Anda di halaman 1dari 26

ISI KANDUNGAN M/S

1. Penghargaan 2
2. Objektif 3
3. Definisi penyakit dan penyakit berjangkit 4
4. Jenis-jenis penyakit berjangkit 5
5. Influenza A ( H1N1) 6
6. Batuk Kering ( TIBI ) 8
7. Leptospirosis (kencing tikus ) 10
8. Cacar Air 16
9. Denggi 21
10. Penutup 26

1
PENGHARGAAN

Alhamdulilah, bersyukur saya ke hadrat ALLAH kerana


telah dapat menyiapkan Buku Skrap bagi Kumpulan ini dalam jangkamasa
yang ditetapkan. Pertama sekali , saya ingin mengucapkan ribuan terima
kasih kepada guru-guru penasihat SMKDPA serta petugas di Jabatan
Kesihatan daerah Semporna yang telah banyak memberikan tunjuk ajar
dan bimbingan kepada kami dalam menghasilkan buku skrap ini.

Ucapan terima kasih juga kepada rakan-rakan saya yang


banyak membantu dan memberikan idea-idea yang berguna. Penghargaan
ini juga saya tujukan kepada ibu bapa saya kerana memberikan dorongan
dan galakan kepada saya dalam menyiapkan buku ini.

Sekian , terima kasih.

2
OBJEKTIF

Objektif bagi Buku Informasi Kesihatan ini adalah :

1. Menerangkan mengenai cara-cara penjagaan kesihatan yang betul.

2. Memupuk kesedaran tentang pentingnya mengutamakan kesihatan


diri.

3. Memberi pendedahan kepada pembaca tentang impilikasi tidak


menjaga kesihatan.

4. Mempromosikan aktiviti pencegahan kepada warga sekolah.

3
DEFINISI PENYAKIT

Penyakit adalah keadaan tidak normal pada badan atau minda yang menyebabkan
ketidakselesaan, disfungsi , atau tekanan /stres kepada orang yang terbabit atau
berhubung rapat dengannya. Terdapat pelbagai jenis penyakit yang mengancam
manusia seperti penyakit berjangkit, penyakit genetic, penyakit autoimun, penyakit
toksik, penyakit kekurangan(zat), penyakit endokrin dan sebagainya. Penyakit ini
boleh disebabkan kuman, bakteria, virus, racun, kegagalan organ berfungsi, dan juga
penyakit baka/keturunan.

Leptospirosis Denggi

Tibi Cacar air

4
PENYAKIT BERJANGKIT

Berikut merupakan senarai penyakit berjangkit terkini yang telah diwartakan


di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342) :

1. Batuk Kokol
2. Campak
3. Chancroid
4. Demam Denggi dan Demam Denggi Berdarah
5. Demam Kuning
6. Difteria
7. Disenteri (Semua Jenis)
7A. Ebola
8. Jangkitan Gonococcal (Semua Jenis)
8A. Laptospirosis
9. Keracunan Makanan
10. Kolera
11. Kusta
12. Malaria
12A. Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD)
13. Plague
14. Pollomielitis (Akut)
15. Rabies
16. Relapsing Fever
17. Sifilis (Semua Jenis)
18. Tetanus (Semua Jenis)
19. Tifoid dan Salmonoloses lain
20. Tifus dan Ricketsioses lain
21. Tuberkulosis (Semua Jenis)
22. Viral Ensefalitis
23. Viral Hepatitis
24. Apa-apa jangkitan mikrobial lain yang mengancam nyawa

5
INFLUENZA A (H1N1)

INFLUENZA A (H1N1)

Salah satu penyakit berjangkit yang terkenal dan masih dikira sebagai penyakit
yang baru ialah Influenza A (H1N1). Swine Flu yang disebarkan oleh manusia
ini telah mencetuskan keadaan panik di seluruhan dunia terutamanya di Mexico
dan Amerika Syarikat. Sehingga 6 Mei 2009. Wabak ini telah mengorbankan
29 orang di Mexico dan 2 orang di Amerika Syarikat. Di Malaysia pula wabak
Swine Flu bermula pada Mei-Jun 2009.

