Anda di halaman 1dari 5

1.

0 PendahuluanBencana merupakan sesuatu kejadian yang berlaku secara mengejut, bersifat


kompleksdan mengakibatkan kehilangan nyawa, kemusnahan dan kerosakan harta benda atau
alamsekitar serta menjejaskan aktiviti kehidupan individu atau masyarakat setempat yang
menjadimangsa turut memberikan impak sosial dan emosi kepada mangsa ekoran kejadian
tersebut.Disebabkan kekerdilan sifat manusia, bencana alam sering menyebabkan keadaan
darurat,sehingga menyebabkan kerugian kewangan dan struktur, malah sampai kematian. Kerugian
inibergantung kepada kemampuan untuk mengelak atau menghindari bencana dan ketahananmereka

.Bencana alam adalah kesan buruk daripada kejadian atau gabungan semula jadi yangmembentuk
letusan gunung berapi, gempa bumi, tanah runtuh dan taufan yang memilikikekuatan dan akibat yang
berbeza-beza mengikut jenis bencana alam yang berlaku. Bencanaalam dalam sekelip mata mampu
membuat sebuah kota dan penghuninya tinggal dalamkesusahan. Perkara yang paling penting ialah,
tiada seorang pun manusia yang memilikikekuatan untuk melawan ataupun mencegah bencana alam ini
daripada terus berlaku.Pengurusan kejadian ini memerlukan pengendalian yang melibatkan sumber,
peralatan,kekerapan dan tenaga manusia yang ekstensif daripada banyak agensi serta penyelarasanyang
berkesan, dalam mana kemungkinan memerlukan tindakan yang kompleks dan jangkamasa yang
panjang. Bagi setiap kejadian bencana yang berlaku, tindakan segera diambildalam konteks penyediaan
keperluan asas kepada mangsa seperti makanan, tempatperlindungan sementara dan pakaian kepada
mangsa yang terlibat dalam bentuk jangkapendek

Dunia bukanlah satu tempat yang tenang dan tenteram, kita sering dikejutkan denganberita-berita
buruk yang melanda dunia. Nyawa manusia sering terancam dengan pelbagaiancaman alam, baik dari
luar mahu pun dari dalam. Meteor dan asteroid misalnya, hanyalahsebahagian kecil yang mungkin
menjadi ancaman terhadap bumi dari luar angkasa. Walaupunbumi ini nampak kukuh, namun bahagian
dalamnya memiliki inti dari pelbagai elemen cecair yang sekirnya dimuntahkan ke permukaan bumi
boleh memudaratkan kehidupan manusia.Bencana alam dapat menyerang pada bila-bila masa sahaja
dan boleh meninggalkan kesanyang amat teruk dan boleh mengakibatkan kehilangan harta benda dan
nyawa.Bencana alam ini terjadi disebabkan ketidakseimbangan alam yang rumit yangdiciptakan oleh
Allah. Namun begitu. Kemungkinan terjadinya bencana alam yangmenghancurkan ini mungkin datang
dari Allah itu sendiri, untuk mengingatkan manusia melaluiperistiwa yang terjadi misalnya gempa bumi
yang menyebabkan ribuan wanita dan kanak-kanakmati dan lebih banyak lagi yang terluka. Masyarakat
yang tidak memperdulikan peringatan Allahcenderung untuk menyebut kejadian seperti ini sebagai
fenomena alam dan tidak mampumemahami bahawa Allah menciptakannya untuk tujuan tertentu.

2.0 Kesan-kesan bencana alam.Secara umumnya, terdapat pelbagai kesan sama ada kesan negatif atau
kesan positif yang akan berlaku sekiranya bencana alam ini menimpa masyarakat di sesebuah
kawasan,yang pastinya kesan negatif itu akan lebih ketara daripada kesan positif. Bencana alam
inisemestinya akan memberikan impak yang besar kepada negara dan masyarakat yangmenerima bala
ini.

