruh
utusannya ke Melaka untuk meminta surat sembah. Namun begitu, Sultan Muzaffar
Syah enggan menyembah kepada benua Siam. Kemuadian, Raja Benua Siam amat
marah lalu menyuruh bersiap sedia untuk menyerang Melaka; Nama panglimanya
Awi Cakri. Awi Cakri telahmembawa rakyat terlalu banyak yang tidak terkira
jumlahnya.

24
BAHAGIAN A (SISTEM DAN APLIKASI BAHASA)
SOALAN 5 (PERIBAHASA)

Standard 4.2 Memahami dan menggunakan peribahasa secara lisan dan


Kandungan penulisan.
Standard 4.2.1 Menggunakan peribahasa dan menghubung kait maksudnya
Pembelajaran dengan betul mengikut konteks.
SUMBER Tema 6: Dunia Pelancongan m/s 74

SET 3

Baca petikan di bawah dengan telitinya dan kemudian nyatakan peribahasa atau kata-kata hikmat
yang sesuai dengan ayat tersebut.

Sebelum memulakan kerja, Amir sebagai pegawai atasan di tapak binaan itu akan
mengingatkan pekerja di bawah jagaannya agar sentiasa mengutamakan keselamatan ketika
bekerja. Pekerja-pekerja tersebut bekerja bersungguh-sungguh dan berhati-hati dengan
pekerjaan mereka. Namun pekerja di bawah jagaan Amir, Leslie telah mengalami kecelakaan
yang terjadi dengan tiba- tiba di tempat kerjanya.

Jawaban:
1 anak buah
2 bermandi peluh
3 malang tak berbau

25
SET 4

Standard 4.2 Memahami dan menggunakan peribahasa secara lisan dan


Kandungan penulisan.
Standard 4.2.1 Menggunakan peribahasa dan menghubung kait maksudnya
Pembelajaran dengan betul mengikut konteks.
SUMBER Tema 7: Demi Kedamaian m/s 99

Membina ayat berdasarkan peribahasa yang diberi.

Tulis ayat berdasarkan setiap peribahasa di bawah ini supaya jelas menunjukkan maksud
dan penggunaannya. [4 markah]

1. seperti telur di hujung tanduk dalam keadaan bahaya/serba sulit


Lelaki tersebut bagaikan telur di hujung tanduk apabila dia hampir dilanggar oleh
lori tersebut.
2 sambil menyelam minum air Sekali melakukan pekerjaan dua tiga
maksud tercapai
Sambil belajar, Ani bekerja sambilan untuk membiayai pengajiannya. Kata orang,
sambil menyelam minum air.

26
SET 5
Standard 4.2 Memahami dan menggunakan peribahasa secara lisan dan
Kandungan penulisan.
Standard 4.2.1 Menggunakan peribahasa dan menghubung kait maksudnya
Pembelajaran dengan betul mengikut konteks.
SUMBER Tema 6: Dunia Pelancongan m/s 82

Baca dialog di bawah dengan teliti. Kemudian nyatakan tiga peribahasa yang sesuai dengan
dialog-dialog tersebut.

Katrina: Wah, bersih sungguh tempat ini! Dahulu tidak begini.


Erwan: Kini kesedaran tentang penjagaan kebersihan di tempat awam semakin
meningkat.

Laila: Minggu lepas saya dan Katrina ke tempat perkelahan yang berhampiran
dengan rumah saya. Keadaannya sangat mendukacitakan.

Katrina: Betul Erwan. Peribahasa ada mengatakan .........................................(1)


Erwan: Aduhai, sungguh tak sangka!
Laila: Kesedaran tentang penjagaan tempat awam perlu bermula dari rumah. Ibu bapa
perlu menjadi contoh kerana ..............................................(2)
dan ................................................................................. (3)

Jawaban:
1. tak sungguh tak melata tak sungguh orang tak kata

2 bapa borek, anak rintik

3 bagaimana acuan begitulah kuihnya

[6 markah]

27
SET 6

Standard 4.2 Memahami dan menggunakan peribahasa secara lisan dan penulisan.
Kandungan
Standard 4.2.1 Menggunakan peribahasa dan menghubung kait maksudnya dengan betul
Pembelajaran mengikut konteks.

Berikan maksud simpulan bahasa di bawah.

i. ajak-ajak ayam

mempelawa secara tidak bersungguh-sungguh

ii. cakar ayam

tulisan yang buruk

iii. rabun ayam

tidak dapat melihat dengan jelas ketika gelap atau pada waktu malam
[6 markah]

28
SET 7

Standard 4.2 Memahami dan menggunakan peribahasa secara lisan dan


Kandungan penulisan.
Standard 4.2.1 Menggunakan peribahasa dan menghubung kait maksudnya
Pembelajaran dengan betul mengikut konteks.

Baca ayat di bawah dengan telitinya dan kemudian nyatakan peribahasa atau kata-kata hikmat yang
sesuai dengan ayat tersebut.

i. Ibu agak sukar untuk membuat pilihan apabila melihat pelbagai corak dan
rekaan pakaian terkini yang cantik-cantik di butik itu.

ii. Setelah berjaya menjawat jawatan tinggi di bandar, Alia tidak pernah pulang
ke kampung walaupun telah diberitahu ibunya sakit.

iii. Hairi yang begitu meminati bidang nyanyian sejak kecil kerana sering melihat
bapanya menyanyi di kaca televisyen akhirnya menjadi penyanyi setelah
berjaya memasuki rancangan realiti nyanyian.
[6 markah]

1. rambang mata

2 seperti kacang lupakan kulit/seperti ulat lupakan daun/lupa daratan

3 bapa borek anak rintik/ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi

29
BAHAGIAN B (PEMAHAMAN)
SOALAN 6 (PETIKAN UMUM)
Tema 4 : PERTANIAN, PENTERNAKAN DAN PERIKANAN

Standard 2.2 Membaca untuk memahami makna perkataan, rangkai kata, istilah, serta
Kandungan ungkapan dan ayat dalam pelbagai bahan.

Standard 2.2.1 Membaca, mengenal pasti dan menjelaskan maklumat tersurat dan
Pembelajaran tersirat dengan betul daripada pelbagai bahan
primer.
Sumber Buku Teks Tema : Menjulang Harapan di Bumi Bertuah ms 51
Internet Portal Rasmi Jabatan Perikanan Malaysia

Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1

Gurindam Hati Waja


Jika teguh azam dan cita,
Yang dibuat menjadi nyata.

Jika kau asah potensi diri,


Yang diusahakan pasti menjadi.

Jika ilmu penuh di dada,


Idea terbaik sentiasa ada.

Jika semangat tersemat di dada,


Hasil kaudapat berlipat ganda.

Jika tabah juga semangat,


Tidak rugi menumpah keringat.

Jika bekerja utamakan muafakat,


Semua usaha membawa berkat.

Jika idea sungguh kreatif,


Kelak kaudapat pelbagai insentif.

Jika hidup selalu berbakti,


Namamu harum tersemat di hati.

Alias bin Derais Shah Alam, Selangor


Dipetik daripada buku teks Bahasa Melayu Tingkatan 4,
Dewan Bahasa dan Pustaka

30
Bahan 2

KENYATAAN MEDIA

1. Ladang Sinergi ZIA berkeluasan 100 hektar menjadi pusat projek penternakan ikan Tilapia
Genomar Supreme Tilapia (GST). Projek ini diterajui oleh Trapia Malaysia Sdn. Bhd. yang
beroperasi sejak tahun 2011.

2. Melalui konsep Transfers of Technologies (TOT), peserta yang terlibat akan dipilih untuk
menjalani latihan dan menjalankan aktiviti penternakan dengan bimbingan syarikat tersebut.
Jabatan Perikanan pula sebagai jabatan teknikal berperanan untuk memantau projek ini secara
keseluruhannya.

3. Aktiviti penternakan ikan tilapia dalam sangkar ini dijalankan oleh 6 orang peserta yang
terpilih. Setiap peserta yang bersemangat tinggi itu mampu menghasilkan pulangan 2 kali
setahun dengan menjana pendapatan sebanyak RM900,000.00.

4. Bermula dari tahun 2011 hingga 2019, kira-kira sebanyak 4,168,051 ekor ikan tilapia berjaya
dituai. Pencapaian pengeluaran bagi tempoh 9 tahun itu mencatatkan lebih kurang RM 1.966 juta
bersamaan 437 tan metrik ikan tilapia.

Dipetik dan diubah suai daripada Kenyataan Media Lawatan ke Ladang Sinergi Zon Industri
Akuakultur (ZIA), Tasik Temenggor: UNIT KOMUNIKASI KORPORAT Ibu Pejabat, Jabatan
Perikanan Malaysia Wisma Tani, Putrajaya 08 November 2020

i. Berdasarkan Bahan 1, apakah maksud rangkai kata menumpah keringat? [2 markah]

ii. Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan persamaan syarat mencapai kejayaan
dalam apa-apa bidang yang diceburi. [2 markah]

iii. Golongan remaja didapati kurang berminat dalam bidang pertanian, penternakan dan
perikanan meskipun bidang tersebut menjanjikan pulangan yang besar.
Mengapakah perkara ini berlaku? [4 markah]

iv. Industri pertanian dan penternakan memberikan pulangan yang besar kepada pengusaha.
Cadangkan langkah-langkah yang boleh diambil untuk menggalakkan golongan remaja
menceburi bidang pertanian dan penternakan? [4 markah]

31
Cadangan Jawaban

(i) menumpah keringat bermaksud bermandi peluh

(ii) Persamaan syarat mencapai kejayaan dalam apa-apa bidang yang diceburi

- Ilmu pengetahuan (Latihan & bimbingan)


- Semangat

(iii) Punca-punca remaja kurang berminat dalam bidang pertanian, penternakan


&perikanan:
- pekerjaan yang bergelumang dengan kekotoran
- mengambil masa yang panjang untuk mendapat pulangan
- pekerjaan yang memerlukan kekuatan tenaga fizikal
- dan jawapan lain yang sesuai

(iv) Langkah menarik minat remaja dalam bidang pertanian dan penternakan
- menyediakan skim latihan jangka pendek / panjang
- menyediakan kemudahan pinjaman yang fleksibel
- memberikan insentif
- dan jawapan lain yang sesuai

32
SET 4

Tema 6: PELANCONGAN

Standard 2.3 Membaca untuk memproses maklumat daripada pelbagai


Kandungan bahan.
Standard 2.3.1 Membaca dan menilai bentuk serta kandungan teks daripada
Pembelajaran pelbagai bahan dengan betul dan tepat.
Sumber Buku Teks Tema 6: Dunia Pelancongan
Majalah Dewan Siswa Bil 6/2020

Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1

Giethoorn atau nama asalnya Geytenhoren merupakan satu perkampungan air yang sangat indah,
nyaman dan tenteram di negara Netherlands yang mendapat nama daripada kisah penemuan
banyak tanduk kambing semasa penduduk yang meneroka kawasan ini mengusahakan pertanian
di situ pada kurun ke-13. Destinasi pelancongan yang unik dan bersih ini hanya menggunakan bot
dan perahu sahaja yang beroperasi di terusan-terusan sebagai jalan perhubungan. Walau
bagaimanapun, terusan-terusan tersebut bukanlah semula jadi sebaliknya dibina untuk
mengangkut keluar tanah gambut bagi tujuan pertanian pada awal pembukaan perkampungan itu.

Selain lokasi-lokasi penginapan yang disediakan, Giethoorn juga menyediakan kedai-kedai yang
menjual cenderamata di kawasan sekitar dan beberapa buah restoran yang boleh dituju dengan
menggunakan bot yang terdapat di situ. Kedatangan pelancong tanpa henti sepanjang tahun juga
tidak mengganggu hidupan seperti unggas yang terdapat di situ kerana konsep kelestarian alam
yang sentiasa dijaga.
Dipetik dan diubah suai daripada
Keindahan Perkampungan Air di Giethoorn, Netherlands
oleh, Masri Mustafa, Dewan Siswa Bil 6/2020.

33
Bahan 2

(i) Berikan maksud rangkai kata meneroka kawasan seperti yang terdapat dalam petikan
Bahan 1. [2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, apakah persamaan dan perbezaan antara Perkampungan Air
Giethoorn di Netherlands dan Tarikan Taman Negara Mulu? [4 markah]

(iii) Banyak negara yang mempromosikan keindahan alam dalam pilihan pelancongan
mereka. Mengapa? [3 markah]

(iv) Berhampiran kampung kamu terdapat sebuah air terjun yang sangat menarik tetapi
masih belum dikenali ramai. Bagaimanakah cara yang boleh kamu cadangkan untuk
menarik lebih ramai pengunjung ke situ? [3 markah]

34
Cadangan Jawaban

(i) Maksud meneroka kawasan ialah membuka tanah baharu

(ii) Persamaan
 Kedua-dua tempat menjadikan keindahan alam sebagai tarikan pelancong.
 Kedua-dua tempat dikunjungi pelancong sepanjang tahun.

Perbezaan
 Keindahan alam di Giethoorn adalah hasil usaha penduduk setempat dengan
membina terusan manakala keindahan alam di Gua Mulu merupakan
keindahan alam semula jadi.
 dan apa-apa jawapan yang sesuai

(iii) Sebab-sebab banyak negara mempromosikan keindahan alam dalam


kalendar pelancongan:
 Menarik lebih ramai pelancong yang gemar akan keindahan alam
 Mendidik pelancong dan penduduk tempatan agar lebih menghargai dan
menjaga keindahan alam
 Keindahan alam sesuatu tempat itu mempunyai keunikan dan
keistimewaaan tersendiri dan tiada di tempat lain.
 Keindahan alam boleh dijadikan tempat membuat kajian tentang flora dan fauna
disamping menikmati keindahan alam.

 dan jawapan lain yang sesuai

(iv) Aktiviti yang boleh dilakukan untuk menarik lebih ramai pengunjung:
 meminta pihak kerajaan / berkenaan menyediakan kemudahan awam.
 memasang iklan berkenaan tempat tersebut
 menyediakan gerai-gerai makanan / cenderamata

 dan jawaban lain yang sesuai.

35
SET 5

TEMA: SEJARAH DAN WARISAN

Standard 2.3 Membaca untuk memproses maklumat daripada pelbagai bahan.


Kandungan
Standard 2.3.3 Membaca dan membuat kesimpulan daripada bahan dengan betul.
Pembelajaran
Sumber Buku Teks Tajuk: Dalam Lipatan Kenangan (ms101)
Internet http://www.khazanahbendaharaserimaharaja.com
Portal Rasmi Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah

Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1

Sejarah bukan lagi suatu mata pelajaran yang asing kepada murid-murid. Tambahan pula,
mata pelajaran Sejarah telah diwajibkan lulus bagi semua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
mulai tahun 2013. Walau bagaimanapun, ada yang beranggapan bahawa Sejarah susah dan
membosankan untuk dipelajari.

Mempelajari Sejarah dapat mengelakkan diri kita daripada mengulangi sesuatu kesilapan.
Banyak kesilapan manusia berlaku kerana tidak mengambil iktibar daripada sejarah. Bak pepatah
Melayu, yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan. Siri penjajahan yang
berlaku di negara kita dahulu seharusnya mengingatkan kita agar sentiasa mempertahankan
negara.

Sejarah juga menjadi mekanisme utama dalam pembinaan negara bangsa. Martabat sejarah
perlu diangkat untuk membentuk keperibadian rakyat. Rakyat yang mengenali sejarah akan
bersikap lebih prihatin dan menghargai tanah airnya.

