Anda di halaman 1dari 29

PENYAKIT BERJANGKIT

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1. Penghargaan 2

2. Objektif 3

3. Definisi penyakit dan penyakit berjangkit 4

4. Jenis-jenis penyakit berjangkit 5

5. Influenza A ( H1N1) 6

6. Batuk Kering ( TIBI ) 8

7. Leptospirosis (kencing tikus ) 10

8. Cacar Air 16

9. Denggi 21

10. Penutup 26

1
PENGHARGAAN

Alhamdulilah, bersyukur saya ke hadrat ALLAH kerana telah dapat


menyiapkan folio sains ini dalam jangkamasa yang ditetapkan. Pertama sekali,
saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru Sains saya, Pn
Norhidayah yang telah banyak memberikan tunjuk ajar dan bimbingan kepada
saya dalam menghasilkan folio ini.

Ucapan terima kasih juga kepada rakan-rakan saya yang banyak


membantu dan memberikan idea-idea yang berguna. Penghargaan ini juga saya
tujukan kepada ibu saya kerana memberikan dorongan dan galakan kepada
saya dalam menyiapkan folio ini.

Sekian , terima kasih.

2
OBJEKTIF

Objektif bagi folio penyakit berjangkit ini adalah :

1. Menerangkan mengenai penyakit berjangkit.

2. Memupuk kesedaran tentang pentingnya menjaga kesihatan terutamanya


jangkitan penyakit berjangkit.

3. Memberi pendedahan kepada murid tentang bahaya penyakit berjangkit.

4. Langkah-langkah mencegah penyakit berjangkit.

3
DEFINISI PENYAKIT

Apa itu penyakit? Penyakit adalah keadaan tidak normal pada badan atau minda
yang menyebabkan ketidakselesaan, disfungsi, atau tekanan/stres kepada orang
yang terbabit atau berhubung rapat dengannya. Terdapat pelbagai jenis penyakit
yang mengancam manusia seperti penyakit berjangkit, penyakit genetik, penyakit
autoimun, penyakit toksik, penyakit kekurangan(zat), penyakit endokrin dan
sebagainya. Penyakit ini boleh disebabkan kuman, bakteria, virus, racun,
kegagalan organ berfungsi, dan juga penyakit baka/keturunan.
Leptospirosis Denggi Tibi Cacar air

Penyakit Tibi

Penyakit cacar air

4
PENYAKIT BERJANGKIT DI MALAYSIA

Berikut merupakan senarai penyakit berjangkit terkini yang telah diwartakan di


bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342):

1. Batuk Kokol
2. Campak
3. Chancroid
4. Demam Denggi dan Demam DenggiBerdarah
5. Demam Kuning
6. Difteria
7. Disenteri (SemuaJenis)
7A. Ebola
8. Jangkitan Gonococcal(Semua Jenis)
8A. Laptospirosis
9. Keracunan Makanan
10. Kolera
11. Kusta
12. Malaria
12A. Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD)
13. Plague
14. Pollomielitis (Akut)
15. Rabies
16. Relapsing Fever
17. Sifilis (Semua Jenis)
18. Tetanus(Semua Jenis)
19. Tifoid dan Salmonoloses lain
20. Tifus dan Ricketsioses lain
21. Tuberkulosis(SemuaJenis)
22. Viral Ensefalitis
23. Viral Hepatitis
24. Apa-apajangkitan mikrobial lain yang mengancam nyawa

5
JENIS-JENIS PENYAKIT YANG BOLEH BERJANGKIT, PENYEBABNYA DAN
CARA MENANGANINYA

INFLUENZA A (H1N1)

Salah satu penyakit berjangkit yang terkenal dan masih dikira sebagai penyakit
yang baru ialah Influenza A (H1N1). Swine Flu yang disebarkan oleh manusia ini
telah mencetuskan keadaan panik di seluruhan dunia terutamanya di Mexico dan
Amerika Syarikat. Sehingga 6 Mei 2009. Wabak ini telah mengorbankan 29
orang di Mexico dan 2 orang di Amerika Syarikat. Di Malaysia pula wabak Swine
Flu bermula pada Mei-Jun 2009.

