Anda di halaman 1dari 96

MODUL

GEMILANG 2.0
SPM
BUKU PANDUAN GURU
TERBITAN 2021

BAHASA MELAYU
KERTAS 1
(1103 / 1)
TINGKATAN 5 / 2021

USAHA
TANGGA
KEJAYAAN

PENDIDIKAN BERKUALITI, INSAN TERDIDIK, NEGARA SEJAHTERA 1


#jpnmelakajenamakerajaannombor1
Alhamdulillah, dengan rahmat dan keizinan-Nya jua Modul Gemilang 2.0
SPM bagi tahun 2021 berjaya dihasilkan melalui Projek Kemenjadian Murid Melaka
(KM2). Rakaman penghargaan yang tidak terhingga kepada Unit Bahasa, Sektor
Pembelajaran, pegawai SISC+ Bahasa dan barisan panel pakar yang sentiasa
menghulurkan sokongan dan bantuan kepada jabatan dalam mengimplementasikan
misi dan visi Jabatan Pendidikan Negeri Melaka ke landasan berfokus.

Bersama-samalah kita dengan prinsip membuka lembaran baharu (open the new
horizon) untuk menilai, menganalisis strategi dan taktikal agar dapat melakukan
penambahbaikan dalam pendidikan norma baharu lebih-lebih lagi dengan cabaran
pandemik covid-19. Prinsip ini menjadi batu loncatan dan motivasi untuk kita
melakukan inisiatif dan tindakan yang mencabar proses (challenge the process).
Guru mesti mempunyai hasrat yang tinggi dan penuh keterujaan untuk melihat prestasi
pelajar maju secara holistik. Oleh itu, penghasilan Modul Gemilang 2.0 SPM
merupakan salah satu strategi untuk membantu peningkatan pencapaian para pelajar
negeri Melaka yang berimpak tinggi dan selari dengan slogan kita “Pendidikan
Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera.” Dengan demikian, penerokaan ilmu dan
pengalaman serta sumber dihasilkan, dicipta dan digembleng bagi memastikan
aspirasi sistem bertambah maju dan menyumbang kepada pencapaian aspirasi
murid.

Pihak Jabatan Pendidikan Melaka dengan seikhlasnya merakamkan ucapan


penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada guru-guru pakar yang
telah berusaha dengan begitu gigih untuk menghasilkan modul ini khususnya untuk
dimanfaatkan oleh kelompok sasaran agar pelajar menguasai kemahiran dengan lebih
efektif. Usaha gigih dan komitmen daripada semua yang terlibat menggambarkan
kualiti pendidik di Melaka berada pada tahap yang sungguh cemerlang. Teruskanlah
usaha murni dengan menyediakan modul-modul yang berinovasi serta kompetitif yang
memberi impak tinggi kepada kecemerlangan pelajar di negeri Melaka.

Semoga matlamat dan hasrat murni ini dapat membantu para pelajar menggapai cita-
cita mereka untuk cemerlang dalam peperiksaan SPM nanti walaupun mengharungi
kekangan dalam pendidikan norma baharu. Insya-Allah, semoga Tuhan
mengkabulkan permintaan ke atas hambanya yang telah berusaha.

Sekian, wassalam.

___________________________________________________________________________________________
“Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera”
#jpnmelakajenamakerajaannombor1
i
Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan kurnia-Nya, penghasilan
Modul Gemilang 2.0 SPM bagi tahun 2021 dapat direalisasikan. Ini merupakan usaha
murni hasil kejayaan kolaboratif akrab antara Jabatan Pendidikan Negeri Melaka
khasnya Sektor Pembelajaran dengan SISC+ Pejabat Pendidikan Daerah Melaka
Tengah, Jasin dan Alor Gajah serta guru-guru pakar negeri Melaka dalam
menterjemahkan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menyediakan dan
melahirkan para pelajar yang menguasai kemahiran serta kelayakan dalam
persaingan dunia realiti.

Pandemik covid-19 pada bulan Mac 2020 hingga kini telah merubah dunia pendidikan
kepada norma baharu iaitu para pelajar melaksanakan pembelajaran sama ada secara
dalam talian, luar talian atau off-side dan lebih dikenali Pengajaran dan Pembelajaran
di Rumah (PdPR). Namun. bagi mengangkat martabat pendidikan negeri Melaka lebih
cemerlang, Projek Kemenjadian Murid Melaka @KM² menyasar matlamat berfokus
bagi mencapai misi dan visi JPN Melaka yang lebih strategik. Para pegawai di JPN,
PPD dan pentadbir sekolah serta warga pendidik akan sentiasa memastikan
pelaksanaan pada peringkat sekolah selari dengan matlamat Kementerian Pendidikan
Malaysia dan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Melaka iaitu “Pendidikan
Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera” dengan memberi peluang dan ruang
mempelajari ilmu melalui pelbagai kaedah dan medium.

Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada para pegawai Sektor
Pembelajaran di JPN dan PPD serta barisan panel pakar yang bergabung tenaga juga
idea dalam penghasilan modul ini. Sesungguhnya besar harapan kita agar Modul
Gemilang 2.0 SPM ini dapat dimanfaatkan oleh para guru dengan sebaik-baik yang
mungkin dan dapat mencipta kejayaan berimpak tinggi kepada kemenjadian murid
Melaka, khususnya dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Sekian, terima kasih.

Haji Ismail bin Haji Alias


Timbalan Pengarah Pendidikan
Sektor Pembelajaran
Jabatan Pendidikan Melaka

___________________________________________________________________________________________
“Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera”
#jpnmelakajenamakerajaannombor1
ii
JAWATANKUASA PANEL MODUL BAHASA MELAYU KSSM SPM 2021
Penaung

YBhg. Dr. Mohd Azam bin Ahmad


Pengarah Pendidikan Negeri Melaka

Penasihat

YBrs. Tuan Haji Ismail bin Haji Alias


Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Pembelajaran

Pengarah Projek

Hajah Rubaiya binti Abu Nawas


KPPK Unit Bahasa, Sektor Pembelajaran
Penyelaras Projek

Pembantu Tadbir

Helmi bin Murid


PP Bahasa Melayu
Hajariah binti Ghazali
PT Unit Bahasa
Panel Pakar Kawalan Mutu

Hajah Reny Azreena bt Abd Rahman Norasiah binti Ahmad


Hajah Fadhilah binti Embi Razman bin Mohammad
SISC+ PPD Melaka Tengah SISC+ PPD Alor Gajah
SISC+ PPD Melaka Tengah SISC+ PPD Alor Gajah
___________________________________________________________________________________________
“Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera”
#jpnmelakajenamakerajaannombor1
iii
Panel Pakar Bahasa Melayu KSSM SPM 2021
Kertas 1 (1103/1)

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera dari Universiti Malaya tahun


1989 dan Diploma Pendidikan Universiti Malaya. Mula berkhidmat di SMK
Raja Puan Muda Tengku Fauziah, Perlis pada Jun 1990. Kini berkhidmat
di SMK Datuk Bendahara, Jasin, Melaka sebagai guru Bahasa Melayu.

Noraini binti Mohd Yusof


Ketua Panel Modul Kertas 1

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial dalam Bidang Ekonomi dan
Antropogi dari Universiti Sains Malaysia dan Sijil Perguruan dalam Pengajian
Melayu dari Institut Bahasa. Bertugas sebagai GPK KOKU. Mantan Guru
Cemerlang Bahasa Melayu. Pengalaman sebagai JUK/JU MBMMBI, JUK/JU
Literasi Bacaan, Pembina Item Bahasa Melayu peringkat negeri dan daerah,
hakim Bahas Ala Parlimen peringkat negeri / kebangsaan, Ketua Pentaksir
Kawasan PT3 Bahasa Melayu. Pengalaman mengajar BM lebih 30 tahun.
Berkhidmat di SMK Sultan Mansor Shah, Pulau Sebang, Melaka. Ismail bin Md Nor

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Bahasa Melayu dari


Universiti Putra Malaysia. Mula berkhidmat di SMK Tinggi
Melaka pada Disember 1993. Kini berkhidmat di SMK Sultan
Mansor Shah, Pulau Sebang, Melaka sebagai guru Bahasa
Melayu.
Berkelulusan IJAZAH Sarjana Muda Sastera (BM) USM
2002, Diploma Pendidikan (PM)IMPPPKT. Pengalaman
mengajar subjek BM selama 32 tahun,SK Air jenih, di SMK
Lubok China, dan kini SMK Ade Putra. Panel penggubal Zamri bin Ismail
modul BM SPM , 2019 dan 2020, penceramah BM SPM
Kertas 1 selama 10 tahun.

Md Isa bin Othman Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera dengan


Pendidikan dalam bidang Pengajian Kesusasteraan di
Universiti Sains Malaysia tahun 2007. Mula berkhidmat
di SMK Seri Kampar Perak pada 1 November 2007.
Seterusnya berpindah ke SMJK Notre Dame Convent
Melaka pada tahun 2010 sehingga kini.

Muhammad Redzwan bin Abbas

Berkelulusan Sijil Perguruan


Nur Daliza binti Che Daud tahun 1989 di Maktab Perguruan
Perempuan Melayu Melaka
Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (MPPM) dan Ijazah Pendidikan
Sastera dengan Pendidikan USM pada (PBMP) dari Universiti Putra
tahun 1996 hingga 1999. Memulakan Malaysia tahun 2000. Mula
perkhidmatan di Sekolah Tun Fatimah, berkhidmat di SMK Gombak Setia
Johor Bahru. Mendapat gelaran Guru pada 1 Disember 1989. Berpindah
Cemerlang bermula tahun 2009 hingga ke SMK Ghafar Baba tahun pada
kini. Kini berkhidmat sebagai Guru Rugayah bte Yahya
Disember 1990 hingga Februari
Cemerlang Bahasa Melayu di Sekolah 2017 seterusnya di SMK Hang
Menengah Sains Muzaffar Syah , Melaka. Kasturi hingga kini.
___________________________________________________________________________________________
“Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera”
#jpnmelakajenamakerajaannombor1
iv
Berkelulusan Master (Sarjana) Pendidikan Bahasa Melayu Universiti Putra Malaysia
2015 dan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Melayu Universiti Pendidikan Sultan
Idris 2010. Sering terlibat dengan memberi ceramah Teknik Menjawab Kertas 1 di
sekolah-sekolah menengah kerajaan dan swasta sekitar Negeri Melaka, Negeri Sembilan,
Johor dan Kedah serta penceramah Bahasa Melayu Kertas 1 di bawah kelolaan IPTA dan
IPTS seperti Pusat Edu-Pelancongan UTeM dan Taj Internasional Collage. Pengalaman
mengajar subjek Bahasa Melayu selama 11 tahun di SMK Air Molek, Melaka.

Mohd Hairie bin Abdullah


Berkelulusan B.A(Hons) Psikologi, UKM. KPLI
Diploma Pendidikan Bahasa Melayu dan Sejarah,
MPKB. Berpengalaman mengajar Bahasa Melayu SPM
selama 27 Tahun.Kini mengajar di SKK SMK Ghafar
Baba, Masjid Tanah.

Berkelulusan Master Sastera (BM) UPM 2002, Bacelor Sastera


(Bahasa & Linguistik Melayu) UPM 1999, Diploma
Pendidikan (BM) IBBM KL 2005. Pengalaman mengajar Md Isa bin Othman
subjek BM selama 19 tahun di MRSM Batu Pahat, MRSM
Terendak dan kini MRSM Tun Ghafar Baba. Panel penggubal
soalan percubaan SPM MARA 2017, 2018 dan 2020.

Noor Hafizah binti Jauhari Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan


Kesusasteraan Melayu, Universiti Pendidikan
Sultan Idris (UPSI). Mula berkhidmat secara rasmi
sebagai guru pada tahun 2016 di SMK Durian
Tunggal sebagai guru subjek Bahasa Melayu.

Muhamad Muslim bin Kamaruddin

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan dari Universiti Sains


Malaysia, Pulau Pinang dan Diploma Pendidikan, Universiti Islam Antarabangsa
Malaysia, pengkhususan dalam subjek Bahasa Melayu dan Sejarah. Telah menjadi
tenaga pengajar subjek Bahasa Melayu selama 23 tahun juga berpengalaman menjadi
pembina item Bahasa Melayu serta hakim Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen
peringkat daerah dan negeri. Kini berkhidmat di SMK Infant Jesus Convent, Melaka
dan menjawat jawatan Guru Kanan Mata Pelajaran (GKMP) bidang Kemanusiaan.

Sanisah binti Ahmad


Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera dari Universiti
Sains Malaysia pada tahun 1996 dan Diploma Pendididkan
(KPLI) MPPM pada tahun 1997. Mula berkhidmat di SMK
Raja Zarina,P.Klang dari tahun 1998 sehingga 2003.Kini di
SMK Padang Temu Melaka sebagai guru subjek Bahasa
Melayu.

Hafni binti Othman

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera dari Universiti Malaya pada tahun
1991 dan Diploma Pendididkan (KPLI) MPPM pada tahun 1994. Mula
berkhidmat di SMK Tun Mutahir Batu Berendam Melaka dari tahun 1994
sehingga Oktober 2019. Bermula November 2019, mula berkhidmat di SMK
Tinggi St. David Melaka sehingga kini sebagai guru subjek Bahasa Melayu. Zawiyah binti Mohd
___________________________________________________________________________________________
“Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera”
#jpnmelakajenamakerajaannombor1
v
Berkelulusan Bacelor Pendididkan (Bimbingan dan Kaunseling) dari Universiti
Pertanian Malaysia pada tahun. 1994. Mula berkhidmat di Sek Men Sains
Selangor, Kuala Lumpur dari tahun 1994 sehingga Disember 1995. Mantan guru
cemerlang Bahasa Melayu. Bermula Disember 1995, mula berkhidmat di Sekolah
Menengah Sains Muzaffar Syah sehingga kini sebagai guru subjek Bahasa Melayu.

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Kepujian) dari


Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada tahun 2002 dan
Azniza binti Azmi Sijil Program Tambah Opsyen (PITO) Bahasa Melayu,
Azmi Kementerian Pendidikan Malaysia di Universiti Kebangsaan
Malaysia. Mula berkhidmat sebagai guru mata pelajaran
Bahasa Melayu di SMK Convent Bukit Nanas, Kuala Lumpur
(2002 -2007) dan berpengalaman selama 18 tahun. Kini
berkhidmat SMK Seri Pengkalan, Alor Gajah, Melaka.

Wan Suzaiwati binti Md Soib

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains Politik dari Universiti


Malaya pada tahun 1992. Mula berkhidmat di SMK Sultan Abdul Jalil,
Kluang, Johor dan berpengalaman mengajar Bahasa Melayu selama 26
tahun. Kini berkhidmat SMK Bukit Katil, Melaka.

Hayati binti Hassan

Panel Pakar Bahasa Melayu KSSM SPM 2021


Kertas 2 (1103/2)

Berkelulusan Ijazah Sarjana Pendidikan dalam bidang Kurikulum dan


Pedagogi,UKM dan Ijazah Sarjana Muda Sains Pembangunan UKM. Mengambil
Kursus Perguruan Lepasan Ijazah di Maktab Perguruan Kota Bharu dalam bidang
Pengajian Melayu dan Sejarah. Beliau memulakan perkhidmatan di SMK (P)
Puterijaya, KL dan berpindah ke SMK Datuk Bendahara, Jasin, Melaka pada tahun
2003. Berpengalaman 24 tahun mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu dan
Sejarah, Beliau merupakan Munsyi Dewan Bahasa dan kini memegang jawatan
GKMP Kemanusiaan di SM Tahfiz Al Quran Chenderah Jasin, Melaka sejak 2018.

Khadijah binti Ahmad


Ketua Panel Modul Kertas 2

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Bahasa Melayu Kelas Pertama Universiti Malaya
dan mendapat Sijil Perguruan Asas di Maktab Perguruan Perempuan Melayu
Melaka pada 1988. Sekarang bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan
Mansor Shah. Merupakan antara Guru Cemerlang Bahasa Melayu di Melaka.

Khamisah binti Baba

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera, UKM (1992) dan Diploma Pendidikan,
UKM (1993). Mula berkhidmat sebagai pendidik di SMKA Segamat, Segamat
Baru, Johor pada tahun 1993. Kini, berkhidmat di SMK Dato’ Abdul Rahman
Ya’kub, Merlimau Melaka sebagai Guru Kanan Mata Pelajaran Bahasa.

Habibah binti Akob


___________________________________________________________________________________________
“Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera”
#jpnmelakajenamakerajaannombor1
vi
Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dengan Kepujian, UPM
dalam bidang Pengajian Melayu. Memperoleh Sijil Perguruan Asas
daripada Maktab Perguruan Batu Pahat, Johor. Berpengalaman mengajar
selama 26 tahun dan pernah menjadi Guru Cemerlang BM 2014 - 2016
Kini beliau bertugas sebagai GKMP Bahasa di SMK Seri Tanjong, Melaka.

Lis Quraisin binti Dolhalit

Berkelulusan Ijazah Pertama Pendidikan (Pengajaran Bahasa Melayu Pertama) dan


Sijil Perguruan Malaysia di Maktab Perguruan Sri Pinang, Pulau Pinang.
Berpengalaman mengajar mulai 1990 hingga sekarang. Bergerak aktif sebagai hakim
pertandingan koakademik Peringkat Daerah Alor Gajah dan Negeri Melaka dan
Penceramah Teknik Menjawab Soalan Bahasa Melayu Kertas 2 dan Kesusasteraan
Melayu SPM serta Pembina Item Bahasa Melayu SPM peringkat Daerah Alor Gajah.

Ariffin bin Mokhtar

Mendapat pendidikan awal di Ipoh dan di Kuala Lumpur. Memiliki Ijazah


Sarjana Muda Rancangan Bahasa Melayu Universiti Malaya 1999, Beliau
memperoleh Diploma Pendidikan melalui pengajian KPLI di Institut Bahasa
Melayu Malaysia 2000. Mula berkhidmat sebagai guru pada tahun 2001.
Bertugas di SM Tahfiz Al-Qur'an Chenderah sejak 2014 hingga sekarang.