Apa itu penyakit Influenza A (H1N1).

Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit berjangkit pada saluran


pernafasan yang disebabkan oleh Virus Influenza A (H1N1). Virus Influenza
ini adalah sejenis virus yang baru dan terhasil daripada ressorment iaitu
percampuran genetik virus influenza babi, burung dan manusia. Pada mulanya,
semua orang tiada daya ketahanan kepada jangkitan tersebut. Vaksin bagi
melindungi jangkitan ini juga belum ada.

Terdapat beberapa tanda amaran yang menunjukkan seseorang itu menghidap


penyakit jangkitan Influenza A (H1N1). Antaranya adalah masalah penafasan.
Batuk berdarah atau kahak berdarah. Sakit dada berterusan. Cirit-birit atau
muntah yang kerap, Demam berterusan melebihi 3 hari ataupun demam

6
berulang selepas hari pulih. Berkelakuan tidak normal, keliru, kurang resposif
kepada rangsangan atau sawan. Rasa pening apabila berdiri dan kurang kencing.

Jika seseorang itu ada salah satu tanda di atas semasa waktu penyebaran
virus Influenza A (H1N1), maka orang itu disahkan menjangkiti Influenza
A(H1N1). Golongan-golongan yang berisiko tinggi adalah kanak-kanak yang
berumur kurang daripada 5 tahun. Individu yang berusia 65 tahun dan ke
atas, kanak-kanak dan remaja yang kurang daripada 18 tahun yang
menggunakan terapi aspirin untuk jangkamasa yang panjang. Wanita
mengandung, dewasa dan kanak-kanak dengan asma. Penyakit pernafasan
kronik, obstruktif,kegagalan organ, penyakit kardiovaskular, hepatik,
heamatologikal, neurologik, neuromuscular atau masalah metabolik seprerti
Diabetes Mellitus. Orang yang mengalami daya ketahanan yang
rendah(immunosuppressant) dan individu yang mengidap di rumah kebajikan
dan institusi penjagaan yang lain.

Semua golongan di atas perlu mengambil tindakan segera sekiranya mendapati


diri-sendiri dijangkiti Influenza A (H1N1). Jika tidak, penyakit ini boleh
membawa maut. Untuk mengelakkan daripada menjangkiti Influenza A
(H1N1), langah langkah tersebut perlu diambil oleh semua orang. Antaranya
adalah mengamalkan amalan kebersihan diri dan adab batuk yang betul,
tutup/lindungi mulut dan hidung dengan tisu sewaktu bersin atau batuk.
Buangkan tisu tersebut ke dalam tong sampah selepas menggunakan. Basuh
tangan dengan sabun dan air dengan kerap terutamanya selepas batuk atau
selesema. Pembersih tangan berasaskan alcohol juga berkesan. Pesakit
dinasihatkan untuk tinggal di rumah, elakan berhubung rapat dengan ahli
keluarga yang lain serta mengambil langkah kawalan dan pencegahan dari
menjangkiti mereka yang menjaga pesakit.

Kita masih perlu mengamalkan amalan kebersihan diri dan gaya hidup yang sihat
bagi mengelakkan dijangkiti Influenza A (H1N1) atau penyakit lain.

7
BATUK KERING (TIBI)

BATUK KERING (TIBI)

Penyakit batuk kering ataupun (Tuberkolosis) merupakan satu penyakit yang


amat bahaya.Ia jaga dikenali sebagai TIBI. Penyakit ini jangkitan bakterium
(Mycobacterium tuberculosis). Bakteria in biasanya menyerang paru-paru.
Selain itu, ia juga dapat menyerang sistem-sistem badan lain. Sistem-sistem
ini seperti menyerang sistem saraf tujung, sistem peredaran, sistem limfatik,
tulang, sendi dan lain-lain.

