Anda di halaman 1dari 22

[DOCUMENT TITLE]

[Document subtitle]

[DATE]
[COMPANY NAME]
[Company address]
SKEMA JAWAPAN MODUL BM TINGKATAN 4 1

1) MORFOLOGI
Praktis 1
Kata hubung
i. kerana
- Contoh ayat: adik menangis sepanjang malam kerana giginya sakit.
ii. untuk
- Contoh ayat: Penutupan sekolah di seluruh Sabah adalah untuk memutuskan
rangkaian penularan Covid-19.
iii. dan
- Contoh ayat: Ayah dan ibu sentiasa mengingatkan kami supaya mematuhi penjarakan
fizikal semasa berada di tempat awam.
iv. bagi
- Contoh ayat: Simbol terkenal bagi perayaan Hari Raya di Malaysia ialah ketupat.
Kata sendi nama
i. kepada
- Contoh ayat: Perdana Menteri Malaysia yang bersikap prihatin itu telah memberikan
amaran kepada individu-individu yang ingkar arahan sepanjang tempoh Perintah
Kawalan Pergerakan Bersasar.
ii. dari
- Contoh ayat: Pelancong asing yang berasal dari Chaina itu telh disahkan positif
Covid-19.

Praktis 2
Kata kerja
i. disemai
- semangat cinta akan negara perlu disemai dalam jiwa anak-anak seawal usia mereka.
ii. mendidik
- Contoh ayat: Ibu bapa memainkan peranan mendidik anak-anak untuk membaca sejak
mereka kecil lagi.
iii. mengikuti
- Contoh ayat: Aminah sentiasa mengikuti perkembangan terkini Covid-19 yang
melanda negara.
iv. memikul
- Contoh ayat: Mak Long terpaksa bekerja keras kerana memikul tanggungjawab
membesarkan anak-anak selepas kematian suaminya.
Kata adjektif
i. sihat
- Contoh ayat: Kita mestilah menjaga pemakanan dan sentiasa bersenam agar kita
sentiasa sihat.
ii. sejahtera
- Contoh ayat: Kita haruslah menjaga kesihatan diri dan keluarga agar hidup sihat dan
sejahtera.
iii. sukar
- Contoh ayat: Hanie melalui masa sukar beliau dengan penuh ketabahan.
iv. muda
- Amira yang sudah berumur 48 tahun itu kelihatan masih muda.
SKEMA JAWAPAN MODUL BM TINGKATAN 4 2

v. peka
- Contoh ayat: Kita haruslah peka kepada perkembagan semasa kes jangkitan Covid-19
di negara agar kita dapat mengambil langkah pencegahan yang sepatutnya.
vi. besar
- Contoh ayat: Rumah yang baharu dibina oleh Amizan itu sangat besar dan cantik.

Praktis 3
Kata majmuk
i. tanggungjawab
- Contoh ayat: Ibu bapa perlu memikul tanggungjawab yang besar untuk mendidik
anak-anak agar menjadi insan yang berguna.
ii. kerjasama
- Contoh ayat: Perdana Menteri Malaysia menyeru agar rakyat memberikan kerjasama
untuk memerengi Covid-19 dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan.
iii. terima kasih
- Contoh ayat: Murni mengucapkan terima kasih kepada Doktor Alyia kerana telah
merawatnya dengan baik semasa dia ditahan di wad hospital.
SKEMA JAWAPAN MODUL BM TINGKATAN 4 3

2) SINTAKSIS

Praktis 1
Berdasarkan petikan di bawah, gabungkan ayat-ayat tersebut menjadi tiga ayat sahaja dengan
mengekalkan maksudnya.

Sambutan hari kemerdekaan pada setiap tahun membawa makna yang besar kepada masyarakat
di negara ini. Kemeriahannya memberi makna bahawa kita memiliki sebuah negara berdaulat.
Oleh itu, setiap warganegara Malaysia perlu menyambut hari kemerdekaan kerana sambutan
ini dapat menyemai rasa cinta akan negara dalam diri masing-masing.

Praktis 2
Berdasarkan petikan di bawah, kenal pasti dan tulis subjek dan predikat yang lengkap bag tiga
ayat yang anda pilih seperti berikut.

i) Subjek: Rakyat Sabah


Predikat: percaya bahawa Gunung Kinabalu menjadi tempat persemadian roh nenek
moyang mereka
ii) Subjek: Agama dan kepercayaan yang dianggap suci
Predikat: perlu dihormati daripada pelbagai aspek, termasuk berkelakuan sopan, tidak
membuat bising, menjaga kebersihan dan tidak sengaja mendatangkan kerosakan.
iii) Subjek: Pelancong asing yang berbogel dan membuang air kecil di puncak tersebut
Predikat: dianggap tidak menghormati adat dan kepercayaan kaum ini.
iv) Subjek: Oleh itu, bukanlah sesuatu yang pelik apabila kaum Kadazandusun
Predikat: meluahkan kemarahan mereka terhadap kumpulan pelancong asing ini.