Syahiful Kamariah binti Mohamad

Berkelulusan Ijazah Pertama dari Universiti Malaya dalam bidang Pengajian


Melayu dan Diploma Pendidikan di Institut Bahasa Melayu Malaysia (Bahasa
Melayu/ Sejarah). Bergerak aktif sebagai hakim dalam pertandingan koakademik
Bahasa Melayu peringkat daerah dan negeri. Beliau juga merupakan Pengerusi
Teknik Pertandingan Forum Remaja Daerah Jasin.Kini,bertugas sebagai GKMP
Bahasa SMK Tinggi Perempuan Melaka.

Roslan bin Kasim

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan


Kesusasteraan Melayu (Major)/ Bahasa Melayu (Minor)
daripada UPSI. Mula berkhidmat sebagai pendidik di SMK
Dato Abdul Rahman Yassin (SDARY) Johor Bahru pada
tahun 2010 dan sekarang berkhidmat di SMK Nyalas,
Asahan Melaka sebagai guru Bahasa Melayu.

Zamzarina binti Misnan

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kesusasteraan Melayu dari Universiti


Sains Malaysia tahun 1999. Mula berkhidmat di SK Tanjung Puteri, Johor
pada Januari 1988. Kini berkhidmat di SMK Ayer Molek, Melaka sebagai
GPK Kokurikulum dan merupakan Guru Cemerlang Bahasa Melayu.

Hajah Samiah binti Samari

___________________________________________________________________________________________
“Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera”
#jpnmelakajenamakerajaannombor1
vii
Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera dengan
Pendidikan, USM pada tahun 1990 dalam bidang Geografi
dan Kesusasteraan Melayu). Mula berkhidmat pada tahun
1990 dan kini berkhidmat di SMK Seri Pengkalan Alor Gajah.

Hajah Nor Azlina binti Mat Said

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda, Universiti Teknologi Malaysia pada tahun


1995 dan Diploma Pendidikan pada tahun 1996. Mula berkhidmat di SMK
Taman Tun Aminah pada Ogos 1996 dan kini berkhidmat di SMK Gajah Berang
sebagai GKMP Kemanusiaan serta berpengalaman mengajar Bahasa Melayu
selama 18 tahun.

Norhayati binti Parlan

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Bahasa Melayu & Kesusasteraan


Melayu, Universiti Putra Malaysia pada tahun 2002. Mula
berkhidmat di Sek. Men. Kerajaan Kabong Sarawak pada September
2002 dan kini berkhidmat di Sekolah Menengah Sains Muzaffar Shah
serta berpengalaman mengajar Bahasa Melayu selama 18 tahun.

Hanita binti Rahim


Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pengajian
Kesusasteraan Melayu, Universiti Pendidikan
Sultan Idris pada tahun 2007. Mula berkhidmat di
SMK Subang Jaya pada November 2007 dan kini
berkhidmat SMK Seri Bemban serta berpengalaman
mengajar Bahasa Melayu selama 13 tahun.

Rafidah binti Hashim


Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Melayu
Linguistik, Universiti Putra Malaysia pada tahun 1998.
Mula berkhidmat di SMK Tenom, Sabah pada November
Julai 1999 dan kini berkhidmat SMK Ghafar Baba sebagai
GKMP Bahasa serta berpengalaman mengajar Bahasa
Melayu selama 20 tahun.

Nasruddin bin Abdullah

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Bahasa Melayu, Universiti


Sains Malaysia pada tahun 2017. Mula berkhidmat di SMK
Seri Pengkalan pada Oktober 2018 hingga kini.

Shaidatul Amirah binti Salim

___________________________________________________________________________________________
“Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera”
#jpnmelakajenamakerajaannombor1
viii
Panel Pakar Bahasa Melayu KSSM SPM 2021
Kertas 3 & 4 (1103/3 dan 1103/4)

Mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda Bahasa Melayu Bahasa


Pertama dari Universiti Putra Malaysia tahun 2001. Mula berkhidmat
di SMK Pulau Ketam, Selangor DE pada 1/12/1989 dan telah
berpindah ke Melaka setelah 4 tahun berkhidmat di sana. Mula
menanda kertas BM kertas 1 sejak tahun 1992 dan telah dilantik
sebagai Ketua Pasukan pada tahun 2013 dan pengalaman menanda
selama 28 tahun dan Ketua Pasukan selama 7 tahun. Sekarang bertuga
ssebagai GKMP Bahasa di SMK Tun Syed Zahiruddin selama 6 tahun
Abd Samad Bin Aziz dan telah mengajar di sana selama 9 tahun. Mendapat perkhidmatan
cemerlang sebanyak 2 kali iaitu tahun 2002 dan tahun 2015 dan juga
Ketua Panel Modul menjadi penceramah BM 1 SPM dan juga menjawat jawatan jawatan
Kertas 3 & 4 sebagai Ketua Pentaksir Lisan Negeri Melaka tahun 2020.

Mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian dari


Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 2007 dalam bidang
Komunikasi Media. Melanjutkan pengajian dalam Diploma Perguruan
Lepasan Ijazah di Universiti Pendidikan Sultan Idris dalam bidang
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Mula berkhidmat di SMK Dato
Haji Talib Karim sebagai Guru Akademik Biasa pada tahun 2010 dan
mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu dan Pendidikan Moral.

Noorzazaliza bte Ismail

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera dengan kepujian, UKM


pada tahun 2008 dalam bidang Pengajian Bahasa Melayu. Mengambil
Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KDC) di Institut Pendidikan Guru,
Kampus Perempuan Melayu dalam bidang Pengajian Melayu .Mula
berkhidmat sebagai pendidik pada tahun 2010 dan kini bertugas di
Sek Men Arab, Assaiyidah Khadijah, Merlimau, Melaka.

Norfadilla binti Yaafar

Mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda dengan


kepujian dari Universiti Pendidikan Sultan Idris pada
tahun 2010 dalam bidang bahasa Melayu. Mula
berkhidmat di SMK Bukit Rambai sebagai Guru
Akademik Biasa pada tahun 2010 dan mengajar mata
pelajaran bahasa Melayu dan Sejarah. Mendapat Anugerah
Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 2015.

Haryati binti Anua

___________________________________________________________________________________________
“Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera”
#jpnmelakajenamakerajaannombor1
ix
Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Pendidikan, UM pada tahun 2008
dalam bidang Kimia dan Matematik .Mula berkhidmat sebagai pendidik pada tahun
2008 di SMK Taman Tun Aminah Johor Bahru selama 10 tahun. Berkhidmat di sekolah
kedua iaitu di SMK Paya Rumput pada tahun 2019. Melibatkan diri dalam penandaan
kertas SPM Kertas 1 pada tahun 2012 sehingga kini. Mendapat anugerah perkhidmatan
cemerlang pada tahun 2016. Kini bertugas sebagai ketua panitia di SMK Paya Rumput.

Nurwardah Nadrah binti Ma’min

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian dari Universiti Putra


Malaysia pada tahun 1998 dalam bidang Pendidikan Bahasa Melayu sebagai
Bahasa Pertama. Telah berkhidmat di SMK Sungai Udang, Melaka sejak tahun
2002 sehingga kini. Melibatkan diri dalam tugasan penandaan Bahasa Melayu
Kertas 2 (SPM) selama 15 tahun. Telah mendapat Anugerah Perkhidmatan
Cemerlang pada tahun 2005 dan 2017. Diamanahkan menjalankan
tanggungjawab sebagai Ketua Panitia Bahasa Melayu sejak 2016 sehingga kini.

Salmah binti Husin

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kesusasteraan


Melayu, Universiti Perguruan Sultan Idris pada tahun
2003. Mula berkhidmat di SMK Selirit, Kapit pada
September 2003 dan kini berkhidmat di SMK Tinggi St
David serta berpengalaman mengajar Bahasa Melayu
selama 17 tahun.

Azlina binti Yahaya

*************************************************************************************************
***Sebarang pertanyaan atau penerangan lanjut berkaitan modul boleh hubungi
Ketua Panel Pakar Bahasa Melayu KSSM SPM iaitu Pn. Noraini (019-6629136),
Pn. Khadijah (019-2248079 atau En. Abd. Samad (012-6904711).***
*************************************************************************************************

***Hak cipta Jabatan Pendidikan Negeri Melaka.***


***Modul digunakan oleh sekolah-sekolah di negeri Melaka
di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.***
***Dilarang digunakan untuk kepentingan peribadi.***
___________________________________________________________________________________________
“Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera”
#jpnmelakajenamakerajaannombor1
x
PANDUAN
MENGGUNAKAN SKEMA
BAHASA MELAYU KERTAS 1
(1103/1)

1. Semua skema Bahasa Melayu Kertas 1 (1103/1) ini berdasarkan soalan-solan yang
terkandung dalam Modul Gemilang 2.0, Bahasa Melayu 1 (1103/1), Tingkatan 5 /2021.
2. Skema yang disediakan ini khas untuk kegunaan guru-guru mata pelajaran Bahasa
Melayu negeri Melaka sahaja.
3. Skema ini hanyalah sebagai panduan untuk memudahkan guru-guru mata pelajaran
Bahasa Melayu membincangkan soalan latihan yang diberikan dalam Modul Gemilang
2.0, Bahasa Melayu 1 (1103/1), Tingkatan 5/2021.
4. Guru-guru mata pelajaran Bahasa Melayu boleh menggunakan kreativiti dan
kepakaran masing-masing untuk mengolah jawaban; khususnya dalam perenggan
pendahuluan, isi dan penutup sesuatu soalan. Namun, guru-guru terikat dengan
tugasan soalan.
5. Sekiranya, sesuatu soalan berkaitan dengan penulisan berformat, guru-guru mata
pelajaran boleh merujuk contoh format penulisan tersebut dalam Modul Gemilang 2.0,
Bahasa Melayu 1 (1103/1), Tingkatan 5/2021.
6. Contoh format yang terdapat dalam Modul Gemilang 2.0, Bahasa Melayu 1 (1103/1),
Tingkatan 5/2021 juga hanyalah sebagai panduan dari aspek format sahaja. Oleh itu,
guru-guru mata pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan 5 haruslah akur dengan jumlah
perkataan yang telah ditetapkan.
7. Untuk ingatan guru-guru mata pelajaran Bahasa Melayu, jumlah perkataan dalam
bahagian A adalah antara 150 hingga 200 patah perkataan dan bahagian B antara
350 hingga 500 patah perkataan.
8. Sekiranya wujud kemusykilan atau keraguan dalam skema jawaban, sebaik-baiknya
berbincanglah dengan rakan-rakan panitia di sekolah masing-masing.
9. GUNAKANLAH SKEMA INI SECARA BERHEMAH.

2
LATIHAN
KARANGAN
[BAHAGIAN A]
(30 markah)

3
LATIHAN 1
TEMA 1 – ANDA BERSIH ANDA SIHAT

Gambar dan maklumat di bawah menunjukkan penyakit berjangkit yang menular di


Malaysia.

Sebagai seorang sidang redaksi majalah sekolah, anda ditugaskan untuk


mewawancara seorang pegawai kesihatan berkaitan dengan penyakit berjangkit di
Malaysia.
Panjang wawancara anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.

4
LATIHAN 1
TEMA 1 – ANDA BERSIH ANDA SIHAT

CADANGAN JAWAPAN
Format wawancara (dialog)

Pendahuluan:

- memperkenalkan diri dan tetamu undangan iaitu seorang pegawai kesihatan

Isi-isi:

- jenis-jenis penyakit berjangkit

- penyakit berjangkit yang tular tahun 2020 dan sekarang berdasarkan analisis kes
graf yang diberi

- panduan menghadapi wabak penyakit berjangkit

Penutup:

- cadangan dan harapan

- ucapan terima kasih

Ungkapan Menarik

Kita jaga kita

Kawal sebebelum tular

Mencegah lebih baik daripada merawat

Utamakan kesihatan anda

5
LATIHAN 2
TEMA 2 – SUKAN DAN REKREASI

Maklumat di bawah berkaitan dengan permainan tradisional.

Huraikan pendapat anda tentang permainan tradisional.

Panjangnya huraian hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan

6
LATIHAN 2
TEMA 2 – SUKAN DAN REKREASI

CADANGAN JAWAPAN

Pendahuluan:

- Definisi permainan tradisional atau sejarah ringkas permainan tradisional

Isi-isi:

- Jenis-jenis dan ciri-ciri permainan tradisional

- Usaha-usaha atau langkah-langkah mengekalkan permainan tradisional

• Menganjurkan pertandingan permainan tradisional di peringkat sekolah


• Mengadakan pameran permainan tradisional di pusat beli - belah di
seluruh negara
• Mempromosi permainan tradisional di media massa, media elektronik, dan
media sosial

Kesimpulan/Penutup:

- Cadangan dan harapan

Ungkapan Menarik

Melentur buluh biarlah dari rebungnya

Berganding bahu

Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas

Di mana ada kemahuan di situ ada jalan

7
LATIHAN 3
TEMA 3 – KERJAYA MENITI JAYA

Iklan-iklan di bawah menunjukkan sebahagian daripada iklan kerja kosong


Berdasarkan iklan-iklan yang diberikan, sediakan resume diri anda yang lengkap bagi
permohonan satu pekerjaan yang anda minati.
Panjangnya resume hendaklah antara 150 hingga 200 patah

8
LATIHAN 3
TEMA 3 – KERJAYA MENITI JAYA

CADANGAN JAWAPAN
Isi-isi:
Biodata diri:
- nama/ umur/ tarikh lahir/ tempat kelahiran/ warganegara/ bangsa/ jantina/
status/ alamat tetap.

A. Maklumat pendidikan;
- Siji/Diploma

B. Kemahiran diri;
- Senaraikan kemahiran berbahasa dan kemahiran lain yang berkaitan dengan
diri

C. Keperibadian pemohon;
- Perwatakan pemohon

D. Sebab minat jawatan yang dipohon;

E. Sumber/Orang rujukan

9
LATIHAN 4
TEMA 4 – BERSATU KITA TEGUH

Maklumat di bawah berkaitan dengan rumah terbuka dalam kalangan masyarakat.


Huraikan pendapat anda tentang amalan rumah terbuka. Panjangnya huraian anda
hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.

10
LATIHAN 4
TEMA 4 – BERSATU KITA TEGUH

CADANGAN JAWAPAN
Pendahuluan:
Semua kaum mempunyai perayaan masing-masing; contoh-contoh perayaan
yang disambut oleh rakyat Malaysia; diadakan rumah terbuka semasa perayaan
utama diraikan
Isi-isi:
1. Dapat mengeratkan ataupun merapatkan hubungan antara adik-beradik dan
sanak-saudara
- Ahli keluarga dengan urusan seharian-tidak mempunyai masa untuk bertanya
khabar pada hari-hari biasa; amalan rumah terbuka dijadikan medan atau
ruang bertemu dalam mengeratkan hubungan
- Sifat saling menghormati dan dan kemesraan disuburkan, hubungan yang
longgar dapat dieratkan semula

2. Dapat mengenali budaya sesuatu kaum yang terdapat di negara ini


- Memberi ruang lebih memahami adat resam dan budaya setiap kaum utama
Tak kenal maka tak cinta; jemputan rumah terbuka oleh tuan rumah; jiran yang
berlainan kaum dan agama
- Menjamu dengan makanan tradisi dan berpakaian tradisional mengikut budaya
masing
- Menimbulkan rasa hormat- menghormati serta sifat tolenrasi;

3. Penganjuran rumah terbuka memupuk dan menyuburkan perpaduan kaum


- Syarikat korporat dan wakil2 rakyat menganjurkan rumah terbuka menjemput
penduduk sekitar yang berbilang kaum untuk hadir
- melahirkan hubungan yang mesra walaupun berbeza agama dan budaya

Penutup:
Masyarakat atau orang ramai boleh mendapat pelbagai kemaslahatan
daripada amalan rumah terbuka di Malaysia ini. Semua pihak perlulah berganding
bahu bagai aur dengan tebing dalam melahirkan keharmonian dan kestabilan dalam
masyarakat; negara akan terus harmoni dan maju.

11
LATIHAN 5
TEMA 5 – PENDIDIKAN UNTUK SEMUA

Gambar dan maklumat di bawah berkaitan Orang Kelainan Upaya (OKU) di


negara kita.
Tuliskan e-mel anda kepada sahabat anda untuk menjelaskan tentang perkara yang
dinyatakan dalam gambar dan maklumat tersebut. Panjangnya e-mel anda
hendaklah antara150 hingga 200 patah perkataan.

12
LATIHAN 5
TEMA 5 – PENDIDIKAN UNTUK SEMUA

CADANGAN JAWAPAN

Format: E –mel tidak rasmi – (Rujuk Muka Surat 46, Modul Gemilang 2.0)
a) Alamat e-mel pengirim
b) Alamat e-mel penerima
c) Subjek
d) Pengakuan
e) Nama pengirim

Pendahuluan:- Bertanya khabar


- Menyatakan tujuan menghantar e-mel

Isi – isi: - Kempen Kesedaran OKU


- Latihan/kemahiran/peluang pendidikan
- Menyediakan peluang pekerjaan
- Peruntukan khas untuk golongan OKU
- Kemudahan infrastruktur mesra OKU
- Peluang pendidikan kepada OKU

Penutup - Harapan agar setiap individu mempunyai hak/peluang sama rata


untuk menikmati kehidupan yang sejahtera.

13
LATIHAN 6
TEMA 6 – SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI

Gambar rajah dan maklumat di bawah berkaitan dengan sains, teknologi dan
inovasi. Huraikan pendapat anda tentang sains dan teknologi dalam kehidupan.

Panjangnya huraian hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.

14
LATIHAN 6
TEMA 6 – SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI

CADANGAN JAWAPAN
Pendahuluan:
Sains, teknologi dan inovasi telah meningkatkan kualiti kehidupan manusia dalam
pelbagai bidang. Setiap individu perlu bijak memanfaatkan bidang sains dan
teknologi untuk mengecapi kemajuan dalam alaf yang baharu.
Isi-isi:
-Memudahkan komunikasi antara manusia tanpa mengira jarak dan masa.
-Menyumbang kepada kemajuan industri kesihatan secara global.Pelbagai ubat dan
rawatan baharu dapat dihasilkan bagi merawat pesakit.
-Meningkatkan kemajuan sektor pendidikan – contohnya, pendidikan yang interaktif
-Memelihara dan memulihara alam sekitar
-Memudahkan pergerakan manusia
-Meningkatkan hasil pertanian dan agrikultur

Penutup:
Sains dan teknologi merupakan komponen yang penting dalam kelangsungan
kehidupan manusia.

