Anda di halaman 1dari 9

PENGENALAN

Mutakhir ini telah muncul pelbagai bentuk penyakit berjangkit yang acapkali melanda rakyat Malaysia khususnya. Tidak dapat dinafikan bahawa kepesatan dunia sains dan teknologi telah membawa kepada penemuan pelbagai penyakit yang dianggap satu ancaman kepada manusia terutama pembawanya adalah haiwan yang berada di sekeliling kita. Dalam ilmu epidemiologi, penyakit boleh ditakrifkan sebagai titik tolak yang membahayakan yakni daripada keadaan yang normal pada individu atau populasi (Fatan, 2005). Dalam konteks itu, penyakit berjangkit pula ialah jangkitan penyakit daripada manusia kepada manusia atau daripada haiwan kepada manusia. Ia adalah hasil daripada organisma parasitik dan patogenik, iaitu organisma yang berupaya menyebabkan penyakit.

Secara umumnya, takrifan epidemiologi yang dipetik dari laman web Wikipedia merupakan kajian tentang faktor yang mempengaruhi kesihatan dan ketidaksihatan suatu populasi dan berperanan sebagai asas dan campur tangan logik yang dibuat untuk kepentingan kesihatan awam dan perubatan pencegahan. Ia dianggap sebagai metodologi asas bagi kajian kesihatan awam, dan ia amat dititikberatkan di dalam perubatan berasaskan bukti untuk mengenal pasti faktor risiko untuk sesuatu penyakit dan memastikan pendekatan kaedah rawatan yang optimum untuk amalan klinikal.

Di dalam pengkajian penyakit berjangkit dan penyakit tidak berjangkit, peranan ahli epidemiologi adalah pelbagai iaitu dari penyiasatan wabak kepada reka bentuk kajian, pengumpulan data dan analisis termasuk pengembangan model statistik untuk menguji hipotesis
1

dan pendokumenan keputusan untuk dihantar ke jurnal kajian semula setara. Melalui kajian yang telah dijalankan kepelbagaian wabak, bakteria mahupun jenis penyakit yang jarang didengar mula mendapat tempat di kalangan masyarakat dunia hari ini.

Dari tahun 1980 sehingga 1990, banyak usaha telah dijalankan kerajaan untuk mencegah dan mengawal penyakit berjangki termasuklah program imunisasi dan vaksinasi. Program yang bersifat pencegahan dan kawalan itu lazimnya dilakukan melalui pendidikan di sekolah, klinik serta hospital samada milik kerajaan mahupun swasta. Hasilnya, penyakit berjangkit yang dibawa air dan makanan telah dapat dikawal dengan berkesan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, misalnya.

Dalam konteks itu, bekalan air yang bersih kepada penduduk dan penyeliaan kebersihan di tempat makan awam dipantau dari masa ke masa. Akan tetapi, sikap mereka yang bekerja di dalam sektor penyajian makanan amatlah dikesali. Mereka didapati lebih mementingkan keuntungan berbanding kebersihan dan mutu makanan yang mereka sediakan. Akibatnya, pelbagai penyakit bawaan air dan kekotoran makanan sering terjadi di Malaysia. salah satu penyakit yang mula membuka mata masyarakat Malaysia khususnya mengenai penjagaan kebersihan adalah Leptospirosis ataupun lebih dikenali sebagai penyakit bawaan kencing tikus.

WABAK LEPTOSPIROSIS DI MALAYSIA

Kebelakangan ini masyarakat Malaysia digemparkan dengan sejenis gejala penyakit yang telah menjadi wabak di seluruh negara. Leptospirosis merupakan satu wabak penyakit berjangkit disebabkan oleh bakteria Leptospira Interrogans yang boleh menular daripada air kencing tikus. Takrifan Leptospirosis adalah satu jenis penyakit yang disebabkan oleh haiwan yang mempunyai bakteria pathogen iaitu Leptospira Interrogans dan dipindahkan melalui air kencing haiwan kepada manusia.

Menurut Ashford et al. (2000), apabila air kencing daripada haiwan yang dijangkiti memasuki tubuh manusia melalui kulit atau secara tidak langsung melalui air atau tanah yang tercemar, kuman kuman ini pula akan memasuki buah pinggang. Gejala atau simptom penyakit ini bermula dengan demam, sakit kepala, muntah, sakit otot, kemerahan pada mata, muncul kemerahan pada mata, ruam pada kulit, sakit pada abdomen, batuk dan mungkin melibatkan hati yang boleh menyebabkan jaundis.