Praktis 3
Baca petikan di bawah dengan teliti. Tukarkan ayat bersusunan biasa yang bergaris kepada
ayat bersusunan songsang tanpa mengubah maksud asalnya.

i. Adalah yang pertama di Malaysia penggunaan robot ketika konvekesyen pelajar.


ii. Akan menerima secara “live” tetapi melalui steaming graduan yang berada di dalam
negara mahupun luar negara.
iii. Dapat mencegah penularan wabak “Covid-19” penggunaan robot.
SKEMA JAWAPAN MODUL BM TINGKATAN 4 4

3) PENYUNTINGAN
Praktis 1
Dalam petikan 1, terdapat lima kesalahan bahasa manakala petikan 2 terdapat enam kesalahan
bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap petikan anda tidak boleh
menyenaraikan lebih daripada jumlah kesalahan yang dinyatakan dalam arahan soalan. Anda tidak
perlu menyalin petikan-petikan tersebut.
Bahan 1:
i. ko-kurikulum – kokurikulum
ii. acara- aktiviti
iii. di wajibkan – diwajibkan
iv. dari – daripada
v. dibentuk – membentuk
Bahan 2
i. sabah – Sabah
ii. perkuburan – persemadian
iii. siapa – sesiapa
iv. bukan – tidak
v. didatangkan – mendatangkan
vi. pelancung - pelancong

Praktis 2
Dalam petikan 1, terdapat lapan kesalahan bahasa manakala petikan 2 terdapat tiga kesalahan
bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap petikan anda tidak boleh
menyenaraikan lebih daripada jumlah kesalahan yang dinyatakan dalam arahan soalan. Anda tidak
perlu menyalin petikan-petikan tersebut.
Bahan 1:
i. hikma – hikmah
ii. di terima – diterima
iii. dari cara – daripada cara
iv. melonjakan – melonjakkan
v. teknoloji – teknologi
vi. di dalam kehidupan – dalam kehidupan
vii. tergantung - bergantung
viii. pandemik – pendemik

Bahan 2:
i. Seringkali – Sering kali
ii. peralatan-peralatan – peralatan
iii. meninggikan - meningkatkan
SKEMA JAWAPAN MODUL BM TINGKATAN 4 5

Praktis 3
Petikan di bawah mengandungi 13 kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-
kesalahan itu. Anda tidak bolh menyenaraikan lebih daripada 13 kesalahan yang terdpat dalam
petikan. Anda tidak perlu menyalin petikan tersebut.
i. Pertama – pertama
ii. memikul – menyandang
iii. paling terkemuka – terkemuka
iv. gabenor –Gabenor
v. budaya – budayawan
vi. dari kedua – daripada kedua-dua
vii. kedua – kedua-dua
viii. Beliau adalah - Beliau ialah
ix. Sembilan – sembilan
x. didunia – di dunia
xi. bank Pusat – Bank Pusat
xii. sepajang – Sepanjang
xiii. krissis – krisis
SKEMA JAWAPAN MODUL BM TINGKATAN 4 6

4) BAHASA MELAYU STANDARD

Praktis 1

Bahasa klasik Bahasa Moden


Maka Kertala Sari pun berdirilah atas kepala Kemudian Kertala Sari pun berdirilah atas
Laksamana itu, katanya, “Teririk bangkai kepala Laksamana itu, dan berkata, “Aku
pula aku ini!” terpijak mayat pula!”
Adapun akan Laksamana tidur itu kerisnya Laksamana tidur dengan kerisnya yang sudah
sudah terhunus, lalu ia bangun melompat terhunus, lalu bangun melompat menikam
menikam dada Kertala Sari terus ke dada Kertala Sari terus ke belakangnya.
belakangnya
Maka Laksamana pun berkata, “Ceh, mati Laksamana pun berkata, “Cis, matilah engkau
engkau olehku!” olehku!”
Setelah Kertala Sari merasai luka itu, maka Setelah Kertala Sari merasai luka itu,
dihunusnya kerisnya pula mengusir kemudian menghunus kerisnya mengusir
Laksamana. Laksamana.
Dua tiga langkah maka ia pun rebah Dua tiga langkah Kertala Sari pun jatuh
terjerumus lalu mati. tersembam lalu mati.
Oleh Laksamana dihirisnya syahwatnya lalu Syahwat Kertala Sari dihiris oleh Laksamana
ia kembali ke rumah. lalu Laksmana pun kembali ke rumah.

Kemudian Kertala Sari pun berdirilah atas kepala Laksamana itu, dan berkata, “Aku
terpijak mayat pula!”
Laksamana tidur dengan kerisnya yang sudah terhunus, lalu bangun melompat
menikam dada Kertala Sari terus ke belakangnya.
Laksamana pun berkata, “Cis, matilah engkau olehku!”
Setelah Kertala Sari merasai luka itu, kemudian menghunus kerisnya mengusir
Laksamana. Dua tiga langkah Kertala Sari pun jatuh tersembam lalu mati. Syahwat Kertala
Sari dihiris oleh Laksamana lalu Laksmana pun kembali ke rumah.
SKEMA JAWAPAN MODUL BM TINGKATAN 4 7

Praktis 2
Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan
tersebut dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.

Bahasa klasik Bahasa Moden


Hatta maka hari pun malamlah. Maka Kertala Hari pun malam. Kertala Sari mencuri di
Sari pun masuk mencuri pula sebuah rumah rumah-rumah saudagar.
saudagar yang lain.
Setelah sudah banyaklah ia beroleh harta, Setelah mendapat banyak harta, Kertala Sari
maka ia pun kembali pada tempatnya pula. pun kembali ke tempatnya.
Dengan demikian habislah segala harta Habis semua harta saudagar kaya dicuri oleh
saudagar yang kaya-kaya itu dicurinya. Kertala Sari.
Maka segala saudagar dan orang kaya-kaya Semua saudagar dan orang kaya pergi
itu pun masuk menghadap raja berdatang menghadap raja dan berkata,” Ya, tuanku,
sembah, “Ya tuanku, patik mohon ampun, patik mohon ampun, kami semua ini telah
adapun patik sekalian ini habis kecurian dirompak dan kini tinggal sehelai
tinggal sehelai sepinggang sepinggang”.