Apa itu penyakit Influenza A (H1N1).

Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit berjangkit pada saluran pernafasan


yang disebabkan oleh Virus Influenza A (H1N1). Virus Influenza ini adalah
sejenis virus yang baru dan terhasil daripada ressorment iaitu percampuran
genetik virus influenza babi, burung dan manusia. Pada mulanya, semua orang
tiada daya ketahanan kepada jangkitan tersebut. Vaksin bagi melindungi
jangkitan ini juga belum ada.

Terdapat beberapa tanda amaran yang menunjukkan seseorang itu menghidap


penyakit jangkitan Influenza A (H1N1). Antaranya adalah masalah penafasan.
Batuk berdarah atau kahak berdarah. Sakit dada berterusan. Cirit-birit atau

6
muntah yang kerap, Demam berterusan melebihi 3 hari ataupun demam
berulang selepas hari pulih. Berkelakuan tidak normal, keliru, kurang resposif
kepada rangsangan atau sawan. Rasa pening apabila berdiri dan kurang
kencing.

Jika seseorang itu ada salah satu tanda di atas semasa waktu penyebaran virus
Influenza A (H1N1), maka orang itu disahkan menjangkiti Influenza A(H1N1).
Golongan-golongan yang berisiko tinggi adalah kanak-kanak yang berumur
kurang daripada 5 tahun. Individu yang berusia 65 tahun dan ke atas, kanak-
kanak dan remaja yang kurang daripada 18 tahun yang menggunakan terapi
aspirin untuk jangkamasa yang panjang. Wanita mengandung, dewasa dan
kanak-kanak dengan asma. Penyakit pernafasan kronik, obstruktif, kegagalan
organ, penyakit kardiovaskular, hepatik, heamatologikal, neurologik,
neuromuscular atau masalah metabolik seprerti Diabetes Mellitus. Orang yang
mengalami daya ketahanan yang rendah(immunosuppressant) dan individu yang
mengidap di rumah kebajikan dan institusi penjagaan yang lain.

Semua golongan di atas perlu mengambil tindakan segera sekiranya mendapati


diri-sendiri dijangkiti Influenza A (H1N1). Jika tidak, penyakit ini boleh membawa
maut. Untuk mengelakkan daripada menjangkiti Influenza A (H1N1), langah –
langkah tersebut perlu diambil oleh semua orang. Antaranya adalah
mengamalkan amalan kebersihan diri dan adab batuk yang betul, tutup/lindungi
mulut dan hidung dengan tisu sewaktu bersin atau batuk. Buangkan tisu tersebut
ke dalam tong sampah selepas menggunakan. Basuh tangan dengan sabun dan
air dengan kerap terutamanya selepas batuk atau selesema. Pembersih tangan
berasaskan alcohol juga berkesan. Pesakit dinasihatkan untuk tinggal di rumah,
elakan berhubung rapat dengan ahli keluarga yang lain serta mengambil langkah
kawalan dan pencegahan dari menjangkiti mereka yang menjaga pesakit.

Kita masih perlu mengamalkan amalan kebersihan diri dan gaya hidup yang
sihat bagi mengelakkan dijangkiti Influenza A (H1N1) atau penyakit lain.

7
INFLUENZA A (H1N1)

Figure 1. New Findings on the H1N1 Influenza Virus

8
BATUK KERING (TIBI)

Penyakit batuk kering ataupun (Tuberkolosis) merupakan satu penyakit yang


amat bahaya.Ia jaga dikenali sebagai TIBI. Penyakit ini jangkitan bakterium
(Mycobacterium tuberculosis). Bakteria in biasanya menyerang paru-paru. Selain
itu, ia juga dapat menyerang sistem-sistem badan lain. Sistem-sistem ini seperti
menyerang sistem saraf tujung, sistem peredaran, sistem limfatik, tulang, sendi
dan lain-lain.

Tanda-tanda peyakit yang dijangkit akan batuk berdarah atau berkahak. Iaitu
meraka yang berjangkit adalah sangat susah untuk menghentikan batuk dia, dan
dia mungkin akan batuk berterusan sehingga 2 minggu sampai berdarah. Selain
itu, peyakit juga mempunyai tanda lemah dan keletihan. Mereka akan sentiasa
tiada ada sebarang semangat dan berasa letih.

