Anda di halaman 1dari 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan.

Yang Berbahagia,Tuan Ahmad Bin Mat, Pegawai


Daerah Padang Terap; Yang Berusaha Encik Ali Bin Faiz, Pegawai Kesihatan Daerah Padang; Yang
Dihormati Encik Che Kir Bin Leh, Ketua Kampung Baharu; dif-dif kehormat; penduduk kampung; dan
hadirin yang dirahmati. Pada kesempatan ini,saya akan menyampaikan langkah menangani penyakit
berjangkit.

Sejak akhir-akhir ini, wabak penyakit berjangkit seperti denggi dan COVID-19 semakin berleluasa di
negara kita. Jangkitan penyakit biasanya berlaku apabila bakteria, virus, atau protozoa masuk ke dalam
tubuh manusia lalu menyebabkan tindak balas dalam badan. Jika daya tahan badan kita terhadap
penyakit adalah lemah, kita akan jatuh sakit. Keadaan ini mungkin membawa maut kepada pesakit jika
lewat mendapatkan rawatan di klinik ataupun hospital. Pada umumnya, penyakit berjangkit dapat
dikawal dengan cara-cara yang tertentu.Oleh itu, langkah-langklah untuk menangani masalah penyakit
berjangkit ini akan saya kongsikan demi kepentingan bersama.

Mendapatkan suntikan dan imunisasi

-Kemajuan perubatan yang terdapat di negara kita dapat mengatasi masalah penyakit berjangkit yang
semakin berleluasa pada masa kini.Kita boleh mendapatkan suntikan atau imunisasi penyakit berjangkit
untuk menjamin kesihatan kita.Dengan ini, kita akan dihindari daripada penyakit-penyakit tertentu
melalui suntikan imunisasi ini. Sebagai contohnya, suntikan imunisasi seperti suntikan dapat mencegah
penyakit tibi. Suntikan imunisasi hepatitis membolehkan kita menjauhi penyakit hepatitis
yang disebabkan oleh makanan, khususnya makanan laut yang tercemar.Di samping itu, pencegahan
penyakit berjangkit dapat dilakukan dengan pengambilan antibiotik seperti streptomaisin, penisilin,dan
kloromaisin. Tambahan lagi, kita wajar menjalani pemeriksaan kesihatan secara berkala. Tindakan ini
dapat mengelakkan diri kita daripada dijangkiti penyakit berjangkit.

Hadirin yang dimuliakan,

Penjagaan kebersihan dan kesihatan diri

-Penjagaan kebersihan dan kesihatan diri haruslah dititikberatkan kerana dapat mengelakkan diri kita
daripada diserang wabak penyakit berjangkit. Penyakit kulit seperti kurap dan panau mudah merebak
jika seseorang tidak mementingkan kebersihan tubuh badan.Amalan mandi sekurang-kurangnya dua kali
sehari dan tidak sewenang-wenangnya berkongsi barang peribadi dengan orang lain seperti tuala dapat
mengelakkan penyakit kulit merebak kepada seseorang.Tambahan lagi, kawasan tempat tinggal kita
hendaklah sentiasa bersih. Rumah yang bersih dapat mengelakkan penghuninya daripada penyakit
deman denggi,chikugunya dan malaria.

Amalan kebersihan alam sekitar

-Seterusnya,wabak penyakit berjangkit dapat dicegah melalui amalan mementingkan kebersihan alam


sekitar. Pencemaran sungai yang biasanya berlaku di kawasan setinggan menyebabkan sumber air akan
tercemar.Penduduk di kawasan itu pula akan menggunakan sumber air dari sungai yang berhampiran
untuk kegunaan harian. Pada masa yang sama, mereka turut membuang sampah secara merata-rata di
kawasan setempat dan sungai tersebut. Akibatnya, kes-kes penyakit berjangkit seperti taun mudah
berlaku.
Hadirin yang dimuliakan,

Amalan pemakanan yang sihat

-Wabak penyakit berjangkit juga dapat ditangani melalui amalan pemakanan yang sihat.Aspek utama
yang perlu diberikan perhatian ialah kebersihan makanan yang kita makan.Makanan yang bersih dapat
mengelakkan pemakannya daripada keracunan makanan dan menghidap penyakit hepatitis.Tambahan
lagi, makanan dan air mesti dimasak dan hendaklah sentiasa ditudung untuk mengelakkan kes
keracunan makanan. Sebagai contohnya, sayur-sayuran dan buah-buahan hendaklah dibasuh dengan
bersih untuk menyingkirkan racun perosak padanya. Sekiranya makan diluar, pilihlah gerai makan yang
terjamin kebersihannya. Perkara ini tidak boleh dipandang rendah kerana kesihatan lebih berharga
daripada segala-galanya.

Mengkuarantinkan dan mengasingkan pengidap penyakit

-Selain itu, wabak penyakit berjangkit seperti selsema burung dan H1N1, dapat ditangani dengan
mengkuarantinkan dan mengasingkan pengidap penyakit tersebut daripada orang awam agar
penyakit tersebut tidak merebak kepada orang lain. Sekirannya tindakan ini diambil, pastinya penyakit
ini dapat dikawal serta tidak akan disebarkan kepada orang lain dan juga ke negara-negara lain.Oleh itu,
keadaan ini tidak akan menjejaskan kesihatan kita.Selain itu, pihak berkuasa negara kita juga perlu
membuat pemeriksaan yang ketat dan menyediakan alat pengimbas di pintu-pintu masuk utama negara
supaya penyakit berjangkit ini tidak mudah merebak di negara kita.

-Kesimpulannya, kesihatan merupakan aset penting bagi setiap individu .Terdapat banyak langkah yang
boleh diambil untuk menghalang penyakit berjangkit daripada terus merebak.Kita tidak boleh
memandang sebelah mata sahaja terhadap masalah ini kerana penyakit berjangkit boleh mengorbankan
nyawa seseorang.Oleh itu,kita mestilah menagamalkan langkah-langkah ini agar penyakit berjangkit
dapat ditangani.

 Setakat ini sahaja ceramah saya kali ini dan saya ingin memohon maaf sekiranya terdapat kesilapan
tutur bicara semasa saya menyampaikan ceramah tadi.

Sekian,terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai