Anda di halaman 1dari 43

1

Dear diary,
Hidup tak selalu membahagiakan
tapi tak semestinya kita kena selalu
bersedih. Kadang-kadang, kita perlu tolak
masalah tu jauh-jauh dan mulakan hidup
dengan memikirkan yang tiada masalah
kat dunia ni yang tak boleh diselesaikan.
Doa pada Allah supaya dipermudahkan
segalanya dan insya-Allah, Allah akan
bantu kita. Jangan pernah berputus asa
sebab sekali kita berputus asa, mesti lepas
ni kita akan cepat berputus asa jugak.
Teruskan usaha dan insya-Allah, akan
berbalas.
Liya, sekolah kat mana pun sama je.
Yang penting niat. Kalau niat elok, insyaAllah, Allah mempermudah segalanya.
Jangan risau. Chill je dan tunggu apa yang
berlaku. Chaiyok Liya!

Kafe Damia

LIYA TUTUP diarinya sebelum merebahkan


tubuh badannya di atas katil. Siling putih
dipandang lama sebelum dia memejamkan
matanya rapat-rapat. Menguatkan semangat
untuk memulakan hari persekolahan di sekolah
baharunya esok!
Tit! Tit!
Telefon yang berbunyi dikerling sekilas.
Dengan malas, dia mencapai telefon bimbit
sebelum melihat siapa yang hantar mesej masa
dia tak berapa nak tenang sekarang ni.
Good luck for tomorrow! Kami tahu
kau boleh!
Liya tersenyum. Cepat-cepat dia membalas
mesej Nora.
Thanks! Doakan aku J
Liya menghela nafas sebelum meletakkan
telefonnya kembali ke atas meja. Dia memejamkan
matanya sambil meniup semangat ke dalam
hatinya. Semua orang cakap yang dia insya-Allah
boleh bertahan kat sekolah baharu tu dan apabila
semua orang dah cakap macam tu, dah kira doalah
kan? Liya menarik nafas dalam-dalam. Kau boleh,
Liya!

ADIK! BANGUN!
Tak nak!
2

Moon Leeya Zafrina

Jangan buat-buat lupa yang awak tu kena


pergi sekolah hari ni. Cepat bangun! Harith dah
menarik lengan Liya. Ya Allah, nak kejutkan Si
Liya bangun pagi macam nak berperang! Mesti
riuh-rendah suara dia pagi-pagi!
Boleh tak kalau tak nak pergi?
Harith terus cubit pipi Liya. Banyak cantik
tak nak pergi sekolah. Duduk rehat dekat
seminggu kat rumah ni, takkan tak cukup lagi
kut? Tak takut ke tinggal banyak pelajaran?
Dah-dah! Bangun cepat sebelum Along
siram guna air! Harith dah mengugut. Selalunya
apabila dia ugut, Liya takut. Tapi kali ni, Liya buat
derk aje!
Adik.... Suara dia dah meleret. Ada yang
aku humban masuk dalam bilik air nanti! Degil
bebenor adik aku yang sorang ni!
Fine... Liya bangun sekarang. Liya gosok
mata sebelum turun dari atas katil. Dikerling
sekilas Harith yang berdiri di kaki katil. Dia terus
capai tuala dan masuk dalam bilik air.
Along bagi half an hour je! jerit Harith dari
luar sebelum menutup pintu bilik Liya. Sempat
dia tunggu sekejap untuk memastikan yang Liya
dah mula mandi. Buatnya Liya bertapa aje dalam
bilik air tu nanti, siapa yang naya?
Yelah! jerit Liya dari dalam bilik air.
Dia sangkut tuala kat penyangkut sebelum
memandang muka sendiri kat cermin.
Hari yang baharu, sekolah yang baharu,
classmates yang baharu, cikgu yang baharu dan
pengalaman yang baharu, ucapnya perlahan
sambil membuka paip air.
3

2
LIYANA DAMIA memandang lama pintu pagar
di hadapannya sambil membetulkan kedudukan
beg sekolah di bahunya. Sekarang ni memang
perasaan dia bercampur baur. Sekejap gembira,
sekejap sedih, sekejap gemuruh dan tak lama
lepas tu dia langsung tak rasa apa-apa.
Kenapa tengok je pintu pagar tu? Nak Along
masuk sekali ke? soal Harith.
Liya hanya menggeleng perlahan. Tak
apa. Liya masuk sorang-sorang. Kemudian, dia
berpaling ke arah Harith dan terus menyalami
tangan Harith.
Wish me luck!
Harith senyum sambil mengangguk. Good
luck!
Liya mengukir senyuman sebelum membuka
pintu kereta. Selepas itu, dia hanya melambai
kecil sehinggalah kereta Harith hilang daripada
pandangannya.
Sekali lagi dia hanya merenung pintu
4

Moon Leeya Zafrina

pagar tersebut sambil menghela nafas panjang.


Tiba-tiba rasa rindu sangat-sangat kat sekolah
lama. Sedih sangat apabila tiba-tiba ayah dapat
surat pindah ke Ipoh. Ikutkan hati, nak aje dia
tinggal sorang-sorang kat Kedah tapi memang
tak dapatlah kan? Tak adanya mak dan ayah nak
bagi dia duduk sana sorang-sorang sampai habis
sekolah. Tahun terakhir sepatutnya menjadi
tahun yang paling menyeronokkan bagi dia dan
dia berharap walaupun dia bersekolah kat sini,
tahun yang paling menyeronokkan itu akan tetap
ada!
Reda ajelah, Liya oii. Dia menarik nafas
dalam-dalam dan perlahan-lahan kakinya mula
melangkah ke dalam kawasan sekolah.
Sepanjang perjalanan ke pejabat, sempat
juga dia tersenyum ke arah pelajar-pelajar yang
lalu-lalang. Ada yang tengah bersembang dengan
kawan-kawan kat pondok-pondok kecil, ada yang
tengah tolong cikgu angkat barang dari dalam
kereta.
Kak Liyana! Kak Liyana!
Liya berhenti berjalan sebelum memandang
ke belakang. Seorang pelajar perempuan yang
memakai uniform berwarna kuning sedang
menghampirinya dan pelajar perempuan itu
mengukir senyuman manis untuk Liya.
Akak ni Liyana Damia kan?
Liya mengangguk. Aah. Adik ni siapa?
Saya Aqila. Akak boleh panggil saya Qila. PK
HEM suruh saya tolong akak hari ni sebab akak
kan budak baharu. Jadi hari ni, saya akan jadi
pembantu akak, balas Qila sambil tersenyum.
5

Kafe Damia

Liya tercengang. Rasanya dia belum pekak


lagi. Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PK HEM)
suruh? Dia mendapat seorang pembantu sebab
dia budak baharu? Biar betul! Macam tak percaya
pun ada. Ni sekolah apa? Elit ke? Ada ke sekolah
yang hantar pelajar untuk bantu pelajar baharu?
Macam dalam drama TV pun dah ada! Ke aku
yang tak tahu memang ada sekolah macam ni?
Qila sure ke? Liya menyoal. Manalah tahu
kut-kut Qila cakap lain tapi dia dengar lain. Buat
malu aje kalau salah! Dahlah hari ni hari pertama
dia kat sini. Kalau boleh, dia tak naklah buat hal
yang boleh memalukan diri sendiri.
Qila mengangguk pantas.
Tak menyusahkan ke? soal Liya khuatir.
Taklah. Jom, Qila bawak akak pergi
pejabat.
Tapi Qila tolong akak hari ni je tau, ucap
Liya dengan suara yang tegas. Dia kalau boleh tak
nak menyusahkan orang. Lebih suka berdikari.
Beres kak! No problem. Jawab Qila sambil
tersenyum.
Sampai aje di pejabat, Liya dan Qila pergi
jumpa dengan kerani yang sedang sibuk menaip
di mejanya.
Assalamualaikum Makcik Salmah.
Waalaikumsalam... haa, Qila! Kenapa?
Qila tersenyum kecil sambil menarik tangan
Liya untuk berdiri di sebelahnya. Ni ada pelajar
baharu makcik, nama dia Liyana Damia.
Liya tersenyum kecil sambil menundukkan
kepalanya sedikit. Kemudian dia hulurkan borang
yang memang dia pegang dari tadi pada Makcik
6