Seterusnya, berat badan mereka akan susut. Ia akan susut hingga kita tidak
dapat mengenali siapa dia. Mereka akan berasa sakit di bahagian dada. Ini
disebabkan paru-paru mereka telah diserang oleh bakteria (Mycobacterium
tuberculosis), dan menyebabkan dada mereka berasa sakit sangat.

9
Penyakit akan sentiasa mengalami kesakitan dada semasa menarik nafas
panjang dan juga batuk. Tanda-tanda seperti menggigil, deman dan berpeluh di
sebelah petang dan malam juga sebagai tanda-tanda pesakit TIBI.

Pemeriksaan dengan penggunaan alat-alat pengesanan, penyakit ini adalah


lebih senang dapat dikesan dan dapat mendapat rawatan dengan segera. Cara
lain yang kita dapat mengesan penyakit TIBI ialah melakukan pemeriksaan
kahak untuk mengenal pastinya.

Penggunaan pemeriksaan X-ray dada juga dapat mengesan penyakit TIBI.


Dengan dapat dikesan dengan secepat mungkin, kita dapat mendapat rawatan
sebelum penyakit TIBI menjadi serius.

Biasanya, penyakit TIBI ini akan mengambil 6 bulan di bawah penyeliaan


anggota-anggota kesihatan yang dilantikan supaya dapat memberi rawatan yang

10
segera dalam keadaan yang menjadi teruk. Penyakit ini tidak kirakan kaum,
umur, atau bangsa terutamanya pesakit AIDS. Iaitu pesakit yang dijangkit oleh
virus HIV.

Bagi mencegah penyakit ini, setiap bayi yang baru dilahirkan mestilah diberikan
suntikan BCG, dan dapatkan suntikan dos kedua pada umur 12 tahun. Dengan
ini kita dapt mengurangkan risiko ancaman penyakit TIBI. Penyakit TIBI
merupakan satu penyakit yang amat bahaya dan boleh mengancamkan kita
semua. Oleh itu, kita harus sama-sama mengatasikan penyakit TIBI ini.

11
PENYAKIT LEPTOSPIROSIS (KENCING TIKUS)

Semenjak negara digemparkan dengan berita tentang enam kematian yang


disebabkan oleh penyakit Leptospirosis dan Melioidosis. Akhbar-akhbar
tempatan mula membangkitkan isu penyakit ini, malah ada yang mengatakan
bahawa penyakit ini adalah penyakit baru dan misteri di Malaysia. Pendapat ini
adalah salah! Leptospirosis bukanlah penyakit baru di Malaysia, tetapi ia
merupakan penyakit yang jarang berlaku.

Apakah itu Leptospirosis?

Leptospirosis adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh patogen genus


Leptospira, yang boleh berjangkit secara langsung atau tidak langsung daripada
haiwan kepada manusia.

Leptospirosis di Malaysia?

Mengikut statistik Kementerian Kesihatan, pada tahun 2006, sebanyak 527 kes
leptospirosis telah dicatatkan, dan pada tahun 2007 pula, terdapat peningkatan

12
kes sebanyak 929 kes dilaporkan. Pada tahun 2010, negara digemparkan
dengan berita kematian enam individu akibat Leptospirosis dan Melioidosis
Hutan Lipur Lubuk Yu, Maran. Terbaru, sebagaimana yang dilaporkan oleh
akhbar-akhbar tempatan, seorang anggota bomba merupakan korban terbaru
penyakit ini, yang sekali gus menjadikan angka korban yang kelapan dalam sela
masa kurang sebulan.

Apakah jenis-jenis haiwan yang boleh menjadi reservoir kepada bakteria


ini?

Tikus dan haiwan domestik seperti lembu, khinzir dan anjing sering menjadi
reservoir utama bagi bakteria genus Leptospira ini. Haiwan yang telah dijangkiti
dengan Leptospira boleh merembeskan bakteria tersebut melalui air kencingnya
secara berperingkat-peringkat atau secara berterusan selama berbulan-bulan.