Hari pun malam. Kertala Sari mula mencuri di rumah-rumah saudagar. Setelah mendapat
banyak harta, Kertala Sari pun kembali ke tempatnya. Habis semua harta saudagar kaya
dicuri oleh Kertala Sari. Semua saudagar dan orang kaya pergi menghadap raja dan
berkata,” Ya, tuanku, patik mohon ampun, kami semua ini telah dirompak dan kini tinggal
sehelai sepinggang”.
SKEMA JAWAPAN MODUL BM TINGKATAN 4 8

Praktis 3
Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan
tersebut dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.

Bahasa klasik Bahasa Moden


Maka Laksamana pun membahagi tiga, Laksamana pun membahagi harta itu kepada
diambil oleh Laksamana harta itu sebahagi. tiga bahagian dan satu bahagian diambilnya
Maka yang sebahagi Laksamana ambil itu Bahagian yang diambil oleh Laksamana itu
dibahagi tiga pula; yang sebahagi itu dibahagi kepada tiga bahagian lagi; yang
didermakan pada segala fakir miskin dan sebahagian itu didermakan kepada fakir
sebahagian lagi diberikan pada segala miskin dan sebahagian lagi diberikan kepada
pegawai yang tiada penguasaan dan semua pegawai tidak berpangkat dan
sebahagi diberikan pada segala orangnya. sebahagian diberikan kepada pengikut-
pengikutnya.
Maka segala harta itu pun habislah, suatu pun Semua harta itu telah habis, satu pun tidak
tiada diambil oleh Laksamana. diambil oleh Laksamana.

Laksamana pun membahagi harta itu kepada tiga bahagian dan satu bahagian diambilnya.
Bahagian yang diambil oleh Laksamana itu dibahagi kepada tiga bahagian lagi; yang
sebahagian itu didermakan kepada fakir miskin dan sebahagian lagi diberikan kepada semua
pegawai tidak berpangkat dan sebahagian diberikan kepada pengikut-pengikutnya. Semua
harta itu telah habis, satu pun tidak diambil oleh Laksamana.
SKEMA JAWAPAN MODUL BM TINGKATAN 4 9

5) PERIBAHASA

Praktis 1
Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian nyatakan tiga peribahasa yang sesuai dengan
situasi dalam petikan tersebut.
i. Bagai layang-layang putus tali
ii. Bersengkang mata
iii. Usaha tangga kejayaan
iv. Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa.

Praktis 2
Petikan di bawah mengandungi beberapa peribahasa. Senaraikan dua peribahasa sahaja,
kemudian berikan peribahasa lain yang sama maksud atau hampir sama maksud dengan
peribahasa tersebut.
i. Kepala batu
ii. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri.
iii. Membabi buta.

Praktis 3
Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian nyatakan tiga peribahasa yang sesuai dengan
situasi dalam petikan tersebut.
i. Sudah terhantuk baru tengadah
ii. Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis.
iii. Sesal dahulu pendapatan, selas kemudian tiada berguna.
SKEMA JAWAPAN MODUL BM TINGKATAN 4 10

BAHAGIAN B: PEMAHAMAN PETIKAN


6) PETIKAN UMUM

Praktis 1
i. Maksud difteria ialah jangkitan akut yang menjejaskan sistem pernafasan.

ii. – mendapatkan suntikan pelali.


- Vaksin yang perlu diambil ialah kombinasi vaksin lima serangkai (DTap-IPV/Hib)
yang diberikan kepada kanak-kanak berumur dua bulan, tiga bulan, lima bulan, 18
bulan, dan tujuh tahun.

iii. – menjejaskan kesihatan sehingga menyebabkan kematian


- Memberi kesan/impak psikologi atau kesihatan mental seperti kemurungan kerana
bimbang akan ancaman wabak.
- Meningkatkan kos hidup terutamanya daripada segi kos perubatan
- Kesedihan – kehilangan orang tersayang.
- Perubahan norma hidup – amalan baharu bagi mencegah penularan penyakit berjangkit.

iv. – menghulurkan bantuan perubatan seperti vaksin.


- Memberikan bantuan kewangan
- Mengadakan kempen atau program kemanusiaan
- Memberi ceramah kesihatan agar mereka mendapat maklumat berkaitan dengan
pencegahan penyakit berjangkit dan kepentingan suntikan pelali

Praktis 2
i. Maksud tahap penerimaan yang tinggi.
ii. Persamaan
- melibatkan guru dan pelajar
- bertujuan untuk mempelajari/menguasai sesuatu tajuk
Perbezaan:
- Pendekatan berbeza: kelas tuisyen diadakan di kelas tuisyen/ pusat tuisyen.
Penggunaan gajet: di mana-mana sahaja
- Masa: Kelas tuisyen: masa telah ditetapkan. Penggunaan gajet- pada bila-bila
masa
- Kelas tuisyen tidak sebarang aplikasi. Penggunaan gajet- memerlukan
aplikasi/Internet
iii. Kesan-kesan penggunaan “gajet” melampau
- Kemahiran sosial terjejas
- Pencapaian akaedmik terjejas
- Kurang tidur sehingga memberi kesan psikologi seperti cepat marah.
- Meningkatkan risiko penyakit seperti diabetes, tekanan darah tinggi, kemurungan
iv. Cadangan langkah
- Membuat tugasan lebih awal dan tidak bertangguh.
- Menyediakan jadual perancangan supaya pelaksanan tugasan berjalan lancar
- Agihkan tugasan dengan ahli kumpulan agar tugasan tidak dibuat seorang diri.
SKEMA JAWAPAN MODUL BM TINGKATAN 4 11