Tanda-tanda peyakit yang dijangkit akan batuk berdarah atau berkahak. Iaitu
meraka yang berjangkit adalah sangat susah untuk menhentikan batuk dia, dan
dia mungkin akan batuk berterusan sehingga 2 minggu sampai berdarah. Selain
itu, peyakit juga mempunyai tanda lemah dan keletihan. Mereka akan sentiasa
tiada ada sebarang semangat dan berasa letih.

Seterusnya, berat badan mereka akan susut. Ia akan susut hingga kita tidak
dapat mengenali siapa dia. Mereka akan berasa sakit di bahagian dada.
Ini disebabkan paru-paru mereka telah diserang oleh bakteria
(Mycobacterium tuberculosis), dan menyebabkan dada mereka berasa sakit
sangat.

8
Penyakit akan sentiasa mengalami kesakitan dada semasa menarik nafas
panjang dan juga batuk. Tanda-tanda seperti menggigil, deman dan berpeluh di
sebelah petang dan malam juga sebagai tanda-tanda pesakit TIBI.

Pemeriksaan dengan penggunaan alat-alat pengesanan, penyakit ini adalah


lebih senang dapat dikesan dan dapat mendapat rawatan dengan segera. Cara
lain yang kita dapat mengesan penyakit TIBI ialah melakukan pemeriksaan
kahak untuk mengenal pastinya.

Penggunaan pemeriksaan X-ray dada juga dapat mengesan penyakit TIBI.


Dengan dapat dikesan dengan secepat mungkin, kita dapat mendapat rawatan
sebelum penyakit TIBI menjadi serius.

Biasanya, penyakit TIBI ini akan mengambil 6 bulan di bawah penyeliaan


anggota-anggota kesihatan yang dilantikan supaya dapat memberi rawatan
yang segera dalam keadaan yang menjadi teruk. Penyakit ini tidak
kirakan kaum, umur, atau bangsa terutamanya pesakit AIDS. Iaitu pesakit
yang dijangkit oleh virus HIV.

Bagi mencegah penyakit ini, setiap bayi yang baru dilahirkan mestilah
diberikan suntikan BCG, dan dapatkan suntikan dos kedua pada umur 12
tahun. Dengan ini kita dapt mengurangkan risiko ancaman penyakit TIBI.
Penyakit TIBI merupakan satu penyakit yang amat bahaya dan boleh
mengancamkan kita semua. Oleh itu, kita harus sama-sama mengatasikan
penyakit TIBI ini.

9
PENYAKIT LEPTOSPIROSIS (KENCING TIKUS)

TIKUS

Semenjak negara digemparkan dengan berita tentang enam kematian yang


disebabkan oleh penyakit Leptospirosis dan Melioidosis. Akhbar-akhbar
tempatan mula membangkitkan isu penyakit ini, malah ada yang mengatakan
bahawa penyakit ini adalah penyakit baru dan misteri di Malaysia.

Pendapat ini adalah salah! Leptospirosis bukanlah penyakit baru di Malaysia,


tetapi ia merupakan penyakit yang jarang berlaku.

Apakah itu Leptospirosis?

Leptospirosis adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh patogen genus


Leptospira, yang boleh berjangkit secara langsung atau tidak langsung
daripada haiwan kepada manusia.

10
Leptospirosis di Malaysia?

Mengikut statistik Kementerian Kesihatan, pada tahun 2006, sebanyak 527


kes leptospirosis telah dicatatkan, dan pada tahun 2007 pula, terdapat
peningkatan kes sebanyak 929 kes dilaporkan.

Pada tahun 2010, negara digemparkan dengan berita kematian enam individu
akibat Leptospirosis dan Melioidosis Hutan Lipur Lubuk Yu, Maran. Terbaru,
sebagaimana yang dilaporkan oleh akhbar-akhbar tempatan, seorang anggota
bomba merupakan korban terbaru penyakit ini, yang sekali gus menjadikan
angka korban yang kelapan dalam sela masa kurang sebulan.

Apakah jenis-jenis haiwan yang boleh menjadi reservoir kepada bakteria


ini?

Tikus dan haiwan domestik seperti lembu, khinzir dan anjing sering menjadi
reservoir utama bagi bakteria genus Leptospira ini. Haiwan yang telah
dijangkiti dengan Leptospira boleh merembeskan bakteria tersebut melalui
air kencingnya secara berperingkat-peringkat atau secara berterusan selama
berbulan-bulan.

Bagaimanakah bakteria ini boleh tersebar?

Leptospirosis boleh menjangkiti manusia secara langsung mahupun tidak


langsung melalui pendedahan kepada air kencing haiwan pembawa tersebut.
Bakteria genus Leptospira ini boleh memasuki saluran darah melalui luka,
kulit yang melecet dan melalui membran bermukus seperti mata, hidung dan
mulut.

11
Leptospirosis turut disebarkan melalui air mani haiwan yang dijangkiti.
Pekerja rumah penyembelihan boleh dijangkiti melalui sentuhan dengan cecair
badan dan darah.

Manusia boleh dijangkiti melalui pendedahan kepada air, makanan atau tanah
yang mengandungi kencing haiwan yang dijangkiti bakteria ini. Ini juga
mungkin berlaku dengan menelan makanan atau air yang dicemari, atau melalui
sentuhan luka pada kulit.

Apakah tanda-tanda dan simptom-simptom Leptospirosis?

Petanda-petanda seperti demam panas, sakit-sakit otot, sakit kepala, muntah,


cirit-birit dan mata merah merupakan antara simptom yang dialami oleh
pesakit-pesakit Leptospirosis.

Ruam, demam kuning dan sensitiviti mata terhadap cahaya mula menyerang
beberapa hari setelah simptom-simptom di atas mula reda.

Penglihatan pesakit pula menjadi sedikit kabur. Simptom-simptom ini boleh


berlanjutan sehingga beberapa hari dan mungkin juga berterusan selama
berminggu-minggu.

Simptom-simptom leptospirosis lazimnya kelihatan begitu umum dan pesakit


biasanya beransur pulih selepas kira-kira lima hari. Jadi, tidak mustahil pada
kebanyakan masa, ia sering disalahdiagnosiskan sebagai demam panas,
selesema atau petanda biasa yang lain.

Leptospirosis ini boleh menjadi lebih kronik. Ini merangkumi Penyakit Weil,
yakni kegagalan ginjal, sakit kuning dan perdarahan pada kulit dan selaput

12
lendir.Me ningitis (radang selaput otak) dan pendarahan di paru-paru juga
boleh berlaku. Leptospirosis juga lambat-laun boleh membawa maut.

Apakah kesan jangka panjang Leptospirosis?

Proses penyembuhan Leptospirosis memakan masa yang lama. Pesakit-pesakit


Leptospirosis kadangkala mengalami keletihan kronik yang berlarutan selama
berbulan. Malah, ada juga pesakit yang mengalami depresi dan sakit kepala
yang berterusan. Kadangkala bakteria Leptospira ini boleh tinggal di dalam
mata untuk satu masa yang lama dan mengakibatkan radang mata yang serius
dan kronik.

Siapakah golongan-golongan berisiko tinggi?

Golongan yang kerap terdedah kepada haiwan seperti pekerja zoo, veterinar
dan mereka yang membela haiwan peliharaan adalah termasuk dalam golongan
yang berisiko tinggi untuk mendapat Leptospirosis. Selain itu, mereka yang
bekerja sabagai peladang, pekebun dan rumah penyembelihan juga berisiko
tinggi untuk terdedah kepada air, lumpur, tanah yang telah dikontaminasi oleh
urin haiwan yang telah dijangkiti.