Moon Leeya Zafrina

Salmah.
Jauhnya kamu pindah. Makcik Salmah
menilik-nilik borang Liya sebelum mencapai
telefon. Tunggu kejap ye. Makcik nak call
penyelaras. Kamu berdua duduk dulu kat sana.
Jari telunjuknya dihalakan ke sofa berwarna krim
yang terletak di hujung bilik tu.
Liya hanya mengangguk kecil sebelum
pergi kat sofa tu. Beg sandangnya dibawa ke riba.
Dia sibuk perhatikan keadaan sekeliling dan
sesekali dia mengerling ke arah Qila yang tengah
bersembang dengan seorang lagi kerani yang
lebih muda daripada Makcik Salmah. Peramah
juga Qila ni. Patutlah Qila tak kisah nak tolong dia
hari ni!
Liyana... Liya pandang Makcik Salmah
sebelum bangkit dari duduknya.
Penyelaras cakap Liya masuk kelas Lima
al-Kindi. Kelas tu dekat tingkat atas ni je, kata
Makcik Salmah.
Liya mengangguk sambil tersenyum. Terima
kasih, makcik! Saya mintak diri dulu. Terus Liya
mencuit tangan Qila sebelum memuncungkan
bibirnya ke pintu keluar. Qila yang memahami,
mengangguk kecil sebelum melambai tangan
pada kerani tu. Liya turut melambai kecil sebelum
mengekori Qila keluar dari pejabat.
Qila dengan sukarelanya ingin menemaninya
sehingga ke kelas Lima al-Kindi. Dah ditolak pun
Qila tetap bertegas dengan alasan yang sama.
Kan akak dah bersetuju nak biarkan Qila
tolong akak. Ni kiranya Qila menolong akak la....
Dan seperti tadi, dia hanya mengiakan
7

Kafe Damia

sahaja. Tak nak cakap apa-apa sebab dia pun


bukannya tahu sangat jalan nak ke kelas. Buatnya
sesat dalam kawasan sekolah tu, tak ke naya?
Lagipun dalam kepala dia ni macam-macam
sedang difikirkan. Macam mana agaknya perangai
budak-budak kelas dia nanti? Baik ke? Jahat ke?
Sombong ke?
Buk!
Adoi, sakitnya! Liya mengurut hidungnya
yang terasa sengal. Dia menepuk dinding di
hadapannya untuk melepaskan geram.
Akak! Ya Allah, kak! Macam mana boleh
langgar dinding tu? Qila berlari mendapatkan
Liya yang terduduk sambil mengurut hidungnya.
Liya hanya tersenyum sumbing.
Akak memang macam ni. Cuai! Perlahanlahan Liya bangkit sebelum menggalas beg
sandangnya kembali. Qila hanya menggelenggelengkan kepalanya sambil menarik tangan Liya
untuk mengikutnya.
Ni kelas akak. Lima al-Kindi. Good luck!
Liya melihat kelas yang ditunjukkan oleh
Qila dengan pandangan kagum. Memang kagum
sebab kelas ni senyap gila! Kelas lain semua
bising-bising tapi kelas ni, teramat senyap. Dari
luar, kelas ni nampak sangat menarik dengan
cat dinding warna biru lembut dan putih. Kat
papan maklumat, penuh dengan kertas warnawarni yang mengandungi info-info penting bagi
setiap subjek. Tanggapan pertama, kelas ni cantik
sangat! Dia suka!
Terima kasih tau Qila sebab tolong akak.
Menyusahkan Qila je. Liya tersenyum. Mak
8

Moon Leeya Zafrina

selalu cakap, orang berbudi, kita berbahasa.


Lagipun, Qila dah bersusah payah tolong dia hari
ni. Walaupun baru kenal hari ni tapi bersungguhsungguh Qila menolong dia.
Eh, mana ada menyusahkan. Qila suka
tolong akak. Lain kali kita sembang panjang tau.
Qila pergi dulu... ucap Qila sambil tersenyum.
Kemudian dia berlalu pergi sambil melambai
tangannya.
Selepas aje kelibat Qila menghilang daripada
pandangannya, Liya sudah sesak nafas. Rasa
pernafasan dia dah tak berapa normal sekarang
sebab satu-satunya orang yang dia kenal dekat
sekolah baharu ni dah pergi tinggalkan dia.
Sekarang ni, dia risau nak bertemu dengan
kawan-kawan baharu dia. Risau fikirkan macam
mana penerimaan dia orang semua nanti!
Relaks Liya... relaks. Dia orang tu manusia
biasa aje. Bukan raksasa ke apa.
Excuse me. Satu suara garau yang bersuara
di belakangnya mengejutkan dirinya yang
sedang berusaha menenangkan diri sendiri. Dia
berpaling ke belakang sambil mendongak untuk
memandang muka tuan punya badan.
Kau nak berdiri kat sini macam tiang bendera
dekat dataran sampai balik nanti ke... ataupun
kau nak masuk kelas sekarang? soal lelaki itu
dingin dengan muka yang serius. Langsung tidak
tersenyum sebaliknya memandang Liya dengan
tajam.
Nak... nak... masuk kelas sekarang, jawab
Liya tergagap-gagap. Dia memandang lelaki di
hadapannya. Masamnya muka!
9

Kafe Damia

Lelaki itu hanya memandangnya sekilas


sebelum menghampiri pintu kelas.
Assalamualaikum cikgu. Pintu kelas
diketuk perlahan sebelum dia melangkah masuk
ke dalam. Liya yang tercongok berdiri di luar
cepat-cepat mengekorinya. Serentak, semua
kepala mengangkat muka dan memandang
mereka. Liya mula cuak. Sesak nafas pun dah ada
ni.
Siapa yang berdiri dekat belakang kamu tu,
Zafran? tanya Cikgu Suhaily sambil memandang
ke arah Liya yang seperti sedang berdiri di balik
tubuh tinggi lampai milik Zafran.
Saya pun tak tahu, cikgu. Dari tadi dia
berdiri kat luar kelas. Mungkin student baharu,
balas Zafran sebelum meminta diri ke tempatnya.
Sekarang ni tinggal Liya yang masih lagi terkebilkebil di hadapan kelas seorang diri. Mula-mula
dia nak menjerit suruh lelaki tu berdiri kat sini
juga tapi macam tak patutlah pula. Buat apa lelaki
tu nak teman dia kat sini kan?
New student? soal Cikgu Suhaily. Dia
tersenyum mesra.
Perlahan-lahan Liya mengangguk sambil
membalas senyuman guru di hadapannya.
Matanya melirik ke arah tag nama guru berkenaan
yang tertera nama Suhaily.
Nama apa?
Liyana Damia binti Badrul Hisham, cikgu.
Panggil Liya, jawab Liya sebaik mungkin. Tibatiba dia merasa kurang selesa apabila semua
pelajar kelas itu ralit memandangnya kecuali
seorang. Siapa lagi kalau bukan lelaki yang
10

Moon Leeya Zafrina

bernama Zafran tu. Dia seorang aje yang sibuk


menulis!
Baiklah Liya. Kamu boleh duduk... hmm...
dekat mana ye? Mata Cikgu Suhaily melilau
mencari tempat duduk yang kosong. Okey, kat
sebelah Zafran kosong. Kamu duduk situ ye.
Liya memandang ke arah tempat duduk
yang ditunjukkan oleh Cikgu Suhaily. Matanya
terbeliak apabila melihat Zafran yang duduk
kat sebelah tempat kosong itu! Dan nafasnya
seakan tersekat apabila melihat pandangan mata
Zafran yang sangat tajam. Pandangan mata yang
membawa maksud, Liya, kau dalam masalah
besar! Bersedialah!
Pergilah duduk. Kalau ada apa-apa yang
kamu tak faham, boleh tanya Zafran. Dia ketua
pengawas sekolah ni, kata Cikgu Suhaily lagi.
Ketua pengawas? Liya makin terkejut.
Orang yang dingin macam ais tu ketua pengawas?
Siapalah yang cerdik sangat pergi pangkah nama
dia masa pilihan raya? Muka langsung tak mesra
rakyat. Serius memanjang! Kalau aku jadi salah
seorang pengundi, awal-awal mamat ni kena
tolak daripada senarai. Ke dia paksa budak-budak
kat sekolah ni undi dia?
Dengan langkah yang lemah, dia melangkah
ke tempat duduknya tanpa mempedulikan matamata yang memandang. Nak tak nak, dia terpaksa
juga duduk dekat situ. Takkan nak membantah
kan? Budak baharu tapi dah buat perangai buruk.
Tak nak! Tak nak!
Perlahan-lahan dia melabuhkan punggung
di atas kerusi sambil cuba menerapkan pesanan
11

Kafe Damia

maknya dalam hati dan juga dalam mindanya.