Bagaimanakah bakteria ini boleh tersebar?

Leptospirosis boleh menjangkiti manusia secara langsung mahupun tidak


langsung melalui pendedahan kepada air kencing haiwan pembawa tersebut.
Bakteria genus Leptospira ini boleh memasuki saluran darah melalui luka, kulit
yang melecet dan melalui membran bermukus seperti mata, hidung dan mulut.

Leptospirosis turut disebarkan melalui air mani haiwan yang dijangkiti. Pekerja
rumah penyembelihan boleh dijangkiti melalui sentuhan dengan cecair badan
dan darah.

Manusia boleh dijangkiti melalui pendedahan kepada air, makanan atau tanah
yang mengandungi kencing haiwan yang dijangkiti bakteria ini. Ini juga mungkin
berlaku dengan menelan makanan atau air yang dicemari, atau melalui sentuhan
luka pada kulit.

13
Apakah tanda-tanda dan simptom-simptom Leptospirosis?

Petanda-petanda seperti demam panas, sakit-sakit otot, sakit kepala, muntah,


cirit-birit dan mata merah merupakan antara simptom yang dialami oleh pesakit-
pesakit Leptospirosis. Ruam, demam kuning dan sensitiviti mata terhadap
cahaya mula menyerang beberapa hari setelah simptom-simptom di atas mula
reda. Penglihatan pesakit pula menjadi sedikit kabur. Simptom-simptom ini boleh
berlanjutan sehingga beberapa hari dan mungkin juga berterusan selama
berminggu-minggu. Simptom-simptom leptospirosis lazimnya kelihatan begitu
umum dan pesakit biasanya beransur pulih selepas kira-kira lima hari.

Jadi, tidak mustahil pada kebanyakan masa, ia sering disalah diagnosiskan


sebagai demam panas, selesema atau petanda biasa yang lain. Leptospirosis ini
boleh menjadi lebih kronik. Ini merangkumi Penyakit Weil, yakni kegagalan ginjal,
sakit kuning dan perdarahan pada kulit dan selaput lender Meningitis (radang
selaput otak) dan pendarahan di paru-paru juga boleh berlaku. Leptospirosis
juga lambat-laun boleh membawa maut.

Apakah kesan jangka panjang Leptospirosis?

Proses penyembuhan Leptospirosis memakan masa yang lama. Pesakit-pesakit


Leptospirosis kadangkala mengalami keletihan kronik yang berlarutan selama
berbulan. Malah, ada juga pesakit yang mengalami depresi dan sakit kepala
yang berterusan. Kadangkala bakteria Leptospira ini boleh tinggal di dalam mata
untuk satu masa yang lama dan mengakibatkan radang mata yang serius dan
kronik.

Siapakah golongan-golongan berisiko tinggi?

Golongan yang kerap terdedah kepada haiwan seperti pekerja zoo, veterinar dan
mereka yang membela haiwan peliharaan adalah termasuk dalam golongan

14
yang berisiko tinggi untuk mendapat Leptospirosis. Selain itu, mereka yang
bekerja sabagai peladang, pekebun dan rumah penyembelihan juga berisiko
tinggi untuk terdedah kepada air, lumpur, tanah yang telah dikontaminasi oleh
urin haiwan yang telah dijangkiti. Golongan penggemar aktiviti sukan air atau
rekreasi juga mempunyai risiko pendedahan terhadap air yang dikontaminasikan
oleh urin haiwan pembawa seperti tikus, anjing atau khinzir. Ada juga kajian dari
Australia yang mengatakan bahawa lelaki adalah lebih kerap dijangkiti
Leptospirosis berbanding wanita.

Bagaimana diagnosis bagi mengesahkan penyakit ini?

Seseorang doktor mungkin mengesyaki Leptospirosis pada seorang pesakit


yang mengalami simptom 1-2 minggu selepas terdedah pada urin haiwan
pembawa tersebut. Leptospirosis hanya boleh disahkan melalui ujian darah yang
menunjukkan kehadiran bakteria Leptospirosis. Untuk membuat diagnosis
Leptospirosis, dua ujian darah berasingan perlu diambil dalam tempoh lebih
daripada dua minggu. Selain itu, bakteria Leptospira juga boleh didapati dari
darah, cecair tulang belakang kepada otak dan air kencing.