Melalui sejarah, rakyat akan lebih memahami bahawa terdapat perlembagaan dan undang-
undang dalam pembentukan negara ini. Mereka tidak akan melakukan jenayah atau sesuatu yang
bertentangan dengan perlembagaan negara dan boleh mencemarkan nama baik negara Malaysia.

Dipetik dan diubah suai daripada


Sejarah Mendewasakan Kita, Bahasa Melayu
Tingkatan 4, DBP

36
Bahan 2

Raja Melaka mencurah jasa,


Pencetus tamadun budaya bangsa,
Agama dan adat diadun mesra,
Bangsa Melayu jadi perkasa.

Bukanlah maksum Raja Melaka,


‘Aib peribadi ada belaka,
Namun rakyat tetap dijaga,
Lindungi bangsa dari celaka.

Sultan Muhammad jasa tak hilang,


Sultan Muzaffar pendakwah cemerlang,
Sultan Alauddin taqwa terbilang,
Sultan Mansur menempa gemilang.

Sultan Mahmud sejarahnya malang,


Mengikut kata fitnah petualang,
Bala turun Portugis menyerang,
Namun raja tetap berjuang.
Dalam sejarah Melayu nan panjang,
Banyak penjajah telah mendatang,
Penuh takabbur ajak berperang,
Raja dan rakyat mahu diganyang.

Dipetik dan diubah suai daripada


Syair Rintihan Raja Melayu,
http://www.khazanahbendaharaserimaharaja.com

i.Berdasarkan Bahan 1 apakah maksud rangkai kata membentuk keperibadian rakyat? [2 markah]

ii.Penjajahan ada dinyatakan dalam kedua-dua bahan di atas. Nyatakan fungsi pemimpin pada masa
dahulu dan fungsi pemimpin masa kini dalam soal penjajahan. [3 markah]

iii. Seorang pemimpin hendaklah berperibadi tinggi dan amanah dalam menjalankan
tanggungjawabnya terhadap negara. Jelaskan. [4 markah]

iv.Pasukan badan beruniform kamu dipilih untuk mengendalikan satu projek melibatkan semua
pasukan badan beruniform di sekolah. Sebagai seorang pemimpin, cadangkan langkah-langkah
untuk memastikan projek dapat dijalankan dengan jayanya. [3 markah]

37
Cadangan Jawapan

(i) Maksud rangkai kata membentuk keperibadian rakyat ialah


membina/ melahirkan/ mewujudkan sifat/ sikap warga/
warganegara

(ii) Dalam soal penjajahan,


- fungsi pemimpin dahulu – berganding bahu/ bersama-sama
menentangpenjajah
- fungsi pemimpin sekarang – sentiasa mengingatkan rakyat agar mempertahankan
negara daripada dijajah

(iii) Berperibadi tinggi


- berbudi bahasa / baik tutur kata
- baik tingkah laku
- taat agama
- tidak sombong
- mempunyai hubungan baik dengan semua
- dan apa-apa jawapan yang
sesuai Amanah
- bertanggungjawab dengan tugas
- tidak rasuah
- boleh dipercayai/ jujur
- dan apa-apa jawapan yang sesuai

(iv) Langkah memastikan projek dapat dijalankan dengan jaya:


- berbincang dengan guru
- menyediakan perancangan
- mengadakan mesyuarat dengan pemimpin pasukan lain
- menyelaraskan kerja/ tugas setiap pasukan
- memantau pelaksanaan projek
- membincangkan masalah dan cara mengatasi
- dan jawapan lain yang sesuai

38
SET 6
TEMA: PENDIDIKAN

Standard 2.3 Membaca untuk memproses maklumat daripada pelbagai


Kandungan bahan.
Standard 2.3.3 Membaca dan membuat kesimpulan daripada bahan dengan
Pembelajaran betul.
Sumber Buku Teks Tema 2: Insan Terdidik Negara Sejahtera
Internet https://www.sinarharian.com.my

Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kamudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1

Melaka Teruskan Kemudahan Kampung Buku

MELAKA TENGAH - Kerajaan Melaka menilai semula pengurusan Kampung Buku yang
diwujudkan pada tahun 2007 di Taman Botanikal, Ayer Keroh. " Kita sedang berbincang untuk
meneliti keperluan-keperluannya supaya menjadi tempat pembacaan. Pelbagai inisiatif akan
disediakan untuk menarik lebih ramai orang membaca,” ujar Ketua Menteri Melaka, Adly
Zahari.

"Lokasi yang terdapat pelbagai jenis buku ini sewajarnya diberikan perhatian supaya fungsinya
dapat diperkasakan selain memastikan ia terus dikunjungi dan dapat membudayakan semangat
membaca dalam kalangan rakyat negeri ini," katanya.

Dalam pada itu, Adly berharap usaha menjadikan tempat rekreasi sebagai medium memupuk
budaya membaca itu dapat direalisasikan dengan mewujudkan ruang membaca. "Saya telah
meminta Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) mengenal pasti kawasan tambak laut di
negeri ini supaya tidak hanya mempunyai komponen taman rekreasi namun turut disediakan
ruangan membaca oleh pemaju.

Sinar Harian difahamkan, terdapat dua lokasi Kampung Buku Malaysia iaitu di Melaka dan
Langkawi, Kedah.

Dipetik dan diubah suai daripada: https://www.sinarharian.com.my/article/25025/


EDISI/Melaka-NS/Melaka-teruskan-kemudahan-Kampung-Buku © 2018 Hakcipta
Terpelihara Kumpulan Karangkraf

39
Bahan 2

MALAYSIA MEMBACA

Kuala Lumpur telah dinobatkan sebagai Kota Buku Dunia pada tahun 2020 oleh Pertubuhan
Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang juga dikenali
sebagai United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO). Dengan
slogan “KL Baca: Menyantuni Masyarakat Melalui Pembacaan”, pengiktirafan ini diharap akan
dapat menyemarakkan lagi budaya membaca dalam kalangan masyarakat Malaysia

Kuala Lumpur sebagai Kota Buku Dunia mengetengahkan konsep kepelbagaian budaya dan
pemuliharaan alam sekitar. Pelaksanaan aktiviti pembacaan dan perbukuan akan disemarakkan
berdasarkan lima teras utama, iaitu:
 Penganjuran pelbagai bentuk aktiviti membaca dan pembangunan infrastruktur berkaitan
dengan perbukuan.
 Penganjuran Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur sebagai destinasi perbukuan masyarakat.
 Pembangunan minat membaca dalam kalangan remaja dan kanak-kanak serta kebolehcapaian
buku digital.

 Pendidikan sepanjang hayat.


Antara aktiviti yang boleh dijalankan ialah kempen membaca untuk pengguna tren komuter,
program membaca di perumahan rakyat, capaian digital untuk golongan kurang upaya, lorong
buku, dan kedai buku terbuka.

Dipetik dan diubah suai daripada


Malaysia Membaca; Bahasa Melayu Tingkatan 4, DBP.

i.Berdasarkan bahan 2, berikan maksud pembangunan infrastruktur. [2 markah]

ii.Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan persamaan dan perbezaan antara


pembangunan Kampung Buku dan Kota Buku Dunia. [3 markah]

iii.Tabiat membaca dalam kalangan masyarakat Malaysia adalah rendah. Mengapakah keadaan
ini berlaku? [3 markah]

iv.Kumpulan kamu diberikan projek menyediakan sudut bacaan di dalam bilik darjah. Selain
menyediakan buku atau majalah, cadangkan bahan lain yang istimewa dan langkah yang boleh diambil
untuk menarik minat murid-murid menggunakan sudut bacaan dengan aktif. [4 markah]

40
Cadangan Jawaban

(i) Maksud pembangunan infrastruktur


- usaha/ kegiatan memajukan/ mengembangkan kemudahan/ perkhidmatan asas

(ii) Pembinaan Kampung Buku dan Kota Buku Dunia


Persamaan- tujuan pembinaan:
- menanam / memupuk/ menyemarakkan minat/ budaya membaca
Perbezaan:
– lokasi
o Kampung Buku – satu lokasi sahaja
o Kota Buku Dunia – lokasi tidak terhad (banyak lokasi)
– konsep
o Kampung Buku – tiada konsep tertentu
o Kota Buku Dunia – konsep kepelbagaian budaya dan pemuliharaan
alam sekitar

(iii) Punca tabiat membaca rakyat Malaysia rendah:


- Sikap malas
- Sikap keluarga
- Pengaruh rakan sebaya
- Pengaruh televisyen
- Pengaruh gajet moden
- dan apa-apa jawaban yang sesuai.

(iv) Cadangan bahan lain untuk sudut bacaan bilik darjah:


- Gambar
- Sudut informasi
- Sudut pembelajaran
- Kata-kata motivasi
- dll yang sesuai
Langkah menarik minat:
- Sediakan aktiviti
- Hiasan
- dan apa-apa jawaban yang sesuai.

41
SET 7

TEMA: KERJAYA

Standard 2.3 Membaca untuk memproses maklumat daripada pelbagai bahan.


Kandungan
Standard 2.3.3 Membaca dan membuat kesimpulan daripada bahan dengan betul.
Pembelajaran
Sumber Buku Teks Tema 3: Memetik Bintang
Internet IPENDIDIKAN.MY

Baca Bahan 1, Bahan 2 dan Bahan 3 yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan
yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1

42
Bahan 2

43
Bahan 3

Kupetik Bintang-bintang

Kupetik bintang-bintang
Biarpun banyak halangan
Rela tempuhi segalanya
Onak yang kupijak
bagai tak terasa

Kusedar sejak mula


Tiada jalan yang mudah
Tapi kuyakin di dalam hati
Akhirnya terputar jua sumpah dan janji

Walau sukarnya bagimu sayang


Perjalanan menyakitkan
Tapi hanya bila dengan kesabaran
Kan tiba kebahagiaan

Tiada batasannya
Usia ataupun rupa
Kita bersama memulakannya
Sehingga ke akhir kita terus berdua

Dipetik daripada lirik lagu


Kupetik Bintang-bintang oleh
Kenny Remy dan Martin

i.Berdasarkan Bahan 3, apakah maksud ‘Kupetik bintang-bintang’. [2 markah]

ii.Nyatakan perkara-perkara yang berkaitan antara Bahan 1 dan Bahan 2 sehingga seseorang
berjaya mencapai impian seperti dalam Bahan 3. [ 2 markah]

iii.Antara faktor pemilihan kerjaya ialah pengaruh dan sokongan ahli keluarga.
Mengapakah keluarga memainkan peranan penting dalam pemilihan kerjaya seseorang?
[ 4 markah]
iv.Anda telah lama berminat untuk menceburi kerjaya dalam bidang tertentu. Apakah persiapan-
persiapan yang perlu kamu lakukan mulai sekarang? [4 markah]

44
Cadangan Jawapan

(i) Maksud Kupetik bintang-bintang ialah


- kucapai cita-cita/ impian/ harapan
- aku berjaya menggapai impian/ cita-cita/ harapan

(ii) Perkara-perkara yang berkaitan:


- prospek kerjaya
- Suasana pekerjaan

(iii) Keluarga memainkan peranan penting dalam pemilihan kerjaya kerana:


- memberikan nasihat / bimbingan
- memberikan keyakinan kepada anak
- memberikan bantuan
- dll yang sesuai

(iv) Langkah menceburi bidang yang diminati:


- menyediakan diri dengan ilmu / pengetahuan tentang bidang yang diminati
- bersedia dari segi fizikal dan mental yang sesuai dengan bidang tersebut
- melengkapkan diri dengan kemahiran sosial seperti kemahiran
berkomunikasi, kerja berpasukan dan penyelesaian masalah
- aktif dalam aktiviti kokurikulum
- menyediakan diri dengan minda yang kreatif dan inovatif
dll yang sesuai

45
BAHAGIAN B (PEMAHAMAN)
SOALAN 7 (PETIKAN SASTERA)
SET 3

TEMA 10 : BAHASA BUGAR, SASTERA KEKAR (DSKP15: BAHASA DAN


KESUSASTERAAN)

4.1.1 Memahami dan mengapresiasi prosa moden dan prosa tradisional dengan menyatakan
(TING 4) respons peribadi yang sesuai terhadap karya.
4.1.1 Memahami dan mengapresiasi puisi moden dan puisi tradisional dengan menyatakan
(TING 4) respons peribadi yang sesuai terhadap karya.

Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1
Aku Membaca Lagi

Aku mendongak langit


Membaca garis dan titik
Menaakuli kebesaran-Mu
Di bawahnya gumpulan mega
Hempusan bayu dan banjaran gunung

Kuseluri alam
Kicauan burung
Desiran ombak dan wajah pelangi
Mewarnai kehidupan umat-Mu

Aku mendongak lagi


Membaca langit
Di dalamnya pohon-pohon kayan rapuh
Dan dan ranting terkulai
Daun-daun berguguran

Helai demi helai


Di lantai tanah airku yang makmur

Aku membaca langit


Kutemui
Bulan dan bintang menangis
Meratapi luka nasib bangsa

Aku mendongak lagi


Menitis air mata langit
Membasahi bahasa Melayuku
Yang berdarah
.
46
Bahan 2

Saya ingin memahirkan lidah dengan bahasa ibunda kerana inilah saja khazanah warisan
tinggalan bangsa yang mendiami bumi ini sejak sekian lama. Ilmu-ilmu berkaitan kewajipan
perlu memenuhi dada saya sebagai benteng ampuh daripada segala anasir dan gejala hitam yang
boleh meruntuhkan keperibadian sebelum bersedia untuk mengatur gerak langkah membina
dunia baharu di ibu kota agung itu.

Lantas, berkali-kali pesan bonda kepada saya supaya memelihara agama dan bahasa
ibundajika ingin terus dihormati dan disegani sebagai bangsa agung dan bermaruah. “Bumi ini
milik kita. Nenek moyang kitalah yang berjuang dengan akal kebijaksanaan serta semangat
keperwiraan untuk membebaskan tanah air ini daripada belenggu penjajah. Lebih kurang lima
ratus tahun lamanya tanah watan ini dijajah oleh kuasa asing, bangsa kita merempat dan menjadi
rakyat kelas ketiga di tanah air sendiri. Hak dan maruah kita dicabut, Mel.”

Dipetik daripada cerpen Munsyi oleh Husna Nazri


Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Kementerian Pendidikan Malaysia

(i) Berdasarkan Bahan 1, apakah maksud mewarnai kehidupan umat-Mu ? [2 markah]

(ii) Berdasarkan Bahan 2, apakah yang perlu dilakukan untuk menjadi bangsa yang agung
dan bermaruah. [3 markah]
(iii) Merujuk Semua Bahan, Pengarang ada menyentuh persoalan nasib bahasa Melayu.
Pada pendapat anda, apakah kesannya jika bahasa Melayu terus terpinggir ? [4 markah]

(iv) Lebih kurang lima ratus tahun lamanya tanah watan ini dijajah oleh kuasa asing. Bangsa
kita merempat dan menjadi rakyat kelas ketiga di tanah air sendiri. Hak dan maruah kita
dicabut, Mel.”
Berdasarkan petikan di atas. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang boleh
diambil bagi memartabatkan penggunaan bahasa di peringkat global ? [4 markah]

47
Cadangan Jawaban Lengkap :

(i) Maksud rangkai kata mewarnai kehidupan umat-Mu ialah :


[2 markah]

 Melengkapi pelbagai aspek cara hidup manusia

(ii) Berdasarkan Bahan 2, perkara yang perlu dilakukan untuk menjadi bangsa yang agung dan
bermaruah ialah :

[3 markah]
 Memahirkan lidah dengan bahasa ibunda

 Memelihara agama

(iii) Merujuk kedua-dua Bahan, Pada pendapat saya, antara kesan jika bahasa Melayu terus
dipinggirkan ialah :

[4 markah]

 Status bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan akan tergugat


 Bahasa melayu tidak akan dikenali oleh generasi akan datang

 Bahasa melayu akan lenyap penggunaannya

(iv) Pada pendapat saya, antara langkah yang boleh diambil bagi memartabatkan penggunaan
Bahasa di peringkat global ialah :

[4 markah]

 Pemimpin menggunakan bahasa Melayu dalam persidangan / perjumpaan di peringkat


antarabangsa seperti persidangan komenwel/ OIC.