Kita datang sekolah nak cari ilmu.
Perbetulkan niat dan insya-Allah kita akan
berjaya. Mak yakin dengan anak mak ni.
Liya tersenyum kecil setiap kali teringat akan
pesanan ibunya itu. Kemudian dia mengeluarkan
buku latihan dan bersedia untuk memulakan
pelajaran. Semangatnya untuk belajar, berkobarkobar.
Baiklah, bangun semua. Masa cikgu dah
tamat.
Mata Liya membulat. Lah! Dah habis masa
rupanya. Liya tepuk dahi.

NAH!
Zafran meletakkan tiga helai lencana
kain di atas meja Liya semasa waktu rehat. Ni
kenapa pulak nak letak lencana atas meja aku?
Liya memandang lelaki di hadapannya dengan
pandangan yang pelik.
Untuk apa?
Untuk kau pakailah! Takkan nak buat
makan pulak. Jawab Zafran dingin sebelum
duduk di tempat duduknya. Langsung tak
senyum. Muka tu pun serius memanjang. Kalau
singa tengok pun, singa takut tau!
Err... thanks, ucap Liya perlahan sambil
mengambil lencana-lencana tersebut lalu
dimasukkan ke dalam beg sekolah. Orang dah
12

Moon Leeya Zafrina

bagi percuma buat apa kita nak menolak kan?


Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. Dia
ketawa kecil.
Lagi satu, jangan pakai pin tudung yang
terlampau fancy. Yang bergayut-gayut tu. Kalau
cikgu ataupun pengawas nampak, memang kena
rampas, ucap Zafran tanpa memandang wajah
Liya. Tangannya lincah menulis di atas sehelai
kertas kajang.
Okey.
And one more thing, cuba keep up. Jangan
slow sangat.
Liya tercengang. Slow? Maksud dia apa?
Aku berjalan perlahan ke?
Slow dalam erti kata apa ye?
Kami kat sini belajar laju. Sebabnya nak
cepat habiskan syllabus. Apabila dah habis
syllabus, bolehlah ulang kaji banyak sikit.
Faham? tanya Zafran masih lagi lincah menulis
di atas kertas kajang. Mata dia dah melekat kat
permukaan kertas kajang itu. Sedikit pun tak
pandang Liya kat sebelah ni.
Liya mengangguk tanda faham. Benda
tu memang normal. Cikgu dekat sekolah lama
pun suka ajar laju-laju, biar boleh ulang kaji
lama sikit. Kalau ada tajuk yang tak faham lagi,
bolehlah ulang kaji balik masa tu. Lagipun,
dia memang kena ulang kaji balik tajuk-tajuk
yang dia tak sempat nak belajar. Tu la, nak lagi
cuti lama-lama kat rumah tu! Dia kemudiannya
memandang ke luar tingkap. Duduk di sebelah
Zafran membuatkan dia rasa seolah-olah dia ni
halimunan. Mana taknya, Zafran diam aje dan
13

Kafe Damia

sibuk menulis.
Ambik kertas ni, kata Zafran tiba-tiba
sambil meletakkan kertas kajang yang sudah
tercoret dengan tulisannya di atas meja Liya.
Kertas apa ni?
Apa kata kau baca dulu sebelum tanya apaapa kat aku? ucap Zafran mendatar sebelum
mengalihkan pandangannya ke arah lain.
Liya mencebik bibir. Hodoh sangat ke muka
aku ni sampai dia tak nak tengok? Memang
sombong betul lelaki ni. Rizwan pun ketua
pengawas juga dekat sekolah lama dulu tapi tak
adalah sombong macam dia ni! Zafran sombong!
Dia kemudiannya menatap kertas di hadapannya.

Peraturan ketika duduk di sebelah aku!


Terbuntang luas mata Liya. Mak aih, ni baru
baca tajuk! Belum lagi tengok isi kandungannya.
Kalau dah baca isinya mahu tersembul terus biji
mata. Dia menjeling Zafran di sebelah. Peraturan
ketika duduk di sebelah aku? Ceh! Macamlah kau
tu menteri besar nak bagi peraturan segala.

1. Jangan nak tidur dalam kelas.


Kalau nak tidur, pergi balik rumah!
2. Jangan nak bising-bising. Aku
serabut dengan orang yang suka
membuat bising.
3. Jangan kacau aku masa aku
14

Moon Leeya Zafrina

tengah belajar. Aku paling tak suka


orang ganggu aku!
4. Jangan mengelamun!
5. Jangan selekeh. Orang yang
selekeh menyakitkan mata aku!
6. Jangan nak buat perangai gila
depan aku. Aku suka orang yang
normal saja.
7. Jangan nak menyanyi-nyanyi.
Liya mencebik. Dia mengambil botol air lalu
diteguk perlahan.

8. Jangan cakap dengan aku


melainkan kau ada perkara penting
yang nak ditanya.
9. Jangan menyampuk kalau
aku tengah bercakap. Sebab apa
yang aku cakap adalah untuk
pengetahuan kau.
10. Dan yang paling penting! Jangan
sesekali kau terpikat kat aku!
Uhuk! Uhuk!
Liya tersedak sehingga tersembur keluar
air dari dalam mulutnya. Nasib baik dia sempat
mengalihkan muka ke luar tingkap. Sakit dada
dia sebab tersedak tadi! Kurang asam masin
betullah! Pantas muka lelaki di sebelahnya
dipandang dengan tajam. Gigi diketap tanda
15

Kafe Damia

geram. Zafran budak perasan! Boleh blah! Helo,


ni Miss Hati Batu okey! Tak mudah terpikat
dengan sesiapapun. Lagipun apa yang istimewa
sangat fasal Zafran yang mampu membuatkan dia
terpikat?
Nak kata baik, dia masih belum berjaya
menemui ciri-ciri baik Zafran. Nak kata jahat,
adalah sikit dengan mulut yang laser dan sikap
yang terlampau dingin. Tapi dia sendiri pun
jahat juga. Mulut dia sendiri pun kecoh. Jadi tak
boleh nak salahkan Zafran kerana bermulut laser.
Tapi yang tak tahannya, apa hal peraturan tu
kena ada? Macamlah aku nak sangat duduk sini!
Kalau cikgu tak suruh, tak adanya aku terhegehhegeh nak duduk sini. Memang takkan duduk sini
punya. Kenapalah aku kena duduk sebelah budak
yang terlampau perasan??? Waaa! Liya menepuk
dahinya.
Zafran, aku terima semua peraturan yang
kau bagi ni dengan hati yang terbuka. Especially
yang nombor sepuluh tu sebab aku tahu yang itu
agak mustahil untuk berlaku dengan perangai
kau yang macam ni. Kuat perasan! Dan lagi satu,
ada satu perkara yang aku tak boleh ubah. Aku ni
memang seorang yang cuai sikit dan agak kelamkabut. Jadi, mungkin kau akantensionjugak tapi
jangan bimbang, aku akan cuba sedaya upaya
supaya aku tak ganggu kau! Harap maklum!
ucap Liya geram sambil memasukkan kertas tadi
ke dalam beg sekolahnya.
Apasal kau simpan kertas tu?
Aku nak simpan sebagai peringatan supaya
aku sentiasa ingat peraturan budak-budak kau
16