Golongan penggemar aktiviti sukan air atau rekreasi juga mempunyai risiko
pendedahan terhadap air yang dikontaminasikan oleh urin haiwan pembawa
seperti tikus, anjing atau khinzir. Ada juga kajian dari Australia yang
mengatakan bahawa lelaki adalah lebih kerap dijangkiti Leptospirosis
berbanding wanita.

13
Bagaimana diagnosis bagi mengesahkan penyakit ini?

Seseorang doktor mungkin mengesyaki Leptospirosis pada seorang pesakit


yang mengalami simptom 1-2 minggu selepas terdedah pada urin haiwan
pembawa tersebut. Leptospirosis hanya boleh disahkan melalui ujian darah
yang menunjukkan kehadiran bakteria Leptospirosis.

Untuk membuat diagnosis Leptospirosis, dua ujian darah berasingan perlu


diambil dalam tempoh lebih daripada dua minggu. Selain itu, bakteria
Leptospira juga boleh didapati dari darah, cecair tulang belakang kepada otak
dan air kencing.

Apakah langkah pencegahan bagi penyakit ini?

Leptospirosis adalah penyakit yang boleh dielakkan. Beberapa tip langkah


penjagaan boleh diamalkan bagi mencegah pendedahan kepada bakteria
Leptospirosis.

Tutup luka dan lecetan kulit dengan balutan yang kalis air sebelum anda
memulakan aktiviti/kerja di ladang/kebun atau tempat-tempat yang
berpotensi untuk pendedahan kepada bakteria ini .Pakai pakaian pelindung
seperti sarung tangan, pelindung mata atau gogel, apron dan but apabila
bekerja di ladang ataupun bekerja dengan haiwan-haiwan yang berpotensi
untuk dijangkiti dengan Leptospirosis, terutamanya apabila anda berpotensi
untuk terdedah pada urin haiwan tersebut.

Bersihkan diri dan tangan selepas membuat kerja-kerja di ladang dan kebun.
Pastikan anda tidak makan atau merokok semasa berada berhampiran dengan
haiwan-haiwan yang mungkin dijangkiti ataupun semasa bekerja di

14
kebun/ladang yang anda mungkin terdedah pada tanah yang telah
dikontaminasi dengan bakteria tersebut.

Elakkan aktiviti rekreasi atau berenang di tempat-tempat yang


berkemungkinan dicemari oleh urin haiwan.Kawal kehadiran tikus di tempat
anda dengan memastikan kebersihan yang optimum. Buang semua sampah
sarap dan kemaskan buangan sisa makanan, bagi mengelak kehadiran tikus
Sebelum minum atau membuka makanan di dalam tin, pastikan anda
membasuh/membilas penutupnya terlebih dahulu bagi mengelak kemungkinan
dijangkiti bakteria ini. Tin-tin ini mungkin terdedah pada urin haiwan
pembawa Leptospira ketika di dalam stor.

Apakah rawatan bagi Leptospirosis?

Leptospirosis biasanya dirawat dengan antibiotik seperti doxycycline atau


penicillin. Ujian dan diagnosis mengambil masa yang lama dan pesakit boleh
menjadi lebih parah jika terus menunggu. Oleh itu, doktor akan memulakan
rawatan dengan pengambilan antibiotik sebelum mengesahkan pesakit dengan
Leptospirosis. Rawatan antibiotik adalah kaedah yang paling efektif untuk
Leptospirosis jika rawatan itu dimulakan awal.

15
PENYAKIT CACAR AIR

Apa itu jangkitan cacar air?

Ini ialah jangkitan biasa yang berlaku di kalangan kanak-kanak disebabkan oleh

virus. Virus cacar air juga dikenali sebagai virus varicella. Ia adalah virus sama

yang menyebabkan kayap. Ia merupakan penyakit yang senang berjangkit dan

boleh merebak daripada seorang ke seorang. Seseorang yang dijangkiti virus

ini akan mengalami demam dan timbul ruam lepuh (blisters). Ianya merebak:

Melalui udara apabila seseorang yang menghidap cacar air itu mengalami

batuk atau bersin.