Apakah langkah pencegahan bagi penyakit ini?

Leptospirosis adalah penyakit yang boleh dielakkan. Beberapa tip langkah


penjagaan boleh diamalkan bagi mencegah pendedahan kepada bakteria
Leptospirosis.

Tutup luka dan lecetan kulit dengan balutan yang kalis air sebelum anda
memulakan aktiviti/kerja di ladang/kebun atau tempat-tempat yang berpotensi
untuk pendedahan kepada bakteria ini .Pakai pakaian pelindung seperti sarung
tangan, pelindung mata atau gogel, apron dan but apabila bekerja di ladang
ataupun bekerja dengan haiwan-haiwan yang berpotensi untuk dijangkiti dengan

15
Leptospirosis, terutamanya apabila anda berpotensi untuk terdedah pada urin
haiwan tersebut.

Bersihkan diri dan tangan selepas membuat kerja-kerja di ladang dan kebun.
Pastikan anda tidak makan atau merokok semasa berada berhampiran dengan
haiwan-haiwan yang mungkin dijangkiti ataupun semasa bekerja di kebun/ladang
yang anda mungkin terdedah pada tanah yang telah dikontaminasi dengan
bakteria tersebut.

Elakkan aktiviti rekreasi atau berenang di tempat-tempat yang berkemungkinan


dicemari oleh urin haiwan.Kawal kehadiran tikus di tempat anda dengan
memastikan kebersihan yang optimum. Buang semua sampah sarap dan
kemaskan buangan sisa makanan, bagi mengelak kehadiran tikus Sebelum
minum atau membuka makanan di dalam tin, pastikan anda
membasuh/membilas penutupnya terlebih dahulu bagi mengelak kemungkinan
dijangkiti bakteria ini. Tin-tin ini mungkin terdedah pada urin haiwan pembawa
Leptospira ketika di dalam stor.

Apakah rawatan bagi Leptospirosis?

Leptospirosis biasanya dirawat dengan antibiotik seperti doxycycline atau


penicillin. Ujian dan diagnosis mengambil masa yang lama dan pesakit boleh
menjadi lebih parah jika terus menunggu. Oleh itu, doktor akan memulakan
rawatan dengan pengambilan antibiotik sebelum mengesahkan pesakit dengan
Leptospirosis. Rawatan antibiotik adalah kaedah yang paling efektif untuk
Leptospirosis jika rawatan itu dimulakan awal.

16
17
PENYAKIT CACAR AIR

Apa itu jangkitan cacar air?

Ini ialah jangkitan biasa yang berlaku di kalangan kanak-kanak disebabkan oleh
virus. Virus cacar air juga dikenali sebagai virus varicella. Ia adalah virus sama
yang menyebabkan kayap. Ia merupakan penyakit yang senang berjangkit dan
boleh merebak daripada seorang ke seorang. Seseorang yang dijangkiti virus ini
akan mengalami demam dan timbul ruam lepuh (blisters).

Ianya merebak:
 Melalui udara apabila seseorang yang menghidap cacar air itu mengalami
batuk atau bersin.
 Dengan menyentuh atau bernafas masuk “partikel virus” yang terdapat pada
cecair yang keluar daripada lepuh (blister) .

Apakah tanda dan gejala?

Anak anda akan mendapat cacar air 10-21 hari selepas terdedah kepada
seseorang yang mengidap cacar air. Cacar air boleh merebak 1–2 hari sebelum
ruam kelihatan pada orang yang di jangkiti sehingga semua ruam kering.
Kebanyakan kanak-kanak mengalami jangkitan yang tidak serius. Namun
jangkitan cacar air bagi orang dewasa,remaja serta anak kecil kurang dari
setahun boleh menjadi lebih serius.

Gejala:
 Demam, rasa tidak sihat dan letih lima hari sebelum ruam timbul.
 Ruam bermula bintik merah yang kecil dan gatal (seperti jerawat) pada semua
badan termasuk mulut. Biasanya ruam bermula di dada dan belakang, kemudian
merebak ke muka, kepala, kedua-dua lengan dan kaki.
 Dalam masa 24 jam, ruam-ruam akan kelihatan seperti lepuh air (blister),
kemudian pecah, kering dan menjadi keruping (4 -5 hari).