Penyakit bawaan tikus ini mula menggemparkan rakyat Malaysia pada tahun 2010 yang lalu. Pahang menjadi tarikan media apabila dilaporkan 6 orang telah meninggal dunia akibat dijangkiti bakteri leptospirosis dan melioidosis di lokasi Lubuk Yu, Maran. Kemudian ianya menular ke negeri Kedah apabila seorang lagi mangsa disahkan maut manakala 3 lagi dimasukkan ke hospital Bukit Mertajam Pulau Pinang. Ianya berlaku selepas mereka menyertai perkelahan di

kawasan rekreasi Lata Bayu, Baling. Terdapat satu lagi kes yang membabitkan 6 orang tahanan warga Myanmer di Depoh Tahanan Imigresen Juru, Pulau Pinang.

Akibat daripada kebimbangan terhadap risiko penyakit ini, Menteri Kesihatan Malaysia Datuk Seri Liow Tiow Lai mengumumkan wabak leptospirosis dikategorikan sebagai penyakit wajib lapor di mana maksudnya setiap kes yang berlaku perlu dilaporkan kepada kakitangan Kementerian Kesihatan. Tujuannya adalah untuk memantau dan mengawal keadaan sebenar penyakit berkenaan di negara ini. Kerajaan Malaysia terutamanya Kementerian Kesihatan pantas memberi respon terhadap wabak ini kerana jika dibiarkan ianya akan menimbulkan ketakutan dan juga spekulasi di kalangan masyarakat bukan sahaja di dalam negara bahkan akan merebak ke seluruh dunia.

Penularan wabak ini mendatangkan kebimbangan di kalangan masyarakat yang jarang mengambil tahu tentang kepelbagaian wabak yang dibawa oleh haiwan zoonosis. Namun demikian apabila berlaku banyak kes yang melibatkan penyakit ini di kebanyakan negeri di Malaysia, masyarakat mula sedar tentang kewujudan penyakit. Disebabkan itu banyak laman laman web mahupun artikel artikel di akhbar yang memberi pendedahan kepada masyarakat tentang latarbelakang serta faktor faktor yang menyebabkan berlakunya penyakit ini.

FAKTOR FAKTOR PENULARAN WABAK

Wabak leptospirosis boleh berlaku kepada golongan pekerja yang bekerja di ladang, sawah, penternakan haiwan, kawasan setinggan mahupun tapak pembinaan terutamanya projek terbengkalai. Hal ini berikutan kawasan kawasan tersebut terdedah kepada kekotoran dan menjadi tempat pembiakan haiwan zoonosis yang gemarkan kekotoran terutamanya tikus. Kurangnya pengawasan ke atas isu kebersihan di kawasan kawasan tersebut menyebabkan timbulnya penyakit berjangkit dan memberi kesan kepada manusia.

Wabak ini berlaku bukan sahaja di Malaysia bahkan telah menular ke merata tempat di dunia. Namun demikian, menurut Bharti et al. (2003) penyakit ini lebih banyak ditemui menular di kalangan penduduk di negara Tropika kerana kurangnya kesedaran di kalangan masyarakatnya dengan penyakit ini serta faktor faktor penularannya. Tambahan pula dengan sikap manusia yang tidak mengambil kira tentang faktor kebersihan di mana sesuka hati mengambil makanan atau minuman yang dicemari dengan air kencing tikus dan akhirnya peluang untuk terkena penyakit ini adalah tinggi. Umumnya pada musim banjir, bilangan tikus akan meningkat dan sama sama menghuni kawasan yang selamat bersama manusia dan secara tidak langsung risiko keterdedahan kepada leptrospirosis adalah tinggi.

Walaupun kebanyakan penyakit yang disebabkan oleh bakteria ini akan sembuh, tetapi tanpa rawatan yang segera akan boleh menyebabkan kematian. Walau bagaimanapun dengan perkembangan perubatan moden kini, wabak leptospirosis dapat dikawal. Pesakit yang mendapat

jangkitan bakteria yang serius akan dirawat dengan penggunaan ubat antibiotik seperti Doxycycline, Erythromycin, Penicillin, Cefotaxime dan Ceftriaxone untuk memendekkan tempoh penyakit dan mengurangkan pengeluaran bakteria leptospirosis di dalam air kencing pesakit. Kebiasaannya rawatan ini dijangka hanya mengambil masa antara lima hingga tujuh hari (Bintu Rasyada, 2010)). Namun demikian, penjagaan sokongan perlu diberikan kepada pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang. Para pesakit ini mungkin memerlukan rawatan untuk mencuci buah pinggang melalui dialisis, bantuan sokongan pernafasan, pemindahan darah dan seumpama dengannya.