15
LATIHAN 7
TEMA 7 – PERTANIAN, PENTERNAKAN DAN PERIKANAN

Poster dan maklumat di bawah menunjukkan pembiayaan yang disediakan


kepada usahawan tani.

Sebagai seorang usahawan tani muda yang yang memerlukan bantuan


kewangan, tulis surat permohonan anda kepada institusi kewangan yang
menawarkan pembiayaan tersebut. Tulis surat anda itu selengkapnya.

Panjangnya surat anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.

16
LATIHAN 7
TEMA 7 – PERTANIAN, PENTERNAKAN DAN PERIKANAN

CADANGAN JAWAPAN
Format : Surat Kiriman Rasmi membuat permohonan bagi mendapat pembiayaan
kewangan.

(a) Nama dan alamat pengirim


(b) Garis panjang
(c) Nama dan alamat penerima
(d) Untuk perhatian (opsyenal)
(e) Tarikh
(f) Rujukan kehormat
(g) Tajuk surat (bergaris)/huruf besar tanpa garis
(h) Pendahuluan surat: perenggan ini tidak diberikan apa-apa nombor
(i) Isi surat: perlu diberikan nombor, bermula dengan nombor 2. Pemberian
nombor kepada perenggan itu hendaklah berdasarkan pembahagian butir
kandungannya.
(j) Penutup surat
(k) Penamat surat
(l) Pengakuan pengirim
(m) Tandatangan dengan nama dan jawatan pengirim

Pendahuluan : Memohon Pembiayaan Kewangan


Isi – isi :

- Tujuan untuk memohon pembiayaan kewangan untuk memulakan


perniagaan berasaskan pertanian yang baru dibuat.
- menyambut usaha pihak Kementerian Pertanian dan Industri
Makanan dalam melahirkan usahawan muda.

- berminat mengusaha dan mengembangkan aktiviti pertanian ke peringkat global


- berhasrat menyumbang hasil dalam perkembangan ekonomi negara

Penutup :
Harapan agar permohonan pembiayaan kewangan daripada agensi akan
mendapat pertimbangan sewajarnya serta diluluskan.

17
LATIHAN 8
TEMA 8 – MELANCONG MENCARI MAKNA

Gambar dan maklumat di bawah berkaitan dengan pelancongan.


Huraikan pendapat anda tentang aktiviti melancong.
Panjangnya huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.

18
LATIHAN 8
TEMA 8 – MELANCONG MENCARI MAKNA

CADANGAN JAWAPAN
Pendahuluan : Melancong merupakan salah satu aktiviti yang amat menyeronokkan
dan memberi banyak manfaat. Semua manusia mengimpikan tempat
yang indah untuk dilawati dan menghabiskan masa cuti bersama-sama
keluarga setelah penat bekerja seharian. Negara kita mempunyai
banyak tempat pelancongan yang menarik dan sesuai untuk dijadikan
destinasi percutian.

Isi 1 : Impak positif yang diperoleh daripada aktiviti melancong akan dapat
merehatkan minda dengan lebih tenang sekali gus akan dapat
meningkatkan kesihatan tubuh badan serta mengurangkan risiko sakit
jantung.
Isi 2 : Berpeluang untuk mengembara ke tempat baharu, dengan mendapat
pelbagai pengalaman menarik serta membentuk emosi yang lebih
positif. Melatih diri bersabar dan toleransi.
Isi 3 : Melancong dapat menambah kenalan baharu di samping
dapat mempelajari kemahiran komunikasi.
Isi 4 : Melancong boleh menjana daya kreativiti minda seseorang dan dapat
membantu meningkatkan keyakinan diri.

Penutup : Kesimpulannya, setiap individu yang melancong pastinya mempunyai


pengalaman tersendiri yang akan memberikan impak yang pebagai
sepanjang melakukan aktiviti melancong.

19
LATIHAN 9
TEMA 9 – EKONOMI, KEUSAHAWANAN DAN PENGURUSAN KEWANGAN

Penyataan di bawah berkaitan dengan kad kredit.


Huraikan pendapat anda tentang penggunaan kad kredit dalam kalangan
pengguna.
Panjangnya huraian hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.

Sumber penggubalan : ipendidikan.my

Sumber : Internet

20
LATIHAN 9
TEMA 9 – EKONOMI, KEUSAHAWANAN DAN PENGURUSAN KEWANGAN

CADANGAN JAWAPAN
Pendahuluan (buku teks Ting.5 m.s 114)
➢ Kad kredit ialah instrumen pembayaran bagi barangan dan perkhidmatan
tanpa wang tunai.

➢ boleh digunakan di mana-mana premis dalam dan luar negara


➢ penggunaannya semakin popular contoh :Visa kad, Master kad
➢ bil akan dihantar dalam bentuk penyata bulanan
➢ caj kewangan akan dikenakan selepas membayar baki yang belum jelas
➢ memberi kesan baik dan kesan buruk kepada pemiliknya

Isi-isi:
Kebaikan:
1. Menyenangkan urusan seharian
• pemegang kad boleh membayar bil-bil melalui melayari laman sesawang tertentu
• tidak risau jika wang tunai yang dibawa tidak mencukupi
• bayaran boleh dilakukan secara ansuran mengikut kemampuan pemegang kad
• kemudahan pembayaran pelbagai perkhidmatan, contoh : tol , penambahan nilai
kad prabayar

2. Keselamatan pemegang kad kredit dapat dijamin


• kurang risiko kecurian
• menurunkan risiko seperti dirompak atau diragut.
• Sekiranya kad kredit telah hilang atau dicuri, pemegang boleh membuat laporan
supaya kad dan butir-butir diri tidak akan disalahgunakan
• kad kredit tidak boleh dipindah milik berbanding wang tunai
3. Kad kredit membantu meneruskan kelangsungan hidup.
• Dalam situasi kecemasan, kad kredit boleh digunakan buat sementara untuk
membeli barang keperluan keluarga, membiayai yuran sekolah anak-anak, kos
perubatan ahli keluarga
Keburukan :
1. Melahirkan masyarakat yang suka berhutang,budaya berbelanja yang kurang
sihat, tidak terkawal

21
• bebas berbelanja mengikut nafsu/ tanpa had- sikap ‘senang dahulu susah
kemudian
• Kemudahan kad kredit menggalakkan pemegang kad berbelanja lebih daripada
pendapatan mereka
• Sikap suka berhutang boleh menyebabkan individu terjebak dalam masalah yang
lebih serius seperti muflis atau meminjam wang daripada lintah darat.
• dikenakan faedah lewat bayar 1.5% sebulan atau 18% setahun

2. Mudah melakukan penipuan


• urusan menggunakan komputer - mudah berlaku penyelewengan
• maklumat sulit terdedah ketika diproses oleh mesin pemprosesan
• kad boleh diklonkan - digunakan oleh orang lain untuk berbelanja

3. Mendatangkan kesan negatif kepada ekonomi negara


• Perbelanjaan secara tidak terkawal menjurus kepada masalah permintaan
melebihi penawaran.
• masalah inflasi di dalam negara akan berlaku dan seterusnya menyebabkan
negara terancam oleh kemelesatan ekonomi
• harga barang-barang akan meningkat kerana permintaan melebihi penawaran

Kesimpulan
• harus berdisiplin
• boleh mengawal diri ketika berbelanja.

22
LATIHAN 10
TEMA 10 – ALAM SEKITAR DAN TEKNOLOGI HIJAU

Maklumat di bawah berkaitan dengan sisa elektronik.


Huraikan pendapat anda tentang pengurusan sisa elektronik yang betul.
Panjangnya huraian hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.

23
LATIHAN 10
TEMA 10 – ALAM SEKITAR DAN TEKNOLOGI HIJAU

CADANGAN JAWAPAN
Pendahuluan (buku teks Ting.5 m.s 128)
• Sisa elektronik ialah komponen elektronik yang telah usang atau tidak
diperlukan lagi.
• Mengandungi bahan kimia berbahaya, contoh : asid, pelarut, raksa
• Mengancam kesihatan manusia
• Bahan buangan berjadual- ciri-ciri kebolehnyalaan, menghakis, bertindak
balas,dan bertoksik
⚫ Perlukan pengurusan sisa yang baik demi menjaga alam sekitar.

Isi-isi:
Pengurusan sisa elektronik : (buku teks Ting.5 m.s 128)
1. Penguatkuasaan undang-undang harus telus
⚫ Tindakan undang-undang kepada pihak yang melupuskan sisa secara haram
⚫ Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974

2.Masyarakat guna produk sedia ada

⚫ Baiki barang rosak


⚫ Kesannya kurangkan penghasilan bahan sisa elektronik
⚫ Menyelenggara penggunaan bahan elektronik secara berkala-elak kerosakan
awal
⚫ Sentiasa bersedia untuk menghantar sisa elektronik ke pusat-pusat kitar
semula

3.Kempen berterusan

⚫ Beri kesedaran
⚫ NGO adakan kempen secara agresif dan teratur
⚫ Perbanyakkan program kesedaran kepada masyarakat

4.Pendidikan tentang pengurusan dan pelupusan sisa elektronik

⚫ Pengetahuan, kemahiran, nilai dan komitmen


⚫ Berterusan dan bersama menyelesaikan isu sisa elektronik

24
5.Kerajaan perlu gubal peraturan

⚫ Wajibkan pengeluar mengitar semula.


⚫ Melupuskan sisa elektronik yang telah rosak secara betul dan ikut peraturan.
⚫ Memperbanyakkan tong kitar semula sisa elektronik supaya sisa dikumpulkan
secara sistematik.

6.Sektor industri menyelaras standard penggunaan peranti elektronik.

⚫ Menyeragamkan bahan gantian elektronik untuk pelbagai kegunaan.


⚫ Adakan peraturan supaya pengguna boleh kembalikan barangan elektronik
yang tidak diperlukan kepada pengeluar.

Kesimpulan

⚫ Langkah ini perlu disegerakan bagi mengelakkan negara menjadi tong lambakan
e-sisa sehingga boleh menjejaskan alam sekitar dan manusia.

⚫ Sebagai seorang pengguna yang baik,seharusnya mengubah diri sendiri dan


mula untuk mengamalkan cara hidup yang lebih lestari.

⚫ Semua pihak bertanggungjawab terhadap penggunaan peralatan elektronik


kerana perubahan bermula daripada kita.

25
LATIHAN 11
TEMA 11 – DUNIA SELAMAT MILIK KITA

Maklumat di bawah berkaitan dengan pembayaran secara digital atau E-


Pembayaran.
Huraikan pendapat anda tentang pembayaran secara digital.
Panjangnya huraian hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.

26
LATIHAN 11
TEMA 11 – DUNIA SELAMAT MILIK KITA

CADANGAN JAWAPAN

Pendahuluan: ( ms 140 )

- Kini masyarakat banyak bergantung kepada teknologi digital untuk memperoleh


maklumat serta membuat sesuatu urusan secara pantas.
- Transaksi pembayaran yang dahulu dilakukan menggunakan wang tunai, pindahan
bank atau cek telah digantikan oleh aplikasi e-wallet atau E-Dompet .
- GrabPay, Touch ‘n Go eWallet, Boost, FavePay dan sebagainya.

Isi- isi:

1. Memudahkan Pelbagai Urusan.

- boleh digunakan untuk membuat pembayaran tol,parkir kereta,kad prabayar


telefon, pembayaran bil utiliti, tiket wayang dan tiket penerbangan secara PayDirect
serta RFiD yang akan menolak baki dari e-dompet.

- pembayaran di pasar raya terpilih juga boleh dilakukan dengan mudah.

- perlu sentiasa memastikan nilai e-dompet mencukupi - Tambah nilai boleh


dilakukan melalui pembayaran dalam talian atau pembelian kupon di lokasi-
lokasi terpilih.

- tidak perlu membawa tunai yang banyak atau mencukupi.

2. Membantu Anda Mengawal Bajet.


- setiap transaksi direkod, lebih mudah untuk kita mengawal perbelanjaan.
- dapat membantu kita mengisi penyata cukai apabila diperlukan.
- boleh memeriksa perbelanjaan mengikut tarikh tertentu.

3. Lebih selamat berbanding wang tunai


- Transaksi secara digital mungkin lebih selamat kerana dapat mengurangkan risiko
penipuan kerana boleh dijejak dengan mudah.

- pengesahan perlu dilakukan sebelum membuat pembayaran - jika telefon pintar


dicuri, mereka tetap tidak boleh mengakses e-dompet kita.

27
4. Hampir Setiap Perbelanjaan Diberi Ganjaran
- setiap syarikat e-Wallet atau E-Dompet mempunyai daya saing yang tinggi,
mereka kerap menawarkan pelbagai jenis ganjaran.

- pulangan wang, mata ganjaran dan juga apabila berjaya menyelesaikan cabaran
harian atau mingguan.

Penutup

- penggunaan pembayaran secara digital ini bukan sahaja hanya digunakan oleh
golongan muda malah golongan dewasa.

. mungkin masih baru di dalam negara kita dan mungkin lebih banyak digunakan di
bandar-bandar tumpuan sahaja.

- mengharapkan dapat diperluas penggunaannya di dalam negara supaya lebih


ramai lagi rakyat Malaysia mampu untuk meraih manfaatnya.

- tidak disalahgunakan kebaikannya.

28
LATIHAN 12
TEMA 12 – KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN ESTETIKA

Sahabat anda dari luar negara ingin mengetahui kebudayaan dan kesenian yang
ada di Malaysia.
Tuliskan sepucuk surat kepadanya untuk menceritakan kebudayaan dan
kesenian di Malaysia.
Panjangnya surat anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.

29
LATIHAN 12
TEMA 12 – KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN ESTETIKA

CADANGAN JAWAPAN

Pendahuluan

Menulis kepala surat (alamat pengirim dan tarikh) serta kata panggilan hormat.
Isi-isi :

• bertanyakan khabar sahabat - berharap agar sahabat sihat walafiat - sibuk


dengan persiapan menghadapi peperiksaan SPM.
• bangga kerana sahabat berminat untuk mengetahui keistimewaan Malaysia -
bertambah teruja apabila sahabat berhasrat untuk berkunjung ke Malaysia –
menceritakan keistimewaan di Malaysia.
• kepelbagaian kaum,agama dan budaya – keunikan busana pakaian dan
juadah yang berbeza – terutama musim perayaan - menarik perhatian
pelancong dari dalam dan luar negara.
• setiap negeri mempunyai seni tarian tradisional yang tersendiri - dapat
menyuntik semangat perpaduan, menghormati kepelbagaian kaum dan
memberi sokongan antara satu sama lain dalam kalangan mereka yang
berkecimpung dalam cabang seni tersebut.
• Mengamalkan warisan tradisi seperti seni tari juga mampu mempromosi
budaya Malaysia di persada dunia dan membuktikan Malaysia itu cantik,
seindah bahasa dan warisannya.

Penutup

• ucapan sekian dan terima kasih, pengakuan pengirim, dan tandatangan.

30
LATIHAN 13
TEMA 13 – JATI DIRI, WARGANEGARA PATRIOTIK

Maklumat di bawah berkaitan dengan Simbol Kedaulatan Negara iaitu Jalur


Gemilang.

Tuliskan sepucuk surat kepada pihak yang berkenaan untuk membuat aduan tentang
perkara yang dinyatakan dalam maklumat tersebut . Panjangnya surat anda
hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.

31
LATIHAN 13
TEMA 13 – JATI DIRI, WARGANEGARA PATRIOTIK

CADANGAN JAWAPAN

Format Surat Kiriman Rasmi

Isi- isi :
1. Mengibarkan Jalur Gemilang yang uzur -tiada rasa hormat dan menghargai
simbol kebanggaan negara.
2. Mengibarkan Jalur Gemilang secara terbalik-tidak sensitif dengan kedudukan
Jalur Gemilang sebagai eleman penting kepada negara.
3. Mengibarkan Jalur Gemilang di tempat yang tidak sesuai -tidak menunjukkan
semangat patriotik yang jati.
Ungkapan Menarik :
-Biar putih tulang jangan putih mata
-Hendak Seribu Daya Tak Hendak Seribu Dalih

32
LATIHAN 14
TEMA 13 – JATI DIRI, WARGANEGARA PATRIOTIK

Maklumat di bawah berkaitan dengan jati diri yang perlu diamalkan.

Huraikan pendapat anda tentang jati diri yang perlu diamalkan.

Panjang huraian hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.

33
LATIHAN 14
TEMA 13 – JATI DIRI, WARGANEGARA PATRIOTIK

CADANGAN JAWAPAN
Pendahuluan:
- Jati diri rakyat menjadi teras dan kekuatan dalam menghadapi arus globalisasi.
- Penting untuk memastikan keamanan dan kedaulatan negara terpelihara.
Isi-isi:
1. Menghargai jasa tokoh negara yang banyak berjasa tanpa tandingan kepada
negara.
2. Menghayati kempen oleh kerajaan melalui media massa , media cetak dan
media sosial.
3. Menghayati dan menaakul kepentingan mata pelajaran Sejarah di Institusi
Pendidikan.
4. Kerajaan melaksanakan dasar pendidikan yang berkesan.
5. Media massa membudayakan nilai-nilai murni.

Penutup:
Pelajar harus mempunyai jati diri yang kukuh kerana mereka merupakan tonggak
utama negara pada masa hadapan.

Ungkapan Menarik :
-Pemuda harapan negara , Pemudi tiang negara
-Remaja Berkualiti Pemangkin Kecemerlangan Ummah

34
LATIHAN 15
TEMA 14 – CITRA BAHASA DAN SASTERA KITA

Maklumat di bawah berkaitan dengan budaya membaca dalam masyarakat.

Huraikan pendapat anda tentang budaya membaca dalam kalangan remaja hari
ini.

Panjang huraian hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.

35
LATIHAN 15
TEMA 14 – CITRA BAHASA DAN SASTERA KITA

CADANGAN JAWAPAN
Pendahuluan :

Membaca Jambatan Ilmu. Amalan membaca penting untuk melahirkan generasi yang
berintelektual yang akan memimpin negara pada masa hadapan.