2.1 Kerosakkan infrastruktur dan harta benda awam.Bencana alam seperti banjir besar, gempa bumi,
tanah runtuh dan sebagainyasememangnya akan menyebabkan berlakunya kerosakkan infrastruktur
dan harta benda awamseperti bangunan, kereta, rumah, jalan raya dan sebagainya. Hal ini akan
membawa kerugianyang amat besar kepada semua penduduk terutamanya kepada kerajaan yang
terlibat denganbencana alam ini. Kerajaan terpaksa memberi bantuan kepada rakyat dari segi
kewanganmahupun dalam bentuk makanan, perumahan dan sebagainya.Gempa bumi merupakan
kekuatan alam bumi yang paling menghancurkan. Menurutkajian, setiap dua minit disuatu kawasan di
permukaan bumi mengalami keretakan.Berdasarkan statistik, bumi bergegar jutaan kali dalam setahun.
Rata-rata dari jumlah jutaan itu,300 ribu gempa tergolong dalam gempa yang berskala kecil, getarannya
tidak terasa samasekali dan tidak menyebabkan kerosakkan. Namun begitu, 20 puluh gempa yang
lainmerupakan gempa yang sangat kuat dan gempa inilah yang menyebabkan kerosakkan kepadabumi
dan penduduknya.Sebagai contoh, gempa bumi yang berlaku di China telah mengakibatkan
kemusnahanbanyak rumah dan bangunan pejabat serta infrastruktur elektrik dan komunikasi. Gempa
bumisekuat 7.8 magnitud itu berlaku pada waktu petang sekaligus mengakibatkan 80 peratusbangunan
di daerah Beichuan Qiang musnah. Ratusan orang tertimbus di Shifang selepasbeberapa buah sekolah,
kilang dan asrama musnah. Selain daripada itu, bekalan elektrik danair juga turut terputus akibat
daripada gempa bumi yang berlaku. Hospital menjadi sesak danpara pesakit terpaksa dipindahkan ke
luar hospital dan duduk untuk menunggu bantuandaripada pihak hospital.

2.2 Ramai nyawa yang terkorban.Bencana alam yang berlaku tanpa disedari telah meragut banyak
nyawa yang tidakberdosa terutamanya kepada kanak-kanak , warga tua dan wanita. Bencana alam juga
telahmenyebabkan ramai yang cedera parah dan kanak-kanak hilang tempat bergantung danmenjadi
anak yatim piatu. Kanak-kanak terpaksa hidup berseorangan tanpa keluarga untukmemberi sokongan
moral dan kata-kata semangat antara satu sama lain. Hal ini akanmenyebabkan mangsa-mangsa
bencana alam ini hidup dalam keadaan ketakutan dan tidaktenteram. Bencana alam adalah sesuatu
yang menggerunkan dan boleh mengorbankan orangramai tidak mengira usia dan pangkat, mahupun
bangsa. Bencana alam akan mengurangkan populasi manusia yang berada di muka bumi ini,dalam aspek
agama ianya dilihat sebagai satu proses ³pembersihan bumi´ yang mana manusiasudah terlalu leka
dengan hiburan duniawi dan banyak melakukan dosa semasa hidup. Oleh itu, Allah telah menunjukkan
kuasanya dengan menurunkan bencana. Namun begitu dari sudutpandang sains, bencana alam ini
berlaku disebabkan oleh fenomena alam yang berlaku secarasemula jadi. Misalnya, Gempa bumi
tsunami berlaku pada zon terbenam yang mana kepingankerak bumi yang dikenali sebagai plat tetonik
bertembung sesama sendiri yang telahmenyebabkan satu daripadanya terbenam di bawah yang satu
lagi.Tsunami merupakan salah satu contoh terbaik yang memperlihatkan ramai nyawa yangterkorban
disaat bencana ini berlaku. Tsunami yang berlaku pada 26 disember 2004,melibatkan beberapa negara
di Asia termasuklah negara Malaysia. Namun begitu angka korbanyang tertinggi adalah di Indonesia.
Angka kematian yang dicatatkan di Indonesia adalah lebihkurang 200,000 orang. Angka tersebut hanya
untuk negara Indonesia sahaja tidak termasuknegara lain seperti India, Thailand, Filipina dan negara lain
yang terlibat dengan bencana alamini.