18
 Bintik-bintik baru akan terus timbul untuk lima hari dan mengambil masa dua
minggu untuk hilang.

Cacar Air

Biasanya jangkitan cacar air ini menghasilkan pelalian seumur hidup. Walau
bagaimanapun, virus ini mungkin bersembunyi dan berulang sebagai kayap
(shingles) kepada orang dewasa dan kadang-kala kepada kanak-kanak.

Apakah komplikasinya?

Biasanya cacar air ialah masalah kesihatan ringan bagi kanak-kanak dan
kebanyakannya akan pulih.
Walau bagaimanapun, sesetengah orang berisiko mendapat komplikasi yang
teruk, iaitu bayi yang baru lahir, orang dewasa dan seseorang yang mempunyai
sistem pertahanan badan yang lemah.

Komplikasi lain yang boleh berlaku termasuk:


 Jangkitan kuman pada kulit.
 Jangkitan pada darah (blood stream infection).
 Radang paru-paru.
 Keradangan otak (“encephalitis,cerebellar ataxia”).

19
Bagaimana jangkitan cacar air dirawat?

Amnya:

 Elakkan anak anda ke sekolah atau taman asuhan kanak-kanak sehingga ruam
menjadi berkerak (lebih kurang tujuh hari daripada permulaan ruam). Jika tidak
kemungkinan kawan-kawannya akan turut dijangkiti. Elakkan dari naik kapal
terbang pada masa ini.
 Ambil ubat paracetamol untuk mengurangkan demam.
 Minum banyak air masak.
 Ambil makanan yang seimbang.
 Sentiasa membasuh tangan.

Untuk rasa gatal:

 Sapu losen kalamine di tempat ruam.


 Potong kuku pendek untuk mengelakkan kecederaan kulit semasa menggaru.
 Ubat antihistamine mungkin diberi oleh doktor jika rasa gatal yang teramat
sangat sehingga anak anda tidak dapat tidur.

Ubat antivirus untuk cacar air (dalam bentuk makan) boleh didapati dan
selalunya akan diberi oleh doktor kepada mereka yang berisiko mendapat
jangkitan yang teruk, iaitu:
 Berumur 12 tahun ke atas.
 Mengidap penyakit paru-paru/kulit yang kronik.
 Mereka yang menjalani terapi lama dengan mengambil ubat “salicylate” seperti
aspirin.
 Mereka yang menjalani terapi steroid sama ada jangka pendek atau berkala
(dalam bentuk sedut).
 Segolongan ibu-ibu mengandung.

20
Bagaimana cacar air boleh dicegah?

 Cacar air boleh dicegah dengan suntikan pelalian.Vaksin “varicella” ini tiada di
dapati dalam program immunisasi sekarang akan tetapi terdapat pada sektor
swasta. Minta nasihat doktor.
 Jika anda mendapat cacar air, elakkan jangkitan kepada orang lain dengan
tidak pergi ke sekolah atau ke tempat kerja sehingga lepuh menjadi kering dan
berkerak.
 Vaksin juga boleh diberi kepada anak anda yang belum pernah dijangkiti
penyakit ini jika terdedah kepada individu yang menghidap cacar air untuk
mengelakkan anak anda daripada mendapat penyakit ini. Sila berjumpa doktor
untuk mendapatkan nasihat.
 Seseorang yang berisiko mendapat cacar air yang teruk (bayi yang baru lahir,
yang mempunyai sistem pertahanan badan yang lemah, wanita mengandung)
yang terdedah kepada seseorang yang mengidap cacar air, mungkin diberi
antibodi dalam bentuk immunoglobulin untuk memberi perlindungan segera.