Moon Leeya Zafrina

ni. Tak matured langsung, balas Liya selamba


sebelum mengeluarkan buku lukisannya dari
dalam beg sekolah. Buku lukisan yang bersaiz
sederhana itu diusap lembut. Sebenarnya alasan
takut lupa peraturan budak-budak tu, dia tipu
aje. Tanpa kertas tu pun, dia dah boleh ingat
peraturan mengarut Zafran. Yang menyebabkan
dia nak simpan kertas ni adalah disebabkan oleh
rasa kagum terhadap tulisan Zafran yang kemas
tersusun.
Tak sangka lelaki perasan macam Zafran
mempunyai tulisan macam ni. Dia mengakui
tulisan Zafran sangatlah cantik. Mengalahkan
dia yang perempuan ni. Mesti cikgu tak pening
nak semak buku Zafran ni. Tapi dia tak nak puji
Si Zafran ni depan-depan sebab takut makin
bertambah perasan. Kalau makin perasan, makin
terseksa hidup dia nanti!
Kalau nak kutuk aku, jangan kutuk dalam
hati... berdosa! sekali lagi suara dingin itu
berkata-kata. Liya hanya mampu menggenggam
pensel kayunya sekuat hati. Kalau nak diikutkan
hati yang membara ni, dah lama dia cili mulut
Zafran tu. Biar tambah merah! Sakit jiwa! Sakit
jiwa! Sakit jiwa!
Tak ada masa la nak kutuk kau. Berlambak
lagi kerja lain aku boleh buat. Perasanlah kau ni!
Liya membalas dingin. Zafran hanya mengangkat
bahu sebelum kembali menulis. Liya pelik. Dari
tadi Zafran tak habis-habis menulis. Entah apalah
yang ditulisnya pun, Liya tak tahu. Tak letih ke
asyik menulis?
Ni senarai buku yang kau kena ada. Prepare
17

Kafe Damia

semua tu. Tiba-tiba Zafran meletakkan sehelai


lagi kertas kajang di atas meja Liya sebelum
melangkah ke tempat duduk kawannya. Liya
hanya memerhati langkah Zafran buat seketika
sebelum menatap kembali kertas di tangannya.
Semuanya serba lengkap. Segala keperluan yang
dikehendaki sepanjang dia bersekolah di sini
telah siap ditulis oleh Zafran.
Kenapa aku rasa dia ni macam penjaga aku
je? ucap Liya perlahan sambil mengangkat muka
untuk memandang ke arah Zafran yang sedang
berbual-bual dengan seorang pelajar lelaki.
Dan yang paling penting, jangan
sesekali terpikat dekat aku!
Liya menggeleng
Takkan terpikatnya!

kepalanya

laju-laju.

MACAM MANA hari pertama kat sekolah


baharu? tanya Puan Karmila ketika Liya tengah
makan tengah hari. Lepas balik sekolah tadi, Liya
terus naik atas untuk mandi dan solat. Tak sempat
pun dia nak bertanya apa-apa.
Liya pandang Puan Karmila sebelum
menunjuk isyarat okey. Semua okey! Kawankawan pun baik. Liya senyum lebar. ... tapi....
Tiba-tiba dia teringat dekat Mamat Perasan yang
duduk dekat sebelah dia tu. Terus dia rasa tak
suka sangat dah!
Tapi apa?
18

Moon Leeya Zafrina

Ada seorang yang bermasalah sikit, ucap


Liya perlahan sambil meneguk air.
Siapa yang bermasalah tu?
Ketua pengawas. Nama dia Zafran. Ya Allah,
mak... teruk gila perangai dia! Tak habis-habis
nak sakitkan hati Liya! Entah macam manalah
dia boleh jadi ketua pengawas! Liya mencebik
geram. Setiap kali sebut fasal Zafran, mesti hati
dia rasa panas semacam! Rasa membara macam
gunung berapi tu! Tu baru sehari, belum setahun
lagi! Kalau setahun, dia pun tak tahu apa jadi.
Puan Karmila dah tergelak kecil. Dia nak
main-main je tu. Saja nak mengusik. Puan
Karmila meletakkan semangkuk bubur jagung di
atas meja.
Makanlah bubur jagung tu. Hari tu kata nak
makan.
Liya terus tersenyum lebar. Hilang terus fasal
Zafran tadi. Dia capai mangkuk tadi. Memang
dah lama sangat dia teringin nak bubur jagung.
Walaupun terseksa dengan perangai Zafran hari
ni tapi dia bahagia sebab dapat bubur jagung! Dah
tak kempunan dah!
Dia duduk sebelah Liya ke?
Liya mengangguk sambil menyuap sesudu
lagi bubur jagung masuk ke dalam mulutnya.
Situ je tempat kosong. Yang lain semua dah ada
orang duduk tapi meja dekat kelas tu susun satusatu. Kiranya ada jarak la antara kami.
Jangan selalu gaduh dengan orang tau. Liya
tu budak baharu. Berbaiklah dengan Zafran tu.
Boleh dia tolong ajar Liya kat sekolah.
Hesy, tak naklah mak! Ramai lagi kawan19

Kafe Damia

kawan yang lain. Nanti, tak fasal-fasal je dapat


sakit hati!
Puan Karmila dah tergelak kecil. Jangan
gaduh sangat. Karang tersuka pulak, kata Puan
Karmila tersenyum-senyum.
Nyaris-nyaris Liya nak tersedak apabila
dengar maknya cakap macam tu. Laju dia
mengurut dada. Sesak nafas! Simpang malaikat
44, tak sanggup dia!

20

3
BAM!
Spontan Zafran mengangkat kepala. Bunyi
bising yang agak kuat mengganggu dirinya yang
sedang sibuk membaca buku. Dia berpaling ke
sebelah kiri. Haikal tengah khusyuk bukan main
buat karangan Bahasa Melayu. Memang bukan
dia dah yang buat bising! Terus dia berpaling
ke sebelah kanan. Sah! Memang Minah Kecoh
ni yang buat bising. Dia menundukkan kepala
memandang ke arah Liya yang tengah mengusap
kepalanya di bawah meja.
Kecoh.
Liya mendongak dari bawah meja
memandang Zafran dengan tajam. Dia mengetap
gigi. Apa kau ingat aku pekak ke? Asyik nak
sakitkan hati aku aje!
Sibuk! balas Liya geram sambil duduk di
atas kerusi. Kepalanya yang masih sakit diusap
lembut. Mulut terkumat-kamit mengutuk Zafran
yang tak habis-habis nak sakitkan hati dia ni.
21

Kafe Damia

Apa benda yang dia cakap semuanya macam...


arrghhh!!! Sangat-sangat menyakitkan hati okey!
Langsung tak boleh nak cakap baik-baik. Dari
semalam sampai sekarang ni, Zafran masih juga
nak cakap itu ini fasal dia.
Serius dia cakap! Siapa yang undi Zafran
jadi ketua pengawas memang nak kena ceramah
betul dengan dia! Arghh! Semuanya tak betul kat
mata dia. Liya buat apa pun semua dia nak kritik!
Patutnya Zafran ni jadi pengkritik tau tak! Kawan
kelas yang lain okey aje. Tak ada pun banyak
kerenah macam dia ni. Itu salah, ini salah. Baru
dua hari Liya kat sini tapi tahap kebencian dia
terhadap lelaki bernama Zafran ni dah banyak
sangat! Macam dia dah sekolah dekat sini lima
tahun!
Kau nak ambil apa kat bawah meja tu?
Ni hah! Liya tayang pemadam yang berada
di tangannya.
Kenapa tak suruh Zul yang ambil? soal
Zafran. Pensel kayu yang berada di tangan
diketuk-ketuk di atas meja.
Kau tak nampak ke Zul tengah buat apa tu?
Dia tengah tidur, balas Liya sambil menjuihkan
bibir ke arah Zulhilmi.
Zafran memandang Zulhilmi. Mamat ni
kalau dah tidur, cuma seorang aje boleh kejutkan
dia. Tak lain dan tak bukan Si Emilia. Suara Emilia
memang power! Badan aje kecik tapi suara besar!
Fine. Lepas ni jangan bising dah. Duduk je
diam-diam kat situ. Aku nak studi pun susah!
Zafran kembali menghadap buku di hadapannya.
Liya mencebik bibir. Macamlah aku sengaja
22