- Merujuk kepada guru sekiranya terdapat sebarang ketidakfahaman/ masalah


semasa melaksanakan tugasan
Praktis 3
i. Maksud sangat berkesan
ii. Kepentingan
Bahan 1
- Bidang ketenteraan – menukar kaedah peperangan dengan penghasilan kenderaan
tanpa pemandu.
- Pembuatan pakaian – Pakaian tentera ringan dan pintar.
Bahan 2
- Membantu mengesan pembiakan aedes terutama di lokasi yang terlindung dan
tinggi.
iii. Kesan-kesan pelupusan sisa elektronik yang tidak sempurna
- Mengakibatkan kembung dan senak perut, sembelit, sakit kepala
- Dalam jangka masa panjang boleh menyebabkan kanser
- Pencemaran alam sekitar
iv. Cadangan langkah
- Kerajaan menguatkuasakan undang-undang berkaitan penggunaan nanoteknologi
supaya tidak disalahgunakan
- Kerajaan mengeluarkan garis panduan tentang pengurusan sisa nanoteknologi
agar tidak mencemarkan alam sekitar dan menjejaskan kesihatan manusia
- Kerajaan mengehadkan penggunaan nanoteknologi dalam bidang ketenteraan
supaya tidak mengancam keselamatan negara.
- Kerajaan menggalakkan penyelidikan dalam bidang nanoteknologi agar dapat
menemukan penyelesaian terhadap ancamannya.
SKEMA JAWAPAN MODUL BM TINGKATAN 4 12

7) PETIKAN SASTERA
Praktis 1
i. Maksud – eratkan persaudaraan
ii. Cara-cara mempertahankan kedaulatan negara
Bahan 1
- Pemimpin kin harus berani melawan tuduhan melulu yang dilemparkan.
- Kita harus menentang anasir negatif/ pihak yang mahu menjatuhkan Malaysia.
- Mengukuhkan tali persaudaraan agar persengketaan sesama rakyat dapat dihindari
Bahan 2
- Memenuhi ilmu didada.
- Memelihara agama dan bahasa.
- Menyemai semangat patriotism dalam diri.
iii. Aktiviti-aktiviti yang dilakukan bagi mewujudkan perpaduan.
- Mengadakan aktiviti gotong-royong.
- Mengadakan pertandingan semasa sambutan Hari Kebangsaan.
- Melaksanakan aktiviti berkumpulan yang terdiri daripada pelbagai kaum.
- Mengadakan sambutan perayaan atau majlis rumah terbuka bagi semua kaum di
peringkat sekolah seperti hari Raya, Tahun Baru Cina, Hari Natal, dan Deepavali.
iv. Cadangan langkah
- Memberikan didikan agama
- Ibu bapa menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak
- Ibu bapa memantau tingkah laku/ pergerakan anak-anak
- Mengadakan aktiviti-aktiviti berkonsepkan cinta akan negara.

Praktis 2
i. Maksud - kelakuan yang tidak baik/ sopan
ii. Nasihat
Bahan 1
- Kita perlu menjaga anggota badan seperti mata, telinga, lidah, tangan, sikap dan
kaki agar kita memperoleh banyak kebaikan.
Bahan 2
- Kita perlu menjaga tutur kata kerana tutur kata yang tidak sopan akan menguris
perasaan orang lain.
iii. Langkah-langkah yang perlu dilakukan apabila menerima berita yang belum pasti
kebenarannya;
- Bertanya kepada badan yang bertanggungjawab/ menyiasat
- Melaporkan berita kepada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya
- Mengabaikan berita
iv. Cara mengatasi sikap peniaga yang tidak sopan.
- Menegur dengan cara baik- mungkin mereka tidak sedar akan perbuatan mereka.
- Setiap peniaga perlu mengikuti kursus perniagaan agar mereka tahu tentang etika
ketika berniaga.
- Pihak berkuasa mengenakan tindakan kepada peniaga-peniaga yang tidak sopan/
mengeluarkan kata-kata kesat dengan memberi denda atau penjara.
SKEMA JAWAPAN MODUL BM TINGKATAN 4 13

- Peniaga sendiri perlu menerapkan nilai-nilai murni dalam diri massing-masing


agar perkara seperti ini tidak berlaku.

Praktis 3
i. Maksud – kehidupan yang melarat
ii. Isu dalam bahan 1 dan bahan 2
Bahan 1
- Penindasan golongan berkuasa/kaya terhadap golongan miskin – tanah mereka
dirampas tanpa rela.
Bahan 2
- Penindasan golongan raja terhadap golongan rakyat – tanah mereka dirampas
secara penipuan.
iii. Sebab-sebab demonstrasi tidak digalakkan
- Menjatuhkan imej negara
- Mengganggu ketenteraman awam
- Meningkatkan kos operasi pentadbiran pasukan keselamatan
- Merosakkan harta benda awam
- Mengurangkan kedatangan pelancong/ pelabur asing
iv. Cadangan langkah
- Melantik seorang ketua/ pemimpin yang berkepimpinan untuk menyuarakan
sesuatu perkara.
- Mewujudkan satu persatuan yang melindungi golongan bawahan.
- Mengadakan perbincangan dengan pihak yang terlibat untuk mengatasi sesuatu
perkara agar tiada pihak yang tertindas.
- Masyarakat bawahan sentiasa bersatu padu dan bekerjasama antara satu sama lain
agar penindasan dapat ditangkis.
SKEMA JAWAPAN MODUL BM TINGKATAN 4 14