21
Demam Denggi

Pengenalan

Demam denggi adalah sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak melalui
gigitan nyamuk Aedes aegypti yang telah dijangkiti. Terdapat empat (4) jenis
virus yang boleh menyebabkan demam denggi (DEN 1, DEN 2, DEN 3 dan DEN
4). Jangkitan oleh salah satu jenis virus akan memberikan imuniti terhadap virus
jenis itu sahaja, jika individu tinggal di kawasan jangkitan denggi, mereka boleh
di jangkiti lebih dari sekali seumur hidupnya. Lebih 100 negara di Asia Selatan,
Asia Tenggara, Afrika, Amerika Timur Mediterranean dan Pasifik Barat
mengalami masalah denggi.

Kementerian kesihatan baru-baru ini kata kes demam denggi nampaknya


semakin berkurang berdasarkan data 4 minggu pertama tahun baru 2018. Hebat
dan kagum dengan kesungguhan para pegawai kesihatan negara kita yang
memantau semua kes demam denggi dengan begitu serius sekali.

Setiap tahun, mereka akan memantau perkembangan kes demam denggi pada
tempoh awal 4 minggu pertama selepas bermulanya tahun baru.

22
 Pada tahun 2016, kes kematian akibat demam denggi pada 4 minggu
pertama adalah seramai 32 orang.
 Bermula tahun 2017 pula, dalam tempoh 4 minggu pertama, terdapat
seramai 19 orang telah meninggal dunia akibat demam denggi.
 Dan tahun 2018 ini, setelah tamat 4 minggu pertama, Kementerian
Kesihatan memantau lagi jumlah kematian akibat demam denggi. Dan
didapati seramai 11 orang telah meninggal dunia akibat denggi.
Rumusannya, kes kematian akibat demam denggi dilihat makin berkurangan
sejak 3 tahun yang lalu. Hanya 11 orang saja yang meninggal pada tahun ini
dalam tempoh 4 minggu pertama tahun baru.
Diharapkan angka penurunan itu menjadi trend kes demam denggi sampai
habis tahun 2018 nanti. Insyaallah.

Carta peningkatan kes demam denggi dan jumlah kematian yang


berlaku dari tahun 2008 hingga tahun 2017

23
Tanda dan gejala demam denggi;

 Kebiasaannya demam akan terjadi pada hari ke tiga (3) hingga ke empat belas
(14) selepas digigit oleh nyamuk yang dijangkiti, kebiasaannya di antara 4 hingga
7 hari.
 Selalunya ia akan bermula dengan demam kuat yang mengejut, sakit kepala
yang teruk/kuat, sakit pada bahagian belakang mata serta otot-otot dan sendi-
sendi. Ruam merah di kulit juga boleh terjadi.
 Demam ini boleh mencapai suhu 40 - 41 C, dan selalunya akan berlarutan
selama 2 hingga 7 hari. Ia juga boleh menyebabkan serangan sawan dikalangan
kanak-kanak di bawah umur 6 tahun. Sakit teruk pada tulang-
tulang, otot-otot dan sendi-sendi. Demam denggi ini juga dikenali sebagai
"breakbone fever".
 Ruam selalunya akan tumbuh pada hari ke 3 dan 4 selepas bermulanya
demam.
 Muntah dan kurang selera makan.

Pemastian diagnosa penyakit

24
Antibodi akan dikesan di dalam darah (Dengue IgM) (Antibodi yang dihasilkan
oleh sistem pertahanan badan untuk melawan jangkitan).

Ujian PCR (kaedah mengesan genetik virus) boleh mengesan virus denggi di
dalam darah dan nyamuk boleh didapati di sesetengah makmal.

NSI antigen: Satu lagi ujian yang mengesan virus ini pada peringkat
awal/demam.

Rawatan

 Segera berjumpa dengan doktor kerana tiada ubat yang khusus untuk merawat
demam denggi.
 Rehat dan banyakkan minum air masak. Ubat paracetamol boleh diambil untuk
menurunkan demam dan mengurangkan kesakitan.
 Elakkan ubat aspirin bagi kanak-kanak di bawah umur 12 tahun.
 Mandi jerlum.
 Antibiotik tidak diperlukan.

Demam Denggi Berdarah

Merupakan demam denggi yang teruk disebabkan oleh jangkitan virus denggi.
Kebiasaan tanda sakit adalah sama dengan demam denggi. Pesakit akan
menjadi teruk disebabkan oleh radangan di salur darah. Tanda-tanda yang biasa
termasuklah muntah, pitam dan sakit di bahagian abdomen.