 Kempen penggunaan bahasa kebangsaan.

Agensi kerajaan dan Bukan kerajaan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa
komunikasi.

48
SET 4

TEMA 15 : ANGIN PERUBAHAN MEMBADAI ( DSKP 6 : SAINS, TEKNOLOGI


DAN IVOVASI )

STANDARD PEMBELAJARAN

4.1.1 Memahami dan mengapresiasi untuk menghubung kait aspek yang menarik dalam
(TING 5) prosa moden dan prosa tradisional.
4.1.1 Memahami dan mengapresiasi untuk menghubung kait aspek yang menarik dalm
(TING 5) puisi moden dan puisi tradisional.

Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

Tekanan darah Solehah semakin rendah. Jeritku menyapa kuping Profesor Doktor Juaidi.
Dia menoleh.

“Berikan gelafundin,” arahnya acuh tak acuh.

“Dia memerlukan darah. Hatiku pilu tiba-tiba

“Kandungan gelafundin itu seakan-akan darah.” Mata bulat berkening lebat doktor tua itu
terjegil. “Paling tidak pun dapat meningkatkan tekanan darah. Sekurang-kurangnya dia tidak
mati untuk hari ini.”

Aku tersentap. Tidak terdaya kuangkat muka menentang suara yang menyakitkan hatiku
itu. Manusiakah dia ? suara kulontar dengan selembut yang boleh walapun hatiku ketara pedih.

“Bank darah sudah kontang, Faham ?”


“Siapakah perempuan yang sedang koma itu? Bandingkan dengan Tuan Besar Musa. Cari
kepentingan mereka. Siapakah yang lebih memerlukan darah ?
Dengan pantas kucapai sebotol gelafundin. Titisannya laju meluncur masuk ke salur
darah. Tekanan darah meningkat. Siapa sebenarnya yang tidak tulen, Solehah ? Manusiakah ?
Kemanusiankah ? Kutenung wajah Solehah yang koma dan tenang syahdunya.

“Pek-pek darah dalam bank darah hospital, kepunyaan kelab, boleh dijual untuk membeli
minuman keras.” Gagal kupelihara kesabaranku apabila renungan mata Doktor Murni menikam
anak mataku.

“Kita golongan minoriti, Nusia.”


Dipetik daripada Cerpen ‘Gerhana Manusia’,
Oleh Aminah Mokhtar
dalam antologi Sejadah Rindu
Kementerian Pendidikan Malaysia.

49
Bahan 2

ANI : (Muncul dengan senyuman ). Abang memanggil Ani ?

AZMIR : Ani, tolonglah abang. Keluarkan abang dari neraka ini. Abang dah tak sanggup
lagi hidup menderita lebih lama di sisni. Tolonglah keluarkan abang dari neraka ini.

ANI : Untuk apa kita harus keluar, abang? Bukankah kita sedang bahagia sekarang?

AZMIR : Bahagia ?

ANI : Ya. Hanya kita berdua di sini. Tidak ada orang lain yang mengganggu kita. Kita boleh
buat apa-apa saja yang kita suka. Tidak ada yang menghalang.

AZMIR : Tapi abang sakit. Apa yang boleh kita buat? Bahagia apa namanya kalau sudah sakit ?

ANI : Bahagia ada di mana-mana. Dalam sakit ada bahagia. Dalam derita ada bahagia. Yang
penting, kita harus belajar mengerti dan menghayati keindahan yang terdapat pada kesakitan
itu, barulah akhirnya akan timbul rasa betapa nikmatnya sebuah kesakitan . Dari situlah
akhirnya wujud bahagia.

AZMIR : Betulkah begitu, Ani?

ANI : (Mengangguk ). Abang terus tinggal di sini, ya. Demi kebahagiaan kita bersama.

AZMIR : (Angguk dalam ketidakpastian). Tapi Ani… ( AZMIR terpinga-pinga apabila melihat
ANI sudah tiada. Tapi sebaliknya yang muncul ialah BAPAnya ).
Dipetik daripada drama ‘Bukan Gila’,
Oleh Sharif Shaary
dalam antologi Sejadah Rindu
Kementerian Pendidikan Malaysia.

(i) Berdasarkan Bahan 1, Mengapakah Profesor Doktor Juaidi mengarahkan Nusia


supaya memberikan gelafundin kepada Solehah? [2 markah].
(ii) Berdasarkan kedua-dua bahan, nyatakan bantuan yang diperlukan oleh Solehah dan
Azmir? [3 markah]
(iii) Sambutan Kempen menderma darah adalah salah satu usaha kerajaan meningkatkan
semangat untuk menderma darah dalam kalangan masyarakat.

Pada pendapat anda, apakah aktiviti-aktiviti yang boleh dijalankan oleh pelbagai pihak
untuk memeriahkan Sambutan Kempen Menderma Darah? [4 markah]
(iv) Seseorang doktor yang baik perlulah bersikap adil dan saksama semasa memberikan
perkhidmatannya kepada para pesakit.

Seandainya anda seorang doktor, apakah yang perlu anda lakukan untuk menjadi seorang
doktor yang bersikap adil semasa merawat pesakit-pesakitnya? [4 markah]
50
CADANGAN JAWABAN :

(i) Berdasarkan Bahan 1, sebab Profesor Doktor Juaidi mengarahkan Nusia supaya
memberikan gelafundin kepada Solehah kerana :
[2 markah]
 Professor Doktor Juaidi mengarahkan Nusia supaya memberikan gelafundin kepada
Solehah kerana kandungan gelafundin dapat meningkatkan tekanan darah. Tambahan pula,
bank darah sudah kontang.

(ii) Berdasarkan kedua-dua bahan, nyatakan bantuan yang diperlukan oleh Solehah dan
Azmir ialah :

[3 markah]
Bahan 1

 Solehah memerlukan darah


Bahan 2
 Azmir meminta tolong untuk dikeluarkan dari neraka ini

 Abang dah tak sanggup lagi hidup menderita lebih lama di sini.

(iii) Pada pendapat saya, antara aktiviti yang boleh dijalankan oleh pelbagai pihak untuk
memeriahkan Sambutan Kempen Menderma Darah ialah:

[4 markah]
 Memberikan ganjaran/ saguhati kepada penderma darah.

 Memberikan baucer/kupon kepada penderma darah

 Memberikan sijil penghargaan kepada penderma darah.

Terima jawapan lain sekiranya relevan

(iv) Seandainya saya seorang doktor, antara perlu yang boleh dilakukan untuk menjadi
seorang doktor yang bersikap adil semasa merawat pesakit-pesakitnya ?

[4 markah]
 Saya akan merawat pesakit-pesakit mengikut etika profesionalisme seorang doktor yang
betul.
 Saya juga perlu bersikap bertanggungjawab agar dapat menyelamatkan nyawa semua
pesakit terutama pesakit yang lebih kritikal dan serius.
 Saya perlu amanah kerana semua pesakit perlu menerima rawatan kesihatan yang sama
rata tanpa mengira status dan pangkat.
Terima jawaban lain sekiranya relevan.

51
SET 5

TEMA 15 : ANGIN PERUBAHAN MEMBADAI ( DSKP 15 : BAHASA DAN


KESUSASTERAAN)

STANDARD PEMBELAJARAN

4.1.1 Memahami dan mengapresiasi untuk menghubung kait aspek yang menarik dalm
(TING 5) prosa moden dan prosa tradisional.
4.1.1 Memahami dan mengapresiasi untuk menghubung kait aspek yang menarik dalm
(TING 5) puisi moden dan puisi tradisional.
Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

Betapa tidak, dia membayangkan dirinya sudah lulus pengajian tingi, dapat ijazah
pertama dalam aeroangkasa. Takah usia dianjakkan lebih sedekad ke hadapan. Sebatang
pohon nyiur dara di penjuru banglonya, sudah sekian lama menjadi idamannya.

Pijakan kakinya di bumi sudah utuh dan kukuh. Cengkaman pada batang pokok kelapa
itu turut tersentuh. Dia tidak boleh menoleh ke bawah lagi. Tapak demi tapak tercengkam
dengan penuh yakin. Sedar-sedar sahaja, dia sudah sampai di puncak.

Jangan jadi Mat Jenin sudahlah! Biarlah Si Luncai terjun dengan labu-labunya. Jadi,
aku terpaksa memasang angan-angan dengan jangkuan fantasi tanpa tebing tepinya, akan tetapi
aku tidak mahu berlagak seperti Si Lucai. Pijakanku sungguh kuat, cengkamanku cukup berat.

Dia lantas berpaut pada pelepah-pelepah pucuk muda itu sekuat-kuatnya.

Pinggulnya terus menjadi kubu persinggahan hentaman rotan babahnya. Si ibu


mahu melawan dan memprotes tindakan babahnya, tetapi suara bantahan itu tidak keluar
daripada mulutnya. Jeritan kemarahan kepada suaminya hanya bergema dalam sanubari.
Keterujaan Aiman terus melonjak. Pentas halusinasinya terus mekar dan segar. Usianya dianjakkan
dua tahun lagi, memberi ruang kepadanya mengikuti latihan intensif di bawah program aeroangkasa
bersama pihak Rusia.

Pucuk nyiur berbalam-balam di pelepuk pandangan. Latihan dan ujian memantapkan diri
hendak berlepas ke ruang angkasa pula segera mengambil ruang. Akhirnya, balaman pohon kepala
dara terus ternyah daripada pandangan.

Dipetik daripada Cerpen ‘Hipertensi,


Oleh IIlias Zaidi
dalam antologi Sejadah Rindu
Kementerian Pendidikan Malaysia

52
Bahan 2

“Apa... apa yang tidak kena tu, doktor?” Olan bersuara, serak-serak antara
kedengaran dengan tidak.

“Masalah utama yang dikenal pasti ialah kesesakan lalu lintas, namun pengguna
masih tidak mahu menggunakan kenderaan awam. Kekurangan medan letak kereta di kota
raya memburukkan keadaan dan kita juga perlu menggunakan teknologi hijau untuk
mengurangkan penggunaan tenaga yang tidak boleh dibaharui.” Doktor Fiq tiba-tiba
mengangkat mukanya lalu memandang tepat mataku.

“Mengikut cadangan di sini, kita menggunakan tenaga solar. Apakah rasionalnya ?”


Aku terkedu.

“Pertamanya, tenaga solar pengoperasiannya tidak rumit, doktor. Lagipun, negara


kita cukup panas bagi membolehkan tenaga suria dicas secara optimum untuk jarak
pemanduan 50 kilometer sehari. Kita mampu bersaing dengan solar yang ada di pasaran
yang hanya mampu mengecas tenaga untuk jarak pemanduan 30 kilometer sahaja.”

Untuk 50 kilometer sahaja, Yazmin ? Mana cukup! Pada musim hujan atau jika
memandu pada waktu pula, bagaimana ?”

“Sebuah bateri dengan jarak perjalanan sejauh 300 kilometer juga akan
disediakan.” Olan menambah.
Dipetik dan diubah suai
daripada Buku Teks Tingkatan 4,
halaman 206
Kementerian Pendidikan Malaysia

53
Bahan 3

Mesin rakaman hayat Tuan Besar Musa berbunyi. Tekanan darah meluncur turun
hingga tiada catatan angka. Rima denyutan jantung, bergaris kencang turun naik, lambat dan
melakar sebaris garisan lurus. Kadar nadi tercatat kosong.

Profesor Doktor Juaidi muncul, mukanya cemas

berpeluh. “Tingkatkan adrenalina, dopamine, atropine.”

“Sudah ke maksimum, Prof.”

Troli penyelamat diheret ke sisi, defibrillator menggetarkan jantung mengalirkan


kuasa 20 Joule. Tubuh lelaki tua yang bermulut hamis dek minuman keras terketar-ketar
sebelum kaku semula di katil.

Tegang muka Profesor Doktor Juaidi, 300 botol kecil adrenalina tinggal kosong.
Stok penyimpanan atropine kehabisan. Dua puluh botol gelafundin kosong tergolek di dalam
tong sampah. Dua jam lalu pesakit koma di Unit Rawatan Rapi ditinggalkan.
Dipetik daripada Cerpen ‘Gerhana Manusia,
Oleh Aminah Mokhtar,
dalam antologi Sejadah Rindu
Kementerian Pendidikan
Malaysia
(i) Berdasarkan Bahan 1, Aiman Aqil bercita-cita ingin menjadi seorang angkasawan.
Nyatakan persediaan-persediaan yang diperlukan olehnya untuk mencapai cita-cita tersebut
[2 markah]
(ii) Berdasarkan Bahan 2 apakah sumber tenaga yang digunakan untuk menghidupkan
kenderaan dan berdasarkan Bahan 3, apakah alat yang digunakan untuk
menyelamatkan nyawa ? [3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk menarik minat remaja menceburi bidang
aeroangkasa ? [3 markah]
(iv) Sekolah anda telah terpilih untuk menyertai pertandingan reka cipta Dron atau Robot
terbang.
Anda dan rakan-rakan anda ingin menyertai pertandingan tersebut.
Nyatakan keistimewaan-keistimewan Dron atau Robot Terbang ciptaan kumpulan anda.

[4 markah]

54
CONTOH JAWABAN :

(i) Berdasarkan Bahan 1, persediaan-persediaan yang dilakukan oleh Aiman Aqil untuk
mencapai cita-cita tersebut ialah :
[2 markah]
 Lulus pengajian tinggi.
 Mendapat ijazah pertama dalam aeroangkasa.
 Mempunyai keyakinan diri.
 Mengikuti latihan intensif di bawah program aeroangkasa bersama pihak Rusia.
 Latihan dan ujian memantapkan diri hendak berlepas ke ruang angkasa.

(ii) Berdasarkan Bahan 2 sumber tenaga yang digunakan untuk menghidupkan kenderaan
ialah
[3 markah]
Bahan 2
 Tenaga solar
 Bateri
Dan berdasarkan bahan 3, alat yang digunakan untuk menyelamatkan nyawa pula ialah :
Bahan 3
 Mesin rakaman hayat
 defibrillator

(iii) Pada pendapat saya, cara untuk menarik minat remaja menceburi bidang aeroangkasa
ialah :
[3 markah]
 Membawa remaja menyaksikan pertunjukan aeroangkasa.
 Menubuhkan kelab aeroangkasa di sekolah.
 Membeli bahan-bahan bacaan berkaitan dengan aeroangkasa.
 Membawa remaja melawat muzium aeroangkasa.
Mengadakan kempen bertemakan aeroangkasa secara berterusan.

(iv) Sekolah anda telah terpilih untuk menyertai pertandingan reka cipta Dron atau
Robot terbang.
Anda dan rakan-rakan anda ingin menyertai pertandingan tersebut.
Nyatakan keistimewaan-keistimewan Dron atau Robot Terbang ciptaan kumpulan anda.

