Anda di halaman 1dari 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan.

Yang Berusaha, Encik Ahmad Sabri bin Ramli,


Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Syed Ahmad; Penolong-penolong Kanan; dif-dif
kehormat; guru-guru; para pelajar dan hadirin yang dikasihi.Tajuk ucapan saya pada pagi ini ialah
kepentingan menderma darah.

Para pelajar sekalian,

Derma darah merupakan amalan di mana orang akan menderma darah mereka kepada orang ramai
untuk membantu mereka yang menghadapi masalah kekurangan darah atau masalah kesihatan. Darah
adalah satu cecair yang paling penting di dalam tubuh badan kita yang dapat membantu kelancaran
fungsi badan kita. Jika badan kita telah kehilangan darah dalam jumlah yang berlebihan, maka kita akan
mendapat penyakit dan membawa kepada kematian.Amalan menderma darah ini juga adalah amat
penting kepada masyarakat pada hari ini.

Kepentingan amalan menderma darah ini adalah dapat menyelamatkan nyawa seseorang individu yang
berisiko kehilangan darah seperti akibat kemalangan dan juga ibu yang telah melahirkan anak.Oleh itu,
darah yang telah didermakan adalah sangat penting.Dalam keadaan kecemasan seperti itu, mereka
sangat memerlukan darah yang banyak dalam kadar yang segera.Hal ini dikatakan demikian kerana
sudah tentu pada saat kecemasan itu darah amatlah diperlukan, jika tiada bekalan darah yang
didermakan, proses ini akan menyulitkan lagi keadaan pesakit.

Derma darah juga penting dalam membantu pesakit yang menghidap penyakit berkaitan dengan darah
seperti hemofilia, anemia dan talasemia yang berkaitan dengan sel darah merah.Tambahan lagi,penyakit
kegagalan sumsum tulang dan leukemia pula adalah penyakit yang berkaitan dengan platelet.Oleh
itu,mereka ini sangat memerlukan darah dalam kuantiti yang banyak bagi menangani masalah penyakit
yang berkaitan dengan darah ini.Dengan cara ini juga, mereka akan terus menjalani kehidupan biasa
seperti kita.Tanpa bekalan darah yang berterusan, maka perkara ini boleh mengundang maut kepada
pesakit.Justeru, darah yang diderma adalah sangat bernilai.

Pelajar-pelajar yang saya kasihi,

Kepentingan menderma darah juga dapat menghindari penyakit kardiovaskular seperti sakit
jantung,hipertensi,darah tinggi dan diabetes.Hal ini dikatakan demikian kerana,apabila kita menderma
darah, kita akan mengeluarkan sebahagian daripada zat besi dari badan. Ada kajian turut membuktikan
bahawa zat besi berlebihan di dalam tubuh badan kita akan mempercepatkan pengoksidanan kolesterol
iaitu satu proses yang dianggap boleh menyebabkan kerosakan salur darah dan akhirnya mengakibatkan
penyakit kardiovaskular berlaku.
Seterusnya,kepentingan darah juga dapat menjadikan individu yang derma darah itu lebih cerdas.Hal ini
dikatakan demikian kerana apabila kita menderma darah,darah yang telah dikeluarkan itu akan
digantikan dengan sel-sel darah baru yang segar selepas menderma.Dengan cara ini juga telah
memaksa badan kita untuk menggantikan darah yang telah hilang, membantu badan penderma kekal
sihat, berfungsi dengan lebih cekap, dan bekerja dengan lebih produktif.Oleh itu,aliran tubuh badan kita
juga dialirkan dengan darah yang baru dan menyebabkan badan kita lebih cergas dalam menjalani
kehidupan seharian.

Di samping itu,kepentingan derma darah ini dapat mengekalkan kesihatan tubuh badan.Kajian
mendapati menderma darah dapat membakar 650 Kalori seseorang dalam satu masa,hal ini membantu
penderma darah mengurangkan berat badan.Berat badan kita haruslah dijaga dan dititberatkan supaya
kekal sihat dan ramping, serta dihindari daripada obesiti.Masalah obesiti atau berat badan berlebihan
dapat menyebabkan tubuh badan tidak aktif dan mudah mendapat pelbagai penyakit.Oleh itu,amalan
menderma darah dapat memastikan tubuh badan sihat dan cergas.

Kepentingan menderma darah juga dapat memberikan ujian kesihatan secara percuma sebelum
melakukan proses pendermaan.Hal ini dapat mengurangkan perasaan bimbang mengenai kesihatan
tubuh badan.Hal ini dikatakan demikian kerana, ujian kesihatan yang telah dibuat boleh memberitahu
mengenai tahap kesihatan kita.Perasaan bimbang kita akan hilang serta melahirkan perasaan positif dan
seterusnya membina dan menambahkan keyakinan diri serta kesejahteraan hidup seseorang secara
umumnya.

Pelajar yang budiman,

Sesungguhnya,amalan menderma darah ini adalah sangat penting dan jadikanlah aktiviti menderma
darah ini sebagai suatu rutin, lebih baik lagi kalau seluruh anggota masyarakat dapat melibatkan diri
dalam menderma darah serta mengajak ramai kawan-kawan dan kaum keluarga untuk sama-sama
menderma. Aktiviti yang dilakukan bersama-sama membantu mengeratkan perhubungan, malah
menyumbang kepada komuniti bagi menyelamatkan nyawa orang lain, pada masa yang sama
memperolehi manfaat kesihatan.

Sekian sahaja ucapan saya,terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai