Anda di halaman 1dari 19

PENYAKIT BERJANGKIT SAINS

SAINS

“PENYAKIT BERJANGKIT”

MUHAMMAD DANISH AFIQ BIN AMIR AZLAN

AMMAR NAZWAD BIN MUHAMMAD IDZWAN

MUHAMMAD IZZWAN FITRI BIN MUHAMMAD NAZRI

AMMAR SHAH JEHAN BIN ROSLI

2 DELTA
KOLEJ SULTAN ABDUL HAMID

1
PENYAKIT BERJANGKIT SAINS

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT
1.0 PENGENALAN
2.0 OBJEKTIF KAJIAN
3.0 DEFINISI PENYAKIT
3.1 PENYAKIT BERJANGKIT
3.2 SENARAI PENYAKIT BERJANGKIT
3.3 PENYAKIT TUBERCULOSIS (TB)
3.4 LEPTOSPIROSIS
3.5 DEMAM CAMPAK (MEASLES)
4.0 RUMUSAN
5.0 RUJUKAN

2
PENYAKIT BERJANGKIT SAINS

PENGHARGAAN

Alhamdulilah, kami bersyukur ke hadrat ALLAH kerana telah dapat menyiapkan tugasan
bagi mata pelajaran sains untuk tingkatan 2 secara berkumpulan ini dalam jangkamasa yang
ditetapkan. Pertama sekali, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru Sains
Kolej Sultan Abdul Hamid yang telah banyak memberikan tunjuk ajar dan bimbingan kepada
kami dalam menyiapkan tugasan ini. Ucapan terima kasih juga kepada kerjasama dan
perkongsian usaha dalam mendapatkan maklumat serta memberikan idea-idea yang berguna.
Penghargaan ini juga kami tujukan kepada ibu bapa kami kerana memberikan dorongan dan
galakan kepada kami dalam menyiapkan tugasan ini. Sekian, terima kasih.

3
PENYAKIT BERJANGKIT SAINS

2.0 OBJEKTIF

Objektif bagi tugasan penyakit berjangkit ini adalah :

1. Menerangkan mengenai penyakit dan penyakit berjangkit


2. Mengenalpasti penyakit berjangkit dan memprincikan penyakit yang terpilih
3. Memupuk kesedaran tentang pentingnya kesan penyakit berjangkit dan langkah
pencegahan dan rawatan
4. Memberi pendedahan kepada pelajar mengenai penjagaan kesihatan

4
PENYAKIT BERJANGKIT SAINS

3.0 DEFINISI PENYAKIT

i. Penyakit adalah keadaan tidak normal pada badan atau minda yang menyebabkan
ketidakselesaan, disfungsi, atau tekanan/stres kepada orang yang terbabit atau
berhubung rapat dengannya. Kadang kala istilah ini digunakan secara umum
untuk menerangkan kecederaan, kecacatan, sindrom, simptom, keserongan
tingkah laku, dan variasi biasa sesuatu struktur atau fungsi, sementara dalam
konteks lain boleh dianggap sebagai kategori yang boleh dibezakan. Terdapat
pelbagai jenis penyakit yang mengancam manusia. Penyakit ini boleh disebabkan
oleh kuman, bakteria, virus, racun, kegagalan organ berfungsi, dan juga
oleh penyakit baka/keturunan.

Sumber : https://ms.wikipedia.org/wiki/Penyakit

ii. Sesuatu yang menyebabkan badan menjadi sakit (atau yang mengganggu
kesihatan): penyakit berjangkit penyakit yang mudah berjangkit (seperti kurap,
malaria, dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Sumber : http://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=penyakit

3.1 JENIS-JENIS PENYAKIT

Salah satu kategori penyakit terbesar dan terkenal ialah penyakit berjangkit yang
merupakan penyakit yang disebarkan oleh agen
jangkitan/vektor seperti bakteria, fungi, parasit, virus, dan prion. Ada juga yang jenis
penyakit yang disebarkan oleh protozoa dan cacing. Terdapat juga penyakit
genetik yang disebabkan oleh kekurangan, keterlebihan, atau
kecacatan gen dalam DNA orang yang terbabit; penyakit toksik disebabkan oleh
pendedahan berlebihan kepada toksin alam sekitar seperti logam berat; Penyakit
kekurangan(zat)yang disebabkan oleh kekurangan zat dalam makanan
tertentu; penyakit autoimun yang disebabkan oleh sistem pertahanan badan
menyerang tisu badan sendiri; penyakit yang disebabkan oleh kepercayaan pesakit
sendiri; dan penyakit yang menggabungkan jenis-jenis penyakit tersebut, termasuklah

5
PENYAKIT BERJANGKIT SAINS

yang disebabkan oleh punca yang tidak diketahui. Jenis-jenis penyakit adalah seperti
berikut :

1.1 Penyakit berjangkit

1.2 Penyakit genetik

1.3 Penyakit autoimun

1.4 Penyakit toksik

1.5 Penyakit kekurangan (zat)

1.6 Penyakit endokrin

1.7 Sindrom dan penyakit oleh etiologi yang tidak diketahui, atau punca
bercampur

1.8 Ganguan neurologik dan sakit mental

1.9 Sakit psikogenik

1.10 Sakit keadaan

6
PENYAKIT BERJANGKIT SAINS

3.2 PENYAKIT BERJANGKIT

Berikut merupakan senarai penyakit berjangkit terkini yang telah diwartakan di bawah Akta
Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342):

1. Batuk Kokol

2.Campak

3. Chancroid

4. Demam Denggi dan Demam Denggi Berdarah

5. Demam Kuning

6. Difteria

7. Disenteri (Semua Jenis)

7A. Ebola

8. Jangkitan Gonococcal (Semua Jenis)

8A. Laptospirosis

9. Keracunan Makanan

10. Kolera

11. Kusta

12. Malaria

12A. Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD)

13. Plague

14. Pollomielitis (Akut)

15. Rabies

7
PENYAKIT BERJANGKIT SAINS

16. Relapsing Fever

17. Sifilis (Semua Jenis)

18. Tetanus (Semua Jenis)

19. Tifoid dan Salmonoloses lain

20. Tifus dan Ricketsioses lain

21. Tuberkulosis (Semua Jenis)

22. Viral Ensefalitis

23. Viral Hepatitis

24. Apa-apa jangkitan mikrobial lain yang mengancam nyawa

Sumber : http://hpitas.moh.gov.my/v2/modules/news/article.php?storyid=131

8
PENYAKIT BERJANGKIT SAINS

3.3 PENYAKIT TUBERCULOSIS (TB)

Penyakit Tuberculosis (TB) atau batuk kering merupakan satu penyakit berjangkit tertua yang
dipercayai menjadi penyebab kepada kematian manusia. Ini dibuktikan melalui kajian ke atas
fragmen tulang belakang mumia dari tahun 2400 S.M di negara Mesir.

World Health Organization (WHO) dalam laporan tahunannya yang bertajuk Global
Tuberculosis Report 2014, menyatakan pada tahun 2013 sebanyak 9 milion penduduk dunia
telah dijangkiti penyakit TB, manakala 1.5 milion lagi maut akibat dari jangkitan ini. Negara-
negara di Asia Tenggara dan Asia Pasifik telah menyumbang sebanyak 56% daripada jumlah

9
PENYAKIT BERJANGKIT SAINS

bilangan kes TB seluruh dunia dimana India dan China merekodkan bilangan tertinggi iaitu
masing-masing 24% dan 11% daripada jumlah kes TB global.

Penyakit TB disebabkan oleh sejenis bakteria


iaitu Mycobacterium tuberculosis. Bakteria
ini akan dibebaskan ke udara apabila pesakit
TB batuk, bersin, bercakap atau bernyanyi.
Individu sihat yang berdekatan atau individu
yang mempunyai kontak dengan pesakit,
berpotensi untuk mendapat jangkitan melalui
proses pernafasan. Bakteria ini akan masuk ke dalam salur pernafasan dan menjangkiti paru-
paru, juga dikenali sebagai pulmonary TB (TB paru-paru) malah, boleh juga menjangkiti
bahagian badan yang lain dan dikenali sebagai extrapulmonary TB.

Pengesanan segera terhadap individu yang menunjukkan simtom telah dijangkiti penyakit ini
amat perlu bagi memastikan jangkitan tidak merebak kepada individu sihat yang lain.
Diagnosis yang cepat, mudah dan tepat menjadi faktor utama bagi memastikan jangkitan
dapat dikesan secepat mungkin. Bagi tujuan diagnosis makmal, spesimen dari individu yang
disyaki mengidap penyakit ini perlu diperolehi.

10
PENYAKIT BERJANGKIT SAINS

3.4 LEPTOSPIROSIS

Penyakit kencing tikus atau nama sainsnya Leptospirosis ialah penyakit


berjangkit disebabkan bakteria Leptospira yang disebarkan melalui haiwan. Jika tidak dirawat
segera, penyakit ini boleh merebak dan membawa maut. Pada mulanya, bakteria ini dikenal
pasti datangnya dari tikus. Namun kini, banyak jenis haiwan boleh menjadi perumah bakteria
ini, sama ada liar atau peliharaan. Haiwan dijangkiti ada kalanya menunjukkan tanda sakit,
tetapi sekadar menjadi pembawa dan tidak memindahkan jangkitan. Secara umumnya
bakteria Leptospira boleh menjangkiti anjing, tikus dan haiwan liar lain seperti rakun dan
serigala.

Leptospirosis disebabkan oleh bakteria ‘spirochaete’ yang dikenali


sebagai ‘leptospira’. Leptospirosis disebarkan melalui kencing haiwan yang dijangkiti dan
berjangkit selagi ia masih lembab. Sungguhpun tikus dan mondok merupakan hos utama,
sejumlah besar mamalia lain termasuk anjing, rusa, arnab, landak, lembu, biri-biri, rakoon,
possum, skunk, dan mamalia laut tertentu mampu membawa dan menyebarkan penyakit
sebagai hos kedua. Leptospirosis boleh menjangkiti manusia secara langsung mahupun tidak
langsung melalui pendedahan kepada air kencing haiwan pembawa tersebut. Bakteria
leptospira ini boleh memasuki saluran darah melalui luka, kulit yang melecet, dan melalui
membran bermukus seperti mata, hidung, dan mulut.

Leptospirosis turut disebarkan melalui air mani haiwan yang dijangkiti. Pekerja rumah
penyembelihan boleh dijangkiti melalui sentuhan dengan cecair badan dan darah. Manusia
boleh dijangkiti melalui pendedahan kepada air, makanan, atau tanah yang mengandungi
kencing haiwan yang dijangkiti bakteria ini. Ini juga mungkin berlaku dengan menelan
makanan, air yang dicemari, atau melalui sentuhan luka pada kulit.
Bakteria ‘leptospira’ masih boleh menjangkiti manusia lain melalui kencing walaupun setelah
berbulan-bulan selepas jangkitan.

11
PENYAKIT BERJANGKIT SAINS

Leptospirosis yang tergolong dalam kelas zoonosis merupakan penyakit berjangkit paling
umum menjejaskan kesihatan manusia dan haiwan di dunia. Penyakit ‘weil’ pula adalah
sejenis leptospirosis tahap serius. Mengikut statistik Kementerian Kesihatan, pada tahun
2006, sebanyak 527 kes leptospirosis telah dicatatkan dan pada tahun 2007 pula, terdapat
peningkatan kes sebanyak 929 kes dilaporkan.

(Sumber: wikipedia)

12
PENYAKIT BERJANGKIT SAINS

13
PENYAKIT BERJANGKIT SAINS

FAKTOR RISIKO:

Melakukan pekerjaan yang terdedah kepada panas – Petani, penternak/peladang, pekerja


rumah penyembelihan, doktor haiwan, pemotong kayu, pekerja system pembentungan,
pesawah dan anggota tentera.

Aktiviti rekreasi dalam air seperti berenang, berkayak dan berbasikal di laluan denai di
kawasan panas.

Terdedah kepada peralatan di rumah termasuk, binatang peliharaan seperti anjing, binatang
peliharaan untuk disembelih, ruang perangkap air dan mengambil makanan yang telah digigit
oleh binatang seperti tikus, tupai dan arnab.

Terdedah di tmpt yang banjir dimana air kencing tikus tercemar di dalamnya, apabila terkena
kulit yang luka, masuk dalam mata, hidung atau mulut(terminum) virus akan menjangkiti.

TANDA/GEJALA:

i. Masa pengeraman di antara 2 hingga 26 hari (anggaran 10 hari).


ii. Bermula dengan demam, menggigil, sakit anggota tubuh dan sakit kepala.
iii. Batuk tidak berkahak
iv. Loya, muntah dan cirit-birit, sakit sendi, sakit tulang, sakit tekak dan sakit perut.
v. Radang selaput mata.
vi. Pesakit mungkin mengalami sakit otot, pembesaran limpa atau hati, bengkak salur
kelenjar, sakit tekak, kekerasan otot, perubahan bunyi pada peparu atau ruam.

RAWATAN:

Ubatan Cephalosporim, Penicillins, doxycycline, chloramphenicol, dan erythromycin boleh


diberi untuk rawatan leptospirosis. Penjagaan sokongan diperlukan bagi kes yang rumit dan
bermasalah.

14
PENYAKIT BERJANGKIT SAINS

PENCEGAHAN:

i. Elakkan berkunjung ke kawasan yang ada air bertakung.


ii. Jika terdedah dan berisiko, pengambilan ubat doxycycline boleh mengurangkan risiko
mendapat penyakit. Nasihat penulis jika anda terkena simpton virus ini, sila ke hospital
dengan segera.
iii. Simpan makanan atau minuman dengan baik agar tidak dicemari.
iv. Cuci tangan dengan sabun sebelum makan.
v. Bersihkan diri selepas melakukan aktiviti luar seperti berkebun dan apa jua aktiviti
yang terbuka.
vi. Untuk majikan pula mereka harus memberi perlindungan kepada pekerja mereka yang
mempunyai risiko yang tinggi dijangkiti seperti memberi sarung tangan dan
sebagainya.
vii. Menjaga kebersihan sekeliling, sediakan tempat membuang sampah yang bertutup,
bersihkan tempat bekas air dan kolam renang, pastikan tiada tikus dikawasan sekeliling
terutama rumah anda,membuat semburan disinfeksi tempat yang telah dicemari.

15
PENYAKIT BERJANGKIT SAINS

3.5 DEMAM CAMPAK (MEASLES)

Demam campak (measles) adalah sejenis virus yang dipanggil paramyxovirus. Demam
campak merupakan penyakit cegahan vaksin yang sangat mudah berjangkit. Apaibila
seseorang yang mempunyai virus ini bersin atau batuk, titik kecil yang mengadungi virus ini
merebak ke udara. Titik kecil ini akan aktif selama dua jam di udara atau di permukaan.
Kanak-kanak yang bernafas atau bersentuh dengan virus ini boleh dijangkiti.

Jika kanak-kanak tidak diberi vaksin dan belum pernah terkena demam campak, dia
mempunyai 90% peluang untuk dijangkiti jika bersentuhan dengan seseorang yang
mempunyai virus ini. Selalunya, ia mengambil masa lapan ke 10 hari untuk anak terdedah
kepada virus dan jatuh sakit. Demam campak boleh berjangkit selama empat hari sebelum
dan empat hari selepas mengalami ruam..

Pesakit dengan jangkitan virus ini lazimnya akan pulih sendiri, Walau bagaimanapun risiko
komplikasi akan meningkat sekiranya kanak-kanak tidak menerima imunisasi. Keadaan akan
diterukkan lagi sekiranya kanak-kanak berumur kurang 5 tahun, kurang zat makanan atau
mempunyai masalah kurang daya tahan seperti HIV dan kanser.

BAGAIMANAKAH VIRUS MEASLES DISEBARKAN?

Virus measles boleh tersebar dari manusia kepada manusia melalui titisan cecair dan
sentuhan fizikal.

APAKAH GEJALA DAN TANDA-TANDA SEKIRANYA DIJANGKITI VIRUS


TERSEBUT?

Pesakit yang mempunyai daya tahan tubuh yang baik melalui pembentukan antibodi daripada
imunisasi hanya akan mengalami gejala ringan seperti demam, ruam, batuk, selsema,
konjunktivitis (mata merah). Masa pengeraman (tempoh antara kemasukan virus dan gejala
pertama) adalah 7 hingga 10 hari. Ruam akan terbentuk selepas 3 hingga 4 hari.

16
PENYAKIT BERJANGKIT SAINS

MENGAPA JADUAL IMUNISASI KEBANGSAAN DIUBAH UNTUK SUNTIKAN


PELALIAN MEASLES?

Satu dos imunisasi measles akan memberikan kesan imuniti seumur hidup. Namun begitu,
kadar seroconversion (pembentukan antibodi) hanya sekitar 85% hingga 95%. Dos kedua
measles mampu memberikan kadar seroconversion hingga 99%. Jadual suntikan bagi vaksin
measles dos pertama telah diberikan pada usia kanak-kanak 9 bulan dan dos kedua pada usia
12 bulan bermula pada tahun 2016 bagi memastikan kanak-kanak berusia kurang satu tahun
diberi perlindungan. Ia juga bagi mengurangkan jarak tempoh umur mendapat dos kedua di
mana jadual sebelum ini, iaitu dos pertama pada usia 12 bulan dan dos kedua pada usia 7
tahun.

APA TANDA DEMAM CAMPAK?

Kanak-kanak dengan demam


campak akan mula demam, selsema
teruk, batuk, mata kemerahan dan
mungkin tidak bermaya dan kurang
selera makan.

Beberapa hari selepas itu, dia akan


mula mengalami bintik-bintik di
dalam mulut, lebih-lebih lagi pada
membran mukus. Bintik-bintik ini dipanggil Koplik, kelihatan seperti bintik-bintik kecil
berwarna putih seperti garam atau pasir.

Beberapa hari selepas ini, ruam campak mula muncul pada muka dan leher, berlanjutan
hingga belakang badan dan kemudian pada tangan dan kaki.

Ruam ini akan bermula dengan bintik-bintik merah rata dan kemudian bertukar menjadi
benjolan. Ketika ruam muncul, demam akan mula naik sehingga 40 darjah celcius.

Ruam juga mungkin akan gatal. Anak demam campak mungkin akan mengalami mual,
muntah, cirit-birit dan sakit tekak. Mereka juga akan rasa sakit bila batuk.

17
PENYAKIT BERJANGKIT SAINS

Ruam ini biasanya akan berlanjutan hingga lima hari dan akan mula berkurang dan bertukar
menjadi warna coklat. Apabila ruam pudar, ia akan menyebabkan kulit kering dan bersisik.

APA KOMPLIKASI DEMAM CAMPAK YANG BOLEH BERLAKU?

Kebanyakan kanak-kanak yang sihat akan pulih dari demam campak dengan baik, tapi 30%
orang yang mengidap campak akan mendapat satu atau lebih komplikasi.

8% kanak-kanak akan mendapat cirit-birit. 6% kanak-kanak mendapat radang paru-paru


akibat campak dan ia merupakan penyebab kematian akibat komplikasi demam campak pada
kanak-kanak.

Komplikasi yang jarang berlaku termasuk hepatitis, myocarditis (radang hati), meningitis,
encephalitis (radang otak) dan paling jarang adalah komplikasi serius pada otak.

Komplikasi kebanyakannya terjadi pada kanak-kanak bawah 5 tahun dan dewasa atas 20
tahun.

18
PENYAKIT BERJANGKIT SAINS

4.0 RUMUSAN

Kesimpulannya, terdapat pelbagai langkah yang wajar dilaksanakan untuk memastikan


penyakit berjangkit dalam dibendung penularannya. Pepatah Melayu mengatakan, mencegah
lebih baik dari merawat. Dalam hal ini semua anggota masyarakat perlulah bekerjasama
ibarat aur dengan tebing agar penyakit berjangkit dapat ditangani dengan berkesan. Kita tidak
mahu menyesal akibat kelekaan kita mendatangkan kesan buruk kerana menyesal dahulu
pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna. Kerjasama semua pihak sudah pasti akan
melahirkan masyarakat Malaysia yang bebas daripada ancaman penyakit berjangkit yang
berbahaya.

5.0 RUJUKAN

Makmal Rujukan TB Kebangsaan, Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan- Kementerian


Kesihatan Malaysia

http://www.inomedik.com/2018/01/22/leptospirosis-penyakit-kencing-tikus/

http://jknjohor.moh.gov.my/bmv/uploads/ka/faqmeasles.pdf

https://www.google.com/search?q=penyakit+tibi&source=lnms&tbm=isch&sa=X&ved=0ah
UKEwim86TE38PjAhX46nMBHdssDcUQ_AUIESgB&biw=1517&bih=730#imgrc=TMSX
19kRyVXKVM:

https://isashafii.blogspot.com/2017/12/ketahui-apakah-penyakit-tibi-dan.html

19

Anda mungkin juga menyukai