[4 markah]
 Boleh mengambil gambar atau video dari sudut yang jauh.

 Boleh digunakan sebagai alat peninjau pengawasan dan penandaan sasaran dalam
bidang ketenteraan dan keselamatan.
 Boleh digunakan untuk menghantar barang dengan lebih cekap dan cepat oleh
syarikat penghantaran.
 Boleh membaja kawasan pertanian dalam jangka masa yang singkat.

55
SET 6

TEMA 16 : DIPIMPIN UNTUK MEMIMPIN ( DSKP 18 :PENTADBIRAN DAN POLITIK)

STANDARD PEMBELAJARAN

4.1.1 Memahami dan mengapresiasi untuk menghubung kait aspek yang menarik dalm
(TING 5) prosa moden dan prosa tradisional.
4.1.1 Memahami dan mengapresiasi untuk menghubung kait aspek yang menarik dalm
(TING 5) puisi moden dan puisi tradisional.
Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1

BERBUAT ISTANA ZAMAN DAHULU

Baginda menitahkan orang besar empat, Berbunga sawa mengelempai,


Membuat istana puri berkota: Bertakuk bersedelinggam,
Lalu dipanggil Pawang Raja, Berjenang berbatu kawi,
Pawang mengerah orang bekerja, Berselimpat ukir jawa,
Empat puluh empat tukang dan utas, Lilit-melilit akar cina,
Siang malam tidak berhenti. Garam sebuku sisa jeragan,
Bunga kenanga dimakan ular,
Tujuh bulan tujuh purnama, Layang-layang di pintu Raja.
Istana siap dengan alatnya,
Besar tersergam sembilan ruang, Istana siap tukang pun mati,
Sepuluh dengan rembat guntung, Tiada orang dapat meniru,
Sebelas dengan pancung serong, Dipersembahkan kepada baginda suami isteri.
Dua belas dengan anjung tinggi.

Tiga sudut menteri delapan,


Tiang panjang maharaja lela,
Tiang tengah syukur menanti,
Galang-galangnya ular berang,
Kasau kecil

Kalung bunga Za’ba, 2008


Dewan Bahasa dan Pustaka

56
Bahan 2
KUDUP PERANG bukanlah penjamin kukuhnya
pasak saksama
Sementara dia bergelar panglima sesekali turut direntakan daki pendusta
Laskar perang, yang terus –menerus melekatlah selumbar sengsara
Membajakan keazaliman - sering di tiang maruah kota
Mengudupkan putik dendam
Kita masih perlu berterima kasih andai namamu Jebat, kita masih tidak
Kepada jari-jemari takdir menggelarnya sebagai pengkhianat
Kerana membenarkan sepasang mata kerana kita masih menangisi
Untuk berlari dengan tangan bergari peta keadilan yang tersiat-nun , karam
Sempat juga menadah sejambak puisi di lautan kesumat
Untuk sehari lagi; sambil bertanya: sedang warga memanggilnya keramat.
siapakah pahlawan yang asli ?
Perang pun melecurkan lidah muslihat
Memang kita tidak sempat menjenguk Bercabang lalu bertemu bayu palsu
Ke luar jendela; sewaktu fajar menghembus Bertiup dan memindahkan kebenaran pada tempatnya
Ringkik kuda, gemerincing Mewarnakan keindahan pada hodohnya
Pedang pusaka Menjungkitkan amarah pada damainya
Dan darah yang tiba-tiba membuak Teramat lara kita menjahit semula
Di daerah angkara perciknya Perca-perca bahagia-seperti perawan
Menumbuhkan kelopak rahsia Yang dibungkamkan cinta pertama.
Dalam keliru, tertanya-tanya kita
Tangan mana yang memenggal Sehingga senja tiba,
Leher sang pendusta? Kita masih bertengkar
Tentang siapa
Andai namamu Tuah, kita masih Pahlawan sebenarnya.
tidak mahu
menyanjungnya pendekar paling gagah Tuah Saujana, Istimewa, 2013
kerana takhta setia terbina Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd
di istana wangsa dalam antologi Sejadah Rindu,
Kementerian Pendidikan Malaysia

(i) Berdasarkan Bahan 2, berikan maksud membajakan kezaliman ? [2 markah]


(ii) Berdasarkan Bahan 1 dan 2, nyatakan ciri-ciri seorang pemimpin. [3 markah]
(iii) Dewasa ini, kemahiran ilmu pertukangan tradisional hanya dikuasai oleh genarasi tua.
Pada pendapat anda, wajarkah generasi muda merebut peluang untuk mempelajari
kemahiran ilmu pertukangan tradisional ?

Berikan pendapat anda. [4 markah]

Perpaduan yang utuh dalam kalangan masyarakat majmuk merupakan kunci utama
kemakmuran negara.

Sebagai seorang rakyat, bagaimanakah caranya generasi muda negara yang berbilang
kaum ini mewujudkan kemakmuran negara ? [4 markah]

57
CONTOH JAWABAN :

(i) Berdasarkan bahan 2, maksud membajakan kezaliman ialah : [2 markah]


 Membuat kekejaman
 Menyimpan perasaan dendam

(ii) Berdasarkan Bahan 1 dan 2, nyatakan ciri-ciri seorang pemimpin .


Bahan 1
[3 markah]

 Raja yang mengutamakan kepentingan peribadi sehingga sanggup mengorbankan


nyawa rakyat
Bahan 2
 Kewibawaan dan ketokohan pemimpin dalam menerajui sesebuah organisasi

(iii) Dewasa ini, kemahiran ilmu pertukangan tradisional hanya dikuasai oleh genarasi tua.

Pada pendapat anda, wajarkah generasi muda merebut peluang untuk mempelajari
kemahiran ilmu pertukangan tradisional ?
Berikan pendapat anda. [4 markah]
 Keunikan dan kemahiran seni bina tradisional yang diwarisi daripada generasi terdahulu
Kemahiran dan ilmu pertukangan tradisional ini tidak akan pupus ditelan zaman juga.
 Generasi muda akan berbangga dan menghargai warisan seni bina tradisonal yang unik
ini.

(iii) Perpaduan yang utuh dalam kalangan masyarakat majmuk merupakan kunci utama
kemakmuran Negara.

Sebagai seorang rakyat, bagaimanakah caranya generasi muda negara yang berbilang
kaum ini mewujudkan kemakmuran negara ?
[4 markah]
 Mengamalkan sikap saling menghormati antara satu sama lain.
 Generasi muda mestilah mengamalkan semangat kekitaan
 Kebersamaan sebagai rakyat Malaysia yang sehati sejiwa.
 dapat diperturunkan kepada generasi muda.

58
SET 7

TEMA 13 : SEGALANYA BERMULA DI SINI ( DSKP 7 :ALAM SEKITAR DAN


TEKNOLOGI HIJAU )

STANDARD PEMBELAJARAN
4.1.1 Memahami dan mengapresiasi untuk menghubung kait aspek yang menarik dalam
(TING 5) prosa moden dan prosa tradisional.
4.1.1 Memahami dan mengapresiasi untuk menghubung kait aspek yang menarik dalam
(TING 5) puisi moden dan puisi tradisional.

Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab solan-soalan yangberikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1
ERTI HIDUP BERERTI

Aku selalu didatangi malam sepi


bagai kalung
yang melingkari leherku tidak berubah
keesokan hari
siapa yang akan datang menjengukku
keluhan seorang tua sunyi

Keheningan tasik kehijauan


rumput
hanya menjadi bayangan di penjuru
ruang zaman cinta dalam rahim
dilupai
dari sulung ditendang ke bongsu dari angah
ditendang ke sulung balik kucari erti hidup
menderita mengerang sakit berdiri
tanpa ruang.

Aku bagi mereka tiada


makna anakku bakaku
baik setia mahupun derhaka
semoga disirami benih keinsafan
menjadi penawar dalam hati

embun cinta atasi angin dingin


jangan terpegun
ada yang mati ada yang
hidup
tiada yang kekal kecuali Tuhan.
Teo Wei Sing (Dipetik daripada
antologi Sejadah Rindu 18-19)
Kementerian Pendidikan Malaysia
59
Bahan 2

Pesan Lelaki Kecil kepada Gadis Kampus

Kuhantar kau mengecapi angin baru


udara lain dari kampung bendang kuningmu
bumantara asing dari yang sering kau mesrai
yang sama sekali berbeza
dengan suasana suntimu
kau nikmatilah angin dan udara ilmu itu
memesrai azimat dan tangkal
dari tangga gading

Kulepaskan kau menjadi burung putih


dengan sayap berkembang
menongkah awan perak dan kabut dingin
mengenal kalimat hujan dan bilah petir menyelit
antara sembilu nasib
dan waras akal.

Di awan kampus yang sarat ilmu


hadir sihir angin bernafas api
di pohon kampus yang tegar status berceracak
selumbar noda mengabur fikir di padang kampus yang
hijau pertimbangan
tumbuh gunung ego menghalau pekerti.

Pandai-pandailah kau terbang


menongkah awan mulus dan kabus dingin
jangan kau pulang
dengan percikan duka dan balutan luka
di sayapmu yang patah.

(Dipetik daripada antologi Jaket Kulit


Kijang dari Istanbul)
(i) Apakah maksud rangkai kata kucari erti hidup dalam Bahan 1? [2 markah]
(ii) Nyatakan dua pesanan ibu bapa terhadap anak-anak dalam Bahan 1 dan Bahan 2
di atas. [3 markah]
(i) Tiada ibu bapa, tiadalah kita di dunia yang fana ini.
Pada pendapat anda, mengapakah anak-anak perlu mengenang jasa ibu bapa yang telah
membesarkan mereka? [3 markah]
(i) Anda mendapati bahawa seorang orang tua di sebelah rumah anda diabaikan olehanak-
anaknya.
Sebagai jiran yang baik, apakah usaha yang akan anda lakukan supaya masalah yang
dihadapi oleh orang tua itu dapat diselesaikan? [4 markah]

60
CONTOH JAWABAN :

(i) Maksud rangkai kata kucari erti hidup ialah maksud sebenar kehidupan.
[ 2 markah]

(ii) Pesanan ibu bapa terhadap anak-anak dalam:

Bahan 1
 anak-anak insaf akan kesilapan yang telah dilakukan sebelum terlambat.
 tiada manusia yang kekal kecuali Tuhan.

Bahan 2
 anak dapat menyesuaikan diri di bandar.
 mahu anaknya menimba pengalaman baharu di universiti yang bakal
mengubah kehidupan anaknya.
[3 markah]

(iii) Kita perlu mengenang jasa ibu bapa kita kerana:


 ibu bapa telah melahirkan kita yang menyebabkan kita dapat hidup di dunia.
 ibu bapa telah membesarkan kita hingga kita mampu berdikari.
 ibu bapa menjaga keselamatan kita sejak kecil hingga dewasa.
 kita akan dianggap derhaka jika tidak menghirmati mereka.
 kita akan masuk neraka jika melawan mereka.
[3 markah]

(iv) Usaha yang akan saya lakukan supaya masalah yang dihadapi oleh orang tua itu
dapat diselesaikan ialah:
 membuat aduan kepada ketua kampung/
 menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat.
 menghubungi stesen televisyen untuk program Bersamamu/Buletin Utama.
 menganjurkan kutipan derma melalui media sosial.

61
BAHAGIAN B (PEMAHAMAN)
SOALAN 8 (PETIKAN NOVEL)

SET 3
STANDARD PEMBELAJARAN

2.1.2 (TING. 5) Membaca petikan prosa dan puisi dengan intonasi yang betul dan nada
yang sesuai berdasarkan situasi.
4.1.1 (TING. 4) Memahami dan mengapresiasi prosa moden dan prosa tradisional dengan
menyatakan respons peribadi yang sesuai terhadap karya.
SUMBER Buku teks novel Pantai Kasih

(i) Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

“ Ah, sama sekali tidak mungkin lagi,” tepis Felicia.


“Kecualilah, jika pengawal-pengawal keselamatan itu sengaja minta kena pecat. Sengaja
cuai.” “Ya, betul juga cakap sister tu,” sela Kartini. “ Mujur juga Unong Siron tak diapa -
apakan dahulu, kan?”
Felicia mengerutkan dahinya, sentiasa diserbu oleh perasaan rendah diri dan dicengkam
perasaan bersalah campur marah, apabila nama itu disebut di hadapannya. Dia terus digelut
perasaan yang resah. Sekelip lintasan datang menjelma. Ingatannya kembali terseret pada
wajah pemuda yang menyamar sebagai doktor di pusat rawatan itu tempoh hari. Dia seperti
melihat kembali hampir seluruh doktor dan tenaga kerja di PRPK yang turut hadir pada ketika
itu. Kegiatan pemuda itu berjaya dikesan sewaktu dia cuba memberikan rawatan kepada
Unong Siron. Unong Siron dan ibunya yang tidak mengesyaki lelaki tersebut, meluahkan
kebimbangan mereka kepada doktor palsu itu.
Dipetik daripada novel Pantai Kasih(ms 45)
karya Azmah Nordin
Kementerian Pendidikan Malaysia

Nyatakan perasaan sister Felicia apabila Kartini menyebut nama Unong Siron ketika mereka
berbicara tentang pemuda yang menyamar sebagai doktor palsu di PRPK.
[4 markah]
Perasaan sister Felicia apabila Kartini menyebut nama Unong Siron ketika mereka
berbicara tentang pemuda yang menyamar sebagai doktor palsu di PRPK ialah dia berasa
rendah diri dan dicengkam perasaan bersalah.Selain itu, dia juga berasa marah dan terus
digelut perasaan yang resah.

62
(i) Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:

a. Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Latip Talib


b. Di Sebalik Dinara, karya Dayang Nor
c. Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin
d. Pantai Kasih karya Azmah Nordin
e. Songket Bebenang Emas, karya Khairuddin Ayip
f. Tirani, karya Beb Sabariah
g. Silir Daksina, karya Nizar Parman
h. Bimasakti Menari, karya Sri Rahayu Mohd Yusop

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua cabaran yang dihadapi oleh watak utama
dan cara watak utama mengatasi cabaran tersebut. [6 markah]
NOVEL PANTAI KASIH

CABARAN WATAK UTAMA (P) CARA MENGATASI (H)


1. Cabaran yang dihadapi oleh Raiha apabila Doktor Sadiz Raiha tetap tidak mahu menggugurkan
cuba mencederakan dan memaksanya untuk kandungannya itu dan menolak
menggugurkan kandungannya. Doktor Sadiz tidak dapat permintaan Doktor Sadiz.
menerima kelahiran bayi itu kerana dia mendapati bayi
tersebut tidak normal berdasarkan ujian ultrasound.

2. Cabaran yang dihadapi oleh Raiha apabila Felicia Raiha memaafkan Felicia dan tidak
memberitahu rahsia tentang punca kematian anaknya. berdendam walaupun Felicia tidak
Punca kematian anaknya adalah kerana Doktor Sadiz menceritakan kejadian sebenar lebih
membakar kereta mewahnya sebagai tanda kemarahan awal.
terhadap Raiha. Anaknya turut disambar api dalam
kebakaran tersebut.