Moon Leeya Zafrina

nak buat bising! Daripada layan Zafran yang


perasan bagus sangat tu, baik dia melukis.
Sekurang-kurangnya tenanglah juga hatinya yang
sedang membara macam gunung berapi sekarang
ni.
Dia
mengeluarkan
buku
lukisannya
yang terkoyak sana sini dari beg sekolah dan
menyimpan buku latihan Matematiknya. Satu per
satu helaian diselak sehinggalah dia terhenti di
helaian terakhir.
Apakah?
Liya menekup mulutnya. Bulat matanya
memandang lukisan itu. Zafran di sebelah
dipandang dengan muka yang terkejut.
Kenapa gambar Mamat Perasan ada kat sini!

BENCI! BENCI! BENCI! Kertas di tangan


digumpal-gumpal lalu dilempar ke dinding. Puas
hati aku!
Tak lama lepas itu, dia mengutip balik kertas
kajang yang dah berkedut seribu itu sebelum
dirapikan kembali. Tulisan kemas Zafran kembali
terlayar di mata.
Sepuluh kali Liya baca balik peraturan
kurang cerdik Zafran dan sepuluh kali juga dia
kutuk Mamat Perasan tu. Arghh! Tension tau kena
duduk sebelah dia ni. Geram! Sakit hati! Dahlah
perasan gila! Mulut pula memang langsung tak
ada insurans. Dia main cakap apa aje dia rasa nak
cakap.
Buku lukisan yang diletakkan di atas meja
23

Kafe Damia

belajar diambil sebelum dibuka sehingga ke


helaian terakhir. Laju saja dia melukis raut wajah
Zafran sekali dengan tahi lalat di bawah mata
kanannya itu. Di bahagian bawah lukisan itu, dia
menulis MAMAT PERASAN PALING KEJAM!
Puas hati aku! Liya menutup buku
lukisannya dengan hati yang lega.

PERISTIWA SEMALAM menyedarkan Liya


kembali. Dia menghela nafas kasar. Macam mana
dia boleh tak ingat yang semalam dia lukis gambar
Si Zafran sebab terlampau geram? Dia menepuk
dahinya sendiri sambil memandang Zafran.
Tersentak apabila melihat pandangan pelik
Zafran terhadapnya. Cepat-cepat dia menutup
buku lukisannya.
Kau melukis ke? tanya Zafran sambil
memandang Liya. Sebelah tangannya digunakan
untuk menongkat dagu sambil jari-jemarinya
mengetuk meja.
Err... aah. Kenapa?
Nak tengok boleh?
Liya dah kelam-kabut. Kalau Zafran tengok
buku lukisan ni, mesti dia jumpa gambar tu nanti.
Apabila dia dah jumpa, mulalah dia fikir yang
bukan-bukan. Dan apabila dia mula fikir yang
bukan-bukan... arghh! Habislah aku!
Nak buat apa?
Nak tengoklah. Takkan nak buat makan
pulak, balasnya sambil tersenyum sinis. Apa
punya soalan? Sah-sah dia cakap nak tengok.
24

Moon Leeya Zafrina

Aku bukan tak nak bagi tapi...


Liya menggigit bibir. Kenapa susah sangat
nak sebut, tak boleh! Liya mengeluh lemah.
Tapi apa?
Aku tak nak bagi Mamat Perasan tengok!
Akhirnya terlontar juga jawapan yang memang
menyakitkan hati. Liya menggenggam tangannya
kuat. Haaa... kau saja nak cari fasal, Liya!
Zafran hanya diam sambil memandang Liya
dengan pandangan mata yang dingin.
Fine then! ucap Zafran sebelum kembali
membaca bukunya. Liya menggigit bibir. Takkan
Zafran sentap kut? Serba salah betul dia sekarang
ni. Bagi ajelah buku lukisan kau tu, Liya!
Zafran... err... tunggu kejap. Liya berpaling
membelakangi Zafran. Lukisan potret Zafran
tadi dikoyak dengan berhati-hati. Sekali-sekala
dia berpaling ke belakang untuk memastikan
Zafran tidak cuba mengintai apa yang sedang dia
lakukan.
Apa kau buat tu? tanya Zafran apabila
melihat Liya yang seperti menyembunyikan
sesuatu.
Kejaplah.
Liya menarik nafas lega. Lukisan tadi
disembunyikan di bawah meja. Dia tersenyum
sambil berpaling menghadap Zafran. Eh? Hilang?
Mana Mamat Perasan tu pergi?
Bila masa kau lukis gambar aku ni?
Tiba-tiba kedengaran suara Zafran di
belakangnya. Dia menggigit bibir sambil
menggenggam tangannya kuat-kuat. Habis!
Habis! Macam mana dia boleh ambil lukisan tu?
25

Kafe Damia

Dengan teragak-agak dia berpaling ke


arah Zafran yang sedang memegang lukisan
potretnya. Pandangan Zafran yang tajam dan
agak menggerunkan itu membuatkan Liya kecut
perut. Dia tersenyum sumbing.
Err...
Kau ni stalker eh? Main lukis-lukis gambar
aku pulak dah! celah Zafran.
Cepat-cepat Liya menggeleng kepala. Mana
ada!
Dah tu, ni apa? tanya Zafran sambil
menayang kertas lukisan tadi betul-betul di depan
muka Liya.
Itu... err... susah nak terangkan kat kau,
ucap Liya teragak-agak sambil memintal hujung
tudungnya.
Jangan cakap dengan aku yang kau dah....
Sengaja Zafran membiarkan ayatnya tergantung.
Dia pasti Liya faham apa yang dia nak cakap.
Please la! Apa yang kau fikir tu memang
jatuh meleset, tergolek, terlentang dekat atas
tanah. Tak ada maknanya aku nak suka kat kau!
Kenal pun tak! balas Liya dengan tegas. Tak ada
maknanya nak suka kat dia ni!
Jadi tolong bagi tahu aku sebab yang
sebenarnya. Zafran sudah menarik kerusinya
untuk duduk di sebelah Liya. Sengaja dia menarik
kerusinya supaya lebih dekat dengan Liya.
Serentak itu Liya menarik nafas dalam-dalam.
Tak selesa okey!
Tak ada sebab yang spesifik. Aku saja nak
lukis.
Selagi kau tak bagi tahu aku sebab kau lukis
26

Moon Leeya Zafrina

gambar aku ni, selagi tu aku akan duduk macam


ni, ugut Zafran cuba menakutkan Liya.
Duduklah. Ada aku kisah?
Betul ke kau tak kisah? duga Zafran sambil
mendekatkan lagi kerusinya dengan kerusi Liya.
Tak!
Betul? duga Zafran lagi. Dia tersenyum
sinis apabila melihat pipi Liya memerah.
Tak kisah langsung! Liya terbatukbatuk. Nada suaranya juga semakin perlahan.
Jantungnya berdegup kencang secara tiba-tiba.
Benci betul main ugut-ugut macam ni!
Zafran tergelak kecil sebelum menarik
kerusinya menjauhi Liya. Dia mengerling ke
arah Liya yang hanya mendiamkan diri. Spontan
bibirnya mengukir senyuman.
Macamlah aku tak tahu yang kau takut,
bisik hatinya dengan bibir yang masih mengukir
senyuman.