2.3 Penularan penyakit berjangkit.Setelah bencana alam datang membawa bala, penderitaan para
mangsa bencana alamtidak berakhir begitu sahaja, kehidupan mereka boleh diibaratkan dengan
peribahasa µsudah jatuh ditimpa tangga¶. Hal ini kerana, setelah berlakunya bencana alam, mangsa-
mangsatersebut akan kehilangan tempat bergantung dan terpaksa tinggal bersama-sama
mangsabencana yang lain dalam keadaan yang tidak selesa, sesak dan kotor. Oleh kerana
bekalanelektrik dan air terputus mereka tidak dapat untuk menjaga kebersihan diri dan makan
minummereka. Hal ini akan menyebabkan kebersihan diri dan persekitaran mereka terabai.
Mangsabencana terpaksa menunggu bantuan dari pihak yang berkuasa untuk memberi bantuankepada
mereka.Mangsa ini terpaksa tinggal bersama mangsa lain yang berkemungkinan bolehmenyebarkan
wabak penyakit yang berbahaya seperti campak, demam denggi, penyakit kulit,hepatits, malaria dan
sebagainya. Mangsa terpaksa berkongsi apa sahaja dalam keadaan yanggetir itu. Dalam keadaan itu,
sudah pasti hospital-hospital akan berada dalam keadaan yangsesak dan tidak dapat untuk merawat
semua pesakit yang datang untuk mendapatkan rawatan.Hal ini akan menyebabkan penyakit mangsa ini
bertambah teruk dan akan berjangkit kepadaorang lain dan hal ini akan berterusan sehingga akan
mendatangkan kematian sekiranya tidakmendapat rawatan yang sewajarnya daripada hospital.Keadaan
ini juga menyumbang kepada berlakunya peningkatan dalam kes kematianselain daripada kematian
akibat bencana alam yang menimpa.Bencana banjir merupakansalah satu bencana yang begitu cepat
menularkan penyakit kepada mangsa. Umummengetahui bahawa air banjir membawa pelbagai jenis
bentuk kotoran dan kuman yang bolehmembawa kepada jangkitan sistem penghadaman yang masuk
melalui mulut, luka pada kulitdan mata.

Sebagai contoh , bencana banjir yang berlaku di Johor antara 19 Disember 2006 hingga11 Januari 2007
merupakan kejadian yang terburuk dalam sejarah sejak 100 tahun yang lalu.Lebih 10,000 penduduk di
hampir semua daerah di Johor dan daerah Jasin di Melaka terpaksadipindahkan ke pusat perlindungan
sementara. Akibat daripada hujan yang berlarutan , ianyatelah menjejaskan perkhidmatan KTM Intercity
ke sektor selatan iaitu Johor Bahru danSingapura. Antara daerah yang terlibat ialah Johor Bahru, Batu
Pahat, Muar, Segamat, Kluang,Kota Tinggi dan Pontian. Dalam kejadian banjir tersebut, sebanyak 10
kematian dilaporkan dankerugian yang dianggarkan mencecah sehingga RM 1.5 bilion.Lanjutan daripada
bencana tersebut, Kerajaan Malaysia telah memperuntukkansebanyak RM1.1 bilion bagi tujuan
pemulihan infrastruktur yang untuk dilaksanakan olehKementerian/Jabatan berkenaan persekitaran
kawasan yang terlibat akan dapat dipulihkan dankembali seperti sediakala. Ini adalah satu junlah yang
besar yang perlu disediakan oleh pihakkerajaan,
selain daripada Dana Ehsan ( Tabung Kecemasan) dan bantuan dari pihak swasta,NGO dan individu lain.

2.4 Trauma terhadap bencana alam.Bencana alam yang berlaku kepada masyarakat sememangnya akan
meninggalkansatu kesan yang amat mendalam kepada mangsa yang mengalaminya, terutamanya
kepadamangsa yang kehilangan ahli keluarga. Hal ini akan menyebabkan mereka merasa amat sedihdan
tidak mempunyai semangat untuk meneruskan hidup bersendirian tanpa ahli keluargadisisi. Mangsa
juga akan sentiasa merasa tidak selamat dan hidup dalam keadaan ketakutankerana bimbang tragedi
bencana alam itu akan berulang kembali. Mangsa yang mengalamitrauma dikenali sebagai

merujuk kepada satu gangguan perasaan yang terjadi setelah melaluiatau mengalami suatu peristiwa
dahsyat yang mengancam atau menyebabkan kecederaan kepadafizikal atau emosi.

Gejala-gejala yang mereka alami antara lain ketakutan jika hujan turun, tidak mahumandi kerana takut
dengan air, sering termenung dan diam, mudah terkejut, enggan bergauldengan teman bahkan
cenderung untuk menggelakkan diri daripada masyarakat. Gejala traumaini semakin ketara kerana
mangsa lebih suka untuk memendam masalah dan tidak biasa untukberkongsi masalah-masalah yang
dihadapi dengan orang lain sehingga musibah yangmenimbulkan trauma yang hebat seperti tsunami
dihadapi sendirian. Hal ini menyebabkanramai mangsa yang tidak tahan dengan tekanan ini akan
bertindak untuk membunuh diri.Dalam Islam, setiap umatnya dididik bahawa sebarang kejadian dahsyat
ataumalapetaka adalah ketentuan dan takdir Ilahi dan hanya Dia sahaja yang Amat Mengetahuisebarang
kejadian yang belum atau akan berlaku. Dan malapetaka itu berlaku tanpapengecualian, iaitu tidak
hanya menimpa golongan yang ingkar, tetapi turut menimpa golonganyang taat dan boleh berlaku di
mana-mana sahaja yang Dia kehendaki.. Bencana atau musibahyang diturunkan itu pula wajar dilihat
sebagai ujian kepada umat manusia supaya lebihbersyukur dan berakhlak mulia dan menerimanya
dengan penuh redha, di samping sebagaipenghapus dosa yang telah dilakukan selama ini.Pendek kata,
terdapat perbezaan dari segi tanggapan, pemikiran dan tindakan di sebalikkejadian yang berlaku dalam
kalangan orang ramai. Tanggapan ini turut memberi kesanterhadap cara dan kaedah masyarakat
setempat bertindak dalam menangani bencana iniseperti penerimaan mangsa terhadap peristiwa yang
berlaku di samping persediaan sama adadari segi mental dan emosi, mahupun dalam aspek persediaan
kecanggihan sistemteknologinya. Namun begitu, setiap manusia seharusnya bersedia dengan apa sahaja
jenisujian yang diturunkan oleh Allah kepada umatNya.