KESIMPULAN

Meskipun penularan wabak leptospirosis di Malaysia dapat dikawal, tetapi sekiranya langkah langkah pencegahan tidak praktikkan akan menyebabkan epidemic ini kembali merebak. Meskipun penyakit ini mempunyai penawarnya tetapi jika terlambat didiagnos akan menyebabkan kematian. Usaha Kementerian Kesihatan Malaysia dengan kerjasama pelbagai agensi dalam menangani wabak ini patut dipuji dan kerjasama daripada rakyat Malaysia harus digemblengkan supaya isu ini tidak berterusan sehingga menjejaskan negara.

Wabak leptospirosis ini menimbulkan implikasi bukan sahaja kepada masyarakat malahan ekonomi negara turut terjejas. Ini kerana apabila epidemik ini berlaku terutama melibatkan kawasan kawasan pelancongan misalnya seperti kes di Kedah, industri pelancongan akan terjejas berikutan ketakutan orang ramai untuk ke tempat tersebut. Sekiranya tiada tindakan yang diambil maka kawasan pelancongan tersebut akan terbiar dan negara akan kehilangan satu lagi pusat tarikan pelancongan. Dalam masa yang sama imej negara juga akan terjejas di mata pelancong pelancong asing berikutan kegagalan pihak berkuasa mengambil tindakan segera.

Sehubungan dengan itu, masyarakat juga perlu prihatin dengan penjagaan kesihatan dan juga kebersihan kerana kedua duanya saling berkaitan di antara satu sama lain. Sikap segelintir warga Malaysia yang sering memandang ringan isu kebersihan bagaikan menjadi satu budaya yang akhirnya menimbulkan epidemik serius sehingga menimbulkan perasaan panik di kalangan masyarakat. Kebersihan sangat berkait rapat dengan kesihatan diri kerana tanpa kebersihan

seseorang akan mudah dijangkiti pelbagai penyakit dan wabak leptospirosis adalah salah satu daripadanya. Ini kerana haiwan zoonosis yang menjadi perantara wabak misalnya tikus merupakan haiwan yang kotor baik dari segi pemakanan mahupun tempat tinggalnya. Maka tidak hairanlah jika tikus mampu menyebarkan wabak yang boleh mendatang maut terutamanya kepada manusia.

Oleh itu tidak dapat dinafikan bahawa hubungan yang kompleks antara manusia dengan mikroorganisma patogenik seperti virus, bakteria dan parasit tidak dapat dielakkan dalam usaha mana - mana pihak seperti Kementerian Kesihatan Malaysia untuk merangka program pengawalan dan pencegahan penyakit berjangkit. Manakala secara tidak langsung, pendekatan epidemiologi, ekologi kesihatan dan sosiobudaya perlu dilihat secara holistik dalam usaha merangka polisi serta program kesihatan bagi keseluruhan penduduk. Harus dinyatakan juga bahawa ekologi manusia berkait rapat dengan ekologi penyakit manakala ekosistem manusia itu pula menentukan persekitaran kehidupan yang sihat untuk dijadikan tempat tinggal yang selesa lagi aman.

BIBLIOGRAFI

Ashford, D., Kaiser, R., Spiegel, R. & Perkins, B. (2000). Asymptomatic Infection and Risk Factor for Leptospirosis in Nicaragua. American Journal of Tropical Medicine and Hygiene, Vol. 63, pp. 249 254

Bintu Rasyada A. Rahman, (2010). Lestospirosis Undang Derita. Artikel Kesihatan, Utusan Malaysia, rujuk laman web -

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0411&pub=Utusan_Malaysia &sec=Kesihatan&pg=kn_01.htm

Bharti, A., Nally, J. & Ricaldi, J., (2003). Leptospirosis: A Zoonotic Disease of Global Importance. Journal of Public Health, Vol. 43, pp. 89 93

Fatan, H.Y. (2005). Kemunculan Penyakit Berjangkit dan Kesannya Terhadap Manusia Di Malaysia. Laporan Penyelidikan Universiti Sains Malaysia, No. 23, pp. 153 168.

Hafizah Iszahanid, (2010). Bahaya Kencing Tikus. Berita Harian, 4 April 2010. Rujuk laman web - http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Bahayakencingtikus/Article/index

Wikipedia. Rujuk laman web - http://ms.wikipedia.org/wiki/Epidemiologi

Anda mungkin juga menyukai