Isi isi:

1. Ibu bapa menerapkan minat membaca bermula dari rumah dan sejak kecil-
mewujudkan perpustakaan di rumah / membelikan pelbagai bahan bacaan.
2. Sekolah menggiatkan program Membaca seperti Program Nilam ( Nadi Ilmu
Amalan Membaca ) dengan menganjurkan pertandingan dan memberikan
pengiktirafan.
3. Remaja sendiri mengamalkan budaya membaca tanpa mengira masa dan
tempat – menambah pengetahuan.
4. Kerajaan mengadakan Kempen Membaca secara berterusan.
5. Media massa menyiarkan iklan-iklan menarik tentang budaya membaca.
Penutup

Pelbagai pihak perlu bersinergi menggalakkan amalan membaca untuk melahirkan


masyarakat yang berilmu pengetahuan dan memenuhi aspirasi ke arah negara maju.

Ungkapan Menarik :
-Melentur buluh biarlah dari rebungnya
-Bagaimana acuan , begitulah kuihnya
-Bangsa membaca,bangsa berjaya

36
LATIHAN 16
TEMA 14 – CITRA BAHASA DAN SASTERA KITA

Maklumat di bawah berkaitan dengan Sasterawan Negara.


Berikan pendapat anda tentang Sasterawan Negara.
Panjang huraian hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.

37
LATIHAN 16
TEMA 14 – CITRA BAHASA DAN SASTERA KITA

CADANGAN JAWAPAN
Pendahuluan:
Anugerah berprestij yang diberikan kepada mereka yang menyumbang dalam
bidang sastera bahasa Melayu di Malaysia.
Isi - isi:

1. Kerajaan mengadakan Kempen Cintai Karya Sastera melalui Media Massa ,


Media Cetak dan Media Elektronik-memberi peluang kepada masyarakat
mengetahui karya sastera indah Sasterawan Negara.
2. Penganjuran Jelajah atau Roadshow bersama Sasterawan Negara di setiap
negara dan Institusi Pendidikan.
3. Penganjuran Program Bersama Sasterawan Negara -memberi peluang
masyarakat mengenali dan membeli hasil karya.
Penutup
Sumbangan sasterawan penting kerana suara mereka penting dan relevan
sepanjang zaman untuk memacu perubahan ke arah pembentukan negara maju.

Ungkapan Menarik :
-Bagai air sungai yang mengalir
-Hidup Sasterawan , hiduplah sastera

38
LATIHAN 17
TEMA 15 – INDUSTRI CEMERLANG,NEGARA GEMILANG.

Maklumat di bawah berkaitan dengan Perindustrian Kecil dan Sederhana


(PKS).
Huraikan pendapat anda tentang Perindustrian Kecil dan Sederhana (PKS).
Panjangnya huraian hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.

39
LATIHAN 17
TEMA 15 – INDUSTRI CEMERLANG,NEGARA GEMILANG.

CADANGAN JAWAPAN
Pendahuluan:

- Calon menyentuh tentang PKS.


- Calon memberikan contoh PKS.
- Calon menyentuh tentang fungsi PKS.

Isi-isi:

- Calon menulis tentang mana-mana fokus tentang PKS .

Penutup:

- Calon menulis kesimpulan tentang isu yang telah dibincangkan.


- Calon memberikan cadangan tentang isu PKS.
- Calon menyatakan kesan tentang cadangan yang diberi kepada
diri,masyarakat dan negara.

RUJUKAN TAMBAHAN
DEFINISI INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA
IKS ini merupakan industri yang bertaraf tempatan. Skala operasinya kecil
berbandingdengan industri multinasional yang besar.IKS merupakan satu proses pembuatan
, pemprosesan dan penghasilan bahan-bahan mentah kepada barang-barang siap
terlibat.IKS menghasilkan peralatan dan komponen untuk industri berat dan merupakan
syarikat perkilangan yang mempunyai nilai jualan tahunan yang tidak melebihi RM25
juta.Pekerja sepenuh masa juga tidak melebihi 150 orang .

KEPENTINGAN DAN SUMBANGAN IKS LUAR BANDAR TERHADAP PEMBANGUNAN


EKONOMI NEGARA

Kepentingan dan sumbangan ini dijangka menjadi semakin penting dalam mencapai
wawasan 2020 dan menjadikan negara ini sebagai sebuah negara perindustrian. Malah IKS
boleh dijadikan sebagai asas, tulang belakang dan pendokong dalam memenuhi hasrat dan
cita-cita wawasan pembangunan ekonomi negara selepas 2020. Contoh Industri Kecil dan
Sederhana (IKS) ialah kilang kraf tangan, kilang keropok, perusahaan batik, kilang mi dan
lain-lain lagi. Terdapat banyak kepentingan IKS kepada masyarakat dan negara. IKS
merupakan salah satu sektor yang mampu menyumbangkan sejumlah kecil kepada KDNK
negara. Ini menunjukkan IKS mampu untuk dikembangkan lagi dan boleh diterokai agar
bidang ini mampu memberikan lebih banyak sumbangan kepada negara disamping

40
mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada masyarakat. Keadaan ini
mampu mengurangkan sedikit peratus pengangguran. Selain itu juga, IKS mampu
menjadi teras kepada proses perindustrian negara. Perkembangan IKS yangsemakin ramai
menceburinya, boleh meningkatkan daya saing negara seterusnya setiap pengusaha
akan berusaha meningkatkan industri masing-masing dengan persaingan sihat. Pada
keseluruhannya IKS merupakan industri antara bahagian yang memainkan peranan
penting dalam mencapai wawasan 2020.

IKS memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi negara dengan


mewujudkan,megembangkan dan mengukuhkan lagi struktur asas pembangunan industri
negara.Pembangunan ekonomi menghubung dan menggabungkan ekonomi negara ini
dengan perubahan dan aktiviti ekonomi antarabangsa.Pembangunan industri negara
bergantung kepada pengeluaran barangan untuk dieksport. Kepentingan IKS ialah dapat
meningkatkan ekonomi masyarakat terutamanya penduduk di luar bandar. Kita sedia maklum
bahawa industri ini banyak didirikan di kawasan luar bandar selaras dengan konsep ‘Satu
Kampung Satu Produk’. Sebagai contoh kilang membuat kerepek, kilang membuat sos
tomato, kilang kraf tangan dan lain-lain lagi. Pengusaha kilang dapat menjual hasil keluaran
mereka kepada penduduk-penduduk kampung serta pengunjung-pengunjung yang lain.

Selain itu, mereka juga boleh memasarkan hasil IKS ini di pasar malam, pasar tani
serta di karnival-karnival jualan.Ini menyebabkan produk mereka akhirnya mendapat
perhatian para pengguna. IKS ini sangat penting untuk meningkatkan pendapatan penduduk
di luar bandar dan seterusnya meningkatkan ekonomi negara.

Selain itu, IKS juga dapat membuka dan memberi peluang pekerjaan kepada
masyarakat terutamanya penduduk kampung. Kita sedia maklum bahawa untuk menjana dan
meningkatkan hasil pengeluarannya pengusaha IKS ini memerlukan pekerja yang
ramai.Dalam usaha untuk meminimumkan kos serta meningkatkan produktiviti, sudah tentu
pengusaha IKS akan memilih para pekerja dalam kalangan masyarakat setempat.Para
pekerja akan berusaha dengan gigih untuk meningkatkan mutu serta kualiti produk kilang
tersebut. IKS ini bukan sahaja dapat membuka peluang pekerjaan kepada penduduk
kampung malah dapat membantu negara mengurangkan masalah pengangguran.

IKS di kawasan-kawasan luar bandar juga dapat membantu meningkatkan sektor


pertanian dan perikanan. Kita sedia maklum bahawa IKS memerlukan bahan-bahan mentah
untuk proses pengeluaran kilang mereka. Biasanya bahan-bahan mentah ini adalah daripada
hasil pertanian, perikanan atau perhutanan. Kilang membuat keropok memerlukan hasil
tangkapan laut, manakala kilang kerepek pula memerlukan hasil pertanian seperti ubi, keladi,
pisang, jagung dan lain-lain. Secara tidak langsung aktiviti pertanian dan perikanan turut
meningkat di kawasan tersebut. Hasil pertanian sara diri penduduk kampung yang selama ini
sukar untuk dipasarkan, kini telah menjadi rebutan para pengusaha IKS. Hukum ekonomi
menjelaskan bahawa kadar permintaan mempengaruhi penawaran dan harga barangan.
Implikasinya harga barang mentah pertanian seperti ubi, pisang, keledek, keladi akan
meningkat. Secara tidak langsung sektor pertanian akan meningkat. Hal ini, diperkukuhkan
lagi dengan dasar kerajaan yang memberi perhatian serius untuk membantu meningkatkan
pendapatan petani dan nelayan. Oleh hal yang demikian, dalam usaha memenuhi permintaan
IKS terhadap bahan mentah yang semakin meningkat kerajaan melalui agensi-agensi
pertanian seperti FAMA, MARDI, PELADANG dan sebagainya telah memberi khidmat

41
kepakaran dan subsidi kewangan kepada para petani dan nelayan. IKS ini dapat
meningkatkan ekonomi di negara kita.

IKS dapat meningkatkan sektor pelancongan di negara kita. Kita sedia maklum
bahawa para pelancong suka membeli kraftangan untuk dibawa pulang ke negara mereka.
Sebenarnya di Malaysia terdapat banyak barangan kraftangan daripada pelbagai etnik dan
kaum yang menjadi warganegara Malaysia. Sebagai contoh pasu bunga, batik, songket, tikar,
bakul dan sebagainya. Hasil kraf tangan melambangkan identiti serta jati diri negara. Para
pelancong membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk membeli kraf tangan ini sebagai
cenderamata kenang-kenangan atau hadiah kepada rakan-rakan dan keluarganya. Kualiti
serta keunikan kraftangan Malaysia akan menarik lebih ramai pelancong ke negara kita. Ia
meningkatkan imej dan ekonomi negara menerusi sektor pelancongan.

IKS memberi sumbangan yang penting kepada pembangunan ekonomi negara


melalui menjalinkan hubungan mereka dengan firma besar dengan syarikat
antarabangsa. Hubung jalin yang tersusun dapat menjamin penerusan,perkembangan dan
kejayaan IKS baik dari segi meringankan beban capital,kos pengurusan,pengangkutan dan
pemasaran. Hubung jalin yang sesuai penting dari segi perpindahan teknologi, peningkatan
kualiti barangan, produktiviti, latihan dan kemahiran kepada pengusaha dan pekerja bagi
mempercepatkan pembinaan perindustrian negara dengan lebih baik. IKS telah memberi
sumbangan dalam beberapa bidang seperti jumlah pertubuhan, jumlah pekerjaan, nilai
keluaran dan harta tetap. IKS membuka banyak peluang pekerjaan, sumbangan dalam
meningkatkan jumlah simpanan negara dan menjimatkan tukaran wang asing. Selain itu
mewujudkan distribusi pendapatan yang lebih baik, membantu dalam melahirkan dan
meningkatkan kemahiran di kalangan tenaga kerja terlibat baik di peringkat pekerja mahupun
pada peringkat pengurusan dan membantu dalam meningkatkan arus pemindahan teknologi
asing.

IKS perlu membuat jaringan perniagaan yang meluas merangkumi jaringan dengan
sektor swasta dan sektor awam. Kedua-dua sektor ini adalah pelengkap kepada industri IKS.
Tanpa kerjasama dari dua sektor ini, IKS tidak mampu berkembang maju.

Hal ini demikian adalah penting kerana negara kita memerlukan kepelbagaian dalam
sektor industri. Penglibatan IKS yang aktif dan dalam pelbagai sektor juga membolehkan asas
industri yang mantap dan kukuh dan tidak akan tergugat dan terjejas sekiranya terdapat
penarikan operasi dan pelaburan dari sektor swasta dan awam.

Selain itu, IKS dengan penyesuaian mereka kepada intensif tenaga buruh dapat
mengeluarkan barangan yang tidak dapat dihasilkan oleh syarikat dan firma besar.
Pembuatan barangan makanan, pakaian dan alatan perabot daripada industri kecil sekurang-
kurangnya dapat memenuhi kepuasan cita rasa pengguna dalam negeri.

Tidak dapat dinafikan juga bahawa IKS juga dapat mengeluarkan barangan yang
dapat memenuhi keperluan barangan sebahagian besar golongan yang berpendapatan
rendah dan sederhana dalam negeri. Perkara ini jelas dapat dilihat dalam industri tertentu
seperti pembuatan makanan, pembuatan logam, peralatan plastik dan getah, pakaian,
peralatan perabot dan seumpamanya.

42
Dengan itu melalui Dasar Ekonomi Baru yang dilancarkan oleh Dato' Sri Mohd. Najib
bin Tun Haji Abdul Razak dapat memacu ekonomi rakyat dengan lebih tinggi. Dengan cara ini
juga menggalakkan peniaga menjalankan perniagaan yang lebih kreatif, inovatif dan bernilai
tinggi. Dengan cara alternatif ini pelaburan mereka akan mendapat pulangan yang berlipat
kali ganda.

Kadar pembangunan ekonomi negara semakin pesat, pertumbuhan sektor


perkilangan yang meyakinkan dan wawasan negara ke arah negara perindustrian 2020,
ternyata memerlukan sokongan dan sumbangan IKS yang lebih besar dan bermakna.

HALANGAN DAN CABARAN YANG DIHADAPI OLEH IKS LUAR BANDAR

Salah satu cabaran IKS dalam menyumbang kepada kemajuan ekonomi negara
adalah kekurangan modal untuk memulakan operasi. Modal tersebut merangkumi tanah,
jentera dan buruh. Umumnya, semua faktor tersebut diperlukan oleh usahawan. Kerajaan
biasanya akan membantu usahawan yang berdaya maju. Contohnya bantuan yang berbeza
di antara usahawan sos cili dengan usahawan Nestle. Kebanyakan industri ini menghadapi
kesukaran untuk mendapatkan modal daripada bank-bank swasta kerana syarat-syarat
pinjaman yang ketat dan memerlukan cagaran. Di samping itu, pengusaha-pengusaha IKS
juga menghadapi aliran modal kerana jualan mereka hanya mendapat kredit selepas dijual.
Justeru,adalah sukar untuk mengembangkan industri ini.

Cabaran yang seterusnya , dihadapi oleh industri ini adalah dari segi kemahiran dan
latihan pengusaha-pengusaha. Kebanyakan pengusaha industri ini mengusahanya di
kawasan luar bandar. Kebiasaanya, ia dikendalikan oleh pengusaha–pengusaha yang
kurang berpendidikan. Mereka menggunakan teknologi teknologi yang rendah kerana tidak
memperoleh latihan dan kemahiran yang sistematik. Tanpa latihan dan kemahiran yang
bersesuaian,teknologi rendah menjadi cabaran pembangunan industri ini. pengusaha-
pengusaha yang kurang berpendidikan, mengamalkan cara pemikiran yang lama serta tidak
berpandangan jauh. Mereka menggunakan teknologi yang rendah kerana tidak memperoleh
latihan dan kemahiran yang sistematik. Tanpa latihan dan kemahiran yang
bersesuaian, teknologi rendah menjadi cabaran pembangunan industri ini. Ilmu pengetahuan
yang diperoleh menerusi kursus yang dihadiri adalah penting untuk pengusaha IKS
menguruskan perniagaan dengan lebih teratur yang akan membantu mereka lebih maju
dalam perniagaan yang diceburi.

IKS berhadapan dengan cabaran kesukaran untuk mempertahankan perhijrahan


tenaga kerja mahir. Tenaga kerja mahir sangat diperlukan dan menjadi tulang belakang IKS.
Lazimnya tenaga kerja yang mahir akan meninggalkan IKS untuk menyertai firma-firma besar
yang menawarkan gaji yang lumayan dengan pelbagai insentif pula. Sesungguhnya, untuk
mengekalkan seseorang pekerja mahir bukanlah sesuatu yang mudah. Dapatan kajian telah
membuktikan penghijrahan golongan muda ke bandar juga telah mengakibatkan ramai petani
terdiri daripada golongan yang lanjut usia

Selain itu,cabaran yang dihadapi oleh industri ialah bahan mentah. Adakalanya
masalah dari segi mendapatkan bahan mentah pada musim tertentu menyekat industri ini.
Masalah harga bahan mentah yang turun naik turut menjejaskan kos pengeluaran dan dilihat
sebagai penghalang untuk pembagunan industri ini. Selain itu, bahan mentah yang tidak boleh
disimpan kerana mungkin mengalami kerosakan atau tida kemudahan stor juga menjadi
masalah.

43
IKS menghadapi cabaran skala perolehan pendapatan yang kecil yang
berpunca daripada kekurangan teknologi. Contohnya penggunaan jentera yang lama
dan kuantiti pemprosesan yang kecil. Ini bermakna kuantiti pengeluaran adalah sedikit
dan margin keuntungan adalah kecil. Izharnya, IKS tidak akan berdaya maju jika teknologi
tidak sering dengan perubahan masa.

Seterusnya, cabaran yang dihadapi IKS ialah suasana tempat kerja yang kurang
kondusif dan inovatif. Teori pertumbuhan ekonomi menggambarkan inovasi adalah kunci
utama kepada perkembangan ekonomi di dalam membina produk atau perkhidmatan baru di
dalam pasaran. Semua kerja terpaksa dibuat secara manual atau separa manual dan
menggunakan tulang empat kerat. Ushawan sentiasa mendesak pekerja untuk bekerja lebih
masa untuk meningkatkan produktivi dengan pendapatan tidak seberapa. Akhirnya, pekerja-
pekerja IKS mula beralih ke sektor kerja yang lebih baik.

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENDORONG DAN MEMBANGUNKAN IKS LUAR


BANDAR

Langkah pertama membangunkan IKS adalah insentif yang menggalakkan pengusaha


IKS terutamanya di luar bandar beralih daripada cara tradisional kepada teknologi moden.
Pengusaha IKS di luar bandar juga perlu didedahkan dengan bidang teknologi moden supaya
perusahaan mereka dapat diperbesarkan dan produk-produk yang dihasilkan boleh
dipasarkan sehingga ke luar negara. Ke arah itu juga, persekitaran yang lebih kondusif bagi
pengusaha IKS membangunkan jenama masing-masing perlulah disediakan.