Novel yang saya kaji ialah novel Pantai Kasih. Cabaran yang dihadapi oleh watak
utama iaitu Raiha ialah Raiha berhadapan dengan cabaran apabila Doktor Sadiz cuba
mencederakan dan memaksanya untuk menggugurkan kandungannya. Doktor Sadiz tidak
dapat menerima kelahiran bayi itu kerana dia mendapati bayi tersebut tidak normal berdasarkan
ujian ultrasound. Cabaran tersebut diatasi dengan cara Raiha tetap tidak mahu menggugurkan
kandungannya itu dan menolak permintaan Doktor Sadiz.
Selain itu, Raiha berhadapan dengan cabaran kedua apabila Felicia memberitahu rahsia
tentang punca kematian anaknya. Punca kematian anaknya adalah kerana Doktor Sadiz
membakar kereta mewahnya sebagai tanda kemarahan terhadap Raiha. Anaknya turut disambar
api dalam kebakaran tersebut. Cabaran tersebut diatasi dengan cara Raiha memaafkan Felicia
dan tidak berdendam walaupun Felicia tidak menceritakan kejadian sebenar lebih awal.

63
NOVEL BIMASAKTI MENARI

CABARAN WATAK UTAMA (P) CARA MENGATASI (H)


1. Cabaran yang dihadapi oleh Nurul Hafsa untuk Nurul Hafsa tetap berusaha memastikan
melaksanakan cita-citanya, iaitu menjadikan Kuala wujudnya Kawasan Langit Gelap Kuala
Selangor sebagai Kawasan Simpan Langit Gelap. Nurul Selangor bersama-sama dengan
Hafsa menerima tentangan hebat daripada Dato’ Johan Muhammad Taufik. Usaha tersebut
Arlington -Majid yang tidak dapat membekalkan lampu- membuahkan kejayaan.
lampu cut-off untuk kawasan tersebut.

2. Cabaran semasa Nurul Hafsa diculik manakala Nurul Hafsa yang dilepaskan
abangnya, Budiman dipukul oleh sekumpulan kemudiannya membuat laporan polis.
penjenayah dipercayai atas arahan Dato’ Johan Usahanya itu berhasil apabila pasukan
Arlington-Majid. Mereka menculik Nurul Hafsa setelah polis berjaya menahan penjenayah-
dia selesai menjalankan kerja-kerja pencerapan kelip- penjenayah tersebut dan menyelamatkan
kelip. Muhammad Taufik berusaha menyelamatkan Muhammad Taufik.
Nurul Hafsa.

Novel yang saya kaji ialah novel Bimasakti Menari. Cabaran yang dihadapi oleh watak
utama iaitu Nurul Hafsa ialah Nurul Hafsa berhadapan dengan cabaran untuk melaksanakan
cita-citanya, iaitu menjadikan Kuala Selangor sebagai Kawasan Simpan Langit Gelap. Nurul
Hafsa menerima tentangan hebat daripada Dato’ Johan Arlington -Majid
yang tidak dapat membekalkan lampu-lampu cut-off untuk kawasan tersebut. Cabaran
tersebut diatasi dengan cara Nurul Hafsa tetap berusaha memastikan wujudnya Kawasan Langit
Gelap Kuala Selangor bersama-sama dengan Muhammad Taufik. Usaha tersebut membuahkan
kejayaan.
Selain itu, cabaran Nurul Hafsa yang kedua ialah Nurul Hafsa diculik manakala
abangnya, Budiman dipukul oleh sekumpulan penjenayah dipercayai atas arahan Dato’Johan
Arlington-Majid. Mereka menculik Nurul Hafsa setelah dia selesai menjalankan kerja-kerja
pencerapan kelip-kelip. Muhammad Taufik berusaha menyelamatkan Nurul Hafsa.Cabaran
tersebut diatasi dengan cara Nurul Hafsa yang dilepaskankemudiannya membuat laporan polis.
Usahanya itu berhasil apabila pasukan polis berjaya menahan penjenayah-penjenayah tersebut
dan menyelamatkan Muhammad Taufik.

64
SET 4
STANDARD PEMBELAJARAN

2.1.2 (TING. 5) Membaca petikan prosa dan puisi dengan intonasi yang betul dan nada
yang sesuai berdasarkan situasi.
4.1.1 (TING. 4) Memahami dan mengapresiasi prosa moden dan prosa tradisional dengan
menyatakan respon peribadi yang sesuai terhadap karya.
SUMBER Buku teks novel Pantai Kasih

(i) Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Malangnya, suaranya terhalang oleh roh para pesakit yang pernah menjadi mangsa di hujung
“Bagaimana
pisau dengan
bedahnya dahulu. Para pesakit yangikrarmu suatu
terlalu bergantung ketika
harap padanya, yangdahulu
menganggap
Felicia?
Uwang bertugasLupakah
hanya sebagaiengkau tentang
pengabdi kemanusiaan. segala
Juga roh seorangperkara yang
kanak-kanak yang tidak
pernah
berdosa, anakengkau
Raiha. pelajari sewaktu menjalani latihan asas
secara intensif dahulu?” tanya Doktor Raiha kepadanya
secara sinis.
‘Tetapi kematian mereka, bukan kami sengajakan,’ bantah Uwang dalam hati. Hatinya
terus menjerit-jerit memanggil nama ibu bapanya, nama isteri jelitanya dan wanita-wanita yang
Hampir tergelak Felicia apabila dia mengingati semula
pernah didampinginya
kata-kata Doktorserta nama anak kandungnya
Raiha. Hatinya yang telah dihantar ke asramaapakah
tertanya-tanya, penuh di luar
Doktor
negara, sejakRaiha
kecil lagiakan memberikan
itu. Tetapi, malangnya tiadaceramah tentang
sesiapa pun yang mata
mendengar jeritan
pelajaran
batinnya. Kejururawatan Asas, Anatomi dan Fisiologi,
Kesihatan Diri dan Awam, Psikologi dan Etika dan
Sejurus, dia berhenti
sebagainya? menjerit biarpun
Apakah Doktor Raiha
Doktor terus rancakakan
Raiha melakukan terus
operasi ke
mengingatkan
atas tubuhnya. dia tentang keperibadian dan sikap murni
yang perlu dan seharusnya dimiliki olehnovel
Dipetik daripada seorang
Pantai Kasih,
jururawat, setiap kali bersua muka dengannya mukakelak?
surat 156,
karya Azmah Nordin
Menggesa dia agar terus berkorban untuk memuaskan
Kementerian Pendidikan Malaysia.
hati para pesakit yang menerima rawatan di PRPK itu?
Mengingatkan dia tentang kesungguhan, kecekapan dan
juga
(i) rasa tanggungjawab
Nyatakan yang
siapakah yang dipanggil oleh tinggi
Dr Uwang dalam terhadap bidang
jeritan batinnya ketika dia sedang
tugasnya dibedahdalam kerjaya seperti itu?
oleh Dr Raiha? [4 markah]
Dipetik
daripada
Antara orang yang dipanggil oleh Dr Uwang dalam jeritan batinnya Novel
ketika dia sedang
Pantai Kasih, muka
dibedah oleh Dr Raiha ialah nama ibu bapanya dan nama isteri jelitanya. Selain itu, diajuga
surat 19
menjerit memanggil wanita-wanita yang pernah didampinginya dan nama anak
Karya kandungnya
Azmah
Nordin
yang telah dihantar ke asrama penuh di luar negara, sejak kecil lagi. Kementerian
Pendidikan Malaysia

65
(ii) Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:

a. Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Latip Talib


b. Di Sebalik Dinara, karya Dayang Nor
c. Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin
d. Pantai Kasih karya Azmah Nordin
e. Songket Bebenang Emas, karya Khairuddin Ayip
f. Tirani, karya Beb Sabariah
g. Silir Daksina, karya Nizar Parman
h. Bimasakti Menari, karya Sri Rahayu Mohd Yusop

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua peristiwa yang menunjukkan
kepincangan masyarakat yang terdapat dalam novel tersebut. [6 markah]

NOVEL PANTAI KASIH

PERISTIWA (P) KEPINCANGAN MASYARAKAT (H)


1. Peristiwa Doktor Sadiz yang sanggup Peristiwa ini menunjukkan kepincangan
membakar kereta Porsche miliknya yang masyarakat yang sanggup bertindak kejam
akhirnya turut meragut nyawa anaknya, Rohayu terhadap anak sendiri demi menjaga
yang berada berdekatan dengan kereta tersebut. maruah diri.
Tindakan ini dilakukan oleh Doktor Sadiz kerana
dia marah kepada isterinya iaitu Doktor Raiha
yang membawa lari anak mereka yang cacat
dengan kereta mewahnya.

66
2. Peristiwa Doktor Uwang yang telah Peristiwa ini menunjukkan kepincangan
menggunakan alat ganti sendi tulang pinggul masyarakat yang sanggup mengaut
Unong Siron yang murah dan tidak berkualiti keuntungan daripada kesusahan orang lain.
kerana ingin mendapatkan keuntungan.
Tindakan Doktor Uwang ini tekah menyebabkan
Unong Siron terpaksa dibedah sebanyak lima
kali akibat infeksi ekoran
penggunaan alat ganti tersebut.

Novel yang saya kaji ialah novel Pantai Kasih. Peristiwa yang menggambarkan
kepincangan masyarakat dalam novel ini ialah peristiwa Doktor Sadiz yang sanggup membakar
kereta Porsche miliknya yang akhirnya turut meragut nyawa anaknya, Rohayu yang berada
berdekatan dengan kereta tersebut. Tindakan ini dilakukan oleh Doktor Sadiz kerana dia marah
kepada isterinya iaitu Doktor Raiha yang membawa lari anak mereka yang cacat dengan kereta
mewahnya. Peristiwa ini menunjukkan kepincangan masyarakat yang sanggup bertindak kejam
terhadap anak sendiri demi menjaga maruah diri.
Selain itu, peristiwa kepincangan masyarakat yang kedua ialah peristiwa Doktor
Uwang yang telah menggunakan alat ganti sendi tulang pinggul Unong Siron yang murah dan
tidak berkualiti kerana ingin mendapatkan keuntungan. Tindakan Doktor Uwang ini telah
menyebabkan Unong Siron terpaksa dibedah sebanyak lima kali akibat infeksi ekoran
penggunaan alat ganti tersebut. Peristiwa ini menunjukkan kepincangan masyarakat yang
sanggup mengaut keuntungan daripada kesusahan orang lain.

67
NOVEL BIMASAKTI MENARI

KEPINCANGAN MASYARAKAT (P) PERISTIWA (H)


1. Peristiwa Dato’ Johan Arlington- Majid yang cuba Peristiwa ini menunjukkan kepincangan
menggagalkan pembentangan Projek Kawasan masyarakat yang sanggup mengaut
Simpan Langit Gelap oleh Nurul Hafsa kerana keuntungan tanpa memikirkan keindahan
bimbang jika projek tersebut berjaya dilaksanakan, alam sekitar yang perlu dilestarikan.
lampu jalan yang dibekalkan oleh syarikatnya akan
terhenti.
2. Peristiwa keruntuhan rumah tangga yang dibina Peristiwa ini menunjukkan kepincngan
oleh Tan Sru Muhaimin dan Puan Mariam Wickham masyarakat yang sanggup
kerana tuntutan kerjaya Puan Wickham sebagai mengutamakan kerjaya sehingga berlaku
aktivis alam sekitar yang sentiasa sibuk. Keruntuhan keruntuhan rumah tangga yang menyebabkan
rumah tangga tersebut telah membuatkan anak anak tidak mendapat kasih sayang
tunggal mereka Muhammad Taufik tidak mendapat sepenuhnya.
kasih sayang sepenuhnya daripada kedua-dua ibu
bapa kerana mereka berpisah dan tinggal berasingan.

Novel yang saya kaji ialah novel Bimasakti Menari. Kepincangan masyarakat dalam
novel ini ialah peristiwa Dato’ Johan Arlington- Majid yang cuba menggagalkan
pembentangan Projek Kawasan Simpan Langit Gelap oleh Nurul Hafsa kerana bimbang jika
projek tersebut berjaya dilaksanakan, lampu jalan yang dibekalkan oleh syarikatnya akan
terhenti. Peristiwa ini menunjukkan masyarakat yang sanggup mengaut keuntungan tanpa
memikirkan keindahan alam sekitar yang perlu dilestarikan.

68
Selain itu, kepincangan masyarakat yang kedua ialah peristiwa keruntuhan rumah
tangga yang dibina oleh Tan Sru Muhaimin dan Puan Mariam Wickham kerana tuntutan
kerjaya Puan Wickham sebagai aktivis alam sekitar yang sentiasa sibuk. Keruntuhan rumah
tangga tersebut telah membuatkan anak tunggal mereka Muhammad Taufik tidak mendapat
kasih sayang sepenuhnya daripada kedua-dua ibu bapa kerana mereka berpisah dan tinggal
berasingan. Peristiwa ini menunjukkan masyarakat yang sanggup mengutamakan kerjaya
sehingga berlaku keruntuhan rumah tangga yang menyebabkan anak tidak mendapat kasih
sayang sepenuhnya.

69
SET 5
STANDARD PEMBELAJARAN

2.1.2 (TING. 5) Membaca petikan prosa dan puisi dengan intonasi yang betul dan nada
yang sesuai berdasarkan situasi.
4.1.1 (TING. 4) Memahami dan mengapresiasi prosa moden dan prosa tradisional dengan
menyatakan respon peribadi yang sesuai terhadap karya.
SUMBER Buku teks novel Pantai Kasih

(i) Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

“Saya tak kisahlah sama ada awak mendapat sebarang peratus ataupun tidak, dari setiap
“Bagaimana dengan
operasi yang dijalankan ikrarmu
ke atas pesakit suatu
yang awak bawa ke PRPKketika
ini. Itu hakdahulu
awak. Tapi bagi
Felicia? Lupakah
saya, yang penting ialah engkau
kebajikan paratentang segala
pesakit dan ahli perkara
keluarganya yangdalam
yang turut terlibat
pernah
rawatanengkau pelajari
itu. Mengasari orang yangsewaktu
memang sedia menjalani
menderita sakitlatihan
pada badanasas
dan mental
secara intensif dahulu?” tanya Doktor Raiha kepadanya
adalah kejam. Jangan sekali-kali diulangi lagi perkara itu, sister!”
secara sinis.
Felicia tersentak nafas. Wajah pucatnya semakin pucat. Matanya yang sedikit merah
Hampir tergelak Felicia apabila dia mengingati semula
semakin merah
kata-kata lagi berbinar-binar
Doktor Raiha.liar. Tanpa berlengah,
Hatinya dia bingkas bangun.apakah
tertanya-tanya, Dengan jelingan
Doktor Raiha
tajam, Felicia akan
meluru memberikan
keluar ceramah
dari pejabat Raiha tentang
dengan dituruti dentumanmata
pintu yang
pelajaran
menggegarkan Kejururawatan
segala-galanya. Asas, Anatomi dan Fisiologi,
Kesihatan Diri dan Awam, Psikologi dan Etika dan
sebagainya? Apakah Doktor Raiha akan terus Dipetik
daripada Novel Pantai Kasih, muka
mengingatkan dia tentang keperibadian dan sikap murni surat 99-100
yang perlu dan seharusnya dimiliki olehkarya seorang
Azmah Nordin
jururawat, setiap kali bersua muka Kementerian dengannya kelak?
Pendidikan Malaysia
Menggesa dia agar terus berkorban untuk memuaskan
hati para pesakit yang menerima rawatan di PRPK itu?
Mengingatkan dia tentang kesungguhan, kecekapan dan
juga rasa tanggungjawab yang tinggi terhadap bidang
tugasnya dalam kerjaya seperti itu?
Dipetik
daripada Novel
Pantai Kasih, muka
surat 19
Karya Azmah
Nordin Kementerian
Pendidikan Malaysia

70
(i) Apakah reaksi Felicia setelah diberi amaran oleh doktor Raiha supaya tidak
mengasari para pesakit di PRPK?
[4 markah]

Antara reaksi Felicia setelah diberi amaran oleh doktor Raiha supaya tidak mengasari
para pesakit di PRPK ialah Felicia tersentak nafas dan wajah pucatnya semakin pucat.
Selain itu, reaksinya juga ialah matanya yang sedikit merah semakin merah lagi
berbinar-binar liar dan dia bingkas bangun /Dengan jelingan tajam, Felicia meluru
keluar dari pejabat Raiha.