Malaysia dikategorikan sebagai satu negara yang 'sentiasa selamat' dari sebarangbencana gempa bumi
mahupun letupan gunung berapi atau taufan besar, negara danmasyarakat telah mengambil langkah
selesa dengan tiada persediaan baik dari aspek mentaldan emosi, mahupun dalam langkah-langkah
logistik kerana menganggapnya sebagai tidakrelevan atau bebanan kos. Oleh yang demikian, kejadian
bencana seperti tsunami itu sudahpasti memberi kesan yang amat besar dalam kehidupan setiap lapisan
masyarakat yang terlibatdi negara ini, lebih-lebih lagi kepada para mangsa.

Kejatuhan ekonomi negara.Sektor ekonomi akan mengalami masalah sekiranya bencana alam ini
menimpasesebuah negara itu, hal ini kerana wang kerajaan yang sepatutnya digunakan untuk
tujuanpembangunan yang lain terpaksa digunakan untuk membangunkan semula infrastruktur
yangmusnah dan memberi bantuan kepada penduduk negara yang terlibat dengan bencana
alam.Peruntukkan yang diperlukan bukanlah sedikit, ianya menelan belanja sehingga berjuta-jutaringgit.
Perkara ini telah menyebabkan ekonomi kerajaan berada dalam keadaan yang kurangstabil dan
terganggu, setiap perancangan yang telah dirancang dengan teliti oleh pihakkerajaan terpaksa dilupakan
begitu sahaja demi untuk membantu rakyat yang berada dalamkesusuahan.

Sektor ekonomi akan berada dalam keadaan yang lembab disebabkan kurangnyamasyarakat yang
bekerja untuk dalam sektor kerajaan ataupun swasta. Hal ini menyebabkannegara tidak dapat membuat
sebarang eksport ke luar negara yang dapat membantumeningkatkan hasil pendapatan negara.
Disamping itu, sumber pendapatan kerajaan yangdiperolehi daripada cukai yang dibayar oleh
masyarakat juga tidak diperolehi, kerana kewanganmasyarakat juga berada dalam keadaan yang gawat.
Sebagai langkah untuk mempercepatkanpemulihan ekonomi negara, kerajaan perlu mengambil langah
yang drastik dan efektif agar ekonomi negara dapat dipulihkan dengan secepat mungkin.Bencana alam
yang menimpa negara menyedarkan kita bahawa pentingnyapengurusan ekonomi secara terperinci di
kawasan-kawasan yang terlibat dengan bencana ini,ianya merupakan satu cabaran yang amat besar
untuk mengatasi masalah ekonomi di kawasanyang terlibat dengan bencana alam. Satu strategi yang
jauh berbeza dengan pengurusanekonomi pada masa normal perlu difikirkan. Bencana yang amat besar
menyebabkan ekonomimenjadi hancur dan lumpuh. Pasar, kilang, kedai dan syarikat-syarikat semuanya
musnahakibat bencana alam yang melanda sesebuah negara.Sebagai contoh, gempa bumi yang berlaku
di Kobe, Jepun. Kobe merupakan negeriindustri kedua terpadat di Jepun dan pelabuhan yang terbesar
selepas Tokyo. Pada jam 5:46pagi, 17 Januari 1995, satu gempa bumi telah berlaku selama 20 saat.
Walaupun hanya 20saat, kehancuran yang berlaku amat teruk. Gempa tersebut telah menyebabkan
negara itu rugisebanyak 200 milion dolar

. Hal ini telah menyebabkan ekonomi Jepun berada dalam keadaanyang kritikal. Jepun juga kehilangan
seramai 5200 orang penduduknya, manakala 300,000 ribuyang lain cedera parah

Anda mungkin juga menyukai