Kerajaan melalui pelbagai kementerian dan agensi telah mengambil pelbagai inisiatif
dan program untuk menyokong pembangunan IKS. Ini bertujuan untuk menggalakkan
pembangunan IKS yang berdaya saing dan berdaya tahan ke arah meningkatkan sumbangan
IKS kepada ekonomi negara. Sokongan kerajaan bagi membangunkan IKS adalah dalam
bentuk program yang dirangka khusus bagi menyediakan infrastruktur supaya lebih mudah
bagi pengusaha menceburi bidang perniagaan, menanam semangat keusahawanan dan
mendidik bakal usahawan.

Sesebuah IKS akan maju jika diberi pertolongan dalam semua perkara terutamanya
dari segi pinjaman kewangan. Oleh kerana IKS memainkan peranan penting dalam menerajui
pertumbuhan ekonomi negara, kerajaan telah memperuntukkan jumlah dana yang semakin
meningkat pada setiap tahun. Untuk pengusaha yang baru menceburkan diri dalam bidang
perniagaan, pinjaman modal amatlah diperlukan untuk memulakan sesuatu perusahaan.
Dengan adanya pinjaman tersebut, IKS dapat membangunkan perusahaan mereka
terutamanya kepada perusahaan-perusahaan yang masih dalam peringkat untuk
berkembang sehingga ke tahap global. Disamping itu juga, pinjaman yang disediakan
membantu untuk membuka peluang kepada golongan IKS yang sedia ada mengembangkan
perniagaan mereka selain dapat memenuhi keperluan dalam memulakan perniagaan baru.

44
Sebagaimana yang kita telah ketahui, IKS sering dikaitkan dengan kekurangan dana untuk
membeli teknologi.

Bagaimanapun, ini semua akan berubah dengan adanya bantuan kewangan yang
disalurkan oleh kerajaan kepada IKS. Hasrat kerajaan untuk melihat IKS terus berkembang
maju menyebabkan pinjaman dari segi kewangan dipermudahkan dan dipertambahkan dalam
jumlah yang lebih banyak. Usaha ini secara tidak langsung akan membantu memberi impak
yang positif kepada ekonomi Negara.

Kerajaan terus memainkan peranan aktif dalam membangunkan IKS menerusi


pelbagai program dan aktiviti. Dalam usaha ke arah mewujudkan dan membangunkan
usahawan yang dinamik dan berpengetahuan, kerajaan telah menganjurkan kursus dan
latihan kepada IKS terutamanya untuk usahawan yang berpotensi dan sedia ada. Kursus dan
latihan yang diberikan bertujuan untuk mempertingkatkan lagi tahap pengetahuan pekerja
untuk memastikan IKS memiliki kumpulan tenaga kerja yang mahir dan berpengetahuan
terutamanya dari segi pengurusan. Agensi yang terlibat dalam kursus dan latihan ini
kebiasaanya dibuat oleh pihak TEKUN dan MARA, kerana agensi ini amat memberi peranan
dalam latihan dan kursus yang dibuat untuk usahawan IKS, seperti kursus dan latihan
pembungkusan, kewangan, kepimpinan, pengurusan, dan sebagainya. Walaupun
mempunyai dana yang mencukupi, perusahaan IKS tidak mungkin berjaya sekiranya tidak
mempunyai kemampuan dan kemahiran dalam menguruskan perusahaan. Dengan memiliki
pengetahuan dan kemahiran yang tinggi, pekerja dapat membantu dalam meningkatkan
produktiviti organisasi. Kursus dan latihan yang disediakan penting bagi membolehkan
sesebuah organisasi berkembang menjadi syarikat yang berjaya dalam peringkat domestik
serta dapat melangkau ke peringkat serantau dan global.

Kerajaan turut menawarkan khidmat nasihat perniagaan yang komprehensif kepada


IKS supaya IKS mendapat khidmat nasihat yang berkualiti tinggi dan lebih baik berbanding
sebelumnya terutamanya dalam bidang pemasaran, pengurusan dan operasi. Perkhidmatan
yang telah ditawarkan kepada IKS adalah dalam semua peringkat kitaran perniagaan bagi
membantu mereka berkembang dan mencapai kecemerlangan dalam aktiviti perniagaan.
Terdapat beberapa agensi yang menyediakan khidmat nasihat kepada IKS. Antaranya ialah
seperti SMIDEC, MARDI dan MARA. Tujuan khidmat nasihat ini disediakan adalah dengan
tujuan untuk memberi panduan kepada IKS tentang cara menguruskan perniagaan dengan
lebih baik terutamanya dalam persekitaran kos yang semakin meningkat dan lebih sukar pada
masa kini. IKS boleh mendapatkan khidmat nasihat dengan lebih lanjut mengenai langkah-
langkah yang berkesan untuk menguruskan perniagaan dan secara tidak langsung membantu
bagi mengukuhkan operasi perniagaan IKS. Selain itu, IKS boleh mendapatkan maklumat

45
yang pelbagai bagi menangani masalah yang dihadapi dalam perniagaan dan memperbaiki
proses pengurusan. Dengan adanya khidmat nasihat tersebut, pengusaha IKS akan lebih
bermotivasi dalam menjalankan perniagaan serta dapat menghasilkan idea yang lebih kreatif
untuk diaplikasikan dalam perniagaan pada masa depan.

Kerajaan turut menyediakan infrastruktur atau kemudahan bagi menyokong


pertumbuhan IKS terutamanya kepada IKS di kawasan luar bandar. Antara kemudahan yang
disediakan ialah kilang dan bengkel, penyediaan subsidi tanah, subsidi mesin dan subsidi
pengangkutan dan sebagainya. Kemudahan ini disediakan adalah dengan tujuan untuk
memberi keselesaan dan memudahkan lagi proses perniagaan IKS dijalankan. Malah
kemudahan tersebut juga memberi peransang kepada IKS dalam usaha untuk meningkatkan
produktiviti dan memajukan organisasi. Sebagai contoh, melalui penyediaan tanah oleh
kerajaan, pengusaha IKS boleh memanfaatkan kemudahan tersebut untuk dijadikan sebagai
tapak perniagaan atau sebagai tempat untuk menghasilkan bahan mentah sendiri. Dengan
itu, pengusaha dapat mengurangkan kos. Sekiranya IKS sudah mempunyai tapak atau bahan
mentah sendiri maka pengusaha tidak perlu lagi mengeluarkan dana untuk membayar sewa
dan kos untuk bahan mentah.

Dari segi penggunaan mesin pula ia boleh meningkatkan hasil keluaran dan menjamin
kualiti yang baik, dimana ia amat mempengaruhi pemasaran untuk pembekalan yang
berterusan. Dari segi pengangkutan pula memudahkan untuk ke satu kawasan ke kawasan
yang lain, dan amat membantu dalam penghantaran bekalan dan memperoleh bekalan
dengan cara yang lebih berkesan.

Bagi memudahkan dan membantu IKS dalam perniagaan, kerajaan turut


mengadakan kempen yang bermatlamat untuk mempromosikan dan memperkukuh
kepentingan jenama IKS. Agensi yang bertanggungjawab dalam kempen ini ialah SMIDEC
dan MARA. Penubuhan kempen ini mencerminkan komitmen dan kesungguhan kerajaan
untuk menggalakkan pembangunan IKS di Malaysia. Ini akan menggalakkan pengusaha IKS
untuk memanfaatkan penjenamaan bagi memasarkan produk dan perkhidmatan ke peringkat
yang lebih tinggi. Kempen yang dijalankan ini akan dapat membantu IKS dalam
membangunkan dan mempromosikan jenama keluaran mereka disamping dapat
mempamerkan produk kepada orang awam melalui iklan-iklan di Internet, radio, surat
khabar, kain rentang dan sebagainya. Dengan menyertai kempen tersebut, ini
menunjukkan IKS sentiasa berusaha secara berterusan untuk memenuhi permintaan
pelanggan dari segi produk dan perkhidmatan yang disediakan.

46
LATIHAN 18
TEMA 16 – INTEGRITI

Iklan-iklan di bawah menunjukkan sebahagian daripada iklan kerja kosong.

Berdasarkan iklan-iklan yang diberikan, sediakan resume diri anda yang lengkap
bagi permohonan satu pekerjaan yang anda minati.

Panjangnya resume anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.

47
LATIHAN 18
TEMA 16 – INTEGRITI

CADANGAN JAWAPAN
Karangan berformat :Resume

• Bergantung kepada tujuan dan pihak penerimanya.

• Format asas resume mengandungi perkara-perkara berikut :

• 1. Nama :

• 2.Pengalaman : Persatuan, kerjaya,

• 3. Pendidikan

• 4. Bahasa

• 5. Kegiatan

• 6. Alamat

• 7. Profil : Anugerah, sumbangan

• 8. Rujukan

• Calon menulis resume antara 150 hingga 200 patah perkataan.

48
LATIHAN 19
TEMA 1 – ANDA BERSIH ANDA SIHAT

Maklumat di bawah berkaitan dengan kesihatan diri.

Huraikan pendapat anda tentang kesihatan diri. Panjangnya huraian anda


hendaklah antara 150 sehingga 200 patah perkataan.

49
LATIHAN 19
TEMA 1 – ANDA BERSIH ANDA SIHAT

CADANGAN JAWAPAN
Pendahuluan:
Mencegah lebih baik daripada merawat atau mengubati, elakkan penyakit berbahaya,
haruslah menitikberatkan kesihatan diri;
Isi-isi:
1. Menyediakan menu makanan seimbang dan sihat.
- Penyediaan menu makanan seharian haruslah mengandungi semua kelas
nutrien dan dalam kuantiti seimbang.
- Mengurangkan menu makanan yang mempunyai kuantiti kandungan lemak,
gula, garam dan minyak yang tinggi.
- Mengelakkan ahli keluarga daripada penyakit berbahaya seperti Covid 19,
hipertensi, diabetis dan seumpamanya.

2. Senantiasa melakukan senaman atau bersukan


- Bersenam atau bersukan akan membolehkan sisa toksid di dalam badan keluar.
- Melakukan senaman ringan seperti berjoging, berbasikal dan lain-lain lagi.
- Ahli keluarga akan mempunyai badan yang cergas dan otak yang cerdas.

3. Melakukan pemeriksaan kesihatan.


- 6 bulan atau setahun sekali melakukan pemeriksaan doktor.
- Anak-anak kecil diberikan suntikan imunisasi mengikut jadual.

4. Menjaga kebersihatan persekitaran.


- Elakkan pembiakan haiwan atau serangga pembawa penyakit.
- Mengadakan gotong-royong sebulan sekali.
- Persekitaran kawasan rumah terjaga dan terpelihara.

Penutup:
Sudah terang lagi bersuluh, terdapat pelbagai pendekatan untuk
menjaga kesihatan diri. Keutamaan penjagaan kesihatan sejak kecil lagi
memberikan kualiti yang positif kehiudpan yang akan datang, kesihatan
merupakan aset yang tidak ternilai dalam kehidupan seseorang.

50
LATIHAN 20
TEMA 15 – INDUSTRI CEMERLANG NEGARA GEMILANG

Iklan-iklan di bawah menunjukkan sebahagian daripada iklan kerja kosong.


Berdasarkan iklan-iklan yang diberikan, sediakan resume diri anda yang lengkap
bagi permohonan satu pekerjaan yang anda minati.
Panjangnya resume anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.

51
LATIHAN 20
TEMA 15 – INDUSTRI CEMERLANG NEGARA GEMILANG

CADANGAN JAWAPAN
Karangan berformat :Resume

• Bergantung kepada tujuan dan pihak penerimanya.

• Format asas resume mengandungi perkara-perkara berikut :

• 1. Nama :

• 2.Pengalaman : Persatuan, kerjaya,

• 3. Pendidikan

• 4. Bahasa

• 5. Kegiatan

• 6. Alamat

• 7. Profil : Anugerah, sumbangan

• 8. Rujukan

• Calon menulis resume antara 150 hingga 200 patah perkataan.

52
SOALAN
KARANGAN
BAHAGIAN B
[70 MARKAH]

53
BAHAGIAN B
[70 markah]
[Masa dicadangkan : 1 jam 30 minit]
Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya
antara 350 hingga 500 patah perkatan.
DOMAIN PERIBADI
Soalan 1

Selain memiliki kelayakan akademik, kemahiran insaniah ialah kemahiran penting


yang perlu dikuasai oleh pelajar untuk mendepani pelbagai cabaran masa hadapan.
Kemahiran ini boleh diperoleh secara langsung atau tidak langsung melalui aktiviti-
aktiviti di dalam kelas atau di luar kelas. Pelaksanaan aktiviti kokurikulum di sekolah
merupakan platform penting penerapan kemahiran insaniah kepada setiap individu.

Jelaskan kemahiran - kemahiran yang perlu dikuasai oleh remaja untuk menghadapi
cabaran masa hadapan.

CADANGAN JAWAPAN SOALAN 1

Kemahiran-kemahiran yang perlu dikuasai oleh remaja untuk menghadapi cabaran


masa hadapan.

Pendahuluan

Kemahiran insaniah ialah kemahiran penting yang perlu dikuasai oleh pelajar untuk
mendepani pelbagai cabaran masa hadapan. Kemahiran ini penting disemai sejak
peringkat sekolah untuk menjamin perkembangan diri pada masa akan datang.
Kemahiran-kemahiran ini diperoleh melalui pelbagai aktiviti di bilik darjah atau
menerusi aktiviti kokurikulum.

Isi-isi

- Kemahiran komunikasi - Penguasaan kemahiran ini menggambarkan


keyakinan dan sikap remaja untuk berhadapan dengan masyarakat.

54
- Kemahiran teknologi - Remaja hendaklah membiasakan diri menggunakan
peralatan teknologi komputer agar tidak tersisih daripada sebarang kejadian di
dunia.
- Kemahiran kepemimpinan - Kelebihan aspek ini dikuasai apabila remaja
menyertai pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah terutamanya
aktiviti persatuan dan unit beruniform.
- Kemahiran keusahawanan – penting untuk melatih remaja berdikari, mengurus
kewangan dengan bijak.
- Kemahiran penyelesaian masalah- melatih minda membuat pilihan yang tepat
dan rasional ketika berhadapan dengan sesuatu situasi.
- Kemahiran kerja berpasukan – melibatkan kebolehan bekerjasama dengan
orang lain untuk menghasilkan kejayaan.

Penutup

Secara keseluruhannya, remaja perlu menguasai pelbagai kemahiran untuk


menyesuaikan diri dengan kehidupan yang semakin mencabar alaf ini.

55
Soalan 2

Kehidupan masyarakat pada alaf ini amat mencabar. Hal ini menyebabkan tekanan
atau stres yang sering kali dikaitkan dengan masalah peribadi seperti pembelajaran,
keluarga dan persekitaran sehingga menjejaskan kualiti kehidupan kita.

Huraikan langkah-langkah yang wajar anda lakukan untuk menangani stres.

CADANGAN JAWAPAN (SOALAN 2)

Langkah-langkah yang wajar anda lakukan untuk menangani stres.


(Gunakan Kata Ganti Nama Diri: Saya)

Pendahuluan
Setiap manusia tidak terlepas daripada menghadapi tekanan dalam kehidupan.
Hal ini bertepatan dengan maksud peribahasa, bumi mana yang tidak ditimpa hujan
dan lautan mana yang tidak bergelora. Tekanan yang dihadapi oleh remaja mungkin
berkaitan dengan pelajaran, hubungan dengan rakan atau masalah yang berkaitan
dengan keluarga. Bagi sesetengah orang, tekanan mungkin membawa kejayaan dan
kebahagiaan dalam kehidupan, manakala yang lainnya pula menganggap tekanan
sebagai sumber kesengsaraan dan penderitaan.
Isi:
1. Melakukan kegiatan riadah - Kehidupan yang terlalu sibuk menyebabkan remaja
sering melupakan kegiatan yang sangat berfaedah untuk kesihatan fizikal, mental dan
psikologi. Kegiatan riadah dianggap sebagai serampang dua mata iaitu membantu
meningkatkan kesihatan diri di samping menjadi salah satu cara untuk mengurangkan
tekanan.
2.Sentiasa berfikiran positif apabila berhadapan dengan situasi yang kritikal dan
sukar.
-Mendengar alunan muzik - Muzik bukan sahaja dapat menghiburkan hati,
malah muzik seperti memiliki kuasa magis yang berupaya mengurangkan

56
tekanan yang hadapi, bertepatan dengan maksud peribahasa sambil menyelam
minum air.

3. Menjadikan ibadat sebagai salah satu cara untuk mengurangkan tekanan yang
dihadapi.Sebagai contoh melakukan solat dengan khusyuk. Solat merupakan
senaman yang paling ampuh untuk memberikan kesihatan terbaik buat tubuh badan
kita . Tamsilnya, ketika rukuk dan sujud, darah akan mengalir dengan lebih sempurna.

4. Melancong bersama-sama keluarga.- melancong dapat merasakan keterujaan


dan kegembiraan yang membolehkan individu melupakan segala masalah yang
membelenggu fikiran.

Kesimpulan

Stres atau tekanan merupakan masalah dan stres juga merupakan sumber motivasi,
justeru tanpa stres, hidup kurang berseri umpama pokok yang tidak
berbunga. Dengan stres jugalah fikiran akan menjadi lebih matang dan dewasa
menghadapi pelbagai pancaroba kehidupan .

57
Soalan 3

Petikan akhbar di atas menyatakan bahawa aktiviti bersenam sangat penting kepada
kesihatan seseorang. Terdapat pelbagai kaedah bersenam yang boleh dipraktikkan
oleh masyarakat dan sudah tentu aktiviti ini mempunyai banyak kebaikannya. Anda
dikehendaki menulis sebuah rencana berkenaan kebaikan aktiviti bersenam. Tajuk
rencana tersebut ialah “Faedah-faedah Bersenam Terhadap Kesihatan Individu”.
Tulis rencana tersebut selengkapnya.

CADANGAN JAWAPAN (SOALAN 3)

Format Rencana

Pendahuluan :

Bersenam ialah salah satu perkara penting jika kita mahu mengamalkan gaya hidup
sihat. Senaman bermaksud melakukan aktiviti fizikal yang disusun dan dilakukan
berulang kali untuk menguatkan kecergasan, otot dan fleksibiliti badan.

Senaman boleh dilakukan dengan pelbagai cara. Asasnya adalah untuk


meningkatkan pergerakan badan, menaikkan kadar nadi dan melibatkan regangan
sendi dalam satu tempoh masa. Antara contoh senaman ialah regangan otot,
senamrobik , berjalan, joging, berbasikal, berenang dan yoga.