ASSALAMUALAIKUM Zafran duduk


di muka pintu sambil menanggalkan kasut dan
stokingnya.
Umi
Senyap.
Umi
Ya umi ada kat belakang ni. Puan Suraya
menyahut panggilan anak lelakinya.
Zafran berjalan ke belakang rumah sambil
menggalas beg sekolah. Dia tersenyum apabila
melihat Puan Suraya tengah terbongkok-bongkok
27

Kafe Damia

menanam di belakang rumah. Umi memang suka


menanam. Bunga-bunga yang ada dekat halaman
rumah ni pun umi yang tanam. Umi cakap rumah
akan lebih ceria apabila ada banyak bunga yang
cantik-cantik! Dia mengaku, memang nampak
ceria pun!
Macam mana sekolah hari ni? tanya Puan
Suraya sambil melabuhkan punggung di kerusi
santai berhadapan dengan sebuah kolam ikan
buatan. Jus oren diminum untuk mengurangkan
lelahnya.
Okey je.
Macam mana dengan budak perempuan
yang Zaf cerita semalam?
Dengar aje soalan umi, terus Zafran
tersenyum lebar. Apabila dia ingat balik apa yang
berlaku kat sekolah tadi, terus dia rasa macam
nak tergelak. Kali pertama mengusik budak
perempuan. Entah datang dari mana keberanian
untuk mengusik Liya dan yang paling dia suka
apabila muka Liya jadi merah.
Dia pun okey.
Zaf ada kacau dia tak?
Kening Zafran bertaut. Kacau? Maksud
umi?
Zaf ada buat dia marah tak?
Zafran menjongket kening. Hebat! Umi
macam tahu-tahu aje! Zafran mengangguk.
Tapi taklah teruk sangat. Kacau macam tu
je. Dia tu kecoh sangat.
Puan Suraya menggamit Zafran supaya
duduk di hadapannya. Dia memandang lama
wajah anaknya itu sebelum tersenyum kecil.
28

Moon Leeya Zafrina

Sejak bila anak umi reti nak kacau anak


dara orang ni?
Zafran tergelak kecil. Sejak hari ni.
Kenapa dia? soal Puan Suraya. Dia hairan
macam mana Zafran boleh tertarik dengan
Liyana Damia. Dan yang paling menghairankan,
kenapa peraturan pelik tu boleh wujud? Apa motif
anaknya yang seorang ni?
Kenapa dia? soal Zafran kembali kurang
mengerti soalan uminya.
Zaf suka dia eh?
Air yang diminumnya nyaris-nyaris nak
tersembur dekat muka Puan Suraya. Dada terasa
sakit sebab tersedak. Wajah uminya dipandang
dengan pandangan kurang percaya. Aku, Zafran
Adha sukakan Liyana Damia, Minah Kecoh tu?
Huh mustahil!
Impossible. Tak langsung!
Habis tu, kenapa umi tengok Zaf macam
minat je dekat dia? Dahlah bagi peraturan pelik
kat dia. Nanti confirm dia ingat Zaf ni perasan.
Umi pun ingat anak umi ni dah perasan tau.
Dia memang dah ingat Zaf ni perasan, umi,
ucap Zafran perlahan.
Ya?
Aah dia panggil Zaf MP, Mamat Perasan.
Jawab Zafran sambil menyebak rambutnya ke
belakang.
Puan Suraya ketawa besar. Padanlah kamu
berdua. Seorang Mamat Perasan, seorang lagi
Minah Kecoh. Lepas ni, apa lagi ya?

29

4
KATAKANLAH, dengarkanlah, percayalah...
Liya menyanyi sambil menyiapkan nota
Sejarahnya. Sekarang ni memang waktu Sejarah
tapi Cikgu Faridah tak datang ke sekolah sebab
demam. Jadi dia tinggal pesan suruh pelajar
semua siapkan nota saja. Dia menjeling ke arah
Zafran yang asyik-asyik tengok dia macam nak
telan. Hahaha! Liya ketawa jahat dalam hati.
Padan muka kau! Dah dekat dua minggu dia
bersekolah di sini tapi tak ada satu pun peraturan
yang Zaf bagi tu dia ikut. Semuanya dia langgar!
Ku terlena sejenak dan merindu... sambung
Liya lagi. Sengaja nak naikkan darah Zafran lagi.
Kesian orang tu. Nak nyanyi tapi suara
macam katak. Suara Zafran mula kedengaran
selepas Liya masih tak berhenti-henti menyanyi.
Dah banyak kali dah dia bagi signal suruh Liya
diam tapi Liya buat bodoh aje! Dia tersenyum sinis
apabila melihat muka Liya yang dah cemberut.
Tadi dia cuba nak bersabar tapi Minah Kecoh ni
30

Moon Leeya Zafrina

memang sengaja aje nak sakitkan hati dia!


Liya mengetap gigi. Katak??? Aku
dibandingkan dengan katak? Hesy, memang nak
kena budak ni!
I was in love for a day.... Love! In a way...
love!
Lagu orang putih pulak dah! Sekali lagi
Zafran bersuara sambil memandang Liya dengan
tajam. Nak aje aku staple mulut Minah Kecoh ni,
Zafran bersuara dalam hati.
Take my hand, take my whole my life too....
For I cant help falling in love with you. Liya
menyanyi lagi tanpa mempedulikan Zafran.
Dahlah tu nyanyi.
Kau sibuk apa hal? soal Liya dengan kening
yang terangkat.
Kau mengganggu aku tau tak?
Ye? Alahai... kesiannya! Liya merapatkan
kedua-dua belah tapak tangan sambil membuat
muka kesian. Dalam hati, dah ketawa macam
orang tak betul. Sengaja aje sebenarnya dia nak
sakitkan hati Zafran. Tapi kan mamat ni berhati
batu, takkanlah usik sikit dah sentap?
Aku malas layan kau. Buatlah apa yang
kau nak buat, aku tak kisah! ucap Zafran dengan
muka yang serius.
Liya tergelak kecil tapi dia masih belum
berpuas hati. Walaupun Mamat Perasan tu marah
tapi muka dia tetap tenang aje. Selalunya kalau
orang marah, mesti muka dia jadi merah. Ke aku
seorang aje fikir macam tu?
Zaf....
Peraturan ketiga... balas Zafran tanpa
31

Kafe Damia

memandang Liya.
Liya
mencebik.
Peraturan-peraturan!
Benci betul aku dengan peraturan dia tu! Huh,
macamlah aku kisah sangat kan?
Kenapa kau sombong?
Zafran diam. Malas nak melayan Minah
Kecoh kat sebelah dia ni. Liya menggigit bibir
sambil menarik nafas dalam-dalam. Lantak dia
Liya! Kau jangan layan orang sombong macam tu.
Relaks....
Pap!
Sehelai kertas kajang diletakkan di atas
mejanya oleh Zafran. Liya berpaling ke arah
Zafran dengan dahi yang berkerut. Apa benda
pulak ni?
Apa ni?
Baca dulu....
Liya merengus sebelum menjeling Zafran.
Asyik-asyik bagi kertas kajang! Tahulah kau Raja
Segala Kertas Kajang!

Perjanjian khas buat Minah Kecoh!


Saya Liyana Damia dengan ini
berjanji tidak akan mengganggu
Zafran Adha sepanjang saya
bersekolah di sini. Saya juga tidak
akan bercakap langsung dengan
dia dan dia boleh membayangkan
bahawa saya adalah halimunan
sama macam Sue dalam Fantastic
Four.
Sekian, terima kasih.
32

Moon Leeya Zafrina

Mulut Liya terlopong luas. Dia terus


merenyukkan kertas di tangan sambil menarik
nafas. Zafran yang sedang memandangnya
dengan pandangan tidak bersalah dikerling.
Tandatangan kat bawah tu, ucap Zafran
sambil menjuihkan bibir ke arah kertas kajang
yang Liya pegang.
No way!
Yes way!
Tak ada! Tak ada! Tak hingin aku
tandatangan perjanjian mengarut kau ni. Sue
Fantastic Four konon! Ceh! Liya letak balik
kertas kajang tu dekat atas meja Zafran. Sempat
juga dia menjelir lidah pada Zafran.
Kalau kau tak nak tandatangan... Zafran
bangkit dan menghampiri Liya. Dia meletakkan
tangan kirinya di atas meja sebelum tunduk
memandang Liya.
Ingat peraturan dan berhenti ganggu aku!
sambungnya dengan muka yang sehabis serius.
Penting sangat ke peraturan tu? soal
Liya dengan muka yang keliru. Serius tak faham
sangat. Perlu ke ada peraturan tu?
Zafran diam sebelum berlalu ke tempat
duduknya. Soalan Liya dibiarkan begitu saja
tanpa jawapan.
Penting ke?
Zafran merengus geram sambil memandang
Liya dengan tajam.
Buat kerja kau tu je. Jangan ganggu orang
lain, marah Zafran dan segera mencapai pen
hitam lalu mula menulis nota Sejarah. Baik dia
siapkan kerja dia ni daripada melayan Liya yang
33

Kafe Damia

dari tadi tak habis-habis nak memekak aje.