(ii) Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:

a. Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Latip Talib


b. Di Sebalik Dinara, karya Dayang Nor
c. Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin
d. Pantai Kasih karya Azmah Nordin
e. Songket Bebenang Emas, karya Khairuddin Ayip
f. Tirani, karya Beb Sabariah
g. Silir Daksina, karya Nizar Parman
h. Bimasakti Menari, karya Sri Rahayu Mohd Yusop

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua ciri peribadi positif watak utama
yang boleh dicontohi pembaca. [6 markah]

NOVEL PANTAI KASIH

CIRI-CIRI PERIBADI POSITIF (P) PERISTIWA (H)


1. Memiliki sifat bertanggungjawab dalam Buktinya, Doktor Raiha bertanggungjawab
menjalankan tugasan yang diamanahkan. menjalankan tugasan yang diamanahkan oleh
Doktor Uwang apabila dia diminta membuat
pembedahan penggantian sendi tulang pinggul
Unong Siron buat kali keenam. Akhirnya,
pembedahan tersebut berjaya dilakukan oleh
Doktor Raiha.

71
2. Memiliki sifat pemaaf dan tidak Buktinya, Raiha memaafkan Felicia dan tidak
menyimpan dendam. berdendam walaupun Felicia tidak menceritakan
kejadian sebenar tentang punca kematian anaknya
lebih awal. Dia akhirnya sedar bahawa dirinya dan
Felicia adalah mangsa keadaan.

Novel yang saya kaji ialah novel Pantai Kasih. Ciri-ciri peribadi positif bagi watak
utama iaitu Raiha ialah memiliki sifat bertanggungjawab dalam menjalankan tugasan yang
diamanahkan.Buktinya, Doktor Raiha bertanggungjawab menjalankan tugasan yang
diamanahkan oleh Doktor Uwang apabila dia diminta membuat pembedahan penggantian sendi
tulang pinggul Unong Siron buat kali keenam. Akhirnya, pembedahan tersebut berjaya
dilakukan oleh Doktor Raiha.
Selain itu, ciri peribadi positif Raiha yang kedua memiliki sifat pemaaf dan tidak
menyimpan dendam.Buktinya, Raiha memaafkan Felicia dan tidak berdendam walaupun
Felicia tidak menceritakan kejadian sebenar tentang punca kematian anaknya lebih awal. Dia
akhirnya sedar bahawa dirinya dan Felicia adalah mangsa keadaan.

NOVEL BIMASAKTI MENARI

CIRI-CIRI PERIBADI POSITIF (P) PERISTIWA (H)


1. Memiliki sifat gigih melaksanakan Buktinya, Nurul Hafsa tetap gigih berusaha
tugasan melestarikan alam sekitar. memastikan wujudnya Kawasan Simpan Langit Gelap
Kuala Selangor bersama-sama dengan Muhammad
Taufik walaupun mendapat pelbagai cabaran.
Akhirnya, projek yang diusahakan berjaya.

2. Memiliki sifat setia kawan yang tinggi Buktinya, atas semangat setia kawan, Nurul Hafsa dan
Budiman bergegas ke tempat kemalangan selepas
dihubungi oleh Muhammad Taufik bagi membantu
Muhammad Taufik yang ditimpa kemalangan.
Akhirnya, Muhammad Taufik dijumpai dan Nurul
Hafsa menelefon ambulans bagi membawa Muhammad
Taufik ke Hospital Besar Tanjung Karang.

Novel yang saya kaji ialah novel Bimasakti Menari. Ciri-ciri peribadi positif watak
utama iaitu Nurul Hafsa ialah memiliki sifat gigih melaksanakan tugasan melestarikan alam
sekitar. Buktinya, Nurul Hafsa tetap gigih berusaha memastikan wujudnya Kawasan Simpan
Langit Gelap Kuala Selangor bersama-sama dengan Muhammad Taufik walaupun mendapat
pelbagai cabaran. Akhirnya, projek yang diusahakan berjaya.
72
Selain itu, ciri peribadi positif Nurul Hafsa yang kedua ialah memiliki sifat setia kawan
yang tinggi. Buktinya, atas semangat setia kawan, Nurul Hafsa dan Budiman bergegas ke
tempat kemalangan selepas dihubungi oleh Muhammad Taufik bagi membantu Muhammad
Taufik yang ditimpa kemalangan. Akhirnya, Muhammad Taufik dijumpai dan Nurul Hafsa
menelefon ambulans bagi membawa Muhammad Taufik ke Hospital Besar Tanjung Karang.

73
SET 6
STANDARD PEMBELAJARAN

2.1.2 (TING. 5) Membaca petikan prosa dan puisi dengan intonasi yang betul dan nada
yang sesuai berdasarkan situasi.
4.1.1 (TING. 4) Memahami dan mengapresiasi prosa moden dan prosa tradisional dengan
menyatakan respon peribadi yang sesuai terhadap karya.
SUMBER Buku teks novel Pantai Kasih
(i) Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

“ Dato’ Johann, kita perlu kembali kepada objektif projek ini, iaitu tujuan saya mengetengahkan
“Bagaimana
bentuk-bentuk dengan
lampu yang ikrarmu
tidak cantik suatu
ini. Objektifnya adalah ketika dahulu
untuk menjadikan Kuala
Felicia? Lupakah
Selangor sebagai engkau
satu Kawasan tentang
Simpan Langit Gelap. segala
Kita bukannyaperkara yang
hendak mewujudkan
pernah engkau
Bandar Cahaya pelajari
atau Bandar sewaktu
Seribu Lampu. menjalani
Untuk itu kita latihan
sudah ada i- City asas
di Shah Alam. Jadi,
secara intensif dahulu?” tanya Doktor Raiha kepadanya
isu pencahayaan sebagai suatu bentuk estetik tidak timbul. Jika tuan puan pernah melawat i-City
secara sinis.
saya yakin pengalaman tuan puan sama dengan pengalaman saya. i-City satu tempat tandus yang
Hampir
panas tergelak
dan kering Felicia
pada waktu malam keranaapabila
kawasan inidia mengingati
berhiaskan semula
cahaya buatan manusia.
kata-kata Doktor
Mata saya berpinar-pinar Raiha.
apabila berada Hatinya tertanya-tanya,
di situ. Tempat apakah
ini tidak sepatutnya wujud. Maafkan
Doktor Raiha akan memberikan ceramah tentang mata
saya, Dato’ Menteri Besar,” ucap Nurul Hafsa sedikit terkeluar daripada tajuk. Tetapi
pelajaran Kejururawatan Asas, Anatomi dan Fisiologi,
kelancangannya begitu memikat pada mata anak musuh ketatnya yang menunjukkan riak sedang
Kesihatan Diri dan Awam, Psikologi dan Etika dan
sebagainya? Apakah
jatuh cinta dengan ucapan tersebut. Doktor Raiha akan terus
mengingatkan dia tentang keperibadian dan sikap murni
Dipetik daripada
yang perlu dan seharusnya Noveldimiliki oleh
Bimasakti Menari, mukaseorang
surat 117-118
jururawat, setiap kali bersua muka dengannya kelak?
Karya Sri Rahayu Mohd Yusop
Menggesa dia agar terus berkorban untukPendidikan
Kementerian memuaskanMalaysia
hati para pesakit yang menerima rawatan di PRPK itu?
Mengingatkan dia tentang kesungguhan, kecekapan dan
juga rasa tanggungjawab yang tinggi terhadap bidang
tugasnya
Nyatakan dalam
keadaan kerjaya
Bandar i-City di Shah seperti itu?malam seperti yang digambarkan
Alam pada waktu
oleh Nurul Hafsa melalui pengalamannya. [4 markah]
Dipetik
daripada Novel
Pantai Kasih, muka
Keadaan Bandar i-City di Shah Alam pada waktu malam seperti yang digambarkan
surat 19
oleh Nurul Hafsa melalui pengalamannya ialah satu tempat tandus danKarya Azmah
panas. Selain itu,
kering pada waktu malam dan kawasan ini berhiaskan cahayaNordin Kementerian
buatan manusia.
Pendidikan Malaysia

74
(i) Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:

a. Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Latip Talib


b. Di Sebalik Dinara, karya Dayang Nor
c. Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin
d. Pantai Kasih karya Azmah Nordin
e. Songket Bebenang Emas, karya Khairuddin Ayip
f. Tirani, karya Beb Sabariah
g. Silir Daksina, karya Nizar Parman
h. Bimasakti Menari, karya Sri Rahayu Mohd Yusop

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua kebaikan yang diperoleh pembaca
apabila membaca novel tersebut. [6 markah]

NOVEL PANTAI KASIH

KEBAIKAN (P) PERISTIWA (H)


1. Pembaca dapat menambahkan ilmu Buktinya, Doktor Raiha dan Emma Yong
pengetahuan tentang tanggungjawab doktor berusaha memberi rawatan terbaik kepada
dan kakitangan di hospital. Unong Siron ketika melakukan pembedahan
sendi tulang pinggul buat kali keenam. Selain
itu, Doktor Raiha dan rakan-rakannya
berusaha menyelamatkan Doktor Uwang
yang cedera akibat kemalangan setelah
merempuh tembok Pusat Rawatan Pantai
Kasih.
2. Pembaca dapat mengetahui tentang Buktinya, Felicia yang menghadapi pelbagai
bahayanya pengambilan ubat batuk secara masalah dalam hidup terutamnya gangguan
berlebihan. selepas terlibat secara tidak sengaja dalam
kematian Rohayu anak Doktor Raiha
mengalami tekanan. Dia tersepit antara
kejujuran yang sentiasa ditekankan oleh
bidang kerjaya murninya dengan mereka
yang mempunyai kuasa. Felicia minum ubat
batuk untuk menenangkan dirinya dan
melupakan segala kemelut yang berlaku
terhadap dirinya.

75
Novel yang saya kaji ialah novel Pantai Kasih. Kebaikan yang diperoleh pembaca

apabila membaca novel ini ialah pembaca dapat menambahkan ilmu pengetahuan tentang

tanggungjawab doktor dan kakitangan di hospital. Buktinya, Doktor Raiha dan Emma Yong

berusaha memberi rawatan terbaik kepada Unong Siron ketika melakukan pembedahan sendi

tulang pinggul buat kali keenam. Selain itu, Doktor Raiha dan rakan-rakannya berusaha

menyelamatkan Doktor Uwang yang cedera akibat kemalangan setelah merempuh tembok

Pusat Rawatan Pantai Kasih.

Selain itu, kebaikan membaca novel ini yang kedua ialah pembaca dapat mengetahui

tentang bahayanya pengambilan ubat batuk secara berlebihan. Hal ini dapat dibuktikan, Felicia

yang menghadapi pelbagai masalah dalam hidup terutamnya gangguan selepas terlibat secara

tidak sengaja dalam kematian Rohayu anak Doktor Raiha mengalami tekanan. Dia tersepit

antara kejujuran yang sentiasa ditekankan oleh bidang kerjaya murninya dengan mereka yang

mempunyai kuasa. Felicia minum ubat batuk untuk menenangkan dirinya dan melupakan

segala kemelut yang berlaku terhadap dirinya.

76
NOVEL BIMASAKTI MENARI

KEBAIKAN (P) PERISTIWA (H)


1. Pembaca dapat menanamkan Buktinya, pembaca dapat menambahkan pengetahuan
perasaan cinta akan alam sekitar tentang kepupusan populasi kelip-kelip akibat pencemaran
dalam diri. cahaya yang berlaku di Kuala Selangor. Selain itu, pembaca
juga dapat mengetahui sejarah Kuala Selangor yang
dahulunya merupakan tempat terbaik untuk pengkaji bintang
amatur dan profesional melihat cakerawala sehingga
terbinanya Balai Cerap Sultan Salahuddin.

2. Pembaca dapat mengetahui kesan Buktinya, Kuala Selangor semakin meningkat maju dan
pembangunan terhadap alam sekitar. mengalami pertambahan penduduk yang ketara kerana
jaraknya yang dekat dengan Kuala Lumpur,Klang dan Shah
Alam. Oleh sebab itu, Nurul Hafsa mencadangkan kepada
Muhammad Taufik agar pengurusan teknologi secara
minimum perlu dilakukan di Kuala Selangor supaya tarikan
dan keistimewaan yang ada di Kuala Selangor kekal
terpelihara.

Novel yang saya kaji ialah novel Bimasakti Menari. Kebaikan yang diperoleh pembaca
apabila membaca novel ini ialah pembaca dapat menanamkan perasaan cinta akan alam sekitar
dalam diri. Buktinya, pembaca dapat menambahkan pengetahuan tentang kepupusan populasi
kelip-kelip akibat pencemaran cahaya yang berlaku di Kuala Selangor. Selain itu, pembaca
juga dapat mengetahui sejarah Kuala Selangor yang dahulunya merupakan tempat terbaik
untuk pengkaji bintang amatur dan profesional melihat cakerawala sehingga terbinanya Balai
Cerap Sultan Salahuddin.
Selain itu, kebaikan membaca novel ini yang kedua ialah pembaca dapat mengetahui
kesan pembangunan terhadap alam sekitar. Sebagai bukti, Kuala Selangor semakin meningkat
maju dan mengalami pertambahan penduduk yang ketara kerana jaraknya yang dekat dengan
Kuala Lumpur,Klang dan Shah Alam . Oleh sebab itu, Nurul Hafsa mencadangkan kepada
Muhammad Taufik agar pengurusan teknologi secara minimum perlu dilakukan di Kuala
Selangor supaya tarikan dan keistimewaan yang ada di Kuala Selangor kekal terpelihara.