58
Isi-isi :

(Faedah-faedah Bersenam Terhadap Kesihatan Individu)

1. Menyihatkan tubuh badan - bentuk fisiologi manusia menuntut kita melakukan


aktiviti senaman membolehkan keupayaan otot melakukan penguncupan dalam
mengatasi satu rintangan - perlu dilakukan secara konsisten - contohnya, melibatkan
diri dalam aktiviti senaman secara berkala seperti berenang, taici, bermain badminton
dan bola sepak -alah bisa tegal biasa.

2 Mengelakkan diri daripada serangan penyakit berbahaya - menguatkan ketahanan


badan - mengawal sistem imun - daripada serangan penyakit berbahaya -
mengurangkan peratusan lemak dalam badan -contohnya, berjoging sekurang-
kurangnya tiga kali seminggu boleh mengelakkan serangan sakit jantung - sesal
dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

3 Meningkatkan produktiviti individu -memperbaiki kualiti kerja kerana memiliki tubuh


badan yang sihat - dapat memberi tumpuan dalam kerja yang dilakukan -
menggandakan hasil pengeluaran dan pendapatan - contohnya, organisasi tempat
kerja mendapat pulangan yang optimum kerana tidak ada pekerja yang mengambil
cuti sakit - di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

4 Dapat meningkatkan kesihatan mental individu - terapi minda -senaman yang


dilakukan boleh mengurangkan stres dan membantu mencerdaskan pemikiran
seseorang- melahirkan individu yang sihat fizikal dan mental.

5 Sering bersenam dapat menjadikan badan kita cergas dan sihat.- perjalanan darah
menjadi lancar dan kita menjadi cergas dan tidak lemah dan malas- oksigen yang
tersebar ke otak menjadikan otak cerdas- peluh yang keluar bersama-sama toksin
juga menjadikan badan kita sihat.

6 Dapat menjimatkan kos perubatan rakyat Malaysia -kos rawatan penyakit-penyakit


berbahaya semakin meningkat dan sangat mahal - langkah-langkah pencegahan
dilakukan sebelum ditimpa malapetaka - contohnya, bersenam secara konsisten
dapat mengelakkan serangan penyakit secara mengejut seperti angin ahmar,
serangan sakit jantung dan diabetis - mencegah lebih baik daripada merawat.

Penutup

• Senaman perlu dilakukan dengan penuh disiplin kerana banyak manfaatnya - perlu
dijadikan budaya hidup rakyat Malaysia khususnya golongan remaja dan dewasa -
kesihatan merupakan harta yang paling mahal nilainya - perlu sentiasa beringat dan
berwaspada -jangan bersikap alpa dan leka hanya kerana kita sihat pada hari ini.

59
Soalan 4

Pada era globalisasi ini, pendidikan dalam semua lapisan masyarakat semakin
penting dan diutamakan. Namun demikian, budaya membaca dalam kalangan remaja
masa ini masih rendah lagi. Sebagai seorang remaja, terdapat pelbagai usaha yang
boleh anda lakukan bagi memupuk minat membaca dalam diri sendiri.
Ulaskan penyataan ini.

CADANGAN JAWAPAN SOALAN 4

Pendahuluan

Dunia tanpa sempadan hari ini telah menyebabkan remaja hilang keyakinan diri dan
ketahanan jiwa sehingga terdorong melakukan pelbagai aktiviti negatif seperti
berpeleseran, membuli dan vandalisme. Tidak pernahkah terdetik dalam sanubari
mereka bahawa terdapat pelbagai aktiviti berfaedah yang boleh dlakukan mereka
khususnya membaca?

Amalan membaca akan menghubungkan antara manusia dengan segala


ilmu pengetahuan. Namun begitu, berdasarkan kajian, rakyat Malaysia
hanya membaca dua buah buku setahun berbanding bilangan buku yang
dibaca oleh rakyat Jepun. Justeru, kita perlulah mencari formula terbaik
untuk menjadikan rakyat Malaysia gemar membaca. Oleh itu, sebagai
seorang pelajar dan remaja, kita perlulah mencari inisiatif untuk menjadikan
amalan membaca itu amalan hidup.

60
Isi-isi : Usaha diri sendiri

1. Saya akan sentiasa berusaha dan rajin ke perpustakaan untuk membaca-saya juga
akan melakukan lawatan sambil belajar ke Perpustakaan Negara atau perpustakaan
di universiti-universiti terkemuka di Malaysia - dapat menyemai minat membaca dalam
diri, saya juga dapat melihat kecanggihan teknologi yang terdapat di situ bertepatan
dengan kata peribahasa sambil menyelam minum air. - bersikap rajin mengunjungi
perpustakaan - saya akan sentiasa terdorong untuk menjadikan membaca sebagai
amalan hidup.
2. Saya perlu menyediakan sudut bacaan atau perpustakaan mini di rumah untuk
kegunaan semua ahli keluarga - ini akan menggalakkan serta mendorong kami
sekeluarga supaya berjinak-jinak dengan bidang ilmu supaya amalan membaca
diterapkan dalam minda setiap anggota keluarga - saya perlu membeli pelbagai judul
buku yang menarik dan sesuai untuk dibaca di samping mengamalkan budaya “bed
story” sebelum tidur - menjadi suri teladan kepada adik-adik saya.

3. Saya juga boleh ikut serta secara aktif dalam program NILAM atau Nadi Ilmu
Amalan Membaca. Hal ini kerana, NILAM berfungsi untuk menarik minat para pelajar
membaca dalam kuantiti yang banyak. Pelajar yang membaca dalam kuantiti yang
banyak akan diberi penghargaan bermula daripada gangsa, perak, emas dan
seterusnya nilam - pelajar yang aktif juga boleh mewakili sekolah ke peringkat yang
lebih tinggi iaitu peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. Dalam program ini juga
terdapat tahap Rakan Pembaca- menarik minat diri sendiri untuk membaca lebih
banyak buku.

4.Saya juga boleh pergi ke pameran buku, ekspo dan kedai buku - saya akan
mengetahui pelbagai klasifikasi buku di sini. Misalnya, pameran buku yang dianjurkan
oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Pameran Buku Kebangsaan. Dalam
pameran-pameran seperti inilah saya dapat membeli buku dengan harga yang murah
dan berpatutan - saya akan mengenali lebih ramai rakan yang berkongsi minat yang
sama.

61
5. Saya juga boleh membuat langganan buku pada setiap bulan - seperti Dewan
Siswa, majalah i-sihat dan Dewan Masyarakati - Impaknya, saya akan sentiasa
membaca pada setiap masa, menjimatkan masa dan dapat mengetahui
perkembangan terkini apabila melanggan buku pada setiap bulan. Dalam hal ini, saya
akan menjadikan individu yang gemar membaca dan sentiasa dekat dengan buku
sebagai idola - menjadikan membaca sebagai rutin hidup saya.

Kesimpulan

Konklusinya, remaja perlulah berusaha memajukan diri untuk jaminan masa hadapan.
Hal ini kerana, remaja ialah pewaris tampuk kepimpinan negara. Remaja
merupakan aset negara kerana bertepatan dengan kata-kata pemuda harapan
bangsa, pemudi tiang negara. Janganlah dibiarkan usia remaja dipenuhi dengan
perkara yang sia-sia. Kontradiksinya, penuhilah masa remaja kita dengan aktiviti yang
berfaedah seperti amalan membaca. Remaja perlu berpegang teguh dan jitu dengan
slogan ’Membaca Jambatan Ilmu’ dan ’Rakyat Membaca, Bangsa Berjaya’ .

62
DOMAIN AWAM
Soalan 5

Petikan akhbar di atas menyatakan bahawa sifat penyayang tidak boleh diwarisi,
tetapi boleh dipupuk dan dibajai dalam jiwa insan sejak kecil. Pelbagai usaha perlu
dilakukan oleh pelbagai pihak untuk melahirkan masyarakat penyayang di negara ini.
Huraikan usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk melahirkan masyarakat
penyayang.

CADANGAN JAWAPAN SOALAN 5


Pendahuluan;
Masyarakat penyayang ialah masyarakat yang hidup dengan berlandaskan nilai
kasih sayang antara satu dengan lain. Masyarakat yang dimaksudkan ialah
masyarakat yang hidup dengan saling menghormati, bantu-membantu dan
bertolak ansur. Dengan adanya sikap ini dalam kalangan masyarakat, kita akan
dapat merealisasikan sebuah negara yang makmur. Persoalannya, apakah
peranan masing-masing dalam usaha melahirkan masyarakat penyayang di negara
kita?

Isi-isi:
1. Ibu bapa mendidik anak-anak dengan menerangkan kepentingan kasih sayang
sesama manusia.
- Didikan yang bermula di rumah akan dibawa oleh anak-anak sehingga
dewasa.
- Ibu bapa menjadi suri teladan ; membantu orang lain dalam kesusahan.
- Anak-anak akan mengikut jejak langkah ibu bapa mereka ibarat peribahasa
bagaimana acuan begitulah kuihnya.

63
- Jelaslah bahawa, didikan awal dari rumah amat penting dalam melahirkan
masyarakat penyayang di negara kita umpama melentur buluh biarlah dari
rebungnya.

2. Menghidupkan kembali budaya bergotong-royong.


- Jiran dapat berkumpul, beramah mesra, mengeratkan hubungan.
- Bergotong-royong memasak dan menyediakan makanan sesama jiran
dalam majlis keraian, majlis perkahwinan, bergotong-royong membersihkan
kawasan taman perumahan, taman permainan, surau dan sebagainya.

3. Mengadakan majlis rumah terbuka semasa hari perayaan utama.


- Menjemput jiran tetangga - saling berkenalan dan beramah mesra.
- Hubungan yang baik mampu terjalin - melahirkan masyarakat yang harmoni
dan melahirkan masyarakat penyayang.
- Kita lebih mengenali budaya orang lain - tidak mustahil setelah mengenali
akan melahirkan sikap penyayang sesama insan.

4. Amalan guru penyayang di sekolah;


- Langkah Kementerian Pendidikan Malaysia mewujudkan amalan guru
penyayang di sekolah dalam melahirkan insan yang lebih penyayang.
- Setiap awal pagi guru menyambut kehadiran murid ke sekolah dengan
senyuman dan ucapan selamat datang di pintu pagar utama sekolah, pihak
pentadbir melakukan Program Ziarah Cakna murid yang kehilangan
keluarga yang rapat dan sebagainya lagi.
- Murid akan rasa dihargai dan menyerlahkan lagi budaya penyayang dalam
kalangan generasi muda hari ini.

Penutup;

Intihanya, semua pihak memainkan peranan yang signifikan dalam melahirkan


budaya penyayang dalam kalangan masyarakat pada hari ini. Setiap usaha
yang dirancangkan memerlukan komitmen yang erat daripada semua pihak
dalam usaha merealisasikan budaya penyayang di negara ini.

64
Soalan 6

Internet ialah rangkaian sistem antarabangsa yang digunakan oleh masyarakat


zaman sekarang untuk berhubung seperti menggunakan Facebook, Twitter dan lain-
lain. Dengan adanya Internet, kita boleh berhubung dengan rakan-rakan kita yang
berada di luar negara dan dapat mencari kenalan baharu melaluinya. Selain itu,
Internet digunakan untuk menjual barangan secara dalam talian. Seterusnya, kita
boleh mencari pelbagai maklumat dan informasi yang terkini dengan lebih cepat dan
tepat.
Sumber; Dewan Siswa, November 2015

Sebagai seorang pegawai teknologi maklumat dan komunikasi, anda telah dijemput
untuk menyampaikan ceramah di kawasan tempat tinggal anda tentang faedah-
faedah penggunaan Internet dalam kehidupan masyarakat pada hari ini.
Tuliskan ceramah tersebut selengkapnya.

CADANGAN JAWAPAN SOALAN 6


Format Ceramah;
Kata penghadapan & kata alu-aluan.
Pendahuluan:
Pada zaman teknologi komunikasi dan multimedia tanpa batasan ini, Internet
merupakan rangkaian perhubungan yang telah digunakan secara meluas di
serata dunia. Rangkaian komunikasi ini seolah-olah menjadikan semua
perkara hanya berada di hujung jari sahaja. Dalam aspek positif perkara ini
banyak mendatangkan kemaslahatan kepada masyarakat hari ini apatah lagi
kesan pandemik Covid-19 yang melanda dunia pada tahun ini, masyarakat di
negara ini tidak terkecuali daripada menerima impaknya. Internet dilihat antara
medium utama dalam membantu masyarakat bangun dan bangkit semula
membina kehidupan.

1. Internet memudahkan urusan komunikasi;


- Mempercepat urusan komunikasi dua hala antara individu mahupun
kumpulan.
- Melaksanakan perbincangan atau mesyuarat.
- Aplikasi Whatsapp dan Telegram menggunakan hantaran pesanan ringkas,
membuat panggilan video.

65
2. Dapat mengetahui berita semasa dengan pantas;
- Maklumat akan cepat dipaparkan di skrin komputer mahupun telefon bimbit.
- Masyarakat akan lebih peka dan berilmu pengetahuan.

3. Medium pendidikan terkini sebagai penyebar ilmu pengetahuan;


- Pdpc berorientasikan peranti elektronik dan teknologi.
- Lebih bersifat kondusif, jimat kos.
- Pembelajaran sepanjang hayat dapat diperkenalkan tanpa mengira batas
umur dan waktu atau latar belakang pendidikan.

4. Internet juga memudahkan urusan harian manusia;


- pembayaran bil elektrik, air, kad kredit dan bil-bil lain dapat dilakukan
dengan mudah.
- Hubungan dengan agensi-agensi kerajaan dan badan-badan pendidikan
antarabangsa untuk memohon kemasukan ke kursus pengajian atau
peluang kerja dapat dibuat melalui Internet.
- Urusan menerusi Internet bukan sahaja menjimatkan masa, tetapi juga
dapat memastikan kesesakan lalu lintas dan tekanan kerja dapat diuruskan
dengan mudah.

Penutup;

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,


Jelaslah bahawa teknologi maklumat membawa pelbagai kebaikan, namun
pada masa yang sama memberi laluan kepada aneka keburukan yang mampu
melanda negara kita jika tiada pengawalan penggunaannya. Oleh itu, kita perlu bijak
dalam memastikan penggunaan Internet ini memberikan impak yang positif dalam
kehidupan. Dalam era serba moden ini, penggunaan Internet seakan tidak dapat
dipisahkan lagi dengan kemajuan negara sekarang. Jadi, pihak kerajaan perlu
mendidik masyarakat menggunakan Internet bagi melahirkan generasi celik IT sekali
gus setanding dengan masyarakat negara maju lain.

Sekian, terima kasih.

66
Soalan 7

Sempena sambutan ulang tahun ATM , organisasi itu perlu menjadi penggerak bagi
mengorak langkah memperkasakan pertahanan bagi melindungi kepentingan
negara dan mempertahankan kedaulatan serta keutuhan wilayah.Semoga
kesedaran rakyat terhadap keselamatan dan kedaulatan negara menjadi titik tolak
untuk sama-sama peka terhadap pengurusan pertahanan serta isu keselamatan
dalam pelbagai dimensi dan tidak menyerahkan kepada organisasi tentera sahaja
kerana sesungguhnya 'kedaulatan negara adalah tanggungjawab bersama.'

Sumber : Berita Harian 21 September 2020

Petikan akhbar di atas menyatakan bahawa kedaulatan negara adalah


tanggungjawab bersama.Tanggungjawab memelihara kedaulatan dan keselamatan
negara tidak seharusnya digalas oleh kerajaan dan anggota keselamatan semata-
mata.Sebaliknya rakyat Malaysia harus bersatu padu memelihara keselamatan
negara daripada ancaman musuh terutama serangan siber.
Jelaskan peranan masyarakat dalam menjaga keselamatan negara.

CADANGAN JAWAPAN SOALAN 7


Pendahuluan ( ms 144 & 145 )

- Perkataan kedaulatan bermaksud kuasa tertinggi yang dimiliki oleh sesebuah negara
dalam masyarakat, politik untuk membuat keputusan tentang hal-hal yang berhubung
dengan pentadbiran dan politik.
- keselamatan negara boleh didefinisikan sebagai cara yang digunakan oleh
sesebuah negara mempertahankan hak atau milikan negara tersebut daripadaa
ancaman.
- Tanggungjawab memelihara kedaulatan dan keselamatan negara tidak seharusnya
dipikul oleh kerajaan dan anggota keselamatan semata-mata.
- Sebaliknya rakyat Malaysia harus bersatu padu memelihara keselamatan negara
daripada ancaman musuh terutama ancaman kemajuan teknologi.
Isi-isi :
1. MENGAMALKAN SIKAP TOLERANSI
- memahami,berfikiran terbuka dan bertolak ansur antara satu sama lain
- jangan mempertikai isu yang telah termaktub dalam Perlembagaan Negara
- utamakan keamanan dan kemajuan negara

67
2. MENGHORMATI PERBEZAAN ANTARA KAUM DENGAN AGAMA
- saling menghormati kepercayaan agama,adat dan budaya yang berbeza
- tidak menyentuh isu sensitif yang menimbulkan perpecahan.
- rumah terbuka pada musim perayaan.

3. MENJADI MATA DAN TELINGA KEPADA POLIS


- melaporkan kepada pihak berkuasa.
- jangan hanya rakam dan tular perbuatan atau kesalahan yang mengancam
keselamatan.

4. MEMELIHARA KESELAMTAN NEGARA


- penubuhan Rukun Tetangga – menjaga keselamatan perumahan atau
perkampungan oleh jawatankuasa penduduk sendiri.
- membantu pihak keselematan yang tidak mampu menjaga keselamatan dan
keamanan keseluruhannya.
- menggunakan aplikasi telefon pintar untuk berkongsi maklumat yang
berkaitan.

5. MENJADI WARGANEGARA YANG BERTANGGUNGJAWAB


- menjaga kebersihan dan keindahan negara – tidak melakukan vandalisme
- tidak terjebak dengan masalah sosial.
- menuntut ilmu,menjadi rakyat yang kreatif dan inovatif – mempertahankan
maruah negara.