Dengan menyentuh atau bernafas masuk partikel virus yang terdapat pada

cecair yang keluar daripada lepuh (blister) .

Apakah tanda dan gejala?

Anak anda akan mendapat cacar air 10-21 hari selepas terdedah kepada

seseorang yang mengidap cacar air. Cacar air boleh merebak 12 hari sebelum

ruam kelihatan pada orang yang di jangkiti sehingga semua ruam kering.

Kebanyakan kanak-kanak mengalami jangkitan yang tidak serius. Namun

jangkitan cacar air bagi orang dewasa,remaja serta anak kecil kurang dari

setahun boleh menjadi lebih serius.

Gejala:

Demam, rasa tidak sihat dan letih lima hari sebelum ruam timbul.

16
Ruam bermula bintik merah yang kecil dan gatal (seperti jerawat) pada

semua badan termasuk mulut. Biasanya ruam bermula di dada dan belakang,

kemudian merebak ke muka, kepala, kedua-dua lengan dan kaki.

Dalam masa 24 jam, ruam-ruam akan kelihatan seperti lepuh air (blister),

kemudian pecah, kering dan menjadi keruping (4 -5 hari).

Bintik-bintik baru akan terus timbul untuk lima hari dan mengambil masa

dua minggu untuk hilang.

Cacar Air

Biasanya jangkitan cacar air ini menghasilkan pelalian seumur hidup. Walau

bagaimanapun, virus ini mungkin bersembunyi dan berulang sebagai kayap

(shingles) kepada orang dewasa dan kadang-kala kepada kanak-kanak.

Apakah komplikasinya?

Biasanya cacar air ialah masalah kesihatan ringan bagi kanak-kanak dan

kebanyakannya akan pulih.

17
Walau bagaimanapun, sesetengah orang berisiko mendapat komplikasi yang

teruk, iaitu bayi yang baru lahir, orang dewasa dan seseorang yang mempunyai

sistem pertahanan badan yang lemah.

Komplikasi lain yang boleh berlaku termasuk:

Jangkitan kuman pada kulit.

Jangkitan pada darah (blood stream infection).

Radang paru-paru.

Keradangan otak (encephalitis,cerebellar ataxia).

Bagaimana jangkitan cacar air dirawat?

Amnya:

Elakkan anak anda ke sekolah atau taman asuhan kanak-kanak sehingga ruam

menjadi berkerak (lebih kurang tujuh hari daripada permulaan ruam). Jika

tidak kemungkinan kawan-kawannya akan turut dijangkiti. Elakkan dari naik

kapal terbang pada masa ini.

Ambil ubat paracetamol untuk mengurangkan demam.

Minum banyak air masak.

Ambil makanan yang seimbang.

Sentiasa membasuh tangan.

Untuk rasa gatal:

Sapu losen kalamine di tempat ruam.

Potong kuku pendek untuk mengelakkan kecederaan kulit semasa menggaru.

18
Ubat antihistamine mungkin diberi oleh doktor jika rasa gatal yang teramat

sangat sehingga anak anda tidak dapat tidur.

Ubat antivirus untuk cacar air (dalam bentuk makan) boleh didapati dan

selalunya akan diberi oleh doktor kepada mereka yang berisiko mendapat

jangkitan yang teruk, iaitu:

Berumur 12 tahun ke atas.

Mengidap penyakit paru-paru/kulit yang kronik.

Mereka yang menjalani terapi lama dengan mengambil ubat salicylate

seperti aspirin.

Mereka yang menjalani terapi steroid sama ada jangka pendek atau berkala

(dalam bentuk sedut).

Segolongan ibu-ibu mengandung.

Bagaimana cacar air boleh dicegah?