77
SET 7
STANDARD PEMBELAJARAN

2.1.2 (TING. 5) Membaca petikan prosa dan puisi dengan intonasi yang betul dan nada
yang sesuai berdasarkan situasi.
4.1.1 (TING. 4) Memahami dan mengapresiasi prosa moden dan prosa tradisional dengan
menyatakan respons peribadi yang sesuai terhadap karya.
SUMBER Buku teks novel Pantai Kasih

(i) Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

“ Kerana kegelapan mengundang jenayah. Perkara jahat berlaku dalam gelap seperti
kecurian, rompakan dan maksiat,”
“Bagaimana dengan terang Dato’ Johann. suatu ketika dahulu
ikrarmu
Felicia? Lupakah
Wajah Nurul Hafsa itu engkau tentang
tiba-tiba seperti segala
dilanda ilham perkara
dan sepantas yang
kilat dia menjawab.
pernah“ Dato’engkau
Johann, adapelajari sewaktu
lampu atau tiada lampu tidakmenjalani latihan
mempunyai kaitan asas
dengan kadar jenayah.
secara
Kawalan, intensif dahulu?”
penguatkuasaan dan pemantauan tanya Doktor Raiha
pihak berkuasalah yang dapatkepadanya
menurunkan kadar
jenayah,”
secara Nurul Hafsa menjawab penuh yakin.
sinis.
“ Polis tidak
Hampir boleh beradaFelicia
tergelak pada semuaapabila
tempat pada dia
setiapmengingati
masa,” Dato’ Johann membidas.
semula
“ Di samping itu, langkah-langkah kawalan untuk mengelakkan aktiviti jenayah juga
kata-kata Doktor Raiha. Hatinya tertanya-tanya, apakah
sepatutnya diambil sebelum jenayah itu berlaku. Misalnya, pasangkan gril dan kunci rumah dengan
Doktor Raiha akan memberikan ceramah tentang mata
baik. Elakkan daripada melalui jalan-jalan sunyi. Elakkan keluar malam,” Nurul Hafsa
pelajaran
mengukuhkan Kejururawatan Asas, Anatomi dan Fisiologi,
hujahnya.
Kesihatan Diri dan Awam, Psikologi dan Etika dan
sebagainya? Apakah Doktor Raiha akanDipetik daripada
terus
novel Bimasakti Menari, muka surat 120
mengingatkan dia tentang keperibadiankarya dan sikapMohd
Sri Rahayu murniYusop
yang perlu dan seharusnya dimiliki oleh seorang
Kementerian Pendidikan Malaysia
jururawat, setiap kali bersua muka dengannya kelak?
Menggesa dia agar terus berkorban untuk memuaskan
hati para pesakit yang menerima rawatan di PRPK itu?
Mengingatkan
Nyatakan perkara-perkaradia tentang
yang disarankan kesungguhan,
oleh Nurul Hafsa untukkecekapan dan
mengurangkan kadar
juga rasa
jenayah. tanggungjawab yang tinggi terhadap bidang
[4 markah]
tugasnya dalam kerjaya seperti itu?
Perkara-perkara yang disarankan oleh Nurul Hafsa untuk mengurangkan kadar jenayah ialah kawalan,
Dipetik
penguatkuasaan dan pemantauan pihak berkuasa dan langkah- langkah kawalan untuk mengelakkan
daripada Novel
aktiviti jenayah juga sepatutnya diambil sebelum jenayah itu berlaku. Selain itu, pasangkan gril dan
Pantai Kasih, muka
surat
kunci rumah dengan baik serta elakkan daripada melalui jalan-jalan sunyi /elakkan keluar19
malam.
Karya Azmah
Nordin Kementerian
Pendidikan Malaysia

78
(ii) Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:

a. Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Latip Talib


b. Di Sebalik Dinara, karya Dayang Nor
c. Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin
d. Pantai Kasih karya Azmah Nordin
e. Songket Bebenang Emas, karya Khairuddin Ayip
f. Tirani, karya Beb Sabariah
g. Silir Daksina, karya Nizar Parman
h. Bimasakti Menari, karya Sri Rahayu Mohd Yusop

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua kritikan sosial yang cuba
diketengahkan oleh pengarang dalam novel tersebut
[6 markah]
NOVEL PANTAI KASIH

KRITIKAN SOSIAL (P) PERISTIWA (H)


1. Kritikan sosial terhadap sikap masyarakat Buktinya, sikap Doktor Uwang yang masih
yang suka berfoya-foya di luar walaupun berfoya-foya walaupun sudah berumah tangga
sudah berumah tangga. menggambarkan bahawa dia seorang yang suka
akan kebebasan dan tidak mahu dikongkong.
Walaupun sudah berumah tangga, dia tetap
mengunjungi kelab-kelab malam dan minum
arak bersama-sama gadis pelayan dan
kemudiannya berakhir ke ranjang.

2. Kritikan terhadap sikap masyarakat yang Buktinya, Doktor Uwang lebih mementingkan
mengutamakan keuntungan tanpa keuntungan PRPK tanpa menghiraukan
menghiraukan kesusahan orang lain. kesusahan pesakitnya. Unong Siron merupakan
pesakit yang dibedah bagi merawat sendi tulang
pinggulnya sebanyak lima kali oleh Doktor
Uwang dengan menggunakan peralatan yang
tidak berkualiti.

79
Novel yang saya kaji ialah novel Pantai Kasih. Kritikan sosial yang cuba
diketengahkan oleh pengarang novel ini ialah kritikan sosial terhadap sikap masyarakat yang
suka berfoya-foya di luar walaupun sudah berumah tangga. Buktinya, sikap Doktor Uwang
yang masih berfoya-foya walaupun sudah berumah tangga menggambarkan bahawa dia
seorang yang suka akan kebebasan dan tidak mahu dikongkong. Walaupun sudah berumah
tangga, dia tetap mengunjungi kelab-kelab malam dan minum arak bersama-sama gadis
pelayan dan kemudiannya berakhir ke ranjang.
Selain itu, kritikan sosial yang kedua ialah kritikan terhadap sikap masyarakat yang
mengutamakan keuntungan tanpa menghiraukan kesusahan orang lain. Hal ini dapat
dibuktikan, Doktor Uwang lebih mementingkan keuntungan PRPK tanpa menghiraukan
kesusahan pesakitnya. Unong Siron merupakan pesakit yang dibedah bagi merawat sendi
tulang pinggulnya sebanyak lima kali oleh Doktor Uwang dengan menggunakan peralatan yang
tidak berkualiti.

NOVEL BIMASAKTI MENARI

KRITIKAN SOSIAL (P) PERISTIWA (H)


1. Kritikan sosial terhadap sikap Buktinya, Dato Johann Arlington- Majid tidak
masyarakat yang mementingkan bersetuju dengan projek Kawasan Simpan Langit
kepentingan diri daripada alam Gelap yang diusahakan Nurul Hafsa dan Muhammad
sekitar. Taufik kerana akan mengganggu perniagaan lampu
jalan yang dibekalkannya oleh syarikatnya di Kuala
Selangor. Dia cuba menggagalkan pembentangan
projek tersebut di hadapan Menteri Besar.
2. Kritikan sosial terhadap sikap Buktinya, Dato Johann Arlington- Majid mengupah
masyarakat yang menggunakan orang untuk memukul Muhammad Taufik semasa dia
jenayah dalam menyelesaikan dalam perjalanan pulang dari masjid sebagai tanda
masalah. peringatan. Selepas kejadian itu, Nurul Hafsa dan
Muhammad Taufik juga diculik kerana dendam Dato’
Johann Arlington-Majid yang tidak berkesudahan
setelah perniagaannya terganggu akibat perlaksanaan
projek Kawasan Simpan Langit Gelap yang
diusahakan oleh Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik.

80
Novel yang saya kaji ialah novel Bimasakti Menari. Kritikan sosial yang cuba
diketengahkan oleh pengarang novel ini ialah kritikan sosial terhadap sikap masyarakat yang
mementingkan kepentingan diri daripada alam sekitar. Buktinya, Dato Johann Arlington- Majid
tidak bersetuju dengan projek Kawasan Simpan Langit Gelap yang diusahakan Nurul Hafsa dan
Muhammad Taufik kerana akan mengganggu perniagaan lampu jalan

yang dibekalkannya oleh syarikatnya di Kuala Selangor. Dia cuba menggagalkan


pembentangan projek tersebut di hadapan Menteri Besar.
Selain itu, kritikan sosial yang kedua ialah kritikan sosial terhadap sikap masyarakat yang
menggunakan jenayah dalam menyelesaikan masalah.Sebagai bukti, Dato Johann Arlington-
Majid mengupah orang untuk memukul Muhammad Taufik semasa dia dalam perjalanan pulang
dari masjid sebagai tanda peringatan. Selepas kejadian itu,Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik
juga diculik kerana dendam Dato’ Johann Arlington-Majid yang tidak berkesudahan setelah
perniagaannya terganggu akibat perlaksanaan projek Kawasan Simpan Langit Gelap yang
diusahakan oleh Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik.

81
BAHAGIAN A (RUMUSAN)
SOALAN 9 (RUMUSAN)

Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah, kemudian buat satu rumusan yang
panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda
sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan.
SET 3
Bahan 1 - Petikan

Udang ialah sumber Omega-3 yang kaya dengan protein namun kurang kandungan
lemak dan kalori. Terdapat pelbagai jenis udang air masin dan air tawar yang kian menjadi
pilihan penternak udang. Antara spesies udang yang diternak besar-besaran ialah udang
galah, udang putih, udang kara dan udang harimau. Udang harimau atau nama saintifiknya
Penaeus monodon merupakan spesies udang yang semakin banyak diternak di Malaysia.
Terdapat beberapa langkah dalam menternak udang harimau, antaranya ialah
penternak akan membina kolam berhampiran sungai dan laut untuk mendapatkan sumber
air payau masin. Parameter indeks kualiti air akan ditentukan seminggu sekali untuk
memastikan keadaan fizikal air kolam seperti suhu, pH, oksigen terlarut, dan kadar
kemasinan sesuai untuk tumbesaran udang. Selain itu, keadaan fizikal kolam tidak
mengandungi plankton yang boleh menyebabkan gangguan kepada pembesaran udang
harimau.
Untuk mendapatkan hasil ternakan udang yang menepati kehendak pelanggan,
langkah yang perlu diambil ialah penternak perlu memastikan makanan yang mencukupi
diberikan kepada udang. Pemberian makanan ini dilakukan secara manual dan automatik.
Kaedah manual dilakukan dengan cara menaburkan makanan secara manual dan
automatik. Terdapat juga penternak yang memberikan makanan secara automatik dengan
menetapkan penggera masa pada alat auto feeder untuk menaburkan makanan secara
automatik. Langkah seterusnya, para pekerja kolam akan memastikan nutrien yang
mencukupi agar udang yang diternak sihat. Kolam juga akan dilengkapkan dengan kincir
air untuk mengawal suhu air kolam iaitu antara 25℃ hingga 32℃.
Kesimpulannya, penternakan udang harimau merupakan bidang yang semakin
mendapat sambutan masyarakat pada masa ini. Para pengusaha ternakan undang ini
mampu memasarkan udang mereka bukan sahaja untuk keperluan tempatan, malahan
turut mengeksportnya ke luar negara seperti Korea, Singapura, dan China.
Dipetik dan diubah suai daripada
‘Mengintai Habitat Udang Harimau’
Buku teks Tingkatan 4 halaman 46-47 (2019)

82
Bahan 2 – Grafik

83
Jawaban

JAWAPAN LATIHAN 3

Pendahuluan
 Rumusan membincangkan langkah-langkah/ cara-cara/ usaha-usaha [2 m]
menternak udang harimau dan faktor-faktor/ punca-punca/ sebab-sebab yang
menggalakkan penternakannya.
 Rumusan membincangkan langkah-langkah/ cara-cara/ usaha-usaha [1 m]
menternak udang harimau.
 Rumusan membincangkan faktor-faktor/ punca-punca/ sebab-sebab yang [1 m]
menggalakkan penternakannya

Isi Bahan 1 – Petikan


Fokus 1 (Langkah-langkah/ cara-cara/ usaha-usaha menternak udang harimau)
1. Penternak akan membina kolam berhampiran sungai dan laut untuk [2 m]
mendapatkan sumber air payau masin.
2. Parameter indeks kualiti air akan ditentukan seminggu sekali untuk [2 m]
memastikan keadaan fizikal air kolam.
3. Keadaan fizikal kolam tidak mengandungi plankton yang boleh [2 m]
menyebabkan gangguan kepada pembesaran udang harimau.
4. Memastikan makanan yang mencukupi diberikan kepada udang. [2 m]
5. Memastikan nutrien yang mencukupi agar udang yang diternak [2 m]
sihat.
6. Kolam juga akan dilengkapkan dengan kincir air untuk mengawal [2 m]
suhu air kolam iaitu antara 25⁰C hingga 32⁰C

Isi Bahan 2 – Grafik


Fokus 2 (Faktor-faktor/ punca-punca/ sebab-sebab yang menggalakkan
penternakannya)
1. Penggunaan teknologi moden dapat menghasilkan udang yang sihat [2 m]
dan berskala besar.
2. Jaminan harga yang tinggi di pasaran mengikut saiz udang. [2 m]
3. Permintaan yang tinggi di sektor perniagaan makanan. [2 m]
4. Pendapatan sampingan kepada pengusaha kolam udang harimau. [2 m]

Kesimpulan :
Kesimpulannya, semua pihak perlu bekerjasama dalam meningkatkan lagi bidang [2 m]
penternakan udang harimau agar industri ini dapat menyumbang kepada ekonomi
negara.

84
SET 4

Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah, kemudian buat satu rumusan yang
panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda
sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan.

Bahan 1 – Petikan

Zaman dahulu robot hanyalah sekadar mesin. Kini, kita menyaksikan robot dapat bertindak
mengikut arahan yang disambungkan kepada sistem yang membolehkannya berfungsi dengan robot lain.
Lebih tepat lagi, penggunaannya bersangkut paut dengan keupayaan Internet. Pengeluaran barangan dan
perkhidmatan menjadi lebih cekap apabila semua urusan dilakukan melalui Internet.

Terdapat banyak kelebihan penggunaan robot dalam kehidupan seharian manusia. Antaranya ialah
penggunaan robot sebagai pengesan dalam pertanian bukan sahaja mampu menentukan keadaan cuaca,
malahan berupaya memaklumkan jumlah air yang diperlukan oleh tanaman. Robot ini kemudiannya
memaklumkan data tersebut kepada robot lain. Selain itu, robot ini pula akan menghasilkan nutrien tertentu
mengikut bacaan robot pengesan tadi bagi menjadikan tanaman lebih terpelihara dan lebih hebat apabila
tindakan ini dilakukan setiap saat tanpa henti dalam setahun.

Dalam bidang perubatan pula, penggunaan robot berupaya untuk mempercepat proses rawatan.
Dalam bidang ini, robot membantu manusia untuk menganalisis dan mendiagnosis pelbagai jenis penyakit
seperti pertumbuhan kanser. Robot juga berguna untuk membantu doktor menjalankan operasi
pembedahan dalam bahagian tubuh manusia yang sensitif dan sukar dilakukan dengan tangan.

Selain itu, penggunaan robot turut membawa kepentingan dalam ketenteraan dan menjaga
keselamatan negara. Kemajuan teknologi dalam bidang robotik boleh membantu tentera mengesan bom,
periuk api, dan sebagainya. Di samping itu, robot juga memainkan peranan penting sebagai ejen perisikan
dan mengesan segala pergerakan yang dirancang oleh musuh. Oleh yang demikian, keselamatan negara
lebih terjamin daripada pencerobohan.

Banyak lagi tugas manusia yang boleh dilakukan oleh robot dengan lebih efektif. Manusia boleh
memanfaatkan penggunaan robot untuk pelbagai tujuan. Robot boleh mengambil alih tugas manusia
sebagai pekerja kilang, pembantu rumah, penghibur dan sebagainya. Tidak mustahil suatu masa nanti,
manusia akan terlalu bergantung pada robot dalam kehidupan. Robot akan ada di mana-mana untuk
membantu manusia menjalankan tugas dalam pelbagai rutin kehidupan.

Dipetik dan diubah suai daripada ‘Zaman Robot’


Buku teks Tingkatan 4 halaman 67

85
Bahan 2 – Grafik

86
JAWAPAN SET 4

Pendahuluan
 Rumusan membincangkan kelebihan/ kebaikan/ faedah/ manfaat penggunaan [2 m]
robot dalam kehidupan manusia dan keburukannya.
 Rumusan membincangkan kelebihan/ kebaikan/ faedah/ manfaat penggunaan [1 m]
robot dalam kehidupan manusia.
 Rumusan membincangkan keburukan penggunaan robot dalam kehidupan [1 m]
manusia.