Salur darah di dalam badan boleh mengalami kebocoran dan menyebabkan isi
padu darah berkurangan. Ini boleh menyebabkan pesakit mengalami renjatan
(shock) dan akhirnya boleh menyebabkan kematian.

25
Tiada ubat-ubatan yang khusus untuk merawat demam denggi. Pesakit perlu
dimasukkan ke wad bagi rawatan demam denggi berdarah. Rawatan awal boleh
mengelakkan kematian dengan kadar kurang daripada 1%. Pesakit akan
diberikan rehidrasi untuk memastikan beliau tidak mengalami renjatan.

Walaupun nama penyakit ini demam denggi berdarah, masalah yang membawa
kemudaratan adalah masalah kebocoran salur darah yang menyebabkan
renjatan dan bukan pendarahan yang menjadi masalah utama.

Faktor penyumbang Intravena:

 Pembangunan yang pesat di bandar-bandar terutama di Negara Tropika


menyebabkan kepadatan penduduk tinggi dan tapak binaan yang banyak.
 Peningkatan penggunaan bahan plastik dan pembuangan tayar lama boleh
menyebabkan pembiakan nyamuk yang baru.
 Pergerakan manusia dari satu tempat ke tempat yang lain menyebabkan
penularan berlaku dengan cepat.

Pencegahan

Pada masa sekarang tiada vaksin untuk mengubati demam denggi. Walau
bagaimanapun usaha-usaha sedang dijalankan untuk menghasilkan vaksin
tersebut.

Elakkan gigitan nyamuk dengan:


 Gunakan ubat nyamuk.
 Gunakan kelambu semasa tidur. Gunakan 'repellent' jika perlu.
 Elakkan aktiviti semasa nyamuk aktif menggigit (5.30 pagi-8.00 pagi dan 5.30
petang-8.00 malam).
 Pakai pakaian berlengan panjang dan seluar panjang apabila keluar daripada
rumah.

26
 Pasang jaring halus (mosquito mesh) di tingkap dan pintu.

Menghapuskan tempat-tempat pembiakan nyamuk:

 Menghapuskan tempat pembiakan nyamuk di sekeliling rumah. Musnahkan


semua bekas yang boleh menakung air hujan atau lebihan air, terutamanya di
besen, tayar lama, bekas bunga, bekas plastik dan tong. Jika tidak boleh
dimusnahkan, letakkan bahan pembunuh jentik-jentik di bekas tersebut.
 Kerap tukar air di bekas minuman haiwan peliharaan.

Jika anak anda disyaki mengalami sakit denggi dan dipantau sebagai pesakit
luar (tidak dimasukkan ke wad), bawa anak anda segera ke hospital/klinik jika:

 Muntah berlarutan/berpanjangan.
 Sakit perut.
 Kurang bermaya/sawan.
 Sesak nafas.
 Pucat/sejuk pada tangan dan kaki.
 Pendarahan: daripada gusi/hidung, muntah darah, najis berdarah dan tanda-
tanda merah pada kulit.

27
PENUTUP

Kesimpulannya, terdapat pelbagai langkah yang wajar dilaksanakan untuk


memastikan penyakit berjangkit dalam dibendung penularannya. Pepatah
Melayu mengatakan, mencegah lebih baik dari mengubati.

Dalam hal ini semua anggota masyarakat perlulah bekerjasama ibarat aur
dengan tebing agar penyakit berjangkit dapat ditangani dengan berkesan. Kita
tidak mahu menyesal akibat kelekaan kita mendatangkan kesan buruk kerana
menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna. Kerjasama
semua pihak sudah pasti akan melahirkan masyarakat Malaysia yang bebas
daripada ancaman penyakit berjangkit yang berbahaya.

SEKIAN

28
FOLIO SAINS TINGKATAN 2

PENYAKIT
BERJANGKIT

DISEDIAKAN OLEH;

FARIZ DANIEL BIN FAZLIZAN


2 KOSINUS
SMK DATO’ JAAFAR
JOHOR BAHRU

29

Anda mungkin juga menyukai