Anda di halaman 1dari 3

Pembangunan dan pemodenan yang pesat telah

meningkatkan taraf kehidupan masyarakat di Malaysia.


Namun begitu, penyakit berjangkit yang dibawa bersama
telah
merisaukan
pelbagai
pihak
terutamanya
masyarakat sejagat. Penularan penyakit berjangkit
merupakan satu isu yang sering menjadi buah mulut
masyarakat sejak akhir-akhir ini. Penularan penyakit
berjangkit ini umpama duri dalam daging dan telah
menyebabkan masyarakat dunia amnya dan masyarakat
Malaysia khususnya berada dalam kebimbangan yang
berterusan. Antara penyakit berbahaya yang pernah
melanda negara kita dan negara-negara luar ialah wabak
selsema burung. Pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh
pelbagai pihak untuk mengawal penularan penyakit
berjangkit terutama yang dapat menyebabkan kematian.
Namun demikian, penularan penyakit masih lagi berlaku
dari semasa ke semasa. Oleh itu, langkah-langkah drastik
perlu dilakukan memastikan gejala penularan penyakit
dapat dibendung.
Antara langkah yang dapat dilakuakan adalah
dengan mengutamakan kebersihan dan kesihatan
diri untuk mengelakkan diri daripada diserang wabak
penyakit berjangkit. Kebersihan merupakan aspek yang
penting dalam memastikan penyakit daripada tidak
berjangkit. Sebagai contoh, penyakit kulit seperti kurap
dan kudis akan lebih mudah merebak sekiranya
seseorang itu tidak menjaga kebersihan diri serta
berkongsi barangan peribadi dengan orang lain. Dalam
pada itu, kawasan tempat tinggal kita hendaklah sentiasa
berada dalam keadaan bersih agar penyakit berbahaya
seperti demam denggi dapat dielakkan. Kesemua ahli

keluarga hendaklah berganding bahu bagai aur dengan


tebing dalam memastikan kebersihan persekitaran
rumah. Di samping itu, senaman yang secukupnya dapat
menguatkan daya tahan badan seseorang terhadap
penyakit. Melakukan senaman sekurang-kurangnya tiga
kali seminggu menjamin kesihatan diri kita. Jelaslah, kita
hendaklah meletakkan kebersihan dan kesihatan diri
selari untuk mengelakkan penyakit daripada berjangkit.
Selain itu, kemajuan perubatan hendaklah
digunakan
pada
kadar
maksimum.
Kerajaan
hendaklah memberikan kemudahan kesihatan percuma
seperti pemeriksaan kesihatan atau suntikan percuma
kepada rakyat. Kemudahan percuma seperti ini akan
menjamin kesihatan rakyat sekaligus mengelakkan
penyakit berjangkit daripada terus menular. Sebagai
contoh, suntikan imunisasi seperti suntikan B.C.G.
diberikan kepada bayi serta kanak-kanak berumur 7
tahun untuk merangsang sistem pertahanan badan
mereka untuk menghasilkan antibodi dan seterusnya
mencegah penyakit tibi. Pemeriksaan kesihatan pula
akan membantu doktor untuk mengesan sesuatu
penyakit dengan lebih awal dam membolehkan mereka
untuk merawatnya dengan lebih efisien. Oleh itu, kita
hendaklah mengadakan pemeriksaan berkala agar
mengelakkan diri kita daripada dijangkiti penyakit
berjangkit. Ini kerana,
m encegah lebih baik
daripada mengubati.
Di samping itu, pihak berkuasa mesti mengetatkan
syarat kemasukan pelancong dari luar negara. Ini
kerana, para pelancong lebih-lebih lagi daripada negara
yang terdapat penyakit berjangkit mungkin akan

merebakkan penyakit berjangkit kepada masyarakat


dalam negara kita. Oleh itu, kerajaan boleh bertindak
memasang alat pengimbas suhu di lapangan terbang,
pelabuhan, dan sempadan untuk mengesan penyakit
berjangkit ini selain melantik lebih ramai kakitangan
perubatan untuk bertugas. Selain itu, pemeriksaan ketat
kepada pelancong daripada negara yang disyaki
mempunyai penyakit berjangkit perlu dilakukan seperti
kepada pelancong Afrika kerana penyakit Ebola sedang
melanda negara tersebut. Oleh itu, kawalan ketat kepada
ara pelancong hendaklah diadakan untuk menangani
masalah penyakit berjangkit. Bak kata pepatah, jangan
sampai sudah terhantuk baru tengadah.
Kesimpulannya, penyakit berjangkit sangat berbahaya
dan perlu ditangani agar tidak mengganggu kehidupan
masyarakat dan secara tidak langsung mengganggu
perkembangan pembangunan negara. Dalam hal ini,
semua anggota masyarakat perlulah bekerjasama agar
penyakit berjangkit dapat ditangani dengan berkesan.
Kerjasama semua pihak sudah pasti akan melahirkan
masyarakat Malaysia yang bebas daripada ancaman
penyakit berjangkit sekaligus akan menjayakan gagasan
1 Malaysia. Kelekaan kita dalam isu ini akan
mendatangkan kesan buruk dan perkara ini hendaklah
segera ditangani kerana menyesal dahulu pendapatan,
menyesal kemudian tidak berguna.

Anda mungkin juga menyukai