8) NOVEL
Praktis 1
i. Berdasarkan petikan, faktor perubahan pantai dan langkah mengatasinya
- Berdasarkan petikan, faktor perubahan pantai adalah kerana berlakunya hakisan
ombak.
- Langkah mengatasi hakisan ombak adalah dengan meletakkan bongkah-bongkah batu
besar di tepi pantai untuk mengelakkan hakisan lebih jauh lagi.
ii. Kritikan masyarakat

Di Sebalik Dinara, karya Dayang Noor


1. Kritikan terhadap masyarakat yang tidak mempercayai kewujudan Tuhan.
Contoh: Karl tidak mengakui dan mempercayai kewujudan Tuhan. Dia telah menukarkan
isterinya, Rusmina menjadi cyborg bernama Alia kerana Rusmina tidak mahu
meninggalkan agamanya.
2. Kiritikan terhadap masyarakat yang terlalu taksub dengan kecanggihan teknologi
sehingga mengabaikan nilai kemanusiaan.
Contoh: Karl menanam pelbagai jenis implan dalam tubuh kecil Farisha tanpa diberi ubat
bius. Ketaksubannya telah menghilangkan sifat-sifat kemanusiaan.

Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin


1. Pengarang mengkritik sikap masyarakat yang sentiasa berprasangka buruk terhadap
orang lain.
Contoh: Penduduk kampung yang sering buruk sangka terhadap orang lain telah
menuduh Haziq dan Rafik mencuri kubah surau sedangkan ayah mereka, Seman yang
melakukannya.
2. Pengarang mengkritik sikap masyarakat yang tidak bertanggungjawab terhadap keluarga.
Contoh: Seman tidak bertanggungjawab terhadap keluarganya kerana terlibat dengan
perjudian dan alkohol serta sanggup mendera isteri dan anak-anaknya apabila mabuk.

Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Latif Talib


1. Kritikan terhadap masyarakat yang suka membuang masa dengan perkara yang tidak
berfaedah.
Sebagai contoh: Nordin sering duduk-duduk dan bermain dam di warung Pak Samad.
2. Kritikan terhadap masyarakat yang suka berdendam dengan berprasangka buruk terhadap
orang lain.
Sebagai contoh: Nordin berprasangka buruk dan berdendam dengan Pak Saidi. Dia
menyangka bahawa Pak Saidi yang mengadukan perbuatnya mencuri buah-buahan
penduduk kampung kepada ayahnya sehingga dia dipukul ayahnya. Nordin yang
berdendan dengan Pak Saidi telah merosakkan basikal Pak Saidi.
SKEMA JAWAPAN MODUL BM TINGKATAN 4 15

Pantai Kasih, karya Azmah Nordin


1. Kritikan terhadap masyarakat yang hidup dengan pergaulan bebas.
Sebagai contoh: Emak Sister Felicia ketelanjuran sehingga mengandungkan anak luar
nikah hasil pergaulan bebas sewaktu mudanya.
2. Kritikan terhadap masyarakat yang hidup dengan pergaulan bebas.
Sebagai contoh: Emak Sister Felicia ketelanjuran sehingga mengandungkan anak luar
nikah hasil pergaulan bebas sewaktu mudanya.

Praktis 2
i. Berdasarkan petikan, bukti bahawa sesebuah kampung itu tidak mundur
- Lampu kuning dipasang berselang tiga tiang elektrik.
- Jalannya sudah berturap.
- Ada sekolah, balai raya dan klinik desa.
- Ada bangunan yang dijadikan pusat komoditi pertanian.
- Di hadapan kampung ini ada papan tanda besar menunjukkan arah bangunan-
bangunan ini. Terpampang juga logo
ii. Dua peristiwa yang membawa kepada klimaks

Di Sebalik Dinara, karya Dayang Noor


1. Peristiwa yang membawa kepada klimaks yang pertama ialah peristiwa Farisha pengsan
di makmal Soft Lab.
- Doktor dipanggil dan Farisha dibawa ke hospital. Aqram, Khairul Anwar dan
Dr.Maxi hairan dan menurut Aqram dia sudah menyiasat latar belakang Farisha
sekian lama tiada pula maklumat tentang sebarang penyakit yang
membimbangkan. Sebaik saja Farisha dibawa ke hospital, Dr.Maxi, Aqram dan
Khairul Anwar bergegas ke Arkib untk berjumpa Shida. Beberapa soalan diajukan
kepadanya tentang latar belakang penyakit Farisha. Dr.Maxi ingin tahu sama ada
Farisha mengandung.
2. Peristiwa yang membawa kepada klimaks yang kedua ialah peristiwa Farisha
mendedahkan bahawa dia dapat berkomunikasi dengan ibunya kepada Azraai.
- Azraai kelihatan sangat cemas apabila mendengar berita tersebut dan menyatakan
bahawa Farisha dalam bahaya dan terus membawa Farisha keluar dari hospital
menuju ke arah selatan. Azraai bercakap dengan seseorang dan bersetuju
mendapatkan kunci rumah daripada orang tersebut di Perhentian Ayer Keroh.
SKEMA JAWAPAN MODUL BM TINGKATAN 4 16

Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin


1. Peristiwa isu kubah surau yang telah dicetuskan oleh Pak Sahak, ketua kampung, Imam
Sanusi dan seorang pemuda.
- Berlaku pertentangan pendapat antara golongan muda dengan golongan tua
berkaitan isu kubah sama ada perlu diletakkan di atas surau ataupun membina
masjid yang baharu. Mereka ke rumah datuk untuk berbincang supaya masalah
yang buntu ini dapat diselesaikan, jika tidak campur tangan Yang Berhormat
diperlukan.
2. Peristiwa yang membawa kepada klimaks yang kedua ialah peristiwa Seman yang
sedang berang memukul Haziq.
- Terdapat beberapa orang di dalam rumah Che Jah ketika itu. Tiba-tiba seorang
pemuda jatuh terhumban dari atas rumah, iaitu Haziq dengan keadaan tubuhnya
berdarah. Seman yang naik angin dan dalam keadaan yang tidak siuman telah
menerajang Haziq sehingga menyebabkan mulutnya berdarah. Tiada seorangpun
yang berani meleraikan ketegangan itu, mereka hanya berani melihat tentang
perkara yang berlaku. Manakala, Che Jah telah memekik minta cerai kerana tidak
sabar lagi dengan karenah suaminya yang bertindak melulu.

Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Latif Talib


1. Peristiwa Adnan menghantar Sophia dan anak-anak pulang ke kampung semula.
- Terdapat ura-ura kedatangan tentera Jepun semakin hampir di Tanah Melayu dan
Singapura, Adnan terpaksa menghantar keluarganya pulang ke kampung di
Kajang demi menjaga keselamatan mereka. Pada ketika itu, Sophia, sedang
mengandungkan anak mereka yang ketiga. Pertemuan tersebut adalah pertemuan
kali terakhir mereka bersama. Dengan hati yang amat berat Sophia membawa
anak-anaknya pulang ke kampung mereka di Kajang. Sekembalinya ke Singapura,
Adnan mula mengatur persiapan. Askar Melayu dan tentera British bekerjasama
membantu penduduk berpindah. Keadaan di Pasir Panjang sangat sunyi. Sebagai
ketua yang menjaga Pasir Panjang, Adnan sentiasa bersiap sedia dan berjaga-jaga.
2. Peristiwa yang membawa kepada klimaks yang kedua ialah peristiwa berita kemaraan
tentera Jepun bertiup kencang pada 6 Disember 1941.
- Menurut Sir Thomas Philips bahawa askar Jepun akan menyerang Tanah Melayu.
Walaupun dijangkakan serangan itu dapat dipatahkan namun mereka akan
mengalami pertempuran yang sengit. Mereka menjangkakan askar Jepun akan
mendarat di Kelantan dan Singapura. Dengan adanya pesawat peninjau, dapatlah
pihak British mengetahui tahap kekuatan, jumlah
tentera, dan mengesan lokasi mereka. Akhirnya penduduk kampung mula
mempercayai bahawa Bukit Candu akan diserang dan mereka bersetuju untuk
berpindah. Dalam keadaan yang genting itu, dua lembaga cuba menceroboh
rumah penduduk kampung yang ditinggalkan. Dengan bantuan pengawal
kampung dan askar, kedua-dua lembaga tersebut berjaya ditangkap. Rupa-
rupanya mereka hendak mencuri dan salah seorang
daripada mereka ialah Samad.
SKEMA JAWAPAN MODUL BM TINGKATAN 4 17

Pantai Kasih, karya Azmah Nordin


1. Peristiwa Sister Felicia Landosi ditahan oleh penceroboh yang menyamar sebagai doktor
di bilik bedah.
- Keadaan menjadi huru-hara dengan kejadian ini. Ibu Unong Siron menawarkan
diri untuk menenangkan penceroboh kerana dia kenal penceroboh yang tinggal
bersebelahan dengan kampungnya. Ibu Unong Siron meminta penceroboh yang
menyamar sebagai doktor itu membantu menyelamatkan anaknya yang parah.
Hati penceroboh itu tersentuh an membuka pintu kecemasan. Pengawal
keselamatan meluru masuk ke dalam bilik tersebut tetapi dihalangi oleh Raiha
yang menyatakan bahawa Unong Siron begitu parah dan dibawa ke hospital lain
untuk mendapatkan rawatan dan meminta penceroboh itu ke hospital tersebut.
2. Peristiwa yang membawa kepada klimaks yang kedua ialah peristiwa Doktor Uwang
yang teringat saat dia menghantar Dotor Sadiz dan Felicia Landosi pulang selepas
menghadiri majlis sempena menyambut ketibaan tahun baru.
- Doktor Sadiz yang marah apabila mendapati Raiha membawa pulang kereta
Porsche bersama-sama anak perempuannya. Dia juga teringat ketika membawa
Doktor Sadiz untuk membeli minyak petrol selepas itu dan berhenti di sebuah
rumah tumpangan pada tengah malam dan teringat saat kereta Porsche itu dijilat
api tidak lama kemudian sehingga menyambar kanak- kanak perempuan yang
secara kebetulan berada di situ.

Praktis 3
i. Berdasarkan petikan, jumlah jenis tarian zapin dan peralatan yang digunakan
- Terdapat lima belas tarian zapin
- Peralatan: gambus, rebana, gendang, dok (gendang panjang), akordian, biola, dan
marakas.
ii. Dua peristiwa yang menunjukkan teknik saspens

Di Sebalik Dinara, karya Dayang Noor


1. Peristiwa Farisha tiba-tiba pengsan. Pembaca tertanya-tanya tentang punca penyakit
Farisha.
- Pada pendapat saya, punca penyakit Farisha menimbulkan unsur suspens kerana
pembaca tertanya-tanya punca Farisha pengsan di Soft Lab. Akhirnya, pertanyaan
ini terjawab bahawa Farisha telah diserang oleh virus yang digodam oleh musuh
mereka dan bukannya dia mengandung seperti yang bermain-main dalam fikiran
pembaca.
2. Peristiwa tindak balas Shida semasa menjalani sesi komunikasi bawah sedar dengan Karl.
Pembaca tertanya-tanya perkara yang berlaku kepada Shida.
- Shida meronta, nafasnya kencang, mata terbeliak dan membanting-banting diri
semasa sesi komunikasi dengan Karl telah menimbulkan tanda tanya kepada
pembaca yang ingin mengetahui apa-apa yang akan terjadi kepada Shida.

Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin


1. Teknik saspens apabila penduduk kampung mengesyaki pencuri kubah ialah Rafik dan
Haziq. Malah ada penduduk kampung yang sudah bersiap sedia untuk menyoal siasat
SKEMA JAWAPAN MODUL BM TINGKATAN 4 18

Haziq yang baru sahaja dipukul dengan teruk oleh Seman. Haziq yang sedang mendapat
rawatan di rumah datuk Lili menjadi sasaran penduduk kampung.
- Pembaca tertanya-tanya nasib yang akan menimpa Rafik dan Haziq selepas
mengetahui bahawa pencuri kubah yang sebenarnya ialah Seman.
2. Teknik saspens digunakan oleh pengarang ketika Lili diculik oleh Rafik dan
Haziq. Danel bijak bertindak apabila menyelamatkan Lili seorang diri pada waktu
malam kerana dia tahu tempat Lili disembunyikan oleh Haziq dan Rafik. Danel
tidak menggalakkan orang kampung mencari Lili pada waktu siang untuk mengelakkan
keadaan menjadi lebih buruk. Danel yakin bahawa Lili tidak akan
diapa-apakan oleh Rafik dan Haziq kerana sikap pengecut kedua-duanya.
- Pembaca berasa saspens atau tertanya-tanya akan nasib Rafik dan Haziq setelah
Lili berjaya dibebaskan.

Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Latif Talib


1. Teknik saspens apabila ketika perlawanan tinju antara Adnan dan Budin yang diadakan di
Kampung Sungai Ramal. Kekalahan pasukan bola sepak dari Sungai Merab dengan
pasukan bola sepak Kampung Sungai Ramal menyebabkan perasaan tidak
puas hati. Pasukan bola sepak dari Sungai Merab mencadangkan perlawanan tinju antara
jaguh kedua-dua buah kampung.
- Pembaca berasa saspens atau tertanya-tanya sama ada pertandingan
tinju itu benar-benar akan berlaku kerana Adnan bukanlah seorang yang suka
mencari musuh.
2. Teknik saspens yang digunakan oleh pengarang apabila Pak Saidi bersikap jujur dengan
Ketua Kampung apabila memberitahu niat sebenarnya menyekolahkan Adnan di sekolah
Inggeris adalah untuk meningkatkan penguasaan berbahasa Inggeris dalam diri anaknya
dan bukanlah untuk memurtadkan anaknya, sebagaimana yang didakwa oleh penduduk
kampung.
- Pembaca berasa saspens atau tertanya-tanya akan tindakan penduduk kampung
apabila Pak Saidi tegas dengan pendiriannya.
Pantai Kasih, karya Azmah Nordin
1. Teknik saspens ketika naluri Doktor Raiha menyatakan bahawa ada sesuatu yang tidak
kena pada filem sinar-X pesakit bernama Unong Siron yang menghadapi komplikasi
berulang kali sedangkan lima pembedahan terdahulu dilakukan oleh Doktor Uwang
sendiri.
- Pembaca berasa saspens atau tertanya-tanya siapa sebenarnya pesakit bernama
Unong Siron dan sebab dia terpaksa dibedah sebanyak enam kali di tempat yang
sama.
2. Teknik saspens yang kedua adalah pada ketika Felicia Landosi ditahan oleh
penceroboh yang menyamar sebagai doktor di Pusat Rawatan Pantai Kasih
sehingga mencetuskan rasa panik dalam kalangan kakitangan pusat rawatan
tersebut.
- Pembaca tertanya-tanya nasib yang akan menimpa Felicia apabila
menjadi orang tahanan doktor palsu memandangkan pada masa itu dia juga
berada dalam keadaan khayal akibat minum ubat batuk berlebihan.
SKEMA JAWAPAN MODUL BM TINGKATAN 4 19

BAHAGIAN C: RUMUSAN
Praktis 1

Pendahuluan: Rumusan membincangkan kesan penggunaan plastik dan langkah mengatasinya.

Bahan 1: Petikan
Fokus 1 Fokus 2
Kesan penggunaan plastik Langkah mengatasi penggunaan plastik
1. gangguan ekosistem hidupan 1. kerajaan mungkin boleh menguatkuasakan akta
laut dan darat khusus terhadap penggunaan plastik dengan
2. pencemaran udara menguatkuasakan larangan menggunakan beg
3. lapisan ozon semakin menipis. plastik
4. membahayakan bukan sahaja 2. mendidik para pembeli menggunakan beg kitar
terhadap flora dan fauna semula secara kumpulan mata.
bahkan kepada manusia 3. Rakyat seharusnya menyahut seruan kerajaan dalam
usaha melestarikan penggunaan plastik ke tahap
paling minimum
Bahan 2: grafik/petikan
Fokus 1
Langkah mengatasi penggunaan plastik
1. Kempen kesedaran.
2. Pelaksanaan program kitar semula
3. Pelajar diberi pendedahan kesan penggunaan plastik.