Penutup
- kerjasama semua pihak penting – ancaman bukan sahaja peperangan,ancaman
siber dan wabak penyakit.
- semua lapisan masyarakat perlu cakna dan bertanggungjawab.
- ada jati diri yang utuh.
- keselamatan negara fokus utama – demi keamanan dan kesejahteraan generasi
akan datang.

68
SOALAN 8

Berbanggalah dengan negara yang harmoni ini dan jangan sesekali melakukan
onar. Marilah kita memulakan tanda palang #KibarkanJalurGemilang di media sosial
bagi mengajak rakan kita mengibarkan bendera di sekitar kawasan perumahan.
Penuhkan jalanan dengan bendera yang melambangkan maruah rakyat ini.
Lekatkan Jalur Gemilang di kereta. Ajar rakyat yang keliru tentang kedudukan
sebenar Jalur Gemilang supaya tiada lagi kesilapan teknikal berlaku.

Sumber : Berita Harian, 27 Ogos 2020


Petikan akhbar menyeru rakyat Malaysia agar mengibarkan Jalur Gemilang dan
berasa bangga melihat Jalur Gemilang berkibar sempena hari Kebangsaan. Para
pejuang ketika zaman kemerdekaan dan pascakemerdekaan bertungkus-lumus
memerah keringat untuk meyaksikan bendera kebangsaan berkibar megah di tanah
air. Malangnya generasi hari ini semakin kurang prihatin akan keperluan
mengibarkan Jalur Gemilang serta menghormatinya.
Huraikan usaha-usaha dalam menanam sikap menghormati Jalur Gemilang dalam
kalangan masyarakat.

CADANGAN JAWAPAN SOALAN 8


Pendahuluan ( ms 174 -175 )

- Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dinaikkan dan berkibar secara rasmi pada
31 Ogos 1957 di Padang Kelab Selangor seiring dengan berkumandangnya lagu
Negaraku yang buat pertama kali juga diperdengar.

- Bendera Malaysia berkibar pada 16 September 1963 dan mempunyai penambahan


14 jalur dengan penyertaan Sabah, Sarawak dan Singapura di dalam Malaysia.
Berpisahnya Singapura dari Malaysia pada tahun 1965 tidak mengubah jumlah 14
jalurnya kerana jalur tersebut diwakili oleh 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan.

- Pada malam 31 Ogos 1997, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri ketika itu
telah mengumumkan nama bagi Bendera Malaysia sebagai Jalur Gemilang di Dataran
Merdeka, Kuala Lumpur.

69
Isi-isi :

1. SETIAP RAKYAT MALAYSIA BERTANGGUNGJAWAB UNTUK MENGIBARKAN


JALUR GEMILANG
- syarat bendera itu dikibarkan mengikut arahan/ panduan yang ditetapkan.
- perlu diambil perhatian ialah mengenai tempat,masa,kedudukan,saiz dan susunan.
- Etika dan tatacara memelihara bendera negara juga harus diambil perhatian.

2. PERANAN IBU BAPA MENDIDIK ANAK-ANAK DARI KECIL


- sebagai suri teladan kepada anak-anak menghormati Jalur Gemilang.
- mengibarkan Jalur Gemilang terutama hari Kemerdekaan.
- mendidik anak-anak cinta akan negara.

3. PERANAN SEKOLAH DAN INSTITUSI PENGAJIAN


- menerapkan semangat patriotisme yang tinggi.
- mendedahkan murid tentang sejarah Malaysia dan Jalur Gemilang.
- membuat aktiviti yang berkaitan.

4. PERANAN MEDIA MASSA – BERCETAK ,ELEKTRONIK DAN MEDIA SOSIAL


- menerapkan kesedaran kepentingan Jalur Gemilang.
- mendidik masyarakat tentang etika dan tatacara yang betul mengibar Jalur Gemilang.
- menyiarkan artikel,dokumentari,drama,filem yang berkaitan.

Penutup
- Kedudukan Jalur Gemilang setaraf dengan Perlembagaan – wajib menghormati
- perbuatan membakar bendera bukan saja diibaratkan membakar hangus negara
tetapi memijak lumat martabat dan maruah Negara – tindakan tegas.
- mengibarkan Jalur Gemilang bukan sahaja bangga dengan negara, malah bersyukur
dengan kemajuan dan kenikmatan yang telah kita kecapi.
- perasaan cinta kepada negara boleh menjadi tali pengikat utama kepada perpaduan
bangsa di negara ini.

70
DOMAIN KERJAYA
SOALAN 9

KUALA LUMPUR: Kita biasa dengar pekerja kolar biru dan kolar putih tetapi
ada satu lagi bidang pekerjaan yang mungkin kurang diberi perhatian iaitu “kolar
baharu”. Secara umumnya, seseorang pekerja “kolar baharu” ialah individu yang
memajukan diri dengan kemahiran teknikal dan insaniah. Golongan ini bekerja
dalam bidang berkaitan dengan teknologi dan kemahiran. “Kerjaya kolar” baharu
seperti tukang paip, juruelektrik dan tukang gunting rambut mungkin dianggap
kerjaya kelas kedua pada waktu dahulu tetapi tidak lagi sekarang. Permintaan yang
semakin meningkat untuk tenaga mahir bidang itu mengangkatnya ke satu tahap
yang harus dibanggakan. Menteri Sumber Manusia, M Kulasegaran percaya
bidang “kolar baharu” ini adalah satu peluang yang perlu direbut rakyat Malaysia.
Sumber : BERNAMA, 13 Februari, 2020

Petikan berita di atas menjelaskan bahawa kini bidang kerjaya berkemahiran


mendapat permintaan tinggi dalam pasaran pekerjaan di negara kita. Sehubungan
dengan itu, berikan pendapat anda tentang usaha-usaha yang boleh dilakukan oleh
pelbagai pihak agar dapat menarik minat generasi muda menceburi bidang
kemahiran.

Berikan pendapat anda.

CADANGAN JAWAPAN SOALAN 9

Pendahulan :
Dalam meniti arus modenisasi dan globalisasi, semua negara di seluruh
dunia sedang rancak menggerakkan usaha pengembangan teknologi dan kemahiran
bagi menjayakan Revolusi Perindustrian 4.0.
Isi- isi :
Isi 1 : Ibu bapa perlulah mendedahkan anak-anak dengan bidang kemahiran
sejak mereka di usia dini lagi kerana melentur buluh biarlah dari
rebungnya.
Isi 2 : Pihak kerajaan perlulah membuat reformasi terhadap bidang kemahiran

71
agar generasi muda tertarik untuk menceburkan diri dalam bidang
kemahiran.

Isi 3 : Kempen kepentingan bidang kemahiran perlulah giat dijalankan oleh


pihak kerajaan.

Isi 4 : Maklumat berkaitan bidang kemahiran perlulah disebarkan melalui


media massa dan media sosial .

Isi 5 : Masyarakat seharusnya mengubah persepsi terhadap pekerjaan dalam


bidang kemahiran.

Penutup : Izharlah bawa semua pihak mempunyai peranan masing-masing dalam


memupuk minat generasi muda menceburkan diri dalam bidang
kemahiran.

72
SOALAN 10

Kini, kita berada di peringkat permulaan Revolusi Industri Keempat


(Industri 4.0). Perkembangan dalam kecerdasan buatan, genetik,
robotik, teknologi nano, cetakan 3D dan bioteknologi begitu pesat
bahkan teknologi tersebut saling bergabung mencetuskan sistem yang
lebih pintar. Pejabat, rumah, kilang, ladang, pengangkutan dan bandar
raya sedang mengalami kesan Industri 4.0. Sehubungan dengan itu,
sudah pasti bidang pekerjaan juga, sedang dan akan mengalami
perubahan drastik bergantung kepada progres perubahan teknologi,
situasi sosioekonomi dan polisi sesebuah negara.

Sumber : Risalah Tinjauan Sekitar Perburuhan Negara, Januari 2018


Peluang pekerjaan dalam Revolusi Industri 4.0 sangat menekankan pengetahuan
teknikal, kemahiran, kerja berpasukan dan komunikasi.
Sebagai penulis sebuah blog, anda ingin menulis sebuah rencana yang bertajuk
“Persediaan Menghadapi Pekerjaan Masa Hadapan”.
Tulis rencana tersebut selengkapnya.

CADANGAN JAWAPAN SOALAN 10

Format : Rencana
Tulis tajuk dan nama penulis.
Pendahulan :
Alam pekerjaan merupakan satu fasa perubahan dalam kehidupan seseorang.
Seharusnya melengkapkan diri terlebih dahulu sebelum melangkah ke alam
pekerjaan.

Isi –isi:

Isi 1 : Mempunyai kelayakan akademik yang bersesuaian dengan bidang


pekerjaan yang akan diceburi.
Isi 2 : Mengetahui keperluan yang dikehendaki dalam prospek kerjaya.
Isi 3 : Menguasai kemahiran teknologi terkini.
Isi 4 : Mempunyai kemahiran berkomunikasi yang baik dan sentiasa sabar.
Isi 5 : Mempunyai persediaan ketahanan mental dan fizikal.

Penutup : Kesimpulannya, pelbagai persediaan awal seharusnya dilakukan


sebelum menempuh alam pekerjaan.

73
SOALAN 11

Aku hampir gagal.Cukup aku beritahu bahawa kegagalan itu kerana rumah
burung walit tersebut tidak disinggahi burung walit sejak dibina.Puncanya tidak
lain kerana perakam suara burung walit dan kemudahan bekalan elektrik. Dalam
diam aku mengakui betapa ceteknya ilmu pengetahuan aku tentang bidang ini.
Situasi yang amat perit, mengecewakan, dan mengundang putus asa
menyebabkan aku hampir gulung tikar. Bukan mudah untuk aku meraih
keyakinan jawatankuasa pemilihan di agensi kewangan ketika ingin mendapatkan
bantuan modal. Bersungguh-sungguh aku berhujah bahawa akulah bumiputera
yang berupaya mendepani cabaran dalam bidang ini.

Sumber: Buku Teks Bahasa Melayu Tingakatan 5,


(KSSM) hlm.120.DBP.2020.
Petikan cerpen menjelaskan bahawa seseorang yang ingin berjaya dalam dunia
perniagaan perlu bersedia mendepani apa-apa juga cabaran dari segi fizikal dan
mental.
Huraikan usaha-usaha yang seharusnya dilakukan untuk menghadapi cabaran
dalam dunia keusahawanan.
CADANGAN JAWAPAN SOALAN 11

Pendahuluan:
- Calon menyentuh tentang bidang keusahawanan sebagai satu cabang
kerjaya pada masa ini.
- Calon menyatakan contoh kerjaya dalam bidang keusahawanan.
- Calon memberikan sebab memilih bidang keusahawanan.

Isi-Isi: Usaha-usaha yang seharusnya dilakukan oleh seseorang untuk


menghadapi cabaran dalam dunia keusahawanan.
1. Mendapatkan ilmu pengetahuan dalam bidang yang dipilih.
2. Mendapatkan bantuan modal daripada agensi yang berkaitan.
3. Mendapatkan khidmat nasihat daripada agensi berkaitan atau individu yang
telah berjaya dalam bidang yang diceburi.
4. Meningkatkan tahap komunikasi berkesan untuk mendapatkan kepercayaan
daripada pihak-pihak tertentu.
5. Meningkatkan kemahiran ICT untuk meluaskan pemasaran produk.

Penutup:

- Calon membuat kesimpulan terhadap bidang kerjaya yang dipilih.


- Calon memberikan cadangan terhadap prospek bidang kerjaya yang dipilih.
- Calon memberikan kesan bidang kerjaya yang dipilih terhadap
individu, masyarakat dan negara.

74
SOALAN 12
Perkhidmatan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang lebih luas
meliputi operasi penyelamatan di pelbagai tempat dan keadaan. Pihak JBPM
mempunyai pasukan khas yang terlatih untuk menjalankan kerja penyelamatan di
udara, di air, di bangunan tinggi, di bahagian cerun, dan di kawasan hutan.
Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya atau Hazardous Material Unit Team

( HAZMAT) pula berkebolehan untuk menjalankan kerja menyelamat di kawasan


yang mengandungi bahan berbahaya, seperti bahan kimia dan agen biologi.

Sumber:www.bomba,gov,my

Petikan di atas menerangkan bahawa pasukan keselamatan negara memainkan


peranan yang penting dalam usaha memastikan keselamatan umum. Namun
demikian, generasi muda kurang berminat dalam perkhidmatan ini.

Bincangkan usaha -usaha yang seharusnya dilakukan untuk menarik minat generasi
muda menceburkan diri dalam bidang perkhidmatan keselamatan negara.

CADANGAN JAWAPAN SOALAN 12

Pendahuluan:

- Calon menyentuh tentang kerjaya dalam bidang perkhidmatan negara.


- Calon memberikan contoh pasukan keselamatan negara.
- Calon menerangkan kepentingan pasukan keselamatan dalam memastikan
keharmonian dan kesejahteraan rakyat.

Isi-isi:

Usaha-usaha yang seharusnya dilakukan untuk menarik minat generasi muda


menceburkan diri dalam bidang perkhidmatan keselamatan negara.

1. Kerajaan mengadakan kempen dan pameran tentang kelebihan dan keunikan


pasukan keselamatan negara.
2. Unit Kokurikulum memperkasakan Unit Badan Beruniform dari segi aktiviti
dalam sekolah dan penglibatan di luar.

75
3. Ibu bapa menggalakkan anak-anak untuk memilih bidang keselamatan
sebagai cabang kerjaya.
4. Penulis novel atau sasterawan menghasilkan karya yang bertemakan
pasukan keselamatan negara.
5. Penerbit filem menghasilkan filem yang berkisar tentang kehebatan menjadi
anggota keselamatan negara.

Penutup:

- Calon membuat kesimpulan tentang isu yang telah dibincangkan.


- Calon memberi cadangan terhadap isu yang dibincangkan.
- Calon memberikan kesan terhadap cadangan isu yang dibincangkan
terhadap diri, masyarakat dan negara.

76
DOMAIN PENDIDIKAN
SOALAN 13

Muhammad Aiman memperoleh A bagi mata pelajaran Bahasa Melayu,


Bahasa Melayu (lisan), Bahasa Inggeris (lisan), Sejarah, Geografi, Bahasa
Arab, Pendidikan Islam, Matematik, Sains dan Kemahiran Hidup Bersepadu
serta B untuk Bahasa Inggeris.

“Ramai orang beranggapan kalau terlalu aktif dalam kokurikulum, susah nak
dapat banyak A, tetapi pendapat ini sebenarnya silap kerana yang paling
penting ialah kena pandai membahagikan masa,” katanya yang turut menjual
keropok di asrama sekolahnya untuk menambah wang saku.

( Sumber : Internet )
Aktiviti kokurikulum mampu membentuk pelajar yang berketrampilan dan
bersahsiah tinggi.

Huraikan pendapat anda untuk meyakinkan semua pihak bahawa kegiatan


kokurikulum banyak manfaat.

CADANGAN JAWAPAN SOALAN 13 :


1. murid-murid dapat mengisi masa lapang
2. membentuk disiplin murid dan memupuk nilai murni
3. menyihatkan tubuh badan
4. mengelakkan diri daripada terjebak dengan anasir tidak sihat

RUJUKAN TAMBAHAN
FAEDAH PELIBATAN DIRI DALAM AKTIVITI KOKURIKULUM

Kegiatan kokurikulum dapat didefinisikan sebagai kegiatan yang dijalankan di luar bilik darjah.
Kegiatan ini termasuklah kegiatan sukan dan permainan, pertubuhan pakaian seragam dan
kelab atau persatuan. Setiap pelajar diwajibkan supaya menyertai sekurang-kurangnya satu
daripada setiap aktiviti tersebut. Kegiatan kokurikulum ini bukan sahaja dapat memberikan
keseronokan malahan dapat mendatangkan pelbagai kebaikan kepada pelajar yang
menyertainya. Kegiatan kokurikulum telah dianggap satu aktiviti yang penting tetapi
pembabitan pelajar agak mengecewakan. Mereka menyertai aktiviti kokurikulum dengan
sambalewa bagaikan melepaskan batok di tangga. Hal ini amat membimbangkan kerana
usaha untuk melahirkan modal insan yang holistik dan seimbang tidak dapat dicapai melalui
bidang kurikulum sahaja tanpa penglibatan aktif dalam aktiviti kokurikulum. Pelbagai nilai
murni dapat dipupuk dalam diri pelajar seperti saya melalui aktiviti kokurikulum. Falsafah

77
Pendidikan Negara menegaskan sebanyak 16 nilai murni masyarakat Malaysia terdapat
dalam sistem pendidikan kita. Sebenarnya, apakah faedah-faedah yang saya peroleh
daripada aktiviti kokurikulum yang telah saya sertai?

Salah satu faedah aktiviti kokurikulum yang tidak dapat dikesampingkan ialah nilai
kepemimpinan dapat disemai dan subur dalam diri saya walaupun saya belum cukup keras
ubun-ubunnya. Hal ini penting supaya negara kita tidak ketandusan pemimpin yang berkualiti
pada masa hadapan kerana generasi muda pada hari ini merupakan bakal pemimpin negara.
Yang paling nyata melalui kegiatan kokurikulum, terdapat pelajar yang dilantik atau dipilih
sebagai pucuk pimpinan dalam organisasi mereka sama ada sebagai pengerusi, setiausaha
atau bendahari. Dalam konteks ini, pelajar telah diasuh dan diasah sebagai insan yang
bertanggungjawab, berkeyakinan, amanah, dedikasi dan berupaya berinteraksi dengan anak
buahnya. Unsur-unsur tersebut dan pengalaman dalam memimpin ini dapat menjadikan
mereka sebagai pemimpin yang berwibawa dan dihormati kelak. Bagi membuktikan perkara
ini, contoh yang boleh diketengahkan, saya telah dilantik sebagai pengerusi bagi Persatuan
Bahasa Melayu di sekolah. Sepanjang saya menjadi pengerusi bagi persatuan ini, saya dapat
mempelajari cara untuk menjadi seorang pemimpin. Saya berpeluang untuk merancang
pelbagai aktiviti yang menarik bersama dengan pasukan saya dan guru-guru penasihat saya
untuk menjayakan persatuan ini. Bukan itu sahaja, saya turut dapat menyelesaikan masalah-
masalah yang timbul dalam persatuan saya. Dengan memperoleh pengalaman-pengalaman
ini, saya akan menjadi lebih bijak dalam menguruskan sesuatu pekerjaan tanpa bantuan guru-
guru mereka. Tegasnya, nilai kepemimpinan dapat dipupuk dalam diri saya melalui aktiviti
kokurikulum yang saya ceburi.