Liya pula tercengang sekejap sebelum
tersenyum. Nampak sangat tak ada jawapan!
Hahahaha!

ESOK kena stay back tau. Ada latihan merentas


desa, kata Nahi ketika dia, Liya dan Tinah rehat
di kantin.
Awalnya dah merentas desa! Tinah
merungut sambil menyuap nasi ayam ke dalam
mulutnya. Sedap pula nasi ayam hari ni. Sesudu
lagi nasi ayam dimasukkan ke dalam mulutnya.
Letihnyaaa.... Liya mengurut dahi. Dia
memang tak suka merentas desa. Lemah segala
sendi badan! Setiap kali dia masuk merentas
desa, paling banyak dia dapat pun satu mata aje!
Belum start dah letih ke? Liya berpaling
pada Haikal dengan Taufiq yang baru datang
menyampuk. Zafran yang berdiri di belakang
mereka pula hanya diam. Langsung tak tengok
Liya pun.
Suka hatilah! balas Liya tenang. Dia pun
langsung tak pandang Zafran kat belakang Haikal
dengan Taufiq tu. Mamat tu kan halimunan.
Hahaha!
Kau rumah mana hah, Liya? soal Haikal.
Rumah Utarid. Kenapa? Satu sudu nasi
ayam dimasukkan ke dalam mulut.
Spontan muka Zafran berubah riak. Nampak
macam terkejut pun ada. Mereka berempat
ketawa melainkan Liya dan Zafran. Apa yang
34

Moon Leeya Zafrina

lawak sangat? Masuk rumah Utarid pun lawak


ke? Liya dah buat muka pelik.
Kau sama dengan Zaf la.
Liya tercekik. Tercungap-cungap dia
mencari air. Lupa nak beli air tadi! Baru aje dia
nak bangkit, tiba-tiba ada tangan meletakkan
sebotol air mineral atas meja. Tak kisah dah siapa
yang bagi, terus dia meneguk rakus. Lega...
Thanks....
Welcome... balas Zafran selamba.
Erk? Liya pandang Zafran. Mulut dia
terlopong luas, tak percaya dengan apa yang dia
dengar! Kau ke yang bagi aku air ni?
So?
Ek eleh, aku tanya bukan dia nak jawab. Dia
tanya lain pulak, Liya merungut dalam hati.
Berapa ringgit ni? soal Liya sambil
menayangkan botol mineral di tangan kanan.
Tangan kiri pula menyeluk poket baju nak
mencari duit.
Sepuluh ringgit!
Membulat mata Liya. Air mineral ni sepuluh
ringgit? Biar betul! Cekik darah la Mamat Perasan
ni!
Mahal gila! Kat koperasi pun lapan puluh
sen je. Liya mencebik tak puas hati. Kalau aku
tahu tadi dia yang bagi air ni, memang tak minum
tau. Tapi nak buat macam mana, dah terminum
kan? Reda ajelah.
Dah kau tanya berapa ringgit, aku jawablah
sepuluh! Kalau kau tanya berapa sen, aku jawablah
lapan puluh sen. By the way, aku melawak je. Tak
payah la nak bayar balik. Jawab Zafran selamba
35

Kafe Damia

sebelum melangkah pergi dari situ. Meninggalkan


Haikal dan Taufiq di situ.
Liya menjelir lidah sambil buat gaya macam
nak baling botol dekat Zafran.
Kawan kau tu kan... memang suka
cari fasal eh? Liya merengus geram sambil
memandang Haikal dan Taufiq. Kedua-duanya
terdiam. Terkejut juga sebenarnya. Zafran jarang
buat perangai macam tu. Selalunya dia okey
aje walaupun memang jarang sangat dia nak
sembang-sembang dengan budak perempuan
lain. Dia orang pun tak tahu kenapa Zafran dingin
sangat dengan perempuan.
Zaf sebenarnya jarang buat perangai macam
tu, jawab Taufiq sambil menggaru kepalanya
yang tak gatal.
Kalau dia start buat perangai macam tu,
kiranya kau ni istimewalah kut, sambung Haikal
pula sambil tersenyum sumbing.
Mulut Liya terlopong. Kalau dia buat
perangai macam tu kat aku seorang aje, bukan
istimewa namanya tu! Tu maknanya aku ni calon
yang paling sesuai untuk dia cari fasal! Arghh!
Menyampah!
Aku nak pindah tempat duduk la kalau
macam ni! Nahi, tukar dengan aku nak?
Nahi cepat-cepat menggeleng. Gila ke nak
duduk sebelah Zafran? Menakutkan okey! Dulu
memang dia pernah duduk tepi Zafran tapi
sekejap aje sebab tak mampu nak tahan apabila
tengok Zafran asyik belajar aje. Dia ni bukannya
orang yang suka belajar sangat. Jadi apabila
tengok orang selalu belajar, dia jadi tension!
36

Moon Leeya Zafrina

Lagipun, Zafran tu pendiam sangat! Nak cakap


apa pun tak tahu dengan dia!
Kau tukar dengan Tinah!
Liya berpaling memandang Tinah sambil
buat muka kesian. Dikelipkan matanya berulang
kali dengan harapan Tinah naklah tukar tempat
duduk dengan dia.
Liya, aku bukan tak nak tau. Tapi... err...
memang tak bolehlah. Kau je calon yang paling
sesuai duduk sebelah dia, ucap Tinah turut buat
muka kesian. Dia pun tak mampu nak duduk
sebelah Zafran. Sebelah orang lain, tak apa lagi
tau tapi sebelah Zafran, memang tak mampu!
Liya menggigit bibir. Semua orang tak nak
duduk sebelah Zafran! Menakutkan sangat ke
Mamat Perasan tu? Tak apa Liya. Kau relaks aje...
kita tengok nanti Zafran tu menakutkan tahap
mana. Kita tengok siapa yang lagi menakutkan?
Liyana Damia ke Zafran Adha!
Memandangkan Im the special one, aku
reda ajelah duduk sebelah dia walaupun dia
anggap aku ni halimunan macam Sue Fantastic
Four! kata Liya sehabis tenang. Dia bangkit lalu
membawa pinggannya dan memasukkannya ke
dalam bakul. Sempat juga dia memandang ke
arah kawan-kawannya yang tercengang.
Sue Fantastic Four? tanya Nahi pelik
dengan dahi yang berkerut.
Yup! Liya mengangguk sebelum melangkah
ke kelas.