Kesimpulan: Kesimpulannya, semua pihak hendaklah mengurangkan penggunaan plastik agar


pencemaran dapat dikurangkan.

CONTOH RUMUSAN
Rumusan membincangkan kesan penggunaan plastik (Fokus 1) dan langkah
mengatasinya (Fokus 2).
Berdasarkan bahan 1, kesan-kesan penggunaan plastik ialah ekosistem hidupan laut dan
darat terganggu (Isi 1). Seterusnya, berlaku pencemaran udara (Isi 2) dan lapisan ozon
semakin menipis (Isi 3). Langkah mengatasi penggunaan plastik ialah kerajaan
menguatkuasakan akta khusus terhadap penggunaan plastik (Isi 4). Selanjutnya, para
pembeli haruslah dididik menggunakan beg kitar semula secara kumpulan mata (Isi 5).
Manakala berdasarkan bahan 2, langkah-langkah mengatasi penggunaan plastik ialah
pikah berkenaan haruslah mengadakan kempen kesedaran (Isi 6). Selain itu, pelaksanaan
program kitar semula (Isi 7). Akhir sekali, pelajar diberikan pededahan kesan penggunaan
plastik (Isi 8).
Kesimpulannya, semua pihak hendaklah mengurangkan penggunaan plastik agar
pencemaran dapat dikurangkan.
SKEMA JAWAPAN MODUL BM TINGKATAN 4 20

RUMUSAN LENGKAP
Rumusan membincangkan kesan penggunaan plastik dan langkah mengatasinya.
Berdasarkan bahan 1, kesan-kesan penggunaan plastik ialah ekosistem hidupan laut dan
darat terganggu. Seterusnya, berlaku pencemaran udara dan lapisan ozon semakin menipis.
Langkah mengatasi penggunaan plastik ialah kerajaan menguatkuasakan akta khusus terhadap
penggunaan plastik. Selanjutnya, para pembeli haruslah dididik menggunakan beg kitar semula
secara kumpulan mata.
Manakala berdasarkan bahan 2, langkah-langkah mengatasi penggunaan plastik ialah
pikah berkenaan haruslah mengadakan kempen kesedaran. Selain itu, pelaksanaan program kitar
semula. Akhir sekali, pelajar diberikan pededahan kesan penggunaan plastik.
Kesimpulannya, semua pihak hendaklah mengurangkan penggunaan plastik agar
pencemaran dapat dikurangkan.

Praktis 2

Pendahuluan: Rumusan membincangkan cara-cara memupuk sifat kepimpinan, dan


manfaatnya.
Bahan 1: Petikan
Fokus 1 Fokus 2
Cara-cara memupuk sifat kepimpinan Manfaat memupuk bakat kepimpinan
1. Pembabitan murid dalam aktiviti kurikulum 1. memperbaiki kemahiran komunikasi
dan kokurikulum. murid.
2. Guru mengenal pasti murid yang berbakat 2. Membuka minda murid tentang
menjadi pemimpin. kepentigan motivasi untuk menjadi
3. Pihak sekolah mengadakan program latihan seorang pemimpin.
kepimpinan dalam kalangan murid. 3. Memajukan negara pada peringkat
4. Menyediakan pelan pembangunan dan pelan antarabangsa.
latihan bagi membangunkan kopentensi murid.
5. Murid yang berbakat perlu menjalani latihan
dan praktikal
Bahan 2: grafik/petikan
Fokus 1
Manfaat memupuk bakat kepimpinan
1. Melahirkan remaja berketerampilan unggul
2. Meningkatkan imej negara di mata dunia.
3. Sebagai persediaan menjadi pemimpin.

Kesimpulan: Kesimpulannya, golongan remaja haruslah memupuk sifat kepimpinan dalam diri
masing-masing agar lahir lebih banyak pemimpin yang berkepimpinan di negara ini.
SKEMA JAWAPAN MODUL BM TINGKATAN 4 21

Praktis 3
Pendahuluan: Rumusan membincangkan faktor peningkatan hipertensi, dan langkah mengatasi
penyakit ini.
Bahan 1: Petikan
Fokus 1 Fokus 2
Faktor hipertensi Langkah mengawal hipertensi
1. Segelintir pesakit yang sedar, mendapatkan 1. Masyarakat perubatan dan orang ramai
rawatan. perlu mengubah sikap terhadap bahaya
2. Pesakit tidak mendapat ubat atau kombinasi penyakit ini.
ubat yang betul 2. Mereka perlu menyedari keperluan
3. Mereka tidak mematuhi arahan rawatan. merawat hipertensi secara agresif pada
4. Doktor mereka tidak cukup agresif merawat peringkat awal.
masalah tekanan darah mereka. 3. Mereka perlu mengetahui tekanan
5. Sikap segelintir doktor yang tidak yakin darah masing-masing.
bahawa hipertensi adalah masalah serius.
6. Sikap masyarakat yang tidak suka makan
ubat-ubat.
7. Kecenderungan masyarakat menggunakan
herba atau ubat tradisional
Bahan 2: grafik/petikan
Fokus 1
Langkah mengatasi penggunaan plastik
1. Mengurangkan berat badan
2. Mengurus dan menangani stress dengan baik.
3. Melakukan senaman.
4. Diet sihat.
5. Tidak mengambil alkohol.
6. Berhenti merokok.
7. Mengurangkan pengambilan garam.

Kesimpulan: Kesimpulannya, masyarakat haruslah sentiasa peka terhadap kesihatan tubuh


badan agar terhindar daripada penyakit berbahaya.

Anda mungkin juga menyukai