Kupasan dan huraian tentang manfaat aktiviti kokurikulum tidak harus ada titik noktahnya,
maka sebagai meneruskan kesinambungan kupasan, moleklah andai kata ditinjau pula dari
aspek kegiatan kokurikulum juga dapat mengukuhkan nilai perpaduan antara kaum dalam
jiwa saya. Perpaduan amat penting dalam mewujudkan negara yang aman dan makmur
terutamanya dalam negara yang berbilang kaum seperti Malaysia. Setiap persatuan dan kelab
mempunyai banyak ahlinya. Ahli-ahli tersebut terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu,
Cina, India dan lain-lain. Nilai perpaduan dapat dipupuk apabila saya bersatu dengan rakan
yang berbangsa lain dalam sesuatu kegiatan. Sebagai contohnya, saya dan rakan saya yang
berbangsa Cina dan India mewakili pasukan kami untuk bertanding dalam acara sukan yang
diadakan setiap tahun seperti dalam pasukan bola jaring. Dalam perlawanan bola jaring, kami
akan bersatu dan bekerjasama ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni untuk
mencapai kejayaan pasukan. Secara tidak langsung, hubungan saya dengan rakan
seperjuangan yang berlainan kaum akan bertambah erat dan kukuh ibarat isi dengan kuku
serta bersatu untuk mencapai matlamat yang diharapkan kerana bersatu teguh bercerai
roboh. Kami akan saling menghormati walaupun warna kulit, agama dan bangsa kami
berlainan. Dengan ini, sebarang perselisihan faham dapat dielakkan dan kehidupan yang
harmoni dan humanis dapat dilahirkan. Saya juga dapat berkomunikasi dengan baik bersama
mereka walaupun berlainan agama atau kaum. Ringkasnya, penglibatan saya dalam kegiatan
kokurikulum mampu mewujudkan perpaduan serta mengikis sentimen perkauman dalam diri
saya.

Menyingkap dari perspektif yang lain, aktiviti kokurikulum juga dapat memupuk nilai
berdikari dalam diri saya. Berdikari membawa maksud keupayaan bertindak sendiri,
berkeyakinan dan cekal dalam menghadapi pelbagai dugaan. Memang tidak dapat dinafikan
bahawa segolongan pelajar pada hari ini tidak mempunyai sikap berdikari atau kendiri kerana

78
kehidupannya dilingkari dengan kemewahan dan sering dimanjakan oleh ibu bapa mereka.
Segala urusan kehidupan mereka seperti mencuci pakaian, pinggan mangkuk dan mengemas
bilik sendiri pun dilakukan oleh pembantu rumah mereka. Dalam aktiviti kokurikulum, nilai
berdikari boleh ditanam melalui penyertaan dalam pasukan beruniform. Saya telah menyertai
pasukan beruniform Pandu Puteri di sekolah saya. Lazimnya, pasukan beruniform ini akan
menganjurkan pelbagai kegiatan tahan lasak atau kegiatan di luar sekolah, seperti aktiviti
berkelah, berkhemah, berkembara atau ekspedisi. Dalam kegiatan yang sedemikian, setiap
peserta perlu menguruskan rutin hidupnya tanpa bantuan ahli keluarga. Sebagai contoh, saya
perlu memasak, mencuci pakaian dan mendirikan khemah sendiri. Lantaran itu, saya tidaklah
menjadi seperti burung dalam sangkar yang hanya disuap nasi tanpa diberi kebebasan untuk
hidup berdikari. Lebih-lebih lagi, dengan menganggotai pasukan beruniform saya lebih
berdikari berbanding dengan pelajar lain. Izharlah bahawa nilai berdikari dapat dipupuk
melalui penglibatan secara aktif dalam aktiviti kokurikulum yang saya sertai.

Di samping itu, dengan menyertai kegiatan kokurikulum saya juga dapat membentuk
disiplin diri saya. Disiplin sangat penting untuk mencapai kejayaan. Pelajar yang tidak
berdisiplin susah untuk berjaya. Disiplin juga dapat membentuk sikap tanggungjawab
seseorang pelajar. Sikap melepaskan batuk di tangga dapat dihapuskan apabila seseorang
pelajar diberi kepercayaan dan amanah untuk menyandang sesuatu jawatan yang penting
dalam unit beruniform, kelab dan permainan. Peraturan yang ditetapkan dalam unit
beruniform bertujuan untuk membentuk disiplin diri dan melatih mereka supaya berperibadi
tinggi dan luhur. Sebagai contohnya, saya akan dilatih menepati masa, berpakaian kemas
dan mematuhi peraturan sama ada peraturan perkhemahan, bersukan dan sebagainya.
Contoh yang lain, apabila hendak menjalani latihan sukan atau bahas, saya mesti menepati
masa. Jika terlewat, saya akan rugi kerana masa itu emas. Saya juga tidak akan terlibat dalam
masalah kebejatan sosial seperti melepak, menagih dadah dan vandalisme kerana
memounyai disiplin diri yang tinggi. Pendek kata, pembentukan disiplin diri yang tinggi dapat
saya capai melalui penyertaan aktiviti kokurikulum.

Berdasarkan cambahan minda yang telah dinyatakan di atas, dapatlah disimpulkan


bahawa kegiatan kokurikulum amat berfaedah kepada saya terutamanya dalam aspek
pemupukan pelbagai nilai murni. Tanpa penerapan nilai-nilai murni dalam jiwa generasi muda
sudah pasti usaha pembangunan negara akan terbantut kerana mereka merupakan jentera
penggerak kemajuan negara pada masa hadapan bak kata cogan kata, pemuda harapan
bangsa, pemudi tiang negara. Oleh itu, para pelajar perlulah memanfaatkan masa yang
terluang dengan menyertai aktiviti kokurikulum. Namun begitu, kita tidak seharusnya
mengharapkan usaha generasi yang baru berumur setahun jagung, berdarah setampuk
pinang semata-mata. Jadi, semua pihak seperti ibu bapa, pihak sekolah dan Kementerian
Pelajaran Malaysia perlulah menggembleng tenaga untuk memastikan para pelajar
melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kokurikulum di sekolah. Dengan ini, usaha untuk
melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang dapat menjadi kenyataan
dan bukannya sekadar omongan kosong. Benarlah kata mutiara sarjana, “Jika ingin melihat
masa hadapan sesebuah negara, lihatlah generasi mudanya pada hari ini.”

79
SOALAN 14

Pelbagai pendekatan harus dilaksanakan bagi mendidik masyarakat menghargai


dan peka terhadap alam sekitar. Pendidikan pada peringkat sekolah, kempen,
ceramah, pengedaran risalah, diskusi, wacana ilmu dan forum berkaitan harus
ditingkatkan dan diperluaskan ke segenap lapisan masyarakat. Seiring penularan
wabak COVID-19, semua pihak harus berganding bahu memastikan keselamatan
persekitaran daripada jangkitan virus.

Sumber : bhrencana@bh.com.my, 13 Mac 2020

Pendidikan Alam Sekitar merupakan satu usaha murni pihak Kementerian Pendidikan
Malaysia untuk memupuk semangat cintai Alam Sekitar terutama dalam generasi
muda. Oleh itu, sediakan satu laporan berkaitan dengan Program Cintai Sungai kita
yang diadakan di kawasan anda baru-baru ini. Anda dan ahli Kelab Alam Sekitar
sekolah anda berpeluang menjayakan program tersebut .

Sediakan laporan itu selengkapnya .

Isi-isi :
1. Pendahuluan – menyatakan maklumat berkaitan dengan tarikh , hari , masa
dan tempat serta penglibatan ahli.
2. Mengutip sampah di tepi sungai secara berkumpulan – menimbulkan
kesedaran ahli dan mewujudkan semangat bekerjasama / ringan tulang.
3. Menyertai proses pembersihan permukaan air sungai.
4. Mengumpul sampah di tempat urusetia-memenangi tempat pertama untuk
sampah terbanyak dikumpul.
5. Mengenali pemimpin masyarakat bersama -sama dalam program.

RUJUKAN TAMBAHAN
PENDAHULUAN:-
• Sungai merupakan pembekal sumber air kepada manusia.
• Melalui sungai manusia dapat minum, mandi dan mencuci pakaian.
• Sungai merupakan pembekal sumber makanan.
• Sungai juga menjadi lokasi yang menarik kunjungan pelancong.
• Hal ini demikian, sungai wajar dijaga agar kebersihannya akan terus terpelihara.

80
IDEA-IDEA PENTING:-
• Punca-punca pencemaran sungai.
1. Pembuangan sisa pepejal ke dalam sungai - sesetengah anggota masyarakat
mengambil jalan mudah dengan cara membuang sampah ke dalam sungai.
Mereka menganggap sungai sebagai tong sampah. Sungai menjadi kotor,
banyak hidupan akuatik yang pupus.
2. Pembuangan sisa kumbahan terus ke sungai - terdapat kilang yang membuang
sisa kumbahan terus ke sungai tanpa dirawat terlebih dahulu. Pengusaha
bertindak sedemikian kerana mahu menjimatkan kos. Sisa kumbahan banyak
mengandungi toksik yang boleh mengancam flora dan fauna sesebuah sungai.
3. Kurang pemantauan dan langkah penguatkuasaan yang lemah - Pihak berwajib
tidak melaksanakan tugas yang diamanahkan sebaik mungkin. Pihak berwajib
menghadapi masalah kekurangan pegawai. Pihak yang melakukan kesalahan
jarang-jarang dikenakan tindakan.
4. Sikap anggota masyarakat yang tidak prihatin - mereka tidak mempunyai
kesedaran betapa pentingnya sungai kepada kehidupan manusia. Mereka juga
kurang mengetahui kesan buruk pencemaran sungai. Pencemaran sungai yang
dilakukan oleh pihak lain hanya dipandang sebelah mata oleh masyarakat
sekeliling.

• Cara-cara mengekalkan keindahan sungai.


1. Pihak berwajib, NGO dan pihak swasta mestilah menganjurkan kempen 'Cintailah
Sungai Kita' secara berterusan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat
tentang kepentingan sungai. - kempen juga lebih berkesan jika diwara-warakan
melalui media massa seperti televisyen, radio dan sebagainya.
2. Kerap mengadakan aktiviti gotong-royong membersihkan sungai melibatkan
semua lapisan masyarakat - dapat menangani masalah sungai yang kotor.
Gotong-royong juga diharapkan dapat memupuk perasaan cinta akan sungai.
3. Tindakan penguatkuasaan yang lebih tegas dan berterusan - perlu mengenakan
tindakan tegas kepada pesalah-pesalah seperti mengenakan kompaun yang
lebih tinggi dan penjara mandatory.
4. Pihak berwajib wajar mempelbagaikan fungsi sungai - contohnya sungai dijadikan
lokasi pelancongan, aktiviti perkelahan, dan pertandingan sukan air.
PENUTUP:-
• Sungai merupakan khazanah kurniaan Tuhan yang sangat besar fungsinya.
Semua pihak perlu bekerjasama bagi memastikan keindahan dan kebersihan
sungai terpelihara sehingga bila-bila.

81
SOALAN 15

Dalam buku Teman Pelajar Kesusasteraan, Hashim Awang mengatakan bahawa


melalui bahasa, kesusasteraan dapat disebarkan dan melalui bahasa jugalah mesej
kesusasteraan dapat diikuti oleh pembaca dengan berkesan. Demikianlah eratnya
hubungan antara bahasa dengan kesusasteraan. Pada tahun 2000 komponen
sastera ( KOMSAS) diperkenalkan di sekolah menengah.

Sumber : Dewan Siswa, Bil 7/2018

Petikan di atas menyatakan maklumat yang berkaitan pendidikan komponen sastera


(KOMSAS) di sekolah.

Bincangkan kepentingan-kepentingan mempelajari pendidikan komponen sastera.

CADANGAN JAWAPAN SOALAN 15:

Pendahuluan

-Arus kemodenan dan kemajuan pada masa ini menyebabkan kesusasteraan Melayu
seakan-akan dilupakan dan dipinggirkan oleh lapisan masyarakat terutamanya
golongan muda.

-Pada zaman dahulu, karya sastera diterima oleh masyarakat sebagai karya yang
diminati ramai.

-Tahun2000, KOMSAS diperkenalkan di sekolah menengah.

Isi-isi :

1. Murid meningkatkan dan mengukuhkan minat membaca pelbagai genre


sastera.
-tabiat suka membaca penting untuk melahirkan individu yang berpengetahuan
dan bermaklumat.

82
-individu yang gemar membaca lebih berkeupayaan untuk berfikir dengan
cekap berbanding individu lain yang “culas” membaca.
-ucapan individu yang gemar membaca lebih meyakinkan pendengar.

2. Bakat murid dalam bidang penulisan dapat dikembangkan


-murid mempelajari pelbagai aspek berkaitan dengan karya sastera
-timbul minat dalam kalangan murid tertentu untuk mencubanya
-bakat penulis pada hari ini dikesan oleh guru mereka sejak di bangku sekolah
-bertepatan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu mengembangkan
potensi individu

3. Penerapan nilai murni melalui karya kesusasteraan.


-banyak nilai dikemukakan dalam genre sastera seperti nilai kegigihan,
keberanian, tanggungjawab, kasih sayang dan sebagainya.
-murid yang kerap didedahkan dengan kelebihan nilai tersebut akan
mengamalkannya dalam kehidupan harian.
-membentuk jati diri generasi muda yang bergelar murid.

4. Satu pendekatan dalam meningkatkan perpaduan.


-semua murid tanpa mengira bangsa dan agama perlu mempelajari KOMSAS.
-murid dapat mempelajari khazanah bangsa seperti novel, cerpen, drama, puisi
melayu tradisional, prosa tradisional.
-mereka akan mempelajari dan mengkaji pelbagai aspek sastera dengan
pelbagai cara seperti aktiviti PAK21.
-aktiviti tersebut secara tidak langsung dapat memupuk perpaduan kaum dan
mewujudkan perasaan hormat menghormati antara satu sama lain.

Penutup

-Hargai dan selami karya sastera kerana sastera merupakan sebahagian daripada
kehidupan manusia.

-cari dan baca bahan bacaan kesusasteraan Melayu yang berkualiti serta boleh
melahirkan rasa cinta dan syukur terhadap negara, bangsa dan agama.

83
SOALAN 16

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah


memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini
adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia

Falsafah Pendidikan Kebangsaan di atas jelas menerangkan betapa pentingnya


pendidikan kepada warganegara Malaysia tanpa mengira batas usia seseorang.

Huraikan kepentingan ilmu dalam kehidupan.

CADANGAN JAWAPAN SOALAN 16:

Pendahuluan

- ilmu sangat signifikan dalam kehidupan manusia


- ilmu duniawi mahupun ilmu ukhrawi
- seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani
- falsafah pendidikan kebangsaan
Isi-isi:

Isi 1

- memperoleh peluang kerjaya yang baik sekali gus meningkatkan taraf hidup
- menjawat jawatan yang lebih besar – kerusi empuk
- kerjaya dalam bidang profesional seperti jurutera, doktor, akauntan dan
sebagainya

84
- mengubah kehidupan – membina rumah yang selesa, berkereta yang sesuai
dengan taraf kehidupan, memiliki keperluan asas dan kehendak diri

Isi 2

- menjamin kehidupan
- tidak mudah goyah dan terpengaruh oleh rakan-rakan yang terjebak dalam
masalah sosial
- tidak mudah diheret dalam kehidupan yang bertiangkan hedonisme
- ilmu suluh kehidupan
- saidina ali abu talib r.a. “tuntutlah ilmu kerana ilmu menjaga kamu, kamu
menjaga harta ….”
- kepentingan ilmu – menjamin kehidupan yang lebih sejahtera dan berjaya

Isi 3

- boleh berkhidmat untuk agama, bangsa, dan negara


- ilmu dalam bidang agama membolehkan mereka menyampaikan ceramah
yang menyedarkan manusia tentang kehebatan agama Islam dan mendidik
masyarakat mematuhi ajaran-ajaran agama
- kesedaran agama timbul – masyarakat berjaya membangunkan bangsa dan
negara
- semua ajaran agama mengajak manusia melakukan kebaikan

Isi 4

- disanjung tinggi oleh masyarakat


- meletakkan seseorang pada tahap yang tinggi dan diberi sanjungan oleh
masyarakat
- sikap masyarakat yang memandang tinggi golongan intelektual
- khidmat mereka boleh digunakan untuk kepentingan umum
- doktor mampu member rawatan kepada pesakit, pendakwah mampu memberi
kesedaran kepada masyarakat, guru menyampaikan ilmu kepada para pelajar
- dikagumi, dijadikan suri teladan
- kehidupan akan sentiasa sukses

85
Isi 5

- tidak mudah dimanipulasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab


- masyarakat yang kurang berilmu cenderung untuk diperdaya oleh penjenayah
- masyarakat yang berilmu sering berfikir secara rasional dan tidak bertindak
membabi buta
- terpedaya dengan peraduan gores dan menang, membeli barangan yang tidak
berkualiti dengan harga yang tinggi kerena ceteknya ilmu
- setiap wadah yang istiqamah dalam jihad menimba ilmu, kejayaan dan
kesejahteraan pasti mewarnai kehidupan
- ilmu pengetahuan amat vital bagi setiap individu agar mampu mengharungi
dunia yang penuh dengan liku dan cabaran

Penutup

- keseimbangan ilmu dunia dan ilmu akhirat


- menguasai ilmu agama sebagai benteng dan jati diri
- ilmu menjadikan kita insan yang berguna dan Berjaya
- berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta member sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara
- pesan Imam al-Ghazali, “ilmu tanpa amal itu ibarat pohon yang tidak berbuah,
ilmu tanpa amal itu gila, dan amal tanpa ilmu itu sia-sia”

Ungkapan Menarik:

- Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahat


- Ilmu Pelita Hidup
- Ilmu Suluh Kehidupan
- Tuntutlah ilmu walaupun sampai ke negeri China

86

Anda mungkin juga menyukai