37

Kafe Damia

SELEPAS SELESAI solat zuhur dan menyalin


pakaian sukan, Liya segera menuju ke kantin.
Tinah dengan Nahi awal-awal lagi dah pergi kantin
sebab dah lapar sangat. Masa rehat tadi, dia orang
ada perjumpaan pengawas, jadi tak sempat nak
makan. Liya berjalan perlahan sambil mengelap
peluhnya di dahi. Panas betul cuaca sekarang ni.
Buk!
Liya terdorong ke belakang sedikit. Sakitnya
hidung aku! Dinding ke apa ni? Sambil menggosok
hidung dan dahinya, Liya memandang hadapan.
Patut la sakit gila! Berlanggar dengan beg
rupanya! Dahlah besar gila beg tu!
Mata letak dekat lutut... sindir Zafran
perlahan.
Liya mengetap gigi. Huh! Langgar beg dia
rupanya! Dia beralih ke tepi sebelum meneruskan
perjalanan ke kantin. Perut yang dah berdondang
sayang ni perlu diisi. Kalau layan Si Mamat
Perasan tu, sampai esok lusa belum tentu habis!
Aku ada tawaran nak bagi kat kau.
Liya berpaling ke belakang sambil
memandang Zafran yang sedang bercekak
pinggang.
Tawaran apa?
Kalau kau sampai dulu sebelum aku masa
latihan nanti, aku bagi tahu kat kau kenapa
peraturan tu penting. Zafran mencabar Liya
sambil menjongket kening.
Liya mengecilkan mata sambil memandang
Zafran dengan tajam. Tawaran berat sebelah!
Nahi dengan Tinah awal-awal dah bagi tahu yang
budak lelaki yang kena lepas dulu. Memang sah38

Moon Leeya Zafrina

sah la dia yang sampai dulu!


Malas aku nak layan kau. Liya berpaling ke
belakang.
Takut? Zafran tersenyum sinis.
Langkah Liya terus terhenti. Pantang betul
apabila ada orang cakap Liyana Damia penakut
tau!
Ni Liyana Damia la! Tak takut pun, balas
Liya cuba bertenang. Mamat Perasan ni kalau nak
lawan dengan dia, kita kena jadi cool macam dia
juga. Baru menjadi... err... kut?
Zafran berjalan menghampirinya dengan
senyuman yang susah sangat nak ditafsirkan.
Tapi Liya yakin tu senyuman mengejek!
Kalau aku menang, apa pulak tawaran
kau? soal Zafran.
Aku belanja kau makan kat kantin esok!
Zafran menggeleng. Tak menarik langsung!
Lain? Setakat belanja makan kat kantin,
apa kelas? Kasilah yang istimewa lagi.
Dah tu kau nak apa? Liya tanya balik.
Orang nak belanja makan pun dah kira untung
tahu tak? Ingat makanan kat kantin tu, murah ke?
Nasi lemak pun dah RM2.00 sekarang ni!
Zafran tersenyum.
Nanti aku fikir apa dia yang aku nak kau
buat. Sekarang ni, kita tengok siapa yang menang
dulu, ucapnya sebelum berlalu pergi dari situ
dan membiarkan Liya tercengang seorang diri kat
situ.
Senangnya dia... kalau aku menang, dia
bagi tahu sebab aje. Tapi kalau dia menang, aku
kena buat apa yang dia nak. Banyak cantik!
39

Kafe Damia

Liya menggeleng perlahan. Selain perasan,


satu lagi sifat Zafran adalah kurang waras! Ya, dia
pasti tentang tu!

NAHI DAN TINAH memandang pelik ke


arah Liya yang nampak macam terlampau
bersemangat. Baru latihan aje kut, takkanlah
teruja sangat sampai macam tu? Lainlah kalau
nak bertanding betul-betul.
Apasal kau excited sangat ni, Liya? tanya
Tinah pelik. Liya ni bukan boleh agak sangat.
Walaupun baru kenal dua minggu tapi perangai
gila dia boleh tahan juga.
Aku ada buat perjanjian dengan Mamat
Perasan. Balas Liya sambil melakukan apa yang
disuruh oleh Cikgu Muslim kat depan. Kena buat
regangan badan dulu, baru tak sakit-sakit badan
masa berlari nanti.
Dengan Zaf? Apa dia? soal Nahi. Baik dah
ke dia orang ni?
Adalah... kalau aku dah menang nanti,
aku cakap kat kau orang. Tapi kalau aku senyap
je, faham-faham ajelah ye. Jawab Liya sambil
tersengih.
Err... okey. Kami tunggu.
Liya memandang ke arah pelajar lelaki
yang bersedia untuk dilepaskan. Matanya sibuk
mencari Zafran. Akhirnya dapat juga dia cam
Zafran yang berdiri di barisan yang agak hadapan.
Adoi, ada peluang tak aku kalahkan dia ni? keluh
Liya dalam hati.
40

Moon Leeya Zafrina

Sebaik saja mendengar bunyi siren


dibunyikan, Liya masih lagi memerhatikan
Zafran. Dah jauh ke depan tu! Okey, peluang
untuk menang telah berkurangan sekarang ni.
Liya, cepatlah. Dah nak kena lepas ni.
Tinah dengan Nahi menarik tangan Liya supaya
berdiri di barisan hadapan.
Kau orang, kalau aku tinggal kau orang kat
belakang... tak apa kan? Liya bertanya sambil
tersenyum. Walaupun tahu peluang nak menang
tu memang sikit tapi dia tak naklah putus asa!
Kena cuba sehingga ke akhirnya!
Tak apa. Ala, kami tak kisah pun. Kau kejar
je Zaf tu! Chaiyok! balas Nahi tersengih. Tinah
mengangguk.
Chaiyok! Liya mengangkat tangan ke udara
sebelum berlari sebaik saja siren dibunyikan.
Sempat dia melambai tangan ke arah Nahi dengan
Tinah yang masih dekat belakang. Go go go, Liya!

ZAFRAN BERPALING ke belakang sambil


mengelap peluh. Dia tersenyum gembira apabila
tengok tak ada langsung kelibat seorang pelajar
perempuan pun di belakangnya. Confirm Liya tak
boleh kejar ni!
Aduh! Sakit...
Zafran berpaling ke sebelah kiri. Seorang
budak lelaki tengah pegang lututnya yang
berdarah di sisi sebuah basikal kecil berwarna
merah.
Adik okey tak ni? Zafran melutut di
41

Kafe Damia

sebelahnya sambil melihat luka di lutut budak


lelaki itu.
Saya jatuh basikallah bang. Macam mana
nak okey? Darah ni! Tiba-tiba budak lelaki tu
membentak sambil mengelap air matanya. Zafran
tercengang sambil menggaru kepalanya. Okey,
memang dia tanya soalan tak logik pun tadi.
Zafran, kenapa dengan budak ni? Cikgu
Shah datang menghampiri mereka berdua dengan
menunggang motosikal.
Jatuh basikal, cikgu. Kaki dia luka ni.
Abang boleh hantar saya balik tak? Sakit
nak jalan ni. Nak bawa balik basikal lagi. Tanya
budak lelaki tadi dengan mata yang berkaca.
Zafran mula serba salah. Hantar balik?
Habis Liya macam mana? Mesti dia potong aku
nanti.
Kamu hantarkan dia balik. Tak apa, cikgu
izinkan, kata Cikgu Shah. Zafran menarik nafas
sebelum mengangguk. Dia mengangkat basikal
budak kecil tadi yang dah terjatuh.
Jom dik, abang hantar balik... Zafran
menghulurkan tangannya untuk memimpin
budak lelaki tadi balik ke rumah. Dapat pahala
tolong orang ni walaupun lepas ni dia kena
berdepan pula dengan Liya.
Ala, Minah Kecoh tu senang je nak handle,
ucap Zafran sambil memandang ke belakang.
Tiba-tiba dia mendapat satu akal.
Dikeluarkan sehelai kertas kajang dari poket
seluarnya dan sebatang pen. Cepat-cepat dia
mencoret sesuatu di atas kertas tersebut sebelum
berlari anak ke arah Cikgu Shah yang masih
42

Moon Leeya Zafrina

memerhatikan pelajar lain.


Cikgu, saya nak mintak tolong boleh?
Boleh. Apa dia?
Tolong bagi kertas ni kat Liyana, kata
Zafran sambil menyerahkan kertas kajangnya
kepada Cikgu Shah.
Okey. Nanti cikgu bagi.
Terima kasih cikgu. Zafran menunduk
kepala sedikit sebelum berlari balik ke arah budak
kecil tadi. Dia tersenyum nipis.
Kau takkan menang, Liya! Dia senyum lagi.
Seronok juga kacau orang ni rupanya.

43

Anda mungkin juga menyukai