Cacar air boleh dicegah dengan suntikan pelalian.Vaksin varicella ini tiada

di dapati dalam program immunisasi sekarang akan tetapi terdapat pada

sektor swasta. Minta nasihat doktor.

Jika anda mendapat cacar air, elakkan jangkitan kepada orang lain dengan

tidak pergi ke sekolah atau ke tempat kerja sehingga lepuh menjadi kering

dan berkerak.

Vaksin juga boleh diberi kepada anak anda yang belum pernah dijangkiti

penyakit ini jika terdedah kepada individu yang menghidap cacar air untuk

19
mengelakkan anak anda daripada mendapat penyakit ini. Sila berjumpa

doktor untuk mendapatkan nasihat.

Seseorang yang berisiko mendapat cacar air yang teruk (bayi yang baru

lahir, yang mempunyai sistem pertahanan badan yang lemah, wanita

mengandung) yang terdedah kepada seseorang yang mengidap cacar air,

mungkin diberi antibodi dalam bentuk immunoglobulin untuk memberi

perlindungan segera.

20
Demam Denggi

Pengenalan

Demam denggi adalah sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak melalui

gigitan nyamuk Aedes aegypti yang telah dijangkiti.

Terdapat empat (4) jenis virus yang boleh menyebabkan demam denggi (DEN

1, DEN 2, DEN 3 dan DEN 4).

Jangkitan oleh salah satu jenis virus akan memberikan imuniti terhadap virus

jenis itu sahaja, jika individu tinggal di kawasan jangkitan denggi, mereka boleh

di jangkiti lebih dari sekali seumur hidupnya.

Lebih 100 negara di Asia Selatan, Asia Tenggara, Afrika, Amerika Timur

Mediterranean dan Pasifik Barat mengalami masalah denggi.

Tanda dan gejala

Kebiasaannya demam akan terjadi pada hari ke tiga (3) hingga ke empat

belas (14) selepas digigit oleh nyamuk yang dijangkiti, kebiasaannya di

antara 4 hingga 7 hari.

Selalunya ia akan bermula dengan demam kuat yang mengejut, sakit kepala

yang teruk/kuat, sakit pada bahagian belakang mata serta otot-otot dan

sendi-sendi. Ruam merah di kulit juga boleh terjadi.

Demam ini boleh mencapai suhu 40 - 41 C, dan selalunya akan berlarutan

selama 2 hingga 7 hari. Ia juga boleh menyebabkan serangan sawan

dikalangan kanak-kanak di bawah umur 6 tahun. Sakit teruk pada tulang-

21
tulang, otot-otot dan sendi-sendi. Demam denggi ini juga dikenali sebagai

"breakbone fever".

Ruam selalunya akan tumbuh pada hari ke 3 dan 4 selepas bermulanya

demam.

Muntah dan kurang selera makan.

Pemastian diagnosa penyakit

Antibodi akan dikesan di dalam darah (Dengue IgM) (Antibodi yang dihasilkan

oleh sistem pertahanan badan untuk melawan jangkitan).

Ujian PCR (kaedah mengesan genetik virus) boleh mengesan virus denggi di

dalam darah dan nyamuk boleh didapati di sesetengah makmal.

NSI antigen: Satu lagi test yang mengesan virus ini pada peringkat

awal/demam.

Rawatan

Segera berjumpa dengan doktor kerana tiada ubat yang khusus untuk

merawat demam denggi.

Rehat dan banyakkan minum air masak. Ubat paracetamol boleh diambil

untuk menurunkan demam dan mengurangkan kesakitan.

Elakkan ubat aspirin bagi kanak-kanak di bawah umur 12 tahun.

Mandi jerlum.

Antibiotik tidak diperlukan.

22
Demam Denggi Berdarah

Merupakan demam denggi yang teruk disebabkan oleh jangkitan virus denggi.