Isi Bahan 1 – Petikan


Fokus 1 (Kelebihan/ kebaikan/ faedah/ manfaat penggunaan robot dalam kehidupan
manusia)
1. Dalam pertanian, robot mampu menentukan keadaan cuaca. [2 m]
2. Berupaya memaklumkan jumlah air yang diperlukan oleh tanaman. [2 m]
3. Bidang perubatan pula, penggunaan robot berupaya untuk [2 m]
mempercepat proses rawatan.
4. Membantu manusia untuk menganalisis dan mendiagnosis pelbagai [2 m]
jenis penyakit seperti pertumbuhan kanser..
5. Membantu doktor menjalankan operasi pembedahan dalam tubuh [2 m]
manusia yang sensitif dan sukar dilakukan dengan tangan.
6. Penggunaan robot turut membawa kepentingan dalam ketenteraan [2 m]
dan menjaga keselamatan negara.
7. Mengambil alih tugas manusia sebagai pekerja kilang, pembantu [2 m]
rumah dan penghibur.

Isi Bahan 2 – Grafik


Fokus 2 (Keburukan penggunaan robot)
1. Kos penyelenggaraan sesebuah robot sangat tinggi. [2 m]
2. Manusia menjadi semakin malas untuk bergerak. [2 m]
3. Kadar pengangguran semakin tinggi kerana robot telah mengambil [2 m]
alih tugas manusia.
4. Manusia yang obesiti semakin ramai kerana kurang bergerak. [2 m]

Kesimpulan :
Kesimpulannya, para pengguna perlu bijak menggunakan kemudahan robot dalam [2 m]
aktiviti harian agar kehidupan menjadi lebih sejahtera.

87
SET 5

Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah, kemudian buat satu rumusan yang
panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda
sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan.

Bahan 1 – Petikan

Malaysia dianugerahi pelbagai musim buah dan bunga, keunikan ini perlu dimanfaatkan. Dekan
Fakulti Reka bentuk dan Seni bina Universiti Putra Malaysia Prof. Madya Dr. Osman Mohd Tahir berkata
banyak negara termasuk negara jiran, Thailand menggunakan pelancongan hijau sebagai promosi untuk
menarik lebih ramai pelancong ke negara mereka. Pelancongan hijau dikatakan meningkat kerana
menikmati keindahan alam membolehkan pelancong mengurangkan tekanan yang dihadapi.

Bagi mencapai matlamat meningkatkan pelancongan hijau negara, tindakan yang


perlu dilakukan ialah mewujudkan kalendar tahunan bagi musim buah dan bunga di negara ini bagi
memudahkan pelancong membuat perancangan untuk datang ke Malaysia. Hal ini bermaksud,
pelancong yang suka makan durian boleh datang semasa musim raja buah itu, manakala penggemar
mangga pula boleh merancang cuti mereka di Malaysia pada musim mangga. Pengusaha produk juga perlu
menyediakan laluan pejalan kaki, laluan basikal dan kemudahan pengangkutan awam bagi memudahkan
pergerakan pelancong hijau.

Tumbuhan tropika juga sebaiknya ditanam secara berkelompok bagi memberi impak yang lebih
menarik di sesuatu kawasan itu, sebagaimana pokok Cherry Blossoms atau Sakura yang ditanam di tepi
jalan serta taman di Jepun sehingga menjadikannya satu produk pelancongan yang terkenal. Tidak kurang
pentingnya, penginapan yang disediakan mestilah berkonsepkan hotel hijau yang diperakukan agar dapat
memenuhi kehendak pelancong dan pada masa yang sama dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Lebih banyak kawasan yang dibangunkan dengan landskap yang indah mampu menjadi aset
penting buat negara dalam menjadikan Malaysia sebuah negara taman yang terindah. Bagi pelancong pula,
pengalaman yang dilalui dapat menambah ilmu dan dijadikan pengalaman yang berharga.

https://k15.upm.edu.my/artikel/perhebat pelancongan hijau negara

88
Bahan 2 – Grafik

89
JAWAPAN SET 5

Pendahuluan
 Rumusan membincangkan langkah-langkah/ cara-cara/ usaha-usaha untuk [2 m]
meningkatkan pelancongan hijau dan kelebihan/ kebaikan/ faedah/ manfaat
aktiviti pelancongan.
 Rumusan membincangkan langkah-langkah/ cara-cara/ usaha-usaha untuk [1 m]
meningkatkan pelancongan hijau.
 Rumusan membincangkan kelebihan/ kebaikan/ faedah/ manfaat aktiviti [1 m]
pelancongan.

Isi Bahan 1 – Petikan


Fokus 1 (Langkah-langkah/ cara-cara/ usaha-usaha untuk meningkatkan pelancongan
hijau)
1. Mewujudkan kalendar tahunan bagi musim buah dan bunga di [2 m]
negara ini.
2. Menyediakan laluan pejalan kaki, laluan basikal dan kemudahan [2 m]
pengangkutan awam.
3. Tumbuhan tropika juga sebaiknya ditanam secara berkelompok bagi [2 m]
bagi memberi impak yang lebih menarik pada sesuatu kawasan itu.
4. Penginapan yang disediakan mestilah berkonsepkan hotel hijau yang [2 m]
diperakukan.
5. Pakej pelancongan yang menarik. [2 m]
6. Kempen percutian dalam negara. [2 m]
7. Meningkatkan aspek keselamatan. [2 m]

Isi Bahan 2 – Grafik


Fokus 2 (Kelebihan/ kebaikan/ faedah/ manfaat aktiviti pelancongan)
1. Mengurangkan tekanan yang dihadapi. [2 m]
2. Mengeratkan hubungan kekeluargaan . [2 m]
3. Menjadikan Malaysia sebuah negara taman yang terindah. [2 m]
4. Dapat menambah ilmu dan dijadikan pengalaman yang berharga. [2 m]

Kesimpulan :
Kesimpulannya, langkah-langkah meningkatkan sektor pelancongan hijau perlu [2 m]
diperkasakan agar ekonomi negara dapat ditingkatkan.

90
SET 6

Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah, kemudian buat satu rumusan yang
panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda
sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan.

Bahan 1 - Petikan

Ketua Pengarah Perhilitan berkata, masalah kepupusan pelbagai hidupan liar di negara ini sentiasa
menjadi fokus utama pihaknya yang dipertanggungjawab untuk memikirkan kaedah terbaik menangani
isu itu. Menurutnya, antara spesies haiwan yang didapati amat terancam adalah tenggiling, harimau
Malaya, badak Sumatera dan banteng. Ekoran itu , terdapat cadangan supaya usaha drastik dan pragmatik
diambil oleh pihak berkuasa dan kerajaan. Antaranya, kempen ‘Selamatkan Haiwan Liar’ di bawah Jabatan
Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (Perhilitan) perlu diperhebat.
Malah, lebih banyak pusat pemuliharaan perlu diwujudkan.
Pengerusi Yayasan Pemuliharaan Hidupan Liar Malaysia (MWCF) pula berpendapat, peruntukan
dana kepada agensi penguatkuasa seharusnya ditingkatkan bagi mengawal pemburuan haram terhadap
spesies terancam di negara ini. Menurutnya, pelan dan polisi pemuliharaan hidupan liar sukar untuk dicapai
jika dana tersebut tidak ditambah. Beliau yang juga merupakan bekas ketua pegawai eksekutif World Wide
Fund For Nature (WWF) berkata, pemburuan haram masih berleluasa di Malaysia. Selain meningkatkan
peruntukan dana kepada agensi penguatkuasaan yang berkaitan, penglibatan pasukan angkatan bersenjata
yang terlatih juga perlu, terutamanya Angkatan Tentera Malaysia, dengan tujuan menamatkan
pencerobohan dan pemburuan.

Dalam usaha menyelesaikan masalah ini, pihak berkuasa hidupan liar dan NGO alam sekitar
bersama agensi penguatkuasaan berkaitan telah bergabung untuk mematahkan usaha aktiviti haram ini,
tetapi berdepan pelbagai cabaran. Presiden Pencinta Alam Malaysia Prof. Dr. Ahmad Ismail berpendapat
meskipun hal tersebut sering diuar-uarkan di media namun masih belum berjaya diselesaikan. Sebab itu
kita masih lihat banyak konflik berlaku antara pemuliharaan dan pembangunan. Jelas di sini, perkara yang
kita perlu sekarang ialah kesedaran awam dalam menyokong hasrat kerajaan. Tidak kurang pentingnya,
dana yang besar diperlukan sama ada daripada kerajaan atau sumbangan awam untuk pemantauan pemburu
haram agar isu yang menjadi polemik ini tidak akan berterusan.

Dipetik dan diubah suai


https://www.malaysiakini.com/news/478244

91
Bahan 2 – Grafik

92
JAWAPAN

Pendahuluan
 Rumusan membincangkan langkah-langkah/ cara-cara/ usaha-usaha [2 m]
mengatasi masalah kepupusan hidupan liar dan faktor-faktor/ punca-punca/
sebab-sebab berlakunya kepupusan.
 Rumusan membincangkan langkah-langkah/ cara-cara/ usaha-usaha [1 m]
mengatasi masalah kepupusan hidupan liar.
 Rumusan membincangkan faktor-faktor/ punca-punca/ sebab-sebab [1 m]
berlakunya kepupusan.

Isi Bahan 1 – Petikan


Fokus 1 (Langkah-langkah/ cara-cara/ usaha-usaha mengatasi masalah kepupusan
hidupan liar)
1. Kempen Selamat Haiwan Liar di bawah Jabatan Perlindungan [2 m]
Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (Perhilihan)
perlu diperhebat.
2. Lebih banyak pusat pemuliharaan perlu diwujudkan. [2 m]
3. Peruntukan dana kepada agensi penguat kuasa seharusnya [2 m]
ditingkatkan bagi mengawal pemburuan haram terhadap spesies
terancam.
4. Penglibatan pasukan angkatan bersenjata yang terlatih juga perlu. [2 m]
5. Pihak berkuasa hidupan liar dan NGO alam sekitar bersama agensi [2 m]
penguatkuasaan berkaitan telah bergabung untuk mematahkan usaha
aktiviti haram ini.
6. Kesedaran awam dalam menyokong hasrat kerajaan. [2 m]

Isi Bahan 2 – Grafik


Fokus 2 (Faktor-faktor kepupusan hidupan liar)
1. Pemburuan haram masih berleluasa [2 m]
2. Pembakaran hutan tanpa dikawal [2 m]
3. Pencemaran alam sekitar [2 m]
4. Kehilangan habitat [2 m]
5. Kehilangan variasi genetik [2 m]

Kesimpulan :
Kesimpulannya, semua pihak perlu bekerjasama mengatasi kepupusan kehidupan [2 m]
liar agar ekosistem terpelihara.

93
SET 7

Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah, kemudian buat satu rumusan
yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya
menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan.

Bahan 1 - Petikan

Perasaan marah disebabkan oleh faktor luaran dan faktor dalaman. Faktor luaran
merangkumi faktor lingkungan sosial dan alam sekitar manakala faktor dalaman pula
berkaitan dengan sikap seseorang seperti sikap panas baran. Kita dianjurkan agar mengawal
atau mengurus perasaan marah. Perasaan ini perlu dikawal untuk mengelakkan kesan buruk
akibat kemarahan yang tidak dikawal. Terdapat beberapa langkah yang boleh digunakan
sebagai kawalan ketika marah.

Salah satu langkah untuk mengurus kemarahan adalah dengan cara bertenang.
Semasa marah, tarik nafas dalam-dalam dan kosongkan fikiran. Tindakan ini mungkin dapat
membantu anda menenangkan diri. Gunakan daya imaginasi anda untuk menggambarkan
suasana yang tenang sambil menutup mata. Kemudian, lepaskan nafas perlahan-lahan.
Dalam keadaan sedang marah, ambil masa untuk memberikan maklum balas. Gunakanlah
teknik kiraan satu hingga sepuluh sebelum memberikan sebarang respons. Dengan cara ini,
anda lebih berpeluang untuk berfikir dahulu sebelum menyatakan sesuatu yang mungkin
akan membuatkan anda menyesal kemudiannya. Bak kata pepatah, terlajak perahu boleh
diundur, terlajak kata badan binasa.

Anda juga digalakkan untuk membasuh muka atau mandi apabila berada dalam
keadaan marah. Apabila seseorang itu membasahkan tubuhnya, kedinginan air akan
menyejukkan sistem saraf yang dalam keadaan tegang disebabkan emosi marah. Setelah
membasuh muka atau mandi, seseorang yang marah akan berasa lebih segar dan tenang.
Ketika marah, anda cenderung untuk membuat kesimpulan dengan mudahnya. Oleh itu,
ambil masa yang secukupnya untuk menjawab sebarang respons. Jangan ucapkan perkara
pertama yang terlintas dalam fikiran anda,sebaliknya cuba lambatkannya. Berfikirlah dengan
sedalam-dalamnya sebelum berkata-kata. Di samping itu, dengar dengan teliti perkara yang
diperkatakan oleh orang lain.

Namun, jika seandainya anda masih juga tidak mampu untuk menguruskan perasaan
marah itu dengan baiknya, anda perlu berjumpa dengan kaunselor untuk mendapatkan
bantuan. Kaunselor akan membantu dan membimbing anda mengendalikan perasaan marah
itu. Bantuan daripada kaunselor tersebut dapat membantu anda bersikap positif u ntuk
menjalani kehidupan dengan lebih baik.

Dipetik dan diubah suai daripada


‘Mengurus Kemarahan Secara Bijaksana’
Buku teks Tingkatan 4 halaman 199

94
Bahan 2 – Grafik

95
JAWAPAN SET 7

Pendahuluan
 Rumusan membincangkan faktor-faktor/ punca-punca yang menyebabkan [2 m]
perasaan marah, langkah-langkah/ cara-cara/ usaha-usaha menguruskan
kemarahan secara bijak dan kesan perasaan marah terhadap seseorang individu.
 Rumusan membincangkan (mana-mana dua unsur) [1 m]
 Rumusan membincangkan (salah satu unsur) [0 m]

Isi Bahan 1 – Petikan


Fokus 1 (Faktor-faktor/ punca-punca yang menyebabkan perasaan marah)
1. Faktor luaran merangkumi lingkungan sosial dan alam sekitar. [2 m]
2. Faktor dalaman pula berkaitan dengan sikap panas baran dan tidak [2 m]
mampu mengawal diri untuk menghadapi tekanan.

Fokus 2 (Langkah-langkah/ cara-cara/ usaha-usaha mengurus kemarahan dengan


bijaksana)
1. Dengan cara bertenang. [2 m]
2. Ambil masa untuk memberikan maklum balas. [2 m]
3. Digalakkan membasuh muka atau mandi apabila berada dalam
keadaan marah.
4. Berfikirlah dengan sedalam-dalamnya sebelum berkata-kata.
5. Dengar dengan teliti perkara yang diperkatakan oleh orang lain.
6. Jika tidak mampu untuk menguruskan perasaan marah, anda perlu
berjumpa dengan kaunselor untuk mendapatkan bantuan.

Isi Bahan 2 – Grafik


Fokus 3 (Kesan perasaan marah terhadap seseorang individu)
1. Hormon Kortisol akan meningkat. [2 m]
2. Tekanan darah akan meningkat. [2 m]
3. Akan menyebabkan berlaku Arteriosclerosis. [2 m]
4. Risiko serangan jantung juga akan meningkat. [2 m]

Kesimpulan :
Kesimpulannya, kita perlu bijak mengawal perasaan marah agar dapat kekal sihat [2 m]
baik dari segi mental mahupun fizikal.

96

Anda mungkin juga menyukai