Kebiasaan tanda sakit adalah sama dengan demam denggi. Pesakit akan menjadi

teruk disebabkan oleh radangan di salur darah. Tanda-tanda yang biasa

termasuklah muntah, pitam dan sakit di bahagian abdomen.

Salur darah di dalam badan boleh mengalami kebocoran dan menyebabkan isi

padu darah berkurangan. Ini boleh menyebabkan pesakit mengalami renjatan

(shock) dan akhirnya boleh menyebabkan kematian.

Tiada ubat-ubatan yang khusus untuk merawat demam denggi. Pesakit perlu

dimasukkan ke wad bagi rawatan demam denggi berdarah. Rawatan awal boleh

mengelakkan kematian dengan kadar kurang daripada 1%. Pesakit akan

diberikan rehidrasi untuk memastikan beliau tidak mengalami renjatan.

Walaupun nama penyakit ini demam denggi berdarah, masalah yang membawa

kemudaratan adalah masalah kebocoran salur darah yang menyebabkan

renjatan dan bukan pendarahan yang menjadi masalah utama.

Faktor penyumbang

Intravena:

Pembangunan yang pesat di bandar-bandar terutama di Negara Tropika

menyebabkan kepadatan penduduk tinggi dan tapak binaan yang banyak.

23
Peningkatan penggunaan bahan plastik dan pembuangan tayar lama boleh

menyebabkan pembiakan nyamuk yang baru.

Pergerakan manusia dari satu tempat ke tempat yang lain menyebabkan

penularan berlaku dengan cepat.

Pencegahan

Pada masa sekarang tiada vaksin untuk mengubati demam denggi. Walau

bagaimanapun usaha-usaha sedang dijalankan untuk menghasilkan vaksin

tersebut.

Elakkan gigitan nyamuk dengan:

Gunakan ubat nyamuk.

Gunakan kelambu semasa tidur. Gunakan 'repellent' jika perlu.

Elakkan aktiviti semasa nyamuk aktif menggigit (5.30 pagi-8.00 pagi dan

5.30 petang-8.00 malam).

Pakai pakaian berlengan panjang dan seluar panjang apabila keluar daripada

rumah.

Pasang jaring halus (mosquito mesh) di tingkap dan pintu.

Menghapuskan tempat-tempat pembiakan nyamuk:

Menghapuskan tempat pembiakan nyamuk di sekeliling rumah. Musnahkan

semua bekas yang boleh menakung air hujan atau lebihan air, terutamanya

di besen, tayar lama, bekas bunga, bekas plastik dan tong. Jika tidak boleh

dimusnahkan, letakkan bahan pembunuh jentik-jentik di bekas tersebut.

24
Kerap tukar air di bekas minuman haiwan peliharaan.

Jika anak anda disyaki mengalami sakit denggi dan dipantau sebagai pesakit

luar (tidak dimasukkan ke wad), bawa anak anda segera ke hospital/klinik jika:

Muntah berlarutan/berpanjangan.

Sakit perut.

Kurang bermaya/sawan.

Sesak nafas.

Pucat/sejuk pada tangan dan kaki.

Pendarahan: daripada gusi/hidung, muntah darah, najis berdarah dan tanda-

tanda merah pada kulit.

25
PENUTUP
Kesimpulannya, terdapat pelbagai langkah yang wajar dilaksanakan untuk
memastikan penyakit berjangkit dalam dibendung penularannya. Pepatah
Melayu mengatakan, mencegah lebih baik dari mengubati.

Dalam hal ini semua anggota masyarakat perlulah bekerjasama ibarat aur
dengan tebing agar penyakit berjangkit dapat ditangani dengan berkesan. Kita
tidak mahu menyesal akibat kelekaan kita mendatangkan kesan buruk kerana
menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna. Kerjasama
semua pihak sudah pasti akan melahirkan masyarakat Malaysia yang bebas
daripada ancaman penyakit berjangkit yang berbahaya.

SEKIAN

26

Anda mungkin juga menyukai